Transcript
Page 1: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

PUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAM (CITU)

UiTM SHAH ALAM

Page 2: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

• Pengabaian Nafkah • Tanggungjawab Pendidikan Agama • Perceraian• Kecurangan Suami Isteri• Poligami• Sumbang Mahram• Anak Tidak Sah Taraf

Page 3: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

PENGABAIAN NAFKAH

Page 4: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

12,300 suami ingkar bayar nafkah (Berita Harian 20 Mac 2010)

Lebih 12,300 bekas suami dikesan masih berdegil dan enggan membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak masing-masing walaupun mereka sudah diperintah berbuat demikian oleh mahkamah syariah di seluruh negara, mulai tahun ini. Ketua Pengarah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Tan Sri Ibrahim Lembut, berkata pihaknya sukar melaksanakan perintah itu kerana ramai wanita terbabit tidak memaklumkan mahkamah syariah mengenai keengganan bekas suami untuk membayar nafkah.

Page 5: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

- Dalil kewajipan - Surah An-Nisa’ (ayat 34) / Surah Al-Baqarah (ayat 233)

- Nafkah adalah daripada sumber yang halal (menjadi darah daging anak isteri)

- Syarat suami wajib berikan nafkah kepada isteri apabila ;i) Isteri telah menyerahkan dirinya untuk suami (tidak menolak permintaan suami untuk melakukan istimta’)ii) Isteri mengikut / tinggal di tempat atau kediaman yang dipilih suami )

- Suami masih wajib memberikan nafkah kepada isteri bekerja mengikut kemampuan dan keperluannya, bukan atas keinginan peribadi / hawa nafsu

Page 6: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

Kadar nafkah adalah berdasarkan kemampuan suami (Surah At-Talak : ayat 7)

Tahap kemampuan suami sebagaimana ditentukan syarak :i) Senang (kaya)ii) Sederhanaiii) Fakir

Page 7: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

• Hukum : wajib• Syarat-syarat :

i) Bapa mempunyai makanan yang melebihi keperluan diri dan isteriii) Ciri-ciri anak – masih kecil / sakit berpanjangan (tidak mampu bekerja)

Bapa tidak wajib beri nafkah sekiranya anak telah baligh dan mampu bekerja

Jika anak masih belajar (ilmu yang bersangkut dengan kewajipan diri) , bapa wajib beri nafkah

Nafkah juga wajib diberikan kepada anak sekalipun berlaku perceraian

Page 8: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

TANGGUNGJAWAB PENDIDIKAN AGAMA

Page 9: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

““

Page 10: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

Suami wajib memberikan bimbingan dan didikan agama kepada ahli keluarga dan berusaha memelihara ahlinya daripada kemurkaan Allah (Surah At-Tahrim : ayat 6)

Page 11: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

• AyahApabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

• SuamiApabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

• AbangApabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM…Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

• Anak LelakiApabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak…nantikan tarikan ibunya.

 

Page 12: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

Page 13: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Page 14: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

PERCERAIAN

Page 15: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini
Page 16: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

i) Salah seorang pasangan atau kedua-duanya meneruskan kebiasaantingkah laku dan sikap yang tidak sesuai dengan alam perkahwinan.Bertindak bersendirian tanpa mengambil kira kesan kepada pasangan atau perkahwinan. Membiarkan pasangan membuat tindakan secara sendirian.

ii) Penguasaan kefahaman terhadap agama berhubung dengan kehidupansuami isteri kurang atau keluar daripada tuntutan Islam sebenar (kesankepada nilai dan personaliti).

iii) Pengurusan ekonomi rumah tangga tidak diuruskan mengikut konsepkehidupan berumah tangga Islam iaitu berkongsi, bertolak ansur danmengutamakan yang utama.

iv) Pengurusan cara hidup keluar dari kawalan sosial dan syariat Islam seperti minum arak, judi, menyalahgunakan dadah, berzina dan sebagainya.

Page 17: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

V) Pengurusan hubungan dan komunikasi dengan pasangan dan keluarga tidak lancar seperti mengutamakan diri atau keluarga sendiri lebih daripada pasangan atau keluarga pasangan. Tidak mengambil berat terhadap kesihatan, kebajikan pendidikan dan keperluan emosi ahli keluarga.

vi) Menghadapi masalah peribadi yang tidak dapat dikongsi bersama pasangan, mempunyai personaliti mendekat menjauh atau menjauh menjauh seperti pemarah (emosional), cemburu buta, mendera dan mementingkan perasaan sendiri.

vii) Salah seorang pasangan menghadapi masalah kesihatan seperti penyakityang menghalang berlaku hubungan jenis dalam jangka masa yang terlalulama, mempunyai nafsu seks yang terlalu tinggi atau lemah.

viii) Gagal mengimbangi tumpuan perhatian serta masa kepada pasangan danrumah tangga, lebih mementingkan kerjaya atau lain-lain kegiatan luarrumah. Tidak dapat memahami budaya kerja pasangan.

ix) Pasangan tidak dapat mengawal pengaruh luaran daripada pergaulan(kawan-kawan), persekitaran dan keluarga dalam membentuk ataumencorak kehidupan suami isteri.

Page 18: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

BIL PUNCA PERATUS

1 Tiada persefahaman curang atau enggan dimadukan

12.0%

2 Pengabaian tanggungjawab 11.15%

3 Campur tangan keluarga 8.8%

4 Ketagihan dadah, alkohol 7.1%

5 Masalah kewangan 1.6%

6 Masalah jenayah, judi dan kesihatan 1.1%

7 Penderaan 0.5%

8 Lain-lain 12.6%

Dilaporkan oleh Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman di dalam kertas kerja mengenai Profil Keluarga Di Malaysia dan Kesannya Kepada Masyarakat pada

Seminar Keluarga Mendepani Cabaran di Kuala Lumpur

Page 19: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

DEFINISI TALAQ Melepaskan ikatan pernikahan dengan lafaz tertentu

Islam memberikan kuasa talak kepada pihak suami manakala pihak isteri juga boleh menuntut perceraian dalam bentuk-bentuk lain sama ada secara khuluk (tebus talak), fasakh dantaklik melalui saluran Mahkamah Syariah

DALIL HARUS TALAQFirman Allah SWT yang bermaksudnya:

“Cerai (talaq) itu dua kali, selepas itu peganglah isteri kamu (ruju‘ dan kekallah) dengan cara yang baik atau lepaskanlah dengan cara yang baik.”(Surah Al-Baqarah, 2:229)

Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anh yang bermaksud:“Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah menceraikan isterinya Hafsah kemudian Baginda meruju`nya semula.”

(Riwayat Abu Daud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)

Page 20: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

LAFAZ TALAQ TETAP DIKIRA JATUH, SEKALIPUN ;

- dilafazkan dengan niat bergurau (jika menggunakan lafaz sorih ..”Aku ceraikan awak..”)- suami tidak mengucapkannya di hadapan isteri, tetapi di hadapan orang lain.

Page 21: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

HUKUM PERCERAIAN MELALUI SMS

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke 55 yang bersidang pada 27 Julai 2003 telah membuat penelitianmendalam dan memberi pandangan mengenai hukum perceraian melalui SMS sebagaimana berikut:

i) Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukankepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e-mail dan sebagainya merupakan talak berbentuk kinayah dan adalah sah sekiranya disertai dengan niat.

ii) Semua perceraian perlu dikemukakan ke Mahkamah Syariah untukmensabitkan talak tersebut.

iii) Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi modenadalah perceraian yang tidak menepati adab perceraian yang digariskanoleh syarak.

Page 22: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

KECURANGAN SUAMI ISTERI

Page 23: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

Perbuatan seorang suami atau isteri dalam bentuk menjalin hubungan secara diam-diam dengan seseorang di luar perkahwinan dengan alasan untuk memperoleh perlakuan atau cinta dari orang lain yang bukan pasangan sahnya.

Page 24: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

Merasa tidak dicintai, tidak dihargai dan tidak difahami lagi oleh suami atau isteri, kehilangan ghairah untuk berhubungan rapat dengansuami atau isteri, adanya kekerasan dalam keluarga, sarana untuk membalas dendam, suami tidak mampu memberikan keturunan, gangguan seksual pada suami, mencari variasi hubungan seksual, serta adanya masalah ekonomi (Asnawi, 2002).

Keperluan hidupbersama dengan orang lain (pasangannya). Individu hidup dengan orang lain untukmendapatkan kegembiraan, memperoleh pertolongan, menjalin keakraban, berbagi keintimanseksual, mendapat pujian dan lain-lain (Baron, 2007)

Masih mendapat perhatian orang lain, menguji pasaran, mudah terpikat dan tidak segan melayan orang lain(Datuk Zaidi Zain-Peguam Syari’e ,2011)

Page 25: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

Rumahtangga adalah amanah sedangkan curang adalah sifat tidak jujur dan khianat

Suami isteri bertanggungjawab menjaga rahsia rumahtangga dan tidak boleh mendedahkan keaiban pasangan.

Isteri wajib menjaga kehormatan diri, keluarga serta taat kepada suami dan mendapatkan keizinan daripada suami

Individu yang curang perlu meminta maaf daripada pasangan dan bertaubat

Syarak mengharamkan seorng isteri menyimpan perasaan suka, apatah lagi cinta kepada lelaki lain yang bukan suaminya

Dalam usaha untuk mengelakkan kecurangan pasangan, suami dan isteri perlu melaksanakan tuntutan agama sebaiknya

Dalam memilih jodoh, tekankan kriteria beragama

KECURANGAN MENURUT PANDANGAN ISLAM

Page 26: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini
Page 27: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

Faktor poligami – adakah benar-benar mengikut sunnah Rasulullah SAW ?

Kemampuan suami dalam menyediakan nafkah zahir dan batin

Keadilan terhadap isteri-isteri Peruntukan Undang-undang Keluarga Islam

– suami perlu mendapatkan keizinan bertulis daripada isteri sebelum berpoligami

Page 28: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

Poligami adalah satu keharusan bersyarat dalam Islam (Surah An-Nisa’ : ayat 3)

Syarat-syarat poligami :i) kemampuan – nafkah zahir (makan minum, pakaian, kediaman) dan nafkah batin (kasih sayang dan hubungan kelamin)ii)keadilan – kediaman, giliran bermalam dan giliran bermusafir

Page 29: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

Dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia, poligami dibenarkan dengansyarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada MahkamahSyariah terlebih dahulu. Ini diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

Menurut seksyen 23(3) AUKI 1984, permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan. Akuan tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa perkahwinan poligami ini patut dan perlu, keadaan kewangan suami dengan memberi butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan serta bilangan tanggungan termasuk orang yang akan ditanggungnya berikutan dengan perkahwinan baru yang dicadangkan. Selain dari itu pemohon juga kena menyatakan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isteri telah diperolehi mengenai perkara tersebut.

Page 30: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

SUMBANG MAHRAM

Page 31: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

DEFINISIDikenali juga dengan istilah Inses iaitu perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian / nasab (keturunan) dengan mangsa.

Hubungan jenis antara mereka yang ada tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam dan agama

Page 32: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

Kegagalan isteri memenuhi keperluan suami

Tahap iman yang lemah Pengaruh bahan lucah Tidak menjaga batas pergaulan antara ahli

keluarga Keruntuhan institusi keluarga / perkahwinan Pakaian tidak menutup aurat

Page 33: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

MENGIKUT NEGERI (sehingga Ogos 2006 –

Sumber daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

NEGERI 2000 2001 2002 2003

2004

2005

2006

Perlis 1 1 4 1 4 4 1

Kedah 21 12 31 21 28 32 21

Pulau Pinang 6 13 11 3 11 4 8

Perak 16 14 27 29 27 33 25

Selangor 29 32 47 35 40 41 33

Kuala Lumpur 9 15 10 9 21 12 4

Negeri Sembilan 7 17 10 14 22 14 12

Melaka 13 8 10 15 14 17 11

Johor 29 34 47 47 52 39 17

Pahang 13 18 35 19 21 13 13

Terengganu 16 18 15 6 13 21 10

Kelantan 9 21 16 11 16 10 10

Sabah 24 30 27 29 44 38 28

Sarawak 20 13 16 15 22 17 16

JUMLAH 213 246 306 254 335 295 209

Page 34: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

MENGIKUT KAUMSumber daripada Polis Diraja Malaysia : Berita Harian 14 April 2002

BANGSA TAHUN1997

1998 1999 2000 2001 2002

Melayu 186 220 102 158 179 43

Cina 10 13 77 5 9 4

India 21 27 15 12 17 6

Lain-lain 34 57 81 38 41 12

JUMLAH 251 317 275 213 246 65

Page 35: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

376B : Hukuman bagi sumbang mahram(1)Barangsiapa yang melakukan sumbang mahram hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan hendaklah juga dikenakan sebatan.

Page 36: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

Ia merupakan perbuatan keji, dilaknati Allah dan tidak diberkati di dunia dan akhirat

Agama menggariskan batas-batas perhubungan yang tertentu di mana Allah telah menyenaraikan beberapa wanita yang haram dikahwini, apatah lagi disetubuhi secara haram (Surah An-Nur : ayat 23)

Lelaki sewajarnya bersifat sebagai pelindung kepada wanita (Surah An-Nisa’ : ayat 34

Page 37: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

ANAK TIDAK SAH TARAF

Page 38: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

Anak tak sah taraf dalam istilah bahasa Arab disebut walad al-zina yang bermaksud anak zina atau anak luar nikah.

Para Fuqaha’ bersepakat bahawa anak zina ialah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil perzinaan dan bukan daripada perkahwinan yang sah atau persetubuhan syubhah (persetubuhan oleh lelaki dan perempuan yang menyangka mereka adalah suami isteri yang sah)

Page 39: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

”tak sahtaraf’, berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah;

Page 40: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

i. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dandia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anakperhambaan;

ii. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut TakwimQamariah daripada tarikh tamkin (setubuh);

iii. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikuttakwim Qamariah daripada waktu tamkin (setubuh) selepas akad yangsah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anaktanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suamidan isteri atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yangmemenuhi syarat-syarat mengikut Hukum Syarak

Page 41: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tahun 2005 sehingga 2009

Page 42: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini
Page 43: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

STATISTIKBerdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama

bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara

purata, 2,500 kes anak luar nikah

direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes

pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap

17 minit 17 saat!

Page 44: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

Bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/ Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti Abdullah atau dengan mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah)

Keputusan ini adalah selaras dengan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan selaras dengan format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi beserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran

Walau bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan

Page 45: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

i. Penamaan dan NasabJika seseorang anak lahir tanpa ada ikatan perkahwinan yang sah di antara ibunya dengan lelaki yang mensetubuhinya dan bukan persetubuhan syubhah, maka anak tersebut tidak boleh dibin atau dibintikan kepada bapa zina. Sebaliknya hendaklah dibinkan atau dibintikan Abdullah atau lain-lain nama ”Asma’ ul-Husna” yang berpangkalkan Abdul.

Page 46: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

ii. Pergaulan dan HubunganDalam Islam anak tak sah taraf bebas menjalin apa-apa hubunganatau aktiviti sepertimana yang dilakukan oleh kanak-kanak Islam yangsah tarafnya.

Hukum pergaulan anak tak sah taraf dengan lelaki yang melakukanpersetubuhan dengan ibunya adalah sama dengan lelaki asing yangtiada kaitan dengannya (bukan mahram) kecuali lelaki tersebutmenjadi suami ibunya maka hubungannya adalah sebagai ayah tiri.

Perhubungan antara anak tak sah taraf dengan anak-anak di sebelahibunya yang sah taraf dan ahli keluarga sebelah ibunya yang lain adalah hubungan kekeluargaan yang sah. Namun, perhubungan initidak boleh diperluaskan kepada keluarga sebelah bapanya yang tidaksah kerana keluarga bapa bukan termasuk ahli keluarganya.

Page 47: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

iii. NafkahTanggungjawab nafkah dan saraan hidup anak tak sah taraf terletakkepada ibunya. Ini adalah kerana anak tak sah taraf dinasabkankepada ibunya dan tidak kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.

Peruntukan mengenai tanggungjawab nafkah ini juga terdapat dalam

Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303) seksyen 80 (1)iaitu : Jika seseorang perempuan cuai atau enggan menanggung nafkah

seseorang anaknya yang tak sahtaraf yang tidak berupayamenanggung nafkah dirinya, melainkan seorang anak yang dilahirkan akibat rogol, Mahkamah boleh, apabila hal itu dibuktikan dengan sewajarnya, memerintahkan perempuan itu memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah.

Page 48: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

iv. PenjagaanHubungan nasab (keturunan) anak tak sah taraf dengan ibu serta ahli keluarganya tidak terputus. Oleh itu tanggungjawab menjaga anak tak sah taraf menjadi tanggungjawab ibu dan ahli keluarga di sebelah ibunya.

Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303) seksyen85 memperuntukkan bahawa :

Penjagaan kanak-kanak tak sahtaraf adalah semata-mata pada ibudan saudara mara ibu.

Peruntukan ini selaras dengan kehendak Hukum Syarak yangmenetapkan hubungan nasabnya (keturunan) hanya dengan ibunyasahaja. Kedudukan ini sudah tentu memberikan hak penjagaankepada ibunya atau ahli keluarga ibunya.

Page 49: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

v. Harta PusakaAnak tak sah taraf tidak terputus hubungan kekeluargaan dengan ibunya. Begitu juga ibu tidak terputus hubungan kekeluargaan dengananak tersebut. Oleh itu, kedua-duanya boleh mewarisi pusaka antara satu sama lain.

Seseorang anak tak sah taraf tidak boleh mempusakai harta bapanya yang tidak sah.

Begitu juga bapa tidak boleh mewarisi harta anaktersebut kerana kedua-duanya telah terputus hubungan kekeluargaan.

Page 50: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

vi. PerwalianHak perwalian diri anak tak sah taraf terletak kepada ibunya.Walaubagaimanapun, wali perkahwinan bagi seseorang anak tak sah taraf perempuan dipegang oleh Wali Hakim (iaitu Yang DiPertuan Agong/Sultan/Raja atau individu yang diberi tauliah). Ini adalah kerana seseorang perempuan tidak sah menjadi wali di dalam apa jua perkahwinan.

Sabda Rasulullah S.A.W :Maksudnya : Sultan adalah wali kepada sesiapa yang tidakmempunyai wali.

(Riwayat Abu Daud dan Tirmidhi)Begitu juga lelaki yang menyetubuhi ibunya tanpa akad nikah yang sah,sama ada dia berkahwin atau tidak dengan ibunya selepas itu juga tidak sah menjadi walinya.

Page 51: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

vii. PerkahwinanKeraguan berhubung kesahan perkahwinan seorang anak tak sah taraf perlu dikikis kerana agama tidak pernah membezakannya dengan kanak-kanak lain. Mereka juga seperti insan-insan yang lain.

Kesalahan yang berlaku sehingga mereka dilahirkan bukanlahdosanya tetapi hasil perbuatan ibu dan lelaki yang menyetubuhi ibunya.Oleh itu perkahwinan anak tak sah taraf perempuan adalah sah, walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa lelaki yang baik nasabnya tidak digalakkan mengahwininya.

Page 52: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

viii. KematianKematian seorang anak tak sah taraf yang belum baligh adalah menurut hukum agama ibunya. Jika ibunya beragama Islam, maka dia dihukum sebagai seorang Islam. Oleh itu mayatnya hendaklah diurus secara pengurusan jenazah Islam.

Jika ibunya bukan seorang yang beragama Islam, maka di dihukum sebagai bukan seorang beragama Islam sekalipun lelaki yang menyetubuhi ibunya adalah seorang Islam.

Page 53: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

ix. Pertukaran Status Anak Tak Sah TarafSeseorang anak tak sah taraf boleh bertukar sifatnya apabila dia dibuang oleh ibunya dan dijumpai oleh orang lain. Pada ketika itu statusnya akan bertukar menjadi anak laqit (iaitu anak pungut).

Dia akan menjadi anak angkat kepada sesiapa yang memungut dan diberi tanggungjawab memeliharanya berdasarkan peruntukan yangdiberikan kepada seorang anak angkat.

Page 54: Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

• Dr.Mustafa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie , jilid 4 (2002), Pustaka Salam, Kuala Lumpur.

• JAKIM,Memasuki Gerbang Perkahwinan, edisi Ke-2 (2008), Putrajaya

• http://www.islam.gov.my/sites/default/files/20.talak_.pdf (Perkara Halal yang Paling Dibenci Allah)

• http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/munakahat/talaq.htm

www.zaharuddin.net/ Siapa Lelaki Dayus www.harianmetro.com/Ragutsistemkeluarga

Islam/24Mac2011 Artikel Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan

Undang-undang, Poligami Satu Keharusan Bersyarat http://www.islam.gov.my/sites/default/files/

27.anak_tak_sah_taraf.pdf


Top Related