Transcript
Page 1: kemalangan jalanraya

23

Unit 2 Tahun 6

Tajuk 1 : Kepentingan Undang-Undang dan Peraturan Jalan Raya

Kemahiran : Fokus Utama : 5.2 Aras 1 (i) (ii) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 2 (i) PKJR : 3.1

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) membaca petikan teks dengan sebutan dan intonasi yang betul serta dapat menjawab soalan pemahaman dengan tepat.

2) membina ayat majmuk menggunakan kata hubung yang terdapat dalam petikan.

3) menyatakan sebab dan akibat jika tidak mematuhi peraturan dan undang- undang jalan raya.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 24)

Sistem Bahasa : Tatabahasa - kata hubung

Kosa Kata - mematuhi - amalan - warden - parkir

Pengisian Kurikulum : Ilmu - Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai - mematuhi - berdisiplin KBT − KB - menilai − KP - verbal linguistik Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran) Buku Aktiviti : • Aktiviti 5(a) (Membaca petikan teks) • Aktiviti 5(b) (Menjawab soalan) • Aktiviti 6 (Membina ayat majmuk)

Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya

Page 2: kemalangan jalanraya

24

Unit 2 Tahun 6

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1 1. Murid membaca petikan teks tentang kepentingan undang-undang dan peraturan jalan raya dalam Aktiviti 5(a).

2. Murid dipilih secara rawak membaca petikan teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

3. Berdasarkan teks, murid berbincang dalam kumpulan berkaitan perlakuan mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya untuk setiap pengguna jalan raya: • Penumpang. • Penunggang motosikal. • Pejalan kaki.

4. Setiap kumpulan berbincang dan menjawab soalan pemahaman berdasarkan penyataan dalam Aktiviti 5(b). 5. Setiap kumpulan akan membacakan jawapan mereka secara beramai-ramai dengan sebutan dan intonasi yang betul.

6. Berdasarkan perlakuan pengguna jalan raya yang dinyatakan dalam teks, murid menyatakan sebab dan akibat jika tidak mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya. 7. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan undang- undang dan peraturan jalan raya. Seterusnya, guru mencatatkan jawapan pada papan tulis.

8. Murid diminta menyenaraikan kata hubung yang terdapat dalam petikan dan membina ayat majmuk secara lisan.

9. Murid membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung dalam Aktiviti 6.

Catatan/Media/BBM

Buku Aktiviti Aktiviti 5(a)

Buku AktivitiAktiviti 5(b)

Buku AktivitiAktiviti 6

Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya

Page 3: kemalangan jalanraya

Undang-undang dan Peraturan

Undang-undang jalan raya ialah akta yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya. Peraturan jalan raya pula merupakan amalan keselamatan yang boleh meningkatkan keselamatan pengguna semasa di jalan raya.

Sebagai pejalan kaki, kita harus memilih tempat yang paling selamat untuk melintas. Pastikan kita boleh melihat kenderaan dari semua arah. Setelah memilih tempat yang paling selamat untuk melintas, perkara yang wajar dan selamat dilakukan adalah dengan mengamalkan lima langkah melintas. Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang. Kedua, lihat ke kanan dan ke kiri. Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan. Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak. Kelima, melintas dengan berwaspada. Selain itu, berjalan menghadap trafik dan mematuhi arahan warden lalu lintas merupakan peraturan yang boleh meningkatkan keselamatan kita semasa di jalan raya. Perbuatan melintas jalan tanpa menggunakan jejantas merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. Jika melintas di lintasan belang yang terdapat kemudahan lampu isyarat undan, pastikan melintas hanya apabila lampu isyarat orang hijau bernyala. Pengguna jalan raya tidak digalakkan melintas di antara dua buah kenderaan yang diparkir.

Sebagai penunggang basikal pula, kita harus sentiasa memakai topi keledar basikal untuk melindungi bahagian kepala daripada tercedera. Menunggang di bahagian kiri jalan sealiran dengan trafik merupakan perkara yang selamat dilakukan. Kita patut menggunakan isyarat tangan apabila hendak membelok dan berhenti. Patuhilah semua papan tanda semasa menunggang basikal di jalan raya.

Sebagai penumpang kenderaan, kita haruslah sentiasa memakai tali pinggang keledar. Begitu juga jika turun dari bas, pastikan bas beredar dengan sepenuhnya sebelum melintas jalan.

Semua pengguna jalan haruslah bertanggungjawab akan keselamatan diri sendiri. Pastikan sentiasa memakai pakaian berwarna cerah atau terang untuk meningkatkan kebolehlihatan pada bila-bila masa. Undang-undang dan peraturan jalan raya haruslah sentiasa dipatuhi.

25

Unit 2 Aktiviti 5(a)Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya

Baca petikan teks di bawah.

Kepentingan Undang-undang danPeraturan Jalan Raya

Aktiviti 5(a)

Page 4: kemalangan jalanraya

Terdapat hanya satu langkah melintas jalan raya.

Penunggang basikal harus memakai topi keledar untuk mengurangkan tahap kecederaan pada bahagian kepala.

Sentiasa memakai pakaian yang berwarna cerah agar boleh meningkatkan kebolehlihatan.

Melintas apabila lampu isyarat orang hijau bernyala.

Penunggang basikal tidak perlu menggunakan isyarat tangan ketika membelok.

Penunggang basikal tidak perlu mematuhi lampu isyarat.

Melintas jalan setelah bas beredar sepenuhnya.

Mematuhi peraturan jalan raya merupakan tanggungjawab bersama.

Amalkan lima langkah melintas setiap masa.

Melintas di antara dua buah kenderaan adalah berbahaya.

26

Unit 2 Aktiviti 5(b)Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya

Tandakan (✓) pada penyataan yang betul dan (✗) pada penyataan yang salah berdasarkan teks.

Kepentingan Undang-undang danPeraturan Jalan Raya

Aktiviti 5(b)

Page 5: kemalangan jalanraya

Mazlan memakai topi keledar apabila menunggang basikal.

1. a. Mazlan memakai topi keledar. b. Mazlan menunggang basikal.

Sarimah melihat ke kanan dan ke kiri sebelum melintas jalan.

2. a. Sarimah melihat ke kanan sebelum melintas jalan. b. Sarimah melihat ke kiri sebelum melintas jalan.

Ahmad melintas jalan apabila lampu isyarat orang hijau bernyala.

3. a. Ahmad melintas jalan. b. Lampu isyarat orang hijau bernyala.

Bibah mengingatkan Jamil menggunakan jejantas agar melintas dengan selamat.

4. a. Bibah mengingatkan Jamil menggunakan jejantas. b. Jamil melintas dengan selamat.

Murid-murid mesti mematuhi papan tanda dan penanda jalan.

5. a. Murid-murid mesti mematuhi papan tanda. b. Murid-murid mesti mematuhi penanda jalan.

27

Unit 2 Aktiviti 6Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya

Bina ayat majmuk berdasarkan kata hubung yang sesuai.

Kepentingan Undang-undang danPeraturan Jalan Raya

Aktiviti 6

Page 6: kemalangan jalanraya

28

Unit 2 Tahun 6Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya

Tajuk 2 : Mesej Dalam Iklan

Kemahiran : Fokus Utama : 4.2 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 11.4 Aras 1 (i) PKJR : 11.1

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) mengemukakan pandangan untuk menyokong atau membangkang tentang sesuatu perkara yang dibincangkan.

2) menulis pandangan terhadap pihak lain tentang sesuatu bahan dengan bahasa yang betul.

3) menyenaraikan pesanan berkaitan keselamatan jalan raya daripada paparan media.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 29)

Sistem Bahasa : Tatabahasa - kata kerja

Kosa Kata - poster - risalah

Pengisian Kurikulum : Ilmu - Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai - berwaspada - berdisiplin KBT − KB - menjana idea − BCB - mencatat nota Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran) Media Pengajaran : • Video (Iklan Keselamatan Jalan Raya)

Buku Aktiviti : • Aktiviti 7 (Membincangkan bahan media) • Aktiviti 8 (Menulis perlakuan yang positif dan negatif serta alasannya) • Aktiviti Susulan (Mencatat pemerhatian daripada media)

Page 7: kemalangan jalanraya

29

Unit 2 Tahun 6

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

2 1. Murid melihat dan menonton pelbagai bahan berkaitan dengan pengguna jalan raya daripada media cetak dan media elektronik. (Media cetak – surat khabar, poster, iklan) (Media elektronik – televisyen, video, laman web) Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran.

2. Murid menonton sedutan iklan aksi pengguna jalan raya yang ditunjukkan. Seterusnya, murid memberi pendapat tentang iklan yang dilihat atau ditonton. Contoh : a. Apakah yang kamu lihat tentang perlakuan pengguna jalan raya dalam iklan yang ditunjukkan itu? b. Apakah kesan daripada perlakuan tersebut?

3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberikan bahan media berkaitan keselamatan jalan raya dalam Aktiviti 7.

• Kumpulan A – surat khabar • Kumpulan B – risalah • Kumpulan C – poster

4. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang sama ada menyokong atau membangkang perlakuan yang terdapat dalam bahan media dengan memberikan alasan yang munasabah sambil menunjukkan “Kad Pendapat”.

Contoh Kad Pendapat:

Catatan/Media/BBM

VideoIklan Keselamatan Jalan Raya

Buku AktivitiAktiviti 7

BBMKad Pendapat*

*(bahan tidak dibekalkan dan guru digalakkan membina bahan)

Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya

SOKONG• Sebab• Alasan

BANGKANG• Sebab• Alasan

Page 8: kemalangan jalanraya

30

Unit 2 Tahun 6

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

5. Semasa salah satu kumpulan menyampaikan hasil perbincangan, kumpulan yang lain diminta memberikan pandangan, sama ada menyokong atau membangkang pendapat kawan mereka dengan memberikan alasan munasabah.

6. Guru merumuskan hasil perbincangan murid.

7. Murid diedarkan lembaran kerja dalam Aktiviti 8 tentang iklan keselamatan jalan raya, kemudian menulis perlakuan yang positif dan negatif serta alasannya.

8. Murid diminta menyenaraikan kata kerja dan kata adjektif berdasarkan poster secara lisan dengan bimbingan guru.

Aktiviti Susulan Murid diminta mendapatkan bimbingan daripada ahli keluarga untuk membuat aktiviti tambahan di rumah berkaitan iklan yang ditonton dengan melengkapkan lembaran pengurusan grafik (LPG) .

Catatan/Media/BBM

Buku AktivitiAktiviti 8

Buku AktivitiAktiviti Susulan

Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya

Page 9: kemalangan jalanraya

31

Unit 2 Aktiviti 7

Bincangkan sama ada kumpulan anda menyokong atau membangkang perlakuan yang terdapat dalam bahan media dengan memberikan sebab dan alasan yang munasabah.

Mesej Dalam IklanAktiviti 7

Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya

Kumpulan ASURAT KHABAR

Page 10: kemalangan jalanraya

32

Unit 2 Aktiviti 7Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya

Mesej Dalam IklanAktiviti 7

Kumpulan BRISALAH

Pimpin Tangan Anak Anda Semasa Melintas Jalan

Ingatlah bahawa papan tanda jalan direka untuk orang dewasa. Papan tanda tidak mudah difahami oleh kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlukan bantuan orang dewasa.

Ibu bapa perlu sentiasa memimpin tangan anak-anak mereka semasa melintas jalan. Ajar mereka melihat ke kanan, ke kiri dan ke kanan semula sebelum melintas. Kanak-kanak juga perlu diajar supaya peka untuk mendengar bunyi kenderaan yang datang. Apabila keadaan selamat, berjalanlah dengan pantas tetapi jangan berlari.

Gunakan Kemudahan Melintas

Tunjukkan contoh yang baik. Jangan melintas jalan yang sibuk sesuka hati. Amalkan penggunaan lintasan pejalan kaki, lintasan berlampu isyarat atau jejantas. Di tempat yang terdapat lampu isyarat pejalan kaki, melintaslah apabila orang hijau menyala. Sedikit usaha dan keprihatinan boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang tersayang.

Cara yang Betul Menggunakan Laluan Pejalan Kaki

Semasa menggunakan laluan pejalan kaki, jangan berjalan terlalu hampir dengan jalan raya untuk mengelakkan tergelincir atau terjatuh di jalan raya. Pastikan anda faham akan kepentingan menggunakan laluan pejalan kaki dengan betul dan perkara yang patut serta tidak patut diamalkan semasa berada di jalan raya.

Maklumat ini boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Perkara yang PERLU diketahuioleh setiap pejalan kaki

Page 11: kemalangan jalanraya

Berjalan Menghadap Trafik

Perjalanan menjadi lebih selamat jika anda dapat melihat kenderaan yang datang ke arah anda. Ajar anak-anak anda berjalan menghadap arah kenderaan yang mendatang. Walaupun mereka tidak dapat mengagak bentuk atau jarak, kanak-kanak dapat melihat kenderaan yang datang ke arah mereka dengan lebih baik dan meningkatkan peluang mereka mengelakkan sebarang kecelakaan.

Cara Melintas dengan Selamat

Sentiasa amalkan cara melintas jalan raya dengan selamat. Lihat ke kanan, ke kiri dan ke kanan semula dan melintaslah apabila keadaan selamat. Berjalan dengan tenang dan jangan terburu-buru semasa melintas.

Berikan Perhatian

Berikan perhatian terhadap arus lalu lintas dan jangan bermain berhampiran jalan raya. Tingkah laku tersebut boleh mengganggu perhatian pemandu dan menyebabkan kemalangan.

Pakai Pakaian yang Cerah

Kanak-kanak yang berada di jalan raya sukar dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain. Ini kerana saiz mereka yang kecil berbanding orang dewasa. Selain menemani mereka, pastikan mereka memakai pakaian cerah, pakaian yang memantulkan cahaya serta menggunakan lampu suluh jika mereka berjalan dalam hujan atau pada waktu malam. Perkara ini bukan sahaja mudah malahan mampu menyelamatkan nyawa.

Maklumat ini boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Perkara yang PERLU diketahuioleh setiap pejalan kaki

33

Unit 2 Aktiviti 7Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya

Mesej Dalam IklanAktiviti 7

Kumpulan BRISALAH

Page 12: kemalangan jalanraya

Kumpulan CPOSTER

34

Unit 2 Aktiviti 7Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya

Mesej Dalam IklanAktiviti 7

Page 13: kemalangan jalanraya

35

Unit 2 Aktiviti 8Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya

Tuliskan perlakuan pengguna jalan raya berdasarkan poster di bawah.

Mesej Dalam IklanAktiviti 8

Page 14: kemalangan jalanraya

• Untuk meningkatkan kebolehlihatan penunggang motosikal pada setiap masa.

• Untuk melindungi bahagian kepala dan mengurangkan tahap kecederaan penunggang motosikal jika berlaku kemalangan.

• Penunggang motosikal memakai pakaian cerah.

• Penunggang motosikal memakai topi keledar yang diikat dengan kemas.

AlasanPerlakuan Positif

• Penunggang motosikal tidak dapat dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain dan ini mungkin mengundang maut.

• Penunggang motosikal memakai pakaian hitam dan gelap.

AlasanPerlakuan Negatif

36

Unit 2 Aktiviti 8Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya

Mesej Dalam IklanAktiviti 8

Page 15: kemalangan jalanraya

37

Perhatikan apa yang ditunjukkan dalam media. Catatkan apa yang anda lihat. (Sebagai contoh, rujuk Video Iklan Keselamatan Jalan Raya)

Mesej Dalam IklanAktiviti Susulan

• Dari manakah boleh kita mendapatkan mesej keselamatan jalan raya? • Dalam media yang kita lihat saban hari, bagaimanakah perlakuan pengguna jalan raya yang dipaparkan? • Tonton sebuah rancangan televisyen / berita / filem, atau baca sebuah artikel surat khabar / majalah.

**Nota untuk ibu bapa: Tujuan utama aktiviti ini supaya kanak-kanak memerhati dan mencatatkan perlakuan pengguna jalan raya yang terpapar dalam media yang dipilih.

Jenis Media : Cetak / Elektronik

Nama Media :

Masa anda menonton/membaca media tersebut :

Tarikh anda menonton/membaca media tersebut :

Berdasarkan pemerhatian anda dalam media yang dipilih, apakah perlakuan pengguna jalan raya yang selamat?

a)

b)

c)

d)

Berdasarkan pemerhatian anda dalam media yang dipilih, apakah perlakuan pengguna jalan raya yang tidak selamat?

a)

b)

c)

d)

Unit 2 Aktiviti SusulanUndang-undang dan Peraturan Jalan Raya

Page 16: kemalangan jalanraya

Aktiviti Susulan

38


Top Related