Transcript
Page 1: KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN … · bola jaring- syarat sktm 2018- mala | mpmanjung page 1 . kejohanan bola jaring sukan kerajaan tempatan malaysia tahun 2018 anjuran

BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 1

KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA TAHUN 2018 ANJURAN

PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

PADA 5 - 7 OKTOBER, 2018

1.0 NAMA PROGRAM :

Kejohanan Bola Jaring Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia 2018

2.0 PENGANJUR

Kejohanan Bola Jaring ini dianjurkan oleh Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA)

bersama Majlis Perbandaran Manjung

3.0 TARIKH PERTANDINGAN :

5 – 7 Oktober 2018 (Sabtu – Ahad )

4.0 TEMPAT PERTANDINGAN :

Dewan Tertutup, Majlis Perbandaran Manjung

5.0 YURAN PENDAFTARAN

5.1 Ahli : RM 250.00

5.2 Bukan Ahli : RM 500.00

6.0 HADIAH

6.1 Johan : RM2,000 + Piala Iringan + Medal

6.2 Naib Johan : RM1,500 + Medal

6.3 Tempat Ke 3 : RM1000 + Medal

6.4 Tempat Ke 4 : RM 500 + Medal

Page 2: KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN … · bola jaring- syarat sktm 2018- mala | mpmanjung page 1 . kejohanan bola jaring sukan kerajaan tempatan malaysia tahun 2018 anjuran

BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 2

7.0 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN AM

7.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Persatuan Persatuan Bola

Jaring Antarabangsa (IFNA) tahun 1977 dan Jawatankuasa Penganjur.

7.2 Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak

meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat

penganjuran aktiviti Sukan Kerajaan Tempatan.

7.3 Setiap pemain hendaklah terdiri daripada anggota Pihak Berkuasa Tempatan itu sendiri

yang layak didaftarkan sebagai pemain termasuk anggota yang dilantik secara kontrak

(telah berkhidmat melebihi 6 bulan).

7.4 Setiap pendaftaran peserta hendaklah disertakan salinan kad pengenalan dan

penyata gaji bagi tempoh tiga bulan (Julai, Ogos & September 2018) yang telah

disahkan oleh Datuk Bandar, Yang di-Pertua atau Setiausaha/ Ketua Jabatan serta

perlu dibawa semasa hari kejohanan.

7.5 Setiap peserta berjawatan kontrak hendaklah membawa salinan penyata KWSP bagi bulan

APRIL 2018.

7.6 Mana-mana pasukan (yang dikenalpasti oleh pihak penganjur) menyenaraikan pemain

bukan dari kakitangan PBT yang berkenaan (pemain import) akan DIBATALKAN

penyertaan mereka serta-merta termasuk membatalkan penyertaan kejohanan sukan

MALA 2018.

7.7 Sepanjang kejohanan diadakan, pegawai dan para peserta adalah tertakluk kepada

Perintah Am Kerajaan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa. Urusetia Sukan Kerajaan

Tempatan atau Urusetia Kejohanan akan memanjangkan laporan kepada Ketua Jabatan

PBT yang berkenaan, sekiranya terdapat pegawai atau peserta yang melanggar peraturan-

peraturan tatatertib serta peraturan-peraturan yang berkenaan.

8.0 SYARAT DAN PERATURAN KEJOHANAN

8.1 Semua pasukan hanya dibenarkan memakai pakaian sukan yang sesuai.

8.2 Jawatankuasa kejohanan menetapkan hanya 32 pasukan terawal mendaftar yang layak

menyertai kejohanan ini.

8.3 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftarkan :-

a) 1 orang Pengurus Pasukan. b) 1 orang Jurulatih c) 1 orang Fisio (Pegawai Perubatan) d) 12 orang Pemain e) Minima 2 orang pemain veteran (40 tahun keatas) bermain dalam perlawanan dalam satu masa.

Page 3: KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN … · bola jaring- syarat sktm 2018- mala | mpmanjung page 1 . kejohanan bola jaring sukan kerajaan tempatan malaysia tahun 2018 anjuran

BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 3

8.4 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang

disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur, hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja

dibenarkan untuk mengambil bahagian. Salinan Kad Pengenalan hendaklah disertakan

bersama-sama borang pendaftaran.

8.5 Hanya seorang pemain sahaja boleh didaftarkan dalam satu pasukan. Jika terdapat

pemain yang pasukannya kalah / menang dan kemudiannya bermain untuk pasukan lain

maka penyertaan kedua-dua pasukan yang berkenaan dibatalkan.

8.6 Pertukaran nama pemain boleh dilakukan semasa Mesyuarat Pengurus-pengurus

Pasukan yang akan diadakan sehari sebelum kejohanan dimulakan.

8.7 Setiap pasukan boleh mendaftar seberapa ramai pemain Malaysia atau bekas pemain

Malaysia yang berjawatan tetap manakala pemain berjawatan kontrak tahun

berkelayakan adalah pada tahun 2013 ke atas sahaja yang dibenarkan.

Walaubagaimanapun hanya seorang pemain Malaysia atau bekas pemain Malaysia

dibenarkan bermain pada sesuatu perlawanan dalam pertandingan.

9.0 FORMAT PERTANDINGAN:

9.1 Setiap pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pusingan awal dijalankan

secara LIGA manakala pusingan seterusnya secara KALAH MATI.

9.2 Pembahagian mata ialah seperti berikut :-

MENANG - 3 MATA

SERI - 1 MATA

KALAH - 0 MATA

9.3 Setiap pasukan diwajibkan menyenaraikan dua (2) pemain veteran semasa setiap kali

perlawanan.

9.4 Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama dalam pusingan LIGA,

pemenang akan ditentukan seperti berikut:

i) PURATA GOL iaitu jumlah jaringan gol dibahagikan dengan jumlah gol yang kena.

ii) Jika purata gol masih seri, maka PERBEZAAN GOL akan digunapakai iaitu jumlah

jaringan gol tolak jumlah gol yang kena.

iii) Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan

diisytiharkan sebagai pemenang.

9.5 Jika berlaku keputusan berakhir dengan seri dalam pusingan KALAH MATI maka

keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut:

i) Pertandingan akan disambung semula setelah rehat 5 minit dan kedua-dua

pasukan akan mengundi semula untuk memilih hantaran tengah.

Page 4: KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN … · bola jaring- syarat sktm 2018- mala | mpmanjung page 1 . kejohanan bola jaring sukan kerajaan tempatan malaysia tahun 2018 anjuran

BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 4

ii) Pemain akan diteruskan dengan 5 hantaran tengah yang dibuat secara bergilir-

gilir. Keputusan hantaran tengah yang kelima akan berakhir dengan jaringan gol.

9.6 Kejohanan ini dijalankan secara tertutup (indoor)

10.0 TEMPOH PERLAWANAN :

Pusingan Awal hingga Suku Akhir - Masa Pertama - 7 minit

Rehat - 1 minit

Masa Kedua - 7 minit

Separuh Akhir dan Akhir - Masa Pertama - 10 minit

Rehat - 3 minit

Masa Kedua - 10 minit

11.0 TATATERTIB PAKAIAN / PERALATAN :

11.1 Pakaian pasukan hendaklah seragam.

11.2 Setiap pemain hendaklah memakai - ‘T atau Jersi dengan Track - bottom’.

Seluar pendek atau ‘tight’ tidak dibenarkan.

11.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set Bib yang berlainan warna.

12.0 PERALATAN PERTANDINGAN /PENGADILAN :

Pihak Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan peralatan pertandingan dan Pegawai Teknikal

sepanjang kejohanan

13.0 TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN :

13.1 Pasukan atau pemain yang terlewat 10 minit dari masa yang dijadualkan bermain akan

dianggap sebagai menarik diri serta kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan

dengan jumlah jaringan 10 berbalas 0.

13.2 Walaubagaimanapun tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberi kemenangan percuma

kepada pasukan lawan. Urusetia Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia akan mengambil

tindakan dengan melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan agar mengambil tindakan

tegas kepada pihak / pasukan yang terlibat bertanggungjawab.

13.3 Menarik diri (walk over) adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika ianya berlaku maka

pasukan atau pemain dianggap menarik diri keseluruhan kejohanan sukan MALA.

Page 5: KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN … · bola jaring- syarat sktm 2018- mala | mpmanjung page 1 . kejohanan bola jaring sukan kerajaan tempatan malaysia tahun 2018 anjuran

BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 5

14.0 UNDIAN DAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN :

Undian dan mesyuarat pengurus pasukan bersama pengadil, jawatankuasa teknikal dan penganjur.

15.0 BANTAHAN :

15.1 Setiap bantahan semasa kejohanan hendaklah secara bertulis dan akan dikemukan

kepada Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan dalam tempoh 30 minit selepas sesuatu acara

berserta dengan bayaran sebanyak RM300.00 yang mana tidak akan dikembalikan

manakala bantahan yang diterima akan dipulangkan sebanyak RM 150.00. Keputusan

yang dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan / Bantahan adalah muktamad dan sebarang

rayuan semula tidak akan dilayan.

15.2 Jawatankuasa Bantahan / Rayuan akan dipengerusi oleh Pengerusi Jawatankuasa

Penganjur dengan ahli-ahli berkecuali yang akan dilantik. Jawatankuasa boleh meminta

Pengurus Pasukan menghadiri untuk mendengar keputusan bantahan / rayuan

sekiranya perlu.

15.3 Jawatankuasa Rayuan / Bantahan berhak memanggil pemain / pengadil / pegawai

bertugas sekiranya perlu bagi membantu siasatan tersebut.

16.0 RISIKO DAN TANGGUNGJAWAB :

16.1 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan / kehilangan

harta benda kepunyaan pegawai / pemain / kematian samada sebelum / semasa /

selepas kejohanan berlangsung.

16.2 Sebarang pindaan dan perubahan jadual adalah tidak dibenarkan, walaubagaimanapun

Jawatankuasa Pengajur boleh menggunakan budi bicara sekiranya berlaku perkara di luar

jangkaan.

17.0 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN ( KUASA MUTLAK ) :

17.1 Apa-apa jua syarat-syarat atau peraturan-peraturan yang tidak DISEBUT dalam syarat-

syarat dan peraturan ini, maka Jawatankuasa Penganjur adalah diberi kuasa mutlak untuk

membuatnya.

17.2 Semua pemain diwajibkan membawa Kad Pengenalan dan semua Pengurus

dikehendaki membuat semakan pendaftaran di meja pengelola sebelum perlawanan

bermula termasuk mengadakan kawad cam pada semua pemain.

Page 6: KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN … · bola jaring- syarat sktm 2018- mala | mpmanjung page 1 . kejohanan bola jaring sukan kerajaan tempatan malaysia tahun 2018 anjuran

BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 6

18.0 PENGESAHAN PENDAFTARAN PASUKAN

18.1 Pihak penganjur menerima pendaftaran pasukan melalui faks, emel atau hadir sendiri ke

Sekretariat.

18.2 Bayaran secara tunai @ cek atas nama:

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

NOMBOR AKAUN : 08059010010968, BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD atau

boleh hadir ke pihak sekretariat.

18.3 Pendaftaran lengkap bagi kejohanan / pertandingan ini hendaklah dihantar / difaks

kepada :-

URUSETIA KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA TAHUN 2018 MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG JALAN PINANG RAJA, 32040 SERI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN. 18.4 Pihak urusetia boleh dihubungi

NAMA - NUR SYAFIQAH FATIHAH BINTI MOHD SUKELI NO. TEL H/P - 013- 473 9916 NO. TEL PEJ. - 05 - 689 8837

EMAIL - [email protected] FAKS - 05 - 688 2102 NAMA - NURMALA IZYAN BINTI DAHALAN NO. TEL H/P - 011 - 1472 5769 NO. TEL PEJ. - 05 - 689 8831 EMAIL - [email protected]

FAKS - 05 – 688 2102

18.5 TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 28 SEPTEMBER 2018 (JUMAAT)

18.6 Taklimat dan pengundian kejohanan akan diadakan pada 5 Oktober 2018 (Jumaat)

Jam 5:00 petang bertempat di Majlis Perbandaran Manjung.

Page 7: KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN … · bola jaring- syarat sktm 2018- mala | mpmanjung page 1 . kejohanan bola jaring sukan kerajaan tempatan malaysia tahun 2018 anjuran

BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 7

KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA TAHUN 2018 ANJURAN

PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

PADA 5 - 7 OKTOBER, 2018

1. NAMA PBT : ……………………………………………………………………………………………………………..

ALAMAT : …………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………

2. TELEFON/FAKS : ……………………………………………………………

3. NAMA PENGURUS : ………………………………………………………………………………………………………………

NO TEL : ……………………………………………………........

4. NAMA JURULATIH : ……………………………………………………………………………………………………………..

5. NAMA FISIO : ……………………………………………………………………………..................................

BIL NAMA PESERTA NO / KP NO. PEKERJA NO. KWSP

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

* Sila sertakan salinan kad pengenalan bagi setiap peserta * Sila sertakan 3 bulan salinan slip gaji bulan Julai - Sept 2018 * Termasuk salinan penyata KWSP bagi bulan April 2018 BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN (MALA )

Page 8: KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN … · bola jaring- syarat sktm 2018- mala | mpmanjung page 1 . kejohanan bola jaring sukan kerajaan tempatan malaysia tahun 2018 anjuran

BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 8

DATUK BANDAR/ TIMBALAN DATUK BANDAR/ PENGURUS YANG DI-PERTUA/TIMBALAN YANG DI- PERTUA/ ATAU SETIAUSAHA

……………………………………………………….. …………………………………………………………… Tandatangan & Cop Tandatangan Tarikh : Tarikh :

* Pihak urusetia boleh dihubungi

NAMA - NUR SYAFIQAH FATIHAH BINTI MOHD SUKELI NO. TEL H/P - 013- 473 9916 NO. TEL PEJ. - 05 - 689 8837

EMAIL - [email protected] FAKS - 05 - 688 2102 NAMA - NURMALA IZYAN BINTI DAHALAN NO. TEL H/P - 011 - 1472 5769 NO. TEL PEJ. - 05 - 689 8831 EMAIL - [email protected]

FAKS - 05 – 688 2102

Page 9: KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN … · bola jaring- syarat sktm 2018- mala | mpmanjung page 1 . kejohanan bola jaring sukan kerajaan tempatan malaysia tahun 2018 anjuran

BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 9

LAKARAN TAPAK

Pelan Lokasi

Page 10: KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN … · bola jaring- syarat sktm 2018- mala | mpmanjung page 1 . kejohanan bola jaring sukan kerajaan tempatan malaysia tahun 2018 anjuran

BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 10


Top Related