Transcript
Page 1: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

1Buletin Inovasi 2011

Sememangnya, inovasi membolehkan rantaian nilai ekonomi dianjak ke tahap yang lebih tinggi. Inovasi mencetuskan idea baru yang dirubah menjadi nilai komersial berdaya maju. Justeru, institusi penyelidikan perlu menyusun semula strategi untuk menterjemahkan hasil R&D kepada produk yang bernilai komersial. Inovasi perlu diterap dan diamalkan oleh semua, termasuk sektor swasta, sektor awam, NGO, ibu bapa, institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah, hatta kanak-kanak, prasekolah. Dengan ini, sukacita saya mengumumkan tahun 2012 sebagai tahun Gerakan Inovasi Nasional.

Petikan ucapan Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak semasa Ucapan Pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011.

Hubungi KamiKEMENTERIAN KEWANGAN

Kompleks Kementerian KewanganNo. 5 Persiaran Perdana

Presint 2, Pusat PentadbiranKerajaan Persekutuan

62592 Putrajaya Tel: 03-8882 3000

Fax: 03-8882 3893/03-8882 3894 Emel: [email protected]

Keluaran Khas, Oktober 2011

Membudaya Inovasi ,Memacu Transformasi

06TerraByTes cemerlang di

ICQCC’11-Yokohama

18PsTm PemangKin

caPai Visi & misi PerBendaHaraan

12BaJeT 2012mENGUNGGULI moDaL

insan, mencerna KreaTiViTi DaN mENCETUS INoVaSI

08pERmohoNaN oNLINE mELaLUI poRTaL SISTEm

PinJaman PerUmaHan BERSEpaDU (SppB)

Page 2: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

2 Buletin Inovasi 2011

03DARI MEJA KSP

04PROGRAM-PROGRAMSAMBUTAN HARI INOVASI

KEMENTERIAN KEWANGAN 2011

06TERRABYTES cEMERlANG DI IcQcc’11-YOKOHAMA

07PERKHIDMATAN PElANGGAN BERKUAlITI MElAlUI

STANDARD PEOPLE PRACTICE (SPP)

08BAJET 2012MENGUNGGUlI MODAl

INSAN, MENcERNA KREATIVITI DAN MENcETUS INOVASI

09 INGIN TAHU: APA DIA KREATIF & INOVASI ?& MAJlIS SAMBUTAN HARI INOVASI JANM 2011

12SOROTAN SAMBUTAN HARI INOVASI 2010

14PERMOHONAN ONlINE MElAlUI PORTAl SISTEM

PINJAMAN PERUMAHAN BERSEPADU (SPPB)

15AKTIVITI INOVASI JPPH SEPANJANG TAHUN 2011

16PROGRAM HARI INOVASIKWSP 2011 – ZON SABAH DI

PEJABAT KWSP KOTA KINABAlU, SABAH

17MYlOFSA - SISTEM PENYERAHAN DOKUMEN

SEcARA DAlAM TAlIAN

18PSTM PEMANGKIN cAPAI VISI & MISI PERBENDAHARAAN

19BUAl BIcARA INOVASI KEMENTERIAN KEWANGAN& lAWATAN INOVASI KE MAlAYSIAN GREEN TEcHNOlOGY cORPORATION

20MEMBUDAYAKAN KREATIVITI DAN INOVASI: PEMAcU

TRANSFORMASI SEKTOR AWAM

22 INOVASI MENERUSI AMAlAN PERSEKITARAN BERKUAlITI 5S

23 APA KATA MEREKA ?

24 PERSEPSI HAlANG PEMIKIRAN KRITIKAl

PenasihatYBhg. Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz

Wan AbdullahKetua Setiausaha Perbendaharaan

PengerusiYBhg. Datuk Nozirah Bahari

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)

MerangkapJawatankuasa Pengurusan Kualiti

Kementerian Kewangan

Ketua PengarangNurzee Faizura Mohd Jamil

PengarangAmidah Hamim

Pembantu PengarangNorhaidah Md Esa

Norshuhada Mansor

sumberAgensi/Bahagian/Unit di Kementerian Kewangan

JurufotoNurul Makmun Mukiya

Grafikwww.surayakreatif.tk

CetakanUnit Penerbitan dan Media INSPEN

edaranUrusetia Jawatankuasa Pengurusan

Kualiti

Kandungan

Page 3: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

3Buletin Inovasi 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tepak sirih beralas suteraDibawa puteri anggun bestariPerutusan redaksi bermula kataKongsi maklumat saling mengingati

Sejak pelantikannya sebagai Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah melaksanakan program transformasi besar-

besaran dengan memperkenalkan lapan tonggak perdana yang melibatkan empat tiang utama dan empat nilai asas pelengkap dalam pentadbirannya.

Sebagai peringatan kita bersama, empat tiang utama itu ialah Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Manakala, empat nilai asas pelengkap ialah Membudayakan Kreativiti dan Inovasi; Mementingkan Kepantasan Bertindak dan Membuat Keputusan; Nilai Untuk Wang dan Nilai Integriti.

Sejak lapan Tonggak ini diperkenalkan dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-11 (MAPPA XI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PIcc), persoalannya kini, sejauh mana Kementerian Kewangan memainkan peranan dalam menzahirkan cita-cita dan aspirasi semua warga Malaysia?

Saya percaya dalam usaha kita memenuhi misi untuk menjadi agensi unggul dalam pengurusan kewangan dan ekonomi negara, pelbagai inovasi dan inisiatif telah dilaksanakan dengan penuh komited selaras dengan program transformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Saya berharap melalui pelaksanaan Hari Inovasi yang disambut setiap tahun ini, warga Kementerian kewangan akan lebih berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan mencari penyelesaian kreatif dan inovatif di luar kelaziman.

Akhir kata saya juga berharap agar buletin ini berupaya menjadi wadah sesama kita berkongsi maklumat melalui sisipan fakta dan motivasi. Ini juga akan turut menyumbang kepada usaha menjana minda yang terbuka, kreatif

Tan sri dr Wan aBdUl aZiZ Wan aBdUllaHKetua Setiausaha Perbendaharaan

Kementerian Kewangan

dan proaktif selari dengan matlamat meningkatkan kematangan dan tahap profesionalisme warga Kementerian Kewangan seluruhnya.

Sekian. Selamat Menyambut Hari Inovasi 2011

DAR

I MEJ

A K

SP

Page 4: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

4 Buletin Inovasi 2011

pRoGRam-pRoGRamSamBUTaN haRI INoVaSI

KEMENTERIAN KEWANGAN 2011

Beberapa program sempena Hari Inovasi Kementerian Kewangan 2011 yang telah dilaksanakan:

i. pertandingan koir Sambutan Bulan kemerdekaan & Inovasi kementerian Kewangan 2011

Tarikh : 29 September 2011Tempat : Dewan Auditorium, Perbendaharaan MalaysiaPenganjur : Jabatan Akauntan Negaralagu wajib - tajuk “Meraikan Kreativiti”lagu Pilihan - lagu-lagu berunsurkan Patriotik

Penyertaan terdiri daripada: a. lembaga Hasil Dalam Negeri (Suara Hasil) - Tempat Pertama b. Bank Simpanan Nasional (BSN Hi-Saver) - Tempat Keduac. Perbendaharaan Malaysia (The Vocalist) - Tempat Ketiga d. Jabatan Akauntan Negara ( Warisan AG) e. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta ( Simfoni) f. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Impresif)

ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan kemerdekaan dan Sambutan Bulan Inovasi kementerian kewangan 2011

Tarikh : September - Oktober 2011Penganjur : Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan HartaTajuk Esei : “Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera”Kategori Pertandingan:a. Kumpulan Pengurusan & Profesional (gred 41 – 54)b. Kumpulan Sokongan (gred 1-36)

iii Ceramah InovasiTarikh : 28 September 2011Masa : 9.00 PagiTempat : Dewan Utama Perbendaharaan Malaysia Penceramah : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) & Polis Diraja Malaysia (PDRM)Penganjur : lembaga Hasil Dalam NegeriTajuk ceramah : “Inovasi Teras Kecemerlangan Perkhidmatan”

iv Ceramah InovasiTarikh : 18 Oktober 2011Masa : 9.00 pagiTempat: Dewan Auditorium Aras 1, Blok Tengah PerbendaharaanPenceramah : En. lee Yee DianNaib Presiden persatuan Kreativiti & inovasi Malaysia (MAcRI)Tajuk ceramah : Transformasi Organisasi Melalui InovasiPenganjur : Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan

Page 5: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

5Buletin Inovasi 2011

pRoGRam SEmpENa SamBUTaN haRI INoVaSI KemenTerian KeWangan 2011

pRoGRam SamBUTaN haRI INoVaSI kEmENTERIaN kEWaNGaN 2011

Bil. TariKH/masa pRoGRam LokaSI JaBaTan/ BaHagianBerTanggUngJaWaB

sePTemBer 20111. 10 – 30 Sept 2011 Pertandingan

mengarang esei inovasi

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

okToBER 20112. 25 Oktober 2011 lawatan Inovasi

ke Malaysian Green Technology Corporation, Bangi

Bandar Baru Bangi,Selangor

Bahagian Pengurusan Belanjawan, Perbendaharaan Malaysia

3. 29 Oktober 20118.00 pg – 2.00 ptg

Xplorasi Inovasi & Senam Tari Inovasi

SekitarKawasanPutrajaya

Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) dan Bahagian Kawalan Pemantauan (BKP), Perbendaharaan Malaysia

pRoGRam SamBUTaN haRI INoVaSI, kEmENTERIaN kEWaNGaN

( 1 NoVEmBER 2011 – SELaSa)Bil. pRoGRam pENGISIaN pRoGRam TemPaT

1. Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah Pertandingan

• Tayangan Video Hari Inovasi Kementerian Kewangan 2011

Dewan Utama, Perbendaharaan

2. Pameran Inovasi Agensi/Jabatan/ Bahagian Kementerian Kewangan

lawatan ke Pameran berkaitan perkhidmatan/ inovasi yang dijalankan di Agensi/Jabatan/Bahagian

Ruang legarDewan Utama, Perbendaharaan

3. Program Make-over dan ceramah keterampilan diri

Membincangkan berkaitan komponen keterampilan diri termasuk: • Penampilan secara fizikal • Pandangan terhadap diri

sendiri dan pandangan orang lain terhadap diri

• Perasaan harga diri dan keyakinan diri

Dewan Utama, Perbendaharaan

4. Pameran dan jualan produk IcT

Pameran dan jualan gadget IcT yang terbaru di pasaran dengan harga yang istimewa dan berpatutan

Galeri, Aras GPerbendaharaan

Page 6: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

6 Buletin Inovasi 2011

TerraByTes, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Wilayah Persekutuan

Kuala lumpur Malaysia meraih Anugerah cemerlang dalam pertandingan International Convention on Quality Concept Circles (ICQCC) ke-35 yang berlangsung di Pacifico Yokohama, Jepun.

Pada IcQcc 2010 yang berlangsung di Hyderabad, India, Kumpulan TerraBytes yang mewakili Malaysia turut meraih Anugerah Emas.

Konvensyen bertema ‘Enhancing Organizational Vitality Through Further Development Of QC Circle Activities’ berlangsung dari 11 - 14 September 2011 anjuran bersama Union of Japanese Scientists and Engineers (JUSE) dengan kerjasama QC Circle Headquarters of Japan dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPc).

Sebanyak 180 kumpulan di kalangan negara Asia menyertai pertandingan, termasuk Malaysia, Jepun, Thailand, Filipina, Singapura, china, Bangladesh, Sri lanka, Indonesia, Korea dan Taiwan. Amerika Syarikat dan Zambia turut mengambil bahagian.

Selain Jabatan Kastam Diraja Malaysia, 17 agensi dan syarikat lain dari Malaysia turut menyertai konvensyen berkenaan termasuk Kementerian Pelajaran Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Nestle Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd, Samsung SDI (Malaysia) Berhad dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Terabytes mempertaruhkan projek Delay In Obtaining Precursor Chemical Importation Data For Monitoring Purpose.

Hasil inovasi projek tersebut menyaksikan e-Precursor System secara dalam talian telah dibangunkan dan mendapat pengiktirafan di peringkat jabatan dan beberapa agensi penguatkuasaan lain.

TerraBytes ditubuhkan pada 2002 dianggotai En. Mohd Ramlee Musa, En. Shamsuddin Ahmad, En. Saleh Othman, En. Anslem Dominic Jiron, Pn. Shaffahana Shaffini, Pn. Normazlina Nordin, Pn. Nurul Azihana Tukiron, Pn. Nurul Sharizan Mustaza dan En. Khairuddin Abdullah Hashim.

En. Giri @ Belayong Kadir bertindak selaku fasilitator, manakala Tuan Haji Aziz Abdul dan En. Mohd Khir Jaafar selaku penasihat.

TerUJa … Kumpulan TerraBytes ceria ketika menjayakan Majlis Persembahan Kebudayaan antara Negara mengambil bahagian di Pacifico Yokohama, Jepun.

ceria … YBhg. Dato’ Saadon Mohd Dros, Pengarah Kastam, Wilayah Persekutuan, Kuala lumpur (berdiri dua dari kanan) merakam gambar kenangan selepas Kumpulan TerraBytes mengakhiri persembahan.

Turut hadir pada konvensyen peringkat antarabangsa itu, ialah YBhg. Dato’ Saadon Mohd Dros, Pengarah Kastam, Wilayah Persekutuan, Kuala lumpur.

Sementara itu, Konvensyen Qcc Peringkat Antarabangsa (IcQcc) ke-36 bertema ‘From Ideas To Reality’ dijadualkan berlangsung pada 14 – 17 Oktober 2012 di Pusat Konvensyen Kuala lumpur (Klcc).

Anugerah cemerlang kedua selepas IcQcc 2010, Hyderabad,

India

TerraBytes Cemerlang Di ICQCC’11-Yokohama

BerIta InOvasI

Page 7: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

7Buletin Inovasi 2011

PERKHIDMATANPElANGGAN BERKUAlITI MElAlUI

STANDARD PEOPLE PRACTICE (SPP)

Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) merupakan sebuah bahagian yang teras perkhidmatannya adalah untuk menyediakan kemudahan

pinjaman perumahan kepada kakitangan Kerajaan. Justeru, perkhidmatan pelanggan yang berkualiti merupakan keutamaan BPP dan BPP sentiasa berusaha memastikan tahap perkhidmatan yang diberikan memuaskan hati pelanggan serta mencapai standard yang telah ditetapkan.

Standard People Practice (SPP) merupakan satu sistem amalan seragam samada dalam bentuk perlakuan atau komunikasi verbal yang dibangunkan di BPP untuk dipraktikkan oleh semua kakitangan BPP.

SPP menjadi garis panduan asas kepada semua kakitangan di BPP dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Dengan ini, keseragaman dalam perkhidmatan pelanggan dapat dicapai bagi menaikkan lagi imej dan prestasi perkhidmatan pelanggan BPP.

Objektif amalan SPP di BPP adalah:

i. meningkatkan imej organisasi melalui perkhidmatan yang mengutamakan kepuasan pelanggan; dan

ii. menyemai budaya kerja berkualiti, seragam dan sistematik bagi memastikan setiap pelanggan yang berurusan dengan BPP mendapat layanan yang mesra dan sama rata.

TerraBytes Cemerlang Di ICQCC’11-Yokohama

Page 8: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

8 Buletin Inovasi 2011

Fokus kedua Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada 7 Oktober 2011 yang lalu ialah “Mengungguli

Modal Insan, Mencerna Kreativiti dan Mencetus Inovasi”.

Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2012 telah mengumumkan tahun 2012 sebagai tahun Gerakan Inovasi Nasional. Bagi menjayakan hasrat ini, menurut beliau, kerajaan telah mengatur beberapa inisiatif strategik dengan peruntukan 100 juta ringgit seperti berikut:

Pertama: Melaksana program penerapan dan pembangunan inovasi di peringkat sekolah dan IPTA serta di kawasan luar bandar. Program ini akan dijalankan melalui kerjasama antara agensi Kerajaan dan NGO;

Kedua: Meneruskan pelaksanaan program Jejak Inovasi oleh Yayasan Inovasi Malaysia untuk menggalakkan pencetusan idea baru dan pengkomersialan produk inovasi hasil penciptaan rakyat terutamanya di luar bandar;

Ketiga: Memperkenalkan Anugerah cipta 1Malaysia (c1PTA) bagi mengiktiraf reka cipta pelajar dan belia yang paling inovatif di peringkat nasional. Program ini akan dilaksanakan oleh NGO dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi;

Keempat: Memupuk budaya inovasi melalui program realiti

dan dokumentari inovasi di media elektronik serta penerbitan artikel di media cetak;

Kelima: Mempastikan sesuatu produk melalui market validation untuk menentukan daya maju komersial. Untuk ini, Market Validation Fund dengan peruntukan permulaan 30 juta ringgit akan diwujud dan diuruskan oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDc) dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia;

Keenam: lebih daripada 300 harta intelek dalam bentuk produk dan teknologi baru daripada universiti akan ditawarkan kepada sektor swasta untuk dikomersialkan. Jangkaan Pendapatan Negara Kasar yang dijana adalah melebihi 30 billion ringgit sehingga tahun 2020; dan

Ketujuh: Menganjur World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum pada tahun 2012. Inisiatif ini merupakan sebuah platform untuk menemukan pelabur dan pembiaya serta komuniti usahawan.

Untuk membolehkan syarikat Syarikat Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) memulakan perniagaan produk penyelidikan baru dan pengkomersialan, kerajaan akan menyediakan Dana Inovasi Pengkomersialan patuh syariah berjumlah 500 juta ringgit pada kadar keuntungan yang menarik. Dana ini membiayai syarikat PKS di mana produknya telah menjalani proses pengesahan pengkomersialan pasaran. Dana ini akan disediakan oleh bank-bank Islam terpilih mulai tahun 2012 dengan kerajaan menanggung dua peratus daripada kadar keuntungan.

Program Penerapan & Pembangunan Inovasi peringkat sekolah & IPTA

Program Jejak Inovasidi peringkat luar

bandar MemperkenalkanAnugerah Cipta 1Malaysia

Program realiti & inovasi di media elektronik & cetak

PenubuhanMarket Validation Fund, RM30 juta

World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum

Dana Inovasi Pengkomersialan RM500 juta

Fokus Kedua Belanjawan 2012: Mengungguli Modal Insan, Mencerna Kreativiti dan Mencetus Inovasi

Penglibatan agensi Kerajaan-Universiti-NGO-Media

mENGUNGGULI moDaL INSaN, mENCERNa kREaTIVITI DaN mENCETUS INoVaSIBaJeT 2012

artIKel

Page 9: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

9Buletin Inovasi 2011

majlis sambutanhari Inovasi JaNm 2011

Kreatif merupakan proses membabitkan jumpaan idea atau konsep baru, atau kaitan baru antara konsep atau idea sedia

ada, didorong oleh proses sama ada sedar atau luar sedar.

Kreatif biasanya digunakan bagi merujuk kepada tindakan menghasilkan idea baru, pendekatan atau tindakan, sementara inovasi merupakan proses menghasilkan dan menggunakan kreatif sebegitu dalam bentuk tertentu.

Dalam konteks organisasi, istilah inovasi sering kali digunakan bagi merujuk keseluruhan proses di mana organisasi menghasilkan idea kreatif baru dan menukarkannya menjadi barangan, perkhidmatan, dan amalan perniagaan yang berlainan, berguna dan memiliki daya komersial, sementara istilah kreatif dikhususkan bagi

ingin TaHU

apa dia kreatif & Inovasi ?

kegunaan khusus dalam proses penghasilan idea berlainan oleh individual atau kumpulan, sebagai langkah perlu dalam proses inovasi. Sungguhpun kedua perkataan adalah berlainan, ia adalah seiring. Untuk berinovasi, pekerja perlu menjadi kreatif untuk kekal bersaing.

sumber: Wikipedia

Sempena Majlis Sambutan Hari Inovasi Jabatan Akauntan Negara Malaysia,

Jawatankuasa Pemandu Inovasi yang dipengerusikan oleh Puan Rosini Abd Samad, Timbalan Akauntan Negara (Korporat) telah merancang beberapa pertandingan dan program untuk dilaksanakan. Setiap bahagian diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pertandingan dan program yang telah diatur bagi menggalakkan penglibatan semua bahagian dan seterusnya dapat menanamkan semangat kerja berpasukan dikalangan warga JANM. Antara pertandingan dan program yang telah dirancang ialah :>> 10

Page 10: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

10 Buletin Inovasi 2011

<< 9

konvensyen kumpulan Inovatif dan kreatif (kIk)

Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP) dan Pejabat Projek Perintis Aplikasi Kerajaan Elektronik (EG-AG) telah bekerjasama untuk menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Kovensyen ini telah diadakan di Institut Perakaunan Negara (IPN) pada 3 hingga 4 Oktober 2011 dengan penyertaan sebanyak 20 kumpulan.

Konvensyen ini telah dimenangi oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak yang mendapat wang tunai RM2,000 dan piala pusingan. Tempat kedua pula telah dimenangi oleh Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD) yang mendapat RM1,500 dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia cawangan Miri telah mendapat tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai RM1,000. Saguhati penyertaan juga diberikan kepada kumpulan yang mengambil bahagian iaitu sebanyak RM150 bagi setiap penyertaan kumpulan.

Lawatan ke pRoToN Tanjung malim sdn. Bhd.

Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi (BPOPA) pula telah menganjurkan lawatan ke PROTON Tanjung Malim Sdn. Bhd., Perak yang disertai oleh 40 orang pada 21 Julai 2011. Rombongan telah disambut oleh pihak PROTON yang diwakili oleh En. Mohamad Asriy dan En. Elmy Iskandar. Warga JANM telah dibawa melawat kawasan kilang bagi melihat proses-proses yang dijalankan dalam penghasilan sebuah kereta keluaran PROTON. Taklimat khas telah diberikan oleh En. Azlan, Unit Komunikasi Korporat PROTON berkenaan sejarah dan operasi PROTON.

lawatan Inovasi ke PROTON Tanjung Malim Sdn Bhd.

sempena harI InOvasI

Page 11: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

11Buletin Inovasi 2011

Tempat Ketiga : Perbendaharaan Malaysia

Johan : lembaga Hasil Dalam Negeri (lHDN)

Pertandingan Koir

JANM turut diberi mandat untuk menganjurkan Pertandingan Koir Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Inovasi Kementerian Kewangan 2011. Pertandingan koir ini telah disertai oleh 6 agensi di bawah Kementerian Kewangan iaitu Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Perbendaharaan Negara, lembaga Hasil Dalam Negeri (lHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pertandingan ini telah diadili oleh beberapa orang juri iaitu En. Ghazali Bin Shaaib, wakil dari RTM selaku ketua juri, En. luqman Bin Abd. Aziz, juga dari RTM dan Pn. Soon Yean Wan dari Institut Pendidikan Guru (IPG). Pertandingan koir ini telah dimenangi oleh kumpulan koir dari lembaga Hasil Dalam Negeri (lHDN) dan mendapat wang tunai sebanyak RM3,000 beserta piala. Kumpulan koir dari Bank Simpanan Nasional (BSN) pula telah mendapat tempat kedua, sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 dan tempat ketiga telah dimenangi oleh kumpulan koir dari Perbendaharaan Malaysia dan memenangi wang tunai sebanyak RM 1,000.

Naib Johan : Bank Simpanan Negara (BSN)

Page 12: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

12 Buletin Inovasi 2011

SoRoTaN SamBUTaN haRI INoVaSI 2010

INOVASI PEMACU TRANSFORMASIMajlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kewangan 2010 telah

diadakan pada 1 November 2010 bertempat di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia.

Majlis telah dirasmikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, YAB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Menteri Kewangan Kedua,

YB. Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kewangan 2010 yang

bertemakan "Inovasi Pemacu Transformasi" ini telah mendapat penglibatan aktif dari jabatan-jabatan dan agensi-agensi

Kementerian Kewangan.

Page 13: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

13Buletin Inovasi 2011

Page 14: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

14 Buletin Inovasi 2011

Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Perbendaharaan Malaysia telah melancarkan Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) bagi menyediakan kemudahan permohonan pinjaman perumahan Perbendaharaan secara atas talian (online). Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nozirah Binti Bahari, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) pada 17 Ogos 2011, 10.30 pagi bertempat di Dewan Perhimpunan BPP, Aras 7, Putrajaya.

Pelancaran Portal SPPB ini adalah satu lagi transformasi BPP di dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Melalui Portal SPPB, permohonan pinjaman perumahan Perbendaharaan bagi Harta Pertama yang lengkap diisi oleh pemohon akan mendapat kelulusan secara bersyarat serta-merta. Di dalam borang Portal SPPB juga terdapat kemudahan Pengiraan Anggaran Bayaran Balik Pinjaman Insuran/Takaful secara online apabila pemohon memilih perlindungan bagi harta pinjaman. Pemilihan perlindungan Insuran/Takaful secara online adalah muktamad.

Portal ini juga dilengkapi dengan kemudahan Internet banking melalui perkhidmatan Maybank2U dan cIMBclicks bagi tujuan pembayaran wang proses secara online. Portal ini juga menyediakan kemudahan semakan kepada peminjam bagi status permohonan, status bayaran balik, bayaran kemajuan, penghantaran hakmilik, baki pinjaman serta penyata tahunan.

Melalui pelaksanaan Portal SPPB ini, antara kelebihan yang boleh dimanfaatkan bersama, baik BPP mahupun pemohon adalah:

i. Mempercepatkan proses kelulusan pinjaman perumahan Perbendaharaan;

ii. Mempercepatkan permohonan pinjaman dan memudahkan semakan pinjaman sedia ada;

iii. Mempercepatkan proses pembayaran wang proses melalui kemudahan Internet banking; dan

iv. Memudahkan pemilihan Insuran/Takaful dengan kemudahan Pengiraan Anggaran Bayaran Balik Pinjaman Insuran/Takaful secara online.

Portal SPPB bagi Pinjaman Harta Pertama,https://sppb.treasury.gov.mye-Borang bagi Pinjaman Harta Kedua,http://onlinebpp.treasury.gov.my/eborang/

Page 15: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

15Buletin Inovasi 2011

Pelaksanaan Mobile Web Di JPPH Inovasi yang telah dilaksanakan di JPPH ialah dengan

memperhebatkan penggunaan teknologi maklumat di dalam sistem penyampaian perkhidmatan. Sebagai contoh, Mobile Web dan Push Mail JPPH telah dilancarkan secara rasminya pada 1 Jun 2011.

Mobile Web adalah laman web yang dibangunkan bagi membolehkan laman web di akses melalui telefon bimbit/pintar seperti Apple Samsung Galaxy, Google Android, RIM Blackberry, Windows Mobile dan sebagainya.Menerusi pelaksanaan ini pengguna akan dapat mengakses laman web JPPH melalui telefon bimbit/pintar secara automatik versi mobile atau dipanggil Mobile Web JPPH.

Pelaksanaan Mobile Web di JPPH dan Agensi

Kerajaan yang lain adalah salah satu kriteria yang dinilai dalam penilaian Star Rating oleh pihak Multimedia Development corporation (MDec) bagi Kementerian/Agensi kerajaan .

Pelaksanaan Push Mail bagi penggunaan e-mel Jabatan

Push Mail merupakan satu lagi kemudahan dan teknologi terkini yang telah disediakan oleh pihak Jabatan dalam memudahkan urusan dan operasi Jabatan. Sistem e-mel Jabatan telah dilengkapi dengan teknologi Push Mai apabila projek peningkatan dan perluasan penggunaan sistem e-mel Jabatan kepada seluruh kakitangan JPPH telah dilaksanakan.

Push Mail agi e-mel Jabatan merupakan sistem penghantaran e-mel secara real time ke dalam telefon bimbit/pintar pengguna Jabatan sebaik sahaja e-mel tersebut tiba di server e-mel Jabatan. Dengan kata lainnya, e-mel tersebut akan ditolak/dihantar secara automatik oleh server e-mel Jabatan ke dalam telefon bimbit pengguna apabila ada e-mel baru diterima oleh pengguna Jabatan.

Dengan adanya kemudahan Push Mail ini pengguna jabatan dapat melaksanakan penghantaran dan penerimaan e-mel Jabatan secara mobile di mana sahaja menggunakan telefon pintar/smart phone atau telefon bimbit pengguna tanpa perlu berada di pejabat atau menggunakan komputer.

Program Inovasi yang JPPH Sertai Pertandingan Menulis Esei JPPH telah menganjurkan pertandingan

menulis esei sempena Bulan Inovasi dan Bulan Kemerdekaan peringkat Kementerian Kewangan. Pertandingan tersebut dibuka kepada semua warga Kementerian Kewangan sekitar Putrajaya dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 September 2011.

InovasiJabatan

Penilaian dan perkhidmatan

Harta(Jpph)

SepanjangTahun 2011

BerIta InOvasI

Page 16: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

16 Buletin Inovasi 2011

pRoGRam haRI INoVaSI kWSp 2011 ZON SABAH DI PEJABAT KWSP KOTA KINABAlU,

SABAH PADA 7 JUlAI 2011

Program Hari Inovasi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2011 Zon Sabah telah diadakan pada 7 Julai lalu di Dewan

Plumbago, Pejabat KWSP Kota Kinabalu, Sabah. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Izzriyana Kamalia Abdullah, Ketua Wilayah KWSP Negeri Sabah. Program Hari Inovasi (PHI) ini adalah program tahunan yang diadakan mengikut Zon. Pada 26 April 2011, PHI Zon Timur telah diadakan di Pejabat KWSP Kuantan, Pahang. lokasi seterusnya adalah di Johor Bharu untuk PHI Zon Selatan yang dijangka akan diadakan pada bulan November 2011.

Program ini dianjurkan oleh Seksyen Pengurusan Kualiti Ibu Pejabat dengan kerjasama Seksyen Pengurusan Operasi, KWSP Kota Kinabalu. Peserta program ini terdiri daripada beberapa anggota dari cawangan KWSP seluruh negeri Sabah. Objektif utama PHI ini diadakan adalah untuk:• Meningkatkan penghayatan budaya

berkualiti dan berinovasi• Menggalakkan penglibatan anggota

dalam aktiviti pengurusan kualiti dan inovasi

Pegawai Seksyen Pengurusan Kualiti daripada KWSP terdiri daripada Pn. Hasni

Abdul Samad, En. Azman Ibrahim, cik Nur Azliza Mohammed Ali dan En. Noorismail Umar telah memberikan penyampaian terbaik dalam menjayakan program ini. Puan Nor Idayuniza Rahmat wakil daripada Malaysian Productivity corporation (MPc) Kota Kinabalu juga turut dijemput memberikan taklimat berkenaan dengan kualiti dan inovasi. Selain daripada sesi taklimat berkenaan kualiti dan inovasi, beberapa aktiviti lain juga diadakan seperti i-kuiz, brain teaser, silangkata, i-puzzle dan i-hunt. Program ini ditutup dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang aktiviti yang dipertandingkan.

sempena harI InOvasI

Page 17: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

17Buletin Inovasi 2011

Sejak penubuhan labuan IBFc pada tahun 1990 hingga 2007, penyerahan dokumen berkanun syarikat-syarikat labuan dilakukan secara

manual. Bagi mempertingkatkan keberkesanan dan kelancaran proses pendaftaran atau penubuhan syarikat, labuan Financial Services Authority (FSA) telah memperkenalkan “Mylofsa” pada tahun 2007 iaitu sistem penyerahan dokumen secara dalam talian. Sistem ini memberikan penyelesaian yang lengkap dan bersepadu untuk penyerahan dokumen oleh syarikat amanah, secara tidak langsung memudahkan lagi operasi labuan FSA sebagai pendaftar syarikat labuan. Mylofsa yang diperlengkap dengan teknologi penyelesaian bersepadu Java termasuklah pelayan aplikasi, pangkalan data dan penyediaan dokumen laporan. Sistem secara dalam talian ini juga memudahkan Syarikat Amanah labuan dalam menyediakan borang pendaftaran dan menandatangani dokumen pendaftaran sebelum diserahkan kepada Pendaftar Syarikat, labuan FSA. Sistem ini juga menyediakan pengiraan fi secara automatik semasa penyerahan dokumen kepada labuan FSA secara dalam talian.

Pada Jun 2001, Mylofsa telah ditambahbaikkan untuk mempertingkatkan kelancaran sistem ini bagi memudahkan proses pendaftaran syarikat labuan di mana pendaftaran atau penubuhan sesebuah syarikat labuan boleh diluluskan dalam masa sehari sekiranya semua dokumen dan maklumat yang diperlukan adalah lengkap dan memenuhi keperluan lcA. Sistem yang berkeupayaan dan dipercayai adalah kunci utama Mylofsa di mana ciri-ciri sistemnya boleh dipertingkatkan dan dikemaskinikan mengikut keperluan semasa.

Fungsi-fungsi Mylofsa termasuklah:

1. Meluluskan Permohonan Pendaftaran/Penubuhan Syarikat labuan – Fungsi utama

Mylofsa ialah membolehkan labuan FSA membuat semakan terhadap permohonan pendaftaran atau penubuhan syarikat labuan untuk tujuan kelulusan atau sebaliknya. Oleh yang demikian, process pemohonan dapat diringkaskan dan dipercepatkan. Maklumat yang tersimpan dalam pangkalan data adalah sumber rujukan bagi semua syarikat-syarikat labuan di labuan IBFc.

2. Mentadbir Syarikat labuan – Mylofsa membantu labuan FSA dalam mentadbir syarikat labuan termasuklah memberi kelulusan semula syarikat yang telah ditamatkan pendaftarannya atau sebaliknya. Kemudahan perkhidmatan carian rasmi syarikat labuan di labuan IBFc boleh dilakukan dengan syarat mendapat kebenaran dalam peruntukan lcA.

3. Penyelesaian Bersepadu Kepada sistem perakaunan labuan FSA – Data yang terdapat di dalam Mylofsa boleh diakses oleh labuan FSA bagi tujuan berikut:i. Pembayaran fi tahunan;ii. Pembayaran penalti;iii. Pembayaran caj penyerahan dokumen;iv. Pencetakan resit pembayaran dan

pengeluaran pelbagai surat yang serupa;v. Pembayaran balik untuk fi yang terlebih

bayar; danvi. laporan perakaunan harian dan bulanan.

Mylofsa dilengkapi dengan sistem pemantauan rangkaian bagi memastikan persekitaran rangkaian yang selamat dan teguh serta melindungi kerahsiaan dan keintegrasian maklumat di dalam Mylofsa.

mYLoFSa - Sistem penyerahan Dokumen Secara Dalam Talian

lawati www.mylofsa2.gov.my:8880/login.do

BerIta InOvasI

Page 18: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

18 Buletin Inovasi 2011

Penyerahan Dokumen Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) 2011-2014 daripada Perbendaharaan kepada MAMPU telah berlangsung pada 20 Jun 2011.

Pelan Strategik Teknologi Maklumat Perbendaharaan Malaysia merupakan satu blueprint yang meliputi visi, halatuju dan rangka pembangunan serta pelaksanaan IcT di Perbendaharaan. Pelan ini dibuat bagi memastikan inisiatif-inisiatif IcT yang dirancang adalah sejajar dengan visi IcT Sektor Awam dan dapat menjadi pemangkin kepada Perbendaharaan dalam mencapai hasrat untuk menjadi agensi unggul dalam pengurusan kewangan dan ekonomi negara.

Pelan Strategik IcT ini dirancang untuk tahun 2011 hingga 2014 dengan mengambil kira keperluan IcT semua Bahagian di Perbendaharaan termasuk Bahagian Pinjaman Perumahan dan Unit ePerolehan. Pembangunan Pelan ini diterajui oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat dengan bantuan khidmat perundingan daripada Pasukan Perunding Strategik IcT MAMPU dan kerjasama semua Bahagian di Perbendaharaan. Pembangunan Pelan ini mengambil masa selama 6 bulan bermula dari bulan Jun hingga Disember 2010. Sebanyak 4 teras, 41 inisiatif dan 81 program telah dirancang untuk dilaksanakan. Justeru itu pelan tindakan pelaksanaan turut dirangka dengan penyusunan aktiviti secara teratur melalui KPI yang realistik dan bersesuaian. Ini adalah bagi memastikan pelaksanaan setiap program berjalan dengan lancar dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Pelan Strategik IcT ini dijangka akan dikaji semula sekurang-kurangnya 2 tahun sekali. Ini adalah bagi membuka ruang yang lebih fleksibel kepada perubahan keperluan IcT di Perbendaharaan selaras dengan perubahan-perubahan yang berlaku dari masa ke semasa.

Kementerian Kewangan mengharapkan agar semua program IcT yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna bagi bagi mendukung visi dan misi Perbendaharaan secara keseluruhan. Pengurusan IcT yang cekap dan berkesan berupaya meningkatkan produktiviti dan memberi nilai tambah terhadap perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan.

pSTm pemangkin Capai Visi misi Perbendaharaan

Visi Misi

BerIta InOvasI

Page 19: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

19Buletin Inovasi 2011

Sempena sambutan Hari Inovasi 2011 Kementerian Kewangan Malaysia, Bahagian Pengurusan Belanjawan (BPB) menganjurkan lawatan ke Malaysian Green Technology Corporation yang terletak di Bangi, Selangor. lawatan yang diadakan pada 25 Oktober 2011 telah disertai seramai 23 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Perbendaharaan dan agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Tujuan lawatan diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang Teknologi Hijau selaras dengan dasar kerajaan untuk memperkasakan Teknologi Hijau dalam aspek kehidupan dan pembangunan.

Penerangan berkaitan struktur dan konsep bangunan yang mesra alam ini telah diberikan oleh Pegawai Projek, Pn. Roslina Muhammad.

Pada 28 September 2011, lembaga Hasil Dalam Negeri (lHDN) telah menganjurkan Bual Bicara Inovasi Kementerian Kewangan yang telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Perbendaharaan Malaysia. Majlis yang membicarakan tentang “Inovasi Teras Kecemerlangan Perkhidmatan” itu telah menarik minat seramai 266 orang pegawai dan kakitangan Perbendaharaan.

Program Bual Bicara tersebut dihadiri oleh YBhg. Brigedier General Datuk Masrani bin Paiman, Pengarah MIDAS (Malaysia Institute of Security And Defence), Blue Ocean Strategy Centre,Kementerian Pertahanan Malaysia dan DSP Zainun Abidin bin Uda Mohamad, Pegawai Turus Penyelidik Bahagian latihan, Jabatan Pengurusan Polis Di Raja Malaysia sebagai ahli panel dan Encik Mohd. Nizom bin Sairi, Pengarah, Akademi Percukaian Malaysia, Bandar Baru Bangi, Selangor yang bertindak sebagai moderator pada program tersebut.

Tujuan diadakan program tersebut adalah untuk berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan bersama pemenang Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2010 iaitu Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bual Bicara Inovasi Kementerian Kewangan

lawatan Inovasi ke Malaysian Green Technology Corporation

Green Technology

Info bangunan Malaysian Green Technology Corporation

• Bangunan berkeluasan 4,152 dilengkapi dengan sistem fotovoltaik bersepadu bangunan (BIPV) yang berfungsi sebagai sel menyimpan tenaga solar (suria) 93kwP (kilowatt peak).

• Terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, bangunan setinggi empat tingkat itu agak unik kerana susunan plat silikon (sistem fotovoltaik) kelihatan dari jauh seolah-olah menjadi simbol penggunaan tenaga solar yang maksimum sebagai identitinya.

• Bangunan tersebut dibina pada 2005 dan berjaya disiapkan dua tahun kemudian di kawasan seluas dua hektar dan kini diiktiraf sebagai GEO atau bangunan hijau pertama di negara ini.

• Bangunan itu tidak mengguna langsung tenaga elektrik bagi menerangi ruang pejabat sebaliknya bergantung kepada 100 peratus cahaya siang.

Page 20: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

20 Buletin Inovasi 2011

membudayakan Kreativiti dan Inovasi:

Pemacu TransformasiSektor Awam

PERSEKITARAN masa kini yang begitu kompetitif memerlukan Perkhidmatan Awam memberi fokus kepada inovasi dan kreativiti bagi memacu agenda transformasi sektor awam dan mendukung empat tonggak utama Kerajaan iaitu 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Agensi-agensi sektor awam perlu mengutamakan usaha pengenalan inovasi dalam segala aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan pelanggan. Penghasilan inovasi secara terancang akan dapat menyumbang kepada objektif pembentukan ekonomi berpendapatan tinggi dalam tempoh masa yang singkat.

Kerajaan menetapkan bahawa agenda transformasi negara hendaklah berpaksikan inovasi dan kreativiti. Sebagai peneraju agenda transformasi negara, Perkhidmatan Awam perlu memacu usaha-usaha terancang bagi menjayakan agenda transformasi merentasi semua sektor dalam negara. Dalam konteks Perkhidmatan Awam, inovasi boleh dilaksanakan dalam pelbagai aspek termasuk pengurusan pelanggan, budaya kerja, pengurusan strategik dan kepimpinan organisasi, sumber manusia, kewangan dan aset, teknologi maklumat dan komunikasi (IcT), pengurusan projek pembangunan dan sebagainya.

Saranan Perdana Menteri, YAB. Datuk Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak untuk memberi penekanan kepada aspek inovasi dan kreativiti supaya produktiviti di sektor awam dapat ditingkatkan secara berganda (quantum leap) dan akhirnya mengangkat Perkhidmatan Awam Malaysia ke tahap

yang lebih tinggi. langkah pertama ke arah merealisasikan matlamat itu adalah melalui pengamalan proses, pendekatan dan budaya berteraskan ciri-ciri inovatif dan kreatif dalam Perkhidmatan Awam sendiri.

Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menggalakkan amalan-amalan inovatif dan kreatif, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan garis panduan bertajuk Peningkatan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam.

Pekeliling ini bertujuan memberi panduan kepada jabatan dan agensi Kerajaan tentang keperluan usaha-usaha untuk meningkatkan budaya inovasi serta pelaksanaan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam yang berkuat kuasa mulai tahun 2010.

Panduan ini menerangkan tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh ketua-ketua jabatan bagi menggalakkan budaya inovasi dan kreativiti secara menyeluruh. Selain itu, panduan juga boleh digunakan oleh Unit Inovasi di setiap agensi Kerajaan untuk menyusun strategi bersesuaian bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih inovatif dan dapat memenuhi ekspektasi serta melangkaui kehendak pelanggan dan stakeholders.

Inovasi dalam konteks Perkhidmatan Awam ditafsirkan sebagai cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Idea-idea tersebut boleh diperoleh dari dalam atau luar atau melalui proses penyelidikan dan pembangunan sebagai idea baru atau diadaptasi untuk diguna pakai mengikut

keperluan jabatan dan agensi. Inovasi yang dihasilkan hendaklah berupaya menambah output dan outcome semasa serta membawa transformasi dan perubahan kepada amalan sedia ada.

Inovasi boleh berbentuk produk, perkhidmatan, proses atau teknologi. Skop pelaksanaan inovasi bagi transformasi Perkhidmatan Awam adalah luas dan merangkumi proses yang menyeluruh termasuk inovasi tadbir urus, inovasi kemasyarakatan (societal innovation), inovasi bandar, inovasi desa, inovasi korporat, inovasi industri, inovasi pendidikan, inovasi penjagaan kesihatan, inovasi pengangkutan, inovasi jaringan keselamatan sosial dan inovasi penjenamaan.

Ia boleh melibatkan perubahan ketara dari segi sistem dan prosedur, borang, lesen dan permit, undang-undang dan peraturan. Bagi membolehkan pembentukan budaya inovasi secara sistematik, setiap jabatan dan agensi Kerajaan perlu mengadakan struktur pengurusan inovasi dengan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Inovasi masing-masing.

Menerusi jawatankuasa itu beberapa tindakan boleh dilakukan untuk menyumbang kepada peningkatan budaya inovasi antaranya mengadakan Pelan Tindakan Inovasi Organisasi, meningkatkan program kesedaran, menyediakan saluran cadangan inovasi dari warga organisasi dan cadangan inovasi daripada pelanggan, menubuhkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif - (KIK) serta menganjurkan organisasi pembelajaran, pengurusan ilmu, pengiktirafan dan promosi.

artIKel

Page 21: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

21Buletin Inovasi 2011

Contoh Impak hasil Inovasi:

1. mykaD di JpN melaka• Konsep ‘Tunggu dan Siap’ Sebelum Inovasi - 10 hari /80jam Selepas Inovasi – 1 hingga 2 jam

• Kekerapan kunjungan Sebelum Inovasi – Pelanggan perlu hadir dua

kali Selepas Inovasi – Pelanggan hadir satu kali

• Impak Inovasi Penjimatan masa : 97.5 peratus

2. hospital putrajaya• Konsep ‘SMS dan Take N Go’ Sebelum inovasi:

- Peskripsi bekalan separa diproses pada waktu puncak (11 pagi hingga 1 tengahari)

- Tidak dapat dipenuhi standard 30 minit untuk dapatkan ubat di kaunter Farmasi Klinik Pakar (tempat letak kereta: 10 minit + Kaunter Pendaftaran: 15 minit + Kaunter Farmasi: 30 Minit = 55 minit)

- Hanya 64 peratus pesakit Farmasi Klinik Pakar mendapat ubat dalam masa 30 minit

- Pesakit mengadu tentang masa menunggu- Beban kerja yang tinggi di Farmasi Klinik

Pakar

Selepas Inovasi:- Pesakit dapat mengambil ubat serta-merta

di kaunter 'Take N Go'- 95 peratus pesakit Farmasi Klinik Pakar

mendapat ubat dalam masa 30 minit- Trend Standard Pencapaian KPI

perkhidmatan meningkat- Preskripsi ulangan dapat dijadualkan

mengikut kehendak pesakit- Proses pendispensan ubat di Kaunter

Farmasi & Kaunter SMS 'Take N Go' lebih lancar

3. imigresen• E-passport• Menaiktaraf pejabat penerima passport

Malaysia kepada Pejabat Pengeluar Pasport di pejabat cawangan negeriSebelum inovasi – tujuh hari bekerjaSelepas inovasi – 1 jam hingga 2 jam

• Kesan terhadap penjimatan masaSebelum inovasi – tiga hariSelepas inovasi – 1 jam

• Kesan terhadap kekerapan kunjunganSebelum inovasi – pelanggan perlu hadir dua kaliSelepas inovasi – pelanggan hadir sekali

peranan ketua Jabatan/Jawatankuasa pemandu Inovasi

• Menentukan dasar dan strategi bagi menggalakkan penjanaan idea serta pembangunan dan penyelidikan (R&D)

• Menetapkan amalan dan proses yang menyokong peningkatan inovasi

• Menyelaras dan memantau usaha-usaha pembudayaan inovasi merangkumi program latihan dan pemikiran kreatif

• Memberi pengiktirafan kepada warga jabatan yang menghasilkan inovasi

• Mempromosi dan berkongsi inovasi yang dihasilkan

Bagaimana kumpulan Inovatif dan kreatif (kIk) menyumbang kepada peningkatan budaya inovasi?

• Penghasilan idea-idea• Memupuk nilai-nilai kerja positif• Memperkenal dan memperbaiki sistem dan

cara kerja baru• Membimbing dan berfikiran kreatif• Kemampuan menyelesaikan masalah• Penciptaan nilai (value creation)

Page 22: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

22 Buletin Inovasi 2011

INoVaSI mENERUSI amaLaN PerseKiTaran BerKUaliTi 5s

Penjanaan idea-idea baru akan menghasilkan produk-produk inovatif baru yang lebih baik dan berkualiti. Pengurusan berkualiti bermakna banyak peluang penambahbaikan atau inovasi dapat dilakukan. Dari semasa ke semasa inovasi telah banyak dilaksanakan

terutama yang melibatkan pengurusan pelanggan dan dapat menghasilkan kepuasan pelanggan yang sangat tinggi.

Kementerian Kewangan tidak ketinggalan berbanding organisasi cemerlang lain dengan pengamalan pengurusan secara berkualiti. Ini dapat dilihat daripada pencapaian Kementerian Kewangan yang membanggakan dari segi pelaksanaan standard dan amalan 5S dari semasa ke semasa.

Perbendaharaan Malaysia misalnya pada 26 Julai 2011 telah memperoleh pembaharuan persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti atau 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPc) bagi kali kedua. Bahagian Pinjaman Perumahan juga telah memperoleh pembaharuan persijilan tersebut buat kali ketiga.Jabatan Kastam Diraja pula telah Berjaya mendapat persijilan Amalan Berkualiti yang merupakan agensi kerajaan pertama yang dianugerahkan sijil 5S daripada MAMPU.

Inovasi dalam pelaksanaan 5S telah dapat menghasilkan tempat bekerja yang lebih bersih, tersusun, ceria dan menjimatkan kos penyenggaraan serta pengurusan kerja yang lebih cekap.

Justeru amalan 5S ini sememangnya banyak memberikan faedah dan perubahan persekitaran tempat bekerja dan perlu dijadikan budaya di Kementerian Kewangan.

Pencapaian-pencapaian ini membuktikan Kementerian Kewangan berada di landasan yang tepat dalam mencapai sebahagian dari visinya untuk menjadi sebuah organisasi contoh melalui perlaksanaan sistem kualiti. Sehubungan itu Kementerian Kewangan telah pun dilawati oleh agensi-agensi yang ingin belajar dari aspek pengurusan kualiti dan pengurusan kewangan serta Amalan 5S.

Page 23: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

23Buletin Inovasi 2011

membudaya Inovasi , memacu Transformasi

APA KATA MEREKAaPa KaTa mereKa

"Inovasi adalah cetusan idea-idea baru dan segar yang boleh meningkatkan

kualiti dan produktiviti sesuatu perkhidmatan atau teknologi. Dengan

inovasi barulah adanya transformasi

dan perubahan ke arah

kecemerlangan dan kejayaan sesebuah

organisasi"

"Setiap organisasi perlu ada transformasi

terutama dalam sistem penyampaian

perkhidmatan. perlu ada pengurusan yang inovatif bagi memenuhi kehendak pelanggan dengan

cepat dan pantas. Contohnya, Sistem pinjaman perumahan Bersepadu (SppB),

ia merupakan satu transformasi dan inovasi yang sangat membanggakan"

"Inovasi adalah keupayaan kita untuk mempunyai minda yang terbuka kerana

sesuatu transformasi itu perlu untuk setiap individu itu melangkah ke hadapan dan sedia menghadapi perubahan dan cabaran"

"Budaya inovasi adalah kesediaan kita untuk berubah, mencuba kaedah dan cara yang baru dalam seluruh aspek kehidupan untuk kemakmuran, kesejahteraan dan kelestarian menerusi kreativiti. Transformasi pula menjurus kepada penambahbaikan dan penyesuaian kepada pemikiran, idea atau gagasan sedia ada

sehingga memberi nilai tambah baru yang boleh diguna pakai, dimanfaatkan, dijadikan asas serta dasar lebih produktif, dan bagi produk serta perkhidmatan, dikomersialkan"

"kita seharusnya mengorak langkah ke hadapan dengan mencetuskan

pelbagai inovasi untuk mencipta kejayaan demi kejayaan. Transformasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikecapi tetapi dengan iltizam dan

semangat yang tinggi ianya tidak mustahil"

"

Tuan Haji Abdullah Suhaimin Bin Md Yunus, Bahagian Perancangan Korporat

Sarifah Izura binti Syed Aris, Jabatan Akauntan Negara

Muhammad Firdaus bin Ibrahim, Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Wan Mohd Muzamri Wan Musa, Bahagian Pinjaman Perumahan

Faridah Yahya, Unit Komunikasi Korporat

Page 24: Keluaran Khas, Oktober 2011 - · PDF filepengajian tinggi, pelajar sekolah, ... ii. pertandingan menulis Esei kemerdekaan sempena Sambutan Bulan ... adalah untuk menyediakan kemudahan

24 Buletin Inovasi 2011

TAHUKAH anda bagaimana iklan kereta terpakai secara berani mengisytiharkan bahawa kereta yang mahu dijual itu adalah milik seorang doktor atau wanita? Sudah tentu anda pernah berdepan dengan jurujual yang dengan bangganya mengumumkan produk mereka dari Itali dan tidak dari bahagian lain di dunia?Kebanyakan kita mungkin pernah melalui pengalaman sama. Apa yang dimaksudkan di sini ialah kekuatan persepsi. Mari kita selidik contoh daripada iklan kereta tadi.

Apa bezanya jika pemilik kereta itu seorang doktor atau penjual daging?Semuanya berkaitan dengan persepsi. Hanya jurujual kereta terpakai mengetahui mengenainya, tetapi mereka tetap mengeksploitasinya. Jika seorang doktor menasihati kita untuk hidup secara sihat, mereka juga perlu menjaga kesihatan mereka. Jika mereka menjaga kesihatan mereka melebihi orang lain, dengan kata lain mereka juga diandaikan akan turut menjaga kereta mereka dengan penuh ‘kasih sayang’. Inilah yang jurujual kereta terpakai mahu anda percaya.

Tetapi realiti dan persepsi adalah dua keadaan yang jauh berbeza. Ketika saya percaya ramai doktor menjaga kereta mereka dengan baik, ramai juga doktor yang tidak mengambil kisah mengenai perkara itu.

Kita tidak menafikan ada juga segelintir doktor yang mempunyai tabiat buruk ketika berada di jalan raya. Fakta bahawa doktor dilatih untuk menyembuhkan orang tiada kaitan dengan bagaimana mereka menjaga kereta atau harta yang lain. Mereka adalah manusia biasa, seperti anda dan saya.

Begitu juga dengan pemandu wanita. Persepsi bahawa mereka adalah seorang ibu dan pengasuh yang baik tidak semestinya mereka seorang penjaga kereta yang baik. Oleh itu, membeli kereta terpakai yang pernah dimiliki oleh seorang wanita dijamin dijaga dengan baik, adakah ia fakta atau persepsi?

Saya tahu ramai pemandu wanita yang hanya tahu mengisi minyak ke dalam tangki kereta dan memandunya sehingga ia rosak. Kenyataan bahawa seorang wanita menyelenggara kereta mereka secara rutin mungkin hanya satu ilusi?Bagaimanapun, inilah yang jurujual kereta terpakai mahu anda percaya. Jika tidak, kenapa mereka bersungguh-sungguh membuat kenyataan seperti itu.Persepsi adalah satu bentuk kepintaran yang licik tanpa menyatakan keinginannya. Ia umpama seseorang membawa anda ke air, membuatkan anda minum. Tetapi pada masa sama, tindakan untuk meminum air itu seolah-olah adalah keputusan anda sendiri.

Bertanyalah kepada ahli politik yang berpengalaman dan beliau akan memberitahu bahawa satu-satunya realiti adalah apa yang anda lihat. Tetapi bagi kebanyakan orang, realiti itu adalah persepsi mengenai dunia dan kehidupan.

Seorang pereka cipta juga perlu sentiasa waspada bahawa persepsi boleh menghalang proses berfikir secara kritikal. Pereka cipta perlu menjadi seorang pemikir kritikal. Seseorang itu, perlu dapat membezakan antara fakta dan maklumat daripada persepsi dan pendapat.

contohnya, orang New York dikatakan tidak sopan dan kurang mesra, manakala orang New Zealand lebih mesra dan mempunyai semangat kejiranan yang kuat. Asam laksa terbaik adalah dari Pulau Pinang.

Persepsi dan pendapat sering dilihat sebagai fakta, menjadikan sesuatu penilaian menjadi lebih sukar. Ada kalanya, pelbagai istilah hebat dan menakutkan digunakan seperti firasat atau naluri.

Bagaimana anda dapat mencabar seseorang yang mempertahankan hujah serta pandangannya sebagai satu wawasan dan pada masa ia tidak dapat dijelaskan sama ada secara logik atau alasan lain. Apapun sama ada ia satu persepsi atau

pendapat, lazimnya memberi penjelasan atau jawapan mudah adalah pendekatan terbaik.

Persepsi umum menjelaskan bahawa ‘kesederhanaan sama seperti merendah diri’ adakah hanya itu? Pereka cipta harus berupaya untuk menjadikan situasi itu mudah, sama seperti munculnya jawapan yang mudah. Ini adalah matlamat utama pemikiran kritikal iaitu untuk sampai ke akar permasalahan.

Ketika syarikat komputer dan telekomunikasi Apple mahu melakukan perubahan, pelbagai cadangan diberikan oleh eksekutif kanannya. Sesetengahnya berpendapat Apple sebagai sebuah syarikat yang unggul wajar bergerak lebih jauh dengan membuat produk yang berbeza daripada syarikat lain bagi sektor pasaran tertentu. Eksekutif lain pula mengatakan Apple sebagai juara perisian canggih boleh menerokai produk baru bagi menyelesaikan masalah yang kompleks.

Bagaimanapun, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc, Steve Jobs, tidak tertarik dengan persepsi pemasaran seperti itu. Beliau ingin turun padang melihat sendiri permasalahan dan memahami apa yang pelanggan di jalanan mahu. Hasilnya, Apple hari ini berdiri megah sebagai syarikat berasas hiburan lebih daripada sekadar syarikat pengeluar komputer atau pengilang peranti perisian.

Kesederhanaan itu sendiri menjadi asas kepada munculnya iPod. Pelanggan bersetuju dengan pendekatan itu dan kini lebih 30 juta iPod sudah dijual.

Sebagai pereka cipta, anda perlu berani untuk membezakan antara realiti dan persepsi. Adakah anda mempunyai pemahaman yang jelas mengenai siapa anda sebenarnya? Adakah anda sanggup membenarkan persepsi menghalang pandangan anda terhadap realiti? Justeru, dunia mana yang anda tinggal – yang asli atau yang hanya diwarnai oleh persepsi yang dicipta oleh persekitaran anda?

persepsi halang pemikiran kritikal

Oleh YBhg. Datuk Dr Kamal Jit SinghPenulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif UNIK

Unit Inovasi Khas, Pejabat Perdana Menteri.Sumber : Berita Harian

artIKel


Top Related