KESAN MODENISASI TERHADAP PENGGUNAAN PAKAIAN TRADISIONAL
DALAM ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN DI PEKAN ENGKILILI
Meluna Anak Daro
30975
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
2014
i
KESAN MODENISASI TERHADAP PENGGUNAAN PAKAIAN TRADISIONAL
DALAM ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN DI PEKAN ENGKILILI
MELUNA ANAK DARO
30975
Projek ini merupakan salah satu kepujian
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif dengan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
Universiti Malaysia Sarawak
2014
ii
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Grade: _____________
Please tick ()
Final Year Project Report
Masters
PhD
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the ……………..day of……………..2014.
Student’s Declaration:
I -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(PLEASE INDICATE STUDENT’S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare
that the work entitled KESAN MODENISASI TERHADAP PENGGUNAAN PAKAIAN
TRADISIONAL DALAM ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN DI PEKAN
ENGKILILI is my original work. I have not copied from any other students’ work or from
any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the
text, nor has any part been written for me by another person.
___________________ __________________________
Date submitted Name of the student (Matric No.)
Supervisor’s Declaration:
I Dr Qistina Donna Lee Abdullah (SUPERVISOR’S NAME) hereby certifies that
the work entitled KESAN MODENISASI TERHADAP PENGGUNAAN PAKAIAN TRADISIONAL
DALAM ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN DI PEKAN ENGKILILI (TITLE)
was prepared by the above named student, and was submitted to the “FACULTY” as a *
partial/full fulfillment for the conferment of BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH
HONOURS (ART MANAGEMENT) (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the
aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student’s work.
Received for examination by: Dr Qistina Donna Lee Abdullah Date:9 JUNE 2014
(Name of the supervisor)
MELUNA ANAK DARO, 30975, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE ARTS
9 JUNE
9 JUNE 2014 MELUNA ANAK DARO, 30975
iii
I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where
research was done)*
OPEN ACCESS
Validation of Project/Thesis
I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said
Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with
the abiding interest and rights as follows:
This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS).
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies
for the purpose of academic and research only and not for other purpose.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the
content for the Local Content Database.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies
of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.
No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on
this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.
This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be
distributed, published or disclosed to any party by the student except with
UNIMAS permission.
Student signature _____________________ Supervisor signature:______________
(9 JUNE 2014) (9 JUNE 2014)
Current Address:
Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together
as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and
restriction.
[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]
T/R Ring, Sungai Keroh, 95800 Engkilili
iv
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa Projek Tahun Akhir (PTA) yang bertajuk Kesan Modenisasi
Terhadap Penggunaan Pakaian Tradisional Dalam Adat Perkahwinan dalam Masyarakat
Iban di Engkilili ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali hanya sesetengah maklumat
yang saya petik dari buku-buku dan internet. Saya ada nyatakan sumber mendapat
maklumat itu dan mengolahnya dalam kajian ini.
Disediakan oleh:
______________________
( MELUNA ANAK DARO)
Tarikh:
______________________
v
PENGHARGAAN
Bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyempurnakan kajian ini dengan
sempurna. Sepanjang menjalankan kajian ini, saya telah memperolehi banyak pengalaman
sama ada pahit dan manis dan amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai
seorang pelajar.
Justeru itu, saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan
dengan lebih terperinci lagi berkaitan kajian ini iaitu “Kesan Modenisasi Terhadap
Penggunaan Pakaian Tradisional dalam Adat Perkahwinan Masyarakat Iban di Pekan
Engkilili”. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat sepanjang menjayakan kajian ini, terutamanya kepada penyelia saya
iaitu Dr Qistina Donna Lee Abdullah kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar
kepada saya sepanjang menjalankan kajian ini sehinggalah saya berjaya menghasilkan satu
kajian ini dengan jayanya. Saya juga berterima kasih kepada En.Mazdan bin Amaran,
Caroline dan Kak Yong kerana telah membantu saya dalam menggunakan SPSS Version
22. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk
kampung yang tinggal di kawasan Engkilili terutamanya Kampung Kandis dan Sungai
Keroh kerana sudi menjadi responden saya dan saya juga berterima kasih kepada lima
orang informan saya iaitu En. Moses ak Ejau, En.Wilson Indin ak Belayong, Cik Jenneffer
ak Daro, En. Melo ak Agan serta Ketua Kampung Sungai Keroh iaitu En. Ring ak Labang
kerana telah bekerjasama untuk memberikan informasi yang berkaitan dengan kajian ini.
Tidak dilupakan kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan
moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan kajian ini. Selain itu, ucapan terima
kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menjalankan kajian ini.
Segala bantuan yang telah dihulurkan amatlah dihargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan semua, kajian ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian terima kasih.
vi
ABSTRAK
Penyelidikan ini mengkaji kesan modenisasi yang berlaku terhadap penggunaan
pakaian tradisional dalam adat perkahwinan masyarakat Iban di Engkilili. Cabaran utama
kajian ialah tren terkini golongan belia yang kurang menggunakan pakaian tradisional
dalam adat perkahwinan masyarakat Iban. Objektifnya yang ingin dicapai oleh pengkaji
ialah mengenalpasti penggunaan dan kesan serta tanggapan golongan belia terhadap
penggunaan pakaian tradisional. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kualitatif
dan kuantitatif. Dapatan kajian yang dianalisis dengan menggunakan SPSS Version 22
dan Analisis Kolerasi Pearson digunakan untuk mengkaji hubungan signifikan antara dua
pembolehubah untuk mencapai objektif yang hendak dicapai oleh pengkaji. Hasilnya
ialah, kurangnya penggunaan pakaian tradisional dalam adat perkahwinan disebabkan
faktor modenisasi dalam keagamaan, pendidikan dan ekonomi dan terdapat hubungan yang
signifikan antara pembolehubah yang dihubungkaitkan.
vii
ABSTRACT
This study examined the effects of modernization taking place in the use of
traditional dress (Ngepan Iban and Baju Burung) in wedding customs of the Iban
community scored by. The main challenge is the study of recent trends, the youth with less
traditional dress in wedding customs of the Iban community. The objective is to be
achieved by the researchers is to identify the use and impact as well as youth perceptions
on the use of traditional dress. The method used in this study is qualitative and
quantitative. The findings of the study were analyzed using SPSS Version 22 and Pearson
Chi Square of correlation analysis is used to examine the relationship between the two
variables to achieve the objectives. The result is, the lack of use of traditional dress in
wedding customs modernization due to factors in the religious, educational, and economic
and significant relationship between the variables correlated.
viii
ISI KANDUNGAN HALAMAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGESAHAN ii
PENGAKUAN iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
SENARAI RAJAH xi
SENARAI CARTA PAI xii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SIMBOL xv
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Definisi 5
1.2 Skop kajian 6
1.3 Permasalahan kajian 7
1.4 Persoalan kajian 7
1.5 Objektif kajian 8
1.6 Kepentingan kajian 8
1.7 Limitasi kajian 9
1.8 Kesimpulan 10
BAB 2 SOROTAN KESUSTERAAN
2.0 Pengenalan 11
2.1 Kesan modenisasi 12
2.2 Pakaian tradisional 13
ix
2.3 Perkahwinan Tradisional 15
2.4 Golongan belia 18
2.5 Kesimpulan 20
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 22
3.1 Lokasi Kajian 23
3.2 Sumber Data
a) Data primer 25
b) Data Sekunder 26
3.3 Populasi 27
3.4 Persampelan 28
3.5 Instrumen Kajian 29
3.6 Kesimpulan 30
BAB 4 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan 31
4.1 Penganalisaan Data
4.1.1Borang Soal Selidik 32
4.1.2 Hubungkait 54
4.1.3 Temuramah 75
4.2 Kesimpulan 81
BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN
5.0 Pengenalan 83
5.1 Diskusi 84
5.2 Penemuan Baru 89
5.3 Rumusan 91
5.4 Cadangan 93
5.5 Kesimpulan 96
RUJUKAN 98
LAMPIRAN 100
x
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 1 Lokasi kajian 34
Rajah 2 Skala Likert 37
Rajah 3 Cronbach’s Alpha 37
xi
SENARAI CARTA PAI
CARTA PAI TAJUK MUKA SURAT
4.1.1 Jantina responden 38
4.1.2 Umur responden 39
4.1.3 Bangsa responden 40
4.1.4 Agama responden 41
4.1.5 Status responden 42
4.1.6 Pekerjaan responden 43
4.1.7 Fungsi lain pakaian tradisional 45
4.1.8 Punca golongan belia kurang menggunakan 46
pakaian tradisional
4.1.9 Kurangnya penggunaannya disebabkan 47
keagamaan
4.1.10 Kurangnya penggunaannya disebabkan 48
pendidikan
4.1.11 Kurangnya penggunaannya disebabkan 50
ekonomi
4.1.12 Kurangnya penggunaannya disebabkan 51
politik
4.1.13 Kurangnya penggunaannya disebabkan 53
Sosio budaya
4.1.14 Kefahaman tentang modenisasi 54
4.1.15 Kegemaran konsep perkahwinan 55
4.1.16 Penggunaan lain pakaian tradisional 56
4.1.17 Tanggapan responden 58
xii
SENARAI JADUAL (CARTA PAI)
JADUAL MUKA SURAT
4.1.1 Jantina Responden 33
4.1.2 Umur Responden 34
4.1.3 Bangsa Responden 35
4.1.4 Agama Responden 36
4.1.5 Status Responden 37
4.1.6 Pekerjaan Responden 38
4.1.7 Penggunaan pakaian tradisional dapat dijadikan 39
sebagai sumber pendapatan dan tarikan pelancong
4.1.8 Perkahwinan pada masa sekarang oleh golongan 40
belia kurang menggunakan pakaian tradisional disebabkan
oleh kesan modenisasi yang berlaku
4.1.9 Perubahan modenisasi yang berlaku dalam adat 41
perkahwinan masyarakat Iban adalah disebabkan oleh
kesan keagamaan.
4.1.10 Perubahan modenisasi yang berlaku dalam adat 42
perkahwinan masyarakat Iban adalah disebabkan oleh
kesan pendidikan.
4.1.11 Perubahan modenisasi yang berlaku dalam adat 44
perkahwinan masyarakat Iban adalah disebabkan oleh
kesan ekonomi.
4.1.12 Perubahan modenisasi yang berlaku dalam adat 45
perkahwinan masyarakat Iban adalah disebabkan oleh
kesan politik.
4.1.13 Perubahan modenisasi yang berlaku dalam adat 46
xiii
perkahwinan Iban adalah disebabkan oleh kesan sosio budaya.
4.1.14 Kefahaman tentang modenisasi 48
4.1.15 Konsep perkahwinan yang digemari 49
4.1.16 Penggunaan pakaian tradisional masyarakat Iban 50
digunakan dalam aktiviti yang lain.
4.1.17 Tanggapan responden terhadap penggunaan pakaian 51
tradisional masyarakat Iban
xiv
SENARAI JADUAL (CROSSTABULATION)
JADUAL MUKA SURAT
4.2.1 Jantina* punca golongan belia kurang 60
menggunakan pakaian tradisional
4.2.2 Jantina* kurangnya penggunaan 63
disebabkan keagamaan
4.2.3 Jantina* kurangnya penggunaan 66
Disebabkan pendidikan
4.2.4 Jantina* kurangnya penggunaan 68
disebabkan ekonomi
4.2.5 Jantina* kurangnya penggunaan 70
disebabkan politik
4.2.6 Umur *kurangnya penggunaan 73
disebabkan sosio budaya
4.2.7 Umur*kegemaran konsep perkahwinan 76
4.2.8 Jantina *Penggunaan lain pakaian tradisional 78
4.2.9 Jantina*Tanggapan responden 80
xv
SENARAI SIMBOL
SIMBOL MAKSUD
SPSS Statistical Package for the Social Sciences
% Peratus
* Hubungkait/crosstabulation
VIP Very Important Person
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 PENGENALAN
Negara Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai penduduk yang
pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, Bidayuh, Iban, Orang Ulu dan sebagainya. Dengan
adanya rakyat yang berbilang kaum. Setiap kaum mestilah ada pakaian tradisional yang
tersendiri. Contohnya, kaum melayu memakai baju Melayu dan Baju Kurung, kaum Cina
memakai Cheongsam, India memakai Sari, Bidayuh memakai baju tradisional mereka sendiri,
Orang Ulu memakai pakaian tradisional orang ulu manakala kaum Iban memakai Ngepan Iban
dan Baju Burung.
Pemakaian pakaian tradisional menunjukkan budaya yang dimiliki oleh sesebuah kaum di
Malaysia. Nilai-nilai budaya merupakan sebuah sikap yang ditanam dalam sesebuah
masyarakat tidak mengira lingkungan masyarakat, kepercayaan serta simbol yang tertentu
dalam mewarisi adat yang diwarisi secara turun temurun. E.B Taylor dalam bukunya
“Primitive Cultures” mengatakan bahawa kebudayaan ialah keseluruhan yang kompleks yang
terkandungnya ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum dan adat istiadat.
Nilai-nilai budaya akan kelihatan pada diri masyarakat dalam pelbagai bentuk seperti slogan,
visi, dan misi. Sebagai kesimpulannya, nilai budaya merupakan satu keyakinan serta
kepercayaan yang wujud pada seseorang untuk memilih tindakannya atau menilai sesuatu
yang bermakna dalam kehidupannya.
Pakaian tradisional biasanya dipakai apabila ada majlis keramaian, untuk menyambut
tetamu kehormat dan untuk merayakan perayaan bagi setiap kaum yang ada. Setiap kaum
akan memakai baju tradisional mereka untuk merayakannya bersama-sama. Selain itu juga,
ada sesetengah baju boleh dipakai sepanjang masa seperti baju kurung, baju melayu dan
cheongsam. Ianya boleh dipakai semasa bekerja di pejabat bagi pekerja dan untuk menghadiri
kelas bagi para pelajar. Di samping itu juga, pakaian tradisional seringkali digunakan semasa
hari perkahwinan.
2
Salah satu pakaian tradisional yang digunakan untuk hari perkahwinan pada zaman dahulu
ialah Ngepan Iban dan Baju Burung. Pakaian ini digunakan oleh masyarakat Iban untuk
melangsungkan perkahwinan pada zaman dahulu. Selain itu juga, pakaian tradisional ini juga
digunakan untuk upacara ritual. Pada zaman sekarang penggunaan Ngepan Iban dan Baju
Burung lebih digunakan untuk menyambut tetamu kehormat dan sebagainya.
Dalam melakukan penyelidikan terhadap kesan modenisasi terhadap penggunaan pakaian
tradisional dalam adat perkahwinan masyarakat Iban di Engkilili, kita haruslah mengetahui
asal- usul masyarakat Orang Iban terlebih dahulu.
1.0.1 Asal Usul Masyarakat Iban
Menurut Margaret Linggi, 1991, kumpulan terawal bagi penempatan kaum Iban ialah
di Lubok Antu. Lubok Antu merupakan sebuah bandar yang paling banyak masyarakat Iban
dalam bahagian Sri Aman. Penempatan kaum Iban yang terdahulu ialah di batangan Sungai
Batang Lupar dan kemudiannya berkembang ke Sungai Rajang, Sungai Sadong, Sungai
Saribas, Sungai Kalaka, Sungai Balingian, Sungai Kemena, Sungai Limbang dan Sungai
Lawas ( Blehent 1997).
Kaum Iban yang dahulunya dikenali sebagai Dayak Laut. Kaum Iban majoriti
mendiami daerah serta bahagian di Kota Samarahan, Sri Aman, Kapit, Sarikei, Sibu, Bintulu
dan Miri. Biasanya masyarakat Iban akan berkampung di tebingan sungai dan jalan raya
untuk memudahkan aktiviti kerja serta berkomunikasi antara satu sama lain. Amalan cara
hidup yang diamalkan ialah berlandaskan hukum adat dan pantang larang serta perhubungan
persaudaraan yang erat antara satu sama lain.
Adat dan tradisi masyarakat Iban di Sarawak ialah dari cara hidup. Kehidupan
masyarakat Iban dapat dilihat melalui keteguhannya dengan kemasyarakatan iaitu hidup dalam
satu rumah panjang dan ianya diketuai oleh Ketua Kampung atau Tuai Rumah untuk
menguruskan aktiviti perkahwinan, penceraian, kematian dan perayaan gawai. (Freeman
1970). Tambahan pula, secara tradisinya, kebanyakkan perkahwinan di kalangan lelaki dan
perempuan Iban diuruskan oleh ibu bapa dan Tuai Rumah.
3
Masyarakat Iban pada zaman dahulu sangat mementingkan adat serta tradisi berbeza
dengan dunia moden masa kini. Banyak adat yang masih lagi dikekalkan dalam kalangan
anggota masyarakat di rumah panjang untuk menjaga keamanan masyarakat. Antaranya ialah
penyimpanan tajau, dan tawak yang masih dikekalkan walaupun berkurangan pada masa kini.
Adat yang lainnya yang masih diamalkan sehingga sekarang ialah adat mengurus kandungan
dan kelahiran, adat perkahwinan dan adat sewaktu menguruskan kematian walaupun tidak
seratus peratus.
Cara kehidupan kaum Iban tidak jauh berbeza dengan kaum yang lain. Kaum Iban
tinggal di lembah-lembah sungai dan mendirikan rumah panjang untuk berteduh dan
menjalankan aktiviti harian seperti menanam padi. Masyarakat Iban adalah antara masyarakat
penanam padi bukit yang paling banyak di dunia (Sutlive 1978, ms 3).
Sebuah rumah panjang mampu menampung 30 hingga 50 buah keluarga. Kaum ini
menjalankan aktiviti bercucuk tanam, memburu binatang dan mengumpul hasil hutan sebagai
sumber makanan. ( Blehant ,1997).
1.0.2 Pekan Engkilili
Untuk pengetahuan semua, pekan Engkilili merupakan sebuah pusat pentadbiran bagi
Daerah Kecil Engkilili. Menurut sejarah Engkilili, namanya diambil bersempena dengan
nama pokok Engkilili yang banyak terdapat di daerah ini. Pokok ini tumbuh rendah dan
mempunyai buah yang bertangkai dan bewarna kemerah-merahan apabila sudah masak.
Lokasinya terletak kira-kira 210 km dari Bandaraya Kuching. Majoriti penduduk yang
mendiami kawasan Engkilili ialah kaum Iban diikuti oleh kaum Cina, Melayu dan lain-lain.
Pekan Engkilili bukanlah sebuah kawasan yang besar seperti bahagian Sri Aman dan Lubok
Antu. Antara perkhidmatan yang ada di Pekan Engkilili ialah Pejabat pertanian Daerah,
Majlis Daerah Lubok Antu, Balai Polis, Klinik Kesihatan, Jabatan Pendaftaran Negara,
KEMAS, SALCRA, Pertubuhan Peladang Kawasan, Pos Malaysia, Sekolah Rendah dan
Sekolah Menengah.
4
1.0.3 Pakaian Tradisional
a) Ngepan Iban ( Kaum Wanita)
Ngepan Iban ialah pakaian tradisional wanita yang sangat unik. Ngepan Iban
diperbuat daripada kain tenunan yang mempunyai corak yang menarik. Pakaian kaum
wanita Iban dapat dilihat dari bahagian kepala sehinggalah ke bahagian kaki. Bermula
dari bahagian kepala, dihiasi dengan sugu tinggi. Sugu tinggi diperbuat daripada
logam timah. Bahagian bahu pula dilengkapi dengan marik empang yang diperbuat
daripada manik-manik dan ianya disusun mengikut corak yang menarik. Di bahagian
pinggang pula akan dihiasi dengan lilitan Ngepan dengan kain yang diperbuat daripada
timah seperti duit syiling yang berjuntai-juntai yang dikenali sebagai kain tating. Pada
bahagian kaki pula akan dilengkapi dengan gelang kaki yang dikenali sebagai
gerunung yang akan menghasilkan bunyi. Baju yang digunakan oleh kaum wanita
Iban dikenali sebagai selampai yang merupakan sejenis kain yang dililit pada bahagian
dada manakala kain songket dipakai separas lutut. Kainnya ditenun mengikut corak
tradisional yang menarik dan bermakna bagi kaum Iban dan disulam dengan benang
emas pada kain dasar yang bewarna merah.
b) Baju Burung (Kaum Lelaki)
Pada bahagian kepala dilengkapi dengan topi yang dihiasi dengan bulu burung
iaitu burung merak atau ruai. Bahagian badan mereka adakalanya diukir dengan tatu.
Ukiran yang ada seperti bungai terong (corak bunga terung), kala jengking dan banyak
lagi. Kain sirat digunakan dengan cara melilitkan di pinggang iaitu di celah kangkang
serta hujung kain dijuntaikan ke hadapan dan belakang badan dan dihiasi dengan
tenunan yang menarik. Baju yang digunakan bagi kaum lelaki pula dikenali sebagai
Baju Burung dan merupakan sejenis kain yang ditenun bermotifkan burung serta corak
yang sangat menarik. Baju ini tidak mempunyai lengan dan dipakai seperti biasa tanpa
ditutup dan mendedahkan bahagian dada.
5
1.1 DEFINISI
1.1.1 Modenisasi
Menurut kamus Dewan Edisi Keempat, modenisasi bermaksud perihal, proses atau
perbuatan memodenkan permodenan.
1.1.2 Adat perkahwinan
Adat perkahwinan dapat dinilai sebagai pengikut tidak hanya antara dua orang yang
dikahwinkan. Masing-masing keluarga dinilai telah memenuhi kewajipan sebagai orang tua
terhadap anak mereka. Upacara adat perkahwinan dianggap sebagai pengumuman rasmi
kepada masyarakat tentang ikatan seorang lelaki dan perempuan. Dengan demikian,
masyarakat tahu tentang perubahan status kedua-dua orang yang dikahwinkan itu. (Abdul
Latiff Abu Bakar, Adat Melayu Serumpun, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).
1.1.3 Perkahwinan
Dalam buku Adat Melayu Serumpun yang diselenggarakan oleh Abdul Latiff Abu
Bakar melalui Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), mengatakan bahawa perkahwinan
adalah ikatan rasmi antara seorang lelaki dengan perempuan sesuai dengan norma-norma yang
dianuti oleh masyarakat yang berkaitan.
1.1.4 Pakaian
Pakaian bukanlah sekadar sebagai penutup badan tetapi juga sebagaii simbl kepada
kelompok masyarakat dan juga status seseorang. Pakaian sebagai unsur tradisi adat
yang simbolik disebut sebagai “berpakaian”. Costume ialah a complete style of
dressing, including all the clothes, accessories, etc., worn at one time, as in a
particular country or period; dress: national costume (Geddie, 1961)
6
1.2 SKOP KAJIAN
Kajian ini lebih memfokuskan tentang kesan modenisasi yang menyebabkan
kurangnya penggunaan pakaian tradisional dalam adat perkahwinan masyarakat Iban.
Kurangnya penggunaannya akan menyebabkan adat serta tradisi yang diwarisi secara turun
temurun akan hilang begitu sahaja. Dengan itu, penyelidik akan mengkaji kesan modensiasi
terhadap penggunaan pakaian tradisional dalam adat perkahwinan pada zaman sekarang.
Untuk mengukuhkan lagi kajian, penyelidik mengkaji dua buah tempat di Pekan Engkilili
iaitu:
Lokasi kajian di Pekan Engkilili
a) Kampung Kandis, Engkilili
b) Kampung Sungai Keroh, Engkilili
Antara informan-informan yang terlibat
a) En.Melo Anak Agan
b) T/R Ring Anak Labang, Sungai Keroh, Engkilili
c) En. Moses Anak Ejau
d) En.Wilson Indin Anak Belayong
e) Cik Jeneffer Ak Daro
7
1.3 PERMASALAHAN KAJIAN
Pada zaman sekarang, pakaian tradisional iaitu Ngepan Iban dan Baju Burung tidak begitu
penting dalam adat perkahwinan masyarakat Iban berbanding dahulu oleh golongan belia.
Jika dahulu, setiap perkahwinan orang Iban akan memakai pakaian tradisional kerana ianya
ialah adat yang diwarisi secara turun-temurun kerana ianya lambang kepada masyarakat Iban.
Antara permasalahan yang wujud dalam kurangnya penggunaan pakaian tradisional ialah:
1. Golongan belia lebih gemar memakai pakaian perkahwinan yang moden berbanding
tradisional. Ianya disebabkan oleh kesan modenisasi dari aspek agama, pendidikan
dan ekonomi.
2. Kurang selesa untuk menampilkan konsep perkahwinan secara tradisi dan lebih gemar
konsep yang baru disebabkan golongan belia mengalami arus modenisasi pada masa
sekarang.
Dengan itu, penyelidik ingin mengkaji permasalahan kurangnya penggunaan pakaian
tradisional dalam adat perkahwinan masyarakat Iban di Engkilili. Dengan itu, penyelidik
dapat mengetahui kesan yang menyebabkan kepenggunaannya kurang dalam kalangan
masyarakat Iban pada zaman sekarang.
1.4 PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah yang mendorong golongan belia lebih menggemari pakaian yang moden?
2. Mengapakah golongan belia memilih untuk mengadakan perkahwinan dengan
menggunakan konsep baru?
8
1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam menjalankan kajian ini, dengan ini penyelidik mempunyai beberapa objektif yang
sesuai dengan kajian yang hendak dibuat. Tujuan penyelidik untuk menjalankan kajian ini
ialah:
a) Mengenalpasti penggunaan dan kesan-kesan modenisasi dalam penggunaan pakaian
tradisional adat perkahwinan masyarakat Iban.
b) Mengenalpasti tanggapan golongan belia terhadap penggunaan pakaian tradisi
masyarakat Iban dalam adat perkahwinan.
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini penting untuk kajian akademik. Selain itu juga, kajian ini bertujuan dalam
mengetahui penggunaan pakaian tradisional dalam masyarakat Iban. Tambahan pula, kajian
ini belum dikaji oleh pengkaji yang lain setakat ini. Inilah masa yang sesuai penyelidik untuk
mengkaji kesan modenisasi yang menyebabkan kurangnya penggunaan pakaian tradisional
dalam adat perkahwinan masyarakat Iban di Engkilili.
Selain itu juga kajian ini juga penting untuk masyarakat Iban terutamanya untuk
mengetahui kesan yang menyebabkan kurangnya penggunaannya semasa perkahwinan. Ianya
penting untuk masyarakat Iban mengetahuinya agar ianya dapat diatasi supaya pakaian
tradisional iaitu Ngepan Iban dan Baju Burung tidak pupus ditelan arus kemodenan pada masa
kini. Pasangan muda juga haruslah memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan
penggunaan Ngepan Iban dan Baju Burung dalam adat perkahwinan supaya tidak pupus
ditelan zaman.
Di samping itu juga, kajian ini juga penting untuk penyelidik yang seterusnya untuk
mendapatkan sedikit maklumat berkaitan dengan pakaian tradisional iaitu Ngepan Iban dan
Baju Burung.