Transcript
Page 1: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

i

Page 2: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

ii

PEMBINAAN MODUL CANTUMAN BERMAKNA DALAM TOPIK PERSAMAAN

KIMIA

RAFIDATUL BINTI SUIB

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 3: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

iii

Page 4: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

iv

Page 5: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya, hasil nukilan bagi Projek Sarjana

Muda ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Segala rintangan dan

dugaan yang terpaksa ditempuhi amat memberi pengajaran dan membina semangat serta

keyakinan diri.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Ketua

Penyelaras Projek Sarjana Muda dalam memberi dorongan, bimbingan dan hala tuju.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Dr Johari bin Surif selaku penyelia yang

tidak mungkin dapat dibalas sepenuhnya jasa beliau. Banyak ilmu yang telah dicurahkan

dan segala bimbingan yang diberi telah membuatkan terhasilnya tesis ini.

Seterusnya, terima kasih yang tidak terhingga kepada tenaga pengajar yang telah

mencurahkan ilmu yang tidak terhingga banyaknya sejak mula berjinak-jinak dengan

dunia Pendidikan sehinggalah dalam proses menjayakan Projek Sarjana Muda. Segala

cadangan, komen dan kritikan membina telah membuka minda untuk mengeksplorasi

apa yang belum diterokai.

Tidak ketinggalan, kepada teman dan rakan-rakan yang sentiasa berada di

belakang sebagai paksi di kala memerlukan pertolongan, berkongsi pendapat dan idea di

dalam menyiapkan projek ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua. Sekian.

Page 6: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membina sebuah modul pembelajaran iaitu „Modul

Cantuman Bermakna‟ bagi tajuk persamaan kimia berasaskan kepada tiga kaedah

pengajaran iaitu kaedah konstruktivisme, kaedah ekplorasi-penemuan dan kaedah

memainkan peranan. Modul ini juga bertujuan membantu mengatasi masalah kerangka

alternatif dan meningkatkan kemahiran matematik dalam kalangan pelajar dalam topik

persamaan kimia. Instrumen yang digunakan untuk menilai modul ini adalah dengan

menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian

iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian isi

kandungan dan strategi pengajaran yang digunakan dalam modul. Manakala Bahagian B

pula menyediakan ruang untuk guru memberikan ulasan dan cadangan berkaitan modul.

Bagi menguji keberkesanan modul, tiga orang guru kimia di sebuah sekolah di Daerah

Johor Bahru dipilih sebagai responden kajian. Data yang diperoleh daripada jawapan

responden diproses dengan menggunakan perisian SPSS 11.0 yang melibatkan frekuensi

dan peratusan. Daripada data yang dianalisis, didapati bahawa kesemua responden

memberi pandangan yang positif mengenai Modul Cantuman Bermakna. Oleh itu, ia

sesuai digunakan serta wajar digunakan di sekolah selain dapat memperkayakan lagi

bahan rujukan para pelajar dalam bidang kimia. Beberapa cadangan telah dikemukakan

untuk memperbaiki modul agar lebih menarik dan berkesan.

Page 7: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

vii

ABSTRACT

The purpose of this study is to build a teaching module called „Modul Cantuman

Bermakna‟ on topic chemical equation that based on three teaching methods that involve

method of constructivism, method of exploration-discovery, and role playing. This

module also helps to overcome the problems of alternative frameworks and lack of

mathematical skill among the students on the topic chemical equations. A questionnaire

is the instrument that used to assess this module. A questionnaire is divided into two

parts, part A and part B. Part A is used to assess the suitability of content and the

teaching strategy had been use by this module. Then, part B is provides a space for

respondent to give comments and suggestions to improve this module. Three chemistry

teachers from one school in Johor Bahru had been choose as respondent to test the

effectiveness of the module. The data that obtained from the respondents was processed

by using SPSS 11.0 involving the frequency and percentage. From the data analyzed, it

was found that all the respondent had give positive comment on the module. Therefore,

the module is suitable and should be used in a school in addition to enriching the

references for students in chemistry. Several suggestions have been made to improve the

module to be more interesting and effective.

Page 8: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

viii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACK vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.2.1 Kesukaran Pelajar Menguasai

Tajuk Persamaan Kimia 4

1.2.1.1 Kewujudan Kerangka

Alternatif dalam Topik

Persamaan Kimia 4

1.2.1.2 Kelemahan Kemahiran

Matematik dalam Topik

Persamaan Kimia 6

1.2.2 Strategi Mengatasi Kelemahan Pelajar

Page 9: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

ix

dalam Topik Persamaan Kimia 7

1.2.2.1 Pendekatan Konstruktivism 7

1.2.2.2 Kaedah Eksplorasi-

Penemuan 9

1.2.2.3 Kaedah Memainkan

Peranan 10

1.2.3 Modul Pengajaran Berteraskan

Strategi Pengajaran Berkesan untuk

Mengatasi Kesukaran Pelajar Terhadap

Topik Persamaan Kimia 12

1.3 Pernyataan Masalah 13

1.4 Objektif Kajian 14

1.5 Persoalan Kajian 14

1.6 Kepentingan Kajian 14

1.6.1 Guru 14

1.6.2 Pelajar 15

1.7 Batasan Kajian 16

1.8 Definisi Operasional 17

1.8.1 Pendekatan, Kaedah atau Strategi

Pengajaran 17

1.8.2 Pendekatan Konstruktivisme 18

1.8.3 Kaedah Ekplorasi-penemuan 19

1.8.4 Kaedah Memainkan Peranan 19

1.8.5 Persamaan Kimia 20

1.9 Penutup 20

Page 10: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

x

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 21

2.1 Pengenalan 21

2.2 Kerangka Alternatif dalam

Persamaan Kimia 21

2.2.1 Kerangka Alternatif dalam Menulis

dan Menyeimbangkan Persamaan

Kimia 22

2.2.2 Masalah Komunikasi dan Bahasa

yang Digunakan 22

2.3 Masalah Kemahiran Matematik dalam

Topik Persamaan Kimia 24

2.3.1 Masalah Pengetahuan dan

Pengoperasian Matematik yang

Terhad 25

2.3.2 Penggunaan Simbol Matematik

dalam Persamaan Kmia 26

2.4 Strategi Pengajaran yang Berkesan untuk

Menguasai Persamaan Kimia 27

2.4.1 Pendekatan Konstruktivisme 27

2.4.2 Kaedah Ekplorasi-Penemuan 29

2.4.3 Kaedah Memainkan Peranan 31

2.5 Penutup 32

Page 11: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

xi

BAB 3 METODOLOGI 33

3.1 Pengenalan 33

3.2 Reka Bentuk Kajian 33

3.2.1 Proses Pembangunan Modul

Cantuman Bermakna 34

3.2.2 Modul Cantuman Bermakna 34

3.2.2.1 Pendekatan Konstruktivisme 36

3.2.2.2 Kaedah Eksplorasi-Penemuan 39

3.2.2.3 Kaedah Memainkan Peranan 40

3.3 Responden Kajian 42

3.4 Instrumen Kajian 43

3.5 Tatacara Kajian 43

3.6 Pemilihan Sampel 45

3.7 Pengumpulan Data 45

3.8 Andaian 45

3.9 Penutup 46

Page 12: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

xii

BAB 4 ANALISIS DATA 47

4.1 Pengenalan 47

4.2 Bahagian A 48

4.2.1 Kesesuaian Isi Kandungan 48

4.2.2 Strategi Pengajaran 51

4.3 Bahagian B 54

4.4 Penutup 58

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 59

5.1 Pengenalan 59

5.2 Perbincangan 59

5.2.1 Kesesuaian Isi Kandungan 60

5.2.2 Strategi Pengajaran 62

5.2.3 Peniliaian Umum 64

5.3 Rumusan 66

5.4 Implikasi Kajian 67

5.4.1 Guru 68

5.4.2 Pelajar 69

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 69

5.6 Penutup 70

RUJUKAN 71

LAMPIRAN A - D 78 - 100

Page 13: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham 8

1.2 Prinsip-prinsip Kaedah Ekplorasi-Penemuan 10

1.3 Prinsip-prinsip Kaedah Memainkan Peranan 11

3.1 Bilangan Atom Bahan Tindak Balas 37

3.2 Bilangan Atom Hasil Tindak Balas 38

4.1 Isi Kandungan Modul Cantuman Bermakna 48

4.2 Strategi pengajaran dalam Modul Cantuman

Bermakna 51

4.3 Item Penilaian Umum dan Hasil Jawapan

Responden 54

Page 14: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Nut dan Bolt 39

3.2 Rangka Kerja Keseluruhan Kajian 44

Page 15: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

xv

SENARAI SINGKATAN

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

NCTM - National Council of Teachers of Mathematics

GSTK - Gandaan Sepunya Terkecil

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

Page 16: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soalan Kaji Selidik 78

B Set Jawapan Kaji Selidik Responden 83

C Surat Pengesahan Instrumen Kajian 96

D Surat Kebenaran Untuk Menjalankan

Kajian Dari Kementerian Pelajaran

Malaysia 98

Page 17: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Aspirasi negara yang diilhamkan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahatdir

Mohamad menggariskan wawasan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju

menjelang tahun 2020. Kemajuan ini merangkumi aspek kehidupan dari segi ekonomi,

politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Wawasan 2020, turut

menggariskan sembilan cabaran strategik yang perlu dihadapi untuk mencapai matlamat

ini. Salah satu cabaran tersebut ialah kemajuan sains dan teknologi iaitu cabaran yang

keenam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan. Bagi mencapai hasrat tersebut

Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumber-

sumber sains dan teknologi yang ada dalam negara seterusnya menjadikan Malaysia

sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan progresif, iaitu satu masyarakat yang

berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat

memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan

peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. Matlamat meningkatkan keupayaan

sains dan teknologi ini juga bertujuan untuk membentuk satu ekonomi yang cekap

teknologinya serta mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang

berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih

(Mahathir, 1991)

Page 18: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

2

Bagi mendorong Wawasan 2020 kerajaan yang berusaha melahirkan komuniti

sekolah yang celik sains bagi memastikan pembentukan masyarakat saintifik dan

progresif iaitu masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan

berpandangan ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi

merupakan penyumbang kepada tamadun negara. Komuniti sekolah yang celik sains

akan diperoleh melalui penglibatan pelajar dalam mengkaji tentang sains dan teknologi.

Oleh itu, penanaman minat pelajar terhadap sains dan teknologi perlu di pupuk sejak di

peringkat sekolah rendah lagi (Masrita, 2004).

Selain itu, sains dan teknologi, kerajaan pada bulan April 1986 telah

mengumumkan Dasar Sains dan Teknologi Negara. Dasar Sains dan Teknologi Negara

yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai satu alat

untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat

dan untuk melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar

pembangunan sosio ekonomi negara bagi merealisasikan wawasan negara. Dasar Sains

dan Teknologi Negara turut memberi fokus kepada usaha-usaha meningkatkan

keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti

ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan

saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan lain-lain

bidang yang berkaitan (Dasar Sains dan Teknologi, 2008).

Matlamat kurikulum baru adalah untuk mengembangkan minat murid terhadap

sains dan teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi.

Justeru itu, sains dijadikan mata pelajaran wajib dalam kurikulum di Malaysia.

Manakala mata pelajaran kimia adalah salah satu contoh mata pelajaran yang penting

dalam pendidikan sains.

Page 19: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

3

1.2 Latar Belakang Kajian

Pendidikan kimia merupakan satu bidang keilmuan yang dinamik dan banyak

menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dan negara. Perkataan kimia berasal

daripada perkataan Arab iatu „al-kimiya‟. Seorang tokoh sains yang berbangsa Inggeris

iaitu Robert Boyle (1627-1691) telah dianggap sebagai peneraju kimia moden. Kimia

merupakan salah satu cabang ilmu dalam bidang sains yang mengkaji pelbagai bahan

yang terdapat dalam alam semesta serta perubahan yang berlaku terhadap bahan-bahan

tersebut apabila saling berinteraksi antara satu dengan yang lain (Buni Sunade et al.,

2001). Justeru, ilmu kimia merangkumi suatu lapangan kajian yang amat luas, daripada

mengkaji zarah-zarah asas dalam suatu bahan sehinggalah kepada saling tindak antara

bahan-bahan tersebut untuk menghasilkan bahan yang baru. Mata pelajaran ini

diperkenalkan kepada pelajar-pelajar aliran sains peringkat menengah atas iaitu

tingkatan 4, 5 dan 6 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tujuannya adalah untuk

melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang mampan dalam

bidang kimia dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berdasarkan

sikap saintifik dan nilai-nilai murni untuk menyelesaikan masalah serta membuat

keputusan dalam kehidupan seharian (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994).

Dalam kimia, pelajar perlu mempelajari fakta, konsep, teori, pengiraan dan

sebagainya yang berkaitan antara satu sama lain. Salah satu topik penting dalam mata

pelajaran kimia ialah persamaan kimia. Persamaan kimia merupakan asas untuk

mempelajari topik jadual berkala unsur dan memerlukan penguasaan konsep yang tepat

dan melibatkan pelbagai kemahiran untuk menguasainya termasuklah aspek matematik.

Pengkonsepan tidak tepat dan kemahiran matematik yang tidak kukuh dalam topik ini

akan mengganggu pemahaman pelajar, seterusnya mengurangkan minat mereka untuk

mempelajari kimia. Jika kelemahan pelajar ini diabaikan tanpa ditangani dengan baik,

kefahaman atau kepercayaan mereka akan terus kekal sehingga dibawa dalam kehidupan

bermasyarakat (Ki, 2006).

Page 20: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

4

Merujuk kepada Johnstone (1991), kedudukan bagi tajuk persamaan kimia

terdapat di dalam salah satu peringkat yang dikenali sebagai Segitiga Kimia yang

dikemukakan oleh beliau. Dalam mata pelajaran kimia, terdapat tiga peringkat iaitu

makroskopik, mikroskopik dan simbol. Peringkat makroskopik merupakan peringkat

konkrit yang sama dengan mencerap objek, tentang sifatnya dan tempoh yang digunakan

untuk menjelaskannya. Peringkat mikroskopik pula melibatkan konsep, teori dan prinsip

yang memerlukan penerangan dengan apa yang dapat diperhatikan pada peringkat

makroskopik. Manakala peringkat simbol melibatkan formula dan pengiraan matematik.

Kajian lepas menunjukkan bahawa pelajar amat sukar dengan peringkat mikroskopik

dan menghadapi banyak masalah dalam konsep sains (Garnet et al, 1995; Nakhleh,

1992).

1.2.1 Kesukaran Pelajar Menguasai Tajuk Persamaan Kimia

Kesukaran pelajar menguasai tajuk persamaan kimia disebabkan oleh kewujudan

kerangka alternatif dalam topik ini dan kelemahan pelajar menguasai kemahiran

matematik. Kajian yang dijalankan ke atas pelajar dari Universiti Afrika Selatan

menunjukkan bahawa pelajar menghadapi masalah menulis dan mengimbangkan

persamaan kimia, membezakan antara bahan tindak balas dan hasil tindak balas serta

menyelesaikan masalah penghitungan berkaitan dengan persamaan kimia (Huddle dan

Pillay, 1996).

1.2.1.1 Kewujudan Kerangka Alternatif dalam Topik Persamaan Kimia

Merujuk kepada peringkat yang telah di kemukakan jelaslah menunjukkan

bahawa persamaan kimia banyak melibatkan penguasaan konsep pada awal mikrokospik

iaitu peringkat yang paling sukar untuk di fahami oleh pelajar iaitu berkaitan dengan

konsep. Apabila disebut tentang konsep, kajian dalam pendidikan sains pada tiga dekad

Page 21: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

5

yang lepas menyatakan bahawa pelajar mempunyai idea dan pemikiran yang berbeza-

beza dengan idea sains. Berdasarkan kajian Abdul Rashid (1994), iaitu kajian mengenai

kerangka alternatif terhadap beberapa asas kimia sperti tajuk stoikiometri, keseimbangan

kimia dan ikatan kovalen di kalangan pelajar sains sesi 1996/1997 di UKM. Beliau

mendapati majoriti pelajar mempunyai kerangka alternatif dalam keseimbangan kimia.

Kebanyakkan pelajar gagal dan amat sukar untuk memahami konsep keseimbangan

kimia dengan betul. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pelajar telah

membentuk kerangka alternatif iaitu idea-idea yang bercanggah dengan konsepsi atau

penerangan saintifik sebelum guru mula mengajar. Kerangka alternatif yang dimiliki

oleh pelajar seringkali bercanggah dengan konsep sains dan ia melambatkan proses

pengajaran dan pembelajaran.

Kerangka alternatif seringkali menyebabkan pelajar gagal menyelesaikan

masalah yang berkaitan dengan konsep tersebut. Pelajar menghadapi masalah dalam

memahami suatu konsep kerana kerangka alternatif ini akan mengganggu idea saintifik

yang mereka pelajari dalam kelas. Akibatnya, pelajar lebih gemar menghafal konsep

tanpa memahaminya. Pelajar juga tidak dapat mengaitkan sesuatu pengetahuan baru

dengan idea-idea sedia ada mereka dan seterusnya diserap untuk dijadikan sebahagian

daripada pegangan yang kuat dalam minda (Aziz dan Hasnah, 1990).

Sejak lebih dua dekad yang lalu, kerangka alternatif di kalangan pelajar terhadap

konsep-konsep sains telah menarik minat dan tumpuan ramai penyelidik. Penyelidikan

menunjukkan bahawa pandangan para pelajar mengenai fenomena sains adalah jauh

berbeza daripada pandangan sebenar dan pandangan seperti ini sukar sekali diubah

(Driver et al., 1985; Halloun dan Hestenes, 1985). Apabila konsep yang disampaikan

kepada pelajar bercanggah dengan idea yang telah sedia terbentuk melalui pengalaman

seharian mereka, konsep tersebut sukar difahami dan ini akan menjejaskan minat,

motivasi dan pelajar menjadi bosan serta tidak berkecenderungan untuk mencapai

kecemerlangan.

Page 22: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

6

Ramai pakar dalam bidang pendidikan kimia, khususnya di Eropah, telah

menjalankan pelbagai penyelidikan demi meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran kimia. Hasil penyelidikan mendapati bahawa masalah kerangka alternatif

ini memang memberi kesan terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran kimia

(Sanger dan Greenbowe, 1997; Anderson dan Michner, 1994).

1.2.1.2 Kelemahan Kemahiran Matematik dalam Topik Persamaan Kimia

Menurut kajian Nor Jihan (2003), berdasarkan penyelidikan dalam kalangan

guru-guru di sekolah yang berpengalaman menanda kertas-kertas ujian kimia pelajar

peringkat sekolah, beliau mendapati ramai pelajar tidak mahir menulis persamaan kimia

dan menyeimbangkan persamaan kimia. Menurut beliau lagi, kebolehan menulis

persamaan kimia sangat penting kerana ia merupakan satu kriteria soalan dalam topik

kimia. Untuk membolehkan seseorang pelajar itu menulis persamaan kimia dengan tepat

dan betul, pelajar tersebut hendaklah menguasai kedua-dua kemahiran pemahaman

konsep kimia dan kemahiran dalam bidang matematik. Matematik dianggap penting

dalam dunia tetapi dalam topik persamaan kimia, penggunaan matematik secara

mekanikal tanpa logik tidak akan membantu menyelesaikan masalah kerana kelemahan

pelajar dalam kemahiran matematik dalam mata pelajaran kimia. Dalam mempelajari

kimia, kemahiran tertentu matematik adalah perlu disebabkan kebanyakan ciri-ciri asas

kimia adalah melibatkan nombor, simbol, perkaitan dan persamaan-persamaan (Nor

Hamsiah, 1991).

Kemahiran matematik juga memainkan peranan yang penting kerana menurut

kajian Abu Hassan (1998) menunjukkan bahawa ciri-ciri asas kimia adalah melibatkan

konsep asas matematik termasuk nombor, simbol, formula dan persamaan. Walau

bagaimanapun, seseorang yang tidak dapat membuat perkaitan diantara kimia dan

matematik akan menghadapi masalah dalam penyelesaian masalah. Menurut

Selvaratnam dan Fraser (1982), penyelesaian masalah adalah satu keadaan apabila

Page 23: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

7

seseorang itu mempunyai satu arah yang hendak dicapai tetapi jalan penyelesaian

menghadapi jalan buntu.

Justeru, strategi pengajaran yang berkesan perlu dibina dan diaplikasikan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran kimia untuk membantu pelajar menguasai topik

persamaan kimia.

1.2.2 Strategi Mengatasi Kelemahan Pelajar dalam Topik Persamaan Kimia

Masalah kerangka alternatif dan kelemahan dalam kemahiran matematik yang

berlaku di kalangan pelajar dapat dikurangkan sekiranya perlaksanaan perancangan

proses pengajaran dan pembelajaran mengambil kira usaha untuk mengatasi masalah ini.

Guru mesti menyedari bahawa pengajaran sepatutnya menjadi berkesan bagi

memperbaiki kerangka alternatif pelajar dan mengukuhkan kemahiran matematik berkait

dengan konsep yang dipelajari. Ia perlu disokong melalui strategi pengajaran yang

berkesan untuk membantu pembelajaran pelajar. Pelbagai strategi dan pendekatan

pengajaran boleh digunakan untuk mengatasi masalah dalam menyeimbang persamaan

kimia ini seperti pendekatan konstruktivisme, kaedah ekplorasi-penemuan dan kaedah

memainkan peranan.

1.2.2.1 Pendekatan Konstruktivisme

Guru-guru seharusnya memberi penekanan terhadap penglibatan aktif pelajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penekanan ini sejajar dengan pandangan

konstruktivisme yang menerangkan bagaimana pelajar membina makna dalam proses

mendapatkan ilmu pengetahuan dan kepentingan pelajaran sains. Pembelajaran dari

perspekif konstruktivisme dilihat sebagai satu proses yang melibatkan pelajar membina

makna secara aktif daripada pengalaman yang dilaluinya dan bersangkutan dengan

Page 24: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

8

pengetahuan sedia ada serta dalam kontek sosial (Driver et al., 1994). Guru-guru sedar

bahawa pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada atau kerangka kefahaman alternatif

dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, perselisihan antara perkara yang

diajar dengan yang dipelajari menunjukkan adalah penting bagi mengambil kira ekologi

konsep pelajar. Bagi membolehkan pelajar faham, guru-guru perlu mencungkil

pengetahuan sedia ada pelajar dan membina kefahaman berdasarkan pengetahuan sedia

ada ini (Zurida et al., 2005)

Dalam pendekatan konstruktivisme terdapat pelbagai model yang diterbitkan

oleh pelopor teori konstruktivisme seperti Piaget (1970), Brunner (1996), Dewey (1938)

dan Ausubel (1963). Namun begitu, kajian ini hanya menggunakan model

Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang telah dihasilkan oleh Needham di United

Kingdom pada tahun 1987. Needham telah mencadangkan model pengajaran dan

pembelajaran ini dalam "Children's Learning in Science Project" di University of Leeds

untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang sesuatu konsep sains serta

menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam bilik darjah. Model

Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada

lima fasa iaitu orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan

refleksi.

Jadual 1.1: Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham

Fasa Huraian

Fasa orientasi

Fasa oreintasi ini bertujuan untuk menarik perhatian dan minat

pelajar serta memotivasikan murid agar mereka terus berminat

dalam pengajaran yang diberikan.

Fasa Pencetus Idea

Dalam fasa ini guru-guru mengenalpasti kerangka alternatif pelajar

dengan menjalankan soal jawab yang mendorong pemikiran kreatif

para pelajar.

Page 25: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

9

Fasa Pembentukan

Semula Idea

Fasa penstrukturan semula idea adalah bertujuan mengubah suai

idea dahulu melalui perbandingan dengan idea saintifik.

Fasa Aplikasi Idea Fasa ini bertujuan mengenalpasti idea yang baru diubahsuai atau

dibina semasa fasa penstrukturan semula idea dapat digunakan

dalam situasi yang baru.

Fasa Refleksi

Tujuan fasa ini adalah untuk menilai sama ada idea terdahulu

pelajar telah berubah. Antara aktiviti yang dilakukan ialah

penyoalan secara refleksi.

1.2.2.2 Kaedah Eksplorasi-Penemuan

Pendekatan eksplorasi-penemuan menekankan pembelajaran melalui

pengalaman. Ekplorasi-penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan

menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran. Penemuan merupakan hasil

ekplorasi-penemuan. Pembelajaran secara ekplorasi-penemuan berlaku apabila konsep

dan prinsip sains disiasat dan ditemui oleh pelajar sendiri. Sains sebagai ekplorasi-

penemuan mementingkan pelajar mempelajari kemahiran proses sains seperti

pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Guru sains perlu melibatkan

pelajar dalam ekplorasi-penemuan dengan memberi peluang kepada mereka untuk

menyoal, menerang kejadian, menguji idea sedia ada dan berkomunikasi apa yang

dipelajari.

Menurut Jerome Bruner (1960), model yang didasarkan pada kaedah pembelajaran

berasaskan penemuan adalah:

a) Model penemuan terbimbing,

b) Model pembelajaran berasaskan masalah,

c) Model pembelajaran berasaskan simulasi,

d) Model pembelajaran berasaskan kes dan

Page 26: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

10

e) Model pembelajaran sampingan.

Dalam kajian ini model penemuan terbimbing digunakan bagi melaksanakan

pembelajaran berasaskan kaedah ekplorasi-penemuan ini. Dalam model penemuan

terbimbing ini, guru menyediakan masalah dan murid akan menentukan proses dan

penyelesaiannya. Masalah yang menggalakkan pemikiran murid dan menumpu kepada

penemuan sangat penting untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran sains yang

berkesan (Dantonio, 1987).

Jadual 1.2 Prinsip-prinsip Kaedah Ekplorasi-Penemuan

Tahap Huraian

Berbincang Pada tahap ini guru kepada pelajar untuk mananggani

permasalahan berkaitan persamaan kimia. Ia bertujuan untuk

mengungkap konsep awal pelajar tentang bahan yang akan

dipelajari.

Proses Pada tahap ini pelajar mengadakan aktiviti ekplorasi sesuai

dengan petunjuk yang terdapat dalam lembaran kerja.

Pemecahan Masalah Setelah mengadakan aktiviti ekplorasi, pelajar diminta untuk

membandingkan hasil perbincangan sebelum aktiviti ekplorasi

dengan hasil penemuan setelah ekplorasi sehingga menemukan

konsep yang betul-betul sesuai dengan masalah yang ingin

dipecahkan.

1.2.2.3 Kaedah Memainkan Peranan

Kaedah berperanan adalah salah satu situasi pengajaran dan pembelajaran dalam

keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan situasi yang sebenar bagi menyelesaikan

permasalahan dalam sesuatu topik. Kaedah berperanan ini digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bagi memberi latihan pada pelajar supaya mampu

melakukan lakonan dengan cara yang sistematik, terkawal dan teratur supaya satu-satu

Page 27: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

11

isu ataupun permasalahan yang timbul dalam pembelajaran dapat diselesaikan (Tengku

Sarina dan Yusmin, 2006).

a) Merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Pelajar belajar daripada

kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang

berikutnya.

b) Dalam kaedah ini peranan pelajar agak luas, kerana pelajar bukan sahaja

dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka

perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar lain bagi

membuat keputusan.

c) Pelajar dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan,

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

d) Tujuan kaedah ini adalah membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan

lebih berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi

dengan berkesan.

e) Kebaikan teknik ini adalah membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara

kreatif, analisis dan kritis.

Empat tahap dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah

memainkan peranan iaitu arahan, interaksi, forum dan soal jawab.

Jadual 1.3 Prinsip-prinsip Kaedah Memainkan Peranan (Kanokwan & Zoe, 2006)

Fasa Huraian

Arahan Memberikan kesempatan kepada pelajar untuk membiasakan diri

dengan memainkan peranan, memilih watak dan mempersiapkan

peranan mereka dengan melakukan kajian dan membaca tentang

situasi serta watak yang mereka akan mainkan.

Interaksi Pelajar akan melakonkan watak mereka manakala pelajar-pelajar lain

Page 28: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

12

mempunyai kepentingan lain untuk mencapai agenda mereka seperti

membuat rumusan, membuat keputusan dan memberi komen.

Forum Memberikan kesempatan bagi semua pemain untuk berunding dan

cuba menyelesaikan masalah di tangan.

Soal jawab Banyak masa harus diperuntukkan untuk tahap ini kerana ia

merupakan elemen yang paling penting dari kaedah memainkan

peranan. Mempertimbangkan tujuan pembelajaran dan penyataan

masalah yang dikemukakan.

Justeru itu, pembinaan modul pengajaran berteraskan strategi pengajaran

berkesan adalah penting untuk mengatasi masalah kerangka alternatif dan kelemahan

dalam kemahiran matematik di kalangan pelajar dalam topik persamaan kimia ini

1.2.3 Modul Pengajaran Berteraskan Strategi Pengajaran Berkesan untuk

Mengatasi Kesukaran Pelajar Terhadap Topik Persamaan Kimia

Kajian ini cuba memperkenalkan modul pengajaran guru sebagai bagi

menyokong proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kimia dalam tajuk

persamaan kimia. Ia bertujuan untuk mengatasi kesukaran pelajar dalam memahami

konsep dalam topik persamaan kimia dan seterusnya membolehkan para pelajar

menyeimbangkan persamaan kimia dengan betul. Selain itu, kajian ini juga berusaha

untuk mengetahui persepsi guru terhadap penghasilan modul pengajaran guru ini bagi

menyokong proses pengajaran mereka. Keseluruhannya, modul pengajaran ini yang

dibina berdasarkan tiga pendekatan utama iaitu pendekatan konstruktivisme, kaedah

eksplorasi-penemuan dan kaedah memaikan peranan diharapkan dapat mengatasi

kerangka alternatif dan kelemahan dalam kemahiran matematik untuk menyokong

proses pengajaran persamaan kimia dengan berkesan.

Page 29: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

13

1.3 Pernyataan Masalah

Persamaan kimia adalah salah satu subtopik yang terkandung di dalam Sukatan

Pelajaran Kimia KBSM. Menulis persamaan kimia yang seimbang dan betul merupakan

salah satu kemahiran penting dalam menguasai topik ini. Ramai pelajar beranggapan

bahawa menulis persamaan kimia yang seimbang adalah satu perkara yang sukar

difahami. Persamaan kimia juga perlu mematuhi peraturan-peraturan berasaskan Hukum

Keabadian Jisim yang menyatakan bilangan atom sebelum tindak balas adalah sama

dengan bilangan atom selepas tindak balas. Banyak hasil kajian menunjukkan bahawa

empat topik kimia yang paling sukar dipelajari di sekolah menengah adalah persamaan

kimia, konsep mol, stoikiometri tindak balas serta pengoksidaan dan penurunan

(Hackling dan Garnett et al., 1985). Antara 4 topik ini, konsep persamaan kimia adalah

yang paling susah dikuasai (Huddle dan Pillay et al., 1996) kerana topik ini agak abstrak

dan jauh daripada kehidupan seharian (Bergquist & Heikkinen et al., 1990).

Kajian yang dijalankan ke atas pelajar dari Universiti Afrika Selatan menunjukkan

bahawa pelajar memang menghadapi masalah menulis dan mengimbangkan persamaan

kimia, membezakan antara bahan tindak balas dan hasil tindak balas serta

menyelesaikan masalah penghitungan berkaitan dengan persamaan kimia (Huddle dan

Pillay et al., 1996). Banyak kajian yang dijalankan mendapati permasalahan ini dapat

diatasi dengan menggunakan strategi pengajaran yang berkesan. Strategi pengajaran ini

berupaya untuk mengatasi masalah pemahaman pelajar dan memperbaiki penggunaan

kemahiran matematik dalam persamaan kimia. Antara pendekatan yang berkesan ini

ialah pendekatan konstruktivisme, pendekatan eksplorasi-penemuan dan kaedah

memainkan peranan. Sehubungan itu, ketiga-tiga pendekatan pengajaran ini

digabungkan bagi membina satu modul pengajaran iaitu Modul Cantuman Bermakna

dalam usaha untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam topik

persamaan kimia.

Page 30: ii - fp.utm.my€¦ · menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian

14

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk:

1.4.1 Menghasilkan “Modul Cantuman Bermakna” dalam tajuk persamaan kimia.

1.4.2 Mengenalpasti persepsi guru terhadap keberkesanan “Modul Cantuman

Bermakna” bagi menyokong proses pengajaran dalam tajuk persamaan kimia.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian, beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti iaitu:

1.5.1 Apakah modul yang dihasilkan dalam tajuk persamaan kimia?

1.5.2 Sejauh manakah persepsi guru terhadap keberkesanan “Modul Cantuman

Bermakna” bagi menyokong proses pengajaran dalam tajuk persamaan kimia?

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil modul ini akan digunakan untuk membantu:

1.6.1 Guru

Modul ini penting untuk membantu dan memudahkan guru-guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk persamaan kimia. Modul ini dapat memberi

idea kepada guru-guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran

mereka di dalam kelas. Pengajaran guru perlu di sampaikan dengan kaedah yang

pelbagai, bersesuaian dengan diri pelajar. Gaya seseorang pelajar belajar adalah berbeza

dengan gaya seseorang pelajar yang lain. Oleh itu, guru perlu terlebih dahulu memahami

gaya pembelajaran pelajar sebelum menentukan kaedah pengajaran yang akan


Top Related