Download - KERTAS CADANGAN INTERNSHIP ZILA SKCG.docx
PROGRAM INTERNSHIP
KERTAS KERJA
PROJEK INOVASI DALAM PdP DUNIA SAINS TAHUN 3
MELALUI PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN
MENGGUNAKAN ‘MAGIC BOARD’
1.0 RASIONAL
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan
seperti kaedah, sistem, adat, yang baru, atau perihal mengadakan atau memulakan
sesuatu yang baru. Menurut Ronger E. Miller (1971) menyatakan inovasi ialah idea,
amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang. Spencer( 1994) pula
menjelaskan inovasi ialah sesuatu dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama
oleh seseorang individu.
Berdasarkan takrifan Pusat Rujukan Persuratan Melayu , inovasi adalah kata
nama yang berasal dari perkataan Inggeris. Dalam erti kata lain inovasi adalah
kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik
samaada melalui pengubahsuaian dan penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan
idea- idea yang kreatif dan inovatif dalam mana- mana aspek kerja yang dapat
meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.
1
PROGRAM INTERNSHIP
Selain itu, Glosari teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea,
konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Rasional
penghasilan inovasi ialah bagi mengatasi masalah pemahaman murid terhadap topik sains
Fizikal iaitu tajuk magnet tahun 3. Oleh itu, terdapat beberapa kelemahan pada murid
tentang tajuk ini antaranya ialah :
Murid tidak dapat mengenalpasti bahan magnet dan bahan bukan
magnet.
Tidak dapat mengelas bahan magnet dan bahan bukan manget
dengan betul
Oleh itu, penggunaan kaedah bahan bantu dalam pengajaran adalah dilihat
selari dengan domain perkembangan kognitif dan afektif bagi meningkatkan
penglibatan dan penguasaan murid dalam mempelajari mata pelajaran Dunia Sains.
2.0 MATLAMAT
Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid dalam
mengenalpasti bahan magnet dan bahan bukan magnet dengan mudah dan menarik
minat melalui penggunaan Magic Board.
3.0 OBJEKTIF
i. Meningkatkan penguasaan dan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains
melalui penggunaan bahan bantu mengajar.
ii. Meningkatkan minat dan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran melalui penggunaan Magic Board.
iii. Menimbulkan keseronokan belajar dalam kalangan murid-murid.
iv. Meningkatkan pemahaman murid tentang bahan magnet dan bahan bukan magnet.
v. Membolehkan murid mengenalpasti dan mengelas bahan magnet dan bahan bukan
magnet dengan tepat.
4.0 SASARAN
Murid tahun 3
5.0 PRINSIP
Murid boleh mengelaskan bahan magnet dan bahan bukan magnet.
2
PROGRAM INTERNSHIP
6.0 MASA
Waktu pengajaran dan pembelajaran Dunia Sains Teknologi (DST).
7.0 BAHAN / SUMBER
8.0 PERBELANJAAN
Bilangan
Bahan yang
digunakan
kuantiti Anggaran
Harga
1 mounting board 1 keping RM 4.50
2 Kertas warna 1 keping RM 1.00
3 mentol 1 biji RM 1.50
4 Pemegang bateri 1 buah RM 2.00
5 Bateri saiz AA 2 buah RM 2.90
6 Wayar hitam dan merah 1 set RM 2.00
7 Kertas timah 1 keping RM 1.00
8 Plastik pembalut 1 gulung RM 3.00
9 Rod pengambung 1 batang RM 1.00
10 Tali 1 gulung RM 1.50
JUMLAH RM 20.40
3
Bilangan Bahan yang digunakan
1 keping mounting board
1 keping Kertas warna
1 biji mentol
1 buah Pemegang bateri
2 buah Bateri saiz AA
1 set Wayar hitam dan merah
1 keping Kertas timah
1 gulung Plastik pembalut
1 batang Rod pengambung
1 gulung Tali
PROGRAM INTERNSHIP
9.0 PENUTUP
Sebagai seorang pendidik yang sentiasa inginkan perubahan kepada corak
pengajaran dan pembelajaran cuba menyediakan suasana pengalaman yang
menarik dan berkesan kepada murid - muridnya. Inovasi dan kreativiti adalah satu
keperluan yang amat penting dalam era pendidikan masa kini. Meskipun pada waktu
ini pelbagai inovasi yang berbentuk interaktif mahupun perisian dengan berbantukan
teknologi maklumat, namun masalah dan kesulitan murid , guru mahupun sekolah
yang sukar mendapatkan ekses internet perlu diambil cakna.
Aktiviti hands- on seperti ini mampu memberikan keseronokkan dan
menimbulkan pembelajaran yang berkesan dan mampu menarik minat murid untuk
mengikuti pelajaran. Aplikasi yang membolehkan mereka terlibat untuk mencari
maklumat pastinya memberikan kesan amat positif terhadap peningkatan
kefahaman dan kemahiran murid.
Harapan saya, “Magic Board” ini dapat diaplikasi oleh murid atau guru – guru
yang lain untuk menyampaikan isi pelajaran. Semoga ia dapat meningkatkan
kemahiran murid mengenalpasti bahan magnet atau bukan magnet.
Disediakan oleh,
..............................................................
(NOR AZILAWATI BT ZABIDI )
GURU SAINS TAHAP 1
Disemak oleh,
.....................................................
(PN JAMALIAH BT PANDAK AHMAD)
GURU PEMBIMBING,
SK CHEGAR GALAH.
4