KAJIAN KEPUASAN PELANCONG TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MUZIUM SABAH
RUT BINTI DOUNI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
DEDIKASI
God, You are my strength and refuge. Everything that I do, I can do because of You. Thank you.
Khas untuk suami, ayah dan ibu serta keluarga tersayang. Kalian adalah nadi penggerak, penguat semangat untuk terus maju. Bantuan doa kalian adalah kekuatan. Tuhan
memberkati segala pengorbanan kalian terhadap saya.
PENGHARGAAN Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan Projek Sarjana ini
dengan jayanya.
Sekalung penghargaan kepada Penyelia Projek, Prof. Dr. Amran Hamzah di atas tunjuk
ajar dan bimbingan. Sesungguhnya segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan itu
sangat bermakna buat saya bukan sahaja semasa proses menyiapkan projek ini tetapi
untuk perkembangan kerjaya dan pendidikan saya pada masa akan datang.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Muzium Sabah terutamanya En. Dius
Kubud, Pegawai Latihan dan Lawatan, Muzium Sabah yang telah banyak memberi
kerjasama semasa saya menjalankan penyelidikan.
Tidak dilupakan juga semua pensyarah Fakulti Alam Bina (Sarjana Perancangan
Pelancongan) serta kakitangan Studio Sarjana Perancangan Pelancongan terutamanya
Shima (Cik Hashimah) dan En. Wan (Cik Wei) yang banyak membantu saya semasa
proses menganalisis kajian ini.
Kepada suami yang banyak membantu dan sangat memahami, terima kasih yang tidak
terhingga. Tuhan memberkati.
Kepada rakan-rakan seperjuangan (PJB), terima kasih di atas dorongan, komen dan
semangat yang anda semua telah berikan. Jasa kalian semua akan dikenang sampai bila-
bila.
i
ABSTRAK
Kajian ini memfokus kepada penilaian tahap kepuasan pelancong terhadap kualiti
perkhidmatan yang diberikan oleh Muzium Sabah. Peranan dan fungsi Muzium telah
berubah dari fungsi tradisional iaitu hanya sebagai tempat menyimpan dan mempamer
tinggalan sejarah dan warisan berubah kepada fungsi kontemporari iaitu sebagai satu
destinasi pelancongan. Oleh itu, melalui kajian ini, ia menekankan bahawa Muzium
mesti melihat perkhidmatan pengunjung sebagai teras kepada segala aktiviti dalaman dan
luaran mereka agar kualiti perkhidmatan dapat dipertingkatkan. Sebanyak 158 responden
telah disoalselidik bagi mendapatkan respon mereka terhadap kualiti Muzium Sabah yang
sedia ada.
ABSTRACT
This study focus on the evaluation of tourists’ level of satisfaction towards Sabah
Museum service quality. The traditional roles of museum had changed: as museum is no
longer a place to keeps and exhibits the artifacts but now museum is one of the tourist
destinations. Therefore, this study emphasize that tourist is the important aspect to
consider in any activities organize by Sabah Museum so that service quality shall be
enhanced. There are 158 respondents were selected randomly to get their respond on the
service quality provided by Sabah Museum.
ISI KANDUNGAN
Muka surat
Pengesahan Status Tesis
Pengesahan Penyelia
Halaman Tajuk
Pengakuan Penulis
Dedikasi
Penghargaan i
Abstrak ii
Isi Kandungan iii
Senarai Jadual v
Senarai Rajah vi
BAB I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Matlamat dan Objektif 7
1.4 Kepentingan Kajian 7
1.5 Pendekatan Kajian 8
1.6 Definisi Operasional 9
1.7 Kesimpulan 10
BAB II FUNGSI DAN PERANAN MUZIUM
2.0 Pengenalan 11
2.2 Takrifan/Definisi 12
2.3 Peranan dan Fungsi Muzium 15
2.4 Sejarah Muzium di Malaysia 16
2.5 Faktor-faktor Mendorong Untuk Melawat Muzium 17
2.6 Kajian Muzium Dalam dan Luar Negara 18
iii
2.7 Kesimpulan 23
BAB III PENDEKATAN KAJIAN
3.0 Pengenalan 25
3.2 Kawasan Kajian 25
3.3 Kerangka Kajian 27
3.4 Kaedah Pengumpulan Data Primer 27
3.5 Kaedah Pemgumpulan Data Sekunder 28
3.6 Rekabentuk Kajian 29
3.7 Kajian Pilot 29
3.8 Analisis Data 30
3.9 Kesimpulan 30
BAB IV DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS
4.0 Pengenalan 31
4.2 Analisis Profil Responden 31
4.3 Analisis Jangkaan dan Kepuasan Pelancong 35
4.4 Komen Keseluruhan Responden 42
4.5 Kesimpulan dan Rumusan 45
BAB V CADANGAN
5.0 Pengenalan 47
5.2 Cadangan Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan 47
5.3 Kesimpulan 52
RUJUKAN 53
LAMPIRAN
iv
SENARAI JADUAL
Muka surat
Jadual 1.1 Perbezaan Fungsi Muzium Tradisional dan Kontemporari 4
Jadual 1.2 Statistik Pelawat Muzium Sabah 2002-2006 5
Jadual 1.3 Kekuatan dan Kelemahan Muzium Sabah 6
Jadual 2.1 Peranan dan Fungsi Muzium 24
Jadual 4.1 Jangkaan dan Kepuasan Pelancong 36
Jadual 4.2 Pendapat dan Cadangan Pelawat 44
v
vi
SENARAI RAJAH
Muka surat
Rajah 1.1 Peta Sabah 2
Rajah 1.2 Kerangka Kajian 8
Rajah 2.1 Muzium Negara 19
Rajah 2.2 Muzium Yang Dipertua Negeri Melaka 21
Rajah 2.3 Muzium Samudera Melaka 21
Rajah 2.4 Muzium Guggenhiem Bilbao 22
Rajah 3.1 Kawasan Kajian 26
Rajah 3.2 Kerangka Kajian 27
Rajah 4.1 Grid Jangkaan – Kepuasan 39
Rajah 4.2 Grid Jangkaan – Kepuasan 40
Rajah 4.3 Grid Jangkaan – Kepuasan Secara Keseluruhan 41
BAB I
PENGENALAN
1.0 PENGENALAN
Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo,
pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi
dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai
barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Dengan
gelaran "Negeri Di Bawah Bayu" , Sabah tidak sahaja kaya dengan keindahan semulajadi
tetapi ia juga kaya dengan warisan budaya penduduknya.
Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni
sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu.. Masyarakat aslinya terdiri daripada
sekurang-kurangnya 30 kumpulan menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak
kurang daripada 80 dialek. Kumpulan etnik yang utama adalah: Kadazandusun
(merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah), Murut, Paitan, dan Bajau.
Kumpulan penduduk asli yang lain termasuk Bonggi, Iranun, Ida'an dan Brunei. Sebagai
tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Dengan
itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk pelbagai kaum dengan kebudayaan tersendiri.
Muzium merupakan satu jabatan kerajaan yang berfungsi dalam menyimpan
mempamer dan memelihara tinggalan sejarah dan warisan pelbagai kaum ini. Sejak
penubuhan Jabatan Muzium Sabah pada 15 Julai 1965, agensi ini telah melalui pelbagai
perubahan. Dari sebuah muzium yang kecil dan tersorok di sebuah bangunan yang
1
kurang diketahui ramai, kini Jabatan Muzium Sabah terletak megah di atas sebuah
pematang bukit di Bukit Istana Lama yang kini lebih dikenali sebagai Jalan Muzium.
Kepesatan pembangunan yang amat ketara ini telah menjadikan ianya sebagai satu
perhatian destinasi pelancongan yang wajib untuk dilawati dan ini membolehkan Sabah
menjana ekonomi secara langsung melalui aktiviti pelancongan. Hakikatnya, Muzium
Sabah merupakan antara aset dan komoditi utama Negeri Sabah pada masa akan datang
dan mercu tanda kemajuan Negeri Sabah yang menjadi kebangaan rakyat Malaysia di
Sabah.
Rajah 1.1 Peta Sabah
Tanpa Skala
2
1.2 LATAR BELAKANG MASALAH
Muzium Sabah merupakan salah satu destinasi yang dimasukkan dalam pakej
lawatan untuk ‘City Tour’ bagi kebanyakan agensi pelancongan di Kota Kinabalu. Ini
menunjukkan bahawa muzium tidak lagi dilihat sebagai tempat menyimpan tinggalan dan
artifak sejarah tetapi menjadi salah satu tarikan pelancong. Berdasarkan kepada kajian
Weiler dan Hall (1992) pula, pelancongan warisan dilihat sebagai salah satu bentuk
pelancongan yang dapat memberikan pengalaman yang menghibur dan menyeronokkan
di samping memberi pengetahuan.
Secara asasnya, Muzium Sabah ditubuhkan dengan objektif berikut:
a) Untuk menyelamatkan warisan sejarah dan budaya dengan cara memungut,
memelihara, menyimpan dan mempamerkan barang-barang lama dan baru yang
mempunyai nilai-nilai sejarah dan budaya tradisi.
b) Untuk menjalankan penyelidikan dan kajian di dalam beberapa cabang kebudayaan
negeri khasnya supaya penerangan mengenainya dapat disebarkan kepada orang ramai
sebagai bahan pengetahuan dan mendidik serta menyemai semangat cintakan sejarah dan
budaya sendiri.
c) Untuk menjalankan penyelidikan dan kajian persejarahan negeri dan pemuliharaan
terhadap kesan-kesan sejarah yang terdapat di seluruh negeri.
Kerajaan masa kini bukan lagi menganggap muzium sebagai “stor” menyimpan
artifak lama tetapi telah dibangunkan menjadi aset dan destinasi pelancongan utama di
samping membantu serta menggalakkan perkembangan industri pelancongan warisan dan
budaya negeri khasnya dan Malaysia amnya.
3
Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi daripada Muzium Sabah, berikut
adalah peranan yang dimainkan oleh Muzium Sabah kepada masyarakat dan Negara:
a) Muzium sebagai gedung khazanah sejarah dan budaya Negara
b) Muzium sebagai penyebar maklumat dan mendidik masyarakat
c) Memupuk kesedaran masyarakat kepada sejarah dan budaya
sendiri
d) Sebagai institusi pendidikan dan pembelajaran
e) Muzium sebagai satu destinasi pelancongan
Oleh kerana Muzium secara asasnya berfungsi sebagai tempat menyimpan
tinggalan warisan sejarah dan budaya, maka perkhidmatan yang diberikan tidak
berorientasikan pelanggan (customer oriented) seperti destinasi-destinasi pelancongan
yang lain. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan yang ketara di antara fungsi muzium
tradisional dan fungsi kontemporari.
4
Jadual 1.1 Perbezaan Fungsi Muzium Tradisional dan Kontemporari
Fungsi Tradisional Fungsi Kontemporari
Memperolehi, menyimpan, memulihara
dan menginterpretasi artifak-artifak
(tinggalan sejarah) dan warisan
kebudayaan.
Pusat sumber penyebaran ilmu
pengetahuan mengenai sejarah dan alam
semulajadi Malaysia melalui aktiviti
pameran, penerbitan dan khidmat
pendidikan.
(Kementerian Kebudayaan, Kesenian,
Warisan dan Pelancongan, 2000)
Sebagai aset dan komoditi yang menjana
ekonomi secara langsung melalui aktiviti
pelancongan (sebagai satu destinasi
pelancongan).
Oleh kerana fungsi Muzium Sabah bukan lagi sebagai tempat menyimpan warisan
sejarah dan budaya tetapi sebagai salah satu destinasi pelancongan, maka kualiti
perkhidmatan yang diberikan kepada pelancong sangat penting. Ketidakpuasan
pelancong terhadap kualiti yang diberikan boleh menjejaskan terutama dari segi bilangan
pengunjung.
Ini dapat ditunjukkan daripada statistik kedatangan pelawat ke Muzium Sabah
sangat jelas perbezaannya berbanding sebelum tahun 2000. Hanya pada tahun 2006
nampak adanya peningkatan yang ketara ke atas jumlah kedatangan pelawat. Antara
penyebab pengurangan bilangan kedatangan ke Muzium Sabah adalah sebelum tahun
2006 kebanyakan rumah tradisi di Kampung Warisan tidak diselenggara (kerosakan tidak
dibaiki). Walau bagaimanapun, sejak tahun 2006 kebanyakan beberapa rumah tradisi
yang rosak telah diperbaiki semula.
5
Jadual 1.2 Statistik Pelawat Muzium Sabah 2002 – 2006
Tahun Jumlah Pelawat (orang)
2006 203,276
2005 138, 815
2004 153,928
2003 160,341
2002 167,653
2001 206,349
2000 269,812
1999 286,016
1998 286,229
1997 398,464
1996 413,863
Sumber: Unit Latihan dan Lawatan, Muzium Sabah2006
Aspek kekuatan dan kelemahan Muzium Sabah merupakan antara aspek yang
boleh mempengaruhi motivasi pengunjung yang datang. Mengikut Sintiong Gelet
(1996), berikut merupakan kekuatan dan kelemahan Muzium Sabah:
Jadual 1.3 Kekuatan dan Kelemahan Muzium Sabah
Kekuatan Kelemahan
a) kepelbagaian koleksi yang istimewa
b) sokongan kuat kerajaan negeri
c) ada autonomi dalam perancangan
d) sokongan orang awam dan
penyumbang artifak
e) sokongan baik dari pakar luar
negara
f) komitmen pengarah dan pihak
pengurusan
a) kurangnya polisi komprehensif
yang bertulis mengenai koleksi,
pendidikan, pameran dan pasaran
b) dokumentasi koleksi yang lemah
c) latihan profesional yang kurang
terhadap kakitangan
d) kurangnya program extension di
lokasi Kota Kinabalu
e) kekurangan sumber untuk aktiviti
pemasaran
6
f) tiada penyelidikan penilaian ke
atas pengunjung
Daripada kekuatan dan kelemahan yang telah disenaraikan di atas, antara lain
Muzium Sabah tidak pernah membuat penyelidikan untuk melihat sejauhmana
pengunjung berpuashati dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Penilaian ke atas
pengunjung sangat penting bagi mana-mana organisasi untuk memantapkan lagi
perkhidmatan.
Oleh yang demikian, selaras dengan perubahan peranan dan fungsi muzium iaitu
daripada jabatan yang berfungsi sebagai ”stor” tinggalan warisan sejarah dan budaya
kepada destinasi pelancongan, seharusnya aspek kualiti perkhidmatan perlu diambil
perhatian. Ini kerana kualiti perkhidmatan yang diberikan sangat berkaitrapat dengan
tahap kepuasan pelancong.
1.3 MATLAMAT DAN OBJEKTIF
1.3.1 Matlamat Kajian
“KAJIAN INI DIBUAT UNTUK MENILAI TAHAP KEPUASAN PELANCONG
TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MUZIUM SABAH”
1.3.2 Objektif
Berdasarkan kepada matlamat di atas, pengkaji bertujuan mencapai objektif berikut:
• mengenalpasti jangkaan (expectation) pelancong yang melawat Muzium Sabah
• menilai tahap kepuasan (satisfaction) pelancong terhadap perkhidmatan yang
diberikan oleh Muzium Sabah
• mendapatkan pendapat dan cadangan pelancong bagi memperbaiki kualiti
perkhidmatan Muzium Sabah
7
1.4 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini amat penting untuk mengetahui sejauhmana tahap kepuasan pelancong
terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan. Ia sangat penting bagi membolehkan
pihak Muzium Sabah mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam perkhidmatan sedia
ada dan mengambil langkah positif untuk menangani masalah tersebut. Secara langsung
usaha in dapat meningkatkan lagi daya tarikan kepada Muzium Sabah di samping dapat
mencapai tahap kepuasan dan pengalaman pelancong ke tahap yang tinggi. Usaha ini
juga memberi galakan kepada peningkatan pelawat selain menggalakkan pelancong
untuk membuat lawatan berulang ke Muzium Sabah.
1.5 PENDEKATAN KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan berdasarkan kepada kerangka kajian dalam rajah di
bawah (akan dibincangkan lebih lanjut dalam Bab III ):
8
Matlamat dan Objektif Kajian
Kajian Rintis
Pembentukan Soal-selidik Ujian Rintis (Pilot test)
Tidak sesuai
Sesuai
Mengumpul Data
Analisis Data
Kesimpulan dan Cadangan
Rajah 1.2 Kerangka Kajian
9
1.6 DEFINISI OPERASIONAL
Dalam kajian ini beberapa dimensi ditakrifkan secara operasional seperti berikut:
• Perkhidmatan
– Merangkumi perkhidmatan muzium secara keseluruhan termasuk
pameran, kemudahan, suasana persekitaran dan kakitangan
• Warisan
– Warisan dimaksudkan sebagai peninggalan daripada masyarakat zaman
dahulu yang masih disimpan dan dikekalkan sama ada dari segi kebendaan
ataupun cara hidup
• Jangkaan
– Jangkaan pelancong adalah apa yang diharapkan oleh pelancong yang
datang ke Kampung Warisan Muzium Sabah sebelum mereka sampai di
sini
• Kualiti
– Kualiti merujuk kepada mutu aktiviti yang dilaksanakan, spesimen yang
dipamerkan, perkhidmatan oleh kakitangan terlibat, kemudahan-
kemudahan yang disediakan.
• Kepuasan Pelancong
– Kepuasan pelancong bermaksud adakah jangkaan mereka tercapai melalui
pengalaman melawat di Muzium Sabah
10
1.7 KESIMPULAN
Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan warisan budaya, kualiti perkhidmatan
sesebuah destinasi pelancongan sangat penting untuk menarik kedatangan pelancong
terutamanya pelancong berulang. Peningkatan jumlah kedatangan pelancong ini bukan
sahaja menjana ekonomi negara khususnya negeri Sabah tetapi kepada masyarakat
setempat.
11
BAB II
FUNGSI DAN PERANAN MUZIUM
2.0 PENGENALAN
Bab ini merupakan hasil rumusan daripada bahan-bahan bertulis iaitu kajian-
kajian lepas yang berkaitan dan juga melalui maklumat-maklumat bertulis dari muzium-
muzium yang ada di Malaysia mahu pun luar negara. Dalam bahagian ini, ia akan
membincangkan peranan atau fungsi sesebuah muzium. Penumpuan dalam hal ini akan
diberikan kepada fungsi dan peranan muzium secara tradisional iaitu tujuan asal mengapa
muzium diwujudkan. Di samping itu, ia juga akan mengupas tentang fungsi atau peranan
muzium dalam era moden (sekarang) di mana peranan dan fungsi muzium telah
mengalami perubahan mengikut perubahan semasa.
Konsep pelancongan warisan dan budaya juga akan dihuraikan bagi
membolehkan pengkaji lebih memahami tentang perkaitan di antara muzium dan
pelancongan warisan dan budaya.
Seterusnya dalam bab in juga akan membincangkan tentang kajian kes ke atas
muzium di luar Negara dan juga di Malaysia untuk melihat bagaimana berlakunya
perubahan ke atas fungsi muzium di samping melihat perbandingan di antara fungsi
muzium di luar negara dan di Malaysia.
12
2.2 TAKRIFAN
2.2.1 Muzium
Muzium adalah satu institusi yang mengumpul, memulihara, mempamer dan
menginterpretasi ilmu berhubung dengan bahan-bahan artifak sejarah, objek bernilai dan
lain-lain material yang bermakna kepada kebudayaan, kesenian dan warisan Negara bagi
tujuan dinikmati dan dipelajari oleh orang ramai. Jika melihat kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka, muzium bermaksud tempat menyimpan dan mempamerkan benda-benda
bersejarah.
Menurut UK Association of Museums, muzium didefinisikan sebagai “an
institution which collects, documents, preserves, exhibits and interprets material evidence
and associated information for the public benefit” (Kementerian Kebudayaan, Kesenian
dan Pelancongan, 2000).
American Association of Museum (AAM) pula mendefinisikan muzium sebagai
“organized as a public or private nonprofit institution, existing on a permanent basis for
essentially educational and aesthetic purposes that cares for and owns or uses tangible
objects, whether animate or inanimate, and exhibits these on a regular basis, that has at
least one professional staff member or the full time equivalent, and is open to the general
public on a regular basis…at least 120 days per year” (Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan, 2000).
Muzium Negara Malaysia pula mendefinisikan muzium sebagai "a non profit
making, permanent institution in the service of society and of its development, and open
to public which acquires, consignee, researches, communicates and exhibitions for
proposes of study, education and enjoyment, material evidence of people and their
enviroment."
13
2.2.2 Pelancongan Warisan
Mengikut United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization
(UNESCO) dalam persidangan di Paris pada 17 Oktober 1972, warisan terbahagi kepada
dua iaitu warisan kebudayaan dan warisan semulajadi.
a) Warisan Kebudayaan
• Monumen-monumen: kerja-kerja senibina, ukiran monumental, lukisan dan
elemen-elemen atau struktur-struktur arkeologi semulajadi, tulisan (inscript),
penghuni gua dan kombinasi cirri-ciri di mana ia adalah bersifat sejagat daripada
pandangan sejarah, sastera dan sains.
• Bangunan-bangunan: kumpulan pecah atau yang bersangkutan dengan bangunan-
bangunan disebabkan kesenianya, homoginiti atau landskap yang mana ia adalah
bersifat universal daripada pandangan sejarah, sastera dan sains.
• Tapak-tapak: kerja-kerja manusia atau kombinasi di antara semulajadi dan
manusia, kawasan termasuk tapak-tapak arkeologi di mana ia adalah bersifat
sejagat daripada pandangan para sejahterawan, estetik, etnologi atau antrapologi.
b) Warisan Semulajadi
• Ciri-ciri semulajadi yang pembentukannya bersifat fizikal dan biologi yang
bersifat sejagat dari pandangan estetik atau saintifik.
• Pembentukan geologi dan fizikal serta kawasan-kawasan yang menggambarkan
dengan tepat yang mana ia mengandungi habitat yang terancam seperti spesis
binatang dan tumbuh-tumbuhan yang bersifat sejagat dari pandangan sains dan
pemeliharaan.
14
• Tapak-tapak semulajadi atau kawasan-kawasan semulajadi yang menggambarkan
dengan tepat yang bersifat sejagat dari pandangan sains, pemeliharaan atau
kecantikan semulajadi.
Prentice (1993) mendefinisikan “warisan” sebagai landskap, sejarah alam
semulajadi, bangunan, artifak, tradisi budaya dan juga kebiasaan-kebiasaan yang
diperturunkan dari generasi ke generasi, yang boleh dipromosikan sebagai satu produk
pelancongan. Prentice juga mencadangkan agar tapak warisan perlu dibezakan dari segi
jenis warisan iaitu warisan buatan, semulajadi dan warisan budaya.
Berdasarkan kepada definisi ini, maka jelas bahawa warisan merupakan satu aset
pelancongan yang penting. Ini dapat dilihat melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan
oleh Muzium Sabah terutamanya menjelang perayaan-perayaan kebudayaan bagi menarik
ramai pelancong datang. Sebagai contoh, sepanjang bulan Mei Muzium Sabah
mnengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan misalnya tarian, permainan alat-alat
tradisional dan sebagainya untuk tontonan pelancong terutamanya pelancong asing
sempena perayaan Pesta Ka’amatan.
Hall and Zeppel (1990) pula menyatakan bahawa pelancongan warisan merujuk
kepada pelancongan berbentuk pengalaman. Ini kerana pelancongan warisan berkaitan
dengan tarikan secara visual, persembahan-persembahan kesenian, perayaan tradisi, dan
pelawat juga akan melawat tapak, bangunan dan monument-monumen bersejarah.
15
2.3 PERANAN DAN FUNGSI MUZIUM
Selama ini muzium hanya dikenali sebagai sebuah tempat yang menyimpan
barang-barang antik serta tinggalan berharga orang-orang lama. Kewujudan Muzium
Negara, muzium-muzium negeri serta muzium-muzium lain di seluruh pelosok tanah air
masih dikaburi fungsinya oleh segolongan besar rakyat Malaysia. Muzium Negara
berfungsi sebagai penyimpan warisan sejarah dan kebudayaan serta sebagai pusat sumber
penyebaran ilmu pengetahuan mengenai sejarah dan alam semulajadi Malaysia melalui
aktiviti pameran, penerbitan dan khidmat pendidikan. Mengikut kajian yang dijalankan
oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (2000), fungsi muzium
adalah:
• Menyediakan program dan perkhidmatan kepada orang ramai dari aktiviti-aktiviti
memperolehi, pemulihara dan menginterpretasi artifak-artifak bagi tujuan
mendidik dan memberi pengalaman menyeronokkan kepada pengunjung.
Objektif-objektifnya pula adalah:
• Meningkatkan bilangan pengunjung dan pengunjung ulangan
• Menambah bilangan kelab-kelab seni sekolah yang mendapat faedah darinya
• Menambahkan kepelbagaian bidang koleksi
• Memperbaiki kemudahan kepada pengunjung kurang upaya
• Meningkatkan pendapatan dari pembiayaan badan-badan korporat dan menambah
penglibatan orang awam dalam program anjuran mereka
Menurut Lewis (1976), terdapat tiga fungsi utama muzium iaitu:
• menghimpun dan memelihara objek-objek
• menyediakan peluang kepada penyelidikan ke atas objek-objek
• menterjemah menerusi hubungan dengan benda-benda nyata
16
Dewasa ini, rata-rata masyarakat tidak lagi melihat muzium sebagai ”stor”
menyimpan tinggalan sejarah tetapi mula melihat muzium sebagai satu destinasi
pelancongan yang menarik dan informatif. Muzium memainkan peranan penting dalam
pembangunan masyarakat dan negara khususnya dalam sektor pelancongan. Sumbangan
serta peranan muzium yang dizahirkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat
dilihat daripada beberapa aspek.
2.4 SEJARAH MUZIUM DI MALAYSIA
2.4.1 Sejarah Muzium Malaysia
Muzium pertama yang didirikan di Malaysia ialah Muzium Taiping (Arkib
Negara, 1997) iaitu ditubuhkan pada tahun 1883 dengan Leonard Wary sebagai
kontraktor yang pertama. Perkembangan dan peningkatan dalam kepentingan
pengumpulan koleksi artifak, menyebabkan muzium ini tidak dapat menampung koleksi-
koleksi ini lagi. Oleh itu satu muzium besar didirikan iaitu di Kuala Lumpur iaitu
Muzium Selangor yang dirasmikan pada tahun 1888 dan bangunannya siap dibina pada
tahun 1907. Pada tahun 1910, kedua-dua muzium iaitu Muzium Taiping dan Muzium
Selangor telah digabungkan menjadi Muzium Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Walau bagaimanapun, kedua-dua muzium ini telah dipisahkan semula pada tahun
1930 di bawah program pusat kuasa kerajaan British. Pertimbangan dalam pengagihan
kewangan ke atas muzium-muzium ini adalah membuat rancangan-rancangan
penyelidikan dan pendedahan. Hasil Journal Muzium-muzium Negeri-negeri Melayu
Bersekutu telah diterbitkan iaitu sebanyak 19 volume bermula pada tahun 1905 hinggalah
dihentikan penerbitannya pada tahun 1939 disebabkan meletusnya peperangan.
17
Pada 10 Mac 1945, Muzium Selangor telah musnah akibat bom yang dijatuhkan
oleh tentera Amerika Syarikat. Operasi menyelamat terpaksa dilakukan oleh para
pegawai muzium dengan dibantu oleh pegawa-pegawai Jepun untuk memindahkan
artifak-artifak ke Muzium Taiping pada Januari 1946. Pada tahun yang sama ibu pejabat
Pengarah Muzium juga telah berpindak ke Muzium Taiping.
Pada tahun 1959, sejurus selepas merdeka Perdana Menteri Malaysia yang
pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah memberi kuasa kepada arkitek untuk
menyediakan pelan Muzium Kebangsaan. Akhirnya bangunan baru telah dibuka pada
tahun 1963.
Jabatan Muzium yang telah didirikan pada tahun 1963 telah berusaha sedaya
upaya untuk menjadikan muzium terlibat secara aktif dalam pendidikan dan penyebaran
maklumat. Golongan akademik, arkeologi, sejarahwan dan penyelidik diterima sebagai
ahli. Pameran-pameran tematik diadakan untuk mempromosikan kesedaran mengenai
kekayaan kebudayaan negara dan warisan sejarahnya.
2.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG UNTUK MELAWAT MUZIUM
Secara amnya, pelancong yang melawat ke destinasi pelancongan warisan
khususnya muzium didorong oleh pelbagai faktor misalnya minat, pendidikan dan
sebagainya. Menurut Peterson (1994), terdapat tiga sebab utama mengapa seseorang
melawat destinasi pelancongan yang kaya dengan warisan termasuk muzium iaitu:
• Mendapatkan pengalaman di tempat yang berbeza
• Untuk belajar bagaimana kebudayaan dan perayaan kaum lain
• Berkongsi pengalaman dengan orang lain atau mengajar anak-anak mereka
tentang warisan sejarah sesuatu tempat
18
Antara faktor penarik untuk melawat ke muzium pula adalah:
• Persembahan kesenian
• Visual kesenian
• Pameran kebudayaan
• Tarikan-tarikan berkaitan warisan sejarah dan budaya
Bagi menerangkan fungsi dan peranan muzium, pengkaji telah membuat beberapa
kajian kes terhadap beberapa buah muzium di Malaysia dan luar negara seperti berikut:
2.6 KAJIAN KES KE ATAS MUZIUM DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA
Untuk lebih mengetahui dan memahami fungsi dan peranan muzium, beberapa
muzium dalam dan luar negara telah dikaji seperti berikut:
2.6.1 Muzium Negara
Muzium di Malaysia bermula sejak tahun 1883 apabila pemerintahan British
menubuhkan Muzium Perak di Taiping dan Muzium Sarawak di Kuching pada tahun
1888. Berikutnya negeri Selangor menubuhkan Muzium Selangor pada tahun 1907.
Dalam tahun 1959, sejurus selepas Merdeka, kerajaan melantik seorang arkitek untuk
membuat rekabentuk sebuah bangunan khas iaitu Muzium Negara yang akan dibina atas
bekas tapak Muzium Selangor. Bangunan Muzium Negara baru ini terletak di atas sebuah
bukit menunjukkan kehebatan dan kemegahan berunsurkan istana tradisional Raja-Raja
Melayu. Ia telah dirasmikan oleh Yang di Pertuan Agong ke-III Tuanku Syed Putra Al-
Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1963.
19
Muzium Negara kini di bawah pengurusan Jabatan Muzium dan Antikuiti begitu
juga dengan Muzium Sejarah Nasional, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kompleks
Sejarah Perak dan tempat-tempat bersejarah lain yang disenaraikan di bawah Akta
Bendapurba 1976.
Fungsi Muzium Negara adalah:
“Sebagai penyimpan warisan sejarah dan kebudayaan serta sebagai pusat sumber
penyebaran ilmu pengetahuan mengenai sejarah dan alam semulajadi Malaysia melalui
aktiviti pameran, penerbitan dan khidmat pendidikan”.
Rajah 2.1 Muzium Negara
2.6.2 Muzium Negeri Terengganu
Muzium Negeri Terengganu Darul Iman menggariskan beberapa objektif
penubuhannya seperti berikut:
Penubuhan Muzium Negeri adalah berlandaskan kepada beberapa objektif tertentu
sebagai garispandu dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti . Diantaranya adalah:
• Untuk menyelamatkan warisan sejarah dan budaya dengan cara memungut,
memelihara, menyimpan dan mempamerkan barang-barang lama dan baru yang
20
mempunyai nilai-nilai sejarah dan budaya tradisi bercorak Negeri Terengganu
Darul Iman khasnya dan Malaysia amnya.
• Untuk menjalankan penyelidikan dan kajian di dalam beberapa cabang
kebudayaan negeri khasnya supaya penerangan mengenainya dapat disebarkan
kepada orang ramai sebagai bahan pengetahuan dan mendidik serta menyemai
semangat cintakan sejarah dan budaya sendiri.
• Untuk menjalankan penyelidikan dan pemuliharaan terhadap fauna, flora dan
batu-batan yang terdapat di negeri ini.
• Sebagai aset dan destinasi pelancongan utama disamping membantu serta
menggalakkan perkembangan industri pelancongan negeri khasnya dan Malaysia
amnya.membantu serta menggalakkan perkembangan industri pelancongan negeri
Terengganu.
Dari segi peranan muzium pula, Muzium Negeri Terengganu berperanan dalam aspek-
aspek berikut:
a) Muzium Sebagai Gedung Khazanah Sejarah Dan Budaya Negara
• Menyimpan sejarah dan khazanah budaya negara seperti tinggalan bahan-bahan
catatan, surat-surat perjanjian, barang-barang peribadi tokoh tertentu dan
sebagainya
b) Muzium Sebagai Medium Penyebaran Maklumat Dalam Mendidik
Masyarakat
• Pameran di muzium adalah satu cara penyampaian maklumat kepada masyarakat.
Hasil penyelidikan dan kajian ilmiah yang dijalankan diterbitkan dalam bentuk
buku, monograf, jurnal dan lain-lain lagi untuk diedar disalurkan ilmu
pengetahuan kepada masyarakat keseluruhannya.
c) Muzium Sebagai Daya Tarikan Pelacong Dalam dan Luar Negara
21
2.6.3 Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
Melaka merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai paling banyak muzium.
Sebanyak 15 buah muzium yang dikendalikan oleh pihak kerajaan dan swasta. Antara
muzium yang popular adalah Muzium Kesultanan Melaka, Muzium Belia, Muzium
Gabenor, Muzium Maritim, Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia, Muzium Sastera,
Muzium Rakyat, Muzium Kiecantikan, Muzium Warisan Baba dan Nyonya, Galeri Seni
dan Memorial Kemerdekaan. Kesemua muzium ini merupakan tempat tumpuan setiap
pelancong yang berkunjung ke Melaka. Hasil kerjasama pihak kerajaan dan swasta,
muzium ini dapat berkembang.
Rajah 2.2 Rajah 2.3 Muzium Samudera
Muzium Yang Dipertua Negeri
Muzium-muzium ini bukan sahaja berperanan untuk menyimpan tinggalan sejarah
Melaka malah menjadi nadi penting kepada sektor pelancongan negeri ini. Ini
menunjukkan bahawa telah berlakunya perubahan ke atas peranan dan fungsi muzium
dari fungsi tradisional kepada era moden yang bersifat komersil.
22
2.6.4 Guggenheim Museum Bilbao, Sepanyol
Muzium Guggenhiem dibuat daripada kaca, titanium dan limestone
Muzium Guggenhiem Bilbao merupakan salah satu muzium yang paling terkenal
dengan seni binanya yang unik. Ia bercirikan moden dan kontemporari dan menjadi
tumpuan pelancong dari seluruh dunia semata-mata untuk melihat keindahan seni
binanya yang dihasilkan oleh Frank O.Gehry dari Amerika Utara.
Muzium yang unik ini berkeluasan 32,500 kaki persegi dan terletak di tengah-tengah
Bilbao.
Muzium Guggenheim, Bilbao Sepanyol
23
Bangunan muzium ini dibina sedemikian rupa untuk menarik pelancong.
Pameran yang terdapat di muzium ini juga sangat menarik dan selalu ditukar. Ini selaras
dengan fungsi utamanya sebagai tempat tumpuan pelancong secara global. Kawasan
pameran berkeluasan 11,000 meter persegi yang mengandungi 19 galeri pameran. Ia
merupakan sebuah muzium interaktif yang menggunakan teknologi yang paling canggih.
Koleksi tetap muzium terdiri daripada kesenian abad ke-20, lukisan-lukisan tradisional
dan klasik.
Muzium Guggenhiem lebih menekankan kepada kepentingan komersil dan
pelancongan walaupun ia masih banyak mengekal dan menyimpan tinggalan sejarah. Ini
menunjukkan bahawa muzium di Barat lebih berperanan sebagai satu destinasi
pelancongan antarabangsa.
Jika dibandingkan dengan muzium di Malaysia, perbezaan terutaman dari segi
fungsi dan peranan muzium adalah sangat ketara. Di Malaysia muzium masih berada di
bawah jabatan kerajaan berbanding di negara Eropah di mana pihak swasta yang
memainkan peranan penting untuk membangunkan sesebuah muzium.
Selain itu, rekabentuk muzium di Malaysia kesemuanya hampir sama dari segi
struktur dan senibinanya. Kaedah pameran yang hampir sama di kebanyakan muzium
menjadikannya kurang menarik. Ini disebabkan oleh fungsi asal muzium hanya untuk
menyimpan warisan dan tinggalan sejarah.
24
2.7 KESIMPULAN
Muzium Sabah, lebih kepada unsur warisan kebudayaan. Ini dapat dilihat melalui
bahan-bahan tinggalan sejarah yang dipamerkan di bangunan utama, tinggalan tamadun
Islam di Muzium Tamadun Islam, galeri seni yang terletak bersebelahan dengan
bangunan utama (Balai Seni Lukis Sabah), Kampung Warisan yang menempatkan 10
buah rumah tradisional dan taman botani.
Daripada kajian-kajian sebelum ini, jelas bahawa fungsi dan peranan muzium
bukan sekadar tempat menyimpan artifak-artifak sejarah sahaja malah kini telah menjadi
satu destinasi pelancongan pelancong. Oleh itu, tidak hairanlah jika dilihat bahawa
kebanyakan muzium di Malaysia sekarang sedang berusaha untuk menyediakan
perkhidmatan yang selaras dengan keperluan pelancong-pelancong yang datang
berkunjung.
Secara ringkasnya dapat disimpulkan peranan dan fungsi muzium seperti berikut:
Jadual 2.1 Peranan dan Fungsi Muzium
Fungsi Tradisional Fungsi Kontemporari (Moden)
1. Menyimpan dan memelihara
artifak/tinggalan sejarah dan warisan
2. Membuat penyelidikan ke atas
tinggalan sejarah dan warisan
3. Mempamer dan meninterpretasi
artifak/tinggalan sejarah dan warisan
1. Sebagai satu destinasi tarikan pelancong
2. Pusat penyebaran dan pendidikan kepada
Masyarakat
3. Menyimpan, memulihara dan
mempamerkan sejarah dan khazanah
budaya negara
Sumber: Kajian Lapangan 2007
25
BAB III
PENDEKATAN KAJIAN
3.0 PENGENALAN
Bab ini bertujuan untuk menerangkan metodologi yang digunakan untuk
mencapai objektif kajian. Bahagian ini menerangkan tentang kawasan kajian, pemilihan
sampel, kaedah pengumpulan data, dan prosedur analisis data.
3.2 KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang telah dipilih oleh penyelidik adalah Muzium Sabah yang
terdiri daripada Bangunan Pameran Utama, Kampung Warisan, Balai Seni Lukis Sabah
(Galeri Seni) dan Taman Botani. Kampung Warisan terletak di kawasan Taman
Etnobotani Muzium Sabah di dalam kawasan seluas 1.5 hektar. Sehingga 2006 terdapat
10 buah rumah di Kampung Warisan iaitu Rumah Bonggi, Rumah Panjang Rungus,
Rumah Murut, Rumah Dusun Tambunan, Rumah Bajau, Rumah Bisaya, Rumah Lotud,
Rumah Brunei, Rumah Bot Lipa-Lipa dan Rumah Pekebun Cina. Balai Seni Lukis Sabah
(BSLS) terletak bersebelahan dengan bangunan utama. BSLS mempamerkan hasil-hasil
seni pelukis seluruh Malaysia.
26
Rajah 3.1 Kawasan Kajian
A - Bangunan utama B - Balai Seni Lukis C - Pusat Sains & Teknologi D – Kampung Warisan E - Pusat Konservasi F - Kedai Cenderahati G - Taman Botani H - Tempat Letak Kereta I - Kafeteria
27
N
I3.3 KERANGKA KAJIAN
Matlamat dan Objektif Kajian
Kajian Rintis
Pembentukan Soal-selidik Ujian Rintis (Pilot test)
Tidak sesuai
Sesuai
Mengumpul Data
Analisis Data
Kesimpulan dan Cadangan
Rajah 3.1 Kerangka Kajian
Kajian ini dilaksanakan melalui empat langkah iaitu:
i. Langkah 1 - Kajian Rintis
Kajian rintis termasuklah pengenalan tentang aktiviti yang dilaksanakan oleh
muzium-muzium di Malaysia. Ia turut mendefinisikan tentang apakah yang
dimaksudkan dengan peranan muzium dalam memelihara dan memperkenalkan
warisan dan kebudayaan Sabah kepada para pelancong. Ia turut membincangkan
kajian-kajian yang pernah dibuat oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.
28
ii. Langkah 2 - Rangka Kerja dan Rekabentuk Kajian
Seterusnya, dalam langkah kedua ia akan menentukan rangka kerja kajian
termasuklah mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah, instrumen kajian
dan teknik analisis.
Berikut adalah persoalan-persoalan kajian yang perlu dijawab bagi menjawab
persoalan asas:
• Apakah jangkaan pelancong terhadap lawatan mereka ke Muzium Sabah?
• Adakah pelancong berpuashati dengan lawatan mereka di Muzium Sabah?
• Apakah cadangan-cadangan pelancong untuk meningktkan kualiti perkhidmatan?
Pembolehubah-pembolehubah bagi kajian ini adalah seperti berikut:
• Jangkaan pelancong
• Kualiti Perkhidmatan Muzium Sabah
• Tahap kepuasan pelancong
Instrumen kajian yang akan digunakan semasa mengumpul data adalah:
a. Kajian soal-selidik (terhadap pelancong yang melawat Muzium Sabah )
b. Temubual separa berstruktur dengan kakitangan Muzium Sabah
c. Desk study (mengkaji data kedatangan pelancong, maklumat bertulis
yang diterbitkan oleh Muzium Sabah dan sumber-sumber lain serta
meneliti kajian sebelumnya)
29
iii. Langkah 3 - Analisis
Teknik yang digunakan untuk kajian ini adalah SERVQUAL (Zeithaml, Parasuraman &
Berry, 2007) . Terdapat lima dimensi dalam teknik ini iaitu:
a) Tangible – kemudahan secara fizikal, kelengkapan, kakitangan dan komunikasi
(kakitangan yang ramah, mendengar masalah pelawat dan komen mereka)
b) Boleh dipercayai (reliability) – kemampuan untuk melaksanakan perkhidmatan
seperti yang telah dijanjikan dengan tepat dan dipercayai
c) Sambutan (responsiveness) – kesediaan untuk membantu pelawat dan
memberikan perkhidmatan sebaik mungkin
d) Jaminan (asurance) – kakitangan yang berpengetahuan dan cekap serta
kemampuan yang meyakinkan (termasuk memberi jaminan untuk pelawat
merasa selamat)
e) Empati – mengambilberat dan memberi perhatian secara individu kepada setiap
pelawat, memahami keperluan pelawat
Selepas soalan kaji selidik yang tidak lengkap diasingkan, data akan dianalisis
menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS).
iv. Langkah 4 - Kesimpulan dan Cadangan
Ahkir sekali dapatan dan kesimpulan akan digunakan untuk mencadangkan
perkara-perkara yang boleh meningkatkan lagi perkhidmatan dan mutu
Muzium Sabah sebagai tarikan pelancong terutamanya mereka yang
berminat dengan pelancongan warisan dan budaya.
Selain itu, cadangan ini boleh digunakan oleh pihak Muzium Sabah dalam
merangka aktiviti-aktiviti yang bersesuaian pada masa akan datang.
30
3.4 KAEDAH PENGUMPULAN DATA PRIMER
3.2.1 Temubual Dengan Responden
Temuduga telah dijalankan terhadap staf Muzium Sabah iaitu En. Dius
Kubud iaitu Pegawai Latihan dan Lawatan, pelancong tempatan dan juga
pelancong asing.
3.2.2 Pemerhatian (observation)
Pengkaji membuat pemerhatian ke atas perkhidmatan yang diberikan
kepada para pelawat. Pengkaji sendiri melawat ke kawasan kajian dan
membuat pemerhatian selama seminggu.
3.2.3 Kajian Soal Selidik (Questionnaires)
Sebanyak 150 soalan kaji soal selidik yang diedarkan kepada responden.
Semua soalan berbentuk skala Likert (lima skala: 1 = sangat
mengecewakan, 2 = mengecewakan, 3 = sederhana, 4 = baik dan 5 =
cemerlang). Soalan kaji selidik dibuat seringkas yang mungkin bagi
memudahkan responden menjawab serta menarik minat mereka untuk
menjawab semua soalan. Walau bagaimanapun, soalan yang dibuat
adalah menepati kehendak objektif kajian.
Kajian soal selidik terdiri daripada empat bahagian. Bahagian pertama
adalah profil responden, bahagian kedua adalah jangkaan responden
terhadap lawatan mereka di Muzium Sabah, bahagian ketiga adalah tahap
kepuasan terhadap kualiti perkhidmatan dan bahagian terakhir adalah
cadangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
31
3.5 KAEDAH PENGUMPULAN DATA SEKUNDER
Terdapat beberapa cara pengumpulan data sekunder seperti berikut:
3.3.1 Koleksi perpustakaan Muzium Sabah
3.3.2 Perpustakaan Negeri Sabah
3.3.3 Lembaga PenggalakanPelancongan Sabah (STPC)
3.3.4 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia
3.3.5 Artikel-artikel internet
3.6 REKABENTUK KAJIAN
3.6.1 Teknik Persampelan
Semua 150 soalan kaji selidik diedarkan mengikut teknik persampelan
berdasarkan kepada asal pelancong seperti berikut:
a) 40% untuk pelancong asing
b) 30% untuk pelancong tempatan (luar Sabah)
c) 30% untuk pelancong tempatan (Sabah)
Tempoh kajian ke atas sampel akan dilaksanakan dalam masa satu minggu
dan bermula pukul 10.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Pelancong yang
berumur di bawah 18 tahun tidak akan diambil sebagai responden.
Pelancong akan diterangkan tentang tujuan kajian dan mereka juga diberi
cenderahati selepas menjawab soalan kajian.
Data dikumpul di empat (4) tempat yang berbeza iaitu:
a) Muzium Sabah (dewan pameran utama)
b) Kampung Warisan
c) Taman Botani
32
d) Balai Seni Lukis Sabah
3.7 PILOT TEST
Kajian soal selidik disemak dan bagi menguatkan kesahan soalan, soalan kaji
selidik terlebih dahulu diedarkan kepada 15 orang pelajar di Jabatan Hospitaliti
Politeknik Johor Bahru. Daripada respon yang diterima, soalan kaji selidik diubah
semula. Selepas itu, soalan kaji selidik telah dicuba kepada 25 orang lagi pelancong di
Muzium Sabah kira-kira dua minggu sebelum kajian sebenar dilakukan. Tujuan utama
pilot test ini adalah bagi memastikan soalan-soalan dapat difahami dan dijawab oleh
responden.
3.9 KESIMPULAN
Hasil daripada analisis kajian akan membolehkan pengkaji menilai sejauhmanakah
tahap kepuasan pelancong terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh Muzium
Sabah. Hasil kajian ini diharapkan dapat digunakan oleh pihak muzium dalam
mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan.
33
BAB IV
DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS
4.0 PENGENALAN
Bab ini akan meneliti dan menganalisis jawapan dan reaksi pengunjung mengenai
kawasan kajian dari segi kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh Muzium Sabah.
Dalam bab ini, ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:
a) Analisis profil responden
b) Jangkaan pelawat terhadap lawatan mereka di Muzium Sabah (dimensi
tangible, reliability, sambutan, jaminan dan empati)
c) Tahap kepuasan pengunjung terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan
oleh Muzium Sabah (dimensi tangible, reliability, sambutan, jaminan dan
empati)
d) Komen dan cadangan pelawat bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan
4.2 ANALISIS PROFIL RESPONDEN
Seramai 158 orang responden telah diberikan soalan kaji selidik. Secara keseluruhannya
analisis responden merangkumi aspek seperti seperti jantina, umur, asal, taraf pendidikan,
pekerjaan, berapa kali telah melawat, cara lawatan, purata masa lawatan, sebab lawatan
34
dan bagaimana mengetahui Muzium Sabah. Pengkaji akan menggunakan kaedah jadual,
rajah dan carta supaya ia mudah difahami.
a) Jantina responden
Majoriti responden adalah
wanita iaitu 59.5%, manakala
responden lelaki 40.5%.
0.00%
20.00%
40.00%
60.00%
Lelaki Wanita
Peratus
Jantina
b) Umur
Majoriti daripada responden
adalah berumur di antara 30
hingga 39 tahun iaitu sebanyak
45%.
Umur4%
34%
45%
10%
5% 2%
Bawah 20
20-39
30-39
40-49
50-59
60 ke atas
c) Taraf Pendidikan
Responden yang paling ramai
adalah berkelulusan sijil atau
diploma iaitu 44% dan sekolah
35
menengah sebanyak 40%.
Taraf Pendidikan
3%
40%
44%
13%
Sekolah RendahSekolah MenengahSijil/DiplomaSarjana Muda
d) Pekerjaan
Majoriti responden bekerja
dalam peringkat profesional
iaitu 50%. Kedua tertinggi
adalah bekerja dalam bahagian
penadbiran atau pengurusan
iaitu 30%.
Pekerjaan
0.00%10.00%20.00%30.00%
40.00%50.00%60.00%
Profes
ional
Pentad
biran/P
engu
rusan
Pakaian
Berunifo
rm
Pendid
ikan
Pelajar
Bekerja
Sendiri
Suri R
umah
Bersara
e) Asal
Responden yang berasal dari
Sabah merupakan responden
paling ramai iaitu sebanyak
57% diikuti dengan responden
dari Sarawak dan Semenanjung
Malaysia sebanyak 28%.
Asal
57%28%
11%
4% 0%Sabah
Sarawak &SemenanjungMalaysiaEropah
Taiwan/China
ASEAN
36
f) Kekerapan melawat
Majoriti responden adalah
terdiri daripada mereka yang
pertama kali melawat Muzium
Sabah iaitu sebanyak 72%.
Kekerapan Melawat
0.00%10.00%20.00%30.00%40.00%50.00%60.00%70.00%80.00%
PertamaKali
2 - 3 kali 4 - 5 kali Lebih 5 kali
g) Cara Lawatan
Sebahagian besar responden
datang sendiri ke Muzium
Sabah iaitu sebanyak 84%.
Hanya 12% yang datang
menggunakan agen
pelancongan.
0.00%10.00%0.00%
30.00%40.00%50.00%60.00%70.00%80.00%90.00%
2
DatangSendiri
AgensiPelancongan
LawatanRasmi
Cara Lawatan
37
h) Sebab Lawatan
Sebab utama pelawat datang ke
Muzium Sabah adalah untuk
melihat pameran bersama
keluarga iaitu sebanyak 92%.
Sebab Lawatan
0.00%10.00%20.00%30.00%40.00%50.00%60.00%70.00%80.00%90.00%
100.00%
Meliha
t Pam
eran
Pendid
ikan
Berjum
pa S
eseo
rang
Minat
Lain-la
in
i) Bagaimana Mengetahui
Muzium Sabah
Sebahagian besar iaitu 73%
pelawat mendapat maklumat
tentang Muzium Sabah melalui
rakan atau saudara-mara.
0.00%10.00%20.00%30.00%40.00%50.00%60.00%70.00%80.00%
AgensiPelancongan
Rakan atauSaudara
BukuPanduan
Pelancongan
Bagaimana Mengetahui Muzium Sabah
j) Tempoh Lawatan
Sebanyak 53% responden
berada di Muzium Sabah di
antara 1 hingga 2 jam.
Sebahagian lagi iaitu 44%
melawat selama 30 minit hingga
1 jam. Hanya sebahagian kecil
yang melawat lebih dari 2 jam.
0.00%
10.00%
20.00%
30.00%
40.00%
50.00%
60.00%
Kurang30
minit
1hingga2 jam
Lebih 3jam
Tempoh Lawatan
38
4.2 ANALISIS JANGKAAN DAN KEPUASAN PELANCONG KE ATAS
KUALITI PERKHIDMATAN MUZIUM SABAH
Analisis untuk melihat perbezaan di antara jangkaan dan kepuasan pelancong
terhadap kualiti perkhidmatan Muzium Sabah adalah menggunakan teknik SERVQUAL.
Tahap jangkaan dan kepuasan diukur menggunakan skala Likert berdasarkan 5 dimensi
iaitu:
• Tangible
• Sambutan (responsiveness)
• Assurance
• Reliabiliti
• Empati
39
Jadual 4.1: Jangkaan dan Kepuasan Pelancong Terhadap Kualiti Perkhidmatan
Muzium Sabah (Dimensi SERVQUAL)
Aspek Me Ms Ms-Me J
Tangible
Pameran 3.03 4.13 1.15 158
Informasi 3.97 3.59 -0.38 158
Kelancaran lawatan 3.51 3.39 -0.12 158
Kebersihan 3.31 3.05 -0.26 158
Keselesaan 3.29 3.41 0.19 158
Makanan 3.05 2.07 -0.98 158
Tempat letak kereta 3.96 3.69 -0.27 158
Kecekapan 3.45 3.13 -0.32 158
Kedai cenderahati 2.13 2.97 0.84 158
Kantin 3.96 2.35 -1.61 158
Lokasi 2.93 3.13 0.20 158
Jaminan (assurance)
Keramahan 3.81 4.13 0.32 158
Keselamatan 3.43 3.52 0.09 158
Empati
Megambil berat keperluan
pelancong
3.73 4.13 0.40 158
Reliabiliti
Menarik 3.96 3.41 -0.55 158
Unik 3.55 2.67 -0.88 158
Responsiveness
Sambutan 3.57 3.69 0.12 158
Nota: Me – Min JangkaanMs – Min KepuasanJ - Jumlah
Sumber: Kajian lapangan, 2007.
40
i) Dimensi Tangible
Secara keseluruhannya, item dalam dimensi ini masih tidak memuaskan
pelancong. Hanya item lokasi sahaja yang mendapat respon positif dari semua responden
(0.00). Walau bagaimanapun, item pameran (-0.01) dan galeri seni (-0.01) juga
mendapat respon yang positif kerana hanya sebahagian kecil responden sahaja yang
kurang berpuashati. Kantin muzium mendapat respon yang paling teruk (-1.61) yang
menunjukkan bahawa hampir semua responden tidak berpuashati dengan kualiti kantin.
Selain itu, kedai cenderahati (-0.76) dan taman botani (-0.55) juga antara item yang tidak
memuaskan hati pelawat.
ii) Dimensi Reliabiliti
Dapat dilihat dengan jelas bahawa responden berpuashati dengan keunikan
Muzium Sabah (0.11). Walau bagaimanapun, terdapat responden berpendapat bahawa
Muzium Sabah kurang menarik (-0.18).
iii) Jaminan (Assurance)
Kedua-dua item dalam dimensi ini iaitu kakitangan yang ramah semasa
menjalankan tugas (-0.03) dan tahap keselamatan di Muzium Sabah (-0.01) secara
keseluruhannya memuaskan hati pelawat. Namun, sebahagian kecil daripada responden
yang disoal selidik masih berpendapat bahawa tahap keselamatan dan keramahan
kakitangan masih kurang memuaskan.
41
iv) Dimensi Sambutan (Responsiveness)
Boleh dikatakan bahawa tahap kualiti sambutan terhadap pelawat yang datang ke
muzium masih kurang memuaskan (-0.30). Ini mungkin disebabkan oleh tiadanya
kakitangan bertugas terutamanya di Kampung Warisan dan Taman Botani.
v) Dimensi Empati
Walaupun dari segi sambutan kebanyakan responden kurang berpuashati, namun
semua responden berpendapat bahawa kakitangan bertugas mengambil berat keperluan
pelawat (0.00).
Rajah 4.1 berikut menunjukkan perbandingan atribut bagi kualiti perkhidmatan
Muzium Sabah, yang menunjukkan kepuasan pelawat, perbezaan di antara jangkaan dan
kepuasan serta ketidakpuasan pelawat melalui Grid Jangkaan – Kepuasan.
42
Rajah 4.1 Grid Jangkaan - Kepuasan
Kepuasan
Jan
gka
anParkingkebersihankeselesaankeselamatanpamerankelancarankedaimakananpelbagaiberpatutanunikmenarikinformasikecekapankeramahanbertanggungjawabmengambilberatsambutanlokasi
Sumber: Kajian Lapangan 2007.
Dalam rajah di atas, paksi X mewakili kepuasan yang mana semakin ke kanan
bermakna semakin tinggi tahap kepuasan pelancong. Manakala paksi Y mewakili
jangkaan pelancong iaitu semakin tinggi (ke atas) bermakna tahap jangkaan pelancong
adalah tinggi. Berdasarkan kepada Grid Jangkaan – Kepuasan, dapat dilihat bahawa
jangkaan pelancong terhadap artibut ”parking” atau tempat letak kereta adalah rendah
namun tahap kepuasan adalah agak tinggi. Sebaliknya pelancong mempunyai jangkaan
yang tinggi terhadap artibut ”makanan” tetapi tahap kepuasan adalah sangat rendah.
43
Rajah 4.2 Grid Jangkaan - Kepuasan
Jangkaan tinggi
Kepelbagaian Menarik Makanan Keselesaan Keunikan Keselamatan Kelancaran lawatan Sambutan Lokasi Keramahan Kecekapan Mengambilberat Kebersihan Pameran
Kedai Parking Kepelbagaian Berpatutan
Kepuasan tinggi
Kepuasan rendah
Jangkaan rendah
Berdasarkan kepada empat kawasan kajian utama iaitu Bangunan Pameran
Utama, Balai Seni Lukis (Galeri Seni), Kampung Warisan dan Taman Botani,
perbandingan ke atas jangkaan dan kepuasan bagi setiap lokasi dapat ditunjukkan dalam
Rajah 4.3 iaitu jangkaan kepuasan yang tinggi adalah Taman Botani. Walau
bagaimanapun, setelah melawat di keempat-empat lokasi kajian, pelancong tidak
berpuashati dengan lawatan mereka di Taman Botani dan Kampung Warisan manakala
pelancong sangat berpuashati dengan lawatan mereka di Bangunan Pameran Utama dan
Balai Seni Lukis.
Berdasarkan kepada temubual pengkaji, kebanyakan pelancong mempunyai
jangkaan yang tinggi ke atas lawatan mereka di Taman Botani dan Kampung Warisan
berdasarkan lawatan mereka di tempat lain (antara yang dinyatakan adalah Kampung
Budaya Sarawak dan Taman Pertanian Tenom Sabah).
44
Rajah 4.3 Grid Jangkaah – Kepuasan Secara Keseluruhan
Kepuasan
Jang
kaan
utamasenitamankampung
Sumber: Kajian Lapangan 2007
45
4.3 KOMEN KESELURUHAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN
a) Yuran masuk
Sebanyak 90% responden berpuashati
dengan yuran masuk yang dikenakan
sekarang iaitu RM2.00 dewasa bagi
orang tempatan dan RM 15.00 dewasa
bagi pelawat asing.
Yuran Masuk
0.00%10.00%20.00%30.00%40.00%50.00%60.00%70.00%80.00%90.00%
100.00%
Sangat Berpuashati
Berpuas hati Kurang BerpuasHati
Tidak Berpuashati
b) Berpuashati dengan lawatan
Secara keseluruhannya, hampir semua
responden atau 90% berpuashati
dengan lawatan ke Muzium Sabah.
Berpuashati Dengan Lawatan di Muzium Sabah
0.00%10.00%20.00%30.00%40.00%50.00%60.00%70.00%80.00%90.00%
100.00%
SangatBerpuashati
Berpuashati KurangBerpuashati
TidakBerpuashati
c) Mencadangkan tempat ini
untuk dilawati
Hanya 85% sahaja daripada responden
yang mahu mencadangkan tempat ini
kepada rakan atau saudar-mara.
0.00%10.00%20.00%30.00%40.00%50.00%60.00%70.00%80.00%90.00%
Ya Tidak
Mencadangkan Tempat Ini Untuk Dilawati
46
d) Melawat Semula
Sebanyak 74.9% daripada responden
menyatakan inginmelawat semula.
Selebihnya iaitu 24.1% tidak
bercadang untuk melawat semula pada
masa depan.
0.00%
10.00%
20.00%
30.00%
40.00%
50.00%
60.00%
70.00%
80.00%
Ya Tidak
Melawat Semula
4.4 PENDAPAT DAN CADANGAN PELAWAT
Soalan ini bertujuan untuk mendapatkan respon daripada pelawat tentang
bagaimana Muizum Sabah dapat meningkatkan lagi kualit perkhidmatan. Tidak semua
responden menjawab soalan ini. Ada juga responden yang memberi lebih dari dua
cadangan. Cadangan-cadangan tersebut dapat dirumuskan seperti dalam Jadual 4.3
berikut:
47
Jadual 4.3 Pendapat dan Cadangan Pelawat
*N = 158 Pendapat dan Cadangan Pelawat
*n %
1. Menyediakan kakitangan bertugas di setiap rumah tradisi 34 21.5
2. Menyediakan kakitangan bertugas di Taman Botani 18 11.3
3. Menambah jumlah tandas di Kampung Warisan dan Bangunan Utama 87 55
4. Menyediakan pusat pertolongan cemas di kawasan muzium 6 3.7
5. Memperbaiki tangga-tangga dan denai di Taman Botani 59 37.3
6. Membuka kafeteria baru yang lebih luas dan berhawa dingin 114 72.1
7. Membesarkan lagi kedai cenderahati 50 31.6
8. Menyediakan kakitangan yang bertindak sebagai pemandu pelancong
terutama kepada pelawat asing yang datang tanpa pemandu pelancong
13 8.2
9. Menyediakan kaunter informasi di setiap lokasi 65 41.1
10. Penyelenggaraan lebih baik ke atas rumah tradisi dan Taman Botani 23 14.5
11. Menambah pondok rehat di Taman Botani 21 13.2
Nota: *N=jumlah responden, *n=jumlah responden yang menjawab soalan ini
Sumber: Kajian lapangan, 2007
Daripada jadual di atas, sebahagian besar responden memberi cadangan untuk
membuka kafeteria yang baru yang lebih selesa (114 orang). Kafeteria yang sedia ada
sememangnya sangat daif dan lebih berbentuk gerai makan. Tambahan pula ia dibuat
secara terbuka menyebabkan lalat mudah masuk. Ini diikuti dengan cadangan supaya
disediakan lebih banyak tandas awam sama ada di bangunan utama atau di Kampung
Warisan dan lokasi lain. Setakat ini hanya terdapat satu tandas di Tingkat 1 bangunan
utama dan satu lagi di Kampung Warisan. Walau bagaimanapun, tandas di Kampung
Warisan kurang diselenggara dengan baik.
Responden turut mencadangkan agar disediakan kaunter informasi bagi semua
lokasi untuk memudahkan pelawat (65 orang). Sebahagian lagi (59 orang)
48
mencadangkan supaya tangga dan denai di kawasan taman botani diperbaiki untuk
keselamatan dan keselesaan pelawat.
4.5 KESIMPULAN
Kesimpulannya, melalui analisis dapatan kajian ini, walaupun terdapat atribut-
atribut yang tidak memuaskan hati pelawat, namun secara keseluruhannya hampir semua
responden berpuashati dengan lawatan mereka di Muzium Sabah.
Berikut merupakan rumusan yang dapat dibuat hasil daripada analisis kajian:
• Sebanyak 14% daripada responden terdiri daripada pelawat asing dari Taiwan dan
Eropah. Selebihnya adalah pelancong tempatan.
• Sebahagian besar responden yang disoal selidik merupakan mereka yang melawat
Muzium Sabah kali pertama iaitu sebanyak 72.2%.
• Hampir setengah daripada responden atau 45% terdiri daripada mereka yang
berusia dalam lingkungan 30 hingga 39 tahun.
• Sebahagian besar daripada responden terdiri daripada mereka yang berkelulusan
sijil atau diploma dan bekerja sebagai ahli profesional dan juga bekerja dalam
bidang pentadbiran atau pengurusan.
• Secara keseluruhannya, pelawat terdiri daripada mereka yang datang sendiri untuk
melihat pameran di samping bercuti dengan keluarga.
• Secara keseluruhannya, hampir semua responden berpuashati dengan lawatan
mereka di Muzium Sabah.
• Perkara yang paling tidak memuaskan hati pelawat adalah kafeteria muzium.
Bangunan kafeteria yang sedia sememangnya tidak sesuai. Selain kakitangannya
yang tidak berpakaian kemas, keadaan di belakang kafeteria agak kotor dan
mencacatkan pandangan.
49
• Pelawat asing yang datang tanpa pemandu pelancong kurang berpuas hati kerana
tiada kaunter informasi disediakan. Akibatnya mereka kurang memahami selok-
belok kawasan muzium dan ada di antaranya yang mengambil masa yang lama
untuk mencari jalan keluar dari Taman Botani.
• Sebahagian besar pelawat kurang berpuashati dengan kedai cenderahati yang ada
sekarang. Loaksinya adalah sesuai tetapi pilihan barangan adalah terhad di
samping harganya yang agak mahal.
• Rumah-rumah tradisi agak terbiar (tidak dikawal) dan tidak diselenggara dengan
baik. Tiada kakitangan yang di tempatkan di setiap rumah tradisi dan ini boleh
mendorong mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri spesimen yang
dipamerkan.
• Laluan atau denai pejalan kaki di kawasan Taman Botani menuju ke Kampung
Warisan juga kurang memuaskan pelawat. Ini kerana tanga dibuat daripada kayu
dan ada juga kawasan denai yang kurang selamat dilalui terutamanya selepas
hujan.
• Proses pengubahsuaian yang dilakukan sedikit sebanyak mengganggu keselesaan
pengunjung. Ini kerana selama dua hari semasa kaji selidik dijalankan
peenyaman udara di bangunan pameran utama tidak berfungsi. Ini menyebabkan
pelawat tidak bertahan lebih lama untuk berada di dalam dewan pameran utama.
50
BAB V
CADANGAN
5.0 PENGENALAN
Bab ini merupakan cadangan terhadap analisis kajian yang telah dilaksanakan. Selain
daripada komen dan cadangan pelawat, cadangan ini juga adalah hasil pemerhatian
pengkaji serta temubual dengan kakitangan Muzium Sabah.
5.2 CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN
Cadangan bagi memperbaiki kualiti perkhidmatan Muzium Sabah dibuat mengikut lokasi
pameran seperti berikut:
ISU / MASALAH CADANGAN
BANGUNAN PAMERAN UTAMA
• Pengunjung tidak tahu
bagaimana mendapatkan
maklumat atau informasi lebih
lanjut tentang Muzium Sabah.
• Pelancong asing yang datang
sendiri sukar untuk melawat
• Menyediakan satu kaunter informasi di
hadapan pintu masuk bangunan utama.
Kaunter informasi perlu dilengkapkan
dengan brosur dan peta lokasi kawasan
Muzium.
• Menyediakan petugas khas sebagai
pemandu pelancong terutama bagi
51
kawasan-kawasan Muzium dan
kurang memahami tentang
bahan-bahan yang dipamerkan.
• Pelancong selesa kerana hanya
kurangnya tandas awam. Hanya
terdapat satu tandas awam di
tingkat bawah bangunan
pameran utama.
• Staf yang bertugas di ruang
pameran kurang mahir dalam
komunikasi terutamanya Bahasa
Inggeris dan menyebabkan
sukar memberi penerangan
kepada pelancong asing.
pelancong asing yang datang tanpa
pemandu pelancong.
• Menyediakan kemudahan tandas yang
mencukupi (sebuah tandas di dalam
bangunan utama, sebuah di luar bangunan
utama, sebuah di Kampung Warisan dan
sebuah lagi di Taman Botani)
• Melatih staf / kursus Bahasa Inggeris.
KAMPUNG WARISAN
• Pelancong kurang memahami
specimen yang dipamerkan
kerana tiada staf yang bertugas
di rumah-rumah tradisi.
• Pelancong tidak selesa dengan
tandas di Kampung Warisan
kerana tidak dibersihkan dengan
sempurna.
• Menempatkan kakitangan bertugas di setiap
rumaht radisi bagi membolehkan pelawat
bertanya lebih lanjut berkaitan spesimen
yang dipamerkan.
• Memantau dan membersihkan kemudahan
tandas dengan lebih kerap terutamanya
ketika ramai pengunjung.
52
• Aktiviti kebudayaan yang tidak
konsisten (kadang-kadang ada
dan kadang-kadang tidak ada).
Pelancong yang pernah datang
kecewa kerana tidak ada aktiviti
kebudayaan seperti sebelumnya.
• Terdapat rumah tradisi yang
tidak dapat dimasuki kerana
berlaku kerosakan. Sebahagian
lagi boleh dimasuki pelancong
tetapi tahap keselamatannya
diragui kerana ada bahagian
yang telah reput.
• Mengadakan pertunjukan/aktiviti
kebudayaan secara teratur dan berterusan
(contohnya setiap Selasa dan Khamis dan
sebagainya)
• Menyelenggara rumah-rumah tradisi secara
berkala (contohnya setiap bulan) dan
membaiki kerosakan dengan segera.
GALERI SENI (BALAI SENI LUKIS)
• Lukisan yang dipamerkan
bercampur-aduk menyebabkan
kelihatan tidak menarik dan
sukar untuk memahami.
• Aktiviti lawatan tidak pelbagai
dan pelancong hanya sekadar
melihat-lihat lukisan yang
dipamerkan sahaja.
• Menyusun lukisan yang dipamerkan
mengikut kategori supaya kelihatan lebih
menarik.
• Menyediakan satu ruangan khas yang mana
pelawat boleh turut serta melakukan aktiviti
seperti mencanting dan mewarna batik dan
sebagainya.
53
• Menyediakan satu ruangan khas menjual
lukisan kepada pelancong.
TAMAN BOTANI
• Sebahagian denai dan laluan
pejalan kaki kurang sempurna
(tanah merah) dan tidak
diselenggara dengan baik
menyebabkan ia licin
terutamanya selepas hujan.
• Kawasan taman tidak
diselenggara dengan baik dan
ada kawasan yang ditumbuhi
dengan semak-samun dan ini
membahayakan pelancong
untuk melawat kawasan
berkenaan.
• Kemudahan yang disediakan
seperti jambatan gantung dan
kolam di tengah kolam telah
usang dan boleh membahayakan
pelancong.
• Membaiki denai dan laluan pejalan kaki
terutamanya denai dari Taman Botani
menuju ke Kampung Warisan.
• Menyelenggara taman secara berkala
(membersihkan kawasan semak untuk
mengelakkan binatang berbisa yang
mengancam keselamatan pengunjung).
• Menyelenggara kemudahan yang disediakan
secara berkala terutamanya jambatang
gantung dan pondok-pondok rehat.
54
• Suasana taman yang kurang
selamat kerana tiada staf
Muzium yang membuat
rondaan. Selain itu, tiada
kaunter pertolongan cemas di
kawasan taman.
• Menempatkan staf (pengawal) untuk
meronda dengan kerap di kawasan taman
bagi menjamin keselamatan pelancong.
• Menyediakan pondok pertolongan cemas di
kawasan taman bagi menghadapi kes-kes
kecemasan.
LAIN-LAIN
• Kafeteria yang sempit dan tidak
selesa (open-air) serta kualiti
makanan yang rendah.
• Barangan yang dijual di kedai
cenderahati agak terhad dan
harga agak mahal.
• Ramai pelancong yang tidak
melawat ke semua kawasan
Muzium terutamanya kawasan
Taman Botani kerana terlalu
luas.
• Lokasi kaunter tiket yang
• Menyediakan kafeteria yang lebih luas
dengan kemudahan penyaman udara dan
kualiti makanan yang kebih baik.
• Membuka peluang kepada masyarakat
setempat untuk membuka gerai cenderahati
dan makanan ringan di kawasan Muzium
dengan kadar bayaran berpatutan.
• Mempelbagaikan barangan cenderahati di
samping menawarkan harga yang lebih
berpatutan.
• Menyediakan ’pengangkutan khas’
(berbentuk lori panjang/keretapi) yang
dibayar dengan harga berpatutan untuk
membolehkan pelancong mengelilingi
kawasan Muzium tanpa perlu berjalan kaki.
• Menyediakan pondok menjual tiket yang
55
kurang sesuai dan terlalu
sempit.
lebih luas di lokasi lebih sesuai iaitu di luar
Bangunan Pameran Utama.
5.4 KESIMPULAN
Hasil kajian ini secara keseluruhannya dapat memberi informasi yang berguna
khususnya kepada Muzium Sabah tentang sejauhmana kualiti perkhidmatan yang sedia
ada dapat memuaskan hati pelanggan. Ini kerana, soal selidik seumpama ini jarang sekali
dibuat oleh pihak muzium sendiri. Diharapkan agar melalui informasi dan cadangan-
cadangan yang telah dikemukakan akan bermanfaat terutamanya dalam merancang
aktiviti atau penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Muzium Sabah.
Adalah diharapkan pada masa-masa yang akan datang, penilaian terhadap tahap
kepuasan pelancong dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk melihat respon
pelancong bukan sahaja terhadap kualiti perkhidmatan sedia ada tetapi aspek-aspek lain
yang boleh mendatangkan manfaat kepada Muzium Sabah.
56
RUJUKAN
Doutis Goukit, Kenali Tradisi yang Semakin Pupus, New Straits Times, 10 Disember
2000.
Guggenhiem Bilbao Museum, http://www.guggenhiembilbaomuseum.com
Gunn, C (1998), Tourism Planning: Basic, Concepts and Case, 3rd Edition, Taylor &
Francis, Washington.
International Scientific Committee (ICOMOS) (1993), Cultural Tourism, Colombo Sri
Lanka.
Ismail Hj Mansor, Fungsi Sulap kepada Penduduk Tempatan, New Straits Times, 25
Mac 2001.
Jabatan Muzium Perak (2007) http://www.muziumperak.org,my
Jabatan Muzium Sabah, Laporan Tahunan 1996.
Jabatan Muzium Sabah, Laporan Tahunan 1997.
Jabatan Muzium Sabah, Jubli Perak Muzium Sabah 15 Julai 1990.
Jabatan Muzium Sabah, Muzium Sabah Sempena Ulang Tahun ke-35 15 Julai 2000.
Jabatan Muzium Sarawak, http://www.muziumsarawak.org.my
Jabatan Muzium Terengganu, http://www.muziumterengganu.org.my
Jawatankuasa Kesenian dan Kemanusiaan USA (USA Arts and Human Committee),
Cultural and Heritage Tourism in the United States,
57
http://www.usaculturalheritagetourism.org. diakses pada 07.06.2006
Kajian Muzium, Galeri dan Arkib (2000), Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan (KKKP).
Muzium Negara Malaysia, http://www.muziumnegara.org.my
Parsuraman, A. Zeithaml, V A, Berry, L (1985), A Conceptual Model of Service Quality
and its Implication for Future Research, Journal of Marketing.
Partridge, Jan, Local History in Australia: Supporting Cultural Heritage, http://www.
fh-postdam.de, diakses pada 09.06. 2006.
Peterson, K (1994), The Heritage Resource as Seen by the Tourist: The Heritage
Connection, 3rd Edition, N.J: Prentice Hall.
Ramlah Binti Talib (2004), Analisis Keberkesanan Interpretasi Di Muzium Samudera,
Melaka, UTM,Skudai. Tidak Diterbitkan.
Ritchie, Brent W, Burns, Peter & bPalmer, Catherine (2005), Tourism Research Method:
Integrating Theory with Practice, CABI Publishing, London UK.
Zeppel. H & Hall, C (1992), Arts and Heritage Tourism, London: Belhowen.
______, Heritage and Tourism, http://www.heritage.umd.edu/CHRSWeb/EasternShore/
heritage, diakses pada 09.06 2006.
______, Heritage, Place and Tourism, http://www.bsos.umd.edu/anth/chesapeake/
Heritage.html, diakses pada 09.06.2006.
58
59
______, Missouri Cultural & Heritage Tourism Study, http://www.visitmo.com, diakses
pada 09.06.2006
______, Museum and Heritage Management in the New Economy, http://www.enu.
edu.au/hrc/publications/hr/issue1_2001/article02.htm, diakses pada 07.06.2006.
______, Pengenalan Kepada Sabah, http://www.sabah.org.my, diakses pada 07.06.2006.
______, The Value and Nature of Heritage Tourism in Alice Springs, http://www.
tourismnt.com.au/nt/system/galleries/, diakses pada 07.06.2006.