Download - Kajian Tindakan Lk

Transcript
Page 1: Kajian Tindakan Lk

KAJIAN TINDAKAN

1.0 TAJUK KAJIAN

DUDA – DEMONTRASI UNTUK DAPAT A

PENGGUNAAN KAEDAH VIDEO UNTUK KAEDAH PENYELESAIAN DALAM TAJUK ORTOGRAFIK TINGKATAN 4

2.0 NAMA PENYELIDIK

ANUAR BIN OTHMAN

3.0 NAMA SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULIMJALAN LUNAS, 09000 KULIMKEDAH DARUL AMAN.

Page 2: Kajian Tindakan Lk

4.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Penglibatan saya dalam proses pengajaran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan selama hampir 16 tahun membolehkan saya dapat melihat sedikit sebanyak kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran yang mengambil kira pelbagai aspek kemahiran. Bukan sahaja aspek kognitif malah kemahiran psikomotor dan kemahiran efektif juga perlu digunakan dalam proses pembelajaran Lukisan Kejuruteraan. Dalam tempoh tersebut didapati penguasaan topik di kalangan pelajar murid agak ketara. Sebahagian murid dapat menterjemahkan pemahaman mereka melalui kerja yang kemas dan betul. Manakala sebahagian lagi tidak mampu menggabungjalinkan pengetahuan yang diperolehi daripada guru seterusnya menterjemahkannya dalan bentuk lukisan yang kemas dan betul. Kelemahan di kalangan murid-murid ini meliputi penguasaan topik asas Pandangan Ortografik dan Lukisan Isometri .

Sehubungan dengan itu, kebolehan pelajar menggunakan peralatan dengan betul dalam menjawab soalan perlulah dititikberatkan. Sehubungan dengan itu teknik yang betul perlulah ditunjukkan guru semasa pengajaran. Namun bilangan murid yang ramai di dalam kelas membantutkan proses ini. Oleh itu, untuk memenuhi yakni membolehkan murid-murid secara serentak dapat melihat teknik yang digunakan oleh guru, maka teknik DUDA digunakan untuk mempertingkatkan kemahiran penggunaan peralatan dalam lukisan kejuruteraan.

Masalah yang dikenal pasti ialah :

(i) Pelajar tidak dapat mengaplikasi kemahiran menggunakan peralatan dengan betul.

(ii) Pelajar tidak dapat mengunjurkan pandangan dengan tepat.(iii) Pelajar tidak dapat menjawab tajuk-tajuk yang berkaitan seperti

Lukisan isometri, Lukisan Oblik, Pengorakan dan Persilangan.(iv) Lukisan Bangunan yang dilukis tidak berkualiti terutamanya pada

bahagian pandangan sisi.

Dengan menggunakan kaedah pemerhatian tingkah laku pelajar, soal selidik, analisis jawapan peperiksaan (ujian), dan pemerhatian rambang terhadap kerja pelajar satu rumusan dapat dibuat sebagai sandaran terhadap kajian tindakan yang dilakukan. Daripada analisis tersebut satu dapatan yang amat mengecewakan yang mana beberapa perkara kelemahan dapat disenaraikan.

1

Page 3: Kajian Tindakan Lk

Analisis yang didapati daripada jawapan pelajar :

(i) Pelajar tidak dapat menyiapkan latihan pada masa yang ditetapkan(ii) Pelajar tidak dapat mengunjurkan pandangan dengan tepat ke arah

pandangan sisi terutamanya.(iii) Pelajar kurang bermotivasi untuk membuat latihan tambahan yang

diberikan berikutan kurang pengetahuan dalam penyelesaian masalah.

(iv) Pelajar masih tidak menggunakan peralatan mengikut fungsi yang betul. Sebahagian pelajar menggunakan T square untuk garisan menegak sepatutnya Set Square dengan bantuan T Square digunakan.

5.0 FOKUS KAJIAN

Daripada beberapa analisis yang telah dibuat majoriti pelajar tidak dapat menggunakan peralatan dengan betul. Kemahiran penggunaan perlatan ini menyebabkan pelajar menghadapi masalah dalam meyelesaikan masalah dalam lukisan ortografik. Masalah ini akan berterusan apabila pelajar berhadapan dengan tajuk yang lebih mencabar seperti lukisan isometri, lukisan oblik, lukisan perspektif, lukisan persilangan dan lukisan pengorakan.

Apabila hal ini berlaku, pelajar tersebut tidak dapat menjawab secara tepat soalan lukisan isometri, lukisan oblik, lukisan perspektif, lukisan persilangan mahupun lukisan pengorakan. Jika kita menganalisis peratusan permarkahan untuk setiap soalan, lebih 60 % markah yang diberikan untuk ketepatan dan kejituan. Ketepatan dan kejituan yang diterima hanyalah ± 1mm. Untuk menjelaskan lagi di bawah ini di tunjukkan contoh pemarkahan untuk lukisan ortografik.

1. Kedudukan pandangan sisi kanan betul 1.0 M2. Butiran garislurus 9 x 0.44 4.0 max

3. Mendapatkan lengkung- Titik perantaraan 4 X 0.5 2.0A- Melukis lengkung 2 X 0.5 1.0 M

JUMLAH 8.0 M.

2

Page 4: Kajian Tindakan Lk

Daripada analisis, pembahagian markah kepada ketepatan dan kejituan melebihi 80%. Ini menunjukkan jika seseorang pelajar tidak dapat mengunjurkan dengan tepat, maka pelajar tersebut akan kehilangan sebahagian besar markah. Kurangnya kemahiran penggunaan peralatan akan menyebabkan masalah yang lebih besar apabila menjawab soalan lukisan isometri, lukisan oblik, lukisan perspektif, lukisan persilangan dan lukisan pengorakan.

. Sekiranya pelajar tidak berjaya menjawab dengan baik, maka peluang untuk pelajar tersebut mendapat keputusan cemerlang tidak akan tercapai. Justeru itu saya berhasrat menggunakan DUDA (Demonstrasi Untuk Dapat A) dalam p&p bagi topik Lukisan Ortografik kepada kumpulan pelajar sasaran bagi menyelesaikan masalah tersebut.

3

Page 5: Kajian Tindakan Lk

6.0 OBJEKTIF

6.1 OBJEKTIF UMUM Meningkatkan kebolehan pelajar menggunakan peralatan lukisan

kejuruteraan dengan betul dalam menyelesaikan masalah Lukisan Ortografik

6.2 OBJEKTIF KHUSUS

(i) Menggunakan T Square dengan betul untuk menunjurkan garisan binaan ke garisan 45O untuk menghasilkan pandangan sisi kiri atau pandangan sisi kanan.

(ii) Menggunakan Set Square dengan betul untuk melukis garisan menegak.

(iii) Menggunakan Jangka Lukis dengan betul untuk melukis bulatan dan lengkuk.

iv) Menggunakan Jangka Lukis dengan betul untuk melukis bulatan dan lengkuk

7.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 pelajar tingkatan 4.

8.0 PERALATAN YANG DIGUNAKAN

8.1 PERALATAN LUKISAN KEJURUTERAAN

8.1.1 T SQUARE

Berfungsi untuk membuat garisan mendatar

4

Page 6: Kajian Tindakan Lk

8.1.2 SET SQUARE

Berfungsi unyuk membuat garisan mendatar, garisan menegak, garisan selari dan melukis garisan objek.

8.1.3 COMPAS (JANGKA LUKIS)

Membuat bulatan dan lengkuk

5

Page 9: Kajian Tindakan Lk

8.2.3 Kamera Video.

Kamera Video digunakan untuk menghasilkan imej digital.

8.2.4 Projektor LCD

Projektor digunakan untuk memaparkan imej di skrin.

8

Page 10: Kajian Tindakan Lk

8.3.5 Kabel Penghantaran

Digunakan untuk membuat penghantaran data dari kamera video ke LCD .

9.0 MERANCANG TINDAKAN

Saya merancang akan menjalankan tindakan seperti berikut :

AKTIVITI LANGKAH PELAKSANAAN MASA TINDAKAN

AKTIVITI 1

Memasang peralatan video seperti tripod, video camera cabel penyambungan terus ke LCD. Menghalakan kamera ke ruang kerja lukisan kejuruteraan. Menghidupkan kamera dan terus menayangkan pada skrin dihadapan kelas.

10 Minit

9

Page 11: Kajian Tindakan Lk

Aktiviti 2

Menjelaskan penggunaan T Square dengan menunjukkan penggunaan yang betul pada papan lukisan. Imej teknik penggunaan dipaparkan di skrin.

10 Minit

Aktiviti 3

Menjelaskan penggunaan Set Square dengan menunjukkan penggunaan yang betul pada papan lukisan. Imej teknik penggunaan dipaparkan di skrin.

10 minit

Aktiviti 4 Menjelaskan penggunaan Jangka lukis dengan menunjukkan penggunaan yang betul pada papan lukisan. Imej teknik penggunaan dipaparkan di skrin.

10 minit

Aktiviti 5

Menjelaskan penggunaan pensil dengan menunjukkan penggunaan yang betul pada papan lukisan. Imej teknik penggunaan dipaparkan di skrin.

10 minit

Aktiviti 6

Guru menunjuk cara penggunaan perlatan untuk menyelesaikan 10 soalan lukisan ortografik mengikut peringkat soalan mengikut peringkat kesukaran.

60 minit

Aktiviti 7Memberi satu soalan latihan pengukuhan

20 minit

Aktiviti 8Memberi 5 soalan latihan sebagai post test. 40 minit

10

Page 12: Kajian Tindakan Lk

10.0 JADUAL PELAKSANAAN

BIL AKTIVITI TARIKH/TEMPOH

1. Menyediakan bahan bercetak Mac

2. Riso edaran April

3. Tarikh Perlaksanaan Mei

4. Melaksanakan tindakan Jun

5. Refleksi Kajian Jun

6. Menulis laporan kajian Jun

7. Pemurnian Laporan Julai

8.Serahkan laporan ke PPD untuk diserahkan kepada JPN

Julai

11.0 KOS BAHAN

BIL BAHANKUANTITI

(unit)HARGA SEUNIT

JUMLAH(RM)

1 Kertas lukisan A3 1 rim 22.00 22.00

2.Dakwat Pencetak

Warna1 pek 90.00 90.00

3. Pen Marker 2 set 12.00 24.00

4.Peralatan

DemontrasiSedia ada

JUMLAH 136.00

12.0 PELAKSANAAN KAJIAN 

11

Page 13: Kajian Tindakan Lk

12.1 TINJAUAN SEBELUM PELAKSANAAN

Dalam pelaksanaan kajian ini saya mengumpulkan maklumat secara

terperinci melalui 2 cara. Iaitu pemerhatian dalam bilik darjah dan

pemeriksaan buku latihan.

 

12.1.1  Pemerhatian

 Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku

pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian

dijalankan sebahagian besar pelajar tidak dapat menggunakan

perlatan lukisan kejuruteraan dengan betul. Garisan yang

dihasilkan oleh para pelajar tidak tepat. Pada masa ini pelajar

yang pandai sahaja akan dapat membuat jawapan dengan

menggunakan garisan dari penggunaan peralatan dengan betul.

 

12.1.2    Pemeriksaan Kertas Latihan

Saya telah mengumpulkan buku latihan pelajar dan

memeriksanya selepas mereka membuat latihan. Setelah saya

memeriksa latihan mereka saya berpendapat bahawa pelajar

lemah dalam mengaplikasikan kemahiran menggunakan

peralatan dan kurang penguasaan dalam menjawab soalan.

12

Page 14: Kajian Tindakan Lk

13.0  ANALISIS TINJAUAN SELEPAS PELAKSANAAN

13.1 Analisis Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap 10

orang pelajar tersebut didapati :

Majoriti pelajar lebih melibatkan diri dalam pengajaran dan

pembelajaran engan menggunakan perlalatan dengan betul .

Pelajar tidak lagi diam dan lebih yakin semasa menjawab soalan-

soalan yang dikemukakan.

Hampir 100 % pelajar dapat menjawab soalan dengan tepat dan

betul.

Proses pengajaran dan pembelajran dijalankan dalam suasana yang

lebih kondusif dan berkesan.

13.2 Pemeriksaan Latihan Pelajar.

Berdasarkan pemeriksaan latihan selepas kajian dijalankan

terhadap 10 orang pelajar tersebut didapati :

Murid rajin membuat latihan serta soalan – soalan yang

diberikan.

Majoriti pelajar dapat melukis garisan binaan menegak dan

mengufuk. Ini menunjukkan kemahiran penggunaan peralatan

dapat diterjemahkan dengan betul.

Kesemua 10 orang responden tersebut dapat menjawab latihan

tajuk ortografik dengan betul.

13

Page 15: Kajian Tindakan Lk

13.3 Analisis Kertas Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun

Berdasarkan jawapan peperiksaan pertengahan tahun 10 orang

pelajar tersebut didapati :

Pelajar dapat menggunakan perlatan dengan betul, unjuran

garisan binaan dilukis dengan tepat.

Majoriti pelajar dapat menjawab soalan lukisan ortografik

dengan tepat.

 

14.0 PENUTUP.

Pencapaian pelajar dari dalam tinjauan sebelum dan tinjauan selepas

pelaksanaan telah menunjukkan hasil yang baik. Majoriti pelajar dapat

menterjemahkan kemahiran penggunaan peralatan Lukisan kejuruteraan

dengan mejawab soalan peperiksaan pertengan tahun dengan baik dan

meyakinkan. Hasil dapatan kajian menujukkan bahawa teknik ini telah

membantu pelajar-pelajar meningkatkan kemahiran, meningkatkan

keyakinan diri, kefahaman dan daya ingatan terhadap sesuatu yang telah

dipelajari serta menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih

bersemangat dan ceria. Pelajar-pelajar juga juga telah menunjukkan

minat terhadap matapelajaran Lukisan Kejuruteraan.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik dan langkah –

langkah yang digunakan dapat membantu pelajar meningkatkan

keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari

disamping menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria,

berkesan dan menyeronokkan.

14

Page 16: Kajian Tindakan Lk

Saya berasa amat berpuas hati dan berkeyakinan untuk mendidik

para pelajar dengan bersungguh – sungguh dengan menggunakan teknik –

teknik dan langkah – langkah yang dipraktikkan. Saya yakin bahawa

keputusan keseluruhan sekolah dalam matapelajaran lukisan kejuruteraan

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia akan meningkat.

15.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA.

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-

Menggunakan semua teknik yang telah dipraktikkan.

Meneruskan langkah – langkah yang boleh membantu menjalankan

kajian.

Teknik atau kaedah ini haruslah digunakan apabila memasuki tajuk

peringkat awal lagi iaitu lukisan geomerti.

Guru boleh mennyediakan panduan menggunakan kaedah ini untuk

menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik.

Pelajar-pelajar perlu diberikan dengan soalan-soalan untuk membantu

mereka meningkatkan kefahaman dan daya ingatan mereka dengan baik.

 

Hasil daripada kajian yang dijalankan didapati , pelajar-pelajar dapat

menerima sesuatu yang baru yang dapat membantu mereka dalam

menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan. Di samping itu juga ia dapat

membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.

Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan

yang positif dari segi amalan pembelajaran pelajar. Semoga hasil kajian

15

Page 17: Kajian Tindakan Lk

saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran yang lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

Insya Allah saya akan meneruskan lagi usaha saya ini untuk memartabatkan

pendidikan di negara kita. Tajuk kajian saya seterusnya ialah teknik Citra

Warna. Wassalam.

Anuar Bin Othman

.........................................(Guru Lukisan Kejuruteraan)Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim.

16

Page 18: Kajian Tindakan Lk

LAMPIRAN

17

Page 19: Kajian Tindakan Lk

DUDA – DEMONTRASI UNTUK DAPAT A

PENGGUNAAN KAEDAH VIDEO UNTUK KAEDAH PENYELESAIAN DALAM TAJUK LUKISAN ORTOGRAFIK

TINGKATAN 4

ANUAR BIN OTHMAN

18

Page 20: Kajian Tindakan Lk

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULIM

2009

19


Top Related