Transcript
Page 1: Kod etika profesionalisme (1)

Pengerusi: Yang dihormati barisan ahli panel serta hadirin dan hadirat yang saya kasihi. Assalamualaikum w.b.t. Bersua kita dalam forum pada kali ini.. Pada pagi ini kita akan berbinangkan satu tajuk khas yang amat penting serta menjadi bualan hangat masyarakat kita pada hari ini.

Pernyataan yang sering kita dengar pada hari ini, “Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu persekolahan @ cuti sekolah melainkan bayaran yang telah disahkan. Guru tidak harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen @ pengajaran persendirian. Persoalannya ialah“Sejauh manakah amalan tuisyen pada hari ini tidak beranggah dengan pernyataan Kod Etika Keguruan Malaysia seperti yang saya nyatakan tadi”

Terlebih dahulu saaya ingin memperkenelkan ahli-ahli panel kita pada pagi ini. Ahli panel kita yang pertama disebelah kiri saya ialah Encik Yusri bin Mohd Yusuf, Tokoh Guru Tahun 2012. Ahli panel kita yang kedua ialah Encik Mohd Rizal bin Mohd. Rozali. Seterusnya Yang Berhormat Dato Seri Helmi bin Md. Noh, Menteri Pelajaran Malaysia, sebagai ahli panel yang ketiga dan seterusnya yang di hujung sekali ialah Encik Mohd Azrulzami bin Azmi, Pengerusi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia atau ringkasnya KPPK…. Untuk makluman hadirin yang dikasihi, perbincangan kita pada hari ini akan dijalankan dalam tiga pusingan.Sebelum kita membicarakan topic ini lebih lanjut eloklah dulu kita melihat maksud kod etika perguruan tentang isu ini. Untuk menjelaskan hal ini, saya ingin menjemput ahli panel kiata yang pertama iaitu En Yusri Mohd Yusuf.

Panel 1(Yusri)

Terima kasih pengerusi majlis. Etika merupakan suatu disiplin ilmu yang mengkajitentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yangbetul. Oleh itu etika memperkatakan tentang apa yang betul dan salah, perbuatan yangbaik dan buruk, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, yang patut dan tidakpatut serta yang berkaitan dengan tanggungjawab. Tegasnya, etika adalah sainsperlakuan atau “behavioral science” yang mengkaji tentang perlakuan manuisa dalammasyarakat, membuat tafsiran mengenai tingkahlaku mereka dan memberi panduancara-cara bertingkahlaku yang betul berdasarkan kepada piawaian etika atau moralmanusia serta masyarakatnya.

Kesimpulannya, Etika ini merupakan panduan tingkah laku yangmenjadi pegangan guru berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. Melalui etika inilahmasyarakat boleh menganilisis, menilai serta menentukan sama ada tingkah laku gurutelah mengikut peraturan yang ditetapkan atau sebaliknya. Melalui etika ini juga dapatmembantu guru menangani cabaran dalam dunia pendidikan yang begitu mencabardewasa ini.

Pengerusi Profession perguruan merupakan profession yang dipandang tinggi oleh

Page 2: Kod etika profesionalisme (1)

masyarakat secara umumnya. Apakah pandangan Encik Rizal mengenai matlamat profession perguruan dan peranannya.

Panel 2(Rizal)

Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru juga berperanan menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu negara mencapai kemajuan.

Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan pemimpin dan ketua masyarakat kerana guru berperanan mendidik dan membimbing ahli masyarakat lain ke arah jalan yang benar dan tidak terpesong dari landasan kehidupan yang baik. Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah.             

Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.           

Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan atau kod etika perguruan di Malaysia agar para guru tidak lari dari landasan serta tidak melakukan tindakan yang tidak wajar. Etika perguruan adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.

Pengerusi: Zaman persekolahan semasa kita dahulu, para guru lebih banyak memberi tumpuan mengajar murid-murid di dalam bilik darjah.Namun, apabila dunia semakin maju, tugas para guru menjadi semakin mencabar. Soalan saya ialah, Apakah sebenarnya cabaran dalam profesion perguruan sekarang ini? Saya mohon ahli panel yang ketiga iaitu YB Helmi Mohd Noh untuk berbuat demikian.

Panel 3:(Helmi)

Cabaran profesion perguruan tidak boleh dilihat terasing daripada cabaran lain dalam bidang pelajaran. Sebab itu sempena Hari Guru ini bukan hari untuk membicarakan soal guru sahaja. Ucapan saya sempena Hari Guru adalah ucapan terpenting untuk menjelaskan halatuju pelajaran negara kita. Profesion perguruan pun satu perkara utama, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Pertama, bagaimana hendak perkukuh organisasi kementerian. Dalam tempoh setahun saya lihat walaupun ada kemajuan yang telah dicapai tetapi masih ada ruang, lompang yang mesti diisi terutama dari segi kualiti, tahap keupayaan, proses yang dilakukan secara pantas dan segera, infrastruktur, cara penyampaian memenuhi falsafah pendidikan kita. Apatah lagi apabila kita

Page 3: Kod etika profesionalisme (1)

bandingkan pula dengan pencapaian sistem pendidikan di negara-negara maju umpamanya Korea Selatan negara paling maju dalam bidang pelajaran, begitu juga di kalangan negara-negara membangun.

Kita boleh lihat negara-negara yang sudah maju sebagai contoh dan kita akan buat perbandingan sejauh mana Malaysia telah maju, sejauh mana sistem pendidikan kita telah maju. Kita tidak boleh menilai tahap kita dari segi penanda aras nasional sahaja. Ada mengatakan mutu pelajaran belum sampai ke tahapnya sehingga menjadi dalih untuk tidak menghantar anak ke sekolah kebangsaan kerana dikatakan mutu tidak setanding dengan sekolah swasta. Biar pun itu tanggapan dan persepsi tetapi kita tidak boleh menolak atau ketepikan. Lebih penting lagi kajian-kajian yang dijalankan mesti lebih saintifik, objektif dalam membuat penilaian. Kita boleh melihat kepada MEB yang hendak dilaksanakan. Maka cabaran sistem pendidikan kita lebih hebat, bukan setakat beri peluang anak-anak kita belajar tapi nak bangunkan masyarakat dan negara terutama dari segi konteks persaingan Malaysia dengan negara-negara lain di dunia. Begitu juga soal modal insan. Kalau kita tidak mampu lahirkan modal insan yang mampu bersaing dan setanding dengan masyarakat antarabangsa kita akan terkebelakang. Sebab itu tugasan kita masih banyak dan ruang untuk perbaiki hampir semua bidang masih ada. Saya belum berjaya sepenuhnya, ia satu proses yang harus berterusan bukan setahun atau sepuluh tahun. Perlu ada penglibatan masyarakat, kerana masyarakat tahu apa yang mereka mahu dalam bidang pelajaran.

Pengerusi Umum mengetahui bahawa tugas seorang guru ialah mengajar di dalam bilik darjah. Namun,masyarakat sebenarnya tidak tahu bahawa tugas sebagai seorang guru lebih daripada itu. Apakah sebenarnya tanggungjawab guru?

Panel 4(Azrul)

PengenalanProfesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini bukanlahsemudah yang disangka - kerjanya separuh hari dan cutinya panjang. Sebagai arkiteksosial, guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar, bukan sekadar memberipendidikan dan menyampaikan ilmu.

Gurulah insan yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Justeru kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara.Lebih daripada itu, guru juga perlu menjadi model utama kepada anak didiknya. Oleh itumereka perlu berjiwa besar. Bukan sembarangan orang layak menjadi guru. Hanyamereka yang luhur jiwa dan kental semangatnya yang sanggup mencurahkan baktiuntuk menjadi guru.

Kecintaan terhadap profesion ini juga seharusnya bukan sekadarsecara luarannya sahaja, sebaliknya sifat keguruan itu perlu mendarah daging.Selain itu, guru sering dikaitkan sebagai agen perubahan dalam agenda sosial, politikdan ekonomi. Perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh kerajaan

Page 4: Kod etika profesionalisme (1)

selalunyadisalurkan melalui falsafah dan matlamat ( juga merupakan input ) yang perluditerjemahkan oleh guru sekolah dalam aktiviti kurikulum dan ko kurikulum.Falsafah Pendidikan Negara (PPN) pula memberikan matlamat yang jelas mengenaijenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan melahirkan insanharmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya faktor

Pengerusi Selesai sudah pusingan yang pertama. Sekarangkita pergi pula kepada pusingan yang yang kedua.Bolehkah tuan menyatakan antara kod etika yang ada menyatakan permasalahan ini?

Panel 1(Yusri)

Antara kod etika yang telah ditetapkan adalah :-        Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur : Ini bermakna ketika guru sedang melakukan tugas dan bergaul dengan pelajar, guru hendaklah berlaku jujur tanpa melakukan sesuatu itu dengan niat untuk mendapat ganjaran, nama mahupun populariti dikalangan pelajar. Jujur dalam memberi perlindungan kepada pelajar dan tidak pernah sekali cuba untuk mempergunakan hubungan baiknya untuk kesenangan peribadinya.         Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya.  Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.

Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan guru membuat keputusan antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru ataupun kehendak persendirian, keputusan yang perlu guru ambil pelajar menjadi perkara utama perlu guru dahulukan. Ini adalah kerana sudah menjadi tanggungjawab seorag guru itu untuk melindungi dan menjaga kepentingan pelajarnya terutama ketika disekolah. Sewaktu guru sedang menjalankan tugas, perkara lain harus di ketepikan buat sementara waktu agar guru dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar.

Pengerusi Jika kita boleh sentuh nilai-nilai utama dalam focus etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia, bolehkah ahli panel jelaskan sedikit tentang nilai-nilai utama berkenaan?

Panel 2(Rizal)

Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus EtikaKerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah: Amanah, Benar, Bijaksana, Bersyukur, Dedikasi, Ihklas dan Penyayang. Tatasusila profesion perguruan merupakan suatu garis panduan atau kod-kod tingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh semua orang yang menggelar dirinya sebagai pendidik dalam sistem pendidikan di Malaysia. Tatasusila tersebut dibahagikan kepada empat bidang tanggungjawab termasuklah pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara serta juga rakan sejawat dan profesionnya sendiri.

Tanggungjawab terhadap pelajar· Lebih mengutamakan kebajikan dan

Page 5: Kod etika profesionalisme (1)

keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.· Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

Sebagai guru.Kita harus berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajindan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dansosial.· Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baharudalam profesion perguruan.· Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesionperguruan.·

       Panel 3(Helmi)

Saya ingin menambah berkenaan perbincangan kod etika yang dinyatakan oleh ahli panel tadi. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan : tuisyen atau kelas tambahan persendirian yang mahu guru lakukan adalah mesti bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi dan mengatasi kelemahannya bukan untuk guru menambah pendapatan luar waktu sekolah. Apa sahaja pendapatan yang diperolehi daripada pengajaran adalah dilarang. Ini adalah bagi menjaga kredibiliti seorang guru yang berpekerti mulia.

    Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian : menerima bayaran untuk kelas tambahan adalah dilarang, apatah lagi mengiklankan dirinya untuk apa-apa kelas tuisyen anjurannya. Dengan erti kata lain guru dilarang meletakkan namanya dalam apa-apa iklan berkaitan agar guru tidak menimbulkan syak wasangka masyarakat sekeliling. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya : setiap tugas dan tanggungjawab yang dijalankan hendaklah ikhlas tanpa mengharapkan atau meminta balasan daripada ibu bapa mahupun masyarakat.

Pengerusi Guru Besar umpama seorang nakhoda dalam sebuah bahtera.Oleh itu, tugas dan tanggungjawab seorang Guru Besar itu amat penting. Di sini,boleh kita tahu apakah Peranan Guru Besar dalam sesebuah sekolah?

Panel 4(Azrul)

Sebagai Guru Besar, mereka harus mengingatkan guru-guru tentang kod etika perguruan yang harus dipatuhi. Dengan membuat demikian, pengetua dan guru besar juga akansentiasa mengingati wujudnya kod etika yang harus dipatuhi dalam pengurusansekolah. Selain daripada itu, juga pamerkan Tatasusila Profesion Perguruan dalam BilikGuru supaya ianya dapat dibaca oleh seluruh masyarakat sekolah agar guru akansentiasa sedar akan kod etika profesion keguruan.Laksanakan program peningkatan profesionalisme

Page 6: Kod etika profesionalisme (1)

guruMelalui program berkenaan membolehkan guru sekolah terbabit bekerjasama denganpensyarah maktab perguruan mengusahakan program yang dikenal pasti berdasarkankeperluan masing-masing, seperti membina bahan pengajaran dan pembelajaran(P&P), kursus padagogi dan motivasi serta meningkatkan profesionalisme guru.3. Memberi bimbingan profesional berterusan kepada guru, sekaligus menaikkanprestasi pelajar di kawasan pedalaman dalam pelbagai aspek, bertepatan matlamatmempertingkatkan akses, ekuiti serta kualiti pendidikan dan strategi memperkasakansekolah

Guru perlu menyusun dan menentukan keutamaan kerja mereka sendiri. Dalam halini Omardin Ashaari (1996) menyatakan dalam teori moden, kaedah yang palingberkesan untuk mencapai matlamat bukan dengan menggunakan kuasa (autokratik) tetapi dengan memenuhi hasrat dan keperluan individu, di mana pihak pentadbiransentiasa mengambil daya usaha untuk memotivasikan guru dan kakitangan sekolah.

Pengerusi Selesai sudah pusingan yang kedua. Sekarang kita masuk kepada pusingan yang ketiga.Kerajaan telah mengumumkan pembatalan bekerja 9 jam untuk guru-guru. Adakah sebab utama pembatalan ini mempunyai kesan perhubungan dengan tajuk perbincangan kita hari ini?

Panel 1(Yusri)

Warga guru di negara ini lega dan menyambut baik sambil mengalu-alukan keputusan kerajaan tidak meneruskan projek perintis di empat negeri yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari bermula Januari pada sesi persekolahan 2012.

Langkah itu bertujuan untuk mengelak salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru sendiri terhadap pelaksanaan program tersebut.

Cadangan berkenaan tidak perlu perlu diteruskan jika guru sendiri tidak memahami kehendak sebenar program tersebut yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan guru di negara ini.

Tindakan tersebut sangat wajar kerana Kementerian Pelajaran belum menyediakan prasarana lengkap bagi tujuan tambahan kerja wajib sembilan jam. Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlu menyediakan pembantu guru untuk menjalankan tugas-tugas perkeranian, pusat sumber, data serta pentaksiran dan sebagainya.

Pada masa sama kerajaan perlu mengambil kira pelbagai aspek sokongan seperti tempat persalinan yang sesuai kepada guru terutama guru perempuan, jika tidak tandas akan menjadi pilihan terakhir.

Bagi sekolah dua sesi pula, pihak kementerian perlu memikirkan kemudahan

Page 7: Kod etika profesionalisme (1)

tempat letak kereta untuk tidak menimbulkan masalah kerana masing-masing sibuk mengejar masa. Selain itu, pembekalan perabot seperti kerusi, meja, dan almari untuk keperluan seorang guru sahaja tidak mahu berkongsi yang menyukarkan pengurusan.

Walau bagaimanapun guru sentiasa akur berkhidmat dengan penuh jiwa raga selari dengan sumpah keramat untuk berbakti kepada anak bangsa. Ini secara tidak lansung, sekiranya perlaksanaan dijalankan, guru-guru harus mengajara tanpa mengenakan apa-apa bayaran kerana berkerja di dalam waktu bertugas.

pengerusi Profesion guru kini dilihat memperoleh imbuhan lumayan. Sejauh mana ahli panel melihat gaji serta elaun guru yang tinggi dapat mampu membentuk guru-guru yang berkualiti?

Panel 2(Rizal)

Memang telah banyak sokongan telah diberikan kepada profesion perguruan bukan sahaja dari segi imbuhan malah pelbagai kemudahan telah disediakan. Namun yang masih kita perlukan adalah meningkatkan kecekapan profesion itu sendiri. Kalau kita lihat hari ini yang ingin kita tekankan adalah soal kualiti pendidikan. Ia bukan saja terkandung dalam kurikulum yang kita sediakan, tetapi juga bagaimana pihak yang bertanggungjawab iaitu guru-guru menyampaikan kurikulum tersebut.

Dahulu kita dilihat hanya fokus kepada kecemerlangan dalam bidang akademik sahaja tetapi tuntutan semasa adalah proses pembelajaran membentuk peribadi dan perwatakan yang holistik di samping itu memenuhi tuntutan masa depan di mana tenaga modal insan kita mesti kreatif, inovatif selaras dengan Model Ekonomi Baru yang kita rancang. Sebab itu yang penting adalah kita terus beri latihan perguruan kepada guru-guru bukan setakat tertumpu kepada silibus tetapi untuk membolehkan pelajar kita lebih kreatif dan ada interaksi antara guru dan pelajar.

Kita ada Standard Perguruan Malaysia yang dijadikan asas untuk melihat sejauh mana guru telah mencapai tahapnya. Jika sasaran belum tercapai maka kita mesti menyediakan ruang dan peluang latihan secara berterusan yang mampu mendatangkan hasil jangka pendek dan panjang.

Pengerusi Saban tahun, kita tahu bahawa ramai dalam kalangan pelajar kita yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka. Persoalannya,Adakah kecemerlangan para pelajar menjadi kayu pengukur kepada kejayaan guru?

Page 8: Kod etika profesionalisme (1)

Panel 3(Helmi)

Ia mencerminkan sedemikian, ini kerana tidak mungkin pelajar cemerlang jika guru tidak cemerlang tetapi kecemerlangan pendidikan tidak boleh dilihat dari sudut akademik semata-mata. Kita mahu dalam proses pembelajaran, para pelajar didedahkan juga dengan nilai-nilai kepemimpinan misalnya, yang menjadi asas dalam pembentukan masyarakat maju. Ini hanya akan berlaku jika guru itu ada kepimpinan.

Guru bukan setakat guru di dalam bilik darjah, mereka juga pemimpin dalam bilik darjah. Mereka boleh memimpin para pelajar dalam sistem moral, akhlak, kreativiti, daya usaha. Kesemua ini bergantung kepada guru sendiri. Sebab itu dalam sistem pendidikan kita, kita tekankan kokurikulum supaya pelajar dapat dinilai dari sudut sikap untuk menjadi kreatif dan ada semangat tambah nilai kepada usaha pelajar di samping kemahiran tambahan. Seharusnya guru memikul tugas ini sebagai satu amanah.

Pengerusi Adakah soal kesediaan guru untuk berkorban masa dan tenaga boleh disifatkan cabaran utama dalam profesion perguruan?

Panel 4(Azrul)

Itu satu daripada cabaran tetapi bukan keseluruhannya. Beban bukan faktor utama kerana saya tidak percaya semua guru berasa terbeban. Sebab itu saya mengadakan perbincangan misalnya dalam soal pekeliling yang dikeluarkan oleh kementerian untuk melaksanakan satu projek yang dihantar ke peringkat negeri. Tetapi di peringkat negeri, pengarahnya dia ada kreativiti yang difikirkan sesuai. Pengarah misalnya untuk penambahbaikan, menambah satu lagi tugas dalam pekeliling tersebut, maka jadilah dua perkara mesti dilaksanakan oleh guru-guru.

Walaupun niatnya baik tetapi telah menjadi beban. Oleh itu tidak usah ditokok tambah, jadi kita nak pastikan ada pemantauan, jika kita keluarkan pekeliling perkara tertentu, ikut pekeliling itu, kalau ada idea baru di peringkat pengarah negeri ia tidak harus diberi kebebasan menokok kepada arahan sedia ada sehingga menjadi bebanan. Kementerian juga mesti beri arahan yang tepat dan apabila nak dilaksanakan di peringkat negeri, mesti dilaksanakan berdasarkan arahan.

Pengerusi Demikianlah tadi input-input yang telah kita dengar daripada ahli-ahli panel yang membicarakan tentang tajuk forum kita pada hari ini iaitu “Sejauh manakah amalan tuisyen pada hari ini tidak bercanggah dengan pernyataan Kod Etika Perguruan Malaysia.” Semoga perbincangan kita ini memberi manfaat kepada semua. Sebelum mengundur diri, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli panel atas kesudian meluangkan masa dan memberikan buah

Page 9: Kod etika profesionalisme (1)

fikiran untuk perbincangan kita pada kali ini.Sekian, terima kasih….


Top Related