Transcript
Page 1: Kajian tindakan munchit

MENINGKATKAN KEBERKESANAN KOMITMEN GURU DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN (P&P) MELALUI INTERVEENSI DINAMIK

R&R (RECTIFY DAN RESOLVE)

Chitra A/P Gopalan

Maimun BT Ali Kuty

SMK Methodist Ayer Tawar Perak

ABSTRAK

Kajian ini adalah berdasarkan usaha meningkatkan keberkesanan sekolah yang melibatkan

tanggungjawab guru di sekolah. Ibubapa menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi

kepada guru di sekolah untuk menjana kecemerlangan anak-anak mereka dalam akademik dan

sahsiah. Pada masa yang sama sekolah diharap dapat mewujudkan suasana persekitaran bilik

darjah yang kondusif untuk P&P. Apabila harapan gagal dipenuhi,timbul rasa tidak puas hati

dalam kalangan ibubapa dan mereka mengemukakan aduan kepada pengurusan sekolah . Diatas

rasa kesedaran untuk meningkatkan kualiti komitmen guru, aduan-aduan yang diterima

dijadikan data dalam kajian tindakan. Data tersebut dianalisis menggunakan „force field

analysis‟mengikut Kurt Lewin(1947). Berdasarkan dorongan positif, strategi dan tindakan

dirancang ,dilaksana dan dinilai keberkesanannya. Intervensi pengurusan adalah bersifat

dinamik berdasarkan „rectify & resolve‟. Petunjuk aduan rasa tidak puas hati ibubapa terhadap

komitmen guru dalam P&P didapati berkurang secara mendadak selepas kajian. Persekitaran

fizikal bilik darjah turut berubah menjadi lebih kondusif.

1.0 LATAR BELAKANG

Sekolah adalah satu persekitaran institusi sosial yang kompleks dengan kumpulan yang berbeza,

tetapi mendokong visi dan misi bersama. Kepempimpinan pendidikan di sekolah menjadi faktor

penting dalam usaha penambahbaikan sesebuah sekolah. Budaya serta iklim sekolah cemerlang

akan tercapai apabila berlaku perubahan dalam bilik darjah, kurikulum ,kegiatan kokurikulum

serta berbagai aspek pengurusan lain seperti perkhidmatan kepada pelajar, pengurusan pejabat,

Page 2: Kajian tindakan munchit

pengurusan kewangan , pengurusan fizikal, pembangunan staf dan hubungan komuniti. Bagi

tujuan perbincangan,kertas ini akan memfokuskan kepada komitmen guru dibilik darjah.

Sebagai makluman, sekolah ini mempunyai pencapaian akademik yang sangat baik dan

konsisten khususnya dalam PMR dan SPM. Sokongan dan kerjasama dari ibu bapa melalui PIBG

berada pada tahap yang sangat baik. Ibu bapa juga menunjukkan sikap yang prihatin dan sangat

„responsif‟ terhadap masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh anak-anak dan

jagaan mereka. Oleh yang demikian, guru seharusnya bertanggungjawab penuh terhadap

pengajaran dan pembelajaran dibilik darjah .

REFLEKSI MASALAH

Pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam

kalangan para pelajar dan berlaku dalam suasana yang sihat dan bersemangat. Lazimnya

pengajaran dan pembelajaran (P & P) yang berkesan berlaku apabila guru-guru menunjukkan

komitmen yang tinggi terhadap amalan-amalan baik dibilik darjah.

Guru yang berkesan adalah pendidik professional, menunjukkan taat setia kepada profesion serta

mempamerkan kekuatan teori serta kaya dengan maklumat. Pada masa yang sama mereka mesti

mempunyai kekuatan ilmu,memiliki personaliti sihat dan serba boleh. Guru yang komited akan

sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti hasil pengajarannya supaya terus mendapat

pengiktirafan masyarakat umum. Mereka perlu prihatin terhadap kehendak klien dan

berkebolehan menangani masalah P & P dengan cekap. Keberkesanan pengurusan P & P dibilik

darjah akan meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan awam dan peringkat sekolah. Ini

memerlukan rutin tugas guru dilaksanakan secara sedar dengan komitmen yang berterusan.

Guru mesti berupaya kecekapan baru yang diperlukan bagi melaksanakan inovasi. Semasa

melaksanakan tugas rutin P & P di bilik darjah,ada guru-guru yang tidak dapat memenuhi

tanggungjawab profesionalisme penguruan. Ini menyebabkan wujud perbezaan antara „apa yang

sebenarnya‟dengan „apa yang sepatutnya‟. Keadaan yang sedemikian dibimbangi bahawa satu

pola perubahan dalam perkembangan kerjaya guru berlaku seperti yang digambarkan oleh

woodcook dan Francis (1993) sebagaimana berikut:

Page 3: Kajian tindakan munchit

Rajah 1 : Tahap Pekerjaan Dalam Pekerjaan

Woodcook dan Francis (1993) juga mengatakan bahawa sesudah beberapa lama dalam sesuatu

tugas, cabaran menjadi kurang kerana seseorang telah tahu bahawa kebanyakan tuntutan dapat

segera diatasi kerana pengalaman yang banyak. Ini berlaku bila seseorang berada di peringkat

penguasaan. Peringkat kemunduran dalam pekerjaan tiba apabila rangsangan tugas menjadi

lemah dan seseorang itu tidak berhasil mencari cabaran dan rangsangan baru.

Penulis berpendapat sudah tiba masa untuk meningkatkan komitmen guru melalui inisiatif dan

kreativiti pengurusan. Petanda awal terhadap kemerosotan kualiti komitmen guru dalam P & P

telah dikesan melalui aduan yang diterima dari ibubapa dan penjaga murid.

Komitmen tinggi yang diharapkan bukan satu jaminan yang akan diperoleh dari setiap orang

guru sepanjang tahun. Aduan-aduan yang diterima daripada ibubapa dan penjaga mengenai

guru-guru yang tidak memenuhi tingkah laku piawai (standard behavior) profesion perguruan

telah diterima pihak pengurusan sekolah. Ini mengesahkan bahawa terdapat kelemahan atau

kekurangan dalam mewujudkan suasana P & P yang teratur dan baik. Kempimpinan sekolah

bertanggungjawab untuk melakukan penambahbaikan dan ia adalah berdasarkan permasalahan

sebenar yang dihadapi oleh pihak sekolah.

Menjalankan tugas baru

Kemunduran

Penguasaan Kemunduran

Kemampuan

Cabaran

Page 4: Kajian tindakan munchit

ISU KEPRIHATIAN / FOKUS KAJIAN

Membina kecemerlangan sekolah boleh dilakukan menerusi program penambahbaikan sekolah

secara dalaman. Hussein (1997) mengatakan terdapat dua pendekatan yang biasa dilakukan iaitu

(i) mengarahkan pihak sekolah melaksanakan sesuatu program oleh stakeholders atau (ii) pihak

sekolah sendiri yang mengusahakannya dan penambahbaikan itu menggunakan maklumat dari

dalam sekolah. Untuk melaksanakan proses perubahan disekolah, peranan guru besar sangat

penting. Penulis telah memilih untuk memulakan (intiate) perubahan dari dalam analisis masalah

dan menyelesaikan masalah, komunikasi, perkembangan persetujuan bersama (consensus

development) dan motivasi staf.

Sesebuah organisasi seperti sekolah perlu mendapat input dari persekitarannya dan mungkin

boleh diperoleh daripada komuniti atau PIBG. Pada masa yang sama mekanisme proses

pembelajaran dan pengurusan mesti dapat membangitkan tenaga dan usaha secara menyeluruh

dan bersepadu untuk mencapai misi dan visi organisasi.

Pengurusan sekolah bertanggungjawab mempastikan guru memberi sepenuh komitmen terhadap

tugas mereka selaras denga Tatasusila Profesion Perguruan, patuh dalam melaksanakan semua

arahan dalam Surat Pekeliling Ikthisas Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru-guru hendaklah

jelas dan faham akan peranan, tugas dan tanggungjawab mereka, disamping itu berusaha

menerapkan nilai-nilai yang baik kepada pelajar melalui pengajaran mereka.

Komitmen atau sikap sama ada pendirian atau perbuatan untuk memberikan sepenuh tenaga dan

perhatian telah sedia terbina dalam kalangan guru sejak dari institusi latihan lagi. Namun

„pencairan‟ mungkin berlaku kerana tiada „pembaharuan‟ ,akauntabiliti, konflik personality atau

tiada „personal development‟.

Untuk mengelakkan institusi sekolah dari menjadi „usang‟ dan bersikap „defensif‟ kerana kurang

kepekaan kepada persekitaran dan klien,maka pengurusan perlu melakukan intervensi bagi

meningkatkan komitmen guru. Di antara perkara yang penting dilakukan ialah mewujudkan

perhubungan professional yang berkualiti dalam kalangan guru, berkongsi dalam hal-hal

kepemimpinan, berkongsi maklumat dan kefahaman megenai P & P dan sentiasa menjadikan diri

sebagai „pelajar‟. Barth(1990) menyebut bahawa guru-guru sebagai komuniti pembelajaran

melibatkan diri dalam inkuiri mengenai pengajaran secara berterusan.

Page 5: Kajian tindakan munchit

Pendekatan yang diambil adalah dengan melaksanakan program perkembangan staf, penyeliaan

klinikal P &P, sesi taklimat dan lain-lain mekanisme kawalan pengurusan. Mengambil

pandangan dari Hussein yang menyatakan proses penambahbaikan sekolah mengandungi tiga

fasa iaitu : (i) Naming and Framing yang bermaksud pembentukan kesafahaman bersama. (ii)

Menganalisis dan menyatukan dimana para guru melakukan refleksi dan menilai amalan-amalan

yang diamalkan oleh mereka. (iii) Applying and experimenting iaitu idea-idea baru dilaksanakan

dan pihak luar boleh juga memberi bantuan dan sokongan agar inovasi dan perubahan yang

dijalankan itu dapat dikekalkan. Pandangan ini menjadikan panduan untuk merangka tindakan

dalam kajian ini.

Bersandarkan pemikiran school improvement, penulis telah menamakan usaha penambahbaikan

yang dilaksanakan sebagai intervensi dinamik R & R. Ia adalah untuk membuang idea, sikap

dan nilai yang merugikan serta membolehkan guru melakukan perubahan atau sedia belajar. R

& R yang dimaksudkan adalah „rectify and resolve‟. Ini bermakna semasa melakukan intervensi

dalam menyelesaikan isu atau masalah yang timbul, ia perlu dilakukan secara dinamik. Ia

memberi maksud semua tindakan dilaksanakan dengan teratur, berhemah dan baik. Akhirnya apa

yang tidak wajar berlaku diperbetulkan, dielakkan dari berulang pada masa hadapan dan dapat

diselesaikan dengan baik.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Objektif umum

Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sekolah dalam usaha menjana

kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.

4.2 Objektif Khusus

4.2.1 Membina dan mengekalkan amalan-amalan positif P & P dibilik darjah.

4.2.2 Mengamalkan perkhidmatan P & P berkualiti semasa berada dibilik darjah.

Page 6: Kajian tindakan munchit

5.0 METODOLOGI KAJIAN

5.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah berdasarkan anekdot aduan yang diterima oleh pengurusan sekolah

mengenai rasa tidak puas hati ibu bapa atau penjaga terhadap guru. Rekod aduan tersebut

adalah aduan-aduan yang diterima sepanjang tahun sebelum kajian.

5.2 Batasan Kajian

Data yang digunakan adalah anekdot aduan yang berkaitan dengan komitmen guru dalam

mengurus P & P di bilik darjah dan tidak melibatkan aduan dalam bidang-bidang lain.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 Kumpulan Sasaran

Kajian ini disasarkan kepada semua guru-guru yang mengajar disekolah ini yang

berjumlah 52 orang. Adalah wajar tindakan penambahbaikan melibatkan semua guru agar

perkara yang sama di dalam aduan tidak berulang pada masa hadapan.

6.2 Tinjauan Masalah

Masalah yang dihadapi adalah berdasarkan kepada anekdot aduan yang diterima oleh

pengurusan sekolah seperti Lampiran A.

6.3 Analisis Masalah/Data

Data dianalisis menggunakan „Force Field Analysis‟ Kurt Lewin.Analisis terbahagi

kepada dorongan positif dan dorongan negative. Situasi yang wujud dalam organisasi

sekolah sekarang adalah hasil daripada suatu keseimbangan (state of equilibrium)

dorongan positif (kekuatan mendorong) dan kekuatan dorongan negative(yang menolak).

Perubahan mengalih garis keseimbangan.

Page 7: Kajian tindakan munchit

Rajah 2 : Keseimbangan Gaya Pendorong dan Penolak Perubahan

Rajah 3 : Perubahan Sebagai Peralihan pada Keseimbangan Antara Gaya Dorong

dan Gaya Tolak.

Berdasarkan kepada konsep tersebut, kepimpinan sekolah memahami untuk mengatur

perkembangan profesionalisme guru. Ini bermakna daya dorong (dorongan positif) harus

diperkuat dan daya tolak (dorongan negative) diperlemah seperti yang ditunjukkan dalam

rajah 3.

Aduan-aduan mengenai rasa tidak puas hati terhadap komitmen P & P guru diseneraikan sebagai

dorongan negatif. Kemudian analisis aduan tersebut dijadikan sumber untuk menjana idea

dorongan positif. Tindakan jangka pendek dan jangka panjang dirangka untuk menyelesaikan

aduan-aduan tersebut dan mengelak dari berulang pada masa hadapan.

Daya yang

mendorong

perubahan

Daya yang menolak

perubahan

Situasi keseimbangan

Daya dorong Daya tolak

Situasi yang dinginkan Keseimbangan lama

Page 8: Kajian tindakan munchit

Berikut ialah jadual Analisis Aduan mengikut dorongan negative dan positif yang dibuat

berdasarkan anekdot aduan seperti di Lampiran A.

Bil Dorongan negatif Dorongan positif

1. Guru tidak tahu membina item ujian Guru perlu memiliki kemahiran membina

item ujian

2. Ibu bapa tidak faham pelaporan ujian

formatif

Ibu bapa faham pendekatan pelaporan OTI

bersifat formatif

3. Pemeriksaan kertas jawapan tidak merujuk

kepada skim pemarkahan

Skima pemarkahan disediakan untuk

rujukan

4. Tidak teliti semasa mencampur skor markah

murid

Skor markah murid dijumlahkan dengan

teliti dan betul

5. Murid mendapat soalan bocor sebelum ujian

untuk senang menghadapi OTI

Murid perlu berlaku jujur melaporkan

soalan bocor sebelum ujian

6. Menghukum murid secara tidak rasional

mengganggu pembelajaran murid

Menghukum dan memuji dibuat secara

berpatutan berdasarkan perlakuan murid

7. Amalan bersifat peribadi dilakukan secara

bebas semasa mengajar

Amalan bersifat peribadi tidak patut

berlaku semasa mengajar

8. Kawalan emosi dan displin murid yang

rendah memudahkan berlaku pergaduhan di

bilik darjah

Kawalan emosi dan displin yang baik

mewujudkan suasana kelas yang tenteram

9. Pengurusan kelas yang lemah mengabaikan

kebersihan kelas

Pengurusan kelas yang cekap setiap hari

tidak mengabaikan kebersihan kelas

10. Guru meninggalkan kelas atas sebab-sebab

yang tidak munasabah

Guru meninggalkan kelas dengan izin dan

berganti

Page 9: Kajian tindakan munchit

11. „Racial remarks‟ menimbulkan keresahan

kaum

Perlu bersikap adil terhadap semua kaum

tanpa prejudis kaum dan agama

12. „Streaming „ kelas dibuat semata-mata

untuk membezakan yang lemah dengan

yang terbaik(homogenous grouping)

„Streaming‟ kelas yang fleksibel bersifat

„heterogenous grouping‟

Berikut ialah kategori aduan dan masa penyelesaian.

No Aduan Kategori Masa Penyelesaian

1,2,3,4,5 Isu Berkala

6,7 Masalah Segera

8,9 Salah Laku Segera

10 Masalah Segera

11,12,13 dan 14 Isu Berkala

6.4 Tindakan Yang Dijalankan

Aduan-aduan yang telah dikategorikan diambil tindakan untuk penyelesaian berasaskan

dorongan positif. Tindakan kepada guru atau semua guru dilakukan secara dinamik,

fleksibel dan berasaskan teori dan model kepimpinan dan pengurusan yang kukuh. Semua

tindakan bersifat „rectify and resolve‟ (membetulkan kesilapan atau menjadikan situasi

lebih baik dan selesaikan masalah atau tegas bertindak).

Untuk menggelakan aduan-aduan rasa tidak puas hati maka intervensi dinamik dilakukan

oleh kepimpinan sekolah. Intervensi dinamik ini bermaksud mengadakan sesi taklimat

dalam bentuk peringatan (reminders) ,menjelaskan konsep atau pendekatan sesuatu

program ,menyelesaikan isu atau masalah berbangkit dengan berhemah „on the spot‟.

Page 10: Kajian tindakan munchit

Guru diupayakan untuk menjelaskan isu atau menyelesaikan masalah diperingkat bilik

darjah melalui interaksi di antara rakan sekerja. Jika tidak dapat diselesaikan juga

barulah dipanjangkan kepada pengurusan sekolah. Penulis sangat bersetuju dengan idea

dan pandangan dari Barth (1990) yang menyebut:

“The success of school,I believe ,depends above all on quality of interactions between

teacher and teacher,and administrator. These contacts take many forms”.

Seterusnya Barth menambah:

“……Somehow the school principal must assume more of the burden of protecting the

best interests of teachers and liberating more of the constructive power of which teachers

are capable.In addition ,each teacher will have to assume more ownership for the best

interests of the school-including other teachers,other teachers pupils and the principal”.

Walaupun sebahagian besar dari aduan rasa tidak puas hati ibubapa telah diambil

tindakan berdasarkan keutamaan tempoh masa seperti tindakan segera selepas aduan,

tetapi tindakan secara berkala dibuat secara berterusan.

Bil Program/ Aktiviti Sasaran Tempoh

Pelaksanaan

Tindakan

1. Taklimat tugas guru Semua guru 3 minggu Guru besar

2. Penyeliaan klinikal dan P &P. Guru yang

berkenaan.

3 minggu Guru besar ,

Semua PK

dan guru

3. Jadual ganti dan laporan guru

ganti.

Guru ganti 3 minggu PK

Pentadbiran

4. Siasatan awal aduan Guru atau murid

berkenaan

3 minggu Guru besar &

Semua PK

dan guru

Page 11: Kajian tindakan munchit

5. Tindakansusul lepas siasatan. Guru atau murid

berkenaan

3 minggu Guru besar &

Semua PK

6. Pertemuan khas dengan guru

besar.

Guru berkenaan 3 minggu Guru

7. Perjumpaan Ibubapa Ibubapa murid

kelas „streaming‟

3 minggu Guru

8. Bengkel bina item ujian Semua guru 3 minggu Guru

9. „Management by walking

around‟

Semua kelas 3 minggu Guru

10. Mesyuarat / taklimat bulanan

staf.

Semua guru 3 minggu Guru

6.5 Pelaksanaa Tindakan dan Pemerhatian

Tindakan awal tahun yang diambil adalah mengadakan taklimat tugas dan peranan guru

berdasarkan pelantikan jawatan seperti guru matapelajaran, ketua panitia, guru kelas dan

lain-lain. Buku panduan tugas guru diberikan kepada semua guru. Taklimat ini adalah

untuk mengingatkan semula peranan guru berdasarkan Tatasusila Profesion Perguruan

dan Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia.

Guru diingatkan bahawa kehadiran di kelas sebagai guru ganti adalah wajib dan guru

ganti di kehendaki melaporkan semula melalui boring laporan aktiviti guru ganti.

Jika ibubapa atau penjaga membuat aduan, guru-guru perlu melayan aduan yang

diterima dan berusaha menyelesaikan di peringkat operasional guru. Guru boleh

mencatat aduan dan kemudian memaklumkan kepada pengurusan sekolah. Aduan boleh

dicatat di bahagian catatan dalam Buku Rekod Persediaan Mengajar masing-masing.

Perjumpaan khas antara guru besar dengan guru-guru yang dibuat aduan oleh ibubapa

dilakukan di buat berdasarkan pekara atau keaadan serius kes yang diadu. Akan tetapi,

Page 12: Kajian tindakan munchit

kebiasaanya guru-guru yang terlibat dengan aduan ibubapa atau penjaga akan datang

sendiri ke pejabat sebelum dijemput oleh guru besar ke pejabat. Secara tidak langsung

aduan rasa tidak puas terhadap guru kepada Guru Besar berkurangan dengan mendadak.

Pembinaan item ujian dilkasanakan melalui tinjauan ke atas kertas Peperiksaan

Pertengahan Tahun 2012 yang telah dilaksankan baru-baru ini. Secara keseluruhannya

adalah bermakna jika dapat meningkatkan komitmen guru dalam pengajaran dan

pembelajaran.

7.0 REFLEKSI

Pada pendapat saya usaha untuk penambahbaikan secara keseluruhan telah berjaya

dilakukan. Suasana P&P di bilik darjah menjadi lebih konduksif. Secara khususnya

aduan-aduan terhadap guru semakin berkurangan. Saya percaya bahawa sokongan guru-

guru-guru, ibubapa dan murid-murid menjadi factor pelaksanaan kajian ini.

8.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA.

Kajian adalah sesuatu yang patut dilakukan secara berterusan oleh sesiapa yang

menghadapi masalah secara berterusan dalam meningktakan P&P di sekolah. Ia menjadi

lebih baik apabila sekolah yang sentiasa meningkat pencapaian akademik hendaklah

mengekalkan pencapaian cemerlang secara berterusan. Lebih hebat lagi sekolah yang

pencapaian akademik rendah menyelesaikan kemelut mereka melalui kajian ini.

Page 13: Kajian tindakan munchit

BIBLIOGRAFI

Janet, P. & Jerome, Q. (2003). Contemporary Sp Management. Champaign, Human

Kinetics.

Jemaah Nazir Sekolah. (2003). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia –Instrumen Pemastian

Standard. Jemaah Nazir Sekolah : Kuala Lumpur.

Kagan, DM & Tippins, DJ. (1991). How teachers’ classroom express their pedagogical

beliefs. Journal of Teacher Education. 42 (4), 281-291.

Mohd Salleh Lebar (2002). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan di Malaysia. Petaling

Jaya: Addison Wesley Longman .

Percetakan Nasional Malaysia (1996). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Kuala Lumpur.

Sharifah Md. Nor (2000). Keberkesanan Sekolah. Serdang: UPM.

Tan Ai Hoon (1997). Kurikulum Sejarah KBSM: Kajian Pemikiran Guru Terhadap

Pernyataan Hasrat dan Pelaksanaannya. Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak

diterbitkan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Page 14: Kajian tindakan munchit

SME 6054

INTEGRATING ICT IN

MATHEMATICS CLASSROOM

KAJIAN TINDAKAN (MENINGKATKAN KEBERKESANAN KOMITMEN GURU DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN (P&P) MELALUI INTERVEENSI DINAMIK

R&R (RECTIFY DAN RESOLVE)

Page 15: Kajian tindakan munchit

NAME : CHITRA A/P GOPALAN

: MAIMUN BT ALI KUTY

MATRIC NO : M20102001079

: M20101000203


Top Related