Download - Kajian Tindakan (Sue)
BAB 1
MASALAH KAJIAN
1.1 Pendahuluan
Pendidikan di negara kita ialah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN).
Selaras dengan matlamat ini, pendidikan sains KBSM dirancang dengan hasrat
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berbudaya sains dan teknologi, seimbang
dan harmonis dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya di samping
memberi penekanan terhadap pemindahan ilmu, kemahiran dan sikap saintifik agar
dapat membawa negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
Sains adalah satu bidang yang merangkumi, kemahiran, sikap dan nilai
murni. Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu
pendidikan sains. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu
rangka konsep yang membolehkan pelajar memahami alam sekeliling mereka. Ilmu
pengetahuan sains ini menjadi lebih bermakna kepada pelajar apabila mereka
dibimbing untuk menghubungkaitkan fakta dengan konsep, mengaitkan
pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia ada serta mengaplikasikan ilmu ini
dalam kehidupan seharian .
1
Bagi mencapai matlamat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (1995) telah
melancarkan Sains merentasi Kurikulum (STRUM) di mana berlaku penerapan
empat unsur utama dalam pelaksanaannya iaitu pengetahuan sains, kemahiran
saintifik dan penggunaan teknologi di dalam semua mata pelajaran .
1.2 Latar Belakang Kajian
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, di dapati kelemahan pelajar dalam mata
pelajaran sains adalah dipengaruhi oleh kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P&P) guru secara tradisional yang tidak dapat menarik perhatian pelajar
menguasai konsep sains di samping tidak memberi pendedahan kepada kemahiran-
kemahiran proses sains. Amalan guru mengajar dengan menggunakan kaedah
pengajaran secara lisan atau “ chalk and talk” (Osborne, Bell ang Gilbert, 1983)
bagi topik sains tidak dapat membantu para pelajar dalam memahami konsep sains
dengan lebih mendalam.
Justeru itu, kaedah Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK) dalam pendidikan dapat membantu para pelajar memahami konsep sains
dengan lebih mudah. Giesert dan Futrel l(1990) menegaskan bahawa seorang guru
yang menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran boleh
dikategorikan sebagai mempunyai bakat dan kebolehan tambahan. Di samping itu,
jika kaedah PPBK dapat dijalankan secara sistematik dan berkesan ianya mampu
menyelesaikan sebarang masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Ini selaras dengan pandangan Diana Laurillard (1992) yang mengatakan
bahawa PPBK dapat meningkatkan pemahaman secara teoritikal. Beliau juga
2
berpendapat bahawa kaedah simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatan
tahap pemahaman pelajaran dengan lebih mudah. Oleh yang demikian, kaedah
PPBK ini seterusnya dapat mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam sesuatu
tajuk.
1.3 Pernyataan Masalah
Pelajar-pelajar yang tidak memahami sesuatu konsep dalam tajuk-tajuk pelajaran
akan mengalami kesukaran untuk memahami tajuk yang seterusnya. Ini kerana
setiap konsep saling berkait dalam membentuk pengetahuan. Ketepatan bagi
pemahaman sesuatu konsep adalah sangat penting kepada pelajar supaya tajuk
berkenaan mudah dipelajari dan difahami. Langkah tertentu perlu diambil agar
pelajar dapat memahami sesuatu konsep dengan mudah dan berkesan, seterusnya
meningkatkan minat mereka terhadap sains serta prestasi akademik mereka.
Pelajar di dalam kelas terdiri dari pelbagai tahap kecerdasan yang terbina
dari faktor dalaman dan luaran. Kaedah pemahaman dan penerimaan terhadap
sesuatu pengajaran juga berbeza mengikut dari sudut mana mereka melihatnya.
Pelajar yang aktif, kreatif dan cerdas akan dapat menerima pelajaran daripada
pengajaran guru dengan mudah, tetapi sebaliknya berlaku kepada pelajar yang agak
pasif.
Mengikut kajian yang telah dibuat, terdapat bukti yang menunjukkan
bahawa sebilangan pelajar tidak dapat menguasai sesetengan konsep sains atau
konsep yang dibentuk terdiri daripada konsep yang salah. Ini adalah disebabkan
oleh kaedah P&P yang tidak bersesuaian. Justeru itu, menyebabka n pelajar
3
langsung tidak meminati topik tersebut. Oleh itu, pemilihan kaedah P&P yang
bersesuaian oleh guru dalam sesuatu topik sains adalah amat penting. Menurut
Howard Gardner (1983), ketidakserasian antara kaedah pengajaran dengan profil
kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu hilang minat terhadapt
sesuatu subjek.
Bagi mengatasi masalah tersebut, kajian ini memilih untuk menggunakan
kaedah PPBK yang merupakan salah satu kaeadah P&P sains yang amat berkesan
untuk Tajuk ‘Cell as a unit of Life’ subtajuk ‘ Animal Cell and Plant Cell’. Kaedah
ini akan diuji kepada pelajar sekolah untuk menilai sejauh mana penggunaan
kaedah PPBK dapat meningkatkan prestasi pelajar serta menarik minat pelajar
untuk belajar berkaitan tajuk ini. Adalah diharapkan agar kaedah yang digunakan
ini mampu membantu pelajar yang lemah dan cerdas memahami pelajaran dengan
lebih baik berbanding dengan pengajaran secara kuliah.
4
1.4 Reka Bentuk Konsep
Rajah 1.1 : Reka Bentuk Konsep
Berdasarkan rajah 1.1 , di dalam kajian ini, guru yang mengajar mata pelajaran
Sains akan bertindak sebagai pembolehubah tak bersandar. Pelajar pula terdiri dari
dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kedua-dua
kumpulan ini terdiri daripada pelajar dua buah kelas tingkatan 1. Kumpulan
eksperimen / kajian akan dijalankan pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer manakala kumpulan kawalan akan diberikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara tradisional. Pelajar-pelajar ini adalah pembolehubah
bersandar. Guru in akan menjalankan Kaedah Pengajaran Pembelajaran
Penilaian
5
Pelajar
* Kaedah pembelajaran tradisional
* Kaedah Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK)
Peningkatan prestasi dan minat murid
Berbantukan Komputer (PPBK) terhadap satu kelas dan satu kelas lagi akan diajar
tajuk yang sama dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara
tradisional. Kedua-dua kaedah pengajaran dan pembelajaran ini adalah
pembolehubah bersandar. Penilaian adalah berupa ujian pra dan ujian pos. Data
dari penilaian tersebut akan dianalisis untuk menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer.
1.5 Tujuan Kajian
Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Pengajaran Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK) yang dapat meningkatkan pencapaian prestasi
pelajar-pelajar tingkatan 1. Kajian ini juga akan melihat kaedah PPBK sebagai alat
rawatan untuk mengatasi masalah miskonsepsi ataupun salah konsep pelajar
terhadap konsep-konsep asas yang telah dipelajari. Diharapkan dengan
penggunaan kaedah PPBK dapat mengukuhkan lagi konsep-konsep asas pelajar
dalam mata pelajaran sains terutamanya bagi Tajuk ‘Cell as a unit of Life’ subtajuk
‘ Animal Cell and Plant Cell’.
6
1.5.1 Persoalan Kajian
Kajian ini ingin menjawab dua persoalan utama kajian iaitu :
1.5.1.1 Adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran sebelum dan selepas menggunakan kaedah Pengajaran
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).
1.5.1.2 Adakah terdapat peningkatan tahap pencapaian pelajar selepas
menggunakan kaedah Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK).
1.5.2 Objektif Kajian
Kajian ini secara terperinci ingin mencapai objektif berikut :-
1.5.2.1 Untuk menentukan samaada terdapat perubahan minat pelajar terhadap
pengajaran dan pembelajaran sebelum dan selepas menggunakan kaedah
Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).
1.5.2.2 Untuk menentukan samaada terdapat peningkatan tahap pencapaian
pelajar selepas menggunakan kaedah Pengajaran Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK).
7
1.5.3 Hipotesis
Berdasarkan kepada objektif kajian, maka hipotesis kajian dapat dinyatakan seperti
berikut :
Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar yang didedahkan
dengan menggunakan kaedah Pengajaran Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) dengan pelajar yang menggunakan kaedah tradisional
Ha: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar yang didedahkan
dengan menggunakan kaedah Pengajaran Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) dengan pelajar yang menggunakan kaedah tradisional.
1.6 Kepentingan Kajian
Perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat (TM) dan ini lebih kerap
dirujuk sebagai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah
mempempengaruhi hampir seluruh aspek-aspek kehidupan dan seterusnya telah
memberi kesan secara langsung kepada penggunaan komputer dalam pendidikan.
Justeru itu, komputer kini telah menjadi alat pengajaran dan pembelajaran yang
penting. Pengajaran dan pembelajaran sains boleh dipermudahkan dan ianya akan
menjadi lebih menarik dengan bantuan komputer. Oleh yang demikian,kajian ini
cuba meninjau sejauh mana keberkesanan PPBK dapat meningkatkan pencapaian
pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka. Ini adalah penting
bagi memastikan sekolah mempunyai kemudahan komputer yang mencukupi bagi
8
mencapai hasrat kerajaan bagi sekolah-sekolah mengaplikasikan TM sepenuhnya
dapat dicapai. Selain iu juga, kajian ini dapat mengetahui bagaimana penerimaan
pelajar terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 1 dari Sekolah Menengah
Kebangsaan . Bukit Baru, Melaka. Pelajar tingkatan 1 telah dipilih secara rawak
untuk dijadikan sampel kajian berdasarkan sukatan pelajaran sains Tingkatan 1
KBSM. Pelajar-pelajar yang dipilih adalah seramai 70 orang yang dibahagikan
kepada dua kumpulan kecil seramai 35 orang tanpa merujuk kepada jantina, etnik
dan sosio ekonomi mereka. Pelajar-pelajar di sekolah ini dipilih sebagai subjek
kajian atas faktor kurangnya kajian yang berkaitan dengan penggunaan komputer .
Di antara batasan kajian ini ialah ;
Kajian ini hanya memberi penumpuan terhadap keberkesanan kaedah PPBK
dengan pencapaian pelajar. Faktor-faktor lain seperti penguasaan dan pemahaman
Bahasa Inggeris di kalangan pelajar tidak diambil kira.
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di dalam satu daerah. Oleh itu, hasil kajian
penyelidikan juga tidak mewakili keseluruhan populasi pelajar di negeri Melaka.
9
1.8 Definisi Istilah
Terdapat beberapa istilah yang perlu diberikan perhatian dalam kajian ini
terutamanya iaitu:
1.8.1 Konsep
Konsep merujuk kepada pengertian atau pendapat yang terbentuk dalam
fikiran mengenai sesuatu.
1.8.2 Salah tanggapan / Miskonsepsi
Miskonsepsi atau salah tanggapan ialah pendapat-pendapat pelajar yang
tidak sesuai atau bercanggah dengan teori saintifik masa kini.
1.8.3 Ujian Pra
Ujian yang dijalankan pada awalnya untuk menguji dan mengesan
wujudnya salah tanggapan pada pelajar tentang sesuatu konsep dan
pengetahuan pelajar tentang perisian yang digunakan serta kaedah yang
hendak dijalankan.
1.8.4 Ujian Pos
Ujian yang ditadbir untuk menguji keberkesanan kaedah koperatif dengan
bantuan perisian powerpoint yang dihasilkan untuk mengatasi masalah salah
tanggapan pelajar terhadap konsep jisim dan berat.
10
1.8.5 ‘Microsoft Powerpoint’
Salah satu perisian yang terdapat dalam Microsoft Office yang biasanya
digunakan untuk membuat slaid persembahan, memuatkan gambarajah,
carta, grafik yang menarik dan boleh dimasukkan kesan bunyi atau animasi
yang boleh membantu menarik minat pelajar.
1.8.6 Teknologi
Aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujun
praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan sains gunaan.
1.8.7 Sel
Unit terkecil sesuatu organisma yang terdiri daripada nukleus dan
sitoplasma yang di kelilingi oleh membran sel.
1.8.8 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)
Penggunaan komputer dan perisian tertentu untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Komputer menjadi alat yang penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan tindakan dua hala
antara pelajar dengan komputer.
11
1.9 Rumusan
Keseluruhan di dalam bab ini memberikan gambaran secara umum berkaitan
tujuan, objektif serta hipotesis kepada kajian ini. Sesungguhnya kaedah Pengajaran
Pembelajaran Berbantuan Komputer (PPBK) membolehkan seseorang pelajar itu
dapat memahami isi pelajaran yang diajar oleh guru dengan lebih berkesan. Oleh
yang demikian, diharap kajian ini dapat melihat sejauh mana keberkesanan
menggunakan bantuan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
12
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Kajian-kajian mengenai miskonsepsi konsep–konsep sains telah banyak
dijalankan dan ia bukanlah suatu perkara baru, begitu juga penggunaan pelbagai
kaedah dalam proses P&P. Pelaksanaan penggunaan kaedah PPBK dan
perisiannya adalah sesuatu yang baru di negara ini. Bab ini akan memberikan
tumpuan kepada tinjauan penyelidikan tentang literatur yang berkaitan dengan
pemahaman konsep sel dengan menggunakan kaedah PPBK sebagai alat rawatan
dalam pembelajaran pelajar supaya masalah miskonsepsi di kalangan pelajar dapat
diatasi. Kajian-kajian ini telah dijalankan dalam berbagai tujuan yang bersangkutan
dengan proses pengajaran dan juga pembelajaran begitu juga dengan
perkembangan kurikulum. Kebanyakan kajian menggunakan kaedah PPBK ini
adalah berkaitan dengan mata pelajaran sains yang telah dikemukakan oleh ahli-
ahli akademik dan juga para penyelidik luar Negara
2.2 Literatur yang Berkaitan
2.2.1 Miskonsepsi Pelajar
Miskonsepsi dikalangan pelajar berpunca dari pelbagai sebab. Di antaranya, adalah
disebabkan pengetahuan atau pengalaman sedia ada pelajar yang lampau. Sebab-
sebab yang lain pula ialah pelajar mendapat maklumat dari sumber yang salah dan
13
tidak tepat. Oleh itu Posner et al.(1982), telah mencadangkan 3 syarat yang mesti
dipatuhi untuk mengubah miskonsepsi pelajar iaitu :-
a. Menimbulkan ketidakpuasan hati dengan konsep-konsep yang sedia ada
kepada pelajar supaya memberi peluang kepada mereka untuk menerima
idea baru.
b. Konsep baru mesti mudah difahami dalam peringkat mereka iaitu dengan
mengikuti perkembangan kematangan kognitif mereka.
c. Konsep asas baru mestilah tetap atau berkaitan dengan pemahaman lain.
Oleh itu keadaan miskonsepsi pelajar perlu diperbetulkan dengan baik dan
berterusan. Ini kerana gaya pembelajaran pelajar adalah pelbagai dan penerimaan
pelajar juga terhadap sesuatu proses P&P boleh mewujudkan salah tanggap pelajar
terhadap sesuatu konsep atau sesuatu prosedur yang sepatutnya diterima oleh
pelajar itu. Menurut Felder & Silvermann (1988) dan James (1990), gaya
pembelajaran pelajar juga adalah pelbagai. Ada sesetengah di antara mereka boleh
memproses maklumat secara aktif. Ada juga melalui aktiviti fizikal, perbincangan,
reflektif dan penilaian kendiri.
2.2.2 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer( PPBK)
Bagi mengatasi masalah miskonsepsi di kalangan para pelajar mengenai konsep sel,
kaedah PPBK dapat mengatasi masalah ini dan seterusnya dapat meningkatkan
pencapaian para pelajar. PPBK bermaksud penggunaan komputer dan perisian
tertentu untuk membantu pengajaran guru dan pembelajaran murid .Komputer
menjadi alat yang penting dalam aktiviti P&P. Menurut Jamaluddin (1989), PPBK
14
ialah atur cara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk
membantu seseorang belajar. Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggarakan
aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis
perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui
terminal (Nik Azis,1989).
Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap
sebagai tutor atau guru. Menurut ( Abd. Rahman, 1995 ) semasa proses pengajaran
sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang
(explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih
oleh komputer dalam CAI. Pengajaran sains melalui teknologi maklumat akan
mengubah secara keseluruhannya pengkaedahan pengajaran sains di sekolah.
Pengajaran dan pembelajaran sains dapat dipraktikkan secara interaktif dan
kolaboratif, bentuk pengajaran akan dapat menghasilkan pelajar yang sentiasa
melakukan eksperimen, mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman serta dapat
membuka fikiran secara kreatif dan kritis
Kaedah PPBK dapat membuka peluang inkuiri yang autentik yang
dipraktikkan dalam bilik darjah. Pendekatan ini membenarkan pelajar
mempraktikkan apa yang dipraktikkan oleh ahli sains dan sering melibatkan
penggunaan kaedah dan peralatan saintifik untuk pengetahuan saintifik mereka
sendiri melalui penyiasatan bukan secara mengingat. Proses ini akan menghasilkan
pengetahuan dan pengalaman yang menjangkau batasan bilik darjah.
15
Selain itu, penggunaan perisian kursus yang dibangunkan khas untuk
sesuatu mata pelajaran bahan sumber dalam bentuk elektronik, penggunaan CD-
Rom berasaskan subjek, penggunaan pangkalan data elektronik adalah aspek yang
penting dalam mempertingkatkan keberkesanan proses P&P .
Komputer bukan lagi digunakan sekadar menaip atau membuat pengiraan ,
tetapi berupaya menjadi alat multimedia dengan menjana imej 3-D dan
menghasilkan animasi dan simulasi. Selain itu, komputer juga berupaya
memberikan capaian maklumat melalui aplikasi internet. Keupayaan inilah yang
perlu diintegrasikan dalam pelaksanaan amali sainss. Antara ciri utama aplikasi
komputer yang sesuai dalam proses p&p sains adalah internet, pemprosesan
perkataan (MS Word),hamparan elektronik, pengkalan data dan persembahan
grafik(MS Power Point)
2.2.3 Jenis-jenis PPBK
Terdapat lima jenis PPBK yang utama iaitu latih tubi, tutorial, simulasi, permainan
dan penyelesaian masalah. Setiap jenis PPBK mempunyai kelebihan masing-
masing dan sesuai digunakan dalam mata pelajaran peringkat rendah, menengah
dan tinggi.
a. Latih tubi
Adalah suatu latihan yang diberikan oleh komputer untuk meningkatkan
pengalaman pembelajaran. Komputer akan memberikan soalan dan merakamkan
16
semua jawapan yang betul atau salah. Seterusnya komputer dapat memberikan
maklum balas kepada pelajar. Ini akan membolehkan pelajar yang kurang
berpengalaman dapat mengikuti perjalanan kursus mengikut tahapnya sendiri dan
dapat memaparkan kemajuannya pada bila-bila masa. Kaedah ini boleh dijalankan
secara pengajaran berkumpulan, berpasangan dan individu. Ia juga boleh dilakukan
di dalam kelas atau di bawa ke rumah sebagai latihan kerja rumah.
b. Tutorial
Merupakan kaedah penyampaian isi kandungan pembelajaran secara berperingkat-
peringkat dengan bantuan komputer. Melalui kaedah ini guru menyediakan pakej-
pakej pengajaran seperti dalam bentuk persembahan (MS Power Point) bagi
menerangkan konsep-konsep sains. Guru juga boleh menyediakan soalan-soalan
berdasarkan isi pelajaran yang berkaitan. Melalui kaedah ini, ia juga sesuai
digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulang kaji pelajaran
dan pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau pengayaan kepada
pelajar yang berpencapaian tinggi
c. Simulasi
Adalah satu situasi yang disediakan oleh komputer dengan memberikan gambaran
sebenar tentang sesuatu objek, proses atau peristiwa. Pelajar dapat berinteraksi
secara aktif dengan komputer berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah. Ianya sesuai digunakan untuk pembelajaran
proses dan konsep yang kompleks terutamanya dalam mata pelajaran .
17
d. Permainan
Melibatkan aktiviti berbentuk pertandingan di mana pelajar membuat keputusan,
mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur keseronokan dimasukkan bersama-
sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran PPBK. Ia dapat
memperkembangkan kemahiran mental, logik, pengetahuan dan penyelesaian
masalah.
e. Penyelesaian masalah
Adalah jenis PPBK yang dapat digabungkan dengan kaedah permainan untuk
menghasilkan sesuatu keputusan yang hendak diambil oleh para pelajar. Pelajar
akan membuat pilihan yang sesuai dan tepat.
2.2.4 Ciri-ciri PPBK
a. Isi kandungan dan bahan disediakan oleh guru bersesuaian dengan objektif
pembelajaran.
b. Ianya boleh diubahsuai mengikut tahap penguasaan dan kognitif pelajar
c. Berasaskan individu
d. Boleh diulang dengan menggunakan arahan yang mudah dan jelas
e. Ramah pengguna iaitu penggunaan grafik yang menarik
f. Interaktif
Terdapat interasi antara komputer dengan pelajar di mana maklum balas
dapat diberi secara serta merta
18
2.3 Kajian Lepas Literatur yang Berkaitan
2.3.1 Kajian di Malaysia
Era perkembangan TM masa kini telah mempengaruhi setiap bidang kehidupan.
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya
usaha ke arah menyemai dan memupuk minat dan sikap positif terhadap
perkembangan teknologi. Budaya pesekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu
yang berdasarkan ingatan kepada pengetahuan, pemikiran, kreativiti dan penyayang
dengan menggunakan teknologi terkini (KPM, 1997).
Hasil kajian telah membuktikan bahawa penggunaan komputer semasa
proses p&p dapat meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar. Hal ini
menyokong dapatan kajian Abd Hamid b Abd Rahman (1995) . Beliau berpendapat
melalui kaedah PPBK para pelajar telah didedahkan kepada media yang baru dalam
pembelajaran akan lebih bermotivasi di samping dapat memahami sesuatu konsep
dengan lebih cepat. Justeru itu, kaedah konvensional haruslah diganti dengan
kaedah PPBK yang merupakan satu alternatif yang lebih praktikal dalam mengajar
konsep sains.
Tengku Azzman (1998) pula berpandapat, terdapat tiga sebab utama
mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan. Pertama, banyak maklumat yang
boleh dicapai daripada komputer tidak boleh dilakukan oleh manusia itu sendiri.
Kedua, kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya
dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer. Ketiga, maklumat dan pengetahuan
menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia, terutamanya untuk pelajar
itu sendiri.
19
Menurut Nik Azis,(1989), pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga
peranan penting iaitu :
1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan
komputer
2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data
penyelidikan memproses perkataan
3. Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran, pengaturan murid serta pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer ( PPBK ).
Seterusnya, belajar dengan komputer dengan meletakkan komputer sebagai
alat kognitif mula diperkenalkan mulai tahun 1996 melalui konsep Sekolah Bestari.
Komputer dianggap sebagai alat pengupaya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Komputer dalam pendidikan dilihat sebagai suatu alat yang mampu
membantu scaffolding dalam pembelajaran kerana ia bertujuan untuk meningkatkan
kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. Bermula dari masa itu, persembahan
multimedia melalui komputer diintegrasikan dalam pendidikan untuk tujuan yang
sama termasuk pendidikan sains. Perkembangan penggunaan komputer dalam
pendidikan secara umum di Malaysia boleh dirumuskan dalam Rajah 2.1
20
2.3.2 Kajian Luar Negara
Menurut kajian Gladwin et al (1990) di mana beliau telah mencirikan beberapa
kebaikan menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran iaitu
dengan :-
a. Konsep boleh dijelaskan dengan lebih berkesan dengan adanya paparan
grafik yang berwarna dan menarik
b. Teknik animasi memberi kesan aktif kepada pengajaran di mana ianya tidak
diperolehi dengan menggunakan bahan pengajaran kaku,
c. Sesetengah situasi dapat diterangkan lebih jelas dengan adanya simulasi.
d. Penggunaan komputer membolehkan pelajar mempelajari sesuatu tajuk
mengikut kebolehan mereka.
21
Rajah 2.1
Di samping itu jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan
berkesan oleh guru ia akan mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran
pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1993) menyatakan komputer
berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak.
Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunanya membolehkan guru
menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih mudah dan menarik. Pendapat
ini disokong oleh Sandholtz (1997) yang menyatakan bahawa penggunaan
teknologi di sekolah boleh memudahkan pengajaran pembelajaran. Maka dapat
dikatakan bahawa komputer mempunyai kelebihannya menjadi media yang sesuai
dan berkesan dalam konteks pengajaran pembelajaran dalam bidang pendidikan.
Selain itu, Hjetland (1995), juga menyatakan bagaimana teknologi dapat
mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan
teknologi untuk kerja-kerja pengurusan serta kerja-kerja pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran secara konvensional seperti sogokan nota-nota
seharusnya dikikis daripada pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan
pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Berdasarkan ciri-ciri
ini, tidak dapat dinafikan bahawa kaedah PPBK dengan bantuan perisian
powerpoint boleh menjadi salah satu medium yang boleh digunakan untuk
mengatasi masalah miskonsepsi di kalangan para pelajar.
22
2.4 Rumusan
Berdasarkan tinjauan literatur yang telah dibuat, miskonsepsi adalah satu
permasalahan yang menjadi begitu lumrah bagi setiap pelajar. Ini disebabkan
secara psikologinya, pelajar di peringkat menengah adalah golongan remaja yang
begitu mudah dipengaruhi oleh apa juga maklumat yang diperolehnya dari
persekitaran. Sebelum pelajar diberikan konsep-konsep lanjutan, semua perkara
yang berkaitan dengan miskonsepsi hendaklah diatasi. Kebanyakan kajian
menjuruskan bahawa kaedah PPBK dapat mengatasi masalah miskonsepsi pelajar
dan seterusnya dapat menanamkan konsep yang betul dalam ingatan jangka
panjang.
23
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Pengajaran dan
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) bagi mengatasi masalah miskonsepsi
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar tingkatan satu untuk tajuk ‘Cell as
a unit of Life’ subtajuk ‘ Animal Cell and Plant Cell’ . Kajian ini dijalankan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru , Melaka. Berdasarkan tujuan kajian di
atas, bab ini akan menghuraikan lima tajuk yang utama secara
terperinci.Pertamanya ialah tentang reka bentuk kajian. Keduanya adalah mengenai
populasi dan sampel kajian . Ketiganya tentang instrumen kajian. Keempatnya
menyentuh prosedur kajian yang digunakan. Kelimanya berkaitan dengan analisis
data yang digunakan dalam kajian .
3.2 Reka bentuk Kajian
Penyelidikan ini merupakan satu kajian yang berbentuk kuasi eksperimen. Ianya
melibatkan dua kumpulan pelajar iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan Penyelidik akan mengenalpasti latar belakang pelajar melalui borang
maklumat pelajar .
24
Reka bentuk kajian( Kumpulan eksperimen) ini adalah mengikut peringkat berikut :
1. Ujian pra (Lampiran B)
Pelajar-pelajar akan menduduki ujian pra sebelum kajian dijalankan berdasarkan
tajuk yang dipilih iaitu ‘Cell as a unit of Life’ subtajuk ‘ Animal Cell and Plant
Cell’. Tujuan utama ujian pra ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sejauh
manakah pemahaman konsep pelajar-pelajar dalam sub topik ini. Ujian ini
mengandungi 20 soalan aneka pilihan merangkumi pelbagai aras.
2. Aktiviti p&p dijalankan dengan menggunakan kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)
3 Ujian Pos (Lampiran C)
Pelajar-pelajar akan menduduki ujian pos selepas aktiviti p&p dijalankan
berdasarkan tajuk yang dipilih iaitu ‘Cell as a unit of Life’ subtajuk ‘ Animal Cell
and Plant Cell’. Tujuan utama ujian pos ini dijalankan adalah untuk melihat
pencapaian pelajar untuk dianalisis dan keberkesanan kaedah PPBK.Ujian ini
mengandungi 20 soalan aneka pilihan merangkumi pelbagai aras.
4. Soal selidik (Lampiran D)
Bagi menguji sikap dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan kaedah berbantukan komputer maka satu soal selidik diberi
kepada pelajar yang telah menerima rawatan untuk mengetahui tentang
pengetahuan umum pelajar tentang sains, dan kaedah pengajaran serta pengetahuan
mengenai komputer di kalangan pelajar. Soal selidik ini dapat membantu
memberikan gambaran tentang kesediaan dan persepsi pelajar terhadap pelajaran
dan perisian yang dibina.
25
Rajah 3.1 : Kerangka Konsep Kajian
3.3 Sampel Kajian
Sampel kajian tidak dipilih secara rawak. Ia terdiri daripada 70 pelajar tingkatan 1
daripada dua buah kelas. Kelas kumpulan eksperimen orang pelajar yang terdiri
daripada 35 orang pelajar manakala seramai 35 orang pelajar diambil sebagai kelas
kumpulan kawalan. Hanya seorang guru sahaja yang mengajar tajuk ‘Cell as a unit
26
TINJAUAN LATAR BELAKANG PELAJAR
BORANG MAKLUMAT PELAJAR
UJIAN PRA
KUMPULAN EKSPERIMENP & P PENGGUNAAN ICT
KUMPULANKAWALANP & P CARA TRADISIONAL
UJIAN POS
SIKAP DAN MINAT PENCAPAIAN PRESTASI
SOAL SELIDIK
TINJAUAN LATAR BELAKANG PELAJAR
BORANG MAKLUMAT PELAJAR
UJIAN PRA
KUMPULAN EKSPERIMENP & P PENGGUNAAN ICT
KUMPULANKAWALANP & P CARA TRADISIONAL
UJIAN POS
SIKAP DAN MINAT PENCAPAIAN PRESTASI
SOAL SELIDIK
of Life’ bagi kedua-dua kelas ini. Dari segi jantina , sampel kajian ini terdiri
daripada 31 orang lelaki dan 39 orang perempuan. Kajian ini hanya memberi fokus
kepada tajuk ‘Cell as a unit of Life’dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukanan Komputer (PPBK).
3.4 Instrumen Kajian
Penyelidikan ini menggunakan beberapa instrumen kajian iaitu :
3.4.1 Borang maklumat pelajar dan Borang Soal Selidik
Borang ini mengandungi maklumat mengenai latarbelakang sampel kajian.
Maklumat yang meliputi nama, jantina, latar belakang keluarga, markah ujian
pertengahan tahun yang serta gred UPSR bagi subjek sains. Sila lihat Lampiran A.
Pengkaji menggunakan soal selidik selepas ujian pos dijalankan dan ia
dibina untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap keberkesanan kaedah PPBK
dengan bantuan penggunaan perisian powerpoint yang dibina semasa sessi
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Soal selidik ini akan diberi kepada
kumpulan eksperimen sahaja dan mengandungi 15 item yang akan dikemukakan
berdasarkan skala likert. (Lampiran D).
Penilaian bagi setiap item di dalam borang soal selidik Bahagian B
mempunyai lima skala likert. Skala 1 bermaksud sangat tidak setuju , skala 2
bermaksud tidak setuju, skala 3 bermaksud kurang setuju, skala 4 bermaksud
bersetuju dan skala 5 sangat setuju . Instrumen kajian ini telah digunakan oleh
Zakaria Kasa dan rakan-rakan (2005) dalam kajiannya. Instrumen ini mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 78.
27
3.4.2 Ujian Pra
Ujian pra akan diberikan kepada dua kumpulan pelajar dan setiap kumpulan terdiri
dari 35 orang. Ujian ini diberikan sebelum subtopik diajar. Tujuan utama ujian ini
adalah untuk mengukur sejauh manakah kefahaman pelajar mengenai topik ini.
Ujian ini mengandungi 20 soalan berbentuk aneka pilihan yang terdiri daripada
pelbagai aras soalan dan dijalankan selama setengah jam. (Lampiran B)
3.4.3 Ujian Pos
Ujian pos akan diberikan kepada setiap pelajar setelah selesai mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan.Ujian pos yang diberikan mempunyai jumlah dan bentuk serta aras yang
sama dengan ujian pra tetapi berbeza kedudukan nombor soalan (Lampiran C ).
Ianya bertujuan untuk melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang
telah menggunakan kaedah berbantukan komputer berbanding dengan kaedah
tradisional serta melihat perbezaan pencapaian para pelajar melalui kedua-dua
kaedah.
3.5 Prosedur Pengumpulan dan Pemprosesan Data
Segala instrumen kajian seperti borang maklumat, borang soal selidik,ujian pra ,
ujian pos , pemerhatian dan temubual akan digunakan untuk mengumpulkan data
bagi kajian ini. Semua pelajar akan diberi borang maklumat pelajar bagi
mendapatkan maklumat latar belakang mereka. Selepas itu, para pelajar akan diberi
ujian pra bagi mengenal pasti pengetahuan pelajar tentang tajuk ‘Cell as a unit of
Life’ subtajuk ‘ Animal Cell and Plant Cell’.Kemudian kumpulan eksperimen akan
28
diajar dengan menggunakan kaedah PPBK manakala kumpulan kawalan pula akan
diajar dengan menggunakan kaedah tradisional.
Setelah proses P&P dijalankan, para pelajar akan diberi ujian pos dan
borang soal selidik bagi menilai keberkesanan kaedah PPBK. Penyelidik akan
mengumpulkan semua instrumen untuk disemak bagi mendapatkan data. Semua
data yang diperolehi akan direkod dan dicatat dengan legkap untuk dianalisis.
Pengumpulan dan pemprosesan data ini adalah bertujuan untuk menilai prestasi
pelajar sebelum dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan
menggunakan dua kaedah yang berbeza.
3.6 Prosedur Analisis Data.
Data-data yang dikutip bagi ujian pra dan ujian pos sampel kajian akan diproses
dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS untuk tujuan deskriptif
( peratus, min dan sisihan piawai. Seterusnya, statistik inferensi iaitu ujian-t akan
digunakan untuk membanding min skor pencapaian ujian pelajar di antara
kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen di sekolah yang sama, antara
kumpulan heterogenus dan kumpulan homogenus dalam kumpulan eksperimen.
Paras signifiken untuk membuat keputusan ditetapkan pada aras 0.05. Hipotesis nol
akan ditolak sekiranya nilai p yang diperolehi adalah kurang daripada 0.05 dan
sebaliknya.
Data yang dikumpulkan akan dianalisis dengan menggunakan program MS
Excell. Kebolehan pelajar pada peringkat awal dan akhir akan dilihat berdasarkan
skor markah yang diperolehi pelajar untuk setiap item soalan dan markah
keseluruhan. Perbandingan antara dua sampel dapat dikaji dan seterusnya dapat
29
membantu guru dan pelajar meningkatkan prestasi mereka. Dapatan daripada ujian
pos adalah sangat penting untuk menunjukkan kaedah PPBK dalam p&p dapat
meningkatkan prestasi dan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains.
3.7 Rumusan
Kajian yang dilaksanakan merupakan satu kuasi eksperimen untuk menguji
keberkesanan proses p&p dengan menggunakan kaedah PPBK terhadap perubahan
pencapaian prestasi pelajar serta minat dan sikap dengan menggunakan kaedah
kuantitatif. Instrumen-instrumen seperti soal-selidik, ujian pra dan ujian pos adalah
sangat penting bagi mengumpul data. Semua data yang diperoleh akan dianalisis
untuk melihat hubungan yang bersandar dan tak bersandar serta menilai sejauh
mana keberkesanan kaedah PPBK ini mampu menarik minat pelajar dalam mata
pelajaran Sains.
30
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Pengajaran Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK) yang dapat meningkatkan pencapaian prestasi
pelajar-pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru . Kajian
ini juga akan melihat kaedah PPBK sebagai alat rawatan untuk mengatasi masalah
miskonsepsi ataupun salah konsep pelajar terhadap konsep-konsep asas yang telah
dipelajari bagi Tajuk ‘Cell as a unit of Life’ subtajuk ‘ Animal Cell and Plant Cell’.
Analisis data ini adalah mengikut urutan persoalan kajian secara terperinci bagi
mencapai objektif berikut :-
a Untuk menentukan samaada terdapat perubahan minat pelajar terhadap
pengajaran dan pembelajaran sebelum dan selepas menggunakan kaedah
Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).
b Untuk menentukan samaada terdapat peningkatan tahap pencapaian pelajar
selepas menggunakan kaedah Pengajaran Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK).
Bab ini akan mengemukakan dapatan kajian daripada data-data yang
diperolehi dari ujian pra dan ujian pos sampel kajian yang dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS untuk tujuan statistik deskriptif iaitu pengiraan
peratus, min dan sisihan piawai. Laporan yang dikemukakan adalah berbentuk
kuantitif dan juga kualitatif.
31
Data yang dikumpulkan akan dianalisis dengan menggunakan program MS Excell.
Kebolehan pelajar pada peringkat awal dan akhir akan dilihat berdasarkan skor
markah yang diperolehi pelajar untuk setiap item soalan dan markah keseluruhan.
Perbandingan antara dua sampel dapat dikaji dan seterusnya dapat membantu guru
dan pelajar meningkatkan prestasi mereka. Dapatan daripada ujian pos adalah
sangat penting untuk menunjukkan kaedah PPBK dalam p&p dapat meningkatkan
prestasi dan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains.
4.2 Profil Responden
Bab ini menerangkan secara ringkas profil responden yang dikaji. Profil ini perlu
untuk memahami latar belakang taburan sampel yang dikaji iaitu jantina, kaum dan
pencapaian sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
4.2.1 Jantina dan Kaum
Jadual 4.1 : Frekuensi dan Peratusan Profil Responden Mengikut Jantina dan
Kaum Bagi Kumpulan Kawalan
__________________________________________________________________
Profil Kategori Frekuensi Peratusan (%)
___________________________________________________________________
Jantina Lelaki 15 42.9
Perempuan 20 57.1
Bangsa Melayu 19 54.3
Cina 10 28.6
India 6 17.1___________________________________________________________________
32
Dari 35 borang soal selidik yang diedarkan, kesemua borang soal selidik telah
dikembalikan semula dalam masa yang telah ditetapkan untuk dianalisis.
Berdasarkan Jadual 4.1, daripada 35 responden, 42.9% adalah di kalangan pelajar
lelaki dan 55.1% adalah pelajar perempuan. Ini menunjukkan terdapat lebih ramai
pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki iaitu sebanyak 14.2%.
Rajah 4.1 : Peratusan Responden Mengikut Bangsa Bagi Kumpulan Kawalan
Daripada 35 responden, terdapat 54.3% adalah pelajar berbangsa Melayu, 28.6%
adalah pelajar berbangsa Cina dan 17.1% adalah pelajar berbangsa India. Ini
menunjukkan bahawa majoriti pelajar adalah dari kalangan pelajar berbangsa
Melayu manakala pelajar berbangsa India merupakan pelajar minoriti.
33
Jadual 4.2 Frekuensi dan Peratusan Profil Responden Mengikut Jantina dan Kaum
Bagi Kumpulan Eksperimen
__________________________________________________________________
Profil Kategori Frekuensi Peratusan (%)
___________________________________________________________________
Jantina Lelaki 16 45.7
Perempuan 19 54.3
Bangsa Melayu 20 57.1
Cina 11 31.4
India 4 11.5___________________________________________________________________
Berdasarkan Jadual 4.2, daripada 35 responden, 45.7% adalah di kalangan pelajar
lelaki dan 54.3% adalah pelajar perempuan. Ini menunjukkan terdapat lebih ramai
pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki iaitu sebanyak 8.6%.
Rajah 4.2 : Peratusan Responden Mengikut Bangsa Bagi Kumpulan Eksperimen
34
Daripada 35 responden, terdapat 57.1% adalah pelajar berbangsa Melayu, 31.4 %
adalah pelajar berbangsa Cina dan 11.5% adalah pelajar berbangsa India. Ini
menunjukkan bahawa majoriti pelajar adalah dari kalangan pelajar berbangsa
Melayu manakala pelajar berbangsa India merupakan pelajar minoriti.
4.2.2 Pencapaian Sains
4.2.2.1 Pencapaian Sains Pelajar Kumpulan Kawalan bagi UPSR Tahun 2009
Jadual 4.3 Pencapaian Sains Pelajar Kumpulan Kawalan bagi UPSR Tahun 2009
___________________________________________________________________ Gred Jantina
Lelaki Peratusan(%) Perempuan Peratusan(%)___________________________________________________________________
A - - - -
B 3 8.6 5 14.3
C 8 22.9 14 40.0
D 4 11.4 1 2.8
35
Rajah 4.3 : Peratusan pencapaian sains bagi kumpulan kawalan
Berdasarkan jadual 4.3 daripada 35 responden, 8.6 % adalah pelajar lelaki dan
14.3% adalah pelajar perempuan yang mendapat gred B dalam UPSR. Ini
menunjukkan terdapat lebih ramai pelajar perempuan daripada pelajar lelaki yang
mendapat gred B iaitu sebanyak 5.7%.Seramai 22.9% adalah pelajar lelaki dan
40% adalah pelajar perempuan yang mendapat gred C dalam UPSR. Ini
menunjukkan terdapat lebih ramai pelajar perempuan daripada pelajar lelaki yang
mendapat gred C iaitu sebanyak 17.1%. Manakala 11.4% adalah terdiri daripada
pelajar lelaki dan hanya 2.8% adalah pelajar perempuan yang mendapat gred D
dalam UPSR. Ini menunjukkan terdapat lebih ramai pelajar lelaki daripada pelajar
perempuan yang mendapat gred D iaitu sebanyak 8.6%.
36
4.2.2.2 Pencapaian Sains Pelajar Kumpulan Eksperimen bagi UPSR Tahun 2009
Jadual 4.4 Pencapaian Sains Pelajar Kumpulan Eksperimen bagi UPSR Tahun 2009
Gred JantinaLelaki Peratusan(%) Perempuan Peratusan(%)
___________________________________________________________________
A 2 5.7 3 8.6
B 5 14.3 9 25.7
C 9 25.7 7 20.0
D - - - -
Rajah 4.4 : Peratusan pencapaian sains bagi kumpulan kawalan
37
Berdasarkan jadual 4.4 daripada 35 responden, 5.7% adalah pelajar lelaki dan 8.6%
adalah pelajar perempuan yang mendapat gred A dalam UPSR. Ini menunjukkan
terdapat lebih ramai pelajar perempuan daripada pelajar lelaki yang mendapat gred
A iaitu sebanyak 2.9%. Seramai 14.3% adalah pelajar lelaki dan 25.7% adalah
pelajar perempuan yang mendapat gred B dalam UPSR. Ini menunjukkan terdapat
lebih ramai pelajar perempuan daripada pelajar lelaki yang mendapat gred B iaitu
sebanyak 11.4%. Manakala 25.7% adalah terdiri daripada pelajar lelaki dan hanya
20% adalah pelajar perempuan yang mendapat gred C dalam UPSR. Ini
menunjukkan terdapat lebih ramai pelajar lelaki daripada pelajar perempuan yang
mendapat gred C iaitu sebanyak 5.7%.
38
4.3 Perbandingan Min Prestasi Pelajar Dengan Menggunakan Kaedah
Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).
Analisis ini adalah bertujuan untuk mengetahui min prestasi pelajar yang diajar
dengan menggunakan kaedah Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK) bagi kumpulan eksperimen manakala kaedah tradisional bagi kumpulan
kawalan. Untuk mengetahui samaada terdapat perbezaan min prestasi pelajar,
hipotesis nul diuji dengan menggunakan ujian-t.
Hipoteisi nul : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian skor
min bagi kumpulan eksperimen berbanding dengan kumpulan kawalan.
4.3.1 Pencapaian Kemajuan Nilai Min Antara Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi
Kumpulan Kawalan
Jadual 4.5 Pencapaian Kemajuan Nilai Min Antara Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi
Kumpulan Kawalan
______________________________________________________________
Ujian Pra Ujian Pos Nilai-t P
N Min s.p N Min s.p
___________________________________________________________________
35 49.71 5.07 35 54.51 4.91 7.306 < 0.05
Jadual 4.5 adalah jadual pencapaian kemajuan nilai min antara ujian pra dan ujian
pos bagi kumpulan kawalan. Dapatan daripada jadual ini menunjukkan terdapat
perbezaan pencapaian min sebanyak 4.80 di antara ujian pra dan ujian pos bagi
kumpulan kawalan. Nilai T kiraan ialah 7.306. Ujian-t menunjukkan perbezaan
yang signifikan dalam pencapaian min ujian pra dan pos bagi kumpulan kawalan.
(Nilai-t = 7.306 , P‹0.05).
39
4.3.2 Pencapaian Kemajuan Nilai Min Antara Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi
Kumpulan Eksperimen
Jadual 4.6 Pencapaian Kemajuan Nilai Min Antara Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi
Kumpulan Eksperimen
__________________________________________________________________
Ujian Pra Ujian Pos Nilai-t P
N Min s.p N Min s.p
__________________________________________________________________
35 58.17 4.86 35 64.51 4.45 5.69 < 0.05
__________________________________________________________________
Jadual 4.6 adalah pencapaian kemajuan nilai min antara ujian pra dan ujian pos
bagi kumpulan eksperimen. Dapatan daripada jadual ini menunjukkan perbezaan
pencapaian min ujian pos sebanyak 5.34 di antara ujian pra dan ujian pos bagi
kumpulan eksperimen. Nilai kiraan T ialah 5.69 . Ujian-t menunjukkan perbezaan
yang signifikan dalam pencapaian min ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan
eksperimen . (Nilai-t = 5.69 , P‹0.05). Ini menunjukkan bahawa terdapat
peningkatan tahap pencapaian pelajar selepas menggunakan kaedah Pengajaran
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).
40
4.3.3 Pencapaian Kemajuan Nilai Min Ujian Pra Antara Kumpulan
Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
Jadual 4.7 Pencapaian Kemajuan Nilai Min Ujian Pra Antara Kumpulan
Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
__________________________________________________________________
Ujian Pra Ujian Pra Nilai-t P
Kumpulan Eksperimen Kumpulan Kawalan
N Min s.p N Min s.p
___________________________________________________________________
35 58.17 4.86 35 49.71 5.07 6.054 < 0.05
___________________________________________________________________
Jadual 4.7 adalah jadual pencapaian kemajuan nilai min ujian pra antara kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan. Dapatan daripada jadual ini menunjukkan
perbezaan pencapaian min ujian pra sebanyak 9 di antara kumpulan eksperimen
dan kumpulan kawalan. Nilai kiraan T ialah 6.056 . Ujian-t menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan dalam pencapaian min ujian pra bagi kedua-dua
kumpulan. (Nilai-t = 6.054 , P‹0.05).
41
4.3.4 Pencapaian Kemajuan Nilai Min Ujian Pos Antara Kumpulan
Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
Jadual 4.8 Pencapaian Kemajuan Nilai Min Ujian Pos Antara Kumpulan
Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
___________________________________________________________________
Ujian Pos Ujian Pos Nilai-t P
Kumpulan Eksperimen Kumpulan Kawalan
N Min s.p N Min s.p
___________________________________________________________________
35 64.51 4.45 35 54.37 5.02 8.436 < 0.05
___________________________________________________________________
Jadual 4.8 pencapaian kemajuan nilai min ujian pos antara kumpulan eksperimen
dan kumpulan kawalan . Dapatan daripada jadual ini menunjukkan terdapat
perbezaan pencapaian min ujian pos sebanyak 10.14 di antara kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan. Nilai kiraan T ialah 8.436. Ujian-t
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian min ujian pra
bagi kedua-dua kumpulan. (Nilai-t = 8.436 , P‹0.05). Justeru itu, hipotesis nul
ditolak sebab nilai yang diperolehi ujian-t adalah lebih besar daripada nilai t-
genting yang di dapati daripada jadual. Ini menunjukkan terdapat peningkatan
tahap pencapaian dan prestasi pelajar selepas guru menggunakan kaedah
Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) berbanding dengan
kaedah tradisional.
42
4.3.5 DAPATAN DARIPADA SOAL SELIDIK
4.3.5.1 Soal selidik Bahagian A
Soal selidik merupakan satu alat ukuran yang penting untuk mendapatkan data
dalam kaedah tinjauan. Soal selidik yang diberikan kepada sampel terdiri daripada
dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A merupakan bahagian
yang digunakan untuk mengenal pasti atau mengesan maklumat mengenai latar
belakang sampel. Dua buah kelas yang terlibat dalam soal selidik ini. Kelas
pertama yang dipilih adalah tingkatan 1 A ( kelas eksperimen) dan tingkatan 1E
(kelas rawatan).
Dapatan daripada Borang Maklumat Pelajar dapati 60 % daripada
responden adalah terdiri daripada anak-anak kakitangan kerajaan, bekerja sendiri
dan buruh. Manakala purata pendapatan bulanan ibu bapa mereka adalah sekitar
RM 2000. Kekangan terhadap pendapatan keluarga yang sederhana mengharapkan
kelas tambahan yang diadakan oleh guru-guru untuk meningkatkan prestasi
akademik mereka. Hasil soal selidik terhadap pencapaian akademik pula di dapati
rata-rata responden berada pada tahap yang sederhana terutama pada mata pelajaran
teras. Ini diakui oleh pentadbiran sekolah tersebut kerana menurut mereka
kebanyakan pelajar-pelajar yang cemerlang ketika UPSR yang berada di sekitar
sekolah ini telah terpilih untuk menyertai sekolah-sekolah berasrama penuh,
MRSM serta sekolah bestari.
43
4.3.5.2 Soal selidik Bahagian B
Soal selidik Bahagian B ialah soal selidik terhadap prestasi dan sikap atau
pandangan responden terhadap mata pelajaran sains secara keseluruhannya. Soal
selidik ini telah diberikan kepada responden selepas sesi pengajaran menggunakan
kaedah PPBK. Hasil kajian adalah seperti di bawah.
Jadual 4.9 Peratusan pelajar mengikut soal selidik terhadap prestasi dan sikap atau
pandangan responden terhadap mata pelajaran sains
__________________________________________________________________
SKALA LIKERT (%) Skor Min
ITEM SOALAN 1 2 3 4 5__________________________________________________________________
1 0 0 10 65 25 4.17
2 0 0 20 55 25 4.12
3 0 0 15 65 20 4.15
4 0 0 25 50 25 4.00
5 0 0 15 60 25 4.11
6 0 0 15 60 25 4.11
7 0 0 10 55 35 4.29
8 0 0 20 55 25 4.12
9 0 5 15 65 15 3.88
10 0 0 20 65 15 3.94
11 0 0 15 60 25 4.11
12 0 5 15 55 15 4.00 ___________________________________________________________________ Skor Min Keseluruhan 4.10___________________________________________________________________
44
Berdasarkan data-data berikut, analisis yang dapat dibuat adalah :
1 Saya suka belajar sains dengan mengikuti kaedah ini.
Soalan ini adalah untuk melihat minat pelajar terhadap pelajaran sains.
Purata pelajar yang suka dengan mata pelajaran sains berdasarkan dapatan
ini adalah 65%. Manakala 25% lagi menyatakan mereka sangat berminat
dengan mata pelajaran sains. 10% pula tidak pasti sama ada berminat atau
tidak. Keseluruhannya, 90% daripada bilangan responden yang berminat
dengan mata pelajaran sains setelah mengikut aktiviti P&P dengan
menggunakan kaedah PPBK yang interaktif ini.
2 Kaedah ini menjadikan Sains adalah mata pelajaran mudah difahami.
Berdasarkan pernyataan di atas. sebanyak 55% responden bersetuju dan 25%
amat bersetuju mengatakan sains adalah mata pelajaran yang mudah
difahami selepas menggunakan kaedah PPBK ini dengan adanya arahan
yang jelas. Manakala 20% responden pula menyatakan bahawa mereka tidak
pasti dengan menggunakan kaedah PPBK ini menjadikan Sains adalah mata
pelajaran mudah difahami
3 Kaedah ini menjadikan pembelajaran sains amat menyeronokkan.
Berdasarkan pernyataan di atas, sebanyak 85% responden bersetuju bahawa
pembelajaran sains amat menyeronokkan dengan menggunakan kaedah
PPBK ini . Manakala bakinya iaitu 25% pula menyatakan bahawa mereka
tidak pasti. Persembahan grafik, ilustrasi animasi slaid yang ditunjukkan
memberikan kesan yang menarik dan menyeronokkan untuk belajar.
4 Sains menjadikan diri saya lebih dihargai
45
25% responden menyatakan tidak pasti sama ada mata pelajaran sains
mampu menjadikan diri mereka lebih dihargai. Selebihnya bersetuju dengan
pernyataan ini. Kesimpulan, pembelajaran sains melalui kaedah PPBK dapat
membantu memotivasikan diri pelajar kerana mereka rasa dihargai.
5 Saya memainkan peranan yang aktif dalam aktiviti P&P
10% responden menyatakan tidak bersetuju bahawa mereka memainkan
peranan yang penting dalam aktiviti P&P. Manakala 15% tidak pasti dengan
pernyataan ini. Walaubagaimanapun sebahagian besar daripada mereka
bersetuju melalui kaedah PPBK ini, meraka dapat memainkan peranan yang
penting sewaktu dalam aktiviti P&P. Malah 25% amat bersetuju bahawa
mereka benar-benar aktif melibatkan diri dalam P&P yang dilaksanakan.
6 Saya suka dengan kaedah pengajaran guru.
Berdasarkan soal selidik yang diberikan, majoriti responden iait 60% suka
dan 25% amat suka dengan kaedah PPBK yang digunakan oleh guru
sekolah. Peratusan ini sangat besar iaitu 85%. Manakala hanya 15% sahaja
yang tidak pasti sama ada mereka suka kaedah ini ataupun tidak.
7 Kaedah ini dapat meningkatkan prestasi saya dalam mata pelajaran sains.
Berdasarkan pernyataan di atas, 10% responden menyatakan bahawa mereka
tidak pasti sama ada kaedah ini mampu meningkatkan prestasi mereka dalam
mata pelajaran sains. Manakala 55% bersetuju dan 35% pula sangat
bersetuju. Daripada dapatan ini, maka terbuktilah bahawa kaedah PPBK
yang interaktif ini berjaya meningkatkan prestasi pelajar dalam mata
pelajaran sains.
46
8 Saya suka menjawab soalan yang dikemukakan di dalam aktiviti
perbincangan dalam kelas yang melibatkan kaedah interaktif.
Berdasarkan pernyataan di atas, 20% responden yang tidak pasti. Manakala
sebanyak 55% responden bersetuju dan seramai 25% amat bersetuju dengan
pernyataan ini. Oleh yang demikian, kaedah ini mampu menarik minat murid
ini untuk melibatkan diri dan seterusnya menjawab soalan yang
dikemukakan di dalam aktiviti perbincangan dalam kelas yang melibatkan
kaedah interaktif yang menarik.
9 Kaedah ini memudahkan saya memahami objektif pengajaran yang
disampaikan oleh guru.
Berdasarkan pernyataan di atas, 5% responden yang tidak bersetuju dan 15%
responden yang tidak pasti. Manakala sebanyak 65% responden bersetuju
dan 15% amat bersetuju dengan pernyataan ini yang menyatakan bahawa
kaedah PPBK ini dapat memudahkan para responden memahami objektif
pengajaran yang disampaikan oleh guru.
10 Kaedah ini dapat memberikan saya daya ingatan yang lebih kuat mengingati
fakta-fakta dan konsep-konsep sains.
Berdasarkan pernyataan di atas, 20% responden yang menyatakan bahawa
mereka tidak pasti. Manakala sebanyak 65% responden bersetuju dan 15%
amat bersetuju dengan pernyataan ini yang menyatakan bahawa kaedah
PPBK ini dapat memberikan saya daya ingatan yang lebih kuat mengingati
fakta-fakta dan konsep-konsep sains berbanding dengan kaedah
penyampaian guru secara tradisional.
47
11 Kaedah ini tidak akan menganggu tumpuan para pelajar semasa aktiviti
P&P dijalankan.
Berdasarkan pernyataan di atas, 15% responden yang menyatakan bahawa
mereka tidak pasti. Manakala sebanyak 65% responden bersetuju dan 25%
amat bersetuju dengan pernyataan ini yang menyatakan bahawa kaedah
PPBK ini tidak akan menganggu tumpuan para pelajar semasa aktiviti P&P
dijalankan.
12 Kaedah ini boleh digunakan untuk mempelajari tajuk-tajuk yang lain dalam
mata pelajaran sains.
Berdasarkan pernyataan di atas, 5% responden tidak bersetuju dengan
pernyataan di atas sementara 15% responden yang menyatakan bahawa
mereka tidak pasti. Manakala sebanyak 55% responden bersetuju dan 25%
amat bersetuju dengan pernyataan ini yang menyatakan bahawa kaedah
PPBK ini boleh digunakan untuk mempelajari tajuk-tajuk yang lain dalam
mata pelajaran sains.
48
4.4 Rumusan
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sejauh mana keberkesanan kaedah
pembelajaran PPBK sebagai alat rawatan untuk mengatasi masalah miskonsepsi
ataupun salah konsep pelajar terhadap konsep-konsep asas yang telah dipelajari
bagi Tajuk ‘Cell as a unit of Life’ subtajuk ‘ Animal Cell and Plant Cell’ seterusnya
mengkaji keberkesanan penggunaan program dapat membantu mereka dalam
pembelajaran sains amnya. Kajian ini telah dapat mengenal pasti kelemahan-
kelemahan pelajar dan salah tanggapan yang berlaku pada pelajar tersebut dan
penyelesaiannya dengan menggunakan rawatan dan strategi yang disyorkan oleh
pengkaji dan ianya terbukti dengan data-data analisis yang dihuraikan dan dapatan-
dapatan daripada maklum balas pelajar setelah diberikan instrumen kajian yang
direka bentuk untuk melihat keberkesanannya dan berjaya mencapai objektif
seperti yang dicadangkan.
49
BAB 5
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan
Bab ini akan merumuskan dapatan kajian yang dilakukan berdasarkan persoalan
dan hipotesis kajian yang telah dibina. Seterusnya akan membincangkan
keberkesanan Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang dapat
meningkatkan pencapaian prestasi pelajar-pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Baru . Kajian ini juga akan melihat kaedah PPBK sebagai alat
rawatan untuk mengatasi masalah miskonsepsi ataupun salah konsep pelajar
terhadap konsep-konsep asas yang telah dipelajari bagi Tajuk ‘Cell as a unit of
Life’ subtajuk ‘ Animal Cell and Plant Cell’. Perbincangan akan dibuat
berdasarkan objektif kajian, persoalan kajian dan hipotesis. Dapatan kajian yang
diperolehi akan dibandingkan dengan hasil kajian yang telah dilakukan oleh pekaji-
pekaji lepas.
Di samping itu, cadangan tindakan dan cadangan kajian lanjutan akan
disyorkan kepada bakal pengkaji dan seterusnya mencari pendekatan yang terbaik
bagi memantap dan mempertingkatkan lagi keberkesanan Pengajaran Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK).
50
5.2 Ringkasan Kajian
Objektif utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat keberkesanan
Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang dapat
meningkatkan pencapaian prestasi di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 1 A di
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru . Kajian ini juga akan melihat kaedah
PPBK sebagai alat rawatan untuk mengatasi masalah miskonsepsi ataupun salah
konsep pelajar terhadap konsep-konsep asas yang telah dipelajari bagi Tajuk ‘Cell
as a unit of Life’ subtajuk ‘ Animal Cell and Plant Cell’
Seramai 70 orang pelajar telah terlibat dalam proses kajian ini pula terdiri
dari dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kedua-dua
kumpulan ini terdiri daripada pelajar dua buah kelas tingkatan 1. Kumpulan
eksperimen telah dijalankan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
manakala kumpulan kawalan telah diberikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
secara tradisional. Pemilihan kumpulan ini dilakukan berdasarkan ujian pra yang
telah diberikan terlebih dahulu . Pelajar akhirnya diberikan ujian pos untuk
memastikan keberkesanan kaedah yang dicadangkan. Hasil ujian pos seterusnya
telah dibandingkan dengan keputusan ujian pra yang dianalisis terlebih dahulu.
Kajian ini didapati telah mencapai matlamat yang diharapkan di mana
keseluruhan pelajar yang terlibat ini menunjukkan minat dan penumpuan serta
melibatkan diri secara aktif . Hasil kajian ini juga diharapkan dapat mengubah
persepsi pelajar kepada subjek sains itu menyeronokan dan meninggalkan impak
yang bermakna terhadap pemahaman konsep dan mengekalkannya dalam minda
pelajar dan menanam perkembangan minat yang positif terhadap sains amnya.
51
Data yang diperolehi daripada ujian pra dan pos telah diproses dan
dianalisis untuk menilai keberkesanan kaedah PPBK dengan menggunakan perisian
Stastistical Package for the Sosial Science (SSPS) 16.0 for windows.
Bagi memenuhi objektif kajian ini, pengkaji telah mengedarkan borang soal
selidik. Soal selidik yang diberikan kepada sampel terdiri daripada dua bahagian
iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A merupakan bahagian yang
digunakan untuk mengenal pasti atau mengesan maklumat mengenai latar belakang
sampel. Dua buah kelas yang terlibat dalam soal selidik ini. Kelas pertama yang
dipilih adalah tingkatan 1 A ( kelas eksperimen) dan tingkatan 1E (kelas rawatan).
Manakala borang selidik bahagian B yang digunakan adalah untuk menentukan
samaada terdapat peningkatan tahap pencapaian pelajar dan perubahan minat
pelajar-pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sebelum dan selepas
mengikuti kaedah Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).
52
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
5.3.1 Maklumat Profil Responden
Kajian ini telah dijalankan ke atas 70 orang pelajar tingkatan 1 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka. Pelajar yang telah terlibat dalam
proses kajian ini terdiri dari dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan
eksperimen. Jadual 4.1 menunjukkan frekuensi dan peratusan profil responden
mengikut jantina dan kaum bagi kumpulan kawalan, daripada 35 responden, di
dapati 42.9% adalah di kalangan pelajar lelaki dan manakala 55.1% adalah pelajar
perempuan. Ini menunjukkan terdapat lebih ramai pelajar perempuan berbanding
pelajar lelaki bagi kumpulan kawalan iaitu sebanyak 14.2%. Berdasarkan jadual
tersebut di dapati 54.3% adalah pelajar berbangsa Melayu, 28.6% adalah pelajar
berbangsa Cina dan 17.1% adalah pelajar yang berbangsa India. Ini menunjukkan
bahawa majoriti pelajar adalah dari kalangan pelajar berbangsa Melayu manakala
pelajar berbangsa India merupakan pelajar minoriti.
Manakala Jadual 4.2 menunjukkan frekuensi dan peratusan profil responden
mengikut jantina dan kaum bagi kumpulan eksperimen, daripada 35 responden, di
dapati 45.7% adalah di kalangan pelajar lelaki dan manakala 54.3% adalah di
kalangan pelajar perempuan. Ini menunjukkan terdapat lebih ramai pelajar
perempuan berbanding pelajar lelaki bagi kumpulan eksperimen iaitu sebanyak
8.6%. Berdasarkan jadual tersebut di dapati 57.1% adalah pelajar berbangsa
Melayu, 31.4% adalah pelajar berbangsa Cina dan 11.5% adalah pelajar yang
berbangsa India. Ini menunjukkan bahawa majoriti pelajar adalah dari kalangan
pelajar berbangsa Melayu manakala pelajar berbangsa India merupakan pelajar
minoriti.
53
Kajian ini juga melihat pencapaian sains pelajar dalam UPSR bagi setiap
kumpulan. Berdasarkan Jadual 4.3 daripada 35 responden kumpulan kawalan, di
dapati 8.6 % adalah pelajar lelaki dan 14.3% adalah pelajar perempuan yang
mendapat gred B dalam UPSR. Ini menunjukkan terdapat lebih ramai pelajar
perempuan daripada pelajar lelaki yang mendapat gred B iaitu sebanyak 5.7%.
Seramai 22.9% adalah pelajar lelaki dan 40% adalah pelajar perempuan yang
mendapat gred C dalam UPSR. Ini menunjukkan terdapat lebih ramai pelajar
perempuan daripada pelajar lelaki yang mendapat gred C iaitu sebanyak 17.1%.
Manakala 11.4% adalah terdiri daripada pelajar lelaki dan hanya 2.8% adalah
pelajar perempuan yang mendapat gred D dalam UPSR. Ini menunjukkan terdapat
lebih ramai pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan yang mendapat gred D
iaitu sebanyak 8.6%. Keseluruhannya, pencapaian min sains pelajar dalam UPSR
bagi kumpulan kawalan ialah 2.91. Ini menunjukkan bahawa pelajar kumpulan ini
di dalam kategori kumpulan C iaitu peringkat sederhana.
Berdasarkan Jadual 4.4 pencapaian sains pelajar kumpulan eksperimen bagi
UPSR Tahun 2009 daripada 35 responden di dapati 5.7% adalah pelajar lelaki dan
8.6% adalah pelajar perempuan yang mendapat gred A dalam UPSR. Ini
menunjukkan terdapat lebih ramai pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki
yang mendapat gred A iaitu sebanyak 2.9%. Seramai 14.3% adalah pelajar lelaki
dan 25.7% adalah pelajar perempuan yang mendapat gred B dalam UPSR. Ini
menunjukkan terdapat lebih ramai pelajar perempuan daripada pelajar lelaki yang
mendapat gred B iaitu sebanyak 11.4%. Manakala 25.7% adalah terdiri daripada
pelajar lelaki dan hanya 20% adalah pelajar perempuan yang mendapat gred C
dalam UPSR. Ini menunjukkan terdapat lebih ramai pelajar lelaki berbanding
pelajar perempuan yang mendapat gred C iaitu sebanyak 5.7%. Keseluruhannya,
pencapaian min sains pelajar dalam UPSR bagi kumpulan kawalan ialah 2.32. Ini
menunjukkan bahawa pelajar kumpulan ini di dalam kategori kumpulan B iaitu
peringkat baik.
54
5.3.2 Soal Selidik
Soal selidik merupakan satu alat ukuran yang penting untuk mendapatkan data
dalam kaedah tinjauan. Soal selidik yang diberikan kepada sampel terdiri daripada
dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A merupakan bahagian
yang digunakan untuk mengenal pasti atau mengesan maklumat mengenai latar
belakang sampel. Dapatan daripada Borang Maklumat Pelajar di dapati 60 %
daripada responden adalah terdiri daripada anak-anak kakitangan kerajaan, bekerja
sendiri dan buruh. Manakala purata pendapatan bulanan ibu bapa mereka adalah
sekitar RM 2000. Kekangan terhadap pendapatan keluarga yang sederhana
mengharapkan kelas tambahan yang diadakan oleh guru-guru untuk meningkatkan
prestasi akademik mereka. Hasil soal selidik terhadap pencapaian akademik pula di
dapati rata-rata responden berada pada tahap yang sederhana terutama pada mata
pelajaran teras. Ini diakui oleh pentadbiran sekolah tersebut kerana menurut mereka
kebanyakan pelajar-pelajar yang cemerlang ketika UPSR yang berada di sekitar
sekolah ini telah terpilih untuk menyertai sekolah-sekolah berasrama penuh,
MRSM serta sekolah bestari.
Soal selidik Bahagian B ialah soal selidik terhadap prestasi dan sikap atau
pandangan responden terhadap mata pelajaran sains secara keseluruhannya. Soal
selidik ini telah diberikan kepada responden selepas sesi pengajaran menggunakan
kaedah PPBK. Analisis yang telah dijalankan menunjukkan bahawa kaedah PPBK
ini diterima secara positif. Setiap item yang dikemukan menunjukkan nilai
peratusan yang tinggi. Dapatan ini telah menunjukkan petanda yang baik kerana
terdapat peningkatan bilangan pelajar yang berminat terhadap sains. Kesan secara
langsung ianya telah meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam mata
55
pelajaran ini. Kaedah ini juga telah mengambarkan pelajar berasa seronok apabila
melibatkan diri secara aktif serta menyumbangkan idea sewaktu aktiviti P&P
dijalankan. Semangat bersaing yang sihat akan wujud secara tidak langsung dan
menambahkan minat terhadap mata pelajaran sains.
5.3.3 Hipotesis
Berdasarkan kepada objektif kajian, maka hipotesis kajian dapat dinyatakan seperti
berikut :
Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar yang didedahkan
dengan menggunakan kaedah Pengajaran Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) dengan pelajar yang menggunakan kaedah tradisional
Ha: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar yang didedahkan
dengan menggunakan kaedah Pengajaran Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) dengan pelajar yang menggunakan kaedah tradisional.
Analisis ini adalah bertujuan untuk mengetahui min prestasi pelajar yang diajar
dengan menggunakan kaedah Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK) bagi kumpulan eksperimen manakala kaedah tradisional bagi kumpulan
kawalan. Untuk mengetahui samaada terdapat perbezaan min prestasi pelajar,
hipotesis nul diuji dengan menggunakan ujian-t.
Hipoteisi nul : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian skor
min bagi kumpulan eksperimen berbanding dengan kumpulan kawalan.
56
5.3.3.1 Pencapaian Kemajuan Nilai Min Antara Ujian Pra dan Ujian
Pos Bagi Kumpulan Kawalan
Kajian telah menunjukkan pencapaian pelajar dalam ujian pra adalah lebih rendah
berbanding dengan ujian pos. Ini disebabkan hampir separuh daripada pelajar tidak
mahir dengan konsep-konsep asas sel dan ini menyebabkan mereka tidak dapat
mengaplikasikan konsep-konsep asas dan pemahaman sel dalam menjawab soalan
yang dikemukakan. Kegagalan mereka untuk menguasai konsep-konsep asas sel
dengan baik telah menyebabkan berlakunya kekeliruan apabila soalan yang
dinyatakan diubah sedikit daripada soalan yang biasa dan skor min yang telah
diperolehi hanya 49.71 sahaja.
Bagi pencapaian pelajar dalam ujian pos adalah lebih tinggi berbanding
dengan ujian pra dan skor min yang telah diperolehi hanya 54.51. Ini menunjukkan
terdapat sedikit peninhkatan dalam pencapaian pelajar setelah diajar dengan
menggunakan kaedah yang sama iaitu secara tradisional. Pelajar telah membuat
nota masing-masing dan kemudiannya diserahkan kepada guru untuk disemak dan
segala kesilapan diperbetulkan. Aktiviti ini dapat membantu pelajar dalam
memahami konsep-konsep asas sel, walaupun masih terdapat sesetengah pelajar
masih tidak memahami konsep-konsep asas sel ini.
Jadual 4.5 menunjukkan perbezaan pencapaian min ujian pos sebanyak 4.80
di antara ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan. Ujian-t menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian min ujian pra dan ujian pos
bagi kumpulan kawalan. (Nilai-t = 7.306 , P‹0.05). Justeru itu hipotesis nul ditolak
sebab nilai yang diperolehi adalah lebih besar daripada nilai yang di dapati daripada
jadual.
57
5.3.3.2 Pencapaian Kemajuan Nilai Min Antara Ujian Pra dan Ujian
Pos Bagi Kumpulan Eksperimen
Dapatan kajian ini menunjukkan ujian pra yang diperolehi bagi kumpulan ini
adalah rendah iaitu 58.17. Ini diperjelaskan, pada masa ini pelajar masih kurang
faham dengan konsep-konsep asas sel seterusnya telah menyebabkan pencapaian
mereka rendah disebabkab miskonsepsi yang tinggi. Manakala pencapaian pelajar
dalam ujian pos adalah tinggi setelah pelajar mengikuti kaedah PPBK. Skor min
yang telah diperolehi ialah sebanyak 64.51. Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat
menguasai konsep-konsep asas sel dengan lebih mendalam dan lebih jelas setelah
mengikuti kaedah PPBK ini.
Jadual 4.6 menunjukkan perbezaan pencapaian min ujian pos sebanyak 5.34
di antara ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan eksperimen. Ujian-t terdapat
perbezaan yang signifikan dalam pencapaian min di antara ujian pra dan ujian pos
kumpulan eksperimen yang didedahkan dengan menggunakan kaedah Pengajaran
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dengan pelajar yang menggunakan
kaedah tradisional. (Nilai-t = 5.69 , P‹0.05). Maka hipotesis nul ditolak sebab nilai
yang diperolehi adalah lebih besar daripada nilai yang di dapati daripada jadual. Ini
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap kefahaman pencapaian prestasi
pelajar selepas mengikuti kaedah Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK) berbanding dengan kaedah tradisional.
58
5.3.3.3 Pencapaian Kemajuan Nilai Min Ujian Pra Antara Kumpulan
Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
Dapatan kajian ini menunjukan skor min yang diperolehi bagi kedua-dua kumpulan
ini adalah lebih kurang sama. Jadual 4.7 menunjukkan perbezaan pencapaian min
ujian pra sebanyak 9 di antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian
min ujian pra bagi kedua-dua kumpulan. (Nilai-t = 6.054 , P‹0.05). Maka hipotesis
nul ditolak iaitu kerana terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian skor
min bagi kumpulan eksperimen berbanding dengan kumpulan kawalan. Ini adalah
kerana tahap pencapaian bagi kedua-dua kumpulan ini adalah berbeza.
5.3.3.4 Pencapaian Kemajuan Nilai Min Ujian Pos Antara Kumpulan
Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
Hasil daripada analisis data menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat
antara pencapaian pelajar dengan penggunaan kaeda PPBK dalam mata pelajaran
sains. Dapatan kajian ini menunjukan skor min yang diperolehi dalam ujian pos
bagi kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi iaitu 64.51 berbanding skor min
yang diperolehi oleh kumpulan kawalan iaitu 54.37. Ini dapat dilihat daripada
Jadual 4.8 yang menunjukkan perbezaan pencapaian min ujian pos sebanyak 10.14
di antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Ujian-t menunjukkan
perbezaan yang signifikan dalam pencapaian min ujian pra bagi kedua-dua
kumpulan. (Nilai-t = 8.436 , P‹0.05). Ini membuktikan bahawa pencapaian prestasi
59
pelajar dalam ujian pos bagi kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi berbanding
dengan pencapaian perastasi pelajar kumpulan kawalan setelah mengikuti kaedah
PPBK. Ini jelas menunjukkan bahawa kumpulan eksperimen dapat mengatasi
masalah miskonsepsi dengan menunjukkan pencapaian prestasi mereka yang tinggi
dan lebih baik.
Justeru itu, hipotesis nul ditolak sebab nilai yang diperolehi ujian-t adalah
lebih besar daripada nilai t-genting yang di dapati daripada jadual. Ini menunjukkan
terdapat peningkatan tahap pencapaian dan prestasi pelajar selepas guru
menggunakan kaedah Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)
berbanding dengan kaedah tradisional. Objektif yang dikaji telah tercapai apabila
keputusan analisis menunjukkan terdapatnya hubungan yang positif bagi
pencapaian pelajar berkaitan miskonsepsi dan keberkesanan kaedah PPBK. Ujian
berkenaan digunakan untuk membuat perbandingan ujian pos bagi kumpulan
kawalan dan eksperimen. Hasil daripada maklumat yang diperoleh wujud
perbezaan yang signifikan antara kumpulan kawalan dan eksperimen dan ini
membuktikan kaedah PPBK lebih berkesan berbanding kaedah tradisional.
60
5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian
5.4.1 Persoalan Kajian 1 :
Adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran sebelum dan selepas menggunakan kaedah Pengajaran
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).
Kajian menunjukkan pelajar menunjukkan minat yang mendalam dalam mengikuti
sessi pembelajaran dengan kaedah PPBK serta menghasilkan keputusan yang
cemerlang dalam ujian yang telah dijalankan. Soal selidik yang telah dijalankan ke
atas pelajar yang telah melalui pembelajaran menggunakan kaedah PPBK
mendapati ianya diterima secara positif. Setiap item yang dikemukakan
menunjukkan nilai skor min dan peratus yang tinggi. Keseluruhannya, skor min
yang diperolehi adalah 4.10 . Dapatan ini merupakan petanda yang baik bagi
peningkatan bilangan pelajar yang minat terhadap pelajaran sains. Kesan secara
langsung ia akan meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
ini. Dengan kaedah PPBK dan perisian serta ilustrasi yang lebih jelas dan juga
penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran dapat menambah minat, kefahaman
dan tumpuan pelajar terhadap pembelajaran sains agar lebih bermakna lagi.
Kajian mendapati bahawa langkah-langkah pembelajaran PPBK dengan
rangsangan dari perisian powerpoint mendorong pelajar mencari jalan
penyelesaian dengan perbincangan dalam kumpulan dan penglibatan aktif semua
ahli dalam kumpulan untuk memberikan sumbangsaran mereka dalam menyiapkan
tugasan yang diberi dan akhirnya dapat menghasilkan satu penghasilan kerja secara
61
kolektif dan membanggakan dan secara langsungnya pelajar sendiri telah dapat
mengatasi masalah salah tanggapan mereka tentang konsep sel dengan membuat
perbandingan di antara sel haiwan dan sel tumbuhan. Maka kelemahan-kelemahan
dan salah tanggapan ini boleh diatasi dengan kaedah yang dicadangkan oleh
pengkaji. Justeru itu, berdasarkan kajian yang telah dijalankan menunjukkan
terdapat perubahan minat pelajar yang sangat ketara terhadap pengajaran dan
pembelajaran sebelum dan selepas menggunakan kaedah Pengajaran Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK) seterusnya kajian ini telah dapat menjawab
persoalan kajian yang diutarakan.
5.4.2 Persoalan Kajian 2 :
Adakah terdapat peningkatan tahap pencapaian pelajar selepas menggunakan
kaedah Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).
Dapatan dari Jadual 4.6 perbandingan data ujian pra dan ujian pos skor min yang
ditunjukkan oleh pelajar menunjukkan peningkatan yang sangat ketara bagi
kumpulan eksperimen . Di mana skor min yang diperolehi ialah 64.51 dalam ujian
pos berbanding 58.17 dalam ujian pra. Data juga menunjukkan perbezaan
pencapaian min ujian pos sebanyak 5.34 di antara ujian pra dan ujian pos bagi
kumpulan eksperimen. Manakala Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan dalam pencapaian min di antara ujian pra dan ujian pos kumpulan
eksperimen yang didedahkan dengan menggunakan kaedah Pengajaran
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dengan pelajar yang menggunakan
kaedah tradisional.
62
Kajian ini telah menampakan keberkesanan kaedah PPBK dengan perisian
Microsoft powerpoint dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dapat
menangani dan mengatasai salah tanggapan pelajar terhadap konsep sel pelajar.
Data-data kajian dan perbandingannya juga dapat di lihat pada Jadual 4.5 ,Jadual
4.6 dan Jadual 4.8 dan juga dapatan dari hasil soal selidik pelajar setelah ujian pos
dijalankan.
Justeru itu, kajian ini sangat bertepatan dengan pendapat “Antara
penyelesaian yang baik terhadap kelemahan pelajar adalah melalui gabungan
penggunaan modul pengajaran yang teratur, dan juga program komputer yang
memenuhi cabaran-cabaran ini” (Roziahana, 1998; Sanger dan Greenbowe,
1997).
Maka kesimpulan dapat dibuat bahawa strategi PPBK dapat meningkatkan
penguasaan dan pencapaian prestasi pelajar dalam Konsep Sel, mata pelajaran
Sains dan seterusnya kajian ini telah dapat menjawab persoalan kajian yang
diutarakan.
63
5.5 Implikasi Kajian
Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana penggunaan kaedah PPBK dapat
mengatasi miskonsepsi pelajar dan sejauh mana pencapaian pelajar dapat
ditingkatkan dengan penggunaan kaedah ini. Pengukuhan konsep asas sel sangat
penting terutamanya dalam tajuk mencari perbezaan dan persamaan di antara sel
haiwan dengan sel tumbuhan . Di samping itu, kajian ini cuba mengenal pasti
hubungan yang wujud di antara pencapaian pelajar dengan kaedah PPBK dan juga
hubungan antara konsep dengan penggunaan kaedah PPBK. Justeru itu, kaedah
PPBK yang diaplikasikan oleh pengkaji amat bersesuaian dengan tajuk yang diajar
dan seterusnya dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan pelajar yang
menjalani proses pembelajaran menggunakan kaedah mencapai keputusan yang
lebih baik berbanding dengan kumpulan kawalan.
Secara tidak langsung, proses pembelajaran menggunakan kaedah ini juga
telah dapat meningkatkan pemahaman dan minat pelajar untuk menguasai mata
pelajaran sains. Ini jelas dapat dilihat daripada data yang menunjukkan peningkatan
tersebut. Dari segi kualiti iaitu pencapaian skor min yang ditunjukkan dapat
disimpulkan bahawa kumpulan eksperimen mencapai markah yang lebih baik
berbanding kumpulan kawalan. Ini dapat dirumuskan bahawa kumpulan
eksperimen menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding dengan kumpulan
kawalan. Daripada dapatan juga menunjukkan bahawa semua hipotesis yang telah
dikemukakan pada bahagian awalnya sudah terjawab iaitu terdapat perbezaan
yang signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen bagi ujian pos
dan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kumpulan eksperimen dalam ujian pra
dan pos.
64
Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada
peningkatan pencapaian pelajar di sekolah yang dikaji dan juga di sekolah yang
lain. Selain itu dapat membantu guru- guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Di harapkan kajian ini dapat membantu pengkaji-pengkaji lain dalam
mencetuskan idea untuk bahan kajian yang akan datang.
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan
Secara keseluruhan, kajian yang telah dijalankan menunjukkan penggunaan TM
dalam p&p sains telah menunjukkan minat, kefahaman dan penghayatan pelajar
terhadap mata pelajaran tersebut, namun ianya masih perlu dipertingkatkan kerana
kejayaan sebenar tidak dapat diukur dalam jangka masa yang singkat. Penggunaan
TM secara berkesan merupakan merupakan alat yang bersifat membantu untuk
meningkatkan minat, kefahaman dan penghayatan pelajar terhadap mata pelajaran
tersebut Pembudayaan penggunaan TM yang berkesan dalam konteks sains perlu
diwujudkan melibatkan seluruh masyarakat, tidak terbatas hanya disekolah. Di
samping itu, Hartini (1997) menyatakan penggunaan TM yang berkesan mestilah
menggunakan aplikasi yang berkualiti iaitu satu perisian yang dapat memenuhi
kriteria-kriteria seperti kebolehharapan, keberkesanan, integriti, memenuhi
kehendak pengguna dan boleh beroperasi di mana-mana jua. Terdapat beberapa
cadangan yang diharapkan dapat mempertingkatkan lagi pencapaian dan prestasi
pelajar khususnya dalam mata pelajar sains .
5.6.1 Pentadbiran yang berkesan
Pihak pentadbiran khususnya pengetua SMK Bukit Baru perlu memainkan peranan
yang penting bagi memastikan kejayaan sesuatu program di sekolah. Berkaitan
65
penggunaan TM dalam p&p, pengetua mestilah sentiasa prihatin terhadap segala
masalah dan keperluan para pelajar. Seorang pengetua yang berkesan dalam
pentadbirannya mestilah dari semasa ke semasa melakukan tinjauan tentang
perjalanan TM dalam p&p sains. Selain itu, seorang pengetua juga perlu
memainkan peranan yang penting membantu guru-guru berkaitan aspek-aspek
penyediaan peruntukan kewangan, menambah kelengkapan dan kemudahan TM
dalam bilik darjah serta memantau pencapaian guru-guru dan para pelajar.
5.6.2 Persediaan pada tahap yang maksimum di kalangan guru tentang
segala ilmu pengetahuan dan maklumat berkaiatan teknologi.
Sebenarnya komputer dan perisiannya tidak merubah peranan guru. Sebaliknya
guru sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka,
khsusunya bidang TM. Guru perlu berkeupayaan memanipulasikan teknologi
maklumat untuk meyampaikan maklumat secara yang luwes, reflektif, berpusatkan
pelajar, dinamik dan konstruktif. Peranan itu juga menuntut guru untuk menguasai
pengetahuan dan kemahiran tentang apa yang berlaku di dunia luar, tentang
perkembangan terbaru dalam dalam teori dan amalan pendidikan global.
Ketrampilan dan keperibadian mereka yang mulia telah tetap menjadi tunjang dan
ikutan utama.
Pengggunaan computer juga dapat mengurangkan beban tugas guru dan
murid. Kerja juga dapat dilakukan dengan kemas, teratur, cepat dan tepat serta
sistematik. Dari hasil kajian ini diharapkan telah memberi dapatan yang berguna
kepada guru-guru sains agar cadangan ini dapat diaplikasikan dalam sess i dan
66
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah masing-masing.
Memandangkan penggunaan komputer telah berkembang dengan pesat, maka
tumpuan seharusnya diberikan untuk menghasilkkan produk yang menggunatelah
perisian yang berkualiti (Yusuf Hashim, 1998).
5.6.3 Pelajar yang aktif
Selain guru, pelajar juga turut memainkan peranan yang penting kerana mereka
merupakan golongan sasaran utaman yang berkaitan dengan proses p&p. Para
pelajar perlu terlibat secara aktif dalam proses p&p. Pelajar bukan lagi penerima
maklumat yang pasif tetapi terlibat secara aktif mencari maklumat yang relevan,
mengaplikasikan maklumat tersebut dan mneyelesaikan masalah serta berkongsi
idea baru bersama rakan pelajar yang lain. Justeru itu, pelajar seharusnya
menggunakan peluang yang ada untuk menghayati setiap topik pembelajaran,
bukan sekadar belajar dan memahami untuk tujuan mendapatkan yang baik dalam
peperiksaan.
Kemudahan TM secara meluas akan menggalakkan para pelajar untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan secara sendiri atau dinamakan akses
sendiri .Pelajar digalakkan untuk meneroka dan mendalami ilmu ini supaya dapat
mencapai keputusan yang cemerlang serta memperolehi penemuan yang baru yang
membawa kepada inovasi.
67
5.6.4 Peranan dan tanggungjawab ibu bapa
Ibu bapa juga boleh memainkan peranan yang penting untuk memastikan
penggunaan TM yang berkesan dalan P&P. Ibu bapa perlu memberi galakkan
kepada anak-anak di samping mengawasi mereka berkaiatan penggunaan TM. Bagi
ibu bapa yang berkemampuan, mereka sewajarnya menyediakan kemudahan
komputer di rumah untuk kegunaan anak-anak. Di peringkat PIBG, ibu bapa boleh
membantu sekolah mendapatkan punca kewangan melalui sumbangan ibu bapa,
masyarakat serta badan korporat untuk menambah kemudahan TM di sekolah.
Selain peranan dan cadangan di atas, peranan penting yang perlu dimainkan
oleh pihak Kementerian Pelajaran dan Japatan Pelajarn Negeri diharapkan akan
mengorak langkah yang lebih efisyen dalam menyediakan kemudahan dan
pendedahan kepada guru-guru sains berkemahiran komputer dan penggunaan
pelbagai kaedah pembelajaran yang ada dan disesuaikan dengan penggunaan
perisian komputer. Dengan itu, guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkesan melalui pengajaran berbantukan komputer dengan
menggunakan perisian-perisian yang terdapat di dalamnya.
Dalam konteks pendidikan, komputer dan teknologi dapat membantu dalam
pelbagai urusan dan berpotensi untuk memaksimakan lagi persekitaran pengajaran
dan pembelajaran terutamanya objektif kementerian tehadap pencapaian
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI). Sekolah Bestari yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
melalui beberapa sekolah rintis bertujuan untuk mengubah budaya persekolahan
yang berdasarkan memori kepada lebih berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan
kritis serta budaya penyayang dengan menggunakan teknologi terkini serta kaedah
pembelajaran yang selari dengan perkembangan global.
68
5.7 Rumusan
Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah sesuatu yang
baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan
ini dan cuba merealisasikannya. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa
penggunaan TM yang berkesan dalam p&p dapat mengubah persepsi pelajar
kepada subjek sains itu mudah dan menyeronokkan dan bukannya menyukarkan,
jika ia disampaikan dengan cara yang betul dan penuh bermakna serta dengan
penglibatan semua pelajar secara maksimum maka minat serta sikap mereka
terhadap sains amnya boleh dikembangkan lagi. Walau bagaimanapun,
penggunaan TM yang sedia ada ini perlu dipertingkatkan lagi dengan penggunaan
yang bersifat menyeluruh dan berkesan di samping penglibatan semua pihak secara
aktif bermula dari Kementerian Pelajaran hinggalah ke masyarakat seluruhnya.
69
RUJUKAN
Ana ASB. 1999. Pembelajaran Berkesan di Sekolah. Kuala Lumpur : Empangan
Pres Sdn Bhd
Ahmad Rasidi Othman (1999), Persepsi Penggunaan Komputer Di Kalangan
Guru-guru Dalam Daerah Temerloh. Projek Sarjana Pendidikan. UKM.
Tidak diterbitkan
Ahmad Salihin Mat Saat, Mohd Salleh Salehin, Wan Zuraidi Wan Zaid. Science
Form 1. 2002. Selangor. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn.Bhd.
Assoc. Prof. Dr. Saad Md Yasin, Assoc Prof. Dr. Bakhtiar Mansor, Assoc. Prof. Dr.
Abdul Rashid Johar, Assoc. Prof. Dr. Mohd Kidin Shahran, Prof. Dr. Abdul
Razak Habib, Assoc. Prof. Dr. David Lim Chong Lim (OUM,M’sia), Dr.
Nor Azizah Salleh (UKM). HBEF 4106 School-based Research. Open
Universiti Malaysia. 2009. Kuala Lumpur. Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Atan Along. 1982. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka (1993). Kamus Dewan. Kuala Lumpur : DBP
Ee Ah Meng. 1987. Pedagogi untuk Bakal Guru. Petaling Jaya :Fajar Bakti Sdn
Bhd.
70
Gladwin R.P,D.Margeson dan S.M Walker.1990. Computer in teaching initiative.
Education in Chemistry.27(3) : 67.
Garnet, P.J dan Treagust, D.f.1992. Conceptual difficulties experienced by senior
high school students Of electrochemistry : electrochemical (galvanic) and
electrolytic cells. Journal of research in science teaching. 29 : 1079 –
1099.
Jamaluddin Hassan dan Zaidatun (2003), Multimedia Dalam Pendidikan. PTS
Publications : Bentong
http://www.jz-media.com
Mohd. Majid Konting. 1993. Kaedah penyelidikan dan Pendidikan. Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mrimuthu T. 1990.Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn
Bhd Mohd Shaffie Abu Bakar : 1995 . Metodologi Pendidikan UKM
Musa Bin Daim. 1992. Kaedah dan Teknik Pengajaran. Johor. Badan Bookstore
Sdn Bhd.
Norizan Ahmad .1997. Penggunaan perisian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. (atas talian)
http://www.geocities.com/Athen/Delphi/1314/perisian.html .
71
Posner, G.J, Strike K.A ., Hewson P.W and Gertzog W.A .1982.Accomodation or
a scientific conception : toward a theory of conceptual change. Science
Education. 66(2): 221 – 227
Roziahana, 1998. Komputer Dalam Pendidikan . Projek Sarjana Pendidikan. UM.
Tidak diterbitkan
Sharifah Norhaidah Idros & Merza Abbas.2000.Epistemological Beliefs:The Case
of Universiti Sains Malaysia. Kertas dibentang di IOSTE SEA Symposium
(30Mac-2 April 2000)
Yusuf Hashim, 1998, Pengaplikasian Perisian Komputer dalam Pendidikan. UTM
Tidak diterbitkan
LAMPIRAN A
72
Perancangan P & P yang akan dijalankan
selama 5 minggu (10 jam) tersebut
Minggu P & P yang dirancang Aktiviti catatan
1 a. mengenal pasti tahap
miskonsepsi pelajar terhadap
konsep sel
b. mengenal pasti pelajar yang telah
memahami konsep sel
- Ujian Pra
2 a. mengenali pelajar dan latar
belakang keluarga.
b. Membahagikan murid-murid
kepada 2 kumpulan utama.
- Pengenalan
- Borang maklumat
murid.
3 a. Mengajar kumpulan eksperimen
menggunakan kaedah dan
instrumen yang dirancang.
- Kaedah PPBK
- Persembahan power
point.
4 a. Memberi pelajar latih tubi, kuiz
dan nota grafik.
- Pengukuhan
5 a. Menguji sejauh mana
keberkesanan kaedah yang telah
dirancang.
- Ujian Pos
- Borang kaji selidik
LAMPIRAN B
73
BORANG MAKLUMAT PELAJAR
Nama :
……………………………………………………………………………..
Alamat
Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan …………………………….,
Melaka
Alamat
Kediaman: …………………………………………………………………………
………………………………………………………………………….
Tingkatan : Tingkatan 1 ……………..
Pekerjaan Bapa : …………………………
Pekerjaan Ibu : ………………………...
Gred Mata pelajaran Sains UPSR : …………………………………
Markah Sains Ujian Pertengahan Tahun : ……………………………
Kekerapan mengulang kaji pelajaran sains dalam seminggu :…………………jam.
Tandatangan pelajar,
…………………………………………
( )
74
LAMPIRAN C
PRE TEST
Name:………………………………………………………. Date:
………………….
Form : ……………..
Instructions : Each question I followed by four possible answers A, B, C and D. Choose the correct one.
1 Figure 1 shows a microscope which is used to look at cells.
Figure 1
Which of the parts labelled J , K,L and M controls the amount of light that
reaches the specimen ?
A J
B K
C L
D M
75
2 The basic unit of living things is
A a tissue
B a cell
C an organ
D an organelle
3 Figure 2 shows an Amoeba that has been sliced into four parts.
Figure 2
Which of the parts can still live and reproduce ?
A 1
B 2
C 3
D 4
4 Which of the following statements is not true about cells ?
A Onion cells are plant cells.
B Animals cells are do not have a definite shape.
C A Chlamydomonas contains chlorophyll.
D Multicellular organisms have only one cell.
76
5 Which of the following structures is presents in an onion cell but not in a
cheek cell ?
A Nucleus
B Cell walls
C Cytoplasma
D Cell membrane
6 Figure 3 shows the structures of animals cells
Figure 3
Which of the following are correct about the functions of P,Q and R
Structure Functions
I P Gives the cells a definite shape
II Q Contains food
III R Controls all the activities
A I and II
B I and III
C II and III
D I,II and III
77
7 Which of the following statements is true ?
A Protoplasma is made up of cytoplasm and vacuoles.
B Animals cells have cell walls.
C Cytoplasm contains dissolved materials.
D All cells have chloroplasts.
8 Figure 4 shows a plant cell.
Figure 4
Which of the structures A, B, C and D helps the plant cell to carry out
photosynthesis?
9 An animal cell has no definite shape because it has no
A cell wall
B nucleus
C vacuole
D cell membrane
78
10 Figure 5 shows an animal cell.
Figure 5
Which of the structures labelled A,B,C and D is not found in an animals
cell?
11 Which of the following is not correctly matched ?
Animal cell Plant cell
A No definite shape Has a definite shape
B No vacuole/ very small vacuoles Has big vacuoles
C No chloroplast Has chloroplast
D Has a nucleus No nucleus
12 Protoplasma consists of
I the nucleus
II the cell wall
III the cytoplasm
A I and II
B I and III
C II and III
D I,II and III
79
13 What part of the cell controls the movement of substances in and out of the
cell ?
A Cell wall
B Cytoplasm
C Chloroplast
D Cell membrane
14 The main function of the nucleus is to
A store food and minerals
B control the activities of the cell
C support and maintain the shape of the cell
D absorb sunlight which is used for photosynthesis
15 The statements below describe a structure in a cell.
Which cell structure has the characteristics ?
A Cytoplasm
B Cell Wall
C Vacuole
D Nucleus
It is colourlessIt has a jelly-like structureIt is the place where chemical process
occur
80
16 Which are true about cell wall ?
I They protect cells
II They maintain the shape of cells
III They are only found in a plant cells
A I and II
B I and III
C II and III
D I,II and III
17 A plant cell has more regular shape compared to an animal cell because it
has
A a large vacuole
B a large nucleus
C a thick cell wall
D a cell membrane
18 Which of these parts are found in both plant and animal cells?
A Nucleus and cell wall
B Nucleus and cytoplasm
C Nucleus and large vacuoles
D Protoplasm and chloroplast
19 In an animal cell, which part stores food and waste materials ?
A Vacuole
B Nucleus
C Cell membrane
D Cytoplasm
81
20 Which of these structures differentiates animal cells from a plant cell?
A A thick cytoplasm
B A rounded nucleus
C A thin cell membrane
D An absence a large vacuoles
82
LAMPIRAN D
POST TEST
Name:………………………………………………………. Date:
………………….
Form 1 : ……………………………
Instructions : Each question I followed by four possible answers A, B, C and D. Choose the correct one.
1 The basic unit of living things is
A a tissue
B a cell
C an organ
D an organelle
2 Which of the following statements is true ?
A Protoplasma is made up of cytoplasm and vacuoles.
B Animals cells have cell walls.
C Cytoplasm contains dissolved materials.
D All cells have chloroplasts.
3 Which of the following statements is true ?
A Protoplasma is made up of cytoplasm and vacuoles.
B Animals cells have cell walls.
C Cytoplasm contains dissolved materials.
D All cells have chloroplasts
83
4 Figure 2 shows a microscope which is used to look at cells.
Figure 2
Which of the parts labelled J,K,L and M controls the amount of light that
reaches the specimen ?
A J
B K
C L
D M
5 Figure 1 shows an Amoeba that has been sliced into four parts.
Figure 1
Which of the parts can still live and reproduce ?
A 1
B 2
C 3
D 4
84
6 Figure 3 shows a plant cell.
Figure 3
Which of the structures A, B, C and D helps the plant cell to carry out
photosynthesis?
7 An animal cell has no definite shape because it has no
A cell wall
B nucleus
C vacuole
D cell membrane
8 Which of the following structures is presents in an onion cell but not in a
cheek cell ?
A Nucleus
B Cell walls
C Cytoplasma
D Cell membrane
85
9 Figure 4 shows the structures of animals cells
Figure 4
Which of the following are correct about the functions of P,Q and R ?
Structure Functions
I P Gives the cells a definite shape
II Q Contains food
III R Controls all the activities
A I and II
B I and III
C II and III
D I,II and III
10 What part of the cell controls the movement of substances in and out of the
cell ?
A Cell wall
B Cytoplasm
C Chloroplast
D Cell membrane
86
11 The main function of the nucleus is to
A store food and minerals
B control the activities of the cell
C support and maintain the shape of the cell
D absorb sunlight which is used for photosynthesis
12 The statements below describe a structure in a cell.
Which cell structure has the characteristics ?
A Cytoplasm
B Cell Wall
C Vacuole
D Nucleus
13 Figure 5 shows an animal cell.
Figure 5
Which of the structures labelled A , B, C and D is not found in an animals
cell?
It is colourlessIt has a jelly-like structureIt is the place where chemical process
occur
87
14 Which of the following is not correctly matched ?
Animal cell Plant cell
A No definite shape Has a definite shape
B No vacuole/ very small vacuoles Has big vacuoles
C No chloroplast Has chloroplast
D Has a nucleus No nucleus
15 Protoplasma consists of
I the nucleus
II the cell wall
III the cytoplasm
A I and II
B I and III
C II and III
D I,II and III
16 A plant cell has more regular shape compared to an animal cell because it
has
A a large vacuole
B a large nucleus
C a thick cell wall
D a cell membrane
88
17 Which of these parts are found in both plant and animal cells?
A Nucleus and cell wall
B Nucleus and cytoplasm
C Nucleus and large vacuoles
D Protoplasm and chloroplast
18 In an animal cell, which part stores food and waste materials ?
A Vacuole
B Nucleus
C Cell membrane
D Cytoplasm
19 Which of these structures differentiates animal cells from a plant cell?
A A thick cytoplasm
B A rounded nucleus
C A thin cell membrane
D An absence a large vacuoles
20 Which are true about cell wall ?
I They protect cells
II They maintain the shape of cells
III They are only found in a plant cells
A I and II
B I and III
C II and III
D I,II and III
89
LAMPIRAN E
SOAL SELIDIK
Soal selidik ini adalah bertujuan mengumpul data untuk menentukan sama ada
terdapat perubahan minat dan mengenai pandangan pelajar terhadap keberkesanan
kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang telah
dijalankan.
(Jawapan anda adalah dijamin sulit dan hanya digunakan untuk tujuan kajian
sahaja)
Sila bulatkan jawapan anda mengikut skala pilihan anda dan berikan maklum
balas anda dengan jujur.
Sangat tidak bersetuju 1 2 3 4 5 Sangat
bersetuju
Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK)
Bil Soalan Skala
1 Saya suka belajar sains dengan mengikuti
kaedah ini.
1 2 3 4 5
2 Kaedah ini menjadikan Sains adalah mata
pelajaran mudah difahami
1 2 3 4 5
90
3 Kaedah ini menjadikan pembelajaran sains
amat menyeronokkan.
1 2 3 4 5
4 Sains menjadikan diri saya lebih dihargai 1 2 3 4 5
5 Saya memainkan peranan yang aktif dalam
aktiviti P&P
1 2 3 4 5
6 Saya suka dengan kaedah pengajaran guru
.
1 2 3 4 5
7 Kaedah ini dapat meningkatkan prestasi saya
dalam mata pelajaran sains
1 2 3 4 5
8 Saya suka menjawab soalan yang dikemukakan
di dalam aktiviti perbincangan dalam kelas
yang melibatkan kaedah interaktif.
1 2 3 4 5
9 Kaedah ini memudahkan saya memahami
objektif pengajaran yang disampaikan oleh
guru.
1 2 3 4 5
10 Kaedah ini dapat memberikan saya daya
ingatan yang lebih kuat mengingati fakta-fakta
dan konsep-konsep sains.
1 2 3 4 5
11 Kaedah ini tidak akan menganggu tumpuan
para pelajar semasa aktiviti P&P dijalankan.
1 2 3 4 5
91
12 Kaedah pembelajaran ini boleh digunakan
untuk mempelajari tajuk-tajuk yang lain dalam
mata pelajaran sains.
1 2 3 4 5
Tuliskan cadangan / pandangan anda tentang sesi pembelajaran yang telah anda
lalui dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer . ( Jika
ada )
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
92
94
TINJAUAN LATAR BELAKANG PELAJAR
BORANG MAKLUMAT PELAJAR
UJIAN PRAKUMPULAN EKSPERIMEN
P & P PENGGUNAAN ICT
KUMPULANKAWALAN
P & P CARA TRADISIONAL
UJIAN POSSIKAP DAN MINAT
PENCAPAIAN PRESTASI
SOAL SELIDIKTINJAUAN LATAR BELAKANG PELAJAR
BORANG MAKLUMAT PELAJAR
UJIAN PRAKUMPULAN EKSPERIMEN
P & P PENGGUNAAN ICT
KUMPULANKAWALAN
P & P CARA TRADISIONAL
UJIAN POSSIKAP DAN MINAT
PENCAPAIAN PRESTASI
SOAL SELIDIKBORANG MAKLUMAT PELAJAR
UJIAN PRAKUMPULAN EKSPERIMEN
P & P PENGGUNAAN ICT
KUMPULANKAWALAN
P & P CARA TRADISIONAL
UJIAN POSSIKAP DAN MINAT
PENCAPAIAN PRESTASI
SOAL SELIDIKTINJAUAN LATAR BELAKANG
BORANG MAKLUMAT PELAJAR
UJIAN PRAKUMPULAN EKSPERIMEN
P & P PENGGUNAAN ICT
KUMPULANKAWALAN
P & P CARA TRADISIONAL
UJIAN POSSIKAP DAN MINAT
PENCAPAIAN PRESTASI
SOAL SELIDIK