INFORMASI LIGA DEVELOPMENT CHAMPION LEAGUE (DCL) 2019
BAWAH 9, 10, 11, 12, 14 & 16 TAHUN
1. PENYATAAN
a) Semua hakcipta berkaitan Liga DCL ini adalah hak-milik Development Champion
League Resources (DCL).
b) Undang-undang dan Peraturan Pertandingan ini melaraskan hak, kewajipan dan
tanggungjawab semua pasukan yang bertanding dalam Liga DCL ini.
c) Jawatankuasa Penganjur Liga berhak untuk meminda dan/ atau menukar Undang-
undang dan Peraturan tanpa memberi notis kepada mana-mana pihak yang berkenaan.
2. KELAYAKAN PASUKAN
a) Terbuka kepada semua pasukan-pasukan kelab bolasepak.
b) Pasukan Sekolah Sukan Negeri, Sekolah Sukan Kebangsaan, AMD dibenarkan
sekiranya menghantar pasukan dibawah umur kategori yang telah di tetapkan . Contoh
:-
KATEGORI DCL U16-PASUKAN U15
KATEGORI DCL U14 – PASUKAN U13
3. FORMAT PERMAINAN
JANTINA KATEGORI BERMAIN PENDAFTARAN
Lelaki & Perempuan
Bawah 9 7 Sebelah 10 Orang Pemain
Lelaki & Perempuan
Bawah 10 7 Sebelah 10 Orang Pemain
Lelaki & Perempuan
Bawah 11 9 Sebelah 12 Orang Pemain
Lelaki & Perempuan
Bawah 12 9 Sebelah 12 Orang Pemain
Lelaki & Perempuan
Bawah 14 11 Sebelah 20 Orang Pemain
Lelaki & Perempuan
Bawah 16 11 Sebelah 20 Orang Pemain
4. KELAYAKAN PEMAIN
KATEGORI UMUR TAHUN LAHIR
Bawah 9 8 – 9 Tahun 2011-2010
Bawah 10 9 – 10 Tahun 2010-2009
Bawah 11 10 – 11 Tahun 2009-2008
Bawah 12 11 – 12 Tahun 2008-2007
Bawah 14 13 – 14 Tahun 2006-2005
Bawah 16 14 – 16 Tahun 2005-2003
5. PERATURAN TEKNIKAL
a) Undang-undang dan Peraturan Permainan yang telah ditetapkan oleh Lembaga
Persatuan Bolasepak Antarabangsa dan diterbitkan oleh FIFA/ FAM.
6. JUMLAH PASUKAN
KATEGORI JUMLAH PASUKAN
Bawah 9 20 Pasukan
Bawah 10 20 Pasukan
Bawah 11 20 Pasukan
Bawah 12 20 Pasukan
Bawah 14 20 Pasukan
Bawah 16 20 Pasukan
7. STRUKTUR DCL
Liga DCL akan dianjurkan secara dua (2) peringkat seperti berikut:
a. PERINGKAT KUMPULAN.
b. PUSINGAN KALAH MATI.
8. FORMAT PERTANDINGAN
KATEGORI PENERANGAN
9-10 tahun
PERLAWANAN PERINGKAT KUMPULAN Peringkat ini akan dimainkan secara format Liga dan pasukan-pasukan dibahagikan
kepada empat kumpulan (A,B,C dan D) dengan 3 mata untuk kemenangan, 1 mata untuk seri dan kosong mata untuk kekalahan.
Dalam sistem Liga, kedudukan pasukan dalam setiap Kumpulan akan di tentukan seperti berikut;
Sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai jumlah mata yang sama, kedudukan pasukan akan ditentukan melalui turutan berikut: . Perbezaan JaringAN Jaringan Gol Gol Yang Dilepaskan Keputusan Perlawanan diantara pasukan-pasukan yang terlibat (Head to Head). Kutipan kad yang terendah.
PERINGKAT SUKU AKHIR HINGGA AKHIR Dua pasukan yang menduduki tangga teratas dalam kumpulan masing-masing
(Kumpulan A,B,C dan D) diakhir pusingan Kejohanan akan layak ke Pusingan Suku Akhir Kalah-Mati.
Jawatankuasa Teknikal berhak untuk membuat perubahan kepada format Kejohanan DCL sekiranya jumlah pasukan yang bertanding adalah kurang dari 20 pasukan.
11-12 tahun
PERLAWANAN PERINGKAT KUMPULAN Peringkat Liga akan dimainkan secara format Liga dan pasukan-pasukan dibahagikan
kepada dua kumpulan (A dan B) dengan 3 mata untuk kemenangan, 1 mata untuk seri dan kosong mata untuk kekalahan.
Dalam sistem Liga, kedudukan pasukan dalam setiap Kumpulan akan di tentukan seperti berikut;
Jumlah mata terbanyak yang diperolehi dari semua perlawanan peringkat Kumpulan.
Sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai jumlah mata yang sama, kedudukan pasukan akan ditentukan melalui turutan berikut: . Perbezaan Jaringan Jaringan Gol Gol Yang Dilepaskan Keputusan Perlawanan diantara pasukan-pasukan yang terlibat (Head to Head). Kutipan kad yang terendah
PERINGKAT SEPARUH-AKHIR Dua pasukan yang menduduki tangga teratas dalam kumpulan masing-masing
(Kumpulan A dan B) diakhir pusingan Liga akan layak ke Pusingan Separuh Akhir.
PERLAWANAN TEMPAT KE 3 & 4 DAN PERLAWANAN AKHIR Jawatankuasa Teknikal berhak untuk membuat perubahan kepada format Liga DCL sekiranya jumlah pasukan yang bertanding adalah kurang dari 12 pasukan.
9. MASA PERMAINAN
KATEGORI MASA PERMAINAN
Bawah 9, 10, 11, 12 Tahun 15 Minit Separuh Masa Sahaja
Bawah 14 & 16 Tahun 30 – 10 – 30 Minit.
10. PERLAWANAN SERI DALAM:
SEPARUH-AKHIR, TEMPAT KE 3 & 4 DAN PERLAWANAN AKHIR:
a) Masa tambahan 10 minit (5 minit setiap separuh masa).
b) Sepakan Penalti – 5 tendangan setiap pasukan (hanya pemain yang berada
dipadang pada akhir permainan masa penuh layak mengambil sepakan penalti).
c) Sepakan penalti ‘Sudden Death’ – sekiranya selepas 5 tendangan penalty
keputusan masih seri, tendangan penalti ‘Sudden Death’ akan diambil sehingga
pemenang dapat di tentukan dengan Toss coin - Lambungan syiling penentu
penyepak atau penjaga gol.
11. JUMLAH PEGAWAI DAN PEMAIN
KATEGORI PEMAIN PEGAWAI
Bawah 9 & 10 tahun 10 orang 2 orang
Bawah 11 & 12 tahun 12 orang 2 orang
Bawah 14 & 16 tahun 20 orang 4 orang
12. PENDAFTARAN PASUKAN UNTUK MENYERTAI LIGA
a) Pendaftaran Dibuka : Rabu 24/7/2019
b) Pendaftaran Di Tutup : Jumaat 2/8/2019
i. Juara DCL fiesta slot pendaftaran percuma (bawah 14 & 16 sahaja)
ii. Keutamaan dieri kepada 15 pasukan yang telah layak secara automatik
setelah menyertai dcl fiesta (bawah 14 & 16 sahaja)
iii. Pasukan baru diletakkan sebagai pasukan menunggu sekiranya terdapat
mana-mana pasukan tidak meneruskan atau menarik diri dari menyertai
kejohanan.
13. LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN PASUKAN ATAS TALIAN
a) Layari laman web https://www.dclchampionleague.com
b) Muat naik butiran berikut :-
i. Nama pasukan
ii. Maklumat (4) pegawai pasukan
- Nama penuh
- Jawatan dalam pasukan
- Nomor mykad
- Umur
- Nombor telefon
iii. Maklumat (20) pemain
- Nama pemain
- Nombor mykad
- No jersi
- Umur
iv. Hantar pendaftaran
v. Pendaftaran hendaklah dilakukan selewat-lewatnya (3) hari seelum
menyuarat pengurus pasukan diadakan.
vi. Kegagalan berbuat demikian akan menyeabkan penyertaan pasukan
diatalkan dan diganti dengan pasukan yang erada disenarai menunggu.
vii. Pegawai pasukan harus berumur 18 tahun ke atas.
14. BORANG PENDAFTARAN PASUKAN
a) Borang pendaftaran pasukan akan diemelkan kepada yang telah disahkan penyertaan
mereka dalam DCL 2019
15. YURAN PENYERTAAN DAN BAYARAN HARI PERLAWANAN
BAWAH 9, 10, 11, 12 TAHUN
a) Rm 180.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Lapan Puluh Sahaja) sepasukan. Yuran
harus dijelaskan pada mesyuarat pasukan secara :-
i. Wang tunai
ii. Bayaran melalui cek di atas nama – Development Champion League
Resouses
BAWAH 14 & 16 TAHUN
b) Rm 600.00 (Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja) sepasukan. Yuran harus dijelaskan
pada mesyuarat pasukan secara :-
iii. Rm 160.00 (Ringgit Malysia Satu Rastus Enam Puluh Sahaja) sepasukan
wajib dibayar setiap hari perlawanan bagi bayaran untuk kos pengadil, ball
picker serta lain-lain
i. Wang tunai
ii. Bayaran melalui cek di atas nama – Development Champion League
Resouses
16. HARI PERLAWANAN
a) Kesemua perlawanan akan diadakan pada hari sabtu bermula jam 8.30 pagi hingga
4.00 petang.
b) Dalam perlawanan liga, setiap pasukan dijadualkan bermain sekurang-kurangya (2)
perlawanan sehari.
17. KELAYAKAN JURULATIH
a) Minima lesen D FAM atau sijil kejurulatihan peringkat akar umbi FAM/MSN
b) Kesemua pasukan dikehendaki mengemukakan salinan lesen/sijil ketua jurulatih
pasukan kepada jawatankuasa penganjur.
18. PERTUKARAN PEMAIN
a) Pertukaran berterusan (Rolling substitution) - Pemain yang telah dikeluarkan dibenarkan
bermain/ memasuki semula perlawanan yang sama.
19. MY KAD PEMAIN
a) Penganjur berhak untuk memeriksa mykad pemain. Mykad akan disemak sekali sahaja
sebelum bermula perlawanan pertama oleh urusetia kejohanan.
b) Kesemua pemain dimestikan membawa MyKad masing-masing pada hari perlawanan
Liga DCL untuk tujuan penentusahan.
20. JERSI PASUKAN DAN NOMBOR
a. Pasukan- pasukan harus membawa dua (2) set jersi pada setiap hari perlawanan.
b. Pemain harus berpakaian jersi seragam, seluar,stoking dan shin-pad tetapi pakaian
penjaga gol mesti berlainan dari pemain-pemain lain. Penjaga goal utama dan
simpanan harus memakai pakaian sama warna untuk setiap perlawanan
c. Semua pasukan harus memakai jersi yang bernombor di belakang dan Nombor-
nombor ini harus sama dengan nombor jersi pemain yang tersenarai dalam borang
Pendaftaran Pasukan yang diserahkan kepada Jawatankuasa Pertandingan.
d. TIGHT DAN INNER HARUS MENGIKUTI WARNA AKHIR PADA LENGAN ATAU
SELUAR.
e. Ketua Pasukan harus memakai armband.
f. Jawatankuasa Pertandingan Liga DCL akan menentukan warna jersi yang akan
digunakan oleh pasukan-pasukan dalam peringkat kalah-mati setelah berunding
dengan Pengurus-pengurus Pasukan yang terlibat.
g. Sekiranya kedua-dua pasukan memakai jersi yang berwarna sama, pasukan yang di
namakan dahulu dalam jadual perlawanan di kehendaki menukar jersi mereka atau
memakai bib yang disediakan oleh pihak penganjur.
h. Kesemua pemain di haruskan memakai nombor jersi yang sama sepanjang Liga
DCL (seperti yang di senaraikan dalam Borang Pendaftaran Pasukan).
21. TEMPAT DUDUK PASUKAN (KAWASAN TEKNIKAL)
a) Hanya empat (4) orang pegawai pasukan yang berdaftar dan tujuh (9) pemain
simpanan sahaja yang dibenarkan berada di dalam kawasan bangku simpanan /
teknikal pasukan pada sesuatu masa. Nama dan fungsi pegawai dan pemain ini
harus disenaraikan dalam borang rasmi Senarai Pasukan Hari Perlawanan.
b) Pemain dan pegawai yang dikenakan hukuman gantung perlawanan dan mereka
yang dilayangkan kad merah semasa perlawanan adalah di larang sama sekali dari
berada dalam kawasan teknikal.
22. PEMAIN YANG DI BERI AMARAN ATAU DIPERINTAH KELUAR PADANG
KAD KUNING
a) Pemain yang menerima dua (2) kad kuning dalam satu perlawanan akan di gantung
untuk perlawanan seterusnya (satu (1) perlawanan)
b) Pemain yang menerima 3 kad kuning semasa perlawanan liga peringkat kumpulan akan
digantung secara automatik untuk perlawanan seterusnya dari perlawanan di mana
beliau menerima kad kuning yang ketiga.
c) Kad kuning tunggal yang diterima dalam peringkat Liga tidak akan diambil kira untuk
peringkat seterusnya (pusingan kalah-mati).
KAD MERAH
a) Pemain yang dilayangkan kad merah (secara lansung) semasa pertandingan akan
digantung secara otomatik untuk dua (2) perlawanan seterusnya dari perlawanan
dimana beliau menerima kad merah.
b) Pemain atau pegawai pasukan yang diperintah keluar padang (kad merah) oleh
pengadil akan kekal digantung sehingga kes beliau telah ditentukan oleh Jawatankuasa
Disiplin Liga DCL dan atau rujukan undang-undang.
c) Sekiranya terdapat kurang dari tujuh (7) pemain diantara salah satu pasukan
perlawanan berkenaan akan dihentikan. Dalam hal ini, Jawatankuasa Disiplin FAM akan
mengambil tindakan yang sewajarnya.
d) Setiap satu kad merah akan dikenakan denda RM 10.00 (Ringgit Malaysia Satu Puluh
Sahaja) demi mendidik dan mendisiplinkan pemain semasa perlawanan dijalankan.
23. KEPUTUSAN PENGADIL
Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD.
24. PERLAWANAN YANG DIHENTIKAN DAN PEMBATALAN PERLAWANAN
a) Sekiranya perlawanan dihentikan oleh Pengadil sebelum tamat masa permainan biasa
atau semasa tambahan masa diatas sebab-sebab yang diluar jangka atau atas insiden
lain tetapi tidak terhad kepada, keadaan padang, keadaan cuaca, kerosakan lampu
limpah dan lain-lain, langkah-langkah berikut harus dipatuhi:
b) Perlawanan tersebut ditangguh secara otomatik selama tiga puluh (20) minit, melainkan
Pengadil memutuskan perlawanan boleh dimulakan lebih awal, untuk membolehkan
keadaan bertambah baik bagi memulakan semua perlawanan.
c) Atas budi bicara/ kebijaksanaan Pengadil, satu lagi tangguhan untuk maxima tiga puluh
(20) minit dibenarkan jika pada pendapat beliau tambahan masa penangguhan ini akan
membolehkan perlawanan disambung semula. Sekiranya tidak, pada akhir tangguhan
kali kedua, Pengadil harus mengisytiharkan bahawa perlawanan tersebut dibatalkan.
d) Untuk perlawanan yang dibatalkan, pihak Liga akan menentukan dalam tempoh masa
dua (2) jam dari keputusan Pengadil untuk membatalkan perlawanan, samada
keputusan perlawanan pada waktu pembatalan adalah sah atau perlawanan semula
diadakan, dengan mengambil kira aspek semangat kesukanan dan penganjuran
25. BANTAHAN DAN ADUAN
a) Tertakluk kepada peruntukan berikut, bantahan adalah sebarang bangkangan terhadap
sesuatu kejadian yang mempunyai akibat langsung kepada perlawanan yang dianjurkan
dalam pertandingan ini (keadaan dan penandaan padang, peralatan perlawanan,
kelayakan pemain, keaadaan stadium, bola dan sebagainya).
b) Sebarang bantahan hendaklah diserahkan secara bertulis kepada Komisioner
Perlawanan dalam jangka masa satu (1) jam selepas tamat perlawanan dan disusuli
dengan laporan bertulis penuh, bukti termasuk satu salinan surat bantahan asal kepada
Jawatankuasa Pertandingan bersama-sama yuran bantahan sebanyak RM500.00
(Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja). Sekiranya bantahan yang tidak berasas atau
tidak bertanggungjawab dikemukakan, Jawatankuasa Penganjur boleh mengenakan
denda dan yuran bantahan sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja)
tidak akan dipulangkan dan akan dipulangkan sekiranya Berjaya serta dipotong 10%
untk kos pentadbiran.
c) Tiada bantahan dibenarkan terhadap keputusan Pengadil berkaitan fakta perlawanan
berkenaan, semua keputusan Pengadil adalah muktamad.
d) Sebarang persoalan atau intepretasi Undang-undang akan dikemukakan kepada
Jawatankuasa Pertandingan/ Jawatankuasa FAM.
26. BOLA
-Bola rasmi pertandingan yang diiktiraf oleh FIFA akan digunakan untuk semua perlawanan
Liga.
27. HADIAH –HADIAH KEMENAGAN
BAWAH 9, 10, 11, 12 TAHUN
Johan - Piala + Medal + Moca Cek
Naib Johan - Piala + Medal + Moca Cek
Ketiga - Medal + Moca Cek
Keempat - Medal + Moca Cek
BAWAH 14 & 16 TAHUN
Johan – Piala+ Wang Tunai Rm 2,000.00 + 24 Medal + Moca Cek
Naib Johan – Wang Tunai Rm 1,500.00 + 24 Medal + Moca Cek
Ketiga – Wang Tunai Rm 1,000.00 + 24 Medal + Moca Cek
Keempat – Wang Tunai Rm 700.00 + 24 Medal + Moca Cek
28. TARIKH KEJOHANAN
MINGGU HARI TARIKH KATEGORI YANG TERLIBAT PADANG
1 SABTU 17/8/2019 BAWAH 14 TAHUN PADANG DATARAN MPPG A,B,C,D
2 SABTU 21/9/2019 BAWAH 9 , 11, 16 TAHUN PADANG DATARAN MPPG A,B,C,D & PADANG U12
3 SABTU 12/10/2019 BAWAH 10, 12, 14 TAHUN PADANG DATARAN MPPG A,B,C,D & PADANG U12
4 SABTU 26/10/2019 BAWAH 16 TAHUN PADANG DATARAN MPPG A,B,C,D
5 SABTU 9/11/2019 BAWAH 14 TAHUN PADANG DATARAN MPPG A,B,C,D
6 SABTU 23/11/2019 BAWAH 16 TAHUN PADANG DATARAN MPPG A,B,C,D
7 SABTU 30/11/2019 BAWAH 14,16 (SEPARUH AKHIR)
PADANG DATARAN MPPG A,B,C,D
8 SABTU 21/12/2019 TEMPAT ¾ DAN AKHIR PADANG DATARAN MPPG A,B,C,D
29. PENGURUSAN LIGA DCL JOHOR 2018
PENGURUSAN LIGA DCL
NAMA NO. TELEFON EMAIL
Pengerusi Pertandingan Dan Teknikal
En. Hafiz Zainal 017-7078797 [email protected]
Teknikal En. Ariff 018-3914044 [email protected]
Bahagian Korporat En. Razmal 013-3578916 [email protected]
Bahagian Pendaftaran En. Azreen -