Download - Kajian Tindakan

Transcript

GROUP : EL-A37

KPD 3026 PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

PENSYARAH : Pn.NURULHUDA BINTI ABD RAHMAN

TAJUK : KAJIAN TINDAKAN

LOGES A/P SOCKALINGAM D20102045747 810531-08-6064

PENDAHULUAN

1.0

PENGENALAN

Membaca tamadun

merupakan

asas

penting membaca

kepada penjanaan bagaikan

budaya ilmu kunci

dan untuk

pembinaan mencapai

manusia. Aktiviti

mempunyai

kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. Malahan membaca dapat melengkapkan ikhtiar hidup dalam mengatasi cabaran masa kini dan masa depan. Maka tidak hairanlah iqra diturunkan sebagai wahyu pertama kerana membaca, menyelidik, dan berfikir adalah aktiviti membangun intelek manusia yang utama. Namun, aktiviti membaca rata- rata di dunia hari ini didapati tidak menggalakkan kerana minat membaca semakin berkurangan khasnya di dalam negara kita Malaysia.

Walau bagaimanapun, kajian eksperimental tentang program membaca berkurangan sekali. Ratarata kajian menunjukkan walaupun pelbagai langkah telah diambil dan pelbagai

pedagogi diusulkan ke arah memupuk minat membaca dan menggalakkan amalan penulisan yang kreatif adalah satu aktiviti yang sangat mencabar dewasa kini. Namun, aktiviti pembacaan bergantung kepada kemahuan dan minat individu itu sendiri. Apabila aktiviti pembacaan buku kurang diminati, maka aspek penulisan akan menjadi punca masalah kepada penulisan yang kreatif.

Kajian minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berumur 16-50 tahun oleh Atan Long dan rakan-rakan (1984) menunjukkan tahap membaca bukan satu amalan harian dan prestasi yang rendah. Dapatan menunjukkan 59% responden menyatakan membaca buku kerana tidak ada masa masa dan 11% responden

sebab utama tidak

menyatakan kerja-kerja lain yang lebih utama daripada membaca. Kajian tersebut juga mendapati keseluruhan daripada 20,000 orang responden menyatakan mereka tiada masa tetap membaca akhbar, majalah atau buku. Mereka menghabiskan masa antara setengah

hingga satu jam sehari untuk membaca akhbar dan dua hingga empat jam seminggu untuk membaca majalah atau buku.

Program NILAM adalah satu program pembacaan murid yang berterusan sepanjang tahun sehingga mencapai objektif bagi melahirkan golongan pelajar yang paling banyak membaca buku. Program NILAM adalah satu program yang terancang dan berterusan di semua sekolah seluruh negara. Program NILAM ini telah dilaksanakan di semua sekolah rendah dan menengah sejak tahun 1999. Arahan perlaksanaan Program NILAM ini berdasarkan arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998. Pihak sekolah dikehendaki mematuhi arahan ini demi memupuk budaya suka membaca dalam kalangan pelajar dan dapat melahirkan pelajar yang berbakat dalam aktiviti penulisan.

1.1 Kementerian

Latar Belakang Kajian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai program serta aktiviti

galakan membaca di sekolah-sekolah semenjak dahulu lagi. Pelbagai aktiviti membaca telah dan sedang dijalankan secara terasing di sekolah-sekolah sehingga kini. Sehubungan itu, satu program yang dinamakan Program NILAM telah diwujudkan bagi menggabungkan ke semua ativiti pembacaan. Matlamat utama ialah untuk mewujudkan tabiat membaca yang berterusan dalam kalangan pelajar sekolah. Pihak sekolah perlu mempelbagaikan aktiviti membaca

supaya pelajar dapat menjana idea yang kreatif lagi inovatif. Hasrat murni ini terkandung di dalam Buku Program NILAM : Konsep dan Panduan Pelaksanaan Di Sekolah terbitan

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kemeterian Pendidikan Malaysia (1998). Penggabungan budaya suka membaca akan melahirkan generasi yang peka dalam penghasilan penulisan yang bermutu dan kreatif. Penulisan yang baik mengandungi susunan struktur ayat yang menarik dan kreatif dalam menjana idea dan berpengetahuan luas dalam pembentukan kata. Hasil penulisan dapat menggambarkan secara sepintas lalu akan personaliti seseorang terhadap minat suka membaca buku. 1.2 Pernyataan Masalah Kajian Program NILAM ini amat baik, selaras dan bersesuaian dengan kehendak dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Program Nilam ini telah dijalankan sejak sebelas tahun lalu di seluruh sekolah rendah dan menengah. Program NILAM ini bertujuan untuk melahirkan, memupuk dan membina tabiat amalan membaca yang berterusan dalam kalangan

masyarakat Malaysia amnya dan khasnya golongan pelajar sekolah, meskipun pelajar-pelajar tersebut telah tamat bersekolah. Hingga kini berdasarkan peratusan keseluruhan

peperiksaan PKSR 2 SJK T Methodist pada tahun 2011, peratusan kelulusan penulisan bahasa

Melayu di sekolah responden yang terlibat perlu diberi perhatian oleh pihak pentadbir sekolah. Keputusan peperiksaan PKSR 2 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Methodistt pada tahun 2011 menunjukkan penurunan begitu ketara, daripada keseluruhan 250 orang pelajar tahun satu hingga tahun enam, hanya 45 peratus sahaja yang mendapat gred A dalam

penulisan. 30 peratus B, 20 peratus C dan 5 peratus gagal. Keadaan ini wujud kerana kadar penyertaan pelajar dan pihak sekolah terhadap program membaca seperti Program NILAM masih belum menyeluruh dan berkesan. Analisis guru yang mengajar bahasa Melayu didapati pelajar-pelajar kekurangan idea serta perbendaharaan kata semasa menulis. Struktur ayat juga tidak tepat dan tidak gramatis. Atas kesedaran ini, maka kajian ini bertujuan bagi menilai prestasi keberkesanan penulisan dari Program NILAM khususnya kepada pelajar tahun empat di sekolah rendah. Sesuatu program atau projek itu tidak boleh dikatakan berjaya kecuali setelah dikenalpasti kekuatan dan kelemahannya dapat dikesan. Oleh itu, sebarang langkah pembetulan dapat diambil dan proses penambahbaikan dapat dilaksanakan agar sesuatu program atau projek itu mencapai matlamat yang dihasratkan. Penilaian konteks tertumpu kepada hasil penulisan responden sebelum dan selepas mengikuti Program Nilam. Tujuan penilaian ini adalah untuk menentukan Projek NILAM amat membantu pencapaian penulisan pelajar bersesuaian dengan program NILAM. Penilaian input pula tertumpu kepada sumber yang terlibat bagi membantu pembuat keputusan dalam menentukan cara- cara untuk mencapai matlamat dan objektif sesuatu program.

1.3

Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan untuk: 1.3.1 pelajar tahun empat. 1.3.2 Menentukan sejauh mana input Program NILAM dapat membantu untuk Sejauh mana Program NILAM dapat meningkatkan prestasi penulisan

mencapai 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). 1.3.3 Mengenal pasti kekangan-kekangan utama dalam peningkatan mutu

penulisan khususnya dari aspek tatabahasa, ejaan dan struktur ayat. 1.3.4 Mengenal pasti kekangan-kekangan utama dalam pelaksanaan Program

NILAM di peringkat sekolah.

1.4

Kepentingan Penyelidikan atau Kajian

Dapatan kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada guru dan pentadbir sekolah rendah tentang keberkesanan Program NILAM ke atas prestasi penulisan dalam kalangan pelajar tahun empat di sekolah rendah. Dengan ini, usaha-usaha untuk mempertingkatkan lagi

persediaan, pelaksanaan dan prestasi penulisan pelajar tahun empat dapat dirancang serta dijalankan lebih berkesan lagi pada masa akan datang. Selain itu, pengukuran pencapaian hasil Program NILAM terhadap prestasi penulisan dapat dijadikan satu proses pemeringkatan ke arah penulisan yang lebih berkesan. Dapatan kajian juga dapat dijadikan kayu ukur untuk menilai sejauh mana prestasi penulisan hasil daripada Program NILAM khususnya pelajar tahun empat di sekolah rendah.

Kaedah penilaian yang sesuai dan lebih berkesan boleh dicadang dan seterusnya diuji di dalam satu kajian jangka panjang pada masa akan datang. Selain daripada itu, pembacaan ekstensif tidak memberi tekanan emosi kepada pembaca, maka input dapat diserap dengan mudah. Ini berkaitan dengan teori halangan affective Krashen (1993) di mana secara tidak langsung dapat menggalakkan percambahan idea untuk menghasilkan penulisan yang baik. Pemilihan bahan bacaan dalam Program NILAM juga dibuat oleh pembaca sendiri, maka tahap keterbacaan juga ditentukan oleh pembaca. Elly (1991) mengatakan bahawa apabila kanak- kanak kecil membaca secara ekstensif pemerolehan bahasa juga berlaku dengan cara tidak langsung. Pemupukan tabiat yang positif apabila mereka banyak membaca buku yang memberi banyak makna kepada mereka. Kesan pembacaan ekstensif dapat membantu dalam

perkembangan kognitif dan efektif. Secara tidak langsung pelajar dapat meningkatkan kebolehan membaca, menulis dan kecekapan penguasaan bahasa jangka panjang

1.4.1

Soalan Penyelidikan atau Kajian

Penilaian Program NILAM dalam konteks keberkesanan penulisan akan cuba menghuraikan beberapa persoalan-persoalan kajian berikut : 1.4.1.1 Sejauhmanakah Program NILAM ini dapat mencapai objektifnya untuk peningkatan penulisan karangan bahasa Melayu pelajar tahun empat? 1.4.1.2 Adakah pihak sekolah mempunyai bahan yang mencukupi dalam Program NILAM? 1.4.1.3 Bagaimana kesediaan guru bahasa Melayu menjalankan aktiviti penulisan setelah pelajar mengikuti Program NILAM di peringkat sekolah ? 1.4.1.4 Sejauhmanakah input kepada Program NILAM ini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi penulisan ?

1.5

Kerangka Konsep

PROGRAM NILAM

PELAKSAN AAN PENILAIA N

PELAJAR TAHUN 4

Kerangka konseptual adalah gambaran tentang sesuatu aktiviti yang dapat menunjukkan perkaitan di antara berbagai-bagai elemen. Pelbagai model penilaian dan pendekatan telah

dikembangkan untuk dijadikan panduan dalam proses pelaksanaan penilaian sesuatu program, khususnya Program NILAM yang dinilai dari konsep penulisan pelajar tahun empat. Penentuan rekabentuk yang bersesuaian atau model yang akan digunakan untuk membuat penilaian ke atas sesuatu program adalah merupakan satu aspek yang kritikal dalam penilaian program. Harus disedari bahawa sesuatu pendekatan atau kaedah hanya sah digunakan dalam sesuatu keadaan tertentu. Oleh itu, model penilaian tidak hanya menggambarkan kerangka keseluruhan penilaian tetapi juga berkait rapat dengan soalan kajian, organisasi dan fokus penilaian.

1.6

Batasan Kajian

Sesuatu hasil kajian yang tepat bergantung kepada kualiti maklumat yang diperoleh daripada sampel kajian dan prosedur persampelan. Ketetapan kualiti piawaian, prosedur,

instrument dan mekanisme telah dituruti untuk mendapat hasil yang meyakinkan. Soal selidik kajian demografi dan penglibatan responden dalam Program NILAM menjadi perkara asas sebelum ujian pra dan ujian pos diberikan kepada responden terlibat. Prosedur persampelan berbentuk persampelan berstrata mengikut dua tahap. Ujian pra ini dibuat sebelum responden mengikut Program NILAM dan selepas Program NILAM diberikan ujian pos. Peringkat pertama bermula dengan persampelan jenis penulisan. Bilangan pelajar

mengikut aras pencapaian penulisan telah ditetapkan secara sistematik. Guru penyelaras Program NILAM telah diminta untuk memilih responden dari dua buah kelas yang disampelkan. Kajian ini tidak menilai proses pembacaan individu, tahap pembacaan bahan-bahan bacaan dan perkara

lain dalam proses pembacaan. Kajian ini berfokus kepada responden yang terlibat secara aktif dalam Program NILAM dapat menghasilkan penulisan yang baik dan berkualiti. Kajian ini hanya terhad kepada 30 orang pelajar tahun empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Regent. Satu kumpulan eksperimen mengikuti Program NILAM sepenuhnya dan kumpulan kawalan yang kurang aktif dalam Program NILAM. Faktor penyebab responden dalam kumpulan kurang aktif dalam Program NILAM ini kerana mereka kurang berminat dengan aktiviti membaca. Penglibatan responden secara berkala dan tidak bersungguh- sungguh. Pengaruh rakan sebaya dan tiada motivasi dalam diri responden kumpulan kawalan yang menyebabkan mereka kurang aktif dalam Program NILAM ini. Oleh itu, dapatan kajian ini dapat digunakan untuk kajian susulan dan bukan membuat generalisasi kepada semua pelajar sekolah rendah. Penggumpulan data terbatas kepada kumpulan kawalan dan eksperimen. Hasil kajian dalam konteks kumpulan yang aktif dalam pelaksanaan Program NILAM dapat mempertingkatkan lagi prestasi dalam bidang penulisan bahasa Melayu pelajar tahun empat.

1.7

Kesimpulan

Oleh itu, jelas di sini menunjukkan bahawa sesuatu penulisan yang baik dari segi ejaan, struktur ayat, perbendaharaan kata dan sebagainya terhasil dengan amalan suka membaca. Program pembacaan seperti NILAM ini perlu dipupuk dan terus diperkembangkan lagi aktivitinya bagi menarik minat pelajar dalam pembacaan. Program NILAM ini dapat menghasilkan kualiti penulisan yang baik berbanding dengan responden yang kurang aktif dalam

Program NILAM ini. Oleh itu, semua pihak yang terlibat dalam Program NILAM perlu merancang strategi dan mempelbagaikan langkah penambahbaikkan secara bersepadu supaya Program NILAM ini dapat mencapai matlamat seperti yang diharapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysi

TINJAUAN LITERATUR 2.0 Pengenalan

Budaya

suka

membaca

merupakan

asas

penting

dalam

penjanaan

budaya

ilmu.

Kepentingan membaca dalam pembangunan kebudayaan dan tamadun manusia memerlukan usaha-usaha berterusan untuk membangunkan tamadun berasaskan ilmu. Kemajuan sesuatu bangsa dan negara itu memerlukan penguasaan, praktis dan budaya memajukan ilmu yang pelbagai dan segalanya bermula dengan amalan dan budaya suka membaca. Kepentingan memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah membangunkan tamadun ilmu ini merupakan salah satu agenda utama ke arah meningkatkan kualiti pendidikan sesebuah negara khususnya Malaysia. Pemupukan budaya membaca dalam kalangan pelajar dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan kritis dalam aspek penulisan. Sehubungan itu, dalam membahaskan isu budaya membaca di Malaysia, bab ini menjurus kepada isu-isu dan dapatan kajian yang berkait rapat dengan beberapa pemboleh ubah utama yang dikaji dalam kajian Program NILAM seperti sikap dan minat membaca, bahan bacaan, peranan ibu bapa amalan dan budaya membaca serta menulis dalam kalangan pelajar-pelajar khususnya pelajar tahun empat.

2.1 Pengertian Membaca Membaca boleh didefinasikan sebagai satu proses yang kompleks dan dinamik. Pengetahuan sedia ada, sosial, pengalaman dan juga emosi berinteraktif pada minda pembaca menjadi perkara asas untuk memahami dan menginterprestasi sesuatu bahan bacaan. Membaca adaah salah satu aktivi yang mengambilkira strategi kognitif dan pencernaan idea hasil daripada pembacaan. Membaca juga merupakan salah satu kemahiran berbahasa yang penting dan perlu dikuasai oleh semua orang. Pembaca perlu ada keupayaan menggunakan berbagai strategi kognitif bagi memahami teks dan mencari skemata yang relevan supaya maksud sebenar isi teks yang dibaca dapat difahami dan diperkayakan Sali Zaliha Mustapha(1992). Kemahiran berbahasa khususnya membaca adalah penting dan perlu dikuasai oleh semua orang. Pemprosesan simbol yang terdiri daripada perkataan dan gabungan perkataan adalah asas aktiviti mental yang peru difahami untuk membantu dalam pengajaran membaca kepada kanak-kanak. Selain daripada itu, pengetahuan tentang komponen bahasa dan strategi yang berkaitan dengan aktiviti pemahaman teks perlu diberi tunjuk ajar dan pendedahan oleh guru. Ibu bapa

berperanan penting dalam usaha meningkatkan amalan membaca dan menjadi contoh ikutan anak-anak. Pihak pengurusan sekolah (Pengetua/Guru Besar) dan pihak-pihak lain yang berkaitan juga perlu memainkan peranan yang sama dalam memupuk minat membaca di kalangan pelajar sekolah.

2.2

Kepentingan Membaca Dalam Penulisan

Perkara yang penting dalam pencapaian budaya ilmu adalah melalui budaya membaca. Hanya dengan membaca, kita dapat mencari ilmu, masyarakat dapat mengurangkan masalah

kemiskinan, kejahilan serta cabaran-cabaran lain yang dihadapi. Apabia aktiviti membaca dilakukan, maka manusia dapat memperoleh ilmu dan memanfaatkan segala bahan yang dibaca untuk mencapai kesejahteraan diri, masyarakat dan negara Ismail Adnan(1989). Membaca juga dianggap sebagai kunci pendidikan sepanjang hayat dan kelengkapan ikhtiar hidup kepada generasi akan datang Abu Bakar Abdul Hamid(1988). Budaya membaca adalah suatu ciri pembangunan budaya dalam masyarakat atau bangsa yang berorentasikan pendidikan dan keilmuan. Membaca ialah suatu aktiviti yang boleh menjana kemajuan intelek, membentuk pemikiran kreatif lagi dinamis serta dapat melahirkan masyarakat yang progresif dan berdaya saing khususnya dalam usaha pihak kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Pemikiran bernas dan matang yang diperolehi daripada hasil pembacaan dapat

diterjemahkan dalam penulisan yang kreatif, kritis lagi gramatis. Pembacaan dan penulisan ini penting kepada negara yang sedang menuju ke arah pembangunan pesat. Masyarakat maju yang dapat menguasai pelbagai bidang ilmu dalam kehidupan mereka adalah terdiri daripada masyarakat yang suka membaca. Sebagai contoh masyarakat Jepun, walaupun sibuk dengan urusan harian, mereka masih sempat meluangkan masa untuk membaca buku. Penulisan yang kreatif dapat dijadikan satu wadah ilmu yang mampu diterjemahkan daripada hasil bahan bacaan yang bermutu dan ilmiah. Antara cara yang paling baik untuk memupuk budaya menulis dan membaca adalah melalui usaha gigih melatih serta membimbing

kanak-kanak dengan pembacaan. Golongan muda inilah yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan. Pembacaan bahan penulisan ilmiah akan melahirkan generasi muda yang dinamis lagi kreatif. Pelajar perlu bijak memilih bahan bacaan yang sesuai dengan tempoh masa yang diperlukan untuk membaca. 2.3 Intervensi dan Inovasi Pemupukan Budaya Membaca : Pembacaan Ekstensif Bagi melahirkan budaya membaca untuk tujuan penulisan, beberapa kaedah telah

disarankan iaitu pembacaan ekstensif, pembacaan intensif dan pembacaan berpandu (guided reading). Dalam kepelbagaian kaedah pembacaan ini, pembacaan ekstensif adalah merupakan satu kaedah yang efektif untuk memupuk pembacaan dalam kalangan pelajar. Pembacaan

ekstensif bukan sahaja dapat memupuk perkembangan kognitif malahan juga membantu untuk membina sikap yang positif para pelajar terhadap membaca sama ada dalam bahasa pertama atau bahasa kedua. Kesan pembacaan ekstensif juga dapat membantu dalam perkembangan kognitif. Perkara ini bukan sahaja membantu meningkatkan kebolehan membaca, menulis dan

penggunaan bahasa tetapi juga menuju kepada sikap positif terhadap penguasaan bahasa dalam jangka masa panjang. Susser & Rob(1990) menakrifkan pembacaan ekstensif sebagai

pembacaan yang melibatkan pelbagai jenis bahan bacaan untuk pemahaman yang menyeluruh dan bertujuan mendapatkan kepuasan dalam membaca. Pembacaan jenis ini bersifat individu di mana pembaca memilih sendiri bahan bacaan yang disukai dan bahan yang dibaca tidak menjadi tajuk perbincangan dalam bilik darjah.

Tujuan pembacaan ekstensif seperti Program NILAM ialah untuk menanam minat membaca sepanjang hayat. Pembacaan ekstensif ialah cara yang paling mudah untuk menambah

pengetahuan dalam kosa kata, pembentukan ayat, struktur ayat, nahu, tatabahasa dan mempertingkatkan lagi mutu pelajar. Umumnya, pembacaan intensif berkisar kepada penganalisisan aspek-aspek bahasa yang dipilih oleh guru, dijalankan dalam bilik darjah, dan pemahaman teks itu diuji menerusi soalan kefahaman yang spesifik, penulisan semua ringkasan teks yang telah dibaca. Ini amat berbeza dengan pembacaan ekstensif yang bermatlamat untuk membina kefasihan membaca,

melibatkan pelbagai jenis bahan bacaan yang dipilih sendiri oleh pembaca dan tidak berkaitan dengan teks akademik di sekolah atau pengujian kefahaman melainkan pembaca sendiri membuat catatan atau ringkasan yang difikir perlu untuk makuman sendiri. Dapatan kajian tersebut juga mendapati bahawa salah satu cara terbaik untuk membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran bahasa ialah dengan menggalakkan mereka membaca secara ekstensif. Intervensi awalan tentang kelemahan membaca sangat penting agar kemahiran

membaca mereka setanding dengan rakan sebaya mereka yang mahir membaca. Kajian Krashen (1993) terhadap membaca secara sukarela di dalam dan di luar sekolah pada banyak negara merumuskan bahawa membaca individu secara sukarela dan kata, berterusan ejaan dan

menghasilkan kefahaman membaca,

stail penulisan,

perbendaharaan

perkembangan nahu yang lebih baik. Secara umumnya, aktiviti pembacaan khususnya dalam Program NILAM secara ekstensif membawa kesan sampingan yang sangat menggalakkan

seperti berikut :i. Perkembangan kemahiran bahasa dalam bidang yang lain seperti menulis,

bertutur dan penguasaan sintaksis Elley (1991).

2.4

Kajian Membaca di Malaysia

Menurut kajian Muhammad Haron (1982) kegemaran membaca dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Bandar Tampin, Negeri Sembian bahan-bahan bacaan yang disediakan berbagai jenis kandungannya. Ini bertujuan bagi memenuhi minat mereka yang berbeza-beza dan Sew Tim (1998) mendapati

menarik minat pelajar-pelajar untuk terus membaca. Tey

pengaruh keluarga ke atas minat membaca adalah kuat.Hubungan antara minat membaca dengan aspek keluarga yang dikaji adalah signifikan. Ambigapathy (1997) menyatakan bahawa terdapat beberapa kajian yang menyokong mempertingkat sikap pelajar terhadap bacaan dan memperbaik tabiat membaca. Usaha meningkatkan pembacaan pelajar itu sebagai satu aspek yang sama penting untuk memperbaik bacaan kefahaman dan penguasaan kosa kata. Kajian mendapati jika pengajaran hanya

bertumpu kepada kebolehan membaca tetapi tiada usaha untuk mempengaruhi minat dan sikap membaca akan melahirkan golongan yang tidak membaca.

Kajian Kamarudin HJ. Husin (2001) menunjukkan terdapat masalah dan kelemahan di kalangan pelajar dari segi keupayaan membaca dan kefahaman terhadap bahan bacaan. Terdapat hampir 10% daripada 350 responden pelajar gagal ujian pemahaman mereka dan tidak ramai yang berjaya mencapai tahap cemerlang. Kebanyakan pelajar tertumpu pada peringkat

pemahaman sederhana. Pada dasarnya kajian-kajian ini menunjukkan bahawa kesemua strategi membaca ada pada pembaca yang mahir. Para pelajar diberikan latih tubi tanpa mengira tahap perkembangan kognitif, supaya mereka mampu dan berjaya membaca serta menghasilkan penulisan yang lebih kreatif lagi kritis.

2.5

Kepentingan peranan ibu bapa dalam memupuk budaya membaca dan menulis

Siti Fatimah Abdu Rahman (2004) telah mencadangkan lima peranan ibu bapa dalam memupuk budaya ilmu iaitu membaca dan menulis. Lima peranan tersebut adalah seperti berikut :

2.5.1

Ibu bapa boleh memulakan usaha pembacaan untuk anak-anak mereka ketika

mereka berusia enam bulan lagi. Pada masa ini, apa yang dibacakan tidak penting, asalkan anakanak mendengar patah-patah perkataan tersebut dan dibiasakan dengan amalan membaca. Malah dikatakan bahawa bayi-bayi yang dibacakan kepada mereka lebih cepat bercakap biasa mendengar perkataan-

berbanding bayi yang tidak dibacakan kerana mereka perkataan tersebut dan

menangkap maksudnya.

2.5.2

Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik dalam hal ini, ibu bapa perlu

menunjukkan minat suka membaca dan melakukan kerja penulisan, ini akan menarik minat anak-anak untuk membaca dan menulis.

2.5.3

Ibu bapa perlu memilih bahan bacaan yang bersesuaian mengikut peringkat

umur anak-anak. Antaranya termasukah surat khabar, majalah, ensaiklopedia, buku cerita dan sebagainya.

2.5.4 anak-anak,

Ibu bapa juga boleh berkongsi maklumat dengan kandungan bahan pembacaan supaya dapat mempertajamkan daya ingatan dan mempertingkatkan lagi

penguasaan idea dalam penulisan karangan sama ada di sekolah rendah atau di sekolah

menengah.

2.5.5

Ibu

bapa

perlu

membimbing

anak-anak

dalam

mencari

jawapan

penyelesaian masalah dengan cara mengajak anak-anak mengunjungi perpustakaan, mencari dalam ensaiklopedia dengan melayari internet. Cara ini dapat melatih anak-anak untuk

menyelidik sesuatu maklumat dan memberi manfaat kepada mereka dalam jangka panjang terutama sekali dalam penghasilan penulisan yang bermutu serta bermaklumat.

Jelas sekali bahawa Program NILAM merupakan salah satu strategi yang digunakan untuk mengatasi beberapa masalah dalam proses menanamkan tabiat suka membaca dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah sama ada sekolah rendah atau menengah di seluruh negara di Malaysia. Pemupukan tabiat suka membaca secara tidak langsung akan memperkayakan kosa kata, nahu, perbendaharaan kata, struktur ayat dalam peningkatan penulisan yang baik.

METADOLOGI KAJIAN

3.0

Pengenalan

Bahagian ini menghuraikan tentang reka bentuk kajian, populasi dan persampelan, instrumen kajian yang digunakan untuk pengumpulan data kajian. Selain dari itu bahagian ini turut menjelaskan prosedur pemgumpulan data, penerangan tentang tata cara penganalisisan data yang dikumpulkan.

3.1

Rekabentuk Penyelidikan atau Kajian

Reka bentuk kajian ini merupakan pendekatan kualitatif tetapi berkecenderungan menjadi kuantitatif semasa analisis data. Pada pendapat penulis gabungan dua pendekatan ini mampu meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data penilaian. Bagi kajian berbentuk kuantitatif, kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Instrumen ini dibina bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan komprehensif serta menilai keberkesanan Program NILAM dalam meningkatkan penulisan pelajar tahun empat di sebuah sekolah dalam Negeri Sembilan. Reka bentuk ini sesuai digunakan bagi populasi yang besar di mana keseragaman fakta dan maklumat dapat diperoleh daripada responden secara sistematik. Melalui reka bentuk jenis tinjauan juga pelbagai permasalahan dapat dikaji secara lebih menyeluruh. Pengumpulan data melalui kaedah ini juga adalah lebih efisien dan menjimatkan masa.

3.2

Persampelan

Sampel kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar dari dua buah kelas, di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Methodist . Semua pelajar terdiri daripada 15 orang pelajar perempuan dan 15 orang pelajar lelaki. Pelajar terdiri daripada bangsa India (28 orang) dan bangsa Muslim (2 orang). Responden kumpulan kawalan di tahun 4 Cemerlang seramai 15 orang yang kurang aktif dalam Program NILAM. Manakala responden kumpulan eksperimen di tahun 4 Harapan seramai 15 orang yang aktif dalam Program NILAM.

3.3

Instrumen Kajian

Kajian ini merupakan kualitatif. Terdapat dua jenis instrumen akan digunakan iaitu soal selidik dan ujian pra dan ujian pos. Semua responden seramai 30 orang murid tahun empat. Setiap responden diberikan 3 jenis gambar tunggal yang berbeza situasi. Responden dikehendaki membina ayat daripada gambar tunggal yang diberikan. Ujian pos juga menggunakan gambar tunggal yang sama. 3.3.1 Soal Selidik

Soal selidik adalah satu set soalan/item bercetak yang akan digunakan untuk mendapatkan data kajian secara laporan tentang demografi pelajar, minat membaca, faedah membaca dan perkara asas yang berkaitan Program NILAM dapat membantu responden dalam bidang

penulisan. Contoh soalan demografi seperti di lampiran A dan contoh soalan soal selidik seperti di lampiran B.

3.3.2

Ujian Pra Dan Pos (Format UPSR)

Soalan ujian pra dan ujian pos mengandungi lima jenis gambar tunggal yang berlainan situasi. Responden dikehendaki membina lima ayat berdasarkan gambar tunggal yang diberikan oleh pengkaji. Contoh soalan penulisan sila rujuk Lampiran C. Ujian pra

diberikan kepada semua responden sebelum mereka mengikuti Program NILAM. Markah skor responden akan direkod untuk dijadikan perbandingan dengan ujian pos. Manakala ujian pos akan dilakukan selepas responden terlibat mengikuti Program NILAM dalam tempoh tiga bulan. Program NILAM akan berlangsung pada bulan Mac Mei. Kumpulan

pelajar yang aktif ini dikenali sebagai kumpulan eksperimen dan kumpulan yang kurang aktif ini dikenali sebagai kumpulan kawalan. Markah skor responden akan direkod sebagai satu perbandingan dengan ujian pos.

3.4

Prosedur Pengumpulan Data

Pengkaji akan memberikan soal selidik kepada responden selepas Program NILAM untuk dibuat kajian. Dari sini, pengkaji akan dapat mengesan kemampuan responden dalam skop penulisan setelah mengikuti Program NILAM dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pengkaji.

3.5

Analisis Data

Data kajian yang akan diperoleh daripada soal selidik kajian demografi, soal selidik kajian dan pecahan penulisan karangan daripada responden adalah disampaikan data dalam bentuk kualitatif. Markah soalan ujian pra akan direkod dan akan dibuat perbandingan dengan markah ujian pos. Pengkaji akan mendapat maklum balas mengenai peratusan pencapaian

keseluruhan markah sesudah responden mengikuti Program NILAM secara ekstensif. Manakala data yang diperoleh daripada soal selidik akan dianalisis setelah kajian di sekolah selesai.

3.6

Skema pemarkahan penulisan

Markah penuh bagi setiap karangan adalah 10 markah. Jumlah karangan ujian pra dan ujian pos adalah sebanyak lima jenis karangan gambar tunggal yang berlainan situasi. Responden dikehendaki menulis lima ayat bagi setiap karangan yang diberikan. Pemeriksaan penulisan akan berpandukan struktur ayat, kata sendi dan kata kerja yang ditulis oleh responden. Markah yang diperoleh ialah per seratus bagi mendapatkan jumlah kiraan markah penuh.

3.6.1

Cara Pemeriksaan

Pemeriksaan dilakukan secara holistik iaitu melihat secara keseluruhan dan penskoran dibuat mengikut kriteria yang digariskan. 3.6.2 Langkah-langkah pemeriksaan

3.6.2.1 Pembaca hendaklah membaca setiap ayat dengan teliti untuk mendapatkan kesan (impression) daripadanya. Selepas itu, dinilai tahap karangan tersebut serta disesuaikan dengan kriteria yang telah ditetapkan. 3.6.2.2 Pemeriksa membaca ayat itu sekali lagi sambil menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan skor dalam jadual kriteria penskoran 3.6.2.3 Penulisan yang terpesong ialah ayat yang tiada kaitan langsung dengan gambar yang diberikan, markah maksima adalah tiga markah.

PENSKORAN

KRITERIA

i.

Menggunakan ayat yang gramatis dan

menepati bahan grafik. Cemerlang (9 10) ii. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata

yang meluas serta sesuai dengan bahan grafik. iii. betul. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang

i.

Menggunakan

ayat

yang

jelas

dan

menepati bahan grafik. ii. Baik (7 - 8) Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata

yang sederhana serta sesuai dengan bahan grafik. iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda

baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.

Memuaskan (4 6)

i.

Menggunakan ayat yang mudah

dan

ringkas sesuai dengan bahan grafik. ii. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata

tetapi terhad dan sesuai.

iii.

Terdapat banyak kesalahan dalam tanda

baca dan ejaan.

i. Pencapaian tahap ii. minimum (1 3) iii. dan ejaan.

Ayat tidak sesuai atau tiada berkaitan

dengan bahan grafik. Penggunaan perkataan yang terhad dan

tidak sesuai dengan bahan grafik. Tidak menguasai kemahiran tanda baca

Jadual 1 : Skema pemarkahan penulisan khusus criteria penskoran 3.7 Rumusan

Kajian ini merupakan kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau keberkesanan Program NILAM ke atas prestasi penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tahun empat. Sampel kajian melibatkan 30 orang responden tahun empat dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Methodist . Kajian ini tidak bertujuan untuk membuat generalisasi bagi pelajar-pelajar sekolah rendah

keseluruhannya. Data dikumpulkan melalui soal selidik, ujian pra, ujian pos dan dokumen bercetak.

DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan hasil dapatan untuk kajian yang dijalankan.Kajian ini bertujuan untuk mengesan kesilapan struktur ayat, kata sendi, imbuhan dan kata kerja dalam penulisan karangan Bahagian A.Kajian ini menganalisis kesilapan responden menurut jenis

kesilapan yang dikenal pasti dengan mengira kekerapan kesilapan yang dilakukan oleh responden kajian. Pengujian ini telah dijalankan melibatkan ujian penulisan di dalam kelas dan soal selidik latar belakang murid.

4.2

Profil Responden

Dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan kajian terhadap tiga puluh orang murid Tahun Empat di sebuah sekolah yang terletak di Perak yang terdiri daripada pelbagai kebolehan iaitu cemerlang dan sederhana. Kebanyakan murid-murid Tahun Empat ini berada pada tahap sederhana. Data profil responden diperolehi berdasarkan maklum-balas daripada borang kaji selidik dan sistem maklumat murid (SMM). Responden kajian terdiri daripada seramai 15 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan. Majoriti responden ialah murid daripada kaum India seramai 28 orang dan 2 orang murid Muslim.

Jantina Lelaki Perempuan Jumlah

Bilangan 15 15 30

Peratus 50 50 100

Jadual 4.1 Maklumat demografi responden mengikut jantina

Jadual 4.1 menunjukkan seramai 15 orang murid (50%) adalah murid lelaki dan 15 orang (50%) lagi murid perempuan.

Kaum India Muslim Jumlah

Bilangan 28 2 30

Peratus 93.3 6.7 100

Jadual 4.2 Maklumat demografi responden mengikut kaum Jadual 4.2 pula menunjukkan kaum murid yang terlibat dalam kajian ini. Seramai 28 orang murid (93.3%) adalah murid dari kaum India dan hanya 2 orang (6.7%) adalah murid dari kaum Muslim. Tidak ada seorang pun murid dari kaum Cina terlibat dalam kajian ini memandangkan sekolah ini adalah SJK T.

4.3 4.3.1

Persoalan Kajian Adakah terdapat perbezaan kesilapan struktur ayat, imbuhan,kata sendi dan kata

kerja dalam kalangan murid Tahun Empat. 4.3.2. Apakah aras kekerapan tertinggi kesilapan struktur ayat, imbuhan,kata sendi dan kata kerja dalam kalangan murid Tahun Empat 4.3.3 Adakah terdapat perbezaan prestasi pelajar dari segi jantina.

4.4 4.4.1

Analisis Dapatan Kesalahan/Kesilapan Murid Mengikut Bidang Kemahiran Bahasa

Murid yang terlibat dalam kajian ini diberikan tiga buah karangan. Berdasarkan kepada karangan yang ditulis, empat bidang kemahiran bahasa, iaitu: (a) Struktur ayat; (b) kata sendi; (c) imbuhan; dan (d) kata kerja.

karangan 1 Struktur Ayat Kata Sendi Imbuhan Kata Kerja

Bilangan Peratus Bilangan Peratus Bilangan Peratus Bilangan Peratus Kesilapan 6 Betul Jumlah 24 30 20 80 100 5 25 30 17 83 100 5 25 30 17 83 100 4 26 30 13 87 100

Jadual 4.3 Bilangan dan peratus kesilapan murid dalam empat bidang kemahiran bahasa dalam

Jadual 4.3 menunjukkan kesilapan murid dalam setiap empat bidang kemahiran bahasa tersebut mengikut jenis karangan .Karangan satu merupakan gambar tunggal yang menunjukkan situasi di dalam wad di sebuah hospital. Jadual 4.3 menunjukkan seramai 6 orang atau 20% murid membuat kesilapan dalam pembinaan struktur ayat yang betul, 5 orang (17%) murid pula membuat kesilapan dalam kata sendi dan penggunaan imbuhan yang betul. Hanya 4 (13%) orang murid sahaja yang melakukan kesilapan dalam penggunaan Kata kerja.

Struktur Ayat Bilangan Kesilapan 4 Betul Jumlah 26 30

Kata Sendi

Imbuhan

Kata Kerja

Peratus Bilangan Peratus Bilangan Peratus Bilangan Peratus 13 87 100 6 24 30 20 80 100 2 28 30 7 93 100 5 25 30 17 83 100

Jadual 4.4 Bilangan dan peratus kesilapan murid dalam empat bidang kemahiran bahasa dalam karangan 2

Jadual 4.4 menunjukkan seramai 4 orang atau 13% murid membuat kesilapan dalam pembinaan struktur ayat yang betul, 6 orang (20%) murid pula membuat kesilapan dalam kata sendi dan 2 orang (7%) murid pula membuat kesilapan penggunaan imbuhan yang betul. Hanya 5 (17%) orang murid sahaja yang melakukan kesilapan dalam penggunaan Kata kerja.

Jadual 4.5 Bilangan dan peratus kesilapan murid dalam empat bidang kemahiran bahasa dalam karangan 3 Struktur Ayat Kata Sendi Imbuhan Kata Kerja

Bilangan Peratus Bilangan Peratus Bilangan Peratus Bilangan Peratus Kesilapan Betul Jumlah 4 26 30 13 87 100 3 27 30 10 90 100 3 27 30 10 90 100 5 25 30 17 83 100

Jadual 4.5 pula menunjukkan keputusan analisis kesilapan untuk karangan 3.

Jadual 4.5 menunjukkan seramai 4 orang atau 13% murid membuat kesilapan dalam pembinaan struktur ayat yang betul, 3 orang (10%) murid pula membuat kesilapan dalam kata sendi dan penggunaan imbuhan yang betul. Hanya 5 (17%) orang murid sahaja yang melakukan kesilapan dalam penggunaan Kata kerja.

4.4 Perbandingan Skor Karangan Murid Mengikut Jantina karangan 1,karangan2 dan karangan 3 Jadual 4.6 Nilai min dan sisihan piawai skor murid lelaki dan perempuan mengikut jenis karangan

Jenis Karangan Karangan 1 Karangan 2 Karangan 3

Lelaki (N=15) min 3.13 3.33 3.27 Sisihan Piawai 0.64 0.62 0.70

Perempuan (N=15) min 3.53 3.53 3.73 Sisihan Piawai 0.64 0.64 0.46

Untuk karangan 1, min skor murid lelaki (M=3.13; SD=0.64) agak lebih rendah berbanding dengan murid perempuan (M=3.53; SD=0.64). Sementara itu, untuk karangan 2 pula min skor pelajar lelaki (M=3.33; SD=0.62) agak rendah berbanding dengan murid perempuan (M=3.53; SD=0.64). Pola yang sama juga dapat dilihat untuk karangan 3. Keputusan menujukkan min skor murid lelaki (M=3.27; SD=0.70) adalah lebih rendah berbanding dengan min skor murid

perempuan (M=3.73; SD=0.76). Secara keseluruhannya

Jadual 4.6 menunjukkan untuk ketiga-

tiga jenis karangan, prestasi murid perempuan adalah lebih tinggi berbanding dengan prestasi murid lelaki. Ujian t sampel bebas telah dijalankan untuk menjawab soalan kajian dan menguji hipotesis kajian ini iaitu:

Hipotesis nol 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan perempuan terhadap min skor karangan 1. Hipotesis nol 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan perempuan terhadap min skor karangan 2. Hipotesis nol 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan perempuan terhadap min skor karangan 3. Jadual 4.7 menunjukkan keputusan ujian t sampel bebas yang dijalankan. Keputusan menunjukkan ujian Levene bagi kesamaan varians untuk skor karangan 1, karangan 2 dan karangan 3 bagi kumpulan murid lelaki dan perempuan adalah dipatuhi. Semua nilai F adalah tidak signifikan (p >.05). Ujian t juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan perempuan terhadap skor karangan 1 [t (28) = -1.71, p = .10] dan Karangan 2 [t(28) = -.87; p = .391]. Maka: Hipotesis nol 1 dan Hipotesis nol 2 gagal ditolak. Sementara itu, terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan perempuan untuk skor karangan 3 [t (28) = -2.15; p = .04] pada paras signifikan p = .05. Justeru, Hipotesis nol 3 ditolak.

Jadual 4.7 Keputusan ujian t sampel bebasUjian t Variabel Bersandar Ujian Levene F Sig. t df Sig. (2tailed) Min Kesamaan skor_karangan1 diandaikan varians 0.564 0.459 -1.71 -1.71 varians diandaikan 0.071 0.791 -0.87 -0.87 varians diandaikan 3.333 0.079 -2.15 -2.15 28 24.05 0.040 0.042 -0.47 -0.47 0.22 0.22 28 27.96 0.391 0.391 -0.2 -0.2 0.23 0.23 28 28 0.098 0.098 -0.40 -0.40 0.23 0.23 ralat Perbezaan Perbezaan

Kesamaan varians tidakdiandaikan Kesamaan skor_karangan2

Kesamaan varians tidakdiandaikan Kesamaan skor_karangan3

Kesamaan varians tidakdiandaikan

KESIMPULAN:

Kesimpulannya Program NILAM ini dapat memupuk minat pelajar supaya banyak membaca dan menjana minda pelajar supaya lebih kreatif dalam penulisan serta dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam semua bidang. Kepelbagaian bahan bacaan dan sentiasa dikemas kini oleh pihak pentadbir sekolah perlu diberi perhatian serta tindakan. Bahan bacaan yang pelbagai dan baru dapat menarik minat pelajar untuk terus membaca. Secara tidak langsung Program NILAM akan menjadi satu landasan yang terbaik untuk menyuburkan budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah.

BIBLIOGRAFI

1.Abdullah Yusuf Ali (1997), The Glorious Quran, translation and commentary (2 .ed.) American Trust Publications for the Muslim Association Students of the United States and Canada.

nd

2.Abu Bakar Abd.Hamid (1988, Februari), bagaimana memupuk budaya membaca, Dewan Masyarakat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.Aishah Mohd Zahir (1998), Program NILAM: Konsep dan panduan pelaksanaan di sekolah. Bahagian Teknologi Pendidikan.

4.Atan Long, Ghazali Othman, Mohd Yunos Mohd Nor, Zainal Abidin Ahmad, Mohd Noor Abdullah dan Yoong Suan (1984), A Survey on The Reading Habits and Interests of Malaysian People, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

5.Ambigapathy Pandian (1997), Reading in Malaysia. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2003), Buku Perangkaan Pendidikan 2003. Kementerian Pelajaran Malaysia.


Top Related