Transcript
Page 1: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) PKPG SEMASA

MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

NOOR HAFISAH BINTI SAPUAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian
Page 3: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) PKPG SEMASA

MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

NOOR HAFISAH BINTI SAPUAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 4: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian
Page 5: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian
Page 6: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

iii

DEDIKASI

“Syukur kehadrat Ilahi kerana memanjangkan usiaku hingga ke saat ini dan tabah

dalam mengharungi liku-liku kehidupan demi memperoleh kejayaan”

KU ABADIKAN HALAMAN INI ISTIMEWA BUAT…….

Ayahanda dan Bonda

Sapuan bin Simos dan Supiah binti Sonhat @ Sungib

Abah dan Ibu Mertuaku

Masran bin Ahmad dan Salmah binti Laidi

Pengorbanan kalian tiada taranya untuk dinilai, doa restu kalian tidak pernah putus

buat diri ku. Sesungguhnya ku cuba membalas segalanya..

Khusus buat suami yang tercinta dan dikasihi

Muhamad Noor Faizal bin Masran

Doa, restu dan sokongan mu amat ku hargai. Moga ikatan kasih yang dibina berkekalan hingga

ke akhir hayat.

Buat Kekanda-kekandaku & Adindaku yang tersayang,

Angah, Uda, Alang dan Adik

Segala sokongan dan dorongan kalian adalah sumber kekuatanku…

Buat Teman Seperjuangan yang Dikasihi,

Wan Mohammad Kamal Azman serta Semua Warga 4 SPH (PKPG-IPTI)

Terima kasih di atas sokongan yang tidak terhingga. Semoga kejayaan menjadi

milik kita semua.... Insya Allah

Page 7: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala

pujian untuk Allah s.w.t serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah

s.a.w.

Alhamdulillah, berkat rahmat dan keizinan-Nya yang telah memberi

semangat dan ketenangan kepada saya dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan Kemahiran Hidup.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn. Hanim binti Sulaiman selaku

pensyarah pembimbing projek di atas segala bimbingan, nasihat, pandangan, tunjuk

ajar dan sokongan yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Sekalung penghargaan tidak terhingga juga ditujukan kepada Prof. Madya

Khairi Izwan dari UNIPEN yang banyak memberikan input dan maklumat dalam

penghasilan Projek Sarjana Muda ini.

Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang pernah membimbing

khususnya kepada Tn. Hj Zainuddin bin Hassan, En. Asnul Dahar bin Minghat,

Cik Sarimah binti Ismail, rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan penyelidikan ini. Semoga segala

jasa baik yang diberikan mendapat keberkatan di dalam kehidupan kalian semua.

InsyaAllah...........

Page 8: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

v

ABSTRAK

Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap

kemahiran generik yang diperoleh di kalangan pelajar-pelajar tahun empat Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Program Khas Pensiswazahan

Guru (PKPG) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 118 orang

pelajar yang telah menjalani latihan industri selama lapan minggu dan kini berada di

semester akhir pengajian telah terlibat sebagai sampel kajian ini. Antara kemahiran

generik yang dikaji adalah kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran

penyelesaian masalah, bekerja secara berpasukan, pembelajaran berterusan dan

pengurusan maklumat, keusahawanan, kepimpinan dan kemahiran proaktif dan etika

dan moral profesional. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan kaedah soal

selidik skala Likert lima mata. Nilai alpha crobanch bagi indeks kebolehpercayaan

item soal selidik dalam kajian rintis yang telah dijalankan ialah 0.894. Data mentah

yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for the

Social Science (SPSS) version 14.0. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan

elemen kemahiran generik berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan latihan

industri yang diikuti oleh pelajar dapat membentuk kemahiran generik dalam diri

pelajar. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan

dijalankan.

Page 9: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive research is to identify the soft skills among

fourth year students in Bachelor of Technology with Education (Living Skills) PKPG

from Faculty of Education in Universiti Teknologi Malaysia. The respondents of the

study consisted of 118 students who have undergone their eight weeks industrial

training and who are currently in their final semester. This research focuses on the

soft skills in terms of communication skills, creative thinking and problem solving,

team working, lifelong learning and information management, entrepreneurship

skills, leadership skills, proactive and professional ethics code. This research uses a

questionnaire as an instrument. The reliability index value from the pilot test of this

research is 0.894. All data was analyzed by using Statistical Packages for the Social

Science (SPSS) version 14.0. From the outcome of the research, it can be concluded

that most of the elements in the generic skills are at high level. Therefore, this

indicates that the industrial training has helped to instill and develop the students’

generic skills. Several suggestions have been given for further research.

Page 10: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

Page 11: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

viii

BAB PERKARA HALAMAN

1.6.1 Universiti Teknologi Malaysia 11

1.6.2 Jabatan Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan (JPTK)

11

1.6.3 Penyelia Latihan Industri (UTM) 12

1.6.4 Pelajar 12

1.7 Batasan Kajian 12

1.8 Definisi Istilah 13

1.8.1 Kemahiran Generik 13

1.8.2 Latihan Industri 13

1.8.3 Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup)

14

1.8.4 Program Khas Pensiswazahan Guru 14

1.9 Rumusan 15

2 SOROTAN KAJIAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Konsep Kemahiran Generik 17

2.3 Kepentingan Kemahiran Generik 19

2.4 Kemahiran Generik Di UTM 19

2.4.1 Kemahiran Komunikasi 20

2.4.2 Pemikiran Kritis dan Kemahiran

Penyelesaian Masalah

20

2.4.3 Bekerja Secara Berpasukan 21

2.4.4 Pembelajaran Berterusan dan

Pengurusan Maklumat

21

2.4.5 Keusahawanan 22

2.4.6 Kepimpinan dan Kecenderungan

Proaktif

22

2.4.7 Etika dan Moral Profesional 23

2.5 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 23

Page 12: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

ix

BAB PERKARA HALAMAN

2.6 Kemahiran Berkomunikasi 25

2.7 Pemikiran Kritis dan Kemahiran Penyelesaian

Masalah

26

2.8 Bekerja Sacara Berpasukan 27

2.9 Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan

Maklumat

28

2.10 Keusahawanan 29

2.11 Kepimpinan dan Kecenderungan Proaktif 30

2.12 Etika dan Moral Profesional 31

2.13 Model Kemahiran Generik 32

2.13.1 Model Kelompok Utama Kemahiran

Generik

33

2.13.2 Model Penerapan Kemahiran Generik

Dalam Pembentukan Kursus

34

2.14 Kajian-kajian Lepas 35

2.14.1 Kajian Luar Negara 35

2.14.2 Kajian Dalam Negara 37

2.15 Rumusan 41

3 METODOLOGI KAJIAN 42

3.1 Pengenalan 42

3.2 Reka Bentuk Kajian 42

3.3 Persampelan 43

3.4 Instrumen Kajian 43

3.5 Kajian Rintis 45

3.6 Prosedur Pengumpulan Data 47

3.6.1 Peringkat Pertama 47

3.6.2 Peringkat Kedua 47

3.7 Analisis Data 48

3.8 Rumusan 49

Page 13: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

x

BAB PERKARA HALAMAN

4 ANALISIS DATA 50

4.1 Pengenalan 50

4.2 Analisis Data Bahagian A (Latar Belakang

Responden)

51

4.2.1 Jantina 51

4.2.2 Umur 52

4.2.3 Bangsa 52

4.2.4 Sektor Semasa Menjalani Latihan

Industri

53

4.2.5 Bidang Kerja Yang Diikuti Semasa

Menjalani Latihan Industri

54

4.3 Analisis Data Bahagian B (Persoalan Kajian) 55

4.3.1 Persoalan Kajian 1 55

4.3.2 Persoalan Kajian 2 57

4.3.3 Persoalan Kajian 3 59

4.3.4 Persoalan Kajian 4 61

4.3.5 Persoalan Kajian 5 63

4.3.6 Persoalan Kajian 6 64

4.3.7 Persoalan Kajian 7 66

4.4 Analisis Keseluruhan 68

4.5 Rumusan 69

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 70

5.1 Pengenalan 70

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian A 71

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian B 72

5.3.1 Persoalan Kajian 1 72

5.3.2 Persoalan Kajian 2 74

5.3.3 Persoalan Kajian 3 75

5.3.4 Persoalan Kajian 4 77

Page 14: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

xi

BAB PERKARA HALAMAN

5.3.5 Persoalan Kajian 5 78

5.3.6 Persoalan Kajian 6 80

5.3.7 Persoalan Kajian 7 81

5.4 Rumusan 83

5.5 Cadangan Kajian 83

5.5.1 Pelajar 84

5.5.2 Pihak Jabatan Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM

84

5.5.3 Pihak Industri atau Majikan 85

5.6 Cadangan Bagi Kajian Lanjutan 85

5.7 Penutup 86

RUJUKAN 87

LAMPIRAN 96

Page 15: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Pelbagai Istilah Yang Digunakan Oleh Beberapa

Negara

2

1.2 Jurang Perbezaan Kemahiran Generik Yang

Ditemui Mengikut Sektor Industri

7

2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24

2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan

Menurut Robinson

24

3.1 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Faktor

Demografi Responden

44

3.2 Pembahagian Item Soal Selidik Bahagian B

Berdasarkan Kemahiran Hidup Yang Diperolehi

Pelajar Semasa Menjalani Latihan Industri

45

3.3 Markat Skala Likert 5 Mata 45

3.4 Pekali Alpha Cronbach 46

3.5 Skor Aras Skala Likert 48

3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 49

4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina

51

4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Umur

52

4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Bangsa

53

Page 16: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

xiii

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Sektor Semasa Menjalani Latihan Industri

53

4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Bidang Kerja Yang Diikuti Semasa

Menjalani Latihan Industri

54

4.6 Analisis Peratusan Tahap Kemahiran Generik Di

Kalangan Pelajar Dari Aspek Kemahiran Komunikasi

56

4.7 Analisis Peratusan dan Min Tahap Kemahiran

Generik Di Kalangan Pelajar Dari Aspek Pemikiran

Kritis dan Kemahiran Penyelesaian Masalah

58

4.8 Analisis Peratusan dan Min Tahap Kemahiran

Generik Di Kalangan Pelajar Dari Aspek Bekerja

Secara Berpasukan

60

4.9 Analisis Peratusan dan Min Tahap Kemahiran

Generik Di Kalangan Pelajar Dari Aspek

Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

62

4.10 Analisis Peratusan dan Min Tahap Kemahiran

Generik Di Kalangan Pelajar Dari Aspek

Keusahawanan

63

4.11 Analisis Peratusan dan Min Tahap Kemahiran

Generik Di Kalangan Pelajar Dari Aspek

Kepimpinan dan Kecenderungan Proaktif

65

4.12 Analisis Peratusan dan Min Tahap Kemahiran

Generik Di Kalangan Pelajar Dari Aspek Etika dan

Moral Profesional

67

4.13 Nilai Min Bagi Setiap Persoalan Kajian 68

Page 17: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Model Kelompok Utama Kemahiran Generik 34

2.2 Model Penerapan Kemahiran Generik Dalam

Pembentukan Kursus

35

4.1 Peratusan Keseluruhan Min Bagi Setiap Elemen

Kemahiran Generik69

Page 18: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

xv

SENARAI SINGKATAN

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan

LI - Latihan Industri

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup)

SPSS - Statistical Packages for the Social Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 96

B Pengesahan Soal Selidik 103

C Keputusan Kebolehpercayaan Item Soal Selidik 100

Page 20: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kemahiran generik pada hari ini amat sinonim dengan keperluan pengajaran

dan pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung di peringkat

pengajian tinggi terutamanya di universiti-universiti awam. Penerapan kemahiran

generik amatlah dititikberatkan kepada para graduan memandangkan ianya adalah

medium penting bagi membekalkan sumber tenaga manusia yang seimbang dalam

pembentukan budaya bangsa. Pelaksanaan kemahiran generik selari dengan

pembangunan sahsiah untuk melahirkan bakal pekerja yang seimbang dari segi

intelek, jasmani, emosi dan rohani selain berketrampilan. Ramuan ini merupakan

formula penting dalam era pembangunan negara yang pesat membangun bagi

menghadapi persaingan global pada masa kini.

Reformasi yang berlaku dalam dunia pendidikan adalah untuk membolehkan

negara menghasilkan warganegara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segi

akademik, intelektual, modal insan dan sahsiah diri. Sesuai dengan dasar kerajaan

yang menekankan nilai-nilai tersebut, perancangan rapi harus dilaksanakan

khususnya di peringkat pengajian tinggi. Ini bermakna institut pengajian tinggi harus

peka dengan keperluan guna tenaga negara memandangkan universiti merupakan

Page 21: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

2

platform terbaik untuk melahirkan graduan yang mampu berdaya saing dengan arus

globalisasi. Justeru itu, kemahiran generik perlu dititik beratkan terutama kepada

graduan yang bakal bersaing dalam pasaran kerja hari ini.

Kearns (2001), mendefinisikan kemahiran generik sebagai kemahiran yang

boleh digunakan merentasi sebilangan besar pekerjaan yang pelbagai. Ianya bukan

sekadar merangkumi kemahiran asas tetapi juga merangkumi kemahiran kognitif,

personal dan interpersonal yang relevan dengan sesuatu pekerjaan. Manakala

menurut Kartini (2002), beberapa kemahiran generik perlu dikuasai oleh guru bagi

melaksanakan pedagogi bestari seperti kemahiran berfikir, kemahiran mentaksir,

kemahiran pemudahcara, kemahiran mentaksir dan menilai dan kemahiran teknologi

komputer.

Pelbagai istilah telah digunakan di beberapa negara untuk menjelaskan

maksud persamaan terma yang digunakan berkaitan dengan kemahiran generik.

Secara ringkasnya, maksud yang diberikan berfokus kepada kemahiran personal,

sikap, tabiat dan tingkahlaku, cara berkomunikasi, penyelesaian masalah dan

kemahiran membuat keputusan serta proses mengurus organisasi. Penjelasan istilah

kemahiran generik yang digunapakai oleh beberapa negara dapat diterangkan di

dalam jadual 1.1 di bawah.

Jadual 1.1 : Pelbagai Istilah Yang Digunakan Oleh Beberapa Negara

Negara Istilah Kemahiran GenerikUnited Kingdom Kemahiran teras, kemahiran utama, kemahiran umumNew Zealand Kemahiran utamaAustralia Kompetensi utama, kemahiran pekerjaan, kemahiran generikKanada Kemahiran pekerjaan

United StatesKemahiran asas, kemahiran keperluan, kemahiran ruang lingkup tugas tahu-bagaimana

Singapura Kemahiran serba gunaPerancis Kemahiran kritikalGerman Kemahiran kelayakanSwitzerland Kemahiran antara disiplinDenmark Proses kelayakan berdikari

Sumber: NCVER (National Centre for Vocational Education Research Australia), 2003

Page 22: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

3

Di negara-negara Barat, pengamal dan pihak industri telah melihat kemahiran

generik ini merupakan salah satu daripada aspek kemahiran yang perlu diberi

perhatian dan sering dikaji (Kearns, 2001). Menurut Yahya (2006), negara Barat

menganggap bahawa aspek kemahiran generik adalah satu aspek kompetensi

pekerjaan yang harus dimiliki oleh setiap pekerja untuk membolehkan mereka

menjadi seorang pekerja yang berketrampilan dan berkeupayaan tinggi dalam dunia

pekerjaan yang diceburi.

Bagi negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia, United

Kingdom dan New Zealand, mereka memberi penekanan terhadap kemahiran

generik dengan menerapkannya di dalam kurikulum pendidikan (Bennett, 1999).

Kemahiran generik merupakan satu aspek yang penting dalam melahirkan graduan

yang cekap bekerja, berketrampilan dan bernilai pasaran.

Dalam usaha untuk menyaingi negara-negara maju di era globalisasi, negara

perlu melakukan pelbagai rancangan strategik dan pelan pembangunan untuk

menghasilkan perkembangan ekonomi berdaya saing. Melalui pendidikan dan

latihan yang tersusun, modal insan untuk sektor perindustrian ini dapat dilatih

dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang diperlukan dalam industri yang

terlibat (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001). Institusi pengajian tinggi harus

dijadikan sebagai tempat yang paling sesuai untuk menggilap kemahiran generik

graduan. Graduan institusi pengajian tinggi pula perlu mempunyai keinginan dan

keupayaan untuk melibatkan diri dalam proses pembentukan modal insan dengan

minda kelas pertama ini. Justeru, penerapan kemahiran generik mesti dilaksanakan

secara menyeluruh oleh universiti dengan melibatkan semua pihak yang ada

hubungan dengan pelajar.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu

ucapannya di Majlis Perasmian Operasi dan Pelancaran Pelan Pembangunan

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 3 Ogos 2007, telah menyatakan bahawa

universiti merupakan pusat lahirnya pembangunan modal insan yang bakal

menentukan kemajuan dalam setiap aspek pembangunan yang dirancang. Pelajar

yang mempunyai kecemerlangan dalam kepelbagaian personaliti yang dilahirkan

Page 23: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

4

oleh sesebuah universiti boleh menyumbang kepada pembangunan negara (Bernama,

10 Ogos 2007).

Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi

Pengajian Tinggi Malaysia (2006), menyatakan kemahiran generik merupakan

kemahiran umum tentang kualiti, kebolehan dan ciri yang membolehkan seseorang

berfungsi dan memberi sumbangan secara berkesan dalam menyelesaikan masalah

yang dihadapi, berkomunikasi, berfikir secara kreatif dan kritis, serta bertindak

sebagai anggota kerja berpasukan yang berkesan.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menegaskan tujuh kemahiran

generik untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk semua

pelajar siswazah UTM. Atribut graduan yang meliputi aspek teknikal dan generik

merupakan asas yang paling pratikal dan berkesan dalam rekabentuk, pembangunan

dan perlaksanaan kurikulum sesebuah program akademik. Kebanyakan program

yang direkabentuk dan dibangunkan di UTM berasaskan atribut yang ditetapkan oleh

badan profesional. Salah satu program tersebut adalah program latihan industri yang

mewajibkan pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam,

Elektrik, Mekanikal dan Kemahiran Hidup) menjalaninya selama lapan minggu.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan membuka

minda pelajar mengenai operasi dan aktiviti sebenar di tempat kerja selain

mengaplikasikan ilmu pengetahuan, kemahiran yang telah diperoleh di universiti dan

mendapat sesuatu yang baru untuk kemajuan diri (Manual Garis Panduan Amalan

Latihan Industri/Praktikal, 2007). Oleh itu, sewajarnya pelajar menimba sebanyak

mungkin ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh diperoleh sepanjang tempoh

menjalani latihan industri.

Page 24: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah merupakan tempat membentuk dan

melahirkan pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang yang mampu membangunkan

negara pada masa depan. Oleh yang demikian, semua institusi pengajian tinggi

disarankan menerapkan komponen kebolehan dan kemahiran generik dalam

kurikulum pengajian bagi menjadikan pendidikan di menara gading lebih relevan

dengan keadaan serta keperluan realiti.

Industri dan pendidikan merupakan dua institusi yang berbeza dari segi

fungsi, matlamat atau aspek organisasinya. Dari segi fungsi, institusi pengajian

tinggi adalah untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja berketrampilan di dalam

kemahiran, malahan cemerlang di dalam akademik dan seterusnya melahirkan

graduan yang mampu berdikari serta menjalani kehidupan dengan lebih berkesan,

terutama apabila menempuh alam kerjaya.

Dalam arus k-ekonomi dan globalisasi, persediaan yang cukup untuk bersaing

di peringkat nasional dan antarabangsa hendaklah dirancang supaya pelajar tidak

ketinggalan jauh. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad

dalam ucapannya, menekankan bahawa bagi menghadapi cabaran globalisasi, rakyat

Malaysia perlu diperlengkapkan dengan dasar pendidikan dan latihan yang kukuh

serta mempunyai pelbagai kemahiran umum termasuk kebolehan berkomunikasi dan

menguasai bahasa (Berita Harian, 17 Mei 2001). Berkaitan dengan itu, satu isu telah

dibangkitkan di mana beliau mengatakan bahawa bukanlah mudah untuk kita

berdepan dengan dunia pekerjaan yang kian mencabar, rumit dan kompleks

keperluannya. Dengan memiliki segulung ijazah belum pasti seseorang itu dapat

meraih pekerjaan. Di samping kelayakan akademik, seseorang itu perlu memiliki

ketrampilan yang baik, mempunyai pelbagai kemahiran dan pengetahuan (Esa,

2000).

Institusi pendidikan tinggi perlu memainkan peranan penting menjadi pusat

latihan dan penerapan kemahiran generik di kalangan mahasiswa (Adibah, 2005). Ini

disebabkan negara kita memerlukan bukan sahaja cendekiawan dalam bidang

Page 25: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

6

akademik semata-mata malah negara memerlukan ahli bijak pandai yang dilahirkan

dapat memperlengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran termasuklah

kemahiran generik.

Hasliza (2002), menyatakan antara faktor mengapa lulusan institusi pengajian

tinggi tidak dapat tempat di pasaran pekerjaan adalah kerana mereka tidak

mempunyai kemahiran-kemahiran generik. Menurutnya lagi, bakal majikan kurang

yakin terhadap lulusan institusi berkenaan terutama pada aspek keperibadian,

penampilan, keyakinan diri, kurang kemahiran berkomunikasi, kemampuan membuat

keputusan terbatas dan tidak mampu bekerja dalam kumpulan.

Menurut Quek (2005), keadaan ini berlaku disebabkan para majikan lebih

memfokuskan kepada pekerja-pekerja yang mempunyai ketrampilan generik seperti

kemahiran intrapersonal, kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan serta kemahiran

lisan dan menulis. Para graduan yang bakal menempuh alam pekerjaan gagal untuk

mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sewaktu di dalam kelas ke dunia pekerjaan

yang sebenar. Kemahiran mereka ini hanya terhad dalam aspek teoritikal semata-

mata, tetapi gagal untuk menyesuaikan diri dengan situasi yang mereka hadapi. Nik

Othman (2003), telah menyatakan bahawa bagi mendapatkan ciri-ciri K-workers

dalam era k-ekonomi, seseorang pekerja itu seharusnya mempunyai kemahiran

generik seperti kemahiran di dalam intrapersonal, kemahiran menyelesaikan

masalah, kemahiran komunikasi, adaptabiliti dan proaktif. Dengan mempunyai

kemahiran generik tersebut, individu itu akan lebih bersifat produktif dan pelbagai

kemahiran yang sedia ada itu akan lebih memudahkan objektif sesebuah organisasi

itu akan tercapai.

Pengaplikasian teori-teori pembelajaran ke alam pekerjaan memerlukan

seseorang individu itu mempunyai ketrampilan generik yang tinggi. Quek (2005)

menyatakan bahawa pengangguran di kalangan graduan di Malaysia adalah

disebabkan kekurangan pembelajaran ketrampilan generik di peringkat pengajian

tinggi yang telah mencacatkan pengaplikasian pembelajaran di bilik kuliah kepada

prestasi di tempat kerja yang sebenar. Sebenarnya masalah pengangguran yang

terjadi bukanlah disebabkan oleh tiada kekosongan dalam pasaran kerja.

Page 26: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

7

Syarikat Philips di Taiwan turut mengemukakan beberapa kompetensi

mengikut perspektif syarikat mereka sendiri iaitu kompetensi pengurusan, pemikiran

analitikal, inovatif dan kreatif, kawalan mengoperasi, berorientasikan pengguna,

bijak mengawal emosi, fleksibel, berpersonaliti menarik, kerja berpasukan dan

kepimpinan (Bassi, L.J. dan Russ-eft, D., 1997).

Jessica Pumphrey dan Jo Slater (2002), menyatakan dalam kajian mereka

berkaitan penilaian terhadap keperluan kemahiran generik mengikut sektor kerja di

United Kingdom bahawa terdapat jurang perbezaan dan isu pengambilan kerja

apabila ianya melibatkan kemahiran generik yang diperlukan mengikut skop industri.

Secara keseluruhannya, keperluan kemahiran generik yang paling signifikan ditemui

dalam soal selidik mereka adalah berkaitan dengan kemahiran komunikasi dan juga

kemahiran kerja berpasukan. Jadual 1.2 di bawah akan menerangkan tentang jurang

perbezaan kemahiran generik yang ditemui mengikut sektor industri di United

Kingdom.

Jadual 1.2 : Jurang Perbezaan Kemahiran Generik Yang Ditemui Mengikut SektorIndustri

Sektor Industri Jurang Kemahiran Generik Yang DitemuiPembinaan Kemahiran teknologi maklumat

Kemahiran perkhidmatan pelangganKejuruteraan Kemahiran kerja berpasukan

Kemahiran pengurusan Kemahiran komunikasi

Perbankan Kemahiran komunikasi Kemahiran perkhidmatan pelanggan Kemahiran kerja berpasukan

Makanan & minuman Kemahiran kerja berpasukan Kemahiran penyelesaian masalah Kemahiran komunikasi

ICT Kemahiran penyelesaian masalah Kemahiran perkhidmatan pelanggan

Hartanah Kemahiran pengurusan Kemahiran kepimpinan Kemahiran perkhidmatan pelanggan

Pengangkutan Kemahiran kerja berpasukan Kemahiran komunikasi

Sumber: Jessica Pumphrey dan Jo Slater (2002).

Page 27: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

8

Jelas menunjukkan di sini bahawa pihak industri juga mempunyai kriteria

kemahiran generik yang diperlukan mengikut kesesuaian jenis pekerjaan. Didapati

di sini, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan boleh menyesuaikan diri

atau fleksibel mempunyai persamaan dengan keperluan penguasaan kemahiran

generik di kebanyakan IPT. Merujuk kepada petikan keratan akhbar daripada Utusan

Malaysia, kemahiran insaniah yang diperlukan oleh graduan hari ini salah satu

daripadanya ialah kepimpinan dan kemahiran berfikir secara kritikal. Ia membantu

graduan untuk meletakkan diri mereka sebahagian daripada keperluan industri pada

hari ini (Utusan Malaysia, 6 Februari 2006).

Sebagai institusi pengajian tinggi yang menjadi pusat dalam pembentukan

modal insan, IPT perlu menjana graduan yang memiliki kemahiran yang seimbang

dan menyeluruh sama ada dari sudut kualiti intelektual mahupun ketrampilan

kemahiran generik yang merangkumi aspek sikap, akhlak, dan sebagainya serta

releven dengan keperluan majikan serta industri hari ini.

Pembentukan Atribut Graduan merupakan salah satu strategi yang digariskan

oleh pihak UTM dalam penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar. Fokus

secara khusus dilakukan ke atas pendekatan langsung di mana kemahiran generik

diterapkan secara terancang dan merentasi kurikulum melalui proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran teras atau efektif yang ditawarkan di UTM. Naib

Canselor UTM, Yg. Bhg. Tan Sri Prof. Ir. Dr. Mohd. Zulkifli bin Tan Sri Mohd.

Ghazali dalam ucapannya, telah menyatakan kepentingan penguasaan kemahiran

generik kepada setiap graduan UTM akan mempertingkatkan employabiliti mereka

dalam pasaran kerja kelak (Buletin Pengajaran & Pembelajaran UNIPEN, Jun 2004).

Dalam kajian, aspek tumpuan adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran

generik yang diperoleh di kalangan pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)

yang telah menjalani latihan industri semasa di universti dan kini berada di semester

akhir sepanjang mereka menjalani latihan industri. Pelajar dalam bidang kursus ini

diwajibkan menjalani latihan industri selama lapan minggu. Tujuan program latihan

industri ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada

Page 28: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

9

pelajar untuk mengaplikasikan teori-teori yang telah mereka pelajari semasa

mengikuti kuliah selain untuk menambah pengetahuan dan kemahiran dalam bidang

yang diceburi (Manual Garis Panduan Amalan Latihan Industri/Praktikal, 2007).

1.3 Penyataan Masalah

Pembentukan Atribut Graduan merupakan salah satu strategi yang digariskan

oleh pihak UTM dalam penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar-pelajar.

Kepentingan penguasaan kemahiran generik kepada setiap graduan UTM akan

mempertingkatkan employabiliti mereka dalam pasaran kerja kelak. Kemahiran ini

juga tidak boleh dipandang remeh jika negara Malaysia ingin menempuh era

globalisasi ke arah membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-

worker, celik dan mahir dalam teknologi, mampu bersaing ke peringkat global,

memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi. Dalam kajian ini, pengkaji cuba

mengenalpasti tahap kesemua elemen kemahiran generik di kalangan pelajar tahun

empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) PKPG yang

telah menjalani latihan industri.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian yang telah dijalankan ini adalah:

1. Mengenal pasti tahap kemahiran komunikasi di kalangan pelajar semasa

menjalani latihan industri.

2. Mengenal pasti tahap pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah

di kalangan pelajar semasa menjalani latihan industri.

3. Mengenal pasti tahap bekerja secara berpasukan di kalangan pelajar semasa

menjalani latihan industri.

4. Mengenal pasti tahap pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat di

kalangan pelajar semasa menjalani latihan industri.

Page 29: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

10

5. Mengenal pasti tahap keusahawanan di kalangan pelajar semasa menjalani

latihan industri.

6. Mengenal pasti tahap kepimpinan dan kecenderungan proaktif di kalangan

pelajar semasa menjalani latihan industri.

7. Mengenal pasti tahap etika dan moral profesional di kalangan pelajar semasa

menjalani latihan industri.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian yang telah dijalankan ini, adalah merujuk kepada persoalan-persoalan

berikut:

1. Apakah tahap kemahiran komunikasi di kalangan pelajar semasa menjalani

latihan industri?

2. Apakah tahap pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah di

kalangan pelajar semasa menjalani latihan industri?

3. Apakah tahap bekerja secara berpasukan di kalangan pelajar semasa

menjalani latihan industri?

4. Apakah tahap pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat di

kalangan pelajar semasa menjalani latihan industri?

5. Apakah tahap keusahawanan di kalangan pelajar semasa menjalani latihan

industri?

6. Apakah tahap kepimpinan dan kecenderungan proaktif di kalangan pelajar

semasa menjalani latihan industri?

7. Apakah tahap etika dan moral profesional di kalangan pelajar semasa

menjalani latihan industri?

Page 30: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

11

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang telah dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran

generik yang diperoleh pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup) PKPG yang telah menjalani latihan industri semasa

di universiti dan kini berada di semester akhir sepanjang menjalani latihan industri

selama lapan minggu. Secara khususnya kepentingan kajian ini diharap dapat

memberi kepentingan kepada pihak berkenaan:

1.6.1 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Dapatan kajian yang telah dijalankan ini diharap memberi maklum balas

kepada pihak UTM khususnya Fakulti Pendidikan dalam usaha melahirkan pelajar

yang berkualiti. Diharapkan UTM dapat memastikan pelajar UTM adalah mereka

yang benar-benar mampu menjadi pelajar yang berkebolehan, bukan sahaja dari segi

penguasaan ilmu tetapi juga dari segi sikap dan komitmen. Selain itu, diharapkan

dapatan kajian ini dapat membantu pihak universiti mengenalpasti dan meningkatkan

lagi tahap penguasaaan kemahiran generik dan tahap kesedaran tentang pentingnya

kemahiran generik di kalangan pelajar.

1.6.2 Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan (JPTK)

Membantu JPTK membentuk satu garis panduan untuk menilai keberkesanan

penerapan kemahiran generik semasa perlaksanaan latihan industri di kalangan

pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

berdasarkan daripada hasil dapatan kajian. Melalui dapatan hasil kajian yang telah

dijalankan, ia juga dapat memberi panduan dan penambahbaikan kepada pihak JPTK

dalam usaha menerapkan kemahiran generik di kalangan pelajar semasa menjalani

latihan industri bagi membentuk graduan yang berkualiti.

Page 31: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

12

1.6.3 Penyelia Latihan Industri (UTM)

Membantu penyelia latihan industri dari Fakulti Pendidikan agar dapat

memberikan bimbingan yang lebih membina kepada pelajar-pelajar sepanjang

menjalani latihan industri serta menilai dan memantau permasalahan yang dihadapi

oleh pelajar. Selain itu, dengan hasil dapatan kajian ini, dapat menjadi bahan rujukan

kepada pihak penyelia latihan industri terhadap penguasaan kemahiran generik di

kalangan pelajar semasa menjalani latihan industri.

1.6.4 Pelajar

Membentuk pelajar dalam memastikan mereka menyedari kepentingan

penguasaan kemahiran generik di samping mengimbangkannya dengan kemahiran

dan pengetahuan semasa mengikuti latihan industri. Kajian yang telah dijalankan ini

diharap dapat membantu pelajar menguasai kemahiran generik bagi melahirkan guru

teknologi yang cekap dan bertanggungjawab serta berkualiti.

1.7 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan hanya memfokuskan kepada sebuah institusi sahaja

iaitu Universiti Teknologi Malaysia. Pengkaji ingin mengetahui mengenai tahap

kemahiran generik pelajar sepanjang menjalani latihan industri selama lapan minggu.

Kajian yang dijalankan hanya terbatas kepada sampel kajian iaitu pelajar tahun

empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) PKPG yang

telah menjalani latihan industri semasa di universiti dan kini berada di semester

akhir.

Page 32: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

13

1.8 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam penulisan ini memerlukan

definisi yang terperinci. Definisi ini perlu kerana pengertian umum dengan

pengertian dalam kajian ini mungkin berbeza. Istilah-istilah tersebut adalah seperti

berikut:

1.8.1 Kemahiran Generik

Menurut Mohammad (2004), kemahiran generik adalah satu kemahiran

umum selain kemahiran teknikal yang diperlukan oleh seseorang itu untuk berkerja

dengan berkesan di tempat kerja dengan menyelesaikan masalah, berkomunikasi

secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu

menghadapi daya saing dan sebagainya. Dalam konteks kajian yang dijalankan ini,

kemahiran generik merangkumi tujuh Atribut Graduan Universiti Teknologi

Malaysia iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian

masalah, bekerja secara berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan

maklumat, keusahawanan, kepimpinan dan kecenderungan proaktif dan etika dan

moral profesional.

1.8.2 Latihan Industri

Menurut Manual Garis Panduan Amalan Latihan Industri/Praktik (2007),

Latihan industri adalah penempatan pelajar sekurang-kurangnya lapan minggu di

industri atau organisasi luar agar pelajar dapat mempraktiskan pengetahuan secara

teori kepada amalan dalam bidang kerjaya mereka sebelum mereka dianugerahkan

ijazah sarjana muda. Mereka juga akan didedahkan kepada aspek sosial, interaksi,

budaya dan proses kerja di alam kerjaya.

Page 33: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

14

Latihan industri dalam konteks kajian yang dijalankan ini merupakan satu

komponen utama dalam kurikulum Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Pelajar disyaratkan lulus latihan

industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda. Pelajar

akan ditempatkan di industri atau organisasi tertentu selama lapan minggu bagi

mendedahkan mereka kepada suasana sebenar industri.

1.8.3 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) ialah program

yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Objektif

program ini adalah untuk memberi peluang kepada pendidik dalam bidang

pendidikan teknikal dan vokasional untuk meningkatkan diri mereka di peringkat

ijazah di mana mereka akan didedahkan dengan pengetahuan serta kemahiran

berkaitan yang terkini di samping bidang pendidikan (Buku Panduan Akademik

Ijazah Sarjana Muda Sesi 2005/2006).

1.8.4 Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)

PKPG dalam konteks kajian yang dijalankan ini, merupakan kumpulan

pelajar yang mempunyai pengalaman mengajar, telah disahkan jawatan dan telah

mengikuti kursus selama setahun di Institut Pendidikan Guru (IPG). Selepas itu

pelajar-pelajar akan memasuki UTM bagi dua tahun seterusnya sebelum

dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Page 34: KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR … · 2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24 2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan Menurut Robinson 24 3.1 Pembahagian

15

1.9 Rumusan

Secara keseluruhannya dalam bab ini pengkaji telah menyatakan latar

belakang masalah dengan menyatakan secara global dan seterusnya menjurus kepada

permasalahan yang ingin dikaji. Dalam menyatakan tujuan dan matlamat kajian,

pengkaji telah mengariskan objektif kajian kerana tanpa objektif yang jelas kajian

yang dijalankan akan tersasar jauh. Pengkaji juga telah menyatakan kepentingan

kajian yang membolehkan kajian ini digunapakai oleh pihak yang dinyatakan.


Top Related