KECERDASAN PELBAGAI DIKALANGAN KANAK-KANAK
PRASEKOLAH SERTA STRATEGI PENGAJARAN YANG DIGUNAKAN
UNTUK MENGAJAR KANAK-KANAK PRASEKOLAH.
SUATU KAJIAN KES
NUR AIMI BINTI MOHD IDRUS
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2008
iii
KHAS Buat Ayahnda dan Bonda,
Mohd Idrus Mohd TaibKhatijah binti L.Ismail
Juga adindaku sekalian
Mohd HilmiNur HisyamNur Azim
Nur MahsuriNur Lukmanhakim
Nur Muhammad Faris
Serta buat insan tersayang
Nur Latif Azyze bin Mohd Shaari Azyze
Jutaan Terima Kasih Buat Kalian Semua Di Atas Segala Pengorbanan Yang
Diberikan Dari Pelbagai Aspek Dalam Melihat Kejayaan Ku Di Menara
Gading Ini.
Iringan Doa Restu Serta Pengorbanan Kalian Semua Adalah Pembakar
Semangat Dalam Mengharungi Ranjau di Sepanjang Pengajian ini
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurniaNya, maka saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat
untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik).
Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Johari bin Hassan selaku
pensyarah pembimbing, di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat serta
teguran di sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga kepada Dr Azlina kerana turut membantu saya
dalam menyiapkan penyelidikan ini. Juga ribuan terima kasih kepada rakan
seperjuangan serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara
langsung atau tidak langsung. Semoga mendapat keberkatan di dunia dan akhirat
hendaknya.
v
ABSTRAK
Kecerdasan pelbagai dapat dikenalpasti seawal peringkat kanak-kanak lagi.
Dengan itu, objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti kecerdasan pelbagai
dikalangan kanak-kanak prasekolah, mengenalpasti strategi pengajaran yang
digunakan bagi mengajar kanak-kanak prasekolah dan mengenalpasti perkaitan
antara kecerdasan pelbagai dikalangan kanak-kanak serta strategi pengajaran yang
digunakan dalam mengajar kanak-kanak prasekolah. Kajian ini mempunyai dua
kumpulan responden iaitu pelajar tadika dan juga guru yang mengajar mereka.
Seramai 72 orang responden yang terdiri daripada pelajar dan juga 6 orang guru yang
mengajar dipilih dari 3 buah tadika. Dua set soal selidik dengan nilai
kebolehpercayaan α = 0.925 bagi pelajar dan 0.971 bagi guru telah digunakan bagi
menjawab persoalan kajian. Analisis data dilakukan menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science, SPSS 15.0 for Windows bagi mendapatkan
hasil kajian dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Purata taburan peratus digunakan
bagi mendapatkan keputusan yang mempunyai tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan
rendah. Hasil kajian menunjukkan bahawa kecerdasan pelbagai dikalangan kanak-
kanak prasekolah dapat dikenalpasti dengan majoriti kanak-kanak mempunyai
kecerdasan muzikal yang tinggi. Purata peratus bagi kecerdasan muzikal ini ialah
91.7%. Selain itu, strategi pengajaran yang digunakan oleh guru juga dapat
dikenalpasti dimana setiap guru mengambil kira teori kecerdasan pelbagai dalam
strategi pengajaran yang digunakan. Ini menunjukkan terdapat perkaitan positif
antara kecerdasan pelbagai dikalangan kanak-kanak prasekolah dan juga strategi
pengajaran yang digunakan oleh guru yang mengajar kanak-kanak prasekolah.
vi
ABSTRACT
Multiple intelligences can be recognized from an early age. Thus, the
objectives of this study were to recognize multiple intelligence among the
kindergarten children, to determine teacher’s teaching strategy and to determine the
relation between multiple intelligence among the children and the teaching strategy
used by the teachers. The respondents for this study are the preschool children and
the teachers who teach them. There were 72 respondents among the kindergarten
children and six respondents among their teachers were selected from three different
preschool. Two set of questionnaire with reliability level of α = 0.925 for students
and 0.971 for teachers were used as the instrument of the study. The data analysis
was done by using Statistical Package for Social Science, SPSS 15.0 for windows to
obtain the result in terms of frequencies and percentages. Three level of mean were
use to describe the data: high, average, and low. The result showed that children
multiple intelligences can be recognized with the majority posses high level in
musical intelligence. The mean of the percentages of this intelligence was 91.7%.
The result also showed the teaching strategy used by teachers can be recognize where
all teachers take into consideration of multiple intelligence theory in their teaching
strategy. This showed that there were a positive correlations between multiple
intelligences in preschool children and the teaching strategy used by their teachers.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop dan Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Kecerdasan 10
1.8.2 Kecerdasan Pelbagai 10
1.8.3 Kecerdasan Verbal-Linguistik 11
1.8.4 Kecerdasan Logikal-Matematikal 11
viii
1.8.5 Kecerdasan Visual-Ruang 12
1.8.6 Kecerdasan Muzikal 12
1.8.7 Kecerdasan Kinestetik 13
1.8.8 Kecerdasan Interpersonal 13
1.8.9 Kecerdasan Intrapersonal 14
1.8.10 Kecerdasan Naturalis 14
1.8.11 Prasekolah 15
1.9 Penutup 15
BAB II SOROTAN PENULISAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Kecerdasan 17
2.3 Teori Kecerdasan Pelbagai 18
2.4 Teori Pengajaran 21
2.5 Proses Pengajaran dan Pembelajaran 22
2.6 Keberkesanan Teori Kecerdasan Pelbagai
Dalam Preses Pengajaran dan Pembelajaran 23
2.7 Kajian Mengenai Kecerdasan Pelbagai
Dikalangan Guru-Guru 24
2.8 Teori Kecerdasan Intelektual (IQ) dan
Teori Kecerdasan Emosional (EQ) 26
2.9 Prasekolah 27
2.10 Penutup 28
BAB III METODOLOGI KAJIAN 29
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 30
3.3 Tempat Kajian 32
3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 34
ix
3.6 Prosedur Kajian 38
3.7 Analisis data 39
3.8 Jangkamasa Kajian 40
3.9 Penutup 40
BAB IV ANALISIS DATA 41
4.1 Pendahuluan 41
4.2 Latarbelakang Responden 42
4.2.1 Latarbelakang Responden Pelajar 42
4.2.1.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43
4.2.1.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 43
4.2.1.3 Taburan Responden Mengikut
Bilangan Adik-Beradik 44
4.2.1.4 Taburan Responden Mengikut
Pekerjaan Ibubapa 45
4.2.2 Latarbelakang Responden Guru 45
4.2.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina
dan Bangsa 46
4.2.2.2 Taburan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar 46
4.2.2.3 Taburan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar prasekolah 47
4.2.2.4 Taburan Responden Mengikut
Taraf Perkahwinan 47
4.2.2.5 Taburan Responden Mengikut
Kelulusan 48
4.2.2.6 Taburan Responden Mengikut
Matapelajaran Yang Diajar 49
4.2.2.7 Taburan Responden Mengikut
Keseronokkan Mengajar Prasekolah 49
4.3 Analisis Data Dari Soalan Berskala Likert 50
4.3.1 Dapatan Kajian Bagi Responden Pelajar 51
x
4.3.1.1 Analisis Kecerdasan Verbal-Linguistik 52
4.3.1.2 Analisis Kecerdasan
Logikal-Matematikal 52
4.3.1.3 Analisis Kecerdasan Muzikal 53
4.3.1.4 Analisis Kecerdasan Visual-Ruang 54
4.3.1.5 Analisis Kecerdasan Kinestetik 55
4.3.1.6 Analisis Kecerdasan Naturalis 56
4.3.1.7 Analisis Kecerdasan Interpersonal 57
4.3.1.8 Analisis Kecerdasan Intrapersonal 59
4.3.2 Dapatan Kajian Bagi Responden Guru 60
4.3.2.1 Analisis Aspek Pengetahuan
Kecerdasan Pelbagai 60
4.3.2.2 Analisis Aspek Penggunaan
Kecerdasan Verbal-Linguistik Dalam
Pengajaran 61
4.3.2.3 Analisis Aspek Penggunaan
Kecerdasan Logikal-Matematikal
Dalam Pengajaran 63
4.3.2.4 Analisis Aspek Penggunaan
Kecerdasan Muzikal Dalam
Pengajaran 64
4.3.2.5 Analisis Aspek Penggunaan
Kecerdasan Visual-Ruang Dalam
Pengajaran 65
4.3.2.6 Analisis Aspek Penggunaan
Kecerdasan Kinestetik Dalam
Pengajaran 67
4.3.2.7 Analisis Aspek Penggunaan
Kecerdasan Naturalis Dalam
Pengajaran 68
4.3.2.8 Analisis Aspek Penggunaan
Kecerdasan Interpersonal Dalam
Pengajaran 70
xi
4.3.2.9 Analisis Aspek Penggunaan
Kecerdasan Intrapersonal Dalam
Pengajaran 71
4.4 Dapatan Kajian Bagi Keseluruhan Responden 72
4.5 Penutup 74
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 75
5.1 Pendahuluan 75
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 76
5.2.1 Responden Kajian 77
5.2.1.1 Pelajar Tadika 77
5.2.1.2 Guru Tadika 78
5.2.2 Kecerdasan Pelbagai dikalangan Kanak-kanak
Prasekolah 79
5.2.3 Strategi Pengajaran Dalam Mengajar
Kanak-Kanak Prasekolah 82
5.2.4 Perkaitan Antara Kecerdasan Pelbagai
Dikalangan Kanak-kanak Prasekolah Serta
Strategi Pengajaran Yang Digunakan 84
5.3 Rumusan 86
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 88
5.5 Cadangan Kepada Pihak Prasekolah 89
5.6 Penutup 90
BIBLIOGRAFI 91
LAMPIRAN 98
xii
SENARAI JADUAL
No. Jadual Tajuk Muka Surat
2.1 Kecerdasan pelbagai dan komponen terasnya 20
2.2 Kecerdasan naturalis 21
3.1 Taburan kanak-kanak 6 tahun di tiga buah tadika 33
3.2 Taburan guru yang mengajar kanak-kanak 6 tahun
di tiga buah tadika 33
3.3 Spesifikasi instrument soal selidik untuk pelajar 36
3.4 Spesifikasi instrument soal selidik untuk guru 36
3.5 Skala Likert serta pengkelasannya 37
3.6 Jadual pemeringkatan skala likert 39
3.7 Tahap penilaian berdasarkan peratus 39
4.1 Taburan responden dikalangan pelajar mengikut jantina 43
4.2 Taburan responden dikalangan pelajar mengikut bangsa 44
4.3 Taburan responden dikalangan pelajar mengikut bilangan
adik-beradik 44
4.4 Taburan responden dikalangan pelajar mengikut
pekerjaan ibubapa 45
4.5 Taburan responden dikalangan guru mengikut jantina
dan bangsa 46
4.6 Taburan responden dikalangan guru mengikut
pengalaman mengajar 46
4.7 Taburan responden dikalangan guru mengikut
pengalaman mengajar prasekolah 47
4.8 Taburan responden dikalangan guru mengikut
taraf perkahwinan 47
xiii
4.9 Taburan responden dikalangan guru mengikut kelulusan 48
4.10 Taburan responden dikalangan guru mengikut
matapelajaran yang diajar 49
4.11 Taburan responden dikalangan guru mengikut
keseronokkan mengajar prasekolah 50
4.12 Jadual pemeringkatan skala likert 50
4.13 Item kecerdasan verbal-linguistik 52
4.14 Item kecerdasan logikal-matematikal 53
4.15 Item kecerdasan muzikal 54
4.16 Item kecerdasan visual-ruang 55
4.17 Item kecerdasan kinestetik 56
4.18 Item kecerdasan naturalis 57
4.19 Item kecerdasan interpersonal 58
4.20 Item kecerdasan intrapersonal 59
4.21 Item pengetahuan kecerdasan pelbagai 61
4.22 Item penggunaan kecerdasan verbal-linguistik
dalam pengajaran 62
4.23 Item penggunaan kecerdasan logikal-matematikal
dalam pengajaran 63
4.24 Item penggunaan kecerdasan muzikal dalam pengajaran 65
4.25 Item penggunaan kecerdasan visual-ruang
dalam pengajaran 66
4.26 Item penggunaan kecerdasan kinestetik dalam pengajaran 68
4.27 Item penggunaan kecerdasan naturalis dalam pengajaran 69
4.28 Item penggunaan kecerdasan interpersonal
dalam pengajaran 70
4.29 Item penggunaan kecerdasan intrapersonal
dalam pengajaran 72
4.30 Dapatan keseluruhan 73
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Firman Allah S.W.T mafhumnya:
’ sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian’
At-tin: 4
Daripada ayat di atas, telah membuktikan bahawa manusia merupakan sebaik-baik
kejadian yang dicipta. Di mana setiap manusia yang dicipta itu mempunyai
keistimewaan serta keunikan yang tersendiri. Apa yang dimaksudkan dengan
keistimewaan atau keunikan ini adalah kebolehan semulajadi yang terdapat dalam diri
setiap manusia. Kebolehan semulajadi ini adakalanya dapat diketahui sendiri oleh setiap
individu untuk memajukan diri sendiri. Kebolehan semulajadi yang terdapat di dalam
diri seseorang individu boleh dikenalpasti seawal usia kanak-kanak lagi. Namun masih
terdapat individu yang tidak dapat mengenalpasti kebolehan semulajadi yang terdapat
dalam diri mereka walaupun sudah meningkat dewasa. Ini akan menyebabkan individu
2
tersebut tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana sering menganggap diri
sebagai seorang yang lemah, tidak mempuyai keyakinan diri serta tidak mampu untuk
bersaing dengan yang lain. Maka ini akan memberikan kesan yang negatif dalam bidang
pendidikan kerana tidak dapat menghasilkan insan yang mempunyai keyakinan yang
tinggi dalam melakukan pelbagai perkara. Kebolehan semulajadi yang dimaksudkan
ialah kecerdasan yang terdapat dalam diri seseorang individu.
Kecerdasan yang terdapat dalam diri seseorang tidak akan terserlah sekiranya
individu itu tidak mengetahui keadaan diri sendiri. Bagi pelajar, mereka akan dikaitkan
dengan keupayaan pembelajaran yang terdapat dalam diri mereka. Keupayaan
pembelajaran ini seharusnya dikenalpasti diperingkat kanak-kanak lagi. Sebagai
seorang pendidik, guru seharusnya mengetahui bagaimana untuk mengenalpasti
kecerdasan yang dimaksudkan. Dengan kemajuan dalam pelbagai bidang serta
mempunyai pelbagai kemudahan untuk menjana corak pendidikan yang terbaik, guru
dapat membantu mengenalpasti kecerdasan yang terdapat dalam diri individu seawal
peringkat kanak-kanak lagi. Seharusnya setiap guru mengetahui bagaimana untuk
mengenalpasti kecerdasan yang dimaksudkan ini.
Kecerdasan seringkali dikaitkan dengan bagaimana seseorang pelajar itu dapat
menunjukkan kejayaan dalam bidang akademik. Ia juga seringkali dikaitkan dengan
keputusan peperiksaan mereka. Namun, ada juga yang menafsirkan kecerdasan sebagai
satu kurniaan Tuhan dan setiap manusia memiliki kurniaan yang berbeza.
Menurut Thurstone (1983) melalui Nik Azis (1999), beliau menakrifkan
kecerdasan sebagai kebolehan mental yang mengandungi enam aspek asas iaitu
kefahaman berbahasa, kelancaran menggunakan perkataan, kemahiran menggunakan
nombor, penggambaran ruangan, ingatan penaakulan dan kelajuan pengamatan.
3
David Wechsler (1939) pula mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan
seseorang untuk melakukan sesuatu perkara selari dengan tujuan perkara itu dilakukan,
berfikir secara rasional dan mengawal persekitaran secara efiktif. Manakala Clark
(1992) pula mendefinisikan kecerdasan sebagai akibat dari perkembangan dan
perhubungan antara corak genetik seseorang individu dan peluang-peluang yang terdapat
dipersekitarannya.
Pelbagai definisi dan juga tafsiran dibuat tentang konsep kecerdasan. Namun,
bagi Howard Gardner, beliau telah mendefinisikan kecerdasan sebagai:
“An Intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued
within one or more cultural settings” (Frames of Mind, 1983).
Beliau juga menyatakan bahawa kecerdasan sebenarnya bukanlah semata-mata boleh
diwarisi. Definisi yang telah diutarakan oleh Howard Gardner ini merupakan definisi
yang dianggap paling hampir dengan kebanyakkan definisi yang diutarakan oleh tokoh-
tokoh yang lain. Gardner melihat kecerdasan dari pelbagai dimensi, yang dikenali
sebagai ”kecerdasan pelbagai”
Howard Gardner berpendapat setiap manusia dikurniakan potensi yang berbeza
dalam fitrahnya. Potensi manusia ini mempunyai lapan jenis kecerdasan dalam diri
mereka iaitu kecerdasan verbal-linguistik (mahir menggunakan perkataan), kecerdasan
logikal-matematikal (berfikir secara saintifik,logik serta berfikir secara kritis untuk
membuat keputusan serta menyelesaikan masalah), kecerdasan visual-ruang (mahir
menguruskan ruang secara berkesan), kecerdasan muzikal (mahir mengesan dan
menghasilkan bunyi yang berirama), kecerdasan kinestetik (mahir mengawal pergerakan
seperti menari dan bersukan), kecerdasan interpersonal (mahir dalam memahami
perasaan orang lain) , kecerdasan intrapersonal (kebolehan memahami perasaan,
4
kelemahan, kekuatan dan potensi diri sendiri) serta kecerdasan naturalis (mahir dalam
mengenalpasti bentuk alam sekitar serta sensitif terhadap perubahannya).
Mengajar kanak-kanak diperingkat prasekolah adalah berbeza daripada mengajar
kanak-kanak diperingkat sekolah rendah. Ini adalah kerana pendekatan yang digunakan
juga adalah berbeza sama sekali. Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak ini perlu
diasuh dengan betul agar tidak mempunyai kekeliruan apabila mula belajar diperingkat
sekolah rendah kelak. Maka wujudlah sistem prasekolah dimana kanak-kanak yang
berusia dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun di hantar ke pusat ini bagi memberikan
pengalaman kepada mereka sebelum memasuki alam persekolahan yang sebenar.
( Freeney,1979 ) menyatakan kebanyakkan program prasekolah ialah program
setengah hari yang menekankan perkembangan sosioemosi kanak-kanak dan
menyediakan aktiviti pengkayaan. ( Day, 1988) menyatakan matlamat pendidikan
prasekolah sebenarnya tidak menyediakan penjagaan secara total dan perkhidmatan yang
komprehensif kepada kanak-kanak tetapi sebaliknya menyediakan peluang kepada
mereka bagi perkembangan akedemik, intelek, sosial, emosi dan fizikal melalui
program-program aktiviti yang benar-benar menyeluruh.
Friedrich Froebel ( 1782-1852) yang mengasaskan program ’taman asuhan
kanak-kanak’ percaya bahawa pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu yang
berlaku dalam keadaan yang menggembirakan. Beliau mennyatakan bahawa kanak-
kanak akan lebih mudah untuk belajar sekiranya mereka belajar sambil bermain dimana
mereka akan merasa gembira. Melalui aktiviti bermain, secara tidak langsung kanak-
kanak berpeluang melatih kemahiran yang sedang berkembang. Ini membuktikan corak
aktiviti bermain dikalangan kanak-kanak boleh membantu memahami dan memperolehi
sesuatu kemahiran tertentu daripada persekitaran mereka. Melalui cara yang
5
sedemikian, potensi kanak-kanak akan dapat dipupuk samaada dari aspek kognitif,
psikomotor, afektif dan nilai-nilai kerohanian. (Zulkifli Mohamed Irpow, 2003 ).
Kecerdasan pelbagai seharusnya bermula diperingkat kanak-kanak. Bermulanya
diperingkat ini, akan terserlah kecerdasan yang terdapat dalam diri kanak-kanak.
Namun, sekiranya tiada usaha untuk mengembangkan lagi kecerdasan yang mereka
miliki ini, maka kecerdasan mereka tidak akan dapat berkembang dengan baik
seterusnya akan menyebabkan mereka akan jadi kurang berkeyakinan dalam
menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran ini. Oleh itu, guru-guru haruslah
mengenalpasti kecerdasan yang dimiliki oleh kanak-kanak ini supaya dapat membantu
mereka memajukan diri dalam pelbagai aspek.
1.2 Latarbelakang Masalah.
Kecerdasan pelbagai merupakan keistimewaan yang terdapat di dalam diri setiap
insan. Kecerdasan pelbagai ini merupakan perkara yang penting dalam bidang
pendidikan. Ini kerana melalui kecerdasan pelbagai, setiap guru dapat mengetahui
pendekatan apa yang perlu digunakan supaya pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan menjadi suatu aktiviti yang bermakna. Kecerdasan pelbagai harus bermula
diperingkat kanak-kanak lagi. Ini menunjukkan bahawa guru prasekolah harus
memainkan peranan yang penting dalam mengenalpasti kecerdasan pelbagai yang
terdapat dikalangan kanak-kanak ini agar dapat melahirkan generasi yang mempunyai
keyakinan diri dalam melakukan pelbagai perkara.
6
Namun, masih terdapat guru-guru yang tidak mengetahui tentang teori
kecerdasan pelbagai ini. Mereka juga tidak dapat mengenalpasti kecerdasan pelbagai
yang terdapat dalam diri kanak-kanak. Kebanyakan guru-guru ini tidak mempunyai
pengalaman untuk mengenalpasti kecerdasan pelbagai yang terdapat dalam diri kanak-
kanak ini. Ini adalah kerana mereka mungkin tidak pernah didedahkan dengan teori ini
atau mungkin mereka tidak mengetahui kepentingan kecerdasan pelbagai dalam
membentuk kanak-kanak yang akan melahirkan generasi yang mempunyai daya saing
yang tinggi dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar ini.
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut Howard Gardner, kecerdasan pelbagai boleh dikenalpasti diperingkat
kanak-kanak. Selain itu, kecerdasan juga boleh diperkembangkan diperingkat kanak-
kanak lagi. Maka dalam kajian ini, penulis ingin mengenalpasti kecerdasan pelbagai
dikalangan kanak-kanak prasekolah serta kaitannya dengan strategi pengajaran yang
digunakan untuk mengajar kanak-kanak prasekolah. Ini adalah kerana penyelidik ingin
mengetahui adakah guru yang mengajar kanak-kanak prasekolah memahami teori
kecerdasan pelbagai serta kepentingannya dalam strategi pengajaran dan pembelajaran.
Adakah guru mempraktiskan teori ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, adakah telah wujud kecerdasan pelbagai dikalangan kanak-kanak prasekolah.
7
1.4 Objektif Kajian
Terdapat tiga objektif utama dalam kajian ini iaitu:
I. Mengenalpasti kecerdasan pelbagai dikalangan kanak-kanak prasekolah.
II. Mengenalpasti strategi pengajaran yang digunakan untuk mengajar
kanak-kanak prasekolah.
III. Mengenalpasti perkaitan antara kecerdasan pelbagai dikalangan kanak-
kanak serta strategi pengajaran yang digunakan dalam mengajar kanak-
kanak prasekolah.
1.5 Persoalan Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa
persoalan mengenai kecerdasan pelbagai dikalangan kanak-kanak prasekolah. Antara
persoalan yang ditimbulkan ialah:-
I. Apakah kecerdasan pelbagai yang terdapat dikalangan kanak-kanak
prasekolah.
II. Apakah strategi pengajaran yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak
prasekolah.
III. Adakah terdapat perkaitan antara kecerdasan pelbagai dikalangan kanak-
kanak prasekolah dengan strategi pengajaran yang digunakan untuk
mengajar kanak-kanak prasekolah.