Transcript
Page 1: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN PENCAPAIAN

AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA TEKNOLOGI

SERTA PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP UTM

ZULHAZMI BIN ZAHARI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN PENCAPAIAN

AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP UTM

SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya ZULHAZMI BIN ZAHARI mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini

disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti

berikut :

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh √ _________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 1083, KG. LUBOK EN. JAMALUDIN RAMLI ROTAN TAWAR, Nama Penyelia 17500 TANAH MERAH, KELANTAN. Tarikh : 20 APRIL 2010 Tarikh : 20 APRIL 2010 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. * * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”.

Tandatangan : ….……………………..

Nama Penyelia : EN. JAMALUDIN RAMLI

Tarikh : APRIL 2010

Page 4: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN

PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA

MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP, UTM

ZULHAZMI BIN ZAHARI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

PENGAKUAN

“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan : .....................................................

Nama Penulis : ZULHAZMI BIN ZAHARI

Tarikh : APRIL 2010

Page 6: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayah dan ibuku,

Zahari Bin Dollah @ Abdullah

Ramlah Bt Harun

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan

hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua

dan buat kakandaku-adindaku terima kasih atas segalanya.

Khas Buat Rakan-rakan,

Haris, Donald, Linda, Saiful, Tuan Noor, Ronnel, Firdaus, Zaki, Nasir, Erniey

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasanmu tidak

termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha

mengetahui dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.

Buat teman-teman seperjuangan terutama rakan sekelas

Terima kasih atas segala dorongan dan semangat yang telah kalian berikan demi

mengharungi cabaran ini.

Page 7: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji

Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan

sahabatnya. Dengan Taufik Dan HidayahNya dapatlah penyelidik menyempurnakan

kajian ini.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada En. Jamaludin Ramli selaku

penyelia penyelidikan ini atas komitmen, kesabaran, bimbingan dan nasihat yang

dihulurkan kepada saya dalam melaksanakan kajian ini. Beliau adalah seorang yang

profesional terhadap tugasnya.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada remaja-remaja tulang belakang

negara kerana telah memberikan kerjasama dalam membentu menyempurnakan soal

selidik bagi menjayakan projek ini. Seterusnya kepada rakan-rakan atas bantuan,

dorongan dan tunjuk ajar, sumbangan idea dan pendapat dalam menjayakan projek

ini.

Terima kasih.

Page 8: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

v

ABSTRAK

Kecerdasan Pelbagai atau Multiple Intelligence (MI) adalah sejenis

kecerdasan yang dipercayai boleh mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Oleh

itu, tujuan penyelidikan ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti sejauh mana

hubungan kecerdasan pelbagai dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini

adalah berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Data diperoleh

menerusi instrumen soal selidik. Seramai 235 sampel dipilih secara tidak rawak

daripada 435 jumlah populasi pelajar SPH. Namun begitu, hanya 205 dianggap

sebagai responden. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS versi

11.5 bagi mendapatkan keputusan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian

menunjukkan tahap kecerdasan pelbagai adalah sederhana secara keseluruhannya.

Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek

kecerdasan pelbagai mengikut jantina. Hasil analisis Ujian Kolerasi Pearson

menunjukkan terdapat hubungan negatif yang lemah di antara pembolehubah

kecerdasan pelbagai dengan pencapaian akademik. Kesimpulannya, pelajar yang

cemerlang dalam akademik tidak semestinya mempunyai kecerdasan pelbagai yang

tinggi tetapi mungkin terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhinya.

Page 9: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

vi

ABSTRACT

Multiple Intelligence (MI) is a type of intelligence that can influence

students’ academic achievement. Therefore, the purpose of this research is to identify

the relationship between multiple intelligence and academic achievement among the

students. This research used the quantitative survey method and a questionnaire was

used as an instrument for data collection. 235 respondents were initially chosen

randomly from the total number of 435 SPH students but eventually only 205 the

minimum required number were selected. Data was analyzed using SPSS 11.5 in

order to determine the descriptive and inferential statistics. The research findings

showed that the students’ level of multiple intelligence is average. The findings also

reveal that there is no significant difference in multiple intelligence between gender.

Using the Pearson’s Correlation, it was discovered that there is a low correlation

between multiple intelligence and academic achievement. As a conclusion,

intelligent students do not necessarily have high multiple intelligence but could be

other factors that contribute to their academic success.

Page 10: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN xi

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Tujuan Kajian 10

1.5 Objektif Kajian 10

1.6 Persoalan Kajian 11

1.7 Hipotesis Kajian 11

1.8 Justifikasi Kajian 12

1.9 Kepentingan Kajian 12

Page 11: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

viii

1.10 Batasan Kajian 14

1.11 Definisi Istilah

1.11.1 Kecerdasan Pelbagai

1.11.2 Pencapaian Akademik

15

15

16

1.12 Penutup 17

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Teori Kecerdasan

2.2.1 Kecerdasan Intelektual

(Intellectual Quotient, IQ)

2.2.2 Kecerdasan Emosi

(Emotional Intelligence, EI/EQ)

2.2.3 Kecerdasan Spiritual

(Spiritual Intelligence, SI/SQ)

2.2.4 Kecerdasan Kejayaan

(Successful Intelligence)

20

23

24

26

27

2.3 Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence, MI) 29

2.4

2.5

Jenis-Jenis Kecerdasan Pelbagai

2.4.1 Kecerdasan Verbal Linguistik

2.4.2 Kecerdasan Logik Matematik

2.4.3 Kecerdasan Kinestatik

2.4.4 Kecerdasan Ruang Visual

2.4.5 Kecerdasan Muzik

2.4.6 Kecerdasan Intrapersonal

2.4.7 Kecerdasan Interpersonal

2.4.8 Kecerdasan Naturalist

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai

Dalam Pendidikan

30

32

33

33

34

35

35

36

37

37

2.6 Kajian- Kajian Kecerdasan 38

2.7 Kesimpulan 41

Page 12: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 43

3.2 Rekabentuk Kajian 44

3.3 Kerangka Operasi Kajian 46

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 48

3.5 Instrumen Kajian 50

3.6 Tatacara Kajian 53

3.7 Kajian Rintis

3.7.1 Analisis Kebolehpercayaan

Borang Soal Selidik

53

54

3.8 Pengumpulan Data 55

3.9 Analisis Data

3.9.1 Ringkasan Analisis Data

55

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 58

4.2 Prosedur Menganalisis Data 59

4.3 Analisis Bahagian A: Demografi 59

4.3.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 60

4.3.2 Taburan Responden Mengikut CGPA 60

4.3.3 Ringkasan Analisis Bahagian A 61

4.4 Analisis Bahagian B: Kecerdasan Pelbagai 61

4.4.1 Persoalan Kajian 1 62

4.4.2 Persoalan Kajian 2 81

4.4.3 Persoalan Kajian 3 84

4.5 Kesimpulan

85

Page 13: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

x

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 86

5.2 Perbincangan 87

5.2.1 Kecerdasan Pelbagai Pelajar

Pendidikan Kemahiran Hidup

5.2.2 Perbezaan Kecerdasan Pelbagai Pelajar Dari

Segi Jantina

5.2.3 Hubungan Kecerdasan Pelbagai

Dan Pencapaian Akademik Pelajar

88

90

91

5.3 Kesimpulan 92

5.4 Cadangan

5.4.1 Institusi Pendidikan

5.4.2 Ibu Bapa

5.4.3 Pendidik

5.4.4 Pelajar

5.4.5 Kajian Lanjutan

93

93

94

95

95

97

RUJUKAN 98-107

LAMPIRAN 108-128

Page 14: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kategori Berdasarkan CGPA 16

3.1 Jadual Krejcie, R. V dan Morgan D. W. 48

3.2 Pengiraan sampel kajian 49

3.3 Taburan Item Soal Selidik 52

3.4 Kekuatan hubungan dalam kaedah korelasi 56

3.5 Pemilihan Kaedah Analisis Data

Berdasarkan Persoalan Kajian

57

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 60

4.2 Taburan Responden Mengikut CGPA 61

4.3 Pemberatan Skala Likert 63

4.4 Spesifikasi Julat Bagi Elemen Kecerdasan 63

4.5 Taburan Tahap Kecerdasan Pelbagai

Bagi Elemen Ruang Visual

64

4.6 Taburan Tahap Kecerdasan Pelbagai

Bagi Elemen Verbal Linguistik

67

4.7 Taburan Tahap Kecerdasan Pelbagai

Bagi Elemen Kecerdasan Kinestetik

70

4.8 Taburan Tahap Kecerdasan Pelbagai

Bagi Elemen Kecerdasan Logik Matematik

73

4.9 Taburan Tahap Kecerdasan Pelbagai

Bagi Elemen Kecerdasan Muzik

75

4.10 Taburan Tahap Kecerdasan Pelbagai

Bagi Elemen Kecerdasan Intrapersonal

77

4.11 Taburan Tahap Kecerdasan Pelbagai

Bagi Elemen Kecerdasan Interpersonal

79

Page 15: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

xii

4.12 Tahap kecerdasan pelbagai pelajar SPH 80

4.13 Hasil analisis ujian-t bagi perbezaan tahap

kecerdasan Pelbagai mengikut jantina

81

4.14 Hasil analisis ujian –t bagi perbezaan tahap

kecerdasan pelbagai

mengikut jantina bagi keseluruhan item

83

4.15 Hasil analisis ujian pearson (hubungan

kecerdasan pelbagai dan

pencapaian akademik)

85

Page 16: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Kerangka Operasi Kajian 47

Page 17: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

xiv

SENARAI SINGKATAN

AP - Academic Perfomance

CGPA - Cumulative Grade Point Average

EI - Emotional Intelligence (Kecerdasan Emosi)

EQ - Emotional Intelligence (Kecerdasan Emosi)

IQ - Intellectual Quotient (Kecerdasan Intelektual)

MI - Multiple Intelligence (Kecerdasan Pelbagai)

SI - Spiritual Intelligence (Kecerdasan Spiritual)

SAI - Relationship between Self Assessed Intelligent

S - Setuju

SPSS - Statistical Package Of Science

USA - United State of America

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matlamat utama institusi pendidikan adalah untuk menyediakan dan

melengkapkan pelajar dalam menghadapi pekerjaan dan dunia sebenar. Dalam

kedua-dua kes ini, pelajar perlu memperoleh daya pembelajaran yang berterusan.

Pendidikan di Malaysia sekarang ini seiring dengan arus pendidikan Negara.

Pendidikan di Malaysia sering digubal bagi menghasilkan taraf pendidikan yang

diiktiraf dunia. Penghasilan kurikulum yang baru menjadikan pendidikan di negara

bertambah baik dari masa ke semasa.

Pembelajaran merupakan suatu proses berpanjangan dan manusia perlu

berusaha dengan bersunguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang diharapkan.

Dewasa ini, ramai orang bercakap dan berbicara tentang daya intelek atau atau

kecerdasan otak dan corak pendidikan bagi melahirkan anak yang pintar cerdas. Ini

menunjukkan wujudnya hubungan yang rapat antara kecerdasan otak dengan

pembelajaran seseorang individu pelajar. Sememangnya kajian berkenaan

kecerdasan otak telah lama dijalankan dan berkembang dengan luasnya sehingga ke

hari ini. Malah bukan sahaja kecerdasan otak yang diberi penumpuan oleh pakar-

pakar psikologi kerana kecerdasan adalah satu konsep yang abstrak, bersifat dinamik

Page 19: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

2

dan mempunyai pelbagai dimensi yang saling berkait antara satu sama lain (Nik

Azis, 1999).

Pembelajaran ialah perubahan potensi tingkah laku yang lebih kurang tetap

dan berlaku akibat latihan yang diteguhkan. Perubahan tingkah laku akan berlaku

dengan adanya penambahan pengetahuan sama ada sama ada secara terus ataupun

latihan secara berulang-ulang. Menurut Akta Pendidikan pada tahun 1996,

memikirkan tentang pendidikan adalah memikirkan tentang rupa bentuk manusia,

jenis keterampilan, matlamat-matlamat yang amat diperlukan untuk kesejahteraan

sosial dan mutu kewujudan tamadun. Membangunkan sistem pendidikan yang

bertaraf antarabangsa dari segi kualiti ingin dibangunkan sepenuhnya sebagai

memenuhi aspirasi negara dalam memperkembangkan potensi individu (Che Zaini,

2000).

Secara umumnya sistem pendidikan boleh dikatakan mendokong dua peranan

utama iaitu dari satu sudut pendidikan sering dikenal pasti sebagai jentera untuk

menyediakan tenaga kerja yang terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan

kemahiran untuk menggerak dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi negara.

Manakala dari sudut yang lain pula, pelajar diharapkan menjadi individu yang

seimbang dari segi pertumbuhan rohani, intelek dan jasmaninya yang sama setelah

melalui sistem pendidikan formal. Oleh yang demikian, institusi pendidikan

ditubuhkan adalah sebagai tempat berlakunya proses pendidikan dengan

menyediakan dan melengkapkan pelajar dalam menghadapi pekerjaan. Di sini jelas

bahawa institusi pendidikan mempunyai tugas yang berat dan sekolah sebagai

contoh, perlu melaksanakan tugas ini dengan baik serta prestasi pelajar dinilai untuk

memastikan sekolah melaksanakan tugas yang sepatutnya dijalankan.

Untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan memang diharapkan sama

ada oleh pelajar ataupun pihak universiti sendiri. Kejayaan juga diharapkan oleh

semua institusi pendidikan terutama bagi pihak universiti kerana ini bermakna

mereka telah berjaya mencapai objektif pendidikan. Bagi diri pelajar pula,

Page 20: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

3

pencapaian akademik yang tinggi melambangkan penguasaan atau kualiti pengajaran

yang mereka kuasai untuk meneruskan matlamat dalam kerjaya kehidupan mereka

(Salamiah Sagiman, 2002).

Sehingga kini, terdapat pelbagai kecerdasan yang dikaji dan diperkenalkan

oleh pakar-pakar kepada masyarakat umum untuk meluaskan penggunaanya dalam

diri masing-masing. Antara contoh kecerdasan yang ada pada hari ini ialah

Kecerdasan Intelektual (Intellectual Quotient, IQ), Kecerdasan Emosi (Emotional

Intelligence, EI/EQ), Kecerdasan Pengurusan (Managerial Quotient, MQ),

Kecerdasan Kejayaan (Successful Intelligence), dan Kecerdasan Pelbagai (Multiple

Intelligence). Namun begitu, kajian ini tertumpu kepada kecerdasan pelbagai dan

hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar.

Gardner (1995), menjelaskan setiap manusia mempunyai setiap jenis

kecerdasan iaitu verbal linguistik, logik matematik, ruang visual, kinestatik, muzik,

interpersonal, intrapersonal dan naturalist tetapi mempunyai tahap kapasiti yang

berbeza-beza dalam setiap individu. Kecerdasan setiap individu adalah unik kerana

setiap individu mempunyai golongan kecerdasan berbeza. Oleh itu, pendidik

bertanggungjawab memberi perhatian kepada pelajar secara individu. Ini kerana

pendidik boleh mengembangkan dan mengukuhkan lagi kecerdasan yang ada serta

meningkatkan kecerdasan ini ke tahap yang lebih tinggi.

Walaupun tahap kecerdasan yang dimiliki oleh setiap individu tidak sama,

tetapi setiap individu itu mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan pelbagai

(Gardner, H. (1996). Setiap individu hanya perlu memperkembangkannya dan

memperkayakan agar setiap jenis kecerdasan dapat dikembangkan secara seimbang.

Setiap individu perlu memperkembangkan setiap kecerdasan yang ada dalam diri

setiap individu agar dapat menguasai setiap kecerdasan dengan baik. Proses

pengajaran adalah salah satu cara yang dilakukan untuk memperkembangkan

kecerdasan pelbagai.

Page 21: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

4

Pengetahuan tentang kecerdasan pelbagai adalah penting untuk semua pihak

terutamanya pendidik dalam menentukan kaedah pengajaran yang sesuai. Pelajar

dapat menilai, menggunakan dan menghubungkaitkan setiap kecerdasan dalam

kemahiran belajar. Selain soal selidik, pendidik juga boleh menentukan tahap

pencapaian kepelbagaian kecerdasan pelajar melalui pemerhatian dan penilaian.

Menurut Ismail, semua manusia yang dilahirkan mempunyai setiap

kecerdasan tersebut. Ianya hanya perlu diperkembangkan agar setiap kecerdasn

tersebut dapat dikuasai. Menurut Oliver dan Mohlen (1995), para pelajar

memerlukan suatu panduan untuk menilai informasi dan bukan menerima

kesemuanya secara pasif. Dalam hal ini sistem pendidikan kita perlu mementingkan

kecerdasan di kalangan pelajar secara efektif dalam pembelajaran akademik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Rahmat (2003), kecemerlangan ialah kebolehan dan kemampuan

diri menggabung dan menggunakan keseluruhan potensi yang dianugerahkan Tuhan

kepada setiap individu secara menyeluruh. Bagi mencapai kecemerlangan, seseorang

itu harus mampu mengimbang dan mempergiatkan pelbagai kecerdasan yang ada

pada diri ke arah penjanaan minda yang kritis dan kreatif. Ini adalah untuk

melahirkan kesejahteraan dan keharmonian kehidupan individu serta masyarakat

umum sepanjang hayat.

Kecemerlangan akademik sememangnya dinilai dari keputusan peperiksaan.

Ini kerana peperiksaan merupakan satu cara untuk mengukur keupayaan dan

kemampuan seseorang terhadap sesuatu yang dipelajari dan kemahiran yang telah

ditanamkan (Hassan, 2004). Namun, untuk mendapatkan keputusan peperiksaan

yang cemerlang bukanlah satu perkara yang mudah kerana terdapat pelbagai faktor

Page 22: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

5

yang mempengaruhi kecemerlangan akademik seseorang pelajar yang perlu diberi

perhatian.

Antara faktor yang berpotensi tinggi dalam menyumbang kepada

kecemerlangan pelajar adalah faktor kecerdasan seseorang tersebut. Seperti yang

dinyatakan oleh Azizi Yahaya, Yusuf Boon dan Amir Hamzah (2005), iaitu secara

umumnya, pencapaian akademik yang cemerlang sering dikaitkan dengan kecerdasan

pelajar yang tinggi. Kenyataan ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh

Chamorro-Premuzic dan Furham (2006) tentang Relationship Between Self Assessed

Intelligent (SAI) And Academic Perfomance (AP) di mana hasil dapatan kajian

tersebut menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan di antara kedua-dua

pembolehubah itu.

Dewasa kini, pelbagai teori dimajukan oleh pakar psikologi serta perbahasan

tentang kecerdasan ini sangat meluas dan bukan hanya tertupu kepada kecerdasan

inteletual (IQ) sahaja, sebagaimana yang dinyatakan oleh Bekas Menteri Pendidikan

Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu kecerdasan IQ semata-mata

bukanlah menjadi kayu ukur kepada kejayaan seseorang pelajar (Abdul Fatah,1998).

Kenyataan tadi seiring dengan penegasan Goleman (1996) yang menjelaskan bahawa

penilaian seseorang individu bukan hanya kepada kecerdasan intelektual (IQ) sahaja

dan kecerdasan ini tidak menjamin kesejahteraan dan keharmonian diri serta

hubungannya dengan masyarakat. Tambahan lagi, fakta yang konkrit turut

dikeluarkan oleh Goleman (1995) iaitu kejayaan hidup seseorang hanya ditentukan

oleh faktor IQ sebanyak 20 peratus dan 80 peratus lagi merupakan sumbangan dari

faktor-faktor lain.

Menurut Nik Aziz (1999), maksud kecerdasan akan berubah dan berkembang

dari masa ke semasa dengan penemuan saintifik dan pengumpulan maklumat terbaru.

Sehingga kini terdapat pelbagai jenis teori dan konsep kecerdasan yang

diperkenalkan oleh pakar-pakar seperti mana yang disimpulkan oleh beberapa orang

ahli psikologi dalam satu pendebatan isu kecerdasan menyatakan bahawa oleh kerana

Page 23: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

6

terdapat banyak cara untuk mencapai kecerdasan, maka wujudnya pelbagai jenis

konseptual kecerdasan (Neisser, et al. 1996).

Kepelbagaian kecerdasan adalah aspek penting yang perlu dititikberatkan

oleh pelajar mahupun tenaga pengajar. Kajian oleh Hamzah Nun (1999) telah

menunjukan bahawa pihak institut pengajian tinggi berjaya melahirkan para graduan

yang meningkat dari segi kuantiti bagi memenuhi kehendak negara, namun gagal

mencapai kearah peningkatan kualiti. Sebilangan pelajar mempunyai sikap pasif dan

mempunyai daya tindak balas yang lemah semasa pengajaran dan pembelajaran.

Zaini Ujang (1993), menyatakan bahawa idealisme asal universiti-universiti

di Malaysia untuk menghasilkan graduan yang intelek semakin tidak ketara. Sejak

kebelakangan ini, masalah intelektif ini adalah berkaitan dengan kecerdasan pelbagai

dan kebolehan seseorang pelajar. Dalam hal ini kebolehan itu sering didasarkan

kepada pengetahuan dan tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar pada setiap akhir

semester.

Kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran menjadi idaman setiap pelajar di

peringkat institusi pengajian tinggi kerana ia akan menjanjikan peluang pekerjaan

yang cerah demi masa depan kelak. Setiap manusia memerlukan usaha yang hampir

sama untuk melakukan sesuatu yang kecil atau besar dalam rangka meraih kejayaan

dan kecemerlangan yang amat penting dan sangat diidam-idamkan. Untuk mencapai

tujuan itu, pelajar perlulah menghadapi pelajaran mereka dengan pelbagai cara.

Kaedah yang diamalkan oleh pelajar ini kadangkala tidak berkesan untuk membantu

mereka lulus peperiksaan dengan cemerlang (Hassan, 1996).

Antara punca berlakunya kemerosotan pencapaian akademik para mahasiswa

ialah mereka gagal menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran di

universiti, di samping tidak mempunyai gaya pembelajaran yang betul (Baharin Abu,

2000, 2003; Abdul Ghani Awang, 1996). Akibatnya, ramai pelajar yang kurang

Page 24: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

7

berjaya gagal mencapai keputusan cemerlang mengakui diri mereka kekurangan

pengetahuan dalam daripada kepelbagaian kecerdasan yang dimiliki dan yang sedia

ada dalam diri pelajar itu sendiri

Menurut Mohd Fikri (2005), pencapaian yang baik dan bermutu di dalam

pembelajaran dan pengajaran adalah bergantung kepada kepelbagaian kecerdasan

dan gaya pembelajaran pelajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Ini kerana

setiap individu mempunyai latarbelakang, minat tahap kecerdasan dan gaya

pembelajarannya yang berbeza.

Pencapaian yang baik juga bergantung kepada keberkesanan kepada

keupayaan kecerdasan seperti verbal linguistik, logik matematik, ruang visual,

kinestatik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalist. Pelajar mempunyai

tahap kecerdasan yang berbeza, berbeza sikap terhadap pengajaran dan

pembelajaran, memberi respon yang berbeza kepada persekitaran bilik darjah dan

amalan pengajaran. Pelajar belajar dalam berbagai cara dengan melihat dan

mendengar, merefleksi dan melakukan, berfikir secara logik dan intuitif, dan

menghafal, mengingat dan menggambarkan.

Menurut Che Zaini (2000), kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

diamalkan sekarang tidak merangkumi semua jenis kecerdasan yang terdapat dalam

teori Gardner. lanya hanya berfokus kepada dua jenis kecerdasan iaitu verbal

linguistik (iaitu membaca, menulis dan bahasa) dan logik matematik (iaitu mengira

dan menyelesaikan masalah). la dapat dilihat berdasarkan keputusan kajian Che Zaini

(2000), iaitu 31% pelajar adalah dari jenis pembelajaran verbal (percakapan), 29%

adalah dari jenis pembelajaran kinestatik, 24% pelajar dari gaya pembelajaran

pembacaan dan 16% pelajar dari gaya pembelajaran penglihatan (visual). Manakala

dari segi kecerdasan pula ialah 59% pelajar logik matematik, 54% pelajar dari

kecerdasan interpersonal, 49% pelajar intrapersonal, 44% pelajar dari kecerdasan

muzik dan 40% pelajar dari kecerdasan visual.

Page 25: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

8

Secara kesimpulannya, para pelajar perlu didedahkan dengan gaya

pembelajaran dan kecerdasan kepelbagaian supaya wujudnya keseimbangan antara

pembelajaran pelajar dengan pengajaran pensyarah. Pengetahuan dengan gaya

belajar pelajar penting bagi pelajar untuk menimba pengalaman baru serta

mencungkil potensi memaksimumkan kekuatan pelajar di samping memimpin

mereka ke arah kerjaya yang bersesuaian dengan kecerdasan mereka (Che Zaini,

2000).

Lanjutan daripada masalah ini, penyelidik telah membuat keputusan untuk

menjalankan kajian saintifik iaitu hubungan kecerdasan pelbagai dengan pencapaian

akademik dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

Kemahiran Hidup (SPH) Fakulti Pendidikan UTM.

1.3 Penyataan Masalah

Kehidupan dan cara belajar di universiti adalah berbeza dengan di peringkat

persekolahan. Masing-masing berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan tetapi

bukan semua pelajar berjaya dengan cemerlang. Penggunaan kecerdasan pelbagai

(Multiple Intelligence) yang ada dalam diri pelajar secara optimum mampu

meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Ibu bapa, adik beradik dan keluarga merupakan aset utama dalam mendorong

usaha pelajar untuk terus berjaya dan memperolehi keputusan peperiksaan yang

cemerlang. Mereka memainkan peranan yang penting dalam pembentukan peribadi

dan sahsiah individu dalam mencorakkan masa depan pelajar. Di samping itu,

peranan yang dimainkan oleh mereka dalam membantu pembelajaran pelajar, sedikit

sebanyak mempengaruhi pemikiran atau corak pembelajaran yang diamalkan pelajar.

Page 26: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

9

Para pelajar seharusnya bukan sahaja dididik untuk kecemerlangan semasa di

institusi pengajian malah perlu dilatih untuk kejayaan hidup seluruhnya.

Namun begitu, ramai pelajar gagal mencapai kebolehan belajar pada tahap

yang sepatutnya dan seterusnya mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

(Sternberg, 2004). Maka, dengan teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence)

diperkenalkan untuk membantu pelajar dalam usaha mencapai kecemerlangan belajar

sepenuhnya.

Pelbagai isu yang timbul dalam kajian tentang kecerdasan manusia

berdasarkan kajian-kajian yang terdahulu. Misalnya, kajian Nor Abidah (2005)

mendapati tahap kecerdasan emosi pelajar politeknik berada pada tahap yang tinggi.

Taufik Pasiak (2008) pula menyatakan terdapat tiga perkara yang membezakan lelaki

dan perempuan iaitu struktur fizikal, organ pembiakan dan cara befikir tetapi bukan

tahap kecerdasan. Manakala teori Dr. Roger Sperry menyatakan kaitan kecerdasan

dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina

individu berlaku (Batriesya, 2008).

Oleh yang demikian, penyelidik menjalankan satu kajian bagi mengenal pasti

tahap kecerdasan pelbagai pelajar bagi program Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) Fakulti Pendidikan UTM dan hubungannya

dengan pencapaian akademik. Pengkaji juga mengharapkan bahawa dengan

menganalisis aspek perbezaan yang signifikan di antara kecerdasan pelbagai

mengikut jantina pelajar-pelajar dapat memberi panduan serta rujukan kepada

Institusi Pengajian Tinggi dalam membina dan menjana pendidikan yang berkesan.

Page 27: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

10

1.4 Tujuan Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap

kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan Kemahiran (SPH) Hidup Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan

hubungannya dengan pencapaian akademik.

1.5 Objektif Kajian

Matlamat kajian ini adalah untuk mengetahui dan mengenal pasti perkara-

perkara berikut dikalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

Kemahiran Hidup (SPH) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pengkaji telah memilih dan mengklasifikasikan beberapa aspek iaitu :

i. Mengenal pasti tahap kecerdasan pelbagai yang meliputi aspek verbal

linguistik, logik matematik, kinestatik, ruang visual, muzik,

intrapersonal, dan interpersonal pelajar SPH.

ii. Mengenal pasti perbezaan tahap kecerdasan pelbagai yang meliputi

aspek verbal linguistik, logik matematik, kinestatik, ruang visual,

muzik, intrapersonal, dan interpersonal dari segi jantina para pelajar

SPH.

iii. Mengenal pasti hubungan kecerdasan pelbagai dengan pencapaian

akademik pelajar SPH.

Page 28: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

11

1.6 Persoalan Kajian

Menurut Abd Majid (2000), persoalan kajian adalah saranan sementara yang

menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Ini

membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan cerapan. Justeru itu di dalam

kajian ini persoalan-persoalan kajian adalah :

i. Apakah tahap kecerdasan pelbagai yang meliputi aspek verbal

linguistik, logik matematik, kinestatik, ruang visual, muzik,

intrapersonal, dan interpersonal pelajar SPH?

ii. Adakah terdapat perbezaan tahap kecerdasan pelbagai yang meliputi

aspek verbal linguistik, logik matematik, kinestatik, ruang visual,

muzik, intrapersonal, dan interpersonal dari segi jantina para pelajar

SPH?

iii. Adakah terdapat hubungan kecerdasan pelbagai dengan pencapaian

akademik pelajar SPH?

1.7 Hipotesis Kajian

Hipotesis adalah suatu saranan sementara tentang hubungan antara dua atau

lebih pembolehubah yang didapati melalui deduksi (Ahmad Mahdzan, 1997).

Saranan sementara tersebut bergantung kepada pengesahan melalui kajian. Di antara

hipotesis yang telah dikenalpasti bagi tujuan kajian adalah:

i. Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap

kecerdasan pelbagai yang meliputi aspek verbal linguistik, logik

Page 29: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN … · PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN xi SENARAI

12

matematik, kinestatik, ruang visual, muzik, intrapersonal, dan

interpersonal dari segi jantina iaitu lelaki dan perempuan.

ii. Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap

kecerdasan pelbagai dengan pencapaian akademik pelajar.


Top Related