Transcript
Page 1: Kayuhan Kemerdekaan - moe.gov.my · PDF fileBULETIN INTEGRITI SIRI 3/2017 Kayuhan Kemerdekaan Hayati Kemerdekaan Ini Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan INTEGRITI

BULETIN INTEGRITI SIRI 3/2017

Kayuhan Kemerdekaan

Hayati Kemerdekaan Ini

Wacana Kedaulatan Bangsa,Kenegaraan dan Kemerdekaan

INTEGRITITeras Kemerdekaan

Terbitan: Unit Integriti

Page 2: Kayuhan Kemerdekaan - moe.gov.my · PDF fileBULETIN INTEGRITI SIRI 3/2017 Kayuhan Kemerdekaan Hayati Kemerdekaan Ini Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan INTEGRITI

P E N Y E L A R A S / P E N G A R A N G

Unit Integriti

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E12

Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

T E R B I T A N

Ahmad Suhairi bin Mohd Nor

03 - 8884 7982

03 - 8884 7922

[email protected]

http://www.moe.gov.my

S U M B A N G A N K A R Y A

• Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan karya bertema integriti (rencana, artikel,

berita, cerpen, sajak dan lain-lain) untuk dikongsi bersama pembaca Buletin Integriti.

• Hantarkan karya anda ke [email protected].

Abdul Majid bin Abdul Rahim

Ahmad Faiz bin Ahmad Fuad

Siti Azeana binti Zulkifli

Irdha binti Hakim

Christine Mooi Meng Yee

Wan Muhamad bin Wan Junoh

NorQuyyum binti Mohd Noor

S I D A N G R E D A K S I

2

P E N A S I H A T

Page 3: Kayuhan Kemerdekaan - moe.gov.my · PDF fileBULETIN INTEGRITI SIRI 3/2017 Kayuhan Kemerdekaan Hayati Kemerdekaan Ini Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan INTEGRITI

3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh /

Selamat Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.

Alhamdulillah dan bersyukur kita ke hadrat Allah

SWT kerana terus diberi kesempatan untuk

bernafas di bumi Malaysia yang aman ini.

Memetik ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia

Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak

sempena Hari Pekerja 2014, beliau menyatakan

bahawa sebagai penjawat awam kita merupakan

tiang seri negara yang bertunjangkan kepada 5

prinsip iaitu berilmu,

kebolehpercayaan, budaya

amalan kerja terbaik,

semangat patriotik dan budaya

keberhasilan yang berteraskan

outcame based. Kelima-lima prinsip ini

merupakan pengukuhan bagi sesebuah negara ke

arah bertransformasi dan maju.

Seiring dengan peredaran masa, kepesatan

teknologi serta kemajuan peradaban dunia hari

kini, patriotisme atau perasaan cinta yang kuat

terhadap negara dilihat semakin hari semakin

semakin terhakis terutamanya dalam kalangan

generas muda.

Dalam hal ini, tidak perlulah kita menuding jari

mencari salah siapa tetapi sama-samalah kita

muhasabah diri. Sejauh mana kita sebagai

penjawat awam menunjukkan nilai-nilai

patriotisme kita terhadap negara? Sebagai warga

kerja di Kementerian Pendidikan Malaysia,

sejauh mana kita menggalas

tugas kita dengan tekun, jujur

dan amanah demi masa depan negara yang

kita cintai?

Biarpun kini kita tidak berada dalam pahit getir

hidup era sebelum kemerdekaan, kita seharusnya

bersyukur dan mengingati usaha-usaha mereka

yang telah menyumbang kepada keselamatan,

keharmonian dan kemajuan negara. Sebagai

peneraju pentadbiran negara, kita seharusnya

menjadi contoh teladan yang baik dan

menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi

kepada organisasi dan kepimpinan negara.

SEKAPUR SIRIH

Ketua Setiausaha,

Kementerian Pendidikan Malaysia

Oleh itu, marilah kita pada setiap masa menyemai

semangat cintakan negara, saling bekerjasama,

hormat-menghormati dan membudayakan amalan

integriti dalam mengekalkan kemanan, kemajuan dan

kesejahteraan negara yang kita kecapi pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

Page 4: Kayuhan Kemerdekaan - moe.gov.my · PDF fileBULETIN INTEGRITI SIRI 3/2017 Kayuhan Kemerdekaan Hayati Kemerdekaan Ini Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan INTEGRITI

KAYUHAN KEMERDEKAAN

eringkali kita mendengar kata-kata yang

mengatakan bahawa Malaysia sudah merdeka, namun

masih dijajah. Persoalannya, apakah itu hakikatnya?

Sejarah Malaysia boleh diibaratkan seperti kehidupan

seseorang. Ketika sudah mencapai klimaks, adakah itu

konotasi perjuangan kita sudah selesai?

Kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni.

Bermula daripada sebuah negara pertanian

berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini,

hasil perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan

begitu mapan, kita berjaya muncul sebagai negara

perindustrian moden yang berpendapatan sederhana

tinggi.

Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan telah dicapai

bersifat monumental dan amat signifikan, bukanlah

alasan yang membenarkan kita untuk berhenti

berusaha, berasa puas hati dan berasa selesa. Apatah

lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk

tubuh.

Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih

dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan

diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran. Jika disisir

sejarahnya, semacam satu keajaiban di awal usia

setahun jagung meraih kemerdekaan. Hakikat yang

tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan

sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan

Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta

Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh

kita begitu awal ketika proses pembudayaan masih

lagi tidak matang.

“APABILA berjalan, janganlah sentiasa mendongak ke langit.

Pandanglah sesekali ke bawah supaya tidak tersadung akar kayu yang melintang.

Selepas sampai ke seberang, jangan lupa pangkalan tempat mula berkayuh”.

4

Oleh: Irdha binti Hakim, UI KPM

S

Sir Donald McGillivray dan Lady McGillivray berjalan di landasan Lapangan Terbang Sungai Besi dengan Yang di-Pertuan Agong,

Tuanku Abdul Rahman dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Khurshiah sebelum menaiki penerbangan ke London pada Ogos 1957

- Gambar Arkib

Page 5: Kayuhan Kemerdekaan - moe.gov.my · PDF fileBULETIN INTEGRITI SIRI 3/2017 Kayuhan Kemerdekaan Hayati Kemerdekaan Ini Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan INTEGRITI

Mengimbas kembali, tarikh kemerdekaan

31 Ogos 1957 hasil kejayaan rombongan

Tunku Abdul Rahman ke London. Wakil-wakil Parti

Perikatan berjaya mempengaruhi kerajaan Inggeris

yang terpaksa bersetuju dengan tarikh kemerdekaan

tersebut apabila dikemukakan ke pejabat Tanah

Jajahan di London ketika itu. Inilah kemenangan besar

UMNO ketika itu.

Gema pekikan mereka daripada ribuan rakyat tidak

dapat ditahan-tahan lagi. Tunku Abdul Rahman, Tun

Abdul Razak dan lain-lain pemimpin Parti Perikatan

turut hadir di atas pentas menyaksikan kemenangan

bangsa Melayu menuntut kemerdekaan. Keesokannya

di Stadium Merdeka diadakan upacara penuh istiadat

apabila dengan rasminya wakil Baginda Queen, Duke

of Kent menyerahkan kuasa dan pemasyhuran

kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman yang

mewakili negara dan bangsa menerima haknya

semula.

Langkah ini sebagai simbolik berakhirnya penjajahan

mereka, dan menunjukkan negara ini bukan lagi di

bawah pengaruh atau mengikut telunjuk British lagi.

Sekali mendayung

dua tiga pulau terlangsung,

sekali membuka pura

dua tiga hutang langsai.

Tetapi setelah berlalu tempoh masa 60 tahun, banyak

perkara yang dilupakan, kalau tidak diulang kaji

semula.

Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta

kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin

dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, semua

pihak harus melipatgandakan usaha bagi menambah

baik daya saing nasional.

Ini boleh diperoleh melalui penggunaan kreativiti,

inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan

baharu berasaskan sifat keusahawanan mandiri.

Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai

tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan,

kestabilan dan keharmonian.

‘Biar retak Kota Melaka,

Jangan tergadai negara

bangsa’.

Selamat 60 tahun merdeka,

Malaysia!Kata: Kayuhan

Takrif: Gerakan (hasil atau perbuatan)

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat

5

Sekarang perahu sudah di air,

dayung sudah di tangan,

kayuhlah dengan cermat

dan hati-hati supaya selamat sampai

ke seberang.

Atur gerak, susun langkah,

biar bangun Negara watan,

biar mekar bunga bangsa.

Moga Malaysia kekal merdeka.

Page 6: Kayuhan Kemerdekaan - moe.gov.my · PDF fileBULETIN INTEGRITI SIRI 3/2017 Kayuhan Kemerdekaan Hayati Kemerdekaan Ini Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan INTEGRITI

6

didefinisikan sebagai bebas

(daripada penjajahan, kurungan,

naungan), lepas (daripada tebusan,

tuntutan), berdiri sendiri dan tidak

bergantung kepada yang lain. Erti

kemerdekaan pula ialah perihal kebebasan. Dalam

konteks negara, kemerdekaan adalah bebas daripada

kuasa penjajahan. Negara yang merdeka diperintah dan

ditadbir oleh rakyat negara berkenaan. Kemerdekaan

adalah harta paling berharga bagi sesebuah negara dan

rakyatnya.

Islam pula mentakrifkan kemerdekaan adalah sebagai

“kebebasan melakukan segala suruhan dan

menjauhi segala larangan Allah SWT”. Setiap

individu berhak melakukan perkara yang mendatangkan

kebaikan kepadanya. Namun, kebebasan itu perlu dibatasi

dengan hukum pencipta alam ini. Firman Allah SWT

yang bermaksud: “Dan sesiapa yang mengerjakan

amal soleh daripada lelaki atau perempuan

sedangkan dia beriman, maka mereka itu akan

masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiayai

(atau dikurangkan balasannya) sedikit pun”. (Q: An-

Nisa; 124).

Islam melihat erti kemerdekaan dengan meluas iaitu

meliputi soal individu serta kenegaraan. Negara yang

merdeka, tetapi rakyatnya dibelenggu dengan pelbagai

masalah, pemikiran dan cara hidup yang dikuasai oleh

orang lain, sebenarnya belum merdeka. Begitu juga, jika

rakyat bebas melakukan segala perkara untuk dirinya,

tetapi negara masih dijajah, maka itu belum bererti

merdeka dengan hakikat sebenarnya. Islam mengamalkan

dasar merdeka, kerana tidak ada insan yang perlu tunduk

kepada telunjuk pihak lain, melainkan jika terdapat kaitan

dengan (hukum) Allah SWT jua. Manusia wajib patuh

hanya kepada perintah Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “... dan

janganlah engkau mematuhi orang yang

Kami ketahui hatinya lalai daripada

mengingati dan mematuhi pengajaran

Kami dalam Al-Quran, serta dia menurut

hawa nafsunya dan tingkah lakunya

pula adalah melampaui kebenaran”. (Q:

Al-Kahfi; 28).

Hubungan sesama manusia hanyalah dengan maksud

saling membantu, saling mendapat manfaat dan

melaksanakan hak bagi individu di antara satu sama

lain. Tiada individu yang bertindak sebagai penjajah

(penguasa) terhadap jiwa insan yang lain. Hakikatnya,

fitrah semua insan dilahirkan dalam keadaan merdeka

dan hamba kepada-Nya. Namun, insan diberi hak

kemerdekaan dalam urusan kehidupan yang

mempunyai kaitan dengan konteks takwa. Dengan

kata lain, kebebasan insan adalah “kebebasan

bersyarat”.

Oleh: Wan Muhamad bin Wan Junoh, UI KPM

Page 7: Kayuhan Kemerdekaan - moe.gov.my · PDF fileBULETIN INTEGRITI SIRI 3/2017 Kayuhan Kemerdekaan Hayati Kemerdekaan Ini Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan INTEGRITI

7

Sesiapa yang berpandukan kepada ajaran Islam

sepenuhnya, pasti “akan berjaya di dunia dan juga di

akhirat”. Firman Allah SWT yang bermaksud: “... jika

kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah akan

mengurniakan kamu dengan balasan yang baik (di

dunia dan di akhirat), dan jika kamu berpaling ingkar

seperti keingkaran kamu dahulu, nescaya Allah akan

menyeksa kamu dengan azab yang tidak terperi

sakitnya”. (Q: Al-Fath; 16).

Islam amat melarang dan menentang sebarang

bentuk tindakan penganiayaan, penindasan,

keganasan, penguasaan bukan pada hak, taasub

dengan kefahaman (melampau), serta syirik.

Masyarakat Arab yang dahulunya bergelumang

dengan norma kehidupan tidak berperikemanusiaan

telah bertukar kepada nilai-nilai insaniah dan

merdeka daripada kebatilan hasil kemerdekaan hidup

yang dibawa oleh ajaran Islam. Nur Islam telah

menerangi manusia ke jalan kemerdekaan yang sesuai

dengan fitrah asal kejadian manusia.

Fahamilah dengan teliti, Islam tidak pernah memaksa,

namun Islam menyeru agar semua manusia beramal

dengan ajarannya. Fakta membuktikan, tidak ada

penyebaran Islam dilakukan secara paksaan. Walaupun

Khalifah Islam pada beberapa zaman boleh melakukan

sedemikian. Islam tetap mempertahankan konsep

kemerdekaan yang memberi peluang kepada setiap insan

untuk memilih jalan kehidupan masing-masing. Islam

disebarkan melalui kepercayaan (keyakinan) tauhid.

Falsafah kemerdekaan dalam Islam membawa amalan

keterbukaan dan menghormati hak kemanusiaan. Segala

urusan pemilikan dan kekuasaan dilakukan secara adil.

Malangnya, mutakhir ini penghayatan terhadap

kemerdekaan dalam Islam telah diselewengkan dan

disalah tafsirkan. Umat Islam hanyut dengan “laungan

kemerdekaan”. Kebebasan yang dikecapi gagal

dimanfaatkan. Sikap tamak dan ingin menguasai sesuatu

tanpa hak mula menguasai budaya hidup masyarakat.

Keterbukaan dan kemerdekaan fikiran

harus dijadikan teras kepada

penghayatan integriti dalam

kehidupan, dan bukan mengheret orang lain kepada

kepentingan diri sendiri.

“Manfaatkan dengan sebaiknya kebebasan yang sedang dipinjamkan. bagi

melakukan apa-apa yang terbaik bersesuaian dengan naluri, selagi tidak melanggar

batasan syariat dan peraturan”.

Fitrahnya, manusia ingin hidup bebas, namun

kebebasan itu sering merosakkan

kehidupan manusia. Justeru, ajaran Islam

memberi panduan lengkap untuk diikuti bagi mencapai

kesejahteraan hidup di dunia dan kehidupan abadi di

akhirat. Islam membawa rahmat dan kesempurnaan

kepada seluruh isi alam. Manusia bebas untuk memilih

kerana “kehidupan adalah suatu pilihan” dan “jalan ke

Syurga bukan satu hala”.

Page 8: Kayuhan Kemerdekaan - moe.gov.my · PDF fileBULETIN INTEGRITI SIRI 3/2017 Kayuhan Kemerdekaan Hayati Kemerdekaan Ini Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan INTEGRITI

Di Malaysia, kemerdekaan memberi erti yang amat besar

kepada rakyat dan negara. Kemerdekaan negara telah

mengubah cara hidup masyarakat dalam merealisasikan

erti kemerdekaan sebenar. Dalam tempoh singkat,

negara telah mencapai banyak kemajuan dan kejayaan.

Namun begitu, kita semua perlu sentiasa diingatkan agar

tidak terperangkap dengan penjajahan bentuk baharu

yang dikenali neo-kolonialisme. Penjajahan ini

tidak melibatkan penguasaan secara fizikal atau

keganasan. Sebaliknya ia berlaku melalui tipu

daya, perjanjian berat sebelah,

tekanan ekonomi, pengaruh fikiran,

budaya, ideologi dan seumpamanya.Sesebuah negara mungkin akan menjadi mangsa neo-

kolonialisme kepada banyak negara yang lebih berkuasa,

berpengaruh dan kaya.

Penyaluran neo-kolonialisme dilakukan melalui media

massa, hiburan, ideologi, imej perniagaan, individu yang

dijadikan idola dalam kehidupan, perniagaan dan

ekonomi. Kita perlu bimbang terhadap neo-kolonialisme

kerana kesannya tidak kurang hebat dengan kolonialisme

(dasar atau amalan oleh sesebuah negara meluaskan

penguasaannya ke atas sesebuah negara lain). Banyak

negara merdeka kini menjadi boneka kepada negara lain

yang dilakukan hasil pengaruh neo-kolonialisme yang

terlampau kuat. Bahkan terdapat negara yang hilang

identiti akibat neo-kolonialisme.

Ideologi pemisahan di antara agama dengan urusan

kehidupan harian seperti pentadbiran negara,

perniagaan, budaya dan pendidikan adalah

sebahagian daripada cara neo-kolonialisme disebarkan

di kebanyakan negara di dunia. Semakin banyak

negara yang menanggung bahaya neo-kolonialisme,

terutama dalam kalangan negara-negara miskin dan

lemah. Ini kerana, negara yang menerima bantuan

ketenteraan, ekonomi dan politik secara tidak

langsung telah membenarkan penjajahan neo-

kolonialisme dilakukan terhadapnya.

Oleh itu, kita perlu lebih berhati-hati dan

teliti dalam soal menghayati erti

kemerdekaan ini. Malaysia tidak terkecuali

untuk diserang oleh unsur neo-kolonialisme yang

sedang aktif menyelinap liar dalam segenap perkara.

Kemerdekaan minda merupakan

salah satu aspek terpenting dalam

usaha membentuk kejayaan hidup.Selagi minda kita masih dikuasai oleh blok-blok

pemikiran ambil mudah, taasub, mudah percaya,

berfikiran singkat, mudah mengaku kalah dan tidak

berdaya saing, maka selagi itu kita tidak akan dapat

menikmati erti sebenar kemerdekaan ini.

Neo-kolonialisme bermaksud peluasan pengaruh

politik oleh sesebuah kuasa besar ke atas negara

lain yang baru merdeka, terutamanya melalui

tekanan ekonomi.

Rujukan:

1. Kamus Dewan Edisi 4.

2. Sinar Rohani JAKIM (Isu 3/2015). ISSN 1511-1903.

3. Sartre, Jean-Paul (2001-03-27). Colonialism and neo-colonialism. Routledge. ISBN 978-0-415-19146-3.

4. http://www.berdikarionline.com/mengenal-neo-kolonialisme/

5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kolonialisme

Kata ‘neo-kolonialisme' pertama kali diperkenalkan

oleh Kwame Nkrumah, presiden pertama pasca-

kemerdekaan Ghana, dan telah didiskusikan oleh

banyak sarjana dan filsuf pada abad ke-20,

termasuk Jean-Paul Sartre dan Noam Chomsky.

8

Page 9: Kayuhan Kemerdekaan - moe.gov.my · PDF fileBULETIN INTEGRITI SIRI 3/2017 Kayuhan Kemerdekaan Hayati Kemerdekaan Ini Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan INTEGRITI

Oleh: Ahmad Faiz bin Ahmad Fuad, UI KPM

afsiran realiti perkembangan kemerdekaan yang ada

ketika ini banyak bergantung pada sumber-sumber dan

tradisi penulisan kolonial ketika era penjajahan. Ini

menyebabkan salah faham berlaku tentang perkembangan

sejarah sebenar mengakibatkan fakta dan kisah perjuangan

masyarakat tempatan ke arah kemerdekaan Malaysia kabur

dan diliputi dengan aspek negatif.

Buku Sejarah Malaysia: Wacana

Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan

Kemerdekaan nukilan bersama Abdul Rahman Haji

Ismail dan Azmi Arifin adalah satu dokumentasi usaha

untuk menzahirkan definisi dan makna sejarah

perkembangan kemerdekaan yang dicapai melalui kaca

mata masyarakat tempatan dan tidak bergantung kepada

pengaruh pemikiran sejarah kolonial, mulai daripada

sebelum hingga selepas Malaysia mencapai kemerdekaan

pada tahun 1957.

Buku ini membicarakan tentang sejarah Malaysia,

perjuangan mencapai kemerdekaan dan pergolakan politik

yang berlaku di Malaysia dalam tafsiran yang baharu yang

lebih berbeza serta mencabar kesimpulan yang dihasilkan

dalam penulisan yang dipengaruhi tafsiran kolonialisme

terdahulu.

Secara ringkas, buku ini juga membincangkan pandangan

dan pemikiran baharu mengenai isu-isu sejarah mengenai

identiti bangsa, konsep serta kedudukan sistem raja

berperlembagaan dalam perkembangan kemerdekaan

negara, perjuangan antipenjajah, isu gagasan Melayu Raya

melibatkan beberapa negara di Asia Tenggara serta

pengaruhnya dalam pergerakan kemerdekaan di Malaysia.

Buku ini juga menyentuh tentang pembinaan dan makna

‘Bangsa Malaysia’ melibatkan Sabah dan Sarawak di awal

1960-an dan 1980-an.

ULASAN BUKU

SEJARAH MALAYSIA:

WACANA KEDAULATAN BANGSA,

KENEGARAAN DAN KEMERDEKAAN

T

Secara peribadi, penulis berjaya mengemukakan satu sisi

segar dan baharu dalam menginterpretasikan definisi

perjuangan pra dan pasca kemerdekaan oleh

masyarakat tempatan. Pendekatan penulis dalam

mengetengahkan pandangan dan persoalan yang timbul

dengan hujah-hujah yang baharu membangkitkan perasaan

keterujaan dalam mengetahui perkembangan sejarah

kemerdekaan dalam perspektif yang berbeza.

Buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan serta

rujukan para penyelidik sejarah atau penggemar sejarah

yang mempunyai minat yang mendalam terhadap sejarah

warisan dan perjuangan rakyat Malaysia sebelum dan

selepas kemerdekaan dicapai.

Penerbit: Penerbit Universiti Sains MalaysiaTahun Terbitan: 2016

Penulis: Abdul Rahman Haji Ismail dan Azmi AriffinHalaman: 327 muka surat

9

Page 10: Kayuhan Kemerdekaan - moe.gov.my · PDF fileBULETIN INTEGRITI SIRI 3/2017 Kayuhan Kemerdekaan Hayati Kemerdekaan Ini Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan INTEGRITI

I N T E G R I T ITERAS KEMEREKAAN

Menongkah arus hingga ke muara

Dari muara mudik ke kuala

Salam sejahtera pembuka bicara

Alunan pantun merdeka kini bermula

Usai santapan majulah segera

Wahai anak janganlah leka dan juga alpa

Alangkah indah permainya negara

60 tahun usia kebebasan telah dirasa

Ku sangkakan panas gerimis akhirnya

Badai menduga ku tahan jua

Semangat patriotik integriti dijaga

Menjadi teras junjungan semua

Anak watan berlenggang di kota

Tak pernah melupa pada yang tua

Kemerdekaan yang hakiki hendaklah dijaga

Amanah dan setia gemilang ke usia

Melenggang pagi membawa ke senja

Lenguh dan lesu usailah semua

Tanpa integriti apalah maknanya

Hancurlah kota binasalah negara

Tiba masanya ku pulang jua

Mencari arah yang tak kunjung tiba

Malaysia gemilang ku harap sentiasa

Menjadi lindungan anak dan bangsa.

Oleh: Christine Mooi Meng Yee, UI KPM

10

Page 11: Kayuhan Kemerdekaan - moe.gov.my · PDF fileBULETIN INTEGRITI SIRI 3/2017 Kayuhan Kemerdekaan Hayati Kemerdekaan Ini Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan INTEGRITI

Oleh: NorQuyyum binti Mohd Noor, UI KPM

11

Page 12: Kayuhan Kemerdekaan - moe.gov.my · PDF fileBULETIN INTEGRITI SIRI 3/2017 Kayuhan Kemerdekaan Hayati Kemerdekaan Ini Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan INTEGRITI

KURSUS INTEGR ITI S IR I 2 / 2017

12

10-13 Julai 2017 | INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM), Kemaman, Terengganu

PENGISIAN:

Pemerkasaan Disiplin & Tatatertib

Penjawat Awam

Psikologi & Kaunseling Dalam Integriti

Integriti Pengurusan Kewangan

Gaya Hidup Sihat

Pelan Integriti Nasional & Aku Janji

Rasuah, Penyelewengan & Salah Guna

Kuasa

Integriti Keluarga & Komuniti

Pre & Post Test

Page 13: Kayuhan Kemerdekaan - moe.gov.my · PDF fileBULETIN INTEGRITI SIRI 3/2017 Kayuhan Kemerdekaan Hayati Kemerdekaan Ini Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan INTEGRITI

WACANA INTEGRITI SIRI 3/2017

13

YBhg. Tn. Mohd Jasri bin Mohd NazarPengurus Kanan Unit Khidmat Pelanggan,

Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

YBhg. Ustaz Haslin bin BaharimPendakwah Bebas

“Keberkatan Yang

Dewan Serbaguna, Aras 9

Blok E12, Kompleks E, Putrajaya

Unit Integriti KPM

& PPZ MAIWP

5 September 2017 (Selasa)

8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari

Anjuran bersama:

Page 14: Kayuhan Kemerdekaan - moe.gov.my · PDF fileBULETIN INTEGRITI SIRI 3/2017 Kayuhan Kemerdekaan Hayati Kemerdekaan Ini Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan INTEGRITI

14

Page 15: Kayuhan Kemerdekaan - moe.gov.my · PDF fileBULETIN INTEGRITI SIRI 3/2017 Kayuhan Kemerdekaan Hayati Kemerdekaan Ini Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan INTEGRITI

15

Page 16: Kayuhan Kemerdekaan - moe.gov.my · PDF fileBULETIN INTEGRITI SIRI 3/2017 Kayuhan Kemerdekaan Hayati Kemerdekaan Ini Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan INTEGRITI

16

Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E12, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya

Telefon: 03-88847924 / 7989 | E-mel: [email protected] | Faksimile: 03-88847922


Top Related