SJK(C) PHOOI YONG, TELUK INTAN, PERAK.
KERTAS KERJA
PROGRAM PERKHEMAHAN CINTAI ALAM SEKITAR
TARIKH : 03.05.2014
MASA : 7:30 AM
TEMPAT : DEWAN SJKC PHOOI YONG
1.0 PENGENALAN
Pelaksanaan Program Perkhemahan Cintai Alam Sekitar ini adalah wadah dalam proses
melaksanakan dan memantapkan sesuatu pembelajaran yang menjadi kelaziman bagi mana-
mana sekolah di Malaysia. Tindakan ini dilihat sebagai satu cara bagi mewujudkan pendidikan
yang boleh dijalankan di luar dari bilik darjah. Program yang dijalankan oleh Pelatih PPG dengan
kerjasama pihak sekolah SJKC Phooi Yong. Program tersebut menjadi satu proses penting dalam
fasa penyediaan kepada para peserta bagi memiliki ciri-ciri ilmu pengetahuan yang sangat
berguna kelak. Melalui aktiviti yang dijalankan, para peserta bukan sahaja memperoleh input-input
berguna semasa kursus tersebut, malahan dapat menonjolkan sifat-sifat yang sedia ada dalam diri
mereka, kekuatan jasmani, emosi, intelek dan sosial. Pembabitan mereka di dalam aktiviti ini akan
membina jati diri dan ketahanan mental di samping memupuk semangat setia kawan.
2.0 RASIONAL KURSUS
Rasional program pendidikan luar bilik darjah ini dijalankan bagi memantapkan lagi
motivasi dikalangan peserta yang sedia ada dalam diri mereka agar lebih menghargai alam kita.
Oleh itu, program pendidikan ini diadakan untuk memberikan input-input berkenaan kesihatan
tubuh badan, semangat berdaya saing, ketahanan mental yang tinggi, kawalan emosi yang baik ,
kepekaan terhadap alam sekitar dan nilai-nilai murni yang tinggi.
3.0 OBJEKTIF KURSUS
Objektif pendidikan luar bilik darjah ini dijalankan adalah untuk :
I. Memupuk semangat kerjasama dan bersatupadu dalam kalangan para peserta.
II. Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan peserta.
III. Mendidik peserta agar menghargai alam sekitar dan mengetahui kepentingannya.
IV. Memberi peluang kepada peserta untuk memberikan kebebasan berfikir dan
mengeluarkan idea yang proaktif dan holistik.
V. Memahami akan keperluan pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi.
VI. Menjadi aktiviti sukan rekreasi sebagai aktiviti kokurikulum sekolah.
4.0 TARIKH DAN TEMPAT
Program Perkhemahan Cintai Alam Sekitar akan dijalankan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 03.05.2014
Masa : 7:30 am – 7:30 pm
Tempat : Dewan SJKC Phooi Yong
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada 60 orang peserta dari Sekolah Rendah SJKC Phooi Yong.
Bagi keterangan lanjut berhubung nama peserta dan kelas boleh dirujuk melalui Lampiran 1.
6.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM PERKHEMAHAN CINTAI ALAM SEKITAR
PENGERUSI : Cik Lai Yoke Kam
NAIB PENGERUSI : Pn Yeoh Chai Lean
SETIAUSAHA : Pn Liew Sue Sin
BENDAHARI : Pn The Cheng Yong
AJK : Pn Liew Beng Choo : Pn Ooi Siew Li
: Pn Teh Deh Eng : Ong Yun Kim : Pn Ng Ah Hong
: Cik Wong Elin: Cik Mok Ah Mooi: Pn Kok Soot Mun
: Pn Khor Poh Woon : Cik Lew Mei Mei : Cik Liew Phooi Phooi : Pn Ng Pei Ching
: Pn Chan En Shen: Cik Ng Shiau Loi: Pn See Hui Ying: Cik Tan Pei Huang
7.0 JAWATANKUASA KERJA
TUGAS NAMA GURU
Dokumentasi Pn Khor Poh Woon
Penyelaras Nama Penerima Hadiah
(sebelum hari menerima hadiah)
Pn Teh Cheng Yong
Pn Yeoh Chai Lean
Pn Liew Sue Sin
Persiapan Dewan En Chai Chin Fatt
Makanan Pn Ng Pei Ching
Disiplin Cik Mok Ah Mooi
Pn Teh Deh Eng
Persembahan Pn Kok Soot Mun
Pn Ng Ah Hong
Cik Liew Phooi Phooi
Pn Liew Beng Choo
Persembahan & Senamrobik Cik Tan Pei Huang
P.A Sistem Pn Kok Soot Mun
Pn Ong Yun Kim
LCD Pn Teh Deh Eng
Pengacara Majlis Pn Ooi Siew Li
Cik Ng Shiau Loi
Cenderahati Pn Yeoh Chai Lean
Cik Lew Mei Mei
Kad Jemputan Cik Ng Shiau Loi
Jurugambar Cik Liew Phooi Phooi
Pn Chan En Shen
Buku Program Pn Ng Pei Ching
Pn See Hui Ying
Cik Ng Shiau Loi
Pembimbing Kumpulan Pn See Hui Ying
Cik Ng Shiau Loi
Pn Khor Poh Woon
Pn Ng Pei Ching
Pn Chan En Shen
Cik Tan Pei Huang
8.0 ATUR CARA
MASA PERKARA TINDAKAN
0700 – 0730 Pendaftaran AJK Pendaftaran
0730 – 0800 Taklimat peraturan kepada peserta kem Kem Komandan
0800 – 0900 Malaysia Cergas - Senamrobik Jurulatih
0900 – 0930 Kudapan AJK Makanan
0930 – 1130 Mendirikan Khemah Kem Komandan dan Guru Pengiring
1130 – 1230 Latihan Dalam Kumpulan (LDK Slot 1) Kem Komandan danKetua Penyelaras Perkhemahan
1230 – 1300 Makan tengah hari AJK Makanan
1300 – 1400 Latihan Dalam Kumpulan (LDK Slot 2) Kem Komandan danKetua Penyelaras Perkhemahan
1400 – 1600 Aktiviti Kembara AJK Kembara
1600 – 1700 Tazkirah dan Moral
Tema: “Senyum Alam, Seyum Kita!”
AJK Ibadah
1700 – 1900 Persembahan Kumpulan Murid
1900 – 1930 Majlis Penutupan AJK Penutupan
9.0 SUMBER MANUSIA
9.1 Guru-guru SJK(C) Phooi Yong
9.2 Murid Tahun 4, 5 dan 6
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Kuantiti Harga seunit
RM
Jumlah HargaRM
123
MakananHadiah Cenderahati (murid)
811060
sumbangan2.002.00
sumbangan20.00
120.00
JUMLAH 140.00
11.0 PENUTUP
Pelaksanaan program ini diharapkan dapat mencapai objektif yang ditetapkan. Program
Perkhemahan Cintai Alam Sekitar ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid dan memberi
pengalaman yang sebenar kepada murid tentang kepentingan sikap cintai alam sekitar.
Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/ puan amatlah kami harapkan agar dapat
menjayakan program kali ini.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
___________________ ______________________
(KHOR POH WOON) Setiausaha ProgramPerkhemahan Cintai Alam Sekitar
(LAI YOKE KAM)Guru BesarSJK(C) Phooi Yong