Transcript
Page 1: habis - Universiti Putra Malaysiapsasir.upm.edu.my/2856/1/20080617_N_BH_HIP_pgB13_Isu...2008/06/17  · Isu politik dapat perhatian di pentas Baca Puisi Pena Keputusan Batu Puteh Isu

Isu politik dapat perhatiandi pentas Baca Puisi PenaKeputusan Batu Puteh Isu 13 Mei dan sikap lembut Malaysia djluahkan sebagai tanda protesISU perjuangan bangsa Melayu dalam

memulihara hak negara dan bangsaMalaysia menggegarkan Baca Puisi

Pena di Rumah Pena Jalan DewanBahasa Kuala Lumpur baru baru inisehingga khalayak pada malam itu terpegundengan semangatyang dipamerkan deklamator

Tirai Baca Puisi Pena dipanaskanpemudah cara yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Penulis NasionalMalaysia Pena Dr Ibrahim Ghaffarketika tampil dengan puisi bernadasinis Kehilangan Sebuah Kedaulatanmengenai penyerahan Batu Putehkepada Singapura seperti diputuskanMahkamah Keadilan Antarabangsa ICJbaru baru ini

kita kian terlcilu murah

kalaupun kais pagi makan pagidan hak kita kita beriyang ada kita kongsiteriina seadanya asal teman bahagiademi kerelaan Sebuah kota

untukmercu majrnukdibumipusakakota kita telah hakismilik kita telah habis

dan kita rela nangis

kita legasi leka menekuni auti toleransiimpikan aman damai sebuah negeribagai sepotong syufga di muka bumiramahnya kitakongsi rayakongsikuasakongsi takhtaann laai vana tinqaal mutlak milik kitaselain ingin membangunmonumen maimuk

Persembahan beremosi penyairKelantan DatukSuhaimi Yaakob lewatpuisi Tok Janggut karya RahimidinZahari mengalihkan perhatian khalayakdaripada isu semasa kepada nostalgiakegemilangan kepahlawanan Melayu diPantai Timur khususnya di Kelantan

Aku pulang dengan siap sedia asal mulasebagai lelaki anakjantan perkasaaku siap sedia menitlskan darah ke rantingcempakaini tanah darahku tak akan kurela kaukikishabis

kuoleng mangkuk mimpipara tiranInilah nafasku angin bergugus menyebarkan tandus dan nah darah matahariku

akan

terperdk ke tanah Pasir Putihringkik angin taufan sedialah kauakan kuamuk kugetus kantung nyawakukalaupun aku mati di rangan bangsakuaku mati sebagai pembela sejati

Keghairahan Presiden LembagaKaunselor Kementerian PembangunanWanita Keluarga dan Masyarakat DatukDr Mohd Mansur Abdullah nnerakam

perpaduan bangsa Malaysia yangmasih teruji meskipun seiepas mencapai kemerdekaan dapat dilihat dalampuisinya Janji Sebuah Kemerdekaan

Puisinya kedengaran indah ekorankekuatan pilihan perkataan hakikatnyamenikam kalbu jika dinilai dari sudutmakna tersirat bukan saja untuk bangsaMelayu tetapi juga Cina dan India dalammenghayati nikmat kemerdekaan sehingga saling mencurigai mengakibatkan

sejarah luka 13 Mei

Waktu menjadi perakam perjuangan danpengorbanannenek moyang tika mencanai kemerdekaan

Malayan Union menjelang nakalpada keyakinan yang belum pulihkeluhuran

dan tulennya masih rapuhsebagai Melayupribumi sanggup mati berdarahsejarah luka 13 Meiangkara berdarah sesama kitabukanlah durjana bikinan penjajah pengkhianat

rupanya kita masih saling meraguikesetiaan

Puisi Monolog Sebuah Kemerdekaanyang disampaikan Pensyarah BahasaUniversiti Putra Malaysia UPM ProfMadya ArbakOthman mengajak khalayak melarik makna beriapis lewat nadasinis apabila ada antaranya baitnyamenyindir makna bebas dan kedaulatanyang terbabas sehingga merugikannegara ini

Mentafsirfirasat

ketika si tenang datang menghantar ajaldugong yang terikat di pukat Pak Atanberternbung arus kuasa dan kemanusiaanberbentang kabuslaut kita bersempadanTanjung Putensaiahkan diri sendiri

kita yang membunuh peri kemanusiaansejarah sedekatdi ruang matatabiat metepos sekarang dimuara

kemerdekaan

mengecap kebebasandan kedaulatan

bukan bebas sebebassehingga melepasibatas batas bebas

Pengetua Sek Men Keb Bandar TasikSelatan Mohd Sidek Mohd Dollah ataulebih dikenali dengan nama pena MasAdeki membakar semangat kebangsaan Melayu melalui puisinya GemersikNusantara yang menonjolkan kehebatanbahasa Melayu sehingga menguasaiNusantara

Gemersik Nusantara

disebalik tiruan kencana berlabuh

ada segugusjiwayang memntamenebar titisan ilmu

ke pelusuk Nusantarakegagahan gibran pemidatomutelah menawan Nusantara

keunggulan getarpidatoMelayumutelah mewarna marak kota

Puisi Ketua l Persatuan Penulis JohorPPJ Amiruddin Mohd Ali Hanafiah

turut memeriahkan malam terbabit

dengan puisinya Suara BumiJohor yangmemercikkan kesungguhan perjuanganwarga negeri yang terkenal denganSi Bongkok Tanjung Puteri dalammengembalikan semula maruah dankedaulatan bangsa

Selagi nadi masih berdenyutorang Johor mengalah tiadasekaliwalau berjuang sekadar parangmusuh ditentang biar bergelimpcinganBumi Johor tiada rela diperhambadi sini bermula negara bangsanilai perjuangan tiada terkirabangkit rakyat berhati waja

Pensyarah Jabatan Seni PersembahanUniversiti Teknologi Mara UiTM ProfAbdul Ghafar Ibrahim Agi seperti biasamenarik perhatian khalayak denganpersembahan ala nazam lewat TopfSuara yang berselindung di sebalikperlambangan alam tetapi hakikatnyamenyindir orang politik di Malaysia dannegara jiran

Haiwan tak nampak bermain mainlumpur keluar menjadi batubatu cair menjadi pasirtapi suara tak menjenguk jengukjua

Pasir tumbuh menjadi ributribut pasrah kepada rindurindu pecah gelisah di kalbutapi suara tak bersuarajuga

Persembahan nyanyian Nasiiemakdan Kopi 0 daripada Pak Nasir dan siswaAkademi Seni Warisan dan KebudayaanKebangsaan Aswara menambah gulairasa pada persembahan malam itu yangturut dimeriahkan dengan bacaan mantera main puteri

Page 2: habis - Universiti Putra Malaysiapsasir.upm.edu.my/2856/1/20080617_N_BH_HIP_pgB13_Isu...2008/06/17  · Isu politik dapat perhatian di pentas Baca Puisi Pena Keputusan Batu Puteh Isu

Top Related