Download - Kerja Kursus Pendek Kbk
KERJA KURSUS PENDEK (KKP)
“KEMAHIRAN BERFIKIR”
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA : ROSELLAH BINTI JANANI
AMIRAH ASYRAN BINTI AMINUDDIN
NO.K/P : 890905-12-5754
891027-43-5058
UNIT : PPISMP PK 1 JULAI 2008 ( SEMESTER 2 )
PENSYARAH PEMBIMBING : DR. NARENDRA KUMAR
TARIKH SERAHAN : 25/MAC/2009
SENARAI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
Penghargaan
Pendahuluan
Konsep kemahiran berfikir
Refleksi
Sumber rujukan
Lampiran
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : …………………………………
: …………………………………
Nama :ROSELLAH BINTI JANANI (890905-12-5754)
AMIRAH ASYRAN BINTI AMINUDDIN (891027-43-5058)
Tarikh :25 MAC 2009
PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam
usaha mennyiapkan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah pembimbing Dr.
Narendra kumar yang telah banyak memberi tunjuk ajar bagi menyempurnakan lagi
tugasan ini.
Sepanjang menjalankan tugasan ini, banyak maklumat baru yang kami perolehi.
Tugasan ini juga mengajar kami cara erti usaha yang gigih dalam mencari maklumat
yang tepat berkaitan tugasan yang diberikan. Tidak lupa juga buat rakan-rakan guru
pelatih yang lain kerana banyak membantu dalam menyalurkan maklumat.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat samada
secara langsung ataupun tidak langsung dalam usaha membantu kami menyiapkan
tugasan ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Tanpa bantuan pihak yang
terlibat mungkin perlaksanaan tugasan kami tidak akan berjalan dengan baik.
PENDAHULUAN
Dasar pendidikan negara menjadikan sasaran pendidikan bertaraf dunia dan
secara tidak langsung meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting
dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai pusat
perkembangan ilmu.
Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu
implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang merupakan agen
dalam penyampaian ilmu. Jika para pendidik memainkan peranan yang sewajarnya
maka produk yang akan dihasilkan dapat memenuhi keperluan pendidikan negara.
Corak pembelajaran yang bijak akan melahirkan pelajar yang bijak. Bagaimana
seorang pelajar itu dapat mengikuti pelajaran di dalam kelas dan membuat ulangkaji di
luar kelas biasanya bermula dari cara seorang guru itu mengajar dan memberi corak
pembelajaran yang berkesan hasil dari pengajaran yang menarik.
Ruggiero (1991) menyatakan manusia mempunyai dua bahagian otak iaitu
hemisfera kiri dan hemisfera kanan. Hemisfera kiri berfungsi untuk menyelesaikan
masalah yang berbentuk analitik iaitu berikir secara logik dan urutan. Ia amat cekap
dalam penyelesaian matematik. Hemisfera kanan pula berfungsi dalam melihat sesuatu
yang unik, imaginasi, mengawal perasaan, persepsi dan visual. Ia amat berguna dalam
usaha untuk berfikir secara kreatif.
Menurut Mahathir Mohamad (Som Hj.Nor,1998) Malaysia mempunyai sistem
pendidikan yang terbaik di kalangan dunia ketiga maka kejayaan yang perlu dicapai
mempunyai kaitan dengan cabaran keenam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan
masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif dan memandang jauh
kehadapan.
KEMAHIRAN BERFIKIR
KONSEP
Pendidikan bertaraf dunia haruslah mampu menjana generasi yang
mengaplikasikan budaya berfikir secara kreatif dan kritis. Ini adalah kerana kemampuan
berfikir sercara kreatif dan kritis mampu melahirkan insan yang dapat bersaing bukan
sahaja di peringkat negara tetapi sebagai pemain globalisasi dalam pelbagai bidang. Al-
Ghazali telah mengenalpasti lima fungsi otak iaitu ingatan, visual, bayangan, perasaan,
sintesis dan daya berfikir menurut Adair, “to creative is always to do something”.
Manusia mampu menjadi kreatif jika mereka tahu cara mengoptimakan minda (Edward
D Bono 1993).
Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses
pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam
menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan
atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.
Definisi kemahiran berfikir menurut George, 1970 (Som Hj.Nor 1998) melihat
pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang
kompleks. Edward de Bono (1997) mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran
lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan
juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan
masalah. Kemahiran berfikir yang dikembangkan dan perlu dikuasai oleh pelajar ialah
pemikiran secara kritis dan kreatif.
Poh Swee Hiang (1999) menyatakan pemikiran kritis amat penting untuk
membentuk warganegara yang tahu dan mampu menggunakan pemikiran mereka
dalam menghadapi pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan manakala pemikiran
kreatif dapat membentuk individu lebih inovatif mempunyai daya kreativiti yang baik,
ideal, imaginatif dan mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistik yang tinggi.
Apabila kedua-dua kemahiran ini dikuasai oleh pelajar melalui rangsangan dan latihan
yang diberi seterusnya pelajar mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian maka
pembelajaran yang optimum akan berlaku.
Edward de Bono dalam buku beliau yang berjudul ‘I am Right You Are Wrong’
(1990) mendefinisikan Berfikir sebagai satu proses yang kompleks yang berlaku dalam
minda seseorang apabila orang itu menerokai pengalamannya secara terperinci untuk
mencapai sesuatu tujuan. Tujuan yang dimaksudkan itu mungkin untuk pemahaman,
memberi makna sesuatu, menilai sesuatu, membuat keputusan atau menyelesaikan
masalah. Kemahiran berfikir dalam konteks kajian ini ialah usaha guru dalam
mewujudkan kemahiran meningkatkan operasi minda pelajar-pelajar untuk mencapai
hasil Yang maksimum daripada pemikiran itu. Menurut beliau juga, Kemahiran berfikir
ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah
dalam sesuatu situasi tertentu Edward De Bono (1976).
Selain itu, Dewey ( 1910 ) menegaskan Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana
terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti
psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan
masalah dalam situasi yang dihadapi.
Melalui teori berfikir yang di cipta oleh Robert Sperry, beliau menghuraikan otak
manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian
kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi
berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa
logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala
bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis,
warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.
Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara
kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan.
Selain itu, melalui teori pelbagai kecerdasan Howard Gardner ,beliau
berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya.
Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu Kecerdasan linguistic,
Kecerdasan logical-matematik, Kecerdasan visual-Spatial, Kecerdasan muzik,
Kecerdasan tubuh kinestetik, ecerdasan interpersonal dan Kecerdasan intrapersonal
Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat diajar di
sekolah-sekolah.
Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga
supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui
tafakur. Hal ini dibuktikan dengan teori yang dihasilkan oleh seorang ahli falsafah islam
iaitu Imam Al-Ghazali melalui teori beliau Teori Epistemologi. Beliau merupakan tokoh
Islam. Al-Ghazali membahagikan Sains dan pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu
sementara. Ilmu kekal datangnya dari Tuhan semata-mata. Ilmu sementara pula berupa
ilmu binaan manusia samada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung.
Ilmu ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal).
Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui
untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri.
Disamping itu dalam satu lagi teori iaitu teori Konstruktivisme yang menganggap
bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda
berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian
ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran
individu. Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui
proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru
yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran pelajar membina ilmu pengetahuan
dengan melibatkan dirinya secara aktif dengan menggunakan cara membanding
maklumat yang baru dengan pengalaman sedia ada. Ia juga melibatkan proses
metakognitif disamping proses kognitif, di mana ia melibatkan operasi mengarah dan
mengawal proses kognitif tersebut.
Kemahiran berfikir dapat dibahagian kepada dua iaitu berfikir secara divergen
ataupun secara kreatif dan berfikir secara konvergen ataupun secara kritis.
Pemikiran secara divergen ataupun kreatif Dikenali sebagai pemikiran bercapah
dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia
merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai
sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak
dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen
diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral
dan mempunyai unsur intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan
dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.
Pemikiran divergen atau pemikiran kreatif dikenali sebagai pemikiran bercapah
dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia
merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai
sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak
dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen
diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral
dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat
diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.
1.0 PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF
KRITIS:
Membanding dan membeza Membuat kategori Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan Menerangkan sebab Menyusun mengikut urutan Mengusul periksa andaian Membuat inferens Membuat ramalan
KREATIF:
Menjana dan menghasilkan idea Mencipta metafora Mencipta analogi Mencipta definisi
Membuat Keputusan danMenyelesaikan Masalah
TEKNIK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF
Terdapat beberapa teknik ataupun strategi yang boleh digunakan bagi menjana
pemikiran yang lebih kreatif iaitu :
TEKNIK ANALOGI
- Teknik berfikir kreatif analogi diperkenalkan oleh William Jj. Gordon dan
George prince pada tahun 1961.
- Analogi ialah perbandingan dua benda yang berbeza tetapi mempunyai
persamaan.
- Teknik ini memberi penekanan pada usaha menerbitkan idea baru dan
inovatif dengan menggunakan proses penggabungan.
- Proses penggabungan berlaku dengan sewenang-wenang atau lebih dikenali
sebagai pelbagai konteks
- Menurut Pisek (1997), “ apabila kita menggunakan analogi dalam
menyelesaikan masalah dan menambah baik secara peringkat, sebenarnya
kita cuba mengenal pasti beberapa prinsip atau konsep dalam suatu keadaan
yang kemudiannya dapat diadaptasi dan disesuaikan dengan keadaan kita”.
- Teknik ini menggunakan analogi dan metafora sebagai asas menerbitkan
idea asli dan kreatif. Terdapat tiga jenis teknik analogi iaitu ‘analogi peribadi’,
‘analogi alam’, dan ‘analogi fantasi’.
- Teknik analogi peribadi dilakukan dengan melibatkan diri secara langsung
dengan masalah yang dihadapi. Diri sendiri adalah pusat pada masalah yang
dihadapi
- Bagi memahami dan menghayati situasi suatu masalah, diri sendi
memainkan peranan dan melakonkan watak-watak tertentu dalam suatu kes
penyelesaian masalah.
- Melalui teknik ini, idea dapat diterbitkan dengan membayangkan diri sendiri
dalam alam benda yang ingin direka cipta.
- Manakala teknik analogi alam adalah perbandingan yang dibuat berdasarkan
sifat dan fungsi makhluk yang terdapat dialam ini.
- Menerusi pengamatan dan penyelidikan pada sifat dan fungsi flora dan fauna,
ia dapat member ilham dan inspirasi untuk kita menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
- Flora dan fauna seperti burung, ikan lumba-lumba, labah-labah, semut, pokok
buluh, kerang, ular dan sebagainya member ilham kepada manusia bagi
menghasilakn kappa terbang, kapal selam, menyusun organisasi, silinder dan
sebagainya.
- Selain itu teknik anologi fantasi pula adalah dengan cara menggunakan
imaginasi. Imaginasi ialah perkara yang diangan-angankan. Ia boleh
terpancar dalam minda melalui pengembaraan cara.
- Taman tema kanak-kanak yang terkenal didunia iaitu Walt Disney Theme
Park adalah hasil angan-angan Walter El as Disney. Idea ini ditemui semasa
beliau melihat anaknya bermain di sebuah padang permaianan berdekatan
rumahnya.
TEKNIK SENARAI SEMAK
- Diperkenalkan oleh Alex F. Osborne dalam tahun 1958. Mudah iaitu dengan
menggunakan kata kunci senarai semak dan digabungkan dengan soalan-
soalan provokatif.
- Dengan menggunakan teknik ini, kita dapat mengenal pasti dimensi-dimensi
yang dapat diperbaiki bagi memeperoleh idea yang lebih berkualiti.
- Teknik ini sesuai digunakan dengan gabung teknik perah otak.
Kata kunci item Soalan provokatif
Guna cara lain Bantal, kerusi, almari
Apa? Siapa? Bila? Di
mana? Yang mana?
Kenapa? Bagaimana?
sesuaikan
Permainan bola baling
Pakaian ke kuliah
Kesalahan juvana
Apa? Siapa? Bila? Di
mana? Yang mana?
Kenapa? Bagaimana?
ubahsuai
Waktu perdana
Berita tv
Jalur gemilang
Apa? Siapa? Bila? Di
mana? Yang mana?
Kenapa? Bagaimana?
besarkan
Penyakit AIDS
Kronisme
Penganugerahan ijazah
Apa? Siapa? Bila? Di
mana? Yang mana?
Kenapa? Bagaimana?
Jadual 1: teknik senarai semak
TEKNIK SCAMPER
- Idea-idea kreatif dapat dijana dengan menggunakan akronim kata kunci.
Antara teknik yang lazim digunakan adalah teknik SCAMPER.
- Teknik SCAMPER melibatkan pembenihan dan penjanaan idea secara
konseptual semata-mata dan tidak melibatkan proses tindakan kreatif.
- Dengan kata lain, pada tahap ini objek, saranan, rancangan dan perkara
itu hanya dikembangkan secara imaginative semata-mata.
- Katakana kita diminta oleh fasilitator menghasilkan satu gelas baru,
dengan menggunakan teknik SCAMPER, kita perlu mencari jawapan-
jawapan provokatif daripada abjad-abjad S*C*A*M*P*E*R* seperti
dibawah :
- S UBSTITUTE ( TUKAR GANTI )
- C OMBINE ( CANTUM )
- A DAPT ( SESUAIKAN )
- M ODIFY ( UBAH )
- P UT TO OTHER USES ( GUNA CARA LAIN )
- E LIMINATE ( SINGKIRKAN )
- R EARRANGE ( SUSUN SEMULA )
- Contoh :
i. Tukar ganti gelas kaca dengan plastik
ii. Cantumkan gelas kaca dengan gelas plastik
TEKNIK SENSORI
- Merupakan deria.
- Deria sensitif dengan pelbagai rangsangan persekitaran.
- Pengalaman serta maklumat sedia ada menjadikan kita lebih peka pada
persekitaran.
- Gabungan sensori dan menghasilkan kerjasama yang bersifat sembiotik
dan kreatif.
- Teknik sensori adalah teknik kreatif yang menggantikan lima pancaindera
iaitu:
a) Mata = Melihat
b) Telinga = Mendengar
c) Tangan = Menyentuh
d) Lidah = Merasa
e) Hidung = Menghidu
- Cara yang dapat dilakukan adalah dengan menyenaraikan penyelesaian
yang dapat diselesaikan dengan menggunakan sensori.
TEKNIK LINGKARAN RAWAK
- Sesuai bagi memperbaiki pendekatan dan produk.
- Teknik ini hampir sama dengan teknik senarai sifat dan asosiasi sifat.
- Mula-mula kenal pasti masalah dan takrif masalah yang dihadapi
- Lukiskan sebuah bulatan dan tuliskan nombor seperti yang terdapat pada
sebuah jam iaitu 1 hingga 12.
- Pilih 12 sifat berdasarkan masalah yang dihadapi serta tuliskan setiap
satu sifat bagi mewakili setiap nombor.
- Teknik ini paling berkesan digunakan dalam sesi perah otak.
DADU
KERTAS
RAJAH LINGKARAN RAWAK
REFLEKSI
ROSELLAH JANANI
890905-12-5754
PPISM PK1 JULAI 2008
Pada 23 februari yang lepas, satu tugasan telah diberikan kepada kami semua
yang berkaitan dengan subjek Kemahiran Berfikir yang dibimbing oleh Dr. Narendraa
Kumar. Pada hari yang sama juga Dr. Narendra Kumar telah memberi penerangan
yang ,menyeluruh mengenai cara tugasan itu dilaksanakan.
Setelah mendapat penerangan, saya terus berfikir bagaimana agaknya cara
saya nak menyiapkan tugasan ini dalam masa dua minggu yang akan datang.
Sedangkan sumber maklumat di sini adalah begitu terhad dan rangkaian untuk internet
jugak agak perlahan.
Tapi, saya yakin pada diri sendiri dan saya mampu melakukan yang terbaik
walaupun sumber maklumat terhad. Kebanyakan maklumat yang saya perolehi adalah
melalui sahabat-sahabat yang dikongsi bersama dan selebihnya melalui buku rujukan
yang tertentu yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan.
Setelah mengumpulkan semua maklumat yang ada, akhirnya dapatlah saya
menyiapkan tugasan yang diberikan dan menyerahkannya kepada Dr. Narendra pada
masa yang telah ditetapkan.
AMIRAH ASYRAN BINTI AMINUDDIN
891027-43-5058
PPISMP PK 1 AMBILAN JULAI 2008
Pada 23 februari yang lepas, kami telah diberikan tugasan kerja kursus pendek
bagi mata pelajaran KBK. Bagi unit Pendidikan Khas 1 kami telah dibimbing oleh Dr.
Narendra Kumar. Saya telah diamanahkan untuk menyiapkan tugasan bersama rakan
sekelas. Dr. Narendra Kumar telah banyak memberikan penerangan tentang cara-cara
mengguruskan tugasan projek ini pada hari yang sama kami mendapat tugasan.
Alhamdullilah saya bersam ahli kumpulan berjaya menyiapkan tugasan ini tepat
pada masanya. kami memperolehi maklumat ini melalui sumber dari internet walaupun
rangkaian internet di institut ini mengalami sedikit masalah. Tapi saya bersyukur kerana
mendapat rakan sekumpulan yang begitu bersungguh dalam menyiapkan tugasan ini
walupun terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh kami berdua samada secara
individu atau berkumpulan.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas
yang banyak menyumbangkan maklumat dan sokongan kepada kumpulan kami. Tidak
dilupa juga pada kedua ibubapa kami yang turut member sokongan kepada kami untuk
menyiapkan tugasan ini agar kami dapat meneruskan pengajian di institut ini.
Wasalam.
BIBLIOGRFI
Buku-buku
Berfikir secara logik dan kritis, Ainon Mohammad dan Abdullah Hassan siri minda
kreatif
Meningkatkan potensi minda, Dr.Azlena Zainal dan Dr.Munir Shuib pts.
Internet
http://www.geocities.com/smkcliffordkl/kbkk.html
http://www.tutor.com.my/lada/tourism/cerdas.htm
http://eprints.utm.my/2266/1/Adnan.pdf