Download - Koleksi kamus 1

Transcript

KAMUS PERIBAHASA & SIMPULAN BAHASA

KAMUS PERIBAHASA & SIMPULAN BAHASA

KATA PENGHANTARDengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, segala puji hanyalah untuk Allah yang maha pemurah. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw . Dengan hidayah dan kekuatan serta nikmat umur dan iman yang dikurniakan oleh Allah keatas diri saya, dapatlah saya menyusun sebuah buku yang dapat mengekalkan khazanah bangsa Melayu turun- temurun untuk rujukan dan panduan pembaca khususnya para pelajar di peringkat sekolah rendah. Buku Peribahasa dan Simpula Bahasa ini sesuai digunakan untuk rujukan para pelajar sekolah rendah kebangsaan dan jenis kebangsaan di Malaysia. Buku ini disajikan sedemikian rupa untuk tatapan para pelajar serta pembaca lain agar mendapat manafaat . Terima kasih kepada isteri dan anak-anak yang memberi dorongan serta kerjasama semasa saya dalam proses menyusun dan menyiapkan buku ini. Pengorbanan kalian amat saya sanjung dan hargai. Kepada rakan dan pensyarah pengajian saya , ribuan penghargaan saya ucapkan . Melalui percambahan idea , tunjuk ajar dan semangat bersama segala masalah dapat dikongsi dan diselesaikan bersama.Tenang-tenang air di laut,Sampan kolek mudik ke tanjung,Hati terkenang mulut menyebut,Budi baik rasa nak junjung.

PERIBAHASA

Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa Dan MaksudBeberapa contoh Peribahasa :1. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di airMaksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.Contoh ayat : Cita-cita Rahman untuk memiliki perniagaan sendiri akhirnya tercapai ibarat .

2. Yang lama dikelek, yang baharu didukungMaksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baru.Contoh ayat : Penduduk kampung berpegang prinsip walaupun kehidupan mereka kini lebih moden.

3. Seperti lembu dicucuk hidungMaksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orangContoh ayat : Azli sentiasa mengikut kehendak adiknya , sudah menjadi seperti.

4. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panasMaksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.Contoh ayat : Lagu-lagu ciptaan P.Ramlee terus diminati sehingga kini kerana lagunya 5. Bagai kaca terhempas ke batuMaksud : Sangat sedih atau kecewa.Contoh ayat : Hati Mak Uteh bagai .. apabila anak-anaknya berkelahi kerana berebut harta pusaka arwah suaminya.

6. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatMaksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.Contoh ayat : Kemajuan dan keharmonian rakyat dapat dikecapi hasil kesepakatan semua penduduk seperti kata pepatah.

7. Bagai Aur Dengan TebingMaksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.Contoh ayat : Pemimpin dan rakyat perlu membantu jika ingin mahu hidup dalam kemajuan dan kesejahteraan.

8. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjingMaksud : mengalami susah senang bersama-sama.Contoh ayat : Sesuatu kerja yang berat atau susah boleh diselesaikan dengan mudah jika bekerjasama kerana

9. Bara yang digenggam biar sampai jadi arangMaksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan. Contoh ayat : Kejayaan Encik Badrul mengusahakan ladang buah tembikai adalah disebabkan pegangan prinsipinya .

10. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiriMaksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.Contoh ayat : Setelah 20 tahun Encik Lim bekerja dan tinggal menetap di Australia akhirnya dia kembali untuk tinggal terus di negara ini kerana baginya .

11. Melentur buluh biarlah dari rebungnyaMaksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.Contoh ayat : Semejak kecil Puan Sarah telah mendidik anaknya bagaimana menjadi usahawan batik yang Berjaya kerana baginya . 12. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggiMaksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adatContoh ayat : Perkahwinan anak Datuk Rahim dan Datuk Salih itu memang sesuai kerana taraf mereka seumpama13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjingMaksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.Contoh ayat : Jambatan di Kampung Ulu yang runtuh itu berjaya dibaiki dalam masa sehari sahaja oleh orang ramai kerana .. 14. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantaiMaksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susahContoh ayat : Ayah mengingatkan kamu supaya berfikir betul-betul kerana .. nasihat Encik Badrul kepada anaknya yang mahu menjadi pelakon.15. Indah khabar daripada rupaMaksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.Contoh ayat : Mak Tijah berasa tertipu kerana barangan elektrik yang dipesannya . dari segi kualiti dan rupanya.

16. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecahMaksud : Pengagihan yang sama banyak.Contoh ayat : Hadiah wang tunai atas kemenangan pasukan Futsal itu dibahagi dengan adil oleh pengurus pasukan umpama .

17. Bukit sama didaki, lurah sama dituruniMaksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.Contoh ayat : Jamal dan Daud sudah lama berkawan dan sama-sama pernah hidup susah , hubungan mereka seperti.

18. Kacang lupakan kulitMaksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.Contoh ayat : Zamani bersikap kerana tidak mahu dan malu untuk mengaku Wak Leman itu ayahnya semenjak bergelar Datuk Seri . 19. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungMaksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.Contoh ayat : Encik William baharu sahaja tinggal di Malaysia, tetapi dia tidaklah berasa kekok untuk mengikuti kehidupan di sini kerana baginya .

20. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguakMaksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.Contoh ayat : Fatimah cepat menyesuaikan dirinya ketika mula-mula tinggal di kampung pendalaman itu kerana sikapnya.

21. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuaMaksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnyaContoh ayat : Pergaduhan pemain pertahanan itu dengan penyerang pihak lawan menyebabkan pasukan bolasepak Pahang di denda ibarat.. 22. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyaMaksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payahContoh ayat : Guru Besar mengingatkan para pelajar tentang sikap .untuk Berjaya.

23. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudianMaksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.Contoh ayat : Biarlah kita bertungkus-lumus seumpama .. asalkan kita akan mendapat kesenangan kelak.

24. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayangMaksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usahaContoh ayat : Puan Ainon memarahi anak sulungnya kerana baginya jika anaknya terus bermalas-malasan.25. Bagai ikan pulang ke lubukMaksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.Contoh ayat : Dua puluh tahun Encik Manan merantau kerana bekerja kini dia akan terus tinggal dikampungnya , kembalinya

26. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukitMaksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.Contoh ayat : Berkat jimat dan cermat .. menjadi kunci kemewahan keluarga Pak Samad.

27. Bak cendawan tumbuh selepas hujanMaksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.Contoh ayat : Apabila tiba bulan Ramadan banyak gerai-gerai menjual juadah berbuka di pekan itu

28. Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciranMaksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.Contoh ayat : Sikap tamak boleh menyebabkan apa ..

29. Biar mati anak, jangan mati adatMaksud : orang yang kuat perpegang pada adat.Contoh ayat : Tok Aki tetap mahu anaknya berkahwin dengan mengikut adat nenek moyangnya kerana baginya 30. Sediakan payung sebelum hujanMaksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.Contoh ayat : Penduduk kampung itu sudah bersedia untuk berpindah jika hujan turun lebat tanpa henti ibarat ..

31. Intan dikalungkan di leher anjing.Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya.Contoh ayat : Encik Din kerap menasihati rakanya berhenti berjudi tetapi tidak dipedulikan bagai 32. Alah sabung, menang sorak. Ertinya:~ Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya.Contoh ayat : Salleh tetap tidak mahu mengalah walaupun pendapatnya ditolak dalam mesyuarat itu seperti.

33. Anjing menyalak bukit, takkan runtuh. Ertinya:~ Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.Contoh ayat : Johari sering membantu orang suusah namun diejek dan dicaci oleh budak-budak nakal dikampungnya namun baginya ..

34. Seperti kaca terhempas ke batu. Ertinya:~ Hati yang hancur kerana dukacita.Contoh ayat : Perasaan Puan Nasuha . apabila anak lelakinya didapati bersalah kerana mengedar dadah.

35. Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu. Ertinya:~ Bertanya sesuatu yang sudah diketahui.Contoh ayat : Hisyam bersikap kerana sengaja bertanya ayahnya tentang isi surat daripada abangnya, sedangkan dia telah membacanya.

36. Kerana mulut badan binasa. Ertinya:~ Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.Contoh ayat : Perselisihan Hindon dengan Azlia berpunca dari kata mengata antara mereka .

37. Air mata jatuh ke dalam. Ertinya:~ Berdukacita dengan diam-diam.Contoh ayat : Kesihatan Makcik Senah terjejas kesan perasaannya yang bagai .. tanpa disedari oleh suaminya.

38. Bagai haruan di dalam tuar. Ertinya:~ Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susahContoh ayat : Azman kelihatan kerana badanya belum pulih sepenuhnya daripada demam panas. 39. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Ertinya:~ Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. Contoh ayat : Kesalahan Jiman mencuri menyebabkan orang kampung benci seluruh keluarganya ibarat

40. Buangkan yang keruh, ambil yang jernih. Ertinya:~ Buang yang jahat ambil yang baik; memulai penghidupan yang baru. Contoh ayat : Harun dan Ramli kini sudah berdamai semenjak pulang dari menunaikan haji , bagi mereka

41. Seperti raja dengan menteri. Ertinya:~Seia-sekata dalam semua perkara.Contoh ayat : Pengerusi dan jawatankuasa penduduk di situ .. menyebabkan mereka hidup harmoni.

42. Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh. Ertinya:~ Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasarContoh ayat : jika anak-anak ditanam sikap dan budi pekerti yang mulia.

43. Batu pun empuk, jangankan hati manusia. Ertinya:~ Perkataan yang lemak manis dapat menawan hati yang keras. Contoh ayat : Zainal cuba bercakap dengan baik dan sopan bila bertemu Pak Razak yang garang itu baginya ..

44. Seperti anjing dengan kucingErtinya digunakan untuk menggambarkan dua orang yang saling berkelahi bila berjumpa susah utk mereka berdamai.Contoh ayat : Semenjak zaman muda lagi Kak Fauziah dan Mak Gayah seperti. bila bertemu walaupun pernah dinasihati.

45. Seperti ayam dengan itikErtinya digunakan untuk menggambarkan dua orang yg mempunyai masalah berkomunikasi Contoh ayat : Anak Encik Wong dan Encik Raju selalu bermain bersama tetapi .. kerana tidak memahami percakapan antara mereka.

46. Melepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit. Ertinya:~ Menolong orang yang tiada tahu berterima kasihContoh ayat : Kamal berasa seperti .. terhadap Rosli kerana dia terus berlalu pergi setelah dia membantu rakanya itu .

47. Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja. Ertinya:~ Pemberian yang tidak ada ertinya. Contoh ayat : Setelah anak Mak Lijah meninggal baru ada seseorang yang sudi membantu menampung kos rawatannya tetapi sudah terlambat

48. Ada beras, taruh dalam padi Ertinya:~ Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.Contoh ayat : Tok Ketua mahu isterinya menyimpan rahsia keluarga Pak Man seperti . 49. Ada bukit, ada paya Ertinya:~ Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.Contoh ayat : Hidup di dunia ini ibarat .yang boleh ditemui di mana-mana.

50. Kemana angin deras, kesitu condongnya Ertinya:~ Pendirian yang tidak tetap.Contoh ayat : Sikap Sani yang . menyebabkan tidak disukai oleh rakan sekerjanya.

51. Ada angin ada pohonnya. Ertinya:~ Segala yang terjadi ada sebab-sebabnya.Contoh ayat : Ayah percaya ada sesuatu yang menyebabkan ibu kelihatan bersedih kerana

52. Luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa tahu. Ertinya:~ Hanya diri orang itu sahaja yang tahu akan penderitaan atau kesedihannya.Contoh ayat : Juriah kelihatan tenang menerima berita kematian ayahnya, tetapi hakikatnya .. 53. Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul. Eritnya:~ Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.Contoh ayat : Encik Ghafar sudah lama terlantar sakit dan uzur, namun baginya .. dia sahaja yang merasainya.

54. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang. Ertinya:~ Urus hal sendiri dahulu baru urus hal orangContoh ayat : Ibu mengingatkan adik supaya menyiapkan kerja sekolahnya tanpa mengganggu abang yang sedang belajar seperti

55. Periuk mengumpat belanga. Ertinya:~ Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga.Contoh ayat : Aku tak datang sebab demam, engkau pula sengaja ponteng kata Osman kepada rakanya yang bersikap seperti.. 56. Rantai besi dimakan bubuk. Ertinya:~ Cerita yang tak masuk di akal. Contoh ayat : Yusof ditertawakan rakan-rakanya apa yang dikatakan bagai

57. Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi. Ertinya:~Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang berlainan pendapatnya.Contoh ayat : Pening kepala Tok Ketua dengan gelagat anak buahnya kerana ... 58. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. Ertinya:~Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga.Contoh ayat : Walau di mana Encik Murad bertugas dia tetap dikenali dan dihormati ibarat

59. Matahari tengah gerhana.Ertinya:~ Berwajah muram kerana dukacita.Contoh ayat ; Wajah Sufian kelihatan bagai . kerana dimarahi oleh ibunya.

60. Seperti di atas titian. Ertinya:~ Dalam kebimbangan.Contoh ayat : Perasaan Kumari . apabila mengetahui esok keputusan peperiksaan UPSR akan diumumkan.

61. Seperti kecek ular. Ertinya:~ Menceritakan berlebih-lebihan daripada keadaan yang sebenarnya.Contoh ayat : Senah sengaja bercakap . apabila menceritakan kejadian kemalangan itu. 62. Mudah luka payah sembuhnya. Ertinya:~ Mencari perselisihan sangat mudah, tetapi mencari perdamaian sangat sukarContoh ayat : Janganlah kita suka mencari persengketaan kerana

SIMPULAN BAHASA

Beberapa contoh simpulan bahasa: Simpulan Bahasa Maksudnyaabu dajal orang yang sangat jahat dan menghalang pekerjaan kebajikanabu jahal perosak masyarakat atau orang yang menghalang kerja-kerja baikabu nawasorang yang bijak melepaskan diriada anginberkelakuan luar biasa pada sesuatu ketikaada hatimempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatuair mukarupa atau wajah seseorangajak-ajak ayamtidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorangada bakatmempunyai tokoh atau perwatakanalas perutmakanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkananak angkatanak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendirianak bapaanak yang disayangi oleh bapaanak buahorang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudaraanak emasanak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanyaangkat kakimeninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebabatas anginnegara-negara di sebelah baratatas pagartidak menyebelahi mana-mana pihakayam tambatanorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandinganbahasa pasarbahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanyabanyak mulutorang yang banyak bercakapbatu apiorang yang suka menghasutbatu loncatansesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajatibau-bau bacangtali persaudaraan yang jauhbawah anginnegara-negara di sebelah timurbekas tanganhasil kerja tangan seseorangberalih akalberubah fikiran atau pendapatberalih anginpergi ke sesuatu tempat untuk berehatberat hatienggan; malasberat mulutpendiam atau tidak suka bercakap banyakberat tulangorang yang malas bekerjaberat sebelahtidak berlaku adilberbelah bagisukar untuk membuat keputusanberhati batudegil dan sukar menerima nasihatberhutang budipatut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan jugabermuka duatidak jujurbertikam lidahbertengkar; berdebatbesar hatibergembira atau berbangga akan sesuatubesar kepaladegil; sukar menerima pandangan orang lainbuah hatiorang yang dikasihi atau dipujabuah mulutsesuatu yang menjadi perbualan orang ramaibuah tanganhadiah yang dibawa ketika melawat seseorangbulat hatibersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekadburuk sikumengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lainbuta hatitidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejambuta kayuorang yang tidak berpelajarancahaya mataanakcakar ayamtulisan yang burukcampur tanganturut serta atau mencampuri urusan orang laincangkul anginpekerjaan yang sia-siacari jalanberusaha atau berikhtiar melakukan sesuatucepat tangansuka mencuridalam tangansudah pasti akan diperolehdarah daginganak kandungdurian runtuhkeuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangkagaji butamendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguhgelap matahilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau hartaharga dirimaruah atau kehormatan seseorangharga matiharga tetap yang tidak dapat ditawar lagihati batudegil atau keras hatihati tikuspenakut, tidak beranihidung tinggisombong atau tinggi dirihilang akaltidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diriikat perutmenahan lapar kerana berjimatiri hatimenyimpan perasaan dengki atau cemburuisi hatiperasaan dalam hatijalan buntutidak ada jalan penyelesaiankacang hantuorang yang jahat dan suka mengganggu orang lainkaki ayamtidak berkasut atau berseliparkaki bangkutidak berkebolehan bermain bolakaki botolsuka minum minuman keraskecil hatiberasa tersinggung atau merajukkena tangandipukul orangkepala anginperangai yang tidak menentukepala batudegil dan tidak mendengar nasihatkera sumbangorang yang tidak suka bergaul dengan orang lainkhabar anginberita yang belum tentu benarnyakucing kuraporang yang sangat hina dalam masyarakatlangkah kananbernasib baiklangkah seribucepat-cepat lari kerana ketakutanlidah bercabangkata-kata yang tidak dapat dipercayailipas kudungcepat membuat kerjalintah daratmengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikanmakan anginbersiar-siar untuk berehatmakan suapmenerima rasuahmalu-malu kucingberpura-pura malu di hadapan orangmandi peluhbekerja kuatmati katakmati dengan sia-siamembabi butamelakukan sesuatu tanpa berfikirmembawa diritahu menjaga dirimembuka jalanmemberi laluan kepada orang lainmemeras otakterlalu kuat berfikir atau belajarmenarik diritidak turut serta; meletak jawatanmencari jalanberusaha untuk melakukan sesuatumencuci matagembira memperhatikan sesuatu yang indahmencuit hatilucu; menggelikan hatimengabui matacuba memperdaya; menipumengadu dombamemperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainyamengambil anginbersiar-siar untuk berehatmengambil beratmemberi sepenuh perhatianmengambil hatidapat memikat atau mempengaruhimengasah bakatlatihan untuk mengembangkan bakatmuka temboktidak berasa malumulut muraikuat bercakap atau berbuat bisingmulut tempayantidak dapat menyimpan rahsiamurah hatisuka bederma; tidak kedekutnaik anginterlalu marahnyawa-nyawa ikanhampir-hampir matiorang atasanorang yang berpangkat tinggiotak cairpintar atau bijakotak keringkurang siumanotak udangbebal atau bodohpaku belandabarangan yang tetap harganyapanas hatimeradang atau marahpanjang tangansuka mencuripasang telingamendengar dengan telitipekak badakkurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuatpembasuh mulutmakanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasiperang mulutpertengkaranpilih kasihmemberi layanan yang lebih kepada orang yang disukaipisau cukurperempuan yang suka menghabiskan harta benda lelakiputeri lilintidak tahan terkena panas matahariputih hatiikhlas; jujurputih matamengalami kekecewaanputih tapak kakilari kerana ketakutanrabun ayampenglihatan yang kurang jelasraja seharimenjadi pengantinrambang matasukar membuat pilihanringan tangansuka membuat kerja: menolong orangsampai hatitergamak melakukan sesuatu kerjasehelai sepinggangpakaian yang tinggal pada diri sahajaserkap jarangmembuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksatangan terbukamenyambut sesuatu dengan senang hatitangkai jeringorang yang kedekuttawar hatitidak mempunyai minat lagitebal mukatidak tahu malutelinga kualitahan hati menerima kemarahantelinga lintahtajam pendengarantelinga nipiscepat marah atau meradangterang hatimudah memahami sesuatutidur-tidur ayamtidur yang tidak nyenyaktin kosongbercakap besar tanpa ilmutitik peluhhasil usaha yang bersungguh-sungguh

2


Top Related