Transcript
Page 1: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

1

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya,

akhirnya dapat juga saya menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Pendek bagi subjek

Pengajian Al-Quran Sekolah Rendah (PIM 3103) yang diberikan ini dalam tempoh

masa yang telah diberikan.

Pertama kalinya saya ingin merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada

pensyarah yang amat saya hormati iaitu Ustaz Suhaimi Bin Ramli yang memberi

seberapa banyak maklumat yang berguna untuk saya isikan ke dalam kerja kursus

ini.Saya juga banyak mendapat pengalaman yang sangat berharga daripada beliau

sepanjang menyiapkan kerja kursus pendek ini. Selain itu juga , nasihat serta sokongan

beliau amat saya hargai sepanjang menyiapkan kerja kursus ini.

Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada ibubapa saya yang turut membantu

dalam aspek kewangan dan motivasi sepanjang saya melaksanakan tugasan ini. Tidak

lupa juga kepada semua rakan-rakan yang sama-sama memberikan kerjasama kepada

saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Saya berharap dengan menyiapkan tugasan ini, dapatlah saya

mempertingkatkan kualiti dan kredibiliti diri saya dalam mengejar ilmu pengetahuan

bersandarkan ilmu pendidikan agama Islam yang ada serta dapat mengaplikasikan

kepada pelajar-pelajar yang akan datang agar dapat menjadi modal insan yang

cemerlang dari semua aspek.

Akhir kata, sayabegitu berbesar hati kepada pembaca yang turut bersama untuk

mendapatkan ilmu berkaitan pendidikan agama Islam ini walaupun hanya sedikit untuk

dijadikan petunjuk pada masa hadapan dan sekarang demi membina suasana dan

methodologi pembelajaran yang efektif dan sistematik.Sekian, terima kasih.

Pengenalan Rasm Uthmani.

Page 2: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

2

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

Menurut Haji Abdul Qadir Leong (2000), Kalimah Rasm bermaksud penulisan.

Penulisan adalah berhubung dengan ejaan huruf-huruf yang membentuk perkataan

dalam ayat dari segi penggunaan, penyusunan, penyambungan dan pemisahan.

Ilmu Rasm merupakan satu ilmu yang membincangkan kaedah serta cara penulisan

huruf-huruf dan kalimah-kalimah Al-Quran. Ilmu ini disebut juga sebagai Rasm

Uthmani. Penyeragaman kaedah penulisan Rasm Uthmani bertujuan untuk

mengekalkan dan memelihara ketepatan bacaan qiraat tujuh yang mutawatir daripada

Rasulullah s.a.w. dan menyatukan kaum muslimin dari segi pembacan al-Quran. Ia juga

berpandukan kepada dialek kaum Quraisy yang menjadi asas kaedah penulisan yang

telah ditentukan oleh Saidina Uthman bin Affan. Maka dengan itulah rasm ini juga

dikenali dengan nama Rasm Uthmani bersempena dengan Saidina Uthman yang telah

menentukan kaedah dan asas penulisan Mashaf al-Quran dan beliau pada ketika itu

merupakan khalifah Islam yang ketiga.

Hukum mempelajarinya adalah Fardhu Kifayah.

Konsep Rasm Uthmani dan sejarahnya.

Pengumpulan Dan Penyalinan Al-Quran.

Allah s.w.t. telah menjamin akan menjaga kesucian dan kemurnian Al-Quran, iaitu

melalui firman-Nya :

Maksudnya :

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang

memeliharanya. “

Justeru itu, Al-Quran pasti terselamat daripada sebarang usaha pemalsuan,

penambahan atau pengurangan. Ini jelas apabila kajian sejarah membuktikan bahawa

Page 3: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

3

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

proses pengumpulan dan penulisan Al-Quran yang menjamin kesucian dan

kemurniannya berlaku secara menyakinkan.

Terdapat tiga peringkat pengumpulan Al-Quran iaitu :

1. Zaman Rasulullah s.a.w.

2. Zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a.

3. Zaman Khalifah Usman bin Affan r.a.

1. Pengumpulan Pertama : Zaman Rasulullah s.a.w.

Rasulullah adalah insan pertama yang mengumpulkan Al-Quran. Pengumpulan

Al-Quran pada zaman Rasulullah melalui dua cara iaitu :

i. Pengumpulan dalam dada berupa penghafalan dan penghayatan.

Al-Quran diturunkan kepada Nabi s.a.w. yang ummi iaitu tidak tahu

membaca dan menulis. Oleh itu, perhatian Nabi s.a.w. ditumpukan

sekadar menghafal dan menghayatinya, agar baginda dapat menguasai

Al-Quran dengan tepat seperti mana yang disampaikan oleh malaikat

Jibrail a.s. Setelah itu, baginda membacakannya kepada para sahabat

dengan terang dan jelas agar mereka juga dapat menghafal dan

menghayatinya.

Wahyu Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat. Setiap kali

wahyu diterima, Rasulullah s.a.w. akan membacanya kepada para

sahabat dan mengulanginya beberapa kali agar dapat dihafal oleh

mereka. Para sahabat sentiasa bersaing untuk menghafal dan menjaga

hafalan mereka supaya tidak hilang dari ingatan mereka. Oleh itu, Al-

Quran pada zaman itu turut terpelihara dan terkumpul dalam dada-dada

para sahabat.

ii. Pengumpulan dalam bentuk tulisan.

Page 4: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

4

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

Antara keistimewaan Al-Quran ialah pengumpulannya dalam bentuk

tulisan. Rasulullah s.a.w. sangat memberi perhatian kepada penyalinan

Al-Quran. Baginda mempunyai beberapa orang penulis wahyu. Setiap kali

wahyu diturunkan, baginda akan memerintahkan mereka menulisnya.

Penulis-penulis tersebut adalah para sahabat yang dipilih oleh Rasulullah

daripada kalangan yang terbaik dan cantik tulisannya agar tugasan

tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.

Antara para sahabat yang terkenal sebagai penulis wahyu pada zaman itu

ialah :

1. Abu Bakar As-Siddiq

2. Omar bin Al-Khattab

3. Osman bin Affan

4. Ali bin Abu Talib

5. Ubai bin Kaab

6. Zaid bin Thabit

7. Zubair bin Al-Awwam

8. Muawiyah bin Abi Sufian

Para penulis wahyu ini mendapat petunjuk secara terus daripada

Rasulullah mengenai cara penulisan dan panduan bagi meletakkan ayat-

ayat dalam surah-surah tertentu. Pada peringkat ini, penulisan Al-Quran

tidaklah bererti dilakukan oleh sekumpulan di atas satu bahan tetapi Al-

Quran ditulis pada pelbagai bahan seperti kayu, batu, tulang, pelepah

tamar dan sebagainya. Kemudian ayat-ayat yang ditulis pada pelbagai

bahan ini dikumpulkan untuk peringkat selanjutnya.

Ayat-ayat Al-Quran yang tercatat di atas ketulan-ketulan batu, pelepah

tamar, tulang belulang unta dan kulit biri-biri yang telah kering dan

kepingan-kepingan kayu disimpan di dalam rumah Rasulullah sendiri.

Terdapat juga sebahagian para sahabat mengambil inisiatif tersendiri

dengan menuliskan ayat Al-Quran untuk simpanan mereka sendiri tanpa

Page 5: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

5

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

diarahkan oleh Nabi. Menyedari akan hal itu,Rasulullah s.a.w. menegah

para sahabat daripada menyalin perkara selain daripada Al-Quran

termasuklah hadis-hadis baginda. Arahan ini bertujuan untuk menjamin

kemurnian dan kesahihan ayat-ayat Al-Quran daripada bercampur dengan

sesuatu yang lain daripadanya. Maka dengan sebab itu, Al-Quran terus

terpelihara kemurniannya sejak dari awal lagi.

Kesimpulannya, pengumpulan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w.

secara penulisan telah pun wujud secara tersusun tetapi pada masa itu ia

masih lagi belum dikumpulkan di dalam satu mashaf. Ini adalah

berdasarkan kepada keadaan di waktu itu yang mana wahyu masih lagi

diturunkan.

iii. Sebab Al-Quran tidak dikumpulkan dalam satu mashaf pada zaman Nabi

s.a.w.

Ketika Rasulullah wafat, Al-Quran sedia kukuh terpelihara dalam dada-

dada para sahabat. Namun dari sudut penulisannya, Al-Quran masih lagi

berada dalam keadaan lembaran-lembaran yang terpisah antara satu

sama lain, ia belum lagi dikumpulkan dalam satu buku atau mashaf yang

lengkap berserta ayat-ayat dan surah-surah yang tersusun. Keadaan yang

berlaku ini mempunyai hikmah-hikmahnya yang tertentu memandangkan

Al-Quran merupakan kalam yang diturunkan oleh Allah yang Maha

Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Antara sebab mengapa Al-Quran tidak dikumpulkan dalam satu mashaf

pada zaman Rasulullah ialah :

a) Kaedah penurunan Al-Quran adalah secara beransur-ansur dan tidak

sekali gus. Oleh itu mustahil untuk membukukannya dalam masa

tersebut sebelum selesai keseluruhan penurunannya.

Page 6: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

6

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

b) Terdapat sebahagian ayat yang diturunkan lebih awal telah

dimansukhkan apabila diturunkan ayat terkemudian yang

menasakhkannya. Oleh itu mustahil untuk membukukannya dalam

masa tersebut kerana ini boleh menyebabkan berlakunya banyak

pindaan dan pembatalan terhadap penulisanAl-Quran.

c) Susunan ayat dan surah di dalam Al-Quran adalah tidak berdasarkan

urutan waktu ia diturunkan. Sebahagian ayat ada yang diturunkan

pada saat terakhir wahyu tetapi urutannya ditempatkan pada surah-

surah yang terawal. Oleh itu, mustahil untuk membukukannya dalam

tempoh penurunannya kerana itu juga boleh menyebabkan berlakunya

banyak pindaan dan perubahan pada susunan penulisannya.

d) Tempoh turun wahyu terakhir dengan kewafatan Rasulullah s.a.w.

adalah terlalu singkat. Oleh itu dalam masa yang sesingkat ini tidak

memungkinkan ia untuk disusun lalu dibukukan dengan segera.

e) Ketiadaan faktor-faktor yang mendorong untuk mengumpulkan Al-

Quran menjadi satu mashaf sebagaimana yang berlaku pada zaman

Abu Bakar As-Siddiq. Ini kerana ketika hayat Rasulullah terdapat ramai

sahabat yang menghafal Al-Quran sebaik sahaja ia diturunkan

sehingga tidak wujud sebarang kepentingan untuk mendesak kepada

penulisannya. Ini berbeza selepas kewafatan Rasulullah kerana

kemunculan banyak fitnah seumpama peperangan yang menyebabkan

ramai penghafal Al-Quran yang gugur syahid sehingga mendorong

Abu Bakar melaksanakan rancangan pengumpulan Al-Quran dalam

satu mashaf kerana khuatir ia akan lenyap dengan ketiadaan para

penghafalnya.

Oleh itu setelah segala-galanya stabil iaitu dengan berakhirnya penurunan serta

wafatnya Rasulullah maka tiada lagi perkara dikhuatiri akan menjejaskan

Page 7: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

7

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

pembukuannya. Inilah yang diilhamkan oleh Allah s.w.t kepada Khulafak Ar-

Rasyidin yang mendapat hidayah langsung daripadaNya sehingga timbul idea

untuk membukukan Al-Quran dalam satu mashaf bermula dengan

pengumpulannya oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

2. Pengumpulan Kedua : Zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq.

a. Faktor utama pengumpulan Al-Quran : Perang al-Yamamah

Peringkat kedua pengumpulan Al-Quran ialah pada zaman Khalifah Abu Bakar

iaitu selepas kewafatan Rasulullah. Peringkat ini disebut oleh sebahagian para

ulamak sebagai peringkat pengumpulan ayat-ayat Al-Quran di dalam mashaf.

Pengumpulan ini merupakan berikutan daripada beberapa peristiwa besar yang

berlaku semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar. Antara peristiwa terpenting

yang menjadi faktor utama pengumpulan Al-Quran adalah perang Al-Yamamah

bagi menentang golongan yang murtad sejurus selepas kewafatan Rasulullah

pada tahun ke-12 Hijrah yang menyebabkan ramai di kalangan para sahabat

penghafaz Al-Quran gugur syahid fi sabilillah.

Menurut sejarah Islam, selepas kewafatan Rasulullah para sahabat telah

bersepakat untuk melantik Abu Bakar sebagai khalifah Islam kerana beliau

merupakan salah seorang sahabat yang paling akrab hubungannya dengan

Rasulullah dan termasuk antara mereka yang terawal memeluk Islam daripada

kalangan orang lelaki dewasa.

Semasa dilantik menjadi khalifah, beliau menghadapi beberapa masalah yang

berkaitan dengan perpecahan umat Islam. Antaranya golongan yang murtad,

golongan yang tidak mahu membayar zakat dan golongan pengikut nabi-nabi

palsu seperti pengikut Musaylamah Al-Kazzab. Sebagai seorang pemimpin

tertinggi pada waktu itu, beliau telah mengarahkan bala tentera umat Islam untuk

memerangi golongan ini. Pertempuran yang paling hebat telah berlaku di

Yamamah, ia menyaksikan tentera Islam bertempur dengan golongan murtad

Page 8: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

8

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

dan golongan yang mengingkari zakat. Pertempuran ini telah menyebabkan lebih

70 orang sahabat penghafaz Al-Quran gugur syahid.

Senario ini telah menggusarkan perasaan Umar bin Al-Khattab pada ketika itu.

Beliau merasakan bahawa kemungkinan Al-Quran ini akan lenyap berikutan

ramainya para penghafaz Al-Quran yang mati syahid, bahkan kebimbangan

semakin bertambah sekiranya nanti mereka sekali lagi akan terlibat dalam siri-siri

peperangan yang lain. Beliau memikirkan sesuatu tindakan perlu diambil oleh

khalifah ketika itu. Lalu beliau bertemu dengan khalifah Abu Bakar dan

menyatakan kebimbangannya itu lantas mencadangkan kepada khalifah supaya

ayat-ayat Al-Quran disalin dan dikumpulkan dalam satu himpunan yang dikenali

sebagai mashaf.

Pada awalnya, Saidina Abu Bakar berasa keberatan untuk menerima cadangan

Umar bin Al-Khattab kerana perkara seperti itu tidak pernah dilakukan oleh

Rasulullah semasa hayat baginda. Akhirnya Allah telah melapangkan dada

Saidina Abu Bakar untuk menerima cadangan Umar Al-Khattab setelah ia

dibincangkan terlebih dahulu dan dipersetujui oleh para sahabat yang lain.

b. Peranan Zaid bin Thabit r.a.

Setelah cadangan Omar diterima, khalifah Abu Bakar telah memerintahkan Zaid

bin Thabit untuk mengetuai tanggungjawab mencari dan mengumpulkan ayat-

ayat Al-Quran di dalam satu mashaf. Maka Zaid mencari dan meneliti Al-Quran.

Dikumpulkan daripada potongan-potongan kain, kepingan-kepingan besi, kulit-

kulit binatang dan hafalan-hafalan orang lelaki. Suhuf (lembaran-lembaran yang

sudah terkumpul di dalamnya Al-Quran) berada bersama Abu Bakar sehingga

beliau wafat kemudian disimpan oleh Umar Al-Khattab dan seterusnya oleh

Hafsah binti Omar.

3. Pengumpulan Ketiga: Zaman Khalifah Usman bin Affan r.a.

Page 9: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

9

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

a.Faktor utama pengumpulan Al-Quran pada zaman Khalifah Usman :

Perbezaan Bacaan.

Al-Quran mengalami proses pengumpulan untuk peringkat yang ketiga pada

zaman Saidina Usman bin Affan. Perbezaan usaha ini antara zaman Saidina

Abu Bakar dengan zaman Saidina Usman ialah usaha pengumpulan pada

zaman Usman adalah daripada arahan beliau sendiri yang pada ketika itu

merupakan seorang khalifah Islam yang ketiga, sedangkan zaman Abu Bakar

usaha ini adalah merupakan tindakan susulan Abu Bakar sebagai seorang

khalifah Islam yang pertama setelah didesak oleh Umar Al-Khattab tentang

kepentingan usaha mengumpulkan Al-Quran dalam satu mashaf.

Apakah penyebab utama yang membawa kepada usaha pengumpulan Al-Quran

pada zaman Usman ?

Sebab utama yang membawa kepada usaha pengumpulan Al-Quran pada

zaman Usman ialah kerana berlakunya pertelingkahan dan perpecahan antara

umat Islam mengenai cara membaca sebahagian ayat-ayat Al-Quran di kalangan

negeri-negeri Islam yang luas pada ketika itu. Terutamanya mereka yang tidak

tergolong di kalangan generasi sahabat.

Huzaifah r.a. meminta khalifah agar mengatasi segera kekecohan yang telah

berlaku sebelum ia menjadi lebih parah sehingga boleh mengakibatkan

pertikaian dan perpecahan yang tidak berkesudahan dan supaya umat Islam

tidak mengulangi pertikaian yang berlaku antara Yahudi dan Nasrani.

b. Pengumpulan Al-Quran secara sistematik.

Saidina Usman bin Affan memenuhi permintaan Huzaifah dengan meminta

Saidatina Hafsah meminjamkan mashaf yang ada dalam simpanannya kepada

khalifah bagi tujuan membuat beberapa naskhah salinan dan selepas itu akan

dikembalikan kepada Saidatina Hafsah.

Page 10: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

10

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

Setelah meminjam naskhah Al-Quran tersebut, maka khalifah telah

mengarahkan beberapa orang sahabat menyalin kandungan mashaf kepada

beberapa salinan.

Para sahabat yang terlibat dengan tugas ini ialah :

1. Zaid bin Thabit

2. Abdullah bin Zubair

3. Saad bin Al-Ash

4. Abdul Rahman bin Al-Harith

Setelah selesai penyalinan dibuat kepada beberapa naskhah, maka naskhah-

naskhah tersebut telah dihantar kepada beberapa Bandar iaitu :

1. Basrah

2. Kufah

3. Syam

4. Kota Madinah (satu untuk simpanan khalifah Usman dinamakan Mashaf Al-

Imam)

5. Makkah

6. Yaman

7. Bahrain

Kandungan setiap salinan telah diperakukan oleh para sahabat. Khalifah telah

memerintahkan setiap salinan dihantar ke Negara-negara Islam yang lain

bersama orang yang menghafaz Al-Quran untuk membimbing umat Islam cara

membaca Al-Quran dengan menggunakan mashaf tersebut.

Pengumpulan Al-Quran pada zaman Saidina Usman ini telah menjadikan sistem

penyalinan mashaf lebih tersusun. Daripada sistem inilah disiplin ilmu penyalinan

Al-Quran telah berkembang dan semakin kemas. Khalifah Saidina Usman telah

berjaya menyelaraskan sistem Rasm Al-Quran dan menghasilkan lima naskhah

salinan induk yang dipanggil sebagai Mashaf Uthmani.

Budaya penyalinan dan pembukuan Al-Quran memberi kesan bahawa Al-Quran

merupakan kitab suci daripada langit yang tidak dapat diragukan lagi

Page 11: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

11

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

kesuciannya. Ia juga memberi kesan ke arah kemunculan pelbagai bidang ilmu

yang bernilai tinggi. Ia juga menunjukkan betapa pentingnya budaya mencatat

dan membukukan sebarang penulisan kerana ia akan memberi kesan kepada

jangka hayat sesuatu ilmu dan menjadi satu bidang keutamaan dalam sistem

pendidikan yang lebih menyakinkan.

Page 12: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

12

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

1. Surah Al-ma’un

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

(1) Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?

(2) Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim (3) Dan ia

tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin

(4) (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan

agama), maka kecelakaan besar bagi orang Ahli Sembahyang (5) (Iaitu) mereka

berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyang (6) (Juga bagi) orang-orang

yang berkedaan ria’ (dalam ibadat dan bawaannya) (7) Dan orang-orang yang tidak

memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)

1(a)Huraian Ayat

Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?

Apakah kamu melihat wahai Muhammad orang-orang yang mendustakan hari

pembalasan atau hari kiamat. Firman Allah tersebut walaupun dalam bentuk istifham

(tanda tanya), tetapi tujuan ayat-ayat seumpama itu adalah untuk menunjukkan tentang

kehairanan dan keanehan terhadap sikap manusia. Tidak percaya kepada hari

pembalasan ini adalah satu contoh tentang keadaan manusia yang rugi.

Page 13: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

13

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

(2) Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim (3) Dan ia

tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin

Mereka adalah golongan yang benar-benar menghalang, mengherdik dan

menzalimi anak-anak yatim daripada mendapat hak-hak mereka. Malah mereka tidak

melayani golongan tersebut dengan baik. Pada masa dahulu orang-orang Arab

jahiliyyah tidak suka mewariskan harta peninggalan mereka kepada kaum wanita dan

kanak-kanak. Mereka juga tidak menggalakkan diri, kaum keluarga dan juga orang lain

supaya memberi makan kepada fakir miskin yang memerlukan, lantaran terlalu bakhil

dengan harta kekayaan. Ini jelas seperti terbayang dalam firman Allah yang bermaksud

: “Tidak, bahkan kamu tidak memuliakan anak yatim dan kamu tidak suka

menggalakkan orang lain memberi makan kepada fakir miskin” (al-Fajr, 89: 17-18) iaitu

fakir miskin yang tidak memiliki sesuatu atau tidak dapat menampung keperluan

hidupnya.

(4) (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan

agama), maka kecelakaan besar bagi orang Ahli Sembahyang (5) (Iaitu) mereka

berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyang

Kerugian dan kesiksaan terhadap orang-orang munafik yang menunaikan

sembahyang dengan riak. Mereka lalai dan tidak prihatin terhadapnya. Sekiranya

mereka sembahyang, mereka tidak mengharapkan ganjaran pahala dari sembahyang

yang dilakukan. Juga tidak takut kepada balasan dosa jika mereka meninggalkannya.

Ternyata mereka lalai sehingga luput waktunya. Apabila bersama dengan orang-orang

beriman mereka akan sembahyang dalam keadaan riak dan tidak menunaikan ibadat

tersebut jika orang Islam tidak lagi bersama mereka.

)Juga bagi (orang-orang yang berkedaan ria’ (dalam ibadat dan bawaannya)

Orang-orang yang lalai terhadap sembahyang adalah mereka yang suka

mempamerkan amalan tersebut kepada orang lain atau bersikap riak terhadap semua

Page 14: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

14

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

amalan baik yang mereka lakukan supaya mereka dipuji. Imam Ahmad meriwayatkan

daripada Abdullah bin Amr berkata : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

“Sesiapa yang mendedahkan amalannya kepada manusia lain, nescaya Allah akan

mendedahkan, menghina dan memperkecilnya kepada makhluk yang lain”

Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak

mendapatnya)

Mereka enggan membantu dan suka menghalang orang yang hendak melakukan

kebaikan kepada orang lain. Perkataan al-Ma’un adalah kata nama bagi semua benda

yang sering dipinjamkan diantara sesama manusia seperti baldi, kapak, pemukul,

periuk dan perkakas rumah. Manakala benda yang sering diminta ialah seperti air dan

garam, dimana orang yang enggan memenuhi permintaan sedemikian dianggap hina

dan berakhlak buruk.

Golongan munafik tidak melakukan ibadat dengan baik kepada tuhan mereka

dan tidak pula bersikap baik kepada sesama makhluk sehingga tidak dapat

meminjamkan barang-barangnya kepada orang lain, sedangkan barang tersebut tidak

akan habis dan tetap menjadi miliknya. Tambahan pula mereka enggan mengeluarkan

zakat dan tidak mahu melakukan berbagai jenis pengorbanan lain.

1(b)Asbabun Nuzul

Sebab Turun ayat 1

Ibn Abbas berkata, ia diturunkan kepada al-As bin Wa’il al-Sahmi. Al-Suddi

berkata, diturunkan kepada Abu Jahl. Beliau adalah penyelia seorang anak yatim.

Pada suatu hari dalam keadaan tidak berbaju anak yatim itu datang meminta sedikit

harta (kepunyaan sendiri) kepada Abu Jahl. Lantas Abu Jahl menolak ke tepi anak

yatim tersebut. Manakala Ibn Juraij berkata, ia diturunkan kepada Abu Sufian. Menurut

Page 15: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

15

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

riwayat, Abu Sufian menyembelih unta setiap minggu. Maka datanglah anak yatim

meminta sebahagian daripadanya. Beliau lantas mengetuk anak yatim tersebut dengan

tongkatnya, lalu Allah pun menurunkan ayat ini.

Sebab Turun Ayat 4

Diriwayat oleh Ibn al-Munzir daripada Ibn Abbas mengenai ayat tersebut, beliau

berkata: “Diturunkan kepada orang-orang munafik. Mereka mempamerkan ibadat

sembahyang mereka kepada orang-orang Islam apabila bersama mereka. Tetapi

meninggalkan ibadat tersebut apabila orang-orang Islam tidak ada bersama. Mereka

juga tidak suka memberi pertolongan atau meminjamkan sesuatu kepada orang lain.”

1(c)Pengajaran Ayat

Surah diatas secara umumnya menegaskan perkara tentang celaan Allah

terhadap orang yang mendustakan perhitungan dengan ganjaran di akhirat. Perkataan

yang digunakan bersifat umum dan maknanya tidak terikat kepada individu khusus

yang menjadi sebab latar turunnya surah.

Sifat manusia pendusta yang mengingkari balasan akhirat dengan segala

keburukannya ialah suka mengherdik anak yatim. Suka menghalau, menafikan hak,

menindas dan menganiaya anak yatim. Bahkan suka meninggalkan amal kebajikan.

Tidak suka menggalakkan orang lain bersedekah makan minum kepada golongan

miskin. Ini adalah kerana sifat bakhil dan keenganannya mempercayai hari

pembalasan. Celaan Allah ini tidaklah bersifat umum, sebab itu tidak merangkum orang

yang tidak bersedekah kerana miskin atau susah. Golongan yang menjadi sasaran

celaan ialah orang yang kaya dan berada tetapi bersifat bakhil untuk bersedekah dan

sengaja mengada-adakan alasan.

Page 16: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

16

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

Musibah dan celaka besar serta ancaman keras Allah terhadap orang yang

melakukan tiga perkara, melalaikan solat, berbuat sesuatu kerana riak dan enggan

menolong orang lain (meskipun perkara yang mudah dan ringan.) Manusia hipokrit

mempunyai tiga jenis ciri-ciri ini dengan lengkap, suka meninggalkan solat, riak dan

bakhil.

Seterusnya, lalai dalam sembahyang pula membawa dua makna, sama ada

meninggalkan langsung dan menunaikan secara sambil lewa atau lalai dalam erti kata

terlupa dalam sembahyang dan yang keduanya adalah di luar kesedaran. Ia bukan

suatu yang disengajakan. Lantaran itu ia tidak termasuk dalam perkara taklif. Hadis

nabi mengungkap bahawa Baginda sendiri pernah terlupa dalam sembahyang. Bahkan

sujud sahwi disyariatkan untuk kes-kes seperti ini. Para sahabat Rasulullah juga

pernah terlupa.

Di samping itu, sifat riak pula bermakna melakukan ibadah untuk tujuan duniawi

agar diri mereka dikagumi orang. Riak ada berbagai-bagai jenis. Pertama, berhias diri

dengan niat supaya disanjung atau dipuji orang. Kedua, memakai baju yang singkat

atau lusuh untuk menunjukkan zuhud dengan dunia. Ketiga, dengan perkataan.

Umpamanya menuturkan perkataan-perkataan yang menyelar, memuja dunia, berlagak

mempamerkan nasihat atau sedih kerana kononnya tidak sempat melakukan kebaikan.

Keempat mempamerkan sembahyang dan bersedekah atau menghias-hias

sembahyang agar dikagumi oleh orang lain.

Orang yang munafiq berbeza dengan orang yang bersikap riak. Manusia

munafiq ialah manusia yang menampilkan keimanan tetapi menyembunyikan

kekufuran, manakala orang yang riak pula ialah orang yang menyatakan sesuatu yang

tidak wujud dalam hatinya samaada khusyu’ mahupun lain-lain agar orang

menganggapnya sebagai orang yang kuat beragama dan warak.

Istilah al-Ma’un pula menurut kebanyakan ahli tafsir ialah bermakdsud kata nama

(pertolongan atau pinjaman) yang lumrahnya diberi kerana ia mudah atau sedikit.

Pertolongan yang kerap diminta oleh orang lain samada miskin atau kaya yang tidak

Page 17: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

17

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

menyebabkan permohonannya tercela. Sebaliknya orang yang enggan menghulurkan

bantuan pertolongan seperti itu adalah dipandang rendah dan bakhil.

Sebagai rumusan dalam surah ini menyenaraikan empat sifat orang yang kafir

dan munafiq, bakhil atau kikir, meninggalkan solat, bersifat riak apabilla menunaikannya

dan enggan mengeluarkan zakat atau memberi pertolongan.

2. SURAH ADH-DHUHA

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

(1) Demi waktu dhuha (2) Dan malam apabila ia sunyi sepi (3) Bahawa Tuhanmu

(wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu,

sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik) (4) Dan sesungguhnya kesudahan

keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya (5) Dan sesungguhnya

Page 18: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

18

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat)

sehingga engkau redha – berpuas hati (6) Bukankah Ia mendapati engkau yatim piatu,

lalu Ia memberikan perlindungan? (7) Dan didapati engkau mencari-cari (jalan yang

benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahi – Al-Quran)? (8) Dan

didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? (9) Oleh itu, adapun anak

yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya (10) Adapun orang yang

meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik (11) Adapun

nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut (dan zahirkan) sebagai

bersyukur kepadaNya

2(a)Huraian Ayat

Dan sesungguhnya negeri Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia

Maksudnya, hari akhirat itu lebih baik bagimu daripada dunia ini sekiranya

ditakdirkan wahyu itu benar-benar terputus dari kamu dan kamu wafat. Demikian juga

masa hadapanmu lebih baik dari masa silammu. Hari demi hari kamu akan bertambah

mulia dan tinggi kedudukanmu. Oleh itu, jangan kamu menyangka bahawa Allah

meninggalkan dan membencimu. Bahkan setiap hari darjat dan kedudukan kamu, Allah

angkat setinggi-tingginya. Sesungguhnya kemuliaan dunia ini amat kecil berbanding

dengan kemuliaan mu wahai Muhammad. (Dr. Wahbah al-Zuhaily, 2001).

Sesungguhnya Allah akan meneruskan kunai-Nya kepadamu sehingga engkau benar-

benar puas hati

Maksudnya, Tuhanmu akan mengurniakan kepadamu dengan pemberian nikmat

yang besar di dunia dan di akhirat. Nikmat yang akan dikurniakan di dunia ialah

perkembangan dan penerimaan agama Islam. Nikmat di akhirat pula ialah ganjaran

Page 19: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

19

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

pahala, telaga Kauthar dan pemberi syafaat untuk umatmu. Kamu akan redha dengan

semua ini. (Dr. Wahbah al-Zuhaily, 2001)

Oleh itu janganlah kamu hina anak yatim

Sebagaimana kamu sebelumnya yatim dan Allah swt memberi perlindungan kepadamu,

maka janganlah kamu menghina anak-anak yatim, menghalang hak mereka dan

berlaku zalim terhadap mereka. Sebaliknya pula hendaklah kamu menunaikan hak

mereka, berbuat baik dan berlembut dengan mereka serta ingatlah saat kamu yatim

dahulu. Justeru itu, Rasulullah s.a.w sangat mengasihi anak-anak yatim, berbuat baik

kepada mereka dan sentiasa berpesan supaya mereka dijaga dengan sebaik-baiknya. (

Dr Wahbah al-Zuhaily, 2001)

Dan kepada peminta bantuan janganlah kamu herdikkan

Sebagaimana kamu dahulunya sesat, kemudian diberi hidayah oleh Allah, maka

janganlah kamu menghalau orang-orang yang dating untuk meminta petunjuk ilmu atau

meminta harta bahkan kamu perlu memberi layanan kepada mereka dengan sebaik-

baiknya. (Dr Wahbah al-Zuhaily, 2001)

2(b)Asbabun Nuzul

Sebab Turun Ayat 1 dan seterusnya

Bukhari dan Muslim serta lain-lainnya meriwayatkan dari Jundub bahawa Nabi

mengalami demam dan tidak dapat sembahyang malam satu atau dua malam.

Page 20: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

20

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

Kemudian datang seorang perempuan mengejek Baginda dan berkata : “Nampaknya

syaitan yang selalu datang mengganggu kamu itu mungkin sudah pergi meninggalkan

kamu.” Kemudian Allah turunkan ayat :

Sa’id bin Mansur dan al-Farabi meriwayatkan dari Jundub bahawa ia berkata

pada suatu ketika Jibrail lewat membawa wahyu kepada Rasulullah. Orang-orang kafir

menuduh dan berkata Muhammad telah ditinggalkan (oleh Tuhannya). Kemudian

turunlah ayat ini.

Al-Hakim meriwayatkan dai Zaid bin al-Arqam, katanya : “Pada suatu masa agak

lama Rasulullah tidak dikunjungi oleh Jibrail. Umm Jamil, isteri Abu Lahab pun

mengejek sinis dan berkata : “Nampaknya kawan kamu itu telah meninggalkan dan

memboikot kamu.” Lalu Allah menurunkan surah ini.

Ibn Jirrir meriwayatkan dai Abdullah bin Shaddad katanya : “Bahawa Saidatina

Khadijah pernah berkata kepada Nabi : “Pada pandangan aku, Tuhanmu mungkin

meninggalkan kamu.” Kemudian turunlah surah ini. Menurut al-Hafidh Ibn Hajar, hadith

ini bertaraf mursal, manakala perawinya adalah thiqah. Nampaknya baik Umm Jamil

mahupun Khadijah masing-masing telah mengungkapkan perkara yang sama. Cuma

Umm Jamil mengatakan dengan nada sinis, manakala Khadijah dengan nada bimbang

dan simpati.

Kesimpulannya, Jibrail agak lewat datang membawa wahyu kepada Nabi, lalu

orang musyrikin mengejek Baginda dan mendakwa bahwa Nabi telah ditinggalkan oleh

Allah. Justeru itu ayat tersebut diturunkan.

Page 21: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

21

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

Sebab Turun ayat 4

Al-Tabrani meriwayatkan di dalam kitabnya al-Ausat daripada Ibn Abbas,

katanya sabda Rasulullah s.a.w: “aku diperlihatkan negara yang akan dibuka oleh

umatku selepas daripada ini dan ia amat menggembirakan hatiku, maka Allah

menurunkan ayat bermaksud : “Dan sesungguhnya kehidupan akhirat itu lebih baik dari

kehidupan didunia.” (al-Dhuha, 93:4). Hadith ini sanadnya hassan.

Sebab Turun ayat 5

Al-Hakim, al-Baihaqi, Tabrani dan lain-lain meriwayatkan daripada Ibn

Abbas katanya : “Diperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w daerah yang dibuka oleh umat

Islam, kampung demi kampung, maka ia mengembirakan Nabi Muhammad s.a.w, lalu

menurunkan ayat yang bermaksud : “Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya

kepadamu, lalu kamu akan redha (berpuas hati).” (al-Dhuha, 93: 5)

2(c) Pengajaran Ayat

Allah swt bersumpah dengan al-Dhuha iaitu waktu siang dan al-lail iaitu waktu

malam apabila ia mulai tenang. Allah tidak sekali-kali membiarkan atau membenci

nabiNya setelah Dia mengasihinya sebelum ini. Kata Ibn Juraij, wahyu terhenti selama

dua belas hari. Manakal Muqatil mengatakan selama empat puluh hari.

Allah swt menyampaikan khabar gembira kepada nabiNya dengan dua perkara

yang besar. Pertamanya Allah swt akan menjadikan masa depan nabi lebih baik dari

masa lalu. Setiap hari Baginda akan ditingkatkan darjat kemuliaan dan Allah swt

menyediakan untuknya di akhirat nanti sesuatu yang lebih baik daripada segala

kemuliaan dan karamah yang telah diberikan kepadanya di dunia.

Allah swt menyenaraikan nikmat pemberiannya kepada Rasulullah s.a.w yang di

antaranya ialah tiga yang disebut di dalam surah ini, iaitu diberi tempat perlindungan

Page 22: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

22

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

setelah menjadi anak yatim, diberi petunjuk setelah berada di dalam kesesatan dan

diberi kekayaan setelah berkeadaan miskin.

Perlindungan yang didapati ketika Baginda anak yatim iaitu apabila ibubapanya

meninggal, Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib, diikuti oleh bapa

saudaranya Abu Talib yang memelihara dan mempertahankan Baginda daripada

segala gangguan.

Petunjuk yang dimaksudkan pula adalah penerangan al-Quran dan syariat. Allah

telah meningkatkan keilmuan Baginda dengan hidayah al-Quran dan syariah Islam

selepas kejahilan dan kesesatan. Kesesatan yang dimaksudkan di sini bukanlah

kesesatan kufur atau Baginda menurut agama kaumnya. Justeru para nabi terpelihara

(maksum) daripada perkara tersebut. Bahkan jumhur ulama’ sepakat mengatakan

bahawa Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah kufur kepada Allah swt walaupun sesaat.

Adapun pemberian kekayaan pula adalah kurniaan kelebihan harta dan rezeki

melalui perniagaan terhadap harta Khadijah iaitu ketika Baginda belum diangkat

menjadi Nabi. Selepas diangkat menjadi Rasul pula, Baginda dilapangkan hidup

dengan harta Abu Bakar, kemudian dengan harta Ansar selepas hijrah, seterusnya

dengan harta rampasan perang.

Antara hikmat mengapa Baginda dibiarkan menjadi anak yatim adalah supaya

Baginda menghayati sendiri keadaan anak yatim, dari itu Baginda dapat membela

sepenuhnya hak-hak dan kepentingan mereka. Selain itu, keyatiman pada

kebiasaanya adalah satu kekurangan bagi seseorang. Akan tetapi apabila Nabi s.a.w

diangkat menjadi anbi dan rasul serta menjadi semulia-mulia makhluk, maka ini

membetulkan semula persepsi yang sebenarnya. Ini tentulah merupakan sebahagian

dari mukjizat.

Selain itu, Allah swt mendidik nabiNya supaya berinteraksi dengan makhluk-

makhlukNya sebagaimana Allah swt berinteraksi dengan Baginda. Allah swt

memerintahkan kepadanya supaya tidak menzalimi anak-anak yatim sebaliknya

menunaikan hak-hak mereka. Allah swt mengingatkan Baginda dan menyebut bahawa

Baginda juga dahulunya adalah yatim piatu.

Page 23: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

23

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

Disamping itu Allah swt menegah Nabi Muhammad s.a.w mengherdik atau

meninggikan suara terhadap peminta sedekah. Sebaliknya Allah menyuruh nabiNya

supaya memberi walaupun sedikit ataupun menolak permintaan tersebut dengan

lembut. Allah mengingatkan semula nabi keadaan Baginda yang susah semasa fakir

dahulu.

إدغام Mim sukun bertemu dengan huruf mim yang berbaris dalam dua kalimah.

متماثلين (1 إدغام # Pertemuan 2 huruf yang serupa pada nama,sifat,dan makhraj.sama ada dalam 1

kalimah @ 2 kalimah.

� �ِع�ُد�ُك ًة�م� مَي �غِف�َر�

Page 24: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

24

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

إدغام Mim sukun bertemu dengan huruf mim yang berbaris dalam dua kalimah.

متماثلين (1 إدغام # Pertemuan 2 huruf yang serupa pada nama,sifat,dan makhraj.sama ada dalam 1

kalimah @ 2 kalimah.

� �ِع�ُد�ُك ًة�م� مَي �غِف�َر�

نونسكينة

) ( ) ن م و ي الغنة مع 1إدغام# Memasukkan serta dengung.

� + نَل �َر�ن صِب

) ( ) ل ر بالغنة 2إدغا# Memasukkan tanpa dengung.

إدغام

Bahasa : memasukkan sesuatu ke dalam

sesuatu

Istilah : memasukkan huruf pertama yang

bertanda sukun ke dalam huruf kedua yang

berbaris. إقالب

Bahasa : menukarkan sesuatu kepada sesuatu.

Istilah : menukarkan lafaz nun sukun kepada mim lalu

diikhfakkan di sisi huruf ba’ serta kekalkan sifat

dengungnya.

حقيقي إخفاء

Bahasa : tersembunyi

Istilah :membaca huruf (bertanda sukun) dengan sifta bacaan antara

izhar dan idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifta dengung

huruf pertama.

حلقى Bahasa : menyatakan sesuatu إظهار

Istilah : melafazkan setiap huruf bertanda sukun dari makhrajnya

tanpa dengung pada pertemuannya dengan huruf izhar.

Page 25: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

25

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

فرعى مد

Mad yang telah berkembang lebih daripada ukuran Mad

Asli disebabkan adanya huruf hamzah dan tanda sukun

selepas huruf mad.

Terbahagi kepada 14 bahagian :

اصلى مد

Mad yang wujudnya bagi huruf-

huruf yang bertemu dengan

huruf huruf-huruf mad .

�/َل�ت اَق� �واوُك ن

1. Mad Wajib Muttasil

Makna =   Muttasil bermaksud Sambung

Apabila huruf Mad bertemu Hamzah dalam 1

kalimah

Hukum =  Panjang bacaan adalah 4 atau 5

harakah. Ketika berhenti dibaca 6 harakah.

2. Mad Jaiz Munfasil

Makna =  Munfasil bermaksud Berasingan

Apabila huruf Mad bertemu Hamzah dalam 2

kalimah

Hukum = Panjang bacaan adalah 4 atau 5

harakah. Harus dibaca secara pendek dengan

kadar 2 harakah.

3. Mad Lazim Kalimi Muthaqqal

Makna = Apabila huruf Mad bertemu

huruf bersabdu dalam 1 kalimah

Hukum  = Kadar bacaan adalah 6

harakah

4.Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf

Makna =  Apabila huruf mad bertemu

huruf sukun dalam 1 kalimah

Hukum  = Wajib dibaca 6 harakah

5.Mad Lazim Harfi Muthaqqal

Makna =  Huruf Mad bertemu dengan

Mati Asli pada salah satu huruf Hijaiah

yang bersabdu dan berada di

permulaan surah

 6.Mad Lazim Harfi MukhaffafMakna =  Huruf Mad bertemu dengan Mati Asli pada salah satu huruf Hijaiah yang tidak bersabdu dan berada di permulaan surah

7.Mad Silah QasirahMakna =Tidak terdapat huruf hamzah

selepas Ha’Ad-Damir.

  8.Mad Silah TowilahMakna = Terdapat huruf hamzah selepas

Ha’Ad-Damir.

Page 26: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

26

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

9.Mad Aridh Lissukun     Makna = Mad thabii yang diikuti huruf

yang dimatikan kerana waqaf di akhir

kalimah.

10.Mad Iwad

Makna =  Mad yang terjadi apabila

pada akhir kalimah terdapat huruf

yang berbaris fathatain dan dibaca

waqaf.

11.Mad Lin

Makna =  و danي bertanda sukun yang didahului huruf yang berbarisfathah.

12.Mad Tamkin

Makna =  Apabila terdapat dua huruf

Ya’ dalam 1 kalimah di mana Ya’

pertama berbaris di bawah dan

bersabdu dan Ya’ kedua sukun

13.Mad Badal

Makna =  Apabila bertemu 2 Hamzah di dalam 1 kalimah, di mana Hamzah

pertama berbaris hidup dan Hamzah kedua berbaris Mati. Hamzah kedua

ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk

meringankan bacaan.

1. -Jika Hamzah pertama berbaris di atas, Hamzah kedua ditukar menjadi

Alif asalnya .

2. -Jika Hamzah pertama berbaris di bawah, Hamzah kedua ditukar menjadi

Ya’ asalnya .

3. -Jika Hamzah pertama berbaris di hadapan, Hamzah kedua ditukar menjadi

14.Mad FarqMakna =   Apabila Mad Badal bertemu dengan huruf yang bertasydid sabdu dan untuk membezakan antara kalimat istifham (pertanyaan) dengan sebutan/berita.

Page 27: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

27

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

Penutup

Sekalipun kebelakangan ini terdapat ramai ustaz dan ustazah yang mengajar Al-Quran

dan umat Islam sememangnya telah menggunakan Mashaf Rasm Uthmani sama ada

dibaca, dihafaz atau diajar kepada mana-mana pelajar tetapi boleh dikatakan masih

ramai di antara mereka ini belum benar-benar mengambil berat untuk mengetahui akan

sejarah dan fungsi tanda-tanda bacaannya, maka sedikit sebanyak masalah akan

timbul.

Sebagai contohnya, fungsi tanda tanwin terutama yang menunjukkan hukum-hukum

tajwid dalam mashaf Rasm Uthmani didapati amat berbeza dengan Al-Quran mashaf

Rasm Imla’ei. Bagi penulisan sesetengah kalimah, didapati ada tanda bacaan telah

dihazafkan, ada yang digantikan dengan alamat tertentu dan beberapa tanda bacaan

lagi yang perlu dipelajari supaya dapat dibaca menurut yang dikehendaki. Semua ini

akan menimbulkan kesulitan dan akan menyusahkan umat Islam yang tidak biasa

membaca Al-Quran menurut kaedah Rasm Uthmani.

Maka tujuan Al-Quran Rasm Uthmani ditulis adalah untuk mengatasi sedikit sebanyak

masalah tanda-tanda bacaan dan memberi penerangan mengenai hukum-hukum tajwid

serta dikemaskinikan supaya dapat menambah minat para pembaca mempelajarinya.

Antara peranan mashaf Rasm Uthmani ialah menyeragamkan penulisan Al-Quran dan

menyatukan kaum muslimin dari segi pembacaan Al-Quran. Selain daripada dapat

wujud penyelarasan penulisan dan pembacaan Al-Quran, ia juga mempunyai beberapa

hikmah seperti berikut :

1. Tulisan Al-Quran Rasm Uthmani adalah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. dan

telah diwarisi oleh penulis-penulis mashaf Al-Quran sehingga ke hari ini.

2. Rasm Uthmani sudah dipersetujui para ulamak dan sudah diterima dengan

susunan ayat-ayatnya, kalimah-kalimahnya dan huruf-hurufnya tidak dapat

dinafikan lagi.

Page 28: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

28

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

3. Berpandu kepada fatwa Imam Malik, Al-Quran hendaklah ditulis dengan Rasm

Uthmani.

4. Menggunakan Al-Quran Rasm Uthmani sewaktu membaca Al-Quran adalah

salah satu daripada rukun bacaan Al-Quran.

5. Al-Quran Rasm Uthmani mengandungi rahsia dari segi mengekalkan dan

meniadakan huruf.

6. Dapat menyatukan dan menyeragamkan kaum muslimin dalam satu mashaf

yang sama dari segi bacaan dan tulisan.

7. Menyatukan bacaan walaupun terdapat perbezaan dalam Qiraat.

8. Menyatukan rumusan surah menurut sepertimana yang asalnya.

Page 29: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

29

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

REFLEKSI

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran di panjatkan keatas Tuhan Sekalian Alam

kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat juga saya menyempurnakan tugasan Kerja

Kursus Pendek (KKP) PIM 3103 Semester 2/2012 berkenaan tajuk Pendidikan Al-

Quran Sekolah Rendah yang bermula pada 27 Julai 2012 dan berakhir pada 02

September 2012 dengan jayanya.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, pelbagai pengetahuan dan pengalaman

baru yang saya perolehi. Pengetahuan dan pengalaman seperti ini sedikit sebanyak

membantu saya untuk mengaplikasikan didalam kehidupan saya sebagai bakal seorang

guru agama. Didalam menyiapakan tugasan ini, saya juga dapat mengesan kekuatan

dan kelemahan saya dalam pelbagai aspek.

Jika dilihat dari sudut kekuatan, dapatlah saya nyatakan bahawa setiap kekuatan

itu datangnya daripada usaha yang bersungguh-sungguh. Antara kekuatan yang telah

saya kenal pasti ialah, saya dapat mencari bahan dan maklumat melalui internet

dengan mudah. Hal ini kerana saya mempunyai kemudahan jaringan internet

“broadband”. Jadi segala maklumat berkaitan tajuk yang saya kaji, saya dapat

mencarinya dengan mudah. Saya tidak perlu menghadapi masalah sambungan internet

di institusi saya yang agak perlahan dan ada beberapa laman web yang di sekat untuk

diakses oleh institusi.Tanpa usaha itu, nescaya saya tidak akan dapat memperoleh

sebarang pengetahuan baru berkenaan tugasan ini.

Perkara paling penting, saya dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang

sejarah perkembangan mushaf al-Quran daripada zaman Rasulullah S.A.W

sehinggalah ke zaman Khulafa Ar-Rasyidin iaitu Khalifah Uthman bin Affan r.a. dimana

mushaf al-Quran dibukukan dan masih digunakan sehingga kini dan dikenali sebagai

Al-Quran Rasm Uthmani.

Seperti yang kita sedia maklum, Al-Quran merupakan mukjizat yang terbesar

yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. oleh Allah S.W.T. Tetapi adakah kita

semua tahu bagaimanakah isi kandungannya masih boleh terjaga dan kekal hingga ke

hari ini? Dengan penyelidikan dan penelitian sejarah barulah kita tahu bagaimana

Page 30: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

30

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

Ianya dipelihara, dikawal dan dijaga sama ada dalam bentuk lisan dan bentuk

penulisan. Tugasan ini telah banyak mengubah hidup saya apabila turut dapat

menghayati perjuangan para sahabat dalam menjaga kemuliaan kitabullah ini.

Melalui tugasan ini juga, dapatlah diketahui bahawa fungsi tanda tanwin

terutama yang menunjukkan hukum-hukum tajwid dalam mashaf Rasm Uthmani

didapati amat berbeza dengan Al-Quran mashaf Rasm Imla’ei. Bagi penulisan

sesetengah kalimah, didapati ada tanda bacaan telah dihazafkan, ada yang digantikan

dengan alamat tertentu dan beberapa tanda bacaan lagi yang perlu dipelajari supaya

dapat dibaca menurut yang dikehendaki. Semua ini akan menimbulkan kesulitan dan

akan menyusahkan umat Islam yang tidak biasa membaca Al-Quran menurut kaedah

Rasm Uthmani.

Maka tujuan Al-Quran Rasm Uthmani ditulis adalah untuk mengatasi sedikit

sebanyak masalah tanda-tanda bacaan dan memberi penerangan mengenai hukum-

hukum tajwid serta dikemaskinikan supaya dapat menambah minat para pembaca

mempelajarinya. Antara peranan mashaf Rasm Uthmani ialah menyeragamkan

penulisan Al-Quran dan menyatukan kaum muslimin dari segi pembacaan Al-Quran.

Selain itu, wujud penyelarasan penulisan dan pembacaan Al-Quran.

Dari segi pengetahuan Tajwid, saya dapat mengetahui hukum-hukum tajwid

yang terdapat dalam al-Quran dengan lebih luas dan mendalam serta terperinci seperti

Nun Sakinah, Mim Sakinah dan Mudud. Di samping itu juga, saya juga dapat

memahami serta mengetahui sejarah, asbab an-nuzul sesuatu surah itu seperti surah

al-Ma’un dan surah al-Dhuha. Ini sekaligus membuktikan bahawa al-Quran itu bukanlah

sesuatu yang direka oleh Rasulullah S.A.W seperti mana yang dituduh oleh kaum

Musyrikin.

Walaubagaimanapun, setiap kekuatan pasti akan ada kelemahan. Antara

kelemahan kritikal yang selalu saya alami dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini

ialah saya mengalami masalah kekurangan sumber rujukan di perpustakaan. Bahan-

bahan yang terdapat di perpustakaan amat terhad dan amat susah untuk didapati. Saya

terpaksa pergi ke perpustakaan seawal yang mungkin untuk mendapatkan bahan

Page 31: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

31

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

tersebut.Bahan-bahan tersebut amat berguna dan perlu sepanjang menyiapkan

tugasan ini.Saya tidak boleh mengharapkan kepada kemudahan laman sesawang

seratus peratus kerana tugasan ini memerlukan kepada bahan bercetak seperti buku

dan juga jurnal.

Selain itu, saya sangat bersyukur kerana mendapat pensyarah seperti Ustaz

Suhaimi Bin Ramli.Beliau banyak membantu saya dan rakan saya dalam menyiapkan

kerja kursus ini.Beliau sering memberi tunjuk ajar supaya kerja kursus saya betul, tepat

dan memenuhi syarat yang dikehendaki.Beliau juga memberikan beberapa petunjuk

serta dorongan untuk saya dan kumpulan menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir kata, tugasan ini merupakan satu wadah bagi kami sebagai bakal guru

agama dalam mendalami ilmu berkenaan Al-Quran yang sememangnya wajib dikuasai

kerana saya percaya, guru agama diangkat kerana ketinggian dan kemuliaan ilmu yang

dimilikinya. Tugasan ini juga memberi impak yang besar sepanjang proses

melaksanakannya. Impak-impak ini boleh kami gunakan untuk memacu semangat kami

agar terus berusaha untuk mencari ilmu yang berguna dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih.

Page 32: KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

32

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH 2012

Bibliografi

al-Zuhaily, D. W. (2001). Tafsir Al-Munir Juz Amma. Petaling Jaya: Intel Multimedia And Publication.

Bakar, H. A. (1973). Sejarah Al-Quran . Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Basmeih, S. A. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu.

El-Muhammady, D. M. (2004). Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid dan disertai Makna. Kuala Lumpur: Mas'adah (M) Sdn. Bhd.

Ghaffar, H. A. (1995). Tajwid Kaedah Membaca Al-Quran. Kuala Lumpur: Kintan Sdn. Bhd.

Ghani, A. R. (2008). Rasm Uthmani. Kuala Lumpur: Perniagaan Rita.

Khalid, M. N. (2011). Belajar Tajwid dengan berkesan. Shah Alam: Karya Bestari SDN. BHD.

Leong, H. A. (2002). Tajwid Rasm Uthmani. Shah Alam: SNP Offset (M) Sdn. Bhd.

Qutb, A.-S. S. (1984). Tafsir Di Dalam Bayangan Al-Quran. Kota Bharu: Ampang Press Sdn. Bhd.


Top Related