Download - Kempen Anti Dadah

Transcript
Page 1: Kempen Anti Dadah

1

Musbri MohamedDIL; ADIL ( ITM )Pursuing MBL ( UKM )

Page 2: Kempen Anti Dadah

2

Objektif Kempen

1. Memberi kesedaran kepada kumpulan sasar akan pentingnya memerangi penyalahgunaan dadah sebagai tanggungjawab individu.

2. Memberi kefahaman kepada kumpulan sasar akan bahaya salahguna dadah terhadap warga dan negara sejak dahulu,kini dan akan datang.

3. Memberi nilai kepada semua pihak melalui aktiviti yang dilaksanakan di bawah kempen yang diadakan ini.

4. Mempamerkan kesungguhan pihak individu, NGO, CBO, swasta dan kerajaan dalam merealisasikan Malaysia bebas dadah menjelang 2015.

Page 3: Kempen Anti Dadah

3

Apakah itu dadah ? Dadah adalah bahan kimia psikoaktif yang ada ciri di bawah :- 1.Kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat ( otak dan saraf tunjang );

2.Bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang;

3.Diperolehi secara haram;

4.Membawa kepada pengantungan secara fizikal dan psikologikal serta meningkatkan daya tahan terhadap dadah; dan

5.Mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan dan fungsi sosial. 

Page 4: Kempen Anti Dadah

4

Takrif seorang Penagih Dadah Seorang adalah Penagih Dadah apabila:- Penggunaan dadah menjadi sebahagian penting kehidupan seharian;

Penggunaan dadah mengatasi lain-lain keperluan hidup;

Daya tahan meningkat di mana semakin banyak dadah perlu digunakan untuk mengalami kesan yang diharapkan;

Mengalami gejala apabila tidak mengguna dadah;

Merasa terdesak untuk menggunakan dadah terlebih lagi apabila cuba mengurang atau berhenti mengguna dadah serta tidak lagi dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan; dan

Mempunyai kecenderungan untuk menagih semula setelah berhenti menggunakan dadah untuk beberapa waktu.

Page 5: Kempen Anti Dadah

5

Bagi memudahcara dalam membuat penyelesaian isu dadah maka diperlukan langkah di bawah :-

1. Prihatin perkembangan sekitar ;2. Kerjasama dengan badan relevan;3. Tindakan bersepadu; dan4. Kesungguhan berterusan.

Page 6: Kempen Anti Dadah

6

Bukan mudah untuk merancang, melaksana dan memantau bagi mencari penyelesaian untuk masalah dadah kerana ianya telah bermula beberapa generasi lalu.

Antara kaedah yang paling aktif serta berkesan dan sistematik bagi mengatasi salahguna dadah adalah secara perang saraf iaitu bermula dengan kempen antidadah.

Page 7: Kempen Anti Dadah

7

Jangan ditambah seorang lagi. Cukuplah,sudah terlalu ramai! Sejak 1988 sehingga 2004 terdapat sejumlah 274,420 orang atau 1.09% daripada penduduk Malaysia didaftarkan sebagai penagih dadah.

Mengikut UNICEF, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi setiap seorang penagih yang didaftar terdapat 4 orang lagi yang masih tidak berdaftar.

Page 8: Kempen Anti Dadah

8

Punca-punca Penagihan Dadah

Punca Utama Pengaruh Kawan 54 %

Punca Kedua Rasa Ingin Tahu 26 %

Punca Ketiga Ingin Berseronok 14.6 %

Punca Keempat Tekanan Jiwa 4.26 %

Punca Kelima Lain-lain 1.14 %

Page 9: Kempen Anti Dadah

9

Datuk Seri Najib Razak mahu usaha membanteras penyalahgunaan dadah dijadikan agenda Melayu kerana kebanyakan penagih dadah yang dikesan terdiri daripada orang Melayu.

“Di Wilayah Persekutuan misalnya, daripada 3,217 penagih yang dikesan di Kuala Lumpur pada Januari hingga Ogos tahun ini (2005), 67 peratus adalah anak-anak Melayu.

“Oleh itu, kita mesti melekatkan dan muatkan dalam minda kita bahawa masalah dadah ialah masalah Melayu yang perlu diperjuangkan setiap pertubuhan dan persatuan Melayu,” kata Perdana Menteri ketika berucap melancarkan Kempen Basmi Dadah Peringkat Wilayah Persekutuan.

Page 10: Kempen Anti Dadah

10

Dadah adalah satu masalah sosial yang kronik. Ianya juga memberi kesan yang besar terhadap keselamatan dan politik negara.

Sesuatu masalah sosial memerlukan 10 tahun bagi dikenalpasti ; 10 tahun untuk difahami dan 10 tahun lagi untuk memulakan langkah yang positif ke arah penyelesaian.

Page 11: Kempen Anti Dadah

11

Dadah merosakkan diri, keluarga, kerjaya , masyarakat serta negara.

Dadah dilihat sebagai faktor yang boleh mengancam kestabilan, keselamatan dan melambatkan tempuh pembangunan dan kemajuan sesebuah negara.

Page 12: Kempen Anti Dadah

12

Awasi anak-anak anda bukan bermakna mengekang kebebasan mereka. Ianya adalah cara terbaik menjauhkan anak anda dari perangkap dadah.

Page 13: Kempen Anti Dadah

13

Mencegah sebelum parah !

Page 14: Kempen Anti Dadah

14

Perubahan wajah kerana ketagihan dadah jangkamasa 10 tahun

Page 15: Kempen Anti Dadah

15

Sejumlah besar warga Malaysia yang terlibat dengan dadah adalah golongan muda.

Page 16: Kempen Anti Dadah

16

Firman Allah s.w.t, Surah Al-Ankabut; Ayat 1-2 ( Terjemahan )

“Alif Laam Miin. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi”.Kegagalan adalah kekalahan sementara. Gagal untuk bangunlah sesungguhnya merupakan kegagalan bagi kita.Kemuliaan kita yang terbesar bukanlah kerana kita tidak pernah jatuh, melainkan kerana kita bangkit kembali setiap kali kita jatuh.

Tinggalkan dadah. Kita cari jalan pulang. Esok masih ada. Insyallah.

Page 17: Kempen Anti Dadah

17

Antara lain cogan kata kempen antidadah adalah :-

BEBAS NAJIS DADAH

KATA TIDAK KEPADA DADAH

AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

KAWASAN SIFAR DADAH

HIDUP TANPA DADAH

PERANGI NAJIS DADAH

DADAH MEMBUNUH

ROHANI PADU DAN MATERIAL MAJU TANPA DADAH

NEGARA MAJU DAN RAKYAT SEJAHTERA TANPA DADAH

Page 18: Kempen Anti Dadah

18

Page 19: Kempen Anti Dadah

19

Ketagihan dadah adalah penyakit yang boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja.Tunjukkan keprihatinan anda melalui kempen antidadah.

Kehidupan adalah lebih baik apabila bebas daripada najis dadah.

Menggerakkan tumpuan, fikiran dan tindakan rakyat ke arah Malaysia yang bebas dadah menjelang tahun 2015.

Page 20: Kempen Anti Dadah

20

Adalah perlu dan wajib bagi ibubapa, pendidik, masyarakat dan pemimpin negara untuk bersama mencari penyelesaian dan menyumbang ke arah menjadikan negara kita Malaysia untuk bebas daripada salahguna dadah menjelang 2015.

Penulis, Isteri & Anak No. 3

Page 21: Kempen Anti Dadah

21

ADAKAH ANDA SEORANG RAKYAT MALAYSIA YANG BAIK?

ADAKAH ANDA IBUBAPA YANG PRIHATIN? 

ADAKAH ANDA SEORANG MANUSIA YANG BUDIMAN? SEKIRANYA ADA DI ANTARA JAWAPAN ANDA YANG POSITIF MAKA SILA BERSAMA KAMI MEMERANGI SALAHGUNA DADAH DENGAN TERLIBAT DALAM KEMPEN PUBLISITI INI. 


Top Related