Download - kertas kerja 1m1s
QGJ 3053: SUKAN INDIVIDU
TAJUK
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
KUMPULAN :
NAMA TUTOR E-LEARNING :
TARIKH SERAH :
1
TUGASAN INDIVIDU
KERTAS KONSEP : PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN DI SEKOLAH
ISI KANDUNGAN
Bil. Tajuk Muka surat
1.0 Pengenalan 3
2.0 Falsafah Sukan dan Permainan 3 - 4
3.0 Kepentingan Sukan Individu 5 - 6
4.1 Kepentingan Psikomotor 6
4.2 Kepentingan Kognitif 7
4.3 Kepentingan Afektif 7 – 8
4.0 Dasar !Murid 1Sukan 8
5.1 Kepentingan Dasar 1Murid 1 Sukan 8 - 9
5.0 Pelaksanaan Dasar 1Murid 1 Sukan 15
6.1 Ping pong 15
6.2 Badminton 16
6.3 Olahraga
6.0 Kesimpulan 17
7.0 Rujukan 17
2
1.0 PENGENALAN
Dasar Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya
sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh
dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Dasar sukan ini memberi penekanan
kepada sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang
utama kepada murid yang kurang aktif supaya melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa
yang sama bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi
Tinggi Selolah (SPTS)
Sukan adalah agen perpaduan yang berkesan bagisegenap lapisan masyarakat. Dalam
persepktif ini, Malaysia adalah antara negara yang telah terbukti berjaya menggunakan sukan
sebagai platform kepada pengukuhan integrasi nasional. Sukan merupakan contoh di dalam
mendukung aspirasi 1 Malaysia yang melangkaui batasan agama, bangsa dan politik. Bagi
mengukuhkan lagi pencapaian sukan ke arah kegemilangan imej negara, dasar Sukan Negara
perlu mencari alternatif bagi mencari kaedah, pemikiran dan teknologi terkini selaras dengan
perkembangan dan keperluan sukan di persada antarabangsa.
Sehubungan itu di peringkat sekolah, melalui subjek Pendidikan jasmani telah
mengabungjalinkan aspek-aspek pendidikan melalui aktiviti pergerakan fizikal dalam sukan.
Matlamat Pendidikan Jasmani adalah ke arah pembinaan kecergasan diri pelajar melalui amalan-
amalan gaya hidup sihat serta menjadikan aktiviti kecergasan dan sukan sebagai pendidikan
sepanjang hayat (Pusat Perkembangan Kurikulum,1999). Pendidikan Jasmani dapat membantu
murid mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan pelakuan motor,
menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri, melakukan
senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan
keselamatan semasa menyertai pelbagai aktiviti fizikal dan membentuk sahsiah dan disiplin diri
serta membuat keputusan bijak.
2.0 FALSAFAH SUKAN DAN PERMAINAN
Falsafah ialah perkataan yang berasal daripada Greek purba’ philosophy” Philos
bermaksud cinta dan “Sophia” bermaksud kebijaksanaan. Falsafah merupakan gabungan
pengetahuan, sikap, kepercayaan dan nilai yang membentuk asas tindakan seseorang dan
memberi arah serta tujuan kepada aktiviti saeseorang. Falsafah adalah pegangan seseorang
3
terhadap apa yang difikirkan baik untuk dirinya dan orang lain. Secara ringkasnya falsafah
memainkan peranan dalam pembentukan asas kepada aktiviti. Oleh itu dalam konteks sukan,
falsafah boleh didefinisikan sebagai kebaikan yang boleh diperolehi melalui penyertaan sukan
dan permainan.
2.1 Sukan
Hanlon (2009) mendefinisikan sukan sebagai sebarang bentuk aktiviti fizikal yang
berbentuk pertandingan dan dianjurkan secara teratur dengan undang-undang permainan yang
tersendiri. Hawkey (1993) mendefinisikan sukan sebagai aktiviti manusia yang melibatkan
organisasi yang khusus dengan pelaksanaan undang-undang. Aktiviti ini melibatkan pertandingan
atau cabaran bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
Sukan ialah sebarang aktiviti kompetitif yang diintituisikan dan melibatkan pergerakan dan
kemahiran fizikal. Sukan ialah satu pertandingan dalam bentuk permainan dan terdapat eksloitasi
individu. Tujuan sukan adalah untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran,
kecemerlangan dan sebagainyaSukan mempunyai ciri-ciri seperti kontinuiti, pembahagian
peranan, interaksi yang dinamik dengan audien dan pengurusan yang mantap. Sukan juga
merupakan satu perlakuan atau permainan yang melibatkan kemahiran dan daya usaha fizikal.
Malah penglibatan murid adalah untuk keseronokan pertandingan atau penghargaan dari segi
kewangan dan lain-lain.
Menurut Snyder dan Spreitzer(1989) dalam Modul Sukan Individu (2013) sukan
merupakan aktiviti fizikal manusia yang kompetitif dan dikawal oleh peraturan yang diintituisikan
yang mempunyai kurikulum dan peraturan yang dikawal oleh badan organissai induk.Vander
Zwang (1998) dalam Modul Modul Sukan Individu (2013) berpendapat bahawa sukan
menggunakan alat dan kemudahan khas yang mempunyai elemen masa dan ruang serta
mementingkan rekod. Oleh itu sukan ringkasnya ialah perlakuan manusia yang melibatkan
kemahiran dan daya usaha namun masih terikat dengan peraturan-peraturan tertentu bertujuan
untuk keseronokan atau penghargaan dari segi kewangan.
4
Sukan mengandungi dua aspek iaitu, latihan kemahiran berguna secara rekreasi dan
peraturan-peraturan mengejar kecemerlangan. Kecemerlangan bermaksud kemampuan untuk
mengatasi tanda ukuran terdahulu, catatan masa, rekod dunia dan sebagainya.
2.2 Permainan
Permainan pula merupakan satu aktiviti main yang mempunyai undang-undang yang
eksplisit, matlamat yang ditetapkan, mempunyai elemen pertandingan, had masa dan ruang yang
dikenalpasti serta sekuens pergerakan yang berulang setiap kali permainan.
Main merupakan aktiviti fizikal yang melibatkan seseorang atau kumpulan peserta yang
mudah organisasi. Main berlaku atas desakan emosi secara spontan dan bertujaan untuk
keseronokan dan boleh ditamatkan pada bila-bila masa. Selain itu main juga tidak terlibat dengan
peraturan, masa dan tempat. Individu yang menyertai permainan kerana ada matlamat tertentu
seperti prestej,status atau pengiktirafan tertentu .Individu yang bermain secara sedar atau tidak.
Hasilnya bukan berbentuk material atau kebendaan. Dalam bermain tidak mempunyai had masa
serta ruang untuk disekat
3.0 KEPENTINGAN SUKAN INDIVIDU
Dalam kurikulum di sekolah, aktiviti sukan amat dititikberatkan kepada murid . penyertaan dalam
sukan ini diselaraskan di sekolah bagi merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan bagi
melahirkan modal insan kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial yang sihat. Banyak kepentingan yang diperolehi melalui aktiviti sukan yang dijalankan
di sekolah . Kepentingan ini dapat dilihat melalui domain psikomotor, kognitif dan afektif murid.
3.1 Kemahiran Psikomotor
Aspek kemahiran psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu
dipamerkan. Psikomotor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan,
daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Perkembangan
psikomotor merupakan aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan tumbesaran kanak-
5
kanak.Menurut kurikulm Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003),
perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebersihan
alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Proses psikomotor dikaitkan dengan
kebolehan murid-murid menggunakan anggota badan, otot dan koordinasi dalam menjalankan
kehidupan sehari-harian.
Taksonomi Simpson (1972) membahagikan aspek psikomotor kepada lima peringkat iaitu
pengamatan, persediaan, pergerakan terkawal, mekanisma dan pergerakan asas. Melalui
sukan,individu ini murid dapat menjalankan setiap aspek dan peringkat psikomotor ini.Misalnya,
seorang murid yang menyertai aktiviti berbasikal, maka dia perlu membuat pengamatan,
persediaan dan pergerakan dalam mempelajari teknik mengayuh dengan betul agar tidak
tercedera ketika berbasikal. Aspek psikomotor yang dapat diperolehi melalui sukan individu ialah
murid didedahkan kepada amalan senaman dan pergerakan menggunakan anggota badan yang
betul iaitu anggota badan digerakkan mengikut teknik yang betul kerana dalam setiap sukan dan
rekreasi yang dilakukan melibatkan pergerakan badan secara menyeluruh.
3.2 Kemahiran Kognitif
Penyrtaan dalam sukan individu juga mampu membentuk perkembangan kemahiran kognitif
murid-murid melalui kebolehan berfikir, memberi pendapat, memahami dan mengingati perkara-
perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.
Bersukan dapat merubah pemikiran murid yang berlaku daripada satu peringkat kepada peringkat
perkembangan yang seterusnya.Mengikut teori perkembangan Jean Piaget, perkembangan
kognitif boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu peringkat Deria Motor, Pra Operasi,
Operasi Konkrit dan Operasi Formal. Setiap peringkat teori ini saling berhubungan dan
menghasilkan penemuan daripada proses pembelajaran. Oleh itu melalui sukan sepanjang hayat
dan rekreasi murid didedahkan dengan pelbagai penemuan baharu semasa menjalankan setiap
program sepanjang hayat dan rekreasi. Contohnya dalam sukan renang murid diberi tunjukajar
cara-cara ketika berenang gaya bebas atau gaya kuak lentang.
3.3 Kemahiran Afektif
Matlamat utama yang diingini oleh semua aktiviti sukan pada umumnya tertumpu kepada
perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu ini melibatkan sikap.
emosi, aspresiasi dan nilai dalam pembentukan siasah. Sukan individu memberi sumbangan
kemahiran afektif melalui hubungan yang berlaku ketika menjalankan suatu aktiviti .
6
Aspek afektif dapat diperolehi melalui aktiviti sukan individu ini adalah melalui pembentukan
personaliti diri seseorang murid . Melalui program sukan yang disusun dan dijalankan seseorang
murid dapat belajar mendisiplinkan diri, sikap yakin kepada kebolehan sendiri, kerjasama dan
tolong-menolong juga dapat dipupuk. Contohnya murid-murid yang terlibat dalam aktiviti
berbasikal memerlukan kekuatan mental dan fizikal.Ini kerana aktiviti berbasikal selalunya
dilakukan di luar sekolah seperti di taman rekreasi, kawasan perumahan dan di jalan-jalan
kampung.
Murid-murid dilatih bersabar dan bertolak ansur serta dapat mematuhi undang-undang dan perlu
bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan orang disekelilingnya. . Perhubungan yang erat
sesama manusia dan kawasan persekitaran dapat mengembangkan kemahiran afektif di
kalangan pelajar seperti berani, bertanggungjawab, bertolak ansur, menjaga kebersihan dan
sentiasa hormat-menghormati di anatara satu sama lain. Nilai-nilai murni ini juga diperolehi
melalui aktiviti sukan yang lain seperti berbasikal,renang dan olahraga.
4.0 DASAR 1 MURID 1 SUKAN
Dasar 1Murid 1Sukan telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2011
banyak mendatangkan manfaat kepada murid. Dasar ini penting untuk program pembangunan
sukan di sekolah iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Dasar ini dikatakan berupaya untuk meningkatkan kadar penglibatan dan penyertaan
murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan
ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang
sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modul insan yang sihat, cergas dan
produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan
ekonomi Negara. Justeru itu, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-
murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Kementerian pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan dasar IM 1S agar setiap murid menikmati
manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan
seiring dengan keperluan akademik.
7
4.1 KEPENTINGAN DASAR 1MURID 1SUKAN
Antara kepentingan 1Murid 1Sukan ialah aktiviti sukan tersebut dapat mengisi masa lapang
murid secara berfaedah. Selain itu dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan, mereka dapat
mengelakkan gejala negatif daripada mempengaruhi mereka. Hal ini demikian kerana
kebanyakan murid yang terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat selalunya dikaitkan dengan
tindakan mereka yang suka membuang masa tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat kepada
mereka.
Selain itu program 1Murid 1Sukan ini dapat mewujudkan budaya sihat dalam kalangan murid
sekolah. Seterusnya ,murid-murid yang sihat ini menjadikan mereka cerdas dalam pelajaran.
Perkara ini kan turut menyuburkan budaya suka bersukan untuk kesihatan dalam kalangan murid
sekolah. Dengan badan yang sihat, murid-murid akan mudah untuk menerima pelajarn dan
seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Ini bertepatan dengan ‘otak yang
cerdas ada pada badan yag cerdas’
Selain itu dasar ini juga membolehkan murid menceburkan diri secara serius dalam bidang
sukan.Selain itu penglibatan yang aktif dan diiktirafkan akan mengharumkan nama sekolah dan
negara. Ini dapat dilihat mereka dapat menyumbang bakat dan kemahiran mereka untuk
mewakili sekolah dalam acara- acara tertentu dalam bidang sukan ini. Misalnya, mereka boleh
menjadi pemain bola sepak, hoki, badminton squash dan sebagainya sehingga dapat
menunjukkan bakat mereka itu dan berlatih gigih untuk mencapai kecemerlangan di peringkat
sekolah, daerah, negeri dan negara.
Seterusnya kepentingan usaha kerajaan ini ialah dapat memupuk semangat kesukanan dan
perpaduan kaum akan menjadi lebih mudah. Dengan melibatkan diri dalam sukan tertentu, murid-
murid akan mempelajari dan menghayati semangat kesukanan semasa dalam permainan. Selain
itu, murid-murid berpeluang untuk bergaul dengan murid yang berbilang kaum. Situasi seumpama
ini, dapat memebnatu kerajaan untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini.
Jelaslah bahawa dasar 1Murid 1 Sukan ini merupakan satu tranformasi dalam sistem pendidikan
yang banyak manfaatnya. Oleh itu, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat perlu memahami dan
menyokong usaha murni kerajaan ini. Sekiranya usaha ini tidak digerakkan dengan betul dan
sempurna sudah tentu hasrat murni tersebut tidak akan tercapai. Jadi semua pihak perlu
bekerjasama dalam hal ini. Melalui dasar ini diharapkan dapat melahirkan ahli sukan yang
bertaraf dunia.
8
5.0 PELAKSANAAN DASAR 1 MURID 1 SUKAN DI SEKOLAH.
Sebagai pendidik di alaf baru ini perlu berperanan aktif bagi merangka serta melaksanakan
pelbagai program bagi merealisasikan dasar 1Murid 1Sukan di sekolah . Antaranya aktiviti sukan
yang dapat membudayakan sukan di sekolah ialah ping pong, badmintonserta sukan olahraga
padang dan balapan.
5.1 Ping Pong.
Di negara kita persatuan ping pong ditubuhkan pada tahun 1952 dan persatuan ini didaftarkan
secara rasminya pada tahun 1958 sebagai persatuan ping pong Malaya. Pada masa sekarang,
ping pong merupakan sukan kegemaran pelbagai kaum di Negara kita. Kini, ramai rakyat
Malaysia telah menjadikannya sebagai sukan rekreasi kegemaran mereka. Kini di Malaysia
mahupun di peringkat antarabangsa kedudukan sukan ping pong semakin kukuh dan sukan ini
terus berkembang dari setahun ke setahun. Kemuncak daripada perkembangan ini ialah
pengiktirafan yang diberi kepada sukan ini sebagai salah satu acara Sukan Olimpik di mana
acara perseorangan dan beregu mula dipertandingkan buat kali pertama dalam Sukan Olimpik di
Seoul, Korea pada tahu 1988.
5.1.1 Pelaksanaan
Sukan ping pong ini dilaksanakan melalui Kelab Ping Pong yang didaftarkan di sekolah. Akltiviti
dijalankanan pada hari Rabu minggu pertama dan ketiga setiap bulan. Murid-murid yang terlibat
dalam aktivti kelab ping pong ini ialah daripada murid Tahun 4, 5 dan 6.
5.1.2 Objektif Sukan Ping Pong
i. Dalam jangka masa panjang, diharapkan sukan ping pong ini dpat melahirkan modal
insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid
melalui kegiatan sukan sepanjang tahun.
ii. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi dalam sukan untuk
digilap ke tahap yang lebih tinggi.
iii. Membangunkan program sukan ke arah meningkatkan penyertaan murid sekurang-
kurangnya dalam satu jenis sukan di sekolah
9
iv. Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada penglibatan
dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif atau tidak aktif.
v. Pelaksanaan sukan ini juga diharap dapat membantu bagi mengatasi masalah disiplin dan
mengurangkan masalah obesiti di kalangan murid-murid.
vi. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid
sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
5.2 Sukan Badminton
Badminton telah dimainkan di Malysia seawal 1809. Pada 11 November 1934, Persatuan
Badminton Malaya telah ditubuhkan. Presedin pertamanya ialah J. L Woods dari Perak. Sukan
badminton berkembang pada tahun 1992 di Barcelona, badminton menjadi acara rasmi dalam
sukan Olimpik. Sukan badminton ini merupakan sukan yang menjadi kegemaran murid-murid. Ini
kerana sukan ini mendapat tempat di media massa dan mendapat sambutan di kalangan rakyat
Malaysia.
5.2.1. Objektif
i. Dalam jangka masa panjang, diharapkan sukan badminton ini dapat melahirkan
modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh dalam
kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun.
ii. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi dalam sukan
untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
iii. Membangunkan program sukan ke arah meningkatkan penyertaan murid
sekurang-kurangnya dalam satu jenis sukan di sekolah.
iv. Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada
penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif atau tidak
aktif.
v. Pelaksanaan sukan ini juga diharap dapat membantu bagi mengatasi masalah
disiplin dan mengurangkan masalah obesiti di kalangan murid-murid
10
vi. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam
kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya
hidup sihat dan cergas.
5..2.2 Pelaksanaan
Sukan badminton ini dilaksanakan melalui Kelab Badminton yang didaftarkan di sekolah. Akltiviti
dijalankanan pada hari Rabu minggu pertama dan ketiga setiap bulan. Murid-murid yang terlibat
dalam aktivti kelab ping pong ini ialah daripada murid Tahun 4, 5 dan 6.
5.3 Olahraga
Olahraga merupakan induk kepada semua jenis sukan. Nama olahraga beasal daripada
perkataan Greek ahlos yang bermaksud ‘bertanding”. Olahraga dibahagikan kepada acara
balapan dan acara padang. Acara balapan terdiri daripada acara pacut (100m, 200m dan 400m)
acara jarak sederhana (800m, 1500m, 3000m dan 300m berhalangan), acara jarak jauh (500m
dan 10 00m) lari berpagar wanita (100m), lari berpagar lelaki (110m), lari berpagar lelaki dan
perempuan (400m) dan lari berganti-ganti ( 4 x 100m, 4 x 200m dan 4 x 400m).
Acara padang terdiri daripada acara lompatan (lompat jauh, lompat tinggi, lompat bergalah dan
lompat kijang) dan acara balingan (melontar peluru, mrejam lembing, melempar cakera dan
membaling tukul besi.
5.3.1 Objektif
i. Dalam jangka masa panjang, diharapkan sukan badminton ini dapat melahirkan
modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh dalam
kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun.
ii. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi dalam sukan
untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
iii. Membangunkan program sukan ke arah meningkatkan penyertaan murid
sekurang-kurangnya dalam satu jenis sukan di sekolah.
iv. Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada
penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif atau tidak
aktif.
11
v. Pelaksanaan sukan ini juga diharap dapat membantu bagi mengatasi masalah
disiplin dan mengurangkan masalah obesiti di kalangan murid-murid
vi. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam
kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya
hidup sihat dan cergas.
5.3.2 Perlaksanaan
Sukan olahraga ini ini dilaksanakan melalui Kelab Olahraga yang didaftarkan di sekolah. Akltiviti
dijalankanan pada hari Rabu minggu pertama dan ketiga setiap bulan. Murid-murid yang terlibat
dalam aktivti kelab ping pong ini ialah daripada murid Tahun 4, 5 dan 6.
6.0 PERLAJKSANAAN DASAR 1MURID 1 SUKAN
7.1 Perancangan
Perancangan dalam konteks 1M 1S merujuk kepada mengenalpasti, merangka,
membina ,mmenyusun, menjadual serta menghasilkan aktiviti-aktiviti sukan yang berkaitan
dengan program sukan di sekolah. Program sukan sekolah sepanjang tahun merangkumi sukan
untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan.Pelaksanaan program sukan sekolah di bawah 1M
1Sukan dijalankan sepanjang tahun. Berikut senarai sukan /permainan untuk pelaksanaan dasar
1Sukan 1 Murid.
1. Program sukan umum
i. Latihan Rumah Sukan
ii. Merentas Desa
iii. Sukan dan permainan
iv. Balapan dan padang
v. Pertandingan Merentas Desa
vi. Sukan
vii. Sukan tara
2. Kelab Sukan dan Permainan (sepanjang tahun)
i. 60 minit untuk sekolah rendah
12
ii. Latihan kemahiran
iii. Undang-undang permainan
3. Pertandingan Dalaman
i. Pertandingan antara rumah sukan
4. Pertandingan Lain
i. Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)
ii. Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)
13
JADUAL PERLAKSANAAN 1MURID 1SUKAN2013
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELATI, SETAPAK, WPKL
BIL AKTIVITI JAN
FEB MAC
APR MEI JUN JUL OG SEP OKT NOV DIS
1PendaftaranRumah Sukan
2 Pendaftaran Kelab Sukan / Permainan
3 Latihan Rumah Sukan
4 Aktiviti kelab Sukan /Permainan
5 Pertandingan Merentas Desa
6 Latihan Balapan dan Padang
78
Sukan Tara
9 Sukan Tahunan
10 Pertandingan antara kelas (Badminton)
11 Pertandingan antara kelas (Ping pong)
12 Sukan MSSD
14
JADUAL PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN TAHUN 2013
BILANGAN MURID : 490 ORANG (TAHUN 4,5 & 6)
BILANGAN GURU TERLIBAT : ORANG
Aktiviti Kelab Sukan dan Permainan: Minggu 1 dan minggu 3 setiap bulan
MASA TAHUN KELAB SUKAN / PERMAINAN BIL MURID GURU YANG TERLIBAT
3.00-4.00 ptg Tahun 4Ping Pong
56 orang
3.00-4.00 ptg Tahun 5 Ping Pong63 orang
3.00-4.00 ptg Tahun 6 Ping Pong56 orang
3.00-4.00 ptg Tahun 4 Badminton65 orang
3.00-4.00 ptg Tahun 5 Badminton66 orang
3.00-4.00 ptg Tahun 6 Badminton52 orang
3.00-4.00 ptg Tahun 4 Olahraga 40 orang3.00-4.00 ptg Tahun 5 Olahraga 44 orang3.00-4.00 ptg Tahun 6 Olahraga 48 0rang
6.0 KESIMPULAN
Pelaksanaan Dasar 1Sukan 1 Murid telah membawa satu perubahan yang penting dalam
kalender sekolah. Aktiviti yang melibatkan murid secara menyeluruh ini dapat membudayakan
sukan dalam kalangan warga sekolah agar institusi sekolah dapat berfungsi untuk
mengembangkan potensi murid secara seimbnag dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Penglibatan murid dalam program yang dirancang oleh sekolah ini dapat memupuk semangat
kerjasama, patriotik dan bersatu padu dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum.
Melalui pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan akan dapat mengembangkan tingkah laku positif serta
hubungan sosial seseorang. Aktiviti sukan ini juga mampu membantu meluaskan pengetahuan
seseorang. Banyak nilai yang dapat diperoleh melalui aktiviti sukan. Ketegangan dapat
dilepaskan dan kesihatan juga dapat dipertingkatkan. Selain itu, seseorang yang menyertai aktiviti
15
sukan ini akan diselitkan dengan nilai keyakinan diri, bekerjasama, tolong-menolong, dan disiplin
diri.
Sebagai kesimpulannya, dasar 1Murid 1 Sukan ini amat penting dijalankan di sekolah kerana
sekolah merupakan agen yang penting dalam melahirkan generasi akan datang yang sihat dan
cergas, bertangungjawab, kreatif, berfikiran terbuka dan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Telah terbukti berdasarkan program-program yang telah dijalankan di sekolah,
aktiviti sukan dapat memberi banyak manfaat untuk murid-murid mempelajari cara bersenam
atau bersukan dengan betul dan mengetahui akan kebaikan-kebaikannya untuk menghasilkan
masyarakat yang sihat sejahtera sepanjang masa tanpa berpenyakit.
16
7.0 RUJUKAN
1. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadu
sekolah menengah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
2 Hamid Awang, Azali Rahmat, Mohd Ra‟in Shaari, Adenan Ayob, dan Abdullah
Yusof.2012. Pengurusan Kokurikulum Sekolah Rendah dan Menengah. Emeritus
Publications Tanjong Malim Perak.
3. Kementerian Pelajaran Malaysia.2007.Buku panduan pengurusan gerakerja kokurikulum
sekolah menengah, Bhg. Sekolah-sekolah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
.
Carian Internet.
1. http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/2011/1295256898.pdf
2. http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/2011/1312873137.pdf
3. http://www.moe.gov.my/bsukan/images/stories/pdf/badmintonsr.pdf
17
18