5 FORMULA MUDAH MEMBACA ALQURAN BERTAJWID BERDASARKAN PENGALAMAN SEBENAR
KHUSUS KEPADA GOLONGAN DEWASA YANG BELUM BOLEH MEMBACA ALQURAN
1
SYUKUR SAPUAN
“Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh
menerusi perjalanan kamu menemuinya.
Sesiapa yang Pdak berasa kepahitan menuntut ilmu sedePk, ia pasP menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya”
-‐
-‐ Imam Al-‐Syafie -‐ 2
Assalamualaikum. Saya doakan tuan/puan sen7asa dalam pandangan rahmat dan kasih sayang Tuhan. Terima kasih diucapkan kerana telah mendapatkan ebook ini. Ebook ini memiliki 29 muka surat. Masa yang diambil untuk menghabiskan bacaan adalah lebih kurang 17 minit 23 saat. Oleh itu, diharap tuan/puan dapat membaca ebook ini dalam keadaan tenang dan Pdak terburu-‐buru. Ada beberapa bahagian dalam ebook ini yang berbentuk laPhan dan memerlukan tuan/puan untuk menulis. Maka, sebaiknya print ebook ini terlebih dahulu ataupun jika 7dak dapat print keseluruhan ebook, mencukupi untuk print muka surat 23 & 24. Digalakkan baca berulangkali untuk kefahaman yang mantap. Minima 5 kali. Sebarang soalan dan komen, boleh emelkan ke [email protected] Saya doakan tuan/puan mendapat manfaat daripada ebook ini. Selamat membaca! J
3
FORMULA #1
Ada WHY dan SEBAB yang jelas untuk belajar
Alquran
4
Saya nak ceritakan kepada tuan/puan suatu kisah benar. Saya ada seorang pelajar dewasa bernama Tuan Asri. Beliau berumur 34 tahun berasal dari Kelantan dan menetap di Johor. Beliau menangis teresak-‐esak ke7ka kali pertama berjumpa dengan saya. Kejadian ni berlaku pada Ogos 2014 di Johor Bharu. Katanya, "Ustaz.. ustaz kena tolong saya sampai boleh baca alquran..” "Saya takut tak boleh baca Surah Yasin waktu mak saya meninggal nan=..! " kata Tuan Asri lagi. Syahdu saya jadinya waktu tu. :’( Dan saya berazam untuk membantu dan berkongsi dengan beliau pengetahuan yang saya tahu sampai boleh membaca Alquran! Jadi, Itu antara contoh mengapa kita perlu ada SEBAB atau WHY yang kuat.
5
Jadi, daripada kisah Tuan Asri tadi kita dapat ambil pengalaman bahawa beiau bersungguh-‐sungguh ingin belajar disebabkan: 1. Mahu menebus kesilapan beliau 7dak belajar Alquran
bersungguh-‐sungguh sewaktu berusia anak-‐anak dan remaja 2. Mahu menjadi anak yang soleh dan boleh membaca Surah
Yasin sewaktu keluarganya meninggal dunia 3. Mahu menunjukkan contoh yang paling baik kepada
keluarganya
Tuan Asri ada sebab yang JELAS dan KUKUH. Dengan kemahuan yang kuat beliau berjaya mengenepikan segala perasaan malu dan terus gigih belajar sampai boleh baca Alquran bertajwid. Sepanjang tempoh kita belajar Alquran, pelbagai perasaan akan muncul. Rasa lemah semangat, malu, penat, 7ada masa, putus asa dan macam-‐macam lagi. Apabila rasa lemah semangat, rujuk semula sebab kita belajar Alquran. Adakah WHY dan SEBAB itu CUKUP JELAS?
6
Semakin JELAS sebab dan keinginan kita, semakin CEPAT dan MUDAH untuk kita boleh membaca Alquran bertajwid. Dibawah ini, mohon senaraikan 3 sebab UTAMA tuan/ puan ingin belajar membaca Alquran. 1. _________________________________________________
_________________________________________________ 2. _________________________________________________
_________________________________________________ 3. _________________________________________________
_________________________________________________ Apabila rasa lemah semangat muncul, rujuk semula sebab yang telah ditulis dan kuatkan semula semangat! *Tips 1: Kita biasa sanggup buat sehabis baik untuk keluarga dan orang yang disayangi. Jadi, boleh jadikan keluarga sebagai salah 1 sebab untuk belajar membaca Alquran *Tips 2: Jika masih blur-‐blur, boleh lihat komen sahabat lain mengenai kelebihan membaca Alquran disini.
7
FORMULA #2
KenalpasP TAHAP ILMU ALQURAN diri sendiri pada masa SEKARANG
8
1 10
Di atas ini adalah skala nombor daripada No 1 sehingga No 10. Kita boleh skalakan bacaan Alquran kita dari tahap No 1-‐10. Saya terangkan terlebih dahulu pembahagian skala dan ciri-‐cirinya. Skala 1-‐3 (Asas) -‐ Belum dapat membezakan huruf-‐huruf Alquran -‐ Belum dapat membunyikan huruf apabila ia bersambung -‐ Belum dapat membezakan bacaan panjang dan pendek
Skala 4-‐6 (Pertengahan) -‐ Sudah boleh mengenal huruf dan membezakan bentuk huruf -‐ Boleh membaca dengan bacaan bertajwid tetapi masih belum boleh menyebut makhraj huruf dengan tepat -‐ Tahu baca bertajwid tetapi 7dak mengenal nama hukum tajwid
9
Skala 7-‐9 (Pakar) -‐ Mahir membaca dengan bertajwid -‐ Mahir membaca Alquran bertajwid mengikut bacaan lahjah Arab -‐ Mahir Qiraat dan Taranum Alquran -‐ Menghampiri bacaan Rasulullah
Skala 10 (Super Baik) -‐ Bacaan Alquran Rasulullah S.A.W
Apabila kita sudah mengenalpasP tahap bacaan, barulah mudah untuk pergi ke langkah seterusnya. Saya berikan contoh, jika kita masih terkial-‐kial ingin membunyikan huruf (skala 1)adakah sesuai untuk kita pergi ke kelas yang mengajar taranum Alquran? Sudah tentu kurang sesuai! Ilmu taranum Alquran di skala 8, kita masih di skala 2. J Jadi, apabila masuk ke kelas yang salah kita akan jadi kurang faham dan menyebabkan kita keliru lalu 7mbullah tanggapan bahawa belajar Alquran ni susah. Sedangkan sebenarnya kita yang salah masuk kelas!
10
Se7ap daripada umat Islam WAJIB ada keinginan untuk sen7asa memperbaiki bacaan sehingga bacaannya menghampiri kepada bacaan Rasulullah. Jika bacaan Rasulullah adalah 10, kita sasarkan miliki bacaan pada skala 9.9 Apabila kita sen7asa berfikir untuk memperbaiki bacaan supaya mirip-‐mirip kepada bacaan Rasulullah, kita akan berterusan belajar memperbaiki bacaan Alquran Hadis Nabi: Sesungguhnya yang terbaik dikalangan kamu adalah yang belajar Alquran dan mengajarkannya.
(Riwayat Al-‐Bukhari) Boleh tuan/puan tuliskan, tuan puan sekarang berada di skala nombor berapa? Saya sekarang berada di skala ______ Pada tarikh _______ saya ingin berada pada skala _____ *Tips 3: Apabila sudah tahu skala diri sendiri, ini bermakna kita sudah mengetahui tahap bacaan Alquran peribadi.
11
FORMULA #3
Belajar Alquran WAJIB
BERGURU!
12
Pepatah Melayu berkata, “Berburu ke padang datar, dapat rusa belang kaki Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi” Pepatah ini bermaksud, kita mes7 bersungguh-‐sungguh dalam melakukan sesuatu. Apabila kita sudah mempunyai SEBAB yang kuat (FORMULA#1) dan sudah tahu tahap skala peribadi (FORMULA#2) tugas mencari guru yang tepat menjadi lebih mudah. Jika kita masih di skala 2 – belum dapat membezakan bentuk huruf. Maka kita pergilah belajar dengan guru yang boleh membantu kita membezakan bentuk huruf. Usah masuk ke kelas yang mengajar bab hukum ataupun bacaan Taranum. Pilih kelas dan guru yang tepat, membantu melicinkan proses untuk kita belajar Alquran bertajwid! Untuk mahir membaca Alquran kita mes7 berguru. Ya. WAJIB berguru! Jika 7dak berguru bagaimana nak tahu bacaan kita tepat? Barulah kita tak syok sendiri je baca. Rasa-‐rasa baca macam betul, rupa-‐rupanya bacaan banyak silap! :’(
13
Di mana nak cari guru? Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Ingat lagi bab pertama -‐ WHY yang saya dah sebutkan sebelum ni? Jika SEBAB kita kuat, untuk mencari guru ni adalah 1 masalah kecil sahaja Ada banyak cara. The best way adalah belajar secara berhadapan. Mengapa perlu belajar secara berhadapan? Sebab, guru boleh terus tegur dan betulkan kesalahan pada waktu kita membuat kesilapan ke7ka membaca Alquran. Boleh cari di masjid, surau. Boleh jemput ustaz datang ke rumah. "Alaaa... Saya tak sempat la ustaz. Ada cara lain tak?" Cara lain?
14
Boleh beli DVD, Alquran Digital atau jika yang percuma boleh tonton di Youtube video bacaan Alquran. Cadangan saya, jika nak belajar di Youtube, saya rekemen cari bacaan imam Syeikh Mahmoud Khalil Al-‐Husary. Boleh klik untuk contoh bacaan surah Yasin Sheikh Mahmoud di Youtube Bacaannya perlahan-‐lahan. Sebutan hurufnya jelas. Mudah diikut terutamanya bagi yang masih baru-‐baru untuk belajar. Tapi, saya terus terang ingatkan cara di atas ni bukan cara yang paling baik. Belajar secara berguru dan berhadapan adalah cara yang TERBAIK kerana kaedah belajar secara berhadapan membolehkan kita belajar dengan lebih cepat dan berkesan. Di akhir FORMULA 3 ini, saya mahu minta tuan/puan senaraikan nama-‐nama guru atau kaedah yang tuan/puan boleh gunakan untuk belajar Alquran. Boleh senaraikan di ruangan bawah ini: 1. ___________________________________________ 2. ___________________________________________ 3. ___________________________________________ 15
“Ilmu itu didatangi dan dicari. Dengan berusaha mencari
ilmu (mengamalkannya) akan dibuka oleh Allah akan ilmu
yang =dak diketahui”
-‐ Al-‐Habib Ali Zainal Abidin -‐ 16
FORMULA #4
Lapangkan MASA untuk
Belajar Membaca Alquran
17
Formula #4 adalah -‐ Untuk belajar membaca Alquran bertajwid kita perlu lapangkan masa. Dalam masa 24 jam sehari, berapa jam yang kita boleh peruntukkan untuk belajar Alquran? Ataupun, dalam masa 7 hari seminggu berapa hari dan jam yang kita boleh peruntukkan untuk belajar membaca Alquran? “Saya sibuk lah” “Tak sempat nak bukalah Alquran. Saya pagi, petang, malam kerja” “Balik malam dah penat ustaz, memang tak sempat langsung nak belajar mengaji.” Tuan Puan, Lagi banyak kita beri alasan, kita 7dak akan mampu ubah apa-‐apa. Soalnya.. Adakah kita betul-‐betul nak belajar dan boleh membaca Alquran bertajwid? Mohon rujuk semula apakah SEBAB yang KUATkita ada di FORMULA#1 ? Mohon berhen7 beri alasan, dan lapangkan masa minima 20 minit (cadangan) sehari untuk belajar Alquran.
18
Saya akui, pada awalnya memang sukar nak buat 1 habit perlakuan baru. Penyelesaiannya, cuba ubah 1 habit yang kita lakukan sekarang ini kepada habit membaca Alquran. Sebagai contoh, Kita cuba ubah: Menonton televisyen -‐-‐-‐-‐-‐-‐-‐-‐> belajar Alquran Melayari Internet -‐-‐-‐-‐-‐-‐-‐-‐> belajar Alquran Mendengar lagu sewaktu memandu -‐-‐-‐-‐-‐-‐-‐-‐> belajar Alquran Pilih dan buat 1 sahaja dulu. Apabila kita ada niat dan keinginan yang baik, insyaAllah pas7 sen7asa dpermudahkan olehnya. Diakhir FORMULA #4 ini saya minta tuan puan senaraikan: Masa yang saya sedia luangkan untuk belajar Alquran Dari jam ____________ hingga jam ________________ Habit yang saya ingin ubah _______________________________ -‐-‐-‐-‐-‐-‐-‐> belajar Alquran
19
FORMULA #5
BerPndak SEKARANG!
20
Formula #1 – Ada WHY yang KUAT Formula #2 – Tahu tahap Ilmu Formula #3 – Belajar Berguru Formula #4 – Lapangkan Masa
Tuan Puan telah mengetahui mengenai keempat-‐empat formula yang telah kita bincangkan sebelum ini. Namun, sesungguhnya semua formula itu 7dak bermakna jika TIADA TINDAKAN yang dilaksanakan. Semakin lambat kita ber7ndak, semakin sukar kita untuk boleh membaca Alquran bertajwid. Perkara yang tuan/puan perlu lakukan sekarang adalah BUAT KEPUTUSAN dan pilih tarikh untuk ber7ndak. Apabila sudah buat keputusan teruskan BERTINDAK. 1. Senaraikan WHY dan SEBAB nak belajar Alquran 2. Kenalpas7 tahap skala bacaan Alquran peribadi 3. Cari guru 4. Luangkan Masa
Bila nak bermula? Saya ingin bermula pada __________________________
21
MAKLUMAN
Print helaian mukasurat 23 dan 24 dan lengkapkan ruangan kosong. Helaian tersebut adalah untuk kegunaan peribadi tuan/puan.
22
FORMULA #1 3 sebab UTAMA tuan/ puan ingin belajar membaca Alquran. 1. ____________________________________________
________________________________________________________________________________________
2. ____________________________________________
________________________________________________________________________________________
3. ____________________________________________
________________________________________________________________________________________
FORMULA #2 Saya sekarang berada di skala ______ Pada tarikh _______ saya ingin berada pada skala _____
23
FORMULA #3 Nama guru atau kaedah yang tuan/puan boleh gunakan untuk belajar Alquran. 1. ___________________________________________ 2. ___________________________________________ 3. ___________________________________________ FORMULA #4 Masa yang saya sedia luangkan untuk belajar Alquran Dari jam ____________ hingga jam ________________ Habit yang saya ingin ubah _________________________ -‐-‐-‐-‐-‐-‐-‐> belajar Alquran FORMULA #5 Saya ingin belajar Alquran bersungguh-‐sungguh bermula pada ________________________
24
“ Ilmu Tanpa Amal umpama Pohon Tidak Berbuah”
-‐ Pepatah Arab -‐
25
BONUS! Saya maklum, terdapat pelbagai kaedah dan teknik pengajaran Alquran di luar sana. Semua kaedah dan teknik bagus kerana mempunyai kelebihan yang tersendiri. Daripada pengalaman peribadi saya mengajar Alquran KHUSUS kepada DEWASA bermula Jun 2014 saya sedar bahawa untuk mengajar dewasa kaedahnya berbeza dengan kaedah mengajar kanak-‐kanak dan remaja. Ini disebabkan psikologi orang dewasa adalah berbeza dengan psikologi kanak-‐kanak dan remaja. Oleh itu, dalam bab ini, saya berikan flow panduan untuk tuan puan yang baru ingin bermula.
26
Flow Belajar Alquran (Asas) 1. Mengenal dan membunyikan huruf Hijaiyah 2. Membezakan bentuk huruf apabila bersambung 3. Bacaan Panjang Pendek dalam Alquran 4. Bacaan Terang tanpa Dengung 5. Bacaan Dengung 6. Bacaan Ma7 dan Tanda Syaddah
Untuk asas, saya cadangkan kuasai 6 bab ini terlebih dahulu. Antara 6 bab ini, bab mana yang PALING SUSAH? Daripada pengalaman saya mengajar, Bab 1 (Huruf Hijaiyah) adalah bab yang paling susah untuk dikuasai golongan dewasa. Tetapi, apabila sudah dapat kuasai bab tersebut, bab lain jadi sangat senang! Mengapa saya katakan senang? Sebab saya menemui beberapa trick dan short-‐cut untuk menguasai bacaan Alquran bertajwid walaupun tak hafal hukum tajwid. 27
“Eh, biar betul ustaz?” Iyerr..mudah je sebenarnya nak belajar Alquran bertajwid ni J Tuan/puan lihat post saya di Facebook mengenai bacaan Panjang Pendek di post ini dan ini. Saya sedang menghimpunkan dan menyusun kembali beberapa short-‐cut yang telah terbuk7 membantu dewasa untuk membaca Alquran bertajwid sepantas 1 hari sahaja! Ya, dalam masa 1 hari. Setelah saya kongsikan semua short-‐cut ini insyaAllah tuan/puan mampu untuk membaca Alquran bertajwid walaupun masih belum hafal semua nama tajwid. Amacam, seronok bukan? ;) Untuk follow perkongsian saya, WAJIB masuk ke dalam group
FB ini -‐-‐> Group Celik Alquran Saya akan update short-‐cut tajwid Alquran dan jadual kelas yang saya laksanakan di dalam group.
Jadi, sekiranya tuan/puan berminat untuk mengetahui lebih
lanjut, mohon request join Group Celik Alquran dan kita berbincang dalam group. Jumpa di group! J
28
Saya adalah anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Sebagai anak sulung, ayah saya sangat tekankan Pendidikan Agama sejak kecil. Hasilnya saya sudah boleh membaca Alquran sedari umur 6 tahun.
Ayah saya sangat suka saya mengajar Alquran. Apabila saya dewasa, saya menjadi guru sekolah rendah dan mengajar anak-‐anak murid membaca Alquran.
Hinggalah pada 1 hari, ada seorang Dato’ meminta saya mengajar beliau membaca Alquran di rumahnya. Setelah 2 hari beliau sudah boleh mengenal huruf dan membaca Alquran walaupun sebelum itu beliau masih belum dapat membezakan huruf dengan baik.
Kemudian, saya sedar ramai rupanya orang dewasa yang nak belajar membaca Alquran bertajwid tetapi 7dak tahu nak bermula dari mana. Disitulah bermulanya program Celik Alquran
Ebook ini dihasilkan dengan bahasa yang mudah supaya lebih ramai dapat manfaat daripada perkongsian yang saya lakukan.
Syukur Sapuan 017 -‐ 4747 346 Celik Alquran Official Jumaat 20/3/2015 (12.30Tengahari) 29
PROFIL PENULIS