Download - Hw anis

Transcript
Page 1: Hw anis

TEMA 11

Usaha dan Cara Memajukan Industri Pelancongan

    * mengedarkan risalah tentang keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di Malaysia, misalnya tentang tempat-tempat pelancongan yang menarik, tempat-tempat yang bersejarah, pelbagai kebudayaan kaum, makanan masyarakat setempat, dan sebagainya.    * memperbanyak usaha-usaha promosi, kempen, dan pameran di dalam serta di luar negara.    * memperbanyak dan mempermoden kemudahan penginapan, rekreasi , perhubungan, pengangkutan, pusat beli-belah, pusat hiburan dan sebagainya.    * meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan rakyat agar senantiasa bersopan santun, menjaga kebersihan alam sekitar, dan bersedia menerima kunjungan pelancong.    * menawarkan pakeh pelancongan yang berpatutan agar pelancong, khususnya pelancong luar mudah tertarik dan tidak menghadapi masalah untuk berkunjung ke negara kita.

Kesan daripada Industri Pelancongan kepada Negara-Kesan Positif

    * dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pengaliran masuk wang asing ke negara kita    * dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk tempatan- mengurangkan pengangguran    * dapat meningkatkan permintaan terhadap barangan setempat seperti hasil-hasil kraftangan, seramik, dan sebagainya.    * dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat    * dapat menyemaikan perasaan akan negara dalam kalangan rakyat    * dapapt memperkenalkan Malaysia kepada pelancong luar, misalnya pelancong dari negara Eropah dan Amerika yang selama ini tidak mengenali Malaysia serta meningkatkan imej negara di mata dunia

-Kesan Negatif

    * mencemarkan kebudayaan masyarakat tempatan- pelancong menyebarkan budaya kuning yang mudah mempengaruhi golongan remaja    * penduduk tempatan mengalami beban sebagai akibat kenaikan harga barang      -contohnya: penduduk di Johor Bahru terpaksa membeli barang dengan harga yang mahal kerana pelancong dari Singapura berupaya membeli barang yang sama dengan harga yang lebih mahal    * menular penyakit AIDS- penghidap penyakit ini meningkat di Malaysia selepas tahun 1990    * beban perbelanjaan kerajaan meningkat- berikutan ancaman dadah dan AIDS, kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan yang lebih banyak bagi menyediakan tempat pemulihan dan menampung kos hidup penagih dan pesakit    * membazirkan wang- untuk menarik pelancong, wang yang banyak diperlukan bagi tujuan promosi, pengindahan bangunan atau tempat-tempat tertentu, dan sebagainya    * masyarakat Malaysia seolah-olah ditonjolkan sebagai masyarakat yang suka berpesta dan berhibur- dapat dilihat pada malam pelancaran Tahun Melawat Malaysia

Page 2: Hw anis

Perkembangan Industri Pelancongan

    * kemudahan infrastruktur ditambah- misalna lapangan terbang dan kedai bebas cukai- tempat penginapan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan disediakan    * kerajaan-kerajaan negeri turut memainkan peranan dalam usaha menarik pelancong      -contohnya: kerajaan Negeri Sembilan memajukan Port Dickson sebagai tempat perkelahan yang bertaraf antarabangsa; kerajaan Melaka memperkenalkan Melaka sebagai tempat yang ebrsejarah kepada pelancong

Page 3: Hw anis

TEMA-11

Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara kita sejak kebelakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha negara menarik kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja. Saya berpendapat bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan lebih ramai pelancong mengunjungi Malaysia dan tinggal di negara ini.

Antara faktor utama pelancong datang di sesebuah negara ialah adanya kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara inginkan keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkap kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalniya, ramai pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut.

Kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya turut menjadi faktor penting dalam menarik ramai pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahan penginapan penting kerana ini akan menentukan sarna ada seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini, sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan yang tumbuh seperti cendawan di bandar atau desa di seluruh negara membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kirakadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu.

Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat- tempat baru yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan, sarna ada menerusi media cetak seperti pamflet, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan mewujudkan halaman pelancongan dalam nternet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong aging. Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas di kota London pada tahun lalu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam nenarik lebih ramai pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan )elancong, mereka tentunya akan datang melawat negara kita pada suatu hari kelak.

Page 4: Hw anis

Kepelbagaian kebudayaan dan adat regaIn penduduk tempatan juga dapat menarik ramai pelancong iatang ke negara ini. Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina, dan suku kaum di Sabah serta Sarawak mampu menghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar kepada sesuatu yang baru. Kebanyakan pelancong memang gemar melihat kehidupan masyarakat di sesuatu tempat. Rumah Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum di negeri berkenaan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke sana. Kementerian terbabit harus menjadikan pelbagai budaya yang unik di negara kita sebagai daya tarikan utama dalam membangunkan industri pelancongan dengan rnemperkemas persembahan yang sedia ada.

Mengadakan promosi di luar negara juga merupakan langkah yang wajar dilakukan oleh LPPM dalam usaha menarik lebih ramai pelancong mengunjungi negara ini. Pelbagai aktiviti seperti rnengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah negara di seluruh dunia dan acara pertukaran delegasi kebudayaan dengan negara tertentu adalah antara usaha berkesan memperkenalkan Malaysia kepada pelancong asing. Tindakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan membuka pusat penerangan di beberapa buah negara membuktikan bahawa usaha yang berterusan telah dilakukan dalam rnenarik pelancong. Buktinya, program seperti Tahun Melawat Malaysia (TMM) ternyata berjaya menarik ramai pelancong datang ke negara ini, sekali gus memberi keuntungan besar melalui tukaran mata wang asing. Promosi pula perlu dipertingkat bagi menarik kehadiran pelancong walaupun terpaksa rnembelanjakan wang yang besar, namun pulangannya juga lumayan.

Berdasarkan penerangan di atas, jelas bahawa pelbagai cara boleh dilakukan dalam usaha menarik pelancong datang ke negara ini. Oleh itu, pihak terbabit harus memikirkan kaedah lain yang lebih berkesan, mudah, dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar sejajar dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing dewasa ini. Harapan saya, tanggungjawab untuk mempromosi keunikan dan keindahan alam semula jadi negara kita kepada pelancong harus dikongsi bersama kerana rakyat juga akan mendapat manfaatnya. Industri pelancongan di negara ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara jika diusahakan secara lebih profesional.

Page 5: Hw anis

TEMA-10

Pengenalan Gayong“..KERIS KU HUNUS, TANGAN KU JULANG..” 

Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobudur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud sistem bela diri di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi.

 

Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera. Di Sumatera, sistem bela diri ini diperhalusi lagi dan dikenal sebagai Pencak Silat. Ilmu silat ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya(abad ke-7 hingga abad ke-14) untuk memperluaskan empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit(abad ke-13 hingga abad ke-16), ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan.

Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka. Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja diberikan peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah (Bapa Persilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa (Majapahit).

Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu sejak pemerintahan Sultan Mansur Syah. Ketika pendudukan Portugis, hulubalang-hulubalang Melaka telah melakukan serangan gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang digunakan ketika menentang Portugis.

Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, hulubalang-hulubalang Melaka terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang, untuk mencari perlindungan. Selepas itu, mereka mengambil keputusan untuk belayar ke merata-rata gugusan Kepulauan Melayu unutk mencari perlindungan. Dengan cara inilah Silat Seni Gayong telah berkembang dengan meluas, terutama di kalangan bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan kembali kesenian lama ini di Tanah Melayu.

Ada satu riwayat masyhur berkenaan tujuh anak raja Bugis yang amat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan pulau-pulau yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tertanding ketika itu. Mereka telah belayar menjelajah ke serata Kepulauan Melayu untuk mencari penempatan baru. Salah seorang daripada mereka ialah Almarhum Daeng Kuning atau lebih dikenali sebagai Panglima Hitam. Beliau merupakan moyang kepada Dato’ Meor Abdul Rahman, Mahaguru Silat Seni Gayong. Syed Zainal mempelajari ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok, seorang pahlawan berketurunan Bugis dan mempunyai tali persaudaraan dengan Daeng Kuning.

Page 6: Hw anis

Sejarah Silat Seni Gayong

“seGAYONG, seGENGGAM, sePADU”

Silat Seni Gayong diasaskan oleh Allahyarham Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd.Hashim. Beliau mempelajari persilatan ini daripada nendanya Tuan Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas. Syed Zainal pula mempelajari persilatan ini daripada Daeng Ambok Solok di Pulau Temiang, berdekatan Jambi, Sumatera. Mat Kilau, Dato’ Bahaman dan Syed Zainal mengikut ceritanya telah diperintahkan oleh Sultan Ahmad Pahang untuk mencari buah keras di Pulau Bangka, Riau, Indonesia.

Di Pulau Temiang, yang berdekatan dengan Pulau Bangka, rombongan mereka telah bertemu dengan Daeng Ambok Solok. Daeng Ambok Solok telah bermurah hati untuk menurunkan ilmu Gayong kepada pahlawan Pahang tersebut agar dapat digunakan untuk mempertahankan tanah air mereka kelak. Oleh kerana kesuntukan masa, mereka mengikat janji untuk kembali lagi ke Pulau Temiang setelah selesai menjalankan amanah Sultan. Dalam perjalanan pulang ke Pahang, Mat Kilau diarahkan untuk membeli senapang kopak di Singapura. Mat Kilau, Syed Zainal dan Dato’ Bahaman telah belayar kembali ke Pulau Temiang seperti yang dijanjikan. Mereka telah menuntut ilmu Gayong selama kira-kira dua tahun daripada Daeng Ambok Solok.

Silat Seni Gayong ini dipercayai telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan telah digunakan oleh hulubalang-hulubalang Melaka dalam usaha menentang kemasukan penjajah Portugis. Nama asal Silat Seni Gayong ialah Silat Seni Sendi Harimau.

Silat Seni Gayong mempunyai tujuh peringkat, iaitu:

Tapak Gayong(permulaan tapak silat),

Seni Tapak Gayong(Pecahan Tapak Gayong),

Seni Keris (langkah pahlawan cara menggunakan senjata),

Seni Simbat (cara bermain belantan atau pedang),

Seni Yoi (buah pukulan),

Seni Belian (silat harimau bersilat cara koyak-mengoyak anggota lawan), dan

Seni Cindai(tarian silat menggunakan kain sentung atau kain tudung). Peringkat tertinggi dalam Silat Seni Gayong akan dianugerahkan bengkung hitam Harimau Pelangi Cula Sakti (Tingkatan I – VI).

 

Page 7: Hw anis

TEMA-9

Kerjaya.

Semua orang tentu mempunyai aspirasi kerjaya masing-masing. Ia sebuah aspek yang amat penting dalam kehidupan seseorang itu. Ia menentukan kejayaan seseorang dalam hidup ini. Jadi, seseorang itu

haruslah memilih kerjaya yang baik untuk dirinya. Untuk berjaya dalam sesuatu kerjaya, seseorang harus mempunyai minat dalam kerjaya itu. Tidak gunanya memilih sesuatu kerjaya yang tidak diminati. Dan juga seseorang itu tidak perlu membuang masa untuk menukar kerjaya atau

sebagainya.Bagi saya, saya meminati bidang forensik. Saya telah meminati bidang

ini sejak saya berumur 11 tahun. Saya mengetahui tentang adanya bidang kerjaya ini apabila saya menonton siri televisyen ‘CSI’. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang pakar forensic bila saya dewasa

kelak. Ruang lingkup kerjaya ini ialah mengkaji tubuh mayat. Ia sama juga seperti seorang koroner. Seorang pakar forensic diberi tugasan

penentuan identifikasi mayat. Kerja ini boleh dibuat dengan mengkaji tulang-tulang dan tengkorak. Sekarang pemeriksaan forensik lebih berkembang dan lebih luas. Ini kerana kes-kes pembunuhan lebih

kompleks berbandingkan dahulu. Identifikasi rangka ataupun sisa tubuh penting untuk mendapatkan infomasi yang penting supaya pembunuh

dapat diberkas. Sekarang, teknologi amat canggih. Dengan menggunakan mesin-mesin yang tertentu seorang pakar forensic boleh menggunakan sesisa kulit daripada jasad orang yang dibunuh dan boleh

mendapatkan infomasi yang tertentu. Infomasi ini ialah seperti perkiraaan umur mereka, bentuk tubuh ataupun pertalian ras. Seorang

pakar forensik juga boleh mendapat tahu perkiraan waktu kematian dan penyebab kematian.

Untuk menjadi seorang pakar forensik, saya harus mempunyai kemahiran am iaitu biologi. Ia amat penting kerana saya harus

mengetahui dengan lebih lanjut tentang subjek itu. Kemahiran khusus seperti osteologi ataupun dentisi juga penting. Dengan kemahiran khusus

ini saya boleh mengenalpasti jasad-jasad dengan tulang ataupun gigi mereka. Osteopologi perlu kerana ia penting untuk memastikan bahawa

tulang yang mungkin dijumpai itu ialah manusia ataupun bukan.Saya harus bermula bersedia sekarang supaya saya boleh mencapai

aspirasi saya untuk menjadi seorang pakar forensik. Langkah pertama ialah untuk mendapatkan seberapa banyak mungkin pangkat ‘A1’ untuk

Page 8: Hw anis

peperiksaan peringkat ‘O’ saya. Jika saya berjaya mendapatkan keputusan yang diingini saya, akan senanglah untuk diterima politeknik ataupun maktab rendah yang menawarkan kursus yang diingini. Saya lebih selesa jikalau saya diterima politeknik daripada maktab rendah. Saya rasa politeknik menawarkan lebih banyak pengalaman daripada

maktab rendah. Walaupun lebih senang untuk belajar di menara gading jika saya ke maktab rendah, saya akan tetap memilih untuk belajar di

politeknik. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bidang forensik, saya boleh mencari artikel-artikel di internet ataupun boleh mengujungi ke perpustakaan untuk mencari buku-buku tentangnya.

Manfaat peribadi kerjaya ini ialah gajinya boleh dikatakan lumayan juga jika seseorang itu betul-betul mahir dalam kerjaya ini. Kes-kes

penjenayahan boleh mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Jadi jika sebuah kes yang amat rumit dapat diselesaikan, seseorang itu akan berasa bangga dengan kejayaannya dan berasa puas hati kerana kerja

kerasnya berhasil.Seorang pakar forensik berpeluang untuk memberikan banyak

sumbangan kepada negara mereka. Kerana kerja merekalah, para pembunuh dapat diberkas dan mereka dapat membuat negara mereka

lebih selamat.

Page 9: Hw anis

TEMA-5

Punca-punca Pencemaran Udara Punca Pencemaran Udara

1. PENDAHULUAN

Bumi secara semulajadinya menerima beban pencemaran udara daripada fenomena alam semulajadi seperti letupan gunung berapi, pembakaran hutan akibat dari panahan petir dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Bumi mempunyai 'kaedah semulajadi' bagi menangani pencemaran semulajadi ini. Apabila manusia mula menjalankan aktiviti perindustrian mahupun aktiviti harian, pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan Bumi tidak mampu lagi 'memikul' beban pencemaran tersebut.

2. AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN

Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi.  

3. KENDERAAN MOTOR

Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api  fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap.

Page 10: Hw anis

4. PENJANAAN KUASA 

Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.

5. AKTIVITI HARIAN

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.

6. PEMBAKARAN TERBUKA

Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya.

 

Page 11: Hw anis

TEMA-7

Peranan Mahasiswa Sebagai Generasi Pelapis Kepimpinan   Negara

Pendahuluan

Kepimpinan mahasiswa diertikan sebagai kepimpinan yang diasaskan oleh rasa tanggungjawab untuk menjaga kemaslahatan umum. Ia juga dikatakan sebagai medan latihan sebelum terjun ke medan sebenar. Apa pun yang mahu disampaikan dalam pembentangan ini adalah berkaitan Peranan Mahasiswa Sebagai Generasi Pelapis Kepimpinan Negara.

Negara kita diakui mempunyai kepelbagaian kaum yang cukup berbeza dengan diakui keunikan dan keindahan kerana kekuatan perpaduan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum, pegangan agama, kebudayaan dan lain-lain yang menjadikan antara negara unik di dunia ini.

Dalam sedar ataupun tidak, golongan belia (mahasiswa) kini merupakan kelompok terbesar dalam populasi masyarakat di Malaysia – ia informasi baik untuk masa depan negara kerana mempunyai banyak tenaga, idea serta penggerak muda yang akan meneruskan agenda pembangunan Negara.

Menurut perangkaan, 9.8 juta daripada 24 juta rakyat Malaysia berada dalam julat umur antara 15 hingga 40 tahun, dan 46 peratus daripadanya berada dalam lingkungan usia antara 15 hingga 24 tahun.

Persediaan Mahasiswa Bergelar Pemimpin Negara

Jadikan Diri Orang Berilmu

Dalam perkembangan dunia sekeliling ilmu pengetahuan kini menjadi modal kehidupan yang amat berharga. Nilai ilmu itu sendiri adalah merupakan asas dalam mewujudkan suasana kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Justeru generasi mahasiswa tidak boleh tertinggal dan terpengaruh dengan gejala yang hanya menyekat kemaraan bagi meneruskan pencarian ilmu. Ilmu itu perlu dicari dan difahami dengan sebaiknya. Ilmu itu tidak akan bermakna jika ia tidak disertakan dengan pemahaman yang mendalam mengenainya.

Kenapakah kita memerlukan generasi yang berilmu, kerana dalam melaksanakan setiap perubahan dan menangani perkembangan semasa, ilmu berperanan sebagai pengimbang dalam memberikan panduan kehidupan. Tanpa ilmu pengetahuan yang disertai dengan pemahaman tidak mungkin akan dapat kita perolehi sesuatu perubahan dan pembaharuan yang lebih baik dan sempurna.

Kita juga akan dihormati kerana faedah dan juga manfaat ilmu itu sendiri. Ilmu yang dapat mengangkat kualiti dan kebaikan kehidupan adalah ilmu yang dapat dimanfaatkan.

Page 12: Hw anis

Keikhlasan Dalam Memimpin

Keikhlasan amat penting dalam menjalankan tanggungjawab kepimpinan. Kepimpinan mahasiswa seolah memaksa diri untuk membahagikan kepentingan diri dengan orang ramai. Masa perlu dibahagikan, kewangan juga perlu dikorbankan dan privacy diri diketepikan sementera waktu untuk memastikan amanah kepimpinan dilunas dengan baik.

Semua itu memerlukan kata kunci dalaman yang namanya adalah keikhlasan. Mana mungkin pengorbanan yang ditagih tersebut mampu untuk dilaksanakan sekiranya tidak dipasakkan dalam hati. Justeru, bicara atas nama keikhlasan tidak perlu dipanjangkan perbincangannya tetapi ia seharusnya diukir kemas di dalam hati.

Hati-hati dalam meniti lorong berduri kepimpinan. Jangan sampai susah payah dan pengorbanan yang dibuat langsung tiada hasilnya kerana tidak didasarkan kepada keikhlasan. Keikhlasan juga adalah ubat dan penawar kepada keletihan kerana keyakinan bahawa setiap pekerjaan yang ikhlas dilaksanakan akan di nilai.

Yang paling penting ikhlas perlu mengepalai setiap langkah dan kerja buat kita seharian kerana tugas kepimpinan ini akan semestinya dilihat orang dan diperkatakan samada positif ataupun negatif. Ikhlaskan niat di hati.

Kuatkan Jati Diri

Pengaruh sekeliling yang sering berubah dan bermacam caranya, mestilah ditangani dengan sebaiknya, hal ini penting agar suasana dan pengaruh sekeliling yang tidak begitu sesuai dan selari dengan konsep kehidupan bernegara dapat di tangani dengan sebaiknya. Kita perlu bekerja keras untuk menyekat gejala-gejala negatif sambil juga berusaha dengan bersungguh-sungguh menyuburkan nilai-nilai yang selaras dengan falsafah kehidupan di negara kita, Melayu Islam Beraja.

Perubahan dan globalisasi yang berlaku bukanlah merupakan alasan untuk kita menerima apa saja yang datang adalah merupakan pembaharuan. Pembaharuan tidak semestinya menjadikan globalisasi itu asas untuk membelakangkan kehidupan beragama. Kita perlu mempertahankan nilai-nilai orang kitani yang pelikat dengan kehidupan beragama yang betul lagi sempurna. Pengaruh pembaharuan bukanlah bererti ia perlu kita ambil kesemuanya, namun perkara yang baik dapat dijadikan sandaran akan tetapi yang kurang baik mesti kita hindarkan.

Peranan ilmu pengetahuan yang difahami dan dihayati mestilah kita jadikan sebagai asas yang akan membantu kita dalam mewujudkan pembaharuan diri yang lebih teguh. Ilmu pengetahuan dan pendidikan yang tinggi biarlah menjadi asas ke arah pembinaan insan yang lebih berkualiti tinggi. Kita perlu berpegang kepada identiti sendiri, di samping tidak boleh menyempitkan ruang ke arah kemajuan, yang penting bagi kita adalah sensitiviti bangsa. Jika sensitiviti kita tumpul maka ia akan menghakis rasa cemburu. Jika ini terhakis maka akan mudahlah segala pengaruh negatif mencorakkan kehidupan dan pemikiran kita.

Inilah senario yang memerlukan penelitian dan penghayatan serius, isu-isu sedemikian inilah memerlukan bidang pendidikan yang lebih sempurna dan kemas kini.

Page 13: Hw anis

TEMA-7

Pembangunan modal insan remaja sasaran utamanya Oleh: PROF DR. SIDEK BABA

MODAL insan menjadi indikator atau petunjuk penting dalam pembangunan sesebuah negara. Negara-negara yang maju menjadikan pembangunan modal insan sebagai sasaran utama. Malaysia juga mengambil pendekatan yang sama dalam strategi membangunkan modal insannya. Para remaja atau tenaga muda menjadi sasaran penting pembangunan modal insan kerana para remaja mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan. Pada diri remaja, terdapat dinamika diri untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk zaman dan kemajuan

Ada negara yang maju tidak memiliki sumber hasil bumi yang banyak. Negara ini bergantung kepada modal insannya. Banyak negara orang Islam mempunyai sumber hasil bumi yang kaya seperti minyak, gas dan uranium. Tetapi amat lemah dalam pembangunan modal insannya. Akibatnya negara yang memiliki modal insan yang berkualiti, akan mencapai tahap pembangunan yang tinggi. Sementara, negara orang Islam yang kaya dengan hasil buminya tetapi lemah dalam pembangunan modal insannya, negara itu tidak melakukan apa-apa pada hasil kekayaan sumbernya, malah kadang-kadang dieksploitasi oleh negara yang memiliki modal insan yang berkualiti.

Malaysia sedang memberikan tumpuan membangunkan modal insan, tidak saja di kalangan remaja atau generasi mudanya tetapi juga memberi keutamaan ke arah pendidikan sepanjang hayat. Institusi pengajian atau pendidikan berkembang bermula di peringkat rendah sehinggalah di peringkat pengajian tinggi. Ia tidak saja ditaja oleh kerajaan tetapi juga oleh pihak swasta. Prasarana pendidikan di Malaysia sangat berkembang dan para remaja mempunyai peluang yang sangat luas untuk membina bakat diri supaya lahir sebagai modal insan yang berkualiti.

Modal insan berkualiti tidak saja memiliki upaya ilmu dan ketrampilan yang sifatnya semasa dan canggih tetapi ia tidak menolak kepentingan nilai, etika sebagai asas pedoman. Tanpa nilai dan etika remaja akan nantinya kehilangan pedoman dan petunjuk tentang sesuatu yang baik atau buruk, bermanfaat atau membawa akibat buruk, halal atau haram, berguna atau sebaliknya supaya kehidupan dewasanya nanti akan menjadi lebih sejahtera dan baik.

Di peringkat remajalah asas pembangunan modal insan patut di bina. Para remaja adalah manusia yang berangan-angan tinggi. Tukarkan angan-angan menjadi cita-cita. Remaja juga suka berkhayal dan membina imaginasi. Terjemahkan khayalan dan imaginasi kepada idealisme dan faham mengenai realiti. Remaja juga suka mencuba dan ingin dihargai. Jelmakan sikap ingin mencuba kepada kegiatan yang kreatif dan memberi makna kepada kehidupan. Para remaja juga suka berhibur dan berpoya-poya. Alihkan perangai suka berhibur kepada hiburan yang tidak melalaikan dan sikap berpoya-poya kepada sikap menghargai masa. Remaja yang berkualiti ialah remaja yang sentiasa ada disiplin diri. Disiplin diri boleh menjadikan remaja mempunyai daya saing tinggi, fikirannya kreatif dan reflektif, suka berbincang benda-benda yang mempunyai manfaat, cintakan ilmu pengetahuan dan selalu

Page 14: Hw anis

menghubungkan faktor hari depan dengan faktor kualiti dirinya.

Para remaja harus ada keinsafan bahawa faktor-faktor masa lalu dalam pembangunan modal insan adalah tidak sama dengan faktor ilmu dan ketrampilan pada masa kini. Ali bin Abi Talib umpamanya, menasihatkan supaya generasi muda dididik dengan ilmu yang sesuai dengan zamannya. Ia bermakna sifat zaman berkembang sekali gus membawa perkembangan ilmu dan ketrampilan. Manusia terus berfikir untuk mencari dan meneroka sesuatu yang baru. Sekiranya para remaja tidak ada jiwa penerokaan ia bermakna kemajuan tidak akan berkembang. Apabila kemajuan berfikir, berilmu dan daya kreatif tidak ada, kita tidak akan mampu menyumbang apa-apa terhadap orang lain. Sebaliknya kita menjadi manusia pengguna terhadap apa yang orang lain bangunkan.

Sebagai remaja Islam, untuk maju , asas-asas yang fundamental dalam pembangunan diri adalah amat perlu sebelum para remaja mengembangkan bakatnya dalam bidang-bidang yang bakal membawanya kepada kepakaran dan keahlian. Remaja Islam harus terlebih faham dan kukuh akidahnya terhadap Pencipta. Memahami secara ilmu kepentingan akidah terhadap remaja boleh menjadikan remaja orang-orang yang beriman dan bertakwa. Iman dan takwa adalah asas yang sangat penting menjadikan remaja orang-orang yang beradab dan bersyukur.

Remaja juga harus faham tentang maksud ibadah dalam Islam dalam erti kata yang luas. Ibadah tidak hanya dalam batas solat atau puasa, tetapi bagaimana faktor solat dan puasa menjadi faktor penggerak yang menjadikan remaja orang-orang yang memiliki jiwa hamba yang tinggi di mana asas patuh, taat, akur dan tunduk menjadi landasan membangunkan kualiti diri. Inilah maksud rukuk dan sujud dalam solat. Para remaja harus membangun akhlak diri di samping memahami pentingnya faktor syarak dijadikan pedoman dalam melakukan apa saja dalam hidup ini.

Maksud rukuk dan sujud dalam solat umpamanya mendidik kita supaya patuh kepada perkara yang benar dan baik, taat kepada kepimpinan yang baik, akur kepada pentingnya keadilan dan ketulusan dalam hidup dan tunduk kepada keputusan dan peraturan yang memberi kebaikan kepada manusia. Maksud mengamalkan puasa menjadikan kita orang-orang yang bertakwa ialah bagaimana dengan puasa menjadikan kita menginsafi bahawa kawalan hawa nafsu amat penting. Membiarkan hawa nafsu bermaharajalela menyebabkan ramai remaja terjebak dalam salah laku dan maksiat. Mendidik nafsu supaya menjadi jinak dan dapat digunakan ke jalan yang fitrah seharusnya menjadi matlamat remaja. Oleh itu solat dan puasa adalah sesuatu yang amat fundamental bagi remaja amalkan dan hayati supaya akan terbina jiwa-jiwa yang muttaqin yang menjadi asas terhadap pembinaan modal insan.

Kekuatan tamadun Islam pada masa lalu bermula daripada tradisi bina insan yang sepadu yang menyebabkan lahirnya ulama-ilmuan besar, pemikir-pemikir yang agung dan jiwa pelopor yang tinggi. Ia menyebabkan kualiti modal insan tidak saja berkembang dalam budaya zikir, iaitu menghubungkan diri dengan Allah tetapi membangunkan budaya fikir yang amat perlu bagi manusia mengaturkan hidup. Tradisi bina insan berkualiti menghasilkan tokoh-tokoh seperti Ibn Sina, al-Khawarizmi, al- Battani, Ibn-Haytem, Ibn-Nafis, az- Zahrawi, al-Biruni dan ramai lagi yang di peringkat remajanya menghafaz al-Quran, memahami pelbagai bahasa, menekuni bidang tafsir dan agama dan pada zaman dewasanya mengembangkan bakat kepeloporannya dalam bidang perubatan, matematik, astronomi, pakar mata, pakar ilmu darah, pakar bedah dan pakar ilmu falak.

Remaja Islam hari ini tidak hanya harus nostalgik atau kagum dengan pencapaian silam umat Islam tetapi harus bersikap reflektif mengenainya supaya jiwa dan pemikiran reflektif subur

Page 15: Hw anis

ke dalam dirinya. Bagaimana pencapaian silam memberikan dorongan kepada remaja Islam bahawa umat Islam pernah maju dalam semua bidang dan menyumbang kepada terbangunnya tamadun Eropah. Hari ini umat Islam terhina di mana-mana, diperlakukan sesuka hati, dijajah minda dan budaya hidupnya dengan budaya popular Barat hingga menyebabkan sebahagian besar tenaga remajanya hilang jati diri, memeluk budaya Barat seerat-eratnya dan memandang rendah agama dan tradisinya dan akhirnya menjadi si Tenggang kepada sejarah dan tamadun silamnya.

Dalam proses bina insan remaja harus mempunyai tekad dan azam untuk menjadi bangsa atau umat penyumbang. Tidak ada jalan pintas untuk mencapai matlamat tersebut, melainkan para remaja harus bersedia dengan disiplin diri dan tekad yang terancang dan usaha yang bersungguh-sungguh menjadi orang Islam yang baik sekali gus membangunkan bakat diri dengan ilmu-ilmu yang fundamental dan menjurus ke dalam bidang yang menuntut kepakaran dan keahlian. Percayalah, asas inilah yang menjadi asas terbaik dalam pembangunan modal insan supaya para remaja bakal menjadi warga penyumbang bukan saja terhadap negara Malaysia yang dicintai tetapi penyumbang kepada umat Islam dan juga umat manusia.

Page 16: Hw anis

TEMA-7

Melahirkan modal insan berkualiti Selaras dengan usaha Kerajaan untuk memastikan negara ini muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, pembangunan modal insan menerusi bidang pendidikan tetap diberikan penekanan. Ia cukup penting kerana untuk menjadi sebuah negara maju kita memerlukan sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi membolehkan kita bersaing di peringkat global.

Menyedari kepentingan tersebut dan masa yang semakin suntuk untuk memenuhi impian tersebut dalam tempoh 10 tahun akan datang, Kerajaan bersetuju untuk merombak sistem pendidikan negara dengan memberikan lebih penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi serta daya saing yang tinggi.

Untuk mencapai matlamat tersebut, sebanyak RM29.3 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2011 – satu jumlah yang agak besar iaitu peningkatan peruntukan sebanyak 24.9 peratus berbanding tahun lalu sebanyak RM25.5 bilion. Taburan peruntukan tersebut kali ini nampak lebih menyeluruh dan agak seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar.

Bagi memastikan matlamat tersebut dicapai, Kerajaan sudah pun meluluskan dana sebanyak RM6.4 bilion bagi membina dan manaik taraf sekolah-sekolah, asrama-asrama, peralatan serta memertabatkan profesion guru. Pada masa yang sama tambahan sebanyak RM213 juta turut disediakan bagi memberi ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi, pengetua, guru besar serta guru cemerlang.

Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan bajet lalu, Kerajaan tidak akan berkira dalam soal pendidikan dan tidak akan berkompromi dengan kualiti sistemnya. Segala macam kemudahan akan disediakan bagi membolehkan mereka bersaing. Beliau turut menegaskan bahawa bidang pendidikan harus bersifat melangkaui fahaman politik kerana setiap anak Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum, adalah aset dan warisan masa depan negara. Di tangan mereka ini lah letaknya masa depan negara.

Buktinya Kerajaan menyediakan dana pembangunan sebanyak RM250 juta kepada sekolah bantuan modal agama, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil, sekolah bantuan modal Mubaligh dan sekolah bantuan di seluruh negara. Tidak dilupakan pendikan Islam di mana Kerajaan setuju bagi membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat sama ada di peringkat rendah atau menengah dengan peruntukan sebanyak RM95 juta.

Begitu juga dengan peruntukan sebanyak RM576 juta bagi menyediakan tenaga pengajar terlatih dan berkualiti di mana peruntukkan dalam bentuk biasiswa itu bertujuan memberi ruang kepada guru untuk melanjutkan pengajian.

Mengenai usaha mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris – kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati dari United Kingdom dan Australia di mana guru-guru tersebut akan ditugaskan untuk membantu guru-guru tempatan yang mengajar mata pelajaran tersebut dengan memberikan pendedahan kepada mereka mengenai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.

Page 17: Hw anis

Diperingkat kanak-kanak juga tidak dilupakan apabila sebanyak RM111 juta disalurkan untuk Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (Permata). Ia bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai cabang ilmu yang sesuai dengan tahap pemikiran mereka. Pendedahan di peringkat awal ini secara tidak langsung akan menjadikan mereka lebih pintar apabila memasuki usia persekolahan sebenar.

Menariknya, peruntukkan besar dalam bidang pendidikan itu juga turut disertai dengan pemberian multi vitamin kepada penuntut sekolah rendah di seluruh negara. Tujuannya ialah bagi memastikan kanak-kanak sentiasa sihat dan cergas dan mudah untuk menerima pembelajaran di sekolah-sekolah. Pemberian multi vitamin itu adalah sebagai langkah tambahan kepada pojek Susu Sekolah 1 Malasyaia yang dilancarkan sebelum ini.

Page 18: Hw anis

TEMA-7

Memupuk Patriotisme Menghadapi keadaan di atas, bagaimanakah patriotisme dapat dipupuk dan diterapkan di kalangan generasi muda kita?  Bagi generasi muda di Malaysia, idea patriotisme termaktub di dalam Dasar Pembangunan Belia Negara (sebelum 1997, Dasar Belia Negara) dan mendasari Program Khidmat Sosial Negara (PKSN) yang diperkenalkan pada lewat 1990-an.  Kini dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikelolakan kerajaan di bawah Kementerian Pertahanan. Dalam dasar dan melalui program ini peningkatan patriotisme dan semangat kesukarelawanan digalakkan melalui kerja-kerja amal, kebajikan dan kemasyarakatan. Melalui kegiatan-kegiatan tersebut perasaan simpati, bertimbang rasa dan cinta kepada bangsa dan negara akan bercambah dan berkembang.  Dalam perkara ini, pertubuhan-pertubuhan belia dan sukarela yang lain harus memainkan peranan aktif mereka. Seluruh prasarana, struktur, dan rangkaian kerja belia yang telah wujud sekian lama boleh dimanfaatkan sebaiknya. Dengan program-program yang menarik dan yang boleh mendatangkan kesan positif, para remaja belia kita sepatutnya dapat digemblengkan untuk kegiatan-kegiatan demikian.  Satu kegiatan lain yang boleh dipertimbangkan ialah pendidikan kepenggunaan. Ini bertujuan menyedarkan belia agar menjadi pengguna yang baik dan berhemat. Isu kepenggunaan amat penting bagi generasi muda kerana mereka sering merupakan sasaran penting pihak industri dan pengeluar barangan. Pelbagai bentuk tarikan, nilai dan selera baru dicipta atau diadakan untuk mempengaruhi dan memperdaya remaja belia agar membeli atau terus berbelanja. Itu sebabnya jika pendidikan kepenggunaan dapat dijadikan suatu program utama dan tersebar luas di kalangan remaja belia ia mampu membantu pembangunan

Page 19: Hw anis

ekonomi kita di samping memanfaatkan kehidupan remaja belia sendiri.  Di sini perlu diingat bahawa pendidikan kepenggunaan yang dikaitkan dengan patriotisme tidak semestinya bermakna kita cuba mengelakkan remaja belia memilih barangan dan perkhidmatan tempatan berbanding dengan dari yang luar. Selaku pengguna yang bijak remaja belia tentu diharapkan dapat menilai dan menentukan mutu (kualiti) keluaran tempatan berkenaan – bermutu tinggi atau rendah atau tidak bermutu – dan memilih yang bermutu.  Ketika kemelesetan ekonomi, ada dibangkitkan soal perlunya menggalakkan remaja belia kembali ke “tanah hijau”. Dicadangkan agar pertubuhan-pertubuhan belia di desa khususnya menjalankan kegiatan-kegiatan pertanian dan penternakan dengan galakan dan bantuan oleh pihak-pihak yang boleh memberikan pelbagai kemudahan. Perkara ini wajar diberi perhatian segera. Kemampuan menyediakan keperluan makanan sendiri mesti dipertingkatkan agar bangsa dan negara kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa dagangan dan politik antarabangsa, lebih-lebih lagi dalam keadaan krisis atau ketegangan perhubungan.  Begitu juga dengan kegiatan-kegiatan yang menjurus kepada pemuliharaan kemampanan sistem ekologi dan alam sekitar. Masalah kekeurangan air yang sering dihadapi negara sepatutnya menyedarkan kita tentang betapa pentingnya manusia mengurus anugerah Tuhan dengan amanah dan penuh rasa tanggungjawab. Sekadar menyalahkan kemarau atau El Nino kerana kekurangan air di dalam sesebuah negara tropika yang banyak hujan ini tentulah sesuatu yang tidak masuk akal.  Projek-projek pembangunan dan pembinaan yang boleh menyebabkan kehakisan dan meruntuhkan tempat kediaman dan bangunan, serta memusnahkan harta benda juga suatu fenomena buatan manusia yang sepatutnya lebih dapat dikawal kini. Malangnya, pihak-pihak yang bertanggungjawab masih bersikap acuh tak acuh, atau mengemukakan pelbagai alasan dan terus memperjudikan nyawa dan kehidupan rakyat.  

Page 20: Hw anis

Bagi generasi muda, program ekologi dan alam sekitar boleh merupakan suatu proses pendidikan dan penghayatan nilai murni yang berjangka panjang. Kegiatan-kegiatan seperti mendaki bukit, jungle trekking, kempen cintakan flora dan fauna, berkelah di tepi sungai, laut atau padang lapang, menyelam untuk menikmati keindahan di dasar laut, berkayak, berakit, meneroka gua, berkhemah di dalam rimba, berjalan dan bersiar-siar di tepi tasik, selain bergotong-royong menanam pokok, serta melawan penghakisan dan pencemaran, boleh dilakukan secara terancang dan berterusan. Kegiatan-kegiatan yang menarik dan popular ini boleh dijalankan oleh pelbagai pertubuhan dan kumpulan (belia, sukan dan rekreasi), penduduk, sekolah, jabatan dan lainnya), malah oleh keluarga sendiri.  Kebiasaan dengan kegiatan-kegiatan sebegini memupuk perasaan sayang dan bangga kepada tanahair. Jika dilakukan secara kolektif, ia juga menyemai rasa sepunya dan keazaman untuk sama-sama menjaga khazanah alam yang tak ternilai ini.  Di samping itu pertubuhan-pertubuhan yang prihatin harus terus-menerus menganjurkan wacana ilmu dan intelektual yang dapat melibatkan generasi muda dalam perdebatan, polemik dan permasalahan serta isu-isu semasa. Penglibatan remaja belia dalam kegiatan ini akan menggalakkan keprihatinan sosial dan sikap bertanggungjawab terhadap bangsa dan negara di kalangan mereka.  Melalui wacana ilmu dan intelektual maka pengetahuan dan kefahaman mereka tentang sesuatu isu dan permasalahan negara akan meningkat dan ini dapat mendorong komitmen yang lebih tinggi untuk menyumbang kepada negara.  Jika pandangan, perasaan dan fikiran generasi muda ini diberi perhatian dan dihargai sewajarnya maka mereka tentunya berasa penting dan lebih yakin untuk menjadi peserta yang aktif dalam hal-hal kenegaraan dan kepentingan bersama.  Sudah tentu patriotisme mesti dipupuk sejak seseorang masih kecil (di rumah) dan di bangku sekolah lagi. Di sini peranan ibu bapa, ahli-ahli keluarga serta guru-guru amat penting. Begitu juga peranan penting yang dapat dan harus dimainkan oleh sistem

Page 21: Hw anis

pendidikan, media cetak dan elektronik, seni-budaya, serta sistem politik (etika dan cara berpolitik, isu-isu yang diperdebatkan, dasar-dasar parti, dan sebagainya), dalam memupuk patriotisme di kalangan generasi muda.   

TEMA-7

Pendidikan Aset Berharga Membina Generasi Wawasan Friday, 22 May 2009 00:37

Pendidikan merupakan elemen yang sangat penting bagi membangunkan dan memajukan negara. Tamadun-tamadun yang besar terdahulu telah dibina dengan kemajuan pendidikan yang luar biasa. Tamadun Rom, Parsi, China, India dan Islam adalah tamadun yang maju dalam pelbagai aspek kehidupan.

Tamadun China yang telah lama wujud sangat dikenali ramai.Menariknya di dalam sejarah Islam, seruan menuntut ilmu ini dikaitkan juga dengan mencarinya hingga ke negeri China. Di  zaman  Nabi,  China  sudah  cekap membuat  kertas,  bahan  letupan,  barang  tembikar dan lain-lain.  Tentu  ilmu  yang  disuruh  tuntut di China adalah  berkenaan  ilmu-ilmu  yang lain daripada Islam dan sangat bermanfaat kepada ummah. 

Tamadun Islam juga telah mencetuskan kepesatan penemuan-penemuan baru dalam pelbagai bidang kemajuan dunia, merubah paradigma masyarakat dunia terhadap kehidupan dan memberi nafas baru terhadap erti kehidupan. Umat Islam pernah muncul sebagai suatu bangsa yang berilmu kerana amalan agama Islam yang menggalakkan umatnya mempelajari semua cabang ilmu pengetahuan. Islam menyuruh umatnya  mempelajari  berbagai-bagai bidang ilmu bagi mendekatkan diri mereka kepada pencipta. 

Oleh itu perkataan  pertama  yang  disampaikan  kepada Nabi Muhammad  SAW  ialah " Iqrak" yang bermaksud  "Baca".  Rahsia di sebalik turunnya wahyu ini ialah Allah SWT tidak memerlukan sistem lain untuk membangunkan umat manusia kerana wahyu Ilahi dijamin oleh Allah SWT sehingga ke hari kiamat dan tidak ada lagi selepas ini. 

Pendidikan adalah suatu yang dinamik, sentiasa berubah dan bersifat progresif. Negara yang menguasai dinamika pendidikan akan menguasai kunci kejayaan dan dapat mencipta teknologi baru. Finland umpamanya telah melebarkan penguasaan teknologi komunikasi ke seluruh dunia melalui jenama “Nokia”. Finland juga terkenal kerana digolongkan antara negara yang bersih daripada amalan rasuah. Percaya ataupun tidak, tahap pendidikan di Finland sangat mementingkan guru yang berkualiti dan nisbah guru pelajar adalah sangat praktikal. Kelayakan guru sangat tinggi dan sangat dihormati kerana guru adalah pembimbing generasi negara pada masa depan. Bayaran mereka juga memuaskan dan kebajikan dijaga dengan baik. 

Page 22: Hw anis

Jepun dan Jerman adalah dua buah negara yang sangat terkenal dengan pelbagai jenis rekaan dan produk berkualiti bertaraf dunia. Sistem pendidikan kedua-dua buah negara ini menekankan kepada penguasaan ilmu dan teknologi. Elemen ini terbukti mampu memacu pembangunan negara dalam tempoh yang singkat. 

Walaupun Jepun mengalami kemerosotan maruah yang teruk selepas Perang Dunia Kedua, tetapi negara ini dapat membina kembali maruah mereka dengan sangat pantas. Pembinaan negara Jerman juga terserlah dengan kualiti dan jenama yang diperlihatkan kepada dunia iaitu Mercedes dan BMW. 

Hala tuju pembangunan negara wajar disesuaikan dengan sistem pendidikan bagi menghadapi cabaran-cabaran baru seperti membangunkan sistem pendidikan yang menggabungkan latihan dan ilmu, mengurangkan kegagalan pencapaian di peringkat rendah dan menengah serta mengukuhkan pencapaian institusi pengajian tinggi tempatan. Negara-negara maju umumnya mempunyai rakyat yang berpendidikan kolej dan universiti lebih ramai. Kesan pendidikan yang seharusnya diberi perhatian ialah mampu melahirkan individu yang rasional dalam berfikir dan adil membuat keputusan. 

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) meletakkan pembangunan insan sebagai tumpuan untuk memperkasakan sistem pendidikan dan latihan negara. Peruntukan yang sebanyak RM45,149 juta adalah untuk melengkapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran dan pengetahuan bagi melahirkan tenaga kerja yang produktif.  

Tambahan pula Malaysia akan mencapai status negara maju 14 tahun yang akan datang. Jangka masa ini akan diisi oleh generasi muda yang berada dalam masyarakat kita yang sedang ghairah meniti perkembangan usia dan mereka inilah yang akan merasai sepenuhnya nikmat negara maju. Merealisasikan Wawasan 2020 adalah suatu tugas yang penuh kebertanggungjawaban di atas bahu semua pihak khususnya peneraju pendidikan negara. Sembilan cabaran Wawasan 2020 yang sebahagian besarnya berkaitan pembangunan modal insan bermula dengan cabaran membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu dan berakhir dengan cabaran membentuk masyarakat yang makmur. 

Membentuk pelajar yang berpendidikan lebih sukar daripada pelajar yang bersekolah. Proses persekolahan seharusnya melahirkan pelajar yang berpendidikan. Dua tahun di tadika, enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah tidak bermakna dapat melahirkan individu yang berpendidikan. Bersekolah juga dapat melahirkan pelajar berpendidikan malah kadangkala terdapat kegagalan dalam proses berkenaan kerana pelajar menjadi ”burung kakak tua” yang mengulangi pemikiran orang lain dan memberi penekanan terhadap proses mengingat. 

Membentuk masyarakat yang berpendidikan harus bermula dengan perubahan dalam sistem pendidikan dan sikap terhadap pendidikan. Proses pendidikan di sekolah lebih bererti jika ia memberi makna yang sangat menarik terhadap guru dan pelajar. Ini bermakna maksud sebenar pendidikan adalah mencari kebenaran. Bukan sekadar mendapat ilmu tetapi adalah memberi ”simpati” terhadap kepintaran dan kebijaksanaan. Pendidikan juga bukannya mengumpulkan seberapa banyak fakta dan pelbagai objek material tetapi membangunkan sifat ”simpati” yang dipandu oleh kepintaran dan kebijaksanaan. Oleh itu, hasil akhir proses pendidikan yang harus memberikan manifestasi falsafah, moral dan keprihatinan sosial. Peranan pendidikan ialah membangunkan individu sebagai salah seorang ahli pemikir dalam masyarakat bagi mengukuhkan budaya, tradisi dan nilai. Ilmu dan ”bersimpati” terhadap kepintaran dan kebijaksanaan ini mampu menghubungkan diri individu dan masyarakat

Page 23: Hw anis

dengan dunia luar yang dihuni. Kehidupan akan menjadi lebih menarik kerana pengalaman hidup akan merapatkan kita dengan dunia yang ada di sekeliling. 

Memberi kesedaran terhadap kepentingan pendidikan adalah usaha yang berterusan dan perlu bersungguh-sungguh. Masyarakat perlu dididik bagaimana hendak menggunakan ilmu pengetahuan bagi kebaikan mereka sendiri, untuk masa depan dan mewujudkan nilai di dalam diri dan kehidupan mereka. Kesedaran ini akan memacu semangat untuk berkorban mencari ilmu. Ketinggian ilmu akan memberi kelebihan kepada individu berkenaan kerana penguasaannya terhadap ilmu pengetahuan.  

Kelemahan dan kurang cemerlang di dalam hidup bermasyarakat adalah disebabkan nilai hidup mereka.  Tetapi orang Islam tentu tahu  bahawa  Allah SWT tidak  akan  mengubah nasib mereka sehinggalah  mereka  mengubahnya  sendiri.   

”Sesunguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum kecuali mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”. (Surah Ar-Ra’d : 11) 

 Yang  perlu diubah ialah nilai hidup. Nilai hidup yang dikehendaki adalah suci dan murni supaya  umat Islam akan menjadi orang yang beruntung dan berjaya di dunia dan akhirat. 

Membetulkan sikap terhadap pendidikan merupakan satu cabaran. Sistem pembelajaran negara yang masih mengekalkan kaedah pengajaran pasif dan penilaian prestasi yang ketinggalan tidak akan memberi kelebihan kepada generasi muda. Jika perlu, kerajaan boleh membentuk persekitaran kelas yang lebih selesa dan sempurna bagi merangsang proses pembelajaran. Kaedah berasaskan Sigmud Freud yang menitikberatkan hukuman dan dendaan tidak lagi sesuai kerana masyarakat dan ibu bapa perlu membentuk satu pasukan yang berkesan bagi membangunkan pendidikan anak-anak mereka sendiri. 

Pendidikan yang seharusnya diutamakan ialah penguasaan ilmu pengetahuan dalam semua bidang bagi mengelakkan penjajahan minda, ekonomi, budaya dan gaya hidup. Kemampuan menguasai pelbagai disiplin ilmu akan mengurangkan kebergantungan negara kepada pakar-pakar luar. Ulama-ulama Islam terdahulu menguasai pelbagai bidang kepakaran pada satu masa. Mereka menguasai ilmu perubatan dan pada masa yang sama mendalami ilmu sosial, sejarah, fizik, astronomi dan sebagainya. Ketika Christoper Columbus hendak berangkat mencari benua Amerika, beliau berjumpa Raja Sepanyol dengan dikepitnya helaian-helaian peta dunia. Siapa yang menghasilkan peta dunia tersebut? Sejarah kejayaan gemilang kerajaan Islam Andalusia adalah pemangkin kepada keberanian Columbus mencari jalan baru untuk penjelajahan.  

Modal insan adalah teras kepada pembangunan sesebuah negara. Pembangunan aspek modal insan sangat penting bagi menjadikan negara lebih berdaya saing. Ia sememangnya menjadi cabaran utama untuk mencapai Wawasan 2020. Rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran berpotensi memiliki modal insan yang besar untuk dirinya sendiri, masyarakat dan negara. Bersusah payah meningkatkan tahap pendidikan adalah usaha murni yang hanya akan dikecapi dalam jangka masa panjang. Ia selari dengan perkembangan dunia yang menyaksikan persaingan sihat antara negara untuk memperkasakan pendidikan masing-masing. 

Pendidikan menguatkan pembinaan modal insan. Modal insan yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai Misi Nasional yang kedua iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk “minda kelas pertama”. 

Page 24: Hw anis

Pembentangan Bajet 2007 telah memberi peruntukan yang besar kepada pembangunan modal insan iaitu sebanyak 21 peratus yang merangkumi RM6.7 bilion untuk pendidikan rendah, RM6.2 bilion untuk pendidikan menengah, RM10.4 bilion untuk pengajian tinggi dan RM10.1 bilion bagi program latihan. Sepanjang tempoh RMK-9, kerajaan akan terus giat membangunkan modal insan untuk memacu transformasi ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. 

Pendidikan yang sesuai bermakna individu belajar untuk memberi tindakbalas yang positif terhadap persekitaran dan budaya, menghargai kebebasan dan kemerdekaan diri serta memahami kepentingan terlibat secara aktif dalam masyarakat dan budaya mereka.

TEMA-4

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' (bahasa Latin patria < bahasa Greek patris, πατρίς), oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. (Kedua-dua gerakan politik nasionalis dan penyataan patriotik mungkin, namun tidak semestinya, bersikap negatif terhadap 'tanah air' bangsa lain).

Patriotisme mengandungi konotasi etika: adalah dibayangkan bahawa 'tanah air' ini (biar bagaimana sekalipun ertinya) sendirinya adalah satu taraf moral atau niali moral. Penyataan negaraku benar atau salah - mungkin salah tafsir petikan dari pegawai tentera laut Amerika Syarikat Stephen Decatur, tetapi juga dianggap dinyatakan oleh Carl Schurz - merupakan bentuk yang teramat sangat bagi kepercayaan ini. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran demi tanah air merupakan contoh tipikal bagi patrotisme ekstrem.

[

Patriotisme peribadi adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi nilai-nilai patriotik tertentu, seperti menghormati bendera.

Kerajaan memupuk patriotisme rasmi yang penuh isi simbolik dan istiadatnya. Patriotisme ini adalah kepentingan logik negeri itu sendiri, yang memperoleh kesahan dari menjadi penyataan kebaikan bersama komuniti politik. Tugu negara dan Hari Bekas Perajurit dan upacara peringatan merupakan contoh-contoh tipikal bagi jenis patriotisme ini. Selalunya patriotisme rasmi diatur oleh protokol, dengan kaedah-kaedah tertentu untuk mengendali bendera, atau jaminan atau penunjukan kesetiaan tertentu.

Patriotisme banyak bergantung kepada tindakan simbolik, seperti mempamerkan bendera, menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan beramai-ramai, meletakkan pelekat bampar patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk menyatakan kesetiaan

Page 25: Hw anis

kepada negara di peringkat umum. Patriotisme simbolik ketika perang dijangka menaikkan semangat yang pula menyumbang kepada usaha perang. Patriotisme masa aman tidak boleh dikaitkan begitu mudah kepada faedah yang boleh diukur untuk negeri, namun patriot tidak merendah-rendahkannya.

Sesetengah pihak menegaskan bahawa (tidak seperti nasionalisme moden, iaitu pembentukan negara abad ke-19), authentic patriotism (seperti yang ditunjukkan perkataan bahasa Latin 'pater') mestilah berasaskan suatu bentuk genofilia dan perkongsian nenek moyang.

Tahap patriotisme berubah-ubah sepanjang masa, dan berbeza-beza di kalangan komuniti politik. Biasanya, keamatan patriotik lebih tinggi apabila negeri diancam oleh pihak luar.

TEMA-4

MENGHARGAI PENGORBANAN PERAJURIT

SUASANA aman di negara ini membolehkan kita bangun pagi dengan rasa tidak takut dan dapat bekerja secara aman. Kita juga boleh berniaga dan mengaut keuntungan tanpa bimbang sebarang keadaan yang tidak menentu.

Selain itu, kita juga dengan selesa dapat membina keluarga yang sihat dan menghantar anak-anak ke sekolah. Malah kita yakin masa depan anak-anak ini akan turut terjamin. Mereka pasti dapat mengecapi keselesaan hidup turun-temurun.

Keadaan ini dapat diwujudkan kerana ada kalangan kita yang menjadi anggota keselamatan bagi memelihara keamanan negara.

Kita harus faham bahawa bidang ketenteraan bukan merupakan satu pekerjaan atau kerjaya biasa. Ia memerlukan komitmen, semangat, malah pengorbanan tinggi dengan mempertaruhkan nyawa untuk keselamatan semua pihak.

Mereka yang menyertai pasukan keselamatan harus mempunyai sifat patriotik yang tinggi kerana wang ringgit tidak dapat memberi nilaian padanya.

Pengorbanan mereka ini dapat dilihat dengan adanya anggota tentera yang gugur dan cacat anggota. Maka, apabila keadaan ini berlaku, keluarga mereka yang terdiri daripada balu dan anak-anak turut melakukan pengorbanan besar.

Bukan itu saja, dari segi amalan ketenteraan, berbanding dengan pekerjaan lain, seseorang anggota tentera harus bersara awal daripada perkhidmatan mereka.

Selain itu, tugas ketenteraan yang tidak mengenal masa dan tempat turut menuntut pengorbanan diri dan keluarga yang tinggi.

Perubahan kerjaya dalam umur pertengahan ini seringkali menyukarkan mereka sedangkan anak-anak baru saja membesar dan memerlukan pembiayaan yang semakin meningkat. Kesemua ini merupakan pengorbanan anggota tentera.

Page 26: Hw anis

Sepanjang sejarah, negara ini amat terhutang budi kepada pengorbanan perajurit. Ketika pengganas cuba menguasai negara, para perajurit telah melakukan banyak pengorbanan untuk mempertahankan negara daripada jatuh ke tangan komunis.

Malah kejayaan para perajurit melindungi rakyat daripada dizalimi komunis membolehkan negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Maka apabila pengorbanan perajurit berjaya mematahkan keganasan komunis dan menamatkan Darurat pada 31 Julai 1960, maka tarikh itu menjadi Hari Pahlawan yang disambut setiap tahun hingga ke hari ini.

Namun begitu, selepas Darurat, perajurit-perajurit kita terus berkorban di hutan-hutan untuk menghapuskan saki-baki komunis hinggalah mereka meletak senjata pada tahun 1989.

Kini, pasukan keselamatan mesti terus berjaga-jaga dan memelihara keamanan negara daripada apa saja ancaman yang boleh timbul untuk merosakkan kehidupan rakyat.

Sesungguhnya, tidak ada apa yang dapat membalas pengorbanan perajurit-perajurit itu. Ini kerana pengorbanannya teramat tinggi nilainya. Mereka juga berjuang dengan ikhlas dan tidak mengharapkan balasan yang setimpal.

Apa yang diharapkan hanyalah sumbangan ikhlas daripada orang ramai untuk mengisi Tabung Hari Pahlawan.

Justeru, sebagai rakyat yang tahu berterima kasih dan sedar tentang tanggungjawab, kita semua, baik secara individu mahupun organisasi dan syarikat mestilah menyahut Rayuan Hari Pahlawan dengan menghulur sumbangan seikhlasnya.

Sesungguhnya, sumbangan yang kecil itu besar ertinya kepada hati nurani kita yang sedar tentang harga perdamaian, keamanan, keselamatan dan kemakmuran negara.

Page 27: Hw anis

TEMA-4

Apa tu patriotik? Patriotik merupakan semangat kebangsaan cinta akan negara. Umumnya kita tahu kalau nak bicara pasal patrotik ni, mesti akan dibincangkan masa nak dekat dengan hari kemerdekaan negara dan juga pelbagai lagi cintakan negara.

Sebenarnya tak cukup tu. Apa yang aku tengok sekarang ni, rakyat negara kita tak sayangkan negara sendiri. Mana tidak, apa – apa yang dilakukan oleh pelbagai pihak selalu diputarbelitkan, disisih mahupun diperleceh!

Sejak pemerintahan dibawah Perdana Menteri ke enam, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pelbagai cara digunakan untuk menyatupadukan dan menyemai perasaan cinta rakyat Malaysia kepada negara. Bukan dibawah pemerentahan Dato’ Najib sahaja, bahkan semasa semua era pemerintahan Perdana Menteri, mereka akan cuba mengubah perasaan sayang dan cinta rakyat kepada negara.

Cuba kita lihat dalam konteks yang mudah, bagaimana rakyat Malaysia yang kononnya cinta akan negara sendiri menyokong produk buatan Malaysia? Seringkali, produk buatan Malaysia dijadikan dan dianggap sebagai produk kedua dalam negara terutamanya sambutan rakyat Malaysia terhadap kereta nasional negara, Proton.

Dari dulu lagi, semasa proses penubuhan Proton Tun Dr. Mahathir sebagai pengasas Proton menerima pelbagai kritikan dan sindiran dari dalam negara sendiri, seperti “Nak buat jarum pun nak harap barangan China, inikan nak buat sebuah kereta” dan apabila terhasilnya produk automotif negara pertama iaitu Proton Saga, sekali lagi ia mendapat sindiran diejek dengan ejekan “kereta tin milo” dan lain – lain lagi.

Setelah lebih 20 tahun kewujudan Proton sejak kelahiran Proton Saga, Proton mempunyai evolusi tersendiri dan menghasilkan pelbagai produk yang hebat seperti yang terbaru, wajah baru Persona Elegence yang dilancarkan pada pertengahan Mac 2010. Apa kata rakyat pada kereta buatan Malaysia?Seperti yang selalu kita dengar, bila terjadi pelbagai kerosakan pada kereta kita, mesti perkataan “Alah, biasalah kereta Malaysia”, “Proton memang macam tu” dan pelbagai lagi.

Page 28: Hw anis

Cukuplah dengan contoh produk kebangsaan negara, Proton dari itu kita dapat membayangkan kesetiaan, sayangnya rakyat pada negara dan juga semangat patriotik rakyat kita. Kerajaan dah buat pelbagai cara untuk membantu rakyat tetapi rakyat yang tak mahu menghargai apa yang diberikan oleh kerajaan.

Tak kesah apa jua perbezaan fahaman Politik, kita kena pentingkan semangat patriotik dan cintakan negara. Kalau kita tak sayangkan negara senndiri, siapa yang akan jaga negara kita? Mat Indon? Mat Bangla? Pekerja Nepal yang berlungguk dalam negara kita?

TEMA-4

Mengurus Kejayaan

1. Malaysia ialah sebuah negara sedang membangun yang telah mencapai kejayaan besar dalam pelbagai bidang, dan kini sedang berusaha menjadi sebuah negara maju menu rut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Untuk menjadi sebuah negara dan masyarakat yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, Malaysia perlu bijak mengurus kejayaannya agar ia dapat diperkulruh dan dipertingkatkan.

2. Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Hanya dengan demikian, barulah kejayaan yang dicapa,i dapat dilestarikan, kesejahteraan rakyat dapat dipelihara dan ditingkatkan. Dengan cara itu juga prasarana Dunia Pertama yang sudah pun terdapat di Malaysia tidak disia-siakan atau disalahgunakan, manakala sikap dan mentaliti Dunia Ketiga dapat dikikis.

3. Perangkaan atau data penting Malaysia memperlihatkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2003 telah meningkat sebanyak 4.5 peratus kepada RM229.3 billion. Pertumbuhan ini dijangka meningkat pada kadar 5.5 hingga 6 peratus dalam tahun 2004. Kemudahan prasarana negara semakin menyeluruh dengan liputan bekalan elektrik dan bekalan air masing-masing mencapai tahap 94 dan 92 peratus sehingga tahun 2002. Pendidikan peringkat rendah telah mencapai 97.8 peratus kemasukan, manakala kadar celik huruf pada tahun 2002 adalah pada tahap 94 peratus. Jangka hayat lelaki dan wanita juga telah meningkat masing-masing kepada 70.4 tahun dan 75.3 tahun manakala kadar kematian bayi semasa lahir juga telah menurun dari 6.6 bagi setiap satu ribu pada tahun 2001 kepada 6.2 pada tahun 2002. Pembangunan, pertumbuhan dan daya saing negara seperti ditunjukkan daripada perangkaan ini banyak didasari oleh pengukuhan elemen-elemen nilai murni, integriti dan akauntabiliti. Di samping itu, ia juga berasaskan pertanggungjawaban semua pihak bagi memastikan kejayaan negara dan kesejahteraan rakyat dikecapi secara berterusan.

Page 29: Hw anis

4. Pada masa yang sama, kesedaran rakyat semakin meningkat supaya gejala yang bertentangan dengan prinsip etika dan integriti seperti rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan ketidakcekapan dihapuskan. Rakyat menuntut integriti dipertahan dan dipertingkatkan dalam semua urusan kerajaan, swasta, parti politik, media, kesatuan sekerja, NGO, belia, pelajar, dan masyarakat umum.

Komitmen Kerajaan Malaysia

5. Kerajaan Malaysia sangat komited kepada usaha pembangunan negara secara total. Dasar-dasar negara yang mencakupi bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial telah diperkenal dan dilaksanakan secara menyeluruh dan teratur. Kemajuan Malaysia masa kini adalah hasil daripada perancangan yang teliti oleh pihak Kerajaan dan agensi-agensinya, pihak swasta, serta pelbagai sektor masyarakat secara bersepadu dan berterusan.

6. Semenjak tahun 1951 sehingga kini, Mataysia telah pun melaksanakan sebelas rancangan lima tahunnya. Sejak tahun 1971 pula, negara ini telah dibimbing oleh tiga Pelan Jangka' Panjang, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000), dan Dasar Pembangunan Wawasan (DPW) (2001-2010).

7. Hala tuju dan prinsip dalam ketiga-tiga pelan jangka panjang ini dipandu oleh semangat dan prinsip negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Wawasan 2020. Perlembagaan Persekutuan menggariskan kontrak sosial yang menjadi pedoman kerukunan hidup serta kemajuan negara dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara ialah falsafah dan ideologi negara yang diisytiharkan pad a 1970 untuk membentuk konsensus baru, menyatupadukan masyarakat berbilang kaum serta membangunkan sebuah masyarakat yang adil, demokratik, liberal dan progresif. Wawasan 2020 yang diumumkan pad a tahun 1991 mengandungi aspirasi negara ini untuk menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri serta cabarancabaran yang perlu ditanganinya dalam usaha merealisasikan aspirasi itu. Prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Wawasan 2020 menjadi asas pelbagai dasar dan strategi yang dilaksanakan di Malaysia sehingga ke hari ini.

Page 30: Hw anis

TEMA-1

Semangat kejiranan ................(ubah suai supaya sesuai dengan SPM)Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan kepentingannya.

.............Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.

.............Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

.............Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.

.............Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.

.............Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

.............Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang

Page 31: Hw anis

saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.

............Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita? TEMA-1

Manusia kini tidak mementingkan semangat kejiranan, mereka bersifat bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Peribahasa ?bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing? sesuai menggambarkan sikap masyarakat kita pada masa ini. Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakt kita, terutamanya warga kota, disifatkan sebagai enau dalam pepatah tersebut kerana hanya mementingkan diri sendiri dan bersikap individualistik. Natijahnya, kita lebih suka hidup menyendiri dan semangat kejiranan yang dulunya menjadi teras masyarakat kita, sudah kian pudar dan luntur. Hakikat ini amat membimbangkan kerana semnagat kejiranan, yakni semnagat yang dipunyai oleh ahli-ahli masyarakat untuk menjaga kebajikan dan kepentingan anggota masyarakat yang lain, sangat diperlukan untuk menjamin perpaduan masyarakat.

Oleh yang demikian, kita perlu meneliti faktor-faktor yang telah menyebabkan perubahan sikap masyarakat kita. Dalam pada itu, pendidikan memainkan peranan yang penting. Peluang pendidikan yang semakin meluas telah pun berjaya menghapuskan buta huruf dan meningkatkan daya pemikirana serta pengetahuan masyarakat kita. Namun demikian, pada masa yang sama, pendidikan juga telah mengakibatkan masyarakat mula berubah perspektif terhadap kehidupan, terutamanya generasi muda. Contohnya, melalui pendidikan, golongan belia mula memperolehi jawatan tinggi dan berpendapatan tinggi. Oleh itu, mereka berasa mereka dapat berdikari dan tidak lagi memerlukan orang lain. Mereka pula hanya mementingkan kebahagiaan dan kepentingan sendiri. Maka, mereka menumpukan semua masa mereka untuk mencari kepuasan diri dan melupakan tanggungjawab sosial mereka terhadap kebajikan masyarakat secara keseluruhan.

Selain itu, perkembangan masyarakat kota melalui penghijrahan kampung dan proses urbanisasi juga merupakan satu faktor yang lain. Kehidupan di kota amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan di kampung. Masyarakat desa yang mementingkan semnagat kejiranan dan kerjasama mula pupus dengan perkembangan bandar-bandar yang mempunyau pelbagai kemudahan dan peluang pekerjaan. Sebagai contoh, kita seringkali melihat penduudk kampung bergotong-royong unuk membina jambatan, membersihkan kawasan sekeliling dan sebagainya. Sikap sebegini tidak langsung wujud di kalangan warga kota kerana mereka terlalu sibuk dan hidup dalam suasana persaingan yang amat snegit.

Justeru, perbezaan sikap masyarakat juga telah disebabkan oleh pengaruh norma-norma kebaratan. Kita sedia maklum bahawa pengaruh barat meresap ke dalam kehidupan dan kebudayaan kita melalui perkembangan media massa. Kebudayaan dan cara hidup Barat yang mengagung-agungkan kebebasan individu, sikap materialistik dan mementingkan hak peribadi sebelum masyarakat sentiasa dipaparkan dalam rancangan televisyen dan radio. Masyarakat tempatan pula terlalu ingin mengikuti cara hidup barat yang liberal supaya dipandang sama taraf dari segi kemajuan sosial. Malangnya, ini telah menyebabkan kita menggadaikan nilai-nilai tradisional yang menyeru supaya kita mempertimbangkan kepentingan masyarakt dalam melakukan sesuatu perkara.

Teknologi juga telah menjadi satu lagi faktor yang menyebabkan kita kurang menghiraukan semnagat kejiranan. Ini keran, dengan perkembangan teknologi yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi secara langsung dengan ahli-ahli masyarakat yang lain. Melalui penggunaan telefon, faksmili dan Internet, kita tidak lagi perlu bertemu secara berseorangan untuk berhubungan. Ekoran daripada itu, kita hilang kemahiran untuk berkomunikasi dan sikap ramah-tamah. Sebaliknya, kita menjadi kera sumbang dan hanya mampu berkomunikasi engan orang lain dengan bantuan teknologi. Jelas bahawa semangat kejiranan akan pudar kerana semangat ini tidak dapat dipupuk jika ahli-ahli masyarakat tidak boleh berhubung antara satu sama lain dengan baik.

Struktut perumahan moden juga menyukarkan penanaman semangat kejiranan di kalangan masyarakat kita. Kebayakan rumah dan pangsapuri moden dibina dengan tembok yang tinggi dan pagar-pagar. Hai ini jauh berbeza dengan rumah-rumah di kampung yang tidak mempunyai sempadan untuk membezakan rumah satu jiran daripada rumah jiran yang lain.

Page 32: Hw anis

TEMA-1

Konsep kejiranan lemah punca jenayah pecah rumah di musim perayaan

2010/09/09KUALA LUMPUR: Konsep kejiranan yang lemah adalah antara punca kejadian jenayah pecah rumah terutama pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Kebiasaannya pada hari itu, masyarakat Islam di ibu kota khasnya akan meninggalkan rumah untuk satu jangka masa yang agak panjang untuk pulang berhari raya di kampung masing-masing. Oleh itu, kecenderungan untuk berlaku jenayah seperti pecah rumah dan kehilangan kenderaan amat besar, demikian menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah. Katanya, walaupun kegiatan pecah rumah terutama pada musim perayaan masih ada tetapi kegiatan mencuri kenderaan jarang berlaku kerana kepekaan oleh jiran-jiran tetangga.

"Seorang penyamun memerlukan dua atau tiga minit untuk memecahkan pintu kereta dan tempoh waktu itu jiran-jiran terdekat dan peka sempat untuk menahan penyamun tersebut," katanya ketika di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, walaupun terdapat rondaan yang kerap semasa musim perayaan tetapi jika tiada keprihatinan jiran ia menyukarkan pihaknya untuk mendapatkan maklumat.

"Rondaan kerap dilakukan pada waktu siang dengan cara berjalan kaki, menaiki motosikal atau MPV dan jika berjalan kaki lebih memudahkan kerana pantauan yang teliti di dalam sesebuah rumah jelas dilihat," katanya. Beliau berkata, selain keprihatinan jiran tetangga, wujudnya balai polis bergerak yang menjadi pusat operasi di kawasan-kawasan panas akan mengelakkan berlakunya sebarang jenayah.

"Pada musim perayaan, balai tersebut diletakkan secara kekal dan pihaknya akan memantau kenderaan yang keluar dan masuk terutama pada waktu malam dan sesiapa yang dilihat mencurigakan akan ditahan dan diperiksa," katanya.

Beliau juga menasihatkan semua warga Kuala Lumpur yang ingin pulang ke kampung supaya jangan meninggalkan barang yang berharga di dalam kereta bagi mengelakkan sebarang kejadian jenayah

Page 33: Hw anis

TEMA-1

PENGARUH FACEBOOK DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT KINI

Perubahan teknologi telah membawa kepada perubahan gaya hidup. Kini dunia dirasakan semakin sempit kerana apa yang berlaku di hujung dunia sana; hujung dunia disini telah mendapat tahu dalam beberapa saat sahaja. Menurut penyelidikan yang dibuat oleh IDC Research, pengguna Internet di Malaysia telah menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut dijangka akan melonjak kepada 20.4 juta orang pada 2012. Daripada jumlah itu, perkhidmatan laman web rangkaian sosial di Malaysia telah mencatatkan penggunaan sebanyak 66 % pada bulan Disember 2008 iaitu di tangga ketiga selepas Singapura (74.3%) dan Korea Selatan (68%). Penggunaan aplikasi rangkaian sosial telah mula menular sehingga telah menjadi bagaikan satu budaya dan santapan harian bagi sebahagian besar pengguna Internet di seluruh dunia. Ia semakin bercambah sehingga mula mendominasi carta dari segi jumlah pelawat yang melayari alam siber dan dunia komunikasi maya. Ia begitu mendapat perhatian di seluruh dunia kerana ia merupakan cara berkomunikasi yang paling menjimatkan dalam menjalin kembali hubungan dengan sahabat lama yang terpisah dan mendapat kawan baru hanya dengan berada dalam talian tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos. Selain itu ia juga popular dikalangan mereka yang terlibat dalam perniagaan dimana ia digunakan bagi mempromosi dan menjual barangan atau perkhidmatan.

Secara amnya, laman web rangkaian sosial merujuk kepada perkhidmatan yang membenarkan individu membentuk komuniti sosial secara dalam talian untuk pelbagai tujuan dan aktiviti. Secara keseluruhannya, kini terdapat lebih kurang 170 laman web rangkaian sosial yang popular dan aktif digunakan oleh pengguna Internet seluruh dunia seperti Facebook, Twitter, Myspace, Friendster dan sebagainya. Walaupun fenomena rangkaian sosial global yang popular seperti Facebook telah mula menembusi pasaran dunia, terdapat juga beberapa aplikasi rangkaian sosial tempatan yang menawarkan kandungan dan perkhidmatan tempatan yang aktif digunakan seperti eKawan, Ruumz, GoEatOut, Circles99, FriendX, eMeiMei serta Pacmee. Kebanjiran laman web sosial ini telah membawa perubahan besar kepada dunia perhubungan dimana ia digunakan secara meluas bukan sahaja oleh remaja malah pemimpin negara sendiri bagi memudahkan mereka berkomunikasi serta saling menyampaikan pendapat dan pandangan. Tidak semata-mata menyediakan platform perbincangan atau pertukaran pesanan di antara ahli, kehadiran laman-laman ini turut menawarkan pelbagai medium interaksi moden. Ia termasuklah aplikasi perbualan dalam talian, perkhidmatan emel, paparan video, pembinaan blog dan perkongsian fail.

Merujuk kepada kamus Dewan bahasa edisi keempat 2005, laman web sosial boleh diertikan sebagai satu laman atau fail jaringan sejagat (www) yang biasanya ditulis mengikut format HTML, Javascript, ASP atau PHP dan ia bertujuan untuk bersosial. Seperti mana yang kita ketahui laman web sosial telah menjadi satu medium pengantara di antara dua orang individu untuk saling berkomunikasi dengan mempunyai tujuan yang tertentu (Azizan Kadir 2010).

Page 34: Hw anis

Mengambil contoh laman interaktif Facebook, ia kini memiliki 350 juta pengguna di peringkat global. Fenomena Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini. Facebook yang mula diperkenalkan oleh Mark Zuckerberg seorang pelajar di Universiti Harvard pada 4 Februari 2004 telah menjadi fenomena seluruh dunia apabila berjaya mengumpulkan lebih 150 juta pengguna berdaftar dalam masa beberapa tahun dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Facebook pada asalnya merupakan laman web kampus sehingga la ia dibuka kepada orang ramai pada 2006. Sehingga kini menurut Compete.com, Facebook telah mengalahkan pesaing utama laman sosial mereka seperti Myspace dan Twitter danFriendster.

Bagaimanapun setiap perkara ada pro dan kontranya. Facebook serta laman sosial lain juga tidak terlepas dari menghadapi isu ini. Tidak dinafikan penggunaan facebook boleh membantu mencari kenalan-kenalan lama yang telah lama hilang dan menambah kenalan baru. Hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, univeristi, kolej ataupun di tempat kerja akan lebih erat. Orang menggunakannya untuk mencari pengaruh, menambah kenalan dari serata ceruk dunia, mengiklankan perniagaan, buka kelab peminat, sekadar berkomunikasi, berkongsi maklumat, mencari semula kawan-kawan lama dan macam-macam lagi.

Facebook juga menjadi tempat untuk memajukan sesuatu empayer perniagaan maya di seluruh dunia. Sebagai contohnya, melalui facebook penggunaanya boleh memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat mereka atau perniagaan kepada rakan-rakan dalam talian facebook, kemudian rakan-rakan pula akan memberitahu rakan-rakan mereka yang lain melalui tag iklan. Dengan facebook apa-apa promosi dapat dilakukan dengan cepat.

Facebook sebagai alat perantara untuk perniagaan. Ia mudah untuk mendapatkan target pasaran. Oleh itu, apabila kita ingin menyebarkan tentang barangan terbaru atau membangunkan perniagaan, iainya amat mudah. Ini kerana facebook menjadikan kumunikasi tanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan kita. Dalam sehari jutaan pengguna facebook akan melihat apat yang terbaru dalam halaman utama facebook mereka. Jadi kesempatan tersebut boleh digunakan untuk mempromosikan barangan terbaru kita. Jumlah rangkaian akan mudah bertambah dari setiap minit selepas kita mengemaskini laman peribadi dan memaparkannya di halaman utama facebook Kita juga boleh mengetahui tentang tempat-tempat yang kita tidak pernah pergi dengan bertanya kepada rakan dalam facebook. Atau ingin mencari hotel atau kediaman yang sesuai di tempat yang menarik, pasti ramai yang akan memberi cadangan yang menarik. Melalui facebook juga kita boleh mendapatkan khidmat rundingan dan kaunseling jika mempunyai sebarang masalah. Pasti ahli-ahli panel yang pakar motivasi akan memberikan kaunseling yang boleh digunakan dan dijadikan panduan dalam kehidupan.

Banyak permainan yang terdapat di dalam facebook yang boleh menghilangkan rasa bosan atau tidak tahu untuk melakukan sesuatu, pengguna boleh bermain game secara online. Sememangnya ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghilangkan rasa bosan dan sunyi.

Di sebalik kebaikan yang diperolehi melalui penggunaan facebook, pengguna juga akan mendapat keburukan melaluinya jika tidak digunakan dengan betul. Antara keburukan yang paling ketara ialah pembaziran masa. Ia akan berlaku sekirannya seseorang pengguna

Page 35: Hw anis

facebook leka dan lalai melayan facebook seperti asyik bermain game atau berbual bersama rakan. Selain dari membuang masa, pengguna facebook juga akan membazir elektrik kerana pengguna akan memasang laptop atau komputer selama berjam-jam lamanya. Ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran elektrik. Bukan itu sahaja, akibat daripada kelalaian pengguna menggunakan facebook, kebarangkalian pengguna akan mendapat prestasi yang rendah juga akan berlaku. Ini kerana, apabila pengguna mula lalai dengan pelajaran dan asyik dengan facebook, maka pengguna akan malas untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat tugasan kuliah. Ada yang lebih teruk lagi, kadang-kala pengguna facebook yang terlalu taksub dengan facebook boleh lalai dan lupa untuk makan sehingga boleh menghidapi penyakit yang tidak dapat dijangkakan. Seperti penyakit susah tidur dan sakit perut. Facebook yang digunakan sebagai penghantar maklumat yang salah dan disebarkan kepada

semua pengguna facebook boleh menjatuhkan maruah seseorang. Mereka inilah sebenarnya seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak berani menghadapi situasi sebenar. Sekirannya pihak yang difitnah tidak boleh menerima penyebaran fitnah yang dikenakan ke atas mereka, pasti akan berlaku pergaduhan antara keduanya.

Penggunaan facebook yang menjatuhkan maruah seseorang berdasarkan penyebaran fitnah di ruangan facebook dan penyampaian berita yang tidak benar tentang seseorang akan menimbulkan pergaduhan jika tidak dicegah. Pakar pendidikan dari Universiti Negeri Padang (UNP), Prof. DR. Nurtain mengatakan kini banyak pelajar dan mahasiswa yang tidak memanfaatkan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi internet untuk hal-hal positif namun lebih cenderung hanya untuk menghabiskan waktu dan hal yang tidak bermanfaat (E.Pendidikan.com). Mahasiswa dan mahasiswi membuang terlalu banyak untuk bermain Games Online. Waktu ini sebaiknya digunakan untuk mengulangkaji pelajaran di sekolah.

Individu yang menjatuhkan seseorang dengan menggunakan media massa seperti facebook bukan perjuangan semata-mata tetapi bertindak sebagai pengecut. Mungkin kerana mereka takut dengan pihak polis. Barangkali dengan penggunaan facebook, dapat menutup maklumat peribadi mereka daripada dikenali ramai. Facebook adalah satu medium yang digunakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan sebagainya. Namun cara ini bukanlah satu cara yang terbaik. Untuk menuntut keadilan atau hak seseorang perlulah diperjuangkan dengan cara yang betul iaitu melalui prosedur undang-undang negara yang telah ditetapkan. Penyalahgunaan laman web sosial boleh menyebabkan seseorang dijatuhkan hukuman dan bukannya menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Jika ditanya kepada pakcik±pakcik di kedai kopi, makcik±makcik dipasar dan juga budak±budak sekolah, kebanyakkan mereka memang tahu apa itu facebook. Facebook bukan sahaja tempat untuk menghubungkan talian yang telah lama terputus, namun medium ini boleh mencetuskan kontroversi yang bukan sahaja dapat menjatuhkan maruah seseorang individu dan juga berpotensi memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini. Tidak ketahui apa yang bermain difikiran mereka ini, adakah mereka ingin bergurau atau mereka sebenar gagal mengawal kemarahan mereka lantas meluahkannya di laman facebook. Tidakkah mereka sedar bahawa apa yang ditulis oleh mereka ini dapat dilihat oleh jutaan pembaca diseluruh Malaysia? dan tidakkah juga mereka berfikir bahawa bukan semua daripada mereka dapat menerima apa yang ditulis oleh mereka? Contoh paling dekat sekali seperti Hani Tarmizi, Joanna Ann, Lynette Lincoln dan juga Adukateruna, mereka ini antara manusia ± manusia yang gagal menggunakan akal mereka dalam meluahkan perasaan atau pendapat didalam shout box facebook. Kalau dilihat perwatakkan mereka, mereka bukanlah seorang yang bodoh tetapi mengapa mereka sanggup mengeluarkan kenyataan±kenyataan yang bodoh di dalam facebook? Mereka tidak terfikirkah bahawa perbuatan mereka itu bukan sahaja akan

Page 36: Hw anis

memecahbelahkan kaum atau menguris hati seseorang individu bahkan akan mengundang padah kepada diri mereka sendiri. Lihat Hani Tarmizi, sekarang dia mungkin tidak senang duduk di Sarawak kerana menghina kaum Sarawak, Joanna Ann dan Lynette Lincoln yang menghina Agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W dan sekarang mereka terhegeh±hegeh merayu kepada orang ramai agar tidak memaparkan komen±komen kurang ajar mereka di internet dan juga Adukateruna, yang sedang menunggu untuk dibicarakan di mahkamah kerana menghina almarhum Sultan Johor. Mereka ini bukan hanya mementingkan perasaan mereka sahaja, tapi mereka tidak langsung mengendahkan kesannya dengan apa yang mereka lakukan. Usaha menjatuhkan seseorang melalui facebook sebenarnya menunjukkan kelemahan dan ketidakberaniaan seseorang. Ia sebenarnya menjatuhkan maruah diri sendiri bukannya maruah orang yang difitnah itu. Kebenaran tetap akan berpihak kepada yang benar dan kebenaran itu akan diketahui orang juga suatu hari nanti. Diharap selepas ini tiada isu±isu seperti ini timbul kembali. Jadikan perbuatan mereka ini sebagai iktibar, kebebasan menulis yang diberi bukan lesen kepada kita untuk menghina agama, kaum dan individu. Sensitiviti perlu dijaga, dan yang penting sekali pastikan akal menguasai nafsu sebelum menulis, bukannya nafsu menguasai akal. Ingat segala yang ditulis di facebook sekarang dipantau oleh pihak berkuasa jadi berfikirlah dua kali sebelum anda semua melempiaskan amarah atau pendapat anda di facebook. Perhatikan satu persatu ayat anda agar ia tidak menjadi isu kelak.

Dengan rangkaiannya yang begitu meluas dan pantas, facebook memang sangat baik digunakan untuk dakwah mengembangkan Islam, promosi perniagaan atau mencari pengaruh serta lain-lain hal yang wajar. Jadi, kepada pendakwah, penulis, sasterawan, wartawan, peniaga dan yang seumpama dengannya memanfaatkan jaringan maya di internet dengan sebaik mungkin. Pengguna facebook boleh saling bertukar-tukar pandangan dan idea di samping menambah ilmu pengetahuan Suasana pembelajaran secara sihat boleh diwujudkan melalui facebook ini melalui perbincangan, forum atau isu yang menarik yang boleh dibincangkan bersama rakan-rakan. Seperti dalam pengertian agama, dakwah sendiri sering diartikan bagaimana mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan. Ajakan secara konvensional, seperti yang kita fahami sering melalui ceramah-ceramah agama, mahupun khutbah-khutbah yang dilakukan ahli agama di masjid-masjid. Seiring perkembangan teknologi komunikasi yang tidak terbendung lagi, maka aktiviti syiar juga berkembang sesuai dengan era ini. Saat ini, melalui apa yang disebut jejaring media, facebook adalah salah satunya (Yanuardi Syukur, 2009).

Selain daripada itu, penghantaran nota kuliah dan perkongsian ilmu pengetahuan yang baru boleh diwujudkan melalui facebook. Video-video yang menarik dan bermanfaat boleh dikongsi bersama rakan-rakan untuk meningkatkan pengetahuan sedia ada dan mengetahui mengenai perkembangan isu semasa di seluruh dunia. penggunaan facebook secara berhemah mampu membantu mahasiswa maju setapak lagi. Suasana pembelajaran dapat diterapkan dengan mengeluarkan pelbagai pendapat dan bertukar-tukar pendapat yang membina bagi isu- isu yang dibincangkan oleh mahasiswa itu sendiri. dengan itu, secara tidak langsung perbincangan antara mahasiswa telah pun berlaku.

Penggunaan facebook ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran dan menambah ilmu pengetahuan apabila ia dijadikan saluran untuk sesuatu perbincangan atau forum yang berkait dengan akademik atau menjadi saluran untuk menukar ilmu pengetahuan dengan kawan luar negara. Contohya untuk mengetahui tentang sesuatu budaya atau cara hidup masyarakat dunia, kita boleh mencari maklumat tersebut di laman sesawang, seperti Google namun apabila kita dapat berbual secara online dan bertanya kepada rakan di luar negara kita secara terus, sememangnya ia lebih berkesan dan menarik. Kita dapat mengetahui pengalaman mereka sendiri dan lebih banyak perkara yang kita akan ketahui.

Page 37: Hw anis

TEMA-6

Usah abaikan riadah 

Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS

BERSUKAN atau beriadah sering dikaitkan dengan dengan meningkatkan kesihatan dan kecergasan. Pepatah Arab ada menyatakan “akal yang sihat datang daripada badan yang sihat”.

Islam juga menggalakkan umatnya kuat dan sihat seiring dengan sepotong hadis riwayat Imam Bukhari, sabda Rasulullah SAW, Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan disayangi Allah dari seorang mukmin yang lemah… Malah sukan memanah dan berkuda juga adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW. Ini jelas menunjukkan bahawa perkaitan antara akal dan kesihatan jasmani adalah sangat rapat.

Badan yang sihat adalah pemangkin kepada akal yang cerdas. Apabila akal yang cerdas dilengkapi dengan rohaniah yang utuh, ia menghasilkan manusia yang berketerampilan, bersemangat dan bersedia menghadapi cabaran.

Walaupun istilah kuat sangat subjektif maksudnya, namun tidak dapat dinafikan bahawa manusia yang lebih kuat, sihat dan berani akan lebih diho kepadanya.

Kalau tidak masakan sejak dahulu lagi, manusia sering menganjurkan pertandingan beradu kekuatan baik untuk menentukan taraf dalam masyarakat mahupun syarat untuk menjawat sesuatu pangkat.

Sihat adalah keperluan

Mempunyai badan yang sihat adalah perlu untuk meneruskan kehidupan. Manusia adakalanya menggunakan kudrat tulang empat keratnya untuk mencari sesuap nasi, justeru memiliki badan yang kuat dan sihat adalah suatu kemestian baginya.

Bukan itu sahaja, pelajar mahupun pekerja memerlukan badan yang sihat untuk menggalas tanggungjawab masing-masing. Pendakwah juga mesti memiliki badan yang cergas dan minda yang cerdas kerana tanggungjawab mereka juga tidak mengira batasan tempat dan waktu.

Terdapat pandangan bahawa beriadah adalah sangat menyusahkan, mengambil masa serta badan menjadi letih. Pandangan ini harus ditepis kerana kebaikan beriadah dan bersukan adalah amat banyak.

Page 38: Hw anis

Pertama, ia meningkatkan pengaliran darah dalam badan, mengeluarkan peluh dan seterusnya menjadikan tubuh badan lebih cergas dan sihat.

Banyak kajian menunjukkan kebaikan beriadah, walaupun setakat berjalan kaki kerana ia membantu organ-organ dalaman berfungsi dengan lebih baik dan mengawal stamina tubuh.

Malah tekanan juga dikatakan dapat dilepaskan melalui beriadah dan bersukan.

Apabila badan sihat, minda menjadi lebih segar, fokus dan perasaan lebih ceria seterusnya dapat dimanfaatkan untuk keluarga, masyarakat, organisasi dan negara.

Kedua, beriadah dan bersukan boleh mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Kegiatan-kegiatan sukan yang dilakukan bersama-sama dengan orang lain mampu memupuk semangat kekitaan dan toleransi.

Lebih-lebih lagi apabila dilakukan dengan keluarga, hubungan keluarga menjadi lebih erat dan teguh. Aktiviti sukan pada hujung minggu misalnya, dapat melepaskan penat lelah kerana kesibukan sepanjang minggu.

Melalui sukan juga integrasi kaum juga dapat dipupuk. Kita lihat banyak acara sukan dan riadah yang dianjurkan dengan penyertaan pelbagai kaum, dan ini dapat menjadi medium yang berkesan untuk penyatuan kaum dan membina semangat patriotisme.

Ketiga, mengelak remaja daripada terjebak masalah sosial dan mempertingkatkan kualiti kehidupan. Masa senggang seorang remaja agak banyak kerana tidak perlu menanggung tanggungjawab seperti seorang dewasa.

Justeru, banyak masa lapang remaja kadangkala diisi dengan aktiviti yang kurang berfaedah seperti melepak, merempit, bermain komputer tanpa batasan dan berbual-bual kosong.

Masa senggang selalu menyebabkan remaja hilang fokus dan menyebabkan salah guna masa berlaku.

Alangkah baiknya sekiranya masa-masa ini dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah dan memberi manfaat.

Jika dimanfaatkan betul-betul, sukan dapat membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing.

Banyak lagi kebaikan beriadah yang mungkin sudah kita ketahui, cuma yang kadangkala menghalangnya adalah akibat kekangan ruang, masa dan rasa. Walau apa pun, bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

Sekiranya kita tidak menyedari kepentingan bersukan dan beriadah, masih tidak terlambat untuk kita mula beriadah dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Gunakan masa sihat sebelum sakit, dan untuk sihat kita perlu penjagaan dan amalan hidup yang baik.

Kesihatan fizikal, bersama-sama kekuatan mental dan spiritual menjadikan seorang remaja lebih berdisiplin, ceria, bermotivasi, berdaya saing dan bersiap siaga.

Page 39: Hw anis

Potensi remaja sebeginilah yang bakal membangun generasi akan datang ke arah masyarakat yang maju dan bersedia menghadapi apa jua cabaran yang datang.

TEMA-6

hosmu menulis - [!#Artikel#!]Merokok hobi mahal tapi mengancam kesihatan

Merokok hobi mahal tapi mengancam kesihatanOleh Hafizah Iszahanid

MUNGKIN anda merokok kerana sudah biasa berbuat begitu sejak remaja. Mungkin juga anda merokok kerana melepaskan tekanan perasaan dan ingin cepat kurus (bagi perempuan). Tapi percayalah, merokok bukan saja hobi mahal tetapi juga mengancam kesihatan.

Hanya satu perkataan saja boleh menjelaskan mengapa jumlah perokok tidak berkurang, walaupun hebahan mengenai risiko merokok dibuat secara meluas - ketagihan.

Rokok mengandungi nakotin dan seperti mana heroin dan dadah berbahaya yang lain, tubuh dan minda menjadi ‘mesra’ dengan nikotin dalam rokok yang menyebabkan tubuh berasa normal dengan merokok dan berasa sebaliknya jika tidak merokok. Mungkin kerana itu, dianggarkan di Malaysia seorang perokok menghisap 2,000 batang setahun! Daripada kajian WHO pula, penduduk Malaysia membelanjakan 30 peratus pendapatan untuk membeli dua kotak rokok sehari.

Mungkin iklan rokok yang selalu muncul dengan imej sofistikated, anggun atau menggunakan model cantik jelita menjadi tarikan utama. Malah jangan tidak tahu, sekitar 1940-an, iklan rokok menunjukkan doktor mencadangkan rokok kepada pesakit sebagai cara menenangkan diri.

Lebih hebat daripada itu, laporan tahunan Tabung Tindakan Kanak-Kanak Bebas Tembakau di Amerika, mencatatkan industri tembakau menyumbangkan lebih dari US$2 million kepada calon persekutuan pada pusingan pilihanraya 2003-2004, manakala lebih dari US$200,000 dalam pusingan pilihanraya 2005-2006.

Begitupun, sejauh mana kehebatan yang ditonjolkan dalam iklan dan di luar iklan, sebagai manusia yang waras tidak mungkin kesihatan digadaikan.

Tidak ada alasan fizikal yang menyebabkan anda merokok - badan tidak memerlukan tembakau sebaliknya memerlukan makanan, air, tidur yang cukup dan senaman. Sebaliknya, banyak kimia dalam rokok seperti nikotin dan cyanide sebenarnya racun yang boleh membunuh jika diambil dalam dos yang tinggi.

Kerana itu, bagi mereka yang merokok buat kali pertama biasanya akan terasa sakit dan terbakar di tekak dan paru-paru dan sesetengah orang mungkin muntah.

Merokok dalam tempoh yang lama akan menjejaskan kesihatan dan mengehadkan keupayaan untuk menikmati kehidupan yang aktif. Sebatang rokok boleh mengurangkan lima hingga 20 minit jangka hayat penghisapnya. Bayangkan jika anda merokok sejak 35 tahun lalu.

Bagi lelaki bergelar bapa yang merokok, sekumpulan penyelidik yang diketuai Kimberly Yolton dari Pusat Kesihatan Alam Sekitar Kanak-Kanak, Hospital Kanak-Kanak Cincinati melaporkan dalam Persidangan Persatyan Akademi Pediatrik, asap rokok walaupun amat

Page 40: Hw anis

kecil boleh menyebabkan kemudaratan kepada kanak-kanak terutama kesukaran belajar, membaca dan mengira.

Justeru, jika anda tidak gentar berhadapan dengan risiko penyakit barah atau radang paru-paru, mungkin anda tidak mahu anak anda berhadapan dengan masalah dalam pembelajarannya.

Fakta:Keburukan merokok:

~Kulit tidak sihat, mengecilkan saluran darah justeru membataskan oksigen dan nutrisi masuk ke kulit. Kajian di Itali mengaitkan tabiat merokok meningkatkan risiko sakit kulit psoriasis.~Nafas, rambut dan pakaian berbau busuk.~Menurunkan tahap persembahan (bagi atlit)~Risiko kecederaan yang besar, tempoh penyembuhan yang panjang.~Peningkatan risiko penyakit

Tembakau boleh menyebabkan:Barah - Bibir, rongga mulut dan farinks, esofagus, pankreas, larink, paru-paru, trakea dan bronkus, pundi kencing, ginjal dan lain lain organ kencing.

Penyakit Kardiovaskular:

Penyakit berkaitan jantung:– Tekanan darah tinggi, penyakit berkaitan salur darah, penyakit Sistem Pernafasan:

Pneumonia dan influenza, bronkitis dan emphysema asma, Halangan kronik laluan udara.

Bayi dengan berat badan ringan, gangguan sistem pernafasan, kematian mengejut, kanser paru paru dan penyakit lain akibat asap rokok basi.

sumber Pusat Racun Negara, USM

Page 41: Hw anis

TEMA-6

SukanDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, gelintar

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai pesertaSukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.

Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut.

Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:

Latihan kemahiran berguna secara rekreasi. Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.

Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.

Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah:

Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk melindungi empayar Rom.

Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan sebagainya.

Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya

Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.

Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh

Page 42: Hw anis

berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.

Sejarah sukanRencana utama: Sejarah sukan

Sejarah pembangunan sukan boleh mengajar kita mengenai perubahan sosial yang berlaku dan sifat sukan tersebut. Untuk itu, kita akan kembali ke masa lampau sehingga zaman pra sejarah untuk mengkaji sukan dan manusia.

semangat kesukanan

Semangat kesukanan menggambarkan aspirasi atau etos yang aktiviti sukan itu akan dinikmati semata-mata kerananya tetapi selalunya tekanan pertandingan, kejayaan individu, atau pengenalan pada teknologi akan menyebabkan perkara yang sebaliknya berlaku pada peserta. Dengan kata lain, dalam sesuatu pertandingan, kekalahan akan menyebabkan rasa kecewa dan kesedihan.

Penggiat sukan rekreasi selalunya akan mendapatkan pengiktirafan sebagai satu jenis sukan daripada persatuan sukan seperti Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atau dengan mewujudkan badan penyelaras mereka sendiri. Dengan ini, sukan berubah daripada aktiviti rekreasi kepada sukan yang lebih formal. Contoh sukan yang baru muncul ialah berbasikal BMX, meluncur dan sebagainya.

Profesionalisme dan peraturan sukanRencana utama: Sukan profesional

Aspek hiburan dalam sukan, media massa yang meluas dan pertambahan waktu lapang telah membawa kepada profesionalisme dalam sukan. Ini telah menyebabkan beberapa konflik, di mana bayaran dilihat lebih penting daripada aspek rekreasinya atau sukan telah menjadi lebih menguntungkan dan terkenal yang akhirnya menyebabkan kehilangan tradisi bagi sesetengah orang atau masyarakat. Contoh yang paling ketara ialah bola sepak telah mengubah pengisian masa lapang bagi hampir seluruh populasi dunia.

Jenis-jenis sukanRencana utama: Senarai sukan

Salah satu cara mengelaskan sukan ialah berdasarkan tujuan sukan itu.

Lumba dibantu manusia (berbasikal, mendayung,...) tenaga manusia (lumba lari, renang,... ) tenaga luar (perahu layar, F1,...)

Lawan pasukan (bola sepak, ragbi, hoki,bola keranjang, ...) gelanggang (tenis, badminton, bola tampar,...) kombat (gusti, judo, karate, lawan pedang, tinju, taekwando, silat olahraga...)

Page 44: Hw anis

Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan pada masa lapang. Contoh aktiviti yang meliputi hobi masa lapang termasuklah berjoging, bermain badminton, bola sepak dan memancing ikan. Aktiviti berjoging banyak mendatangkan pelbagai. Oleh hal yang demikian, apakah faedah-faedah mengenai hobi berjoging?

Salah satu faedahnya ialah kitadapat menyihatkan badan. Kita dapat mengeluarkan peluh semasa berjoging. Hasil kajian yang sahih lagi tepat yang dikeluar oleh Kementerian Kesihatan, pada tahun 2008 telah menunjukkan bahawa kesihatan orang yang sentiasa bersukan lebih baik daripada orang yang tidak bersukan. Dengan ini, orang yang tidak bersukan lebih senang diserang penyaikit. Oleh sebab itu, “badan sihat, otak cerdas”. Kenapa tidak?

Aktiviti tersebut juga dapat mencerdaskan fikiran kita. Oleh sebab itu, kita dapat mengambil tindakan yang wajar untuk menyelesaikan masalah dengan otak yang cerdas. Selain itu, aktiviti tersebut dapat menguruskan badan. Lebih baik kita berjoging untuk menguruskan badan berbanding dengan makan pil-pil pelangsing badan. Pil tersebut mengandungi pelbagai jenis bahan kimia yang tidak baik terhadap badan kita.

Seterusnya, aktiviti berjoging dapat mengurangkan tekanan. Pada era globalisasi ini, banyak orang hanya sibuk bekerja sahaja sehingga tidak menpunyai sebarang masa lapang. Hal ini terjadi demikian kerana manusia hanya mementingkan kejayaan sahaja. Aktiviti berjoging sangat berfaedah kepada pekerja-pekerja. Oleh sebab tekanan yang tinggi sering kali dihadapi oleh pekerja, mereka bolehlah pergi berjoging di taman berdekatan tunuk mengurangkan tekanan. Kita tidak dapat menyiap kerja dengan sempurna sekiranya menghadapi tekanan yang tinggi. Dalam keadaan yang tiada tekanan, barulah kita dapat menyiapkan kerja dengan cepat dan sempurna. Dengan ini, memang tidak dapat boleh dinafikanbahawa aktiviti berjoging dapat mengurangkan tekanan.

Di samping itu, remaja dapat menggunakan masa lapang dengan berfaedah kerana masa itu emas. Oleh sebab ibu bapa sibuk bekerja, remaja yang berada di rumah berseorangan akan berasa bosan. Tidak hairanlah sekiranya mereka akan keluar unuk mencari kawan untuk mengurangkan perasaan bosan. Mereka akan pergi melepak di pusat-pusat beli-belah ataupun pusat hiburan. Hal ini pasti membazirkan wang dan masa. Kontradiksinya, aktiviti berjoging merupakan aktiviti yang berfaedah. Remaja boleh mengajak rakan sebaya untuk pergi berjoging bersama-sama. Keadaan ini bukan sahaja dapat mengurangkan perasaan bosan remaja di rumah malah dapat mengunakan masa lapang dengan berfaedah.

Sebagai kesimpulan, kekayaan yang hilang boleh diperoleh semula dengan usaha yang bersungguh-sungguh, namun kesihatan yang hilang dapat diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik?, Ingatlah bahawa masa yang hilang akan terus hilang dan tidak akan kembali kepada kita buat selama-lamanya. Oleh sebab itu, janganlah kita membazirkan masa. Gunakan masa lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti berjoging yang mendatangkan pelbagai faedah.

TEMA-6

Page 45: Hw anis

Aktiviti riadah lazimnya dilakukan oleh masyarakat tidak kira muda mahupun tua pada masa-masa yang terluang. Selepas penat belajar atau bekerja, apa-apa sahaja kegiatan riadah seperti berjoging, bersukan, berkelah atau sekadar berbasikal dengan rakan-rakan sudah cukup memadai. Sesetengah masyarakat gemar pergi ke taman-taman bunga atau sekadar berjalan-jalan di kawasan sekeliling rumah untuk melakukan aktiviti ini. Bagi golongan yang berkemampuan, pusat-pusat kesihatan dan gim-gim sering menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan. Asalkan yuran yang dikenakan berpatutan, mereka sanggup mengeluarkan belanja. Namun begitu, pengusaha-pengusaha pusat jagaan kesihatan tidak wajar menahan lukah di penggentingan dengan mengenakan bayaran yang terlalu tinggi semata-mata untuk kepentingan diri.

Namun begitu, penglibatan masyarakat dalam aktiviti riadah ternyata masih kurang memberangsangkan. Kesannya, pelbagai isu seperti masalah obesiti, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang kini kian kerap terpapar di dada-dada akhbar. Hal ini amat membimbangkan pihak ibu bapa kerana keadaan ini mampu menjejaskan kesihatan anak-anak mereka. Justeru, beberapa langkah boleh diambil untuk menyelesaikan masalah ini.

Ceramah-ceramah dan kempen bertemakan kesihatan dan kebaikan beriadah patut diadakan oleh pegawai kesihatan. Melalui cara ini, masyarakat akan sedar betapa pentingnya penglibatan mereka dalam aktiviti riadah. Pihak Kementerian Kesihatan harus mengadakan ceramah-ceramah dan kempen kesihatan di setiap negeri di Malaysia bagi menunjukkan betapa seriusnya masalah ini. Aktiviti-aktiviti riadah yang bersesuaian untuk mengekalkan kesihatan juga wajar diketahui oleh orang ramai supaya mereka tidak menganggap bahawa aktiviti riadah merupakan satu kegiatan yang meletihkan. Dengan cara ini, tindakan proaktif akan diambil oleh masyarakat yang mengambil berat tentang kesihatan mereka.

Selain itu, tempat-tempat beriadah seperti gymnasium dan taman rekreasi harus diperbanyak khususnya di kawasan luar bandar. Memang tidak adil jika penduduk di bandar sahaja yang mendapat peluang untuk menikmati kemudahan yang sempurna sedangkan penduduk di kawasan pedalaman hanya sekadar berlari di atas batas-batas sawah atau di kawasan lapang yang turut menjadi tempat lembu dan kerbau berkubang. Ibu bapa juga perlu memberi teladan kepada anak-anak dengan sering membawa mereka beriadah daripada hanya terperuk di rumah dan menonton televisyen. Anak-anak pasti akan berasa seronok apabila dapat beriadah bersama ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Secara tidak langsung, hubungan kekeluargaan juga dapat dieratkan.

Pihak media massa turut perlu memainkan peranan untuk memupuk minat beriadah dalam diri masyarakat dengan melancarkan kempen-kempen kesihatan secara berterusan. Kempen serta iklan-iklan melalui televisyen perlu menggunakan cogan-cogan kata serta memberi gambaran yang lengkap dan berkesan hasil setiap aktiviti riadah yang dilakukan. Pihak Kementerian Pelajaran pula patut menegaskan kepentingan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang sering diabaikan oleh pelajar-pelajar sekolah. Kebanyakan sekolah memberi tugas mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani kepada guru-guru yang tidak berpengalaman dalam aktiviti senaman. Oleh sebab mata pelajaran dipandang ringan, para pelajar akan kurang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti senaman dengan berkesan.

Natijahnya, usaha yang berterusan daripada semua pihak baik kerajaan mahupun badan bukan kerajaan(NGO) harus diambil supaya masyarakat berminat untuk menjalankan aktiviti riadah. Apalah gunanya kita bekerja keras pada waktu siang dan pada waktu malam untuk mengumpul harta sedangkan kesihatan diri diabaikan. Harta dapat dicari, namun nyawa dan kesihatan tubuh badan merupakan aset yang paling bernilai dan perlu dihargai.


Top Related