KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHASMASALAH PEMBELAJARAN
DISEDIAKAN OLEHKAMAL AMEER IZZUDIN BIN KAMAROLZAMANPKU 1014PUAN NORIMAH BINTI MAT SOM
Menurut Individual with Disabilities Education Act (IDEA),1997
DEFINISI
1. Masalah pembelajaran melibatkan pemahaman atau
penggunaan bahasa
2. mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan
membaca yang tidak sempurna.
3. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh
kerencatan mental, kurang upaya penglihatan,
pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.
1. merujuk kepada kesukaran yang nyata mendengar, bertutur,
membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai
masalah matematik.
2. berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan
boleh berlaku pada bila-bila tahap umur.
3. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi
sosial tidak dikategorikan akan menyebabkan kepada
berlakunya masalah pembelajaran.
4. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan
ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan
mental atau gangguan emosi.
Menurut The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990
Abdul Rahman Bin Talib,2007
1. Murid yang mempunyai masalah kognitif
yang dianggap boleh diajar dan boleh
mendapat pendidikan formal
2. Mereka di tempat di dalam Program
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
yang diintegrasi dengan sekolah-sekolah
biasa
CIRI-CIRI MASALAH PEMBELAJARAN
MASALAH MEMBACA
MASALAH MENGIRA
MASALAH INTERAKSI
SOSIAL
MASALAH MENGAWAL TINGKAH
LAKU
MASALAH MENULIS
MASALAH MEMBACA
Lebih kurang 80% daripada kanak2 bermasalah pembelajaran menghadapi masalah membaca (lerner,2000;lynmoat, 1997)
Paling nyata ialah kurang memahami apa yang dibaca,kesukaran mengenal pasti perkataan kurang dan kesukaran membaca secara lisan
Ini menyebabkan kegagalan kanak-kanak di sekolah sejurus menyumbang kepada pengurangan harga diri(self-esteem) dan keyakinan diri (self-eficacy)
Menurut Torgensen dan Wagner (1998), masalah pembacaan yang ketara ialah kesukaran pelajar mendekod perkataan dan kurang kesedaran fonologi.
Ini bermaksud kefahaman terhadap peraturan yang mengawal kesamaan antara bunyi sebenar dan hurur-huruf tertentu yang membina perkataan (Raskind ,2001)
Contohnya perkataan “abang” terdiri daripada beberapa huruf dan gagal mendekod bunyi dan huruf.
MASALAH MEMBACA
Kemahiran menulis memerlukan seseorang menterjemah pemahaman bahasa ke dalam sistem simbol(smith 1998)
Berikut antara masalah menulis yang dihadapi oleh kanak2 masalah pembelajaran :-
1. Menulis huruf yang berlainan saiz
2. Tidak menggunakan tata bahasa yang betul
3. Organisasi peranggan yang tidak teratur.
4. Penjanaan idea yang tidak matang
5. Kurang menggunakan ayat yang kompleks
Dan lain-lain
MASALAH MENULIS
Para penyelidik mendapati bahawa 1 daripada 4 kanak-kanak bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran matematik(rivera,1997)
Diskalkulia merupakan istilah yang digunakan secara meluas bagi ketidakupayaan dalam kemahiran matematik.
Terdapat beberapa masalah matematik dikalangan kanak2 bermasalah pembelajaran:-
MASALAH MATEMATIK
antaranya: Tidak menguasai sepenuhnya peraturan campur, bahagi,tolak,dan darab.
Kesukaran menyelesaikan masalah matematik bentuk ayat atau bahasa.
Kesukaran mengingat kembali fakta
Mudah melakukan kesilapan sekiranya tidak menerima contoh atau
pengajaran yang sepenuhnya daripada guru
Dan lain –lain.
MASALAH MATEMATIK
Kavale dan Forness (1996) membuat kesimpulan bahawa kira-kira 75% kanak2 bermasalah pembelajaran menunjukkan kekurangan kemahiran sosial.
Kanak-kanak yang kemahiran sosial yang lemah dapati sukar mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru.
Mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalinkan serta mengekalkan hubungan.
MASALAH INTERAKSI
SOSIAL
Adakalanya mereka tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenal pasti model yang baik untuk dicontohi.
Akibatnya, (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain.
MASALAH INTERAKSI SOSIAL
15 hingga 40 peratus kanak2 bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan ,mudah terganggu ,impulsif ,terlalu aktif dan resah,tidak mengikut arahan dan sebagainya(Kirk 1997 ; Torgese & Litcht, 1983)
Ini lebih dikenali sebagai masalah kurang tumpuan (attention deficit disorder, ADD) dan kini dipanggil (attention deficit hyperactive disorder,ADHD)
MASALAH TINGKAH LAKU
Perlu ditegaskan bahawa tidak semua kanak-kanak bermasalah pembelajaran
menghadapi (ADHD) dan berikut ialah ciri-ciri umum masalah tersebut:- Sangat aktif Sukar memberi tumpuan Tidak mengikuti arahan sepenuhnya Tidak menunggun giliran Terlalu banyak cakap Mudah memberi perhatian kepada perkara lain. Bertindak tanpa berfikir Dan sebagainya
MASALAH TINGKAH LAKU
GOLONGAN-GOLONGAN MASALAH PEMBELAJARAN
GOLONGAN
DISLEKSIA, DISKALKULIA, DISGRAPHIA
AUTISME
KOMUNIKASI, PERTUTURAN DAN BAHASA
PINTAR CERDAS DAN
BERBAKAT
HIPERAKTIFADHD
SYNDROM DOWN
PALSI CEREBLUM
TERENCAT AKAL
Menyediakan rawatan professional
Perhatian dan kasih sayang yang samarata
Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya.
Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran ini haruslah diberikan perhatian dan kasih sayang yang samarata seperti kanak-kanak biasa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal. Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana harmoni.
KEPERLUAN
Mengasah kemahiran dan mencungkil bakat
Sokongan yang kuat dan berterusan
Mengadakan aktiviti kekeluargaan
Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi yang terdapat pada kanak-kanak ini,kadangkala kemahiran tersebut dapat dijadikan sebagai kerjaya bagi menjamin masa depan mereka.
Sentiasa bersabar dengan mereka kerana terpaksa menggunakan kaedah pembelajaran yang lemban. Sentiasa sabar melayani kerenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan. Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian seperti ‘bagus’ dan ‘pandai’.
Membuat aktiviti berkeluarga bersam-sama mereka serta memberi bimbingan dalam bidang akademik,di mana perkara tersebut dapat meningkatkan motivasi diri mereka.
Sentiasa memantau gerak geri mereka
Memberi panduan untuk bergaul dan bersosial
Sentiasa memberi kebebasan kepada mereka untuk bersosial sambil memantau pergaulan mereka serta menasihati mereka untuk mengenal identiti sendiri.
Menunjukkan cara yang betul untuk bergaul dengan orang normal bagi menggalakkan mereka bersosial dan memudahkan mereka untuk berkomunikasi bagi menyelesaikan beberapa persoalan.
KHIDMAT SOKONGAN
TADIKA INTAN BESTARI– memberi asuhan kepada kanak-kanak
berkeperluan khas
MALAYSIAN CARE– pusat pemulihan badan bukan kerajaan yang
bertujuan membantu kanak-kanak serta orang dewasa yang
bermasalah pembelajaran dalam bidang pengkhususan kerja
PERSATUAN KANAK–KANAK ISTIMEWA KAJANG SELANGOR-
perkhidmatan pusat harian yang disediakan oleh satu pertubuhan
kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak berkeperluan khas
SEKOLAH YANG MENAWARKAN PENDIDIKAN KHAS MASAALAH PEMBELAJARAN-
sekolah yang mengajar pendidikan khas masalah pembelajaran mudah di cari di
Malaysia
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
PENGUBAHSUAIAN DARI SEGI PEMBELAJARAN mencadangkan supaya pihak PIBG menyediakan pusat
sumber khas dengan menyediakan buku bacaan bergambar, kad dan alat permainan serta memberi pelbagai kemudahan kepada kanak-kanak istimewa
Seminar dan kursus boleh juga dianjurkan bagi meningkatkan ilmu dalam pendidikan untuk anak-anak istimewa seperti ini
Kementerian Pelajaran Malaysia memastikan kemahiran serta pengetahuan setiap guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah bersifat ‘up to date’ terhadap bidang mereka.
PENGUBAHSUAIAN DARI SEGI PEMBELAJARAN Guru perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang
sesuai seperti aktivti kumpulan , untuk melayan pelajar yang berbeza.
Guru perlu merancang dan mengadakan program pemulihan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi.
pertubuhan dan persatuan masyarakat telah ditubuhkan dalam menyokong dan memberi bantuan kepada pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran.
PENGUBAHSUAIAN DARI SEGI PEMBELAJARAN Prospek untuk melanjutkan pelajaran bagi murid-murid
bermasalah pembelajaran yang berumur 14 tahun dan tamat di sekolah rendah Program Kanak-kanak Khas lebih diperluaskan.
Kementerian juga membuka peluang kepada murid-murid yang di dalam kategori ini untuk menambah masa peperiksaan yang diduduki oleh mereka dari setengah jam hingga satu jam (bergantung kepada subjek).
TERIMA KASIH