Download - Haiwan Yang Hampir Pupus Di Malaysia
HAIWAN YANG HAMPIR PUPUS DI MALAYSIA
ORANG UTAN
ORANG UTAN
ORANG UTAN Orang utan hanya terdapat di dua buah negara iaitu Malaysia dan
Indonesia.
Di Malaysia, negeri Sabah manakala di Indonesia ianya terdapat di Sumatra.
Kedua-dua orang utan ini berbeza dari beberapa segi
Orang utan Malaysia (Subspesies: Pongo Pygmaeus Pygmaeus)
- karung pipi yang tebal dan besar,
- sarung tekak yang juga besar
- bentuk muka yang lebih bersegi
berbanding dengan orang utan Sumatra (Subspesies : Pongo Pygmaeus abelii).
ORANG UTAN
Orang utan merupakan haiwan yang bijak dan dikatakan hidupan kedua yang paling bijak di dunia selepas manusia.
Namun jumlahnya kini semakin menurun yang dikaitkan dengan aktiviti pembalakan dan penebangan hutan.
Bilangan terkini di dunia : Sumatra (7000) dan Borneo (45000 - 69000)
ORANG UTAN
Orang utan jantan biasanya 2 kali ganda lebih besar daripada orang utan betina.
Berat - 100 kg Ketinggian maksimum 5 kaki. Saiz yang besar ini mungkin ada kaitan dengan
persaingan untuk mendapatkan pasangan. Orang utan jantan yang besar dan kuat lebih mudah
mengalahkan orang utan jantan yang lebih kecil semasa mencari pasangan.
ORANG UTAN
Orang utan betina - kedatangan haid. Kitar haidnya 29 - 32 hari dan darah turun selama
3 - 4 hari setiap kitaran. Tempoh kehamilan adalah lebih kurang 9 bulan. Berat anak yang baru dilahirkan - lebih kurang 3
kg sahaja. Ia biasanya hidup bersama dengan ibunya atau
hidup berdekatan dengan ibunya sehingga matang.
ORANG UTANOrang utan biasa menjaga anak orang utan lain
yang kehilangan atau kematian ibunya sebagai anak angkat.
Orang utan jantan matang apabila berumur 7 - 10 tahun
Orang utan betina matang apabila mencapai umur 12 tahun.
Orang utan betina hanya mula membiak apabila mencapai umur 14 -16 tahun.
ORANG UTAN
Orang utan jantan yang matang mencapai ketinggian maksimum apabila berumur 15 tahun tetapi karung pipinya hanya terbentuk dengan sempurna apabila ia mencapai umur 20 tahun.
Jantan-jantan yang tidak mempunyai karung pipi menghadapi kesukaran untuk mencari pasangan kerana orang utan betina biasanya tidak memilih orang utan yang tidak mempunyai karung pipi.
Karung pipi yang besar merupakan status simbol untuk orang utan jantan.
Jantan
Betina
ORANG UTAN
Orang utan menghabiskan sebahagian besar masa siang untuk mencari makanan seperti buah-buahan pucuk muda, bunga, serangga dan kadang-kadang telur haiwan.
Makanan kegemaran orang utan ialah buah durian. Pada waktu malam orang utan tidur di atas dahan-dahan
yang tinggi.Biasanya tempat tidur ini ditukar setiap malam.
ORANG UTAN
Sama seperti golongan primat yang lain, orang utan mempunyai IQ yang agak tinggi.
Terdapat orang utan yang telah dilatih untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat.
Orang utan juga boleh dilatih untuk melakukan kerja-kerja yang mudah.
Tempoh hayat orang utan ialah lebih kurang 50 tahun.
ORANG UTAN
Di Malaysia, orang utan adalah binatang yang dilindungi. Satu pusat melatih semula orang utan yang pernah
ditangkap oleh manusia untuk dilepaskan semula ke habitat semula jadi didirikan di Sepiluk, Sandakan, Sabah.
Orang utan diberi penghargaan sebagai mascot Tahun Melawat Malaysia dan sebagai maskot Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Malaysia.
ORANG UTAN
Orang utan menghadapi masalah yang sama dengan kebanyakan haiwan lain di Malaysia iaitu perubahan atau kehilangan habitat semula jadi mereka.
Hal ini kerana banyak kawasan-kawasan telah dibuka untuk tujuan pembalakan, pertanian dan pertempatan manusia.
Adalah penting habitat semula jadi orang utan ini diselamat dan dikekalkan.