Transcript
Page 1: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

1

Keluarga anda kenali beliau, rakan andatemui beliau, cuma anda sahaja yang tidak

kenali beliau siapakah beliau ?

JJUTAWAN UTAWAN

YYANGANG

BBELUM ELUM

AANDA NDA

KKENALIENALIPPaanndduuaann KKoommpprreehheennssiiff YYaanngg SSaaiinnttiiffiikk,, PPrraakkttiiss,,

PPrraaggmmaattiikk DDaann FFiilloossooffii KKee AArraahh MMeennjjaaddii UUssaahhaawwaannBBeerrjjaayyaa BBeerrmmuullaa DDaarriippaaddaa RRuummaahh

SSSIIIRRRIII JJJEEEJJJAAAKKK JJJUUUTTTAAAWWWAAANNN

Muhammad Amin Al Farabi

Page 2: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

2

Jutawan yang Belum Anda Kenali

Panduan Komprehensif Yang Saintifik, Praktis, Pragmatik Dan FilosofiKe Arah Menjadi Usahawan Berjaya Bermula Daripada Rumah

Isi Kandungan

1. Prakata

2. Bolehkah Anda Berjaya Sebagai Usahawan Daripada Rumah ? 6

3. Apakah Sebenar-benarnya Formula Kepada Kejayaan? 7

4. Apa Yang Anda Baca Ini Akan Mengubah Persepsi AndaTentang Hidup Anda

8

5. Senjata Paling Berkuasa Manusia 9

6. Beberapa Fenomena Minda Luarbiasa 10

7. Akal Anugerah Allah Yang Paling Tinggi Kepada Manusia 11

8. Kuasa Minda Separa Sedar Seperti Gergasi Yang Sedang Tidur 12

9. Minda Mempunyai Kekuatan Seperti Gergasi Tetapi Yang SelaluDigunakan Hanya Seperti Semut Kecil

13

10. Gergasi Yang Sedang Tidur Nyenyak 14

11. Kebangkitan Gergasi Anda 15

12. Uji Tahap Kepercayaan Dan Keyakinan Anda 15

13. Apakah Kaitan Dunia Material, Realiti dan Minda ? 16

14. Realiti Dunia Material bermula dari dalam Minda Anda 17

15. Realiti 20

16. Apakah Realiti ? 23

17. Realiti Wujud Hanya Mengikut Persepsi Fikiran Manusia 24

18. Realiti Anda Bermula Dari Apa Yang Anda Fikirkan Di dalamMinda Anda

25

19. Visualkan Realiti Kekayaan Telah Berlaku Di Minda Anda 26

20. Visualisasi : Teknik Berfikir Menyemai Minda Separa Sedar 27

21. Bersyukur : Baja Penyubur dan Pengikat Rezeki Anda 28

22. Semangat : Gergasi Yang Bangkit Di Dalam Jasad Anda 29

23. Perasaan : Bahanapi Pembakar Semangat Anda 30

24. Takwa dan Tawakal : Kepercayaan dlm bentuk praktikal 31

25. Mitos Menjadi Seorang Usahawan Yang Berjaya 35

26. Analisa Diri : Adakah Anda Usahawan Tulin ? 36

27. Orang Lain Sibuk Meraih Kejayaan Anda Sibuk Mencari Alasan 37

28. Kegagalan Hanya Satu Illusi 38

29. Kata-kata Hikmat 39

Page 3: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

3

BAHAGIAN II : Idea dan Strategi Menjayakan Projek Niaga Anda 40

1. Idea-idea Projek Yang Bermula Daripada Rumah 41

2. Minat Yang Tulin Terhadap Bidang Pilihan Anda 42

3. 7 Kebijaksanaan Manusia 44

4. Idea-idea Projek 45

5. 18 Cara Mencetus Idea Perniagaan yang Unik dan Kreatif 46

6. Anda Tahu Guna Komputer ? Gunakannya Untuk Cari Wang! 47

7. Inovasikan Perkhidmatan Anda 49

8. Awas! Jangan tertipu dengan Skim Cepat Kaya! 51

9. Peluang Perniagaan Melalui Program Affiliate/Reseller/MLM 52

10. Persediaan Premis SOHO Anda 53

11. Strategi Mudah Tetapi Berkesan Mempromosikan Perniagaan 54

12. Apakah Media Pengiklanan Yang Sesuai Untuk Perniagaan Anda? 55

13. Formula Pemasaran Yang Mesti Anda Ketahui dan Praktikkan 56

14. Bagaimana Dapatkan Publisiti Percuma Di dalam Media Bercetak 57

15. Bagaimana Mendapat Iklan PERCUMA bernilai RM12,000 58

16. Kelebihan Publisiti daripada Iklan 59

17. Nilai Seorang Pelanggan Selama Hayat Berurusan Dengan Anda 60

18. Apakah Kelebihan Perniagaan Anda Berbanding Pesaing Anda 62

19. Kenalpasti Diantara Ciri-ciri Dan Faedah-faedah 64

20. Seni Kejurujualan (I) 65

21. Seni Kejurujualan (II) 67

22. Bagaimana “Menawan” Pelanggan Pesaing-Pesaing 69

23. Persepsi Pelanggan : Aspek Yang Dihargai Oleh Pelanggan 70

24. Bagaimana Mendapat Lebih Banyak Pelanggan MelaluiPenggunaan Internet

71

25. Kisah-kisah Usahawan Jutawan Sebagai Inspirasi Untuk Anda 72

26. Langkah Tindakan Anda hari Ini! 75

Buku Ini Adalah Hakcipta TerpeliharaMuhammad Amin Al Farabi

Versi digital boleh diedarkan secara bebas oleh anda asalkantidak mengubah sebarang isi kandungan buku.

Penafian : Segala panduan adalah melalui pengalaman dan pembacaan penulis, jika ada kesilapandan ralat adalah tidak disengajakan. Tanggungjawab pembaca untuk membuat penilaian sendiri.

Page 4: Jejak Jutawan - Amat Penting

Prakata

Apa yang anda ‘mesti lakukan’ mesti dilakukan kerana ‘tidakmelakukannya’ juga bermakna anda ‘melakukan sesuatu’ iaitumenghancurkan apa yang mesti anda lakukan - Amin Al Farabi

Apabila sahaja anda selesai membaca buku kecil ini, anda akanmendapat pengetahuan yang tidak keterlaluan saya katakan , satupengetahuan baru yang akan menambah keyakinan diri yangseterusnya mengorak langkah menjadi usahawan ataupun menjadiinsan yang lebih gagah Percayalah !

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian I dan BahagianII Bahagian I buku ini memfokuskan kepada persediaan mental danpengasahan minda anda untuk menjadi seorang usahawan Di dalambahagian ini anda akan belajar mengenali diri anda supaya anda yakinbahawa diri anda mampu untuk menjadi usahawan yang bermuladaripada rumah Anda pasti terperanjat kerana akhirnya anda tahu danyakin bahawa di dalam diri anda sendiri mempunyai kekuatan luarbiasayang anda tidak pernah anda gunakan selama ini.

Bahagian II pula akan mengajar apa yang perlu anda lakukan untukmengeksploitasikan kekuatan anda yang luarbiasa tersebut untukmenjadi usahawan daripada rumah Anda akan mempelajari prinsip-prinsip , formula, teknik dan strategi langkah demi langkah bagaimanaanda boleh merealisasikan idea projek anda menjadi realiti.

Anda digalakkan mencetak keseluruhan isi kandungan buku iniuntuk lebih mudah anda baca dan fahami dan pelajari maklumat yangdidedahkan.

Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat buku ini denganmengedarkan kepada rakan-rakan lain yang mempunyai minat untukmendirikan perniagaan daripada rumah (soho) atau untuk tujuanmotivasi diri.

Anda boleh berhubung dengan penulis di [email protected] jikaanda berminat untuk bertanya soalan-soalan lanjutan mengenaimotivasi diri dan perihal keusahawan.

Muhammad Amin Al [email protected]

Page 5: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

5

Siapakah Jutawan Yang BelumAnda Kenali?

Saya hanya menunjukkan anda jalan ke pintu rumahnya, andalah yangmesti membukanya sendiri....

Ada antara anda pasti bertanya kenapa saya bersusah payahmenulis sebuah buku dan memberikannya percuma kepada orang ?Anda ingin tahu sebabnya ? Ini adalah kerana saya merasa amatselesa memberikan sesuatu. Inilah rahsia utama yang dinyatakan didalam buku “The Greatest Money-Making Secret in History!” oleh Joe Vitale.

Cuba ingat kembali pernahkah seseorang yang tidak anda kenalibertanyakan anda jalan menuju ke arah suatu tempat yang anda amat arifsekali lokasinya? Pernah bukan ? Saya pasti anda dengan rela hatimemberikan maklumat yang sebaik-baiknya agar beliau selamat sampai yang ingin ditujunya. Bagaimanakah perasaan anda selepasmembantu orang yang tidak anda kenali itu ? Anda merasa amat selesabukan ? Begitulah tujuan saya menulis buku ini. Mudah bukan ?

Walaubagaimanapun bagaimana jika orang tersebut meminta andamembawa mereka dengan menggunakan kereta anda ke tempat tersebut,anda mungkin keberatan sedikit. Atau mungkin terdetik hati anda, orang ini mengganggu anda. Atau anda mungkin membantu beliausetelah beliau membayar anda kerana bersusah payah membantu mereka.

Begitulah keadaannya dengan saya. Daripada pengalaman saya selamalebih tahun sebagai pakar perunding saya dapati bahawa sayamempunyai pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang boleh saya kongsibersama dan ada juga pengetahuan yang terpaksa saya kenakan cajprofessional.

Contohnya jika anda memasuki kursus saya, saya tanpa ragu-ragu mengenakan bayaran kursus yang mungkin berkos hampir RM500seminggu untuk mengetahui selok belok perniagaan. It’s nothing personal ,just business. Saya juga menulis dan menjual buku bercetak pada hargasaikologi RM29.90 tentang panduan keusahawan. Tapi itu cerita lain.Dan saya disini bukannya hendak mempromosikan kursus saya. Olehsebab itu saya lebih selesa menggunakan nama pena saya ini.

Namun jangan sekali-kali menganggap mutu maklumat di dalambuku percuma ini boleh diambil ringan.

Oleh itu jika anda serius dan ingin berjaya di dalam perniagaan dirumah anda, pertimbangkan sebaik-baiknya apa yang sayaperbincangkan di dalam buku ini. Saya menunjukkan anda arah, dankini bergantung kepada anda sahaja samada hendak berlari ataumerangkak ataupun berpatah balik menuju ke tempat yang inginanda tuju.

Page 6: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

6

Bolehkah Anda Berjaya SebagaiUsahawan Daripada Rumah ?

Ya, anda boleh berjaya sebagai usahawan bermula daripadarumah sahaja. Ramai usahawan-usahawan besar yang berjayamemulakan projek usahanya bermula daripada rumah. Lebih ramai pulaorang biasa yang bekerja daripada rumah ataupun menjalankanperniagaan daripada rumah.

Martha Stewart, tokoh usahanita kontroversi, memulakan projekkatering daripada belakang dapur rumahnya sehingga menjadijutawan dalam masa beberapa tahun sahaja. Perusahaan kecilannyamenjadi konglomerat yang meliputi penerbitan, multimedia,rancangan TV dan gaya hidupan.

Michael Dell memulakan projek memasang komputer mengikuttempahan daripada bilik dormitrinya dengan modal $1,000 dan kiniselepas 18 tahun nilai pendapatannya adalah sebanyak $31 billion.

Pelbagai kerjaya dan projek perniagaan yang boleh dimulakan daripadarumah. Ada yang bekerja sebagai pakar perunding (seperti saya) , adayang menjadi penulis novel, artikel, merekabentuk batik, pereka grafikdan pelbagai lagi. Saya akan membincangkan dengan lebih lanjut akanidea-idea projek yang boleh anda mulakan di bahagian II buku ini dananda cuma perlu ikuti terus membaca buku ini.

Pengalaman Penulis Sebagai Bukti

Buktinya adalah pengalaman penulis sendiri sebagai konsultan dan jugaperunding bebas selama 10 tahun telah mengalaminya sendiri . Selamahampir 10 tahun penulis menjalankan perniagaan daripada rumahsebagai seorang pakar perunding bebas sambilan.

Cuba para pembaca buka akhbar dan semak yuran-yuran iklan untukmenghadiri seminar-seminar yang diadakan di hotel-hotel oleh parakonsultan. Pembaca sekalian akan dapati yuran-yuran yang dikenakanamat mahal bukan? Ya, memang benar, dan tidak hairanlah perunding-perunding bebas ini rata-rata hidup mewah dengan memperuntukkanmasa bekerja yang sedikit sahaja. Orang ramai berlumba-lumba untukmendengar maklumat-maklumat terkini daripada para konsultandaripada luar negeri.

Cukup penulis katakan bahawa pendapatan bagi satu sahaja seminaryang berjaya (penuh) adalah cukup untuk menampung kehidupanperunding bebas tersebut selama setahun! Apa yang penulis ingintekankan di sini ialah sememangnya terdapat cara menjana pendapatandaripada rumah jika saudara tahu kaedahnya. Kini dengan kemajuanteknologi maklumat dan telekomunikasi trend ini menjadi semakinpopular dan tidak semestinya dilepaskan oleh anda sekalian. Oleh ituteruskan membaca buku ini untuk mengetahuinya!

Page 7: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

7

Apakah Sebenar-benarnyaFormula Kepada Kejayaan?

Ramai orang mencari-cari formula dan rahsia untuk berjaya. Keinginanini mencetuskan timbulnya industri buku-buku motivasi, seminar-seminar dan pelbagai program yang memberangsangkan dewasa ini.

Jika anda biasa membaca buku-buku motivasi diri anda tentu biasamendengar pakar-pakar atau guru-guru motivasi diri seperti AnthonyRobbins, Dr Stephen R. Covey, Bob Proctor dan sebagainya. Di kalanganpakar-pakar tempatan pula tidak kurang hebatnya. Nama-nama sepertiDr Fadzilah Khamsah, Imran Jaafar, Dr Tuah Iskandar dan ramai lagiadalah antara nama- nama yang popular di arena sirkit motivasi diri.

Seminar dua hari di Kuala Lumpur baru-baru ini oleh Dr Stephen R.Covey ini sahaja memerlukan anda melabur untuk diri anda sebanyakRM 990. Seminar ini membincangkan tajuk beliau yang amat populariaitu “7 Tabiat Orang Yang Berkesan”. Saya tahu pakar seperti DrStephen memberikan maklumat yang berguna kepada para pesertanya.Namun terpulang kepada peserta tersebut untuk menafaatkannya pula.

Apa Yang Anda Perlukan Ialah Satu Formula

Apa kata saya beri anda satu formula yang pasti membantu andaberjaya walau apa sahaja bidang anda . Menggunakan formula inimembuatkan anda tidak akan temui kegagalan kerana kegagalan itusendiri tidak wujud dan segala sentuhan anda menjadi emas. Baikbukan ?

Jika saya katakan dengan formula ini anda tidak perlu lagi membacalain-lain buku motivasi atau kursus motivasi, adalah sesuatu yangagak egoistik bukan? Bukannya niat saya begitu cuma...

Cuba fikirkan jika anda diberi formula sains dan matematik seperti 1 +1 = 2. Apakah anda perlu memikirkan lagi sebarang formula lain lagi ?Adakah anda perlu mencuba tanda - ÷ x menggantikan tanda + di dalampersoalan di atas ?

Inilah maksud saya. Ianya adalah untuk ringkasan kepada kejayaanyang sedang anda impikan. Oleh itu adalah baik jika kejayaan tersebutanda dapati daripada formula yang berdasarkan sains dan matematik,kerana ilmu sains dan matematik adalah ilmu alam sunatullah yangtetap dan teruji.

Fikirkan dan perbincangkan dengan orang lain setelah anda membacabab-bab ini ... Mari kita mulakan sekarang..

Page 8: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

8

Apa Yang Anda Baca Ini Akan MengubahPersepsi Anda Tentang Hidup Anda

Jadi apakah formula kejayaan sebenar-benarnya ? Andabertanya...kepada saya tanpa sabar-sabar. Ya , saya jamin anda bolehberjaya jika anda percayakan faktor kejayaan yang mudah ini. Andaboleh berjaya di dalam sahaja bidang anda yang ingin anda ceburidengan mempunyai tiga faktor ini di dalam diri anda.

1. Percaya dan Yakin Tanpa Batasan Bahawa Anda Pasti Berjaya2. Minat yang tulin dan mendalam terhadap bidang pilihan anda3. Strategi yang betul di dalam mengkomersialkan pilihan anda

tersebut

Namun saya akan mula membicarakan faktor pertama iaitu Percaya danYakin Tanpa Batasan Bahawa Anda Pasti Berjaya dengan terperincidan panjang lebar di dalam 12 mukasurat berikut. Jika anda memasukikursus saya yang berharga ratusan ringgit saya akan mengajarnyaselama dua hari suntuk agar anda dapat menghayatinya. Setelahmenghayatinya, saya jamin anda akan mempunyai kepercayaan dankeyakinan terhadap diri anda yang hampir tidak terbatas. Apabila andamempunyai keyakinan yang tidak terbatas bermakna anda seakan-akanmempunyai kuasa sentuhan emas (Midas touch).

Topik di dalam bab ini adalah amat penting kerana saya pasti anda tidakakan temui apa yang akan saya bincangkan ini di dalam mana-manabuku, televisyen atau sebarang media massa yang ‘mainstream’. Objektifbab ini adalah supaya anda mengenali ciri-ciri kejadian manusia dankaitannya dengan alam semesta. Seterusnya setelah anda dapatmengenali ciriciri , anda akan memahami rahsia di sebalik faedah yangdapat anda gunakan daripada ciri-ciri manusia tersebut. Di dalamBahagian I , bab kepercayaan ini, anda akan mengenali ...

1. Fakta-fakta sains yang tidak pernah anda ketahui di mana parasaintis terkemuka sendiri menemui jawapan yang menakjubkan

2. Keistimewaan akal (minda)3. Apakah senjata paling berkesan manusia4. Anda boleh mencapai apa sahaja yang anda percayakan oleh

minda anda5. Teknik visualisasi

Adalah penting dan kritikal untuk anda memahami akan topik-topik didalam bab-bab ini kerana ianya adalah formula sains dan rohani didalam mencapai apa sahaja impian anda khususnya jika anda inginmenjadi kaya sebagai usahawan.

Page 9: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

9

Percaya dan Yakin Tanpa Batasan :Senjata Paling Berkuasa Manusia

Percaya dan Keyakinan Tanpa Batasan juga digelar keimanankepada orang Islam, namun istilah tersebut selalu dikaitkan denganperkara-perkara berkaitan ritual sahaja, seperti rukun iman,sembahyang, puasa dan sebagainya. Hakikatnya sifat ini perlu wujud didalam setiap perbuatan kita setiap hari untuk berjaya.

Namun di dalam membicarakan faktor ini, kita akan kaitkan dengansegenap lapisan manusia tidak kira Islam ataupun tidak, maka sayaakan gunakan perkataan Kepercayaan dan Keyakinan Tanpa Batasanyang lebih universal.

Para Rasul dan Nabi yang mempunyai tahap keyakinan yang tidakterbatas iaitu keimanan kepada Allah, Allah telah memberikan merekakuasa mukjizat di mana banyak perkara-perkara yang diluar hukumalam seperti peristiwa Israj Mikraj oleh Nabi Muhammad, terbelahnyalaut merah oleh hentakan tongkat Nabi Musa dan sebagainya. Rasul danNabi adalah insan terpilih, manusia biasa yang tidak dianugerahkankeyakinan yang luarbiasa sebegini atas nama Allah SWT mustahilmelakukan perkara-perkara sedemikian. Secara universalnya ramaiorang bukan Islam menggunakan konsep Kepercayaan dan KeyakinanTanpa Batasan dan hasilnya mereka berjaya di dalam pelbagai perkarayang mereka ceburi.

Sebagai contoh Thomas Edison percaya dan yakin tanpa batasan bahawatenaga elektrik boleh menghasilkan cahaya lampu mentol. Namunpercaya atau yakin sahaja tidak cukup, beliau mempraktikkankepercayaan dan keyakinan beliau pada usaha eksperimen beliausebanyak lebih 10,000 kali dan akhirnya berjaya. Jika anda berada dizaman beliau, anda akan anggap itu perkara gila. Tetapi Thomas Edisonmempercayai dan yakin perkara tersebut boleh berlaku dan akhirnyaanda dan saya dapat merasai manafaatnya.

Bagaimanakah kuasa kepercayaan dan keyakinan tersebut dikatakansenjata paling merbahaya jika di salahgunakan?

Mari kita lihat satu contoh , seseorang Islam yang mempercayai denganpenuh keyakinan bahawa tangkal, jampi atau makhluk halus yangdiamalkan boleh memberi kekebalan kepada beliau. Atas dasarkepercayaan tersebut beliau akan yakin dan menjadi lebih berani danmungkin ‘kebal’ kerana mindanya melampaui realiti sebenarnya. Tetapimalang sekali kerana beliau bersandarkan kepercayaan tersebut kepadatangkal dan jampi maka hukum ke atas beliau adalah beliau menjadisyirik dan syirik merupakan dosa yang paling besar dan tidak diterimataubatnya. Begitulah bahayanya kepercayaan dan keyakinan jika salahdigunakan. Hakikatnya jika wujud sebarang kekebalan ataukeistimewaan berlaku pada dirinya, semuanya adalah kerana mindanyaterlalu yakin dan seterusnya menafaatkan kuasa hebat yang sentiasawujud di alam maya yang disediakan oleh Allah SWT.

Page 10: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

10

Beberapa Fenomena Minda LuarbiasaPihak saintis barat telah lama mengkaji akan kekuatan minda dan

kaitannya dengan kuasa yang dimiliki apabila wujud kepercayaan dankeyakinan. Kebolehan-kebolehan ini boleh dilakukan oleh semua orangtidak kira agama kerana minda mereka mempunyai kepercayaan dankeyakinan untuk melakukannya.

Pada November 2004, siaran Discovery, ada menyiarkan sebuahdokumentari bertajuk “Electric Man”. Rancangan tersebutmendokumenkan seorang pelukis biasa bernama Janusz Kowzalaskiboleh memadam lampu jalanan dengan hanya kekuatan fikiran.Keistimewaan beliau sedang dikaji dengan serius oleh pakar-pakarsaintis barat kini.

Kejadian manusia mempunyai kuasa elektrik telah lama di dokumenkansejak awal 1846, di dalam jurnal sains Perancis, Jurnal des Débats(February 1846). Jurnal tersebut mendokumenkan fenomena 10 hariyang dialami oleh seorang kanak-kanak perempuan Perancis berusia 14tahun bernama Angelique Cottin yang mampu mengeluarkan kuasaelektrik dan menggerakkan objek-objek persekitarannya.

Seorang lelaki cina di Perak mempunyai kuasa magnet ditubuhnya, dimana peralatan-peralatan logam seperti sudu, sterika, paku dansebagainya melekat ke tubuh badan beliau.

Ustaz Arief di Ampang, Selangor mempunyai keistimewaan yang dipelajaridimana beliau boleh menyalakan mentol lampu hanya dengan memegangmentol tersebut dan pernah dipertontonkan di rancangan televisyen ‘AsiaHebat’ . Menurut ustaz tersebut tiada unsur-unsur yang menyalahiagama, kerana sememangnya tenaga istimewa ini wujud di dalam setiapmanusia cuma anda perlu pelajari tekniknya. Tenaga istimewa inisentiasa wujud di alam maya untuk digunapakai oleh manusia.Kebolehan beliau membuktikan kepada manusia lain agar terus kaji danmengkaji keistimewaan minda ini.

Dan jangan pelik kerana kuasa elektrik sememangnya wujud semulajadipada belut elektrik yang tinggal di dalam sungai Amazon. Belut ini dapatmenghasilkan arus elektrik sebesar 500 volt per sekitar 2 amper. Kira-kira kekuatannya melebihi yang digunakan oleh sebuah TV kecil..

Namun semua kebolehan luarbiasa tersebut adalah kerana Allahtelahpun menyediakan kuasa tersebut menerusi alam yang bolehdigunakan jika minda kita percaya dan yakin akan boleh dilakukan.Allah Maha Pemurah membenarkan tidak kira sesiapa sahaja (muslimatau tidak) menggunakan tenaga yang tersedia tersebut, namunterpulang kepada mereka menyandarkan kesyukuran tersebut. Jikamereka menggunakan tenaga tersebut dan berterima kasih kepadamakhluk halus (jin dan syaitan) adalah perbuatan syirik yang tidakdiampuni Allah SWT, walhal kuasa tersebut adalah tenaga yangdisediakan oleh Allah SWT dan sentiasa wujud tersembunyi di dalamalam maya untuk dikaji dan akhirnya boleh dimanafaatkan oleh kita.

Page 11: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

11

Akal : Anugerah Allah Yang PalingTinggi Kepada Manusia

Akal fikiran atau minda adalah anugerah Allah yang palingberharga menjadikan manusia lebih mulia daripada sekalian makhluk.Kebiasaannya kita akan memikirkan bahawa akal ialah apabila kitamengira, membaca, menulis dan sebagainya. Ini dinamakan minda sedar(conscious mind). Namun terdapat bahagian minda yang sangat pentingtetapi tidak disedari dan digunakan oleh manusia sendiri yang dikenalidengan minda separa sedar atau Inggerisnya ‘subconscious mind’.

Apakah Minda Separa Sedar dan Kekuatannya?

Sekarang ini, saat ini, jantung anda sedang berdegup, adakah anda yangmemikirkannya untuk mengawal degupannya setiap masa? Segalaperjalanan darah anda, proses tumbesaran anda dan pembaikan lukaanda, adakah anda fikirkannya? Tugas ini amat kompleks dan jika diandaikan disuruh minda sedar anda untuk memikirkannya, nescayaanda akan jadi kelam kabut tidak mampu melakukannya. Inilah antaratugas minda separa sedar anda.

Tapi tunggu, minda separa sedar anda lebih berkuasa daripada itu. Ianyajuga merekod segala pengalaman hidup kita sejak kita lahir lagi. Maksudsegala di sini ialah segala entiti yang wujud ketika itu. Himpunanpengalaman ini termasuklah memori, imaginasi, perasaan, inspirasi,kepercayaan dan segala bentuk maklumat yang kita capai melaluipancaindera kita. Apa yang kita dengar , lihat dan rasa sepanjang hidupkita sebenarnya tidak pernah hilang dan tersimpan kekal di dalam mindakita. Himpunan keseluruhan entiti inilah yang membentuk sistemkepercayaan di dalam diri kita.

Tetapi kenapa saya tidak ingatinya ?

Anda tidak ingatinya kerana anda tidak fokus kepada semua perkarapada satu-satu masa. Contohnya sekarang, anda sedang lihatperkataan-perkataan di depan mata anda ini. Fokus anda ialah padatulisan ini, namun jika dibelakang anda ada kedengaran kicauan burung, anda ‘tidak mendengarnya’ kerana anda tidak fokuskannya. Namunkicauan burung tersebut tetap direkod ke dalam minda separa sedar. Inibermakna walaupun semasa kita kecil berusia lima tahun kita sepertitidak mampu ingat apa-apa, namun sebenarnya ‘subconcious mind’ tetapmerekod apa yang kita dengar, lihat, rasa dan alami waktu itu.

Bayangkan anda mempunyai perakam video yang merakam setiapbunyian dan visual sejak anda di dalam perut ibu lagi. Apa sahaja yanganda dengar dan lihat tetap direkod oleh minda separa sedar anda sejakanda kecil lagi. Ianya tidak pernah terpadam. Jika umur anda sekarang25 tahun, bolehkah anda bayangkan betapa besarnya kapasiti filem yangdiperlukan untuk merekod segala maklumat sepanjang tempoh itu ?

Page 12: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

12

Kuasa Minda Separa Sedar SepertiGergasi Yang Sedang Tidur

Ada gergasi yang sedang tidur di dalam minda anda sekarang!

Pernahkah anda melihat wajah seseorang dan tiba-tiba terfikir danberkata di dalam hati, “Macam pernah aku tengok wajah orang ni..tapi dimana ya?”. Keadaan ini berlaku kerana minda separa sedar anda telahmerekod wajah orang tersebut di dalam bank memorinya yang amat luas.Ini adalah bukti kecil bahawa minda kita merakam sesuatu yang kitasendiri tidak mahu ingatkan.

Bayangkan semua pengalaman hidup anda sejak bayi, dapat direkodkandi dalam sebuah CD yang berkapasiti 700 Megabyte yang anda ketahuisekarang. Selalunya sebuah CD mampu merekod filem hanya kira-kira 1jam dan andaikan anda berumur 25 tahun sekarang. Nescaya anda akanmemerlukan kira-kira 219,000 keping CD untuk merekod segalanyakehidupan anda dalam tempoh 25 tahun itu.

Menakjubkan bukan kerana kesemua 219,000 ‘CD” pengalamanbermaklumat tersebut kini ada di dalam minda anda sekarang! Lebihmenakjubkan terdapat CD kosong yang berjumlah berbillion-billionkeping sedia untuk digunakan di dalam minda anda sekarang ini!

Bagaimana boleh menjadi hingga berbillion-billion ? Kerana jikadiandaikan anda hanya diberi kerja sepanjang hayat anda berimaginasi ,nescaya, akan tidak kehabisan apa yang ingin anda imaginasikan sampaibila-bila.. Inilah kekuatan minda anda!

Hati atau kalbu

Kedudukan minda separa sedar dan hati atau kalbu adalah dekat. Kalbuatau hati batin adalah tali penghubung anda antara minda separa sedardengan zat Allah SWT. Saya lebih gemar menggunakan istilah kalbukerana takut anda akan terbayangkan hati biologi yang anda lihat sepertijantung dan paru-paru. Sebagai orang Islam, kita tahu bahawa hati yangsentiasa berdoa dengan yakin akan mengubah takdir kehidupanseseorang. Allah sentiasa tahu apa yang tersirat dan niatkan.

Maksud di sini ialah kepercayaan dan keyakinan yang tak terbatas(infinite). Untuk mendapat pertolongan daripada Allah Maha Bijaksana(Infinite Intelligence) kita mestilah mempunyai juga kepercayaan dankeyakinan yang tak terbatas kepadaNya. Itulah hakikatnya apa yangwajib kita percaya di dalam hati kita.

Syukur kita kepada Allah kerana menganugerahkan akal ini, sehinggaAllah memerintahkan malaikat supaya sujud kepada Nabi Adam. CumaIblis sahaja yang memandang dari lahiriah kerana Nabi Adam dibuatdaripada tanah dan engkar untuk tunduk.

Page 13: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

13

Minda Mempunyai Kekuatan SepertiGergasi Tetapi Yang Selalu Digunakan

Hanya Seperti Semut Kecil

Knowledge is limited. Imagination encircles the world."Albert Einstein

Anda tentu pernah mendengar bahawa manusia hanyamenggunakan hanya 10% daripada keupayaan minda mereka. Ini adalahtepat sekali. Malahan manusia yang malas berfikir lebih rendahlagi...mungkin 5% sahaja! Jika anda memikirkan aktiviti berfikir setakataktiviti mengira matematik, membuat keputusan, pergi membuatpekerjaan , bawa kereta dan sebagainya anda mungkin tergolong merekayang hanya menggunakan 8% sahaja. Jika anda anggap kemahiranmengira pantas adalah proses berfikir yang tinggi, nescaya anda mungkinakan menjadi robot yang mempunyai sebuah kalkulator yang berhargaRM5 di dalam otaknya. Berfikir kerap kali dianggap proses analitikal danlogikal dan ukuran kecerdasan IQ seseorang. Hakikatnya mindamempunyai kekuatan melebihi kegunaan setakat analitikal dan logikal.

Gergasi Yang Sedang Tidur Nyenyak

Semua himpunan memori, imaginasi, intuisi, fantasi, mimpi, perasaandan apa jua entiti di dalam minda separa sedar anda adalah himpunanentiti yang teramat luas. Jika dapat diisi secara fizikal ke dalam sebuahCD nescaya anda memerlukan berbillion-billion keping CD yang seakantidak kehabisan. Semua maklumat yang terlalu banyak ini bagaikangergasi besar yang sedang tidur di dalam minda separa sedar anda. Ya,tidur yang amat nyenyak.

Bagaimana hendak membangunkan si gergasi ini ?

Jika anda dapat bangunkan si gergasi ini dan menyuruhnya bekerjauntuk mencapai sebarang matlamat anda, nescaya tugas anda menjadisangat mudah. Jika tujuan anda hendak jadi kaya raya melalui apasahaja perniagaan, inilah rahsia falsafahnya.

Biarkan saya berikan jawapan secara ringkas di dalam perenggan dibawah dan kemudian anda boleh membaca mukasurat selanjutnya akanpenjelasan perenggan ringkas ini.

Kunci pertama anda berniat dan tanamkan sifat percaya dan yakin tanpabatasan di dalam minda anda. Visualkan realiti kejayaan anda di dalamkotak minda anda akan kejayaan yang telah berlaku pada masa hadapan.Siramkan ia dengan emosi kejayaan dan suburkan ia dengan perasaanbersyukur. Jika anda lakukan ini, tubuh badan anda akan mengalamisatu semangat luarbiasa. Kemudian lakukan apa yang patut andalakukan dengan minda dan semangat begini, nescaya perlakuan andatersebut akan menjadi sebab-sebab yang ditakdirkan untuk mencapairealiti yang anda inginkan.

Page 14: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

14

Kebangkitan Gergasi Anda

Kunci pertama untuk bermula menjadi kaya pada suatu masahadapan mudah sahaja. Anda mesti percaya dan yakin tanpa batasananda boleh melakukannya dan mendapatkannya. Jangan buat apa-apadahulu. Lupakan apa sahaja komen atau kritikan orang sekeliling anda.Tangguhkan dahulu samada anda perlu masuk MLM, skim cepat kaya,Pak Man Telo dan sebagainya. Percaya, Yakin, Percaya , Yakin, Percaya....

Gergasi di dalam minda akan bangun jika kepercayaan tersebut ditanam,disemai dan disuburkan di dalam minda anda dan kebangkitannya akandapat dikesan melalui tubuh badan anda yang kemudiannya dikenalidengan semangat. Gergasi ini ialah semua imaginasi, perasaan,maklumat, kenangan , fakta, fantasi, visualisasi, pengetahuan, emosi danapa pun bentuk entiti di dalam minda separa sedar anda. Apabila semuaentiti ini bangun dan bersatu, keajaiban akan berlaku.

Anda akan mendapat ilham sentiasa, kegagalan tidak wujud, ideamencurah daripada segala penjuru, pancaindera anda melihat semuapetunjuk ke arah kejayaan dan semangat zahir dan batin yang luarbiasa.Anda boleh baca seberapa banyak buku motivasi atau pergi seberapabanyak kursus untuk mengetahui teknik peningkatan diri. Kunciakhirnya ialah ...

Anda mesti percaya dan yakin tanpa batasan anda bolehmelakukannya. Anda pasti berkata , “OK, saya yakin sekarang... apayang perlu saya buat?” Anda pasti ? Mari cuba sedikit ujian ‘kecil’ :

Uji Tahap Kepercayaan Dan Keyakinan Anda

Mudah sahaja anda membuka mulut mengatakan bahawa andamempunyai kepercayaan dan keyakinan tanpa batasan yang tulin.Adakah kalbu dan minda separa sedar juga sedemikian ? Di dalamkonteks buku ini, mari kita uji tahap kepercayaan dan keyakinan andauntuk menjayakan projek anda. Sila jawab dengan soal semak di bawah..

1. Apa kata jika rakan anda sendiri mencemuh idea perniagaan anda ?2. Apa kata ibubapa anda sendiri yang tidak bersetuju dengan idea anda ?3. Apa kata anda dikehendaki melabur sedikit untuk mula berniaga ?4. Adakah anda menunggu satu masa yang sesuai entah bila ?5. Apa kata seluruh dunia mengatakan idea anda gila sanggup anda

lakukannya?

Marconi hampir diseret oleh rakannya sendiri ke hospital sakit jiwakerana cuba membuktikan bahawa penghantaran bunyi boleh bergeraktanpa wayar. Kepercayaan dan keyakinan telah membenarkan keajaibanberlaku di mana teori beliau menjadi benar akhirnya dengan penemuangelombang radio. Anda bagaimana ? Tergugatkah semangat anda apabiladiperkecilkan oleh suara rakan anda yang berjiwa kecil itu ? Ingatkepercayaan dan keyakinan tanpa batasan, tidak boleh hadir dibibir ataudi minda sedar sahaja, ianya mestilah tertanam di dalam minda separasedar dan bergetar di dalam hati anda.

Page 15: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

15

Apakah Kaitan Dunia Material,Realiti dan Minda ?

Mungkin suara kecil anda berkata walau apa pun, yang difikirkandi minda, masalahnya ialah, realiti di dunia luar sana tetap menguasaianda. Realiti kehidupan tidak semudah yang wujud di dalam minda andayang positif tersebut. Anda berpendapat bahawa minda ada di dalam otakanda, realiti ada di luar, ianya adalah dua perkara yang berbeza. Adakahanda benar-benar pasti?

Pendekata , anda berpendapat, realiti kehidupan sekarang tidaksemudah yang difikirkan di dalam minda anda. Lihatlah dunia realitisekarang, ianya sangat susah…masalah demi masalah berlaku di sanasini. Benarkah realiti begitu ?

Anda semakin keliru, kerana kelihatan seakan-akan realiti kehidupantidak membenarkan kejayaan anda. Kelihatan usaha-usaha anda gagal.Realiti kehidupan seakan-akan berlawanan dengan kehendak anda. Bagianda dunia realiti adalah dunia material yang tiada kaitan dengan minda.Minda hanya di dalam otak, materiallah yang menguasai segalanya.Mindalah terpaksa mengikut pergerakan material-material yang andarealisasikan di dalam otak anda. Adakah anda berfikiran begitu ?

Apakah realiti sebenarnya ? Adakah ianya material , objek-objek ,peristiwa, kejadian sebab akibat ? Adakah ianya sesuatu yang boleh andakecapi melalui lima pancaindera anda ?

Oleh kerana anda berpendapat bahawa dunia material bergantung danboleh dikesan oleh lima pancaindera anda yang seterusnya ditafsirkanoleh minda anda sebagai realiti kehidupan anda, maka kunci utamauntuk mengetahui apakah sebenar-benarnya dunia material ini ialahmelihat kejadian material itu sendiri. Apakah dunia material andasebenarnya ? Apakah material sebenarnya ?

Apakah unsur yang binaan asas yang menjadi akar kepada semuabentuk kejadian material di dunia anda ? Apakah sebenar-benarnyaunsur material di dalam tubuh anda, kereta impian anda, udara yanganda hirup , air yang anda minum , cahaya yang anda lihat ? Mungkinanda tahu jawapannya, atau mungkin tidak. Untuk mendapatjawapannya yang paling tepat , kita berpatah kepada bidang sains danmatematik yang bergerak atas landasan ujikaji dan pembuktian.

Di dalam mukasurat selanjutnya anda akan mengetahui beberapa faktasains yang akan mengejutkan diri anda. Fakta-fakta sains ‘disimpan rapi’dan jarang dibincangkan di media perdana, kerana memahaminya adalahsukar diterima oleh minda rasional. Fakta-fakta sains ini bukanlah barukerana ianya telah dikaji sejak 100 tahun dahulu oleh bukan-bukancalang-calang saintis iaitu tidak lain dan tidak bukan ialah saintistersohor dunia abad ke 20 sendiri iaitu Albert Einstein. Turut samamengkaji bidang sains ini ialah Lord Rutherford, Niels Bohr dan WernerHeisenberg. Bidang kajian sains yang dikaji ini dikenali sebagai bidangsains fizik kuantum.

Page 16: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

16

Realiti Dunia Material bermuladari dalam Minda Anda

Sains membuktikan bahawa material tidak wujud dan realiti adalah illusi minda,tubuh anda dan alam maya hanyalah 99.9999% ruang kosong!!

Setelah membaca buku “The Shaky Game: Einstein, Reality, andthe Quantum Theory” oleh Professor Arthur Fine, PhD (Chicago: Universityof Chicago Press, 1986) saya menemui beberapa fakta sains yang agakmengkagumkan tetapi jarang sekali diketahui oleh masyarakat kita.

Bermula awal kurun ke-20, lahirlah bidang fizik kuantum, yang khususmengkaji akan sifat-sifat unsur terkecil dunia material iaitu atom. Padatahun 1911, Lord Rutherford daripada University Cambridge telahmembuktikan kewujudan sub-atom yang dikenali sebagai elektron.Namun penemuan elektron yang wujud di dalam atom merumuskanfakta yang menakjubkan, dan sekaligus menafikan kewujudan duniamaterial yang anda anggap benar-benar material ini. Akhirnya tubuhanda dan semua benda yang wujud di alam maya ini hanyalah elektron.Elektronlah yang memberi bentuk bulat atom apabila ‘butiran’ inimengelilingi neutron selaju cahaya.

99.9999% Binaan Atom adalah Ruang Kosong!

Lihat tubuh anda, ia hanyalah himpunanbertrilion-trillion atom yang membentuk sel, darah,daging dan akhirnya tubuh anda. Bentuk bulatatom itu sebenarnya adalah dinding yang dibentukoleh putaran elektron disekelilingnya. Kandunganelektron dan nukleas hanya 0.0001% daripadakandungan atom dan 99.9999% atom adalahruang kosong!!! Tubuh yang anda lihat sekarangadalah 99.99999% ruang kosong ! Pelik bukan?

Pembuktian sifat atom adalah 99.9999% ruang kosong adalah satu faktasains yang pelik, tetapi yang lebih pelik ialah sifat elektron yangmempunyai dua sifat iaitu samda ianya benda ataupun gelombangmengikut pemerhatian fikiran orang yang menjalankan ujikaji tersebut.Tetapi elektron itu sendiri amatlah kecil dan bukannya ‘benda’. Ia adalahhanya gelombang tenaga yang boleh bertukar menjadi sifat ‘benda’ jikaseseorang saintis fikirkan ia begitu.

Albert Einstein, saintis tersohor abad ke-20 dengan formula E=MC²,sendiri gagal menjawab soalan ini dan ‘bertelagah’ dengan para saintislain tentang sifat dua hala elektron ini. Antara yang terlibat ialah NielsBohr dan Werner Heisenberg. Bohr sendiri adalah ‘bapa’ kepada sainsfizik kuantum dan menyerah kepada satu interpratasi yang dikenalisebagai “Copenhagen Interpretation” di mana dwi-sifat elektron iniditerima pakai kerana pada peringkat terhalus ‘benda’ ianya menyamailintasan fikiran manusia itu sendiri. Oleh itu adalah selamat jikadikatakan bahawa elektron boleh dikonsepkan mengikut apa sahaja yangdifikirkan oleh saintis yang mengkajinya itu.

Contoh sebutiratom karbon

umpamabola yang

berisi angin

Pada peringkat lebih mendalam sub-atom, elektron sentiasa mengorbitmengelilingi proton dan neutron.Putarannya yang sangat laju inimembentuk dinding atom tersebutdengan 99.9999% ruang kosong ditengahnya

Page 17: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

17

Albert Einstein hingga akhir hayatnya tidak dapat mencari jawapankepada persoalan ini. Einstein mahukan satu jawapan yang mutlak iaitumahukan elektron dikenali sebagai sesuatu ‘benda’ bukannya bolehdiubah-ubah mengikut persepsi saintis atau orang yang mengkajinya.Werner Heisenberg seorang lagi saintis genius yang turut terlibat didalam interpratasi elektron “Copenhagen Interpretation”, berkata ,

What we observe is not nature itself, but nature exposed to our method of questioning. - Werner Heisenberg

Apa yang Heisenberg maksudkan ialah , apa yang kita perhatikanbukannya alam itu sendiri, tetapi alam mendedahkan dirinya kepadakaedah persoalan kita.

Dwi Sifat Elektron Yang Memeningkan Saintis

Para saintis menjalankan kajian ke atas butiran elektron daripadacahaya dan mendapati elektron menampilkan dua sifat iaitu gelombangdan partikel (benda). Apakah perbezaan kedua perkara ini, gelombangdan benda?

Benda atau partikel adalah objek. Ianya adalah material seperti sebijibola ataupun diri anda sendiri. Sebuah objek sentiasa mempunyaikedudukan yang tetap pada satu-satu masa. Jika anda berada di Perlis,anda tidak boleh berada di Melaka pula pada suatu masa yang sama.

Manakala, gelombang bukanlah benda. Gelombang adalah fenomenaatau peristiwa. Contoh paling mudah adalah gelombang air di laut. jikaanda menjatuhkan seketul batu ke dalam air , anda akan melihatgelombang yang tersebar dengan sekata ke merata kolam tersebut. Inibermakna gelombang boleh wujud serentak pada banyak tempat padasatu masa.

Namun pelik tetapi benar, sifat elektron adalah sedemikian sejak kajianujikaji demi ujikaji di makmal dijalankan oleh para saintis dimulakan keatasnya hampir 100 tahun yang lepas hingga sekarang.

Tidakkah anda pelik asas binaan tubuh anda sendiri boleh berada diPerlis dan Melaka pada suatu masa yang sama?

Kepelikan sifat elektron ini, memang sukar diterima oleh para saintis,namun ilmu sains yang berpegang teguh kepada kajian dan kiraanmatematik terpaksa menerimanya kerana itulah yang dibuktikan didalam kajian dan eksperimen.

Niels Bohr akhirnya membuat rumusan bahawa sifat elektron bergantungkepada persediaan asparatus yang disediakan oleh saintis yang membuatkajian tersebut. Dengan lain perkataan sifat elektron bergantung kepadalintasan niat saintis yang mengkajinya.

Page 18: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

18

Elektron Wujud Hanya Sebagai Entiti

Gambaran elektron mengorbit nukleas, adalah konsep fikiran rasionalmanusia agar ianya ‘dilihat’ dan difahami sebagai sesuatu objek materialmanusia. Hakikatnya tiada manusia yang pernah melihat dengan matakasar akan elektron mengorbit nukleas. Saintis tahu kewujudan dan sifatelektron tersebut melalui ujikaji makmal, namun konsep visual elektronmengorbit nukleas sebenarnya lahir dari idea orbit planet mengelilingimahari. Konsep orbit ini diutarakan oleh Niels Bohr dan diterimapakaioleh kita hingga kini hari ini.

Walaupun Werner Heisenberg adalah saintis yang turut terlibat bersamaNiels Bohr di dalam interpratasi elektron “Copenhagen Interpretation”,beliau sebenarnya tidak menggemari dengan konsep manusiamenggambarkan kewujudan orbit elektron tersebut. Bagi Heisenberg,elektron wujud hanya sebagai entiti tenaga yang mempunyai sifat99.99999% ruang kosong, bersifat gelombang atau benda. Namunmanusia tidak boleh menggambarkan ia melalui visual fizikal.

Seterusnya bagi Heisenberg, kewujudan partikel subatomik elektrontersebut hanya terjadi apabila seseorang saintis membuat pemerhatianke atasnya. Jika tiada seorang yang membuat pemerhatian tersebutelektron tersebut langsung tidak wujud!

Di dalam buku tulisannya bertajuk “Der Teil Das Ganze”, Heisenbergseorang warga Jerman, menceritakan dialog beliau dengan Einstein ,

Heisenberg :”One cannot observe the electron orbits inside the atom [….] butsince it is reasonble to consider only those quantities in theory that can bemeasured, it seemed natural to me to introduce them only as entities , asrepresentatives of electron orbits , so to speak.”

Einstein : “But you don’t seriously believe that only observable quantities shouldbe considered in a physical theory?

Heisenberg : “I thought this was the very idea that your relativity theory is basedon?” Heisenberg asked in surprised.

Einstein : “Perhaps I used this kind of reasoning,” replied Eisntein , “but it isnonsense nevertheless […] . In reality the opposite is true, only the theory decideswhat can be observed.”

Bagi Heisenberg cukup bagi kita tahu kewujudan elektron sebagai satuentiti dengan sifat-sifatnya dan tidak boleh menggambarkannya sebagaisatu benda material. Kerana apabila kita menggambarkan ia sebagaimaterial, maka ianya semakin pelik kerana material tidak bolehmempunyai dwi sifat seperti elektron. Einstein cuba menyanggahpendapat Heisenberg , dengan berpendapat bahawa sebarang teori fizikmestilah dibuktikan dengan eksperimen. Heisenberg menjawab bahawahasil eksperimen tidak membawa makna jika hasil eksperimen itu sendiridipengaruhi oleh fikiran manusia itu sendiri. Seterusnya beliaumembalas dengan mengatakan bahawa teori relativiti Einstein yangpopular sendiri belum dibuktikan melalui eksperimen dan ditunjukkanhanya melalui kiraan matematik. Einstein akhirnya akur beliaumenggunakan cara pemikiran yang sama di dalam teorinya.

Page 19: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

19

Di dalam teori relativiti Einstein yang popular, masa dan ruang kehidupan seseorangadalah relatif. Ini bermakna setiap orang mempunyai ruang masa tersendiri bergantungkepada di mana kedudukan beliau. Contohnya, mengikut teori ini , seseorang yang beradadi dalam sebuah kapal angkasa yang selaju menghampiri cahaya , masa yang beliau alamiakan menjadi amat lambat berbanding dengan mereka yang duduk di bumi. Jika merekapergi ke sebuah planet yang jauh berjuta-juta batu, dan kembali ke bumi setahunkemudian, anak beliau akan berusia sama dengan beliau. Ringkasnya, individu tersebutmempunyai ‘alam’ tersendiri dengan pergerakan masa yang tersendiri.

Inilah realiti sebenarnya, anda dan saya mempunyai ruang masa yangberbeza. Satu jam untuk anda adalah berbeza dengan saya. Walaupunwaktu jam anda dan waktu jam saya adalah sama, jauh di dalam mindadiri anda dan saya mempunyai persepsi masa yang tersendiri (relatif).Contohnya, seorang banduan yang sedang hendak menunggu hukumanmati merasa masa sangat cepat berjalan berbanding dengan seorangbanduan yang ingin di bebaskan keesokkan harinya.

Sifat Elektron Menjadi Semakin Misteri

Pada tahun 1982, satu ekperimen telah dijalankan di Universiti Paris olehseorang saintis fizik kuantum, Alain Aspect menemui satu lagi sifatelektron yang menakjubkan. Eksperimen tersebut membuktikan bahawasetiap elektron-elektron di dalam alam maya adalah bersatu dan salingberhubungan di antara satu sama lain tidak kira ianya berada berjuta-juta batu jauhnya.

Hasil eksperimen ini menjadi tajuk utama di dalam jurnal-jurnal sains diseluruh dunia. (Anda mungkin tidak dengar kisah-kisah kejayaan didunia sains kerana dunia mereka ini tidak sepopular dunia hiburan).Alain menggunakan aspartus eksperimen daripada sifat cahaya photonberpolar yang disalurkan melalui satu kristal calcite. Untuk menerangkanperincian eskperimen adalah diluar bidang buku ini. Anda bolehmenggunakan internet untuk mencari maklumat lebih lanjut tentangkejayaan eksperimen beliau.

Berbalik kepada eksperimen yang digelar kini sebagai “The AspectExperiment”, apakah maknanya kepada anda ?

Ini bermakna elektron di dalam otak anda boleh berhubung denganelektron saya malahan boleh juga berhubung dengan elektron seekorikan di dalam lautan. Anda , saya dan alam semesta tercipta pada satuunsur yang sama pada peringkat sub-atom (elektron). Jesteru itu, anda,saya dan keseluruhan manusia dan alam saling berhubung kait danberhubungan antara satu sama lain tidak kira di mana anda berada padaperingkat sub atomik.

Anda boleh memahamkan konsep ‘penyatuan’ ini seperti kawah yangpenuh dengan air dan anda adalah sebutir molekul air daripada kawahtersebut. Segala tindak tanduk anda sekecil manapun memberi kesankepada setiap molekul air yang ada di dalam kawah tersebut. Ianyaumpama jika saya meletakkan jari di atas permukaan kawah tersebut,maka akan wujudlah gelombang yang merata ke seluruh permukaan airtersebut.

Page 20: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

20

Realiti

Biar saya beritahu anda mengapa anda berada di sini...

Anda berada di sini kerana anda tahu sesuatu.

Apa yang anda tahu anda sukar hendak dijelaskan tetapi andadapat rasakannya. Anda dapat rasakan di dalam seluruh hayatanda selama ini. Terdapat sesuatu yang tidak kena dengan duniaanda ini. Anda tidak tahu apakah ianya , tapinya ada di situ , adadi sini , sentiasa bermain di fikiran anda yang kadangkala membuatanda kegelisahan kerana ingin mencapainya.

Perasaan inilah yang membawa anda membaca buku ini. Anda tahuapa yang saya katakan ini ?

Ianya Realiti itu sendiri. Anda tahu apakah ia ?

Realiti ada di mana-mana . Ianya berada disekeliling kita.Hinggakan sekarang di depan perkataan yang anda baca ini, didalam bilik ini. Anda boleh lihatnya apabila anda jenguk keluartingkap rumah anda, atau semasa anda melihat televisyen. Andaboleh rasakan apabila anda pergi ke tempat kerja, semasa andapergi membayar bil atau semasa anda berjumpa rakan-rakan anda.

Ianya adalah maya yang menyelubungi pancaindera anda daripadamelihat hakikat sebenarnya.

Apakah hakikat sebenarnya ?

Anda adalah tawanan. Seperti semua orang , anda telah ditawan.Anda ditawan di dalam penjara minda anda yang anda ciptasendiri.

Malang sekali tiada siapa boleh memberitahu anda apakah Realitiitu sebenarnya – kerana anda terpaksa melihatnya sendiri ...

Saya cuba membebaskan minda anda yang sedang tertawan ini.Anda tidak perlu sebarang kunci untuk keluar, apa yang anda perlubuat hanya melangkah keluar. Pintunya sentiasa terbuka. Tetapisaya hanya boleh tunjukkan anda jalan ke pintunya. Andalahsendiri yang terpaksa melangkahnya sendiri ....

Page 21: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

21

Apakah Realiti ?"Reality is merely an illusion, albeit a very persistent one."

Albert Einstein

Apa yang anda lihat melalui pancaindera mata anda semua ini semuanyaadalah imej yang dijana oleh minda anda. Anda memahaminya keranaimej tersebut wujud hanya di dalam kotak fikiran anda.

Anda tidak percaya ? Saya berikan anda satu ujian ringkas. Lihatgambarajah mudah di bawah.

Apakah yang anda lihat ? Saya pasti anda melihat sebuah kiub ataukotak 3-D sekarang. Saya ingin tanyakan anda, adakah anda melihatkiub tersebut seperti kotak dari atas atau seperti kotak dari sisi ?

Ya, jika anda perhatikan betul-betul , anda boleh melihat kiub 3Dtersebut dalam dua perspektif iaitu samada ianya daripada atas ataupundaripada pandangan sisi. Kebanyakkan orang yang saya tanya akanmenjawabnya daripada sisi. Ini mungkin kerana kita kerap melihat objekberbentuk kiub seperti TV, kotak dan sebagainya melalui pandangan sisi.

Namun persoalan sebenarnya ialah, bukankah gambar di atas tersebuthanyalah cuma garisan-garisan lurus sebanyak dua belas bilah di atasskrin komputer ? Imej perspektif di dalam minda andalah yang memberisifat kedalaman 3D-nya dan seterusnya menggambarkan ianya sebagaisebuah kiub. Bukankah itu yang sebenarnya.

Tunggu, anda akan terperanjat lagi, sekarang dalam 2 saat , jawab sertamerta, apakah yang objek pertama yang anda bayangkan melaluipengalaman anda akan imej 3-D yang anda lihat di atas ? Jika anda jujurmenjawabnya dalam masa 2 saat, itulah jawapan daripada yang lahirdaripada minda separa sedar anda... Kotak ? TV ? Dadu ? Kaabah ?

Page 22: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

22

Realiti Wujud Hanya MengikutPersepsi Fikiran Manusia

What we observe is not nature itself, but nature exposedto our method of questioning. - Werner Heisenberg, Physicist, Nobel Prize Winner 1932

Seorang pengkaji sains dan falsafah Islam daripada Turki, Harun Yahya di dalambukunya bertajuk “Matter : The Other Name For Illusion”, menulis...

Regardless of whether there is a material world or not, a humanbeing watches only the world of perceptions in his brain. No onecan ever come across the true original of anything. Furthermore,it's enough for everyone to perceive the copy. For example,someone who wanders around a garden with colorful flowers isnot seeing the original, actual garden, but the copy of it in hisbrain. But this copy of the garden is so realistic that everyonereceives some pleasure from it, as if the garden were real, whenstrictly speaking, it is imaginary.

(Matter: The Other Name for Illusion, p.50)

Inilah yang sememangnya umat Islam percayakan selama ini, dunia inihanyalah sementara, akhirat adalah hakiki. Hati-hati jika anda masihtidak mempercayai fakta ini anda mungkin terikut-ikut dengan fahamanmaterialis seperti pelopor ideologi komunis Karl Marx. Dan untukmenjelaskan sifat sementara ini , saintis kuantum fizik telah punmembuktikan bahawa material tidak wujud. Yang wujud hanya elektronyang bersifat gelombang atau bersifat ‘benda’ jika cetusan fikiran saintisitu fikirkan begitu.

Oleh itu apakah yang dilihat oleh mata saya selama ini ?

Apa yang anda lihat sekarang pada saat ini adalah imej yang dijana didalam minda anda. Mari kita lihat apa yang sebenarnya anda lihatsekarang. Katakan anda melihat sebatang pokok. Cahaya yang terpantuldaripada pokok akan diterima oleh retina mata anda dan seterusnyaditukarkan kepada isyarat elektrik sebagai signal kepada otak yangmenterjemahkannya sebagai imej pokok. Sebenarnya imej pokok tersebutboleh juga anda lihat tanpa membuka mata iaitu semasa anda bermimpi.Semasa anda bermimpi anda tidak tahu samada ianya mimpi selagi andatidak sedar. Apa sahaja imej dan peristiwa yang anda lalui di dalamminda and semasa mimpi adalah seakan-akan benar. Pancaindera mataanda sebenarnya sedang tertutup rapat tetapi imej-imej di dalam mimpianda tetap anda rasakan sebagai benar.

Sebenarnya anda juga boleh melihat tanpa mata, anda juga boleh melihatdengan bunyi. Pelik ? Teknologi sains sekarang membuktikan gambarboleh dirakam melalui bunyi. Mesin ‘ultrasound scan’ adalah buktinya.Saya rasa anda pernah melihat gambar fetus bayi di dalam kandunganibunya yang terhasil daripada mesin ultrasound scan. Janganlah andakagum kerana ikan lumba-lumba sememangnya mempunyai kebolehansonar yang dapat melihat dengan memantulkan bunyi dipersekitarannya.

Page 23: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

23

Apakah yang sebenar-benarnya menjadikan ‘imej’ pokok tersebutnampak dengan terang dan nyata di dalam otak anda yang hanyamerupakan segumpalan lemak-lemak protein? Sebenarnya ‘benda’ pokokitu ada di situ kerana imejnya wujud di dalam minda anda sahaja. Tubuhyang anda fikir ada ini wujud kerana imejnya wujud di minda anda.

Hakikatnya tubuh anda adalah atom yang mempunyai 99.9999% ruangkosong! Ini samalah ujikaji mudah di mukasurat 17, di mana kiub 3Dyang anda lihat sebenarnya adalah hanya 12 garisan-garisan lurus.Mengapa minda anda menterjemahkan kiub 3D ? Mengapa minda andatidak melihat elektron-elektron yang hanya 99.9999% ruang kosong .Hakikatnya material tidak wujud di dalam dunia realiti. Anda sukarmenerima hakikat ini? Hati-hati kerana golongan materialis dan pengasasideologi komunis iaitu Karl Marx mempercayai bahawa kehidupan hanyadunia material yang mutlak. Mereka berpendapat dunia material adalahsegala-galanya, dan mereka tidak mempercayai wujudnya Tuhan.

Kelebihan Apabila Mengetahui Material Adalah Illusi

Anda boleh baca dengan terperinci hakikat dunia material ini, di dalambuku , pendakwah Turki, Harun Yahya bertajuk “Matter : The OtherName for Illusion” dengan lebih panjang lebar. Hakikatnya dunia materialini adalah alam maya yang memang maya sebenar-benarnya.

Apa yang paling penting ialah anda tahu bahawa dunia material ini bolehdipersepsi oleh minda mengikut persoalan anda. Dengan ini, dunia realitisebenarnya boleh dikawal oleh minda secara langsung dan inimemberikan anda satu kelebihan. Namun saya ingatkan kepada anda,kelebihan minda manusia mengawal realitinya semua ini adalah keranakuasa Allah SWT dan disalurkan menerusi hukum alam atau sunatullah.Manusialah yang mempunyai pilihan untuk mengubah realitinya.

Firman Allah SWT :

Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan (nasib)sesuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu merubah keadaan(nasib) mereka sendiri”. (Ar-Ra’ad:11)

Ingat ! Keadaan atau realiti hanya wujud di fikiran anda. Andalah yangmembuat keputusan dengan yakin bahawa ianya menjawab persoalananda. Jika anda asyik berfikir kemiskinan maka kemiskinanlah yangmuncul di dalam realiti anda, jika anda berfikir kekayaan, makakekayaanlah yang akan muncul di dalam realiti anda.

Mari saya sebutkan satu kisah mengenai dua orang adik beradik yatimyang dibesarkan oleh seorang ayah yang merupakan kaki botol ataupemabuk. Setelah dua puluh tahun berlalu, abangnya telah menjadiseorang usahawan yang berjaya , manakala adiknya bukan sahajamengikut jejak ayahnya menjadi pemabuk tetapi penagih dadah pula.Apabila ditanya bagaimana perkara ini berlaku kepada mereka , kedua-duanya menjawab jawapan yang sama , “Saya menjadi begini adalahkerana bapa saya seorang pemabuk.”

Page 24: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

24

Realiti Anda Bermula Dari Apa YangAnda Fikirkan Di dalam Minda Anda

“The truth is, you live in a mind over matter world,if you don’t mind, it doesn’t matter!” - Anon

Seorang peserta kursus bertanya kepada saya, “Saya selalufikirkan duit, tetapi akhirnya dalam poket ada RM5 ajer hujungbulan...camner tu?” Saya menjawab,”Itu adalah kerana awak selalufikirkan tiada duit !”

Jika anda asyik berfikir kemiskinan maka kemiskinanlah yang muncul didalam realiti anda, jika anda berfikir kekayaan, maka kekayaanlah yangakan muncul di dalam realiti anda.

Kunci pertama , anda mestilah sentiasa percaya dan yakin bahawa imejkekayaan anda tersebut sentiasa wujud di minda anda dan telahmendapatnya pada suatu masa depan. Tanamkan emosi bersama-samaimej yang anda visualkan di kotak fikiran anda agar jiwa anda mendapatsatu semangat. Semangat inilah yang menjadi kunci kepada kuasa untukanda mengesan petunjuk-petunjuk yang akan anda nampak melaluipancaindera anda di dunia realiti anda. Langkah kedua ialah andamencari petunjuk-petunjuk agar material yang kini tersimpan di dalamkotak fikiran anda dapat dikeluarkan dan wujud dan seterusnya menjadimilik anda. Secara saintifiknya , semangat kepercayaan dan keyakinanini , akan mengeluarkan elektron yang mempunyai kuasa tarikan kepadatenaga yang sama dengannya di dalam alam maya ini.

Semangat adalah satu perasaan yang kuat, sebagai contoh, semangatcintakan Allah akan membuat seseorang itu sanggup mati syahid, danganjarannya juga adalah tinggi. Namun membicarakan bab tersebutmemerlukan forum lain yang khusus.

Mari saya ambil satu lagi contoh paling mudah iaitu semangat cintakankekasih. Semasa bercinta , jika anda seorang lelaki, anda mungkinterbayang-bayangkan imej gadis idaman anda setiap hari. Minda andaterlalu asyik hinggakan tidur tidak lena ataupun tidur sampai termimpi-mimpi gadis tersebut, perut pun anda tidak rasa lapar. Dan yang palingpelik, mata anda sentiasa kaitkan sesuatu yang anda lihat di sekitaranda dikaitkan dengan kekasih anda. Walaupun melihat bumbung basberwarna biru, anda teringatkan bumbung rumah kekasih anda.Terpandang sahaja huruf yang berpangkal ‘M’ anda teringatkan namakekasih anda bernama Maria. Lebih pelik ialah masa berjalan agakpantas semasa berdua dengannya, tetapi menjadi terlalu lama semasamenunggu panggilan telefonnya. Peredaran waktu dunia realiti andatidak relevan lagi. Jika anda sedang berdua, hatta semut api menggigitanda pun badan anda rasa kebal. Inilah kekuatan sesuatu semangat!!

Adakah anda mempunyai semangat sedemikian ? Bolehkah pancainderamengesan petunjuk-petunjuk ke arah matlamat anda ? Adakah andamerasa diri anda bebas dari gigitan kegagalan ? Adakah mimpi andamendapat ilham?

Page 25: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

25

Visualkan Realiti Kekayaan TelahBerlaku Di Minda Anda

"Anything the mind of man can conceive and believe , it can achieve"

Bahasa utama di dalam dunia minda separa sedar adalah imejvisual. Samada anda bermimpi anda akan melihat imej, anda berfantasianda melihat imej dan anda menonton TV anda melihat imej, hatta andamendengar suara di radio juga akhirnya akan anda terjemahkan kedalam minda anda menjadi imej yang anda sendiri faham. Katakan andamendengar drama radio, apabila anda ikutinya, tanpa anda sedari, andabukannya setakat mendengar, anda sebenarnya ‘melihat’ drama tersebutdi dalam minda separa sedar anda, tanpa anda sedari. Sepanjang andamendengar drama tersebut sebenarnya anda mencipta imej-imej pelakondan situasi di mana pelakon tersebut berada, berdasarkan suara ataubunyian daripada corong radio tersebut. Anda tidak sedar ‘ciptaan imej’ini berlaku langsung. Apa yang penting ditekankan di sini ialah di dalamminda separa sedar, bahasa utama yang difahami ialah imej visual.

Realiti yang anda lihat diluar sana sebenarnya bermula daripadadalam minda anda. Apa yang anda lihat dan rasai di dunia material,memerlukan minda untuk mentafsirkan. Jika anda melihat rumah besar,hakikatnya adalah himpunan-himpunan elektron yang ditafsirkansebagai imej ‘rumah’ oleh signal elektron oleh sel-sel neuron itu sendiri.Oleh itu, adalah penting anda mempelajari menghayati imej-imej mentaldi dalam minda anda, agar realiti yang wujud di dalam minda separasedar tersebut dapat direalisasikan ke dunia material ini.

Setelah anda yakin tanpa batasan bahawa anda boleh berjaya dan kaya,langkah seterusnya adalah mudah iaitu anda visualkan di dalam mindaanda keadaan anda semasa anda menjadi kaya.

Jika anda minatkan kereta BMW, bayangkan anda telahmendapatkannya dan sedang memandunya. Jika anda mahukan rumahyang besar , imiginasikan anda sedang duduk di dalamnya. Malahan jikaanda belum beristeri anda juga boleh imiginasikan anda telah beristeriyang cantik duduk bahagia di sebelah anda.

Ok, ini penting.....sekarang, setelah anda mempunyai imej-imej materialtersebut. Masukkan pula elemen-elemen emosi di dalam imej-imejtersebut. Bayangkan anda sedang bergembira, merasa bahagia, ketawaria, sedang bersedekah, ramai orang sukakan anda . Ini bukan angan-angan. Tanamkan sekarang imej-imej tersebut dengan mendalamsekarang. Ingat , minda separa sedar anda tidak tahu mana satu imejyang benar atau palsu, cuma minda sedar anda yang rasional sahajaakan cuba melawan dan berkata ini adalah angan-angan dan palsu.Pedulikan benar atau palsu. Anda hanya tanamkannya sahaja. Andatanamkan ia sehingga ia benar-benar menjadi satu kepercayaan di dalamminda bawah sedar anda. Kepercayaan inilah yang akan menjadi saturealiti kebenaran kepada anda masa depan.

Satu-satunya ‘tukang tilik’ yang boleh anda percaya ialah diri andasendiri, kuasanya adalah akal yang dianugerahkan daripada Allah.

Page 26: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

26

Visualisasi : Teknik Berfikir UntukMenyemai Minda Separa Sedar

Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalahjelas sebagaimana digambarkan di dalam maksud sebuah hadisRasulullah SAW ;

“Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat yang tidakkhusyuk selama tujuh puluh tahun”.

Salah satu kebolehan minda berfikir ialah membuat imej visual di dalamkotak fikirannya. Kunci kepada anda untuk sentiasa bersemangat danyakin realiti yang ingin anda capai akan tercapai sebagaimana yang andakehendaki ialah menanamkan imej visual kejayaan anda pada masahadapan di dalam minda separa sedar anda. Persamaan peristiwa lepasdengan peristiwa yang akan datang ialah kedua-dua peristiwa tersebutboleh dibayangkan secara visual di dalam minda anda sekarang, danminda separa sedar anda sebenarnya tidak tahu yang mana satu pernahterjadi dan yang mana satu belum pernah terjadi.

Jika sesuatu kejayaan yang belum mempunyai sebab (cause) untukberlaku tetapi anda tanam dan semaikan setiap hari dengan penuhperasaan dan keyakinan, minda separa sedar anda akan terangsang dansecara automatik berusaha untuk meneroka dan mencari ke dalamlembah takungannya yang luas dengan segala pengalaman, fantasi,imaginasi anda untuk dikaitkan dengan persoalan anda. Jawapannyaakan anda temui di dunia realiti anda sebagai petunjuk untuk andalaksanakan dan seterusnya menjadi akibat kepada realiti yang andakehendaki tersebut. Tanamkan perasaan bersyukur semasa visualisasianda, akan membuatkan hati/kalbu anda timbul satu semangatluarbiasa. Hatilah atau kalbu yang menjadi tali penghubung kepadaAllah SWT, kerana Allah sentiasa mengetahui ketulusan permintaan yangdikehendaki oleh manusia di dalam hati. Anda pada bila-bila masa waktuyang tenang (selepas solat) membuat visualisasi seperti berikut :

1. Visualkan di dalam Minda anda kejayaan masa lepas dan masasekarang dan kemudian bersyukur. Tutup mata anda. Cuba andaimbas kembali kenangkan sedalam-dalamnya satu kejadian di manaanda pernah menerima sesuatu ganjaran atau peristiwa yang amatgembira di dalam kehidupan anda. Anda mungkin boleh bayangkan saatanda mendapat anak yang comel yang tanpa cacat celanya atau andapernah terselamat daripada kemalangan ataupun anda mendapatganjaran kerana kerja cemerlang anda. Semua perkara-perkara baik iniadalah hadir kerana izin Allah SWT.

2. Hayati visual tersebut sedalam-dalamnya. Tanam segala perasaansuka, kegembiraan dan kepuasan sehinggakan apa yang anda visualkanmengujudkan satu semangat di dalam jiwa anda. Dan biarkan imejkenangan tersebut bermain di fikiran anda selama beberapa saat. Apayang anda rasa ialah satu perasaan atau semangat masa lepas itu ?Adakah anda dapat menyelami kembali saat tersebut?

Page 27: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

27

Firman Allah SWT,Ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat pula kepadamu. Danbersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kalian mengingkari nikmat-Ku.Hai orang-orang yang beriman, jadikankah sholat sebagai penolongmu,sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.

(al-Baqarah: 152-153)

Tafakur dengan sedalam-dalamnya saat tersebut. (ada orang yangmenitiskan air mata kerana perasaan bersyukurnya terlalu tinggi kepadarahmat Allah. Bolehkah anda lakukan sedemikian?) Saya pasti andamerasa lega di dalam jiwa anda bukan ? dan bukan itu sahaja ucapanAlhamdullilah anda lebih bermakna kerana ianya benar-benar menusukke kalbu anda. Inilah kunci untuk mendapat keyakinan diri dankepercayaan anda. Anda tidak boleh setakat menyebut kesyukuran andadilidah sahaja tanpa perasaan bersyukur tersebut wujud di dalam kalbuanda. Kerana hati atau kalbu adalah tali penghubung anda denganKuasa Infiniti yang Maha Berkuasa , iaitu Allah SWT.

3. Sekarang visualkan kejayaan anda pada masa hadapan yang andainginkan telah berlaku. Dan bersyukur kerana kejayaan masahadapan tersebut. Bunyinya agak aneh, tetapi ingat anda mempunyaikepercayaan dan keyakinan tanpa batasan yang disandarkan kepadaAllah. Oleh itu semua peristiwa pada masa hadapan telahpun diketahuioleh Allah, anda perlu bersyukur segala peristiwa yang bakal anda terimakerana saat anda berdoa dan percaya kepada Allah, Allah sudah janjibahawa doa anda akan dimakbulkan. Hanya masa sahaja yangmenentukan. Kepastiannya akan tiba, dan mengapa anda tidak perlubersyukur ke atas janji Allah yang tidak pernah mungkir itu ?

Allah Maha Pencipta tidak tertakluk kepada masa malahan masa adalahciptaanNya. Tidak wujud ‘peristiwa akan datang’ di dalam pengetahuanAllah SWT. Konsep masa hanya wujud di dalam kehidupan manusia .Jika Allah tertakluk kepada masa akan datang bermakna Allah jugaseperti makhluk lain. Kepercayaan dan keyakinan anda diukur ke atastahap kesabaran anda melalui ujian yang akan diberi bukannya masa.Ini kerana sabar adalah separuh daripada iman itu sendiri.

4. Akhir sekali, visualkan kejayaan orang lain yang menerima nikmatAllah dan bersyukur kepada Allah SWT ke atas nikmat tersebut. Inilahyang agak sukar dilakukan bagi orang yang mempunyai hati iri hati dandengki ke atas kejayaan orang lain. Jika anda benar-benar dapatmenghayati kesyukuran ke atas nikmat Allah SWT yang diterima olehorang lain bermakna, hati anda benar-benar tulus di dalam segalakesyukuran anda kepada Allah SWT. Kesannya adalah luarbiasa, keranaanda akan merasai satu semangat baru menyelinap serta merta di dalamsanubari anda.

5. Lakukan teknik visualisasi ini setiap hari dengan kerap semasaminda anda sedang relaks. Tujuannya agar imej mental yang andavisualkan tersebut tertanam dan kemudian subur bersama-sama dengansemua entiti di dalam minda separa sedar anda. Imej kejayaan denganpenuh perasaan semangat bersyukur ini akan merangsang danmembuahkan lain-lain entiti yang tidak pernah anda sedari selama ini.

Page 28: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

28

Bersyukur : Baja Penyubur danPengikat Rezeki Anda

Firman Allah SWT,“Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya jikakamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat)kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), makasesungguhnya azab-Ku sangat pedih’.” (Q.s. Ibrahim: 7)

Salah satu rahsia murah rezeki dan cepat kaya yang paling asas ialahmempunyai perasaan bersyukur. Anda mestilah sentiasa bersyukurdalam 3 perkara iaitu secara lisan, di dalam hati dan ketika sedangmelaksanakan sebarang perbuatan yang sedang anda buat untukmenuju ke matlamat anda tersebut. Anda jangan teringatkan Allah hanyaapabila anda berada di dalam kesusahan. Inilah kesilapan manusia.Mereka hanya teringatkan Allah apabila susah, tetapi lupa ketika senang.

• Langkah pertama kunci supaya anda mempunyai ‘sentuhan emas’ialah anda sentiasa bersyukur ke atas segala nikmat Allah yang telahdan sedang anda alami selama ini. Secara amnya anda bersyukurkerana masih mampu menghirup udara milik Allah SWT untuk terushidup hari ini dan secara khususnya anda bersyukur setiap kejadiankhusus yang telah berlaku ke atas diri anda.

Perasaan bersyukur anda hendaklah dilipat gandakan apabila andamengesan sesuatu peristiwa (walaupun sangat kecil) yang membawake arah kejayaan anda. Sebagai contoh, katakan anda berminathendak memulakan sesuatu idea perniagaan, entah tiba-tiba semasamembaca akhbar anda terpandangkan artikel yang berkaitan denganidea perniagaan anda. Ianya nampak ‘kebetulan’ dan perkara kecil.Namun sebenarnya ‘kebetulan’ yang anda alami tersebut disebabkanoleh pancaindera mata anda yang telah dirangsang oleh minda separasedar anda yang sedang aktif. Salurkan kesyukuran anda teruskepada sumber tenaga infiniti itu sendiri iaitu zat Allah SWT, nescaya‘kebetulan-kebetulan’ anda tersebut akan lebih banyak anda temui.

• Langkah kedua ialah anda juga harus bersyukur ke atas kejayaanorang lain. Ini adalah kerana kejayaan orang lain adalah atas izinAllah jua. Inilah kunci yang membersihkan jiwa rohani anda daripadasifat dengki. Jangan sesekali wujud perasaan iri hati atas nikmat yangditurunkan oleh Allah SWT kepada orang lain

Secara saintifiknya jika anda menerapkan perasaan bersyukur di dalamdiri sendiri dan juga bersyukur ke atas orang lain, tubuh anda akanberasa bersemangat dan boleh dikesan gelombang ‘aura’nya. Secara sub-atomik perasaan bersemangat ini mengeluarkan ‘tenaga’ elektron yangberhubung dan bergabung dengan semua kejayaan orang lain yangserupa dengan tenaga anda tidak kira di mana mereka berada. Elektronadalah bentuk tenaga yang boleh berhubung dan bergabung dengantenaga yang serupa dengannya. Gabungan elektron ini meliputipemikiran mereka, idea mereka, inspirasi mereka dan keyakinan merekayang sama dengan anda. Semangat yang wujud di dalam jiwa ini akanmemberi kesan fizikal kepada dunia realiti anda kelak.

Page 29: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

29

Semangat : Kebangkitan GergasiDi dalam Jasad Anda

Gergasi di dalam minda separa sedar akan bangkit jika semuaentiti di dalamnya seperti imaginasi, perasaan, maklumat, kenangan ,fakta, fantasi, visualisasi, pengetahuan, emosi dan apa pun bentuk entitidi dalam minda separa sedar anda dirangsangkan dan menjurus kepadaobjektif kejayaan anda. Kebangkitan gergasi ini akan tercermin di dalamjasad anda sebagai semangat.

Pernahkah anda bersemangat ? Bersemangatkah anda pada hari pertamaanda bekerja? Atau pernahkah anda lihat atlis sukan bersemangatsehingga menitiskan air mata ketika menyanyi lagu Negaraku ?

Orang yang bersemangat tulin, dapat dikesan ‘aura’nya. Elektron-elektron orang yang bersemangat bergetar dan menghantar gelombang kesegenap alam. Pancaindera seperti mata atau telinga orang yangbersemangat sensitif kepada perkara-perkara yang berkaitan denganmatlamatnya kerana minda separa sedarnya telah terangsangberterusan. Gergasi anda telah bangkit!

Masalah tiba? Sepantas kilat beliau mendapat idea entah dari mana,mengelakkannya, hinggakan beliau tidak sedar langsung ianya satumasalah, kerana tindakan beliau adalah automatis. Keputusan sukar ?Tiada sukarnya jika terdapat beratus ribu billion maklumat imaginasi,idea, fakta dan inspirasi yang terangsang di dalam minda separa sedarbersatu membantu beliau membuat keputusan.

Semangat akan melahirkan ilham sentiasa, kegagalan tidak wujud, ideamencurah daripada segala penjuru, pancaindera anda sangat peka danmelihat semua petunjuk ke arah kejayaan di dalam dunia realiti anda.Orang yang sedang bersemangat , sentiasa dahagakan kejayaan.

Semangat boleh wujud sebentar atau kekal. Bergantung bagaimana ianyadisemai. Orang melayu ada selalu sebut semangat tahi-tahi ayam. Inilahyang kita tidak mahu!! Kadangkala anda bersemangat mendengarceramah motivasi atau pulang dari kursus motivasi, dan bersemangat,namun apa selepas dua tiga hari, anda kembali kepada rutin lama. Olehitu adalah penting anda semaikannya, melalui teknik visualisasi (yangditerangkan sebelum ini).

Semangat akan mengakibatkan keajaiban. Jika anda sedang bekerja atausedang melakukan perbuatan di dalam keadaan bersemangat denganpenuh yakin dan percaya, perbuatan yang sepatutnya ‘gagal’ pun tidakakan gagal kerana anda tidak percayakan kegagalan. Semangat hidupapabila segala entiti posiif minda separa sedar terangsang. Tanpasemangat anda hanyalah robot. Renungkan kehidupan anda sekarangadakah anda hidup dengan bersemangat atau anda hidup hanya sebagaisatu rutin menghadapi hari tua ? Adakah anda hidup seperti manusiaatau seperti robot yang diprogramkan untuk menjalankan kerja yangsama sepanjang hayat?

Page 30: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

30

Perasaan : Bahanapi PembakarSemangat Anda

"To succeed you have to believe in something with such passionthat it becomes reality"

Bagaimanakah kita hendak mencungkil maklumat-maklumat yangsangat meluas di dalam minda separa sedar ? Kita tidak boleh berfikirsecara sedar untuk mencarinya, kerana berfikir secara sedar hanyamenggunakan maklumat yang terhad di dalam bank memori yang kita.Untuk mencapai tujuan ini kita menggunakan PERASAAN.

Terdapat lima perasaan positif yang utama iaitu perasaankepercayaan (belief), keinginan (desire), cinta (love), harapan(hope) dan berani (brave)

Sebaliknya juga, terdapat lima perasaan negatif yang utamaiaitu takut(fear), benci (hate), anger (marah), cemburu(jealousy) dan tamak (greed)

* Senarai di atas adalah lima perasaan yang utama namun masih terdapatbeberapa perasaan lain seperti bangga, sedih , kecewa dan sebagainya.

PERASAAN di dalam hati yang bergabung dengan maklumat daripadaminda separa sedar akan memberi kesan kepada dunia fizikal kita.Seumpama , jika kita sedih, kita menangis dan mengeluarkan air mataatau jika kira berperasaan takut menyebabkan jantung kita berdebar-debar malahan tubuh kita menggeletar tanpa kawalan kita. Fikiran sedarkita tidak boleh mengawalnya. Itu adalah yang biasa kita alami.

Namun sebenarnya perasaan yang digabungkan dengan kekuatan entitiminda separa sedar boleh memberi kesan kepada dunia realiti.Seumpama mereka yang pernah bercinta, perasaan lapar terhapusmalahan perjalanan masa juga menjadi sangat cepat atau terlalu lambatmengikut diri mereka. Malahan jika kita mempunyai perasaan takut,tunggul pun kita sangka pontianak! Kunci kepada kekuatan seseorangialah apabila beliau boleh mengawal perasaannya di dalam apa juasituasi. Ingat ! situasi dunia realiti hanya illusi, di mana hakikatnya (thetruth) sebenarnya bagaimana perspektif kita melihat situasi tersebut.

Biarkan Perasaan Positif Menjadi Dominan Didalam Minda Separa Sedar Anda

PERASAAN positif dan negatif tidak boleh diadunkan pada satu masayang serentak di dalam minda separa sedar. Jika ini berlaku mindasepara sedar akan menjadi keliru. Ingat, ‘fikiran’ adalah bentuk tenaga.Tenaga fikiran ini mempunyai kekuatan daya tarikan ke atas tenaga yangmempunyai sifat serupa dengannya. Jika ini dilakukan secara berulang-ulang, tenaga ini akan menarik tenaga-tenaga lain yang berkaitandidalam ‘subconcious mind’ iaitu maklumat, imaginasi, perasaan,inspirasi dan pengalaman lepas yang tersimpan di dalam minda separa

Page 31: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

31

sedar ; Malah tenaga ini menjadi sangat kuat ianya akan menarik tenaga(fikiran) yang serupa terdapat pada orang lain.

Apabila kita bersabar dan bersyukur, fikiran kita akan visualkan kembaliperistiwa atau saat-saat diri kita pernah menerima rezeki dan kebaikandaripada Allah SWT. Semasa proses ‘rewind’ peristiwa lepas tersebutadalah penting anda menghayati perasaan yang wujud ketika itu.Sebagai contoh, mungkin ketika itu terdapat seseorang bersalam dengananda dan memuji dengan ikhlas akan kejayaan anda, atau ada orangmenunjukkan kekagumannya akan bakat anda. Hayati sedalam-dalamnya semua perasaan positif yang wujud saat itu. Saya pastianda akan merasa sangat lega selepas itu. Dan ketika saat kewujudanperasaan lega anda tersebut berada di kemuncaknya, sebutlah lafaz‘Alhamdulillah’ beberapa kali dengan penuh ikhlas penuh kesyukuran.Tidak kita berapa kali ingin anda melafazkan bilangan ucapan‘Alhamdulillah’ tersebut, apa yang penting anda hendaklah menyebutnyadengan penuh keikhlasan kesyukuran.

Seterusnya tanam juga perasaan ketika menghayati peristiwa kejayaanyang bakal berlaku masa hadapan. Mungkin, ada orang yang realistik,menganggap perkara ini seperti ‘angan-angan’ dan lebih gemarkanberfikir secara rasional menggunakan logik dan analitikal. Jika andafirkirkan begitu , anda hanya menggunakan separuh sahaja otak anda(otak kiri). Ingat! dunia realiti kehidupan material anda bermulamengikut persepsi minda anda. Jauh kecil pada peringkat sub-atomik,sesuatu elektron yang menjadi asas kepada dunia material yang nyataini, mula terbentuk sifatnya mengikut lintasan fikiran manusia itusendiri. Ini adalah fakta sains !

Jika kita tumpukan perhatian dan khusyuk melakukan ini, maklumatrelevan yang tersimpan selama ini yang kita tidak sedar di dalam bankminda separa sedar akan terangsang (magnetized) . Perkara kejayaanyang bakal berlaku adalah ‘akibat’ yang memerlukan ‘sebab’, tetapi jikaanda tanamkan peristiwa kejayaan yang masih belum mempunyai sebab,lambat laun minda separa sedar anda akan mencarinya di dalam bankmaklumatnya yang sangat luas. Kemungkinan anda sendiri tidak sedarjawapan yang timbul di dunia realiti, kerana cara minda separa sedarbekerja ialah merangsang saraf terus pancaindera anda untuk mengesan‘sebab’ yang dikaitkan dengan ‘akibat’ tersebut. Anda mungkin sukarmemahami proses ini kerana selama ini anda berfikir secara biasa dimana anda memerlukan pengetahuan biasa untuk mencari ‘sebab’ yangmenghasilkan ‘akibat’ sesuatu kejayaan. Itu adalah normal.

Apabila ini berlaku, lima pancaindera (senses) kita akan mengesanbanyak peristiwa dan perkara berpotensi yang menjadi sebab (cause)kepada akibat (effect) untuk mencapai keinginan kita tadi. Hati yangmempunyai kepercayaan dan keyakinan tanpa batasan yang disemaimelalui sifat bersabar dan bersyukur akan menghasilkan perkara-perkara yang menakjubkan.

Pancaindera kita bukan sahaja dapat mengesan peluang (petunjuk) yangmenjadi sebab (cause) kepada akibat (effect) keinginan fikiran kita,malahan zat Allah Maha Bijaksana akan menghubungkan hati orang lainyang sehaluan dengan matlamat kita dan seterusnya memberi kitapeluang (cause) untuk mencapai keinginan kita.

Page 32: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

32

Takwa dan Tawakal :Kepercayaan dan Keyakinan Tanpa Batasan

dalam bentuk Fizikal dan Praktikal

Firman Allah SWT,

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akanmengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arahyang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakalkepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkannya.”

(Q.s. ath-Thalaq: 2-3).

Setakat yakin dan percaya di dalam minda dan kalbu sahaja tidakcukup dan tidak lengkap. Anda mesti melakukan sesuatu. Sebagaimanasembahyang yang bermula dengan niat dan bacaannya, ianya mestilahdisusuli dengan perbuatan seperti takbir, rukuk , sujud dan sebagainya.Jika kunci kepada keberkesanan sembahyang ialah anda khusyukmelakukannya maka begitu juga dengan kehidupan anda seharian iaitubertakwa dan bertawakal.

Takwa dan Tawakal

Bertakwa dan bertawakal adalah kepercayaan dan keyakinan dalambentuk praktikal dan fizikal. Ini adalah proses merealisasikankepercayaan yang wujud di dalam minda separa sedar anda.

Bertakwa bermaksud anda melakukan segala perintah Allah danmenghindari segala larangnnya. Ini adalah etika asas kepada segalaperlakuan, perbuatan, aktiviti atau apa sahaja gerakerja fizikal di dalamkehidupan anda.

Bertawakal pula bermakna anda melakukan gerakerja dengan yakintanpa batasan bahawa kejayaan anda pasti berlaku setelah andaberusaha sedaya upaya dari segi mental dan fizikal. Tiada ruang kosongusaha yang anda tinggalkan. Segala genap penjuru telah anda periksadan laksanakan. Apa yang paling penting anda tidak ‘goyang kaki’ !

Tidak kira samada usahawan tersebut itu, muslim atau tidak, jika ianyamenjalankan perniagaan atas etika ini, pasti berjaya. Bonus kepadaseorang muslim ialah mereka mendapat ganjaran dunia dan akhirat .

Jika anda jujur memerhatikan bentuk-bentuk perniagaan yang berjaya,ianya sentiasa bergerak kepada landasan etika perniagaan yang baik danjujur pasti akan berjaya dan kekal lama. Hakikatnya sesukar manapunkeadaan anda, hukum sunatullah tetap bergerak kepada landasan jikaanda percayakan perbuatan yang berlandaskan takwa, akan sentiasaterdapat jalan keluar dan punca rezeki yang tidak anda sangka-sangka.Seterusnya jika anda percaya dan yakin semasa melakukannya bahawaia akan berjaya, Allah SWT pasti menyempurnakannya. Jika anda tidakmendapat hasil keputusan yang diharapkan di dalam perancangan andatersebut anda hendaklah bersabar kerana ini adalah petunjuk bahawa

Page 33: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

33

anda akan mendapat sesuatu rezeki yang lebih besar daripada apa yanganda rancang sebelum ini. Anda akan temui konsep ‘sabar’ di muka 37berikutnya.

Namun malang sekali ramai usahawan kita sangat percaya kepadaunsur-unsur negatif untuk berjaya. Mereka percaya tanpa merasuah,tanpa sedikit menipu sesuatu perniagaan sukar berjaya. Adakah andapercayakan begitu ? Ya, anda memang benar, jika anda percayakannya.Realiti anda akan menterjemahkan dunia yang memerlukan andamembuat perlakuan sebegitu, jika minda anda percayakan begitu. Andasekali lagi terperangkap di dalam penjara minda anda. Dan pancainderaanda akan sentiasa berusaha mencari unsur-unsur negatif tersebut,tanpa anda sedari.

Semua Perbuatan Takwa Bermula Dengan Niat ….

Minda yang penuh kepercayaan dan keyakinan yang telah andasemaikan mestilah dizahirkan melalui sesuatu gerakerja. Anda bermuladengan niat ingin mencapai sesuatu , di dalam konteks buku ini andaingin berjaya di dalam sesuatu bidang perniagaan. Saat anda berniatsahaja, adalah satu doa iaitu permintaan kepada Allah . Dan Allah MahaPemurah dimana SETIAP doa adalah dimakbulkan. Hanya orang yangtidak memahami sifat Maha Pemurah Allah sahaja yang memandai-mandai berkata bahawa doa mereka tidak dimakbulkan. Yang menjadisalah faham di sini adalah manusia selalunya tidak sabar dengan ujiandan tidak yakin dengan doa mereka sendiri dan duduk ‘goyang kaki’menunggu permintaan mereka turun dari langit.

Setelah anda berniat anda mestilah suburkan niat anda tersebut dengankepercayaan dan keyakinan agar ianya hidup di dalam jiwa anda. Niatyang kecil itu kemudiannya akan membesar dan menjadi kepercayaandan keyakinan tanpa batasan. Apabila anda mempunyai niat dankepercayaan yang betul, secara automatis, tabiat anda juga akanmelakukan yang betul.

Apa yang selalu kita lintaskan di hati kita,Akan membentuk kepercayaan kita,

Apa yang kita percaya di dalam hati kita,akan membentuk pemikiran kita danapa yang membentuk pemikiran kita

akan menghasilkan perbuatan kita, danperbuatan kita akan menghasilkan sebab (cause)

yang menghasilkan akibatnya (effect) ataupun realiti kehidupan kita.

Jika jiwa anda telah mantap dan bersemangat untuk mencari kekayaan,pemikiran anda tersebut hendaklah dizahirkan dengan perbuatan danaktiviti yang boleh merealisasikan pemikiran anda tersebut. Cara yangpaling jelas ialah melalui keusahawanan. Ini adalah kerana RasulullahSAW bersabda ;

“9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan”

Jenis perniagaan yang dipilih , akan dibincangkan di dalam bab II.

Page 34: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

34

Mitos Menjadi SeorangUsahawan Yang Berjaya

Nothing fails like success because we don’t learn from it. We learn only fromfailure.— Kenneth Boulding

Kadangkala di dalam diri kita seakan-akan tertanam satu ‘fakta’ yangkita jadikan kepercayaan dan sukar untuk kita ubah. Hakikatnya andasendiri tidak tahu bagaimana kepercayaan ini boleh tertanam danberakar umbi di dalam pemikiran diri anda. Hal ini terjadi di dalambidang perniagaan. Cuba anda baca dan beritahu saya kenyataanmanakah yang ‘SALAH’ mengenai bidang perniagaan :

1. Anda perlu bijak ‘tipu’ pelanggan

2. Anda perlukan modal wang yang banyak

3. Anda perlu tebalkan muka dan pakar di dalam selok belokkejurujualan

4. Anda ‘yakin’ terdapat rahsia yang boleh membuatkan andaberjaya

5. Anda rasakan bahawa peluang perniagaan dan membuat wangtelah dibolot oleh orang-orang tertentu.

6. Anda telah cuba sekali, dan gagal dan membuat kesimpulanperibadi bahawa perniagaan adalah sesuatu yang mustahiluntuk anda lakukan.

7. Anda merasakan menjadi kaya tidak digalakkan mengikutajaran agama

8. Anda merasakan kemiskinan selalunya memberi ertikebahagiaan

9. Anda merasakan apalah erti kekayaan tanpa kebahagiaan

10. Anda merasakan keusahawanan adalah bukan sifat semulajadianda sebagai manusia

Apakah jawapan anda ? Sebenarnya ke semua kenyataan tersebut adalahsalah.

“Seorang yang berkata kekayaan tidak boleh membeli kebahagiaan,tentunya beliau tidak tahu DI MANA hendak membelinya....”

Page 35: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

35

Analisa Diri : Adakah AndaUsahawan Tulin ?

“You are what you believe!”

Jawab ya atau tidak kepada soalan-soalan di bawah ini. Kemudian kiradan lihat keputusan anda.

1. Anda percaya peluang bukan hanya sekali tetapi peluang bolehdicari atau dicipta.

2. Anda merasa amat sukar bekerja di bawah arahan orang lain.

3. Anda berani mengambil risiko tetapi bukannya memperjudikannasib.

4. Anda melihat masalah adalah satu peluang yang 'tersembunyi'.

5. Anda menilai kreativiti dan imaginasi sama penting denganpengetahuan.

6. Anda tidak tertakluk kepada peraturan keadaan malahan andamencipta peraturan baru.

7. Anda cepat belajar sendiri daripada sesuatu kesilapan dan tidakmengulanginya.

8. Anda tidak kenal erti kegagalan, yang ada cuma kejayaan yangbelum tiba.

9. Jika anda bekerja makan gaji anda merasakan diri anda lebih bijakdaripada boss anda!

10. Anda merasa ada yang tidak kena kepada anda selama andabekerja kerana jauh dilubuk hati anda , anda ingin bebas bekerjasendiri!

Berikan markah 1 untuk setiap jawapan Ya anda dan 0 untuk Tidak.

Jika anda mendapat markah bawah 4, anda boleh lupakan diri andauntuk menjadi usahawan.

Jika anda mendapat markah 5 – 8 , anda mempunyai potensi untukmenjadi usahawan.

Jika anda mendapat 9 – 10, anda boleh lupakan kerja makan gaji andasekarang, kerana keusahawanan adalah darah daging anda. Adalahmenjadi kerugian anda terus sahaja bekerja untuk orang.

Hidupkan semangat usahawan anda , yakin dan sahut cabaran!

Page 36: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

36

Orang Lain Sibuk Meraih KejayaanAnda Sibuk Mencari Alasan...

"Never,never, never, never, never, never, never, never, never give up"Winston Churchill

Ya...siapa tidak mahu jadi kaya atau jutawan. Anda mungkin berkatamenjadi jutawan adalah mustahil bagi anda . Fikirkan kembali, DatukYusuf Haslam , jutawan filem Melayu, pernah menjadi konduktor bastetapi kini seorang jutawan. Apa lagi anda ? Ianya adalah pilihan anda.

Alasan-alasan Yang Selalu Dibuat Orang Berjiwa Kecil....

• Tunggulah apabila saya telah mendapat kerja nanti. Mungkin sayaakan mengumpul modal untuk berniaga.

• Kehidupan saya adalah kehidupan makan gaji tidak pernah sayafikirkan untuk berniaga.

• Berniaga adalah untuk mereka yang mengambil jurusanperniagaan, jurusan pengajian saya adalah berbeza.

• Saya fikir mereka yang berjaya di dalam perniagaan mempunyai‘contact’ atau kenalan dengan orang atasan sahaja.

• Saya malu untuk berniaga. Saya lebih rela duduk di dalam pejabatdaripada terpaksa ‘menjual’ muka untuk mendapatkan hasiljualan.

• Berniaga memerlukan modal yang banyak. Saya tidak mempunyaimodal langsung. Gaji saya cukup-cukup untuk kehidupan sayapada masa sekarang.

• Saya takut untuk berniaga. Saya lebih rasa terjamin denganpekerjaan saya ini. Pendapatan daripada perniagaan tidakmenentu. Kadang-kadang untung , kadang-kadang rugi.

• Tunggulah sehingga saya pencen nanti. Pada masa itu mungkindengan masa yang lebih terluang dan dengan sedikit simpananKWSP saya rasa saya ingin berniaga.

• Saya pernah berpengalaman berniaga sambilan di dalam jualanlangsung (MLM). Pengalaman saya neunjukkan saya memang tidakberbakat langsung untuk berniaga.

Di dalam menjayakan matlamat anda, anda mestilah percaya dan yakinapa sahaja keputusan anda yang anda buat PASTI menjayakan matlamatanda. Ini adalah kerana anda telah berniat dengan Maha Pencipta alamiaitu Allah SWT akan tujuan anda tersebut. Tiada yang mustahil di sisiAllah, dan setakat mencapai matlamat ‘besar’ anda, tiada susahnya.Hanya masa sahaja menentukannya.

"The pessimist sees difficulty in every opportunity .The optimist sees opportunity in every difficulty"

Page 37: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

37

Kejayaan Tulin Perlukan UjianUntuk Menguji Tahap Kesabaran

“Sabar itu separuh daripada iman” – maksud hadis Nabi

Sebenarnya tidak wujud kejadian gagal. ‘Gagal’ hanya wujudistilah perkataan sahaja. ‘Kegagalan’ hanya satu peristiwa sebelumkejayaan berlaku. Katakan anda hendak makan supaya kenyang, andaterpaksa melalui beberapa ‘kegagalan’ iaitu menyuap nasi anda dengantangan ke mulut. Sepatutnya anda terus kenyang sahaja. Menyuap nasike mulut ‘kejadian’ yang diperlukan supaya anda makan dan kenyang.

Kegagalan sebenar ialah apabila anda tidak melakukan perkara yanghendak anda lakukan ataupun anda berhenti melakukan perkara yanganda telah berniat hendak lakukan.

Katakan anda bercadang hendak memulakan sebuah perniagaankatering, anda telah bersemangat, tiba-tiba semangat anda terhentikerana seorang rakan baik anda selama ini, entah apa sebabnyamengatakan betapa sukarnya memulakan sesuatu perniagaan danmemberi anda ‘nasihat’ supaya lupakan sahaja.

Anda pun setelah berfikir akan ‘nasihat’ rakan baik anda , terusmelupakannya . Apabila ini berlaku anda telah gagal. Sebenarnya saatanda berniat dan percaya anda boleh lakukan, satu masa hadapan realititelah tersedia untuk anda. Allah SWT akan sediakan sedikit cabaransebagai ujian kesabaran anda. Kesabaran adalah ukurtara tahapkeimanan itu sendiri. Rasullullah SAW bersabda “Sabar itu separuhdaripada iman”. Setelah anda laluinya, anda pasti berjaya. Jika terdetiksedikit keraguan atau lemah semangat, cepat-cepat gunakan teknikvisualisasi yang diajar sebelum ini agar semangat anda kembali segar.

Seperkara lagi jangan sesekali anggap ujian sebagai batu penghalangyang sengaja dicipta oleh Allah untuk melambat atau menggagalkananda. Sebenarnya ujian adalah batu loncatan yang memberi peringatankepada anda untuk membuat pemeriksaan semula ke atas sebarangkekurangan diri anda semasa menempuhi jalan menuju kejayaantersebut. Ujian ini akan memantapkan akan diri anda untuk mencapaikejayaan yang anda impian dalam ertikata sebenarnya. Kejadian yanganda anggap ‘gagal’ tersebut sebenarnya kejayaan yang diterbalikkan.Pendekata kejadian ‘gagal selepas usaha’ adalah hikmah. Kuatkanketakwaan anda dan bertawakal, nescaya anda akan mendapat rezekidari sumber yang tidak anda sangka-sangka dan lebih besar dari yanganda sangkakan sebelum ini.

Ingat, anda tidak boleh anggap matlamat anda tercapai bagaikan sakti ... yang tiba-tiba wujud didepan anda. Kehidupan di dunia tertakluk kepada qada dan qadar. Ini bermakna anda mestilahmelakukan sesuatu sebab untuk melihat akibatnya. Apabila anda bersyukur setiap saat di dalamhati, lisan dan perbuatan, maka lebih mudah anda mendapat petunjuk ke atas menjayakanmatlamat anda. Seterusnya jika anda menyatukan matlamat anda kerana Allah Taala, apa yangakan berlaku ialah segala perbuatan yang patut ‘gagal’ pun akan menuju ke arah matlamat andatersebut. Menarik bukan ? Inilah yang dinamakan ‘tuah’! Anda seakan-akan bebas kegagalan!

“Nothing Is Impossible, because impossible is nothing.”

Page 38: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

38

Kata-kata Hikmat

Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana

Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masihmempunyai masa depan.

Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenalkemanisan.

Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orangyang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimanakeadaan kita semasa hidup.

Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apayang kita hajati.

Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapatmenggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan

Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukankejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri

Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita seringkali ingat apa yang orang lain ada.

Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenagasedikit pun.

Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, Sedangkan oranglain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang darisemangat yang tidak pernah mengalah.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidakmelakukan perkara yang betul.

Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yanglebih besar daripada apa yang anda sangkakan.

Page 39: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

39

BBAAHHAAGGIIAANNIIII

IIddeeaa ddaann SSttrraatteeggiiMMeennjjaayyaakkaann PPrroojjeekk

NNiiaaggaa AAnnddaa

Page 40: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

40

Idea-idea Projek YangBermula Daripada Rumah

"All achievements , all riches, have their beginnings in an idea"

Bahagian ini akan mengupas bagaimana anda boleh memulakansesuatu perniagaan bermula daripada rumah dengan jayanya. Idea-ideaatau projek perniagaan yang dicadangkan di dalam bahagian inisemuanya mengikut keserasian dan minat seseorang. Ini adalah keranasecara lumrahnya seseorang lebih mudah berjaya mengikut bidang yangdiminati manakala jika perniagaan yang tidak anda minat selalunya akanmembuatkan anda cepat berputus asa jika menemui sedikit kebuntuan.Perniagaan yang melibatkan minat atau hobi anda ianya tidak akan gagalkerana anda sememangnya gemar melakukannya tanpa dibayar!

Jika anda masih bekerja anda akan mendapati bahawa terdapat banyakidea-idea perniagaan ini yang boleh disesuaikan mengikut masa lapanganda. Pendekata tiada sebab untuk anda membazirkan potensi diri andabegitu sahaja.

Cuba anda perhatikan di sekeliling kehidupan harian anda , anda akandapati beratus-artus jenis idea perniagaan yang wujud di sekeliling anda.Anda perlu meninjau keadaan dan potensi permintaan dan pemasaranidea anda ini sekiranya anda laksanakannya secara besar-besaran,bermutu tinggi dan harga yang berpatutan dan pada masa dan tempatyang sesuai. Cuba fikirkan siapa agaknya yang boleh menjadi pelanggankepada barangan atau perkhidmatan anda itu.

Bagaimana Mengenalpasti Peluang Perniagaan

Cuba Persoalkan ?

1. Apakah peluang perniagaan yang baik sekali masa ini ?2. Apakah risikonya ?3. Berapakah kadar keuntungannya ?4. Mudahkah pesaing baru memasuki pasaran ?

Bagaimanakah peluang perniagaan wujud ?

1. Kreativiti manusia tiada hadnya.2. Kebolehan manusia tiada batasannya.3. Mengambil kesempatan melalui masalah masyarakat.4. Kebolehan manusia berbeza-beza.

Page 41: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

41

Bagaimanakah Saya BolehMenandingi Pesaingan Saya ?

Anda mungkin mempunyai pesaing di dalam perniagaan yangdicadangkan. Kenali mereka dan hormati mereka. Kenalpasti pesaing-pesaing yang secara langsung bersaing dengan anda

1. Siapakah pesaing terdekat anda ?

2. Bagaimanakah perniagaan anda serupa dengan mereka ?

3. Adakah anda mempunyai kelebihan atau pasaran ‘tersendiriyang khusus’? Terangkannya .

4. Bagaimanakah perkhidmatan atau produk anda menjadi lebihbaik dan lebih diterima oleh pesaing anda ?

5. Apakah yang boleh anda pelajari daripada pemerhatian anda keatas pesaing anda dan daripada perbualan anda denganpelanggan mereka?

6. Adakah anda mempunyai kelebihan dengan menawarkanperkhidmatan tersebut daripada rumah ?

Ingat, anda dengan mudah boleh bersaing dengan pesaing andajika anda tiru semua amalan mereka yang baik dan menyingkirkansemua amalan mereka yang tidak baik.

Page 42: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

42

Minat Yang Tulin Terhadap BidangPilihan Anda

"If you do anything just for a money, you don't succeed"

Anda telahpun memahami dan mempunyai semangat dan keyakinanuntuk berjaya apa sahaja halangan anda. Kini matlamat anda ialahhendak menterjemahkan keyakinan anda tersebut kepada aktiviti-aktivitiyang boleh menjana wang iaitu secara ringkasnya projek niaga. Namunapakah projek niaga yang perlu anda beri keutamaan pertama sekali ?Faktor utama yang perlu anda fikirkan dahulu ialah bidang di mana andamempunyai minat yang tulin. Setiap orang adalah unik dan mempunyaibakat masing-masing. Kemungkinan setelah dewasa, bakat dankemahiran unik anda terhakis kerana aktiviti anda telah ditumpukankepada kerja-kerja pejabat anda.

Cuba anda kenangkan kembali zaman remaja anda,

• Apakah yang benar-benar anda minat/lakukan masa lapang ?• Adakah anda pernah memasuki mana kelab/persatuan ?• Adakah anda mempunyai kemahiran yang unik ?

Kepuasan terbit bukan sahaja daripada keuntungan kewangan yangbakal anda perolehi , tetapi ialah di dalam perbuatan itu sendiri. Jikadisebut mengenai minat dan hobi, memang semua orang mempunyaiminat dan hobi.

Ada yang minat ...

• Memasak• Muzik• Menanam pokok• Memelihara ikan• Membaca novel, menulis sajak, lagu• Melukis• Banyak lagi!

Fikirkan samada anda boleh

• Tawarkan sesuatu jenis perkhidmatan akan minat anda tersebut• Menjual produk hasil daripada minat anda tersebut• Atau menjadi penulis/perunding bebas berkenaan hobi andatersebut

Menggunakan bakat, minat atau hobi anda sebagai asas perniagaan andamempunyai beberapa faedah. Mengapa? Kerana projek niaga yang andalibatkan mestilah sesuatu yang anda cintai dan sesuatu yang anda yakindan percaya, sesuatu yang anda sanggup lakukan walau apapun

Page 43: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

43

keuntungan yang anda perolehi. Lihat sajalah Chef Wan, yangberpendidikan sebagai akauntan, tetapi lebih berjaya sebagai pakartukang masak, kerana minatnya yang tulin di dalam bidang masakan.Jika difikirkan mengapa pula tukang masak yang sememangnya terlatihsebagai chef tidak berjaya seperti Chef Wan ?

Mengapa pula Chef Wan yang terlatih sebagai akauntan berjaya di dalambidang memasak ? Fikirkan ...

Jika Anda Berbakat dan Mempunyai Minat, Jangan Tunggu …..

Minat yang tulin akan membolehkan anda mempelajari danmeningkatkan kemahiran ke atas minat anda tersebut dengan lebihcepat, walaupun pada asalnya anda tidak mempunyai kemahiran seorangpakar. Ilmu pengetahuan dapat diserap secara dengan lebih cepat dansemulajadi jika anda minat dan bersemangat dengan projek niaga anda.

Pada zaman teknologi maklumat sekarang, ada sahaja sumberpengetahuan yang boleh menambah dan meningkatkan pengetahuananda tentang minat anda tersebut. Buku, majalah, TV, CD, internet dankursus-kursus banyak terdapat ditawarkan.

Pendekata , jangan bertangguh dan menunggu entah bila untukmenambahkan dan mengasah bakat dan minat anda tersebut. Asahsetajam yang boleh bakat dan minat anda sehingga anda menjadi pakar.Seterusnya tanamkan kepercayaan dan keyakinan tanpa batasan yanganda pasti berjaya, nescaya anda pasti berjaya, walau apa yang terjadi.

Selalunya jika anda melakukan sesuatu yang anda minat, jarang sekalianda sedar matlamat wang ringgit tersebut. Ini bukanlah bermaksudanda tidak pentingkan aspek keuntungan, tetapi ianya bermaksud jiwaanda lebih asyik dan merasa seronok tanpa dihadkan dengan matlamatwang ringgit.Namun percayalah, jika anda benar-benar mempunyaiminat yang tulin , keuntungan akan datang secara semulajadi, asalkananda belajar serba sedikit strategi untuk mengkomersialkan aktiviti andatersebut.

Minat yang tulin akan memberikan anda stamina tambahan terutamanyasemasa mula-mula anda memulakan projek niaga anda. Jika anda tidakmempunyai minat yang tulin kemungkinan besar anda akan cepat putusasa jika ada halangan kecil. Jika anda membuat sesuatu yang anda tidaksuka demi untuk wang, anda tidak akan merasa keseronokannya 100%.Pelik bunyinya, namun itulah, wang bukanlah segala-galanya.

Page 44: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

44

7 Kebijaksanaan ManusiaAll of us do not have equal talent, but all of us should have an equal opportunity to

develop our talent.— John F. Kennedy

Fakta sains menunjukkan bahawa ciptaan manusia adalahistimewa. Anda juga maklum bahawa Allah menjadikan manusia sebagaimakhluk sebaik-baik kejadian antara segala makhluk ciptaaanNya. Andaadalah istimewa. Adalah satu kesilapan pertama yang teramat besar, jikaanda cuba menafikan keistimewaan anda. Jika selama ini semua orangmemperkecilkan diri dan kebolehan anda , SAYA akan berdiri teguhdibelakang anda menafikan sekeras-kerasnya. Jika anda sendiri kurangyakin dan kurang percaya, akan saya beritahu anda bahawa itu adalahkerana hasil daripada ‘brain wash’ senyap selama ini oleh orang-orangyang tidak ingin melihat anda berjaya.

Anda tidak perlu menjadi pandai atau lulus ujian IQ yang tinggi untukmenjadi seorang usahawan yang berjaya. Fakta dan bukti menunjukkanorang yang kaya tidak perlu untuk menjadi yang paling pandai dan bijakdi dalam pelajaran. Apa yang perlu ialah mereka menggunakan sebaik-baik kebijaksanaan mereka yang unik dan selarikan dengan usaha-usahayang mendapatkan hasil untuk diri mereka.

Sebelum itu mari kita melihat 7 kebijaksanaan yang utama yang terdapatdi dalam diri anda dan setiap manusia lain. Kadangkala anda mungkinmempunyai gabungan 2 atau 3 kebijaksanaan ini pada skala sederhana,namun jarang sekali orang mempunyai ketujuh-tujuh kebijaksanaan iniserentak. Contohnya anda mungkin boleh menari (kebijaksanaan fizikal)dan juga menyanyi (kebijaksanaan lisan).

1. Kebijaksanaan Lisan.

Bagus di dalam menerangkan sesuatu. Gemar menulis dan membaca.Meletakkan keutamaan di dalam perkara-perkara yang bertulis ataulisan. Gemar kepada perkataan bergambar, frasa-frasa kreatif,perkataan baru dan sebagainya. Minat untuk menambahperbendaharaan kata. Bidang perniagaan yang berpotensi :§ Penulis , novelis§ Pelakon

2. Kebijaksanaan Visual/Artistik.

Gunakan carta dan simbol untuk menekan sesuatu fakta. Dapatmenggambarkan sesuatu dengan jelas di minda mereka. Bolehmembayangkan sesuatu . Sukakan gambar dan mendemonstrasiuntuk memahami sesuatu. Bidang perniagaan yang berpotensi :§ Penerbit buku-buku bergambar, halaman web§ Pengarah Sinematografi

Page 45: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

45

3. Kebijaksanaan Fizikal.

Belajar dengan cara terbaik melalui perbuatan. Mahukan sesuatusecara praktikal di dalam melakukan sesuatu. Merasakan perlumempelajari sesuatu secara bergerak. Kegemaran masa lapangselalunya aktiviti gerakkerja. Bidang perniagaan yang berpotensikepada anda :§ Ahli Penghibur (silap mata,'stunt man',koreografer)

4. Kebijaksanaan Muzikal.

Dapat menghafal nada dan lirik dengan mudah. Menggunakan muziksebagai cara untuk mengingati sesuatu . Mempunyai deria semulajadikepada tempo dan masa. Terhibur dengan semua jenis bunyi. Cepatpeka kepada sebarang bunyi. Bidang perniagaan yang berpotensikepada anda :§ Komposer lagu§ Penyanyi

5. Kebijaksanaan Matematikal dan logikal.

Gemar untuk membuat sesuatu perkara mengikut peraturan danmengikut tertib. Menyusun sesuatu perkara mengikut aturan yanglogik. Mencari corak dan hubungkait diantara sesuatu benda. Mahirdi dalam membuat penganalisaan., pengiraan , perancangan .Fikirkan satu-satu perkara agar dapat difahami. Bercakap mengikutsusunan : “Pertama… Kedua….dan ketiga…" Bidang perniagaan yangberpotensi kepada anda :§ Usahawan perisian komputer§ Usahawan Kejuruteraan

6. Kebijaksanaan Diri Dalaman

Gemarkan masa yang sunyi dan menyendiri untuk berfikir.Memahami motif beliau sendiri dan sebab-sebab di dalam melakukansesuatu perkara. Gemar untuk berangan-angan akan sesuatu ideadan mengembara perasaan dalaman diri sendiri. Bidang perniagaanyang berpotensi kepada anda :§ Ahli falsafah, saikologi§ Penyajak

7. Kebijaksanaan Pergaulan (Interpersonal).

Bijak apabila bersama dengan orang ramai. Boleh berunding denganramai orang. Tahu apa yang hendak dilakukan apabila berhubungdengan orang lain. Sensitif dengan orang lain. Suka membuat ramaikawan, berpasukan, bermasyarakat dan acara-acara sosial. Bidangperniagaan yang berpotensi kepada anda :§ Pengacara TV popular (e.g Oprah Winfrey)§ Pakar Perunding

Page 46: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

46

Idea-idea Projek“Untuk mencetus idea yang terbaik ialah dengan mempunyai seberapa

banyak idea dahulu...” - Anon

Berikut terdapat senarai beberapa projek perniagaan yang berpotensi.Sebagai contoh anda boleh pilih idea-idea ini atau anda boleh jugamencari idea yang lebih sesuai dengan jiwa anda.

Perkhidmatan• Agen/broker jualan berkomisyen (contoh ; agen pencetak)• Konsultan / Juruperunding Bebas (Pelbagai Subjek)• Tutor matapelajaran sekolah/ Komputer• Jurulatih Aerobik / Seni Tari / Seni Mempertahankan Diri• Pakar Urut/Reflexolgy

Perniagaan Menyewa Barangan Dan Peralatan• Alat-alat untuk mengadakan majlis keramaian.• Peralatan Rakaman Filem video.• Komputer• Kereta/lori/van• Pakaian pengantin dan peralatan perkahwinan.

Kraftangan Dan Hobi• Pertukangan kayu halus dan ukiran kayu.• Membuat bingkai (frame) gambar.• Memelihara, menternak dan menjual binatang.(ikan akuarium)• Tanaman pokok bunga, bonsai dan sebagainya.• Senireka barangan terbuang (reycle arts).• Seni foto.

Penulisan• Menjadi wartawan – sementara atau tetap.• Menulis rencana, cerpen, sajak dan novel.• Menterjemah (translating).• Menulis skrip drama radio, TV dan pentas.• Menyunting karangan (editing) dan membaca pruf.

Perusahaan Memproses Makanan• Gula-gula, kacang ataupun asam yang dipaket kecil..• Perusahaan memproses air tauhu, Dadih atau tapai• Roti canai segera.

Senarai di atas adalah contoh sahaja, dan bukan sebagai senaraimuktamad. Apa yang penting anda tanya diri anda sendiri apakahkeistimewaan dan bakat anda, dan komersialkannya. Tanyakan dirianda sekarang apakah sebenar-benarnya minat atau bakat istimewaanda ?

Page 47: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

47

18 Cara Mencetus Idea Perniagaanyang Unik dan Kreatif

The best ideas come from jokes. Make your thinking as funny as possible.— David Ogilvy

Mungkin anda masih tercari-cari idea yang sesuai untuk anda jadikanprojek perniagaan anda. Jika ini keadaan anda, cuba anda fikirkandengan mendalam bagaimana mencungkil idea kreatif perniagaan yangbaik dengan.....

1. Meniru barangan keluaran orang lain yang sudah berjaya.2. Mencipta cara yang lebih mudah untuk melakukan sesuatu.3. Menghasilkan sesuatu yang belum ada dalam pasaran.4. Mendengar rungutan.5. Menggunakan hobi untuk menjalankan perniagaan.6. Menghasilkan sesuatu untuk orang cacat.7. Mengembangkan kegunaan sesuatu benda.8. Menggabungkan dua kegunaan barang yang berbeza menjadi satu.9. Meninggikan mutu barangan atau keluaran atau perkhidmatan.10. Mengatasi kelemahan barangan keluaran pesaing.11. Memasarkan barang-barang mengikut musim perayaan.12. Menyelesaikan sesuatu masalah.13. Menyediakan keperluan asas.14. Mengembangkan dan menggunakan kemahiran diri.15. Memanafaatkan bahan yang terbuang.16. Mendengar harapan/rungutan orang.17. Menukarkan angan-angan menjadi kenyataan.18. Menggunakan idea daripada lawatan-lawatan.

Mencetus Pemikiran yang Kreatif

Terdapat beberapa cara untuk merangsang kepada pemikiran kreatif.Menunggu sahaja idea datang dengan sendirinya adalah cara yangtidak bijak. Oleh itu ;

a) Anda haruslah bersikap dahagakan maklumat. Bacalah tanpamengira apa jenis subjek kerana buah fikiran yang kreatif akanterhasil daripada adunan idea-idea yang anda baca.

b) Cari satu hobi yang berseni (anda tidak semestinya mahir kemudiannya)c) Tulis , lakar , rekabentuk apa sahaja yang terlintas difikiran

anda (selalunya satu idea akan melompat ke idea yang lain)d) Buat sessi 'brainstorm' dengan pihak laine) Letakkan diri anda dibawah satu tekanan yang munasabah

dengan menetapkan sasaran matlamat (perhatian : tekananmelampau akan menghalang pemikiran kreatif anda pula!)

Sebenarnya semua orang mempunyai imaginasi yang mana adalahbahan api kepada pemikiran kreatif. Hanya pemikiran yang negatifsahaja yang menghalang proses pemikiran kreatif ini.

Page 48: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

48

Anda Tahu Guna Komputer ?Gunakannya Untuk Cari Wang!

Sebagai usahawan generasi ’lama’ , ikhlas saya katakan bahawasaya bukanlah seorang yang pakar di dalam hal-hal teknikal komputer,namun , saya penyokong paling kuat akan kuasa penggunaannya dankepentingannya kepada dunia perniagaan SOHO.

Kira-kira beberapa bulan lepas seorang rakan saya, telah membelisebuah buku bertajuk ‘Bagaimana Menjana Pendapatan LumayanMelalui Komputer Anda’ . Setelah membaca beberapa mukasurat, sayaterus memesan untuk membelinya kerana sangat tertarik idea-ideaprojek yang boleh dilakukan oleh saya melalui projek yang didedahkan.Terus terang saya katakan pengalaman keusahawanan saya selama inipun tidak dapat menyedari akan potensi sebenar kekuatan komputeryang mampu menjana wang dengan mudah sekali.

Apa yang lebih menarik ialah dengan menggunakan komputer, apasahaja minat anda selama ini boleh dijadikan sumber pendapatan keranakomputer akan menterjemahkan minat anda kepada projek-projek viableyang boleh mendatangkan pendapatan. Samada anda minat memasak,memancing, membuat kraftangan, muzik dan apa sahaja minat andadapat diolah menjadi wang melalui idea-idea yang didedahkan melaluibuku ini.

Saya sudah lama sebenarnya berfikir kenapalah komputer saya yangcanggih itu kadangkala terperap begitu sahaja, tanpa membawa apa-apahasil. Terdapat 30 idea-idea projek yang konkrit dan praktikal yang telahterbukti dijayakan oleh ramai orang tidak kira apa sekalipun minat dankemahiran sediada mereka. Salah satu prinsip yang saya suka ialah andamenghasilkan produk atau perkhidmatan anda sendiri. Tiada orangtengah dan penggantungan kepada stok orang lain.

Sebagai contoh anak saya telah menggunakan salah satu idea konsepdan prinsip asas penggunaan komputer untuk membuat projek suka-sukanya dengan menghasilkan cenderamata melalui komputer.Keuntungan projek ‘suka-suka’nya melebihi gaji seorang kerani. Bagi dirisaya pula, saya memilih satu idea projek yang bersesuaian dengan sayaminat saya, iaitu menghasilkan produk berinformasi yang mempunyaimargin keuntungan sehingga 1000%. Menarik sekali walau tanpamengguna internet dan saya mampu menghasilkan produk dengan kosyang sangat rendah tetapi berkeuntungan sangat tinggi melalui komputersaya.

Di andaikan saya meninggalkan kerjaya sebagai perunding bebas saya,saya kini yakin saya boleh ‘cari makan’ hanya menggunakan komputersaya daripada rumah saya sahaja. Saya jamin anda boleh menjana wangmelalui salah satu idea projek di dalam buku ini dengan menggunakankomputer anda daripada rumah sahaja! Anda boleh membaca lebih lanjuttentang buku ini di mukasurat akhir nanti.

Page 49: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

49

Inovasikan Perkhidmatan AndaBefore you build a better mousetrap, it helps to know if there are any mice out

there.— Mortimer B. Zuckerman

Saya yakin ada di antara anda yang suka memberikan perkhidmatanyang bersifat inovasi dan kreatif. Anda mungkin selama ini seakan tidakpuashati dengan kaedah sesuatu perkhidmatan kerana anda sendirimempunyai ideaidea yang boleh memperbaiki perkhidmatan atau produktersebut.

Jika anda hanya menyediakan perkhidmatan yang memerlukanpelanggan mesti bersemuka untuk membuat pesanan dengan anda didepan kedai anda , anda pasti akan dikalahkan oleh pesaing anda yangmenggunakan pesanan melalui telefon,faks mahupun internet. Kini dizaman teknologi maklumat ramai usahawan menawarkan produk yangsama dan menerima pesanan melalui telefon ,faks dan internet .

Jika anda bersekutu dengan pihak lain untuk menjual produk merekadan perkhidmatan mereka dengan anda , iaitu dengan membuatperhubungan pelanggan melalui berbagai cara , anda sedang menuju kearah perniagaan yang gemilang. Anda pertingkat perkhidmatan andadengan berbagai cara dan memudahkan pelanggan , memberikanpelanggan anda berbagai-bagai pilihan dan sebab baru untukmembelinya, sememangnya mereka akan membeli.

Ke Arah Manakah Anda Tuju ?

Adakah anda mencipta , menggabungkan atau membuat perubahanmenuju masa depan ? Atau adakah anda merasakan perniagaan andamemang ditakdirkan mengikut cara tradisi lama?

Membangunkan perkhidmatan idea-idea baru adalah semudahmenggabungkan dua bidang yang berlainan untuk menghasilkantawaran perkhidmatan berintregrasi yang inovatif .

Gabungkan sebuah kedai buku dengan coffeshop (Kinokuya di KLCC)atau gabungkan kedai makanan keluarga dengan taman permainan(McDonald) , telefon dengan jam, games, email (telefon bimbit) dancontoh-contoh sebegini masih banyak lagi untuk organisasi anda terokai.

Gabungkan apa yang terfikir oleh anda mengikut kesesuaian. Anda akanmempunyai perkhidmatan yang berpotensi untuk lebih maju daripadaperkhidmatan anda yang tidak digabungkan. Gabungkan apa sahaja !Jangan fikirkan bahawa penggabungan dibuat apabila pelangganmengkehendakinya. Tiada siapa yang meminta hendak mendengar lagusemasa berjalan kaki atau meluncur kasut roda. Tetapi Akio Morita telahmelakukannya dengan memperkenalkan Sony Walkman.

Fikirkan , apakah yang boleh digabungkan perkhidmatan anda untukmemberikan pelanggan sesuatu yang baru , istimewa dan lebihbermanafaat?

Page 50: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

50

Awas! Jangan tertipu denganSkim Cepat Kaya!

Greed of money is the fruit of evil as often as the root of it.— Henry Fielding

Salah satu daripada kaedah-kaedah menjana wang daripada rumah yangpopular dari sejak zaman dahulu lagi ialah skim cepat kaya, ‘kerjadaripada rumah’ , ‘skim dana rakyat’ , ‘surat berantai’ danseumpamanya.

Dengan kewujudan internet skim-skim ini bertambah ‘meriah’ lagi. Jikaanda perhatikan di dalam internet masa kini terdapat banyak program-program skim cepat kaya yang dianjurkan oleh insan-insan tidakbertanggungjawab ke atas pengguna-pengguna internet.

Jika anda seorang yang arif , anda pasti tidak mudah tertipu denganskim ini. Namun ramai orang yang terlibat dengannya bersubahatmenjadi ‘penipu’ dan seterusnya ‘menipu’ orang lain demi kekayaan caramudah ini.

Di dalam skim piramid yang tulin, tiada produk yang diagihkan. Inilahskim yang dipelopori oleh Charles Ponzi pada sekitar tahun 1930an diItali. Mari kita ‘bedah siasat’ bagaimana operasi skim piramid ini.

Anda dimulakan dengan tawaran untuk melabur, menderma atausedekah kepada 5 orang katakan seorang RM10.

Anda mencari 5 orang5 orang akan mencari 2525 orang akan mencari 125125 orang akan mencari 6253,125 orang akan mencari 15,62515,625 orang akan mencari 78,12578,125 orang akan mencari 390,625390,625 orang akan mencari 1,953,1251,953,125 akan mencari 9,765,6259,765,625 akan mencari 48,828,125

Pada peringkat ini 9 juta orang ini , mereka akan menjadi sukar mencariahli-ahli kerana pasaran telah tepu. Mereka akan berusaha untukmencari ahli-ahli baru kerana telah pun melaburkan wang mereka.

Hakikatnya memang MUSTAHIL untuk mencari setiap lima orang lagikerana penduduk Malaysia adalah hanya 24 juta orang. Inipun setelahdicampur dengan bayi yang di dalam kandungan dan sekalian kanak-kanak. Inilah yang membuat skim ini haram kerana kerugian pastiberlaku kepada ramai orang. Jumlah peserta tidak boleh menjadi infiniti,oleh itu ianya akan tepu dan ramai orang di bawah akan menguntungkanorang di atas , terutamanya si penganjur.

Page 51: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

51

Tali barut Skim Piramid

Berita ‘baik’nya ialah ada peserta yang benar-benar mendapatwang dan ‘untung’. Ini memang tujuan penganjur. Penganjur memangsengaja akan mengumpan beberapa orang untuk ‘berjaya’. Inilah yangselalu menjadi kekeliruan kepada orang ramai. Mereka yang ‘berjaya’ iniakan menjadi jurucakap atau PRO kepada skim ini.

Mereka adalah peserta yang berada di atas. Lebih mengharukan merekayang ‘untung’ inilah yang menjadi ‘dalang sebenar’ melebihi pihakpenganjur itu sendiri. Ini adalah mereka telahpun mendapat wang yangnyata, dan mereka pula secara bermatian-matian mempertahankansistem ini. Pihak penganjur yang tahu akan hakikat sistem ini, lebihmudah menjalankan kegiatan ini tanpa sebarang campur tangan. Lebihmenyedihkan ‘tali barut’ ini akan berkata ,

“Alah ..kalau tak berani melabur camner nak jadi kaya ...setakat RM50ajer..kalau rugi pun bukannyer sampai bergolok bergadai...adatlahmelabur..

Inilah kata-kata yang paling ‘durjana sekali.

Namun sesuatu yang batil tetap akan terbongkar kepalsuannya.Selalunya tali barut atau mereka yang untung ini akan dikecam olehsaudara mara atau rakan taulan mereka yang rugi atas syoran merekaini. Mereka mungkin untung beberapa ringgit, namun hakikatnya merekakehilangan kepercayaan kepada ramai orang. Lebih menyedihkan merekaobses dengan sistem-sistem seumpama ini dan berusaha untuk mencaridan memasukinya lagi . Kasihan sekali mereka tidak sedar hakikat ini.Mereka yang sebegini hanya mendapat Illusi di dalam pencarian wangdan kaedah sebenarnya.

Hakikatnya jika mereka beragama Islam , mereka semua telah sahmemakan wang haram kerana mereka memakan hasil daripada kerugianyang pasti daripada orang lain. Ini adalah sama dengan prinsip perjudiandi mana keuntungan kemenangan seseorang sebenarnya adalah hasildaripada kerugian beribu-ribu orang lain lagi walaupun ribuan yang laintersebut dengan rela hati memasukinya. Jangan samakan denganpelaburan tulin , yang mempunyai kebarangkalian untung, skim cepatkaya PASTI ada yang rugi supaya orang lain untung. Itulahperbezaannya.

Penganjur boleh war-warkan supaya menggunakan wang tersebutdengan sedekah atau ke arah jalan yang baik sebagai illussi kepadaoperasinya yang benar-benar haram.

Ada peserta yang berjaya diumpan berkata , “Anggaplah sedekah kalauduit anda tu lenyap...tak der ruginya” . Pelik ! Orang sebeginimempermainkan hukum Allah. Mana mungkin niat asal berjudi merekasuka-suka menukarkan niat mereka kemudiannya menjadi sedekahkalau rugi. Saya sekali lagi mengingatkan anda supaya awas, dan jangansesekali ceburi skim piramid.

Page 52: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

52

Peluang Perniagaan Melalui ProgramAffiliate / Reseller /Dropship Yang Tulin

Namun anda jangan sesekali terkeliru dengan peluang perniagaan yangtelus dan jujur seperti MLM, affiliate program, reseller program ataudropship. Setiap satu kaedah tersebut adalah peluang perniagaan yangasli (genuine) dan anda boleh mendapat keuntungan jika anda bijakmempromosikan produk mereka dan tidak ‘goyang kaki’. Apabila andauntung , ianya adalah kerana keuntungan anda adalah hasil penjualansesuatu produk yang benar-benar ingin dimiliki oleh pembeli. Ini adalahlumrah dan kaedah biasa di dalam perniagaan.

Program affiliate, dimana anda hanya perlu mengsyorkan orang lainuntuk membeli sesuatu barang daripada sebuah halaman web dan andakemudiannya mendapat ganjaran daripada hasil syoran ini. Ini adalahlangkah perniagaan yang telus dan bijak. Program affiliate yang palingpopular di dunia sekarang ialah daripada hasil syoran membeli buku dihalaman web amazon.com

Reseller program juga bertindak serupa di mana anda mempunyai hakmenjadi pengedar dan mengsyorkan sesuatu barangan yang telah andasendiri berpuashati menggunakannya. Anda akan dibayar sedikitkomisen atas syoran anda.

Perniagaan MLM mendapat banyak kritikan yang positif mahupunnegatif tentang operasinya. Saya secara peribadi dan sebagai seorangyang professional menganggap kejayaan perniagaan MLM memerlukansedikit kerja keras awalan yang selalunya diselindungi oleh pihaksyarikat yang mewarwarkan bahawa program mereka adalah mudah.

Masalah syarikat MLM yang tidak jujur ialah mereka telah ‘mengelirukan’orang ramai untuk memasuki program mereka melebihi bagaimanamereka mendapat faedah daripada menjual produk mereka. Memangbenar program tersebut boleh bermula daripada rumah tetapi programtersebut memerlukan anda kerap keluar rumah untuk berjumpapelanggan ataupun bermesyuarat.

Jika anda seorang yang sanggup bekerja keras , MLM adalah bidanganda. Harus diingat skim MLM adalah sah, namun ada juga syarikatMLM yang sah telah diarahkan ditutupkan operasinya keranamenyeleweng daripada kaedah operasi awalnya.

Saya juga tidak hairan jika terdapat seorang peserta MLM diberi tabunguntuk memakai kereta mewah , kerana saya tahu strategi syarikat MLMyang menggunakan kereta mewah sebagai alat promosi kepada orang lainterpikat untuk memilikinya. Bayangkan saya meminjamkan anda keretaBMW mewah milik saya sekarang dan anda menggunakannya untukbalik ke kampung pada hari raya. Tidakkah saudara mara, sepupu, adikberadik anda terperanjat dan ingin menyelidik dan seterusnya menyertaisebarang peluang perniagaan yang sedang anda ceburi ? Fikirkan ....

Page 53: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

53

Persediaan Premis SOHO Anda

Semasa jiran saya sedang sibuk bergegas pergi ke kerja dan menempuhjalan raya yang sesak dan jam, saya pula sedang sibuk membancuh kopidan membaca akhbar di rumah. Kerja saya mungkin bermula sekitarpukul sepuluh . Di mana panggilan telefon daripada pelanggan mulakedengaran. Kadangkala saya menjawab telefon yang mempunyaiurusniaga bernilai ribuan ringgit di dalam kain pelikat saya! Namundemikian saya tetap professional dan serius kerana menganggapmenjalankan perniagaan daripada rumah adalah satu usaha yang serius.

Walaupun anda menjalankan aktiviti perniagaan anda di rumah , namunanda mestilah menyusunatur dan memperuntukkan satu ruang yangkhusus untuk anda bekerja. Kemungkinan anda menggunakan bilikutama anda ataupun memberikan sedikit ruang disudut ruang tetamuuntuk anda bekerja.

PERALATAN DAN PERSEKITARAN

1. Ruang yang bersih, diterangi cahaya dan bebas dari bunyi bisingdan gangguan.

2. Ruang untuk duduk dan bekerja (meja, kerusi, lampu dsb)3. Ruang untuk menyimpan maklumat pelanggan dan perniagaan

(komputer, kabinet fail, organizer elektronik dsb)4. Kaedah berkomunikasi dengan pelanggan dengan berkesan

(telefon, faks, email dsb

Antara budaya kerja yang perlu anda berikan perhatian:

1. Anda berupaya mendisiplinkan diri.2. Pastikan bahawa semua ahli keluarga anda telah memahami

bidang tugas anda3. Elakkan bunyi-bunyian yang kurang sesuai yang dapat didengar

oleh pelanggan yang menelefon anda.4. Pengendalian pejabat secara profesional. Elakkan anak kecil

daripada menerima panggilan telefon di pejabat anda.5. Segera layan sebarang pertanyaan samada melalui telefon, faks

atau e-mail. Nyatakan terlebih dahulu penerimaan mesej darimereka supaya mereka tidak tertunggu-tunggu.

6. Bersikap professional namun mempunyai sentuhan peribadi.

Page 54: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

54

Strategi Mudah Tetapi BerkesanMempromosikan Perniagaan

Setiap perniagaan merangka rancangan pemasaran mempromosikanproduk dan servis mereka. Anda juga harus memperkenalkan perniagaananda. Mengapa ianya perlu ? Kebanyakkan usahawan merasakanbahawa dengan iklan sahaja sudah mencukupi untuk menjadikanperniagaan mereka mendapat pelanggan yang ramai.Walaubagaimanapun ini tidak mencukupi. Berikut adalah strategi yangmudah tetapi berkesan di dalam mengatur perancangan promosiperniagaan anda ;

1. Perkenalkan diri anda, perniagaan anda dan produk/servis andakepada pelanggan baru anda dan susuli dengan panggilan telefon.

2. Galakkan lebih banyak jualan melalui pelanggan sediada.3. Ikuti apakah jenis promosi yang dilakukan oleh pesaing anda.4. Luaskan jualan anda ke kawasan yang lebih luas.5. Sentiasa berhubung dengan para pelanggan dan bekas pelanggan.

Bagaimanakah Anda Mempromosikan Perniagaan Anda?

Terdapat empat cara untuk mempromosikan perniagaan anda ;pengiklanan , promosi jualan , publisiti dan perhubungan awam . Duacara yang pertama tersebut dirangka untuk mempengaruhi jualan secaralangsung , dua cara yang kemudiannya adalah untuk meningkatkan imejperniagaan atau individu tersebut.

Pengiklanan

♦ Yellow Pages♦ Pengiriman Brosur Ke Rumah♦ Pengiklanan di dalam penerbitan kelab/persatuan♦ Brosur, papan notis dan risalah-risalah♦ Pengiklanan Secara "online" dan halaman web

Promosi Jualan

♦ Diskaun Jualan dan tawaran berpakej, kupon♦ Cenderahati seperti pen , kalender dan sebagainya.♦ Acara pelancaran, rumah terbuka

Perhubungan awam dan Publisiti

♦ Menghantar kad perayaan , harijadi atau acara-acara khas♦ Berucap di seminar, kelas dan memberi khidmat nasihat.♦ Sidang akhbar, artikel dan temuramah.

Page 55: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

55

Apakah Media Pengiklanan YangSesuai Untuk Perniagaan Anda?Advertising may be described as the science of arresting the human intelligence

long enough to get money from it.— Stephen Leacock

Saya selalu mengingatkan para peserta kursus perniagaan sayabahawa jangan takut mengeluarkan belanja untuk iklan kerana belanjaatau kos yang dikeluarkan adalah satu bentuk pelaburan. Namun andamestilah berhati-hati di dalam membuat pengiklanan. Membuat iklanyang berulang adalah mahal. Manakala pengiklanan sekali sahaja pulatidak akan memberi kesan. Cari media yang sesuai mengikut belanjawananda. Fikirkan cara-cara di bawah ;

Risalah-risalah

Risalah-risalah, katalog atau brosur walaupun kecil mestilah direkabentuk dengan professional dan dicetak pada kertas yang berkualiti.Bahan-bahan bercetak yang berkualiti ini meningkatkan kredibilitidengan mendadak.

Risalah Kiriman Pos.

Surat dan risalah adalah berkesan untuk memperkenalkan nama anda danmemberi pendedahan secara am. Risalah kiriman pos mempunyai kelebihankerana ianya dihantar khusus kepada alamat pelanggan tertentu.

Cenderahati

Pen-pen, kalendar dan lain-lain barangan cenderahati memberikaningatan yang mesra di dalam minda pelanggan. Ianya tidaklah mahalmengikut jenis dan kesesuaian belanjawan perniagaan anda.

Iklan Di Media Bercetak

Majalah-majalah dan suratkhabar adalah saluran pengiklanan adalahberkesan tetapi juga mahal. Di dalam industri seperti hartanah ianyaperlu kerana tiada cara untuk memberitahu pelanggan selainmengiklankan butiran hartanah yang ingin dijual.

Papan-papan Iklan

Terdapat banyak papan-papan iklan yang berbagai bentuk dan saizditempatkan di lokasi yang strategik. Papan iklan yang disediakan diperhentian bas adalah sesuai untuk usahawan individu .

Halaman Web

Pengiklanan di dalam halaman web adalah cara pengiklanan masa kiniyang semakin kian popular. Ianya adalah satu cara yang paling murahuntuk memberitahu para pelanggan diseluruh dunia, pada setiap masadengan kos yang sangat murah.

Page 56: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

56

Formula Pemasaran Yang MestiAnda Ketahui dan Praktikkan

“Promote the right product at the right place with the right price to the right people.”– Amin Al Farabi

Saya mempunyai satu formula tentang ‘pemasaran’ yang mudah untukanda ingat dan menjadi kesimpulan kepada mana-mana jenis perniagaansekalipun. Ianya ialah ;

“Tawarkan produk yang betul pada harga yang betul di tempat yang betulkepada pelanggan yang betul.”

Atau dalam bahasa Inggerisnya...

“Promote the right product at the right place with the right price to the rightpeople.”

Jika anda dapat menepati ke semua elemen di dalam formula anda diatas saya yakin anda pasti produk atau perkhidmatan anda mendapatsambutan yang luar biasa ke atas mana-mana projek niaga anda.

Seterusnya strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaanuntuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakalpembeli yang boleh tanpa halangan geografi,demografi dan komunikasi.

Dengan keadaan persaingan yang semakin pesat, anda bolehmemperolehi keuntungan yang tinggi sekiranya anda dapat mengetahuikehendak pelanggan serta dapat memberikan nilai yang terbaik kepadasasaran pengguna. Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilahmengambilkira faktor-faktor berikut :

1. Memahami dan menghayati budaya masyarakat setempat.2. Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut dan diingati.3. Jangan takut mengeluarkan belanja promosi dan pengiklanan –

kerana usaha ini dianggap sebagai pelaburan bukannya kos.4. Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah

efektif khususnya kos.5. Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli "jiwa"

pelanggan.6. Anda mestilah peka dan belajar bagaimana menawan emosi

pelanggan.7. Kekalkan hubungan dengan pelanggan dengan sentiasa mesra.

Kesimpulannya anda mestilah membuat penilaian tentang kehendakserta keperluan pengguna terhadap barangan dan servis adalah pentinguntuk mencapai kejayaan jangka panjang sebagaimana juga penumpuanterhadap pengeluaran yang berkualiti tinggi dengan penggunaan kosyang rendah serta teknik jualan yang dapat meyakinkan pengguna.

Page 57: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

57

Bagaimana Mendapatkan PublisitiPercuma Di dalam Media Bercetak

One editorial is worth more to a business than forty ads.— Will Rogers

Sebagai pengusaha daripada rumah sudah pasti anda mempunyaibelanja yang terhad untuk membuat pengiklanan. Pengiklanan yangterbaik ialah pengiklanan secara percuma. Publisiti yang hadir di dalambentuk positif atau negatif adalah sejenis pengiklanan secara percuma.Mendapat liputan di dalam media massa adalah satu taktik promosi yangboleh dirancang.

Publisiti memerlukan berita-berita yang berharga dan penting kepadamedia untuk disiarkan. Berita-berita seperti pelancaran produk,penganugerahan, kontrak besar , penemuan saintifik dan sebagainyaadalah dicari-cari oleh pihak media. Berita-berita tersebut boleh dihantarkepada pihak akhbar di dalam bentuk siaran akhbar (press release)untuk disampaikan kepada pihak akhbar. Ianya kemudian akan dicetaksebagai berita atau dibuat susulan berikutnya.

Oleh itu bagaimanakah anda boleh mendapat publisiti ? Antaranya ;

1. Jika berita tersebut sememangnya satu berita yang panas sebagaicontoh , penemuan baru saintifik , satu artikel yang penuh danlengkap perlu dilampirkan. Artikel-artikel ini perlu ditulis sebagaiberita dan bukannya satu iklan agar wujud kredibiliti.

2. Kadangkala akhbar juga menerima gambar-gambar yang menarikuntuk dipaparkan di dalam akhbar mereka. Kenyataan yang dibuatoleh pihak wartawan akan memberikan perhatian kepada produkanda.

3. Surat-surat kepada editor juga boleh bertindak sebagai publisiti.Jika anda sentiasa mengikuti isu-isu semasa terutamanya yangberkaitan dengan apa yang berlaku di dalam industri andamungkin boleh memberikan pandangan anda berkenaannya.Sebenarnya orang ramai memang suka mendengar pandanganorang lain yang tertulis di dalam akhbar.

Di dalam taktik publisiti, anda hanya berharap semata-mata daripadaikhsan editor, sebab itulah penggunaan firma-firma perhubunganawam perlu. Pengetahuan strategik mereka mengenai perhubungandengan pihak-pihak editor media massa akan memberikan perniagaananda satu pendedahan dan liputan berita yang baik.

Page 58: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

58

Bagaimana Mendapat IklanPERCUMA bernilai RM12,000

Saya sekali lagi akan membincangkan akan faedah publisiti yang positifdi dalam mukasurat ini. Ini adalah kerana saya inginkan andamemahaminya dan menggunakannya jika anda berpeluang. Potensipublisiti yang tepat boleh melonjakkan perniagaan ke tahap yang tidakpernah anda bayangkan.

Beberapa tahun dahulu , saya membaca di sebuah majalah yangmembincangkan tenang fenomena graduan yang semakin ramaimenganggur. Saya sebenarnya sangat prihatin kepada generasi mudayang tidak dapat menggunakan potensi diri mereka yang sebenar.Sesungguhnya sumber manusia adalah kuasa yang paling kuat di dalamsesebuah negara.

Atas dasar prihatin saya, saya menulis sebuah artikel yang agak panjanglebar (lebih kurang empat mukasurat penuh) kepada pihak pengarangdan diakhir menyertakan kesediaan saya untuk ditemubual bagi majalahmereka kerana saya mempunyai terlalu banyak lagi idea dan pengalamanlagi untuk dikongsi bersama. Pihak pengarang berbesar hatimenemubual saya dan menyiarkan artikel saya di dalam majalah merekaseterusnya. Saya juga berbesar hati dan merasa berpuas hati keranadapat berkongsi idea untuk faedah bersama kepada generasi mudatersebut.

Walaupun niat asal menulis artikel tersebut bukannya kerana hendakmendapat publisiti, tetapi amat menakjubkan kerana selepas sahajaartikel saya dikeluarkan berserta transkrip temubual saya, panggilantelefon saya tidak henti-henti daripada seluruh Malaysia untukbertanyakan maklumat lanjut tentang idea-idea saya. Malahan panggilantersebut juga menjurus kepada peserta-peserta baru yang masuk kekursus saya dan pembelian bahan-bahan bacaan nukilan saya. Nilaipertambahan peserta kursus-kursus dan bahan-bahan bacaan yangterjual hasil daripada publisiti tersebut mencecah puluhan ribu ringgit.Semuanya hasil daripada publisiti yang saya dapat daripada majalahtersebut. Namun saya ikhlas katakan bahawa tujuan saya membenarkanartikel panjang lebar saya disiarkan percuma atas dasar prihatin sayakepada golongan generasi muda.

Baru-baru ini saya dimaklumkan oleh beberapa rakan saya bahawauntuk menempah iklan di dalam majalah tersebut sebanyak empatmukasurat penuh adalah berkos kira-kira RM12,000 . Namun sayasecara percuma mendapat ‘iklan’ tersebut menerusi publisiti wawancarasaya . Dan pihak pengarang majalah juga berterima kasih kerana artikelsaya tersebut mendapat sambutan yang baik dan melariskan majalahmereka dan mereka pula tidak perlu membayar saya apa-apa!

Page 59: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

59

Kelebihan Publisiti DaripadaPengiklanan

A best thing publisizes itself for sale; a good thing advertises itself for sale,a bad thing hype itself for sale.-Amin Al Farabi

Sebenarnya anda juga boleh lakukan seperti apa yang saya lakukan,kerana jika anda perhatikan memang terdapat ramai pengusaha-pengusaha yang mendapat publisiti positif hasil daripada tersiarnyakisah mereka di akhbar ataupun TV.

Cuba perhatikan di TV hampir saban hari ada sahaja tetamu yangdiundang untuk membincangkan topik-topik yang berkaitan dengansesuatu subjek yang boleh menarik perhatian ramai. Topik-topik yangdiutarakan adalah pelbagai termasuklah wawancara dengan pakarpemakanan, penggubah bunga hiasan, pendakwah, pakar motivasi,kraftangan, pendidikan dan sebagainya. Adakah anda tergolong di antaramereka ?

Apakah Kelebihan Publisiti Berbanding Iklan ?

Publisiti adalah cara untuk mendapat liputan dan meningkatkan jualan .Publisiti , tidak seperti pengiklanan , adalah satu strategi promosi secarajangkamasa panjang dan sukar untuk diukur. Manakala pengiklananpula anda dapat memilih lokasi dan menempatkan iklan anda di dalammedia yang anda suka. Walaubagaimanapun kadangkala publisiti lebihberjaya daripada pengiklanan kerana kelebihan-kelebihan berikut ;

1.Kredibiliti

Orangramai selalunya mempercayai fakta-fakta yang ditulis di dalamakhbar daripada iklan-iklan . Kebanyakkan kita tidak mempercayaiiklan, tetapi mempercayainya bila kita membaca berita mengenainya.

2.Tarikan

Orangramai selalunya tertarik membaca peristiwa atau berita yangberlaku disekeliling mereka. Fikirkan bagaimana anda dapatmenggunakan dengan sesuai celebriti sukan , hiburan atau sesiapasahaja untuk menarik perhatian pelanggan.

3.Dramatik

Pengiklanan memang boleh membuatkan sesuatu produk/servisperniagaan nampak lebih "hebat". Publisiti juga dapat melakukannyatetapi dengan cara yang berbeza. Publisiti akan menyampaikan mesejberikut , " Kami adalah rakan anda, dan berprihatin seperti anda.Mari kita bekerjasama untuk membuat suasana hidup kita lebihbaik."

Page 60: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

60

Nilai Seorang Pelanggan SelamaHayat Berurusan Dengan Anda

Selama ini mungkin anda menilai seorang pelanggan berdasarkan nilaitransaksi jual beli yang berlaku dengannya. Cuba anda nilaikan nilaisebenar beliau dengan anda sepanjang hayat beliau menjadi pelanggansetia anda. Katakan saya adalah bakal pelanggan anda. Saya akanberkata,

"Katakan saya membuat satu pembelian yang bernilai RM100. Andamungkin melayan saya sebagai seorang pelanggan yang bernilai RM100dengan layanan yang sepadan dengan nilai tersebut. Tetapi cubabayangkan saya seorang pelanggan tetap anda dan membuat pembeliansebulan sekali. Ini bermakna nilainya ialah RM1,200. Katakan saya setiakepada anda selama 10 tahun. Dan ini akan membuatkan nilai saya naikmenjadi RM12,000.

Jika saya cukup berpuashati dan kesetiaan saya amat tinggi untukberurusan dengan anda, saya mungkin akan mencadangkan perniagaananda kepada rakan-rakan saya yang lain. Jika terdapat lima rakan sayayang percayakan diri saya dan menjadi pelanggan setia seperti sayasetiap seorang akan menyumbang kepada anda sebanyak RM12,000seorang.. Jika didarab lima orang maka nilainya akan menjadiRM60,000. Di tambah nilai saya sendiri maka perniagaan anda akanmenerima nilai sebanyak RM72,000 .

Jika anda melihat diri saya seperti seorang yang bernilai RM100,bagaimanakah akan anda layan saya ? Berapa pemurahkah anda kepadasaya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ?

Tetapi jika anda melihat saya sebagai seorang pelanggan yang bernilaiRM72,000 , bagaimanakah akan anda layan saya? Berapa pemurahkahanda kepada saya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ?

Apabila berlaku sesuatu komplen atau aduan ,jangan biarkan pelanggananda hampa dan tidak melanggan anda semula. Kajian menunjukkanbahawa kos untuk mendapat pelanggan baru adalah 6 kali gandadaripada memperbaiki masalah yang dihadapi oleh seorang pelangganyang setia.

Page 61: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

61

Apakah Kelebihan PerniagaanAnda Berbanding Pesaing Anda

Katakan anda bercadang menyediakan khidmat merakam video di dalamacara perkahwinan dan sebagainya. Saya membaca akhbar danmendapati terdapat dua tiga orang lain yang menawarkan khidmat yangsama. Apakah yang membezakan perniagaan anda daripada lain-lainpesaing anda dan seterusnya memberikan kelebihan kepada anda ?Apakah yang akan anda tulis di dalam iklan anda agar ianya menarikpelanggan ?

Katakan seorang pesaing menawarkan iklan seperti berikut ;

“Khidmat merakam video untuk segala jenis acara . Hubungi 012-1234567”

Bagaimana dengan anda ? Apakah kelebihan anda ? Salah satu taktikyang selalu digunakan oleh pengusaha ialah dengan menggunakanperkataan PERCUMA di dalam iklan mereka. Ya , anda dan saya memangsuka sesuatu yang percuma bukan ? Itu adalah naluri biasa manusiadan memang positif kepada kita. Tidaklah bijak jika saya atau andamenolak sesuatu yang PERCUMA . Rezeki jangan ditolak.

Di dalam kes ini anda boleh menawarkan khidmat rundingan percuma.Khidmat rundingan percuma sebenarnya adalah cara menarik bakalpelanggan supaya tidak teragak-agak menelefon anda bertanya itu inisupaya mereka berpuashati dan seterusnya memilih anda untukmelaksanakan tugas tersebut. Hakikatnya , soalan-soalan mereka ituserupa sahaja dengan soalan yang akan mereka tanya walaupun andatidak meletakkan perkataan “khidmat rundingan percuma”. Oleh ituanda mungkin boleh membuat iklan yang sedikit berbeza tetapi sayapasti memberi kesan yang besar . Anda mungkin boleh menulis iklanseperti berikut ...

“Khidmat rakaman video. Konsultansi PERCUMA . Hubungi 017-5329567”

Ini hanya satu sahaja taktik yang saya berikan contoh. Sebenarnyaterdapat banyak lagi taktik yang boleh digunakan untuk menunjukkankelebihan anda berbanding dengan pesaing anda. Antaranya ialah :

Penghantaran segera , khidmat 24 jam , jaminan gantiansetahun/sepanjang hayat, beli 3 percuma 1, diskaun pendaftaran awaldan berbagai-bagai lagi.

Cuba anda lihat iklan-iklan di akhbar dan majalah dan catitkan apakahtaktiktaktik yang digunapakai oleh para pengusaha. Sememangnyaterdapat banyak taktik-taktik yang akan anda temui. Apa yang pentinganda MESTILAH mempunyai satu kelebihan sebagai taktik utama didalam memperkenalkan perniagaan anda tersebut.

Page 62: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

62

Kenalpasti Diantara Ciri-ciriDan Faedah-faedah

Kebanyakkan usahawan masih keliru di antara ciri-ciri dengan faedah-faedah semasa di dalam persembahan jualan. Ciri-ciri ialah aspekproduk/servis yang wujud walaupun pelanggan tidak memerlukannya.

Faedah-faedah pula ialah penggunaan atau kelebihan seseorangpelanggan hasil daripada penggunaan ciri-ciri daripada produk/servistersebut.

Sebagai contoh seorang pelanggan yang ingin menyewa sebuah keretasewa anda untuk pulang ke kampung berkemungkinan tidakmemerlukan ciri-ciri sebuah kereta pacuan empat roda. Tetapi jika beliaumemandu di atas jalan yang tidak bertar dan berbukit-bukau ataupun dikawasan pendalaman, ciriciri pacuan empat roda tersebut menjadifaedah kepada beliau.

Faedah ialah ciri-ciri produk/servis yang sedang beraksi. Kebanyakkanpelanggan, terutamanya pada peringkat pengguna akhir dalam urusniagaruncit, berfikir daripada aspek faedah-faedah produk/servis. Merekatidak memikirkan sangat tentang ciri-cirinya. Semasa persembahan andaharus tahu individu jenis apakah yang akan anda hadapi. Jika andamenjual kepada seorang jurutera, anda harus menerangkan ciri-ciri danjuga faedah-faedahnya sekali. Tetapi kebanyakkan kes, anda tidakmemerlukan penerangan ciri-ciri yang panjang lebar, keranakebanyakkan pembuat-pembuat keputusan memikirkan apakah faedah-faedah yang dapat diperolehi.

Cuba cungkil dan ajak pelanggan sertai di dalam perbincanganfaedah/ciri-ciri melalui teknik soalan Maklumbalas Ciri-ciri Faedah.Contohnya.

Anda : "Komputer ini mempunyai kapasiti simpanan cakera kerassebanyak 100 Gigabyte . Bagaimanakah ini penting kepada encik?"Pelanggan :"Saya tak pasti. Adakah ianya berupaya untuk menyimpansenarai nama pelanggan saya yang berjumlah 200,000 orang?" Melaluiteknik ini anda melakukan dua perkara ; 1. mencungkil sebarangkekurangan pengetahuan dan kesediaan untuk memberi nasihat 2.menerangkan faedah yang penting yang ada pada produk. Di dalampersembahan anda haruslah sentiasa merujuk kepada faedah-faedah inikepada pelanggan. Ingat juga bahawa satu ciri-ciri sebenarnya bolehmembuahkan lebih daripada satu faedah. Sebagai contoh , sebuahunggun api bukan sahaja memanaskan badan anda ketika sejuk tetapijuga membantu anda memanggang makan.

Page 63: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

63

Seni Kejurujualan (I)Kena menjual ?!!! Inilah respon yang selalu didengari daripada individuyang baru menceburi bidang perniagaan. Mungkin anda juga demikian??? Relaks saya tak salahkan anda kerana saya juga dahulu seperti anda.

Kejurujualan adalah salah satu aspek di dalam perniagaan yang amattersangat tidak digemari oleh pengusaha-pengusaha yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Saya mempunyai satu formula tentangkejurujualan. Sebenarnya formula kejurujualan adalah seakan hampirdengan formula pemasaran telah anda baca pada mukasurat lepas.Cuma ada perubahan yang sedikit.

“Jual produk yang betul pada harga yang betul di tempat yang betulkepada pelanggan yang betul.”

Ikuti kisah saya di bawah, dan perhatikan sendiri samada anda dapatmengesan kegunaan formula tersebut di dalam kisah saya ini.

Kisah Saya Yang Melucukan Tentang Kejurujualan

Sekitar tahun 2001, saya telah diundang untuk ke sebuah stesen radiountuk membincangkan topik-topik berkaitan dengan keusahawanan.Topik tersebut mendapat sambutan daripada pendengar di sekitarLembah Kelang. Saya diundang selama satu jam, dan pelbagai soalansaya jawab daripada pendengar ketika itu. Salah seorang daripadanyaadalah seorang pemuda yang sangat phobia tentang menjual. Berikutadalah perbualan dengan beliau di dalam telefon. Setelah mengucapkansalam dan berkenalan, saya ringkaskan isi perbualan saya dengan beliaumelalui telefon.

“Encik Amin, encik menceritakan tentang topik kejurujualan. Sayarasakan sukar, kerana saya rasakan formula yang encik berikan hanyabersesuaian dengan bidang kerjaya encik. Mungkin formula tersebuttidak sesuai dengan saya, kerana saya menjual produk, encik hanyaseorang konsultan. Saya rasakan encik sukar untuk menjual apa yangsaya niagakan”

Ketika ini juruhebah di konti, mengerutkan kening dan merasakan inisatu cabaran untuk saya.

“Hmmm.... mari kita lihat. Apa yang ingin saudara minta saya jualkan “

“Saya ada merekacipta pasu-pasu kecil yang cantik . Hah...banyak didepan mata saya ni. . Hmm....ceritakan pada saya bagaimana encikAmin hendak menjualnya kepada saya sekarang?”Sebenarnya saya tidak tahu langsung apa yang dimaksudkan olehEncik Ahmad mengenai pasu-pasu rekaannya dan beliau nampaknyaseakan cuba menekan saya). Setelah berfikir sejenak saya punberkata,

Page 64: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

64

“Oohhh..begitu , encik Ahmad, boleh beritahu saya kenapa pula encikmenyuruh saya menjualnnya ?

“Saya rasakan ianya comel dan sesuai untuk dibuat perhiasan didalam rumah”,

“Warnanya menarikkah ? Buatan tangankah ? Adakah ianya unik dantidak dapat di mana-mana ?”

“Warnanya memanglah menarik dan pelbagai, dan memanglah buatantangan dan tidak dapat di mana-mana, ianya adalah asli dan originaldari segi strukturnya.” ujar Encik Ahmad dengan teruja sekali.

“Ada apa-apa kegunaan istimewa lagi tentang pasu tersebut ?”

“Pasu kecil ni..ada juga pelbagai saiz dan boleh dibuat untuk mengisipokok-pokok. Selain itu boleh juga diisi pensel dan pen ...Isi habukrokok pun boleh”

“Sesuai untuk dibuat sebagai hadiah atau cenderamata ?” tanya saya.

“Sesuai sekali!”, balas Encik Ahmad pantas.

“Hmmm...berapakah harga yang patut dan sesuai rasanya encikAhmad sanggup bayar kepada pasu tersebut ?”

Ketika ini juruhebah telah memberikan saya isyarat agarmemendekkan perbualan saya kerana ingin memberi peluang agarorang lain menelefon saya. Beliau memberi isyarat saya mempunyaihanya 20 saat lagi.

“Saya rasa sanggup bayar RM5 untuk sebuah pasu. Kira hargapatutlah”

“Kalau ambil dua pasu, encik sanggup ke bayar RM9....sebabmungkin cantik diberi sebagai cenderahati kepada sesiapa..”

“OKLAH, kalau RM9 ..saya sangguplah ambil dua yang berlainan warna..”

“Betul ke encik , sanggup ?”

“Yerlah saya sanggup dan setuju dengan harga itu”

“Kalau begitu saya jual kan dua pasu tersebut dengan harga RM9,kepada encik...Terima kasih..kerana menelefon saya!”

“SAYA BELI. Sama-sama..err”. Klik.

Urusniaga selesai.

Page 65: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

65

Seni Kejurujualan (II)

Anda telah pun diberitahu tentang formula peribadi saya tentangkejurujualan. Namun itu hanyalah formula asas. Hakikatnya sayamempunyai hampir 100 lagi formula atau taktik untuk menjual apasahaja barang yang diberi kepada saya. Ramai peserta yang tahu akantaktik tersebut setelah sanggup membayar yuran kursus yang beratusringgit. Tapi seperti saya cakapkan bukannya tujuan saya mempromosidiri saya di dalam buku ini. Seorang rakan saya selalu bertanya kepadasaya,

“Apakah 1 taktik kau sampai boleh kau menjual kepada beratus-ratusorang ?” Saya selalu menjawab.. “Aku tak ada satu taktik tapi aku adaberatus-ratus taktik yang digunakan untuk menjual kepada 1 orang.”

Rahsia Jurujual Kereta

Kira-kira tujuh tahun lepas, saya membeli sebuah kereta yang baru. Sayatelah berhenti ke sebuah kedai menjual kereta di Kuala Lumpur dankehadiran saya telah disambut dengan mesra oleh seorang jurujualkereta tersebut. Kasihan juga saya melihat dia bersungguh-sungguhmemujuk saya untuk membeli sebuah kereta. Mungkin beliau berharapbenar saya membeli daripadanya, agar membolehkan beliau mendapatkomisen yang tinggi kerana kereta yang sedang saya tinjau adalah keretayang agak mahal harganya. Sebenarnya saya tidak perlu dipujuk lagi,kerana saya sememangnya sudah berniat hendak membeli keretatersebut. Namun itu cerita lain.

Apa yang hendak saya beritahu anda di sini ialah kisah seterusnya.Membeli sesuatu yang agak mewah dan mahal mestilah memerlukanpemerhatian dan pemerhatian ini disulami dengan pemujukan sijurujual. Di pendekkan cerita jurujual tersebut , saya namakan beliauBakar, akhirnya menjadi seakan rakan lama pada hujung pertemuantersebut. Saya tidak tahulah berapakah nilai komisen yang diterima olehBakar hasil daripada penjualan kereta tersebut, apa yang sayakasihankan ialah beliau sendiri masih menaiki motor ke tempat kerjanya.

Bakar akhirnya menceritakan bahawa beliau baru sahaja bekerja di sinihampir dua tahun dan tempat tersebut amat baru dan kurang pelanggan.Dalam diam-diam beliau menyalahkan majikannya kerana kurangmembuat iklan mengenai kedai mereka. Kekurangan pelangganmenyebabkan komisen jualan juga berkurang. Hendak diharap gajipokok memanglah tidak cukup.

Serta merta saya teringatkan idea jurujual terbaik di dunia iaitu JoeGirard, yang dinobatkan sebagai jurujual terbaik di dunia di dalam bukuGuinness Book of World Record. Joe Girard telah menjual hampir 13,000buah kereta sepanjang 13 tahun beliau menjadi jurujual kereta sebelumbersara untuk menjadi konsultan jurujual.

Page 66: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

66

Kini, saya ingin dedahkan rahsia Joe Girard kepada Bakar. Rahsia inisaya ketahui daripada buku tulisan Joe Girard bertajuk “How To SellAnything to Anybody” yang saya beli beberapa tahun dahulu. Sukaruntuk mendapat buku ini sekarang. Bakar mendengarnya dengan minatdan berapi-api untuk memulakannya. Beliau seperti menemui ilham yangditunggu-tunggu selama ini. Kasihan Bakar, kerana jika beliau rajinmembaca, rahsia ini sudah tentu lama diketahui. Tapi saya tidaksalahkan Bakar seratus peratus kerana buku Joe Girard tersebutsekarang susah sukar saya cari kini.

Inilah faedahnya bila jika anda membaca. Anda tidak tahubilakah pengetahuan yang sedikit itu dapat mengubahhidup anda atau orang lain.

Saya bersyukur juga kerana ilmu pengetahuan yang sayabaca tersebut hanya perlu saya terangkan tidak sampaisetengah jam. Namun kesannya kepada kerjayanya dankehidupannya apabila saya berjumpanya setahunkemudian. Beliau kini sudah mampu pun memakai keretayang dibayar dengan pinjaman selama tiga tahun sahaja.Harga kereta yang dibeli oleh Bakar saya anggarkan dalamlingkungan RM80,000.00.

Anda hendak tahu apakah rahsianya ?

Rahsianya mudah dan murah. Inilah yang perlu ditiru 100% daripadacara Joe Girard, iaitu Bakar perlu lakukan ialah meminta pelanggan lamabeliau seperti saya, mengsyorkan rakan-rakan mereka membeli keretadaripada kedainya dengan menemui beliau. Secara praktikalnya, Bakarhanya perlu memberi beberapa kad bisnes tambahan dengan mempunyaitandatangannya di belakang kad bisnes tersebut. Dengan ini Bakar akantahu pelanggan baru yang datang menemuinya adalah hasil daripadasyoran pelanggan lama beliau yang tertentu. Bakar akan memberikansedikit komisen kepada pelanggan yang mengsyorkan beliau itu.

Secara matematiknya anda boleh melihat penggandaan akan berlakukerana setiap orang yang berpuashati membeli kereta daripada Bakarakan mengsyorkan rakan-rakan mereka membeli daripadanya. Merekaakan mendapat faedah kerana Bakar sedikit saguhati/komisen kepadamereka. Katakan 1 orang memberitahu 2 orang rakannya dalam sebulanmaka Bakar akan mendapat pertambahan pelanggan yang hadirsebanyak 200% tanpa usaha beliau. Malahan mereka yang disyorkanoleh rakan-rakan lain adalah lebih mudah untuk dijual daripadapelanggan yang datang tanpa disyorkan.

Saya memberitahu Bakar bahawa konsep ini berjaya jika Bakar telusmenunaikan pembayaran komisen sebagaimana yang dijanjikan. Tiadamungkir janji walaupun kata-kata beliau kepada pelanggan adalahsecara janji cakap mulut sahaja. Alhamdullilah Bakar patuh kepadaprinsip tersebut dan hasilnya adalah amat memberangsangkan keranajumlah pelanggan yang datang kemudiannya menjadi berlipat gandasebanyak 300%! Ini bermakna pendapatan beliau kini setahun samalahdengan jumlah pendapatan beliau selama jumlah tiga tahun lepas. !

Sukar mencaribuku ini

sekarang!

Page 67: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

67

Bagaimana “Menawan” PelangganPesaing-Pesaing

Menawan atau "Mencuri" pelanggan-pelanggan pesaing adalahsatu perkara yang biasa terjadi di dalam kehidupan seorang usahawan.Para pelanggan menjadi kurang berpuashati dan kemudiannya bertukarselera membeli daripada syarikat lain. Pasaran anda akan meningkat jikapelangganpelanggan ini datang kepada anda. Berikut adalah cara-carabagaimana anda "mencuri" mereka ;

1. Fikirkan Secara jangkamasa Panjang

Jangan cepat berputus asa apabila anda mendengar , "Saya sudahberpuashati." Kepuasan hati hanyalah bersifat sementara. Kehendakpelanggan anda boleh berubah dan ini memerlukan anda menyediakansebab-sebab yang kukuh mengapa mereka jangan berubah.

2. Bina Perhubungan

Anggap pelanggan sebagai sahabat. Dengar dan ambil peranan sebagaiperunding di dalam memahami kehendak pelanggan. Mungkinmaklumat yang anda sampaikan tidak membuatkan seorang pelangganmembeli daripada anda pada hari tersebut, tetapi kerana perhubunganyang terjalin mereka mungkin akan mengsyorkan beberapa rakan merekakepada anda pada suatu hari nanti.

3. Pelajari Kehendak Pelanggan

Ambil masa anda untuk melakukan penyelidikan dan bertanyakanseberapa banyak soalan-soalan yang tidak menekan kepada bakalpelanggan anda dan dapatkan sebab mengapa mereka merasa tidakberpuas hati dengan servis/produk pesaing. Kunci utama ialah mencariruang kosong mereka dan tawarkan sesuatu untuk ruang tersebut.

4. Jual Diri Anda

Penampilan diri adalah penting dan juga pengetahuan anda. Tunjukkanbahawa anda bersemangat , ikhlas , professional , beretika, pakar yangprihatin yang menjadi asset untuk sesiapa berusuniaga. Berikan idea-idea baru kepada mereka dan tunjukkan kepada mereka bahawa andaadalah di pihak mereka walaupun mereka tidak membelinya.

Page 68: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

68

5. Tambah Nilai

Kebanyakkan produk dan servis adalah "benda-benda" di pasaran yangsusah untuk dibezakan diantara satu sama yang lain. Oleh kerana itulahanda seharusnya menjual diri anda untuk mendapatkan perhatianpembeli. Anda harus membezakan produk/servis anda denganmenerangkan tentang jaminan, servis yang baik, penghantaran cepat dansebagainya.

6. Suruh Mereka Mencuba Tanpa Risiko

Kebanyakkan pelanggan telah pun menjadi pelanggan kepada pesaing-pesaing anda. Tetapi mereka akan mencuba menggunakan produk andajika anda memberikan mereka "langganan tanpa risiko". Pastikankepuasan pelanggan di dalam jangkamasa ini supaya pelangganmemberikan tanggapan yang paling positif dan seterusnya melangganproduk/servis anda.

Jadikan Pelanggan ‘Duta’ Anda

Jika anda tidak boleh menganggap pelanggan sebagai raja, jadikanlahmereka duta anda

Saya bernasib baik kerana ramai bekas peserta kursus saya menjadisahabat saya. Setakat yang saya kenali, mereka yang pernah mengikutikursus saya mengenai panduan perniagaan ramai yang telah berjaya didalam bidang perniagaan masing-masing. Ada yang berjaya membukabengkel, berjaya menjadi pengusaha butik dan sebagainya.

Pelanggan adalah rakan anda. Bagi usahawan daripada rumah , menjadikanpelanggan rakan anda adalah satu kemestian. Siapakah duta ?

Duta ialah mereka yang membawa nama baik anda kepada orang lain.

Untuk membuatkan pelanggan berpihak kepada anda seterusnyamenjadi rakan anda berikan layan yang terhormat , penuh semangat ,ikhlas , telus dan mesra. Untuk orang yang bagaimana keras pun akanberlembut dan memahami bahawa perniagaan anda mahukan yangterbaik untuk anda.

Ingat, lima daripada enam pelanggan yang datang membuat komplen kepadaanda akan terus datang menjadi pelanggan anda walaupun anda tidakmemperbaiki apa yang beliau komplenkannya. Ini adalah kerana merekamelihat anda sebagai seorang yang menerima komplen itu dengan mesra,prihatin , bersemangat dan komited kepada perhubungan.

Manakala pelanggan yang tidak berpuashati akan memberitahu secarapurata lapan hingga 20 orang-orang lain mengenai pengalaman burukmereka itu. Yang manakah situasi anda ?

Page 69: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

69

Persepsi Pelanggan : AspekYang Dihargai Oleh Pelanggan

Anda disoal : Apakah yang amat bernilai oleh seorang pelanggan ?Jawapannya : Ia sebenarnya bergantung kepada pelanggan sendiri !

Apa yang penting kepada seseorang tidak penting pula pada seseorangyang lain. Katakan sebuah kapalterbang lewat tiba daripada luarnegara selama beberapa jam .

Apakah yang dirasai oleh penumpang yang lewat tersebut ?

• Seorang ibu dengan anak-anaknya mahu pergi membawa anaknyauntuk menukar lampin dan membeli sebotol susu.

• Seorang eksekutif ingin mencari telefon untuk memberitahukelewatan yang tidak dapat dielakkan tersebut.

• Seorang pasangan yang hendak bercuti tidak sabar-sabar melihatnegara baru yang hendak dilawatinya .

• Tetapi seorang lelaki yang tertarik dengan seorang pramugari yangjelita di dalam kapalterbang pula berharap agar kelewatan ini dapatditeruskan selama beberapa jam lagi!!!

Setiap pelanggan menilai dari persepsi yang berlainan . Dan memangmereka betul. Untuk meningkat mutu perkhidmatan pelanggan andamestilah tahu apakah yang sebenar-benarnya dikehendaki,diperlukan dan diingini oleh pelanggan. Adakah Anda Tahu PersepsiNilai Sebenar Pelanggan Anda ?

Bagaimana Mendapat Tanggapan Pertama PelangganYang Positif

Tanggapan pertama atau 'first impression' adalah penting kepadapersepsi pelanggan anda. Anda tidak akan mendapat peluang keduauntuk mendapat 'first impression' kerana sememangnya tiada istilah'second impression' kepada pelanggan. Oleh itu pastikan andalakukannya dengan betul!

Berikan perhatian lebih kepada iklan-iklan, pintu depan , halamanweb ,risalah-risalah promosi , ucapan selamat panggilan telefon danperhubungan pertama dengan pelanggan.

Page 70: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

70

Bagaimana Mendapat Lebih BanyakPelanggan Melalui Penggunaan

Internet

Pada masa sekarang, penggunaan media internet menjadi semakinpenting dan tidak boleh diketepikan oleh usahawan professional.Halaman-halaman web, e-mail , forum on-line dan chat roommenyediakan pilihan kepada anda dan pelanggan anda untuk bertemupelanggan-pelanggan baru anda.

• Dengan menyertai forum dan newsgroup yang membincangkan bidangminat bersama anda atau syarikat anda, anda boleh membina satureputasi sebagai seorang yang berpengetahuan dan menjana lebihbanyak jualan. Katakan anda menjual satu produk yang khususuntuk kanak-kanak . Dengan menyertai forum yang berkaitan dengankanak-kanak, anda akan dapat berjumpa secara on-line mereka yangterlibat dengan bidang ini.

• Gunakan perkhidmatan maklumat on-line untuk membantu andamencari maklumat yang diperlukan oleh anda. Kemudian hantarkanmaklumat yang telah diperolehi kepada pelanggan anda melalui e-mail.

• Tinjau di dalam halaman-halaman web syarikat-syarikat yangberkaitan dengan produk/servis yang akan anda jual.

• Catat daripada halaman-halaman web yang berkenaan butir-butirseperti nama, alamat, nombor telefon dan sebagainya untukmaklumat simpanan anda.

• Bangunkan sebuah halaman web yang berkaitan dengan produk andayang menawarkan "nilai-nilai tambah". Anda mungkin bolehmemberikan resepi atau satu maklumat yang berguna untukpelanggan anda yang sukar di dapati di mana-mana sebagai penarikuntuk pelanggan mengunjungi halaman web anda. Untuk lebihberkredibiliti , masukkan surat-surat akuan dan senarai namapelanggan-pelanggan anda di dalam halaman web anda. Pastikananda mencetak alamat halaman web anda pada semua bahan-bahanpromosi bercetak anda.

• Saling bertukar alamat-alamat dengan pelanggan-pelanggan anda.Jawab segala pertanyaan dengan pantas yang diajukan olehpelanggan melalui email anda serta-merta!. Ini adalah kerana masa didalam dunia siber dikira dengan lebih pantas daripada dunia nyata.

Page 71: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

71

Kisah-kisah Usahawan JutawanSebagai Inspirasi Untuk Anda

J.PAUL GETTY

J. PAUL GETTY, jutawan minyak dan orang yang amat bernasibbaik, tidak teratur perjalanan hidupnya ketika dia masih kecil. Diamasuk ke universiti kerana mahu menjadi seorang penulis. Kemudian diamasuk perkhidmatan diplomatik. Setelah keluar universiti dia tertarikdengan kekayaan minyak di Oklahoma, sumber kekayaan ayahnya.Perusahaan minyak ini tidak langsung menjadi cita-cita Getty, tetapi diarasa dia terpaksa menangguhkan perkhidmatannya sebagai diplomatuntuk setahun dan cuba menjadi usahawan minyak.

Getty mengumpulkan modal dengan bekerja di lombong minyak oranglain dan kadangkala terpaksa meminjam dari ayahnya. Ayahnyaberpegang kuat kepada prinsip tidak mahu memanjakan anaknya. Diameminjamkan wang kepada anaknya tetapi dengan jumlah yang sedikit.Getty yang masih muda adalah seorang yang berani tetapi bukan terburunafsu. Dia tidak melibatkan diri dalam projek yang memerlukan wangtunai yang banyak kerana takut menderita sekiranya kerugian. Projek-projek awalnya gagal tetapi pada 1916 dia berjaya menjumpai telagaminyak pertama. Dia mula kaya ketika umurnya baru 23 tahun.

Nasib baik? Sudah tentu. Getty sememangnya bernasib baik. Dia berbuatsesuatu kena pada ketikanya. Bagaimanakah dia mengetahui bahawatelaga itu akan menghasilkan minyak? Dia tidak tahu walaupun dia telahmengumpulkan data-data. " Semua perkara mempunyai unsur nasibnya.", dia berkata, dan " Anda harus berani hidup bersama nasib anda.".

Orang bernasib baik adalah orang yang berani dan orang yang kurangberani dengan beberapa pengecualian adalah yang kurang bernasib baik.

Nasib baik mungkin menyebabkan nasib baik. Untuk bertindak beraniikutilah panduan ini : Bersedialah untuk bertindak cepat atau pantasmenuju ke arah sesuatu yang baru apabila peluang keemasan tiba.Bezakan antara keberanian dan perbuatan terburu-buru. Kalau andamelaburkan seluruh wang simpanan anda untuk satu-satu projek yangberkemungkinan besar akan merugikan anda, ini adalah perbuatan yangterburu-buru. 7

Page 72: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

72

Datuk Low Boon Siew

Datuk Low Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian,sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketikadahulu, kehidupan keluarga Datuk Low sangat miskin menyebabkanbeliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerjamengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikanuntuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya.

Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untukberhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnyabekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyaisedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untukmenghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untukmemperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh basdan upahnya 10 sen bagi setiap bas.

Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dansering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuatdemikian. Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, diakemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8buah bas berharga RM 200.00 untuk diperbaiki dan dijadikanbaspenumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaituRM1.20 hingga RM 1.40 sehari.

Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modalpusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah basdan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perangdunia kedua tamat, Datuk Low meluaskan perniagaannya denganmembuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapajenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepunbeliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernahdigunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jikadibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliaumembuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudiandijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yangmenganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidakmematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehinggamenjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang palingdiminati. Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenisHonda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini suatu ketikadahulu.

Beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya didalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliausebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokohusahawan terkemuka di Malaysia. Adalah menjadi pengetahuan umum,Datuk Low tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajarsekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untukberkhidmat dengannya.

Page 73: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

73

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari

Nama seorang tokoh usahawan bumiputera terkenal di Malaysiaiaitu Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari tiba-tiba melonjak naik. Namanyaterkenal bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia terutamanyabursa-bursa saham. Tidak banyak yang diketahui mengenailatarbelakang beliau.

Kekayaan beliau dianggarkan sebanyak RM2.15 bilion menduduki tempatketujuh di dalam senarai 40 orang kaya di Malaysia menurut akhbarperdagangan Business Economics, 2004.

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah.Beliau bermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.Beliau dikenali dengan sikap rendah diri, namun beliau tidak pernahberpuas hati dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untukmemperbaiki taraf hidupnya.

Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar telah beralih ke bidangpengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadiseorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.Beliau salah seorang yang bertanggungjawab menjadikan PelabuhanTanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempohsingkat.

Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukharyyang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilaiRM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amaldan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. KegigihanTan Sri Syed Mokhtar telah berjaya menarik perhatian dan kekagumanbekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramaitokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi usaha kerassebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari.

Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenalerti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yangdilakukan. Seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soalpembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikatdan 7projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramaiterutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan pentingdalam perniagaan. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan seorang yangpemurah, menggemari perkara-perkara amal dan kebajikan, kuatbekerja, merendah diri dan tidak gemarkan publisiti.

Page 74: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

74

Langkah Tindakan Anda Hari Ini!

IQRA, Bacalah... itulah perintah Allah yang pertama iaitu membaca.Anda tidak tahu bagaimana besarnya kesan kepada seseorang apabilamembaca satu buku yang bagus. Saya telah pun menceritakan kepadaanda pengalaman kisah saya dan Bakar, sijurujual kereta yang mampumemakai kereta yang berharga RM80,000 hanya setelah menggunakansedikit pengetahuan yang saya berikan melalui pembacaan buku JoeGirard, “How To Sell Anything, To Anybody”. Membeli dan membaca bukuadalah satu pelaburan, di sini saya syorkan kepada anda buku-bukuyang mesti anda dapatkan sekarang!

“Working from Home”, tulisan Paul and Sarah Edwards,membentangkan bagaimana anda boleh berjaya bekerja daripada rumahdan strategi menjayakan perniagaan SOHO anda. Dapatkan di kedaibuku seperti Popular Book Store.

“Jutawan daripada Planet Jupiter” nukilan Azizi Ali, adalah bukutentang pengurusan kewangan yang boleh menempatkan anda padalandasan ke arah masa depan kewangan yang lebih cerah dan lebih baik.Ditulis dalam bahasa yang jelas, mudah difahami dengan cara-cara yangsenang diikuti tetapi sarat dengan langkah-langkah yang dapatmemperbaiki situasi kewangan anda dengan sertamerta dan juga strategijangka panjang.

“Jutawan Senyap” hasil nukilan Dr Rusly Abdullah, Phd PJK ataudikenali sebagai Chef Li. Pengasas Institut KULINARI dan KursusMotivasi. Jika anda berminat dengan bidang masakan, anda bolehdapatkan buku Chef Li dan mempelajari dengan lebih lanjut mengenaiteknik menjadi usahawan berasaskan makanan. Chef Li jugamenyediakan kursus keusahawanan di institusi beliau iaitu pada kadaryang berpatutan. Buku ini amat popular kini dan boleh di dapati melaluikedai-kedai buku utama di kediaman anda.

“How To Sell Anything To Anybody” oleh Joe Girard. Joe Girard telahdinobatkan sebagai jurujual terbaik oleh Guinness Book of World Record.Beliau kini telah menjadi pakar motivasi dan membuka firma perunding.Sukar saya cari buku ini lagi kerana ianya adalah seperti buku panduanrahsia kepada jurujual. Kali terakhir saya belinya di Kinokuniya , KLCC.

“Bagaimana Menjana Pendapatan Lumayan Melalui Komputer Anda”,nukilan R.Roma. Jika anda berminat dengan komputer, dan inginkanprojek jana wang yang pantas, praktikal, mudah dan margin keuntunganyang tinggi, saya syorkan anda mendapatkan buku ini sekarang. Satu-satunya buku yang telah saya lakukan secara praktikal idea yangdiketengahkan dan mendapat hasil tidak sampai sebulan. Dengan minatdan hobi sedia ada anda, saya jamin anda boleh jana wang melaluikomputer anda. Buku ini patut dimiliki oleh anda jika anda tahumenggunakan komputer. Saya syorkan 200% anda dapatkannya. Bukuini hanya boleh dimiliki secara esklusif melalui pos. Anda bolehmendapatkan secara pos akan sinopsis PERCUMA topik buku inidengan SMS nama dan alamat anda ke pengedar buku ini iaitu RakaNetCommunications di talian 017-3150572, Encik Zal.

Page 75: Jejak Jutawan - Amat Penting

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

75

Akhir Kata

Sekian , perbincangan kita untuk setakat ini. Terus terang sayakatakan bahawa apa yang ditulis di dalam buku ini amat komprehensif,kerana topik keusahawanan dan motivasi diri amatlah meluas ruanglingkupnya. Namun saya berharap anda dapat menafaatkan sebarangpengetahuan yang saya kemukakan di dalam buku ini dengan sebaik-baiknya.

Saya akan menyambung perbincangan saya tentang topik keusahawanandan motivasi diri ini jika ada kesempatan lain, kerana sememangnya apayang anda baca ini hanyalah sebagai pembuka kata.

Akhir sekali terima kasih kerana saudara/saudari sekalian telah ikutiperbincangan ini hingga ke muka surat ini. Berjumpa lagi kita di lainmasa jika diizinkan Allah SWT. Insyallah…

Dapatkan buku digital ini ,sekarang.. PERCUMA!

Muhammad Amin Al Farabi

Buku Panduan AnalisisDiri Dan Projek NiagaUntuk Langkah Asas

Menjadi Usahawan

Sudahkah anda mendapat‘Buku Kerja Usahawan’?

Anda mungkin mendapat buku yangsedang anda baca ini hasil daripadasyoran seseorang rakan anda. Mengapatidak syorkan kepada rakan lain anda,dan dapatkan satu lagi buku digitalpercuma yang bertajuk ‘Buku KerjaUsahawan’.

Apa yang perlu anda buat ialah ;

1. Emailkan berserta denganattachment buku Jutawan YangBelum Anda Kenali yang telah andabaca ini kepada 10 orang rakan andayang lain.

2. Masukkan dan hantar sekali ke emailsaya , [email protected],sebagai bukti syoran anda tersebut.

3. Tulis di dalam email anda danlengkapkan ayat berikut ‘Sayasyorkan baca buku ini kerana …….’

p/s : Saya akan menghantar buku ini kepada andaseberapa segera, jika agak lewat harap dimaafkankerana saya menjawab secara peribadi hampirberpuluh-puluh email sehari!


Top Related