Download - ISL.docx 6.1 GKK
ISL:6.1 Menilai tahap kesihatan peribadi dalam komponen kecergasan diri
Kecergasan bermaksud berada dalam keadaan cergas dari segi fizikal dan mental, berkeupayaan melaksanakan tugas harian dengan efisyen tanpa merasa letih atau kelesuan dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti riadah di samping itu masih memiliki tenaga untuk menghadapi saat-saat yang tidak terduga dan kecemasan.
Berlandaskan KESIHATAN berkaitan dengan keupayaan seseorang itu melakukan kerja-kerja hariannya dengan penuh semangat dan kemampuannya mengelak dan menjauhkan dari dijangkiti penyakitpenyakit cara hidup sedantari.
Berlandaskan kesihatan 1. Dayatahan kardiovaskular 2. Dayatahan otot 3. Kekuatan otot 4. Kelembutan 5. Komposisi Badan
Komponen kecergasan
Berlandaskan perlakuan Penting untuk para pelajar yang terlibat dalam sukan.
Komponen kecergasan berlandaskan perlakuan 1. Koordinasi 2. Imbangan 3. Kuasa 4. Ketangkasan 5. Masa tindak balas 6. Kelajuan
Jenis aktiviti fizikal 1. Bergerak dan beredar 2. Bergerak tanpa beredar 3. Bergerak dengan alatan 4. Bersenam 5. Bersukan 6. Berekreasi
Bagaimana untuk mendapat faedah kesihatan daripada aktiviti fizikal ? 1. Membudayakan hidup aktif dalam kerja harian. 2. Bersenam mengikut prinsip.
Membudayakan hidup aktif dalam kerja harian 1. Lakukan aktiviti fizikal yang ringan dan sederhana (moderate) setiap hari sepanjang minggu selama 30 minit dalam sehari. 2. Masa aktiviti fizikal dalam sehari itu boleh dijumlahkan daripada aktiviti yang dilakukan sepanjang hari.
Terdapat lima komponen dalam kecergasan 1. sosial 2. mental 3. fizikal 4. emosi 5. rohani.
Kecergasan sosial
Seseorang itu dapat bergaul dengan masyarakat dan memberikan sumbangan yang positif kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Komponen ini dapat mengeratkan masyarakat, mewujudkan perpaduan yang membawa keamanan dan kesejahteraan negara.
Kecergasan mental
Keupayaan berfikir dan bertindak dengan rasional dan berhikmah. Seseorang yang mempunyai kecergasan mental yang baik akan dapat menyumbangkan tenaga dan fikiran kearah kebajikan masyarakat dan negara.
Kecergasan fizikal
Terbahagi kepada dua aspek iaitu, berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
Aspek fizikal berasaskan kesihatan diri terdiri daripada : a) daya tahan kerdiovaskular b) kekuatan otot c) daya tahan otot d) regangan dan fleksibiliti e) komposisi tubuh badan
Aspek kecergasan fizikal pula berasaskan perlakuan motor terdiri daripada : a) kelajuan/kepantasan b) imbangan c) ketangkasan d) kuasa e) masa tindak balas f) koordinasi
Kecergasan emosi
keperluan pembinaan asas kecergasan fizikal, sosial dan mental merupakan pengawalan emosi. Seseorang yang mempunyai kecergasan emosi yang stabil akan dapat mengawal diri dengan baik dan tidak bertindak mengikut perasaan.
Kecergasan rohani
Merupakan keupyaan dalaman seperti beriman, sabar, ikhlas, rendah diri dan lain-lain. Komponen ini dapat melahirkan individu yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi, berperibadi mulia, berdisplin tinggi dan disegani.