-
IKLAN JAWATAN KOSONG
Kami merupakan sebuah Syarikat Government Linked Company (GLC) yang terlibat
dalam aktiviti perladangan serta yang berkaitan dengannya. Selaras dengan
perkembangan Syarikat, kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan,
berpengalaman, kreatif, inovatif dan berwawasan bagi mengisi kekosongan jawatan
sebagaimana berikut:-
1. EKSEKUTIF SISTEM MAKLUMAT GRED BAND 1 (A)
Syarat Syarat Kelayakan:-
i. Terdiri daripada warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii. Mempunyai Diploma di dalam bidang Sistem Maklumat/Teknologi
Maklumat atau bidang-bidang lain yang berkaitan dari institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Syarikat.
Antara Bidang Tugas:-
i. Bertanggungjawab ke atas semua peralatan aset ICT termasuk set
komputer desktop, komputer server, pencetak (printer), pengimbas
(scanner), AVR,UPS, Vsat, toner, ink, cartrige dan aksesori komputer.
ii. Bertanggung jawab ke atas segala permohonan, pembelian, pembekalan,
pengrekodan aset ICT, pengagihan, penyelenggaraan, pembaikan,
pemasangan, penginstalasian dan pendawaian network aset ICT.
iii. Membantu pengurusan sistem FIIS terutamanya Sap di Pejabat Wilayah
dan Lintramax di Pejabat Kawasan dari segi kelancaran sistem, talian
network, penyelenggaraan dan penginstalasian.
iv. Melaksanakan pemantauan berkala ke atas talian network dan internet ke
atas Pejabat Pengurus Besar Wilayah, Pejabat Kawasan & Pejabat Estet
agar sentiasa berjalan lancar dan baik dengan sempurna.
v. Melaksanakan program upload/download data-data berkaitan dengan
sistem FIIS dan membuat pemantauan setiap hari bagi semua proses
data-data tersebut dan mengenal pasti masalah download/upload data-
data berkenaan serta bekerjasama dengan staf yang terlibat bagi
membetulkan masalah-masalah tersebut dengan segera.
-
vi. Melaksanakan perkhidmatan helpdesk bagi sistem FIIS yang meliputi
penggunaan Solution Manager (SOLMAN) dengan menghantar (assign)
masalah tersebut kepada pihak-pihak yang berkaitan agar
pembaikan/pembetulan dapat dilakukan dengan seberapa segera.
vii. Menyelenggarakan dan membuat pemeriksaan berkala bagi memastikan
bahawa server-server dan peralatan-peralatan.
2. PERMOHONAN
Pemohon- pemohon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh
menghantar resume yang lengkap ke alamat e-mail [email protected]
ataupun [email protected].
Skim gaji adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman.
Tarikh Tutup Permohonan:- 17 Disember 2014
mailto:[email protected]:[email protected]