Download - Kajian Tindakan Mas

Transcript

BILPEMARKAHAN

1Rakaman 1

2Refleksi 1

3Rakaman 2

4Refleksi 2

5RPH

6Laporan KT

7Forum

Jumlah

KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2TAJUK

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KUMPULANJHR BHRU J02CAWANGAN KOLEJ ISLAM JOHOR

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON

AMINAH BTE MOHD.AFANDI

012-7519176

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN.OMAR HISHAM BIN MOHD.BAHARINTARIKH SERAH: 05 MEI 2012

1. PendahuluanKajian Tindakan adalah satu bidang soal selidik bidang dan kajian berbentuk refleksi kendiri yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik atau individu. Tujuan penyelidikan ini ialah untuk mengesan keadaan dan masalah dalam amalan-amalan pendidikan atau sosial. Di samping itu, kajian ini juga digunakan untuk meningkatkan kefahaman terhadap amalan pendidikan atau sosial, dan seterusnya membaiki keadaan amalan-amalan tersebut.Di bawah konteks perkembangan profesionalisme keguruan, kajian tindakan ini boleh digunakan untuk mengkaji masalah-masalah pendidikan dan membaiki keadaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Kajian tindakan dipelopori oleh Kurt Lewin pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. Idea yang dikemukakan oleh beliau telah digunakan oleh para pendidik untuk menjalankan kajian seperti keadaan menggubal kurikulum dan peningkatan profesionalisme keguruan. Pada tahun 1973, di bawah Ford Teaching Project kaedah kajian tindakan pernah digunakan oleh John Elliott dan Clem Adelman untuk mengkaji kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Konsep kajian tindakan ini seterusnya diperkembangkan oleh Kolb (1984), Carr dan Kemmis ( 1986 ) dan lain-lain penyelidik seterusnya. Idea kajian tindakan mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1988.2. Definisi Kajian TindakanDi dalam Simposium Antarabangsa yang diadakan di Brisbane, Australia, pada bulan Mac, 1989, peserta-peserta bersama berbincang dan berjaya menghasilkan definisi Kajian Tindakan seperti berikut:a. Kajian Tindakan wujud dalam situasi yang mana Orang membuat refleksi dan memajukan kerja mereka dalam situasi sendiri. Dengan menghubungkaitkan refleksi dan tindakan mereka secara erat-erat dan Juga mengumumkan pengalaman mereka secara terbuka bukan sahaja kepada peserta-peserta lain, tetapi juga kepada orang lain yang berminat dan memberi perhatian terhadap kerja dan situasi, iaitu teori, amalan kerja dan situasi mereka; danb. Apabila sesuatu situasi didapati bertambahnya Pengumpulan data oleh peserta-peserta mereka sendiri ( atau dengan bantuan orang lain) yang berkaitan dengan soalan-soalan mereka sendiri; Penyertaan ( dalam mengemukakan soalan dan menjawab soalan ) dalam membuat keputusan; Berkongsi kuasa dan mengelakkan amalan hierarki dalam kerja ke arah memupuk amalan demokrasi; Kolaborasi di antara ahli-ahli kumpulan sebagai komuniti kritikal; Refleksi kendiri, penilaian sendiri dan pengurusan sendiri oleh orang dan kumpulan yang bertanggungjawab dan mempunyai autonomi; Belajar secara progresif ( dan terbuka ) melalui kesilapan dalam sesuatu lingkaran refleksi kendiri daripada perancangan, tindakan, pemerhatian, refleksi, perancangan semula dan sebagainya; Refleksi yang menyokong idea daripada pengamal reflektif (diri).

3 . Tujuan Kajian TindakanKajian tindakan telah menjadi kajian yang amat penting untuk perkembangan-perkembangan kurikulum sekolah dan profesionalisme keguruan. Di antara tujuan-tujuan untuk menjalankan kajian tindakan di institusi pendidikan ialah: Menggalakkan guru dan pendidik membuat refleksi terhadap masalah-masalah pendidikan yang dijumpai semasa menjalankan aktiviti pengajaran, mengesan dan membaiki kelemahan dan kekurangannya, dan seterusnya mencapai tahap prestasi yang lebih baik serta berkesan. Oleh kerana kajian tindakan mengutamakan amalan pendidikan di dalam bilik darjah, maka ia dapat merapatkan jurang di antara teori dengan pratik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan dengan ini, guru dapat membina kemahiran mengajar dengan lebih sempurna serta berkesan. Hasil kajian yang diadapati melalui kajian tindakan bukan sahaja akan membolehkan guru meningkatkan kemahirannya dalam aktiviti pengajarannya, tetapi juga membolehkan guru berpulang mengubah kaedah dan teknik mengajarnya, supaya mencuba sesuatu kaedah mengajar yang baru yang lebih sesuai. Melalui kajian tindakan, guru dapat meneliti aktiviti pengajarannya secara terperinci dengan aktiviti refleksi. Tinjauan ini akan memberi keyakinannya apabila menjalankan aktiviti pengajaran pada masa hadapan. Kajian tindakan memberi peluang kepada guru menguji ramalan pencapaian dan keberkesanan pengajarannya di dalam bilik darjah. Dengan menjalankan kajian tindakan, guru dapat dilatih untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran perancangan, pemerhatian, mengumpul data, menganalisis, menilai, menginterprestasi, membuat refleksi serta merumus, demi meningkatkan tahap ilmu pengetahuan dan imejnya dalam profesion keguruan. Hasil dapatan yang diperolehi melalui kajian tindakan dan didokumentasikan dalam bentuk tulisan merupakan bahan rujukan yang penting bukan sahaja bagi guru sendiri, tetapi juga sebagai sumbangan idea baru untuk dirujuk oleh rakan sejawat dan guru-guru di sekolah lain. 4.Contoh-contoh Masalah Pendidikan Untuk KajianDi dalam bilik darjah, guru sedikit sebanyak pasti akan jumpa masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seperti masalah-masalah yang berkaitan dengan:1. Penggunaan bahan-bahan pelajaran;2. Penggunaan strategi, kaedah dan teknik mengajar;3. Pengurusan aktiviti kumpulan;4. Perancangan aktiviti pemulihan dan pengayaan;5. Penyediaan lembaran kerja dan penilaian;6. Pengurusan bilik darjah;7. Masalah disiplin.

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN : MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN SEBUTAN DAN MENGEJA DUA SUKUKATA KONSONAN DAN VOKAL BERGANDING BAHASA MELAYU 1.0 ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran membaca perkataan yang mempunyai konsonan dan vokul bergabung bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 Dinamik.. Seramai 36 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penggunaan konsonan dan vokal bergabung dalam bacaan murid. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan menunjukkan murid tidak dapat menyebut dengan betul perkataan yang mempunyai konsonan dan vokal bergabung. Oleh itu saya telah menggunakan teknik warna pada setiap perkataan yang mempunyai dan konsonan bergabung untuk membantu murid boleh menyebut dan membaca perkataan tersebut. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati penguasaan murid terhadap sebutan dan bacaan perkataan yang mempunyai konsonan dan vokul bergabung semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid-murid tersebut juga telah menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2.0.PENGENALAN ( LATAR BELAKANG KAJIAN )

Pengalaman saya menjadi pendidik selama hampir 19 tahun banyak membantu saya dalam menghadapi pemasalahan yang sering timbul dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Selama 7 tahun saya berada di Prasekolah juga banyak membantu saya dalam menghadapi kerenah pelajar-pelajar kecil ini.Bermula dari KBSR dan kini KSSR menjelang Januari 2011 banyak memberi impak kepada kami.Bermula dengan sukatan pelajaran yang mudah bagi murid tahun 1 sehinggalah ke zaman era perubahan sukatan. Namun setiap setiap kali latihan di dalam kelas, penilaian melalui sebutan dan bacaan, murid yang bijak pun kadang kala salah bila menyebut perkataan dua sukukata atau ayat yang mempunyai konsonan dan vokal bergabung.

Saya telah membuat kajian tindakan berkaitan pencapaian akademik Bahasa Melayu Tahun 1 SK Taman Sutera.Lokasi sekolah kami terletak di pinggir bandar.Kelas 1 Dinamik yang seramai 36 orang murid dimana terdapat dua orang murid asli.Selain itu juga terdapat enam orang murid Melayu yang turut tinggal sekampung dengan penempatan orang asli.Pemerhatian di lakukan semasa sesi pembelajaran berlangsung. Di dapati bahawa sebilangan pelajar di dalam kelas tersebut tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap mata pelajaran tersebut dan tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Selain itu,rekod pencapaian sebilangan murid agak kurang memuaskan dimana mereka masih lagi menguasai sekurang-kurangnya band 2 sahaja.Oleh itu, untuk menaikkan prestasi pelajar saya telah merangka satu pelan tindakan yang bernama Simulasi Watak (Roleplay) supaya murid 1 Dinamik meminati untuk belajar iaitu dengan menarik minat pelajar untuk memahirkan mengeja perkataan yang mengandungi huruf konsonan dan vokal berganding seperti ng dan ai.. adn dapat mengenal antara ungu dan biru.

3.0.PERNYATAAN MASALAH

Sekolah Kebangsaan Taman Sutera ini merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di daerah Johor Bahru merupakan antara sekolah yang berada di pinggir bandar. Berdasarkan rekod pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu di tahap sederhana.Namun prestasi di kalangan pelajar-pelajar yang tinggal di perkampungan asli amat kurang merangsangkan.. Ramai pelajar yang masih gagal menguasai kemahiran membaca.Bahasa Melayu yang merupakan mata pelajaran yang amat penting bukan sahaja di sekolah malah ia penting selepas alam persekolahan dan ia perlu diaplikasikan di dalam setiap aspek termasuk semasa di peringkat pengajian tinggi.

Berdasarkan pemerhatian kami, terdapat dua fenomena yang memberikan sumbangan kepada gred pencapaian pelajar yang merosot iaitu faktor persekitaran dan keluarga.

4.0 RASIONAL KAJIAN

Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang paling penting. Ini adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa utama dan bahasa rasmi negara.Kemahiran membaca adalah asas kepada semua mata pelajaran.Semua mata pelajaran seperti matematik,sains dan pendidikan kesihatan memerlukan murid mahir membaca untuk menguasai dan memahami isi kandungan pelajaran tersebut.Lebih-lebih lagi kerajaan sekarang sedang menjalankan program MBMMBI iaitu memartabatkan Bahasa Melayu.Program Nilam,Citra Bahasa Melayu dan Bijak Kamus umpamanya adalah bermatlamat agar pelajar-pelajar menguasai Bahasa Melayu dengan baik.K emahiran berbahasa ini akan diaplikasikan apabila pelajar tamat alam persekolahan iaitu semasa belajar di peringkat yang lebih tinggi.Sekiranya pelajar sudah menguasai bahasa ini pada peringkat pengajian maka dengan secara tidak langsung memudahkan pelajar tersebut untuk mempertingkatkan lagi keyakinan diri

Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana pelajar bagi kelas 1 Dinamik mendapat keputusan ujian pengesanan Bahasa Melayu di aras sederhana.Ini akan memberi impak yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. Apabila kajian ini dibuat secara rasionalnya dapat membantu pihak sekolah dalam membendung masalah ini agar semua pihak terlibat agar sedar betapa pentingnya peningkatan pencapaian Bahasa Melayu dalam memperkasakan bahasa itu sendiri dan mencapai sifar linus dan linus tegar.

5.0 FOKUS KAJIANSaya akan memfokuskan kajian sayai kepada kemahiran sebutan dan perbendaharaan kata agar pelajar dapat melancarkan bacaan dan meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu. Ini kerana kebanyakan pelajar tidak dapat membaca perkataan dengan lancar sekaligus menyebabkan pelajar berasa bosan untuk membaca. Secara langsung akan memberi kesan kepada peratus keseluruhan Bahasa Melayu.Terdapat sebilangan besar murid-murid yang sukar membunyikan konsonan mahupun vokal berganding.Berpandukan rekod pencapaian,peratus murid tidak dapat membunyikan perkataan konsonan dan vokal bergabung amat tinggi terutama bagi kelas akhir.Telah menjadi kebiasaan murid sejak mengenal bangku sekolah di tadika lagi,guru mengajar membaca mengikut sukukata seperti ba , bu dan sebagainya. Murid agak sukar membunyikan huruf berganding seperti ng, ua. Kemungkinan besar jika masalah ini tidak diatasi dari awal , mereka akan gagal dalam ujian PLBS ( Penilaian Lisan Berasaskan Sekolah) yang diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran. Merujuk kepada Standard Kurikulum KSSR Bahasa Melayu Tahun 1, setiap Rancangan Mingguan terdapat kemahiran lisan, membaca dan menulis. 1. Standard Kandungan 1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iatu abjad, suku kata, perkataan,frasa dan ayat dengan betul. Standard Pembelajaran 1.2.1 Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, voval berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat. 2. Standard kandungan 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. Standard Pembelajaran 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata , diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul. 3. Standard Kandungan3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas. Standard Pembelajaran 3.2.5 Menulis frasa yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas.6.0 OBJEKTIF KAJIAN5.1Objektif amMeningkatkan pencapaian pelajar bagi subjek Bahasa Melayu5.2Objektif Khusus i. Untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayuii. Untuk meningkatkan perbendaharaan kataiii. Membantu pelajar menguasai kemahiran menyebut perkataaniv. Menbantu pelajar mengusai kemahiran belajar kendiri apabila ketiadaan guruv. Membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas.7.0 METODOLOGI KAJIAN

7.1Reka Bentuk KajianKajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti model berikut:Langkah 1: Pengenalpastian Isu dan MasalahLangkah 2: Perancangan TindakanLangkah 3: Pelaksanaan TindakanLangkah 4: Pemerhatian dan Menganalisis DataLangkah 5: Refleksi dan Penilaian

7.2Kumpulan SasaranKajian ini akan melibatkan seramai 10 orang pelajar Tahun 1 Dinamik di Sekolah Kebangsaan Taman Sutera.Tiga orang murid asli dan tujuh orang murid tinggal yang tinggal di kampung setinggan Kampung Bakar Batu Johor.7.3Instrumen KajianTinjauan masalahTinjauan masalah dilakukan dengan mengutip data dan mendapatkan maklumat dalam kelas yang terlibat. Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah akan dibuat berdasarkan temubual dengan guru kelas, rekod markah ujian bulanan, temu bual, soal selidik kepada pelajar dan pemerhatian Berdasarkan kepada instrument yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran menyebut dan membaca perkataan yamg mempunyai vokal berganding dan konsonan bergabung, maka saya membuat analisis seperti yang terkandung dalam jadual di bawah.BILMASALAHJUMLAH

1Kurang tumpuan30%

2Tidak memahami arahan10%

3Kurang keyakinan diri30%

4Sikap malas20%

5Sukar menyebut perkataan ( pelat )10%

6Tiada bimbngan di rumah50%

a) Temubual dengan guru kelasPenyelidik mendapat maklumat daripada temubual bersama guru kelas 1 Dinamik iaitu Pn.Khaliza bte Solihin.Murid tidak dapat menyebut dan mengeja konsonan berganding.kecewa kerana pencapaian rendah pelajar dalam subjek tersebut. Ini merupakan satu kerugian kepada pelajar. Antara punca yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik adalah :-i. Pelajar tidak mahir sebutan dan perbendaharaan kata serta ejaan dalam Bahasa Melayu.ii. Sebutaan pelat.iii. Pendengaran dan pemahaman murid agak kurang.b) Rekod markah Ujian Pengesanan ( Membaca )Penyelidik telah mendapatkan rekod markah ujian pengesanan yang lepas bagi subjek Bahasa Melayu.Tujuan rekod markah ujian ini adalah untuk melihat pencapaian pelajar sebelum ini, dan bagi mengesahkan kebanyakkan pelajar tidak mendapat markah tinggi dan tidak menguasai bacaan asas. Soalan meliputi aspek membaca dan melengkapkan perkataan vokal dan konsonan bergabung.1Ezry bin NorhadiPeratus/gred

2Durgeswary A/P Joseph20 ( C )

3Ili Ardiana bt Jamaluddin35 ( C )

4Nurul Iman bt Nor Anuwar45 ( C )

5Norhaliza bt Udi20 ( E )

6Nur Insyirah bt Kamil45 ( C )

7Linda bt Othman10 ( E )

8Mohammad Izan bin Bajum15 ( E )

9Sachein Kumar A/L Mahendran38 ( D )

10Mohammad Fadil bin Hadi45 ( C )

c) Soal selidikPenyelidik telah memberikan borang soal selidik kepada pelajar. Ini bertujuan untuk mengetahui sebab pelajar mendapat markah yang rendah dalam sebutan dan ejaan dalam pembendaharaan kata Bahasa Melayu. Berikut adalah borang soal selidik yang diberikan:

1.Tidak setuju 2.SetujuBilPernyataanTidak SetujuSetuju

1.Saya tidak lancar menyebut perkataan

2.Saya tidak ada masa untuk belajar bersama keluarga di rumah.

3.Saya ada masa untuk membaca buku di rumah

4.Saya sentiasa mengulangkaji topik perbendaharaan kata pada masa lapang

5.Saya suka belajar di sekolah..

6.Saya sangat meminati matapelajaran Bahasa Melayu

d.PemerhatianPemerhatian akan dilakukan ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung sebelum dan selepas kajian. Penyelidik menggunakan borang check list yang menyenaraikan tingkah laku murid semasa proses P&P berlangsung. Hasil dapatan secara keseluruhan dapat memberi gambaran sebenar sikap pelajar terhadap sesi P&P berlangsung. bilkelakuanPelajar kump 1Pelajar kump 2Pelajar kump 3Pelajar kump 4Pelajar kump 5

1.Berbual dengan rakan di sebelah

2.Tidur

3.Mengganggu rakan disebelah

4Menjawab soalan yang diajukan oleh guru

5Mematuhi arahan guru dengan tepat.

7.4 Tindakan Yang DijalankanAda banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mejadikan pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan dan sebagainya. Kaedah-kaedah itu terletak di atas satu komitmen yang melibatkan murid-murid belajar secara langsung. Di antara kaedah-kaedah yang ada ialah seperti kaedah syarahan, bercerita, projek, simulasi, demonstrasi dan sebagainya. Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. 7.4.1 Motivasi Oleh itu, langkah pertama yang saya jalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga boleh berjaya sekiranya ada kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian. Maka, adalah penting untuk guru memuji murid berkenaan walaupun hanya betul menyebut satu perkataan sahaja yang mempunyai perkataan yang mengandungi vokal berganding dan konsonan bergabung.Motivasi dan ganjaran adalah antara tindakan yang amat amat sesuai dipilih terutama kepada murid-murid Tahap Satu. Tindakan yang seterusnya ialah7.4.2 Kaedah simulasi. Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya. Kaedah simulasi ini ada dua. Dua jenis yang biasa di gunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis yang di maksudkan ialah sosio drama dan main peranan. Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, Ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap pada kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan lebih awal agar ianya dapat di fahami, di baca, dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan sesuatu watak yang di berikan oleh guru. Sebagai contoh seorang murid dipilih menjadi peria dan seorang murid menjadi petai.Murid memegang label nama dan perbualan pendek disediakan oleh guru.Murid diajar mengeja dan menyebut perkataan pada label nama yang digantung pada badan rakan mereka.Wujud suasana yang menyeronokkan kepada murid-murid.Bilangan pelakon boleh ditambah menjadi lebih ramai dan lebih banyak lagi kad perkataan terdiri dari vocal dan konsonan bergabung.7.4.3 Permainan susun huruf Dalam kaedah ini,murid-murid yang terlibat diminta menyusun huruf yang diberikan menjadi perkataan yang bermakna.Huruf-huruf yang terdiri dari vocal dan konsonan bergabung yang diwarnakan.Warna yang dipilih mengikut kategori huruf vocal atau konsonan.Murid diberikan masa dan aktiviti dijalankan dalam bentuk perlawanan antara dua atau tiga orang murid dan masa diberikan.Pemenang akan diberikan ganjaran.7.4.4 Didik hiburAktiviti seterusnya saya akan menjalankan aktiviti didik hibur.Bagi setiap perkataan diwarnakan mengikut sukukata.Guru akan membentuk satu rangkap ringkas lagi di mana dalam liriknya mengandungi perkataan-perkataan vocal dan konsonan bergabung seperti kuih,sekoi,peria,jingga,kuning dan petai.Guru akan memainkanrentak muzik dan murid-murid menyanyi mengikut guru dengan lirik tersebut.Lakukan pengulangan aktiviti tersebut.7.5 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian7.5.1 Aktiviti dijalankan setiap kali mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti atau latihan yang memerlukan murid menyebut perkataan dan membaca perkataan yang mempunyai vokal berganding dan konsonan bergabung sebelum memulakan sesi pengajaran yang seterusnya. Murid juga perlu memulakan menulis dengan menggunakan warna yang berbeza pada perkataan yang mempunyai vokal berganding dan konsonan bergabung, kerana warna dapat meningkatkan daya ingatan. Secara tidak langsung murid-murid ini juga belajar mengenal warna terutamanya biru dan ungu.Murid-murid mewarna mengikut arahan yang diberikan agar murid-murid ini akan dapat membaca dan mengecam pelbagai warna yang ada.Sebagai contoh,warna biru untuk ng dan warna ungu untuk ai.7.5.2 Aktiviti dijalankan seperti berikutItem 11. Menyebut perkataan yang mempunyai yang vokal berganding dan konsonan bergabung.2. Membaca perkataan dan ayat yang mempunyai perkataan yang mengandungi vokal berganding dan konsonan bergabung.3. Menulis perkataan yang mempunyai perkataan yang mengandungi vokal berganding dan konsonan bergabung mengikut warna yang dikehendaki.

Item 2

1. Menyebut frasa kata yang mempunyai vokal berganding dan konsonan bergabung.2. Membaca frasa kata yang mempunyai vokal berganding dan konsonan bergabung.3. Menulis frasa kata yang mempunyai vokal berganding dan konsonan bergabung mengikut warna yang ditetapkan.

Item 3

1. Menyebut ayat-ayat yang yang mengandungi vokal berganding dan konsonan bergabung.2. Membaca ayat-ayat yang yang mengandungi vokal berganding dan konsonan bergabung.3. Menulis ayat-ayat yang mengandungi vokal berganding dan konsonan bergabung mengikut warna yang ditetapkan.

8.0 DAPATAN KAJIANSetelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan, saya dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran menyebut dan membaca perkataan yang mempunyai vokal dan konsonan bergabung amat memuaskan terutamanya untuk item 1 dan item 2. Murid-murid mengambil berat tentang perkataan yang mempunyai vokal dan konsonan bergabung. Kesilapan akibat kecuaian, sifar bagi murid cemerlang dan berpotensi cemerlang. Di samping itu, saya telah menjalankan satu ujian pencapaian yang lain untuk mengesan keberkesanan aktiviti yang dijalankan.markahpencapaiaan

Ujian pengesananItem 1Item 2Item 3Ujian pencapaian

16-2022 %100 %100 %96 %95 %

10-1522 %0 %0 %4 %2.5 %

6-926 %0 %0 %0 %2.5 %

0-530 %30 %0 %0 %0 %

Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir9.0 REFLEKSI KAJIAN9.1 Penilaian Pencapaian PelajarKesemua aktiviti yang dirancangkan telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga menunjukkan peningkatan yang positif. Latihan harian masih menggunakan latih tubi menyebut berulang kali perkataan-perkataan yang mempunyai vocal dan konsonan bergabung setiap kali memulakan pembelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Saringan LINUS 1 ( membaca) yang lepas hanya dua murid yang tidak dapat membaca dengan betul perkataan yang mempunyai vokal berganding dan konsonan bergabung dengan betul. 34 orang murid yang lain lulus dengan cemerlang dalam saringan LINUS 1 membaca. Ujian saringan LINUS 1 telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Selain membaca murid-murid juga dapat menulis perkataan yang mempunyai vokal berganding dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat. Dalam saringan LINUS 1 (penulisan) Semua 36 orang murid 1 Dinamik telah lulus saringan tersebut termasuk dua orang murid asli.9.2 Rumusan PemerhatianMasalah sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak dapat menyebut, membaca dan menulis perkataan, frasa kata dan ayat-ayat yang mempunyai vokal berganding dan konsonan bergabung semakin berkurangan. Secara tidak langsung membaca perkataan tersebut juga meningkat di luar jangkaan saya. Ini telah melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan guru untuk membuat penilaian..10. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKANKesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke atas murid-murid berkenaan. Saya bercadang untuk meneruskan program ini di samping berkongsi idea bersama guru pemulihan dan guru Linus.. Saya akan terus meingkatkan penguasaan murid dalam memyebut, membaca dan menulis perkataan yang mempunyai vokal berganding dan konsonan bergabung.

11. PENUTUPPendidikan yang dirancang berdasarkan falsafah pendidikan negara dapat memenuhi keperluan semasa rakyat, serta mampu menghadapi cabaran masa depan denganmenyediakan tenaga rakyat yang berkemahiran dan berpengetahuan bagi mempertingkatkan produktiviti untuk kestabilan politik, sosioekonomi dan budaya. Keadaan inibergantung pada perkembangan ekonomi negara memang sukar ditentukan memandangkan perkembangan itu sangat dipengaruhi oleh iklim ekonomi dunia yang berubah-ubah. Namun begitu, melalui pendidikan tenaga rakyat yang dihasilkan dapat memenuhi keperluan bagi menyumbang ke arah pembangunan baik kepada pembangunan insan mahupun kepada pembangunan negara. Kesemua peluang pekerjaan dalam bidang perusahaan, ekonomi, sains dan teknologi perlu diisi demi kemakmuran negara melalui sistem pendidikan yang sempurna.Justeru adalah menjadi tanggungjawab yang besar di bahu para pendidik bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat memenuhi aspirasi negara melahirkan modal insane yang seimbang dari segi fizikal,rohani,jasmani,dan emosi.Guru perlu memastikan objektif yang dirancang Berjaya mencapai sasarannya dan jalankanlah kajian tindakan dalam menangani pemasalahan yang timbul.Murid adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap orang guru. Oleh itu, meskipun agak sukar dan kadangkala kita mengeluh dengan pencapaian yang begitu minima dalam setiap mata pelajaran, namun itu bukan alasan untuk kita tidak berbuat apa-apa. Kekangan masa dan bebanan tugas yang semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan.Untuk memperoleh hasil dapatan yang berkesan, guru haruslah berusaha merancang dan menjalankan kajiannya secara saintifik serta sering menggunakan pemikiran reflektif secara rasional dalam setiap langkah yang diambil dalam peringkat tinjauan, perancangan, pelaksanaan, dan refleksi untuk penyelidikan tindakan yang diusahakan.Tanpa sistem pendidikan yang sempurna dan mantap, akan menghasilkan bentuk pendidikan yang berbagai corak serta tidak sempurna sifatnya. Negara akan mengalami pelbagai masalah yang boleh menjejaskan proses pembangunan negara. Justeru itu , pendidikan yang mantap boleh melahirkan tenaga rakyat yang terdiri daripada golongan profesional dan semi profesional perlu diadakan. Secara fizikalnya begitu jelas dapat dilihat pentingnya pendidikan kepada. negara.

RUJUKANAbdul Rahim Osman (1994). Kanak-kanak Melayu Mundur : Keturunan Atau Persekitaran. Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajr Binti Abdul Aziz, Marina Binti Mat Isa ( 2010) . Buku latihan dan aktiviti Bahasa Melayu Tahun 1, Kuala Lumpur: DBP.Noriati A. Rasyid, Boon Pong Ying, sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan Hasan (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.Rozinah Jamaludin. (2003). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.Zaenab Hanim (2004). Penyelidikan Tindakan Di Sekolah Rendah. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.Ee Ah Meng (1997). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2009). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Rendah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Kurikulum Standard Sekolah Rendah bahasa Melayu Tahun 1 Rancangan Tahunan, Kementerian Pel;ajaran Malaysia.Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Melayu tahun 1, Panduan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun 1, Rancangan Pelajaran Mingguan. Kementerian Pelajaran Malaysia.

LAMPIRANBORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN TAHUN 1 DINAMIK 2012BILSILA JAWAB DENGAN JUJURya ( x) tidak(/)

1.Pengajaran guru menyeronokkan

2.Guru memberi tumpuan kepada saya

3.Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu

4.Keluarga beri bimbingan di rumah

5.Bimbingan yang guru beri mencukupi

6.Belajar menyeronokkan

7.Kerja sekolah yang diberi mudah

8.Saya suka membaca

9.Saya suka menulis

10.Saya faham arahan guru

11.Percakapan guru terlalu laju

CONTOH : BORANG SKOR ITEM 1 PENILAIAN BACAANBILNAMA MURIDL1L2L3L4L5UjianPencapaian

1Ezry b NorhadiBABAAB

2Durgeswary A/P JosephCBBBAB

3Ili Ardiana bt JamaluddinBABAAA

4Nurul Iman bt Nor AnuwarBABAAA

5Norhaliza bt UdiBBBBBB

6Nur Insyirah bt Kamil BABABB

7Linda bt OthmanBCBBBB

8Mohammad Izan bin BajumCCBBBB

9Sachein Kumar A/L MahendranBBBBBA

10Mohammad Fadil bin HadiBBBAAA

L- latihan 0-Gagal C- Pencapaian kurang daripada separuh B-Pencapaian lebih daripada separuh A-Memuaskan

Ujian PengesananBaca perkataan di bawah dengan sebutan yang betul

1. Sekoi 11. kuning2. Hijau 12. jingga3. Serai 13. ungu4. Tapai 14. petai5. Sungai 15. peria6. Kedai 16. wahai7. Kangkung 17. Surat khabar8. Syiling 18. syabas9. Jagung 19. kaloi10. Kacang 20. kuih

UJIAN PENCAPAIANNama :------------------------------------------ Kelas : 1 DinamikItem 1Baca perkataan yang diberi di bawah

1. Buih2. Nyanyi3. Nyonya4. Saat5. Kail6. Duit7. Khemah8. Khabar9. Khianat10. petai (10 markah) Item 2Baca frasa kata di bawah.

1. Bunga raya2. Bau wangi3. Burung murai4. Balai polis5. Khemah hijau ( 10 markah

Item 3Baca dan kemudian salin ayat di bawah dan warnakan sukukata Contoh :1. Ahmad ke kedai membeli sekoi, petai dan tapai.------------------------------------------------------------

2. Emak menyaji tapai dan gulai burung murai.------------------------------------------------------------

3. Datuk sedang membaca surat khabar--------------------------------------------------------

8


Top Related