Download - Isipadu Cecair - Summit Hotel
Bahan Bantu Mengajar Dan Aktiviti Pengajaran Pelajar Lemah
Bahan bantu mengajar yang digunakan ialah :
Aktiviti Pengajaran Pelajar Lemah
Hasil Pembelajaran : Membandingkan isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai.
Bahan-bahan : Silinder penyukat, gelas, cawan, botol mineral, teko dan air berwarna.
Langkah-langkah :
1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan dan mempunyai lima orang ahli.Murid diminta bekerja secara koperatif.2. Lantik seorang murid sebagai perekod di dalam setiap kumpulan.3. Berikan bahan-bahan yang disediakan di hadapan kelas kepada setiap kumpulan.
4. Minta murid mengisi air berwarna ke dalam gelas dan kemudian menuangkan air berwarna itu ke dalam silinder penyukat.5. Ulang dengan bekas-bekas yang lain.6. Minta murid rekod bacaan air berwarna di dalam jadual dibawah :
7. Minta murid menulis penemuan mereka di dalam pernyataan di bawah: Air di dalam gelas ialah __________liter. Air di dalam cawan ialah __________liter. Air di dalam botol mineral ialah __________liter. Air di dalam teko ialah _________liter.8. Minta murid membincangkan dan membuat perbandingan bekas mana yang mempunyai kapasiti paling kecil dan paling besar.9. Perbentangan kumpulan.
Lembaran kerja
3.0 BAHAN BANTU MENGAJAR ISIPADU CECAIR
Mengajar konsep isipadu cecair bukanlah satu tugas yang mudah. Sebagai seorang guru
matematik yang prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid seperti
miskonsepsi isipadu cecair, maka adalah wajar jika guru-guru berusaha untuk menyediakan
bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai, berkesan dan yang paling penting ialah dapat
membantu murid-murid memahami konsep isipadu cecair. Berikut adalah ciri-ciri BBM yang
saya pilih:
i. Sesuai untuk topik isipadu cecair
ii. Murah dan mudah didapati
iii. Berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar supaya ianya lebih
konkrit dan dapat diingat oleh pelajar jika dijadikan contoh.
iv. Boleh digunapakai oleh semua murid tanpa mengira tahap kebolehan
dan kecerdasan mereka.
Maka dengan itu, untuk topik ini saya akan menggunakan bahan-bahan buangan (terpakai)
bagi memperkenalkan ukuran tidak piawai/bukan standard isipadu cecair. Bahan-bahan
tersebut adalah seperti yang berikut:
Botol plastik bekas minuman ini boleh diperolehi dalam beberapa saiz seperti 1.5
Liter, 1 Liter dan 0.5 Liter. Botol ini boleh didapati dengan mudah dengan kos yang murah.
Botol adalah relevan bagi murid kerana mereka sudah biasa melihatnya.Gelas juga adalah
bahan yang mudah didapati serta murid sudah biasa dengan bahan ini. Cuma satu perkara
yang perlu diambil perhatian oleh guru ialah bahan ini perlu diguna dengan berhati-hati
kerana ia mudah pecah.
Bahan bantu mengajar yang saya pilih diatas adalah amat sesuai untuk
memperkenalkan konsep isipadu cecair terutamanya kepada murid-murid di tahun dua kerana
ianya blum melibatkan unit standard. Bahan ini juga amat sesuai digunakan untuk
memperkenalkan istilah-istilah ‘kurang’, ‘separuh’, ‘kosong’, ‘penuh’ dan ‘lebih separuh’
kepada murid-murid tahun 2 kerana pada peringkat inimereka masih lagi belum
menggunakan ukuran piawai, maka bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam P&P
adalah bahan yang tidak memerlukan sukatan yang tepat.Seterusnya Bahan bantu mengajar
yang sesuai digunakan terutamanya bagi murid-murid cerdas ialah silinder penyukat dan
bikar:
Pada peringkat murid-murid di tahun 2, mengukur isipadu cecair bukanlah satu perkara yang
mudah kerana untuk menggunakan silinder penyukat, kita memerlukan kemahiran dan
pengalaman. Lagipun, bagi mendapatkan bacaan yang betul, silinder penyukat perlu
diletakkan di permukaan yang rata. Semasa mengambil bacaan, pastikan mata kita berada
pada aras meniskus.Bagi kebanyakan cecair,meniskus ialah paras paling bawah permukaan
cecair tersebut. Namun bahan bantu mengajar ini relevan untuk digunakan sebagai pengayaan
atau hanya untuk membiasakan murid-murid dengan cara menyukat isipadu cecair dengan
menggunakan sulatan piawai yang betul. Begitu juga dengan bikar yang mempunyai sukatan.
Bahan ini dapat kita gunakan ketika mengajar murid-murid dalam memperkenalkan konsep
isipadu cecair. Silinder penyukat dan bikar sebenarnya bukannya bahan yang asing bagi
murid-murid kerana bahan-bahan ini selalunya ada di makmal sains. Dengan menggunakan
kedua-dua bahan bantu mengajar ini, saya juga agar murid-murid memahami serba sedikit
tentang kegunaan skala di tepi bikar dan silinder penyukat itu tersebut sekaligus
menimbulkan semangat ingin tahu mereka.
http://www.youtube.com/watch?v=D_g0U3vxr18&feature=related
PENGENALAN
Isipadu cecair adalah kandungan cecair yang terdapat dalam sesuatu bekas. Ia disukat
dengan menggunakan alat penyukat cecair. Alat penyukat mempunyai 2 jenis iaitu alat
penyukat yang menggunakan alat yang digunakan dalam bentuk alat unit piawai dan alat
bukan unit piawai. Menyukat dalam unit piawai ialah menggunakan alat penyukat yang
mempunyai sukatan iaitu seperti bikar, tabung uji, picagari dan selinder penyukat. Manakala
menyukat dengan menggunakan unit bukan piawai ialah dengan menggunakan bahan yang
tiada penyukat yang tetap iaitu seperti cawan, mangkuk, jug air, botol, baldi dan gelas. Dalam
pengukuran, alat bukan piawai sebenar biasanya diukur dengan membuat perbandingan iaitu
seperti kurang, lebih atau sama. Manakala dalam pengukuran dengan mengunakan alat
piawai sebenar pula ia menggunakan unit dalam sistem metrik iaitu menggunakan sukatan
mililiter (ml) ataupun liter (l).
Satu daripada langkah pertama dalam pengukuran isipadu cecair ialah mengetahui apa
yang anda sukat. Mungkin bunyinya mudah, tetapi ia mungkin menjadi punca kesukaran bagi
kanak-kanak.Seperti kanak-kanak melakukan perbandingan-perbandingan ini, mereka bukan
sahaja meningkat kefahaman tentang sifat dan kosa kata yang dikaitkan, malahan mereka
juga turut mempelajari langkah-langkah yang akan membantu mereka menentukan sesuatu
nombor. Peringkat ini biasanya dipanggil pra-pengukuran, memandangkan tidak melibatkan
apa-apa nombor.
SALAH KONSEP / KEKELIRUAN
Ramai murid mengalami kekeliruan atau salah konsep dalam menyukat dan juga
membanding beza isipadu cecair. Dalam menyukat, kebiasaannya murid silap cara untuk
mendapatkan sukatan, dan murid juga keliru dalam membanding bezakan isipadu cecair
dengan menggunakan bekas yang berlainan daripada segi saiz dan bentuk bekas. Dalam
mengatasi masalah ini, guru hendaklah menggunakan pelbagai cara dan aktiviti dalam
pemahaman murid terhadap cara membaca sukatan dan juga membuat banding beza terhadap
isipadu cecair. Pelbagai bahan dan bekas boleh di bawa ke kelas. Alat-alat bantu mengajar ini
boleh didapati oleh murid di persekitaran rumah mereka .
Sekiranya seseorang itu mengganggap kapasiti sebagai satu sifat bagi bekas, maka
sifat ini boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak dengan bertanya,”Bekas mana yang ada
lebih isinya”.
Walau bagaimanapun, seorang guru perlu lebih berhati-hati dan mengetahui bahawa
berlaku salah konsep mengenai kapasiti dalam sesetengah kanak-kanak. Ramai kanak-kanak
datang ke sekolah dengan beberapa konsep panjang dan beberapa kosa kata yang berkaitan
dengannya. Tetapi mereka mempunyai idea yang sangat sedikit mengenai kapasiti. Walaupun
perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua bekas, kanak-kanak biasanya membuat
perbandingan mengenai panjang (atau lebih tepat, tingginya) berbanding kapasiti. Apabila
ditanya tentang bekas mana yang mempunyai lebih isi, sama ada bekas yang lebih tinggi
ataupun bekas yang pendek, kebanyakkan kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi
walaupun bekas yang pendek itu mempunyai lebih isi. Oleh itu, cara terbaik ialah bermula
dengan mengkaji kapasiti menggunakan perbandingan langsung.
Untuk membuat perbandingan langsung, kita perlukan beberapa jenis pengisi: air dan
pasir adalah mudah untuk kanak-kanak. Dengan diberi beberapa bekas, kanak-kanak boleh
mengisi satu bekas dan menuangnya ke satu bekas yang lain untuk melihat bekas yang boleh
mengisi lebih.
Screen-reader users, click here to turn off Google Instant.
Search Results
1.
bahan ppt i
400 × 223 - sagadbl.com