Transcript
Page 1: Kesantunanbahasa  by schiend boy boboy

Kesantunan BahasaPrashantini A/P NagalingamShalini Naidu A/P Vadivelu

Page 2: Kesantunanbahasa  by schiend boy boboy

Kesantunan dalam penulisan melibatkan penggunaan bahasa yang betul, sopan, dan bertatasusila. Huraikan aspek-aspek kesantunan bahasa dalam bidang penulisan.

Page 3: Kesantunanbahasa  by schiend boy boboy

• Kata “bahasa” mempunyai banyak makna. Bahasa bukan sekadar membawa maksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia dan antara individu dengan individu yang lain. Kata “bahasa” juga merupakan simpulan bahasa yang membawa maksud “sopan santun”.

• Jadi, membicarakan bahasa tanpa menyentuh aspek kesantunan bahasa merupakan satu kelompangan yang tidak seharus dan sewajarnya berlaku, lebih-lebih lagi bahasa Melayu yang mempunyai falsafah kesopanan yang tinggi yang didasarkan oleh falsafah budi dalam masyarakat Melayu dan akidah Islam yang dianutinya.

Page 4: Kesantunanbahasa  by schiend boy boboy

• Rentetan daripada itu, melihat dan membicarakan bahasa dalam konteks kesantunan berbahasa, para sarjana bahasa tempatan seperti Asmah Omar menyentuh aspek ini dalam buku Setia dan santun bahasa dan Awang Sariyan melalui buku beliau iaituSantun berbahasa. Namun begitu asas kesantunan bahasa juga ditunjangi oleh agama diutarakan oleh Awang Sariyan.

Page 5: Kesantunanbahasa  by schiend boy boboy

• Santun menurut Kamus dewan edisi keempat ialah halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab dan sopan, manakala kesantunan ialah perihal atau sifat kesopanan, kehalusan budi bahasa atau budi pekerti.

• Menurut Awang Sariyan dalam bukunyaSantun berbahasa, kesantunan bahasa “merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya”.

Page 6: Kesantunanbahasa  by schiend boy boboy

• Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea danpendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibacaatau digunakan pada masa akan datang.

• Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secarabertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal.

Page 7: Kesantunanbahasa  by schiend boy boboy

• Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah:a. Surat kiriman rasmib. Laporanc. Kertas kerjad. Ucapan rasmie. Pidato

Page 8: Kesantunanbahasa  by schiend boy boboy

• Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi sepertipenulisan surat kepada sahabat, ibu bapa dan lain – lain

• Dalam bentuk komunikasi bertulis aspek-aspekkesantunan yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:-a. Penggunaan kata panggilan yang betulb. Kata sapaan yang betulc. Gaya bahasa yang tepatd. Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan kontekse. Isi yang tidak sensitif

Page 9: Kesantunanbahasa  by schiend boy boboy

Apek – aspek kesantunan dalam penulisan

Dalam Surat rasmi …1.) Nama dan alamat penerima• Terdapat penggunaan pangkat, gelaran atau rujukan hormat yang perlu disesuaikan

dengan dengan pangkat atau gelaran yang dimiliki . Contohnya, Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berbahagia

2) Sapaan dan rujukan kehormat• Kata sapaan dan rujukan kehormat ditulis dalam surat rasmi selepas nama dam alamat

penerima surat. Contohnya, Assalamualaikum wr.wb. Y.B.Dato’3) Pembukaan surat• Adalah perenggan pertama dalam surat yang berkisar tentang tajuk. Contohnya, Dengan 

hormatnya, Izinkanlah…4) Isi surat• Dalam isi surat terdapat arahan yang dinyatakan dan arahan yang digunakan boleh

diperhaluskan dengan menggunakan bahasa yang lebih halus seperti harap ataumengharapkan.

5) Penutup• Dalam bahagian penutup surat rasmi, biasanya ditandai dengan ucapan terima 

kasih sebagai tanda penghargaan penulis surat kepada penerima.

Page 10: Kesantunanbahasa  by schiend boy boboy

Kesimpulan

• Kesopanan tidak hanya dapat dilihat melalui aspek lisan sahaja tetapi melibatkan penggunaan bahan tulisan. Oleh itu, pemilihan dan penggunaan kata-kata yang tepat dan mempunyai nilai rasa yang halus dalam surat rasmi amat penting kerana surat merupakan cerminan kepada penulisnya. Justeru, dalam aspek penulisan surat rasmi aspek kesopanan berbahasa hendaklah dititikberatkan agar memberikan kesan yang elok kepada penulis dan penerima.

Page 11: Kesantunanbahasa  by schiend boy boboy

TERIMA KASIH


Top Related