Transcript

Keluaran Bil:1/2015

Percuma

m/s 3 LAWATAN

Ketua Pengarah ke JPBD Melaka.

m/s 7 BENGKEL Kick Off & Sesi Dialog Bersama

“Key Player” Pembangunan

Negeri Melaka Untuk Kajian

Rancangan Struktur Negeri Melaka

2035.

m/s 4 BENGKEL Penambahbaikan Garis Panduan &

Piawaian Perancangan.

MENARIK DI DALAM

m/s 9 -10 SUKAN Karnival Sukan Nasional

SUKNA ke 17

m/s 13 - 14 LEMBAGA RAYUAN

Negeri Melaka

m/s 16 -17 MESYUARAT

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI Melaka 2015

m/s 15 Mesyuarat Rancangan Korporat Jabatan 2015

1. Sidang Redaksi …ms 1

2. Perutusan Pengarah …ms 2

3. Lawatan Ketua Pengarah ke JPBD Melaka

…ms 3

4. Bengkel Penambahbaikan Garis Panduan & Piawaian Perancangan

…ms 4

5. Garis Panduan Piawaian Perumahan Semenanjung Malaysia

…ms 5 - 6

6. Bengkel Pengukuhan Tahap Kemampanan Bandar - Sistem Pengangkutan Awam

Negeri Melaka

…ms 7

7. Bengkel Kick Off & Sesi Dialog Bersama “Key Player” Pembangunan Negeri Melaka untuk Kajian Rancangan Struktur Negeri Melaka 2035

…ms 7

8. Salam Aidilfitri …ms 8

9. Sukan Nasional SUKNA ke 17 …ms 9 - 10

10. Sambutan Hari Kemerdekaan ke 58 #sehatisejiwa

…ms 11

11. Waqaf Korban JPBDM …ms 12

12. Lembaga Rayuan

…ms 13 - 14

13. Mesyuarat Rancangan Korporat Jabatan 2015

…ms 15

14. Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri

…ms 16 - 17

سيدڠ ريدقسي ايسي كندوڠنSIDANG REDAKSI ISI KANDUNGAN

En. Zaruddin Bin Samian

En. Mohd Zulfadhli Bin Abd Wahid

Pn. Nur Sharina Binti Hamdan

Pn. NorHapiza Binti Abu Kassin

Cik. Norfaiza Binti Talip

En. Haris Bin Arifin

Pn. Hjh. Norisah Binti Ahmad

Pengarang

Grafik & Fotografi

Pn. Suryati Binti Mkod Anuar

EDISI 1 | 2015 1

Penasihat

Pengarah En. Mohd Faidzal Bin Hamzah

Ketua Penolong Pengarah

Pn. Fitri Binti Hj Abd Rahman

Editor

En.ZulAzhar Bin Abd Ghani Ketua Penolong Pengarah

الم عليكم ورحمة هللا وبركاته الس

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya memberi saya kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata di dalam penerbitan buletin perancangan tahun 2015. Tahniah diucapkan kepada semua sidang redaksi yang bertungkus lumus memberi komitmen yang tinggi dalam menerbitkan buletin ini.

PERUTUSAN PENGARAH

EDISI 1 | 2015 2

ڤروتوسن ڤڠاره

Sesungguhnya, penerbitan buletin tahun 2015 ini melangkah dimensi baru dengan banyak menyalurkan banyak informasi berkenaan dengan program perancangan serta pembangunan di peringkat negeri dan kerajaan persekutuan di samping berita semasa JPBD Melaka. Buletin ini ternyata mampu memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua terutama agensi pelaksana perancangan dalam membangunkan Negeri Melaka amnya. Buletin ini juga bukan sahaja menjadi sumber rujukan dan sekaligus akan menjadi bahan dokumentasi utama jabatan. Di samping itu, penerbitan buletin ini juga akan menjadi imej kepada jabatan dan berfungsi meningkatkan kualiti kerja dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Justeru, kepada pihak yang terlibat samada agensi pelaksana atau warga JPBD sendiri diharap keluaran buletin tahun 2015 ini menjadi pencetus kreativiti yang tinggi dalam meningkatkan prestasi kerja demi membangunkan Negeri Malaka selaras dengan dasar kerajaan negeri dalam meneruskan agenda sebagai Negeri Maju Fasa ke II. Akhir kata, saya mengucapkan syabas kepada semua lapisan pegawai JPBD Melaka di atas segala usaha yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab bagi merealisasikan matlamat jabatan dan khususnya kepada semua kakitangan samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan dan menerbitkan buletin tahun 2015.

Sekian, Terima kasih

MOHD FAIDZAL BIN HAMZAH

LAWATAN

EDISI 1 | 2015 3

KETUA PENGARAH

Lawatan kerja Ketua Pengarah JPBD Semenanjung Malaysia, Datin Paduka Dr Dahlia Binti Rosly ke JPBD Melaka telah dilaksanakan pada 9 Mac 2015. Lawatan ini bertujuan untuk merapatkan silatulrahim dan beramah mesra dengan kakitangan JPBD Negeri Sempena Agenda lawatan beliau ke seluruh JPBD Negeri. Beliau juga membuat lawatan ke SUK Negeri Melaka sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.

SALAM BENGKEL PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN & PIAWAIAN PERANCANGAN

بيڠكيل

Telah diadakan pada 19 – 21 Mac 2015 bertempat di Concorde Hotel Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Bengkel percambahan fikiran ini melibatkan penyertaan dari 4 PBT Negeri Melaka, Unit Kerajaan Tempatan, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Melaka bagi mengkaji dan menambah baik garis panduan dan piawaian perancangan sediada yang digunapakai oleh jabatan untuk mengulas dan memberikan kelulusan perancangan.

EDISI 1 | 2015 4

MERANGKUMI :-

i. GP Perancangan Perumahan Berbilang Tingkat (JPBD 2/99). ii. GP dan Piawaian Perancangan Perumahan Kos Sederhana Satu dan Dua Tingkat (JPBD 2/2003). iii. GP dan Piawaian Perancangan Kos Sederhana Rumah Pangsa (JPBD 3/2003). iv. GP Perancangan Susun Atur Yang Optima Bagi Kawasan Perumahan (JPBD 4/2003).

Penekanan kepada pencapaian tiga matlamat asas iaitu mencukupi

(adequate), mampu milik (affordable) dan berkualiti (quality)

secara bersepadu.

PEMBENTUKAN DASAR PERUMAHAN

Perlu berteraskan kepada melahirkan komuniti

sejahtera.

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PERUMAHAN

Perlu membentuk kediaman dan kejiranan yang berkualiti,

indah dan harmoni.

i. Reka bentuk susun atur perumahan mengabaikan pemeliharaan topografi dan pengekalan elemen semula jadi.

ii. Kemudahan masyarakat dan infrastruktur yang tidak mencukupi, kurang berkualiti dan ditempatkan di lokasi yang tidak strategik.

iii. Sistem jalan raya dan perhubungan yang tidak menyeluruh, kurang selamat dan kurang pertimbangan kepada penyediaan ruang berjalan kaki dan berbasikal.

iv. Penyediaan tanah lapang dan kawasan rekreasi yang kurang mencukupi ,terletak di lokasi yang kurang sesuai serta tidak terselenggara.

v. Kurang pertimbangan dalam reka bentuk susun atur pembangunan dan bangunan kepada keperluan golongan OKU, warga emas dan kanak-kanak.

ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PEMBANGUNAN PERUMAHAN

Penawaran yang sentiasa mencukupi - mampu milik

dan mampu bayar

Pembangunan yang bersifat ‘self-contained’ dan

bercampur- kemudahan berkualiti di lokasi strategik.

Persekitaran tempat tinggal yang selamat, kondusif,

selesa dan mesra pengguna.

Alam sekitar semulajadi yang terpelihara -

pemeliharaan topografi dan penyesuaian dengan

persekitaran semulajadi

Alam sekitar semulajadi yang terpelihara -

pemeliharaan topografi dan penyesuaian dengan

persekitaran semulajadi

Budaya kebersihan dan mencintai keindahan.

Menggalakkan kemesraan dan interaksi sosial.

PRINSIP PERANCANGAN

PENGUKUHAN KERANGKA PERANCANGAN

STRATEGI PEMBANGUNAN PERUMAHAN

PENDEKATAN PERANCANGAN PERUMAHAN

EDISI 1 | 2015 5

Menggalakkan interaksi dan hubungan sosial antara

penduduk melalui susun atur

PEMANTAPAN KONSEP KEJIRANAN

PEMANTAPAN KONSEP KEJIRANAN HIJAU

Penerapan ciri-ciri kejiranan hijau dalam susun atur

perumahan.

PENERAPAN KONSEP KEDIAMAN SELAMAT

• Membangunkan persekitaran perumahan yang selamat.

• Penerapan konsep ini adalah berasakan kepada strategi dan langkah-langkah pencegahan jenayah melalui reka bentuk persekitaran (CPTED) • Ciri-ciri kediaman selamat di dalam susun atur perumahan

Pemajuan perumahan bertanah - melebihi 5 ekar *

Pemajuan perumahan berbilang tingkat - melebihi 3 ekar atau melebihi 250 unit

KAWALAN PEMAJUAN PERUMAHAN

KAWALAN AM KELULUSAN

- Keutamaan kelulusan kepada tapak yang dizonkan sebagai perumahan di dalam Rancangan Tempatan.

- Kawasan TOD dan Zon Perancangan Pusat pemajuan perumahan digalakkan secara bercampur (mixed-use) dan berkepadatan tinggi.

KAWALAN UNIT PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN DALAM PEMAJUAN

PERUMAHAN

- Aktiviti perdagangan tertakluk kepada jumlah unit perumahan dan keluasan kawasan perdagangan tidak melebihi 5% daripada jumlah keseluruhan unit perumahan atau keluasan tapak pembangunan.

- Aktiviti perindustrian tidak dibenarkan

PERUNTUKAN RUMAH KOS RENDAH DALAM PEMAJUAN PERUMAHAN

“Kerajaan Negeri diberi fleksibiliti dalam penentuan kuota rumah kos rendah (RKR) yang perlu dibina dalam projek pemajuan bercampur

mengikut kesesuaian lokasi dan permintaan”

- Saiz keluasan / jumlah unit pembangunan yang perlu menyediakan rumah kos rendah

KAWALAN DAN PANDUAN PERANCANGAN TAPAK

- Kesesuain Tapak - Tidak dibenarkan di kawasan berisiko

bencana alam, KSAS dan kawasan yang telah disahkan tidak selamat.

- Aksesibiliti - Pemeliharaan Topografi dan Alam Semulajadi - Orientasi

PERANCANGAN SISTEM JALAN RAYA DAN PERHUBUNGAN

- Rekabentuk jalan raya - Penerapan Pendekatan New Urbanism dalam

Perancangan Hierarki dan Rekabentuk Jalan Raya

a) Pengangkuta awam sebagai mod utama dan menggalakkan budaya berjalan kaki - Penyediaan Lorong Basikal dan Lorong Pejalan

Kaki : a) Matlamat ‘walkable community’ tercapai

- Penyediaan Kemudahan Masyarakat - Penyediaan Rumah Ibadat dan Tempat Keagamaan - Penyediaan Tanah Perkuburan - Penyediaan Kemudahan Infrastruktur dan Utiliti - Penyediaan Tanah Lapang Awam dan Kawasan Rekreasi - Landskap dan Penanaman Pokok Kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) Kemudahan Tempat Letak Kenderaan

KEMUDAHAN BERKAITAN PERUMAHAN

samb..

EDISI 1 | 2015 6

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PERUMAHAN

* Negeri Melaka pemajuan perumahan bertanah melebihi 8 ekar.

BENGKEL

PENGUKUHAN TAHAP KEMAMPANAN BANDAR - SISTEM PENGANGKUTAN AWAM NEGERI MELAKA

Telah diadakan pada 29 Mei 2015 bertempat di King Green’s Hotel Melaka. Bengkel ini membuat semakan data dan membuat pengesahan data yang telah dimasukkan dalam Gerbang Murninets. Agensi yang terlibat terdiri daripada 4 PBT iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Majlis Perbandaran Jasin.

EDISI 1 | 2015 7

KICK OFF & SESI DIALOG BERSAMA “KEY PLAYER” PEMBANGUNAN NEGERI MELAKA UNTUK KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI MELAKA 2035

Telah diadakan pada 9-10 Jun 2015 bertempat di Pulai Springs Resort Berhad Johor Bharu. Bengkel ini bagi tujuan membuat penilaian semula untuk menetapkan halatuju pembangunan termasuk visi, misi, matlamat dan objektif selaras dengan dasar dan polisi kerajaan negeri ke arah Melaka Maju Fasa ke II, Negeri Bandar Teknologi Hijau

BENGKEL

SALAM AIDILFITRI

EDISI 1 | 2015 8

سالم عيدالفطريdaripada kami warga JPBD Melaka

EDISI 1 | 2015 9

BOLA JARING

Pendaftaran Kontinjen-Kontinjen

BOLING

FUTSAL

SEPAK TAKRAW

JPBD Melaka menjadi tuan rumah penganjuran Sukan Nasional Perancangan Bandar dan Desa Malaysia ke 17 2015 (SUKNA ke XVII) mewakili Zon Selatan. Universiti Teknologi Melaka (UTEM) menjadi tempat perkampungan peserta yang mana di anggarkan hampir 686 orang peserta yang mengambil bahagian dalam 18 acara sukan yang di pertandingkan di mana peserta-peserta yang terlibat terdiri dari tujuh zon iaitu Zon Utara, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Ibu Pejabat, Zon Sabah dan Zon Sarawak. Di antara acara sukan yang dipertandingkan adalah Bola Jaring Badminton, Boling, Ping Pong, Sukaneka, Bola Sepak Sepak, Takraw, Bola Tampar, Karom dan Dart. Zon Selatan telah memenangi 7 pingat Emas iaitu dalam acara Tenpin Boling Berpasukan Wanita&Lelaki & Tenpin Boling Master Lelaki & Perempuan, Bola Jaring, Karom Campuran, Futsal Wanita. 6 pingat Perak bagi acara Badminton Wanita, Bola Sepak, Bola Tampar Lelaki, Bola Tampar Wanita, Dart Campuran dan Sukaneka manakala Ping Pong Campuran zon selatan memperolehi pingat gangsa.

KAROM

EDISI 1 | 2015 10

SAMBUTAN

EDISI 1 | 2015 11

Perarakan Hari Kemerdekaan yang ke 58 diadakan di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir, Melaka dimana tempat Pengisytiharaan tarikh Kemerdekaan Oleh Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Raptai penuh

Sambutan hari kemerdekaan

29 ogos 2015

HARI KEMERDEKAAN KE 58 HARI KEMERDEKAAN KE 58

EDISI 1 | 2015 12

WAQAF QURBAN

2015

Telah diadakan pada 26 September 2015 bertempat di Taman RKSK Bukit Katil. Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa KSSK JPBD Melaka (2013) dengan bantuan dan khidmat nasihat oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) melalui kaedah Skim Tabung Jabatan Qurban YAPEIM.

10 ZULHIJJAH

L

embaga Rayuan

Manakala kaedah lembaga rayuan negeri melaka pula telah diwartakan pada 11 mac 2004 dan telah berkuat kuasa serta merta pada hari yang sama. Lembaga rayuan ini berfungsi untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mengemukakan rayuan sekiranya merasa terkilan atau tidak berpuas hati dengan keputusan kebenaran merancang dibawah peruntukan subseksyen 22(3) yang diberi oleh pihak berkuasa tempatan. Keputusan tersebut boleh dikemukakan untuk dipertimbangkan semula kepada lembaga rayuan, dimana : Lembaga rayuan akan berfungsi sebagai satu badan berkecuali (Independent Body) yang dilantik oleh pihak berkuasa negeri bagi menyelesaikan pertikaian antara perayu dan pihak berkuasa tempatan khususnya yang terlibat dengan keputusan kebenaran merancang samada perayu tersebut sebagai pembantah, pemohon, pemilik atau pengguna yang merasa terkilan. Lembaga rayuan juga merupakan suatu tribunal yang bertanggungjawab mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan terhadap kes-kes yang dinyatakan dibawah akta 172, akta perancangan bandar dan desa 1976 (akta 172). Keputusan yang dibuat oleh lembaga rayuan terhadap sesuatu rayuan dihadapannya adalah muktamad, dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah, dan hendaklah mengikat semua pihak kepada rayuan itu atau yang terlibat dalam perkara itu. Selaras dengan maksud kanun keseksaan (akta 574) lembaga rayuan adalah sama seperti suatu mahkamah dan setiap ahlinya disifatkan sebagai penjawat awam.

Berikut adalah kronologi perlantikan pengerusi, timbalan pengerusi dan ahli lembaga rayuan negeri melaka 2015-2018 • Keputusan pelantikan pengerusi, timbalan

pengerusi dan ahli lembaga rayuan sesi 2015-2018 telah diangkat dan diluluskan oleh Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka bil 31/2014 (MMKN) pada 15 Oktober 2014 dan telah disahkan pada 30 Oktober 2015.

• Keputusan perlantikan pengerusi dan

timbalan pengerusi lembaga rayuan ini juga telah diangkat dan dipersetujui serta diluluskan oleh Yb menteri kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia pada 3 Mac 2015.

• Seterusnya pelantikan pengerusi, timbalan

pengerusi dan ahli lembaga rayuan ini telah diwartakan melalui warta kerajaan negeri melaka pada 9 April 2015.

• Ahli lembaga rayuan yang dilantik akan

berkhidmat selama 3 tahun, bagi sessi 2015-2018 iaitu bermula dari 9 April 2015 – 8 April 2018

LEMBAGA RAYUAN NEGERI MELAKA TELAH DITUBUHKAN BERDASARKAN PERUNTUKAN DI BAWAH SUBSEKSYEN 36, AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172, DAN KAEDAH-KAEDAH LEMBAGA RAYUAN (NEGERI MELAKA) 2004. MESYUARAT MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (MMKN) YANG TELAH BERSIDANG PADA 18 FEBRUARI 2004 TELAH BERSETUJU TERHADAP PENUBUHAN LEMBAGA RAYUAN DAN DISAHKAN PADA 25 FEBRUARI 2004.

EDISI 1 | 2015 13

Terdapat Beberapa Perkara Yang Boleh Dirayu Oleh Perayu Di Bawah Peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa Akta 172 Iaitu:

Rayuan terhadap kebenaran merancang dibawah seksyen 23 (1)(a) dan (B) iaitu sekiranya berlaku rasa tidak puas hati atau rasa terkilan dengan keengganan pihak pbt untuk memberi kebenaran merancang atau syarat-syarat yang dikenakan dalam sesuatu kebenaran merancang.

Rayuan juga boleh dilakukan oleh pemilik tanah berjiran yang telah membantah di bawah seksyen 21(6) berhubung permohonan untuk kebenaran merancang.

Rayuan terhadap amaun pampasan dibawah seksyen 25 (9) iaitu jika seseorang terkilan dengan amaun sesuatu pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya, ia boleh merayu kepada lembaga rayuan untuk menaksir semula amaun tersebut.

Rayuan terhadap notis permintaan dibawah seksyen 25(9) iaitu bagi seseorang yang terkilan dengan sesuatu notis permintaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan (pbpt);

Meminta supaya dihentikan penggunaan itu; atau

Mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis permintaan itu; atau

Meminta supaya langkah-langkah yang dinyatakan dalam notis permintaan itu diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan atau kerja itu;

Rayuan terhadap pampasan notis permintaan dibawah seksyen 30(2) iaitu sekiranya seseorang tidak berpuashati dengan jumlah amaun pampasan yang telah diberikan kepadanya daripada pihak berkuasa perancang tempatan (pbpt); berbanding dengan jumlah kerosakan atau menyebabkan susut nilai ke atas tanah, ia boleh merayu untuk menimbangkannya semula.

EDISI 1 | 2015 14

Peruntukan Dibawah Perintah Pemeliharaan Pokok Subsekyen 35 (C) Iaitu Sekiranya Seseorang Tidak Berpuas Hati Dengan ; a) Suatu perintah pemeliharaan pokok ;

b) Mana-mana peruntukan dalam suatu perintah

pemeliharaan pokok;

c) Penolakan pemberian kebenaran bertulis; atau mana-mana syarat yang dikenakan ke atas pemberian suatu kebenaran bertulis; dibawah perenggan (a) seksyen 35a(2) ; atau

d) Suatu perintah untuk menanam atau menggantikan pokok di bawah perenggan (b) seksyen 35a(2); boleh merayu kepada lembaga rayuan dalam tempoh satu bulan daripada tarikh perintah pemeliharaan pokok dikeluarkan.

e) Pampasan perintah pemeliharaan pokok sekyen 35 (d) iaitu peruntukan bagi membuat tuntutan pampasan kepada pihak berkuasa perancang tempatan (pbpt) daripada seseorang yang telah membuktikan bahawa pihaknya mengalami kerugian dan berlakunya susut nilai ke atas tanahnya akibat daripada mematuhi seksyen 35c (a) hingga (d).

a) Penggantian pokok seksyen 35(e) iaitu sekiranya

perintah untuk penggantian pokok telah dikeluarkan kepada seseorang yang didapati bersalah kerana menebang pokok yang mempunyai perintah pemeliharaan pokok. Jika timbul rasa terkilan dengan arahan, orang tersebut boleh merayu untuk mengenepikan arahan atau melanjutkan tempoh penggantian penanaman semula pokok.

b) Perintah yang dikeluarkan oleh lembaga rayuan terhadap rayuan yang dikemukakan adalah muktamad. Oleh yang demikian keputusan tersebut tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah. Semua pihak yang terlibat adalah terikat dengan keputusan tersebut.

EDISI 1 | 2015 15

Bil 1/2015 Tarikh : 6 Julai 2015 Tempat : Bilik Mesyuarat Hang Tuah JPBD Melaka

Bil 2/2015

Tarikh : 15-17 Oktober 2015

Tempat : Heritage Hotel Ipoh Perak

Bagi membincangkan perancangan halatuju JPBD Melaka dan Sasaran Kerja Tahunan bagi tahun 2015 Mesyuarat Rancangan Korporat Jabatan (RKJ). Mesyuarat ini telah dihadiri oleh kakitangan JPBD Melaka seramai 35 orang pegawai terdiri dari Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan.

Mesyuarat Rancangan Korporat Jabatan Bil 2/2015 telah diadakan di Heritage Hotel Ipoh Perak. Tujuan bagi membincangkan Pencapaian SKT 2015 dan Sasaran Kerja Tahunan 2016 yang telah dihadiri oleh kakitangan JPBD Melaka seramai 35 orang dari Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan. Program ini juga dibuat bersama lawatan ke JPBD Perak untuk Taklimat Pelaksanaan Sistem SISIP & GIS Negeri Perak.

Mesyuarat Jawatankuasa

Perancang Negeri

KERTAS KERJA DASAR :- Garis Panduan Perancangan Perumahan KERTA KERJA;- Cadangan Bangunan Hijau Negeri Melaka KERTA KERJA PEMAKLUMAN;- Cadangan Panduan Meterai Hijau Melaka Penyelarasan Format Kertas Kerja JPN selaras dengan

Panduan Pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri mengikut Akta 172

Pelaporan Projek-Projek dibawah Seksyen 20 A (Projek Kerajaan) Analisa Bagi Tahun 2014

Pemakluman Gerbang MURNInet kepada PBT, Agensi Teknikal Negeri Melaka dan Program Pelaksanaan.

KERTAS KERJA BARU :- Pindaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 Akta 172 Pelan Tindakan Khas (PTK) Pembangunan Bandar Sempadan (Border Cities) Tampin, Negeri Sembilan

dan Pulau Sebang, Melaka – Terma Rujukan Kuasa Bagi Menjalankan Pemajuan Di Luar Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (Pengarah Perancang

Bandar Negeri Sebagai PBPT dan memproses Permohonan Melalui Jawatankuasa Perancang Negeri) KERTA KERJA;- Kertas Perakuan Untuk Pembentangan ke MPFN Cadangan Pembangunan Pelabuhan Linggi secara

Tambak Laut seluas 620 ekar di peraiaran Muara Sungai Linggi, Daerah Alor Gajah, Melaka. Penyelarasan Persimpangan Jalan ‘Staggered’ Laporan Keselamatan Cerun – Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah Cadangan Program Pertanian Bandar

KERTA KERJA PEMAKLUMAN;- Permohonan untuk Meningkatkan Densiti Bagi Pembangunan di Atas Tanah Lot 555, Mukim Bukit

Baru, Daerah Melaka Tengah, Melaka bagi Pembangunan Pangsapuri Mampu Milik Dengan Konsep Berpagar dan Berkawal.

Permohonan untuk Meningkatkan Densiti Rancangan Tempatan Daerah Melaka Tengah (Pengubahan) Bagi permohonan Pembangunan Perumahan PRIMA dan Pembangunan Bercampur- Campur Di Atas Lot PT 47, Pekan Tanjung Kling Seksyen 1, Daerah Melaka Tengah, Melaka.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri kali ke – 80 Bil 1/2015 30 Mac 2015

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri kali ke – 80 Bil 2/2015 16 Jun 2015

EDISI 1 | 2015 16

samb..Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri

2015

PEMBENTANGAN KERTAS DASAR :- Rancangan Fizikal Negara 3 - Draf Laporan Rancangan Fizikal Negara ke 3(RFN ke-3) Dasar Perbandaran Negera Ke 2 Mekanisma Pelaksanaan Pengurusan Kebenaran Merancang di kawasan Jawatankuasa Perancangan

Wilayah (JPW) Malaysia. Pembangunan dan Pelaksanaan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I Plan)

TANGGUH Pelanjutan Tempoh Pemakaian Perancangan Tempatan Daerah Melaka Tengah KERTAS PERSETUJUAN;- Cadangan Peningkatan Nisbah Plot Rancangan Tempatan Daerah Melaka Tengah 2015

(Pengubahan) Bagi Permohonan Pembangunan Perniagaan ,Hotel, dan Pangsapuri Servis (41 Tingkat) di atas Lot PT855 dan PT857, Kawasan Bandar XXXIX, Daerah Melaka Tengah Melaka.

Cadangan Peningkatan Densiti Peningkatan Rancangan Tempatan Daerah Melaka Tengah 2015 (Pengubahan) Bagi Permohonanan Cadangan Pembangunan Perniagaan Pangsapuri Mampu Milik di atas Lot 330, 40, 78-83, 86 89,91,92,94,95 97-99, 102 dan Sebahagian Lot 35,36 (Tanah Kerajaan) Mukim Padang Semabok , Daerah Melaka Tengah, Melaka.

KERTAS KERJA PEMAKLUMAN :- Sistem Aplikasi Melgis Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Melaka. Isu-Isu Yang Berbangkit Lanjutan Pelaporan Projek-projek Di Bawah Seksyen 20A Bagi Januari

Hingga Jun 2015 (Projek Kerajaan).

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri kali ke – 80 Bil 3/2015 22 September 2015

EDISI 1 | 2015 17

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Melaka

Aras 5, Wisma Negeri, Bandar MITC , Hang Tuah Jaya,

75450 Ayer Keroh, Melaka

Tel : 06-3333333 Faks : 06-2323443 http://www.jpbdmelaka.gov.my


Top Related