KATEGORI PENCALONAN
Kategori pencalonan yang akan dipertandingkan dalam Anugerah Seri Angkasa
2016 adalah seperti di lampiran berikut.
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Kategori TV 1-2
2. Kategori Radio 3
3. Syarat-Syarat Penyertaan 4-8
4. Borang Pencalonan
4.1 Kategori TV 9-12
4.2 Kategori Radio 13-15
5. Kriteria Pencalonan
5.1 Kriteria Kategori TV 16-21
5.2 Kriteria Kategori Radio 22-24
KATEGORI PENCALONAN
ANUGERAH SERI ANGKASA 2016
A. KATEGORI TV (38)
1. ATV1 : Drama TV Terbaik
2. ATV2 : Drama TV Bersiri Terbaik
3. ATV3 : Pengarah Drama TV Terbaik
4. ATV4 : Skrip Drama TV Terbaik
5. ATV5 : Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik
6. ATV6 : Pelakon Wanita Drama TV Terbaik
7. ATV7 : Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik
8. ATV8 : Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik
9. ATV9 : Pelakon Komedi TV Terbaik
10. ATV10 : Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik
11. ATV11 : Buletin Berita TV Terbaik
12. ATV12 : Liputan Berita TV Terbaik
13. ATV13 : Laporan Khas Berita TV Terbaik
14. ATV14 : Liputan Khas Siaran Langsung TV Terbaik
15. ATV15 : Dokumentari TV Terbaik
16. ATV16 : Majalah TV Terbaik
17. ATV17 : Bicarawara TV Terbaik
18. ATV18 : Penyampai Berita TV Terbaik
19. 1 ATV19 : Wartawan TV Terbaik
20. ATV20 : Hiburan Muzikal TV Terbaik
21. ATV21 : Komedi TV Terbaik
22. ATV22 : Candawara (Game Show) TV Terbaik
23. ATV23 : Rancangan Agama TV Terbaik
24. ATV24 : Pengacara TV Terbaik
25. ATV25 : Penerbitan Sukan TV Terbaik
26. ATV26 : Pengulas TV Terbaik
27. ATV27 : Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik
28. ATV28 : Animasi Penerbitan Tempatan TV Terbaik
29. ATV29 : Jurukamera TV Terbaik (Single Camera Production)
30. ATV30 : Kru Kamera TV Terbaik (Multiple Camera Production)
31. ATV31 : Promo TV Terbaik
32. ATV32 : Montaj TV Terbaik
33. ATV33 : Suntingan Rancangan TV Terbaik
34. ATV34 : Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik
35. ATV35 : Audio Rancangan TV Terbaik
36. ATV36 : Pengimbangan Muzik TV Terbaik
37. ATV37 : Rekaan Set TV Terbaik
38. ATV38 : Tatarias TV Terbaik
B. KATEGORI RADIO (19)
1. AR1 : DJ Radio Lelaki Terbaik
2. AR2 : DJ Radio Wanita Terbaik
3. AR3 : Pengulas Radio Terbaik
4. AR4 : Penyampai Berita Radio Terbaik
5. AR5 : Buletin Berita Radio Terbaik
6. AR6 : Liputan Berita Radio Terbaik
7. AR7 : Drama Radio Terbaik
8. AR8 : Skrip Drama Radio Terbaik
9. AR9 : Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik
10. AR10 : Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik
11. AR11 : Majalah Radio Terbaik
12. AR12 : Dokumentari Radio Terbaik
13. AR13 : Bicarawara Radio Terbaik
14. AR14 : Rancangan Hiburan Radio Terbaik
15. AR15 : Rancangan Interaktif Radio Terbaik
16. AR16 : Rancangan Agama Radio Terbaik
17. AR17 : Pesanan Khidmat Awam (PSA) Radio Terbaik
18. AR18 : Promo Radio Terbaik (Jingle/Teaser/Sketsa)
19. AR19 : Pengimbangan Muzik Radio Terbaik
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
ANUGERAH SERI ANGKASA 2016
DEFINISI STESEN
Stesen bermaksud stesen atau saluran Radio atau TV yang membawa identiti
tersendiri. Misalnya RTM mempunyai 33 stesen radio seperti NASIONALfm, AiFM,
MINNALfm, KEDAHfm dan tiga saluran TV iaitu TV1, TV2 dan TVi. Radio AMP pula
mempunyai lapan stesen seperti ERA fm, Sinar fm, Lite fm sementara Media Prima
mempunyai empat saluran TV iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9. Setiap satu daripada
stesen-stesen ini didefinisikan sebagai stesen atau saluran berasingan walaupun
berada dalam satu badan penyiaran yang sama. Dengan itu, setiap satu layak
mengemukakan pencalonan.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2016 terbuka kepada rancangan-
rancangan Radio/TV terbitan tempatan yang disiarkan oleh organisasi
penyiaran kerajaan dan swasta melalui siaran terestrial dan satelit sahaja.
2. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
3. Pencalonan hanya boleh dibuat oleh organisasi penyiaran masing-masing.
4. Semua organisasi penyiaran yang mengambil bahagian memberi kebenaran
kepada stesen-stesen lain menyiarkan sedutan audio/visual untuk promo bagi
semua kategori pencalonan.
5. Setiap bahan penyertaan tidak akan dikembalikan. Setiap stesen yang
mengemukakan pencalonan hendaklah memastikan bahan yang dihantar
dalam keadaan baik. Pihak Jawatankuasa Pencalonan tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan pada bahan penyertaan.
4
2
6. Bahan penyertaan mestilah dalam bahasa Melayu, Inggeris, Tamil,
Mandarin, Arab, Kadazan, Iban dan Orang Asli. Sari kata untuk terbitan TV
dan teks terjemahan untuk terbitan radio wajib disediakan bagi bahan-bahan
selain bahasa Melayu dan Inggeris.
7. Rancangan-rancangan yang dicalonkan mestilah pertama kalinya disiarkan
melalui stesen masing-masing antara 1 September 2014 hingga 31 Ogos
2015.
8. Setiap pencalonan mesti menggunakan borang (KTV)1, (KTV)2 dan (KTV)3
untuk kategori TV dan borang (KR)1, (KR)2 dan (KR)3 untuk kategori radio.
Semua borang perlu diisi dengan lengkap dan jelas serta disahkan oleh:
i. Pengarah Bahagian / Pengarah Negeri (RTM)
ii. Pengurus / Ketua Stesen (Stesen Swasta)
9. Setiap saluran radio dibenarkan mengemukakan satu pencalonan untuk
setiap kategori anugerah.
10. Setiap saluran TV dibenarkan mengemukakan tiga pencalonan untuk setiap
kategori anugerah.
11. Bagi rancangan bersiri, calon hanya dibenarkan mencalonkan satu episod yang
terbaik sahaja.
12. Rancangan-rancangan yang diterbitkan secara usaha sama dengan negara
luar TIDAK BOLEH dicalonkan.
13. Rancangan-rancangan liputan dan rancangan-rancangan kerjasama dengan
negara-negara lain TIDAK BOLEH dicalonkan.
14. Setiap pencalonan mesti disertakan:
Kategori TV:
i) Borang pencalonan yang lengkap (KTV)1, (KTV)2 dan (KTV)3.
ii) 2 salinan skrip.
iii) 6 salinan DVD rancangan.
iv) 1 salinan CD data yang mengandungi 1 gambar calon (ukuran
pasport, latar belakang warna biru dalam format .jpeg), 2 gambar
pegun promo rancangan (ukuran poskad dalam format .jpeg) dan 1
klip video petikan rancangan (maksimum 1 minit dalam format
.mov).
Kategori Radio:
i) Borang pencalonan yang lengkap (KR)1, (KR)2 dan (KR)3.
ii) 2 salinan skrip.
iii) 6 salinan CD rancangan.
iv) 1 salinan CD data yang mengandungi 1 gambar calon (ukuran
pasport, latar belakang warna biru dalam format .jpeg) dan 2 gambar
pegun promo rancangan (ukuran poskad dalam format .jpeg) dan 1
klip audio petikan rancangan (maksimum 1 minit dalam format
.wav).
dan dikemukakan kepada:
JAWATANKUASA PENCALONAN ANUGERAH SERI ANGKASA 2016
ARAS G, BANGUNAN IBC ANGKASAPURI, 50614 KUALA LUMPUR
15. Pencalonan hendaklah sampai ke alamat di atas selewat-lewatnya pada
30 Oktober 2015 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari.
16. Pencalonan yang diterima selepas tarikh dan masa yang telah ditetapkan
TIDAK AKAN DILAYAN.
17. Tarikh pos atau perkhidmatan kurier tidak boleh dijadikan bukti penghantaran.
18. Calon-calon yang tersenarai sebagai finalis WAJIB hadir pada Malam Majlis
Anugerah Seri Angkasa 2016 dan Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa
2016.
19. Pencalonan yang tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan akan DITOLAK.
20. KEPUTUSAN JURI ADALAH MUKTAMAD. SEBARANG BANTAHAN
DALAM APA JUA BENTUK TIDAK AKAN DILAYAN.
CONTOH LABEL DVD
Cover DVD
DVD
ANUGERAH SERI ANGKASA 2016
ATV 1 DRAMA TV TERBAIK
TAJUK : PUTERI SENTUBUNG
EPISOD : 2/13
SALURAN : TV1
TARIKH SIARAN : 1 JANUARI 2015
JANGKA MASA : 2 JAM
PENERBIT : EDRINNA YUNUS
NO TELEFON : 019-XXXXXXX
ANUGERAH SERI ANGKASA 2016 ATV1 DRAMA TV TERBAIK
TAJUK : PUTERI SANTUBUNG
EPISOD : 2/13
SALURAN : TV1
TARIKH SIARAN : 1 JANUARI 2015
DURASI : 2 JAM
PENERBIT : EDRINNA YUNUS
NO TELEFON : 019-XXXXXXX
BORANG PENCALONAN
KATEGORI TELEVISYEN (KTV)1
Tarikh Tutup: 30 Oktober 2015
(Jumaat: 12.00 tengah hari)
BORANG PENYERTAAN ANUGERAH SERI ANGKASA 2016 (Sila lengkapkan borang ini. Hanya satu penyertaan bagi setiap borang. Sila tandakan kategori pilihan anda.)
PENCALONAN KATEGORI TV
ATV1 Drama TV Terbaik ATV16 Majalah TV Terbaik
ATV2 Drama TV Bersiri Terbaik ATV17 Bicarawara TV Terbaik
ATV3 Pengarah Drama TV Terbaik ATV18 Penyampai Berita TV Terbaik
ATV4 Skrip Drama TV Terbaik ATV19 Wartawan TV Terbaik
ATV22 : Penyampai Berita TV Terbaik ATV5 Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik ATV20 Hiburan Muzikal TV Terbaik
ATV24 : Pengulas TV Terbaik ATV6 Pelakon Wanita Drama TV Terbaik ATV21 Komedi TV Terbaik
ATV7
Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik
ATV22 Candawara (Game Show) TV Terbaik
ATV28 : Pelakon Kanak Kanak TV Terbaik ATV8
Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik
ATV23 Rancangan Agama TV Terbaik
ATV9 Pelakon Komedi TV Terbaik ATV24 Pengacara TV Terbaik
ATV10 Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik ATV25 Penerbitan Sukan TV Terbaik
ATV11 Buletin Berita TV Terbaik ATV26 Pengulas TV Terbaik
ATV12 Liputan Berita TV Terbaik ATV27 Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik
ATV13 Laporan Khas Berita TV Terbaik ATV28 Animasi Penerbitan Tempatan TV Terbaik
ATV14
Liputan Khas Siaran Langsung TV Terbaik
ATV29 Jurukamera TV Terbaik (Single Camera Production)
ATV15 Dokumentari TV Terbaik ATV30
Kru Kamera TV Terbaik (Multiple Camera Production)
(KTV) 1
KATEGORI TELEVISYEN (KTV)1
JAWATANKUASA PENCALONAN ANUGERAH SERI ANGKASA 2016
ARAS G, BANGUNAN IBC ANGKASAPURI, 50614 KUALA LUMPUR
Tel : 012-2052457( En. Magli) / 012-2055091 (Pn. Rosna) / 019-2053502 (Pn. Che Rohana) E-mel :[email protected]
ATV31 Promo TV Terbaik
ATV30 : Suntingan Rancangan TV Terbaik ATV32 Montaj TV Terbaik
ATV32 : Kru Kamera TV Terbaik (Multiple Camera Operation)
ATV32 : Kru Kamera TV Terbaik (Multiple Camera Operation)
ATV33 Suntingan Rancangan TV Terbaik
ATV34 : Rekaan Set TV Terbaik ATV34 : Rekaan Set TV Terbaik ATV34 Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik
ATV36 : Montaj TV Terbaik ATV36 : Montaj TV Terbaik ATV35 Audio Rancangan TV Terbaik
ATV38 : Pengimbangan Muzik TV Terbaik ATV38 : Pengimbangan Muzik TV Terbaik ATV36 Pengimbangan Muzik TV Terbaik
ATV40 : Tatarias TV Terbaik ATV40 : Tatarias TV Terbaik ATV37 Rekaan Set TV Terbaik
ATV29 : Skrip Drama TV Terbaik ATV29 : Skrip Drama TV Terbaik ATV38 Tatarias TV Terbaik
(KTV) 1
KATEGORI TELEVISYEN (KTV)2
BUTIRAN RANCANGAN
Tajuk Rancangan :
Tarikh Siaran : Penerbit :
Jangka masa : Pengarah :
Bahasa : Penulis skrip :
Saluran : Pelakon/Pengacara/ DJ/Pengulas/dll. :
Sinopsis Rancangan (Sila sertakan lampiran sekiranya perlu)
(KTV) 2
KATEGORI TELEVISYEN (KTV)3
MAKLUMAT PENCALONAN
NAMA CALON :
NAMA PENCALON :
ORGANISASI : SALURAN/STESEN:
ALAMAT ORGANISASI :
NO TEL. PEJABAT : NO TEL. BIMBIT :
E-MEL :
TANDATANGAN DAN CAP :
TARIKH :
PENGESAHAN PEGAWAI :
NAMA :
JAWATAN :
TANDATANGAN DAN CAP :
TARIKH :
(KTV) 3
KATEGORI RADIO (KR)1
Tarikh Tutup: 30 Oktober 2015
(Jumaat: 12.00 tengah hari)
BORANG PENYERTAAN ANUGERAH SERI ANGKASA 2016 (Sila lengkapkan borang ini. Hanya satu penyertaan bagi setiap borang. Sila tandakan kategori pilihan anda.)
PENCALONAN KATEGORI RADIO
JAWATANKUASA PENCALONAN ANUGERAH SERI ANGKASA 2016
ARAS G, BANGUNAN IBC ANGKASAPURI, 50614 KUALA LUMPUR
Tel : 012-2052457( En. Magli) / 012-2055091 (Pn. Rosna) / 019-2053502 (Pn. Che Rohana) E-mel :[email protected]
AR1 DJ Radio Lelaki Terbaik AR11 Majalah Radio Terbaik
AR2 : DJ Radio Wanita Terbaik AR8 : Liputan Berita Radio Terbaik AR2 DJ Radio Wanita Terbaik AR12 Dokumentari Radio Terbaik
AR4 : Penyampai Berita Radio Terbaik AR10 : Majalah Radio Terbaik AR3 Pengulas Radio Terbaik AR13 Bicarawara Radio Terbaik
AR6 : Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik
AR12 : Dokumentari Radio Terbaik AR4 Penyampai Berita Radio Terbaik AR14 Rancangan Hiburan Radio Terbaik
AR2 : DJ Radio Wanita Terbaik AR14 : Rancangan Hiburan Radio Terbaik AR5 Buletin Berita Radio Terbaik AR15 Rancangan Interaktif Radio Terbaik
AR4 : Penyampai Berita Radio Terbaik AR16 : Rancangan Radio di Lokasi Terbaik AR6 Liputan Berita Radio Terbaik AR16 Rancangan Agama Radio Terbaik
AR7 Drama Radio Terbaik AR17 Pesanan Khidmat Awam (PSA) Radio Terbaik
AR8 Skrip Drama Radio Terbaik AR18 Promo Radio Terbaik (Jingle/Teaser/Sketsa)
AR9 Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik AR19 Pengimbangan Muzik Radio Terbaik
AR10 Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik
(KR) 1
KATEGORI RADIO (KR)2
BUTIRAN RANCANGAN
Tajuk Rancangan :
Tarikh Siaran : Penerbit :
Jangka masa : Pengarah :
Bahasa : Penulis skrip :
Saluran : Pelakon/Pengacara/DJ/Pengulas/dll. :
Sinopsis Rancangan (Sila sertakan lampiran sekiranya perlu)
(KR) 2
14
KATEGORI RADIO (KR)3
MAKLUMAT PENCALONAN
NAMA CALON :
NAMA PENCALON :
ORGANISASI : SALURAN/STESEN:
ALAMAT ORGANISASI :
NO TEL. PEJABAT : NO TEL. BIMBIT :
E-MEL :
TANDATANGAN DAN CAP :
TARIKH :
PENGESAHAN PEGAWAI :
NAMA :
JAWATAN :
TANDATANGAN DAN CAP : TARIKH :
(KR) 3
KRITERIA PENCALONAN
KATEGORI TV DAN RADIO
KRITERIA KATEGORI TV
1. ATV1: DRAMA TV TERBAIK
Rancangan drama memaparkan tema, mesej dan pengolahan cerita yang bersesuaian
dengan nilai, adat dan budaya Malaysia.
Jangka masa tidak melebihi 120 minit.
2. ATV2: DRAMA TV BERSIRI TERBAIK
Rancangan drama bersiri memaparkan tema, mesej dan pengolahan cerita yang
bersesuaian dengan nilai, adat dan budaya Malaysia.
Jangka masa tidak melebihi 60 minit.
3. ATV3: PENGARAH DRAMA TV TERBAIK
Pengarahan rancangan drama dari aspek penghayatan cerita, pentafsiran skrip,
pengawalan dalam aspek lakonan, kerja kamera, pencahayaan, pemilihan muzik,
kesan bunyi, pemilihan setting dan props, pakaian, solekan, ketelitian, kreativiti dan
nilai estetika.
4. ATV4: SKRIP DRAMA TV TERBAIK
Skrip drama atau drama bersiri yang merangkumi aspek penceritaan, perkembangan
perwatakan, perkembangan plot, konflik, mesej, penyelesaian, kekuatan dialog, unsur-
unsur didaktik, kreativiti dan nilai estetika.
5. ATV5: PELAKON LELAKI DRAMA TV TERBAIK
Pelakon yang dapat mentafsirkan skrip, menghayati watak, menzahirkan subteks,
realistik, teliti, kreatif dan memberi lakonan yang cemerlang.
6. ATV6: PELAKON WANITA DRAMA TV TERBAIK
Pelakon yang dapat mentafsirkan skrip, menghayati watak, menzahirkan subteks,
realistik, teliti, kreatif dan memberi lakonan yang cemerlang.
7. ATV7: PELAKON PEMBANTU LELAKI DRAMA TV TERBAIK
Pelakon pembantu lelaki yang dapat mentafsirkan skrip, menghayati watak,
menzahirkan subteks, realistik, teliti, kreatif dan memberi lakonan yang cemerlang.
8. ATV8: PELAKON PEMBANTU WANITA DRAMA TV TERBAIK
Pelakon pembantu wanita yang dapat mentafsirkan skrip, menghayati watak,
menzahirkan subteks, realistik, teliti, kreatif dan memberi lakonan yang cemerlang.
9. ATV9: PELAKON KOMEDI TV TERBAIK
Pelakon yang kreatif dan memberi lakonan komedi yang melucukan serta dapat
memikat dan menghiburkan penonton.
10. ATV10: PELAKON KANAK-KANAK TV TERBAIK
Pelakon kanak-kanak yang dapat mentafsir skrip, menghayati watak, menzahirkan
subteks, realistik, teliti, kreatif dan memberi lakonan yang cemerlang.
11. ATV11: BULETIN BERITA TV TERBAIK
Program berita yang disiarkan dalam slot siaran berita TV sepanjang tempoh tahun
dinilai.
Jangka masa tidak melebihi 60 minit.
12. ATV12: LIPUTAN BERITA TV TERBAIK
Liputan berita secara langsung yang menarik perhatian umum sepanjang tempoh
dinilai.
Jangka masa tidak melebihi 10 minit.
13. ATV13: LAPORAN KHAS BERITA TV TERBAIK
Laporan khas berita yang menarik perhatian umum sepanjang tempoh dinilai.
Jangka masa tidak melebihi 60 minit.
14. ATV14: LIPUTAN KHAS SIARAN LANGSUNG TV TERBAIK
Liputan khas secara langsung yang menarik perhatian umum sepanjang tempoh
dinilai.
Jangka masa tidak melebihi 180 minit.
15. ATV15: DOKUMENTARI TV TERBAIK
Rancangan dokumentari yang mempunyai keaslian berteraskan penyelidikan yang
mendalam serta kreatif dan relevan kepada masyarakat.
Jangka masa tidak melebihi 60 minit.
16. ATV16: MAJALAH TV TERBAIK
Rancangan majalah yang mempunyai keaslian berteraskan penyelidikan yang
mendalam serta kreatif dan relevan kepada masyarakat.
Jangka masa tidak melebihi 60 minit.
17. ATV17: BICARAWARA TV TERBAIK
Rancangan bicarawara yang mempunyai elemen interaktif antara hos, tetamu dan
penonton serta persembahan menarik dan kreatif
Jangka masa tidak melebihi 120 minit.
18. ATV18: PENYAMPAI BERITA TV TERBAIK
Penyampai yang mempunyai daya tarikan dalam penyampaian berita melalui
penampilan, suara, sebutan dan intonasi yang jelas dan meyakinkan.
Mempunyai keterampilan dan karismatik.
19. ATV19: WARTAWAN TV TERBAIK
Wartawan yang menghasilkan laporan berita yang kreatif dari aspek penyelidikan,
penulisan dan pengolahan berita.
Penyampaian yang mempunyai gaya persembahan, kelancaran dalam membuat
laporan serta penguasaan bahasa dengan baik.
20. ATV20: HIBURAN MUZIKAL TV TERBAIK
Semua format rancangan muzikal hiburan termasuk konsert, pertandingan
nyanyian/bakat, persembahan muzik dan rancangan khas berbentuk hiburan.
Jangka masa tidak melebihi 180 minit.
21. ATV21: KOMEDI TV TERBAIK
Penerbitan komedi yang merangkumi aspek penerbitan, pengarahan, lakonan,
penceritaan, perkembangan plot perwatakan, punch lines, kreativiti, mesej dan nilai
estetika.
Jangka masa tidak melebihi 120 minit.
22. ATV22: CANDAWARA (GAME SHOW) TV TERBAIK
Rancangan berbentuk adu bakat, kuiz dan permainan termasuk phone-in/interaktif
disertai peserta di studio atau lokasi.
Jangka masa tidak melebihi 60 minit.
23. ATV23: RANCANGAN AGAMA TV TERBAIK
Penerbitan rancangan agama yang menarik melibatkan aspek penyelidikan, isi
kandungan, penggambaran, pencahayaan, grafik, kerja kamera dan audio.
Jangka masa tidak melebihi 60 minit
24. ATV24: PENGACARA TV TERBAIK
Pengacara yang mempunyai daya fikir yang kritis, berpengetahuan luas dan
mempunyai penampilan menarik serta berkebolehan dalam berinteraksi dan
berkomunikasi.
Mempunyai kepelbagaian teknik persembahan mengikut situasi.
25. ATV25: PENERBITAN SUKAN TV TERBAIK
Penerbitan rancangan sukan yang kreatif, menarik melibatkan aspek penggambaran,
pencahayaan, grafik, kerja kamera, audio serta ulasan yang tepat dan jelas.
Jangka masa tidak melebihi 120 minit.
26. ATV26: PENGULAS TV TERBAIK
Pengulas yang versatil, berpengetahuan luas dan memiliki suara yang bertenaga.
Gaya persembahan menarik dan lancar.
27. ATV27: RANCANGAN KANAK-KANAK TV TERBAIK
Penerbitan rancangan kanak-kanak yang kreatif, menarik, melibatkan aspek
penyelidikan, isi kandungan, penggambaran, pencahayaan, grafik, kerja kamera dan
audio.
Jangka masa tidak melebihi 90 minit.
28. ATV28: ANIMASI PENERBITAN TEMPATAN TV TERBAIK
Rancangan animasi yang mempunyai konsep persembahan yang kreatif sesuai
dengan pergerakan animasi dan pemilihan muzik latar.
Jangka masa tidak melebihi 60 minit.
29. ATV29: JURUKAMERA TV TERBAIK (SINGLE CAMERA PRODUCTION)
Jurukamera yang menunjukkan kemahiran dari segi operasi kamera tunggal, teknik
penggambaran yang kreatif mengikut kehendak penerbitan.
30. ATV30: KRU KAMERA TV TERBAIK (MULTIPLE CAMERA PRODUCTION)
Kru kamera yang menunjukkan kemahiran bekerja secara berkumpulan dari segi
operasi penerbitan, teknik penerbitan yang kreatif mengikut kehendak produksi.
31. ATV31: PROMO TV TERBAIK
Promo yang mempunyai ciri-ciri kreativiti yang tinggi dengan mesej yang berkesan.
32. ATV32: MONTAJ TV TERBAIK
Montaj yang mempunyai ciri-ciri kreativiti tinggi yang menepati konsep rancangan.
33. ATV33: SUNTINGAN RANCANGAN TV TERBAIK
Kerja suntingan yang memenuhi kehendak rancangan merangkumi aspek
kesinambungan, pengadunan visual dan audio yang kemas dan kreatif.
34. ATV34: PENATAAN CAHAYA PENERBITAN HIBURAN TV TERBAIK
Penataan cahaya bagi penerbitan rancangan berbentuk hiburan, konsert, game/kuiz
sama ada secara langsung atau rakaman yang menepati konsep dan format
rancangan hiburan tersebut.
35. ATV35: AUDIO RANCANGAN TV TERBAIK
Audio rancangan TV yang jelas, berkualiti, mempunyai kreativiti dalam penggunaan
kesan bunyi, imbangan audio yang baik, meningkatkan kualiti rancangan dan memberi
impak kepada penonton.
36. ATV36: PENGIMBANGAN MUZIK TV TERBAIK
Pengimbangan muzik bagi penerbitan rancangan berbentuk hiburan dan konsert sama
ada secara langsung atau rakaman.
Pengimbangan yang menepati konsep dan format rancangan hiburan tersebut
merangkumi aspek kejelasan, kesan bunyi dan dinamik audio.
37. ATV37: REKAAN SET TERBAIK
Rekaan set yang mengikut konsep sesebuah rancangan/penerbitan merangkumi
kreativiti, skema warna dan keaslian sesuatu rekaan set.
38. ATV38: TATARIAS TV TERBAIK
Hasil kerja solekan dan pakaian yang memenuhi kehendak program dari aspek
masa/zaman, watak, kesan khas dan tema rancangan.
Kepekaan terhadap penyesuaian solekan dan pakaian berdasarkan latar belakang
(set atau lokasi), pencahayaan dan sudut kamera (camera angle).
KRITERIA KATEGORI RADIO
1. AR1: DJ RADIO LELAKI TERBAIK
DJ Radio Lelaki yang berketerampilan dan kreatif mengendalikan siaran.
Gaya penyampaian dan persembahan yang menarik.
Jangka masa tidak melebihi 60 minit.
2. AR2: DJ RADIO WANITA TERBAIK
DJ Radio Wanita yang berketerampilan dan kreatif mengendalikan siaran.
Gaya penyampaian dan persembahan yang menarik.
3. AR3: PENGULAS RADIO TERBAIK
Pengulas radio yang mempunyai gaya persembahan dan ulasan yang mantap dan
kreatif di samping kandungan yang tepat dan padat.
Jangka masa tidak melebihi 10 minit.
4. AR4: PENYAMPAI BERITA RADIO TERBAIK
Penyampai berita radio yang mempunyai gaya penyampaian (suara, intonasi, sebutan
dan kelancaran) yang mantap dan kreatif.
Aspek suara (jelas, autoritatif dan meyakinkan).
Jangka masa tidak melebihi 15 minit.
5. AR5: BULETIN BERITA RADIO TERBAIK
Buletin berita radio yang mempunyai tajuk utama yang menarik, kandungan yang
padat, pelbagai dan tersusun.
Penyampaian dan olahan yang kreatif menggunakan laporan wartawan di lokasi, serta
menggunakan bahan sisipan dan aktualiti.
Jangka masa tidak melebihi 15 minit.
6. AR6: LIPUTAN BERITA RADIO TERBAIK
Liputan berita radio yang merangkumi bahan liputan yang menarik perhatian umum,
pengolahan dan penyampaian yang baik.
Jangka masa tidak melebihi 3 minit.
7. AR7: DRAMA RADIO TERBAIK
Drama radio yang memaparkan tema, mesej dan pengolahan cerita yang bersesuaian
dengan nilai, adat dan budaya Malaysia.
Jangka masa tidak melebihi 30 minit.
8. AR8: SKRIP DRAMA RADIO TERBAIK
Skrip drama radio atau drama bersiri yang merangkumi aspek penceritaan,
perkembangan perwatakan, perkembangan plot, konflik, mesej, penyelesaian,
kekuatan dialog, unsur-unsur didaktik, kreativiti dan nilai estetika.
9. AR9: PELAKON LELAKI DRAMA RADIO TERBAIK
Pelakon lelaki drama radio yang mempunyai kemampuan menghayati skrip,
menghayati watak dan mampu menghidupkan cerita.
10. AR10: PELAKON WANITA DRAMA RADIO TERBAIK
Pelakon wanita drama radio yang mempunyai kemampuan menghayati skrip,
menghayati watak dan mampu menghidupkan cerita.
11. AR11: MAJALAH RADIO TERBAIK
Rancangan majalah radio yang mempunyai kepelbagaian segmen, bahan cerita,
penyelidikan, penyampaian yang menarik serta kreatif dan relevan kepada
masyarakat.
Jangka masa tidak melebihi 30 minit.
12. AR12: DOKUMENTARI RADIO TERBAIK
Rancangan dokumentari radio yang mempunyai penyelidikan yang mendalam
terhadap sesuatu topik, pengolahan cerita yang kreatif dan penyampaian yang
menarik.
Jangka masa tidak melebihi 30 minit.
13. AR13: BICARAWARA RADIO TERBAIK
Rancangan bicarawara radio yang mempunyai pemilihan topik yang relevan dengan
isu-isu semasa, elemen interaktif antara hos, tetamu dan pendengar serta
persembahan menarik dan kreatif.
Jangka masa tidak melebihi 60 minit.
14. AR14: RANCANGAN HIBURAN RADIO TERBAIK
Semua jenis rancangan berbentuk hiburan kecuali penerbitan yang disiarkan melalui
siaran TV tidak layak untuk dicalonkan.
15. AR15: RANCANGAN INTERAKTIF RADIO TERBAIK
Rancangan interaktif radio yang mempunyai elemen interaktif juruhebah dan
pendengar serta penyampaian menarik dan kreatif.
Jangka masa tidak melebihi 60 minit.
16. AR16 : RANCANGAN AGAMA RADIO TERBAIK
Rancangan agama radio yang mempunyai keaslian, berteraskan konsep keagamaan
serta kreatif dan relevan kepada masyarakat.
Jangka masa tidak melebihi 30 minit.
17. AR17: PESANAN KHIDMAT AWAM (PSA) RADIO TERBAIK
PSA radio yang bercirikan pemilihan topik dan isu yang sesuai, kreativiti penyampaian,
serta pemilihan elemen muzik dan kesan bunyi untuk menambah baik persembahan.
Jangka masa tidak melebihi 3 minit.
18. AR18: PROMO RADIO TERBAIK (JINGLE/TEASER/SKETSA)
Promo radio sama ada jingle, teaser dan sketsa yang mempunyai ciri-ciri kreativiti
yang tinggi, berkesan dan dapat memikat hati pendengar.
Jangka masa tidak melebihi 3 minit.
19. AR19: PENGIMBANGAN MUZIK RADIO TERBAIK
Pengimbangan muzik bagi penerbitan radio berbentuk hiburan dan konsert yang
menepati konsep dan format rancangan hiburan meliputi aspek kejelasan, kesan bunyi
dan dinamik audio.