Download - ISBN 9871140120139
SEJARAH PERKEMBANGAN
SOSIO EKONOMI FILIPINA
NG LEN FONG & LEE BIH NI
Edisi Pertama, 2013© Lee Bih Ni
Editor:Edit Pad
Diterbitkan oleh:Desktop Publisher
e mel: [email protected]
BIL
.
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0 PENGENALAN 4
2.0 PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EKONOMI FILIPINA SEBELUM
PEMERINTAHAN SEPANYOL (SEBELUM 1565)
7
3.0 PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EKONOMI FILIPINA SEMASA
PEMERINTAHAN SEPANYOL DARI TAHUN 1565 SEHINGGA
TAHUN 1898
17
4.0 PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EKONOMI FILIPINA SEMASA
PEMERINTAHAN REPUBLIK FILIPINA PERTAMA DARI TAHUN
1899 SEHINGGA TAHUN 1901
32
5.0 PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EKONOMI FILIPINA SEMASA
PEMERINTAHAN AMERIKA DARI TAHUN 1901 SEHINGGA 1939
37
6.0 PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EKONOMI FILIPINA SEMASA
KOMANWEL FILIPINA PADA TAHUN 1935 HINGGA 1942
49
7.0 PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EKONOMI FILIPINA SEMASA
PEMERINTAHAN JEPUN 1941 SEHINGGA 1945
55
8.0 PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EKONOMI FILIPINA SEMASA
PEMERINTAHAN REPUBLIK FILIPINA PADA TAHUN 1946
SEHINGGA TAHUN 1956
61
9.0 PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EKONOMI FILIPINA SEMASA
PEMERINTAHAN REPUBLIK FILIPINA PADA ERA PEMERINTAHN
MARCOS DARI TAHUN 1965 SEHINGGA TAHUN 1986
66
10.
0
PENILAIAN 76
11.
0
KESIMPULAN 79
BIBLIOGRAFI 81
1.1 PENGENALAN
Bendera Negara Filipina Peta Negara Filipina
Sumber: http://moeriiszwan.blogspot.com/2010
Dari segi geografi, Filipina merupakan negara kepulauan yang terletak di Asia
Tenggara. Kepulauan Filipina digambar seperti “Seekor kongkang sedang duduk
mencengkong sambil membongkok sedikit kehadapan; Luzon menjadi kepala
dan bahunya. Mindanao sebagai punggungnya, Pulau Palawan dan Guyo sebagai
kaki hadapannya dan kumpulan Pulau-pulau Sulu sebagai kaki belakangnya.”1
Dalam peta, Kepulauan Filipina kelihatan seperti suatu gugusan pulau yang
1 Leopold A. Faustion, The Natural Resources of the Philippine Islands, Manila, 1928, hlm 3-4
memanjang di pinggir tenggara benua Asia dengan keluasan 115, 600 batu
persegi. Terdapat 7100 buah pulau, panjangnya 1, 152 batu dari utara ke selatan
dan lebar 688 batu dari timur ke barat. Pulau terbesar di Filipina ialah Luzon
dengan keluasan 40, 814 batu persegi, kedua ialah Pulau Mindanao dengan
keluasan 36, 906 batu persegi dan ketiga ialah Samar dengan keluarsan 5, 124
batu persegi.2 Geomorfologi Filipina ialah sebuah negara yang direntangi oleh
banjaran-banjaran gunung, pinggir laut yang berteluk-teluk dan luas, lembah dan
delta boleh bercucuk tanam, sungai-sungai yang boleh dilalui kapal, gunung-
gunung berapi pendam dan air terjun. Filipina beriklim tropika yang mempunyai
dua musim panas dari bulan Julai sehingga Oktober dan musim kering dari bulan
Mac sehingga Jun. Manakala bulan November sehingga Februari terdiri daripada
iklim panas dan lembap. Hujan didapati di semua bahagian Filipinan kecuali
Cebu dan Zamboanga. Filipina terdedah dengan taufan, gempa bumi dan
Gunung Berapi.
Filipina merupakan sebuah negara yang mempunyai sejarah menarik
perhatian dunia. Nama negara Filipina dalam bahasa Inggeris “Philippines” telah
diberikan oleh seorang ahli pelayaran Sepanyol iaitu Ruy Lopez de Villalobos
pada tahun 1543, sebagai penghormatan kepada Raja Philip yang menjadi raja di
Sepanyol pada ketika itu.3 Namun, terdapat juga nama lain yang merujuk pada
Negara Filipina. Antaranya, Ophir, Gugusan Pulau-pulau St. Lazarus, Isla del
Oriente, Pearl of the Orient Deas, Virgin of Malaysia, Isles of Faith, Only Christian
Nation in the Orient dan beberapa nama yang lain.4 Bunga kebangsaan Negara
Filipina ialah sampaguita dan Narra sebagai pokok kebangsaan yang
diisytiharkan oleh Gabenor Frank Murphy pada 1hb Februari 1932.5 Filipina
dalam politik benua Asia merupakan lokasi strategik perdagangan kerana di
kelilingi oleh Empayar Jepun di sebelah utara, Lautan Pasifik dan pulau-pulau di
sebelah timur, Sabah dan Indonesia di selatan, India dan Tanah Melayu di
sebelah barat daya, Thailand dan Indo-China di sebelah barat dan China dan
Hongkong di sebelah barat laut. Lokasi yang stratetgik telah menyebabkan
berlakunya perkembangan sosioekonomi di negara Filipina. Filipina mempunyai
2 Gegorio F. Zaide, Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid satu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, 1978, hlm 5.3 Ibid., hlm 4.4 Eulogio B. Rodriguez, Names Under which the Philippines Has Been Known at Different Times in History, Manila: Philippine Magazine, September 1929 (dalam Gegorio F. Zaide, Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid satu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, 1978, hlm 5).5 Ibid., hlm 13 dan 16.
pelbagai aspek sosioekonomi yang menarik dan unik. Dalam bidang
sosioekonomi, terdapat perkembangan yang ketara bermula sejak zaman
sebelum kedatangan penjajah sehinggalah era pemerintahan Marcos.
2.0 PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EKONOMI FILIPINA SEBELUM
PEMERINTAHAN SEPANYOL (SEBELUM TAHUN 1565)
2.1 Kemunculan Tamadun Awal Orang Filipina Sebelum Pemerintahan
Sepanyol
Perkembangan sosial Filipina dapat dinilai dari aspek ketamadunan atau
kebudayaan. Berdasarkan pembacaan ke atas buku-buku mengenai sejarah
negara Filipina, saya berpendapat orang Filipina telah mencapai tahap
ketamadunan atau kebudayaan sebelum kedatangan penjajah Sepanyol. Hal ini
turut disokong oleh George A. Malcom yang merupakan seorang juri sarjana
Amerika.6 Pendapat ini berdasarkan ukuran pencapaian tamadun yang
dikemukakan oleh Dr. Edward B. Taylor seorang ahli kaji manusia berbangsa
Inggeris. Beliau mendefinisikan tamadun sebagai suatu yang kompleks yang
terdiri daripada ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, akhlak, undang-undang,
adat dan beberapa kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia
sebagai seorang ahli masyarakat.7
Gelombang tamadun yang pertama ialah kebudayaan primitif pada
zaman batu lama yang dibawa oleh orang Pigmi melalui daratan pedalaman
benua Asia sekitar 25,000 hingga 30,000 tahun dahulu. Kedua, kebudayaan
zaman batu pertengahan yang dibawa oleh pelaut Indonesia sekitar tahun 5,000
hingga 6,000 tahun dahulu. Ketiga, zaman besi yang dibawa oleh orang Melayu
sekitar tahun 200 S.M hingga 1500 M. Seterusnya, gelombang kebudayaan yang
lain memasuki ke Filipina iaiatu kebudayaan Veda dari India, kebudayaan
6 Vide, Pre-Spanish Government in the Philippines: The Philippine Review, Jilid I, Manila, Februari 1916, hlm 63 (dalam Gegorio F. Zaide, Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid satu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, 1978, hlm 69). 7 Primitive Culture 1st Editon, New York, 1924, hlm 1 (dalam Ibid.)
Confucius dari negeri China, kebudayaan Shinto dari negeri Jepun dan
kebudayaan Islam dari negeri Arab.8 Daripada campuran gelombang-gelombang
kebudayaan benua Asia itu muncul satu tamadun kacukan Filipina zaman purba.
2.1.1 Ciri-ciri Sosial Tamadun Kacukan Filipina Zaman Purba
a. Rumah
Terdapat tiga tempat rumah dibina iaitu atas tanah, atas pokok dan di sampan.
Jarak antara rumah yang dibina adalah berdekatan antara satu dengan yang lain.
Rumah dibina di atas pokok dilakukan oleh orang Ilongot dan Kalanga di Pulau
Luzon Utara dan orang Banogbo, Mandaya dan Papan di Minadanao. Rumah
dibina pada sampan oleh orang Bajau pelaut di Laut Sulu. Rumah yang dibina di
atas tanah digambarkan oleh penulis babad berbangsa Sepanyol iaitu Dr.
Antonia de Morga mengatakan:
“Rumah-rumah dan tempat kediaman semua penduduk di pulau ini biasanya didirikan di atas tiang tinggi di atas tanah. Rumah-rumah itu berlantaikan kayu dan buluh dan beratapkan daun nipah. Tiap-tiap sebuah rumah didirikan berasingan dan tidak bersebelahan di antara satu sama lain. Di bawah rumah itu ialah kandang yang dibuat daripada kayu dan buluh tempat membela ayam itik dan binatang ternakan dan juga tempat menumbuk padi. Sseorang itu menaiki rumah ini dengan menggunakan tangga yang boleh di bawah ke atas rumah. Tangga itu dibuat daripada dua batang buluh. Di sebelah atas rumah itu pula ialah batalane-nya (galeri) yang tidak beratap digunakan untuk membuat kerja rumah; ibu bapa dan anak-anak mereka tinggal bersama-sama. Di dalam rumah itu ada sedikit sahaja perkakas-perkakas rumah yang disebut bahandin dalam bahasa mereka.”9
b. Pakaian dan Perhiasan
Sebelum kedatangan Sepanyol, orang Filipina telah mempunyai pakaian. Pakaian
lelaki terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian atas merupakan baju
berlengan pendek dan tidak berkolar yang berwarna hitam dan biru disebut
kangan dan bahagian bawah merupakan sekeping kain berwarna merah yang
dililit keliling pinggang dan di celah kelangkang untuk menutup bahagian
kemaluan yang disebut bahag. Pakaian perempuan bahagian atas merupakan
baju kecil berlengan disebut baro dan bahagian bawah merupakan skirt pendek
yang disebut saya di Luzon. Lelaki dan perempuan berkaki ayam. Lelaki yang
8 Gegorio F. Zaide, op.cit., hlm 70.
9 Jose Rizal, Sucesos de Las Islas Filipinas Edisi Pertama, Mexico, 1609 (dalam Gegorio F. Zaide, Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid satu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, 1978, hlm 71)
pernah membunuh sekurang-kurangnya seorang musuh akan berhak untuk
memakai putong iaitu sehelai kain yang dililit di kepala seperti memakai serban.
Perhiasan yang dipakai seperti cincin, loket, rantai leher, gelang tangan, lengan
dan kaki. Perempuan memakai bunga-bunga hidup sebagai perhiasan di kepala
dan rambut dicuci dengan air wangi.10
c. Cacah
Orang Filipina gemar mencat badan mereka terutamanya orang Bisayan pada
zaman purba. Mereka digelar sebagai orang Pintado yang bermaksud orang
bercat dan pulau mereka dinamakan Isles de los Pintado yang bermaksud pulau-
pulau orang bercat.11
d. Makanan dan Minuman
Makanan utama adalah nasi dan hasil tangkapan ikan dan buruan binatang
termasuklah babi, rusa, burung, ayam dan sebagainya. Minuman keras seperti
tuba, pangasi, kilang, bubod dan tung-gang merupakan minuman kegemaran
orang Filipina sebelum kedatangan Sepanyol.12
e. Keluarga dan Golongan Masyarakat
Unit asas yang membentuk masyakat Filipina adalah keluarga yang terdiri bapa,
ibu dan anak-anak. Terdapat tiga golongan masyarakat Filipina, pertama
merupakan golongan bangsawan yang dikenali sebagai maharlika oleh orang
Tagalog, babaknang oleh orang Ilokano dan malahalon oleh orang Bisayan.
Golongan bangsawan terdiri daripada datu-datu (penghulu atau raja), isteri-isteri
dan anak-anak. Mereka menikmati hak ekonomi dan politik di barangai (negeri)
seperti hasil-hasil negeri berbentuk makanan yang disediakan oleh golongan
kedua dan ketiga untuk keperluan golongan pertama. Golongan kedua
merupakan golongan bebas yang dikenali sebagai timagua oleh orang Tagalog
dan Bisayan dan timmawa oleh orang Ilokano. Golongan ketiga merupakan
hamba abdi yang dikenali sebagai alipin oleh orang Tagalog, olipon oleh orang
Bisayan dan adipen oleh orang Ilokano.13
10 Ibid., hlm 72-73.11 Ibid., hlm 74.12 Ibid.13 Zafra, Nicholas, Outlined Reading in Philippine History, Manila: Universiti Filipina, 1947, hlm 66.
f. Hamba dan Perhambaan
Terdapat dua jenis hamba dalam kalangan masyarakat Tagalog iaitu aliping
namamahay yang sebenarnya ialah buruh yang mempunyai harta sendiri dan
boleh berkahwin tanpa keizinan tuan mereka dan aliping saguiguilid merupakan
abdi yang tidak mempunyai harta dan tidak boleh berkahwin tanpa keizinan
tuannya.14 Terdapat beberapa sebab perhambaan iaitu mengikut keturunan,
pembelian hamba, tawanan perang, tidak mampu bayar hutang, hukuman atas
kesalahan jenayah. Keistimewaan abdi di Filipina adalah diberi layanan seperti
saudara tuannya.
g. Kedudukan Orang Perempuan
Wanita mempunyai kedudukan yang tinggi dan setaraf dengan kaum lelaki.
Wanita berhak untuk mewarisi harta pusaka, memberi nama kepada anak-
anaknya dan memerintah barangai. Hal ini dapat dibuktikan dalam sejarah
Filipina di mana terdapat tokoh-tokoh wanita seperti Lubluban iaitu seorang
perundang dongeng bangsa dan Sambuyuya merupakan dewi murni orang
Tiruray merupakan pemerintah terhadap golongan pahlwan-pahlawan pada
zaman purba iaitu pada tahun 1347 atau 1348 A.C.15 Tambahan lagi, apabila
seluruh keluarga pergi ke suatu tempat, ibu dan anak-anak perempuan serta
abdi perempuan berjalan dahulu di hadapan, manakala bapa dan anak-anak
lelaki serta hamba lelaki mengikut mereka di belakang. Hal ini demikian kerana
tindakan lelaki berjalan di depan teman wanitanya adalah tindakan tidak sopan.
h. Tatatertib dan Sopan-santun
Orang Filipina sebelum kedatangan Sepanyol adalah bertatatertib dan sopan-
santun terutamanya terhadap ibubapa dan orang yang lebih tua. Menurut Father
Chirino mengatakan “Orang Filipina... sangat berbudi bahasa dan bertatatertib
dalam perkataan dan tingkah laku mereka.”16 Misalnya, mereka tidak akan
bercakap jika tidak disapa dan tindakan mencelah perbualan orang lain adalah
tindakan kurang ajar, membuka putongnya (serbannya) dan meletakkannya
pada bahu sebelah kiri serta tunduk sebagai penghormatan kepada orang yang
lebih tinggi pangkatnya.
i. Adat Perkawinan
14 Ibid., hlm 77.15 Ibid., hlm 79.16 Ibid., hlm 80.
Orang Filipina sejak zaman purba kebanyakkannya mempunyai isteri atau suami
seorang sahaja. Terdapat sesetengah hal, lelaki dibenarkan berkahwin ramai
wanita tetapi isteri pertama tetap dianggap sebagai isteri yang sah yang dikenali
sebagai asawa.17 Perkahwinan diatur oleh orang tua sejak anak-anak berkenaan
masih kecil. Terdapat dua syarat perkahwinan iaitu lelaki harus berbakti dan
menyerahkan benda-benda berharga sebagai mas kahwin kepada ibubapa si
perempuan. Mas kahwin terbahagi kepada tiga iaitu panghimuyat iaitu sejumlah
wang diberikan kepada ibu pengantin perempuan sebagai tanda terima kasih
kerana menjaga pengantin perempuan sejak kecil, kedua iaitu bigaysusu yang
diberikan kepada ibu susu yang menyusukan pengantin perempuan dan ketiga
himarao merupakan sejumlah wang yang diberikan kepada ibubapa pengantin
perempuan untuk membayar semula jumlah wang semasa menjaga pengantin
perempuan sejak kecil sehingga besar.18
j. Perundangan dan Kehakiman
Terdapat undang-undang lisan iaitu merujuk undang-undang adat dan tradisi
yang diturunkan melalui komunikasi antara generasi dan undang-undang bertulis
telah digubal oleh datu-datu yang terbahagi kepada dua iaitu kanun Maragtas
(1250 A.C.) dan kanun Kalantiaw (1433 A.C.) yang berasal dari Panay.19 Kedua-
dua undang-undang tersebut terdiri daripada undang-undang untuk mengiktiraf
pemilikan harta benda secara awam dan persendirian, kesalahan jenayah
terbahagi kepada dua iaitu jenayah besar yang terdiri daripada tindakan
membunuh, menyamun, mencaci, mengamalkan ilmu sihir, membakar harta
benda dan merogol, jenayah kecil seperti mencuri, berzina, member keterangan
palsu di mahkamah, menipu dalam perdagangan dan menyanyi ketika waktu
malam semasa orang lain sedang tidur. Hukuman terhadap jenayah besar
seperti hukum bunuh, menjadi abdi, dibakar hidup-hidup dan membayar denda
yang banyak. Hukuman terhadap jenayah kecil seperti hukuman sebat,
dibiarkan digigit oleh kerengga dan dipaksa berenang dalam beberapa jam.
Kehakiman, perbicaraan dilakukan secara terbuka dengan melafazkan
sumpah sebagai tanda kebenaran tanpa kehadiran peguam, kerani mahkamah.
Misalnya, sebelum saksi mengemukakan keterangan, saksi-saksi akan
mengangkat sumpah untuk menyatakan perkara yang sebenar seperti “biar
17 Ibid., hlm 82.18 Ibid.19 Ibid., hlm 87.
buaya makan saya”, “biar saya mati jika saya bercakap bohong”.20 Mahkamah
Barangay akan memberi keputusan terhadap kes perbicaraan. Perbicaraan
secara ujian digunakan jika mahkamah Barangay berasa ragu untuk
menjatuhkan hukuman terhadap golongan yang dituduh. Menurut Loarca
terdapat tiga ujian iaitu ujian dalam sungai, ujian menggunakan air mendidih
dan ujian menggunakan lilin.21 Misalnya, ujian dalam sungai dilaksanakan
dengan memaksa orang-orang yang disyaki terjun menjunam ke dalam sungai
bersama-sama dengan lembing mereka, dan sesiapa yang timbul ke pemukaan
air terlebih dahulu dialah yang bersalah, ujian menggunakan air mendidih
dilakukan dengan menyuruh orang yang disyaki mengambil batu dan
meletakkannya ke dalam periuk air mendidih dan sesiapa yang tangannya
didapati melecur teruk, dialah orang yang bersalah dan ujian menggunakan lilin
dilaksanakan dengan memberi lilin yang sama saiz dan telah dinyalakan terlebih
dahulu dan siapa lilinnya terpadam terlebih dahulu maka dialah orang yang
bersalah.
k. Agama dan Kepercayaan
Agama Islam diamalkan di Mindanao dan Sulu, agama berhala iaitu menyembah
dewa dan dewi, menyembah roh nenek moyang dan unsur alam. Buktinya,
mereka menyembah seorang dewa yang menjadikan alam dan tuhan kepada
semua manusia dan kampong iaitu Bathala oleh orang Tagalog, Laon atau Abba
oleh orang Bisayan, Alkasi oleh orang Zambal, Gugurong oleh orang Bikol dan
Kabunian oleh orang Ilokani dan Igorot.22 Roh nenek moyang dipercayai akan
menjadi hantu yang terdiri daripada hantu baik dan hantu jahat yang dikenali
sebagai anito. Hantu baik merupakan roh nenek moyang mereka dan hantu yang
jahat merupakan musuh nenek moyang mereka. Pemusuhan antara kedua-dua
hantu baik dan jahat dapat diselesaikan dengan mempersembahkan korban
babi, buah-buahan, minuman dan manusia. Penyembahan unsur alam seperti
matahari, bulan dan bintang sebagai tuhan yang harus disembah, dihormati dan
ditakuti.
Kepercayaan-kepercayaan lain iaitu kepercayaan hidup di akhirat dan
percaya kepada ramalan atau firasat. Mereka percaya bahawa manusia ini
20 Ibid., hlm 95.21 Ibid., hlm 96.
22 Ibid., hlm 100.
mempunyai roh yang abadi dan jasab halus. Roh yang baik merupakan roh yang
telah mempersembahkan korban kepada anito akan masuk ke syurga. Manakala
roh jahat merupakan mereka yang pengecut dan tidak mempersembahkan
korban kepada anito akan masuk ke neraka. Mereka menilik nasib masa
hadapan dengan melihat arah burung terbang, nyanyian burung, isi perut babi
dan ayam yang disembelih dan ilmu tilik berdasarkan garisan tapak tangan.
Buktinya, tikus berbunyi, anjing melolong, cicak berbunyi dan pokok tua
tumbang pada waktu tengah malam dikatakan perkara yang tidak baik akan
berlaku, seorang anak dara sedang bernyanyi ketika masak akan kahwin dengan
orang tua, seorang gadis yang mempunyai bintik-bintik putih pada kukuhnya
maka dia tidak tetap pada percintaannya, apabila seorang perempuan sedang
hamil makan pisang kembar akan melahirkan anak kembar.23
Ilmu sihir dan azimat merupakan kepercayaan orang Filipina sebelum
kedatangan Sepanyol. Kepercayaan wujudnya pelbagai tukang sihir iaitu asuang
yang wujud dalam rupa anjing, kucing, burung, babi dan memakan hati bayi-bayi
yang belum dilahirkan, sigbinan yang wujud dalam rupa buaya atau ular dan
membunuh orang, magtatangal yang menanggalkan kepala daripada badannya
pada malam hari dan terbang di angkasa tetapi pulang semula kepada badannya
pada waktu subuh, tianak atau Pontianak yang menghisap perut bayi-bayi
dengan menggunakan salut hisap yang panjang. Untuk mengelakkan kuasa jahat
tersebut mereka menggunakan azimat seperti anting-anting, tangkal untuk
perlindungan iaitu gayuma dan tangkal pengasih iaitu kabibi, adimat, tigadlom,
uiga dan limbut.24
l. Adat berkabung
Orang yang meninggal dunia akan dihormati. Upacara pengebumian dilakukan
dengan menyertakan barang-barang keperluan kepada si mati seperti makanan,
minuman, emas dan beberapa orang hamba ditanam untuk keperluan hidup
selepas mati. Jenazah itu akan dikuburkan berdekatan dengan rumah, dalam
hutan, gua atau tanjung yang berhadapan dengan laut. Jenazah itu akan
ditangisi dan keluarga akan memakai pakaian putih, gelang rotan di letakkan di
leher, tangan dan kaki, menahan diri daripada minum wain dan makan daging.
23 Blair, Emma H. dan Robertson, James A.: The Philippine Islands 1493-1898, Jilid 55, Ohio: Cleveland, 1903-1909, hlm 108-109.24 Ibid.
Jika kematian disebabkan pembunuhan maka keluarga mangsa akan membalas
dendam dengan membunuh si pembunuh.25
m. Muzik
Alat muzik seperti kudyapi yang menyerupai gitar yang melambangkan syair dan
roman di Filipina. Alat muzik yang lain seperti bansic, seruling, gong gangsa,
gendang buluh dan beberapa alat muzik yang lain. Lagu-lagu terdiri lagu cinta,
lagu agama, lagu menanam padi, lagu mendayung sampan, lagu perang dan
beberapa lagu yang lain. Lagu yang popular adalah lagu cinta iaitu kundiman,
lagu menaikkan sampan iaitu tagumpay, lagu kemenangan iaitu dal-lot, lagu
penjelajahan dan pengembaraan iaitu lam-ang, lagu cinta petani-petani Iloko
iaitu dallu, lagu kahwin iaitu ayegklu, lagu minum arak iaitu chua-ay, lagu
ratapan iaitu dura dan beberapa lagu lain. Jenis-jenis tarian seperti tarian cinta
iaitu balito dan kumintang, tarian perkahwinan iaitu tarian panjalay, tarian
pemungut tuba Bisayan iaitu mahinhin dan tarian cumbuan orang Tagalog iaitu
salampate.
n. Bahasa, Tulisan dan Kesusasteraan
Terdapat 87 loghat atau bahasa di Filipina dan yang paling utama adalah bahasa
Tagalog, Bisayan, Iloko, Bikol, Pampangan, Pengasinan, Ibanag dan Zambal.
Tulisan mengandungi 17 abjad yang dikenali sebagai baybaying atau abaka atau
alibata. Abjad itu berasal dari orang Melayu zaman Purba dari Sumatera dan
berbentuk seperti tulisan India pada zaman Asoka. Alat menulis menggunakan
besi yang tajam dan runcing yang dikenali sipol yang dijadikan pena, getah
pokok hutan sebagai dakwat dan daun tumbuhan sebagai kertas. Kesusasteraan
terbahagi kepada kedua iaitu kesusasteraan lisan dan bertulis. Kesusasteraan
lisan seperti syair Darangan, Indrapatra dan Sulayman, cerita dongeng Manubo
Ango di Agusan yang bertukar jadi batu, peribahasa seperti “manusia adalah
seperti kelip-kelip; dia terbang tinggi dan jatuh menjunam” dan teka-teki seperti
“makin kamu tenung saya, makin kamu tidak dapat melihat saya” (matahari).26
o. Kesenian
Rumah dibuat daripada daun nipah, buluh, kayu dan daun palma. Seni lukis
dilihat dalam seni cacah dengan pelbagai corak seperti bulan, matahari, bintang,
buaya, bunga-bunga pokok dan sebagainya. Tambahan lagi, mereka turut
memahat patung anito yang menakjubkan daripada kayu, emas, batu, gigi
25 Blair, Emma, Robertson, op. cit., Jilid II, hlm 199.26 Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid satu, hlm 111.
buaya dan gading.27 Mereka turut membuat ukiran yang cantik pada hulu pisau,
keris, barung, pada perisai dan perahu-perahu mereka.
p. Pendidikan
Pendidikan merupakan gabungan antara akademi dan pertukangan. Murid-murid
akan diajar menulis, membaca dan mengira, muzik agama dan adat serta
kemahiran seperti memburu, menangkap ikan, pelombong, pembina kapal,
tukang besi, menjahit, memasak, mengayam, menternak binatang dan lain-
lain.28 Sistem pendidikan tidak rasmi digunakan kerana murid-murid diajar
dibawah asuhan ibubapa atau guru-guru khas.
q. Sains
Orang Filipina mengetahui serba sedikit mengenai perubatan, kaji bintang dan
kejuruteraan.29 Mereka mengetahui khasiat-khasiat perubatan seperti jenis akar
dan pokok-pokok hutan yang digunakan untuk mencegah penyakit dan racun.
Kajian terhadap bintang seperti buruj digunakan untuk mengira bulan pertama
takwim mereka. Pengetahuan kejuruteraan orang Filipina melalui pembinaan
parit dan terusan untuk pengairan. Pembinaan teres-teres padi yang meningkat
seperti tangga yang amat besat dilereng-lereng gunung sehingga mencapai
awan yang terdapat di Pulau Luzon Utara yang mempunyai panjang sebanyak
lapan kali panjang tembok besar Cina atau hampir sejauh setengah perjalanan
mengelilingi dunia. Dalam ilmu matematik mereka tahu menolak, darab dan
bahagi dalam menjalankan urusan peniagaan. Buktinya, mereka tahu membilang
angka 100, 000, 000. Misalnya, dalam bahasa Tagalog, satu disebut isa, sepuluh
disebut pua, 100 disebut daan, 1000 disebut libo, 100,000 disebut yuta, 1, 000,
000 disebut angao, 10, 000, 000 disebut kati dan 100,000,000 sebut bahala.30
r. Sukatan, Ukuran dan Kalendar
Sukatan talaron digunakan untuk menimbang barang-barang kering ialah,
sinantian digunakan untuk menimbang yang digunakan untuk menimbang lebih
besar dan berat. Sukatan muatan ialah koban, salop, pitis atau kaguitna dan
gatang. Ukuran panjang ialah dipa atau dupa (satu depa), dangkal (sejengkal),
27 Blair, Emma, Robertson, op. cit., Jilid IV, hlm 163.28 Encarnicion Alzona, A History of Education in the Philippines, Manila,1932, hlm 10.29 Blair, Emma, Robertson, op. cit., Jilid V, hlm 163.30 Frank H. Blake, Sanskrit Loan-Wards in Tagalog,” John Hopkins University Circulars (Jun, 1903), Jilid XXXI (163), hlm 62-65.
tumuro (panjang dari ibu jari hingga jari telunjuk), sangdamak (lebar tapak
tangan) dan sandali (lebar sejari).31 Kalender digunakan mempunyai tujuh hari
seminggu, 12 bulan setahun dan 365 hari setahun. Setiap sebulan mempunyai
30 hari kecuali bulan yang terakhir yang hanya mempunyai 26 hari sahaja.32
2.1.2 Ciri-ciri Ekonomi Tamadun Kacukan Filipina Zaman Purba
a. Pertanian dan Perusahan
i. Pertanian
Terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang ditanam seperti padi, kelapa, tebu,
kekabu, hem, camote, pisang, limau manis dan sayur-sayuran. Mereka
mengamalkan dua jenis kaedah pertanian iaitu pertanian tanah tinggi yang
dikenali sebagai sistem kaingin di mana tanah ladang ditugal dengan
menggunakan kayu dan pertanian tanah rendah di mana tanah ladang dibajak
dengan menggunakan tenggala yang ditarik oleh kerbau.33
ii. Sistem Pemilikan Tanah
Orang Filipina mempunyai dua sistem pemilikan tanah iaitu sistem pemilikan
tanah secara awam dan persendirian.34 Tanah awam merupakan cerun-cerun
gunung dan tanah yang tidak beberapa sesuai untuk dicucuk tanam manakala
tanah persendirian yang dicucuk tanam yang diperolehi dengan cara warisan,
hadiah dan pembelian.
iii. Penternakan
Orang Filipina menternak ayam, babi, kambing dan kerbau serta ikan air tawar
dan ikan air masin. Alat untuk menangkap ikan ialah buluh, panah, lembing ikan,
bakul ikan, kail dengan juran dan racun ikan. Mereka menternak ikan dengan
menggunakan cara sains yang dipelajari daripada pedagang-pedagang Jepun.35
iv. Perlombongan
Orang Filipina menjalankan perlombongan emas dan perak di Paracale
(Semananjung Bikol), Mountain Province (Luzon Utara), Butuan (Mindanao Utara)
dan Pulau Masbate. Menurut Wizurai Mexico melalui laporan Legaspi pada tahun
1569 mengatakan kebanyakkan logam ditemui di sungai dan diusahakan oleh
31 Blair, Emma, Robertson, op. cit., Jilid XXXIII, hlm 152-153.32 H. Otley Beyer, “Ifugaos, Using World’s Most Perfect Calender”, Manila: The Philippines Free Press, 24hb Julai, 1924, hlm 6.33 Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid satu, hlm 118.34 Fr. San Antonio, Chronicas, Jilid I, hlm 164-165 (dalam Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid satu, hlm 118) 35 Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid satu, hlm 119
orang muda Filipina. Gabenor Lavezares melaporkan kepada Raja Philip II 1547
bahawa orang Filipina bijak mencampur-adukkan logam untuk membentuk
pelbagai barang perhiasan.36
v. Pembalakan, Pembinaan Kapal dan Menenun Kain
Pembalakan hutan dilakukan untuk membuat sampan, banka, balangay, garay,
lapis, prau, caracoa, virey dan vinta yang digunakan untuk berperang,
pergembaraan dan perdagangan. Orang perempuan akan melakukan kerja
menenun kain dengan menggunakan alat tenunan yang diperbuat dari kayu
kasar. Antara jenis kain yang dihasilkan sinamay dari hem, medrinague dari tali
pisang, benang kapas, benang sutera dan benang linen.37
v. Lain-lain Perusahan
Antaranya membuat barang-barang kemas, menyuling wain, membuat senjata,
menganyam tikar dan raga, menyamak kulit binatang, memburu musang dan
mencari telur di sarang-sarang burung yang boleh dimakan, membersihkan
tanduk binatang dan mengutip cengkarang siput yang dikenali sebagai sigay.38
b. Perdagangan Asing
Orang Filipina telah giat menjalankan perdagangan dengan negara luar seperti
China, Jepun, Siam, Kemboja, India, Melaka, Borneo, Jawa, Sumatera, dan lain-
lain negeri di Timur. Terdapat tiga bukti yang menunjukkan perdagangan aktif
dijalankan oleh orang Filipina. Salah satu bukti dapat dilihat melalui surat oleh
Legaspi kepada Raja Philip II dari Panay pada 25hb Julai 1570 mengatakan orang
Moro di Luzon telah menjalankan banyak perdagangan kerana mereka belayar
untuk tujuan berniaga di Tanah Besar China dan orang Jepun.39 Cara berdagang
dengan menggunakan sistem barter iaitu orang Filipina menawarkan hasil-hasil
mereka sendiri untuk bertukar dengan barang-barang dari negeri asing. Namun,
terdapat juga perdagangan dilakukan dengan cara membayar dengan emas atau
lonceng logam yang dibawa dari negeri China.40
c. Perdagangan Dalam Negeri
36 Blair, Emma, Robertson, op. cit., Jilid III, hlm 204.37 Ibid.38 Ibid.39 Austin Gaig, A Thousand Years of Philippine History Before the Coming of the Spaniards, Manila, 1914, hlm 6.40 Blair, Emma, Robertson, op. cit., Jilid XXXIV, hlm 224.
Perdagangan dijalankan antara barangay-barangay, pulau dengan pulau. Legaspi
melaporkan pada tahun 1565 semasa beliau berada di Pulau Cebu mengatakan
bahawa dia telah melihat beberapa saudagar Luzon berniaga dengan orang
Cebu.41 Perdagangan dalam negeri dijalankan menggunakan sistem barter iaitu
penduduk yang tinggal di pinggir pantai akan menangkap ikan dan menukarkan
hasil tangkapan ikan dengan penduduk di pedalaman yang bercucuk tanam.
Secara keseluruhannya perkembangan sosioekonomi pada zaman
sebelum kedatangan Sepanyol menunjukkan bahawa masyarakat Filipina telah
mencapai tahap ketamadunan. Hal ini demikian kerana mereka telah pun
mempunyai kehidupan berorganisasi, sistem ekonomi, bahasa, tulisan dan
kesusasteraan serta agama dan kepercayaan.
3.0 PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EKONOMI FILIPINA SEMASA
PEMERINTAHAN SEPANYOL DARI TAHUN 1565 SEHINGGA TAHUN 1898.
Menjelang abad ke-17, Sepanyol telah bertapak kukuh di Filipina selama lebih
daripada 300 tahun bermula tahun 1565 sehingga tahun 1898. Penjajahannya
telah menghasilkan perkembangan dalam bidang sosioekonomi Filipina.
3.1 Perkembangan Sosial
3.1.1 Perundangan dan Kehakiman
a. Undang-undang Sepanyol
Filipina diperintah mengikut undang-undang khas yang terdiri daripada dikri-dikri
Diraja, pengisytiharan-pengisytiharan perintah gabenor, undang-undang negara
Sepanyol yang kuatkuasanya di Filipina. Undang-undang itu dibuat oleh Majlis
Mesyuarat Pulau-pulau Hindia yang bertindak sebagai mahkamah tinggi rayuan
bagi kes-kes tanah jajahan. Undang-undang sepanyol yang dikuatkuasakan di
Filipina ialah Leyes de las Indias (Undang-undang Pulau Hindia Timur) yang
mengandungi tujuh bahagian iaitu suatu kumpulan undang-undang lama,
Undang-undang Toro yang berkenaan dengan surat-surat wasiat dan
penggantian, Undang-undang Penyusunan Baru, Undang-undang Melombong,
Kanun Tentera Sepanyol, Undang-undang Penyaksi tahun 1862 dan Undang-
undang Hak Cipta. Menjelang abad ke-18, Sepanyol telah membawa masuk
Undang-undang Sivil seperti Kanun Kesiksaan 1876, Kanun Peniagaan 1888,
Kanun Perbicaraan Sivil 1888, Kanun Sivil tahun 1889, Undang-undang gadai
41 Coleccion de Documentos ineditos, Jilid III, hlm 126-127 (dalam Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid satu, hlm 122).
janji 1889, Undang-undang Keretapi tahun 1875 dan 1877 dan Undang-undang
Perairan tahun 1866.42
b. Kehakiman
Undang-undang yang diperkenalkan di Sepanyol dilaksanakan oleh badan
kehakiman yang dikenali sebagai audiencia diraja.43 Audiencia diraja yang
pertama ditubuhkan pada 5 Mei 1583 di Manila untuk melindungi masyarakat
Filipina adalah penyalahgunaan kuasa oleh gabenor-janeral dan pegawai-
pegawai Sepanyol yang lain. Namun badan kehakiman ini gagal dan
dimansuhkan pada 9 Ogos 1589 kerana terjadi pengaduhan antara gabenor
dengan masyarakat tempatan. Pada 26 November 1595, raja Philip
mengeluarkan dikri diraja untuk menubuhkan semula audiencia Manila.44 Pada 8
Mei 1598, audiencia ditubuhkan semula di Manila dan berkuasa sebagai badan
kehakiman tertinggi (lebih berkuasa daripada mahkamah tertinggi di Filipina)
sehingga akhir pemerintahan Sepanyol 1898. Organisasi audiencia Manila ini
terdiri daripada seorang ketua hakim, dua orang dipertua dua dewan (cawangan
Sivil dan jenayah), lapan orang hakim bersekutu, seorang peguam negara dan
beberapa pegawai lain.45 Badan ini mempunyai kuasa perundangan iaitu
membuat peraturan-peraturan dan undang-undang untuk pemerintahan-
pemerintahan tempatan, menjalankan kuasa kewangan dan mengedit akaun
tahunan tanah jajahan.
Selain itu, terdapat beberapa mahkamah pengadilan yang lain. Misalnya,
pada 26 Februari 1866 terdapat audiencia di daerah Cebu ditubuhkan menurut
dikri diraja. Pada 1893, mahkamah jenayah ditubuhkan di Cebu dan Vigan yang
terdiri daripada ketua hakim, dua orang gakim bersekutu, seorang penguam
pendakwa, seorang penolong peguam pendakwa dan seorang setiausaha.46
Terdapat juga mahkamah pertama yang ditubuhkan di wilayah-wilayah pada
tahun 1886 yang diselenggarakan oleh mayor.47 Mahkamah pertama ini
dibahagikan kepada tiga kelas iaitu entrada, escenso dan termino. Mahkamah
42 Malcom, George A., The Government of The Philippine Islands, New York, 1916, hlm 53-54. 43 Blair, Emma, Robertson, op. cit., Jilid VI, hlm 35-43
44 Ibid.45 Ibid.46 Ibid.47 Ibid.
tempatan yang ditubuhkan di setiap bandar pada tahun 1885 dikenali “justice of
the peace” yang menjadi asas kepada sistem pengadilan Sepanyol di Filipina.48
3.1.2 Penghapusan Perhambaan
Pemerintahan Sepanyol di Filipina telah menghapuskan sistem perhambaan
yang diamalkan sejak zaman purba. Hal ini dikuatkuasakan melalui undang-
undang Pulau-pulau Hindia pada tahun 1526, 1541 dan 1588 yang melarang
perhambaan dan menghukum orang-orang yang mengamalkan perhambaan di
semua tanah jajahan Sepanyol.49 Namun, undang-undang ini tidak laksanakan
secara berkesan sehinggalah raja Philip II mengeluarkan dikri diraja pada 9 Ogos
1589 yang memerintah pembebasan semula hamba abdi di Filipina.50Dikri ini
diperkuatkan lagi melalui titah perintah daripada Paus di Rom pada 18 April
1591 yang memerintah agar memecat golongan gereja yang tidak mahu
membebaskan hamba-hamba mereka.51 Oleh yang demikian, sistem
perhambaan di Filipina terhapus lebih awal berbanding dengan negara Eropah
yang lain seperti Rusia (1861), Amerika Syarikat (1863), dan beberapa negara
barat yang lain.
3.1.3 Agama Kristian
Agama Kristian di Filipina disebarkan oleh beberapa golongan mubaligh iaitu
mubaligh Augustinian, Franciscan, Jesuit, Dominican, Recollect dan
Benedictine.52 Mubaligh Agustinian merupakan mubaligh yang pertama sampai
ke Filipina bersama-sama dengan Legazpi dan Father Urdaneta dalam tahun
1565. Terdapat seramai 2,368 orang mubaligh Agustinian telah datang ke
Filipina dan membuka 385 buah bandar dan mentadbir agama untuk 2,000
orang selama 333 tahun pemerintahan Sepanyol. Pertubuhan mubaligh
Agustinian Filipina dinamakan Provincia de Santisimo Nombre de Jesus (Province
of the Most Holy Names of Jesus) dan ahli-ahlinya digelar sebagai O.S.A (Order of
St. Agustine).53
Penyebaran agama Kristian di Filipina dilakukan mengikut pembahagian
kawasan di bawah pengaruh mubaligh. Mubaligh-mubaligh Agustinian
48 Ibid.49 Blair, Emma, Robertson, op. cit., Jilid II, hlm 171.50 Blair, Emma, Robertson, op. cit., Jilid VII, hlm 70-71.51 Ibid.52 George A. Malcom, The Commonwealth of the Philippines, New York, 1936, hlm 306.53 Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid satu, hlm 285
menghadkan kerja-kerja penyebaran agama; di Ilocos, Pengasinan, Pampanga
dan beberapa buah Pulau di Pulau-pulau Visaya, mubaligh-mubaligh Franciscan;
di Semenanjung Bicol dan daerah-daerah di sekeliling Laguna de Bay seperti
Laguna, Rizal, Batangas dan Tayabas, mubaligh-mubaligh Dominican; di Lembah
Cagayan dan sebahagian daripada Pengasinan, mubaligh-mubaligh Jesuit; di
Cebu, Leyte Samar, Bohol dan Mindanao dan mubaligh-mubaligh Recollect; di
Bataan, Zambales, Mindaoro, Masbate, Ticao, Burias, Romblon, Cuyo, Palawan,
Negros dan sebahagian Mindanao.54
Mubaligh-mubaligh Kristian Sepanyol yang telah datang dan telah berjaya
mengkristiankan majoriti penduduk Filipina. Mereka telah menunjukkan
tauladan-tauladan yang mulia dan kasih sesama manusia dalam kalangan
penduduk Filipina. Buktinya, Fray Aduarte mengatakan mubaligh-mubaligh telah
tinggal bersama-sama kanak-kanak negeri dan mendirikan gereja serta rumah
untuk kediaman mereka, menjaga anak-anak itu seperti anak sendiri. Tambahan
lagi, mubaligh-mubaligh telah menyakinkan orang Filipina tentang kepalsuan
dewa-dewa dan kepercayaan yang jahil di Filipina dan mengiktirafkan kebenaran
agama Kristian.
Perkembangan agama Kristian di Filipina berlaku dengan pesat semasa
pemerintahan Sepanyol. Pada tahun 1591, terdapat 667,612 orang Filipina yang
menganuti agama Kristian dibawah jagaan 140 mubaligh Francisan dan sembilan
orang dari mubaligh Dominican di Cebu, pada tahun 1751, 904,110 orang, tahun
1866, terdapat 4,000,000 orang dan tahun 1898 terdapat 6,559,998 orang
beragama Kristian.55 Pada masa yang sama, berlaku pertambahan jumlah
mubaligh di Filipina. Buktinya, tahun 1591 ada 140 orang mubaligh, tahun 1876
ada 1,962 orang mubaligh dan tahun 1898 iaitu tahun akhir pemerintahan
Sepanyol terdapat 346 orang mubaligh Agustinian, 107 orang mubaligh
Franciscan, 233 orang mubaligh dominican, 42 orang mubaligh Jesuit, 327 orang
mubaligh Recollect, 16 orang mubaligh Capucine dan enam orang mubaligh
Benedictine di Filipina.56
54 Antonia de Morga, Sucesos, de las Islas Filipinas, Mexico, 1890 hlm 327-329 (dalam Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid satu, hlm 291)55 Census of the Philippine Islands 1st Editions, Washington, 1905, H.H Van Meter, The Truth about the Philippines, Chicago, 1900 (dalam Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid satu, hlm 292)56 Ibid.
Agama Kristian telah membawa perubahan dalam kalangan orang Filipina.
Perubahannya ialah falsafah agama Kristian sebagai akhlak baru dalam
kehidupan orang Kristian di Filipina.57 Hal ini menyebabkan perbuatan seperti
semua perasaan perkauman dan peperangan, riba berlebihan, minuman keras
berlebihan, menyumpah seranah, membunuh kanak-kanak, mengorbankan
manusia dan haiwan dihapuskan, berzina, menyimpan gundik, beristeri dua
disekat dan perkahwinan dianggap sebagai ibadah yang suci. Oleh itu, agama
Kristian telah menyatupadukan penduduk Filipina yang berpecah kepada satu
bangsa yang padu.
3.1.4 Kemunculan Bandar
Terdapat 385 buah bandar telah muncul yang merupakan hasil usaha mubaligh-
mubaligh Agustinian. Berikut merupakan bandar terkemuka iaitu Arevalo,
Dumangas, Pototan, Miagao, Barotac, Nuevo, Duenas, Jaro, Calumpit, Pasig,
Malolos, Lingayen, Lemery, Taal, Arayat, San Isidro dan San Miguel de Mayumo.
Mubaligh Franciscan telah membuka tidak kurang daripada 233 buah bandar
iaitu Santa Cruz, Lumbang, Pila, Nagcarling, Lilio, Antipolo, Morong, Meycauayan,
Luchan, Naga, Iriga dan Agoo. Mubaligh Jesuit membuka kira-kira 93 buah
bandar, mubaligh Dominican membuka 90 buah bandar, mubaligh Recollect
membuka 235 buah bandar.58 Bandar-bandar yang dibina oleh mubaligh itu akan
terdapat sebuah gereja dan konvent iaitu lambang agama Kristian.
3.1.5 Pembinaan Jalan Raya, Jambatan dan lain-lain
Mubaligh Sepanyol telah membina jalan raya, jambatan, kota, ampang pengairan
dan beberapa kerja raya. Mubaligh Agustinian iaitu Fray Francisco Paula Marquez
dan Fray Francisco Roxas telah membina jalan raya di antara Dagami dengan
Tanauan, mubaligh Franciscan iaitu Fr. Joaquin Coria telah membina jalan raya di
antara Pangsanjan dengan Santa Cruz, mubaligh Dominican iaitu Fr. Manuel del
Rio telah membina jalan merentas Gunung Caraballo yang pertama, mubaligh
Recollect iaitu Jr. Ildefense de La Conception telah membina jalan raya yang
pertama melintas pulau Masbate, jambatan Agoo, Laoag dan Bingras.59
3.1.6 Pendidikan
57 Ibid.58 Fr. Avery, The Society of Jesus in The Philippines, Manila: Philippines Magazine, 1930, hlm
559.59 Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid satu, hlm 297.
Pendidikan awal orang Filipina bermula dengan pendidikan oleh mubaligh
Sepanyol. Antara sekolah dan kolej yang ditubuhkan dan masih wujud sehingga
hari ini ialah Universiti San Carlos (1595), Universiti Santo Tomas (1611), Kolej
San Juan de Letran (1630), Ateneo de Manila (1859), Kolej San Agustin (1895) di
Iloili dan beberapa buah kolej untuk penuntut perempuan seperti Santa Isabel
(1632), Santa Catalina (1696), Beateria de la Compania (1694), San Sabastian
(1719), Santa Rosa (1750), La Concordia (1869), Looban (1885), Assumption
Convent School (1892) dan Kolej San Agustin (1895).60 Huruf dan bahasa
Sepanyol, agama dan budaya diajar kepada orang Filipina. Yayasan pendidikan
turut ditubuhkan untuk membantuk mengembangkan pendidikan kepada
penduduk di Filipina.
3.1.7 Percetakan
Alat percetakan yang pertama diperkenalkan oleh golongan mubaligh di Filipina.
Pada tahun 1593, terdapat dua buah buku mengenai ajaran Kristian (dalam
bahasa Tagalog-Sepanyol dan bahasa China) telah dicetak di Manila dengan
menggunakan kaedah seni cap kayu.61 Alat percetakan pertama menggunakan
huruf cetak iaitu seni bentuk huruf telah ditubuhkan dalam tahun 1602 oleh Fr.
Francisco Balancas de San Jose yang merupakan seorang pencetak mubaligh
Dominican dan guru ahli bahasa di Binondo, Manila. Dia telah melatih Tomas
Pinpin yang terkenal sebagai “raja pencetak Filipina” dan Diego Tagahay,
Fernando Bagongbanta dan Luis Beltran.62 Mubaligh Franciscan menubuhkan alat
percetakan di Taybas pada tahun 1606 dan kemudiannya berpindah ke Manila.
Mubaligh Agustinian membawa alat percetakan dari negeri Jepun ke Manila pada
tahun 1611 dan dijual kepada mubaligh Jesuit pada 1622.63
Buku-buku yang pertama diterbitkan di Filipina adalah hasil daripada
percetakan rahib. Buku-buku ini mengenai agama, ilmu bahasa, sejarah, riwayat
hidup, ilmu falsafah, kesusasteraan, drama, pendidikan, ekonomi dan sains.
Menurut Profesor J.Z. Valenzuela mengatakan bahawa buku-buku itu menjadi
hidangan kepada golongan intelektual Filipina.64 Menjelang tahun 1800, terdapat
500 jenis buku telah dicetak di Filipina.65
60 Ibid., hlm 298.61 W.E. Retana, Origenes de la imprenta Filipina, Manila, 1911, hlm 31 (dalam Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid satu, hlm 302.)62 Ibid., hlm 303.63 Ibid.64 Ibid.65Ibid.
3.1.8 Penubuhan Perpustakaan dan Muzium
Perpustakaan dan muzium ditubuhkan oleh golongan mubaligh-mubaligh Kristian
di konvent-konvent dan sekolah-sekolah di Filipina. Terdapat beberapa muzium
yang didirikan di Filipina iaitu muzium Jesuit Ateneo de Manila (terbakar pad 13
Ogos 1932) dan muzium Universiti Santo Tomas pada 1682.66
3.1.9 Kebajikan Masyarakat
Terdapat beberapa hospital, rumah-rumah pelindungan, rumah anak yatim dan
kolej ditubuhkan oleh golongan mubaligh Kristian di Filipina bertujuan untuk
menjaga kebajikan masyarakat di Filipina. Antara hospital yang ditubuhkan ialah
Hospitalito de Santa Ana (Hospital Kecil St. Anne) yang didirikan oleh Bro. Juan
Clamente seorang mubaligh Franciscan, hospital de San Juan de Dios dan
hospital San Lazaro, hospital San Gabriel di Binonda, Manila pada tahun 1587
dan hospital Real pada tahun 1612. Di wilayah-wilayah terdapat beberapa
hospital yang ditubuhkan iaitu hospital de Aguas Santas di Los Banos pada tahun
1602, hospital de San Jose di Cavite pada tahun 1641, hospital Kusta di Laong
pada tahun 1814, hospital Kusta di Cebu pada tahun 1850 dan hospital Kusta di
Naga pada tahun 1873.67
Terdapat sebahagian kolej yang dibina rumah pelindungan untuk
golongan yang tidak mempunyai tempat tinggal dan rumah anak-anak yatim
piatu. Antara kolej yang demikian iailah Kolej Santa Potenciana, Kolej Santa
Isabel dan Kolej Looban. Antara rumah-rumah anak yatim didirikan ialah hospicio
Real de San Jose untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan pada tahun 1810,
Rumah Pelindungan Mandaluyung untuk kanak-kanak perempuan pada tahun
1882, Rumah Pelindungan Tambohong untuk kanak-kanak lelaki pada tahun
1883.68 Pada tahun 1887, Biskop Martin Grarcia telah menubuhkan Casa de
Socorro (Rumah Pertolongan) untuk tujuan kebajikan.69
3.1.10 Kesusasteraan
Berlaku perkembangan bahasa, syair, esei, drama, penglipur lara, falsafah,
sejarah dan kisah-kisah riwayat hidup. Antara penulis yang popular semasa
66 Fr. Cerro, The Contribution of the Franciscan Order to Philippine History, Manila: Philippines Magazine, 1929, hlm 135.67 Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid satu, hlm 304.68 Ibid., hlm 305.69 Ibid.
pemerintahan Sepanyol ialah Fr. Blancas de San Jose yang menghasilkan karya
bertajuk Arte y regla de la tagala (1610), Fr. Francisco Lopez yang menterjemah
Doctrine Christina oleh Belarmino ke dalam bahasa Iloko (1621), Fr. Antonio
Mejia telah menulis Pasion de N.S. Jesucristo (1659) ke dalam bahasa Iloko, Fr.
Pedro de San Buenabenture pengarang Vacabulario de la lengua tagala (1613),
drama yang paling popular ialah La Conquista de Cebu (1890) yang dihasilkan
oleh Fr. Antolin Frias dan Syair yang popular ialah Recollection y Recoletos yang
dihasilkan oleh Fr. Pedro Fabo del Corazon.70
3.1.11 Muzik
Dalam bidang muzik, perkembangan berlaku dengan pertambahan jumlah ahli
muzik dan guru muzik kepada orang Filipina. Antaranya Fr. Geronimo de Aguilar,
Fr. Lorenzo Castello yang dikenali “Orpheus mubaligh Augustinian”, Fr. Juan
Bolivar seorang pengubah lagu-lagu Krisman, Fr. Cipriano Gonzales yang
menubuhkan sebuah akademi muzik pada tahun 1893 di Pandacan, Fr. Tomas
Frenandez del Rosario merupakan pengubah mazmur dan syair dan Fr. Diego
Cerra merupakan ahli muzik mubaligh Recollect dan Pembina “Organ Buluh di
Las Pinas” yang termasyhur di seluruh dunia.71
3.1.12 Seni Lukis
Seni lukis dapat dilihat melalui bangunan-bangunan gereja di Manila yang
dipengaruhi oleh seni lukis berunsurkan Corinth, Dorian, Ion, Greek-Roman,
Byzantine, Goth dan Moor. Bangunan-bangunan gereja ini melambangkan
persatuan yang harmoni di antara agama dengan seni lukis. Antara arkitek
termashyur ialah Bro. Antonio Herrera yang membina Biara Guadalupe, Fr.
Gregario Giner yang membina gereja Angat, Fr. Ramon Ramos yang membina
gereja Pototan, Fr. Francisco Gascuena yang membina gereja Meycauayan, Fr.
Diego de la Torre yang membina Biara Santa Clara dan beberapa yang lain.72
Mubaligh-mubaligh telah menukarkan konvent-konvent menjadi sekolah seni
lukis yang mengajar orang Filipina mengenai seni lukis dan seni pahat.73
3.1.13 Sains
70 Leopoldo Y. Yabes, A Brief Survey of the Iloko Literature, Manila, 1936, hlm 18.71 Ibid.72 Vide, Brief History of Plastic-Graphic Arts in the Philippines, Manila: Encyclopedia of the
Philippines, Jilid IV, hlm 36-37.73 Ibid.
Perkembangan sains semasa pemerintahan Sepanyol dapat dilihat melalui
pengenalan jam matahari, Balaitilik Manila dan penemuan mata air galian. Jam
matahari yang pertama di Filipina dibina oleh Fr. Juan Sorolla di halaman gereja
Tagudin, Ilocos Sur pada tahun 1841. Jam matahari ini menggunakan angka
Arab, mempunyai dua batang lurus yang tingginya satu meter dan pada turus
tersebut diukir dua muka jam iaitu satu muka jam digunakan dari 23 September
sehingga 22 Mac dan satu lagi digunakan dari 23 Mac sehingga 22 September.74
Selain itu, Balaitilik Manila atau Obervatory of Manila telah ditubuhkan oleh
beberapa orang Father Jesuit dalam tahun 1865 bertujuan membuat ramalan-
ramalan taufan tropika yang tepat dan pemerhatian yang teliti mengenai gempa
bumi di Filipina.75 Terdapat tiga jabatan iaitu jabatan kaji cuaca, jabatan kaji
gempa, kaji magnet dan astronomi. Pada tahun 1593, Fr. Pedro Bautista telah
menjumpai mata air galian iaitu telaga air panas di Los Banos yang mempunyai
khasiat untuk menyembuhkan penyakit-penyakit kulit dan lain-lain penyakit.76
3.1.14 Perhubungan di antara Orang Sepanyol-Filipina dengan Orang
China.
Perhubungan di antara Filipina dengan orang China semasa pemerintahan
Sepanyol bermula pada 8 Mei 1570 iaitu pada masa pelayaran Marshal Goiti ke
Manila telah menawan dua buah tongkang China di pinggir laut Mindoro dan
memberi layanan baik kepada tawanan itu dan membebaskan mereka.77 Semasa
Marshal berlayar di Pulau Luzon di bahagian Balayan, Batangas dia mendengar
orang China telah bergaduh dengan orang Filipina.78 Di Teluk Manila, beliau telah
mendapatoi empat tongkang perdagangan China dan melihat terdapat suatu
petempatan yang mempunyai 40 orang penduduk China.79 Pada tahun 1571,
Legazpi telah tiba di Manila dan mendapati terdapat 150 orang penduduk China
di situ.80 Orang Sepanyol menyebut orang China sebagai Sangley yang
sebenarnya berasal daripada perkataan xang lai yang bermaksud berniaga
(dalam bahasa China).81 Kedatangan beramai-ramai orang China di Filipina pada
abad ke 17 dan 18 telah mengugat kedaulatan Sepanyol dari segi politik,
74 Adeudato J. Agbayani, Unique Ilocos Sundials, Manila: The Herald Mid-Week Magazine, 1936 (dalam Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid satu, hlm 309)
75 Ibid.76 Ibid.77 Blair, Roberston, op. cit., Jilid II, hlm 35.78 Ibid.79 Ibid.80 Ibid81 Ibid.
ekonomi dan agama. Dari segi agama para paderi Sepanyol berpendapat orang
China sebagai anasir yang tidak diingini dalam kalangan penduduk pulau itu
kerana orang China berpegang kuat kepada fahaman Confucius, sekiranya
mereka menerima agama Kristian, mereka tidak akan menjadi orang Kristian
yang baik.
Kerajaan Sepanyol di Filipina telah memperkenalkan dasar untuk
menyekat kemasukan orang China ke Filipina dengan memaksa mereka
membayar cukai seperti cukai sebanyak 64 real kerana keistimewaan dapat
tinggal di negeri itu dan cukai sebanyak 12 real sebagai ufti.82 Namun, cukai itu
tidak berjaya menyekat kemasukan orang China. Kesannya, orang China dipaksa
untuk tinggal di kawasan tertentu di Manila yang dikenali sebagai Parian (sebuah
pekan China). Tiap-tiap kali apabila orang China menunjukkan sikap mahu
memberontak, mereka akan dibunuh beramai-ramai sepertimana
pemberontakan orang China pada tahun 1603, 1639, 1662, 1686 dan 1762.83
Apabila bilangan mereka semakin meningkat, Sepanyol telah mengusir mereka
dari Manila.
Perkembangan penduduk China tetap berterusan walaupun berlaku
pembunuhan beramai-ramai dari tahun 1603 sehingga 1762.
Jadual 3.1 Jumlah Orang China di Filipina
Tahun Bilangan Penduduk China (orang)
1571 1501588 10,0001596 24,0001603 30,0001749 40,0001886 67,0001896 100,000
Sumber: Gregorio F. Zaide, Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid satu, 1978, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 440.
Bilangan penduduk China yang meningkat menyebabkan Sepanyol
mengambil tindakan untuk menyingkirkan mereka dari Filipina. Hal ini bermula
pada tahun 1596, Dr Morga telah menyingkirkan seramai 12, 000 orang China
dari Manila. Pada tahun 1686, King Charles II telah mengeluarkan dikri raja untuk
82 Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid satu, hlm 429.83 Ibid.
menyingkirkan orang China bukan beragama Kristian dalam tempoh dua bulan,
tahun 1744 King Philip V telah memerintah satu lagi penyingkiran beramai-
ramai, tahun 1755 Gabenor Pedro Manuel de Arandia telah menyingkir orang
China dan dalam tahun 1769, King Charles III bertindak atas syor untuk
melakukan penyingkiran am.84 Usaha tersebut gagal kerana dikri-dikri tidak
dikuatkuasakan dengan keras oleh pegawai-pegawai yang selalu menerima
rasuah dan kemakmuran ekonomi negeri itu bergantung sepenuhnya kepada
tenaga buruh orang Cina. 85
3.1.15 Perhubungan di antara Orang Sepanyol-Filipina dengan Orang
Jepun.
Penduduk Jepun di Filipina semasa pemerintahan Sepanyol bermula pada tahun
1570 apabila Ketua Pengurus Khemah Gioti menjumpai 20 orang penduduk
Jepun di Manila. Kebanyakkan mereka merupakan rakyat Jepun yang beragama
Kristian yang melarikan diri daripada keganasan kerajaan Tokugawa dan datang
ke Filipina sebagai peniaga. Pada zaman pemerintahan Kenyei di Jepun, telah
melarang penghijrahan orang Jepun ke Filipina akibatnya pada tahun 1639
sehingga 1853 jumlah orang Jepun di Filipina semakin berkurangan dan hampir
luput. Ramai orang Jepun kembali ke negara Jepun dan menganuti agama nenek
moyang mereka, sementara yang lain berkahwin campur dengan orang-orang
Filipina dan lama-kelamaan tidak lagi dikenali sebagai orang Jepun.86
Jadual 3.1 Jumlah Orang Jepun di Manila, Filipina
Tahun Bilangan Penduduk China (orang)
1570 201592 3001595 1,0001606 1,5001619 2,0001623 3,000
1639 -1853 Kurang daripada 3,000Sumber: Gregorio F. Zaide, Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid satu, 1978, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
84 Blair, Roberston, op. cit., Jilid XII, hlm 108-10985 Ibid.86 Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid satu, hlm 452
Di Manila, terdapat beberapa bandar Jepun iaitu bandar Jepun-Dilao dan
San Miguel. Dilao telah ditubuhkan pada 1592 dan tahun 1603, kerajaan
Sepanyol telah memulakan dakwah agama Kristian di kawasan tersebut. Sebuah
gereja kecil didirikan dengan menggunakan buluh dan daun-daun kelapa, untuk
menyelenggarakan gereja ini orang-orang Jepun Kristian yang patuh pada akan
memberi dana atau sedekah dan menyumbangkan tenaga.87 Dr. Morga telah
menceritakan hal tanah jajahan Jepun di Dilao dan cara hidup penduduk Jepun
iaitu setengah-setengah orang Jepun yang beragama Kristian dan bukan
beragama Kristian di Manila, tidak seramai orang China, memakai pakaian
kebangsaan iaitu kimono yang diperbuat daripada kain sutera dan kain cita yang
berwarna-warni yang panjangnya menutup setengah bahagian kaki, berbelah di
hadapan, memakai seluar dalam pendek dan gelobor, kasut boot kulit bertali dan
kasut yang berupa seperti selipar yang tapaknya dibuat daripada jerami, tidak
memakai topi dan rambut mereka dicukur hingga kebahagian ubun-ubun kepala,
rambut mereka yang panjang akan disimpulkan ke atas kepala dengan cantik.88
Bandar Jepun yang kedua adalah San Miguel yang dibuka pada tahun 1615
sebagai tempat kediaman orang Jepun Kristian yang datang ke Manila.
Pemberontakan orang Jepun di Manila pada tahun 1606 dan 1607 kepada
pemerintahan Sepanyol.89 Pemberontakan pertama (1606) berlaku apabila
Sepanyol bertindak menghalau orang Jepun kembali ke negeri asal mereka.
Tindakan itu disebabkan peperangan yang berlaku antara tentera Sepanyol
dengan tentera Jepun dibawah kerajaan Hideyoshi. Namun tindakan itu
mendapat bantahan daripada orang Jepun di Manila. Pemberontakan kedua
(1607) meletus disebabkan perintah keras Audiencia Diraja yang pada masa itu
menyelenggarakan urusan pemerintahan selepas kematian Gabenor Acuna.
Perintah itu memaksa orang-orang Jepun bekerja di kawasan pinggir bandaraya
Manila.
3.1.16 Peperangan Moro
Peperangan ini merupakan perjuangan-perjuangan yang menumpahkan darah di
antara orang Sepanyol dengan orang Filipina Islam. Dari segi agama, perang ini
adalah Perang Salib kerana orang Sepanyol yang dibantu oleh orang Filipina-
Kristian berjuang sebagai pembela Agama Kristian dan orang Filipina Islam
87Ibid., hlm 453. 88 Ibid.89 Ibid., hlm 461.
berjuang sebagai pembela Agama Islam.90 Sebab-sebab peperangan Moro ialah
permusuhan lama di antara penganut-penganut agama Kristian dengan
penganut agama Islam, tentangan orang Islam terhadap serangan Sepanyol
terhadap negeri mereka dan kegemaran orang Filipina Islam berjuang.91
Pertempuran berlaku antara Sepanyol dengan Moro pertama pada tahun 1569 di
mana orang Islam dari Jolo dan Borneo datang dengan 20 buah jalur menyerang
kampung-kampung di Pulau Visaya. Legazpi (Sepanyol) telah menghantar satu
angkatan tentera yang terdiri daripada sembilan buah kapal di bawah perintah
Martin de Goiti dan semasa berdekatan dengan Cebu, angkatan laut Sepanyol ini
telah bertempur dengan orang Islam di situ. Peperangan Moro berlangsung
selama 298 tahun dari tahun 1578 sehingga 1876. Peperangan itu menyebabkan
kehilangan nyawa seramai 300 orang askar Kristian. Pada tahun 1848, kuasa
Islam merosot apabila tiga buah kapal api perang (iaitu Magallanes, Elcano dan
Reina de Castilla) yang telah dibeli oleh Sepanyol di England tiba di Manila untuk
menentang dan berjaya menamatkan keunggulan kuasa Islam di Laut.92
3.2 Perkembangan Ekonomi
3.2.1 Sistem Encomiendaro
Pada permulaan pemerintahan Sepanyol telah memperkenalkan sistem
organisasi ekonomi zaman pertengahan Eropah di Filipina iaitu sistem
encomienda. Encomienda ialah sebuah kawasan atau daerah termasuklah
penduduk-penduduk dan hasil-hasilnya dianugerahkan oleh raja Sepanyol
kepada penakluk atau penjajah sebagai hadiah kerana perkhidmatan merek
kepada kerajaan. Sistem encomienda membentuk dua kelas iaitu tuan feudal
dan vassal. Tuan feudal merupakan penakluk atau penjajah Sepanyol dan vassal
merupakan orang Filipina yang diberi perlindungan oleh oleh tuan feudal.
Encomienda yang pertama dilaksanakan di Pulau Cebu pada tahun 1571
dibahagikan kepada 257 buah ecomienda yang terdiri daripada 31 buah jenis
encomienda diraja dan 236 buah encomienda jenis persendirian yang
mengandungi 667,612 orang penduduk dan 166,903 kawasan ufti di Filipina.93
Pada tahun 1621, bilangan encomienda telah berkurangan sehingga tinggal 186
90 Ibid., hlm 473.91 Ibid., hlm 475.92 Ibid., hlm 491.93 Fr. Rois Coronel, Memorial, hlm 79
buah sahaja disebabkan oleh kematian pemiliknya dan kerana ada yang telah
dijadikan wilayah.
Perbuatan-perbuatan menyalahgunakan kuasa yang dilakukan oleh
encomendero. Mengikut Undang-undang Pulau-pulau Hindia Encomendaro
diwajidkan untuk melindungi dan mendidik orang Filipina yang berada di bawah
jagaan mereka, menjaga hal kebajikan dan kebahagian dan menolong para
mubaligh menyebarkan agama Kristian. Namun, encomendaro telah
menyalahgunakan kuasa seperti menipu, mendera, mengabaikan, memaksa
orang Filipina membayar cukai berlebihan dan membuat kerja dengan teruk.
Dalam keadaan ini hanya golongan paderi iaitu Biskop Domingo de Salazar dan
Fray Martin de Rada sahaja yang menjadi pelindung kepada orang Filipina yang
ditindas. Akhirnya, pada tahun 1573 satu memorandum Mubaligh Augustinian
telah disampaikan kepad raja Sepanyol untuk melaporkan perbuatan
encomendaro yang kejam kepada orang Filipina.94 Pada permulaan abad ke-18,
sistem encomienda dimansuhkan di Filpina.
3.2.2 Ufti dan Zakat
Sejak tahun 1565 sehingga tahun 1884, orang Filipina membayar ufti iaitu
sejenis cukai kepala kepada negara Sepanyol. Kadar cukai yang dibayar pada
mulanya ialah lapan reale bagi setiap keluarga dan boleh dibayar dengan bentuk
wang tunai atau pun barang. Kadar cukai ini telah dinaikkan kepada sepuluh
reale dalam tahun 1602 dan dua belas reale dalam tahun 1851. Satu ufti
bersamaan dengan bayaran satu keluarga yang terdiri daripada suami, isteri dan
anak-anak kecil. Setiap orang lelaki yang sudah berkahwin yang berumur lebih
daripada 20 tahun (dalam tahun 1851 diturunkan kepada 18 tahun) atau tiap-
tiap orang perempuan yang belum berkahwin yang berumur lebih daripada 25
tahun (dalam tahun 1851 diturunkan kepada 20 tahun yang tinggal dengan
ibubapa mereka akan dikira setengah ufti.95 Manakala semua penduduk bangsa
Sepanyol dikecualikan daripada membayar cukai.
Selain itu, orang Filipina dikenakan untuk membayar zakat. Terdapat
empat real zakat yang dikenakan iaitu satu real untuk derma kebajikan
masyarakat, tiga real untuk gereja dan setengah real untuk perang khas
94 Blair dan Robertson, op. cit., Jilid XXXIV, hlm 279-280.95 Carl C. Plehn, Taxation in the Philippines, New York: Political Science Quarterly, 1901, Jilid XVI, hlm 685.
melawan orang Moro yang disebut sebagai Donativo de Zamboanga.96 Ufti dan
zakat merupakan perkara yang paling dibenci oleh orang Filipina kerana ianya
merupakan penghinaan ke atas diri mereka di tanah air sendiri dan merupakan
pengiktrafan terhadap ketuanan Sepanyol.
3.2.3 Pertanian dan Perusahan
Semasa pemerintahan Sepanyol, berlaku perkembangan ekonomi pertanian dan
perusahan. Dalam bidang ekonomi berasakan pertanian, mubaligh-mubaligh
Sepanyol telah membawa masuk tumbuhan dan haiwan baru ke Filipina dan
mengajar orang Filipina mengenai perusahan dan pertukangan tangan yang
baru. Buktinya, dari Mexico dan Eropah mereka membawa masuk benih-benih
pokok jagung (Indian corn), tembakau, kapas, gandum, nila, koko, ubi keledek,
terung, betik, nenas, lidah buaya, tomato, kacang, kacang lima, labu, ubi kayu,
dan lain-lain tumbuhan.97 Pada masa yang sama, mereka membawa masuk
lembu, kuda, itik, jayinah, burung merpati dan lain-lain jenis ayam itik dan
binatang.98
Perusahan-perusahan baru telah diperkenalkan di Sepanyol. Buktinya,
pada tahun 1581 mubaligh Jesuit Fr. Antonio Sedeno telah datang ke Manila dan
memulakan ternakan ulat sutera dan perusahan gentong. Mubaligh-mubaligh
Augustinian Fray Pedro de S. Agustin dan Fray Manuel de Jesus memulakan
perusahan menternak kerbau lembu di Neuva Ecija, Fr. Matias Octavio telah
mengalakkan penanaman nila di Malabon dan jagung di Ilocos, mubaligh
Franciscan yang mengajar penduduk-penduduk di Marilas cara-cara menanam
kopi dan menjumpai longgokan besi dan tembaga di gunung-gunung Laguna.
Perusahan-perusahan lain yang turut berkembang ialah perusahan membuat
topi, kapur, tikar, ikan dan garam.99
3.2.4 Perdagangan Menggunakan Kapal Perang.
Pada masa awal pemerintahan Sepanyol, Manila menjadi pusat perdagangan
Asia dan pelabuhan yang mengelolakan pertukaran barang-barang eksport
perdagangan negeri-negeri di Asia. Buktinya, tiap-tiap tahun kapal-kapal dari
negeri-negeri China, Jepun, Melaka, India, Siam, Kemboja, Jawa dan Pulau-pulau
96 Ibid.97 Vide, Flora of Manila, Manila: The Philippines Journal of Science, Jilid VII (3), hlm 198.98 Ibid.99 Percy A. Hill, Old History of Nueva Ecija, Manila: Philippine Magazine, Oktober, 1930, hlm 201.
Maluku datang ke Teluk Manila membawa barang-barang dagangan dari negeri
masing-masing dan kemudian belayar balik dengan membawa perak dari Mexico
dan barang-barang eksport Filipina. Kerajaan Sepanyol telah menggunakan kapal
perang sebagai memonopoli perdagangan di Manila. Perdagangan ini dijalankan
oleh pegawai-pegawai diraja mengikut dikri-dikri raja. Kapal-kapal perang ini
mempunyai muatan sebanyak 300 hingga 2,000 tan dan membawa sebanyak
40-60 meriam.100 Kapal-kapal ini membawa barang dagangan Timur seperti kain-
kain sutera, cita dan kain putih buatan negeri China, barang-barang tembikar
putih, rempah-rempah, ambar, kasturi, minyak wangi dan beberapa barangan
lain di Asia dan jual ke Mexico dengan mendapat untung yang banyak iaitu 100%
hingga 300%. Dalam pelayaran pulang dari Acapula ke Manila, kapal-kapal ini
membawa banyak wang perak iaitu merupakan hasil penanaman modal dan
untung yang didapati oleh saudagar-saudagar Manila. Jumlah wang yang dibawa
sebanyak 1,000,000 hingga 3,000,000 peso wang Mexico iaitu melebihi jumlah
tertinggi yang ditetapkan oleh undang-undang.101 Namun, lanun-lanun Inggeris
telah menyerang kapal-kapal perdagangan Sepanyol. Buktinya, pada bulan Mac
1578, Francis Drake merupakan lanun Inggeris yang termahsyur telah menawan
kapal Nuestra Senora de la Concepcion dekat Panama dan merampas beberapa
pucuk surat rasmi yang dialamatkan kepada Gabenor Ronquila dan lain-lain
pegawai di Manila. Pada penghujung abad ke-18, perdagangan menggunakan
kapal yang bersifat monopoli ini sampai ke peringkat kemunduran. Ini
disebabkan kehilangan beberapa buah kapal perdagangan, penubuhan Syarikat
Diraja Filipina dalam tahun 1785 dengan hak keistimewaan untuk berniaga di
negeri China dan negeri-negeri Timur yang lain dan penyeludupan barang-
barang eksport ke Mexico oleh pengembaraduga Amerika dan British
menyebabkan untung yang didapati saudagar-sudagar Manila sangat kurang.
Monopoli perdagangan menggunakan kapal perang dihapuskan pada tahun
1815.102 Selepas itu, perdagangan antara Mexico dan Manila berterusan tetapi
bukan monopoli perdagangan.
4.0 PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EKONOMI FILIPINA SEMASA
PEMERINTAHAN REPUBLIK FILIPINA PERTAMA DARI TAHUN 1899
SEHINGGA TAHUN 1901.
100Ibid., hlm 250. 101 Ibid., hlm 256.102 Ibid.
Pemerintahan Sepanyol telah berakhir pada tahun 1898 disebabkan oleh
serangan Amerika Syarikat. Kejatuhan Sepanyol dan berikutan keruntuhan
Revolusi Filipina pada tahun 1896 sehngga 1898 terhadap Sepanyol lahirlah
Republik Filipina yang pertama yang diasaskan oleh tentera dan dirasmikan di
Malolos, Bulacan pada 23 Januari 1899. Berikut merupakan perkembangan sosial
dan ekonomi semasa Filipina diperintah oleh kerajaan berbentuk Republik.
4.1 Perkembangan Sosial
4.1.1 Bendera dan Lagu Kebangsaan Filipina
Bendera Republik Filipina telah diciptakan oleh Puan Marcela de Agonicillo isteri
Don Felipe Agoncillo semasa berada dalam buangan di Hong Kong dan dibawa
ke Filipina oleh Jeneral Aguinaldo. Bendera kebangsaan itu dikibarkan di Kawit
pada 12 Jun 1898 mengambil sempena pengisytiharan kemerdekaan Filipina dan
dianggap sebagai bendera kebangsaan orang Filipina. Bendera itu diperbuat
daripada sutera dengan satu segitiga putih sebelah kiri mengandungi pecahan
lapan sinaran matahari di tengah-tengah, satu bintang lima di tiap-tiap silang
segi tiga, satu jalur biru di atas dan satu jalur merah dibawah. Segitiga yang
berwarna putih bermakna persamaan, jalur biru di atas bermakna keamanan,
kebenaran dan keadilan, jalur merah di bawah itu bermakna semangat cintakan
tanah air dan keberanian. Pecahan lapan sinaran dalam segitiga itu mewakili
lapan wilayah yang mula sekali memberontak menentang Sepanyol dan ketiga-
tiga bintang itu melambangkan pulau Luzon, Visaya dan Mindanao.103
Lagu kebangsaan Filipina mengerakkan perasaan hati dan senikatanya
yang memberangsangkan, melambangkan cinta orang Filipian kepada
kebebasan. Lagu Filipina pada mulanya hanyalah muzik yang diciptakan oleh ahli
muzik Caviteno selama enam hari dan pada 11 Jun 1898, Aguinaldo bersetuju
untuk menjadikannya sebagai lagu kebangsaan Filipina serta dilaungkan semasa
mengibarkan bendera Filipina pada 12 Jun 1898. Setahun kemudian, pada akhir
bulan Ogos 1899 seorang askar pemuda bernama Jose Palma telah menulis syair
yang bertajuk Filipinas dan diterbitkan dalam La Independencia pada 3
September 1899 telah dijadikan sebagai senikata lagu kebangsaan Filipina.104
4.1.2 Kesusasteraan
Perkembangan sikap cintakan tanah air telah mendorong perkembangan
kebolehan keintelektualan dan bakat menulis sastera dalam bidang penulisan
103 Kitty Maryatt, The Philippine, Los Angeles: University California Press, 1993, hlm 33.104 John F. Cady, The Post-War Southeast Asia: Independence Problems, Athens, Ohio: OHIO University Press, 1974, hlm 207.
terutamanya dalam soal demokrasi, cita-cita kebangsaan, hak manusia dan
menyanyikan kejayaan perwira dan tindakan patriotik. Terdapat tiga penulis
sajak (dalam bahasa Sepanyol) yang terbaik semasa zaman pemerintahan
republik iaitu Jose Palma (1876-1905), Fernando Ma. Guerrero (1873-1931) dan
Cecilio Apostol (1877-1938). Jose Palma telah menulis syair yang bertajuk
Filipinas, El Kundiman (Lagu Kasih), En Confianza (Dalam Keyakinan) dan
Melancolias (Melancholies). Guerrero seorang pendidik dan wartawan, berjiwa
romantis, bersemangat kebangsaan, memuji kecantikan Filipina. Antara syairnya
iailah Mi Patria (Negeriku), Ilang-ilang (Bunga Filipina), Marcha Funebre de
Chopin (Lagu Jenazah Chopin) dan A media noche (Waktu Tengah Malam).
Apostol merupakan seorang peguam dan wartawan, antara syair yang dihasilkan
ialah A Rizal (kepada Rizal), A la Bendera Filipina (Kepada Bendera Filipina), Los
Maritires Anonimos de la Patria (Perwira Negara Tanpa Nama), Fatherland, A
Emilio Jacinto (Kepada Emilio Jacinto) dan Mi Raza (Bungaku). Pengembang
kesusasteraan Filipina yang laian dalam kerajaan Republik ialah Rafel Palma,
Jaime C de Veyra, Sergio Osmena dan Dr. Fominador Gomez, di antara wartawan
yang bersemangat kebangsaan ialah Jose Clemente Zulute, penyelidik sejarah
iaitu Epifanio de los Santos dan Manuel S. Guerrero, penulis prosa dan penulis
peribudaya rakyat iaitu Bernardo Solis, Emiliano Manguiat, Anselmo de Jesus y
Vergara dan Pacifico, Victoriano, penyair muda iaitu Dr. Pedro A Paterno dan
Felipe G. Calderon dan Apolinario Mabini.105
4.1.3 Pendidikan
Pelembagaan Malolos mengadakan sistem pendidikan rendah secara percuma
dan wajid serta memberikan kebenaran kepada seseorang untuk menubuhkan
sekolah mengikut undang-undang negeri. Engrique Mendiola menubuhkan
Institut Burgos di Malolos untuk kanak-kanak lelaki dan telah diberi pengiktrafan
rasmi sebagai kolej sekolah menegah oleh kerajaan pada 24 Oktober 1898. Pada
1 November 1898, Rev. Felixberto Suani, kapten tentera diperintah supaya
mengatur kolej menegah di Wilayah Ilocos dan meminta bantuan dan kerjasama
pagawai tempatan untuk mengumpul data penerangan dan mengembalikan
semula buku kerajaan, perkakas bangunan dan harta lain yang dimiliki oleh
sekolah rakyat. Latihan ketenteraan untuk pegawai bertauliah dalam tentera
Republik diberi dalam Akademik Tentara yang ditubuhkan di Malolos oleh Dikri
pada 25 Oktober 1898. Pusat pengajian yang tertinggi dalam Republik oalah
105 Ibid., hlm 305.
Universiti Kebangsaan Kesusasteraan Filipina yang ditubuhkan pada 19 Oktober
1898. Kursus yang ditawarkan ialah undang-undang, perubatan, ilmu bedah,
farmasi dan penyaksi awam. Pengetua universiti dipanggil rektor dilantik oleh
profesor yang dilantik pula oleh Presiden Republik. Rektor yang pertama ialah
Dr. Joaquin Gonzales dan yang kedua ialah Leon Ma Guerrero. Pada 29
September 1899, Universiti itu memulakan kuliahnya di Talac dan memberi
ijazah dalam undang-undang dan perubatan.106
4.1.4 Tentera dan Tentera Laut Filipina
Perbelanjaan terbesar dalam belanjawan tahun 1899 ialah berkenaan dengan
tentera dan tentera laut iaitu berjumlah 4,977,654.38 Peso. Pada 21 Februari
1899, Republik mengenakan kerahan seluruh negeri bagi orang lelaki yang
berkebolehan dan berumur di antara 18 hingga 35 tahun untuk menjadi tentera
bagi mempertahankan cita-cita rakyat Filipina daripada dijajah semula oleh
kuasa Barat. Pemerintah angkatan tentera pada waktu itu ialah Manuel Tinio
yang dihantar ke Ilocos, Daniel Tirona ke Cagayan, Vicente Lukban ke Bicolandia-
Semar-Leyte, Leandro Fullon ke Antique dan Anianias Diokuno ke Panay.
Beberapa orang bekas pejuang Jepun dalam masa Perang Jepun dengan Rusia
(1894-1895) iaitu Kapten Yoshitaro Nagano, Kapten Hara, Leftenan Inatomi dan
beberapa orang lain yang sukarela berkhidmat kepada kerajaan republik.
Tentera meriam Filipina yang pertama telah ditubuhkan di Porta Vega, Cavite
dalam tahun 1898 oleh Kolonel Ladislao Jose, bekas tentera kuanter-master
pasukan meriam Sepanyol digudang senjata Cavite.107 Aguinaldo mempunyai
satu angkatan mengandungi kapal api kecil yang didermakan oleh
setianegarawan yang kaya yang digunakan untuk berperang dengan tentera
Amerika Syarikat.
4.1.5 Wanita Dalam Peperangan
Wanita Filipina memainkan peranan penting dalam mempertahankan dasar
perjuangan negara. Buktinya, setelah beberapa hari berlakunya peperangan
kemerdekaan Filipina, ramai wanita dibawah pimpinan Puan Hilaria de Aguinaldo
iaitu isteri kepada Jeneral Aguinaldo menubuhkan Persatuan Palang Merah
Filipina di Polo, Bulacan. Persatuan ini ditubuhkan untuk memberi bantuan
kepada tentera di medan perang, antara bantuannya ialah wang, kain balut,
ubat dan kelengkapan lain yang diperlukan dalam rumah sakit pengkalan
106 Encarnacion Alzona, A History of Education in the Philippines 1565-1930, Manila, 1932, hlm 183.107 Teodoro M. Kalaw, The Philippine Revolution, Manila, 1925, hlm 150.
Republik. Terdapat ahli-ahli dalam persatuan yang merupakan jururawat di
rumah sakit perang Imus, Cavite iaitu Josephine Bracken-Rizal (isteri kepada Dr.
Rizal) dan Trinidad Tecson yang dipanggil sebagai “Ibu dari Biaknabato” kerana
khidmatnya sebagai jururawat di Biaknabato dan beberapa wanita lain seperti
Artemio Ricarte (isteri Jeneral Panteleon Garcia).108
4.1.6 Peperangan dan Pengorbanan Nyawa dan Wang
Semasa pemerintahan Republik, masyarakat Filipina terlibat dengan beberapa
siri peperangan bertujuan untuk mempertahankan maruah bangsa daripada
dijajah semula oleh negara luar yang dikenali sebagai peperangan kemerdekaan
Filipina di antara Filipina dan tentera Amerika Syarikat. Salah satu siri
peperangan kemerdekaan Filipina ialah Perang Genting Tirad di mana Jeneral
Gregorio del Pilar yang berumur 24 tahun bersama dengan 60 orang bersenjata
yang terpilih, bersedia untuk melawan dengan orang Amerika yang mengejar
dan memberi Aguinaldo kesempatan untuk melepas diri. Pada waktu pagi, 2
Disember 1899, Major March bersama 300 orang Amerika telah menyerang
genting tetapi berundur akibat serangan orang Filipina (orang-orang Del Pilar).
Namun, terdapat seorang warga Filipina iaitu Januario Galut telah membocorkan
rahsia tentang jalan sulit ke genting itu terhadap pihak Amerika. Dia telah
membawa pasukan Amerika dan menyerang Del Pilar dari belakang, sementara
Major March menyerbu dari hadapan. Pilar terbunuh bersama 52 orang anggota
pejuang negera Filipina. Setahun kemudian, Aguinaldo ditangkap semula oleh
pihak Amerika dengan ini berakhirnya Republik Filipina yang pertama. Pada
bulan Oktober 1901, Jeneral Juan Climaco dan Arcadio Maxilom menyerah diri di
Cebu dan Jeneral Quintin Salas telah menyerah diri di Iloilo. Pada 16 April 1902,
Jeneral Malvar yang merupakan jeneral di Batangas telah menyerah diri dan
pada 6 Mei (tiga minggu selepas menyerah diri) beliau telah mengeluarkan
manifestonya yang terakhir untuk rakyat Filipina dengan mengatakan “Saya
mengisytiharkan dan mengumumkan dengan undang-undang ini kepada pihak
berkenaan, bahawa peperangan menentang kuasa Amerika Syarikat oleh rakyat
Filipina telah pun tamat.” 109
Kesan peperangan menyebabkan pengorbanan nyawa dan wang bagi
pihak Amerika dan Filipina. Buktinya, bagi menanamkan kedaulatan Amerika
kepada rakyat Filipina, pihak Amerika terpaksa menyeberangi lautan sejauh 108 Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid satu, hlm 288.109 Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid satu, hlm 290-291.
7,000 batu dengan menggunakan daya usah 126,468 orang dan seramai 4,234
orang telah terkorban. Perbelanjaan digunakan sebanyak 600,000,000 peso dan
terlibat dalam 2,811 perjuangan yang dicatatkan. Manakala dalam
mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air, rakyat Filipina telah
menanggung kehilangan nyawa yang lebih besar seramai 16,000 orang telah
mati semasa berperang dan seramai 200,000 orang awam mati kebuluran dan
wabak penyakit.110
4.2 Perkembangan Ekonomi
4.2.1 Kewangan Republik
Republik menggunakan sistem kewangan Sepanyol dengan sedikit perubahan.
Semua cukai yang dikenakan di bawah Kerajaan Sepanyol semasa dahulu
dikekalkan, kecuali cukai berjudi dan berlaga ayam dan beberapa cukai baru
yang dikenakan. Di antara sumber pendapatan ialah cukai perang, pemberian
sukarela, wang pinjaman negara seperti kastam dan cukai barang berat, sistem
pos dan dokumen, sumber pendapatan negeri yang diperolehi daripada bayaran
pendaftaran beranak, perkahwinan dan kematian dan berbagai lesen wilayah
dan bandaran.
Belanjawan Republik pada tahun 1899 dirangka oleh Kongres Malolos dan
dipersetujui oleh Presiden Aguinaldo yang memperuntukkan sebanyak
6,324,729.38 Peso untuk perbelanjaan am dan 704,602 Peso untuk perbelanjaan
tempatan dan anggaran pendapatan am iaitu 6,342,407 Peso dan 826,900 Peso
pendapatan tempatan.111
5.0 PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EKONOMI FILIPINA SEMASA
PEMERINTAHAN AMERIKA DARI TAHUN 1901 SEHINGGA 1939.
5.1 Perkembangan Sosial
5.1.1 Orang Filipina Mengikut Cara Hidup Amerika
Pemerintahan Amerika di Filipina, menyebabkan berlakunya penyebaran konsep
demokrasi di Filipina. Orang Filipina menerima ajaran bahawa semua manusia
sama disisi undang-undang, tanpa mengira warna kulit, bangsa atau kedudukan,
mempunyai hak yang tidak boleh diambil atau dirampas yakni hak untuk hidup 110 Ibid., hlm 294-295.111 Ibid.
menikmati kebebasan dan mencari kebahagian. Dengan itu, rakyat Filipina
memecah penghalang kebebasan, pengabdian dan menjadi tegas untuk
mendapat hak mereka. Mereka tidak lagi mencium tangan pemerintah dan
paderi, memandang sesiapa saja walaupun orang berkulit putih.112
5.1.2 Pembebasan Kaum Wanita
Kaum wanita bebas untuk keluar rumah bergaul dengan lelaki, untuk masuk
sekolah campuran dan ke universiti, menghadiri parti walaupun tiada orang yang
menemankannya. Kaum wanita dibenarkan bekerja dalam kilang dan pejabat,
mengambil bahagian dalam peniagaan, menghadiri mesyuarat politik dan
mengambil bahagian cergas dalam sukan. Kaum wanita dipengaruhi oleh aliran
liberal untuk mendapatkan hak awam dan politik. Terdapat beberapa buah
persatuan ditubuhkan untuk memperjuangkan hak wanita iaitu Women Citizen’s
League 1923 dan Philippine Association of University Women 1931. Pada 7
Disember 1933, badan perundangan Filipina telah meluluskan hak mengundi
bagi kaum wanita.113
5.1.3 Agama
a. Agama dan Demokrasi
Amerika membawa dasar demokrasi ke negeri Filipina sebagaimana yang
ditentukan oleh Presiden Lincoln, demokrasi ialah “ pemerintahan rakyat oleh
rakyat, dan untuk rakyat”.114 Dengan konsep ini timbul beberapa idea seperti
persamaan semua orang dari segi undang-undang, keadulatan rakyat,
kebebasan beragama, kebebasan bercakap, dan kebebasan berakhbar dan
sebagainya. Pada mulanya, dasar Amerika Syarikat adalah untuk melatih
penduduk Filipina dalam demokrasi. Ini dinyatakan oleh Presiden McKinley pada
tahun 1900.
b. Pengasingan Gereja dan Negeri
Amerika mempertahankan dasar pengasingan antara gereja dan negeri di
Filipina yang berlawanan dengan konsep Sepanyol yang menyatukan antara
kedua-duanya. Pada Suruhanjaya Filipina yang kedua, Presiden Mckinley telah
mengadakan dasar tersebut pada tahun 1900 seterusnya dalam Rang Undang-
112 J.W. Wheeler, Benett, Thirty Years of American-Filipino Relations 1899-1929 (dalam South East Asia: Colonial, vol.3, United State of America: Routledge, Taylor and Ranais Group, 2002, hlm 349.) 113 Ibid., hlm 353.114 John J. Carroll, S.J., Civil Society in Southeast Asia, Singapore: Institut of Southeast Asian Studies, 2004, hlm 55
undang Filipina tahun 1902, dalam rang undang-undang Jones tahun 1916,
dalam Akta Tydings-McDuffie tahun 1934.115
c. Memperkenalkan Fahaman Kristian Protestan.
Naskah pertama diberikan kepada Manila pada 6 September 1899 oleh Tuan C.B
Randall. Pada 2 Mac 1899, syarahan agama Protestan yang diucapkan di Manila
oleh Biskop James M. Thoburn dari Gereja Methodist Episcopal India yang datang
dari London. Sebelun kemudian, pada 2 April 1899 mubaligh Pesbyterian dari
Amerika Syarikat datang ke Manila iaitu Rev. Dan Puan James B. Rodgers dari
Gereja Pesbyterian. Mazhab Protestan yang lain datang pada tahun berikutnya
seperti Baptists (1900), United Brethren (1901) Disciplesof Christ (1901)
Congregationalists (1902) Seventh Day Adventists (1905) dan Methodist
Episcopalians (1908).116
d. Kemajuan Agama
Terdapat banyak kemajuan agama di Filipina setelah kedatangan orang Amerika.
Mengikut Banci tahun 1939, dari jumlah penduduk seramai 16,000,303,
12,603,365 atau 78% daripadanya beragama Kristian Katolik, 1,573,608 atau
9.80% pengikut Aglipayan, 677,903 atau 0.4% orang Islam, 378,361 atau 0.02%
Kristian Protestan, 626,003 atau 0.03% Pagan, 47,853 atau 0.002% beragama
Buddha, 13,681 atau 0.008% Shintoists dan 67,157 atau 0.004% beragama lain-
lain.117
5.1.4 Kesihatan dan Kebersihan
Pada pemerintahan Amerika Syarikat, Filipina mendahului negeri Timur yang lain
dalam kemajuan kesihatan dan kebersihan. Kejayaan Amerika nyata di Filipina
ialah memperbaiki kesihatan orang ramai. Pada awal pemerintahan Amerika
Syarikat terdapat tiga buah pusat kesihatan ditubuhkan iaitu Quarantine Service,
Bureau of Health dan Bureau of Science. Dasar dan usaha pihak berkuasa
perubatan Amerika, Filipina menjadi satu daripada negeri yang sihat di Timur
Jauh melebihi bidang kesihatan dari negeri China, India dan Negeri-negeri Selat
dan Jepun. Kesannya, penyakit tibi, malaria, taifoid dan penyakit lain di Filipina
dapat diatasi dengan berkesan. Kemudahan rumah sakit diperbaiki. Menjelang
pada tahun 1935, terdapat 154 buah rumah sakit ditubuhkan di Filipina dari 93
115 Ibid., hlm 61116 Ibid., hlm 72117 Ibid.
daripadanya di bawah jagaan kerajaan, 54 buah jagaan pertubuhan persendirian
dan 7 buah oleh kerajaan Amerika Syarikat dan hampir seribu dispensari dan
pusat menjaga kanak-kanak di mana daripada seribu itu terdapat 209 di bawah
jagaan pertubuhan persendirian dan bakinya dikelolakan oleh kerajaan.118
5.1.5 Kebajikan Masyarakat
Pada masa pemerintahan Amerika Syarikat, kerja kebajikan masyarakat telah
mendapat galakan yang kuat. Dalam tahun 1915, kerajaan telah menubuhkan
Lembaga Kebajikan Awam untuk memberi bantuan dan perlindungan kepada
orang yang malang dan keluarga yang tidak mempunyai tempat tinggal. Setiap
tahun kerajaan akan meluaskan bidang bantuannya kepada mangsa ribut,
kebakaran dan malapetaka yang lain. Kerajaan turut menubuhkan sebuah
sekolah bagi orang pekak dan buta di Pasay dan rumah sakit penyakit otak bagi
orang gila di Mandaluyong. Kanak-kanak yang salah asuhan ditempatkan di
Welfareville di mana mereka diberi latihan vokasional dan panduan bagi
memperbaiki kelakuan mereka supaya menjadi warganegara yang berguna.
Antara pertubuhan kebajikan masyarakat persendirian seperti Associated
Charities, Philippine Chapter of the American Red Cross, National Federation of
Women’s Clubs, Association de Damas Filipinas, Catholic Women’s Federation,
Catholic Patronages, YMCA (Young Men’s Christian Association) dan YWCA
(Young Women’s Christian Association). Anak yatim piatu dan kaum perempuan
yang tidak mempunyai tempat tinggal akan diberi perlindungan dan bantuan di
Hospicio de San Jose, Asylum of Looban, Good Shepherd’s House of Friendship
dan beberapa institusi kebajikan.119
5.1.6 Kemajuan Pengangkutan
Amerika memperbaharui kemudahan pengangkutan dalam negeri Filipina.
Langkah pertama yang dilakukan ialah Suruhanjaya Filipina telah menguntukkan
wang sebanyak 2,000,000 Peso untuk pembinaan jalan dan jambatan. Pada akhir
pemerintahan Amerika pada bulan November 1935, terdapat sepanjang 20,826
kilometer jalan raya dan sebanyak 8,100 jambatan. Amerika memperkenalkan
kereta motor di Filipina pada tahun 1903 iaitu sebanyak 1586 buah kereta
didaftarkan, 947 buah motokar, 180 buah terak dan 450 buah motosikal. Pada
118 Broad, Robin, John Cavanagh, Plundering Paradise: The Struggle for the Enviroment in the Philippines, Berkeley: University of California, 1993, hlm 209.119 Ibid., hlm 213.
tahun 1934, bilangan kereta motor bertambah menjadi 42,909 buah yang terdiri
26,507 buah motokar, 15,868 buah terak dan 534 buah motosikal.120
Pada 4 Februari 1916, keretapi Manila-Dagupan, kepunyaan syarikat
British telah dibeli oleh Kerajaan Filipina menjadi Syarikat Keretapi Manila
dengan jalan-jalan yang telah diluluskan ke San Fernado, La Union, di utara dan
ke Legaspi, Albay, di Selatan. Pada tahun 1934, terdapat 1,395 kilometer dibina
sepanjang negeri Filipina.121
Terdapat kemajuan dalam pengangkutan air pada masa pemerintahan
Amerika. Suruhanjaya Filipina telah membuka 196 buah bandar pelabuhan untuk
perkapalan. Kerja-kerja pelabuhan, pemecah ombak dan rumah api telah dibina
untuk memudahkan pelayaran. Di Manila, beberapa buah pengkalan baru untuk
kapal laut dibina iaitu Pier No. 7 yang dikenali sebagai terbesar di dunia. Pada
tahun 1934, mengikut laporan Jabatan Kastam terdapat sebanyak 978 buah
kapal mengambil bahagian dalam perkapalan di antara pulau, 114 buah ialah
kapal api dan motobot dan bakinya kapal layar.122
Amerika telah memperkenalkan pengangkutan udara di Filipina. Kapal
terbang yang pertama di Filipina telah dibawa oleh juruterbang yang bernama
Lucky Baldwin semasa Carnival Manila dalam tahun 1911. Pada tahun 1912,
kapal terbang tentera yang pertama sampai ke Filipina. Penerbangan yang
pertama mengelilingi pulau dibuat pada tahun 1919 apabila Major J.E.H Stewenot
dan Tuan A.J. Croft menaiki kapal terbang daripada Manila ke Visaya dan naik
balik ke Manila. Penerbangan pengangkutan perdagangan di Filipina bermula
dalam tahun 1930 dengan tertubuhnya PATCO (Philippine Aerial Taxi Company)
dengan Major Stevenot menjadi yang dipertua. Ia memulakan perkhidmatanya
pada 16 Februari 1931. Pada tahun 1933, syarikat penerbangan Filipina iaitu
INAEC (Iloilo-negros Air Express Company) telah ditubuhkan. Pada 29 November
1935, kapal udara besar yang pertama Cina Clipper daripada Pan Amerika
Airways (PAA) mendarat di Cavite daripada California ke Honolulu, Midway,
Wake, Guam, Manial, Macou dan Hong Kong pada setiap minggu.123
120 Vide, Transportation and Comunication; The Philippines Herald Year Book, 1936-1937, Jil IV, hlm 162.121 Ibid., hlm 168122 Ibid.123 Ibid., hlm 172.
5.1.7 Kemajuan Perhubungan
Kemajuan perhubungan terbahagi kepada tiga iaitu sistem telefon, perhubungan
telegram dan perkhidmatan surat. Sistem telefon yang baru dan pertama
diimport dari Amerika Syarikat dan diperkenalkan di Manila pada tahun 1905.
Pada tahun 1918, pusat alatan pejabat automatik dalam seluruh timur
ditubuhkan di bandaraya. Perkhidmatan radiophone telah dirasmikan dalam
tahun 1938 dan pembaharuan telephonic ini penduduk Manila boleh berhubung
ke San Francisco, New York, Paris, Vienna, Rom, London dan bandaraya lain di
Timur Jauh dalam bilangan telefon dan panggilan telefon hampir 2,000,000
dalam sehari. Sistem telefon yang lain turut diadakan di Cebu, Iloilo, Negros,
Dayao dan pulau-pulau lain. Perhubungan telegram bertambah semasa
pemerintahan Amerika. Buktinya pada tahun 1934, bertambah kepada 13,585
kilometer diselenggarakan oleh 500 orang pegawai telegraf di bawah Biro Pos.
Telegraf wayarles telah dimasukkan oleh Amerika di Filipina. Dalam
perkhidmatan surat terbaik di dunia, hampir setiap bandar mempunyai pejabat
pos dan surat atau perutusan dari mana sahaja boleh sampai ke luar bandar
yang terpencil. Dalam tahun 1935, terdapat 1,000 pejabat pos seluruh gugusan
pulau di Filipina.124
5.1.8 Pendidikan
a. Dasar Pelajaran Amerika
Dasar pelajaran Amerika adalah berusaha mengajar orang Filipina cara hidup
demokrasi menerusi sistem pelajaran rakyat. Pada bulan Mei 1898, sekolah
Amerika pertama dibina di Corregidor dan pada bulan Ogos 1898 terdapat tujuh
buah sekolah dibuka di bandar raya Manila. Semua sekolah ini diseliakan oleh
Rev. William McKinnon merupakan paderi Katolik daripada Pasukan Sukarela
California Pertama. Pada tahun 1899, digantikan oleh Lt. George P. Anderson
yang telah ditukarkan nama jawatannya iaitu pengelola sekolah di Manila. Pada
tahun 1900, lebih daripada 100,000 kanak-kanak Filipina dan orang dewasa
telah memasuki sekolah siang dan sekolah malam, diberi buku percuma, buku
catatan, papan hitam, pensil dan gula-gula untuk memujuk mereka supaya hadir
dalam bilik darjah dan belajar bahasa Inggeris. Pada 23 Ogos 1901, kapal
pengangkut Tentera Amerika Syarikat iaitu Thomas datang ke Manila membawa
600 orang guru terlatih dari Amerika Syarikat.125
124 Reyes, Transportation and Communication, Jilid III, New York, 1970, hlm 465-466.125 Ibid.
b. Sistem Sekolah Rakyat
Sistem sekolah rakyat diperkenalkan oleh Amerika Syarikat di Filipina.
Suruhanjaya Filipina yang kedua diketuai oleh Wiliam H. Taft telah meletakkan
asas sistem sekolah rakyat. Pada 21 Januari 1901, Suruhanjaya ini telah
meluluskan undang-undang sekolah yang pertama, Akta No. 74 yang dirangka
oleh Dr. Fred W. Atkinson, Penguasa Am yang pertama bagi Pengajaran Awam.
Undang-undang ini mencorakkan satu sistem pemusatan pengajaran sekolah
rendah percuma bahasa Inggeris, membenarkan penubuhan sebuah sekolah
biasa di Manila bagi melatih guru-guru di Filipina mengadakan guru yang terlatih
dari Amerika dan menghapuskan pengajaran agama yang diwajidkan dalam
sekolah rakyat. Akta No. 74 kemudiannya telah dipinda oleh Akta No. 352, 373,
477, 672, 1137, 1407 dan 1698. Sistem sekolah rakyat dikelola dan dikawal oleh
Jabatan Pelajaran yang merupakan satu jabatan di bawah Jabatan Pengajaran
Awam. Pengaruh pelajaran yang pertama ialah Dr. David P. Barrows yang
mengetuai Jabatan Pelajaran daripada tahun 1903 hingga tahun 1909, apabila ia
meletakkan jawatan untuk menjadi Yang diPertua Universiti California.126
Sistem sekolah rakyat mengandungi sekolah rendah, menegah, sekolah
peringkat kolej rendah dan Universiti Filipina. Sekolah rendah mengadakan
empat tahun kursus rendah dan tiga tahun kursus menegah. Kursus rendah
mengadakan pengajaran dalam pelajaran membaca, menulis, ejaan, kira-kira,
sains, kemasyarakatan, sains permulaan, muzik, lukisan, seni perusahaan,
peribadi, kesihatan dan senaman. Kursus menegah mengadakan mata pelajaran
seperti membaca, menulis dan mengeja, kira-kira, ilmu alam, sejarah dan
pentadbiran kerajaan Filipina, muzik, lukisan, seni perusahaan dan kebun (untuk
murid lelaki), sains rumahtangga dan memasak (untuk murid perempuan),
peribadi, kesihatan, pendidikan dan senaman. Sekolah menegah mengadakan
kursus empat tahun yang dibahagikan kepada akademik, umum, ekonomi
rumahtangga, biasa, perdagangan, pertanian dan peniagaan. Sekolah peringkat
kolej rendah ialah Philippine Normal School, The Philippines of Arts and Trades
dan The Philippine Nautical School. Pada peringkat tinggi sekolah rakyat ialah
Universiti Filipina yang diadakan menurut Akta No. 1870 yang diluluskan pada 18
Jun 1908. Jumlah pendaftaran pelajar telah meningkat dari 67 orang dalam tahun
126 J.W. Wheeler, Benett, Thirty Years of American-Filipino Relations 1899-1929 (dalam South East Asia: Colonial, vol.3, United State of America: Routledge, Taylor and Ranais Group, 2002, hlm 357)
1908 sehingga 1909 kepada 3,838 orang dalam tahun 1920 sehingga 1921 dan
terus bertambah kepada 7,849 dalam tahun 1929 sehingga 1930.127
c. Kemajuan Pelajaran di bawah Pemerintahan Amerika.
Bilangan sekolah dan jumlah pendaftaran murid semakin bertambah. Pada akhir
pemerintahan Amerika dalam tahun 1935, terdapat sebanyak 7,330 sekolah
rakyat dengan 27,855 orang guru, jumlah pendaftaran murid seramai 1,229,242
orang dan hampir 400 buah sekolah pendidikan persendirian diiktiraf oleh
kerajaan dengan jumlah pendaftaran murid seramai 97,500 orang. Berlaku
pengurangan buta huruf iaitu kadar 55.8% yang buta huruf dalam tahun 1903,
jatuh kepada 51.2% dalam tahun 1939 dan ini menunjukkan pengurangan yang
besar.128
5.1.9 Kesusasteraan Dalam Bahasa Inggeris
Jenis kesusasteraan yang unik dalam bahasa Inggeris berasaskan Filipina telah
berkembang. Inilah hasil generasi Filipina yang terlatih dalam cara hidup
Amerika yang mencerminkan kemulian negara, fikiran dan perasaan bangsa,
kehendak dan masalah mereka dalam bahasa Inggeris. Antara penyair Filipina
yang pertama dalam bahasa Inggeris yang telah menarik perhatian ialah
Fernando Meramag. Novel dalam bahasa Inggeris yang pertama telah ditulis oleh
Zoilo M. Galang dalam tahun 1921. Orang Filipina pertama yang mencapai
kemasyhuran dalam bidang kewartawanan Inggeris ialah Carlos P. Romulo yang
kemudiannya menjadi brigadier general dalam tentera, menjadi persuruhjaya
Filipina ke Washington, wakil tetap ke Bangsa Bersatu dan duta Filipina ke
Washington dan Setiausaha Luar Filipina. Terdapat beberapa orang penulis
Filipina yang berjaya memenangi kehormatan kesusasteraan di Amerika Syarikat
iaitu Marcelo de Gracia Concepcion dengan syairnya berjudul Azucena yang
diterbitkan pada 1925 oleh Putnam dan Sons. Dalam tahun 1932, Edward
O’Brien, penulis sajak yang termasyhur menyatakan bahawa Jose Garcia Villa,
ialah di antara enam penulis cerita pendek di Amerika.129
5.1.10 Kesenian
Pada masa pendudukan Amerika, di Manila dan bandar lain telah didirikan
bangunan besar yang moden. Kolej, panggung wayang, hotel, stor ndan rumah
127 Ibid. hlm 345.128 Ibid.129 Ibid., hlm 404.
persendirian telah dibina mengikut corak seni bina Amerika. Bangunan tinggi di
Manila mempunyai elevator, sistem berhawa dingin, lantai batu dan alat elektrik.
Di tepi bangunan yang moden ini terdapat bangunan yang dibina mengikut seni
bina klasikal iaitu bentuk Doric, Ionic, Corinthian, Greaco-Roman, Gothic dan
Byzantine. Di antara arkitek Filipina yang terkenal ialah Juan F. Nakpil, Andres
Luna de San Pedro, Juan M. Arellono dan Pablo S. Antonio.130
Lukisan berkembang secara meluas semasa pemerintahan Amerika
Syarikat. Lukisan itu berbentuk pemandangan bumiputera, perwira negara dan
cerita sejarah. Antara pelukis yang terkenal ialah Fenando Amorsolo merupakan
pelukis aliran impressionis bangsa Filipina, Emilio Alvero ahli dalam melukis
benda dan Victoria C. Edades pelukis gambar dinding yang terkenal.131
5.1.11 Muzik
Pengenalan jazz dan muzik yang rancak telah menyebabkan kurang popularnya
muzik bumiputera. Generasi muda begitu meminati muzik Amerika dan telah
belajar menyanyikan lagu Amerika dan menarikan tarian boogie-woogie dan
rumba.132
Pada masa yang sama, ahli muzik Filipina hendak memelihara warisan
muzik bangsa mereka. Di antara ahli muzik Filipina yang termasyhur dan
pengubah lagu yang berbakat ialah Francisco Santiago, Nicar Abelardo, Juan B.
Hernandez dan Francisco Buencamino, Sr. Virtuosos biola Bonifacio Abdon,
Cayetano Jacobe, Ernesto Vallejo dan Ramon Tapales, pemain piano konsert
ialah Calixto Llamas, Rodolfo Cornejo dan Julio Esteban-Anquita dan penyanyi
opera yang terkenal ialah Jose Mosess geld Santiago, Jovita Fuentes dan Luisa
Tapalas.133
5.1.12 Sains.
Penyelidikan yang maju dan cara moden dalam bidang perubatan, ilmu kimia,
farmasi, kaji tumbuhan, kaji haiwan, astronomi dan sains yang lain telah
diusahakan dan diperkenalkan. Beberapa buah pertubuhan sains untuk
memajukan ilmu sains iaitu Majlis penyelidikan Negara pada tahun 1939 oleh
130 Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid dua, 1980, hlm 381.131 Ibid., hlm 382132 Ibid.133 Ibid.
kerajaan Filipina. Di antara orang Filipina yang telah memberi sumbangan
kepada kemajuan sains ialah Dr. Eliodoeo Mercado, ahli penyakit kustayang
termasyhur iaitu Dr. Angel S. Arguelles, pengarah Filipina di Jabatan Sains iaitu
Dr. Miguel Carnizares, ahli kaji penyakit iaitu Dr. Pedro Lantin dan beberapa
pakar dalam bidang sains.134
5.2 Perkembangan Ekonomi
5.2.1 Dasar Tanah Amerika
Pada peringkat permulaan, Amerika mengamalkan dasar penjaga kebajikan dan
kebahagian Filipina, Amerika menganggap sumber alam yang kaya di Filipina
sebagai pusaka rakyat Filipina. Rang Undang-undang Filipina tahun 1902 telah
dikuatkuasakan untuk kerajaan Filipina mengatur dan menjual tanah kerajaan.
Dasar yang sama terhadap penjualan semula tanah kerajaan dan bahan semula
jadi Filipina akan ditadbir oleh kerajaan untuk faedah penduduk. Dasar tanah
yang demikian juga terkandung dalam Undang-undang Jones tahun 1916 dan
diulangi dalam Udang-undang Tydings McDuffie tahun 1934.135
Di Filipina, Amerika turut memperkenalkan satu sistem Undang-undang
tanah yang mencontohi Undang-undang Homestead yang menghalang diadakan
estet besar yang telah menyebabkan pertikaian pada masa dahulu. Homestead
memberi peluang kepada tiap negara untuk mendapat 24 hektar tanah kerajaan
untuk keluarganya. Ia menyekat pembelian 2 hektat tanah kerajaan oleh
sebarang syarikat seluas 1,024 hektar. Ini kerana di bawah undang-undang
Homestead , bahan semula jadi yang kaya dikhaskan untuk penduduk Filipina.136
Menuru Gabenor Frank Murphy, “Hak orang Filipina sebagai waris semula jadi
tanah air belum lagi tercabul”.137
5.2.2 Perkembangan Pertanian
Pada permulaan pemerintahan Amerika Syarikat, pertania di Filipina berada
dalam keadaan buruk. Misalnya, banyak ladang terbiar, haiwan-haiwan yang
digunakan dalam pertanian terkorban, alat untuk berladang dibinasakan dan
pengeluaran pertanian terhenti. Pada masa yang sama, kebuluran, wabak
134 Ibid., hlm 382-383.135 Ibid., hlm 335.136 Ibid.137 Ibid.
penyakit dan kematian terdapat di desa-desa yang dibinasakan itu. Situasi ini
disebabkan oleh tindakan Revolusi dan Perang Kemerdekaan Filipina.138
Pemerintah Amerika yang awalnya menghadapi tugas menawarkan hati
iaitu menyembuhkan luka-luka perang dan memulihkan ekonomi yang telah
hancur. Dalam tahun 1902, Jabatan Pertanian merupakan jabatan pertama yang
dibentuk dibawah kerajaan baru yang ditugaskan untuk memulihkan keadaan
pertanian. Salah satu langkah yang dilakukan oleh jabatan itu ialah mengajar
penduduk cara penanaman saintifik. Dalam tahun 1903, krisis ekonomi
disebabkan kemarau, belalang dan penyakit menyebabkan Kongres Amerika
Syarikat telah mengadakan tabung bantuan sebanyak $3,000,000 (6,000,000
peso) untuk membantu penduduk yang menderita. Bantuan yang lain iaitu
menjual tanah kepada rakyat dengan harga yang murah, alat perkakas kebun
yang baru diperkenalkan, sistem pengairan dibina dan diperbanyakkan (27,000
hektar tanah padi dibawah sistem pengairan pada tahun 1904 dan bertambah
kepada 715,000 hektar pada tahun 1935).139
Kemajuan pertanian berlaku dalam pemerintahan Amerika di Filipina.
Buktinya, jumlah kawasan yang diusahakan dalam tahun 1903 seluas 1,267,600
hektar dan bertambah kepada 4,017,880 hektar dalam tahun 1935. Binatang
ternakan dalam tahun 1903 berjumlah 640,781 ekor kerbau, 127,559 ekor
lembu, 144,171 ekor kuda, 1,079,371 ekor babi, 124,324 ekor kambing dan
30,428 ekor kambing biri-biri. Pada tahun 1935 jumlah ini menunjukkan pola
peningkatan kepada 2,272,319 ekor kerbau, 1,483,260 ekor lembu, 400,250
ekor kuda, 3,018,750 ekor babi, 5,18,813 ekor kambing dan 140,041 ekor
kambing biri-biri.140
5.2.3 Perdagangan
a. Perdagangan Bebas dengan Amerika
Pada tahun 1902, Kongres memberikan 25% potongan cukai biasa Amerika buat
faedah eksport Filipina. Peniagaan bebas yang sepenuhnya di antara Filipina
138 Ibid., hlm 336139 Ibid., hlm 337.140 Ibid.,hlm 338.
dengan Amerika Syarikat bermula pada tahun 1913 dengan meluluskan Undang-
undang Cukai Underwood-Simmons oleh Kongres. Undang-undang ini bertujuan
untuk menghapuskan had kuota atas hem, tembakau dan gula Filipina dan
meletakkan beras dalam senarai perniagaan bebas.141
b. Perkembangan Perdagangan
Dengan adanya perniagaan bebas dan terbuka peluang untuk berniaga,
perniagaan asing Filipina telah mencapai tingkat tertinggi. Buktinya, pada tahun
1899, perdagangan hanyalah berjumlah 68,079,136 Peso, meningkat pada tahun
1929 menjadi 523,214,234 Peso, jatuh akibat kemelesetan ekonomi dunia pada
tahun 1935 menjadi 359,539,059 Peso. Imbangan perdagangan tahunan bagi
Filipina berada dalam tahap yang positif dan hampir 75% perdagangan asing
tahunan Filipina ialah Amerika. Pada tahun 1899, perniagaan Filipina dengan
Amerika berjumlah 10,576,682 Peso, eksportnya berjumlah 7,870,510 Peso dan
import sebanyak 2,706,172 Peso. Jumlah ini meningkat pada tahun 1935 kepada
258,604,073 Peso, eksport ke Amerika sebanyakkan 149,871,073 Peso dan
importnya berjumlah 108,733,000 Peso dan memberi impak dagangan yang
positif berjumlah 41,138,073 Peso kepada Filipina.142
c. Perniagaan Dalam Negeri Filipina
Perniagaan dalam negeri Filipina berkembang pada masa pemerintahan
Amerika. Dalam tahun 1907 jumlah penjualan peniaga sebanyak 400,197,966
Peso dan bertambah dalam tahun 1935 kepada 631,614,000 Peso.
Perkembangan peniagaan luar negeri tidaklah secepat sepertimana
perkembangan perniagaan luar negeri. Ini disebabkan orang Filipina tidak
memperdulikan sangat peniagaan tempatan dengan membiarkan perdagangan
ini jatuh ke tangan orang asing seperti Cina dan Jepun. Buktinya, dalam tahun
1935, orang Cina telah menguasai perdagangan hampir 50%, orang Filipina
sebanyak 25%, orang Jepun sebanyak 20% dan bangsa lain sebanyak 5% telah
menguasai perdagangan.143
5.2.4 Perkembangan Perusahan
Semasa pemerintahan Amerika telah bermula perkembangan perusahan. Dalam
tahun 1935 terdapat 30 buah syarikat besar di Filipina yang menumpukan
141 Pedro E. Abelarde, America Tariff Policy toward the Philippines 1898-1946, New York: Columbia University Press, 1947, hlm 43-44.142 Ibid., hlm 95-96.143 Ibid., hlm 122-123.
perusahan membuat cerut dan rokok, 350 kedai membuat kasut, 114 kilang
papan, 40 buah kilang kelapa, 5 buah kilang tali-temali, 45 buah pusat gula dan
15 buah persulingan arak. Perusahan ikan dan mengetin ikan menjadi
perusahaan besar tetapi perusahan ikan dalam laut kebanyakkan dijalankan oleh
Jepun. Perusahan yang sangat maju ialah perusahan lombong emas iaitu pada
tahun 1932 terdapat sebanyak 23,823,355 Peso dan pada tahun 1935 terdapat
sebanyak 31,979,030 Peso.144
5.2.5 Kewangan Negara
Perkembangan ekonomi boleh dilihat dengan bertambahnya kewangan negara.
Dalam tahun 1901 meningkat kepada 21,532,490 Peso telah bertambah menjadi
92,783,173.00 Peso pada masa ekonomi melambung tahun 1929 dan jatuh
sedikit pada tahun 1901 kepada 24,385,978.07 Peso pada tahun 1934.145
5.2.6 Mata Wang Filipina
Sumbangan Amerika yang besar dalam pembangunan ekonomi Filipina ialah
tertubuhnya satu sistem mata wang yang sempurna. Untuk mengukuhkan mata
wang, Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan Undang-undang Mata Wang
Filipina pada 2 Mac 1903. Undang-undang ini mengadakan satu sistem mata
wang baru berdasarkan emas penilai seperti yang disyorkan oleh Charles A.
Conant yang menetapkan Peso Filipina bersamaan dengan setengah daripada
ringgit Amerika Syarikat. Duit Filipina yang baru mengantikan mata wang
Sepanyol. Duit ini ialah peso perak, ½ peso, 20 centavo dan 10 kepinng centavo,
nikal 5 keping centavo dan tembaga 1 keping centavo. Duit ini direka oleh
Melecio Figueroa seorang pelukis Filipina yang terkenal. Dalam tahun 1903,
peredaran mata wang Filipina meningkat kepada 3,910,393,00 Peso dan dalam
tahun 1935 bertambah menjadi 116,722,287.00 Peso.146
5.2.7 Penubuhan Bank
144 Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid dua, hlm 340.145 Ibid., hlm 345.146 Jose S. Reyes, Legislative History of America’s Economic Policy toward the Philippines, New York: Columbia University Press, 1990, hlm 178-183.
Untuk mengalakkan kemajuan ekonomi, bank-bank lama dibuka semula dan
bank-bank baru ditubuhkan. Bank pertama ditubuhkan semasa pemerintahan
Amerika ialah Bank Amerika pada tahun 1901. Pada tahun 1906, Bank Simpanan
Pos Filipina telah ditubuhkan oleh kerajaan untuk menggalakkan amalan
berjimat dalam kalangan penduduk Filipina. Kemudiannya, pada tahun 1916,
Amerika menubuhkan Bank National Filipina untuk membantu pekebun kecil di
luar bandar. Dalam tahun 1920, terdapat 527 buah persatuan kredit di Filipina
dan bertambah menjadi 569 pada tahun 1935. Terdapat beberapa bank lain
seperti Philippine Trust Company (1916), Yokohama Specie Bank (1918), China
Banking Corporation (1920), People’s Bank and Trust Company (1926) dan
National City Bank New York (1930).147
6.0 PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EKONOMI FILIPINA SEMASA
KOMANWEL FILIPINA PADA TAHUN 1935 HINGGA 1942.
Setelah Undang-undang Tydings-McDuffie diterima, maka pada 10 Julai 1934
rakyat Filipina telah memilih wakil yang akan pergi ke Perhimpunan
Berperlembagaan untuk mengubal perlembagaan Filipina. Wakil perhimpunan ini
bersidang dengan rasminya di Manila pada 30 Julai 1934 dan tamat pada 8
Februari 1935. Pilihanraya yang pertama diadakan pada 17 September 1934 di
mana Presiden dewan senat iaitu Manuel L. Quezon telah dipilih menjadi
Presiden Filipina dan Sergio Osmena sebagai Naib Presiden. Pada 15 November
1935, Filipina Komanwel ditubuhkan secara rasminya. Terdapat perkembangan
sosiol dan ekonomi Filipina dibawah pimpinan komanwel Filipina.148
6.1 Perkembangan Sosial
6.1.1 Keadilan Masyarakat
Pelembagaan memperuntukkan mengenai penyelenggaraan keadilan
masyarakat supaya menentukan kesejahteraan dan keselamatan ekonomi
rakyat Filipina. Tambahan lagi, negera akan memberi pelindungan kepada kaum
wanita yang bekerja, dan orang muda yang belum dewasa, mengatur
perhubungan antara tuan tanah dengan penghuni, di antara buruh dengan
pemodal dalam perusahan dan pertanian.Terdapat undang-undang berkaitan
dengan pekerja ialah Akta Gaji Yang Minima yang menyatakan bahawa buruh
147 Tirso Garcia, Banking Economic Development in the Philippines, Jilid IV, Manila: The Philippines Herald Year Book, hlm 57.148 Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid dua, hlm 404-405.
hendaklah diberi gaji yang minima sekurang-kurang 1 pesos sehari, Akta Bekerja
8 jam yang memperuntukkan agar buruh bekerja hanya 8 jam sehari supaya
mereka ada masa untuk berhibur bersama keluarga, Undang-undang Membela
Orang Ramai bertujuan untuk membela buruh yang miskin dalam asrama.149
6.1.2 Wanita Mendapat Hak Mengundi
Hak mengundi diberikan kepada wanita sekiranya tidak kurang daripada 300,000
wanita layak mengundi menerima hak itu dalam satu pungutan suara yang
diadakan dalam masa dua tahun selepas pelembagaan dilaksanakan. Pada 30
April 1937, terdapat sebanyak 447,725 wanita mahukan hak mengundi dan
44,307 menentang tidak mahu hak mengundi. Dalam pilihanraya tempatan pada
14 Disember 1937 seramai 24 wanita telah dipilih memegang wakil perbandaran
dan wilayah dan seorang wanita telah dipilih menjadi ahli dalam majlis
bandaraya iaitu Puan Carmen Planas yang merupakan counselor wanita pertama
di Manila.150
6.1.3 Pendidikan
a. Dasar Pelajaran Komanwel Filipina
Filipina percaya bahawa warganegara yang berpelajaran adalah berfaedah
kepada perkembangan demokrasi bebas dan maju. Semua institusi pelajaran
adalah di bawah penyeliaan dan tertakluk kepada peraturan Negara. Kerajaan
menubuhkan dan memelihara satu sistem pelajaran rakyat yang lengkap dan
mencukupi dan mengadakan sekurang-kurangnya pelajaran sekolah rendah bagi
rakyat dengan percuma dan latihan menjadi warganegara dewa. Semua sekolah
hanya mengambil peribadi moral, disiplin perseorangan, pemikiran rakyat dan
kecekapan kerja dan mengajar kewajipan sebagai warganegara yang berguna.151
b. Majlis Pelajaran Negara
Dengan perintah pentadbir bernombor 19 pada 19 Februari 1936, presiden
Quezon telah membentuk satu badan pelajaran tetap yang dipanggil Majils
Pelajaran Negara bertujuan untuk menasihati kerajaan atas dasar pelajaran dan
149 Kenneth K. Kurihara, Labor in the Philippine Economy, California: Stanford University Press, 1945, hlm 23-28.150 Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid dua, hlm 411.151 Syarat XIV Bahagian 5 daripada Constitution on the Philippines (dalam Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid dua, hlm 412)
pemuliharan yang perlu dalam sistem pelajaran yang sedia ada. Dr. Camilo Osias
menjadi pengerusi Majlis itu pada tahun 1941.152
c. Perubahan dalam Sistem Pelajaran Rakyat
Perubahan pertama ialah pelajaran disesuaikan mengikut pandanga, matlamat
dan bahan mengajar di Filipina, pengkajian mengenai perwira Filipina dan
sumbangan mereka, perayaan cuti negara dan penggunaan buku teks dan buku
tambahan yang ditulis oleh pengarang Filipina dan diterbitkan oleh pencetak
Filipina telah digalakkan dan dipraktikkan. Kedua, menitikberatkan pelajaran
vokasional di sekolah rakyat seperti pertukangan dan seni. Ketiga, menumpukan
pendidikan peribadi sebagai satu subjek mata pelajaran di sekolah rendah,
keempat ialah mengadakan pengajaran di sekolah menegah secara percuma
dan wajid di seluruh negara.153
d. Akta Pelajaran Tahun 1940
Akta Pelajaran tahun 1940 bertujuan untuk menanggani krisis sekolah yang
berlaku setiap tahun. Akta ini telah membawa beberapa perubahan yang
membawa kemajuan pendidikan. Antaranya mengurangkan sistem yang
menghendaki seorang guru mengajar dua kumpulan menuntut dalam satu hari,
menaikkan umur kanak-kanak masuk ke sekolah kepada lebih daripada tujuh
tahun tetapi tidak melebihi daripada sembilan tahun dan menetapkan tahun
sekolah daripada bulan Julai ke April dan bukannya daripada bulan Jun ke bulan
Mac.154
e. Universiti Filipina
Komanwel Filipina terus mengekalkan taraf pelajaran tinggi di Universiti Filipina.
Universiti ini mencapai taraf yang baik dalam bidang pelajaran kerana peraturan
pengajaran yang keras, fakulti yang mencapai kejayaan yang tinggi, memberi
biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan dan sarjana kepada ahli fakulti.
Untuk menaiktarafkan Universiti Filipina, Perhimpunan Negara telah meluluskan
Akta Komanwel No. 442 pada 31 Jun 1939 untuk menguntukkan jumlah wang
sebanyak 17,000,000 Peso.155
152 Joseph Ralston Hayden, The Philippines: A Study in National Development, New York: 1945, hlm 468.153 Antonio Isidro, Education Marches On: Philippines Yearbook, Manila 1939-1940, Jilid V, hlm 116.154 Akta Komanwels No. 586, dipersetujui pada 7 Ogos 1940 (Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid dua, hlm 414)155 Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid dua, hlm 415.
f. Kemajuan Pelajaran di bawah Komanwel Filipina
Terdapat kemajuan besar dalam bidang pelajaran di bawah kerajaan Komanwel
Filipina. Dalam tahun1935 dan 1936 terdapat sebanyak 7830 buah sekolah
rakyat yang terdiri daripada sekolah rendah, menegah, vokasional dan teknik
dan kolej) di Filipina. Pada masa yang sama seramai 27,921 orang guru dan
jumlah pendaftaran seramai 1,236,791 orang kanak-kanak. Perkembangan
sekolah persendirian di mana dalam tahun 1935 sehingga tahun 1936 terdapat
hampir 500 buah sekolah persendirian dengan jumlah pendaftaran seramai
99,392 orang kanak-kanak. Angka ini bertambah pada tahun 1940 sehingga
1941 di mana jumlah sekolah persendirian menjadi 884 buah sekolah dengan
jumlah pendaftaran seramai 1,236,791 orang kanak-kanak.156
6.1.4 Bahasa Kebangsaan
Dalam Perhimpunan Negara atas cadangan Presiden Quezon menubuhkan
Institut Bahasa Kebangsaan pada tahun 1936 untuk menjalankan pengkajian
mendalam tentang bahasa dan loghat bumiputera. Pada bulan November 1937,
institut ini mencadangkan kepada Presiden supaya menggunakan bahasa
tagalog sebagai dasar bahasa kebangsaan. Oleh itu, pada 30 Disember 1937,
Presiden mengisytiharkan Perintah Pentadbir No. 134 iaitu mengenai bahasa
kebangsaan Filipina. Pada 1 April 1940 telah memberi kebenaran supaya
pencetakan kamus dan buku nahu yang telah disediakan oleh Institut dan
memerintah agar semua sekolah rakyat dan persendirian menggunakan bahasa
kebangsaan bermula pada 19 Jun 1940. Dengan Akta Komanwel No. 570 yang
dipersetujui pada 7 Jun 1940, bahasa kebangsaan diumumkan sebagai bahasa
rasmi Filipina yang dikuatkuasakan pada 4 Julai 1946.157
6.1.5 Kelahiran Semula Kebudayaan dan Moral
Presiden Quezon telah mengambil langkah tertentu dengan segera ke arah
kelahiran semula kebudayaan dan moral negara. Antara langkahnya ialah beliau
mencadangkan satu kanun tatasusila telah digubal yang digubal oleh satu
kumpulan sarjana Filipina. Komanwel Filipina memberi galakkan untuk
menghidupkan semula lagu asli dan tarian orang Filipina, cara hidup timur, adat
resam dan tradisi rakyat Filipina. Perkembangan dalam bidang kesusasteraan
turut digalakkan dengan mengadakan berbagai jenis peraduan kesusasteraan
156 Ibid., hlm 418.157 Ibid.
dan hadiah menarik diberikan kepada pemenang. Pada tahun 1938, Komanwel
Filipina telah mengadakan satu peraduan kebangsaan mengenai riwayat hidup
Rizal yang dimenangi oleh Dr. Rafael Palma.158
6.1.6 Pengangkutan dan Perhubungan
Kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang diadakan pada masa
pemerintahan Amerika dipelihara dan diperluaskan semasa pemerintahan
Komanwel Filipina. Pada 29 November 1935, 14 hari selepas dirasmikan
komanwel Filipina, China Clipper, kapal udara yang besar daripada Penerbangan
Pan America telah mendarat di Cavite selepas lima hari penerbangan melalui
darat Pasifik dari California. Ini menandakan permulaan perjalanan udara melalui
pasifik yang mendekatkan Filipina dengan Amerika. Pada 29 Mei hingga 11 Julai
1936 terdapat dua orang juruterbang Filipina iaitu Antonio Arnaiz dan Juan Calvo
telah berjaya dalam penerbangan dari Manila ke Madrid. Terdapat jalan,
jambatan, pengangkutan dan perhubungan yang dimajukan semasa
pemerintahan Komanwel Filipina. Dalam tahun 1941, di Flipina terdapat 23,476.5
kilometer jalan raya, 1,352.5 kilometer jalan keretapi, 1,062 buah pejabat pos,
sepanjang 8,387.8 kilometer telegraf, empat buah syarikat kabel asing, 56,000
buah kenderaan bermotor yang berdaftar, 30,000 kapal berbagai jenis (daripada
kapal layar kepada kapalapi yang mahal).159
6.2 Perkembangan Ekonomi
6.2.1 Kemajuan Pertanian
Di bawah pemerintahan Presiden Manuel L. Quezon, pengeluaran pertanian telah
meningkat dan kemajuan ekonomi negara dapat dikukuhkan. Terdapat beberapa
jabatan kerajaan telah dibentuk atau diatur semula seperti Jabatan Perusahan
Tumbuhan, Jabatan Penternakan Binatang, Pentadbiran Tanah Petempatan
Negara, Pentadbiran Kemajuan Luar Bandar, Perbadanan Beras dan Jagung
Negara, Perbadanan Tembakau Negara, Perbadanan Abaka dan berbagai
Gentian dan Bank Pertanian dan Perusahan.
158 Ucapan Tuan Yang Terutama Manuel L.Quezon, Presiden Filipina pada 19 Ogos 1938 (dalam Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid dua, hlm 418-419).159 Ibid., hlm 422.
Selain itu, Komanwel Filipina mengambil langkah yang perlu untuk
memperbaiki pengeluaran tanaman. Tumbuhan dan ternakan yang lebih baik
digalakkan, mengawasi dengan berkesan haiwan perosak dan penyakit,
pembinaan sistem tali air dan memperbagaikan tanaman dengan lebih luas.
Dasar Komanwel ialah membahagikan tanah kerajaan dalam kalangan keluarga
yang tidak mempunyai tanah supaya negara mempunyai tuanh tanah yang kecil.
Akta Komanwel No. 141 yang dikenali sebagai Undang-undag Tanah Kerajaan
menyatakan bahawa semua warganegara Filipina atau tuan rumah dalam
keluarga boleh memohon sebuah rumah kampung tidak melebihi 24 hetar tanah
pertanian kerajaan. Terdapat banyak kemajuan pertanian semasa pemerintahan
Komanwel Filipina. Dalam tahun 1939 terdapat 1,634,726 kawasan ladang
dengan jumlah 6,690,539.87 hektar. Pada tahun yang sama, tanaman pertanian
meningkat kepada 261,826,539 Peso dan nilai binatang ternak berjumlah
142,138,260 Peso.160
6.2.2 Kemajuan Perdagangan
Dalam masa pemerintahan Komanwel Filipina, perdagangan luar dan perniagaan
dalam negeri bertambah maju. Perhubungan peniagaan bebas dengan Amerika
berhenti secara beransur-ansur pada tahun keenam tertubuhnya Komanwel
Filipina seperti yang ditentukan oleh Akta Tydings Mc-Duffie 1934, dan kemudian
diteruskan mengikut Akta Tydings-Kocialkowski merupakan Undang-undang
Pelarasan Semula Ekonomi Filipina yang diluluskan oleh Kongres pada 7 Ogos
1939. Peniagaan luar semasa pemerintahan Komanwel Filipina bertambah
daripada 374,922,200 Peso dalam tahun 1935 kepada 593,452,761 dalam tahun
1941.161
Pada masa pemrintahan Quezon, beliau menggalakkan rakyat terlibat
dalam peniagaan tempatan untuk menguatkan asas ekonomi negara. Mengikut
pengisytiharan No.6, satu perayaan di seluruh negara iaitu Minggu Menjual
Barang Yang Diperbuat di Filipina telah diadakan pada setiap tahun. Jabatan
perdagangan telah mengelolakan Pusat Peniagaan Manila, menjalankan
pameran di laut dan di darat, mengatur persatuan pedagang runcit dan juga
persatuan kerjasama pengguna dan membantu peladang dan saudagar
memasarkan hasil mereka. Dalam tahun 1941, jumlah nilai perdagangan dalam
negeri meningkat kepada 741,815,926 Peso di mana menunjukkan tambahan
160 Ibid. 161 Ibid., hlm 420.
yang banyak daripada 631,614,000 Peso dalam tahun 1935. Orang asing terus
memonopoli peniagaan dalam negeri iaitu 40% orang Cina, 30% orang Filipina
dan 30% dalam tangan bangsa lain.162
6.2.3 Bank dan Mata Wang
Dalam masa pemerintahan Komanwel, terdapat 18 buah bank beroperasi di
Filipina dan daripadanya terdapat tiga bank kerajaan iaitu Postal Savings Bank
(1906), Philippine National Bank (1916) dan Agriculture and Industrial Bank
(1940). Manakala, 15 buah bank lain adalah milik persendirian iaitu Bank of
Philippine Islands (1851), Monte de Piedad Saving Bank (1868), Charted Bank of
India, Australia and China (1873), Hong Kong and Shangai Bank Corporation
(1875), Philippine Trust Company (1916), Yokohama Specie Bank (1918), China
Banking Corporation (1920), People’s Bank and Trust Bank (1926), National City
Bank of New York (1930), Saving Bank of Commanwealth (1937), Nederlandsch
Indische Handelsbank (1937), Bank of Taiwan (1938), Philippine Bank of
Commerce (1938), Bank of Communications (1939) dan Banco Hipotecario de
Filipinas (1941).163
Mata wang Filipina berasaskan cadangan emas tersimpan oleh kerajaan
dalam bank di Amerika Syarikat dan merupakan antara sistem mata wang yang
paling kukuh di dunia. Kerajaan Filipina menempa wang berbagai jenis seperti
satu centavo tembaga, lima centavo nikal dan sepuluh centavo perak, 20
centavo dan duit satu Peso. Kerajaan dan bank yang berkuasa mengeluarkan
wang kertas bernilai 1 Peso, 2 Peso, 5 Peso, 10 Peso, 20 Peso, 50 Peso, 100 Peso
dan 500 Peso. Sejak 26 Disember 1935, peredaran wang berjumlah 253,041,915
Peso.164
7.0 PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EKONOMI FILIPINA SEMASA
PEMERINTAHAN JEPUN 1941 SEHINGGA 1945.
Jepun telah menyerang Filipina pada pukul 6.30 pagi pada 8 Disember 1941 di
Garoa, Baguio, Iba, Tarlac dan ClarkField. Pada 9 Disember 1941, bandaraya
Manila turut diserang. Pada 3 Januari 1942, Jepun telah rasminya memerintah
Filipina sehingga tahun 1945.165 Di bawah pemerintahan Jepun, saya
162 Ibid., hlm 421163 Ibid.164 Ibid., hlm 422.165 Ibid.
berpendapat perkembangan sosial dan ekonomi berlaku dalam tahap yang
berkurangan dan tahap sifar.
7.1 PERKEMBANGAN SOSIOEKONOMI
7.1.1 Kawalan Jepun
Filipina ditadbir oleh Jepun yang diketuai oleh Pengarah Agung iaitu Major Jeneral
Yoshihide Hayashi dan Major Jeneral Takazi Wachi. Semasa pemerintahan Jepun,
perkembangan sosial sama ada pegangkutan dan perhubungan, perusahan,
kilang, bank, sekolah, gereja, alat pencetakan dan panggung wayang adalah
dibawah penyeliaan pihak berkuasa tentera. Penggunaan bendera Filipina dan
menyanyikan lagu kebangsaan Filipina tetapi lagu Amerika dilarang. Pada masa
yang sama peredaran wang Amerika diharamkan tetapi wang kertas Jepun
diperedarkan untuk mengantikan mata wang Filipina yang sah. Penggunaan alat
pemancar radio diharamkan.166
7.1.2 Pelembagaan Republik di bawah Pimpinan Jepun
Pelembagaan ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian pendahuluan dan
dua fasal yang ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Tagalog dan Inggeris
mengandungi 22 muka. Terdapat beberapa perubahan terhadap pelembagaan
(1935) yang sedia ada. Antaranya, pelembagaan ini menguntukkan Republik
Filipina dengan kuasa tiga pihak iaitu pentadbir, perundangan (Majlis
Perhimpunan Negara) dan Kehakiman (Mahkamah Tertinggi dan Mahkamah
Rendah). Terdapat Rang Undang-undang Hak Asasi Manusia lebih
menitikberatkan tentang kewajipan warganegara daripada hak dan kebebasan
berpelembagaan. Oleh kerana kepentingan perang, kuasa pemerintah tertumpu
kepada presiden Republik yang menjadi lebih berkuasa daripada Majlis
Perhimpunan Negara yang mengandungi satu dewan dan lebih berkuasa dari
Mahkamah Tertinggi.167
7.1.3 Dakyah Jepun
Sejak pemulaan pendudukan Jepun, dakyah Jepun dilaksanakan untuk mendapat
taat setia rakyat Filipina terhadap Jepun dan memutuskan perhubungan taat
setia rakyat Filipina terhadap Amerika. Di bawah naungan Hodoo-Bu (Bahagian
Dakyah) Tentera Jepun, sepanduk dan surat siaran yang menarik hati telah
166 The Official Journal of The Japanese Military Administration, Manila 1942, Jilid I, hlm 1-2 167 Wagley, Charles, A Welcome of Tears, New York: Oxford University Press, 1997, hlm 203.
diperedarkan di bandar-bandar dan bandaraya iaitu seperti mengandungi cogan
kata yang senang diingat seperti “Asia untuk Orang Asia” dan “Asia ialah Satu
Negara”. 168
Kebebasan bercakap dan kebebasan berakhbar dihapuskan. Semua surat
khabar dikawal oleh Simbunsya Jepun yang dikenali sebagai Philippine
Publication. Stesen radio KZRH dikawal oleh Jepun. Buku, risalah dan majalah
yang membanggakan Sejarah dan kebudayaan Jepun, Bushido dan kejayaan
tentera membanjiri tempat jualan buku di Filipina. Wayang gambar dan
pertunjukkan pentas mendakyahkan kerjasama orang Filipina dan Jepun.169
Bahasa Jepun (Nipongo) dan kebudayaan Jepun telah diajar dan
disebarkan. Bahasa dan kebudayaan Jepun menjadi mata pelajaran yang
diwajidkan di sekolah dan dalam peperiksaan perkhidmatan awam. Tiap-tiap
tahun diadakan Minggu Nippongo yang telah diperingati dengan upacara dalam
bahasa Jepun. Kelas dalam bahasa Jepun diadakan di sekolah, pejabat dan firma
perdagangan.170
Gereja Katolik dan Protestan telah didesak bagi menyarankan tugas
keagamaan Jepun sebagai penebus bangsa Asia dan untuk mendapat kerjasama
rakyat Filipina. Paderi Katolik Jepun dan menteri Protestan telah melawat Jepun.
Jepun menyatakan bahawa ianya menghormati hak kebebasan beragama tetapi
mengamalkan kawalan keras terhadap pertubuhan agama dan memaksa mereka
menuruti perintah baru Jepun.171
Langkah lain yang dilakukan oleh Jepun dalam proses penyebaran
kebudayaannya, ramai penulis pantun Jepun, pelukis, ahli muzik, pelakon pentas,
profesor, sarjana dan ahli sains datang ke Manila. Mereka cuba mempengaruhi
orang Filipina dengan kejayaan Jepun dalam bidang kesenian, kesusasteraan dan
sains.172
Dakyah Jepun telah gagal di Filipina. Hal ini disebabkan semangat
cintakan kebebasan telah tertanam dalam jiwa orang Filipina dan mereka tidak
168 Seligman, M.E.P., Helplessness: On Depression, Development and Death, San Francisco: Freeman, 1975, hlm 56.169 Ibid., hlm 70.170 Ibid., hlm 75.171 Ibid., hlm 80.172 Ibid., hlm 89.
mahu menukarkan dengan cara hidup diktator dan rakyat Filipina tidak mudah
terpedaya dengan janji manis Jepun kerana mereka lebih cerdik. Saya turut
berpendapat orang Jepun sendiri yang menyebabkan kegagalan dakyah mereka
kerana tindakan tentera Jepun menindas orang Filipina.173
7.1.4 Peperangan
Setelah beberapa jam serangan Jepun di Pearl Harbour, pasukan udara Jepun
melalui ruang angkasa Filipina telah mengebom Bandaraya Davao di Mindanao
pada jam 6.30 pagi pada 8 Disember 1941. Kemudiaan Jepun menyerang Tugue-
Garao, Baguio, Iba, Tarlac dan Clark Field telah diserang. Pada 9 Disember,
bandaraya Manila diserang melalui ruang udara. Pada 10 Disember 1941, Jepun
mengebom Limbungan Kapal Tentera Laut Amerika Syarikat di Cavite. Terdapat
beberapa pulau di Filipina turut terlibat dalam serangan Jepun seperti di Bataan
dan beberapa pulau yang lain.174
7.1.5 Tekanan Akibat Peperangan
Serangan Jepun ke atas Filipina merupakan serangan maut kerana ramai
penduduk Filipina terkorban bersama-sama askar tentera Amerika Syarikat.
Tekanan peperangan dapat dibuktikan apabila penduduk Filipina mengalami
krismas yang muram pada Disember 1941. Menjelang hari Krismas peperangan
semakin hebat di kawasan-kawasan perang Luzon dan pasukan udara telah
mengebom Manila secara terbuka dan beberapa tempat lain. Hal ini
digambarkan oleh Geogorio F. Zaide, 1980 mengatakan:
Fajar 16 Disember (1941) menyinsing dengan cuaca yang sejuk dan
berkabus tetapi gereja-gereja di Filipina tidak diadakan upacara misa
de gallo yang menjadi tradisi itu. Kerana darurat perang, istiadat ini
diberhentikan buat sementara mengikut perintah biskop besar Micheal
O’Doherty dari Gereja Katholik Rome.175
Pada 25 Disember 1941, hari Krismas disambut dengan perasaan muram. Pada
waktu pagi, Jepun menggunakan kapal terbang menggugurkan risalah diayahnya
di Manila. Pada waktu tengahari, Jepun telah mengebom Nicholas Field dan
menyerang dengan hebatnya keretapi penum[ang yang sesak menuju ke
173 Ibid.174 Ibid.175 Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid dua, hlm 433.
Pagsanjan di College Juction, Laguna dan membunuh beberapa penumpang dan
ramai tercedera. Pada hari itu, tiada nyanyian krismas.
Tekanan akibat peperangan dapat dibuktikan apabila ramai penduduk
Filipina telah terkorban dan menderita akibat serangan pihak Jepun. Orang
tawanan perang menderita kelaparan, kehausan, penyakit dan keletihan telah
dipaksa berjalan dari Mariveles, Bataan sampai ke San Fernando, Pampanga.
Mereka tidak diberi makan atau minum. Mereka yang diberdaya untuk
meneruskan perjalanan akan ditembak mati. Malah orang tawanan di San
Fernando yang masih hidup dicampak ke dalam gerabak keretapi bertutup dan
dibawa ke Capas, Tarlac di kem tawanan. Pada 6 Mei 1942, terdapat kira-kira
12,000 askar Filipina-Amerika telah dijadikan tawanan dan beberapa tawanan di
pulau yang lain.176
8.0 PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EKONOMI FILIPINA SEMASA
PEMERINTAHAN REPUBLIK FILIPINA PADA TAHUN 1946 SEHINGGA
TAHUN 1956.
Setelah Jepun ditewaskan dan Filipina bebas daripada ancaman kuasa Jepun
pada 5 Julai 1945. Setelah itu, Amerika yang diketuai oleh Jeneral McArthur telah
kembali ke Filipina dan berjanji akan memberi kemerdekaan kepada Filipina.
Selaras dengan itu, Republik demokrasi Filipina telah ditubuhkan pada 4 Julai
1946 dengan Jeneral Manuel A. Roxas sebagai Presiden. Perkembangan
sosioekonomi pada zaman Jeneral Manuel A. Roxas melibatkan penyelesaian
masalah dalam sosial dan ekonomi.
8.1 Masalah Sosioekonomi Pada Zaman Jeneral Manuel A. Roxas
(1946-1948)
8.1.1 Masalah Pemulihan Ekonomi
Masalah pemulihan ekonomi Filipina merupakan masalah utama yang dihadapi
oleh Presiden Jeneral Manuel A. Roxas. Hal ini disebabkan kehancuran yang
membinasakan negeri, meninggalkan bandaraya dan bandar-bandar terbakar,
ladang dan kilang yang musnah, jalan dan jambatan yang runtuh oleh bom,
perusahan dan perdagangan yang musnah dan beribu-ribu orang telah
terbunuh.177
176 Seligman, M.E.P.,Op. cit, hlm 79.177 Gregorio F. Zaide, op. cit., Jilid dua, hlm 468.
8.1.2 Masalah Pemulihan Kebudayaan Negara
Perang telah melumpuhkan sistem pendidikan di mana hampir 80% bangunan
sekolah termasuk kelengkapan makmal, perabot, buku, dokumen bernilai, karya
seni, bekas sejarah, barang kepunyaan keluarga, beratus-ratus buah gereja dan
rumah berhala telah dibakar. Untuk membina semula bangunan sekolah yang
telah rosak melibatkan perbelanjaan yang tinggi iaitu sebanyak 126,000,000
Peso. Oleh itu, setelah Republik ditubuhkan pada 1946, kanak-kanak Filipina
belajar di dalam pondok tanpa kerusi dan papan hitam dan berjuta-juta rakyat
Filipina mendengar syarahan agama di gereja yang rosak.178
8.1.3 Masalah Kemiskinan Kewangan Kerajaan
Republik Filipina yang baru itu mula menjalankan pentadbiran dengan kurangan
belanja tahunan lebih daripada 200,000,000 Peso dengan sedikit kemungkinan
untuk mengadakan belanjawan seimbang bagi beberapa tahun yang akan
datang. Dalam mencukupkan dana untuk proses penyelenggaraan, Republik
Filipina terpaksa meminjam wang yang banyak daripada Amerika Syarikat dan
terpaksa bergantung kepada bantuan kewangan Amerika Syarikat.179
8.1.4 Masalah Keamanan dan Ketenteraman
Manila dan bandaraya lain dipenuhi kegiatan jenayah yang menggunakan cara
kumpulan samseng Amerika seperti merompak bank, menculik dan menyamun.
Misalnya, di daerah luar bandar terutamanya wilayah Luzon Tengah dan daerah
Selatan Tagalog, kumpulan Huks dan penyamun telah menganas. Tambahan
lagi, semangat dan moral rakyat telah semakin buruk akibat perang. Buktinya,
generasi muda mengamalkan tingka laku yang kurang sopan, buruk dan
kerajaan terpaksa menghantar mereka ke sekolah untuk mendapat didikan
rohani, kekurangan kejujuran dan budi pekerti tetapi seks, rasuah dan kecurian
berleluasa. Hal ini disebabkan perasaan tidak selamat, ancaman kebuluran dan
perjuangan untuk hidup semasa pemerintahan Jepun telah merosakkan taraf
akhlak masyarakat Filipina.180
8.2 Perkembangan Sosial
8.2.1 Perhubungan dan Pengangkutan
178 Ibid.179 Ibid.180 Ibid., hlm 470.
Kemudahan perhubungan dan pengangkutan Republik Filipina adalah di antara
yang terbaik di Asia Tenggara. Filipina mempunyai telegraf, radio, telefon,
teletype dan televisyen.
Perkembangan terbaru dalam tahun 1950-an, ialah mengenai alat
perhubungan Filipina iaitu Pusat Radio Filipina merupakan satu pusat radio yang
menyatukan tiga buah syarikat besar di Filipina iaitu DZRH, DZPI dan DZMB.
Pusat radio ini dibuka secara rasmi di Manila pada 5 Februari 1956 dengan
mengikut contoh Syarikat Penyiaran Negara Amerika dan merupakan jenis
pertama di Timur Jauh.181
Pengangkutan dipulihkan semula. Sejak tahun 1949, Filipina telah
menerima bantuan wang dan jurutera Amerika dalam membina semula jalan dan
jambatan yang telah rosak. Dalam tahun 1952, jalan raya bertambah sejauh
29,218 kilometer dan 9,490 buah jambatan. Dalam tahun 1956 terdapat 100,000
buah kenderaan bermotor di Filipina berbanding hanya 56,000 buah kenderaan
bermotor pada tahun 1941.182
Pengangkutan keretapi mengalami proses pemulihan yang agak lambat.
Semenjak tahun 1946, Syarikat Railroad Manila telah mengalami kerugian setiap
tahun. Pada masa pemerintahan Republik Filipina, terdapat sambungan satu
jalan baru ke Bacnotan di La Union mengadakan keretapi elektrik diesel dan
sambungan jalan di sebelah utara di Lurah Cagayan.183
Pengangkutan udara menunjukkan perkembangan yang luar biasa di
Filipina sejak tamatnya perang dunia kedua. Dalam tahun 1954 sehingga tahun
1955, Lapangan Terbang Antarabangsa Manila mengelolakan 4,412 kapal
terbang dan 94,000 orang penumpang iaitu satu rekod baru sejak pemulaan
perjalanan udara di Filipina.184
8.2.2 Kemajuan Pelajaran
a. Sekolah Rakyat
181 Ibid., hlm 486182 Ibid.183 Ibid.184 Ibid.
Dalam tempoh sepuluh tahun pertama tertubuhnya Republik Filipina telah
menunjukkan kemajuan yang luar biasa dalam bidang pelajaran. Dalam tahun
1946 terdapat lebih daripada 12,000 buah sekolah rakyat Filipina, 47,000 orang
guru dan lebih daripada 2,550,000 orang murid. Dalam tahun 1955 jumlah ini
meningkat kepada 25,631 buah sekolah rakyat, dengan 96,548 orang guru dan
3,535,256 orang murid.
b. Sekolah Persendirian (Swasta)
Perkembangan pelajaran persendirian lebih mengalakkan. Dalam tahun 1946,
terdapat 500 buah sekolah persendirian dengan jumlah murid sebanyak 99,320
orang pelajar. Dalam tahun 1955 bilangan sekolah persendirian bertambah
menjadi 1,896 dengan jumlah pelajarnya seramai 737,141 orang.185
c. Universiti dan Kolej
Pada tahun 1957, terdapat 19 buah universiti di Filipina. Universiti yang tertua
ialah Universiti Santo Tomas yang dirikan pada 1611 oleh Paderi Dominican
Sepanyol iaitu 25 tahun lebih tua daripada Universiti Harvard. Universiti Negara
ialah universiti Filipina yang terdapat di bandar Quezon. Universiti yang terbesar
di Filipina dan di Asia ialah Far Eastern University di mana bilangan pelajar yang
berdaftar pada tahun 1956 sehingga 1957 berjumlah lebih 30,000 orang.186
d. Perubahan-perubahan dalam Sistem Pelajaran
Terdapat empat perubahan dalam sistem pelajaran di bawah pemerintahan
Republik Filipina. Perubahan yang pertama ialah menjalankan rancangan sekolah
rakyat yang memberi sumbangan kepada penghidupan ekonomi,
kemasyarakatan dan budaya. Perubahan yang kedua ialah kemajuan pendidikan
vokasional, ketiga ialah perlaksanaan pengajaran agama yang berkesan di
semua sekolah rakyat dan keempat lebih menitikberatkan fahaman Filipina
seperti menyesuaikan bidang pelajaran mengikut cara hidup orang Filipina,
mengajar tentang kehidupan dan hasil tulisan Dr. Rizal dan mengadakan istiadat
mengibarkan bendera yang mewajidkan di semua sekolah. Dalam tahun 1954,
Kongres meluluskan Akta Republik No. 1124 yang menubuhkan satu lembaga
Pelajaran Negara yang penting dalam menentukan matlamat dan dasar
185 Ibid., hlm 490186 Ibid.
pendidikan Filipina dan cadangan untuk memperbaiki sistem pelajaran yang
sedia ada.187
8.2.3 Tenaga Manusia dan Buruh
a. Lebihan Penduduk
Filipina merupakan negara yang beruntung kerana mempunyai tenaga manusia
yang tetap bertambah. Jumlah penduduk dalam tahun 1946 dianggarkan
seramai 19,066,800 juta dan bertambah pada tahun 1948 kepada 19,234,182
juta orang. Dalam tahun 1956, jumlah penduduk Filipina meningkat kepada
22,360,100 juta orang. Tenaga manusia Filipina bertambah sebanyak 500,000
dalam setahun. Penduduk Filipina yang berlebihan tidak membimbangkan
kerana Filipina boleh menanggung penduduk seramai 80,000,000 juta orang
atau lebih.188
b. Jumlah tenaga Kerja dan Pengangguran
Jumlah tenaga kerja dalam tahun 1965 meningkat kepada 8,441,600 daripada
penduduk seramai 21,943,200. Daripada tenaga kerja ini 6,458,600 orang
diambil bekerja dan 1,983,000 masih menganggur. Keadaan ekonomi Filipina
belum stabil kerana berlakunya pengangguran. Pekerja yang menganggur pada
tahun 1948 berjumlah 1,087,500 dan bilangan ini bertambah kepada 1,983,000
pada tahun 1955 dan pada tahun 1956 jumlah pengangguran terus bertambah
menjadi 2,000,000. Untuk mengatasi masalah pengangguran, Presiden
Magsaysay telah memberi keutamaan masalah pengangguran dalam Rancangan
Lima Tahun. Rancangan ini bertujuan untuk mengadakan pekerjaan tambahan
hampir 259,000 pekerja dalam tahun pertama dan kepada 1,544,000 buruh
dalam masa lima tahun akan datang.189
c. Perundangan Hak Keistimewaan Buruh
Buruh di Filipina mendapat kelebihan dan hak istimewa seperti di Filipina.
Terdapat banyak undang-undang yang menyokong buruh telah diluluskan oleh
Kongres untuk menentukan kebajikan buruh. Antaranya ialah Minimum Wage
Law yang terdapat dalam Akta Republik No. 602 dan dipersetujui pada 6 April
1951 yang mana telah memperuntukkan gaji yang paling rendah mengikut
undang-undang sebanyak 4 Peso bagi buruh perusahan dan 2.50 Peso bagi
187 Ibid.188 Ibid., hlm 488189 Ibid., hlm 489
pekerja petani. Akta Rpublik No. 761 yang dipersetujui pada 20 Jun 1952 yang
mengadakan Perkhidmatan Kerja Negara. Akta Republik No. 946 yang
dipersetujui pada 20 Jun 1953 melarang bekerja pada hari Ahad, Hari Krismas,
Hari Tahun Baru, Holy Thursday dan Good Friday.190
d. Kesatuan Buruh
Pekerja buruh Filipina telah memulihkan kesatuan untuk menjaga hak mereka
daripada ditindas oleh pihak kapitalis. Dalam tahun 1953 terdapat 823 buah
kesatuan buruh dan bertambah kepada 2,319 dalam tahun 1955. Dalam tahun
1955 Kesatuan buruh di Filipina mempunyai ahli berjumlah 750,000. Terdapat
juga kesatuan buruh wanita iaitu Kesatuan Buruh Wanita Negara Filipina yang
ditubuhkan pada 17 September 1950.191
8.3.4 Masalah Ganti Rugi Perang Dunia Kedua
Pengisytiharan Potsdam ditandatangani pada 26 Julai 1945 yang telah diterima
oleh kerajaan Jepun tanpa syarat di mana perjanjian itu mewajidkan Jepun
membayar ganti rugi kepada mana-mana negara yang telah dibinasakan oleh
angkatan tenteranya. Pada 9 Mei 1946, Filipina telah membuat satu tuntutan
dengan Suruhanjaya Timur Jauh yang terdiri daripada 11 buah negara yang
bertindak bagi Negara Bersekutu, tentang bayaran ganti rugi yang akan dibayar
oleh Jepun berjumlah lebih daripada $8 billion.
Dasar mutlak selepas penyerahan yang bertarikh 19 Jun 1947
menyatakan bahawa:
Bagi tindakan pencerobohan yang dilakukan oleh angkatan
tentera Jepun dan untuk membayar ganti rugi yang adil bagi
kerosakan yang telah dilakukannya kepada Kuasa Berikat dan
untuk membinasakan kemungkinan perang Jepun dari segi
perusahaan yang boleh memperlengkapkan semula Jepun untuk
melakukan perang, bayaran ganti rugi akan dipaksa dari
Jepun...bahagian ganti rugi bagi negeri yang berkenaan akan
ditentukan jumlahnya.192
190 Ibid.191 Ibid.192 Ibid., hlm 491.
Persetiaan San Francisco pada 8 Septemberb 1951 yang menamatkan
perang dengan Jepun yang ditandatangani oleh Filipina memperuntukkan agar
Jepun membayar ganti rugi sepenuhnya, namun gagal kerana Jepun tidak dapat
berbuat demikian kerana hendak menjaga kestabilan ekonominya. Selepas itu,
sejak tahun 1951 hingga 1953 perwakilan Jepun berganti-ganti datang ke Manila
untuk merundingkan syarat bayaran ganti rugi itu. Antara wakil Jepun iaitu Juici
Tsushima yang sampai di Manila pada tahun 1951, Eiji Wajima merupakan Ketua
Jabatan Hal Ehwal Asia Kementerian Luar Jepun dan Katsuo Okazaki yang
merupakan Menteri Luar Jepun. Rang undang-undang ganti rugi dibentangkan
bahawa Jepun harus membayar $8 billion, namun Jepun tidak dapat membayar
jumlah wang tersebut.193
Kemudian, Presiden Magsaysay telah menghantar satu utusan ke Jepun
mengenai bayaran ganti rugi itu di bawah Setiausaha Kewangan Jaime
Hernandez. Utusan itu mendapati bahawa Jepun telah pulih sepenuhnya dalam
ekonomi dan boleh membayar ganti rugi tersebut. Duta Felino telah dihantar
oleh Presiden Magsaysay untuk menamatkan perundingan dengan Menteri
Tatsunosuke Takazaki dan berjaya mengadakan satu rumusan ganti rugi secara
tolak ansur pada 31 Mei 1955. Menurut perjanjian Neri-Takazaki, Jepun akan
membayar $800,000,000 yang dibahagikan seperti berikut: $20,000,000 wang
Peso, $30,000,000 merupakan perkhidmatan, $500,000,000 barang modal dan
250,000,000 wang pinjaman perusahan jangka panjang. Pada 12 Ogos, kedua-
dua negara bersetuju untuk memenuhi perjanjian Neri-Takazaki.194
8.3. Perkembangan Ekonomi (1946-1956)
Ekonomi Filipina telah kelihatan pulih daripada kerosakan akibat perang.
Pendapatan negara yang bersumberkan pertanian, perusahan, kerajaan dan
sumber lain pada tahun 1956 dianggarkan mencapai 10.3 bilion Peso iaitu
anggaran tertinggi semenjak tahun 1946. Oleh itu, pendapatan negara
dianggarkan 12.3 bilion Peso pada tahun 1960.195
193 Frank H. Golay, Under Development and Economic Nationalism in Southeast Asia, Cornell University, 1969, hlm 306.194 Ibid., 309.195 Ibid., hlm 484.
8.3.1 Pertanian
Pertanian Filipina bertambah dari segi kawasan penanaman dan hasil
pengeluarannya. Pada tahun 1955, kawasan penanaman berjumlah 5.05 juta
hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 6.03 juta tan yang menunjukkan
tambahan berbanding pada tahun 1946 hanya 2.73 tan. Pengeluaran beras
dalam tahun 1955 berjumlah 72,365,909 cavane yang bernilai 723,659,000 Peso
dalam tahun 1946. Pengeluaran tanaman lain turut bertambah. Pengeluaran
jagong daripada 5,811,610 cavane pada tahun 1946 kepada 13,508,772 cavane
pada tahn 1955.196
8.3.2 Pelombongan
Dalam tahun 1955, pengeluaran bahan galian Filipina berjumlah 167,781,916
Peso iaitu angka tertinggi semenjak merdeka. Dalam tahun 1946, pengeluaran
bahan galian hanya sebanyak 13,700,000 Peso.197
8.3.3 Perniagaan Dalam dan Luar Negeri
Penduduk Filipina tertarik dalam bidang peniagaan dan mengambil bahagian
yang cergas dalam urusan peniagaan negara Filipina. Buktiya, jumlah
penanaman model dalam peniagaan runcit mereka memegang 61%, orang Cina
17,429, orang asing 347. Bahagian mereka daripada hasil jualan tahunan ialah
53%, orang Cina 46% dan orang asing 87%. Pada masa yang sama, Kongres
telah meluluskan Undang-undang Retail Trade Nationalization dan Persatuan
NAMARCO (National Marketing Corporation) untuk menggalakkan penyertaan
orang Filipina dalam peniagaan.198
Perdagangan luar negeri merupakan satu daripada asas utama ekonomi
Filipina. Dalam tahun 1946, jumlah eksport ialah 128,375,049 Peso dan jumlah
import sebanyak 561,716,481 Peso iaitu menunjukkan baki kerugian sebanyak
463,341,432 Peso. Dalam tahun 1955, jumlah eksport bertambah kepada
795,800,00 Peso dan jumlah import kepada 1,023,200,000 Peso dengan
kerugian peniagaan berjumlah 227,400,000 Peso.199
196 Ibid., hlm 485.197 Ibid.198 Ibid.199 Ibid.
9.0 PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EKONOMI FILIPINA SEMASA
PEMERINTAHAN REPUBLIK FILIPINA PADA ERA PEMERINTAHN MARCOS
DARI TAHUN 1965 SEHINGGA TAHUN 1986.
Ferdinand Emmanuel Edralín Marcos dilahirkan pada 11 September 1917 di
Sarrat, di Pulau Luzon Filipina dan meninggal dunia pada 28 September 1989.
Ibubapa beliau bernama Mariano Marcos dan Josefa Edralin. Beliau telah
berkahwin dengan Imelda Romualdez-Marcos. Latar belakang pendidikan adalah
bidang perundangan di University of Philippines, College of Law, pendebat,
peninju, perenang, dan penggusti, Sharpshooters and ahli “pistol team” di
University dan mendapat ijazah semasa berada di dalam penjara. Beliau telah
menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat Filipina (1949-1959), ahli Senat
Filipina (1959-1965) dan merupakan Presiden ke-10 selepas menewaskan
Macapagal dalam pilihanraya. Marcos berkhidmat sebagai Presiden Republik
Filipina antara tahun 1965 hingga tahun 1986.200 Pemerintahan Marcos di
Filipina telah membawa perkembangan dalam bidang sosioekonomi.
9.1 Perkembangan Sosial
9.1.1 Kebangkitan Orang Moro
Pada umumnya, orang Filipina majoritinya beragama Kristian Katolik. Pada masa
yang sama penduduk Bangsa Moro etnik minoriti di tanah kelahirannya sendiri.
Moro merupakan gelaran yang digunakan oleh orang Muslim di Filipina.
Penyatuan Muslim Moro dan Katolik Filipina telah membawa akibat negatif dari
segi demografi, politik, ekonomi, sosial dan budaya.
Terdapat beberapa sebab yang membawa kebangkitan orang Moro. Faktor
yang pertama ialah agama. Menurut R.J May, ketidakadilan terhadap penduduk
Islam Moro telah berlaku sejak awal zaman pemerintahan Sepanyol. Penubuhan
kerajaan sendiri di Filipina telah menyebabkan penderitaan masyarakat Islam
Moro terutamanya pada zaman pemerintahan Ferdinand Marcos. Pada masa
yang sama terdapat beberapa pertubuhan ditubuhkan untuk menentang
ketidakadilan terhadap umat Islam di Filipina. Antara pertubuhan tersebut ialah
Moro Independent Movement yang dipimpin oleh Gabenor Cotabato, Moro
200 James K. Boyce, The Political Economy Of Growth and Impoverishment in the Marcos, Honolulu: University of Hawaii, 1998, hlm 6.
National Liberation Front pada tahun 1972 yang dipimpin oleh Nur Misuari dan
Moro Islamic Liberation Front pada tahun 1984 yang dipimpin oleh Hashim
Salamat.201
Proses penentangan bermula pada 1 Mei 1968, Datu Udtog Matalam telah
menubuhkan Pergerakan Kemerdekaan Muslim (MIM) yang bertujuan untuk
mencari kompromi dengan kuasa pusat di bawah pemerintahan Presiden
Ferdinand Marcos, namun usaha tersebut menermui kegagalan. Sebaliknya,
kerajaan pusat melihat ianya sebagai satu peluang dalam meningkatkan lagi
polisi-polisi anti-Moro. Marcos mengisytiharkan dirinya sebagai ketua Pasukan
Bersenjata Filipina dan memulakan pembunuhan beramai-ramai terhadap umat
Islam. Kemunculan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di bawah
pimpinan Nur Misuari telah menumbangkan rejim Marcos. Nur Misuari
menerapkan nasionalisme Moro dan melakukan perjuangan bersenjata melawan
pemerintah demi kemerdekaan Moro. Kesannya, berlaku pertempuran berdarah
di antara kerajaan dan ahli-ahli MNLF.202 Marcos telah menubuhkan unit-unit
pengganas iaitu Ilaga yang dilatih khas bagi menamatkan sokongan terhadap
puak penentang dalam negaranya, terutama sekali MNLF. Rejim marcos telah
melakukan kekejaman di kawasan kampung-kampung dibakar, masjid-masjid
yang terdapat orang di dalamnya dibom, dan rogol beramai-ramai dilakukan.
Situasi ini menyebabkan penduduk Moro yang majoritinya orang Islam menjadi
pelarian di bandar-bandar besar. Perpecahan MNLF pada tahun 1979 telah
melahirkan organisasi baru iaitu Bangsa Moro Liberation Organisation dan New
MNLF di mana Islam sebagai ideologi perjuangannya. Hashim Salamat yang
keluar dari MNLF telah menubuhkan New MNLF yang kemudiannya menjadi
Moro Islamic Liberation Front (MILF) pada tahun 1984. Pada tahun 1980-an juga
berlaku penentangan daripada kumpulan gerila yang terdiri daripada orang
Islam telah melakukan pemberontakan seperti serangan ke atas kerajaan, kem-
kem tentera dan pembunuhan pegawai-pegawai awam demi menuntut
kemerdekaan negara Islam.203
9.1.2 Masyarakat Baru
201 Ibid. hlm 70202 Cesar Adib Majul, Muslim in the Philippines, Manila: Asian Centre of the University of the Philippines, 1973, hlm 105. 203 George,T.J.S., Revolt in Mindanao: The Rise of Islam in Philippine Politics, New York: Oxford University Press, 1980, hlm 197.
Marcos mendakwa bahawa undang-undang tentera (Martial Law) adalah
pendahuluan untuk mencipta "New Society" berdasarkan nilai-nilai sosial dan
politik baru. Pada masa yang sama terdapat ramai penduduk bandar yg terdiri
daripada kelas pertengahan dan golongan intelektual berminat dengan New
Society ini. Marcos berjanji untuk menyediakan infrastruktur dan kestabilan
diperlukan untuk menarik pelabur asing penting untuk menghidupkan kembali
ekonomi.204
9.1.3 Pendidikan
Pada tahun 1972, Kementerian Pendidikan telah menjadi Jabatan Pendidikan dan
Kebudayaan telah mengesahkan Perlembagaan 1973 yang berkaitan dengan
dasar pendidikan pada 17 Januari 1973. Perlembagaan tahun 1973 telah
menetapkan tiga tujuan dasar pendidikan di Filipina iaitu menerapkan semangat
cinta kepada negara, mengajar tentang tanggungjawab sebagai warganegara
dan mengembangkan karakter moral, disiplin diri, ilmu saintifik, teknologi dan
kecekapan vokasional. Terdapat beberapa perkara penting yang termaktub
dalam Akta Pendidikan 1982 iaitu Akta Pendidikan 1982 yang memperuntukkan
sistem integrasi dalam pendidikan telah dibuat yang meliputi pendidikan formal
dan non-formal, Seksyen 29 yang menyarankan usaha untuk meningkatkan
standard pendidikan institusi-institusi untuk mencapai kualiti yang terbaik dalam
pendidikan, Seksyen 16 dan 17 di mana kelayakan yang diperlukan untuk
menjadi guru dan pentadbir dan Seksyen 41 menyatakan bantuan kewangan
kerajaan untuk sekolah swasta.205
9.1.4 Gereja Berperanan Sebagai Propaganda Politik Menentang
Marcos.
Agama Kristian dan pihak gereja dikatakan menjadi penggerak kepada
pencetusan penentangan terhadap dasar ataupun dengan lebih tepat lagi
penentangan terhadap pemerintahan Marcos. Hal ini disebabkan pihak gereja
lebih lantang bersuara seperti yang dilakukan oleh Kardinal Sin yang merupakan
Archbishop Manila pada tahun 1974 berikutan serbuan ke atas National Council
of Churches In The Philippines (NCCP) dan Sacred Heart Novitiate pada Jun dan
Ogos 1974. Antara kenyataan yang diutarakan oleh Kardinal Sin pada 20 Julai
204 Teresa S. Encarnacion Todem, Noel M. Morada, Philippine Politics and Governance ‘Challenges to Democratization and Development, Philippine: Department of Political Science University of the Philippines Diliman, 2006, hlm 89205 Ibid., hlm 106
1982 ialah Marcos telah kehilangan sokongan dan rasa hormat daripada rakyat
disebabkan beliau telah gagal dalam masa 16 tahun pentadbirannya untuk
menyelesaikan masalah negara dan mencabar Marcos untuk meletak jawatan.
Hal ini diburukkan lagi apabila berlaku pembunuhan ke atas pemimpin
pembangkang utama iaitu bekas senator Benigno Aquino Jr. atau lebih dikenali
sebagai Ninoy pada 21 Ogos 1983 dan saat inilah dikatakan bahawa bermulanya
kejatuhan regim Marcos. Ekoran pembunuhan itu, Kardinal telah mengutuk
tindakan pembunuhan Ninoy dan mengkritik kerajaan.206
Pihak gereja telah menyampaikan khutbah yang mempunyai impak yang
amat mendalam kerana pada waktu inilah rakyat mula menentang kerajaan.
Gereja boleh digunakan sebagai saluran propaganda yang amat berkesan kerana
sekiranya gereja sendiri mula menunjukkan sikap-sikap penentangan terbuka
terhadap kerajaan, maka sudah tentu rakyat Filipina yang 80% merupakan
golongan Katolik dan melihat gereja sebagai pemimpin rohani mereka akan
terpengaruh. Pihak gereja terus memainkan peranan sehingga pilihanraya
Batasang Pambansa (Perhimpunan Kebangsaan) pada 7 Februari 1986. Tindakan
gereja mengeluarkan surat berkaitan satu komplot oleh golongan tertentu untuk
merosakkan pilihanraya menyebabkan pihak suruhanjaya pilihanraya
memberikan amaran kepada gereja Roman Katolik agar tidak terlibat dalam
aktiviti berbentuk politikal ketika pilhanraya berlangsung. Hasil pilihanraya
tersebut pada 15 Februari 1986, Batasang Pambansa telah mengisytiharkan
kemenangan kepada Marcos dalam pilihanraya presiden 7 Februari yang
keputusannya dikatakan tidak jujur dari aspek pengiraan undi.207
Kesannya, ketegangan semakin memuncak di Filipina. Pemulauan yang
dilaungkan oleh Aquino semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat.
Revolusi tiga hari yang berlaku akhirnya telah membawa kepada kejatuhan
Marcos yang mana pada 27 Februari 1986, pemerintahan Marcos tamat dan
Corazon Aquino menjadi Presiden Filipina yang baru. Jika diperhalusi, peranan
yang dimainkan oleh gereja dalam menjatuhkan regim Marcos amat penting
sekali. Penglibatan gereja dalam memobilisasikan rakyat Filipina yang beragama
Kristian dengan menggunakan keimanan rakyat memang sukar untuk dijelaskan.
Oleh demikian, peranan gereja Roman Katolik dalam menjatuhkan Marcos
206 Maureen De Silva, Gereja dan Kejatuhan Marcos, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2004, hlm 10. 207 Ibid., hlm 13.
merupakan satu manifestasi dramatik mengenai peningkatan ketidakpuasan hati
di kalangan pemimpin gereja terhadap regim Marcos dan juga kerana
kepentingan sendiri. Ia mencerminkan satu peralihan yang sudah mengambil
tempat dalam gereja iaitu menghala kepada lebih aktivitisme di kalangan bishop
konservatif dan sederhana. Disebabkan ketidakupayaan Marcos untuk
mereformasikan sistem, jurang hubungan dengan bishop-bishop Katolik,
terutamanya selepas pembunuhan Aquino pada Ogos 1983 tidak pernah
diperbaiki. Sebaliknya, hubungan gereja dengan kerajaan menjadi semakin
buruk walaupun terdapat usaha untuk berbaik-baik dari 1982 sehingga
pemergian Marcos dari Filipina.208
9.2 Perkembangan Ekonomi
9.2.1 PENGGAL PERTAMA ERA EKONOMI MARCOS (1965-1969)
Tujuan adalah untuk merencana satu rancangan ke arah pembangunan dan
ekonomi yang baik serta pembentukan kerajaan yang stabil. Oleh itu, kerjaan
bertindak untuk membentuk Armed Forces of the Philippines (AFP) untuk
membantu agensi-agensi tempatan dalam aktiviti-aktiviti pembangunan
rancangan ekonomi.
a. Rancangan Pembangunan Ekonomi Empat Tahun( 1967-1970)
Masalah tanah berlaku iaitu penerokaan bersendirian pada tanah-tanah kerajaan
berlaku diperoleh oleh golongan politik dengan harapan peneroka-peneroka baru
yang mengerjakannya. Namun muncul perampas tanah yang memaksa
peneroka membayar sewa dengan harga yang tinggi. Masalah itu menyebabkan
kerajaan mewujudkan sebuah Lembaga Tanah Baru yang bertanggungjawab
untuk menukar 75% daripada semua penyewaan perkongsian (berjumlah kira2
500,000) kepada pegangan-pegangan pajak menjelang tahun 1970 dan lebih
daripada 190,000 hektar akan diperolehi oleh Bank Tanah untuk diagih semula
kepada 64,000 pemegang pajak.209 Marcos mencadangkan akan menggantikan 4
ribu buah kilang kecil kepada unit-unit yang moden dan besar.
b. Revolusi Hijau
208 Ibid., hlm 25-27209 Steven Warshan, A Concise History of Southerst Asia From Its Origin To The Present, American: Benziger, 1975, hlm 306.
Terdapat perkembangan dalam bidang pertanian iaitu teknologi pengeluaran
padi yang baru melalui rancangan Revolusi Hijau. Pengenalan HYV (High-Yielding
Varieties) dengan penggunaan dan kawalan air yang mencukupi di kawasan
pertanian serta penggunaan baja yang berkualiti tinggi dan sesuai membawa
kepada pengenalan padi hibrid IR-8. Pada tahun 1968, Filipina telah
mengeksport beras sebanyak 7 juta Dollar.210
c. Perusahaan Perlombongan Besi dan tembaga
Pada tahun 1966, tembaga padat mendapat tempat keempat dalam senarai
eksport di Filipina. Awal tahun 60-an, relau keluli dan kilang besi kecil dibina di
Iligan di Lanao del Norte menggunakan kuasa dari sebuah stesen janakuasa
yang berkeupayaan sebanyak 50,000 kW yang baru diselesaikan di Kawasan air
terjun Maria Christina di Sungai Agus. Pada 1968, Perbadanan Besi Negara
sediakan penambahan alat-alat penukar L-D dan sebuah lagi relau elektrik dan
loji-loji tempaan telah menghasilkan pengeluaran tahunan sebanyak 256,000 tan
keluli.211
Filipina: pengeluaran galian, tahun 1966
Emas (ribu auns halus) 451
Perak (ribu auns halus) 1092
Tembaga (kandungan logam, ribu tan meter)
71
Bijih kromit (ribu tan meter) 560
Bijih besi (ribu tan meter) 1485
Arang batu (ribu tan meter) 69 Sumber: Bank Pusat Filipina, Laporan Tahunan yang ke 18, tahun 1996
9.2.2 PENGGAL KEDUA ERA EKONOMI MARCOS (1970-1986)
Pada awal 1970, Filipina menghadapi krisis ekonomi kerana perbelanjaan duit
kerajaan oleh Presiden Marcos dalam kempen-kempen pilihanraya yang kedua.
Kesannya, Filipina tidak dapat melangsaikan hutang antarabangsa US$2.3 billion
dan terpaksa buat pinjaman tambahan sebanyak US$27.5 juta dengan IMF yang
210 Ibid.211 Onofre D.Corpuz, Filifina, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian, 1982, hlm 69.
melibatkan perundingan semula ke atas hutang luar Filipina dan membuat
penilaian semula ke atas mata wang Peso kepada P6.40 kepada US dolar. Pada
September 1972, Martial Law diperkenalkan dengan dua objektif utama iaitu
menyelamatkan negara dan melaksanakan pembaharuan dari aspek sosial,
ekonomi dan politik.212
a. Rancangan Penyusunan Semula Tanah
Pada tahun 1972, kerajaan memulakan rancangan penyusunan semula tanah.
Pengagihan tanah dilakukan terhadap 40,000 orang penyewa dan lebih 600,000
orang penduduk miskin manfaat rancangan. Penggunaan tanah padi bertambah
dalam tiga hektar. Tanah jagung meningkat sebanyak dua kali ganda dari lima
hektar kepada 10 hektar. Hal telah menyumbang pertumbuhan ekonomi utama
dalam tahun 1966-1985.
b. Rancangan Pembangunan 4 tahun(1974-1977)
Rancangan pembangunan empat tahun dari tahun 1974 hingga 1977
memfokuskan rancangan keseimbangan ekonomi industri berasaskan pertanian.
Ianya mensasarkan industri pertanian haruslah dikembangkan dan
dikomersialkan sebagai produk separa siap yang diproses di kilang-kilang dan
industri-industri tertentu.213
c. Sektor Perdagangan
zon-pemprosesan eksport untuk menyediakan tapak perdagangan yang liberal
di mana peniaga boleh mengeksport barang asing tanpa membayar cukai
import. Pada tahun 1978, Mactan EPZ (Export Processing Zones Authority)
berdekatan dengan bandar Cebu dibuka. Setahun kemudiannya, bandar Baguio
EPZ dan pada tahun 1980, Capite EPZ di selatan Manila. Pertanian eksport telah
dijalankan dengan memberi keutamaan pertanian tanaman tradisional gula dan
kelapa, nanas dan pisang dan hasil-hasil kayu balak. Sektor perdagangan
menyumbang 30% untung eksport kepada pendapatan negara.
Peratus Pengeluaran Eksport Gula Peratus Pengeluaran
Eksport
212 Ibid213 Solehah Abdul Hamid, Pembangunan Ekonomi ASEAN, Kedah : Universiti Utara Malaysia, 1997, hlm 34.
Kelapa
Tahun Tahun
Sumber: James Boyce, 1993
Pada tahun 1970 -1976, peningkatan stabil. Dalam menjelang era 1980
an, penurunan sedikit jelas berlaku. Buktinya, Sehingga tahun 1978, keluaran ini
adalah separuh daripada eksport. tahun 1988, keluaran ini hanya 1/5 daripada
jumlah eksport keseluruhannya. Namun, kemerosotan ekonomi tradisional ini
diimbangi oleh peningkatan eksport hasil perusahaan kilang yang menyumbang
sebanyak 65% nilai eksport pada tahun 1988.214
d. Media Massa
Kerajaan menggunakan alternatif lain untuk membantu ke arah pembangunan
ekonomi negara Filipina. Salah satunya ialah penggunaan media penyiaran di
Filipina tujuan meluputkan ‘Filipino Harvest of Shame’ dan membantu
pertumbuhan ekonomi desa dan pertanian. Terdapat satu kali seminggu, satu
forum isu-isu asas disiarkan melalui radio dan televisyen. Pada setiap awal pagi
pula, topik-topik pembangunan (sektor pertanian) akan diperdengarkan. Jabatan
Penerangan Awam mengadakan rancangan ‘Rural Development Information
Program’ melalui radio Filipina. Pada masa yang sama, kerajaan memberi
pendidikan dan membangunkan masyarakat desa melalui penerangan untuk
mengeksploitasikan sumber-sumber yang ada dan pembangunan sosioekonomi
yang lebih baik. Ianya penting dalam mengubah sikap penduduk desa supaya
sedar tentang kepentingan pembangunan.215
214 James Boyce, The Philippines: The Political Economy of Growth and Impoverishment in Marcos Era, London: Macmillan, 1993, hlm 109.
e. Sektor Pembuatan
Syarikat-syarikat pembuatan yang paling besar, paling produktif dan paling maju
secara beransur-ansur telah diletakkan di bawah kroni Marcos. Sebagai
contohnya, Syarikat Konglomeret yang dimiliki oleh Keluarga Lopez, akhbar-
akhbar utama, rangkaian penyiaran, syarikat elektrik. Syarikat-syarikat besar
telah memonopoli beberapa sektor pembinaan, pembuatan, dan perkhidmatan
kewangan. Situasi ini tidak membawa keuntungan tetapi impak negatif yang
paling signifikan dan ketara dalam sektor tradisional pertanian. Di bawah
Benedicto dan Eduardo Cojuangco, monopoli untuk mengagihkan dan
memasarkan gula dan kelapa telah diwujudkan. Petani-petani pada peringkat
tempatan ‘dipaksa’ untuk menjual hanya kepada monopoli-monopoli dan
menerima harga yang kurang daripada harga dunia bagi hasil mereka. Pada
masa yang sama, petani-petani meruparakan golongan yang pertama menerima
kesusahan atau kesengsaraan apabila harga komoditi dunia jatuh.216
f. Krisis Ekonomi
Krisis ekonomi berlaku disebabkan amalan rasuah oleh pegawai-pegawai
kerajaan dan swasta, perbelanjaan berlebih-lebihan dalam bidang ketenteraan
dan inflasi. Konflik yang berterusan antara kerajaan dengan Parti Komunis dan
pemberontakan Islam telah melemahkan ekonomi negara. Syarikat Multinasional
beroperasi di Filipina berterusan mengaut keuntungan dan menghantarnya ke
luar negara. Kesannya, hutang luar negara meningkat sehingga berjuta-juta
dolar Amerika. Menjelang 1976, Filipina merupakan antara 100 penerima utama
pinjaman daripada Bank Dunia dan diibaratkan sebagai “a country of
concentration”. Filipina dilanda krisis ekonomi dan politik yang akhirnya
membawa kepada demonstrasi Feb 1986, yang menamatkan pentadbiran 21
tahun Marcos.217
10.0 PENILAIAN
Zaman Pemerintahan Republik Filipina Era Marcos (1965-1986)
215 Donald W.Frayer, Asia Tenggara Yang Sedang Membangun: Suatu Kajian Mengenai Perkembangan Dan Sebaliknya, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, hlm 209.216 Ibid.217 Ibid., hlm 240.
Zaman Pemerintahan Republik Filipina (1946-1956)
Zaman Pemerintahan Jepun (1942-1945)
Zaman Pemerintahan Komanwel Filipina (1935-1942)
Zaman Pemerintahan Amerika (1901-1939)
Zaman Pemerintahan Republik Filipina Pertama (1899-1901)
Zaman Pemerintahan Sepanyol (1565-1898)
Zaman Sebelum Pemerintahan Sepanyol (Sebelum Tahun 1565)
Rajah 10.1 Piramid perkembangan sosioekonomi Filipina mengikut tahap
perkembangan pemerintahan.
Filipina mempunyai perkembangan sosial dan ekonomi yang menarik. Saya
berpendapat mengenai gambaran perkembangan sosioekonomi Filipina adalah
berbentuk piramid terbalik sepertimana yang dalam gambarajah 10.1. Hal ini
demikian kerana perkembangan sosioekonomi di Filipina dipengaruhi oleh
zaman pemerintahan.
Secara keseluruhannya, perkembangan sosial Filipina sejak zaman
sebelum pemerintahan Sepanyol (sebelum 1565), semasa pemerintahan
Sepanyol (1565-1898), semasa pemerintahan Republik Filipina (1898-1901),
semasa pemerintahan Amerika (1901-1939) dan semasa pemerintahan
komanwel Filipina (1935-1942) menunjukkan pola perkembangan sosial yang
meningkat. Hal ini demikian kerana penduduk di Filipina yang belum mempunyai
pengetahuan luar didedahkan dengan perkembangan sosial yang positif
daripada penjajah Sepanyol dan Amerika sehingga membentuk masyarakat
Filipina yang baru iaitu masyarakat yang lebih bertamadun seperti bertatasusila
jika dibandingkan dengan dengan keadaan sosial sebelum kedatangan penjajah
Sepanyol. Hal ini dapat dibuktikan apabila kedatangan penjajah Sepanyol, telah
memberi keutamaan dalam membentuk masyarakat Filipina yang bertamadun
terutamanya dalam soal agama yang menyebabkan ramai mubaligh Kristian
sanggup meninggalkan negara asal untuk menyebarkan agama dan membantu
masyarakat Filipina untuk membentuk masyarakat yang selaras dengan
perkembangan masyarakat bertamadun sepertimana perspektif Sepanyol
mengenai tamadun masyarakat. Kemudian, perkembangan sosial itu
diperkukuhkan lagi apabila Amerika Syarikat datang menjajah Filipina dengan
memperkenalkan pelbagai perkembangan sosial seperti konsep demokrasi
dalam masyarakat, pembebasan kaum wanita dan sebagainya. Akhirnya, pada
tahun 1935 sehingga tahun 1942, masyarakat Filipina mampu untuk membentuk
pemerintahan sendiri di bawah pimpinan Amerika yang dikenali sebagai
pemerintahan komanwel Filipina.
Namun demikian, perkembangan sosial menunjukkan pola penurunan
semasa pemerintahan Jepun (1942-1945) dan pola peningkatan semasa
pemerintahan Republik Filipina (1946-1956). Dalam hal ini saya berpendapat,
serangan Jepun di Filipina dalam Perang dunia kedua telah menimbulkan satu
pengalaman mengerikan dan memberi tekanan emosi dan fizikal secara
mengejut kepada penduduk Filipina. Dalam perjuangan hidup yang menderita di
bumi sendiri, maka penduduk Filipina mula tidak menghiraukan nilai-nilai agama
dan kemanusian demi meneruskan kehidupan. Selaras dengan itu, mereka
sanggup untuk mencuri, melakukan rasuah, membunuh dan sebagainya untuk
mendapat kehidupan yang lebih baik. Hal ini dapat dibuktikan pada zaman
selepas Jepun menyerah kalah dan Filipina diketuai oleh kerajaan Republik
Filipina di mana masalah sosial merupakan salah satu masalah utama dalam
pemerintahan Jeneral Manuel A. Roxas. Bermula masa pemerintahan Jeneral
Manuel A. Roxas pada tahun 1946, maka usaha pemulihan sosial bermula
semula dan menunjukkan benih-benih kejayaan sehinggalah pemerintahan
Marcos.
Manakala, perkembangan ekonomi menunjukkan pola tidak stabil. Sejak
zaman sebelum pemerintahan Sepanyol (sebelum 1565), semasa pemerintahan
Sepanyol (1565-1898), semasa pemerintahan Republik Filipina (1898-1901),
semasa pemerintahan Amerika (1901-1939) dan semasa pemerintahan
komanwel Filipina (1935-1942) menunjukkan pola perkembangan ekonomi yang
meningkat tetapi pola penurunan berlaku semasa pemerintahan Jepun (1942-
1945) dan meningkat semula semasa pemerintahan Republik Filipina
sehinggalah pemerintahan Marcos. Sepanjah tempoh Sepanyol dan Amerika
menjajah Filipina, kedua-dua penjajah itu telah memperkenalkan pelbagai
kemudahan teknologi yang dapat membangunkan ekonomi Filipina. Hal ini dapat
dibuktikan melalui peningkatan pendapatan negara Filipina. Namun, saya tetap
berpendapat bahawa pada masa pemerintahan Sepanyol dan Filipina, orang
Filipina terpinggir dalam bidang ekonomi. Hal ini demikian kerana, orang Cina
dan bangsa penjajah yang majoritinya menguasai ekonomi terutamanya
perdagangan sedangkan orang Filipina hanyalah bertindak sebagai golongan
minoriti dalam kegiatan ekonomi Filipina. Keadaan ini bertambah buruk semasa
pemerintahan Jepun, di mana pengeluaran hasil ekonomi Filipina terbantut atau
berada dalam tahap hampir sifar. Hal ini demikian kerana, serangan Jepun
terhadap sumber-sumber pengeluaran seperti pengeboman kawasan
pengeluaran Emas di Pulau Luzon dan beberapa tempat yang lain. Setelah itu,
usaha pemulihan ekonomi dilakukan semasa pemerintahan Republik Filipina dan
menunjukkan pola peningkatan ekonomi yang ketara. Namun, peningkatan itu
belum cukup untuk menampung penduduk Filipina yang semakin bertambah.
Oleh itu, pelbagai kegiatan jenayah berlangsung di Filipina untuk mendapat
sumber makanan atau kemewahan hidup.
Melalui pembacaan yang saya lakukan terhadap buku-buku mengenai
sejarah Filipina terdapat dua pendapat yang saya ingin kemukakan. Pertama,
sekiranya bumi Filipina tidak diserang oleh pihak tentera Jepun semasa Perang
Dunia kedua, maka orang Filipina ternyata boleh menunjukkan kemajuan sosial
dan ekonomi yang lebih maju berbanding dengan Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak. Hal ini demikian kerana, penjajahan Sepanyol dan Amerika sangat
berbeza dengan penjajahan British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Perbezaan ketara dapat dilihat dalam aspek sosial di mana penjajah Sepanyol
dan Amerika lebih menitikberatkan aspek kemanusian seperti bantuan
disalurkan untuk kebajikan seperti pendidikan, agama Kristian dan sebagainya
terhadap orang Filipina di kawasan bandar mahupun luar bandar berbanding
dengan British yang hanya memfokuskan kebajikan orang-orang Melayu elit
seperti anak-anak raja dan sultan yang berada di kawasan bandar sahaja, di
kawasan luar bandar dibiarkan sahaja. Hal ini dibuktikan apabila sistem ekonomi
berasaskan ecomienda di mana ecomeindaro Sepanyol telah menindas orang
Filipina, muncul golongan agama seperti mubaligh Agustine bangkit untuk
menunjukkan bantahan kepada Raja Philip terhadap tindakan tersebut
sehinggalah sistem ekonomi itu dihapuskan.
Pendapat saya kedua, penduduk Filipina merupakan golongan manusia
yang lebih bersifat fleksibel atau dinamik dalam sosial dan ekonomi berbanding
penduduk di Tanah Melayu. Ini kerana mereka dengan mudah menerima
pengaruh sosial dan ekonomi penjajah Sepanyol dan Filipina. Buktinya, mereka
mudah menerima agama Kristian (kecuali orang Moro yang beragama Islam)
yang dibawa oleh Sepanyol dan konsep demokrasi yang dibawa oleh Amerika,
malah semasa pemerintahan Jepun, orang Filipina dengan mudahnya melupakan
nilai agama dan kemanusian dan menjadi manusia yang melakukan kegiatan-
kegiatan jenayah. Hal ini berbeza jika dibandingkan dengan Tanah Melayu yang
sukar untuk beradaptasi dengan sosial yang dibawa oleh penjajah British.
Oleh itu, masyarakat Filipina merupakan masyarakat yang unik dan
menarik untuk dikaji. Untuk mengenali bangsa Filipina masa kini, maka
pentinglah mengkaji terlebih dahulu perkembangan sosiol dan ekonomi negara
itu. Dalam hal ini, penting untuk kita menghayati kata-kata hikmat daripada Dr.
Jose Rizal “Untuk mengetahui nasib masa hadapan sesuatu bangsa itu perlulah
dikaji zaman lampaunya”.218
11.0 KESIMPULAN
Konklusinya, perkembangan sosioekonomi di Filipina merupakan perkembangan
yang sama dengan negara lain di Asia Tenggara. Buktinya, dalam tempoh
sepuluh tahun tertubuhnya Republik Filipina sejak tahun 1946, negara itu
mengalami masalah ekonomi dan sosial dalam proses pembinaan negara bangsa
Filipina dan mencapai kemuncaknya semasa pemerintahan Marcos yang
membawa kebangkitan Moro atas penindasan pemerintahan diktator Marcos.
Orang Filipina yang cintakan kebebasan iaitu keturunan bangsa Asia yang
kuat, sabar menanggung tekanan sosioekonomi semasa perang. Masalah itu
terhapus sejak terdapat usaha pemulihan sosioekonomi dibawah pemerintahan
Republik Filipina 1946 sehingga kini. Filipina merupakan Republik Kristian yang
pertama di Asia yang mempunyai harapan baik bagi menghadapi masa hadapan.
Buktinya, Filipina telah mula bekerjasama dengan negara Serantau melalui
pelbagai pertubuhan seperti Persatuan Negera-negara Asia Tenggara (ASIAN),
Anggota Kumpulan Negara-negara Selatan (G-15) pada tahun 1989 dan
beberapa pertubuhan yang lain.219 Oleh itu, perkembangan sosioekonomi di
218 Gregorio F. Zaide, Op. cit, Jilid II, hlm v.
219 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia Edisi Kedua, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2003, hlm 856, 862.
Filipina penting untuk diketahui terutamanya generasi muda pada hari ini untuk
membentuk tamadun yang lebih proaktif pada masa kini dan hadapan. Namun,
ianya terpulang kepada setiap individu untuk menginterpretasi keadaan
sosioekonomi tersebut selaras dengan matlamat falsafah pendidikan Negara
iaitu melahirkan generasi yang seimbang dalam jasmani, rohani, emosi, intelek
dan sosial.
BIBLIOGRAFI
Sumber Buku
Austin Gaig. 1914. A Thousand Years of Philippine History Before the Coming of the Spaniards. Manila: Philippine Associated Publisher.
Blair, Emma H. dan Robertson. 1909. James A.: The Philippine Islands 1493-1898 (Jilid 55). Ohio: Cleveland A.H. Clark Co.
Bank Pusat Filipina. Laporan Tahunan yang ke 18. 1996.
Broad, Robin, John Cavanagh. 1993. Plundering Paradise: The Struggle for the Enviroment in the Philippines. Berkeley: University of California.
Carl C. Plehn. 1901. Taxation in the Philippines (Jilid XVI). New York: Political Science Quarterly.
Cesar Adib Majul. 1973. Muslim in the Philippines. Manila: Asian Centre of the University of the Philippines.
Donald W.Frayer. 1982. Asia Tenggara Yang Sedang Membangun: Suatu Kajian Mengenai Perkembangan Dan Sebaliknya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Encarnicion Alzona. 1932. A History of Education in the Philippines, Manila: Universiti Filipina.
Encarnacion Alzona. 1957. A History of Education in the Philippines 1565-1930. Manila: Philippine Associated Publisher.
Frank H. Blake. 1903. Sanskrit Loan-Wards in Tagalog,” Jilid XXXI (163), America: John Hopkins University Circulars.
Fr. Avery. 1930. The Society of Jesus in The Philippines. Manila: Philippines Magazine.
Fr. Cerro. 1929. The Contribution of the Franciscan Order to Philippine History, Manila: Philippines Magazine.
Gegorio F. Zaide. 1978. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid satu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia.
George A. Malcom. 1936. The Commonwealth of the Philippines. New York: University of California Press.
George,T.J.S. 1980. Revolt in Mindanao: The Rise of Islam in Philippine Politics. New York: Oxford University Press.
H. Otley Beyer. 1924. Ifugaos, Using World’s Most Perfect Calender. Manila: The Philippines Free Press.
James K. Boyce. 1998. The Political Economy Of Growth and Impoverishment in the Marcos Era. Honolulu: University of Hawaii.
John F. Cady. 1974. The Post-War Southeast Asia: Independence Problems. Athens, Ohio: OHIO University Press.
John J. Carroll, S.J. 2004. Civil Society in Southeast Asia. Singapore: Institut of Southeast Asian Studies.
J.W. Wheeler, Benett. 2002. South East Asia: Colonial, vol.3, United State of America: Routledge, Taylor and Ranais Group.
Kitty Maryatt. 1993. The Philippine. Los Angeles: University California Press.
Leopold A. Faustion. 1928. The Natural Resources of the Philippine Islands. Manila: University of Philippines.
Leopoldo Y. Yabes, 1975. A Brief Survey of the Iloko Literature, Manila: University of Philippines.
Maureen De Silva. 2004. Gereja dan Kejatuhan Marcos. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Onofre D.Corpuz. 1982. Filipina. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian.
Percy A. Hill. 1930. Old History of Nueva Ecija. Manila: Philippine Magazine.
Reyes. 1970. Transportation and Communication (Jilid III). New York: Charles and Scribner’s Son.
Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia Edisi Kedua. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Solehah Abdul Hamid. 1997. Pembangunan Ekonomi ASEAN. Kedah : Universiti Utara Malaysia.
Steven Warshan, 2004. A Concise History of Southerst Asia From Its Origin To The Present, American: Benziger
Teodoro M. Kalaw. 1925. The Philippine Revolution, Manila: Philippine Associated Publisher.
Teresa S. Encarnacion Todem. 2006. Noel M. Morada, Philippine Politics and Governance ‘Challenges to Democratization and Development. Philippine: Department of Political Science University of the Philippines Diliman.
Vide. 1968. Brief History of Plastic-Graphic Arts in the Philippines (Jilid IV). Manila: Encyclopedia of the Philippines.
Vide, 1970. Flora of Manila. The Philippines Journal of Science. Jilid VII(3).
Zafra, Nicholas. 1947. Outlined Reading in Philippine History. Manila: Universiti Filipina.
Sumber Laman Web“Zosimo Montemayor Lodge No.212” dalam http://theihut.com/zm212/achives/345. Retrieved 12 December 2012