i
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH (UNIQUE PARCEL IDENTIFIER – UPI)
Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2011
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
ii
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada :
Urus setia Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar Cetakan Pertama 2012 Diterbit dan dicetak di Malaysia oleh Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar Tingkat 7 & 8, Wisma Sumber Asli No. 25 Persiaran Perdana, Presint 4 62574 Putrajaya Tel : 603-8886 1111 Fax : 603-8889 4851 www.mygeoportal.gov.my
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
iii
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.0 Tujuan
1
2.0 Latar Belakang
2.1 Pengenalan
2.2 Langkah Awal Penyelarasan
2.3 Rasional Penyelarasan Kod UPI
2.4 Faedah Penyelarasan Kod UPI
2.5 Kaedah Penyelarasan Kod dan Nama Sempadan
Pentadbiran Tanah
1
1
2
2
3
3.0 Penerangan Mengenai Struktur Kod UPI di Sarawak
7
4.0 Pembangunan Aplikasi UPI
4.1 Modul-modul Aplikasi UPI
4.2 Kaedah untuk Melayari Aplikasi UPI
9
11
5.0 Penutup
17
Lampiran : Senarai Kod dan Nama Sempadan
Pentadbiran Tanah bagi Negeri Sarawak
o Peta Malaysia – Negeri Sarawak
o Peta Negeri Sarawak – Bahgaian-bahagian
o Bahagian Kuching
o Bahagian Sri Aman
o Bahagian Sibu
o Bahagian Miri
o Bahagian Limbang
o Bahagian Sarikei
o Bahagian Kapit
o Bahagian Samarahan
o Bahagian Bintulu
o Bahagian Mukah
o Bahagian Betong
o
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
Glosari
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
1
1.0 TUJUAN
Dokumen ini diterbitkan sebagai sumber rujukan kepada agensi dalam menentukan senarai Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah yang seragam bagi semua negeri di Malaysia. Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah adalah satu pengecaman yang unik bagi lot (petak) tanah atau lebih dikenali sebagai Unique Parcel Identifier (UPI) yang digunakan untuk menentukan lokasi secara fizikal lot-lot tanah di Malaysia.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 PENGENALAN
i) Kemajuan pesat bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi serta peningkatan pelaksanaan program perkomputeran di agensi-agensi sektor awam telah mewujudkan keperluan untuk berkongsi maklumat dan mengintegrasi sistem-sistem di kalangan agensi kerajaan. Perkara ini sukar dilakukan disebabkan tiada satu definisi dan format data yang standard yang boleh diguna pakai oleh semua agensi. Antara masalah yang dihadapi dalam perkongsian maklumat geospatial adalah mengenai kod UPI yang tidak selaras antara agensi.
ii) Sehubungan itu, kod UPI digunakan sebagai satu cara pengecaman
yang unik bagi lot-lot tanah yang diberimilik (dilupuskan) oleh Pihak Berkuasa Negeri. Pada masa kini, penyelarasan ini hanya melibatkan struktur kod bagi tanah yang telah diukur halus (Final Title – FT).
iii) Dokumen ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai
kepentingan penyelarasan kod UPI bagi keseragaman pemakaian oleh agensi-agensi pembekal data. Ia meliputi kaedah penyelarasan yang dijalankan bagi menghasilkan senarai kod UPI bagi setiap negeri.
iv) Senarai kod UPI yang telah diselaraskan ini sewajarnya diguna pakai
antara agensi bagi memudahkan perkongsian maklumat geospatial serta mempercepatkan urusan transaksi harian.
2.2 LANGKAH AWAL PENYELARASAN KOD UPI
Pada tahun 1997, Sekretariat National Land Information System (NaLIS) telah mengemukakan draf penyeragaman kod UPI berasaskan pembekal-pembekal utama data geospatial iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Selanjutnya pada tahun 1998 buku NaLISCO telah diedarkan kepada semua Agensi Pembekal Data (APD). Berdasarkan maklum balas daripada pihak JUPEM dan PTG didapati terdapat perbezaan kod UPI yang ketara di beberapa buah negeri.
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
2
Susulan daripada penubuhan Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) pada tahun 2002, Jawatankuasa NaLIS yang ditugaskan untuk menyelaraskan kod UPI telah diambil alih oleh Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM).
2.3 RASIONAL PENYELARASAN KOD UPI
Rasional penyelarasan kod UPI antaranya adalah seperti berikut :
i) Maklumat spatial dan tekstual mengenai petak tanah yang diperolehi daripada pelbagai sumber antaranya Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) di JUPEM sekarang dikenali sebagai Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan / National Digital Cadastral Data Base (NDCDB) dan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) di PTG adalah tidak seragam. Ini mengakibatkan maklumat petak tanah yang diperolehi oleh pengguna secara dalam talian (online) sukar diakses dan dianalisis kerana data-data berkenaan menggunakan kod dan nama sempadan pentadbiran tanah yang berbeza.
ii) Memudahkan perkongsian maklumat geospatial dalam pelbagai urusan transaksi
petak tanah antaranya permohonan tukar syarat, pecah sempadan, pemberimilikan, pembelian hartanah dan lain-lain.
iii) Membantu pihak agensi pusat seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
yang akan bertindak sebagai pusat sehenti (one stop centre) untuk mewujudkan keadaan fast track bagi membuat keputusan berkaitan urusan-urusan transaksi tanah yang melibatkan pelbagai agensi.
iv) Penyeragaman kod UPI adalah selaras dengan pelaksanaan projek e-Tanah yang
merupakan satu sistem transaksi bagi memudahkan urusan carian hakmilik dan mempercepatkan pembayaran cukai secara dalam talian.
v) Menyelaras ejaan nama bagi negeri, bahagian/daerah/jajahan,
mukim/bandar/pekan/pulau/kampung/land district dan seksyen/presint. Pengesahan ejaan nama merupakan tanggungjawab pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN). Penggunaan ejaan nama yang seragam amat penting dalam memberikan nama kepada sesuatu tempat supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada pengguna.
2.4 FAEDAH PENYELARASAN KOD UPI
Secara keseluruhannya pelaksanaan penggunaan kod UPI ini akan memberikan faedah-faedah seperti berikut :
i) Memudahkan pelaksanaan dan pengintegrasian sistem-sistem aplikasi di dalam
dan antara agensi; ii) Memudahkan perkongsian maklumat geospatial; iii) Membantu agensi-agensi dalam pembangunan sistem aplikasi; dan
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
3
iv) Menyediakan panduan untuk melaksanakan dokumentasi yang seragam di semua agensi. Secara umumnya kod UPI ini membantu Agensi Pembekal Data mempunyai satu standard yang akan memudahkan sistem integrasi dan operasi antara agensi.
2.5 KAEDAH PENYELARASAN KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
Kaedah penyelarasan ini dibahagikan kepada dua (2) jenis iaitu : i. Penyelarasan kod sempadan pentadbiran tanah ii. Penyelarasan nama sempadan pentadbiran tanah
2.5.1 Penyelarasan Kod Sempadan Pentadbiran Tanah
Penyelarasan yang dilaksanakan ini adalah meliputi struktur kod bagi setiap negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Penyelarasan ini akan dapat membantu menyelesaikan masalah yang timbul dalam perkongsian maklumat geospatial antara agensi.
i) Struktur Kod Sempadan Pentadbiran Tanah
Struktur Kod Sempadan Pentadbiran Tanah bagi hakmilik tanah yang telah diukur halus (Final Title – FT) adalah seperti berikut :
Sempadan Semenanjung
Sabah
Sarawak
WP. Negeri Sabah
Negeri 2 aksara – char
(angka sahaja)
2 aksara - char
(angka sahaja)
2 aksara – char
(angka sahaja)
2 aksara – char
(angka sahaja)
Bahagian/Daerah/Jajahan
2 aksara – char
(angka sahaja)
(Daerah/Jajahan)
2 aksara – char
(angka sahaja)
(Daerah)
2 aksara – char
(angka sahaja)
(Bahagian)
2 aksara – char
(angka sahaja)
Mukim/Bandar/
Pekan/
Pulau/Kampung/
Land District
2 aksara – char
(angka sahaja)
(Mukim/Bandar/Pekan)
2 aksara – char
(angka sahaja)
3 aksara – char
(angka sahaja)
(Land District)
2 aksara – char
(angka sahaja)
(Bandar/Kampung/Pulau)
Seksyen/Presint 3 aksara - char
(angka/abjad)
3 aksara - char
(angka/abjad)
3 aksara - char
(angka/abjad)
3 aksara - char
(angka/abjad)
Lot 7 aksara – char
(angka sahaja)
9 aksara – char
(angka sahaja)
5 aksara – char
(angka sahaja)
9 aksara – char
(angka sahaja)
Jumlah 16 aksara 18 aksara 15 aksara 18 aksara
Jadual 1 : Struktur Kod Sempadan Pentadbiran Tanah
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
4
Struktur kod sempadan pentadbiran tanah di terdiri daripada lima (5) peringkat seperti di Rajah 1.
Rajah 1 : Struktur Kod Sempadan Pentadbiran Tanah di Sarawak
ii) Kod Sempadan Pentadbiran Tanah
Penyelarasan kod UPI dibuat berdasarkan Struktur Pentadbiran Tanah yang digunakan oleh pihak Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS) bagi tujuan Hakmilik Tanah yang telah diukur.
2.5.2 Penyelarasan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah
Penyelarasan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah disahkan secara bersama dengan pihak Kementerian Perancangan & Pengurusan Sumber Sarawak melalui semakan kepada Warta Kerajaan Negeri dan Pelan Warta. Sekiranya tiada dokumen sokongan maka penggunaan nama semasa dijadikan asas dalam penyelarasan ini. Penggunaan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah di Negeri Sarawak adalah merujuk kepada senarai Warta Persempadan Swk. L.N. 6 bertarikh 7 Februari 2002. Warta tersebut telah meminda sempadan bahagian negeri Sarawak daripada 9 Bahagian menjadi 11 Bahagian, iaitu tambahan Bahagian Betong dan Mukah. Penggunaan UPI di negeri Sarawak sedia ada menggunakan kawasan Land District di setiap Bahagian. Land District adalah pecahan daripada Bahagian. Terdapat Bahagian yang mempunyai lebih daripada 100 Land District. Ia digunakan di dalam urusan pentadbiran hakmilik tanah di Sarawak. Sebagai contoh, Bahagian Kuching mempunyai 80 Land District.
NEGERI
BAHAGIAN
LAND DISTRICT
SEKSYEN
LOT
Peringkat 1
Peringkat 2
Peringkat 3
Peringkat 4
Peringkat 5
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
5
i) Warta Kerajaan Negeri
a) Warta Kerajaan Negeri merupakan dokumen bertulis yang
menerangkan nama sempadan bagi Negeri, Bahagian, Land District dan Seksyen.
b) Ejaan nama bagi sempadan pentadbiran tanah akan disahkan secara
bersama dengan pihak Kementerian Perancangan & Pengurusan Sumber melalui semakan kepada warta dan pelan warta sekiranya ada. Ia memudahkan pihak pengguna merujuk kepada warta dan pelan-pelan yang berkaitan dengan nama sempadan pentadbiran tanah yang telah diwartakan.
ii) Pelan Warta
Pelan warta merupakan pelan rujukan bagi mengesahkan sempadan pentadbiran tanah bagi sempadan Negeri, Daerah, Mukim / Bandar / Pekan dan Seksyen. Pelan Warta ini disediakan oleh pihak JTTS berdasarkan nama-nama sempadan pentadbiran tanah yang terdapat / tertera di dalam Warta Kerajaan yang telah disahkan oleh pihak Kementerian Perancangan & Pengurusan Sumber Sarawak. Selain pelan warta, bagi sesetengah negeri, ini dikenali juga sebagai Pelan Gazet (PG) dan Pelan Pelbagai (PP).
iii) Penggunaan Nama Semasa
Nama sempadan pentadbiran tanah yang belum diwartakan, ia hendaklah menggunakan nama semasa yang sedang diguna pakai oleh pihak Kementerian Perancangan & Pengurusan Sumber dan JTTS dan seterusnya perlu diambil tindakan pewartaan.
iv) Sempadan Pentadbiran (maklumat spatial)
Maklumat spatial bagi setiap sempadan tanah dapat ditunjukkan dalam bentuk poligon. Setiap sempadan (poligon) mempunyai nama tersendiri yang disimpan oleh pihak JTTS. Ia terdiri daripada sempadan negeri, bahagian/daerah/jajahan, mukim/bandar/pekan/pulau/kampung/land district dan seksyen/presint untuk rujukan pengguna mengenal pasti lokasi serta sempadan sebenar. Maklumat ini boleh di akses melalui laman web www.mygeoportal.gov.my bagi membolehkan pengguna mendapatkan paparan grafik dan juga maklumat atribut.
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
6
3.0 PENERANGAN MENGENAI STRUKTUR KOD UPI DI SARAWAK
i) Digit pertama dan kedua (Negeri)
Digit pertama dan kedua menerangkan kod negeri
ii) Digit ketiga dan keempat (Bahagian)
Digit ketiga dan keempat menerangkan kod bahagian
iii) Digit kelima, keenam dan ketujuh(Land District)
Digit kelima, keenam dan ketujuh menerangkan kod land district
iv) Digit kelapan, kesembilan dan kesepuluh (Seksyen)
Digit kelapan, kesembilan dan kesepuluh menerangkan kod seksyen
v) Digit kesebelas, kedua belas, ketiga belas, keempat belas dan kelima belas (Nombor Lot)
Digit kesebelas, kedua belas, ketiga belas, keempat belas dan kelima belas menerangkan nombor lot tanah. Lot-lot tanah yang mempunyai nombor kurang dari 5 digit ditambah dengan angka-angka kosong di hadapan untuk melengkapkan 5 digit. Walau bagaimanapun, penambahan angka-angka kosong ini hanya dapat dilihat dalam pangkalan data sahaja, apabila Pelan Akui dikeluarkan hanya nombor lot sebenar akan dicetak.
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
7
CONTOH PENGECAMAN LOT TANAH DI SARAWAK MENGGUNAKAN KOD UPI
i) NEGERI SARAWAK_BAHAGIAN: KUCHING _ LAND DISTRICT: KUCHING
TOWN LAND DISTRICT _ SEKSYEN: 065 _ NOMBOR LOT: 09357
Struktur Kod UPI 130101206509357
Penerangan Kod Sempadan
13 lot tanah terletak di Negeri Sarawak
01 Bahagian Kuching
012 Kuching Town Land District
065 Seksyen 65
09357 nombor lot tanah
ii) NEGERI SABAH_ DAERAH KINABATANGAN_TIADA MUKIM_TIADA SEKSYEN_LOT 1050
Struktur Kod UPI 120900000000001050
Penerangan Kod Sempadan
12 lot tanah terletak di Negeri Sabah
09 Daerah Kinabatangan
00 tiada sempadan mukim
000 tiada sempadan seksyen
000001050 nombor lot tanah
iii) NEGERI SABAH_ DAERAH PUTATAN_TIADA MUKIM_TIADA SEKSYEN_LOT 1060
Struktur Kod UPI 122600000000001060
Penerangan Kod Sempadan
12 lot tanah terletak di Negeri Sabah
26 Daerah Putatan
00 tiada sempadan mukim
000 tiada sempadan seksyen
000001060 nombor lot tanah
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
8
4.0 PEMBANGUNAN APLIKASI UPI
Senarai kod UPI ini telah dimasukkan dalam laman web www.mygeoportal.gov.my. Untuk melengkapkan maklumat selain daripada senarai kod dan ejaan nama sempadan pentadbiran tanah, terdapat juga data spatial yang menunjukkan sempadan negeri, daerah/jajahan, mukim/bandar/pekan dan seksyen/presint. Sumber data spatial diperolehi daripada Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan (NDCDB), JUPEM. Pembangunan Aplikasi UPI ini adalah berasaskan teknologi Geographical Information System (GIS). Aplikasi ini membenarkan maklumat UPI dicapai dengan mudah dan secara tidak langsung akan meningkatkan penggunaan kod UPI. Pengguna boleh melayari aplikasi ini untuk mendapatkan maklumat tambahan lain yang lebih lengkap.
Pembangunan aplikasi ini menggunakan perisian seperti berikut :
i) ArcGIS Server 9.2 ii) MS SQL 2005 iii) Microsoft .Net iv) Internet Information Service (IIS) Web Server
ArcGIS Server digunakan sebagai medium untuk memaparkan maklumat geospatial dan membangunkan fungsi-fungsi yang berkait dengan GIS. Pembangunan pangkalan data UPI menggunakan MS SQL 2005 yang menyimpan data-data spatial serta atribut dan diuruskan oleh Spatial Database Engine yang merupakan komponen ArcGIS Server. 4.1 MODUL-MODUL APLIKASI UPI
Terdapat dua (2) modul utama yang dibangunkan dalam aplikasi ini iaitu Modul Pengguna dan Modul Pentadbiran.
4.1.1 Modul Pengguna
Di bawah Modul Pengguna terdapat tiga (3) sub-modul iaitu:
i. Sub-modul Jadual Sub-modul ini memaparkan jadual kod negeri-negeri dan peta Malaysia. Pengguna boleh memilih kod negeri, kod daerah, kod mukim/bandar/pekan dan kod seksyen yang dikehendaki. Pada masa yang sama paparan peta negeri, mukim/bandar/pekan dan seksyen yang dipilih akan dipaparkan serentak. Pengguna juga boleh memilih menerusi pemilihan di peta, yang akan dikuti dengan paparan jadual kod bagi negeri, daerah, mukim/bandar/pekan dan seksyen.
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
9
ii. Sub-modul Maklumat
Sub-modul ini memaparkan jadual maklumat berkaitan penyelarasan kod UPI mengikut negeri-negeri. Maklumat yang dipaparkan adalah:
Kod UPI
Dokumentasi UPI
Maklumat Pewartaan (Warta Kerajaan, Pelan Warta/Pelan Pelbagai)
Minit-minit Mesyuarat
iii. Sub-modul Carian
Sub-modul ini membolehkan pengguna mendapatkan maklumat UPI melalui:
Pilihan Pengguna perlu memilih berdasarkan saringan; o Negeri o Daerah o Mukim
Teks o Pengguna perlu taip sebarang nama sempadan
negeri/daerah/mukim yang dikehendaki.
Berdasarkan keputusan carian, maklumat peta dan atribut akan dipaparkan.
4.1.2 Modul Pentadbiran
Modul Pentadbiran dibangunkan untuk membolehkan pentadbir mengemaskini maklumat UPI. Fungsi modul ini adalah :
i. Pengemaskinian Kod UPI Menambah kod dan nama baru, membuang kod yang dibatalkan serta mengemaskini kod dan ejaan nama
ii. Pengemaskinian Peta menggunakan perisian ArCGIS ArcMAP Menambah poligon baru sekiranya terdapat pertambahan daerah/jajahan, mukim/bandar/pekan dan seksyen/presint
iii. Memuat naik maklumat tambahan Menambah maklumat tambahan dari semasa ke semasa. Contohnya senarai kod UPI, minit mesyuarat, maklumat pewartaan, dokumentasi, pelan dan sebagainya.
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
10
4.2 KAEDAH UNTUK MELAYARI APLIKASI UPI
Kaedah untuk melayari aplikasi UPI terbahagi kepada tiga cara iaitu melalui kaedah sub-modul jadual, sub-modul carian dan sub-modul maklumat. 4.2.1 Kaedah sub-modul Jadual Langkah Pertama :
Sila layari laman web Malaysia Geoportal http://www.mygeoportal.gov.my.
Seterusnya klik pada ikon “UPI” untuk membuat capaian ke Aplikasi UPI.
Paparan seperti gambarajah 1.1 akan dipaparkan.
Gambarajah 1.1 : Paparan Aplikasi UPI
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
11
Langkah Kedua : Membuat Carian
i) Gambarajah 1.2 akan memaparkan aplikasi UPI yang mengandungi jadual
semua kod dan nama negeri serta paparan poligon bagi seluruh Malaysia
di sebelah kanan. Untuk melihat senarai kod bagi negeri yang
dikehendaki, klik pada Nama Negeri untuk memilih negeri. Contohnya
klik “NEGERI SARAWAK”.
Gambarajah 1.2 : Paparan akses ke Negeri Sarawak
ii) Skrin akan memaparkan jadual kod dan nama bahagian serta paparan
poligon semua bahagian di Negeri Sarawak di sebelah kanan seperti
gambarajah 1.3.
iii) Untuk mendapatkan maklumat land district bagi sesuatu bahagian,
pengguna perlu memilih bahagian yang dikehendaki. Klik pada Nama
Bahagian. Contohnya klik “BAHAGIAN SIBU”.
Gambarajah 1.3 : Paparan Bahagian di Negeri Sarawak
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
12
Gambarajah 1.4 : Paparan Land District di Negeri Sarawak
iv) Jadual kod dan nama land district serta paparan poligon semua land
district di Bahagian Sibu akan dipaparkan seperti gambarajah 1.4.
v) Untuk mendapatkan maklumat land district bagi sesuatu bahagian,
pengguna perlu memilih land district yang hendak dicapai. Klik pada
Nama Land Administrative. Contohnya klik “KABANG LAND DISTRICT”
seterusnya skrin seperti gambarajah 1.5 akan dipaparkan.
Gambarajah 1.5 : Paparan Seksyen di Negeri Sarawak
vi) Skrin akan memaparkan jadual kod dan nama seksyen. Bagi Land District
Kabang Land District tiada sempadan seksyen oleh yang demikian dalam
ruangan Nama Seksyen ia akan direkodkan sebagai “TIADA”.
vii) Seterusnya untuk mendapatkan maklumat selanjutnya berkaitan
struktur UPI bagi bahagian yang dipilih maka pengguna perlu klik pada
Nama Mukim. Contohnya klik “TIADA”, skrin seperti gambarajah 1.6 akan
dipaparkan.
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
13
viii) Skrin akan memaparkan jadual struktur kod bagi negeri, bahagian,
land district, seksyen dan nombor lot bagi negeri yang dipilih. Jadual ini
memaparkan susunan struktur kod UPI di Sarawak yang menggunakan 15
aksara.
Gambarajah 1.6 : Paparan struktur kod UPI
4.2.2 Kaedah sub-modul Carian
Pengguna juga boleh membuat sub-modul Carian bagi mendapatkan
maklumat negeri/daerah/mukim. Pengguna perlu klik ikon “CARIAN”
di laman utama (di sebelah kanan) seperti gambarajah 1.7.
Gambarajah 1.7 : Paparan akses kaedah Carian
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
14
Seterusnya gambarajah 1.8 akan memaparkan kaedah carian iaitu
melalui “Pilihan” dan “Teks”.
Gambarajah 1.8 : Paparan pilihan carian
i) Membuat Carian melalui ”Pilihan”
Dalam paparan di atas, tiga (3) ruang disediakan iaitu Negeri, Daerah
dan Mukim. Klik dropdown menu dan pilih Negeri yang dikehendaki.
Contohnya pilih Negeri = ”NEGERI SARAWAK”, pilih Daerah =
”BAHAGIAN SIBU” dan pilih Mukim = ”KABANG LAND DISTRICT”.
Gambarajah 1.9 memaparkan hasil carian seperti yang telah dipilih oleh
pengguna.
Gambarajah 1.9 : Paparan hasil carian
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
15
ii) Membuat Carian melalui “Teks”
Pengguna juga boleh membuat carian melalui Teks dengan memasukkan
nama sempadan yang dikehendaki di ruangan Teks. Contohnya taipkan
perkataan “NEGERI SARAWAK” dan klik ikon hantar, seterusnya skrin
seperti gambarajah 2.0 akan dipaparkan.
Gambarajah 2.0 : Paparan carian melalui teks
Gambarajah 2.1 menunjukkan semua hasil carian bagi perkataan Negeri
Sabrawak. Sekiranya pengguna inginkan maklumat yang lebih terperinci
bagi setiap hasil carian, pengguna perlulah klik pada ruangan Negeri.
Contohnya klik Negeri = “NEGERI SARAWAK” dan seterusnya paparan
poligon bagi Negeri Sarawak akan dipaparkan.
Gambarajah 2.1 : Paparan hasil carian teks
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
16
4.2.3 Kaedah sub-modul Maklumat
Menerusi sub-modul ini, maklumat-maklumat yang berkaitan dengan penyelarasan kod UPI mengikut negeri-negeri disediakan serta boleh dimuat turun untuk keperluan pengguna (format .pdf). Maklumat-maklumat tersebut adalah :
Kod UPI
Dokumentasi UPI
Maklumat Pewartaan (Warta Kerajaan, Pelan Warta/Pelan Pelbagai)
Minit-minit Mesyuarat
4.2.4 Ringkasan
Aplikasi UPI ini akan memudahkan carian sempadan pentadbiran tanah
mengikut negeri, daerah/jajahan, mukim/bandar/pekan sehingga seksyen.
Hasil carian akan memaparkan nombor kod dan ejaan nama sempadan
pentadbiran tanah yang telah diselaraskan. Seterusnya, bagi pengecaman
sesuatu lot tanah, pengguna hanya perlu menyelaraskan bilangan aksara
berdasarkan ketetapan bilangan aksara lot bagi negeri tersebut.
Contohnya, untuk negeri Sarawak, sekiranya nombor lot adalah 1234,
ketetapan bilangan aksara lotnya adalah 5 aksara. Maka, penyelarasan
aksara lot 1234 perlu diselaraskan sebagai 01234.
5.0 PENUTUP
Adalah diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam penggunaan Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah. Justeru, buku ini disarankan untuk dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah yang komprehensif untuk diguna pakai oleh semua pihak yang berkaitan sama ada agensi kerajaan dan swasta.
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
17
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
18
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
19
NEGERI SARAWAK
KOD NEGERI WARTA WARTA KERAJAAN PELAN WARTA (PW)
13 NEGERI SARAWAK
NEGERI SARAWAK Bahagian-Bahagian
KOD BAHAGIAN WARTA
WARTA
Sarawak Government Gazette Part II
PELAN WARTA (PW)
01 KUCHING Swk. L.N. 104 of 30th Dec 1999
02 SRI AMAN Swk. L.N. 6 of 7 Feb 2002
03 SIBU Swk. L.N. 2 of 24th January 2002
04 MIRI Swk. L.N. 19 of 4 April 1987
05 LIMBANG Swk. L.N. 19 of 4 April 1987
06 SARIKEI Swk. L.N. 2 of 24th January 2002
07 KAPIT Swk. L.N. 19 of 4 April 1987
08 SAMARAHAN Swk. L.N. 104 of 30th Dec 1999
09 BINTULU Swk. L.N. 19 of 4 April 1987
10 MUKAH Swk. L.N. 2 of 24th January 2002
11 BETONG Swk. L.N. 6 of 7 Feb 2002
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
20
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
21
NEGERI SARAWAK Bahagian Kuching
KOD BAHAGIAN LAND DISTRICT
KOD NAMA
01 KUCHING 000 PRE-LAND CODE TITLE
001 PUEH LAND DISTRICT
002 GADING LUNDU LAND DISTRICT
003 STUNGKOR LAND DISTRICT
004 SAMPADI LAND DISTRICT
005 JAGOI LAND DISTRICT
006 SENGGI-POAK LAND DISTRICT
007 MATANG LAND DISTRICT
008 SALAK LAND DISTRICT
009 PANGKALAN AMPAT LAND DISTRICT
010 KUCHING NORTH LAND DISTRICT
011 KUCHING CENTRAL LAND DISTRICT
012 KUCHING TOWN LAND DISTRICT
013 SENTAH-SEGU LAND DISTRICT
014 MUARA TEBAS LAND DISTRICT
025 BATU KAWA TOWN DISTRICT
026 8 MILE (MATANG ROAD) TOWN DISTRICT
028 BATU KITANG TOWN DISTRICT
029 15 MILE (SIMANGGANG ROAD) TOWN DISTRICT
030 17.5 MILE (SIMANGGANG ROAD) TOWN DISTRICT
031 19 MILE (SIMANGGANG ROAD) TOWN DISTRICT
032 24 MILE (SIMANGGANG ROAD) TOWN DISTRICT
033 PANGKALAN KUT TOWN DISTRICT
034 BATU GONG TOWN DISTRICT
050 BAKO TOWN DISTRICT
051 SANTUBONG TOWN DISTRICT
055 SEMATAN TOWN DISTRICT
056 LUNDU TOWN DISTRICT
057 JANGKAR TOWN DISTRICT
058 RAMBUNGAN TOWN DISTRICT
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
22
KOD BAHAGIAN LAND DISTRICT
KOD NAMA
059 STUNGKOR TOWN DISTRICT
060 KRANJI TOWN DISTRICT
061 SINIAWAN TOWN DISTRICT
062 PAKU TOWN DISTRICT
063 JAMBUSAN TOWN DISTRICT
064 BAU TOWN DISTRICT
065 BUSO TOWN DISTRICT
066 TONDONG TOWN DISTRICT
067 MUSI TOWN DISTRICT
068 TAI TON TOWN DISTRICT
069 BIDI TOWN DISTRICT
070 KROKONG TOWN DISTRICT
071 PANGKALAN TEBANG TOWN DISTRICT
072 PEJIRU TOWN DISTRICT
073 TIANG BEKAP TOWN DISTRICT
074 BERATOK TOWN DISTRICT
075 TAPAH TOWN DISTRICT
076 SIBURAN TOWN DISTRICT
078 17TH MILE (SIMANGGANG ROAD) TOWN DISTRICT
080 15TH MILE TOWN DISTRICT
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
23
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
25
NEGERI SARAWAK Bahagian Sri Aman
KOD BAHAGIAN LAND DISTRICT
KOD NAMA
02 SRI AMAN 000 PRE-LAND CODE TITLE
001 UNDUP LAND DISTRICT
002 KLAUH LAND DISTRICT
003 BIJAT LAND DISTRICT
004 SKRANG LAND DISTRICT
005 KRANGGAS LAND DISTRICT
006 MARUP LAND DISTRICT
007 LEMANAK LAND DISTRICT
008 BUKIT BESAI LAND DISTRICT
009 AI ENGKARI LAND DISTRICT
010 LESONG LAND DISTRICT
011 SELANJAN LAND DISTRICT
012 SILANTEK LAND DISTRICT
024 SIMANGGANG TOWN DISTRICT
025 LINGGA TOWN DISTRICT
027 LUBOK ANTU TOWN DISTRICT
028 ENGKILILI TOWN DISTRICT
036 BATU LINTANG TOWN DISTRICT
044 BANTING TOWN DISTRICT
045 PANTU TOWN DISTRICT
050 BAKONG TOWN DISTRICT
052 NANGA AP TOWN DISTRICT
071 SKRANG TOWN DISTRICT
072 MELUGU TOWN DISTRICT
073 SABU TOWN DISTRICT
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
27
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
29
NEGERI SARAWAK Bahagian Sibu
KOD BAHAGIAN LAND DISTRICT
KOD NAMA
03 SIBU 000 PRE-LAND CODE TITLE
001 SEDUAN LAND DISTRICT
002 ENGKILO LAND DISTRICT
003 PASAI-SIONG LAND DISTRICT
004 ASSAN LAND DISTRICT
005 MENYAN LAND DISTRICT
006 KABANG LAND DISTRICT
019 LUKUT LAND DISTRICT
020 MAPAI LAND DISTRICT
021 MAROH LAND DISTRICT
022 SPALI LAND DISTRICT
037 OYA-DALAT LAND DISTRICT
038 SPAPA LAND DISTRICT
039 PAKU LAND DISTRICT
040 LALAI LAND DISTRICT
042 GIGIS LAND DISTRICT
043 SELANGAU LAND DISTRICT
044 BALINGIAN LAND DISTRICT
045 ARIP LAND DISTRICT
046 PELUGAU LAND DISTRICT
047 BAWAN LAND DISTRICT
048 BULOH LAND DISTRICT
049 SIBU TOWN DISTRICT
050 SUNGAI MERAH TOWN DISTRICT
051 TEKU TOWN DISTRICT
052 DURIN TOWN DISTRICT
060 KANOWIT TOWN DISTRICT
063 DAP TOWN DISTRICT
065 MACHAN TOWN DISTRICT
066 NGEMAH TOWN DISTRICT
068 SENGAYAN TOWN DISTRICT
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
30
KOD BAHAGIAN LAND DISTRICT
KOD NAMA
080 SIBINTEK TOWN DISTRICT
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
31
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
33
NEGERI SARAWAK Bahagian Miri
KOD BAHAGIAN LAND DISTRICT
KOD NAMA
04 MIRI 000 PRE-LAND CODE TITLE
001 MIRI CONCESSION LAND DISTRICT
002 LUTONG TOWN DISTRICT
003 RIAM ROAD BAZAAR TOWN DISTRICT
004 KUALA BARAM TOWN DISTRICT
005 KUALA BARAM LAND DISTRICT
006 LAMBIR LAND DISTRICT
007 MARUDI TOWN DISTRICT
008 LUBOK NIBONG TOWN DISTRICT
009 BELURU TOWN DISTRICT
010 LONG LAMA TOWN DISTRICT
011 LONG TERU TOWN DISTRICT
012 LONG AKAH TOWN DISTRICT
013 PUYUT LAND DISTRICT
014 KAMUNTING LAND DISTRICT
015 BAKONG LAND DISTRICT
016 TINJAR LAND DISTRICT
017 TERAJA LAND DISTRICT
018 TELANG USANG LAND DISTRICT
019 BOK LAND DISTRICT
020 AKAH LAND DISTRICT
021 DULIT LAND DISTRICT
022 BEKENU TOWN DISTRICT
023 SIBUTI LAND DISTRICT
024 BUKIT KISI LAND DISTRICT
025 NIAH TOWN DISTRICT
026 BATU NIAH TOWN DISTRICT
027 SUAI TOWN DISTRICT
028 NIAH LAND DISTRICT
029 SUAI LAND DISTRICT
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
34
KOD BAHAGIAN LAND DISTRICT
KOD NAMA
030 SAWAI LAND DISTRICT
049 KUALA NYABOR TOWN DISTRICT
050 BAREO LAND DISTRICT
052 APOH LAND DISTRICT
053 LIO MATOH LAND DISTRICT
056 SILAT LAND DISTRICT
057 TUTOH LAND DISTRICT
058 PATAH LAND DISTRICT
059 LEPU LAJU LAND DISTRICT
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
35
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
36
NEGERI SARAWAK Bahagian Limbang
KOD BAHAGIAN LAND DISTRICT
KOD NAMA
05 LIMBANG 000 PRE-LAND CODE TITLE
001 DANAU LAND DISTRICT
002 PANDARUAN LAND DISTRICT
003 TRUSAN LAND DISTRICT
004 LAWAS LAND DISTRICT
005 MERAPOK LAND DISTRICT
006 LIMBANG TOWN DISTRICT
007 BATU DANAU TOWN DISTRICT
008 NANGA MEDAMIT TOWN DISTRICT
009 TRUSAN TOWN DISTRICT
010 LAWAS TOWN DISTRICT
011 MERAPOK TOWN DISTRICT
012 UKONG TOWN DISTRICT
013 SUNDAR TOWN DISTRICT
014 SUNGAI MEDALAM LAND DISTRICT
015 LONG NAPIR LAND DISTRICT
016 SUNGAI ADANG LAND DISTRICT
017 TENGOA-SUKANG LAND DISTRICT
018 LONG MERARAP LAND DISTRICT
019 LONG SEMADO LAND DISTRICT
020 BA'KELALAN LAND DISTRICT
021 BATU LAWI LAND DISTRICT
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
37
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
39
NEGERI SARAWAK Bahagian Sarikei
KOD BAHAGIAN LAND DISTRICT
KOD NAMA
06 SARIKEI 000 PRE-LAND CODE TITLE
007 SEREDENG LAND DISTRICT
010 MARADONG LAND DISTRICT
011 TULAI LAND DISTRICT
012 SARIKEI LAND DISTRICT
014 BUAN LAND DISTRICT
015 SARE LAND DISTRICT
016 PEDANUM LAND DISTRICT
017 MELURUN LAND DISTRICT
018 JIKANG LAND DISTRICT
054 BINATANG TOWN DISTRICT
061 JULAU TOWN DISTRICT
062 PAKAN TOWN DISTRICT
074 SELALANG TOWN DISTRICT
077 GUNONG AYER TOWN DISTRICT
092 TEKOYONG LAND DISTRICT
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
41
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
43
NEGERI SARAWAK Bahagian Kapit
KOD BAHAGIAN LAND DISTRICT
KOD NAMA
07 KAPIT 000 PRE-LAND CODE TITLE
023 KATIBAS LAND DISTRICT
024 IBAU LAND DISTRICT
025 MENUAN LAND DISTRICT
026 SUAU LAND DISTRICT
027 OYAN LAND DISTRICT
028 BANING LAND DISTRICT
029 MAJAU LAND DISTRICT
030 MERIRAI LAND DISTRICT
031 METAH LAND DISTRICT
032 RIRONG LAND DISTRICT
033 MAMAU LAND DISTRICT
035 ANGKUAH LAND DISTRICT
036 PELAGUS LAND DISTRICT
069 KAPIT TOWN DISTRICT
070 SONG TOWN DISTRICT
081 BANGKIT LAND DISTRICT
082 BATU LAGA LAND DISTRICT
083 PLANDOK LAND DISTRICT
084 ENTEMU LAND DISTRICT
085 MENGIONG LAND DISTRICT
086 SERANI LAND DISTRICT
087 BALUI LAND DISTRICT
088 KUMBONG LAND DISTRICT
089 MURUM LAND DISTRICT
090 PUNAN LAND DISTRICT
091 DANUM LAND DISTRICT
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
45
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
47
NEGERI SARAWAK
Bahagian Samarahan
KOD BAHAGIAN LAND DISTRICT
KOD NAMA
08 SAMARAHAN 000 PRE-LAND CODE TITLE
010 LESONG LAND DISTRICT
014 MENUKU LAND DISTRICT
015 KAYAN LAND DISTRICT
016 SAMARAHAN LAND DISTRICT
017 MUARA TUANG LAND DISTRICT
018 BUKAR-SADONG LAND DISTRICT
019 SUNGAI KEDUP LAND DISTRICT
020 MELIKIN LAND DISTRICT
021 SEDILU-GEDONG LAND DISTRICT
022 SADONG LAND DISTRICT
023 SEBANGAN-KEPAYANG LAND DISTRICT
024 PUNDA-SABAL LAND DISTRICT
026 SEBUYAU TOWN DISTRICT
035 SUNGAI MERAH TOWN DISTRICT
036 SUNGAI MERANG TOWN DISTRICT
037 SUNGAI PALAH TOWN DISTRICT
039 29TH MILE (SIMANGGANG ROAD) TOWN DISTRICT
040 32ND MILE (SIMANGGANG ROAD) TOWN DISTRICT
041 34 1/2 MILE (SIMANGGANG ROAD) TOWN DISTRICT
042 SERIAN TOWN DISTRICT
043 TEBAKANG TOWN DISTRICT
044 MUARA MONGKOS TOWN DISTRICT
045 TEBEDU TOWN DISTRICT
046 BALAI RINGIN TOWN DISTRICT
047 TAMBIRAT TOWN DISTRICT
048 MUARA TUANG TOWN DISTRICT
052 SIMUNJAN TOWN DISTRICT
053 GEDONG TOWN DISTRICT
054 SEBANGAN TOWN DISTRICT
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
48
KOD BAHAGIAN LAND DISTRICT
KOD NAMA
065 TEBELU TOWN DISTRICT
077 TERBAT TOWN DISTRICT
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
49
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
51
NEGERI SARAWAK Bahagian Bintulu
KOD BAHAGIAN LAND DISTRICT
KOD NAMA
09 BINTULU 000 PRE-LAND CODE TITLE
031 BINTULU TOWN DISTRICT
032 KEMENA LAND DISTRICT
033 SEBAUH TOWN DISTRICT
034 LAVANG TOWN DISTRICT
035 PANDAN TOWN DISTRICT
036 TUBAU TOWN DISTRICT
037 LAVANG LAND DISTRICT
038 SELEZU LAND DISTRICT
039 BATU KAPAL LAND DISTRICT
040 RASAN LAND DISTRICT
041 PANDAN LAND DISTRICT
042 KUALA TATAU TOWN DISTRICT
043 TATAU TOWN DISTRICT
045 BUAN LAND DISTRICT
046 SANGAN LAND DISTRICT
047 ANAP LAND DISTRICT
048 KAKUS LAND DISTRICT
049 KUALA NYABOR TOWN DISTRICT
054 JELALONG LAND DISTRICT
055 BINIO LAND DISTRICT
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
53
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
55
NEGERI SARAWAK Bahagian Mukah
KOD BAHAGIAN LAND DISTRICT
KOD NAMA
10 MUKAH 000 PRE-LAND CODE TITLE
003 RETUS LAND DISTRICT
006 LASSA LAND DISTRICT
007 SEMAH LAND DISTRICT
008 JEMORENG LAND DISTRICT
009 BRUIT LAND DISTRICT
013 KEDANG LAND DISTRICT
014 BUAN LAND DISTRICT
037 OYA-DALAT LAND DISTRICT
038 BAOH LAND DISTRICT
041 MUKAH LAND DISTRICT
042 SIKAT LAND DISTRICT
044 BALINGIAN LAND DISTRICT
047 BAWAN LAND DISTRICT
048 BULOH LAND DISTRICT
055 DARO TOWN DISTRICT
056 MATU TOWN DISTRICT
072 PALOH TOWN DISTRICT
073 BELAWAI TOWN DISTRICT
075 RAJANG TOWN DISTRICT
076 JERIJEH TOWN DISTRICT
082 IGAN TOWN DISTRICT
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
57
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
59
NEGERI SARAWAK Bahagian Betong
KOD BAHAGIAN LAND DISTRICT
KOD NAMA
11 BETONG 000 PRE-LAND CODE TITLE
004 ENTABAN LAND DISTRICT
010 LESONG LAND DISTRICT
013 TRISO LAND DISTRICT
015 AWIK-KRIAN LAND DISTRICT
016 BUDU LAND DISTRICT
017 SEBLAK LAND DISTRICT
018 KALAKA LAND DISTRICT
019 BATU API LAND DISTRICT
020 SADOK LAND DISTRICT
021 PAKU LAND DISTRICT
022 SABLOR LAND DISTRICT
023 RIMBAS LAND DISTRICT
029 BETONG TOWN DISTRICT
030 SPAOH TOWN DISTRICT
031 DEBAK TOWN DISTRICT
032 PUSA TOWN DISTRICT
033 SARATOK TOWN DISTRICT
034 KABONG TOWN DISTRICT
035 ROBAN TOWN DISTRICT
037 KAKI WONG TOWN DISTRICT
038 KABA TOWN DISTRICT
040 GRIGAT TOWN DISTRICT
041 LIDONG TOWN DISTRICT
046 MALUDAM TOWN DISTRICT
053 BELADIN TOWN DISTRICT
054 BUNGIN TOWN DISTRICT
055 LUBAU TOWN DISTRICT
064 SAMARANG TOWN DISTRICT
065 TEBALAU TOWN DISTRICT
074 PADEH TOWN DISTRICT
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
60
GLOSARI
Unique Parcel Identifier - UPI Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah Nombor Lot Nombor yang diperuntukkan kepada sesuatu tanah oleh Pengarah Ukur seperti mana dikehendaki di bawah Seksyen 396(1)(d), Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 (Sumber : Peraturan Ukur Kadaster 2002)
Hakmilik Kekal (Final Title – FT) Tanah yang telah diukur halus dan keluasannya adalah muktamad (Sumber : Koleksi Artikel – Pentadbiran dan Perundangan Tanah, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), 2009)
Tanah a) mukabumi dan semua benda-benda yang menjadikan mukabumi itu; b) tanahbumi di bawah mukabumi dan semua benda-benda yang terkandung di dalamnya; c) semua tumbuh-tumbuhan dan lain-lain keluaran semulajadi, samada memerlukan
penggunaan tenaga berkala terhadap pengeluarannya atau tidak, dan samada di atas atau di bawah mukabumi itu;
d) semua benda yang terlekat pada tanahbumi atau dilekatkan selama-lamanya pada apa-apa benda yang terlekat pada tanahbumi, samada di atas atau di bawah mukabumi itu; dan
e) tanah yang diliputi air. (Sumber : Kanun Tanah Negara 1965)
Pelan Warta Suatu pelan yang disediakan mengikut format yang ditetapkan oleh Jabatan bagi tujuan mewartakan sesuatu kawasan atau tempat sebagaimana diperlukan di bawah undang-undang bertulis dan diluluskan oleh Pengarah Ukur. (Sumber : Peraturan Ukur Kadaster 2002)
Pelan Akui Pelan berkaitan tanah yang disediakan mengikut format yang ditetapkan oleh Jabatan dan diluluskan oleh Pengarah Ukur, termasuklah Pelan Akui Strata dan Pelan Akui Stratum. (Sumber : Peraturan Ukur Kadaster 2002)
Pelan Pelbagai Suatu pelan selain daripada Pelan Akui, Pelan Warta, Pelan Akui Strata dan Pelan Akui Stratum yang disediakan bagi sesuatu tujuan yang tertentu dan diluluskan oleh Pengarah Ukur. (Sumber : Peraturan Ukur Kadaster 2002)
Data Spatial Merujuk kepada ciri-ciri lokasi atau kedudukan sesuatu objek dalam ruangan tertentu di mana kejituannya atau ketepatan perletakan objek-objek tersebut di antara satu sama lain adalah ditentukan berdasarkan kepada prosedur cerapan data di lapangan. (Sumber : http://www.gotogis.com/kenali_gis/pangkalan_data_GIS.htm)
KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH
61
PERTANYAAN TENTANG KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH (UPI) Sebarang pertanyaan berkaitan Penyelarasan Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah (UPI), penerbitan kod UPI dalam MyGeoportal, Penerbitan Buku Kod UPI atau pemberitahuan pada masa akan datang mengenai perubahan, pertambahan daripada segi kod dan ejaan nama sempadan pentadbiran tanah bagi daerah/jajahan, mukim/bandar/ pekan dan seksyen/presint bolehlah dikemukakan kepada :
Urus setia Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) Tingkat 7 & 8, Wisma Sumber Asli No. 25 Persiaran Perdana, Presint 4 62574 Negeri Sabah