1
ISI KANDUNGAN
BAB 1: PENGENALAN
1 Pendahuluan 3
2 Objektif 3
3 Sasaran Kumpulan 3
4 Jenis-Jenis Sub-Skim 4
BAB 2: SUB-SKIM PENINGKATAN AKADEMIK (SPAk)
BAHAGIAN 1: SYARAT-SYARAT
1 Syarat-Syarat Utama 6
2 Syarat-Syarat Kelayakan Bagi Syarikat Tempat Pemohon Bekerja 7
3 Syarat-Syarat Kelayakan Akademik 9
4 Syarat-Syarat Khusus 11
5 Syarat-Syarat Tambahan 12
6 Pemohon yang Tidak Dipertimbangkan 12
7 Tatacara Menghadapkan Permohonan 13
BAHAGIAN 2: SYARAT-SYARAT DAN PENERANGAN UMUM BAGI PENERIMA BIASISWA
1 Syarat-Syarat bagi Penerima Biasiswa 15
2 Penerangan Umum bagi Penerima Biasiswa 19
BAHAGIAN 3: SYARAT DAN PENERANGAN UMUM BAGI MAJIKAN DAN SYARIKAT TEMPAT PEMOHON
BEKERJA
1 Syarat-Syarat dan Penerangan Umum bagi Majikan dan Syarikat 22
BAHAGIAN 4: KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN
1 Senarai Negara Tempat Kursus Mengikut Kumpulan 23
2 Kemudahan Sara Hidup 23
3 Kemudahan Pelajaran 25
4 Kemudahan Lain 25
5 Ringkasan Kemudahan yang Diberikan 26
BAB 3: SUB-SKIM PROFESSIONAL (SProf)
1 Syarat-Syarat Utama 29
2 Syarat-Syarat Kelayakan Syarikat Tempat Pemohon Bekerja 30
3 Syarat-Syarat Kelayakan 32
4 Syarat-Syarat Khusus 32
5 Syarat-Syarat Tambahan 33
6 Pemohon yang Tidak Dipertimbangkan 33
7 Tatacara Menghadapkan Permohonan 33
8 Tatacara Penganugerahan Biasiswa 35
9 Kemudahan yang Diberikan 35
2
BAB 1
PENGENALAN
3
BAB 1 PENGENALAN
1. PENDAHULUAN
1.1 Skim Pembangunan Keupayaan Sumber Tenaga Di Sektor Swasta ini
adalah sebahagian daripada usaha untuk menyahut Wawasan Brunei
2035 untuk melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi
dan berjaya. Skim ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti sumber
tenaga manusia di sektor swasta. Ini adalah untuk memperkukuhkan lagi
sektor swasta agar dapat mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi.
2. OBJEKTIF
2.1 Untuk menyahut Wawasan Brunei 2035 untuk menjadikan Negara Brunei
Darussalam dikenali di seluruh dunia dengan rakyat yang berpendidikan,
berkemahiran tinggi dan berjaya; dan
2.2 Meningkatkan keupayaan mahupun kelulusan akademik anak tempatan
dan penduduk tetap yang bekerja di sektor swasta supaya menjadi lebih
berdaya saing, profesional, marketable dan kurang ketergantungan
kepada pekerja asing bagi membantu mengukuhkan lagi sektor swasta
di Negara ini terutama bagi Syarikat/Perusahaan kecil dan sederhana
(SMEs) tempatan.
3. SASARAN KUMPULAN
3.1 Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Penduduk Tetap Negara
Brunei Darussalam yang bekerja secara tetap di sektor swasta;
3.2 Pemohon hendaklah yang sedang bekerja secara tetap (full-time) di
sektor swasta sekurang-kurangnya dua (02) tahun di syarikat yang sama
di Negara Brunei Darussalam. (Syarikat yang layak hendaklah yang
memenuhi syarat seperti dalam Bab 2, Bahagian 1 Para 2)
3.3 Pekerja yang berpotensi tinggi, berkelayakan dan disokong oleh majikan.
3.4 Pekerja yang memohon kursus yang berkaitan dengan tugas dan
keperluan syarikat.
4
4. JENIS-JENIS SUB-SKIM
Di bawah skim ini terdapat dua jenis Sub-Skim Pembangunan Keupayaan
Sumber Tenaga di Sektor Swasta, iaitu:
4.1. Sub-Skim Peningkatan Akademik (SPAk)
Pekerja di sektor swasta akan diberikan bantuan kewangan untuk
membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma
Kebangsaan, Diploma Tertinggi Kebangsaan, Ijazah Pertama dan Ijazah
Sarjana.
4.2. Sub-Skim Profesional (SProf)
Pekerja di sektor swasta akan diberikan bantuan kewangan untuk
mengikuti kursus profesional (atau Diploma Lepasan Ijazah atau Ikhtisas)
seperti ACCA, CFA, RIBA dan sebagainya tetapi secara tuntutan sahaja.
5
BAB 2
SUB-SKIM PENINGKATAN AKADEMIK
(SPAk)
BAHAGIAN 1: SYARAT-SYARAT
BAHAGIAN 2: PENERANGAN UMUM
BAHAGIAN 3: KEMUDAHAN
6
BAHAGIAN 1:
SYARAT-SYARAT SUB-SKIM PENINGKATAN AKADEMIK
1. SYARAT-SYARAT UTAMA
1.1 Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap Negara
Brunei Darussalam yang sedang bekerja secara tetap (full-time) di sektor
swasta (Syarikat yang layak hendaklah yang memenuhi syarat seperti
dalam Bab 2, Bahagian 1 Para 2).
1.2 Pemohon hendaklah berumur 45 tahun kebawah.
1.3 Pemohon hendaklah yang sedang bekerja secara tetap sekurang-
kurangnya dua tahun di salah sebuah syarikat swasta yang sama di
Negara Brunei Darussalam yang layak dan disokong serta dibenarkan
oleh majikan untuk mengikuti skim ini sama ada secara cuti belajar
bergaji atau tidak bergaji tertakluk kepada perundingan bersama
majikan.
1.4 Bagi yang bekerja sendiri (self-employed) tidak perlu menghadapkan
surat sokongan dari majikan, memadai dengan menghadapkan Sijil
Pendaftaran Perniagaan Bab 16 dan 17 dan penyata akaun syarikat.
Perniagaan hendaklah beroperasi secara aktif sekurang-kurangnya dua
(02) tahun dan pemohon perlu menghadapkan profil/prestasi syarikat
berserta apa jua rujukan berkenaan.
1.5 Bagi memastikan kesahihan tempoh pekerjaan, pemohon perlulah
menghadapkan salinan penyata Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan
Supplemental Contributory Pensions (SCP) yang terkini.
1.6 Sub-Skim ini dibukakan untuk institusi tempatan sahaja bagi peringkat
Diploma Kebangsaan (National Diploma), Diploma Kebangsaan Tertinggi
(Higher National Diploma) dan peringkat Ijazah Pertama (Degree),
manakala bagi peringkat Ijazah Sarjana (Masters) akan dibukakan untuk
institusi di dalam dan luar negeri.
1.7 Sub-Skim ini dibukakan bagi pengajian sepenuh masa (full-time) dan
secara sambilan (part-time). Jika tempat pengajian adalah di luar negeri,
cara pengajian hendaklah secara sepenuh masa atau full-time sahaja.
1.8 Kursus dan institusi pengajian tinggi yang dipohonkan hendaklah diiktiraf
oleh Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) atau Brunei
Darussalam Technical and Vocational Education Council (BDTVEC).
7
1.9 Kerajaan tidak akan membiayai kursus yang berbentuk twinning,
matrikulasi, foundation, unibridge, bridging atau yang sebanding
dengannya.
1.10 Pemohon yang telah menerima anugerah biasiswa dari majikan tidak
akan dipertimbangkan untuk menerima biasiswa Skim PSTS ini.
2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BAGI SYARIKAT TEMPAT PEMOHON BEKERJA
2.1 Syarikat yang layak
2.1.1 Syarikat hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
a. Beroperasi secara aktif sekurang-kurangnya dua (02) tahun;
b. Mempunyai Sijil Pendaftaran Perniagaan Bab 16 dan 17;
c. Proses pengambilan dan lantikan pekerja tidak melalui
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);
d. Syarikat/ perusahaan yang termasuk di dalam kategori
promoted sektor (berdasarkan RKN 10) yang berikut adalah
diberikan keutamaan iaitu:
Finance & Services
ICT
Hospitality & Tourism
Transportation & Logistics
Halal
Creative Industry
Education Services
Nota: Pemohon yang sedang bekerja di syarikat/perusahaan
kecil dan sederhana (SMEs) adalah diberikan keutamaan.
2.1.2 Syarat permohonan adalah tertakluk kepada jumlah pekerja
syarikat yang layak seperti berikut:
Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih dari seratus
(100) orang, permohonan biasiswa adalah mengikut nisbah
yang ditetapkan bagi setiap sesi pengambilan mengikut
peringkat pengajian iaitu:
8
Bil. Peringkat
Pengajian
Nisbah
(Syarikat:
Kerajaan)
Penerangan mengenai
nisbah pemberian biasiswa
yang ditetapkan
1 Masters Tidak
terhad
Jika syarikat menghantar
seorang pekerja bagi
mengikuti kursus pengajian
dengan menggunakan
pembiayaan syarikat (using
company’s HRD Fund), pihak
Kerajaan akan memberikan
biasiswa kepada pekerja lain
yang layak dan disokong
oleh syarikat. Jumlah kuota
yang diberikan adalah
tertakluk peringkat
pengajian.
Nota: Berdasarkan nisbah
yang ditetapkan, kerajaan
akan membiayai tidak lebih
dari 05 orang bagi setiap
sesi pengambilan.
2 Degree 1:1
3 HND 2:1
4 Diploma 2:1
Nota:
Jika Syarikat tidak menghantar mana-mana pekerja
untuk melanjutkan pengajian dengan menggunakan
perbelanjaan syarikat, permohonan biasiswa bagi mana-
mana pekerja syarikat tersebut tidak akan
dipertimbangkan.
Bagi syarikat yang mempunyai pekerja kurang dari seratus
(100) orang, tidak ada nisbah yang dikenakan bagi
pemohonan biasiswa.
2.1.3 Mana-mana permohonan biasiswa dari pekerja yang sedang
bekerja di syarikat yang tidak memenuhi syarat, tidak akan
dipertimbangkan.
9
3. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK
3.1 Peringkat Ijazah Sarjana (Masters)
3.1.1 Ijazah Pertama dalam bidang kursus yang relevan dengan
mendapat Kepujian (Honours) dan sekurang-kurangnya Kelas
Kedua Bawah (2:2) dari institusi pengajian yang diiktiraf oleh MKPK
termasuk institusi pengajian tempatan, atau kelulusan yang diiktiraf
oleh Kerajaan sebagai sebanding dengannya.
Nota: Pemohon yang mendapat Kelas Ketiga tetapi mendapat
tawaran dari universiti terkemuka (Top 10 QS World University
Rankings) akan dipertimbangkan secara case-by-case basis;
ATAU
Ijazah Pertama tidak bertaraf kepujian (Honours) di bawah program
dan sistem yang tidak menawarkan Ijazah Kepujian (Honours) boleh
dipertimbangkan jika markah kelulusan Ijazah Pertama tersebut
secara keseluruhan di peringkat high pass atau memenuhi mana-
mana sistem penilaian markah yang boleh diterima;
ATAU
Pemohon yang mempunyai kelulusan Diploma Kebangsaan
Tertinggi (Higher National Diploma) dalam bidang kursus yang
relevan akan dipertimbangkan dengan syarat pemohon
menghadapkan surat pengesahan dari BDTVEC dan/atau MKPK
yang mana mengesahkan bahawa pemohon dibenarkan
mengikuti kursus yang dipohonkan.
3.1.2 Tempoh pengajian maksimum ialah sehingga dua tahun secara
sepenuh masa (full-time) atau tiga tahun akademik secara sambilan
(part-time) mengikut tempoh kursus yang ditawarkan.
3.2 Peringkat Ijazah Pertama (Degree)
3.2.1 Diploma Kebangsaan Tertinggi dalam bidang kursus yang relevan
dari institusi pengajian yang diiktiraf oleh MKPK termasuk institusi
pengajian tempatan, atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan
sebagai sebanding dengannya;
ATAU
Mempunyai sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran dalam
Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Lanjutan
(GCE A-Level) yang berkait rapat dengan kursus yang dipohonkan,
atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan sebagai sebanding
dengannya;
ATAU
10
Pemohon yang mempunyai kelulusan Diploma Kebangsaan
(National Diploma) dalam bidang kursus yang relevan akan
dipertimbangkan dengan syarat pemohon menghadapkan surat
pengesahan dari BDTVEC dan/atau MKPK yang mana
mengesahkan bahawa pemohon dibenarkan mengikuti kursus
yang dipohonkan.
3.2.2 Tempoh pengajian maksimum ialah sehingga empat tahun
mengikut tempoh kursus yang ditawarkan.
3.3 Peringkat Diploma Kebangsaan Tertinggi (Higher National Diploma) atau
sebanding
3.3.1 Sijil Kebangsaan Tertinggi (Higher National Certificate) atau
Diploma Kebangsaan (National Diploma) dalam bidang kursus
yang relevan dari institusi pengajian yang diiktiraf oleh MKPK
termasuk institusi pengajian tempatan, atau kelulusan yang diiktiraf
oleh Kerajaan sebagai sebanding dengannya;
ATAU
Mempunyai sekurang-kurangnya 1 mata pelajaran dalam
Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Lanjutan
(GCE A-Level) dan sekurang-kurangnya 4 mata pelajaran dalam
Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa
(GCE O-Level);
ATAU
Pemohon yang mempunyai kelulusan Pre-National Diploma dalam
bidang kursus yang relevan akan dipertimbangkan dengan syarat
pemohon menghadapkan surat pengesahan dari BDTVEC
dan/atau MKPK yang mana mengesahkan bahawa pemohon
dibenarkan mengikuti kursus yang dipohonkan.
3.3.2 Tempoh pengajian maksimum ialah sehingga dua tahun setengah
akademik secara sepenuh masa (full-time) atau tiga tahun
akademik secara sambilan (part-time) mengikut tempoh kursus
yang ditawarkan.
3.4 Peringkat Diploma Kebangsaan (National Diploma) atau sebanding
3.4.1 Pre-National Diploma dalam bidang kursus yang relevan dari
institusi pengajian yang diiktiraf oleh MKPK termasuk institusi
pengajian tempatan, atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan
sebagai sebanding dengannya;
ATAU
Mempunyai sekurang-kurangnya 4 Kepujian (Credit) dalam mata
pelajaran yang berkaitan dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran
Brunei Cambridge Peringkat Biasa (GCE O-Level).
11
3.4.2 Tempoh pengajian maksimum ialah sehingga dua tahun setengah
secara sepenuh masa (full-time) atau tiga tahun akademik secara
sambilan (part-time) mengikut tempoh kursus yang ditawarkan
4. SYARAT-SYARAT KHUSUS
4.1 Pemohon-pemohon yang memohon kursus yang bahasa
penghantarnya Bahasa Inggeris mestilah mempunyai kelulusan Bahasa
Inggeris melalui salah satu kaedah berikut:
4.1.1 Memperolehi sekurang-kurangnya Kepujian (Credit) dalam
matapelajaran Bahasa Inggeris dalam Peperiksaan Sijil Am
Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa (GCE O-Level); atau
4.1.2 Memperolehi International English Language Testing System (IELTS)
dalam tempoh tiga tahun sebelum tarikh kursus bermula dengan
mendapat minimum Overall Band 6.5 (bagi peringkat Masters),
Overall Band 6.0 (bagi peringkat Degree, HND dan Diploma); atau
4.1.3 Memperolehi minimum Gred C mata pelajaran Kertas Am
(General Paper) dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei
Cambridge Peringkat Lanjutan (GCE A-Level); atau
4.1.4 Memperolehi minimum Gred C mata pelajaran English as a
Second Language dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei
Cambridge Peringkat Pendidikan Menengah (IGCSE); atau
4.1.5 Kelulusan The Certificate for Communication in Technical English
dari City and Guild of London Institute; atau
4.1.6 Memperolehi kelulusan Test of English as a Foreign Language
(TOEFL) dalam tempoh tiga tahun sebelum tarikh kursus bermula.
4.2 Bagi kursus di luar negeri, institusi pengajian yang dipilih mestilah dari
Universiti:
4.2.1 Bertaraf “Top 50” termasuk mengikut disiplin dari senarai Times
Online Good University Guide UK atau The Guardian University
Guide; atau
4.2.2 Bagi negara-negara lain, mestilah dari Universiti dalam senarai
“Top 400” QS World University Ranking 2014/2015
(www.topuniversities.com).
4.3 Bagi pemohon Ijazah Sarjana (Masters), jika berkenaan, dikehendaki
menyertakan cadangan bidang kajian (research proposal) yang dapat
menunjukkan kesesuaian tajuk (topic) dan perinciannya sejajar dengan
perancangan strategik syarikat atau Negara.
12
4.4 Kursus yang dipohon dan disokong hendaklah berkaitan dengan tugas
dan tanggungjawab serta jawatan yang dipegang oleh pemohon
tersebut.
5. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
5.1 Penerima biasiswa dimestikan menandatangani surat perjanjian dengan
pihak Kerajaan.
5.2 Disahkan sihat dalam pemeriksaan kesihatan.
5.3 Jika dikehendaki oleh Kerajaan, hendaklah lulus Ujian Lisan Bahasa Melayu
yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Ujian Lisan Bahasa Melayu,
Kementerian Pendidikan.
5.4 Jika dikehendaki oleh Kerajaan, pemohon Masters ke luar negeri
hendaklah lulus temuduga yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pandu.
6. PEMOHON YANG TIDAK DIPERTIMBANGKAN
6.1 Tidak memenuhi kehendak syarat-syarat seperti yang ditetapkan di
perenggan 1 hingga 5.
6.2 Pemohon tidak akan dipertimbangkan untuk mengikuti kursus di tahap
yang sama dengan kelulusan yang telah diperolehi. Bagaimanapun
pertimbangan akan diberikan jika bidang yang dipohonkan itu adalah
berlainan dan diperlukan oleh tugas, tanggungjawab dan jawatan
yang dipegang atau yang akan dijalankan di masa akan datang
mengikut perancangan.
6.3 Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan sama ada dalam
jawatan tetap, percubaan, gaji hari, sebulan ke sebulan, open vote, site
staff atau menerima gaji melalui baucer tidak akan dipertimbangkan.
6.4 Pemohon yang sedang berkhidmat dengan syarikat yang tidak
memenuhi syarat syarikat yang layak seperti dalam Bab 2, Bahagian 1
Para 2.
6.5 Pemohon yang tidak mendapatkan kebenaran dan sokongan majikan
dengan cara yang ditetapkan oleh pihak majikan.
6.6 Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup yang ditetapkan atau
yang tidak lengkap diisi atau sijil dokumen yang dihadapkan tidak
disahkan atau mempunyai maklumat palsu tidak akan
dipertimbangkan.
13
7. TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN
7.1 Pemohon hendaklah memohon ke institusi pengajian yang berkenaan
untuk mendapatkan tawaran tempat kursus;
7.2 Pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran dan sokongan majikan
terlebih dahulu bagi mengikuti kursus yang dipohonkan sebelum
memohon Skim PSTS.
Nota: Prosedur permohonan kebenaran dan syarat sokongan adalah
tertakluk kepada syarikat masing-masing
7.3 Pemohon hendaklah mendaftar dan mengisikan borang permohonan
Skim PSTS melalui laman sesawang www.depd.gov.bn atau
e-darussalam.
7.4 Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya enam (06) bulan
sebelum bermula kursus yang dipohonkan.
7.5
7.6
Pemohon hendaklah mengembalikan dokumen-dokumen yang
lengkap beserta semua salinan sijil yang berkaitan setelah berjaya
membuat permohonan secara online.
Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama borang
permohonan PSTS/A dan disahkan oleh majikan:
Surat pengesahan dari majikan menyatakan tarikh mula dan
tamat (jika berkenaan) perkhidmatan
Surat Pengesahan atau bukti dari majikan mengenai pekerja-
pekerja yang dibenarkan untuk mengikuti kursus pengajian yang
menggunakan biayaan syarikat (bagi pemohon yang bekerja di
syarikat yang mempunyai pekerja lebih dari 100 orang sahaja)
Surat sokongan dan kebenaran dari majikan untuk mengikuti
kursus pengajian yang dipohonkan
Salinan sijil-sijil kelulusan akademik
Salinan sijil-sijil kelulusan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu yang
terkini
Salinan sijil kerakyatan Negara Brunei Darussalam (jika
berkenaan)
Salinan surat beranak
14
Salinan kad pengenalan
Salinan surat penerimaan tawaran kursus dari institusi pengajian,
jika ada
Salinan penyata Tabung Amanah Pekerjaan (TAP) yang terkini
Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan Bab 16 dan 17 (jika
berkenaan)
Surat pengesahan dari Brunei Darussalam Technical and
Vocational Education Council, Kementerian Pendidikan (jika
berkenaan)
Surat pengiktirafan dari Majlis Kebangsaan Pengiktirafan
Kelulusan,
Kementerian Pendidikan (jika berkenaan)
7.7 Penilaian pemohon yang disokong atau untuk diberikan tawaran, jika
diperlukan, akan dibuat melalui sistem ujian atau/dan temuduga.
15
BAHAGIAN 2
SYARAT-SYARAT DAN PENERANGAN UMUM BAGI PENERIMA BIASISWA
1. SYARAT-SYARAT BAGI PENERIMA BIASISWA
1.1 Pemohon yang berjaya menerima tawaran biasiswa dimestikan mengisi
borang PSTS/D di mana pemohon dikehendaki menyatakan sama ada
pemohon bersetuju atau tidak bersetuju menerima biasiswa yang
ditawarkan
1.2 Penerima biasiswa dikehendaki mengisi borang PSTS/E di mana mereka
dimestikan untuk melapor keputusan peperiksaan kepada pihak JPKE
setiap semester. Jika gagal berbuat demikian, pembayaran yuran dan
kemudahan elaun tidak akan diproses.
1.3 Menarik Diri
1.3.1 Bagi pelajar yang sudah menerima tawaran biasiswa, pelajar
hendaklah menghadapkan surat permohonan menarik diri
sekurang-kurangnya dua bulan sebelum tarikh menarik diri
dengan menyertakan alasan yang kukuh dan munasabah serta
salinan surat bukti tertakluk kepada alasan yang diberikan.
1.3.2 Pelajar tidak boleh menarik diri/berhenti sebelum menerima
surat kebenaran dari pihak JPKE
1.3.3 Permohonan menarik diri akan dihadapkan ke Jawatankuasa
Pandu Skim BPTV dan Skim PSTS bagi mendapatkan ketetapan.
1.4 Penangguhan Kursus
1.4.1 Bagi pelajar yang sudah menerima tawaran biasiswa dan ingin
menangguhkan kursus sebelum atau setelah memulakan kursus,
pelajar hendaklah menghadapkan surat permohonan
menangguhkan kursus dari tempat pengajian dan majikan ke
JPKE sekurang-kurangnya dua bulan sebelum dengan
menyertakan alasan yang kukuh dan munasabah.
1.4.2 Pelajar tidak boleh menangguhkan kursus sebelum mendapat
kebenaran dari pihak JPKE.
1.4.3 Permohonan menangguhkan kursus akan dihadapkan ke
Jawatankuasa Pandu Skim BPTV dan Skim PSTS bagi
mendapatkan ketetapan.
1.4.4 Jika didapati pelajar berhenti menghadiri kelas dengan niat
untuk menangguhkan kursus tanpa kebenaran dari
Jawatankuasa Pandu, biasiswa akan ditamatkan serta merta
dan pelajar akan dikenakan membayar balik kesemua kos
pengajian (termasuk yuran dan elaun) sepanjang kursus.
16
1.5 Pelajar Wanita yang Mengandung
1.5.1 Pelajar wanita yang mengandung sebelum atau setelah
memulakan kursus boleh menghadapkan permohonan untuk
menangguhkan kursus sekurang-kurangnya dua bulan sebelum
tarikh menangguhkan kursus dengan menyertakan laporan
kesihatan, pengesahan kebenaran dari institusi pengajian dan
surat kebenaran dari majikan mengenai penangguhan
berkenaan berserta maklumat mengenai jangkaan tarikh
memulakan kursus selepas cuti bersalinnya berakhir.
1.5.2 Pelajar tersebut tidak dibenarkan untuk menangguhkan kursus
melebihi satu tahun setelah diberikan kebenaran.
1.5.3 Permohonan menangguhkan kursus akan dihadapkan ke
Jawatankuasa Pandu Skim BPTV dan Skim PSTS bagi
mendapatkan ketetapan.
1.5.4 Jika didapati pelajar tersebut menangguhkan kursus lebih dari
satu tahun dan gagal melaporkan diri ke JPKE dan memulakan
kursus selepas cuti bersalinnya berakhir, biasiswa akan
ditamatkan serta merta dan pelajar akan dikenakan
membayar balik kesemua kos pengajian (termasuk yuran dan
elaun) sepanjang kursus.
1.6 Tidak Menghadiri Kuliah atau Menduduki Peperiksaan
1.6.1 Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian dan ingin
memohon pertimbangan untuk tidak menghadiri kuliah atau
tidak menduduki peperiksaan disebabkan oleh alasan yang
kukuh dan munasabah hendaklah mendapatkan kebenaran
dari Jawatankuasa Pandu terlebih dahulu dengan
menghadapkan permohonan sekurang-kurangnya dua bulan
sebelum tarikh tidak menghadiri kuliah atau tarikh peperiksaan.
1.6.2 Jika didapati pelajar tidak menghadiri kuliah atau tidak
menduduki peperiksaan tanpa kebenaran dari Jawatankuasa
Pandu setelah menerima tiga surat amaran dari pihak JPKE,
biasiswa akan digantung dengan serta merta.
1.6.3 Sila rujuk Para 1.10 untuk tindakan selanjutnya.
17
1.7 Gagal dalam Pengajian
1.7.1 Pelajar yang gagal peperiksaannya bagi kali pertama dan
dibenarkan untuk mengulang peperiksaan (resit) hendaklah
meneruskan pengajian dalam kursus dan tempat yang sama
dan tidak dibenarkan menangguhkan kursus. Bayaran bagi
mengulang peperiksaan (resit) hendaklah ditanggung sendiri
oleh pelajar tersebut.
1.7.2 Jika pelajar gagal dan terpaksa mengulang tahun pengajian
(repeat), biasiswa akan digantung dengan serta merta. Pelajar
dibenarkan untuk mengulang tahun pengajian (repeat) tetapi
bayarannya hendaklah ditanggung sendiri oleh pelajar
tersebut.
1.7.3 Bagi pelajar yang gagal menamatkan pengajian seperti yang
ditetapkan (selepas mengulang satu tahun pengajian),
biasiswa akan ditamatkan serta merta dan pelajar akan
dikenakan membayar balik kesemua kos pengajian (termasuk
yuran dan elaun) sepanjang kursus.
1.7.4 Pelajar yang gagal dan tidak dibenarkan mengulang oleh
institusi hendaklah memaklumkan kepada JPKE selewat-
lewatnya sehari (bagi pelajar dalam negeri) dan tiga hari (bagi
pelajar luar negeri) setelah menerima keputusan gagal dari
institusi pengajian dengan menghadapkan salinan report
akademik.
1.7.5 Pelajar yang gagal dan tidak dibenarkan mengulang oleh
Kerajaan hendaklah melapor diri ke JPKE selewat-lewatnya
sehari (bagi pelajar dalam negeri) dan satu minggu (bagi
pelajar luar negeri) setelah berada di Negara Brunei
Darussalam dengan menghadapkan salinan report akademik.
1.8 Melanjutkan Tempoh Biasiswa
1.8.1 Pelajar hendaklah mengikuti kursus dari tarikh awal
dianugerahkan biasiswa sehingga tarikh biasiswa berakhir
seperti yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pandu dan
tidak dibenarkan melanjutkan tempoh biasiswa tanpa
kebenaran dari Jawatankuasa Pandu.
1.8.2 Bagi pelajar yang ingin memohon pertimbangan untuk
melanjutkan tempoh biasiswa hendaklah menghadapkan
permohonan sekurang-kurangnya dua bulan sebelum tarikh
biasiswa berakhir dengan memberikan alasan yang kukuh dan
munasabah beserta surat pengesahan dari institusi pengajian
dan kebenaran dari majikan.
18
1.8.3 Jika didapati pelajar melanjutkan tempoh biasiswa tanpa
kebenaran dari Jawatankuasa Pandu, biasiswa akan
ditamatkan serta merta dan pelajar akan dikenakan membayar
balik kesemua kos pengajian (termasuk yuran dan elaun)
sepanjang kursus.
1.9 Menukar Kursus atau Tempat Pengajian
1.9.1 Pelajar hendaklah mengikuti kursus dan di tempat yang sudah
ditetapkan oleh Jawatankuasa Pandu dan tidak dibenarkan
menukar kursus atau tempat pengajian tanpa kebenaran dari
Jawatankuasa Pandu
1.9.2 Bagi pelajar yang ingin memohon pertimbangan untuk
menukar kursus atau tempat pengajian hendaklah
menghadapkan permohonan sekurang-kurangnya dua bulan
sebelum tarikh menukar kursus atau tempat pengajian dengan
memberikan alasan yang kukuh dan munasabah beserta surat
kebenaran dari majikan.
1.9.3 Jika didapati pelajar menukar kursus atau tempat pengajian
tanpa kebenaran dari Jawatankuasa Pandu, biasiswa akan
ditamatkan serta merta dan pelajar akan dikenakan membayar
balik kesemua kos pengajian (termasuk yuran dan elaun)
sepanjang kursus.
1.10 Penggantungan Biasiswa
1.10.1 Pelajar yang digantung biasiswanya tidak akan menerima
sebarang elaun dan kemudahan-kemudahan lain. Pelajar
hanya akan menerima elaun dan kemudahan-kemudahan lain
setelah diberikan kebenaran menyambung biasiswa.
1.10.2 Pelajar yang digantung biasiswanya tidak akan disambung
secara otomatik bagi tahun pengajian berikutnya. Pelajar boleh
menghadapkan permohonan untuk menyambung semula
biasiswa kepada pihak JPKE dengan menyertakan laporan
pengajian yang lengkap dan terkini dari institusi pengajian dan
kebenaran dari majikan dan akan dipertimbangkan oleh
Jawatankuasa Pandu.
1.10.3 Pelajar hanya akan diberikan masa satu tahun untuk
menyambung semula biasiswa yang telah digantung. Jika
gagal mendapatkan kebenaran untuk menyambung biasiswa
selepas satu tahun, biasiswa akan ditamatkan serta merta dan
pelajar akan dikenakan membayar balik kesemua kos
pengajian (termasuk yuran dan elaun) sepanjang kursus.
1.10.4 Penggantungan biasiswa hanya dibenarkan sekali sahaja bagi
setiap pelajar di setiap peringkat.
19
1.10.5 Pelajar yang didapati melakukan perkara yang tersebut di
bawah akan digantung biasiswa dengan serta merta:
a. Tidak menghadiri kuliah atau menduduki peperiksaan
tanpa kebenaran setelah menerima tiga surat amaran
dari pihak JPKE (sila rujuk Para 1.6); dan
b. Mengulang tahun pengajian (sila rujuk Para 1.7).
1.11 Penamatan Biasiswa
1.11.1 Pelajar yang didapati melakukan apa jua kesalahan yang
tersebut di bawah akan ditamatkan biasiswa dengan serta
merta dan pelajar akan dikenakan membayar balik kesemua
kos pengajian (termasuk yuran dan elaun) sepanjang kursus:
a. Gagal dalam peperiksaan (sila rujuk kepada Para 1.7);
b. Kedatangan sekolah yang tidak memuaskan (kurang
dari 85% dari jumlah kehadiran);
c. Penyalahgunaan dadah;
d. Melanggar undang-undang jenayah;
e. Penglibatan dalam pergerakan atau pertubuhan politik;
f. Penyelewengan dari kepercayaan ahli Sunnah Wal
Jamaah bagi pelajar-pelajar yang berugama Islam;
g. Mengembangluaskan agama lain selain daripada
ugama
Islam;
h. Berhenti menghadiri kelas atau menarik diri tanpa
kebenaran semasa berkursus;
i. Menangguhkan atau menukar kursus/institusi tanpa
kebenaran; dan
j. Melanggar etika dan disiplin institusi.
1.11.2 Pelajar yang dikenakan membayar balik kos pengajian kerana
sebab perkara-perkara di atas tetapi gagal untuk membayar
balik kos pengajian tersebut di dalam tempoh yang ditetapkan
akan diambil tindakan undang-undang
2. PENERANGAN UMUM BAGI PENERIMA BIASISWA
2.1 Skim ini tidak terikat dengan pemberian jawatan di sektor Kerajaan
mahupun di sektor swasta. Skim ini juga tidak menjanjikan tanggagaji
yang lebih tinggi kepada pelajar yang berjaya dan ianya adalah
tertakluk kepada perundingan di antara pelajar dan majikan
20
2.2 Surat Perjanjian Dengan Kerajaan
2.2.1 Penerima biasiswa dimestikan menandatangani surat perjanjian
dengan pihak Kerajaan. Pelajar hendaklah terlebih dahulu
meneliti dan memahami isi kandungan surat perjanjian.
2.2.2 Pelajar berserta dua orang penjaminnya dimestikan
menandatangani surat perjanjian tersebut dan dengan itu pelajar
adalah dengan sendirinya berjanji dan berikrar untuk belajar
dengan tekun dan gigih serta mematuhi segala peraturan dan
syarat-syarat yang terkandung dalam surat perjanjian dan
manamana peraturan yang akan dikuatkuasakan oleh pihak
Kerajaan dari semasa ke semasa
2.2.3 Semua pelajar diikat janji untuk berkhidmat di sektor swasta di
Negara Brunei Darussalam pada bila-bila masa selepas berjaya
lulus pengajian bagi tempoh lima (5) tahun bagi yang mengikuti
tempoh kursus satu (1) tahun hingga empat (4) tahun.
2.2.4
2.2.5
Pelajar akan disekat dari mana-mana permohonan jawatan di
kerajaan melalui system permohonan jawatan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA) selama tempoh ikat janji.
Jika pelajar melanggar ikat janji yang telah ditetapkan, pelajar
adalah dikehendaki untuk membayar balik kesemua kos
pengajian (termasuk yuran dan elaun) yang telah dibiayai
sepanjang tempoh pengajian.
2.3 Bagi Pelajar yang Berjaya Menamatkan Kursus
2.3.1 Pelajar mestilah memaklumkan tarikh tamat pengajian kepada
pihak JPKE atau wakil Kerajaan di luar negeri sekurang-kurangnya
dua bulan sebelum kursus berakhir. Kegagalan pelajar
memberikan tarikh tamat pengajian dua bulan sebelum kursus
berakhir mungkin akan menjejaskan proses pembayaran elaun
dan kemudahan lain.
2.3.2 Bagi pelajar yang menuntut di luar negeri adalah diaturkan
segera balik ke tanahair selewat-lewatnya satu minggu selepas
tamat pengajian dan akan diberikan kemudahan-kemudahan
seperti di bawah:
a. Tambang satu hala ke Negara Brunei Darussalam.
b. Pengiriman barang-barang persendirian
21
2.3.3 Pelajar yang telah berjaya tamat pengajian adalah dikehendaki
untuk melapor diri kepada JPKE selewat-lewatnya satu minggu
selepas menamatkan kursus dan bagi pelajar yang berkursus di
luar negeri selewat-lewatnya satu minggu selepas berada di
Negara Brunei Darussalam dengan menghadapkan sijil report
akademik.
2.3.4 Pelajar adalah dikehendaki untuk menghadapkan Laporan Kursus
dan salinan Disertasi (jika berkenaan) yang dijilid dengan hard
cover sebaik saja menamatkan kursus dan selewat-lewatnya 3
minggu dari tarikh selepas melapor diri. Salinan sijil kelulusan
hendaklah dihadapkan kepada Ketua Pengarah JPKE selewat-
lewatnya 14 hari dari sijil diterima.
Nota: Definasi tarikh tamat pengajian adalah tarikh peperiksaan
terakhir pengajian atau tarikh terakhir menyerahkan disertasi.
2.4 Meninggalkan Negeri Tempat Berkursus
2.4.1 Meninggalkan negeri tempat belajar semasa sesi kursus berjalan
perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Pengarah
Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) dengan
pengesahan rasmi pusat pengajian di mana pelajar menjalani
kursus.
2.4.2 Meninggalkan negeri tempat belajar semasa cuti pengajian,
kebenaran tidak perlu diperolehi daripada mana-mana pihak
tetapi memadai dengan memberi makluman kepada Ketua
Pengarah JPKE atau wakil Kerajaan di luar negeri.
Nota:
Elaun Sara Hidup dan Elaun Tempat Tinggal dibayar seperti biasa
di sepanjang cuti pengajian untuk ditadbir sendiri sekalipun
melibatkan percutian meninggalkan tempat belajar untuk
kembali ke tanah air atau ke Negara-negara lain.
22
BAHAGIAN 3
SYARAT DAN PENERANGAN UMUM BAGI MAJIKAN DAN SYARIKAT
TEMPAT PEMOHON BEKERJA
1. SYARAT DAN PENERANGAN UMUM
1.1 Majikan perlu untuk memastikan pekerja-pekerja mengetahui tentang
prosedur-prosedur yang betul dalam mendapatkan kebenaran dan
sokongan majikan bagi mengikuti kursus pengajian di bawah skim ini;
1.2 Sebelum memberikan kebenaran dan sokongan kepada pekerja yang ingin
memohon skim ini, adalah perlu untuk memastikan bahawa kursus yang
dipohonkan pekerja adalah yang berkaitan dengan tugas dan keperluan
syarikat;
1.3 Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih dari seratus (100) orang,
permohonan biasiswa adalah mengikut kadar nisbah yang ditetapkan bagi
setiap sesi pengambilan (seperti dalam Bahagian 1, Bab 1 Para 2) dan
majikan adalah dikehendaki untuk memberikan surat pengesahan ke JPKE
beserta nama pekerja, nama kursus, nama tempat kursus dan tarikh
pengajian bagi pekerja-pekerja yang akan dihantar untuk menjalani
pengajian dengan perbelanjaan syarikat;
1.4 Kebenaran untuk pekerja menjalani kursus pengajian secara sepenuh masa
(full-time) atau separuh masa (part-time) sama ada cuti tidak bergaji atau
bergaji di bawah skim ini adalah tertakluk kepada majikan;
1.5 Jika kebenaran diberikan kepada pekerja bagi menjalani kursus pengajian
secara sepenuh masa (full-time) tanpa bergaji, maka majikan adalah
dikehendaki untuk membayar 10% atau tidak melebihi BND 150 dari gaji
pokok pekerja tersebut sebagai elaun tambahan.
1.6 Majikan hendaklah memastikan pekerja yang diberikan kebenaran untuk
mengikuti skim ini akan berkhidmat semula di syarikat setelah pekerja
menamatkan pengajiannya.
23
BAHAGIAN 4
KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN
1. SENARAI NEGARA TEMPAT KURSUS MENGIKUT KUMPULAN
Kumpulan Nama Negeri
Kumpulan A
(Termasuk Negara-negara lain
yang mempunyai tahap
perbelanjaan sara hidup yang
sebanding)
United Kingdom, United States of America,
Jepun, Russia, South Korea, Switzerland,
Denmark, Hong Kong, Norway, Italy, France,
Ireland, Austria, Sweden, Australia, Finland
Kumpulan B
(Termasuk Negara-negara lain
yang mempunyai tahap
perbelanjaan sara hidup yang
sebanding)
Turkey, Netherland, China (tetapi Beijing dan
Shanghai di bawah Kumpulan A), Germany,
Luxembourg, Singapore, Belgium, Spain,
Vietnam, Jordan, Kuwait, New Zealand,
Canada, Saudi Arabia, Mexico, Nigeria,
Egypt
Kumpulan C
(Termasuk Negara-negara lain
yang mempunyai tahap
perbelanjaan sara hidup yang
sebanding)
Indonesia (Tetapi Jakarta adalah di bawah
Kumpulan B), India, Malaysia, Thailand,
Bangladesh, Sri Lanka, Philippines
Kumpulan
2. KEMUDAHAN SARA HIDUP (LIVING BENEFITS)
2.1 Elaun Sara Hidup
2.1.1
Elaun Sara Hidup akan diberikan secara bulanan kepada pelajar
SPAk seperti berikut :
a) Pelajar yang menjalani kursus di dalam negeri secara
sepenuh masa (full-time) yang diberikan cuti tanpa
bergaji; dan
b) Pelajar yang menjalani kursus di luar negeri secara
sepenuh masa (full-time) yang bergaji atau tidak.
24
2.1.2 Elaun Sara Hidup tidak akan diberikan kepada pelajar berikut:
a) Pelajar yang menjalani kursus di dalam negeri secara
sepenuh masa (full-time) masih diberikan gaji sepanjang
tempoh pengajian; dan
b) Pelajar yang menjalani kursus secara part time.
Negara Tempat Pengajian Kadar Elaun
(BND)
Kumpulan A 1,800
Kumpulan B 1,500
Kumpulan C 1,200
Negara Brunei
Darussalam
Masters, Degree dan HND 800
Diploma 600
2.2 Elaun Tempat Tinggal
Elaun Tempat Tinggal akan diberikan secara bulanan kepada pelajar
SPAk yang belajar di luar negeri sahaja
Nota: Jika ada suami dan isteri berjaya mendapat tawaran Skim PSTS
pada masa yang sama dan mengikuti pengajian di tempat yang sama,
hanya salah seorang dari suami atau isteri sahaja yang akan menerima
Elaun Tempat Tinggal.
Negara Tempat Pengajian Kadar Elaun (BND)
Kumpulan A 1,200
Kumpulan B 1,000
Kumpulan C 500
Negara Brunei Darussalam Tidak diberikan
2.3
Elaun Perjalanan
Elaun Perjalanan akan diberikan secara bulanan kepada pelajar SPAk
yang belajar secara sepenuh masa (full-time) sahaja samada yang
bergaji atau tidak termasuk pelajar di luar dan dalam negeri.
Negara Tempat Pengajian Kadar Elaun (BND)
Kumpulan A 100
Kumpulan B 80
Kumpulan C 50
Negara Brunei Darussalam 50
25
3. KEMUDAHAN PELAJARAN
3.1 Yuran Pengajian dan Peperiksaan
Bagi pelajar SPAk, Kerajaan akan membayar yuran pengajian dan
peperiksaan kursus berasaskan tuntutan rasmi institusi pengajian sahaja.
3.2 Elaun Buku
Elaun Buku adalah dikhususkan untuk membantu pembelian buku teks
dan yang berkaitan dengan kursus yang diikuti oleh pelajar tersebut.
Negara Tempat Pengajian Kadar Elaun (BND)
Kumpulan A 500
Kumpulan B 500
Kumpulan C 500
Negara Brunei Darussalam 500
Pelajar SPAk akan layak menerima Elaun Buku pada kadar maksimum
BND 500 setiap tahun dan pembayarannya adalah dibuat secara
tuntutan sahaja dengan menyertakan salinan asal resit berkenaan.
3.3 Elaun Bantuan Projek
Elaun Bantuan Projek dikhususkan untuk menampung perbelanjaan
membuat projek yang berkaitan dengan kursus yang diambil. Pelajar
SPAk boleh membuat tuntutan perbelanjaan tersebut dengan
menyertakan resit asal segala pembelian. Kadar maksimum bayaran
elaun ini sepanjang pengajian adalah seperti berikut:
Negara Tempat Pengajian Kadar Elaun (BND)
Kumpulan A 500
Kumpulan B 500
Kumpulan C 500
Negara Brunei Darussalam 500
4. KEMUDAHAN LAIN
4.1 Tambang Penerbangan
Pelajar SPAk yang mengikuti pengajian di luar negeri adalah berhak
untuk mendapatkan kemudahan tambang penerbangan kadar tiket
termurah seperti berikut:
a. Di awal penganugerahan biasiswa ke Negara berkenaan – satu
hala;
b. Setelah tamat pengajian balik ke Negara Brunei Darussalam –
satu hala;
c. Pelajar yang digantung atau ditamatkan biasiswanya – satu hala
balik ke Negara Brunei Darussalam.
26
Nota:
i. Pemohon tidak dibenarkan memohon tambang penerbangan
melimpasi tahun kewangan yang dikhususkan.
ii. Pemohon yang berhajat untuk mengawalkan atau menangguhkan
tambang di perenggan 3.1 di atas hendaklah terlebih dahulu
menghadapkan surat permohonan ke JPKE.
4.2 Pengiriman Barang Setelah Tamat Pengajian
Setiap pelajar SPAk yang belajar di luar negeri akan dibenarkan
menghantar barang persendirian atas perbelanjaan Kerajaan seperti
berikut:
a. Bayaran penghantaran melalui kapal udara di bawah
“accompanied excess baggage” pada kadar 20 kilogram.
b. Bayaran penghantaran melalui kapal laut pada kadar 2.6 meter
padu dan pembelian peti-peti tidak melebihi ukuran berkenaan
dengan perkhidmatan “door to port”. Pelajar hendaklah
menghadapkan tiga quotation dan harga yang terendah akan
digunakan.
5. RINGKASAN KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN
5.1. Kemudahan yang diberikan adalah diringkaskan seperti dalam Jadual 1:
Jadual 1: Elaun yang diberikan kepada pelajar Skim PSTS khususnya SPAk
Kemudahan Kekerapan
Sarjana Diploma, HND, Ijazah Pertama atau
Sarjana
Luar Negeri
(Full-time)
Bergaji atau
tidak
Dalam
Negeri
(Full-time)
Dalam
Negeri
(Part-
time) Bergaji Tidak
bergaji
Yuran Pengajian dan
Peperiksaan Tahunan
Elaun Sara Hidup Bulanan
Elaun Tempat Tinggal Bulanan
Elaun Perjalanan Bulanan
Elaun Buku Tahunan
Elaun Bantuan Projek Sekali
Tambang
Penerbangan
Dua kali (Satu
hala)
Pengiriman Barang
Setelah Tamat Kursus Sekali
Nota: Pembayaran Elaun Buku dan Elaun Bantuan Projek hanya akan dibuat secara tuntutan
sahaja.
27
5.2. Kadar Elaun Luar Negeri
Elaun yang diberikan kepada pelajar di luar negeri adalah seperti dalam
Jadual 2 (sila rujuk Para 5 untuk senarai Negara tempat kursus mengikut
kumpulan):
Jadual 2: Kadar elaun-elaun yang diberikan kepada pelajar Masters di luar negeri
Jenis Elaun
Kadar Elaun Pelajar Masters di Luar Negeri
Mengikut Kumpulan Negara (BND)
Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C
Elaun Sara Hidup 1,800 1,500 1,200
Elaun Tempat Tinggal 1,200 1,000 500
Elaun Perjalanan 100 80 50
Elaun Buku 500 500 500
Elaun Bantuan Projek 500 500 500
Nota: Kadar ini akan direbiu dari semasa ke semasa. Pembayaran Elaun Buku dan
Elaun Bantuan Projek hanya akan dibuat secara tuntutan sahaja.
5.3. Kadar Elaun Dalam Negeri
Elaun yang diberikan kepada pelajar di dalam negeri adalah seperti
dalam Jadual 3:
Jadual 3: Kadar elaun-elaun yang diberikan kepada pelajar di dalam negeri
Jenis Elaun
Kadar Elaun Pelajar di Dalam Negeri
Mengikut Peringkat Pendidikan (BND)
Diploma HND Degree Masters
Elaun Sara Hidup 600 800 800 800
Elaun Tempat Tinggal Tidak diberikan
Elaun Perjalanan 50 50 50 50
Elaun Buku 500 500 500 500
Elaun Bantuan Projek 500 500 500 500
Nota: i. Kadar ini akan direbiu dari semasa ke semasa.
ii. Elaun Sara Hidup hanya akan diberikan kepada:
a. Pelajar yang menjalani kursus di dalam negeri secara sepenuh
masa (full-time) yang diberikan cuti tanpa bergaji; dan
b. Pelajar yang menjalani kursus di luar negeri secara sepenuh masa
(full-time) yang bergaji atau tidak.
iii. Pembayaran Elaun Buku dan Elaun Bantuan Projek hanya akan dibuat
secara tuntutan sahaja.
28
BAB 3
SUB-SKIM PROFESIONAL
29
BAB 3 SYARAT-SYARAT DAN KEMUDAHAN SUB-SKIM
PROFESIONAL
1. SYARAT-SYARAT UTAMA
1.1 Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap
Negara Brunei Darussalam yang sedang bekerja secara tetap (full-time)
di sektor swasta (Syarikat yang layak hendaklah yang memenuhi syarat
seperti dalam Bab 2, Bahagian 1 Para 2)
1.2 Pemohon hendaklah berumur 45 tahun kebawah.
1.3 Pemohon hendaklah yang sedang bekerja secara tetap sekurang-
kurangnya dua tahun di salah sebuah syarikat swasta yang sama di
Negara Brunei Darussalam yang layak dan disokong serta dibenarkan
oleh majikan untuk mengikuti skim ini sama ada secara cuti belajar
bergaji atau tidak bergaji tertakluk kepada perundingan bersama
majikan
1.4 Bagi yang bekerja sendiri (self-employed) tidak perlu menghadapkan
surat sokongan dari majikan, memadai dengan menghadapkan Sijil
Pendaftaran Perniagaan Bab 16 dan 17, penyata akaun syarikat dan
juga bankers’ guarantee. Perniagaan hendaklah beroperasi secara
aktif sekurang-kurangnya dua (02) tahun dan pemohon perlu
menghadapkan profil/prestasi syarikat berserta apa jua rujukan
berkenaan.
1.5 Bagi memastikan kesahihan tempoh pekerjaan, pemohon perlulah
menghadapkan salinan penyata Tabung Amanah Pekerja (TAP) yang
terkini.
1.6 Sub-Skim ini dibukakan bagi pengajian sepenuh masa (full-time) dan
secara sambilan (part-time). Sub-Skim ini dibukakan kepada pengajian
di dalam dan luar negeri.
1.7 Pada masa ini, Kerajaan hanya akan membukakan biasiswa Sub-Skim
Profesional bagi bidang-bidang berikut:
1.7.1 Kewangan
i. Certified Accounting Technician (CAT)
ii. The Association of Chartered Certified Accountants
(ACCA)
30
iii. Certified Accounting Technician (CAT)
iv. The Association of Chartered Certified Accountants
(ACCA)
v. Chartered Institute of Management Accountant (CIMA)
vi. Chartered Financial Analyst (CFA)
vii. Certified Internal Audit (CIA)
1.7.2 Pembinaan
i. Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS)
ii. Australian Institute of Quantity Surveyors (AIQS)
iii. Royal Institute of British Architects (RIBA)
iv. Institute of Civil Engineers (ICE)
v. Institute of Mechanical Engineers (IME)
vi. Institute of Electrical Engineers (IEE)
Nota: Senarai ini akan diperluaskan di masa hadapan mengikut
keperluan Negara
1.8 Kerajaan tidak akan membiayai kos yuran keahlian untuk menjadi ahli
badan professional
1.9 Pemohon yang telah menerima anugerah biasiswa dari majikan tidak
akan dipertimbangkan untuk menerima biasiswa Skim PSTS ini.
2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BAGI SYARIKAT TEMPAT PEMOHON BEKERJA
2.1 Syarikat yang layak
2.1.1 Syarikat hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
a. Beroperasi secara aktif sekurang-kurangnya dua (02) tahun
b. Mempunyai Sijil Pendaftaran Perniagaan Bab 16 dan 17
c. Proses pengambilan dan lantikan pekerja tidak melalui
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);
d. Syarikat/ perusahaan yang termasuk di dalam kategori
promoted sektor (berdasarkan RKN 10) yang berikut adalah
diberikan keutamaan iaitu:
Finance & Services
ICT
Hospitality & Tourism
31
Transportation & Logistics
Halal
Creative Industry
Education Services
Nota: Pemohon yang sedang bekerja di syarikat/perusahaan
kecil dan sederhana (SMEs) adalah diberikan keutamaan.
2.1.2 Syarat permohonan adalah tertakluk kepada jumlah pekerja
syarikat yang layak seperti berikut:
Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih dari seratus
(100) orang, permohonan biasiswa adalah mengikut
nisbah yang ditetapkan bagi setiap sesi pengambilan
mengikut peringkat pengajian iaitu:
Bil.
Peringkat
Pengajian
Nisbah
(Syarikat:
Kerajaan)
Penerangan mengenai
nisbah pemberian biasiswa
yang ditetapkan
1 Masters Tidak
Terhad
Jika syarikat menghantar
seorang pekerja bagi
mengikuti kursus pengajian
dengan menggunakan
pembiayaan syarikat (using
company’s HRD Fund), pihak
Kerajaan akan memberikan
biasiswa kepada pekerja lain
yang layak dan disokong
oleh syarikat. Jumlah kuota
yang diberikan adalah
tertakluk kepada peringkat
pengajian.
Nota: Berdasarkan kadar
nisbah yang ditetapkan,
kerajaan akan membiayai
tidak lebih dari 05 orang bagi
setiap sesi pengambilan.
2 Degree 1:1
3 HND 2:1
4 Diploma 2:1
Nota:
Jika Syarikat tidak menghantar mana-mana pekerja
untuk melanjutkan pengajian dengan menggunakan
menggunakan perbelanjaan syarikat, permohonan
biasiswa bagi mana-mana pekerja syarikat tersebut
tidak akan dipertimbangkan.
Bagi syarikat yang mempunyai pekerja kurang dari seratus (100)
orang, tidak ada nisbah yang dikenakan bagi pemohonan biasiswa.
32
2.1.3 Mana-mana permohonan biasiswa dari pekerja yang sedang bekerja di
syarikat yang tidak memenuhi syarat, tidak akan dipertimbangkan.
3. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
3.1. Memenuhi semua pra-syarat (pre-requisite) yang ditentukan oleh badan
profesional yang relevan.
3.2. Mendapat kebenaran dari badan profesional antarabangsa atau/dan
tawaran pengajian di institusi yang diiktirafkan oleh ahli badan profesional
yang relevan, baik di dalam atau luar negeri.
4. SYARAT-SYARAT KHUSUS
4.1. Pemohon-pemohon yang memohon kursus yang bahasa penghantarnya
Bahasa Inggeris mestilah mempunyai kelulusan Bahasa Inggeris melalui
salah satu kaedah berikut:
4.1.1. Memperolehi sekurang-kurangnya Kepujian (Credit) dalam
matapelajaran Bahasa Inggeris dalam Peperiksaan Sijil Am
Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa (GCE O-Level); atau
4.1.2. Memperolehi International English Language Testing System (IELTS)
dalam tempoh tiga tahun sebelum tarikh kursus bermula dengan
mendapat minimum Overall Band 6.5 (bagi peringkat Masters),
Overall Band 6.0 (bagi peringkat Degree, HND dan Diploma); atau
4.1.3. Memperolehi minimum Gred C mata pelajaran Kertas Am (General
Paper) dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge
Peringkat Lanjutan (GCE A-Level); atau
4.1.4 Memperolehi minimum Gred C mata pelajaran English as a
Second Language dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei
Cambridge Peringkat Pendidikan Menengah (IGCSE); atau
4.1.4. Kelulusan The Certificate For Communication in Technical English dari
City and Guild of London Institute; atau
4.1.5. Memperolehi kelulusan Test of English as a Foreign Language (TOEFL)
dalam tempoh tiga tahun sebelum tarikh kursus bermula.
4.2. Kursus yang dipohon dan disokong hendaklah berkaitan dengan tugas dan
tanggungjawab serta jawatan yang dipegang oleh pemohon tersebut.
Jika kursus tidak berkaitan, boleh dipertimbangkan oleh Jawatankuasa
Pandu Skim BPTV dan PSTS tetapi perlu disahkan dengan justifikasi
terperinci.
33
5. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
5.1 Penerima biasiswa dimestikan menandatangani surat perjanjian dengan
pihak Kerajaan.
5.2 Disahkan sihat dalam pemeriksaan kesihatan.
5.3 Jika dikehendaki oleh Kerajaan, hendaklah lulus Ujian Lisan Bahasa
Melayu yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Ujian Lisan Bahasa Melayu,
Kementerian Pendidikan.
6. PEMOHON YANG TIDAK DIPERTIMBANGKAN
6.1. Tidak memenuhi kehendak syarat-syarat seperti yang ditetapkan di
perenggan 1 hingga 5.
6.2. Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan sama ada dalam
jawatan tetap, percubaan, gaji hari, sebulan ke sebulan, open vote, site
staff atau menerima gaji melalui baucer tidak akan dipertimbangkan.
6.3. Pemohon yang sedang berkhidmat dengan syarikat yang tidak layak (tidak
memenuhi syarat seperti dalam Bab 2, Bahagian 1 Para 2).
6.4 Pemohon yang tidak mendapatkan kebenaran dan sokongan majikan
dengan cara yang ditetapkan oleh pihak majikan.
6.5. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup yang ditetapkan atau yang
tidak lengkap diisi atau sijil dokumen yang dihadapkan tidak disahkan atau
mempunyai maklumat palsu tidak akan dipertimbangkan.
7. TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN
7.1. Pemohon hendaklah memohon untuk mendapatkan tawaran tempat
kursus dari institusi atau badan profesional yang berkenaan sebelum
memohon biasiswa Skim PSTS.
7.2 Pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran dan sokongan majikan
terlebih dahulu bagi mengikuti kursus yang dipohonkan sebelum memohon
Skim PSTS.
Nota: Prosedur permohonan kebenaran dan syarat sokongan adalah
tertakluk kepada syarikat masing-masing
7.3. Pemohon SProf hendaklah mendaftar dan mengisikan Borang permohonan
34
Skim PSTS melalui laman sesawang www.depd.gov.bn atau e-darussalam.
7.4. Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya enam (06) bulan
sebelum bermula kursus yang dipohonkan.
7.5. Pemohon hendaklah mengembalikan dokumen-dokumen yang lengkap
beserta semua salinan sijil yang berkaitan setelah berjaya membuat
permohonan secara online.
7.6. Penilaian pemohon yang disokong atau untuk diberikan tawaran, jika
diperlukan, akan dibuat melalui sistem ujian atau/dan temuduga.
7.7. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan
PSTS/A dan disahkan oleh majikan adalah:
Surat pengesahan dari majikan menyatakan tarikh mula dan tamat
(jika berkenaan) perkhidmatan
Surat Pengesahan atau bukti dari majikan mengenai pekerja-
pekerja yang dibenarkan untuk mengikuti kursus pengajian yang
menggunakan biayaan syarikat (bagi pemohon yang bekerja di
syarikat yang mempunyai pekerja lebih dari 100 orang sahaja)
Surat sokongan dan kebenaran dari majikan untuk mengikuti kursus
pengajian yang dipohonkan
Salinan sijil-sijil kelulusan akademik
Salinan sijil-sijil kelulusan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu yang
terkini
Salinan sijil kerakyatan Negara Brunei Darussalam (jika berkenaan)
Salinan surat beranak
Salinan kad pengenalan
Salinan surat penerimaan tawaran kursus dari institusi pengajian, jika
ada
Salinan penyata Tabung Amanah Pekerjaan (TAP) yang terkini
Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan Bab 16 dan 17 (jika berkenaan)
Surat pengesahan dari Brunei Darussalam Technical and Vocational
Education Council, Kementerian Pendidikan (jika berkenaan)
Surat pengiktirafan dari Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan,
Kementerian Pendidikan (jika berkenaan)
Nota:
Permohonan ini juga dibukakan kepada semua rakyat dan penduduk
tetap yang sedang menjalani kursus profesional secara sepenuh masa
atau sambilan dan bolehlah menghadapkan permohonan untuk
pertimbangan Jawatankuasa Pandu PSTS selanjutnya. Pembayaran balik
atau tuntutan hanya akan diberikan bermula dari tarikh permohonan
diluluskan.
35
8. TATACARA PENGANUGERAHAN BIASISWA
8.1. Borang permohonan SProf akan dihadapkan ke Jawatankuasa Pandu PSTS
untuk pertimbangan selanjutnya. Jika pemohon itu disokong oleh
Jawatankuasa Pandu, pemohon tersebut akan dianugerahkan biasiswa
Skim PSTS dan pemohon bolehlah menuntut yuran pengajian dan
peperiksaan dari tarikh pemohon dianugerahkan biasiswa tersebut.
8.2. Pelajar SProf tersebut hendaklah membayar sendiri terdahulu segala yuran
pengajian dan peperiksaan untuk mengikuti kursus profesional yang telah
diluluskan oleh Jawatankuasa Pandu PSTS, dan pemohon bolehlah
menuntut semula yuran pengajian tersebut daripada JPKE setelah lulus
peperiksaan.
8.3. Elaun Buku dan Tambang Penerbangan juga boleh dituntut daripada JPKE
dengan menghadapkan resit asal.
9. KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN
9.1. Kemudahan yang akan diberikan kepada penerima biasiswa SProf adalah
diringkaskan seperti dalam Jadual 4.
Jadual 4: Elaun yang diberikan kepada pelajar Skim PSTS khususnya SProf
Kemudahan Kekerapan Sub-Skim Profesional
Dalam / Luar Negeri
Yuran Pengajian
dan Peperiksaan
Sekali bagi setiap peperiksaan
atau peringkat pengajian
Elaun Buku Sekali
Tambang
Penerbangan Sekali
Nota: Pembayaran Elaun Buku adalah dibuat secara tuntutan sahaja.
9.2. Pelajar SProf hanya layak menerima Yuran Pengajian dan Peperiksaan sekali
sahaja bagi setiap peperiksaan (modul) atau peringkat pengajian.
Pembayaran yuran kursus adalah berasaskan tuntutan rasmi institusi
pengajian atau badan profesional yang berkenaan.
9.3. Pelajar SProf akan diberikan Elaun Buku dan Tambang Penerbangan sekali
sahaja bagi setiap kursus profesional dan pembayarannya hanya akan
dibuat secara tuntutan (per claim) dengan menyertakan salinan asal resit
berkenaan. Kadar maksimum Elaun Buku yang layak dituntut adalah BND
500.