Transcript
Page 1: Jurnal Kajian Membaca Upsi

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA PERMULAAN : SATU TINJAUAN

NORFAIZAH ABD. JOBAR

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2003

Page 2: Jurnal Kajian Membaca Upsi

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA PERMULAAN : SATU TINJAUAN

NORFAIZAH ABD. JOBAR 20001-05045

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

FAKULTI BAHASA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJONG MALIM

2003

Page 3: Jurnal Kajian Membaca Upsi

PENGAKUAN

Bahawasanya saya mengaku sesungguhnya tesis ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya catatkan sumbernya. Tarikh : Tandatangan : Nama : Norfaizah Abd Jobar No. Matrik : 2001-05045

Page 4: Jurnal Kajian Membaca Upsi

PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memberi taufik dan hidayat-Nya sehingga penyelidik berupaya menyiapkan penulisan akademik ini. Pada kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Norliza binti Hj. Jamaluddin, selaku penyelia yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar semasa penyelidik menyiapkan penulisan ini dari awal hingga akhir. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru besar, guru penolong kanan, guru dan para pelajar tahun satu Sekolah Rendah Kebangsaan Tualang Sekah kerana membenarkan dan memberi kerjasama sepenuhnya semasa penyelidikan berlangsung. Sesungguhnya budi baik anda hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya. Akhir kata segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu daripada kelemahan saya sendiri. Sekian, terima kasih.

Page 5: Jurnal Kajian Membaca Upsi

ABSTRAK

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA PERMULAAN : SATU TINJAUAN

Penyelidikan ini dijalankan bertujuan melihat hubungan pendekatan pengajaran yang

digunakan dalam pengajaran membaca permulaan di sekolah rendah. Kajian diperincikan

bagi melihat aspek penggunaan kaedah pengajaran dan pengetahuan guru berkenaan teori

psikolinguistik hubungannya dengan pencapaian membaca. Kajian ini menggunakan

markah pencapaian pelajar tahun satu yang diperolehi daripada guru kelas serta borang soal

selidik berkenaan tahap penguasaan dan kekerapan penggunaan kaedah pengajaran yang

dijalankan oleh guru. Dalam kajian ini didapati penggunaan teknik yang pelbagai dalam

pengajaran membaca memberikan kesan yang lebih baik berbanding terikat dengan satu

teknik sahaja. Beberapa cadangan dikemukakan dalam kajian ini, antaranya cadangan untuk

meningkatkan pengetahuan guru tentang ilmu psikolinguistik, kaedah pengajaran membaca

berdasarkan pendekatan dan kaedah psikolinguistik dan beberapa strategi jangka panjang

agar pelajar dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.

Page 6: Jurnal Kajian Membaca Upsi

ABSTRACT

This study seeks the inter-relation theories of teaching pre-reading primary school. The

study focuses on the teachers’ knowledge aspect of psycholinguistic theories and its

relationship with the puils’ achievement in reading skills and the affectiveness of a

particular psycholinguistic theory in pre-reading teaching. Research conducted made used

of serveral assement test on pupils and questionnairens completed by the Bahasa melayu

teachers. Results of the content analysis on questionnaires and bahasa Melayu test indicate

that the teachers knowledge factor and choice of approach influenced the pupils’

achievements in reading skills. Several suggestion brought forward in the research include

teaching methodology of pre-reading based of psycholinguistics and several long term

strategies so that pupils will aquire reading skills effiction.

Page 7: Jurnal Kajian Membaca Upsi

KANDUNGAN Halaman PENGAKUAN ………………………………………. ii PENGHARGAAN ………………………………………. iii ABSTRAK ………………………………………. iv KANDUNGAN ………………………………………. v SENARAI JADUAL ………………………………………. vi BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan ………………………………. 1 1.2 Latar Belakang kajian ………………………. 3 1.3 Penyataan Masalah ………………………. 5 1.4 Kepentingan Kajian ………………………. 9 1.5 Tujuan Kajian ………………………. 12 1.6 Skop Kajian ………………………. 13

1.7 Definisi Operasional 1.7.1 Membaca Permulaan ………………. 15

BAB II TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan ……………………….……… 17 2.2 Kajian-Kajian di Barat……………….……… 18 2.3 Kajian-Kajian di Malaysia ……….……… 26 BAB III METODOLOGIKAJIAN 3.1 Reka Bentuk Kajian ………………………. 33 3.2 Tempat Kajian ………………………. 33 3.3 Pendekatan Kajian ………………………. 34 3.4 Alat Kajian ………………………. 34 3.4.1 Soal Selidik Guru ………………. 34 3.4.2 Temubual dan Pemerhatian ………. 36 3.4.3 Markah Ujian Membaca ………. 36 3.5 Kaedah Pengumpulan Data ………………. 36 3.6 Penganalisisan Data ………………. 37

Page 8: Jurnal Kajian Membaca Upsi

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan ………………………………… 39 4.2 Perihal Sampel dan Analisis Dapatan Kajian… 39

4.2.1 Latar Belakang Subjek ……………… 40 4.2.1.1 Jantina ………………… 41

4.2.1.2 Umur ………………... 41 4.2.1.3 Kelulusan Akademik/Iktisas….. 42 4.2.1.4 Bidang Pengkhususan ………… 43 4.2.1.5 Pengalaman Mengajar Bahasa

Melayu ……….………... 44 4.2.1.6 Pengalaman Mengajar Tahun

Satu ………………… 45 4.3 Penguasaan Psikolinguistik Dan Kaedah Pengajaran Membaca ………………… 46

4.3.1 Tahap Penguasaan dan Pengetahuan Subjek dalam Psikolinguistik ………… 47

4.3.2 Penggunaan Kaedah Pengajaran Membaca Permulaan …………….…… 52

4.4 Pendekatan dan Kaedah Pengajaran Yang Diterapkan Oleh Guru …………………….…… 56 4.5 Min Markah Ujian Membaca …………………. 60 4.6 Kesimpulan …………………………………. 62 4.7 Ulasan Hasil Dapatan Kajian …………………. 62 BAB V RUMUSAN 5.1 Rumusan …………………………………. 65 5.1.1 Rumusan Umum …………………. 66 5.1.2 Cadangan …………………. 67 5.1.2.1 Cadangan Perbaiki Kelemahan… 67 5.1.2.2 Cadangan Penyelidik …………. 70 BIBLIOGRAFI LAMPIRAN A

Page 9: Jurnal Kajian Membaca Upsi

SENARAI JADUAL No. Jadual Nama Jadual Halaman 1 Taburan Subjek Kajian Mengikut Jantina 41

2 Taburan Subjek Kajian Mengikut Umur 42

3 Bidang Pengkhususan Subjek Kajian 43

4 Pengalaman Mengajar Bahasa Melayu 44

5 Pengalaman Mengajar Bahasa Melayu Tahun Satu 45

6 Pengetahuan Subjek Kajian Tentang Teori Psikolinguistik 47

7 Kaedah Pengajaran Membaca Subjek Kajian 52

8 Taburan Markah Mentah Penilaian Membaca 60

9 Taburan Markah Dalam Bentuk Peratus 60

10 Taburan Markah Mengikut Urutan 61

Page 10: Jurnal Kajian Membaca Upsi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bahasa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Bahasa merupakan

alat yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung. Apabila timbul kesedaran

tentang kepentingan bahasa, maka manusia mula berminat untuk mengkajinya. Sejarah

pengkajian manusia terhadap bahasa telah bermula sejak 3000 tahun yang lalu apabila ahli

agama Hindu mula mengkaji bahasa Sanskrit dalam kitab suci Veda dengan tujuan agar

sebutan yang tepat dapat dikekalkan ketika membaca kitab tersebut.

Apabila kehidupan manusia semakin maju, peranan bahasa juga telah menjadi

semakin penting. Bahasa mula dipelajari secara serius. Pengajaran bahasa turut menjadi

satu kegiatan yang penting. Apabila timbul pelbagai masalah dalam proses pengajaran dan

pembelajaran bahasa, ahli-ahli bahasa telah berusaha untuk menangani masalah-masalah

Page 11: Jurnal Kajian Membaca Upsi

tersebut. Hal ini menjadikan kajian terhadap bahasa semakin berkembang. Pengkaji-

pengkaji bahasa telah berusaha mencari jalan bagaimana sesuatu bahasa dapat diajarkan

dan dipelajari dengan lebih baik dan berkesan. Berdasarkan kajian-kajian inilah maka

terhasil beberapa teori bahasa yang dikenali sebagai teori linguistik.

Dalam pengajaran bahasa, teori psikologi pembelajaran turut diterapkan. Psikologi

merupakan bidang yang mengkaji bagaimana manusia mempelajari sesuatu. Uji kaji yang

dijalankan ke atas binatang oleh ahli-ahli psikologi telah menemukan teori psikologi

pembelajaran yang turut sama diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Berdasarkan kedua-dua displin ilmu yang mengemukakan teori berkenaan suatu

perkara yang sama, iaitu bahasa, tetapi berlainan dari segi kaedah, cara dan tujuan akhirnya

menghasilkan satu displin ilmu yang baharu, iaitu yang menggabungkan kedua-duanya

sekali yang dikenali sebagai psikolinguistik. Ilmu psikolinguistik merupakan kajian

terhadap hakikat bahasa, bagaimana bahasa dipelajari dan banyak lagi persoalan bahasa

terutama berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa (Mengantar Simanjuntak,

1978 : 1-2)

Teori-teori psikolinguistik memberi huraian tentang bagaimana bahasa dipelajari,

strategi-strategi yang digunakan oleh pelajar untuk menguasai bahasa dan model

pengajaran bahasa. Semua penerangan ini penting kepada guru bahasa bagi memilih

prosedur pengajaran bahasa (Juriah Long et al. , 1990 : 16). Dalam pengajaran bahasa, guru

bahasa perlu mengetahui teori-teori psikolinguistik dan berupaya untuk

Page 12: Jurnal Kajian Membaca Upsi

mengaplikasikannya melalui cara pemilihan pendekatan, kaedah atau teknik yang sesuai

untuk menjadikan pengajaran bahasa lebih berkesan.

1.2 Latar belakang kajian

Dalam pembelajaran bahasa terdapat empat komponen kemahiran utama, iaitu kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran membaca merupakan kemahiran

lanjutan daripada kemahiran-kemahiran lain yang lebih asas, iaitu mendengar dan bertutur.

Penguasaan dalam kemahiran membaca membantu seseorang pelajar memperluas

pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreativiti dalam pelbagai bidang.

Kebolehan menguasai kemahiran membaca sangat penting dan sering menjadi

ukuran kepada pencapaian pelajar di sekolah. Hal ini adalah kerana kemahiran tersebut

menjadi faktor penentu terhadap pembelajaran yang berkesan dalam berbagai-bagai bidang

ilmu. Pelajar yang berkebolehan tinggi dalam bacaan mempunyai kaitan yang rapat dengan

pencapaian yang cemerlang dalam bidang-bidang pembelajaran yang lain. Oleh itu, pelajar

yang dapat menguasai kemahiran mambaca dengan baik juga menunjukkan prestasi yang

cemerlang dalam pelbagai mata pelajaran.

Penguasaan dalam kemahiran membaca membolehkan seseorang individu

menimba ilmu pengetahuan daripada pelbagai sumber. Kebolehan membaca dikatakan

boleh membuka seluas-luasnya pintu ke alam pengetahuan manusia. Kepentingan membaca

Page 13: Jurnal Kajian Membaca Upsi

juga telah ditegaskan oleh Allah s.w.t dalam kitab suci al-Quran, suruh al-Alaq, iaitu

Bacalah (ya Muhammad) dengan nama Tuhan – mu yang telah menciptakan.

Masalah pelajar-pelajar tidak menguasai kemahiran membaca dengan baik di

peringkat sekolah rendah, malah di peringkat menengah seringkali mendapat perhatian

daripada pelbagai pihak. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan pelajar

menguasai kemahiran ini dengan baik. Secara umumnya faktor-faktor tersebut boleh

dibahagikan kepada tiga kategori utama, iaitu faktor pelajar, faktor guru, dan faktor

persekitaran. Faktor ini pula saling berhubung kait antara satu sama lain dan bersifat

kompleks.

Antara faktor-faktor tersebut, faktor pengajaran guru boleh dianggap sebagai salah

satu daripada faktor penting dalam menentukan kejayaan pelajar menguasai kemahiran

membaca. Hal ini disebabkan setiap guru mempunyai pegangan dan kepercayaan yang

berbeza-beza tentang bagaimana sesuatu pengajaran itu harus dijalankan. Pegangan dan

kepercayaan ini mempengaruhi pemilihan kaedah, bahan dan alatan yang digunakan.

(Marohaini Yusoff, 1989 : 6).

Guru perlu memainkan peranan yang sewajarnya dalam membina kemahiran

membaca pelajar. Guru harus bijak memilih pendekatan, kaedah dan teknik serta

merancang pengajarannya agar menarik dan sesuai dengan peringkat umur, kebolehan dan

minat para pelajar. Sehubungan dengan itu, guru bahasa perlu mengetahui dan memahami

Page 14: Jurnal Kajian Membaca Upsi

teori bahasa yang dapat menjelaskan bagaimana bahasa diperolehi dan dipelajari oleh

seseorang untuk dijadikan asas kepada pengkaedahan dalam pengajarannya.

Menurut Mengantar Simanjuntak (dalam Nik Safiah Karim, 1980 : 72), satu-satu

pengajaran bahasa yang berjaya seharusnya berdasarkan teori-teori linguistik yang mampu

menerangkan hakikat bahasa dengan berkesan, asal-usul, cara bahasa diaplikasikan dan

bagaimana bahasa itu terhasil serta difahami. Dengan kata lain, menurut beliau hanya guru

yang memahami teori bahasa dapat menentukan kaedah dan teknik yang sesuai digunakan

untuk memastikan keberkesanan pengajaran.

Justeru itu, kajian ini akan meneliti hubungan penggunaan teori-teori psikolinguistik

oleh guru dengan pencapaian pelajar menguasai dalam kemahiran membaca pada peringkat

permulaan. Kajian ini diharap dapat menjawab beberapa persoalan berkaitan penggunaan

pendekatan yang paling berkesan untuk mengajar kemahiran membaca permulaan.

1.3 Penyataan Masalah

Semasa negara sedang rancak membangun menuju era Teknologi Maklumat, masih

terdapat masalah dalam bidang pendidikan yang telah diperkatakan sejak sekian lama, iaitu

masalah pelajar tidak boleh membaca atau tidak dapat membaca dengan cekap. Masalah

tidak boleh membaca ini masih diperkatakan oleh segenap lapisan masyarakat hingga ke

hari ini. Hal ini dapat diperhatikan berdasarkan rungutan dan komen daripada pelbagai

Page 15: Jurnal Kajian Membaca Upsi

pihak yang disiarkan dalam akhbar, majalah dan televisyen serta rungutan para guru

sendiri.

Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan

(KPPK), N. Siva Subramaniam yang disiarkan dalam laporan akhbar Utusan Malaysia pada

14 Mei 1997, dianggarkan 15 peratus pelajar yang memasuki sekolah menengah tidak tahu

membaca, menulis dan mengira (3M) dengan baik. Beliau menjelaskan bahawa kejadian itu

berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuklah latar belakang pelajar sendiri, sistem

pendidikan, ibu bapa dan pelajar yang tidak memahami pelajaran yang diajar.

Dalam akhbar Berita Mingguan bertarikh 18 Mei 1997 pula, Ketua Pengarah

Pendidikan, Datuk Mat Nor Daim menjelaskan bahawa Kementerian Pendidikan akan

mengkaji dan memperbaiki keberkesanan sistem KBSR yang digunakan sekarang bagi

memastikan pelajar tidak menghadapi masalah untuk meneruskan pelajaran di peringkat

menengah.

Dalam perkembangan terbaru, akhbar Utusan Malaysia pada 3 Oktober 2002, kira-

kira-kira 24,000 pelajar tingkatan 1 masih tidak boleh membaca. Statistik terkini yang

dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 2002 yang

dipetik daripada kertas kerja bertajuk “Keperluan Perlaksanaan Pendidikan Pemulihan di

Sekolah Menengah” oleh Manisah Mohd. Ali dan Mohd. Mokhtar Tahar, program

pemulihan perlu diperkenalkan di sekolah menengah terutama menengah rendah kerana

pada peringkat ini masih terdapat pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M.

Page 16: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Mengikut Grough dan Ilillinger, dalam Tunmer dan Nesdale, 1985:3

(http://www2.meo.gov.my/~mpp/Rahim.htm.), kebanyakan kanak-kanak yang tidak pernah

dibimbing membaca biasanya tidak dapat membaca dengan baik. Ini menunjukkan bagi

kanak-kanak yang baharu belajar membaca, kemahiran membaca merupakan satu

kemahiran yang sukar. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran bacaan yang

dapat memberi kesan yang maksimun kepada pelajar ketika mengajar bacaan.

Berdasarkan kajian tentang masalah membaca, Vernon (1971: 2) membuat

kesimpulan bahawa masalah membaca pada asasnya ialah satu masalah kognitif. Menurut

Awang Sariyan (1991) pula, pembelajaran bahasa merupakan proses mental. Oleh itu

penekanan terhadap makna dan cara pertuturan perlulah diberikan perhatian terlebih dahulu

( http://www2.meo.gov.my/~mpp/Rahim.htm.).

Sebenarnya masalah pelajar tidak boleh membaca wujud disebabkan oleh beberapa

faktor, antaranya latar belakang keluarga, cara atau kaedah pengajaran guru, faktor pelajar

itu sendiri dan faktor persekitaran. Masalah tersebut tidak seharusnya dipandang ringan.

Disebabkan kepentingan membaca di kalangan pelajar, pelbagai pihak turut berminat untuk

menjalankan seminar, simposium dan kajian bagi mendalami seterusnya mengatasi masalah

tersebut.

Page 17: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Dalam satu kajian pada tahun 1978, 40 peratus daripada 15,000 pelajar darjah

rendah di Pulau Pinang didapati tidak tahu membaca. Di Perak pula, daripada seramai

90,000 orang pelajar sekolah rendah, 15,000 orang pelajar daripadanya didapati tidak boleh

membaca dan menulis. Menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh jawatankuasa

Kurikulum, Jabatan Pendidikan Terengganu pada tahun yang sama menyatakan seramai

3,471 orang dari 50,118 pelajar darjah tiga hingga enam masih buta huruf. Seramai 113 dari

39,000 orang pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga juga tidak boleh membaca

(Zalizan Mohd. Jelas dalam Ibrahim Saad, 1983 : 354)

Masalah kegagalan para pelajar menguasai kemahiran membaca ini telah

menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat kerana masalah ini telah berlarutan

sejak dahulu lagi. Misalnya Zalizan Mohd. Jelas (dalam Ibrahim Saad, 1983 : 353)

menyatakan bahawa kegagalan membaca di kalangan pelajar-pelajar sekolah kini sudah

sampai ke peringkat yang membimbangka. Ini kerana sebilangan pelajar yang telah

menghadiri sekolah selama enam tahun atau lebih masih belum boleh membaca, menulis

dan mengira.

Isahak Haron (dalam Azman Wan Chik, 1986 : 170) pula menyatakan bahawa

ramai pelajar sekolah rendah terutamanya yang tinggal di luar bandar tidak cekap membaca

atau tidak boleh membaca dalam bahasa mereka sendiri, iaitu Bahasa Melayu. Salah satu

punca masalah di atas adalah disebabkan oleh kaedah mengajar Bahasa Melayu di

peringkat awal yang kurang sesuai dan tidak berkesan.

Page 18: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Berdasarkan kenyataan itu, jelas menunjukkan bahawa kaedah mengajar asas

bacaan merupakan salah satu faktor penting menentukan pelajar-pelajar dapat menguasai

kemahiran mambaca.

Masalah kegagalan dan kelemahan pelajar menguasai kemahiran membaca dengan

baik tidak harus dipandang ringan kerana ia menimbulkan implikasi yang buruk terhadap

pelajaran pelajar. Oleh itu, para pendidik perlu meneliti aspek ini dengan lebih mendalam.

Langkah-langkah positif perlu diambil agar masalah pelajar tidak tahu membaca tidak

menjadi semakin serius. Satu pendekatan yang positif hendaklah diadaptasikan dalam

pengajaran membaca supaya masalah buta huruf di kalangan pelajar dapat dikurangkan dan

diatasi.

1.4 Kepentingan Kajian

Dalam masyarakat moden hari ini, kanak-kanak dikehendaki belajar membaca dan mereka

perlu membaca. Kanak-kanak yang tidak dapat membaca akan menghadapi keadaan yang

tidak selamat, kehilangan keyakinan diri, seterusnya sukar untuk melanjutkan pelajaran

atau meneruskan minatnya dalam satu-satu bidang hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Biasanya seseorang yang berjaya pada masa ini mencapai kemahiran membaca dengan

cekap dan pantas ( Juriah Long, 1992 : 143 )

Disebabkan terdapat banyak faktor yang memainkan peranan dalam menentukan

keupayaan penguasaan kemahiran membaca, maka sudah tentulah tahap kebolehan

Page 19: Jurnal Kajian Membaca Upsi

membaca antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain turut berbeza. Terdapat pelajar-

pelajar yang cekap membaca dan ada juga pelajar-pelajar yang menghadapi masalah dalam

membaca.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kelemahan menguasai kemahiran

membaca akan meninggalkan kesan yang buruk seperti pencapaian yang rendah dalam

pelajaran, kurang minat belajar dan rasa rendah diri (Koh Boh Boon, 1981 : 38).

Guilford 1997 (http://www2.meo.gov.my/~mpp/Rahim.htm) menyatakan bahawa

kelemahan dalam bacaan akan menjejaskan keinginan pelajar dalam mata pelajaran lain.

Kegagalan pelajar dalam ujian dan peperiksaan adalah kerana mereka tidak dapat membaca

dan memahami soalan yang dikemukakan

Kemahiran membaca sangat penting dan perlu dikuasai pada peringkat awal lagi.

Kegagalan menguasai kemahiran tersebut di peringkat awal akan menyebabkan pelajar-

pelajar dibelenggu konsep diri yang negatif. Kajian Zimmerman dan Allebrand (1965 : 29 –

31 ) dan Haris Sapay ( 1980 : 317 ) menunjukkan bahawa pembaca yang lemah,

kebanyakannya mempunyai konsep diri yang negatif. Sementara pembaca yang berjaya

pula mempunyai konsep diri yang positif.

Menurut Jais Sahok dan Mat Nor Husin (1990), apabila kelancaran bahasa

terganggu kefahaman makna konsep juga terganggu dan akhirnya maksud keseluruhan teks

yang dibaca juga tidak difahami. (http://www2.meo.gov.my/~mpp/Rahim.htm)

Page 20: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Oleh itu guru perlu berusaha mencari jalan untuk membantu pelajar-pelajar

mencapai kemahiran membaca, seterusnya menjadi pembaca yang cekap. Kebolehan

menguasai kemahiran membaca diharapkan akan dapat membantu pelajar-pelajar berjaya

dalam semua mata pelajaran lain di peringkat rendah hinggalah ke peringkat yang paling

tinggi ( Juriah Long et al., 1990 : 134 ).

Justeru itu, berdasarkan kepentingan aspek bacaan di kalangan pelajar kajian ini

akan meneliti penggunaan teori linguistik yang dapat memberi kesan ke atas pencapaian

pelajar terutamanya dalam kemahiran membaca. Oleh itu, kajian ini akan melihat hubungan

antara penggunaan teori psikolinguistik serta kaedah pengajaran yang digunakan ke atas

pencapaian pelajar menguasai kemahiran tersebut.

Secara ringkasnya kajian ini dapat :

a. menjelaskan bentuk-bentuk pengajaran kemahiran membaca yang perlu

dijalankan pada peringkat awal.

b. menjelaskan kepentingan penguasaan kemahiran membaca pada peringkat awal

yang menjadi faktor penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar.

lagi.

c. mengenal pasti aspek-aspek atau kaedah pengajaran membaca yang paling

berkesan dalam membantu pelajar mengusai kemahiran tersebut.

Page 21: Jurnal Kajian Membaca Upsi

1.5 Tujuan Kajian

Dalam kajian ini, keberkesanan penggunaan sesuatu pendekatan dan kaedah pengajaran

membaca permulaan yang berdasarkan kepada teori-teori psikolinguistik akan diteliti.

Kaedah dan pendekatan pengajaran ini akan dikaji untuk dilihat keberkesananyan dalam

pengajaran dan pembelajaran membaca. Oleh itu, diharapkan hasil kajian ini dapat

memberikan maklumat kepada pendidik agar keberkesanan pengajaran dapat ditingkatkan

supaya pelajar mendapat faedah yang maksimum dalam pendidikan permulaan.

Secara lebih khususnya kajian ini adalah bertujuan untuk :

i. melihat dan meninjau teknik serta kaedah pengajaran dan pembelajaran

membaca permulaan di sekolah rendah.

ii. meninjau keberkesanan penggunaan aspek – aspek psikolinguistik dalam pengajaran

dan pembelajaran membaca bahasa Melayu.

iii. mengenal pasti pencapaian kemahiran membaca permulaan para pelajar dalam

hubungannya dengan pengetahuan guru-guru tentang aspek-aspek / teori-teori

psikolinguistik.

Page 22: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Soalan kajian yang dibentuk adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang

rangkaian punca yang menjurus kepada masalah kemahiran membaca di kalangan pelajar.

Sehubungan dengan itu, untuk mendapatkan data-data bagi membentuk satu rumusan

tentang kajian yang dijalankan, soalan kajian berikut akan dijadikan panduan dalam

merancang, membentuk dan melaksanakan soal selidik ini :-

i. meninjau pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran membaca yang dijalankan oleh

guru bahasa Melayu di sekolah rendah terpilih.

ii. adakah penggunaan pendekatan atau kaedah pengajaran tersebut mampu

meningkatkan tahap membaca di kalangan pelajar.

iii. melihat adakah teori-teori psikolinguistik yang digunakan oleh guru semasa

pengajaran membaca permulaan dijalankan.

1.6 Skop Kajian

Walaupun terdapat banyak faktor yang terlibat dalam penguasaan kemahiran membaca

tetapi dalam konteks kajian ini penyelidik akan membataskan kepada faktor guru dan

pencapaian pelajar sahaja, iaitu melihat bagaimana perhubungan atau penggunaan teknik

dalam pengajaran membaca permulaan yang digunakan oleh guru dalam hubungannya

dengan pencapaian pelajar untuk menguasai kemahiran tersebut.

Page 23: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Kajian ini akan menumpukan aspek penggunaan kaedah dalam pengajaran

membaca dan tahap pengetahuan guru tentang teori psikolinguistik. Pembolehubah yang

dikaji ialah :

a. penggunaan pendekatan dan kaedah pengajaran dalam pengajaran membaca

permulaan.

b. pengetahuan guru tentang teori psikolinguistik ini dan ;

c. pencapaian kemahiran membaca pelajar

Page 24: Jurnal Kajian Membaca Upsi

1.7 Definisi Operasional

1.7.1 Membaca Permulaan

Menurut Kamarudin Haji Husin ( 1996 : 3 ), membaca adalah satu usaha menyuarakan

tulisan dan mengambil isi fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Menurut

beliau lagi, seorang pembaca perlu mengarahkan pengetahuan yang sedia ada padanya

untuk memberi makna pada lambang-lambang tulisan yang dibaca, seterusnya,

mendapatkan erti daripada lambang-lambang tulisan tersebut.

Membaca ialah proses mengekod, iaitu pembaca boleh menyebut apa yang dibaca

yang tertulis di atas kertas bercetak ( Diane Lapp dan James Flood, 1986 : 6 )

Menurut Mengantar Simanjuntak ( 1985 : 16 ) pula, membaca melibatkan satu

proses psikolinguistik apabila seseorang pembaca membentuk semul jadi dalam fikirannya

erti yang ingin disampaikan oleh seseorang penulis melalui lambang-lambang bertulis yang

telah dibacanya tadi.

Atan Long ( 1970 : 3 ), menyatakan bahawa semasa melakukan proses membaca,

seseorang pembaca itu akan menterjemahkan kembali lambang-lambang bunyi dan

serentak dengan itu memahamkan pemikiran yang ingin disampaikan oleh penulis.

Page 25: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Proses membaca adalah satu proses mendapatkan interpretasi yang bermakna

tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Seseorang itu akan dapat memahami apa

yang dibaca apabila berlaku interaksi di antara pengamatannya tentang lambang-lambang

yang dibaca, kebolehan dan pengetahuan tentang alam sekeliling (Haris dan Sapay,1980:8).

Oleh itu, membaca permulaan yang dimaksudkan dalam kajian adalah kemahiran

membaca peringkat awal atau asas, yakni di peringkat tahun satu. Kemahiran membaca

pula bukan sahaja kebolehan membunyikan lambang-lambang visual malah turut

memahami apa yang dibaca.

Page 26: Jurnal Kajian Membaca Upsi

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan Membaca merupakan salah satu aspek kemahiran bahasa yang penting. Pelajar yang gagal

menguasai kemahiran membaca sering kali terkandas dalam pelajaran kerana mereka tidak

berupaya menerima pelajaran yang disampaikan oleh guru. Mereka juga selalunya cepat

berputus asa. Oleh itu, kemahiran ini perlu dikuasai sepenuhnya oleh setiap pelajar agar

mereka tidak ketinggalan dalam mengejar ilmu pengetahuan.

Bagi menguasai kemahiran membaca bukanlah satu perkara yang mudah.

Penguasaan kemahiran membaca tidaklah semudah kanak-kanak menguasai kemahiran

bertutur ( untuk bahasa pertama ) yang tidak memerlukan pendidikan formal. Kanak-kanak

perlu mendapat satu bentuk pengajaran formal untuk menguasai kemahiran membaca.

Page 27: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Hanya pengajaran dan pembelajaran formal sahaja yang dapat memastikan seseorang

kanak-kanak menguasai sepenuhnya kemahiran tersebut.

Kemahiran membaca merupakan gabungan beberapa proses yang kompleks.

Kemahiran ini merangkumi proses mendengar, mengamati dan membezakan bunyi-bunyi

yang jelas dan tepat, menyebut lambang-lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi

tertentu, menggabungkan bunyi-bunyi untuk membentuk perkataan serta menyebut

perkataan tersebut dengan betul. Oleh itu, dalam pengajaran membaca guru perlu

menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai bagi memastikan kemahiran

tersebut dikuasai sepenuhnya oleh pelajar.

Kepentingan dalam kemahiran membaca telah menyebabkan banyak penyelidikan

tentang pengajaran membaca dijalankan terutama di negara barat. Sejak kebelakangan ini,

kesedaran tersebut turut menarik minat pengkaji di Malaysia. Kajian - kajian yang

dijalankan bertujuan untuk mempertingkatkan usaha bagi mengatasi masalah kelemahan

dan ketidakbolehan membaca terutamanya di kalangan kanak-kanak peringkat sekolah

rendah.

2.1 Kajian - Kajian di Barat

Usaha menjalankan kajian dalam bidang bacaan secara saintifik telah bermula di Eropah

sejak pertengahan kurun ke sembilan belas lagi. Kebanyakan kajian terawal dijalankan di

negara Perancis dan Jerman. Kemudian kegiatan tersebut telah berkembang ke Amerika

Page 28: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Syarikat. Pada tahun 1910 sahaja, sebanyak tiga puluh empat kajian bacaan telah dijalankan

di England dan Amerika Syarikat.(Sofiah Hamid dan Azman Wan Chik (ed), 1986 : 35).

Kajian terhadap bacaan kemudiannya menjadi satu bidang khusus. Pada tahun 1917,

sebuah desertasi ijazah kedoktoran dalam bidang bacaan telah dihasilkan oleh Wiliam S.

Gray di Univesiti Chicago. Kemudian tiga belas buah desertasi kedoktoran lagi telah

dihasilkan menjelang tahun 1924. Dalam perkembangan berikutnya, iaitu dari tahun 1925

hingga tahun 1935 sejumlah 654 kajian telah dilakukan. Kebanyakan kajian ditumpukan

kepada pengajaran pemulihan membaca (Sofiah Hamid dan Azman Wan Chik (ed), 1986 :

37).

Kesedaran tentang pentingnya kemahiran membaca dalam pendidikan, kerajaan

Amerika telah menyediakan peruntukan khas bagi membiayai penyelidikan dalam bidang

tersebut dengan membeli pelbagai bahan bacaan, menubuhkan institusi untuk memperbaiki

kaedah pengajaran bacaan dan memberi bantuan kepada individu yang ingin mendalami

aspek bacaan sebagai satu bidang khusus.

Dokumen pertama yang mengandungi laporan pengkaedahan pengajaran membaca

untuk kanak-kanak yang mengalami masalah telah diterbitkan dalam tahun 1921. Grace

Fernald dan Helen B. Keller merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan

Pendekatan Fernalad (Sofiah Hamid dan Azman Wan Chik (ed), 1986 : 39).

Page 29: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Pendekatan Fernald adalah berdasarkan pendapat bahawa setiap pelajar

berkeinginan untuk belajar membaca. Menerusi keinginan tersebut pelajar digerakkan

untuk melafazkan ayat atau perkataan yang terfikir olehnya. Berdasarkan ujaran yang

dilafazkan oleh pelajar, guru akan menulis perkataan atau ayat tersebut di papan tulis.

Akhirnya pelajar dipandu menyebut dan menyalin perkataan atau ayat tersebut

berulangkali. Cara ini didapati berkesan dan banyak kajian yang berikutnya adalah hasil

penyesuaian Pendekatan Fernald. (Kamarudin Hj. Husin, 1988 : 157)

Teori Pemprosesan Maklumat yang dikemukan oleh Gange pula melihat

pembelajaran sebagai satu proses input dan output. Teori ini memberi penekanan terhadap

proses kognitif serta menjelaskan bahawa hasilan pembelajaran hanya boleh dicapai setelah

seseorang pelajar itu berjaya menguasai beberapa tahap atau hierarki kemahiran yang lain

(http://www2.moe.gov.my/~mpp/Rahim.htm).

Menurut teori Mekanis, dalam proses membaca aspek persekitaran amat penting

berbanding fenomena mental. Ivan Pavlov (1984), menyatakan pembelajaran membaca

mengikut teori Mekanis ialah satu proses apabila pengalaman atau latihan yang dialami

menghasilkan perubahan tingkah laku yang relatif tetap (Mengantar Simanjuntak 1987 :

60).

Teori Mentalis yang dikemukakan oleh Naom Chomsky (1972), melihat proses

pembelajaran bahasa sebagai satu aktiviti mental yang berkait rapat dengan keupayaan

semula jadi dalam otak manusia dan bukannya aktiviti fizikal yang melibatkan tingkah laku

Page 30: Jurnal Kajian Membaca Upsi

semata-mata. Oleh itu semasa pengajaran membaca proses yang berlaku dalam otak akan

membantu pelajar memahami pengajaran yang disampaikan.

Gange telah mengemukakan suatu hierarki kemahiran dalam pengajaran bacaan.

Menurut beliau sebelum seseorang itu boleh mempelajari perkataan mudah, ia seharusnya

telah mempelajari pelbagai bunyi bahasa. Seterusnya, sebelum ia boleh mengenal perkataan

ia sepatutnya terlebih dahulu mengenal abjad mengikut bunyi.

(http://www2.moe.gov.my/~mpp/Rahim.htm)

G. Whipple (dalam Sofiah Hamid, 1983 : 16) menyatakan bahawa Kaedah Fonik

adalah berdasarkan teori bahawa kemahiran membaca pelajar melibatkan kebolehan

mengenal kod dan lambang. Membaca juga melibatkan kebolehan menganggap hubungan

antara bunyi dan lambang yang dilihat. Oleh kerana perkataan terdiri daripada unsur fonik,

adalah lebih baik sekiranya pelajar diajar menterjemah bentuk huruf kepada bunyi dahulu

dan kemudiannya baharulah kepada makna yang didukungnya.

Sementara Currier dan Buguid ( Sofiah Hamid, 1983 : 20 ) dalam kajian mereka

selama lima tahun, iaitu dari tahun 1918 hingga 1923, mendapati latih tubi fonik

seharusnya dilakukan setiap masa dan dipergunakan dengan bijak. Ini bermakna latih tubi

perlulah diubah suai mengikut keperluan individu.

Fries ( 1963 : 230 ) dalam buku Linguistic and Reading berpendapat bahawa huruf-

huruf juga harus diajar terlebih dahulu supaya pelajar dapat mengenali persamaan dan

Page 31: Jurnal Kajian Membaca Upsi

perbezaan bentuk –bentuk huruf dalam mengenal perkataan. Sebenarnya bentuk-bentuk

grafem tidak semestinya disertai dengan nama-nama huruf. Walau bagaimanapun, nama-

nama huruf adalah mustahak dalam menentukan gerak balas mengenal huruf.

Pada tahun 1964 M. Rivers ( Abd. Aziz Talib, 2000 : 37 ) telah mengubahsuai

Kaedah Pandang dan Sebut dalam pengajaran membaca dengan memasukkan unsur-unsur

teori Skinner. Kaedah ini menyatakan bahawa pelajar hendaklah diajar secara lisan terlebih

dahulu, ganjaran dan pengukuhan hendaklah diberikan sebagai psikologi pengajaran dalam

kaedah ini.

Bloomfield ( 1961 : 227 ) pula telah memperkenalkan Pendekatan Linguistik dalam

pengajaran bahasa. Antara perkara yang ditumpukan dalam pengajaran bacaan ialah

hubungan yang rapat antara perkataan sebagai simbol tertulis dengan bunyi-bunyi yang

diwakili oleh huruf-huruf sebagai simbolnya. Walaupun pendekatan yang dipelopori oleh

Bloomfield tidak menekankan kepada bunyi-bunyi fonem tunggal, sebaliknya fonem dalam

perkataan tetapi beliau menegaskan bahawa salah satu daripada pencapaian yang patut

dicapai oleh pelajar sebelum mereka diajar membaca ialah kanak-kanak seharusnya telah

mengenali nama-nama huruf untuk menambah minat dan penekanan kepada bentuk.

Maria Montessori pada tahun 1964 ( Kenedy 1981 : 13) telah memperkenalkan

Kaedah Montessori dalam pengajaran membaca permulaan. Dalam kaedah ini, terdapat dua

perkara yang penting dalam pengajaran bacaan. Pertama adalah mengenal huruf abjad

sepenuhnya dan kedua adalah menjalani suatu rancangan bacaan yang telah sedia disusun

Page 32: Jurnal Kajian Membaca Upsi

oleh guru. Dalam kaedah ini, kanak-kanak perlu mengenal huruf abjad terlebih kemudian

baharulah mereka mengikuti pelajaran membaca. Pelajaran dimulakan dengan mengenal

bentuk-bentuk huruf, menulis dan seterusnya membunyikan huruf-huruf. Akhirnya bunyi-

bunyi huruf digabungkan untuk menyebut perkataan. Kanak-kanak perlu menguasai sesuatu

peringkat sebelum meneruskan peringkat berikutnya.

J.S Chall ( 1967 : 105-108 ) telah merumuskan sembilan penyelidikan yang

membandingkan Kaedah Pandang Sebut dan Kaedah Fonik. Hasil daripada penyelidikan

yang dilakukan, beliau mendapati bahawa dalam mengenal perkataan dan membaca secara

lisan, kanak-kanak yang menerima latihan fonik lebih maju daripada kanak-kanak yang

diajar dengan kaedah Pandang Sebut.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, ternyata latihan fonik di

peringkat awal bacaan turut memberi faedah kepada pelajar di peringkat Gred 2 dan Gred

3, malah meninggalkan kesan jangka panjang pada akhir Gred 6. Latihan fonik dikatakan

mempunyai nilai yang tinggi dan dapat digunakan oleh guru-guru untuk mengajar bacaan

bagi kanak-kanak yang sederhana dan yang rendah peringkat kecedasannya.

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji seperti Gates 1928 dan Steinberg 1978

(Steinberg, 1982 : 117 ) membuktikan bahawa kanak-kanak dapat membaca dengan lebih

cepat jika pengajaran dimulakan dengan unsur-unsur yang bermakna berbanding dengan

unsur-unsur yang tidak bermakna.

Page 33: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Selain itu kajian oleh Steinberg pada tahun 1971 (Steinberg, 1982 : 119 )

mendapati nilai bunyi untuk setiap huruf boleh dipelajari tanpa diajar oleh perkataan-

perkataan yang utuh. Huruf abjad tidak perlu diajar menurut urutan tetapi diajar serentak

dengan pengenalan bentuk-bentuk perkataan.

Pengajaran yang bermula dengan unsur-unsur bermakna lebih eferktif berbanding

dengan pengajaran yang bermula dengan unsur-unsur yang tidak bermakna. Kenyataan ini

dibuktikan oleh Steinberg dan Yamada ( Steinberg, 1982 : 197 ) yang telah membuat

perbandingan kecepatan pemelajaran mengenal lambang di kalangan kanak-kanak di Jepun.

Hasil kajian mendapati kanak-kanak yang belajar membaca dengan tulisan kanji, iaitu

tulisan yang bermakna, dapat membaca dengan lebih cepat berbanding kanak-kanak yang

belajar membaca dengan menggunakan tulisan kana.

Sementara itu, dalam pengajaran bahasa terutama dalam aspek ejaan tatabahasa,

guru perlu memberikan contoh yang jelas kepada pelajar. Kaedah induktif ialah kaedah

pengajaran bahasa yang menampilkan contoh terlebih dahulu, sebelum hukum tatabahasa

dijelaskan kepada pelajar.

Menurut Piaget, pelajar lebih mudah belajar sesuatu daripada yang konkrit kepada

yang abstrak, terutamanya bagi pelajar yang lemah dan lambat perkembangan mentalnya

(Abdul Aziz Talib, 2000 : 43). Kaedah induktif sesuai digunakan pada peringkat sekolah

rendah yang prinsip pengajaranyan ialah seperti berikut :

Page 34: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Contoh - contoh Hukum (generalisasi)

(Konkrit) Abstrak

Berbeza daripada kaedah pengajaran membaca induktif, kaedah deduktif

memerlukan guru menjelaskan terlebih dahulu tentang hukum atau rumus tentang sesuatu

pembelajaran bahasa kepada pelajar. Misalnya berkenaan cara mengeja, membentuk

perkataan atau ayat. Pelajar disuruh menghafaz hukum tersebut (misalnya pinsip ejaan)

sebelum mereka disuruh mengeja. Sebagai kesimpulan, prisip kaedah pengjaran deduktif

seperti berikut :

Hukum (generalisasi) Contoh-contoh

(Konkrit) Abstrak

Dalam pengajaran yang menggunakan kaedah elektik penggabungan kedua-dua

kaedah induktif dan deduktif dapat dilihat seperti di bawah :

a. Contoh Generalisasi Contoh

b. Generalisasi Contoh Generalisasi

Pprosedur a menekankan unsur induktif, sementara prosedur b menekankan unsur deduktif.

Kedua-dua unsur ini dijalankan oleh guru terutamanya di dalam kelas yang terdiri daripada

pelajar pandai dan lemah (Abdul Aziz Talib 2000 : 44).

Page 35: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Kajian tentang pengajaran membaca ini menarik minat beberapa pengkaji barat

yang lain seperti Terman ( 1918 ) dan Fowler ( 1962 ), Doman ( 1964 ), Sodenberg ( 1971 )

dan Weeks ( 1981 ). Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa kanak-kanak boleh diajar

membaca semasa kecil dan tahap kejayaan yang dicapai bergantung kepada kaedah yang

digunakan ( Azhar M. Simin, 1990 : 302 ). Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa kaedah

pengajaran asas bacaan amat penting dan dapat menentukan kejayaan seseorang pelajar

menguasai kemahiran membaca.

2.2 Kajian – Kajian Di Malaysia

Beberapa orang pendidik dan pengkaji di Malaysia telah melakukan penyelidikan berkaitan

pengajaran dan pembelajaran membaca di peringkat rendah, antaranya ialah Atan Long,

Isahak Haron, Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar dan Sofiah Hamid. Berdasarkan kajian Atan

Long (1970 : 24) telah membahagikan kaedah pengajaran asas kepada dua kategori, iaitu

Kaedah Tradisional dan Kaedah Moden.

Kaedah Tradisional terbahagi kepada dua iaitu, Kaedah Abjad dan Kaedah Suku

Kata. Kaedah Moden pula terdiri daripada Kaedah Pandang Sebut dan Kaedah Fonik.

Kaedah ini sama seperti kaedah yang dikemukakan oleh Bloomfield dan Fries.

Menurut Atan Long ( 1970 : 23 ), Kaedah Abjad merupakan kaedah paling tua yang

digunakan dalam pengajaran kemahiran membaca. Para pelajar diajar kesemua dua puluh

Page 36: Jurnal Kajian Membaca Upsi

enam huruf yang terdapat dalam abjad rumi, iaitu dari a hingga z dengan menggunakan

kaedah ini. Seterusnya pelajar dikehendaki mengeja perkataan, iaitu menyebut nama-nama

huruf yang terkandung dalam satu-satu perkataan yang dibaca.

Kaedah Suku Kata pula adalah lanjuatan dariapada Kaedah Abjad. Dalam kaedah

ini, huruf-huruf konsonan digabungkan dengan huruf-huruf vokal untuk membentuk suku

kata. Seterusnya suku kata-suku kata yang dibentuk itu akan digabungkan bagi membentuk

perkataan.

Kaedah Pandang Sebut dan Kaedah Seluruh Perkataan pula diperkenalkan di

Malaysia pada akhir tahun empat puluhan. Kaedah ini memberi penekanan terhadap

seluruh perkataan dan bukannya nama huruf atau bunyi. Guru biasanya akan menunjukkan

seluruh perkataan dan berserta gambarnya kepada pelajar.

Kaedah Fonik pula adalah sebagai tindak balas terhadap kegagalan Kaedah Pandang

Sebut. Pelajar yang telah diajar membaca dengan menggunakan Kaedah Pandang Sebut

tidak boleh membaca perkataan baharu yang tidak diajar oleh guru. Dengan menggunakan

Kaedah Fonik, pelajar akan diajar bunyi-bunyi yang berhubung dengan huruf dan bukannya

nama huruf. Kaedah ini juga mempunyai kelemahannya sama seperti kaedah-kaedah lain.

Atan Long (1970 : 296-297) telah merumuskan kaedah mengajar bacaan dalam

kajiannya iaitu bahan mestilah terdiri daripada seluruh perkataan yang bermakna supaya

dapat menyuburkan minat pelajar. Pada peringkat awal, percerakinan tidak perlu agar

Page 37: Jurnal Kajian Membaca Upsi

pelajar dapat membina senarai perkataan mudah yang selalu ditemui. Apabila kanak-kanak

telah dapat membina senarai perkataan yang banyak, baharulah pencerakinan perkataan

dijalankan. Akhirnya kebolehan kanak-kanak mengamati keseluruhan perkataan mestilah

dikembangkan sebaik-baiknya untuk mendapatkan makna satu-satu perkataan, rangkai kata

atau ayat dengan tidak memberikan penumpuan kesedaran kepada lambang-lambang yang

membawa makna.

Zaidah Hj. Omar ( 1978 : 135 ) dalam satu kajian mengenai kemahiran asas pelajar

Tahun 2 dari segi huruf, suku kata dan gabungan bunyi suku kata mengatakan dalam

pengajaran membaca peringkat awal, kemahiran asas bacaan perlu diperkukuhkan sebelum

pengajaran membaca ayat dijalankan. Hal ini adalah kerana dalam kajian tersebut beliau

mendapati Kaedah Abjad Suku Kata adalah lebih berkesan jika dibandingkan dengan

Kaedah Terus. Antara kemahiran asas bacaan yang perlu diperkukuhkan ialah kemahiran

menamakan huruf-huruf abjad atau membunyikannya, kemahiran membunyikan suku kata

dalam perkataan dan kemahiran menggabungkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.

Abdul Aziz Talib ( 1978 ) telah menjalankan satu kajian diagnostik yang

menganalisis masalah kanak-kanak mengenal huruf dalam abjad rumi. Tumpuan kajian

beliau adalah terhadap kebolehan kanak-kanak mengenal bentuk, nama dan bunyi huruf.

Seramai 1,315 orang pelajar yang dapat membaca pada peringkat bimbingan dan 4,158

orang pelajar yang dapat membaca pada peringakat lemah ( darjah satu hingga enam ) telah

dijadikan subjek kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa peratus kegagalan

pelajar dalam mengenal bunyi huruf adalah paling tinggi.

Page 38: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Dalam tahun 1983, Sofiah Hamid telah membuat kajian perbandingan dua

pendekatan pengajaran asas membaca, iaitu Pendekatan Abjad Suku Kata dengan

Pendekatan Terus Membaca. Beliau mendapati kemahiran asas bacaan seperti kemahiran

menamakan dan membunyikan huruf abjad, kemahiran menghubungkan huruf dengan

bunyinya, kemahiran membunyikan suku kata, dan kemahiran menggabungkan bunyi-

bunyi suku kata dalam perkataan perlu diperkukuhkan. Hasil daripada eksperimen yang

dijalankan selama dua bulan telah menunjukan bahawa Pendekatan Abjad Suku Kata

dengan pemeringkatan bahan pengajaran yang sistematik bolah digunakan bagi mengajar

asas bacaan di peringkat awal membaca ( Azman Wan Chik (ed), 1986 : 213 ).

Kajian Wan Mansor dan Wan Dewa ( Azman Wan Chik (ed) 1986 : 124 ) telah

mencatatkan beberapa ulasan daripada guru pelatih Maktab Perguruan Bahasa yang

mengajar Darjah Satu. Beliau telah membuat beberapa rumusan seperti yang berikut :

i. Pelajar – pelajar boleh membaca paling awal pada akhir penggal satu

selewatnya-lewatnya pada pertengahan penggal kedua. Antara 60% hingga

80% telah boleh membaca buku teks pertama melalui Kaedah Mengeja Suku

Kata dan Kaedah Pandang Sebut.

ii. Berdasarkan penemuan seorang guru Tahun 1 anjuran nazir bebas yang

mengajar selama tiga bulan dengan beberapa kaedah mendapati kelas yang

Page 39: Jurnal Kajian Membaca Upsi

menggunakan Kaedah Suku Kata boleh membaca buku teks sebaliknya

kelas yang menggunakan Kaedah Pandang Sebut kurang berjaya.

iii. Seorang guru di Tapah telah mencuba tiga kaedah yang berlainan untuk tiga

buah kelas tahun 1. Rumusannya, kaedah yang terbaik ialah Kaedah

Campuran, diikuti Kaedah Suku Kata dan Kaedah Pandang Sebut.

Juriah Long ( 1990 : 17 ) yang telah membuat tinjauan ke sekolah-sekolah rendah

yang melaksanakan KBSR telah merumuskan bahawa Pendekatan Gabungan Bunyi Kata

boleh digunakan sebagai satu pendekatan pengajaran asas membaca. Pendekatan ini telah

dibuat dengan menggunakan bahan pengajaran yang disusun daripada yang senang kepada

yang susah. Pendekatan ini juga mengambil kira sistem ejaan bahasa Melayu yang

sistematik dan fonemik.

Selain itu, Ee Ah Meng ( 2001 : 86), kaedah induktif dalam pengajaran bahasa

melibatkan kaedah mengumpulkan maklumat kemudian membuat kesimpulan. Ini

bermakna guru akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang

khusus terdiri daripada satu prinsip yang sama. Di dalam situasi pembelajaran yang

menggunakan pendekatan induktif, guru boleh mengemukakan beberapa contoh yang

khusus, diikuti dengan aktiviti soal jawab untuk membimbing pelajar memerhati, mengenal

pasti fakta yang penting terkandung dalam contoh.

Page 40: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Berdasarkan kaedah pengajaran deduktif pula, pengajaran bermula beberapa rumus,

prinsip, hukum atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang

khusus. Kaedah ini memerlukan pelajar memperolehi kefahaman yang mendalam dan

pengetahuan yang cukup terhadap prinsip dan hukum yang dipelajari dengan tepat untuk

diaplikasikan kepada contoh yang khusus (Mok Soon Sang 2001 : 91).

Dalam prinsip pengajaran berdasarkan kaedah elektif pula, kedua - dua kaedah

pengajaran secara induktif dan deduktif digabungkan bagi menghasilkan strategi

pengajaran yang lebih berkesan, seimbang dan berfaedah. Antara kelebihan kaedah ini ialah

ia sesuai bagi kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan dan sifatnya yang

fleksibel membolehkan guru mentadbir pengajaran dengan mudah tanpa terikat dengan

teknik-taknik tertentu ( Kamarudin Hj. Husin 1994 : 89).

Berdasarkan kajian yang dibuat, jelas menunjukkan bahawa kaedah pengajaran

memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan pelajar menguasai kemahiran

membaca. Oleh sebab itu Mangantar Simanjuntak ( 1985 : 5 ), mengatakan pengkaedahan

gurulah yang menjadi punca kegagalan pelajar menguasai kemahiran membaca. Pada

pendapat beliau, berdasarkan kepada penelitian masalah pelajar lembab membaca, tidak ada

yang salah pada pelajar tersebut tetapi mereka telah dikategorikan sebagai pelajar lembab.

Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh setiap

pengkaji sama ada di barat atau di timur tentang kaedah pengajaran asas bacaan adalah

bertujuan untuk memberikan panduan kepada guru-guru bagi memperbaiki proses

Page 41: Jurnal Kajian Membaca Upsi

pengajaran dan pembelajaran. Walaupun banyak kajian yang telah dijalankan, namun

sehingga kini belum terdapat kaedah yang betul-betul mantap untuk dijadikan pegangan

dalam pengajaran membaca permulaan. Setiap pendekatan dan kaedah yang dikemukankan

mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.

Sofiah Hamid (Azman Wan Chik 1982 : 54) mengatakan bahawa kajian-kajian yang

dijalankan belum membuktikan dengan jelas tentang adanya satu kaedah pengajaran

membaca yang benar-benar sesuai dengan sifat-sifat sistem bahasa Melayu, di samping

mempertimbangkan aspek-aspek psikologi dan jasmani kanak-kanak. Walau apa pun,

kaedah pengajaran tetap memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan pelajar

menguasai membaca membaca.

Page 42: Jurnal Kajian Membaca Upsi

BAB III

METADOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk satu kajian eksperimen dengan menggunakan soal selidik. Fenomena

pendidikan yang dikaji ialah penguasaan kemahiran membaca permulaan pelajar tahun 1. Ia

bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru

bahasa. Elemen yang dibincangkan dalam bab ini ialah tatacara pengumpulan data dan

kaedah data dikelolakan.

3.2 Tempat kajian

Kajian ini akan dijalankan di daerah Malim Nawar. Sebuah sekolah telah dipilih, iaitu

Sekolah Rendah Kebangsaan Tualang Sekah, Malim Nawar. Pemilihan sekolah ini dibuat

kerana sebahagian besar daripada pelajarnya terdiri daripada pelajar yang datang dari

Page 43: Jurnal Kajian Membaca Upsi

golongan kelas sosial yang hampir sama. Keseluruhan pelajar di sekolah tersebut berbangsa

Melayu.

3.3 Pendekatan kajian

Matlamat kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kesan penggunaan teori mentalis,

mekanis, elektik dan kaedah pengajaran bahasa Melayu untuk pelajar Tahun 1. Oleh itu

kajian ini akan menggunakan pendekatan kuantitatif bagi mendapatkan data penilaian

kemahiran bacaan bahasa Melayu pada akhir sesi pengajaran.

3.4 Alat kajian

Dalam kajian ini alat pengumpulan data yang digunakan ialah :

i) soal selidik guru

ii) temubual dan pemerhatian

iii) markah ujian penilaian membaca.

Kajian ini juga menggunakan modul pengajaran membaca yang digunakan oleh

guru semasa mengajar.

Page 44: Jurnal Kajian Membaca Upsi

3.4.1 Soal selidik guru

Soal selidik guru terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian

A mengemukakan soalan - soalan yang berkaitan dengan latar belakang responden dan

bahagian B pula berkaitan dengan pengetahuan dan sikap responden dalam

mengaplikasikan teori serta kaedah pengajaran bacaan bahasa Melayu.

Bahagian A

1. Nama sekolah

2. Jantina

3. Umur

4. Kelulusan akademik

5. Kelulusan iktisas

6. Bidang pengkhususan

7. Pengalaman mengajar di sekolah

8. Pengalaman mengajar pelajar tahun satu

9. Kelas yang diajar sekarang

Bahagian B

Bahagian ini mengandungi 12 soalan yang meninjau tahap penguasaan guru terhadap teori

dan kaedah pengajaran membaca yang digunakan, misalnya pendekatan yang digunakan

semasa mengajar, perlaksanaan pengajaran pemulihan, alasan menggunakan teori elektik

dan definisi psikolinguistik.

Page 45: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Dalam bahagian ini responden diberi pilihan jawapan dengan menulis atau

menandakan (/) bagi soalan yang berkaitan (lihat lampiran). Responden boleh memilih

lebih daripada satu jawapan dan memberikan alasan yang relevan berdasarkan jawapan

mereka.

3.4.2 Temubual dan Pemerhatian

Sesi temubual dilakukan secara tidak langsung dengan pengetua, ketua bidang, guru bahasa

Melayu dan responden yang teribat dalam kajian ini. Segala butur yang penting semasa sesi

temubual berlansung dicatatkan.

3.4.3 Markah Ujian Membaca

Markah ujian membaca pelajar tahun satu diperolehi daripada guru bahasa Melay. Ia akan

ditadbir dan dianalisis untuk melihat perkaitannya dengan pengetahuan guru tentang kaedah

dan teori dalam pengajaran membaca permulaan.

3.5 Kaedah Pengumpulan Data

Pengumpulan data dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada guru yang

terlibat. Kebenaran untuk menjalankan kajian diperoleh daripda pihak universiti dan

Page 46: Jurnal Kajian Membaca Upsi

pengetua sekolah berkenaan. Perjumpaan dengan guru mata pelajaran bahasa Melayu

diadakan bagi mendapatkan kerjasama sepenuhnya.

Sesi taklimat akan dijalankan bagi menerangkan bagi menerangkan kaedah

menjawab soal selidik selama sepuluh minit. Semua borang soal selidik akan dikumpulkan

pada hari yang sama borang diedarkan untuk mengelakkan borang itu hilang, tidak dijawab

dan tidak dipulangkan semula.

Setelah semua butiran jawpan diperolehi, satu analisis tentang jadual yang berkaitan

akan diberikan dalam bab empat.

3.6 Penganalisisan Data

Setelah semua maklumat dan data yang diperlukan diperolehi, penyelidik akan

menganalisis data tersebut. Data kajian akan dianalisis secara manual. Penyusunan data

mentah berdasarkan kategori tertentu dianalisis menggunakan formula kekerapan /

frekuensi. Proses penganalisisan data tentang maklumat latar belakang guru dan markah

ujian akan dijadualkan untuk memperlihatkan maklumat yang bakal diperolehi.

Misalnya untuk mendapatkan peratusan markah ujian membaca setiap pelajar,

formula berikut digunakan :

Page 47: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Formula (I) : Frekuensi x 100% Jumlah soalan

Contoh : 6 x 100% = 50% 12

Formula (II) : Min (x) = Jumlah Markah Bilangan Kes

Contoh : 100 = 0 + 9.94 + 12.6 + 15.8…… 30

Kaedah kekerapan yang mudah telah digunakan bagi menganalisis segala taburan

maklumat yang diperolehi melalui soal selidik dan ujian membaca Setelah semua analisis

kajian dijalankan dan dapatan diperolehi, pengkaji akan membuat rumusan terhadap kajian

yang dijalankan.

Page 48: Jurnal Kajian Membaca Upsi

BAB IV

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan dapatan kajian berkenaan tahap penguasaan dan kaedah

pengajaran membaca permulaan yang diaplikasikan oleh guru bahasa Melayu di Sekolah

Rendah Kebangsaan Malim Nawar, Perak. Bahagian pertama akan membincangkan latar

belakang responden dan bahagian kedua berkenaan kaedah pengajaran dan tahap

penguasaan guru dalam bidang psikolinguistik.

4.2 Perihal Sampel dan Analisis Dapatan Kajian.

Data diperolehi daripada jawapan yang diberikan dalam borang soal selidik dan markah

ujian membaca akan digunakan untuk menentukan kesan dan pengaruh kaedah pengajaran

guru ke atas pengajaran membaca. Analisis frekuensi kekerapan digunakan untuk

Page 49: Jurnal Kajian Membaca Upsi

menghuraikan aspek pengetahuan guru tentang psikolinguistik dan kaedah pengajaran

untuk melihat hubungannya dengan pencapaian kemahiran membaca permulaan para

pelajar.

Sejumlah enam subjek telah diberikan borang soal selidik yang untuk diisi. Oleh

kerana aspek latar belakang seperti pencapaian akademik pencapaian iktisas dan

pengalaman mengajar saling berkaitan antara satu sama lain dalam menentukan kejayaan

sesuatu pengajaran maka berikut disenaraikan data latar belakang subjek kajian. Data

tersebut dianalisis berdasarkan jawapan borang soal selidik.

4.2.1 Latar Belakang Subjek Kajian

Dalam bahagian latar belakang subjek kajian terdapat beberapa aspek yang dikaji, iaitu

jantina, umur, kelulusan akademik, kelulusan iktisas, bidang pengkhususan, dan

pengalaman mengajar bahasa Melayu serta pengalaman mengajar pelajar tahun satu.

Berikut disenaraikan jadual berkaitan dengan latar belakang subjek kajian.

Page 50: Jurnal Kajian Membaca Upsi

4.2.1.1 Jantina

Daripada sejumlah enam subjek kajian yang telah diberikan borang selidik, dua

daripadanya adalah guru lelaki dan bakinya guru wanita. Pemilihan yang dibuat hanya

menghadkan kepada guru yang mengajar subjek bahasa Melayu sahaja di sekolah tersebut.

Jadual 1

Taburan subjek kajian mengikut jantina

JANTINA

BILANGAN

Lelaki 2

Perempuan 4

Jumlah 6

4.2.1.2 Umur

Berdasarkan jadual dua, taburan umur mengikut subjek terbahagi pada empat kategori yang

utama iaitu dalam lingkungan umur 21 hingga 25 tahun, 26 hingga 30 tahun, 31 hingga 35

tahun dan 36 hingga 40 tahun. Daripada analisis yang dijalankan subjek dalam lingkungan

umur 21 hingga 25 tahun, 31 hingga 35 tahun dan 36 hingga 40 tahun hanyalah seorang dan

bakinya iaitu tiga subjek lain dalam lingkungan umur 26 hingga 30 tahun. Pembahagian

umur yang dibuat sebegitu berdasar jawapan yang diberikan dalam soal selidik kajian.

Page 51: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Jadual 2

Taburan subjek kajian mengikut umur

UMUR BILANGAN

21-25 tahun 1

26-30 tahun 3

31-35 tahun 1

36-40 tahun 1

Jumlah 6

4.2.1.3 Kelulusan Akademik dan Iktisas

Berdasarkan maklumat yang diberikan, empat subjek kajian berkelulusan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) / Malaysia Certificate Education (MCE), manakala dua subjek lagi

berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Pelajaran (STP) / High

School Certificate (HSC). Kesemua subjek kajian yang menjawab soal selidik mempunyai

kelulusan iktisas peringkat Sijil Perguruan Asas.

Page 52: Jurnal Kajian Membaca Upsi

4.2.1.4 Bidang Pengkhususan

Berdasarkan kajian, terdapat empat bidang pengkhususan asal subjek yang mengajar bahasa

Melayu iaitu Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik. Daripada

jadual sejumlah dua subjek yang mengikuti pengkhususan Bahasa Melayu, dua subjek lagi

mengikuti bidang Pendidikan Seni, manakala seorang subjek yang mengikut bidang

pengkhususan Muzik dan Pendidikan Jasmani semasa menuntut di maktab. Menerusi

pemerhatian guru yang bukan opsyen Bahasa Melayu diberikan tugas mengajar Bahasa

Melayu semasa di sekolah seramai empat subjek.

Jadual 3

Bidang pengkhususan subjek kajian semasa berkursus

BIDANG PENGKHUSUSAN BILANGAN

Pengajian Melayu 2

Pendidikan Jasmani 1

Pendidikan Seni 2

Muzik 1

Jumlah 6

Page 53: Jurnal Kajian Membaca Upsi

4.2.1.5 Pengalaman mengajar

Jadual 4 menunjukkan taburan pengalaman subjek mengajar bahasa Melayu. Berdasarkan

kajian subjek yang mempunyai pengalaman antara satu hingga tiga tahun dan empat hingga

enam tahun seramai dua orang, manakala seramai seorang subjek yang mempunyai

pengalaman mengajar bahasa Melayu selama tujuh hingga sembilan tahun dan sepuluh

tahun ke atas. Subjek yang mempunyai pengalaman mengajar bahasa Melayu lebih dari

lima tahun adalah berpadanan dengan umur subjek dalam jadual 1.

Jadual 4

Pengalaman subjek kajian mengajar Bahasa Melayu

TAHUN BILANGAN

1 hingga 3 tahun 2

4 hingga 6 tahun 2

7 hingga 9 tahun 1

10 tahun ke atas 1

Jumlah 6

Page 54: Jurnal Kajian Membaca Upsi

4.2.1.6 Pengalaman Mengajar tahun 1

Daripada data kajian yang diperolehi pengalaman mengajar pelajar tahun satu

memperlihatkan perbezaan. Daripada jadual 6, sejumlah dua subjek yang mengajar pelajar

tahun satu tidak mempunyai pengalaman dan sejumlah dua subjek lagi berpengalaman

mengajar pelajar tahun satu dalam lingkungan satu hingga dua tahun, manakala selebihnya

iaitu seorang berpengalaman selama tiga hingga empat tahun dan seorang lagi lima tahun

ke atas.

Jadual 5

Pengalaman Subjek mengajar Bahasa Melayu Tahun 1

TAHUN BILANGAN

Tiada pengalaman 2

1 hingga 2 tahun 2

3 hingga 4 tahun 1

5 tahun ke atas 1

Jumlah 6

Page 55: Jurnal Kajian Membaca Upsi

4.3 Tahap Penguasaan Psikolinguistik Dan Penggunaan Kaedah Pengajaran

Membaca.

Dalam bahagian B terdapat 12 soalan yang memerlukan jawapan dalam bentuk (/) dan

struktur pendek . Daripada 12 soalan tersebut pula, dibahagikan kepada dua kategori iaitu

bahagian yang menguji pengetahuan subjek berkenaan teori psikolinguistik dan bahagian

berkenaan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru. Berikut diberikan perincian bagi

setiap soalan dalam jadual enam dan tujuh.

Page 56: Jurnal Kajian Membaca Upsi

4.3.1 Tahap Penguasaan dan Pengetahuan Subjek Dalam Bidang Psikolinguistik

Bahagian ini akan menguji tahap penguasaan dan pengetahuan subjek dalam bidang

psikolinguistik. Terdapat lapan soalan yang dikemukakan dalam bahagian pertama ini.

Berikut diberikan perincian soalan dalam jadual 6.

Jadual 6

Pengetahuan Subjek Kajian Tentang Teori Psikolinguistik

BIL PERKARA FREKEUNSI

F___X 100 6

1 Kursus Bahasa Melayu 2 33.33%

2 Ilmu psikolinguistik 3 50%

3 Pengaplikasian ilmu psikolinguistik 4 66.67%

4 Prinsip teori Mekanis dan Mentalis 2 33.33%

5 Prinsip teori Elektik 3 50%

6 Hubungan psikolinguistik 5 83.33%

8 Kesesuaian Teori Elektik 6 100%

Page 57: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Kursus Bahasa Melayu Berdasarkan jawapan soal selidik yang diberikan kepada enam subjek kajian yang terdiri

daripada dua orang guru lelaki dan empat orang guru perempuan yang mengajar mata

pelajaran bahasa Melayu, seramai dua subjek kajian bersamaan 33.33% pernah mengikuti

kursus pengajaran bahasa Melayu. Mereka menjadikan bahasa Melayu sebagai bidang

pengkhususan semasa mengikuti kursus di maktab perguruan. Manakala empat subjek

kajian iaitu bersamaa 66.67% tidak pernah mengikuti kursus pengajaran bahasa Melayu.

Masing-masing iaitu satu subjek mengikuti bidang pengkhususan Pendidikan Jasmani dan

Muzik serta dua subjek lagi mengikuti bidang pengkhususan Pendidikan Seni.

Berdasarkan dapatan ini, kita dapati masih terdapat penempatan guru-guru yang

dibuat tidak menepati bidang pengkhususan masing-masing. Hal ini amat merugikan guru

dan juga pelajar, kerana guru tersebut tidak dapat mengaplikasikan pengetahuan yang telah

dipelajari semasa berkursus.

Pengetahuan Tentang Ilmu Linguistik

Sejumlah tiga subjek kajian menyatakan pernah belajar ilmu linguistik semasa berkursus di

maktab perguruan. Bilangan ini bersamaan dengan 50%, manakala 3 subjek kajian lagi

menyatakan tidak pernah belajar ilmu linguistik semasa berkursus di maktab perguruan.

Page 58: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Pengaplikasian Ilmu Psikolinguistik

Dalam soalan ini, kebanyakan subjek kajian iaitu empat daripada enam menyatakan bahawa

mereka mengaplikasikan ilmu psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran.

Peratusannya bersamaan 66.67% dan hanya dua subjek kajian iaitu 33.33% menyatakan

bahawa mereka tidak menggunakan ilmu psikolinguistik dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Berdasarkan penemuan, didapati bahawa subjek yang tidak mengaplikasikan ilmu

psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kerana tidak pernah mengikuti

kursus tersebut semasa di maktab atau semasa latihan.

Prinsip Teori Mekanis dan Mentalis

Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh enam subjek, terdapat dua subjek yang

menjawab dengan baik, manakala seramai emapt subjek lagi yang tidak pasti akan jawapan

yang diberikan tentang prinsip teori mekanis dan mentalis.

Berdasarkan statistik di atas jelas menunjukkan bahawa guru bahasa Melayu tidak

mempunyai latar belakang yang lengkap tentang teori ini. Hal ini disebabkan oleh separuh

daripada subjek bukanlah terdiri daripada guru yang berkelulusan bahasa Melayu semasa

dalam pengajian.

Page 59: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Prinsip Teori Elektik

Dalam soalan ini seramai tiga subjek menjawab dengan baik berkenaan prinsip teori

elektik, manakala tiga subjek lagi kurang memberikan jawapan yang memberangsangkan.

Berdasarkan jawapan yang diberikan jelas menunjukkan pengetahun tentang teori elektik

adalah lebih baik daripada teori mentalis dan mekanis. Keadaan ini berlaku kerana

kebanyakan mata pelajaran seperti Pedagogi dan Falsafah Pendidikan turut menerapkan

teori ini bersama.

Dapatan ini membuktikan bahawa walaupun tidak semua guru mengetahui tentang

ilmu psikolinguistik, namun mereka serba sedikit memahami tentang teori elektik yang

mampu membantu dalam pengajaran dan pembelajaran nanti.

Hubungan Psikolinguistik Dengan Pengajaran Bahasa Melayu

Apabila dikemukakan soalan tentang hubungan antara psikolinguistik dengan pengajaran

bahasa sebanyak lima daripada 6 responden, iaitu bersamaan 83.33% menyatakan terdapat

hubungan antara kedua-duanya. Manakala seorang subjek sahaja yang menyatakan tidak

terdapat hubungan antara kedua-duanya.

Berdasarkan keputusan di atas jelaslah bahawa sebilangan besar guru – guru memag

menyedari bahawa terdapat hubungan antara psikolinguistik dan pengajaran bahasa.

Page 60: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Kesedaran tentang perkara ini diharapkan akan menggerakkan guru untuk menambahkan

pengetahuan tentang ilmu psikolinguistik.

Kesesuaian Teori Elektik dalam Pengajaran Dapatan kajian menunjukkan setiap subjek menyatakan Teori Elektik sesuai digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran, kerana ia mudah dan tidak terikat dengan prinsip-

prinsip tertentu.

Perkara ini disokong dengan dapatan kajian dalam jadual 7 yang memperlihatkan

kesemua subjek menggunakan kaedah elektik dalam pengajaran dan pembelajaran

membaca.

Page 61: Jurnal Kajian Membaca Upsi

4.3.2 Penggunaan Kaedah Pengajaran Membaca Permulaan.

Soalan yang dikemukakan dalam bahagian ini merangkumi perkara yang berkaitan kaedah

atau teknik pengajaran yang digunakan oleh guru semasa pengajaran membaca dijalankan.

Terdapat empat soalan kesemuanya yang memerlukan jawapan pendek daripada subjek.

Berikut diberikan perincian soalan dalam jadual 7.

Jadual 7

Kaedah Pengajaran Membaca Subjek Kajian

BIL PERKARA FREKUENSI F___X 100 6

1 Pendekatan pengajaran : a. Induktif

4

66.67%

b. Deduktif 6 100%

2 Kedah Pengajaran : a. mendengar dan bertutur

3

50%

b. membaca dan menulis

3 50%

c. kedua – duanya 6 100%

3 Kaedah Pengajaran Bacaan a. kaedah abjad

4

66.67%

b. kaedah suku kata 2 33.33%

c. kaedah pandang dan sebut 5 83.33%

d. kaedah fonik 2 33.33%

4 Pengajaran Pemulihan 6 100%

Page 62: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Pendekatan Pengajaran

Dalam soal selidik ini terdapat soalan yang mengkehendaki guru menyatakan pendekatan

pengajaran yang digunakan sama ada secara induktif atau deduktif. Bagi pendekatan

induktif sejumlah empat subjek daripada enam responden menyatakan bahawa mereka

menggunakan pendekatan ini, manakala kesemua responden menggunakan pendekatan

deduktif.

Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan guru menggunakan kedua-dua

pendekatan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Daripada dapatan ini

terdapat kesinambungan antara kedua-dua pendekatan semasa pengajaran.

Hasil daripada pemerhatian yang dijalankan contoh pengajaran membaca yang

menggunakan pendekatan induktif adalah seperti berikut :

a. ba / ca bu / ku

baca buku

b. sa / ya ki / ta

saya kita

Guru akan menerangkan terlebih dahulu contoh yang sesuai kepada pelajar, sebagai contoh

guru akan mengeja perkataan di atas terlebih dahulu sebelum pelajar mengikutinya.

seterusnya pelajar akan dibimbing untuk mengeja perkataan yang seterusnya. Pemberian

contoh yang baik akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran membaca

dijalankan.

Page 63: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Dalam pendekatan deduktif pula, contoh yang didapati hasil daripada pemerhatian

adalah seperti berikut :

a. me / re / ka ke / re / ta ke / ru / si

b. be / ri / ta al / ma / ri da / hu / lu

Pada awalnya guru memperkenalkan perkataan yang mempunyai tiga suku kata.

Kemudian pelajar diminta menyebut satu persatu suku kata tersebut dengan bimbingan

guru sehinggalah pelajar benar-benar faham. Selepas itu, pelajar akan diperkenalkan

dengan perkataan yang mempunyai tiga suku kata yang berlainan sedikit seperti ma / ka /

nan, ca / ta / tan, dan him / pu / nan. Pelajar diminta membuat rumus bagi mengkaji

perbezaan yang terdapat dalam perkataan tersebut dengan perkataan yang awal tadi.

Kedah Pengajaran.

Kaedah pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran membaca

dijalankan adalah mendengar dan bertutur serta membaca dan menulis. Berdasarkan

jawapan yang diberikan terdapat tiga subjek kajian yang menggunakan kaedah mendengar

dan bertutur, manakala sejumlah tiga subjek kajian lagi menggunakan kedah membaca dan

menulis sebagai asas dalam pengajaran membaca.

Menerusi pemerhatian yang dijalankan semasa pengajaran didapati subjek

mempelbagaikan kaedah iaitu dengan menggabungkan kedua-duanya dalam satu masa.

Page 64: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Oleh itu penggunaan kedua-dua kaedah iaitu mendengar dan bertutur serta membaca dan

menulis dilaksanakan oleh kesemua subjek dalam pengajaran membaca.

Sebagai contoh guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran

mengunakan kaedah membaca dan menulis ialah dengan guru membaca sesuatu perkataan

yang mudah seperti bapa, satu, batu dan raga, seterusnya guru menyuruh pelajar mengikut

bacaan tersebut sambil pelajar menulis satu persatu perkataan yang dibaca.

Teknik atau Kaedah Bacaan Permulaan.

Dalam soal selidik ini, sejumlah empat subjek iaitu bersamaan 66.67% menggunakan

kaedah abjad dan pandang sebut, manakala dua subjek kajian lagi, menggunakan kaedah

fonik dan suku kata. Berdasarkan daripada kajian didapati setiap subjek menggunakan lebih

daripada satu kaedah semasa pengajaran membaca dijalankan.

Pengajaran Pemulihan

Semua subjek dalam kajian ini menggunakan pengajaran pemulihan kepada pelajar yang

menghadapi masalah semasa atau selepas pengajaran membaca dijalankan. Pengajaran

pemulihan bermakna pelajar yang bermasalah dalam subjek tersebut akan diberikan

perhatian atau latihan selanjutnya bagi mengurangkan permasalahan.

Page 65: Jurnal Kajian Membaca Upsi

4.4 Pendekatan Dan Kaedah Pengajaran Yang Diterapkan Oleh Guru Bahasa

Melayu.

Melalui pemerhatian dan temubual, semasa pengajaran dan pembelajaran guru bahasa

Melayu telah menerapkan beberapa kaedah yang dapat membantu dalam pengajaran

membaca permulaan. Antara pendekatan dan kaedah yang digunakan ialah kaedah abjad,

kaedah pandang dan sebut, kaedah fonik dan kaedah suku kata.

Kaedah yang paling kerap digunakan ialah kaedah abjad. Kaedah ini disebut kaedah

abjad kerana pada permulaannya pelajar diperkenalkan dengan abjad. Dalam kajian yang

dijalankan sejumlah empat subjek menggunakan kaedah ini.

Semasa proses pengajaran dijalankan nama huruf-huruf tersebut disusun dan

disebut serentak iaitu daripada A hingga Z. Setelah pelajar mengenal abjad dan

menghafalnya baharulah guru akan mengajar mereka mengeja perkataan-perkataan yang

pendek. Misalnya perkataan ibu, bapa, bola dan tiga. Semasa pelajar diajar mengeja,

mereka hendaklah disuruh menyebut perkataan tersebut serentak. Misalnya b-a-j-u (baju).

Kaedah yang kedua ialah kaedah pandang dan sebut (kaedah moden). Dalam

pengajaran dan pembelajaran membaca mengikut kaedah ini, guru akan menggunakan kad

bagi memperlihatkan sesuatu perkataan. Guru pula akan menyebut perkataan tersebut dan

pelajar akan mengikutnya secara beramai-ramai dengan cara mengenal bentuk dan lambang

perkataan. Misalnya perkataan bola, abang, adik dan limau.

Page 66: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Setelah pelajar mengenali beberapa perkataan asas. Guru akan mengajar pelajar

membaca ayat-ayat yang mudah dibina berdasarkan perkataan-perkataan asas yang sudah

dikenali oleh pelajar.

Contoh :

1. Abang ada bola.

2. Adik ada bola.

3. Abang dan adik ada bola.

Selain itu, daripada pemerhatian yang dijalankan guru kadangkala menggunakan buku teks

yang disediakan sebagai bahan bantu untuk mengajar kaedah pandang sebut.

Hasil daripada pemerhatian, guru juga menerapkan kaedah fonik. Dalam jadual 7

sejumlah dua subjek kajian menggunakan kaedah ini. Dalam kaedah ini pelajar diajar

bentuk dan bunyi fonik huruf dalam abjad.

Pada awalnya guru memperkenalkan sesuatu huruf kepada pelajar dengan

menunjukkan bentuk huruf tersebut bersama gambar benda yang namanya bermula dengan

huruf fonik tersebut. Misalnya guru menunjukkan gambar ayam dengan huruf a, dan

gambar bola dengan huruf b. Sambil memperlihatkan gambar dan huruf awal yang

berkaitan guru menyebut fonik huruf tersebut. Misalnya ‘aa’ (a) iaitu ayam dan ‘bi’ (b)

iaitu bola. Selepas pelajar mengenal bentuk dan bunyi fonik huruf-huruf yang berkaitan

Page 67: Jurnal Kajian Membaca Upsi

baharulah pelajar tadi diajar mencantumkan bunyi huruf berkenaan menjadi suku kata atau

perkataan.

Kaedah suku kata juga diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran membaca

awal dijalankan. Sejumlah dua subjek yang menggunakan kaedah ini. Daripada

pemerhatian dan temu bual, kaedah suku kata dimulakan dengan mencantumkan satu huruf

konsonan dan vokal. Misalnya ka-ki-ku, pa-pi-pu, dan ra-ri-ru. Seterusnya pelajar diajar

membaca perkataan-perkataan yang mudah dengan cara mencantumkan suku-suku kata

yang telah diajar tadi. Contohnya kaki, para, dan pari.

Secara amnya, kebanyakan guru menggunakan kedah campuran kerana ia mudah

dan fleksibel serta sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran membaca di peringkat

permulaan. Hal ini boleh dilihat melalui data penyelidikan yang menunjukkan bahawa

semua subjek mencampurkan kaedah pengajaran yang diterapkan dan tidak terikat dengan

hanya menggunakan satu kaedah sahaja.

Page 68: Jurnal Kajian Membaca Upsi

4.5 Min Markah Subjek Kajian Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah, Malim

Nawar.

Berdasarkan markah ujian subjek kajian dalam ujian bacaan yang dijalankan oleh guru,

penyelidik akan menggunakan purata min untuk melihat pencapaian subjek kajian.

Jadual 8

Taburan markah mentah penilaian membaca Bahasa Melayu untuk 30 pelajar.

13 4 15 15 14 6 6 15 8 13

5 2 0 15 7 13 6 5 15 15

14 14 15 10 12 15 15 13 15 15

Jadual 9

Taburan Markah Penilaian Membaca Bahasa Melayu dalam bentuk peratus

86.7 26.7 100 100 93.3 40 40 100 53.3 86.7

33.3 13.3 0 100 46.7 86.7 40 33.3 100 100

93.3 93.3 100 66.7 80 100 100 86.7 100 100

Markah mentah ini akan ditukarkan dalam bentuk peratus dengan menggunakan formula :

= ___X___ x 100

15

Page 69: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Jadual 10

Taburan skor mengikut urutan rendah ke tinggi.

Kedudukan

Markah

Kedudukan

Markah

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

0

13.3

26.7

33.3

33.3

40

40

40

46.7

53.3

66.7

80

86.7

86.7

86.7

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

86.7

93.3

93.3

93.3

100

100

100

100

100

100

100

100

100

100

100

Min markah pelajar dalam ujian ini adalah :

Min (x) = Jumlah Markah Bilangan kes = 0 + 13.3 + 26.7 + 33.3 +………..+ 100 30 = 2366.7 30 = 78.89

Page 70: Jurnal Kajian Membaca Upsi

4.6 Kesimpulan

Berdasarkan dapatan kajian purata min adalah tinggi iaitu 78.89%, membuktikan bahawa

pengetahuan dan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru mempunyai kaitan dengan

pencapaian kemahiran membaca pelajar. Hal ini dapat dilihat menerusi jawapan soal selidik

guru yang majoritinya menggunakan pelbagai teknik dalam pengajaran membaca

permulaan.

Kemahiran dan teknik yang digunakan mampu mengubah penguasaan sesuatu

kemahiran yang juga bergantung kepada faktor lain seperti inisiatif pelajar dan kemudahan

yang disediakan.

4.7 Ulasan Hasil Dapatan Berdasarkan Tujuan Kajian

Hasil daripada tinjauan tentang hubungan teori psikolinguistik dalam pengajaran dan

pembelajaran membaca permulaan sekolah rendah didapati setiap guru mempunyai

pandangannya yang tersendiri dalam memilih pendekatan dan kaedah pengajaran yang

disukai.

Berdasarkan kajian terdapat guru yang memilih pendekatan induktif manakala

sebahagian lain memilih pendekatan deduktif dalam pengajaran. Begitu juga dengan

Page 71: Jurnal Kajian Membaca Upsi

pemilihan kaedah, ada juga di kalangan guru yang menggunakan gabungan pelbagai

kaedah seperti kaedah fonik dan abjad dalam melaksanakan pengajaran.

Selain itu juga, terdapat sebilangan kecil guru bahasa Melayu yang tidak mendapat

latihan khusus untuk mengajar mata pelajaran tersebut. Kenyataan ini berdasarkan jawapan

yang diberikan dalam soal selidik. Penempatan guru yang tidak mengikut bidang

pengkhususan amat merugikan bukan sahaja kepada guru malah pelajar. Hal ini sebanyak

sedikit menjejaskan pembelajaran pelajar terutamanya dalam kemahiran bahasa.

Berdasarkan dapatan kajian, faktor pengetahuan tentang teori psikolinguistik

mempunyai hubungan dengan keberkesanan pengajaran membaca permulaan. Pengetahuan

tentang proses-proses yang berlaku semasa seseorang mencuba memahami input bahasa

secara tidak langsung membantu guru membentuk kaedah pengajaran yang terbaik.

Pernyataan ini disokong menerusi pendapat Datuk Haji Hassan b. Ahmad dalam kata aluan

Pengantar Psikolinguistik Moden (1987 : V), masalah pengajaran bahasa dan pengajaran

membaca permulaan ialah masalah psikolinguistik dan seharusnya diselesaikan dengan

prinsip-prinsip psikolinguistik.

Steinberg pernah menyatakan bahawa pemahaman seseorang tentang bagaimana

bahasa pertama dikuasai secara semulajadi di peringkat awal kehidupan akan memberikan

manfaat kepada para perancang program pengajaran bahasa, sama ada yang dirancang atau

pengajaran bahasa sebagai bahasa pertama ataupun pengajaran bahasa sebagai bahasa

kedua ( Zulkifley Hamid 1995 : 55 ).

Page 72: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Oleh itu, pengetahuan dalam displin psikolinguistik dan teknik pengajaran yang

mengandungi maklumat tentang tahap-tahap pemerolehan bahasa, jenis pengetahuan

bahasa, peranan, pengajaran yang diterima, fungsi persekitaran dan jenis data bahasa yang

diterima oleh kanak-kanak merupakan maklumat yang berguna dalam perancangan

program pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Page 73: Jurnal Kajian Membaca Upsi

BAB V

RUMUSAN

Dalam bab IV, hasil kajian berkenaan kaedah yang digunakan di sekolah dalam pengajaran

dan pembelajaran membaca permulaan telah dibentangkan. Bab ini akan merumuskan

segala hasil dan analisis interpretasi data seperti yang terdapat dalam bab IV. Selain itu,

beberapa cadangan akan dikemukakan bagi meningkatkan lagi keberkesanan proses

pengajaran membaca permulaan hasil daripada penyelidikan yang dijalankan.

5.1 Rumusan

Bahagian ini akan merumuskan dapatan kajian secara keseluruhanya. Rumusan yang dibuat

adalah berdasarkan hasil kajian dan tinjauan yang dijalankan. Bagi memudahkan

pembicaraan bahagian ini akan dibahagikan kepada rumusan umum dan cadangan.

Page 74: Jurnal Kajian Membaca Upsi

5.1.1 Rumusan Umum

Hasil daripada kajian tinjauan berkenaan kaedah pengajaran yang digunakan dalam

pengajaran membaca permulaan sekolah rendah, terdapat beberapa kesimpulan yang dibuat

iaitu :

i. Guru mempunyai pelbagai pendekatan dan kaedah untuk menyampaikan

pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan pelajar-pelajarnya.

ii. Kebanyakan guru mengamalkan teori efektif (campuran teori mentalis dan

mekanis) dalam pengajaran membaca permulaan.

iii. Majoriti guru yang mengajar subjek bahasa Melayu bukanlah terdiri

daripada guru opsyen bahasa Melayu. Perkara ini merugikan pihak guru dan

juga pelajar.

iv. Kaedah pengajaran guru selalunya tidak mengambil kira tahap awal

penguasaan pelajar dalam membaca.

Page 75: Jurnal Kajian Membaca Upsi

5.1.2 Cadangan

Dapatan yang diperolehi daripada kajian dalam IV telah membuktikan bahawa terdapat

pelbagai teknik pengajaran yang digunakan oleh guru dalam pengajaran membaca

permulaan di sekolah. Hasil yang diperolehi daripada tahap penguasaan guru terhadap teori

psikolinguistik amat rendah dan ini merugikan guru dan juga pelajar. Oleh itu bahagian ini

akan dipecahkan kepada dua subtopik kecil bagi membicarakan cadangan yang boleh

digunakan untuk memperbaiki kelemahan dan juga cadangan daripada penyelidik

selanjutnya.

5.1.2.1 Cadangan Memperbaiki Kelemahan

Berdasarkan keputusan kajian tinjauan bahagian ini akan membicarakan tentang beberapa

cadangan untuk memperbaiki kelemahan penguasaan membaca di kalangan pelajar bermula

daripada kaedah meningkat tahap pengetahuan psikolinguistik guru dan kaedah ynag sesuai

untuk memilih teknik yang berkesan dalam pengajaran membaca.

Cadangan

a. Berdasarkan dapatan soal selidik, penyelidik mendapati guru bahasa Melayu tidak

mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang teori-teori psikolinguistik yang

dapat membantu mereka menjalankan pengajaran membaca permulaan dengan

berkesan. Sebenarnya pendekatan psikolinguistik sesuai digunakan dalam

pengajaran membaca permulaan kerana pendekatan tersebut mengambila kira faktor

linguistik dan psikologi dalam proses membaca.

Page 76: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Pendekatan ini berlandaskan kepada teori pemerolehan bahasa menurut

pandangan aliran psikologi kognitif. Oleh itu, guru perlu meningkatkan dan

memperlengkapkan pengetahuan psikolinguistik mereka melalui kursus-kursus,

seminar, bengkel atau menerusi pembacaan dan penyelidikan.

b. Antara saranan-saranan untuk meningkatkan pengetahuan psikolinguistik guru-guru

ialah :

i. pihak yang berkaitan dengan pendidikan perguruan hendaklah

menekankan aspek penerapan teori-teori psikolinguistik dalam latihan

pengurusan dan bukannya sekadar membekalkan guru-guru dengan

displin ilmu tersebut sebagai pengetahuan sahaja.

ii. pihak Kementerian Pendidikan harus mengadakan kursus-kursus dan

seminar-seminar yang berkaitan dengan pengajaran bahasa dari masa ke

semasa untuk mendedahkan guru-guru bahasa kepada pendekatan dan

kaedah pengajaran bahasa yang mutakhir.

iii. guru – guru bahasa haruslah berusaha mempertingkatkan pengetahuan

berkaitan dengan pengajaran bahasa. Mereka seharusnya mengikuti

setiap perkembangan baharu yang berlaku dalam bahasa menerusi

pembacaan yang luas.

Page 77: Jurnal Kajian Membaca Upsi

iv. guru bahasa Melayu mesti bersikap positif dan proaktif dalam tugasnya.

Kaedah dan teknik pengajaran yang lebih berkesan hendaklah dirancang

dengan berkesan agar tidak membosankan. Guru perlu kreatif dalam

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

c. Antara saranan untuk memilih kaedah dan teknik yang sesuai serta berkesan dalam

pengajaran membaca permulaan yang boleh dipertimbangkan oleh guru.

i. kemahiran bahasa atau asoek yang ingin diajar.

ii. objektif am dan objektif khusus pengajaran.

iii. jangka waktu pengajaran.

iv. taraf kecerdasan atau peringkat kebolehan pelajar.

v. saiz kelas atau kumpulan pelajar.

vi. waktu pengajaran sama ada pagi atau petang.

vii. pengalaman, kemahiran dan kepadaian guru dalam menggunakan

sesuatu kaedah atau teknik pengajaran membaca.

Selain daripada faktor di atas terdapat faktor lain yang perlu diambil kira oleh guru

bahasa yang boleh mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran yang bakal

dijalankan. Antaranya ialah :

Page 78: Jurnal Kajian Membaca Upsi

i. pengetahuan yang mendalam dan menyeluruh tentang bahasa

meliputi aspek tatabahasa, sistem ejaan, perbendaharaan kata, sistem

bunyi, peribahsa dan teoritis yang berkaitan dengan bahasa tersebut.

ii. sikap dan motovasi guru yang boleh menjadikan pengajaran dan

pembelajaran membaca lebih menarik minat pelajar.

iii. kreativiti dan sikap guru yang sentiasa mencuba pelbagai kaedah dan

teknik demi meningkatkan keberkesanan pengajaran yang diigini.

iv. sikap dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan.

5.1.2.2 Cadangan Penyelidik Selanjutnya.

Dalam perenggan ini penyelidik akan mengajukan saranan kepada bakal – bakal penyelidik.

Mereka boleh menjalankan penyelidikan untuk melihat hubungan teori psikolinguistik

dengan penguasaan pencapaian membaca pelajar dengan membesarkan skop peyelidikan

kepada teori-teori psikolinguistik lain dan kaedah pengajaran yang lebih luas lagi.

Dalam penyelidikan tersebut bakal penyelidik boleh menggunakan bilangan sampel

yang lebih besar agar keputusan yang diperolehi menjadi penganggar parameter populasi

Page 79: Jurnal Kajian Membaca Upsi

yang lebih tepat. Menerusi cara ini keberkesanan untuk memperbaiki kaedah pengajaran

guru boleh dipertingkatkan lagi.

Page 80: Jurnal Kajian Membaca Upsi

BIBLIOGRAFI Buku Abdul Aziz Talib et. al (1989). Pengajaran dan Pengujian Bahasa. Kuala Lumpur : Direct

Art Compony. Abdul Aziz Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu. Selangor : Utusan Publications. Ahmad Fuad Hashim (1983). Psikolinguistik dan Pemerolehan Bahasa. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka Atan Long (1970). Aktiviti Permulaan Membaca KBSR Tahun Satu. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka Azhar M. Simim (1990). Psikolinguistik Bahasa, Akal, Budi dan Dunia. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka Azman Wan Chik (1982). Trend-Trend Baru Dalam Bidang Pendidikan Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Wan Chik (ed) (1986). Mengajar Bahasa Malaysia, Jilid 1 : Perkaedahan.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Wan Chik (ed) (1987). Isu-isu Dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Bloomfield, L (1942). Outline Guide For The Practical Study of Foreign Language

Baltimore. Linguistic Society of America. Chall, J.S (1967). Learning to Read : The Grate Debate. New York : Mc Graw Hill Book

Co. Diane Lapp & James Loop (1986). Teaching Student To Read. New York : Collier

Macmillan Publishing. Ee Ah Meng (1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam : Fajar Bakti.

Page 81: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Fries, C.C (1963). Linguistics and Reading. New York : Holt, Rinehart and Winston. Ins. Haris, A.J dan Sipay, E.R (1980). How to Increase Reading Ability. New York : Logman

Inc. Ibrahim Saad (ed), (1983). Isu-isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka. Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofian Hamid (1990). Perkaedahan Pengajaran

Bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala

Lumpur : Kumpulan Budiman. Kamarudin Hj. Husin (1993). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur : Kumpulan

Budiman. Kamarudin Hj. Husin & siti Hajar Abd. Aziz (1997). Pengajian Melayu 3 : Komunikasi

Bahasa. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abd. Aziz (1996). Penguasaan Kemahiran Membaca :

Kaedah Dan Teknik Membaca. Subang Jaya : Kumpulan Budiman. Kenedy, E.C (1981). Method in Teaching Developmental Reading. Illinois : F.E Peacock

Publisher. Inc Koh Boh Boon (1981). Perspektif – Perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Mengantar Simanjuntak (1985). Pendekatan Psikolinguistik Kognitif Dalam Membaca

Permulaan. Kertas Kerja Dalam Pemanfaatan Beraneka Pendekatan Pengajaran Bacaan Asas Bagi Situasi Bilik Darjah Di Malaysia : Universiti Kebangsaan Malaysia (2-3 Mac)

Mengantar Simanjuntak (1987). Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka. Morhaini Yusuf (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur :

Karya Bestari. Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka. Mok Soon Sang (2001). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester. Subang

Jaya : Kumpulan Budiman.

Page 82: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Nik Safiah Karim (ed), (1980). Bahasa Melayu Teori Dan Aplikasi. Kuala Lumpur :

Sarjana Enterprise. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1987). Kaedah pengajaran Bahasa Malaysia.

Petaling Jaya : Fajar Bakti. Sofiah Hamid (1983). Pendekatan Mengajar Bacaan Bahasa Malaysia Di Peringkat

Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distrubutors. Steinberg, D.D (1982). Language, Mind and World. London : Logman. Zimmerman, E Dan Allerbrand, G.W (1965). Personallity Characteriestics And Attributes

Towards Achievement Of Good And Poor Readers. Journal Of Education Research. Vol 5.

Zulkifley Hamid (1995). Psikolinguistik : Sumbangan Utama Kepada Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Dewan Bahasa : 39 (1), hlm 53-56. Media Elektronik : Internet Abdul Rahim b. Abdul Rashid (2002). Kesan Pendekatan Pengajaran Sistematik Terhadap

Peningkatan Penguasaan Perbendaharaan Kata Dan Pemahaman Murid-Murid Yang Menghadapi Masalah Di Sekolah Rendah Luar Bandar.

http://www2.moe.gov.my/~mpp/Rahim.htm (12 Oktober 2002)

Sk. Mohd. Sawpi Lawi (2002). Faktor-faktor Psikolinguistik Dalam Penguasaan Kemahiran Membaca.

www.geocities.com/penyelidikanm4p/sawpi.htm (12 October 2002).

Page 83: Jurnal Kajian Membaca Upsi

Lampiran A

SOAL SELIDIK

Kepada guru Bahasa Melayu, Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Anda diminta menjawab kedua-dua bahagian dengan jujur. Jawapan – jawapan yang diberikan tidak akan dibaca oleh Pengetua. Jawapan anda juga tidak akan menjejaskan penilaian tugas anda. Semua jawapan dalam soal selidik akan dirahsiakan. Jawapan-jawapan yang anda berikan haruslah sesuai dengan pengalaman dan pendapat anda sendiri. Jika terdapat item soal selidik yang tidak difahami, sila kemukakan pertanyaan kepada penyelidik. Penyelidik akan sentiasa membantu anda. Terima kasih atas kerjasama anda. Penyelidik, NORFAIZAH ABD. JOBAR.

Page 84: Jurnal Kajian Membaca Upsi

SOAL SELIDIK PENGAJARAN BAHASA MELAYU

BAHAGIAN A

Arahan : Isikan tempat kosong dan tandakan [ / ] dalam petak jawapan yang anda pilih. 1. Nama sekolah : _________________________________________ 2. Jantina : Lelaki ( ) Perempuan ( ) 3. Umur : __________________tahun 4. Kelulusan akedemik : SRP/LCE ( ) SPM/MCE ( ) STPM/STP/HSC ( ) DIPLOMA/IJAZAH ( ) Lain – lain, nyatakan __________________ 5. Kelulusan iktisas : __________________________________________ 6. bidang pengkhususan : __________________________________________ 7. Nama maktab : __________________________________________

/universiti 8. Pengalaman mengajar : _________________tahun di sekolah 9. Pengalaman mengajar : _________________bulan/tahun murid tahun 1

Page 85: Jurnal Kajian Membaca Upsi

BAHAGIAN B

Arahan : Tandakan ( / ) dalam petikan jawapan yang anda pilih dan isikan tempat kosong. 1. Adakah anda pernah mengikuti kursus pengajaran bahasa Melayu ? Ya ( ) Tidak ( ) 2. Adakah anda pernah belajar ilmu psikolinguistik semasa berkursus di maktab

perguruan ? Ya ( ) Tidak ( )

Pada pendapat anda apakah definisi psikolinguistik ?. Sila nyatakan.

__________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 3. Adakah anda mengaplikasikan teori linguistik dalam pengajaran anda? Ya ( ) Tidak ( ) 4. Sila nyatakan 2 ciri / prinsip Teori Mekanis dan Mentalis yang dikemukakan oleh Ivan Pavlov dan Chomsky.

a.________________________________________________________________ b.________________________________________________________________ a.________________________________________________________________ b.________________________________________________________________

Page 86: Jurnal Kajian Membaca Upsi

5. Sila nyatakan 2 ciri / prinsip Teori Elektik. a.________________________________________________________________ _________________________________________________________________ b.________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 6. Adakah terdapat hubungan antara psikolinguistik dengan pengajaran membaca ? Ya ( ) Tidak ( ) 7. Apakah pendekatan yang anda gunakan semasa mengajar dalam kelas bahasa

Melayu ?

Memberi contoh-contoh kemudian merumuskan contoh-contoh tersebut (pendekatan induktif) ( )

Memberi gambaran keseluruhan tentang

isi pelajaran diikuti contoh-contoh yang bersesuaian (pendekatan deduktif) ( ) 8. Apakah kaedah yang paling kerap anda gunakan semasa mengajar dalam kelas bahasa Melayu ?

Mendengar dan bertutur ( ) Membaca dan menulis ( )

Atau kedua-duanya sekali ( )

Page 87: Jurnal Kajian Membaca Upsi

9. Apakah kaedah bacaan yang anda gunakan semasa mengajar di dalam kelas

bahasa Melayu ?

Kaedah abjad ( ) Kaedah suku kata ( )

Kaedah Pandang dan sebut ( )

Kaedah Fonik ( )

Lain-lain. Sila nyatakan :_____________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________

10. Adakah anda menjalankan pengajaran pemulihan sekiranya didapati murid tidak

boleh menguasai kemahiran membaca ? Ya ( ) Tidak ( )

11. Pada pendapat anda adakah teori elektik sesuai digunakan dalam pengajaran

membaca permulaan ? Ya ( ) Tidak ( ) Mengapa : _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________


Top Related