Download - kesan migrasi indonesia ke malaysia
1
LGM 2033
GEOGRAFI PENDUDUK
SOALAN 5:
Dengan merujuk khusus kepada satu (1) bangsa asing, bincangkan
implikasi sosio ekonomi kesan daripada migrasi antarabangsa bangsa
tersebut ke Malaysia.
Nama : Siti Zubaidah bt Ibrahim
No Matrik : D20091035632
Semester : Tiga
Pensyarah : Dr. Fauziah bt Che Leh
2
Isi Kandungan
Bil Isi Kandungan Muka Surat
1.0 Pendahuluan 1
2.0 Sejarah migrasi antara Malaysia dan Indonesia 2-3
3.0 Kesan positif migrasi masyarakat Indonesia ke Malaysia
3.1 Kesan positif sektor sosial
3.2 Kesan positif sektor ekonomi
3-7
4.0 Kesan negatif migrasi masyarakat Indonesia ke Malaysia
4.1 Kesan migrasi terhadap masalah sosial dalam negara
4.2 Kesan negatif migrasi kepada ekonomi negara
7-10
5.0 Penutup 11
Bibliografi 12-13
3
1.0 Pengenalan
Migrasi merupakan satu proses perpindahan seseorang itu dari satu tempat ke satu tempat
yang lain dan merentasi sempadan daerah, negeri dan negara. Migrasi berlaku dalam dua konteks
iaitu migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa. Migrasi dalaman merupakan migrasi yang
berlaku tanpa melibatkan sempadan antarabangsa dan hanya berlaku dalam negara berkenaan
saja. Aktiviti migrasi antarabangsa merupakan satu perpindahan antarabangsa yang merujuk
kepada sebarang pergerakan penduduk yang menyeberangi sempadan negara masing-masing
walaupun untuk sementara atau secara kekal. Aliran migrasi tersebut telah berlaku sejak
berkurun lamanya dan telah menyebabkan pelbagai kesan ke atas negara yang di tuju dan negara
yang di tinggalkan (Katimah Rostam, 2002).
Dalam konteks dunia tanpa sempadan sekarang, aliran migrasi antarabangsa berlaku
tanpa batasannya lagi. Aliran migrasi antarabangsa ini semakin rancak berlaku kerana bagi
memenuhi keperluan dan desakan hidup di tempat asal mereka kemudianya memaksa untuk
mereka berpindah. Perpindahan buruh ini berlaku secara sah dan secara haram serta berlaku
hampir di setiap negara di dunia. Malaysia juga tidak dapat lari daripada masalah ini. Pelbagai
langkah dan pendekatan telah dijalankan bagi membendung masalah kemasukan buruh asing di
negara ini namun hasil yang di perolehi sangat mengecewakan. Contoh yang paling ketara dan
jelas kesan migrasi antarabangsa adalah kemasukan buruh Indonesia ke negara kita. Mereka
masuk dalam negara kita melalui cara yang sah dan ada juga yang memasuki negara kita secara
haram. Kesimpulanya, rakyat Indonesia yang terlalu ramai memasuki negara kita telah
mendatangkan pelbagai implikasi kepada negara. Pelbagai kesan dapat dilihat ekoran daripada
masalah migrasi antarabangsa ini.
4
2.0 Sejarah migrasi antara Malaysia dan Indonesia.
Gambarajah: Peta Malaysia dan Indonesia
(Sumber: http://www.google.com.my/imglanding?q=peta%20migrasi%20indonesia%20ke%20malaysia&imgurl=http://weloveindonesia.net76.net/peta_indonesia2%2520edit2jpg.jpg&imgrefurl=http://www.mamasipenk.co.cc/2010/07/tentang-indonesia-
di-mata-dunia.html&usg=__Zs-TB68l9wqidX8G_mN6L47JLwQ=&h=341&w=535&sz=110&hl=en&itbs=1&tbnid=BYJXYF6c0HvdBM:&tbnh=84&tbnw=132&prev=/images%3Fq%3Dpeta%2Bmigrasi%2Bindonesia%2Bke%2Bmalaysia%26hl
%3Den%26sa%3DG%26gbv%3D2%26ndsp%3D18%26tbs%3Disch:1&sa=G&gbv=2&ndsp=18&tbs=isch:1&start=11)
Hubungan migrasi antara Malaysia dan Indonesia telah wujud sebelum zaman penjajahan
Inggeris ke Tanah Melayu lagi. Selepas kemasukan penjajah ke Tanah Melayu telah
menyebabkan kemasukan buruh asing ke negara ini kian meningkat ekoran daripada masalah
kekurangan buruh untuk menerokai bidang perladangan, perlombongan bijih dan pelabuhan,
telah menyebabkan British mengamalkan dasar pintu terbuka dengan membawa masuk buruh
asing ke Malaysia dari Selatan China, Filipina, India dan Indonesia.
Selepas tahun 1970-an, selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah
dijalankan oleh pihak kerajaan telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang perlu diisi.
Oleh kerana keengganan masyarakat tempatan dalam memenuhi kehendak dan permintaan
pasaran buruh dalam sektor perladangan, pembinaan, perlombongan dan perkilangan telah
memaksa kerajaan mengambil tindakan mengajikan buruh asing bagi mengatasi masalah
kekurangan buruh ini khususnya dari negara Indonesia (Saad Mohd Said, Fatimah Said dan Sofia
Ratna Sari Harahap, 2008).
5
1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 20050
50,000
100,000
150,000
200,000
250,000
300,000
350,000
400,000
450,000
Buruh Indonesia mengikut sektor dari tahun 1997-2005 (bilangan)
PembinaanPembuatanPerladanganPerkhidmatan
Bila
ngan
Gambarajah: Buruh Indonesia Mengikut Sektor, 1997-2005 (Bilangan)
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia.
Pelbagai implikasi telah timbul ekoran daripada kadar migrasi masyarakat Indonesia ke
Malaysia yang terlampau tinggi dan kadang-kala memenuhi setiap kawasan dan menyebabkan
masyarakat tempatan rimas serta bimbang dengan situasi tersebut.
3.0 Kesan positif migrasi masyarakat Indonesia ke Malaysia
Kedatangan migrasi daripada Indonesia ke Malaysia banyak mendatangkan
pelbagai kesan kepada negara. Antara sektor yang ketara mendapat impak migrasi ialah
sektor sosial dan ekonomi negara.
3.1 Kesan positif sektor sosial
Kesan positif ekoran daripada migrasi antarabangsa ini ialah dapat mengeratkan
hubungan diplomatik antara dua negara di rantau Asia Tenggara. Hal ini adalah kerana,
negara kita merupakan negara penerima migrasi dan sambutan kerajaan dalam
6
mengambil pekerja asing dari luar terutamanya dari Indonesia dapat menjalinkan
hubungan dua hala. Negara kita dikatakan bergantung kepada pasaran buruh Indonesia
maka wajarlah negara kita mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Indonesia.
Di samping itu juga, kesungguhan yang ditonjolkan oleh buruh dari Indonesia wajar
dijadikan contoh bagi masyarakat negara kita agar tidak terlalu memilih pekerjaan.
Mereka mempunyai semangat bekerja yang tinggi walaupun mendapat upah yang tidak
setimpal dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Berbeza dengan masyarakat tempatan
yang terlalu mementingkan pendapatan yang lumayan, selesa dan tidak berbahaya untuk
bekerja (Utusan Malaysia, 21 Oktober 2007).
Selain daripada itu juga, kesan sosial daripada migrasi antarabangsa ini adalah
dari segi tanggungjawab sosial antara negara anggota Association of South East Asian
Nations (ASEAN). Dengan penerimaan kerajaan Malaysia terhadap migrasi antarabangsa
dari Indonesia dapat mengurangkan masalah kemiskinan dan kebuluran di negara
mereka. Malahan dalam masa yang sama juga kita memperolehi keuntungan daripada
penawaran buruh yang ditawarkan oleh negara mereka. Keseluruhanya, kesan sosial yang
diperolehi bagi negara kita ekoran daripada migrasi antarabangsa dari Indonesia ini tidak
banyak mendatangkan kesan positif bagi negara kita memandangkan migrasi yang datang
ke negara kita merupakan masyarakat dari negara mundur dan miskin (Soijah Likin,
2004).
3.2 Kesan positif sektor ekonomi
7
Migrasi dalam sektor ekonomi telah mendatangkan banyak faedah kepada negara
kita. Kesan daripada kemasukan migrasi dari Indonesia telah menambahkan lagi
penawaran buruh dalam negara sekaligus dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga
buruh dalam sekto-sektor tertentu. Selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara pada
tahun 1990-an telah menyebabkan kadar permintaan buruh semakin meningkat. Negara
dikatakan mempunyai beberapa sektor yang mengalami masalah kekurangan buruh
antaranya ialah sektor pertanian, perlombongan, perkhidmatan dan perkilangan. Malaysia
sebenarnya telah mula mengalami masalah kekurangan buruh di sektor pertanian
semenjak tahun 1970-an (Fatimah & Saad 2002). Bagi mengatasi masalah ini kerajaan
telah bersetuju untuk membenarkan majikan menggambil pekerja daripada Indonesia.
Pada sekitar tahun 1992, kemasukan tenaga buruh daripada Indonesia ini hanya untuk
mengisi kekosongan pekerjaan dalam bidang pertanian saja tetapi telah diperluaskan
kepada sektor perkhidmatan dan pembuatan pada tahun 2000. Oleh sebab itu, masalah
kekurangan tenaga kerja bagi sektor-sektor yang ditolak oleh masyarakat tempatan dapat
dimajukan dan dibangunkan dengan bantuan tenaga buruh dari Indonesia.
Selain daripada itu juga, kesan migrasi kepada ekonomi adalah dapat memajukan
bandar yang dituju. Migrasi daripada Indonesia ini mempunyai target atau tempat yang
akan mereka tuju sebelum mereka datang ke Malaysia. Kebanyakan migrasi daripada
Indonesia akan memilih bandar-bandar besar untuk mereka duduki. Hal ini adalah
kerana, bandar-bandar besar seperti di sekitar Lembah Klang mempunyai pelbagai
kemudahan di samping mempunyai peluang pekerjaan yang banyak. Maka tidak
hairanlah jika migrasi Indonesia akan memenuhi setiap ruang di bandar besar tersebut.
Oleh kerana, keadaan penawaran buruh yang tinggi di bandar-bandar besar tersebut maka
8
segala perancangan pembangunan yang dirancang mudah untuk dijalankan. Migrasi
Indonesia akan mengambil alih tempat dalam projek pembinaan yang banyak dijalankan
di bandar-bandar besar sebagai buruh binaan. Contohnya, menara KLCC, KLIA dan
Putrajaya yang menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia dikatakan menggunakan
majoriti tenaga buruh daripada Indonesia semasa proses pembinaan dilakukan.
Negara Jumlah Pelancong (orang)
Singgapura 11 juta
Indonesia 2.43 juta
Thailand 1.49 juta
Brunei 1.17 juta
Jadual: Jumlah kedatangan pelancong dalam Negara
Sumber: Berita Harian
Aliran migrasi juga dikatakan berlaku dalam konteks kedatangan pelancong dari
Indonesia ke Malaysia. Indonesia dikatakan merupakan negara kedua terbesar di rantau
Asia Tenggara ini yang menjadi pasaran penjana utama pelacongan kepada negara
Malaysia. Berdasarkan statistik pada tahun 2009 telah menunjukkan seramai 2.43 juta
orang pelancong dari Indonesia telah datang ke Malaysia (Berita Harian, Jan 2009).
Berdasarkan kepada data kedatangan pelancong tersebut telah membuktikan bahawa
negara kita mempunyai potensi pelancongan yang tinggi dan dapat dikembangkan lagi.
Aliran wang masuk dalam negara juga berlaku dengan kehadiran pelancong asing dari
Indonesia. Mereka akan menyewa hotel dan segala perbelanjaan semasa mereka berada di
9
negara kita merupakan aliran wang masuk ke dalam negara dan seterusnya dapat
mengurangkan defisit dalam imbangan pembayaran negara.
4.0 Kesan negatif migrasi masyarakat Indonesia ke Malaysia
Aliran migrasi dari Indonesia ke Malaysia dikatakan mempunyai kesan negatif
yang lebih banyak berbanding kesan positif.
4.1 Kesan migrasi terhadap masalah sosial dalam negara
Masyarakat Indonesia merupakan masyarakat yang serumpun dengan penduduk
Melayu di Malaysia namun demikian perbezaan daripada segi tingkah-laku, nilai, norma,
budaya dan sikap mereka dengan tuan rumah telah menimbulkan pelbagai masalah sosial
di Malaysia. Migrasi masyarakat Indonesia ini merupakan satu aliran migrasi masyarakat
dari negara yang kurang membangun dan mundur serta mereka akan membawa minda
kelas ketiga mereka ketika berada di Malaysia. Secara tidak langsung mereka akan
menjejaskan nilai sosial masyarakat di negara ini melalui sikap mereka yang pengotor,
bising, kencing dan membuang sampah sesuka hati serta tidak menggunakan kemudahan
awam dengan betul. Contohnya, pada kebiasaan sambutan hari Raya Aidilfitri mereka
akan menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai destinasi perayaan mereka dan
apabila mereka beredar mereka akan meninggalkan timbunan sampah-sarap yang
mengotorkan. Sikap dan tingkah-laku ini sangat bertentangan dengan nilai dan budaya
masyarakat kita sekaligus akan menjejaskan kehidupan penduduk Malaysia di Kuala
Lumpur (Utusan Malaysia, 23 Oktober 2007)
10
Selain daripada itu juga, masalah penyakit juga mudah merebak dan menular
dalam negara ekoran daripada kemasukan migrasi dari Indonesia. Terutamanya yang
berpunca daripada pendatang tanpa izin yang sudah semestinya tidak menggunakan
saluran dan prosedur yang betul untuk memasuki Malaysia. Mereka datang ke Malaysia
tanpa menjalani ujian saringan penyakit dan akan menjejaskan kesihatan masyarakat di
negara ini. Tambahan pula, migrasi Indonesia ini tidak diberikan kemudahan untuk
mendapatkan rawatan kesihatan di negara ini. Oleh sebab itu, bagi migrasi yang
berpenyakit mereka tidak berpeluang untuk mendapat rawatan susulan bagi mengubati
penyakit yang mereka hidapi.
Negara
Jumlah jenayah (bilangan)
Jenayah kekerasan Jenayah harta-benda
Indonesia 1073 kes 1400 kes
Filiphina 416 kes 1400 kes
Singapura - 1 kes
Jadual: Statistik jenayah 2008
Sumber: Bernama
Selain daripada itu juga, migrasi Indonesia dikatakan banyak melakukan jenayah
dalam negara. Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang tahun 2008
warga Indonesia mencatatkan penglibatan tertinggi iaitu 1,073 kes dalam jenayah
kekerasan dan 1,400 kes dalam jenayah harta benda diikuti warga Filipina pula sebanyak
416 kes (jenayah kekerasan) dan 1,400 kes ( jenayah harta-benda) manakala warga
Singapura mencatatkan satu kes jenayah harta-benda. Perkara ini sangat membimbangkan
penduduk Malaysia kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak selamat. Di mana
11
saja kejadian jenayah boleh berlaku. Kebanyakan migrasi Indonesia ini masuk dalam
negara menggunakan pas pelancong dan pelajar sebaliknya mereka akan melakukan
jenayah dalam negara kita. Dari segi kesan sosial kepada penduduk Malaysia akan
mencetuskan kebimbangan dengan peningkatan kadar jenayah yang dilakukan oleh
golongan migrasi tersebut (Bernama, 2009).
Kesan sosial ekoran daripada kemasukan golongan migrasi Indonesia juga akan
menyebabkan kesesakan bandar-bandar besar utama negara. Contohnya ialah Bandaraya
Kuala Lumpur kini menjadi sesak ekoran daripada peningkatan golongan migrasi
antarabangsa ini. Mereka hanya tertumpu di bandar-bandar besar sahaja memandangkan
pelbagai kemudahan dan banyak peluang pekerjaan terdapat di sini. Oleh kerana terlalu
banyak migrasi antarabangsa telah mengakibatkan wujudnya perkampungan setinggan
yang didiami oleh golongan pendatang. Dengan wujudnya masalah setinggan tersebut
telah melambangkan imej negara yang belum maju. Perkara ini telah menyebabkan nama
negara kita tercemar.
4.2 Kesan negatif migrasi kepada ekonomi negara
Aliran masuk migrasi dalam negara banyak mendatangkan kesan negatif kepada
ekonomi negara. Antaranya ialah akan menimbulkan masalah pengambilalihan tugas atau
pekerjaan oleh golongan migrasi daripada penduduk tempatan dan menyebabkan daya
saing dalam mendapatkan pekerjaan dalam kalangan penduduk tempatan semakin
meningkat. Golongan migrasi ini akan memenuhi setiap sektor dan peluang pekerjaan
yang wujud di negara ini dan akan menyekat punca pendapatan penduduk tempatan.
Perkara ini menjadi semakin parah apabila kebanyakan majikan lebih suka mengajikan
12
golongan migrasi berbanding penduduk tempatan. Hal ini adalah kerana, golongan
migrasi ini bersedia untuk menerima upah yang paling minima walaupun tidak berbaloi
dengan pekerjaan yang telah mereka lakukan (Berita harian, 17/04/2010).
Pihak kerajaan juga terpaksa membelanjakan banyak peruntukan bagi
membenteras kemasukan golongan migrasi ini. Masalah ini merupakan satu bebanan
kewangan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Malaysia sejak sekian lama. Kerajaan
terpaksa membelanjakan wang yang banyak bagi menanggung pembiayaan mereka di
kem tahanan sebelum menghantar mereka pulang ke negara asal. Selain daripada itu juga,
keengganan pihak kerajaan Indonesia dalam menyediakan dokumen perjalanan sementara
kepada rakyatnya dan membiayai kos penghantaran pulang telah menyebabkan kerajaan
Malaysia terpaksa menanggung kos pembiayaan kewangan yang banyak. Hal ini telah
merugikan kerajaan negara kita.
Di samping itu juga, kemasukan golongan migrasi akan menyebabkan defisit
dalam belanjawan negara. Golongan migrasi ini akan menghantar sebahagian hasil wang
pendapatan mereka ke kampung halaman dan akan menyebabkan aliran wang ke luar
negara. Walaupun matawang negara kita lebih besar daripada matawang negara
Indonesia tetapi ekoran daripada terlalu banyak golongan migrasi ini yang menghantar
wang ke kampung halaman menyebabkan aliran wang masuk dengan aliran wang keluar
negara menjadi tidak seimbang seterusnya menyebabkan defisit dalam belanjawan
negara.
5.0 Penutup
13
Sebagai kesimpulannya, pelbagai implikasi yang wujud ekoran daripada kemasukan
migrasi antarabangsa ke Malaysia. Dari sudut pembangunan ekonomi negara kemasukan migrasi
akan mendatangkan kesan positif memandangkan negara kita banyak bergantung kepada buruh
asing dalam memajukan ekonomi negara. Namun demikian, jika dipandang sebaliknya
kemasukan golongan migrasi juga banyak mendatangkan kesan negatif kepada sektor sosial dan
ekonomi negara. Oleh sebab itu, sebarang perubahan dan dasar dalam negara perlu memandang
serius akan kedua-dua masalah ini agar kesejahteraan penduduk tempatan tidak terjejas.
Kemasukan golongan migrasi ini sukar untuk dibendung memandangkan negara kita
berkongsi perairan dengan negara Indonesia. Pelbagai langkah telah dijalankan untuk
membendung masalah ini daripada terus berleluasa tetapi masih menemui jalan buntu. Malahan
kerajaan kita perlu menanggung kos yang besar dalam menanggani masalah migrasi yang
keterlaluan bagi menjamin kesejahteraan negara terus terpelihara.
Oleh sebab itu, semua pihak seharunya bertanggungjawab dalam menanggani masalah ini
dan tidak hanya menyerahkan kepada pihak pemerintah sahaja. Pihak yang memainkan peranan
paling besar dalam masalah lebihan migrasi ini ialah golongan majikan. Sekiranya pihak majikan
tidak mengutamakan golongan pendatang bagi mengisi kekosongan pekerjaan yang diwujudkan
masalah lebihan golongan migrasi ini tidak akan timbul. Namun demikian, ekoran daripada sikap
tamak pihak majikan ini telah menyebabkan pelbagai implikasi yang timbul ekoran kemasukan
golongan migrasi. Ketiadaan sikap bertanggungjawab golongan majikan ini telah mendatangkan
masalah kepada penduduk tempatan yang terpaksa mengemis di negeri sendiri.
Bibliografi
14
Arif Nasution (2000). Internasional Migration in South East-Asia : A case study of Indonesia workers in the Malaysian Peninsular [Electronic Version]. Diperoleh pada 01/08/2010
daripada Proquest.
Berita harian (Januari 2009). Jumlah kemasukan pelancong meningkat. Diperoleh daripada http://www.bharian.com.my/search_res?src_term=januari+2009&src_type=BH&search=Cari pada 14/08/2010.
Bernama (15/05/2009). Lubuk Emas Penjenayah Asing. Diperoleh daripada http://web7.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=411190 pada 14/08/2010.
Berita harian (17/04/2010). Majikan Tamak Punca Lambakan Pekerja Asing. Diperoleh daripada http://www.bharian.com.my/search_res?src_term=17/04/2010&src_type=BH&search=Cari pada 27/08/2010.
Blij H. J. De dan Muller O. Peter (2006). Geography Realms, Regions and Concepts. United Stated: John Wiley & Sons INC.
Clarke. John I (1988). Geografi Penduduk Dan Negara-Negara Sedang Membangun (terjemahan: Rosnah Talib). Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Fatimah Said & Saad Mohd. Said. (2002). Ekonomi Pasaran Buruh. Kota Bharu:Kelantan.
Katimah Rostam (2002). Prinsip Asas Persekitaran Manusia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Katiman Rostam, (2006) Migrasi ke kawasan pinggiran Wilayah Metropolitan Lembah Klang.Akademika, 68 (January 2006) di peroleh daripada
http://myais.fsktm.um.edu.my/view/subjects/G.html pada 17/08/2010.
Kuby Michael, Harner John dan Gober Patricia (2004). Human Geography in Action. United Stated: John Wiley & Sons INC.
Malaysia. (1995). Immigration Guideline for Foreign Workers. Kuala Lumpur: JabatanImigresen Malaysia.
Saad Mohd Said, Fatimah Said dan Sofia Ratna Sari Harahap (2008). Migrasi Antarabangsa: Penghijrahan Buruh Indonesia Ke Malaysia. Diperoleh daripada http://www.mohr.gov.my/ismk/pdf/migrasi_2vol2.pdf pada 14/08/2010.
Soijah Likin (2004). Penghijrahan Dari Indonesia Ke Malaysia: Kajian Kes Tentang Pekerja Wanita Indonesia di Sungai Nibong, Pulau Pinang. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
15
Utusan Malaysia (21 dan 23/10/2007). Kebanjiran warga asing. Di peroleh daripada http://www.utusan.com.my/utusan/index.asp?LBA=STO pada 14/08/2010.