Transcript
Page 1: KEJAYAAN ATLET DALAM BIDANG SUKAN

KEJAYAAN ATLET DALAM BIDANG SUKAN

AZIZUL HASNI AWANG DATA

NAMA: Azizul Hasni Awang

TARIKH LAHIR: 5 Januari 1988

ASAL: Dungun, Terengganu

ADIK BERADIK: Anak ketujuh daripada lapan adik beradik

PENDIDIKAN: Tingkatan 5 Aliran Sains, Sekolah Sukan Bukit Jalil

ACARA: Trek dan lebuh raya

 

IBARAT mendapat berkat apabila basikal yang dibeli hasil simpanan duit raya membawa tuah buat Azizul Hasni Awang kerana dengan basikal itu dia berjaya meraih pelbagai kemenangan ketika mula-mula menyertai lumba basikal. Malah basikal yang dibeli dengan harga RM500 itu bukannya basikal baru sebaliknya basikal terpakai dan pernah digunakan oleh seorang bekas pelumba.

“Masa mula-mula menyertai acara berbasikal saya sekadar menggunakan basikal bukit biasa yang saya gunakan untuk ke sekolah dan basikal itu juga pemberian bapa kerana saya mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Bagaimanapun kerana mahu meneruskan minat dalam perlumbaan saya membeli basikal terpakai daripada seorang kawan dengan mengeluarkan duit raya yang saya simpan.

“Dengan basikal itu saya menyertai kejohanan basikal bukit dan turut mengeluarkan wang poket sendiri RM50 setiap kali menyertai kejohanan dan berjaya mendapat kemenangan pada setiap perlumbaan,” kata remaja kelahiran Dungun Terengganu itu.

Bagi memastikan bakatnya dikembangkan, jurulatihnya, Rozimi Omar membawa Azizul ke Kuala

Page 2: KEJAYAAN ATLET DALAM BIDANG SUKAN

Lumpur untuk mencuba acara trek pada tahun lalu. Dalam aksi pertama kalinya di veledrom, dia berjaya mendapat tempat kedua.

Pencapaian cemerlangnya itu sekali gus menarik perhatian jurulatih Russia Nicole Kletsevof untuk diserapkan dalam skuad remaja kebangsaan.Di bawah bimbingan Kletsevof Azizul menyerlah di peringkat antarabangsa dan kerana usaha yang begitu bersungguh membolehkan diberi anugerah khas semangat juang ketika menyertai Tour De Korea Junior beberapa bulan lalu.

“Saya menjadikan Josiah Ng sebagai idola dan menyimpan hasrat menjadi seorang pelumba yang lebih baik daripada dia pada masa akan datang,” kata pelumba berusia 17 tahun itu.

PENCAPAIAN

 

         Juara Acara Keirin dan 200m Pecut di Kejohanan Trek Asia Di Jepun ( 2008 )

         Pemegang Rekod Asia Acara Pecut ( 10.16s ) yang dibuat di Kejohanan Trek Sedunia di Manchester, England

         Anugerah Khas 'Semangat Juang' dan tempat kedua acara berpasukan – Tour de Korea Junior

         Emas – Kejohanan Sport Excel sirkit Cheras

         Emas – Sirkit Lebuh raya Melaka

         Emas dan Perak – Kejohanan Sport Excel sirkit Kangar 2004

         Emas dan Gangsa - Kejohanan Trek Remaja Asia Pasifik di Shanghai

         Gangsa Kejohanan Komanwel Remaja di Australia

 

ANUGERAH

Anugerah Bintang Sukan TV3

Page 3: KEJAYAAN ATLET DALAM BIDANG SUKAN

DATUK LEE CHONG WEI Lee Chong Wei (Badminton)

Wajahnya keanak-anakan tetapi jangan terpedaya, di sebalik wajah comel itu, kehebatannya menggegarkan ramai. Pemain utama perseorangan lelaki dalam acara badminton ini, Datuk Lee Chong Wei, sudah membuka banyak mata untuk melihat taring anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini dalam sukan itu.

Dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia ini, kejayaannya bukan sedikit. Dan yang terbaru, berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia, Lin Dan dalam kejohanan ekoran berjaya melangkah ke pusingan akhir Olimpik Beijing 2008 pada 24 Ogos lepas. Mengetepikan Lin Dan yang kini turun sebagai pemain nombor dua dunia, Chong Wei menerima ranking terbaru yang diperoleh dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu. Chong Wei berjaya merampas kedudukan nombor satu dunia dari Lin Dan selepas mengumpul 85,579 mata berbanding juara Sukan Olimpik Beijing 2008 itu yang hanya berpuas hati dengan 84,080 mata.

Terdahulu, beliau hanya membawa gelaran pemain nombor dua dunia tketika menjuarai Kejohanan Badminton Asia (ABC) sekali gus mengakhiri penantian 12 tahun pemain negara untuk muncul juara dalam kejohanan berkenaan.

Sebelum itu, Chong Wei hebat dalam Sukan Komanwel 2006 apabila memenangi emas bagi perseorangan lelaki dan acara berpasukan campuran.

Dilahirkan 21 Oktober 1982, Chong Wei, pemuda yang terkenal dengan sifat peramah ini sudah menundukkan ramai pemain dunia, termasuk pemain nombor satu dunia, Lin Dan, dari China. Beliau mendapat pendidikan awal di Jit Sin Primary School (B) sebelum menyambungkan pelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Way.

Satu perkara `pelik’ yang mungkin harus dikongsi bersama pembaca dan peminat Chong Wei, anak muda ini tidak menggemari artis Hong Kong seperti kebanyakan anak muda berketurunan Cina di negara ini. Idolanya juga bukan bintang badminton dunia, sebaliknya kelab bola sepak terkaya di dunia, Manchester United.

 

Page 4: KEJAYAAN ATLET DALAM BIDANG SUKAN

 

Lee Chong Wei berjaya mematahkan serangan pihak lawan dengan tangkas.

Pencapaian:

2006: Juara perseorangan Kejohanan Badminton Asia (ABC); juara

perseorangan lelaki dan acara berpasukan campuran Sukan Komanwel;

Juara Terbuka Switzerland

2005: Juara perseorangan Terbuka Denmark; Juara perseorangan Terbuka

Malaysia; Separuh akhir Kejohahan Badminton Dunia di Anaheim

2004: Juara Terbuka Malaysia; Juara Terbuka Taiwan; Naib Juara Terbuka

Singapura; Suku Akhir Terbuka Indonesia; Suku Akhir Terbuka Korea; Suku

Akhir Terbuka Thailand; Pusingan Awal Olimpik Athens; Pusingan Awal

Terbuka China; Pusingan Awal Kejuaraan Asia; Pusingan Awal Terbuka

Jepun; Perlawanan Akhir Piala Thomas

2003: Juara Satelit Luster Malaysia; Pusingan ketiga Terbuka China, Naib

juara Satelit India; Suku akhir Terbuka Denmark, Separuh akhir Terbuka

Belanda; Naib juara Terbuka Malaysia; Pusingan ketiga Terbuka Indonesia;

Pusingan kedua Terbuka Singapura

Juara Komanwel 1998

Menduduki ranking nombor satu dunia selepas mengetepikan Lin Dan

pada 24 Ogos 2008.

Page 5: KEJAYAAN ATLET DALAM BIDANG SUKAN

 Kejayaannya menyemarakkan arena sukan negara.

Anugerah:

Olahragawan Kebangsaan 2005

Menerima gelaran Datuk (Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) dari Yang

di-Pertua Negri Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008 selepas

berjaya merangkul pingat perak pada Sukan Sea Beijing 2008.

Pemain badminton nombor satu dunia selepas menewaskan Lin Dan.

Memenangi emas pada Kejohanan  Siri Super Terbuka Korea Selatan

2010.

Memenangi emas enam kali berturut-turut pada Kejohanan Terbuka

Malaysia bermula 2005.

Pingat emas sentiasa diimpikan olehnya setiap kali pertandingan.

DATUK NICOL ANN DAVID Nicol Ann David (Skuasy)

Page 6: KEJAYAAN ATLET DALAM BIDANG SUKAN

Calon yang seorang ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Pada usia menjangkau 23 tahun ini, pencapaiannya dalam sukan skuasy bukan calang-calang. Paling manis pastinya apabila muncul juara dalam Terbuka Dunia 2005, pemain Asia pertama meraih gelaran itu selain dinobatkan sebagai pemain pertama dunia.

Dilahirkan pada 26 Ogos 1983, anak kelahiran Pulau Pinang ini bukan orang baru dalam sukan skuasy. Mula bermain skuasy ketika berusia lima tahun, sukan itu seolah-olah `diwujudkan’ untuk Nicol apabila merangkul kejuaraan peribadi yang pertama ketika berusia sembilan tahun.

Mula berlatih secara formal ketika berusia lapan tahun dan menjadi pemain profesional pada 2000, Nicol merangkul kejuaraan demi kejuaraan, termasuk Terbuka British 2005 dan juara Sukan Asia, yang kelima kali buatnya sejak Sukan Asia 1998.

Sekali pun begitu, Nicol seperti remaja lain juga mempunyai kegemaran lain. Beliau meminati aktiviti lasak seperti rock climbing dan jika ada masa terluang atau tiada latihan harian, Nicol gemar membeli-belah, melukis di samping menggemari muzik berentak r&b. Makanan kegemarannya pula adalah char koay teow goreng.

Selain cemerlang dalam skuasy, Nicol juga membuktikan kehebatannya di persada akademik. Bekas pelajar Sekolah Rendah Convent Green Lane dan Sekolah Menengah Convent Green Lane, Pulau Pinang itu memperoleh 7A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Puas...Wajah keriangan Nicol selepas menjuarai pertandingan skuasy.

Berikut adalah antara pencapaian dan anugerah yang diterima Nicol.

Pencapaian:

1997: Emas berpasukan Sukan Sea Jakarta

Page 7: KEJAYAAN ATLET DALAM BIDANG SUKAN

1998: Juara Asia; Emas Sukan Asia Bangkok

1999: Emas individu Sukan Sea Brunei; Juara Remaja Dunia Antwerp,

Belgium

2000: Juara Terbuka Finland; Juara Terbuka Kuala Lumpur

2002: Juara Terbuka Kuala Lumpur; Perak acara beregu campuran

bersama Ong Beng Hee di Sukan Komanwel Manchester

2005: Juara Terbuka Kuala Lumpur; Juara Terbuka Kuwait; Juara Terbuka

Belanda; Juara Terbuka Malaysia; Juara Terbuka Dunia; Juara Terbuka

British; Juara Terbuka Caroy Weymuller

Anugerah:

Pingat Ahli Mangku Negara (2000)

Anugerah Usaha Guinness ke-186 (2001)

Pemain Terbaik Asia 2001

Dewan Kemasyhuran SportExcel 2002

Olahragawati Kebangsaan (2003 & 2005)

 

Nombor Satu Dunia....Kejayaannya tidak dapat dipertikaikan lagi.

Page 8: KEJAYAAN ATLET DALAM BIDANG SUKAN

KECEMERLANGAN SUKAN MERINTIS KEGEMILANGAN

Malaysia Cipta Rekod Lima Kali Memenangi Piala Thomas… Kali pertama pada 1949 dan terakhir pada 1992

Page 9: KEJAYAAN ATLET DALAM BIDANG SUKAN

Skuasy Terbukti… Telah meletakkan nama Malaysia harum di puncak dunia khususnya melalui kejayaan Dato’ Nicol Ann David.

Nurul Huda Antara Lima Perenang Terbaik Dunia… Mula bertanding di Sukan SEA 1985 di Bangkok dan memenangi 13 pingat emas ketika berusia 13 tahun.

Page 10: KEJAYAAN ATLET DALAM BIDANG SUKAN

Koo Kien Keat & Tan Boon Heong…Dengan enam kejuaraan yang diraih termasuk kejohanan berprestij All England, pasangan muda ini adalah fenomena baru badminton Negara.

Skuad Boling Negara…Merangkul banyak pingat emas dalam kejohanan sukan yang dipertandingkan.

Page 11: KEJAYAAN ATLET DALAM BIDANG SUKAN

“Kecil-kecil Cili Api” …Bryan Nickson Lomas membuktikan potensi yang ada padanya dalam sukan akuatik dengan memenangi pingat emas acara 3 meter papan anjal pada kejohanan Remaja Dunia di Belem, Brazil.

Qabil Ambak Jaguh Ekuestrian Negara Pelumba Ranking di Asia Tenggara…Muncul sebagai pelumba ranking terbaik Asia Tenggara acara jumping pada Kejohanan Kuda Antarabangsa Grand Prix Kuala Lumpur di Stadium Putra Bukit Jalil.

68 Pingat Emas…Kejayaan Kontinjen Negara dalam Sukan SEA Korat merupakan pencapaian tertinggi yang pernah dicapai oleh pasukan atlit Negara.

Page 12: KEJAYAAN ATLET DALAM BIDANG SUKAN

SUKOM 98…Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 (SUKOM) adalah temasya yang berjaya, lancer dan paling berjaya yang pernah dianjurkan.

Kejohanan Le Tour D’ Langkawi(LTdl)…Edisi Pertama telah diadakan pada 1996. Kini, LTdl menjadi perlumbaan berprestij dan besar di luar Eropah sehingga badan induk antarabangsa, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) memberi penghargaan tertinggi- Anugerah Merit UCI kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah membawa dan memperkenalkan Kejohanan Le Tour de Langkawin pada mata dunia.


Top Related