HUBUNGAN DARJAH KONGRUEN PERSONALITI PERSEKITARAN
DENGAN KEPUASAN KERJA DI KALANGAN LIMA JAWATAN
PERUBATAN DI SALAH SEBUAH HOSPITAL DI JOHOR.
MOHAMMAD MASTURAL BIN MARZUKI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2005/2006/2
Saya MOHAMMAD MASTURAL BIN MARZIKI
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
Tarikh: 17 APRIL 2006 Tarikh: 17 APRIL 2006
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
♦
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
HUBUNGAN DARJAH KONGRUEN PERSONALITI PERSEKITARAN
DENGAN KEPUASAN KERJA DI KALANGAN LIMA JAWATAN
PERUBATAN DI SALAH SEBUAH HOSPITAL DI JOHOR
(HURUF BESAR)
PM SYED MOHAMED SHAFEQ B SYED MANSOR
Nama Penyelia
163 TAMAN SRI INDAH, JALAN LENCONG BARAT 05050 ALOR STAR KEDAH
ii
“Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi aspek skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).”
Tandatangan : __________________
Nama Penyelia : PM SYED MOHAMED SHAFEQ B SYED
MANSOR
Tarikh : 17 APRIL 2006
HUBUNGAN DARJAH KONGRUEN PERSONALITI PERSEKITARAN DENGAN
KEPUASAN KERJA DI KALANGAN LIMA JAWATAN PERUBATAN DI SALAH
SEBUAH HOSPITAL DI JOHOR.
MOHAMMAD MASTURAL BIN MARZUKI
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nuilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : __________________
Nama Penulis : Mohammad Mastural Bin Marzuki
Tarikh : 17 APRIL 2006
iv
DEDIKASI
Diabadikan Untuk Insan Yang Tersayang
Ayahanda Dan Ibunda
Marzuki Bin Daud Dan Habibah Bt Abdul Rahman
Terima Kasih Di Atas Segala Pengorbanan
Dan Kepayahan Mendidik Anakanda
Teristimwewa
Kekanda Dan Adinda Yang Dikasihi
Maizal Hairi Marzuki, Masroljefri Marzuki dan
Mazlinda Marzuki
Terima Kasih Di Atas Sokongan Mu
Yang Tidak Pernah Putus
v
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kerna dengan izin Nya Projek Sarjana Muda ini dapat
dijayakan dengan jayanya.
Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing saya,
PM Syed Mohamed Shafeq B Syed Mansor atas bimbingan, perbincangan dan nasihat
yang diberikan sepanjang tempoh kajian ii dijalankan
Tidak lupa juga ucapan penghargaan ini ditujukan kepada Jabatan Kesihatan
Negeri Johor atas kebenarannya untuk melakukan kajian di hospital. Terima kasih juga
atas kerjasama dan maklumat yang disampaikan.
Akhir sekali, ucapan terima kasih ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat
samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek penyelidikan ini.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan darjah kongruen personaliti
persekitaran dengan kepuasan kerja di kalangan lima jawatan kakitangan perubatan di
sebuah hospital di negeri Johor iaitu jururawat, pembantu perubatan, juru X-Ray,
physiotherapist dan pegawai farmasi berdasarkan Teori Holland. Seramai 117 orang
kakitangan hospital telah mengambil bahagian. Tahap kepuasan kerja diukur dengan
menggunakan instrument Job Descriptive Index (JDI), manakala darjah kongruen
diukur menggunakan Indeks Directed Search (SDS Form-easy) terjemahan Amla
(1984, 1987) telah digunakan. Analisa data dibuat menggunakan “statistical
packages for social sciences” (SPSS-PC+) dan kaedah deskritif serta inferensi telah
digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Teknik yang digunakan ialah ujian
ANOVA sehala dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang
lemah antara kepuasan kerja dengan darjah kongruen di kalangan Jururawat dan
Pegawai farmasi, hubungan yang sederhana bagi Fisioterapi serta hubungan yang
sangat lemah bagi juru X-ray dan pembantu perubatan. Kajian telah mengenalpasti
kod-kod bagi jawatan tersebut yang sibandingkan dengan kod Holland dalam The
Occupational Finder. Kod bagi Jururawat ialah SAC, Physiotherapist dan juru X-ray
ialah SIE, pegawai farmasi pula ialah SCI dan pembantu perubatan ialah SIC.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
kongruen personaliti dengan tahap kepuasan kerja bagi kakitangan hospital. Oleh
yang demikian, kesimpulan kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan antara
darjah kongruen dan kepuasan kerja pada tahap yang berbeza di kalangan kakitangan
hospital. Ini menunjukkan kekongruenan personaliti persekitaran juga memainkan
peranan untuk menentukan kepuasan kerja di hospital
vii
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the degree of congruence
personality-environment with jog satisfaction among hospital staff at one of hospital
at Johor depend on their job. 117 respondents were selected in this research. The
level of job satisfaction measured using Job Descriptive Index (JDI) instrument,
while the degree of congruence measured using the Index Directed Search (SDS
Form-easy). The data was analyzed using “statistical packages for social sciences”
(SPSS-PC+). The technique used are one way ANOVA and correlation. The result
shows that the relation between job satisfaction with degree of congruence for nurse
and pharmacy are low. The result for physiotherapist shows in medium level and
medical assistant and X ray technician are in the lowest level. The research identify
code for nurse is SAC, physiotherapist and X ray technician are SIE, pharmacy is
SCI and medical assistant is SIC. From the research, it also shows that there are no
significant relations between personality congruence with job satisfaction, therefore
from the research it shows that the relation between the degree of congruence job
satisfaction are in multi-level. This shows that the congruence personality-
environment are related with the job satisfaction belong hospital employees.
viii
KANDUNGAN
BAB PERAKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iv
HALAMAN PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
HALAMAN KANDUNGAN viii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Seseorang individu telah dianggarkan bahawa telah menghabiskan kira-kira 1/3
daripada jangka hayat dalam melakukan persedian-persediaan, peranan-peranan dan
aktiviti yang berkait dengan pekerjaan pada waktu individu itu sebelum, semasa dan
selepas menjawat pekerjaan itu menurut Super, 1979 (dalam Ting See How,1993)
Pekerjaan menyediakan 3 fungsi asas hidup:-
1. Merupakan sumber ekonomi
2. Memberikan sokongan sosial
3. Membentuk identiti dan penghargaan kendiri
Pine dan Innis,1987 (dalam Ting See How, 1993)
2
Untuk menyempurnakan kehidupan manusia, pekerjaan juga merupakan
komponen utama. Ia merupakan satu aspek kehidupan yang dapat mendatangkan
kepuasan yang mendalam. Kakitangan hospital juga merupakan satu pekerjaan yang
baik untuk menjana kemajuan dalam bidang teknologi perubatan dalam nagara kita.
Dengan perubahan teknologi yang wujud dengan pesatnya ia akan membawa
keuntungan kepada masyarakat di negara kita. Perubahan-perubahan ini selaras dengan
perkembangan sains dan teknologi dewasa ini.
Oleh sebab itu, perkaitan dan kesesuaian personaliti kakitangan hospital dengan
bidang pekerjaan harus di ambil kira. Ini kerana personaliti merupakan faktor-faktor
yang penting dalam kehidupan seseorang individu. Personaliti mempengaruhi segala
bentuk kelakuan individu tersebut. Ia melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang
dan mencirikan perbezaan antara manusia dengan manusia yang lain.
Menurut Hein (1978), personaliti merupakan keseluruhan individu iaitu kesemua
sifat yang memberinya keindividuan dan membezakan seseorang individu dengan
individu yang lain. Personaliti termaksuklah kombinasi semua tret, sentimen,
kecenderungan, minat, kemahiran, kehendak, cita-cita dan gaya yang membentuk setiap
individu.
Persoalan ukuran personaliti ini melibatkan setiap individu dalam organisasi. Ia
mempunyai pengaruh ke atas pencapaian kepuasan kerja, peningkatan pengeluaran
dalam organisasi negara. Maka di sini penting untuk mengenalpasti personaliti
kakitangan hospital samada menghasilkan kepuasan kerja yang tinggi atau sebaliknya.
Bagi kepuasan kerja yang rendah, pihak organisasi akan cuba mengatasinya dan
melakukan beberapa perubahan sama ada dari segi personaliti, komunikasi dan juga
individu organisasi itu sendiri.
3
Pengklasifian personaliti yang sesuai dalam bidang pengurusan harus dijalankan
dengan lebih teliti lagi. Hal ini dapat di sokong dengan lebih kuat sekiranya faktor-faktor
lain yang berkaitan turut di ambil kira. Faktor ini termasuklah kecenderungan seseorang
terhadap kerjaya yang ingin di ceburi atau minat kerjaya individu tersebut.
Mandat yang diamanahkan oleh kita terhadap kakitangan hospital amatlah berat
untuk dilaksanakan. Oleh itu langkah-langkah yang berkesan perlu diwujudkan agar
tekanan di di kalangan kakitangan hospital dapat dikurangkan. Mereka perlu memupuk
semangat dan sentiasa memastikan kualiti perkhidmatan ditingkatkan dari semasa ke
semasa. Agar mutu perkhidmatan dapat diberikan dengan sebaik mungkin hingga
menimbulkan kepuasan yang maksima dikalangan pelanggan. Mereka juga perlu
melengkapkan diri mereka sejajar dengan perkembangan semasa seperti mempelajari
perubatan dan rawatan moden dan canggih bagi rawatan kesihatan peringkat primer, dan
sekunder
Justeru itu, kepusan kerja dan pola personaliti persekitaran amat penting kerana
pemilihan kerja berdasarkan pola personaliti tidak ada banyak menimbulkan beban
kepada seseorang itu. Ini kerana di dorong oleh minat dan kesungguhan di dalam
melakukan kerja. Ini juga dapat membantu mereka yang berkhidmat dalam bidang
perubatan memberikan khidmat yang lebih cenderung dan berkesan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Cabaran-cabaran kakitangan hospital pada hari ini bergantung kepada objektif
Kementerian Kesihatan Negara, maka setiap terdapat perubahan samada dalam
4
teknologi perubatan ataupun perubahan dalam organisasi pertadbiran yang berlaku maka
setiap kali itu juga kewibaan kakitangan hospital akan tercabar. Perubahan-perubahan ini
dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang yang mana boleh mengakibatkan tekanan
fizikal dan mental serta mempengaruhi tingkah laku kakitangan.
Oleh sebab itu, Holland (1973) menyatakan bahawa membuat keputusan
mengenai pemilihan kerjaya adalah amat penting supaya seseorang individu dapat
memperolehi kepuasan dari pada pekerjaanya. Ketidaksesuaian pemilihan kerjaya akan
menyebabkan seseorang tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja secara
efektif dan individu tersebut berkemungkinan akan meninggalkan pekerjaannya begitu
sahaja.
Hal ini dapat di buktikan melalui penjelasan dari seorang suami dari Nibong
Tebal, Pulau Pinang yang menyatakan “Jururawat, Pembantu Hospital Sombong
Bebankan Pesakit” (Berita Harian, Disember 2004, Jumaat)
Holland (1973), turut menyatakan bahawa pemadanan di antara personaliti
seseorang dalam persekitaran sekerja seterusnya akan mengakibatkan beberapa reaksi
yang boleh di ramalkan. Jika seseorang individu berjaya memilih pekerjaan yang sesuai
dengan atau berpadanan dengan personaliti maka individu tersebut akan dapat
mempeolehi kepuasan dalam bidang yang diceburi. Dengan ini kejadian kakitangan
hospital bersara awal tidak akan berlaku.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Teknologi perubatan semakin hari semakin hebat. Matlamat kerajaan dalam
dunia perubatan ialah ingin menyediakan kemudahan yang terbaik untuk rakyat. Jesturu
itu, pihak kakitangan hospital dipertanggungjwabkan untuk menyesuaikan diri dalam
perubahan yang berlaku sejajar dengan matlamat kerajaan yang ingin menyediakan
kemudahan yang terbaik untuk rakyat.
.
Namun begitu tidak semua kakitangan hospital memandang perkara tersebut
sebagai satu perkara yang positif. Pembaharuan-pembaharuan ini adakalanya meletakan
mereka kepada tahap kepuasan kerja yang minima apatah lagi jika kerjaya sebagai
kakitangan hospital ini bukan dari jenis pola personaliti persekitaranya. Berhubung
dengan itu, perkara-perkara tersebut dianggap bebanan tugas yang besar yang harus
dihadapi di samping tugas-tugas harian yang perlu dilakukan.
Semakin tinggi teknologi yang dibawa adakalanya membawa kepada beban tugas
yang bertambah. Mereka terpaksa mempelajari teknologi baru dan terpaksa
menguasainya untuk mahir dalam penggunaan. Dalam proses ini sesetengah mereka
mungkin akan berasa bosan seterusnya akan menjejaskan mutu perkhidmatan yang akan
diberikan. Tumpuan mereka dalm tugas juga akan terjejas dan ini akan merugikan diri
mereka sendiri seterusnya wujud ketidakpusan hati dikalangan pelanggan.
Selain itu, ketidakpuasan pekerjaan juga menjadi tekanan kepada para
kakitangan hospital. Ini kerana minat mereka di dalam bidang lain dan terpaksa
berkhidmat pula sebagai kakitangan hospital atas sebab-sebab yang tertentu. Kakitangan
hospital seperti ini akan bersikap negatif dan sentiasa menolak perubahan yang di
6
lakukan oleh pihak berwajib. Ia akan menganggap pekerjaan itu sebagai sesuatu yang
membebankan dan membosankan seterusnya akan menyebabkan mereka bekerja dalam
suasana ketegangan dan seterusnya objektif profesyen sebagai kakitangan hospital tidak
akan tercapai.
Sekiranya tugas yang diamanahkan tidak dapat dijalankan dengan baik, ia akan
memberi kesan kepada rakyat seterusnya kepada negara. Oleh sebab itu, kajian ini di
jalankan untuk mengukur hubungan kepuasan kerja dengan indeks kongruen personaliti
agar kakitangan hospital di setiap jabatan dapat menilai tahap kepuasan kerja mereka
akan cuba memperbaiki dari kepentingan bersara. Seterusnya berkhidmat dengan lebih
berkesan dan cemerlang.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut:
1.4.1 Mengenalpasti sejauhmana tahap kepuasan kerja dikalangan kakitangan hospital
(jururawat, pembantu perubatan, juru X-Ray, physiotherapist dan pegawai
farmasi).
.
1.4.2 Mengenalpasti pola personaliti persekitaran kakitangan hospital (jururawat,
pembantu perubatan, juru X-Ray, physiotherapist dan pegawai farmasi).
7
1.4.3 Mengenalpasti indeks kongruen kakitangan hospital (jururawat, pembantu
perubatan, juru X-Ray, physiotherapist dan pegawai farmasi).
1.4.4 Mengenalpasti hubungan indeks kongruen dengan kepuasan kerja kakitangan
hospital (jururawat, pembantu perubatan, juru X-Ray, physiotherapist dan
pegawai farmasi).
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah seperti yang dinyatakan di bawah :
1.5.1 Apakah tahap kepuasan kerja dikalangan kakitangan hospital (jururawat,
pembantu perubatan, juru X-Ray, physiotherapist dan pegawai farmasi).
1.5.2 Apakah pola personaliti persekitaran kakitangan hospital (jururawat, pembantu
perubatan, juru X-Ray, physiotherapist dan pegawai farmasi).
1.5.3 Apakah indeks kongruen kakitangan hospital (jururawat, pembantu perubatan,
juru X-Ray, physiotherapist dan pegawai farmasi).
1.5.4 Apakah hubungan indeks kongruen dengan kepuasan kerja kakitangan hospital
(jururawat, pembantu perubatan, juru X-Ray, physiotherapist dan pegawai
farmasi).