Download - Kertas Kerja Usrah & Halaqah Al-Qur'An
USRAH &HALAQAH AL-QUR’AN
SMK AGAMA KUALA LUMPURBANDAR MENJALARA, KEPONG,
52200 KUALA LUMPUR
TEMPAT: SURAU AL-FALAH SMK AGAMA KUALA LUMPUR
TARIKH: 4 JANUARI 2010 – 20 NOVEMBER 2010ANJURAN: LAJNAH USRAH DAN TARBIYYAH,
BADAR SMK AGAMA KUALA LUMPUR
BADAR SMK AGAMA KUALA LUMPUR
KERTAS KERJA
PROGRAM USRAH PELAJAR DAN HALAQAH AL-QUR’AN
SMK AGAMA KUALA LUMPUR 2010
1.0 PENGENALAN
Usrah dalam bahasa Arab bermaksud keluarga. Dalam istilah
yang digunakan hari ini, usrah bermaksud satu program tetap yang
dianjurkan oleh sekumpulan orang-orang beriman dalam usaha untuk
memahami dan menghayati Islam secara bekerjasama.
Tarbiyah pula adalah satu proses didikan untuk berubah daripada
buruk kepada baik dan daripada baik kepada lebih baik. Terdapat
pelbagai mekanisme yang boleh dijadikan sebagai wasilah tarbiyah
contohnya ceramah, mukhayyam, rehlah, tamrin dan sebagainya.
Namun, wasilah terbaik bagi menjalankan proses tarbiyah adalah
melalui program usrah. Hal ini adalah kerana usrah lebih bersifat
individual dan berupaya mendekati pelajar secara fokus.
Justeru, Lajnah Usrah dan Tarbiyah BADAR SMKAKL 2010 telah
menganjurkan Program Usrah Pelajar dan program Halaqah al-Qur’an
sebagai program usrah mini. Program usrah dan halaqah ini telah
diselaraskan oleh guru agar sesuai dengan tahap pemikiran dan
penerimaan anak-anak pelajar bagi memupuk pemahaman Islam yang
tinggi di dalam diri mereka dan juga penghayatan terhadap kitab Al-
Qur’an.
Inti tarbiyah adalah pengislahan (perubahan) dan usrah
merupakan nadi tarbiyah. Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi
segala-galanya bermula dengan tarbiyah.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan pemahaman Islam di kalangan pelajar bagi
membina individu muslim.
2.2 Membina para pelajar yang cemerlang dari segi aqidah, ibadah
dan akhlak Islamiyyah.
2
BADAR SMK AGAMA KUALA LUMPUR
2.3 Membentuk pelajar soleh dan musleh (mampu mengubah orang
lain ke arah kebaikan).
2.4 Menghubungkan para pelajar secara langsung dengan al-Qur’an
dan as-Sunnah.
2.5 Mengukuhkan semangat ukhwah Islamiyyah antara pelajar dan
memupuk semangat bekerjasama.
2.6 Membantu subjek Pendidikan Islam di sekolah.
3.0 SASARAN PESERTA
Semua pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4 & 5 SMK Agama Kuala Lumpur
4.0 AKTIVITI PROGRAM , MASA & TEMPAT
BIL
AKTIVITI MASA TEMPAT
1Latihan Nuqaba’ (mingguan)
Hari: AhadMasa: 7:45 hingga 8:45 malam
Dewan Seri Bestari
2
Halaqah al-Qur’an (Tajwid, Makhraj & Hafazan)
Hari: IsninMasa: 7:45 hingga 8:45 malam
Surau al-Falah SMAKL
3 Usrah PelajarHari: RabuMasa: 7:45 hingga 9:15 malam
Persekitaran Surau al-Falah SMAKL
5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Jumlah
1 Saguhati jurulatih naqib (RM60.00 x 40 minggu) RM 2400.00
2 Fail (RM4.00 x 100 naqib) RM 400.00
JUMLAH RM 2800.00
3
BADAR SMK AGAMA KUALA LUMPUR
6.0 JAWATANKUASA PENYELARAS
Penasihat : Tuan Haji Sakijan b. Muri
Pengerusi : Us. Abdul Aziz b. Ahmad (PK HEM)
N.Pengerusi : Pn. Mek Emas bt. Abdullah (PK 1)
: En. Jamil b. Tukiman (PK KoKurikulum)
Penyelaras : Pn. Norlaila bt Ismail
Setiausaha : Us. Mohd Hamdi b. Mohamad Yusuf
N. Setiausaha : Us. Mohd. Nor Hafizi b. Husin
AJK : Us. Mohd Sani b. Hamzah
Us. Azahari b. Abdul Rahman
Us. Mohammad Abdoh b. Zakaria
Ust. Wan Syakirah bt Wan Abd. Halim
Ust. Kasmawati bt. Kapeli
Ust. Nik Azizah bt Nik Abdullah
Ust. Hazimah bt Yusuf
7.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program sekecil ini akan memberi impak yang
besar di dalam membentuk sakhsiah dan pemahaman ilmu yang tinggi
di dalam diri pelajar.
4
BADAR SMK AGAMA KUALA LUMPUR
Disediakan oleh:
……………………………………….
(MOHD HAMDI BIN MOHAMAD YUSOFF)
S/U Program Usrah & Halaqah al-Qur’an 2010
SMK Agama Kuala Lumpur
Disemak oleh:
………………………………………
(NORLAILA BINTI ISMAIL)
Guru Kanan Matapelajaran
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
SMK Agama Kuala Lumpur
Disahkan oleh:
………………………………………
(AB. AZIZ BIN AHMAD)
Penolong Kanan HEM
SMK Agama Kuala Lumpur
Diluluskan oleh:
………………………………………
(HAJI SAKIJAN BIN MURI)
Pengetua
5
BADAR SMK AGAMA KUALA LUMPUR
SMK Agama Kuala Lumpur
LAMPIRAN
1) Panduan Pengisian Usrah SMK Agama Kuala Lumpur 2010
2) Jadual Aktiviti Kerohanian SMK Agama Kuala Lumpur 2010
3) Jadual kehadiran pelajar ke aktiviti Usrah
4) Jadual kehadiran pelajar ke aktiviti Halaqah Al-Qur’an
5) Senarai semak hafazan al-Qur’an
6