Transcript

IDE 4523GERAKAN ISLAM ALAM MELAYU

NAMA PENSYARAH : DR ZAWAWI BIN YUSUF

NAMA PELAJAR :ANIS NAIMAH BT MOHAMAD SAMAN (032419)

NASFUSHAHRIAH BT RAZALI (032989)NUR FAZLINA BT MOHD FADZI (032559)

SITI AISHAH BT ZAINUDIN (032819)

ISM DAKWAH SEM 6

SEJARAH PENUBUHAN

JAMAAH ISLAM MALAYSIA (JIM)

JIM merupakan sebuah Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar secara sah dengan Badan Pendaftar Pertubuhan pada 27 Julai 1990.

Jawatankuasa Penaja penubuhan JIM diketuai oleh Haji Saari Sungip atau nama gelarannya ‘Abu Urwah’.

Hj Saari Sungip adalah Presiden pertama JIM.

Beliau memegang jawatan presiden selama 10 tahun bermula dari tahun 1990 sehingga 1999.

LATAR BELAKANG JIM

Keahlian JIM

AHLI JIMAnggota Islamic Representative Council (IRC) iaitu

sebuah pertubuhan ‘underground’ yang telah diwujudkan di United Kingdom pertengahan 1970-an.

Setelah menamatkan pelajaran, mereka kembali ke tanah air lantas menubuhkan IRC di Malaysia. Mereka berusaha untuk menguasai ABIM.

Setelah gagal mereka cuba pula menguasai PAS tetapi gagal juga.

Setelah misi mereka gagal dalam ABIM dan PAS, mereka akhirnya menubuhkan JIM.

Oleh itu kesimpulannya JIM adalah pertubuhan mereka yang kecewa dalam usaha mendapatkan kuasa dalam menerajui gerakan-gerakan Islam semasa di Malaysia pada waktu itu lantas membuat pertubuhan sendiri.

Namun begitu, ramai juga di kalangan pendokong awalnya terdiri daripada para pelajar lepasan universiti di Timur Tengah, Australia dan Amerika Syarikat.

Mereka yang belajar selain daripada di United Kingdom, bukanlah anggota IRC.

Namun kesatuan kefahaman dan pemikiran telah menemukan mereka setelah kembali menamatkan pengajian.

VISI JIM

“ Membangun sebuah negara Malaysia yang melaksanakan

sepenuhnya syariat Islam menjelang

2020 ”

Membangun sumber manusia untuk melahirkan

insan soleh

Membudayakan pendekatan

perkongsian dan permuafakatan

Mengislah masyarakat ke

arah penegakkan kebenaran dan

keadilan sejagat

MISI JIM

MOTO JIM“ BERSAMA ISLAM

MEMBINA MASYARAKAT ”

KEPIMPINAN JIMPresiden pertama JIM ialah Tuan Hj Saari

Sungib.

Apabila beliau melepaskan jawatannya dalam tahun 1999 untuk berkecimpung sepenuhnya di dalam politik, kepemimpinan JIM telah diambil alih oleh Prof Dr Hj Mohd Hatta Shaharom, seorang Doktor Pakar Psikiatri.

Dr Hatta menerajui JIM selama tiga tahun dan setelah itu, bermula dari tahun 2003, jawatan Presiden dipegang oleh Tuan Hj Zaid bin Kamaruddin.

PEMBUBARAN JIMKeputusan untuk membubarkan JIM adalah selaras

dengan hasrat pertubuhan tersebut untuk menyatu padukan semua organisasi dibawah organisasi baru iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Satu Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) Khas yang dihadiri oleh hampir dua ratus orang perwakilan JIM dan Wanita JIM di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah dipanggil untuk membincangkan usul membubarkan JIM.

Perhimpunan yang berlangsung di Kompleks Darul Puteri, Cheras, Kuala Lumpur itu sebulat suara meluluskan usul pembubaran JIM.

Perhimpunan khas tersebut telah meluluskan usul untuk memindahkan semua harta dan aset JIM kepada IKRAM.

Kebanyakkan ahli JIM yang aktif dalam amal dakwah dalam masyarakat kini menjadi ahli IKRAM dan membawa bersama pengalaman-pengalaman berharga dan diserap kedalam IKRAM.

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia dibubarkan meninggalkan legasinya sebagai sebuah gerakan Islam yang aktif, lantang bersuara, dan berkesan dalam menggerakkan massa lebih dua dekad.

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

(IKRAM)

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam.

IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam.

COGAN KATA IKRAM

“Ukhuwah Teras

Kegemilangan”

DASAR IKRAM Dasarnya ialah Islam, dan asas pegangannya

ialah Al-Qur’an, As-Sunnah, Ijma’ dan

Ijtihad.

MATLAMAT IKRAM

Menyebarkan risalah Islam

melalui dakwah, serta

mempertahankannya daripada kebatilan dan

syubahat

Mengumpulkan hati dan jiwa

individu Muslim di atas dasar Islam

dan membina akhlak yang mulia

Meninggikan taraf sosio-ekonomi

umat Islam

Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa

mengira bangsa dan agama;

Memperjuangkan hak umat Islam dan

berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di

kalangan mereka;

Menegakkan syariat Islam

secara praktikal

Mengadakan hubungan dan

kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat

Islam

Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan

yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan

umat Islam

AKTIVITI IKRAM

TARBIYYAH

Tarbiyyah IKRAM dilaksanakan

untuk membina ahli IKRAM dan menghidupkan

hakikat beriltizam kepadaIslam

secara teori dan amali, pada peringkat

diri,keluarga dan masyarakat.

IKRAM menekankan

pendidikan ahli keluarga dengan tarbiyyah yang

menyeluruh mengikut Qur’an

dan Sunnah.

Tarbiyyah IKRAM berperanan membina

ukhuwahyang benar dan sikap bekerjasama di

antara satu dengan yang lain,

sehingga dengannya

diharap akan terterap fikrah kesatuan Islam.

IKRAM berusaha memberi nasihat dan

mengutarakan pandangan Islam

sebagai dasar dalam semua urusan

kemasyarakatan termasuk pendidikan,

pembelajaran, perundangan,

kehakiman, media massa, pentadbiran, pertahanan, politik,

ekonomi, kesihatan dan pemerintahan.

Membangun institusi pendidikan,

kemasyarakatan, ekonomi, sains dan teknologi, hospital,

rumah perlindungan dan rumah kebajikan.


Top Related