IDENTITI, IMEJ, REPUTASI, DAN PENGIKLANAN KORPORAT
Oleh : Losinin Johalin (Universiti Malaysia Sabah)
Identiti KorporatIdentiti korporat sering dikaitkan dengan nama, logo dan ciri-ciri visual organisasi.
Identiti Korporat
Merujuk kepada apa saja yang organisasi mahukan atau lakukan.
Identiti organisasi : TELEKOM-Telekomunikasi, SESB-Electricity, BERNAS-Bekalan Beras, CARGILL-Bahan makanan haiwan, ACER-alat ICT
Identiti Korporat
Contoh lain cuba fikirkan identiti korporat bagi organisasi ini
-KPM, JPNS, UMS, 1BORNEO, JKR, NST, SHELL, BTC,
Identiti Korporat
Marziliano (1998) mencadangkan organisasi dibina daripada persekitaran yang menyeluruh dan organisasi menggubal sendiri persekitarannya di peringkat luaran dan dalaman
Identiti Korporat
Whetten (1995) pula menyatakan bahawa ada organisasi yang telah lama membina identiti yang kuat dan mempengaruhi persepsi persekitaran
Fikirkan identiti Colgate, Maggi, Ajinomoto
Identiti Korporat
Bernstein (1984) - Identiti korporat adalah jumlah keseluruhan tindakan yang dipilih oleh organisasi untuk dikenali oleh kesemua publik
Identiti Korporat
(Baker dan Balmer, 1997) berpendapat secara jelasnya identiti korporat mesti direkabentuk untuk memujuk semua orang yang berkepentingan terhadap organisasi.
Identiti Korporat
Olins (1989) Identiti korporat adalah berdasarkan disiplin yang luas meliputi pengurusan, komunikasi dan perlakuan.
Identiti Korporat
Melewar dan Jenkins (2000) telah membangunkan model identiti korporat yang terdiri daripada komunikasi dan identiti visual, perlakuan, budaya korporat, keadaan pasaran, organisasi, produk dan perkhidmatan
Identiti Korporat
Organisasi perlu berusaha membentuk identiti yang sesuai dengan persekitaran dan objektifnya
Kadangkala identiti korporat dibentuk dan dibudayakan dalam jangkamasa yang lama
Identiti Korporat
Identiti korporat perlu diperlihatkan kepada awam secara sistematik sebagai satu imej yang positif untuk meningkatkan keyakinan kepada masyarakat
Contoh : melalui audio visual, cetakan
Identiti Korporat
Identiti korporat menentukan personaliti korporat
Personaliti korporat merujuk kepada 3 elemen iaitu karektor, tingkah laku dan intelektual
Identiti korporat pula ditentukan oleh kepercayaan, pengalaman, pengetahuan, sikap, gaya dan persepsi
Identiti Korporat
Keseluruhan tanggapan ini merupakan IMEJ korporat
Jadi imej korporat itu apa?
Identiti Korporat
Imej KorporatImej korporat
terhasil daripada identiti yang dipunyai oleh sesebuah organisasi.
Argenti (1998) menyatakan imej korporat itu ialah refleksi kepada realiti sebuah organisasi
Persepsi pihak yang berkepentingan terhadap tindakan, aktiviti dan pencapaian sesebuah organisasi. Setiap kelas pihak yang berkepentingan mempunyai pandangan yang berbeza dan mewujudkan persepsi yangberbeza terhadap organisasi(James Poon, Meng Wei,Sze Yuen dan Wee Suan,2000).
Imej Korporat
Dengan kata lain sesebuah organisasi dilihat daripada pandangan orang lain
Kebanyakan imej yang wujud adalah berbeza bergantung kepada unsur-unsur yang ada dalam organisasi tersebut
Imej Korporat
Dengan memahami imej, bermakna kita dapat mengetahui apa yang sebenarnya organisasi lakukan.
Sebagai contoh Proton membawa imej kereta nasional, Petronas membawa petroleum negara, Syarikat Takaful Malaysia membawa imej insuran berkonsepkan Islam
Imej Korporat
Tapi dalam memperkatakan tentang imej korporat bukan hanya diukur dari segi produk tetapi juga perkhidmatan, gaya pengurusan, aktiviti komunikasi dan tindakan sejagat (Mackiewic, 1993)
Imej Korporat
Ind (1992) berpendapat imej korporat adalah gambaran mudah audiens terhadap sesebuah organisasi
Imej Korporat
Worcester (1978) pula berpendapat imej korporat adalah hasil terakhir dari interaksi semua pengalaman, kesan, fikiran, kepercayaan, perasaan dan pengetahuan orang ramai terhadap syarikat
Imej Korporat
Grunig (1993) mendefinisikan imej korporat berdasarkan perspektif perhubungan awam. Beliau menyatakan imej korporat dicipta oleh para komunikator untuk diperlihatkan kepada umum
Contoh : Tindakan wartawan
Imej Korporat
Membina imej korporat yang positif memerlukan kemahiran jangka panjang. Pengurusan tidak boleh membataskan fokus mereka untuk seminggu atau sebulan
Imej Korporat
Maken (1990) telah mencadangkan 5 langkah untuk menonjolkan program komunikasi imej korporat iaitu:-
Menilai kekuatan dan kelemahan imej syarikat
Kenalpasti imej yang dimahukan oleh syarikat
Menentukan cara memujuk audien sasaran secara maksimum
Mencipta tema jualan spesifik dan sesuai
Mengkoordinasikan setiap saluran komunikasi untuk membina imej yang diperlukan
Imej Korporat
Reputasi Korporat
Identiti dan imej dinilai oleh pelanggan, komuniti, pekerja dan pihak berkepentingan membentuk reputasi.
Van Riel (1997) menyatakan reputasi ialah tahap penghargaan tertinggi dari kaca mata pihak berkepentingan luaran berdasarkan dari kombinasi penilaian yang disumbangkan oleh keutuhan kewangan, sumber manusia, tanggungjawab atau kualiti produk.
Reputasi Korporat
Winfrey (1989), menyatakan reputasi korporat sebagai persepsi individu atau kumpulan terhadap keberkesanan korporat.
Miles (1980) pula melihatreputasi korporat sebagaikebolehan organisasi mengurangkan ketidakpuasan hati terhadap organisasi.
Reputasi Korporat
Reputasi sangat penting kerana ia menjadi salah satu kriteria pelanggan dalam membuat keputusan pembelian atau pengambilan perkhidmatan
Reputasi Korporat
Pengiklanan Korporat
Definisi – Tindakan untuk mempromosikan dan memperlihatkan identiti, imej dan reputasi organisasi kepada awam.
Pengiklanan melalui pelbagai media sama ada dibayar atau tidak
Pengiklanan memerlukan kos yang perlu ditanggung oleh organisasi
Ciri-ciri iklan korporat menurut Publisher Information Bureau (PIB)
Mempunyai unsur pendidikan, informasi, menanamkan kesan kepada publik berkenaan dengan kebolehan organisasi, fungsi organisasi, kemudahan organisasi, tujuan-tujuan organisasi, cita-cita organisasi, dan perkara-perkara yang berlaku di dalam organisasi tersebut.
Pengiklanan Korporat
Pengiklanan korporat menekankan kepada pencapaian pengurusan organisasi, amalan, pelanggan organisasi, perkembangan teknologi organisasi, produk dan hubungan dengan masyarakat.
Pengiklanan Korporat
Mempunyai niat untuk “menjual” organisasi sebagai tempat yang baik untuk dijadikan tempat berniaga.
Seringkali, iklan korporat dirancang seakan-akan meminta dan mempengaruhi audiens untuk mendapatkan perkhidmatan daripada mereka
Pengiklanan Korporat
Iklan korporat dirancang dengan dua tujuan akhir:
Menciptakan reputasi yang positif bagi organisasi.
Menyatakan pandang organisasi terhadap sosial, perniagaan, dan hal-hal persekitaran
Pengiklanan Korporat
Aplikasi tujuan yang lebih khusus adalah :
Menaikkan motivasi kerja kakitangan
Membantu mengurangi persoalan pengguna
Membantu mempromosikan produk Memperkenalkan identiti organisasi
secara keseluruhan
Pengiklanan Korporat
Jenis Iklan Korporat Ada tiga jenis iklan korporat yang lazim digunakan:
Iklan Imej Korporat (Corporate Image Advertising)
Iklan Sokongan (Advocay Advertising)
Iklan Berorientasi Sosial (Cause- Related Advertising)
Pengiklanan Korporat
Pengiklanan korporat sangat penting untuk mempastikan kelangsungan sesebuah organisasi dan produk
Audiens perlu menilai sendiri iklan-iklan organisasi dan produk yang ditawarkan sebelum membuat pembelian
Pengiklanan Korporat
M E T A F O R AORGANISASI
IDENTITI – NAMA/LOGO
IMEJ – PRODUK
REPUTASI- NAMA BAIK
PENGIKLANAN – MULTIMEDIA
MANUSIA
IDENTITI-NAMA /GELARAN
IMEJ – PENAMPILAN
REPUTASI – NAMA BAIK
PENGIKLANAN -PERGAULAN
Rujukan:
Argenti, P.A. (2009). Corporate communication. 5th ed. New York: McGraw-Hill. Bahtiar Mohamad. (2009). Komunikasi korporat. Singapore: Cengage Learning Asia. Drucker, P.F. (1995). Masyarakat pasca kapitalis. Terj. Nazlifa Md. Ali. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Peters, T.J & Robert, H.W. Jr. (1992). Mencari kecemerlangan: rahsia kejayaan syarikat Amerika. Terj. Wan Sakinah Wan Abrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Zulhamri Abdullah. (2007). International corporate communication, perception management & strategy development. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn Bhd.
SEKIAN
TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN
ANDA