Transcript

Bab 13 Pembandaran

1. Proses pembandaran atau urbanisasi ialah proses perkembangan sesebuah bandar dari segi saiz penduduk, luas kawasan, fungsi, infrastruktur, perubahan ekonomi, sosial, dan lingkungan pengaruh terhadap kawasan sekelilingnya.

2. Proses pembandaran akan menyebabkan jumlah penduduk bandar bertambah dengan pesat.

Pembandaran di Malaysia

1. Pembandaran di Malaysia berlaku dengan pesat sejak kemerdekaan.

2. Ciri-ciri pembandaran di Malaysia dapat dilihat dari segi saiz penduduk, kegiatan ekonomi, dan kemudahan asas.

3. Jumlah penduduk bandar bertambah berbanding dengan jumlah penduduk di kawasan luar bandar.

4. Dari segi ekonorni, perubahan guna tanah telah berlaku di kawasan bandar. Kawasan pertanian bertukar menjadi kawasan petempatan, perniagaan, perindustrian, dan perkhidmatan. Selain itu, fungsi bandar juga semakin bertambah.

5. Pelbagai jenis kemudahan sosial dan infrastruktur telah bertambah untuk memenuhi keperluan penduduk yang bertambah. Contohnya, sekolah, hospital, bank, kawasan hiburan, jaringan pengangkutan dan perhubungan.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Perbandaran

Peluang Pekerjaan

1. Di Malaysia, perkembangan sesebuah bandar biasanya dipengaruhi oleh sumber semula jadi dan kegiatan ekonomi yang menyediakan banyak peluang pekerjaan.

2. Penanaman padi yang dijalankan di Dataran Perlis-Kedah dan Delta Kelantan telah membangunkan bandar Alor Setar dan Kota Bharu.

3. Pembukaan ladang-ladang getah yang luas di Malaysia pula menggalakkan pembandaran di Kulim, Alor Gajah, Kluang, Segamat, dan Kota Tinggi.

Dasar Kerajaan

1. Proses pembandaran di Malaysia adalah dirancang oleh kerajaan melalui program perancangan luar bandar dan wilayah dan dasar urbanisasi negara.

2. Tujuan bandar baru diwujudkan:

(a) mengelakkan tumpuan penduduk di bandar utama

(b) mewujudkan kawasan perindustrian di kawasan luar bandar

(c) membangunkan wilayah dan bandar tertentu

Migrasi

1. Bandar-bandar utama mempunyai banyak peluang pekerjaan. Keadaan ini menyebabkan migrasi penduduk dari luar bandar berlaku dengan pesat.

2. Selain itu, pelbagai kemudahan sosial dan infrastruktur juga mendorong migrasi penduduk desa ke bandar.

3. Migrasi penduduk desa ke bandar merupakan faktor utama yang mempengaruhi proses pembandaran di Petaling Jaya, Nilai, Subang Jaya, Tampoi, dan Larkin.

Fungsi Bandar

1. Sesebuah bandar dapat dikelaskan berdasarkan fungsi-fungsi tertentu.

2. Bandar-bandar di Malaysia berfungsi sebagai:

(a) pusat pentadbiran

(b) pusat pembekal

(c) pusat perdagangan dan perniagaan

(d) pusat perkilangan

(e) pusat pendidikan

(f) pusat kebudayaan dan pelancongan

3. Bandar yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran adalah bandar yang merujuk kepada ibu negeri, pusat pentadbiran wilayah, daerah, dan bahagian-bahagian. Bandar-bandar ini terdapat pejabat-pejabat kerajaan dan jabatan-jabatan lain. Contohnya, Seremban, Ipoh, Alor Setar, Kota Kinabalu, dan Kuching.

4. Bandar yang berfungsi sebagai pusat pembekal merujuk kepada bandar yang mengumpul hasil pertanian yang dibekalkan dari luar bandar. Contohnya, Dungun, Alor Setar, Kota Bharu, Kangar, dan Kluang.

5. Sesebuah bandar yang berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan mempunyai banyak gedung perniagaan, perkhidmatan kewangan, dan perkhidmatan lain. Contohnya, Bandaraya Kuala Lumpur dan Bandaraya Johor Bahru.

6. Bandar-bandar seperti Bandar Baru Nilai, Petaling Jaya, dan Kerteh merupakan bandar yang berfungsi sebagai pusat perkilangan. Bandarbandar ini mempunyai banyak kilang.

7. Bandar yang berfungsi sebagai pusat pendidikan mempunyai banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Contohnya, Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai pusat pengajian tinggi seperti Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.

8. Selain itu, terdapat juga bandar yang berfungsi sebagai pusat kebudayaan dan pelancongan. Bandar-bandar ini biasanya mempunyai balai seni lukis, pusat kraf tangan, muzium , dan pusat pelbagai kegiatan kebudayaan.Kesan Pembandaran

- Kesan Positif

(a) Pertambahan Peluang Pekerjaan

1. Kegiatan ekonomi di kawasan bandar telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

2. Peluang pekerjaan boleh didapati dalam pelbagai sektor seperti sektor perkilangan, perniagaan, perdagangan, perkhidmatan perbankan dan kewangan serta pentadbiran.

(b) Peningkatan Kemudahan Infrastruktur

1. Proses pembandaran telah menambahkan kemudahan infrastruktur di kawasan bandar.

2. Contohnya, Bandaraya Kuala Lumpur dilengkapi dengan Sistem Pengangkutan Aliran Ringan (LRT), komuter, dan monorel.

3. Taraf kemudahan sosial seperti hospital, klinik, pejabat pos, balai polis, dan lampu jalan turut dipertingkatkan.

(c) Peningkatan Taraf Hidup

1. Kegiatan ekonomi yang berlaku di bandar telah menyediakan banyak peluang pekerjaan.

2. Kadar pendapatan yang tinggi di kawasan bandar telah meningkatkan taraf hidup penduduk bandar.

3. Kemudahan sosial dan infrastruktur yang lengkap di kawasan bandar turut memberikan pelbagai kemudahan kepada penduduk bandar.

- Kesan Negatif

(a) Kesesakan Lalu Lintas

1. Pertambahan kenderaan yang pesat di atas jalan raya telah menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku di kawasan bandar.

2. Selain itu, jaringan jalan raya yang kurang cekap dan keadaan jalan yang kurang memuaskan turut menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku

(b) Pencemaran

1. Pertambahan jumlah kenderaan telah menyebabkan gas-gas bertoksid seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida, dan oksida nitrogen dibebaskan di udara.

2. Gas-gas ini akan mencemarkan udara.

(c) Kekurangan Tenaga Kerja di Luar Bandar

1. Taraf hidup dan pendapatan yang lebih tinggi di kawasan bandar telah menyebabkan migrasi penduduk berlaku.

2. Migrasi penduduk desa ke kawasan bandar telah menyebabkan berlakunya kekurangan tenaga kerja di desa.

5. Pembuangan sisa domestik dan sisa desa. kilang ke dalam sungai juga mencemarkan sungai.

3. Keadaan sedemikian menyebabkan banyak kawasan pertanian di luar bandar tidak dimajukan.

(d) Banjir Kilat

1. Bangunan konkrit dan jalan raya yang berturap merupakan punca utama banjir kilat berlaku di kawasan bandar.

2. Apabila hujan turun, air hujan terus sampai di permukaan bumi kerana tiada halangan pokok-pokok. Air larian permukaan tidak dapat meresap ke dalam bumi kerana dihalang oleh jalan raya yang berturap. Keadaan ini menyebabkan banjir kilat berlaku.

3. Banjir kilat akan bertambah buruk sekiranya sistem perparitan bandar kurang sempurna.

(e) Kawasan Setinggan Bertambah

1. Kawasan setinggan merupakan kesan negatif terhadap proses pembandaran yang paling ketara

2. Masalah setinggan wujud di bandar kerana:

(a) perumahan tidak mencukupi

(b) kadar sewa rumah yang tinggi

(c) harga tanah yang tinggi

Kesan Pembandaran di Bangkok, Thailand

1. Bangkok ialah ibu negara dan bandar yang terbesar di Thailand.

2. Bangkok mempunyai 5 juta orang penduduk dan merupakan bandar primat di Thailand.

3. Bangkok berfungsi sebagai pusat dalam pentadbiran, pusat pengumpulan hasil, pusat pengangkutan, pusat perdagangan dan perniagaan serta pusat pelancongan.

4. Kesan-kesan positif pembandaran di Bangkok:

(a) Pembukaan kawasan perkilangan menyediakan peluang pekerjaan.

(b) Mempunyai lebuh raya bertingkat dan Pengangkutan Aliran Ringan (LRT).Langkah-langkah Mengurangkan Masalah Pembandaran

1. Kesesakan

(a) Mengadakan kempen untuk menggalakkan penduduk berkongsi kereta dan menggunakan kenderaan awam.

(b) Melebarkan jalan raya dan membina lebih banyak jejantas.

(c) Pembinaan Pengangkutan Aliran Ringan (LRT) dan monorel

(d) Memperkenalkan pengangkutan bersepadu di kawasan bandar.

2. Pembuangan

(a) Mengadakan tapak pelupusan sampah dan sisa-sisa buangan kilang

(b) Mengadakan sistem insinerator untuk menggantikan sistem pembuangan sampah secara terbuka.

3. Banjir kilat

(a) Menaik- taraf sistem perparitan dan saliran.

(b) Membina sistem saliran dan perparitan yang baru.

(c) Mendalamkan sungai.

4. Kekurangan tempat tinggal

(a) Membina lebih banyak rumah kos rendah dan pangsapuri.

(b) Menempatkan semula kawasan setinggan di petempatan terancang.

(c) Pembukaan kawasan perkilangan di luar bandar untuk mengurangkan

penghijrahan penduduk ke bandar.

5. Pencemaran

(a) Menguatkuasakan undang-undang dan Akta Alam Sekitar, supaya kilang-- kilang memasang penapis dan meninggikan cerobong asap.

(b) Mengenakan denda yang tinggi terhadap sesiapa yang membebaskan sisa buangan ke udara dan sungai.

(c) Menanamkan pelbagai jenis pokok di kawasan bandar di bawah konsep penghijauan bandar.

BAB 14 Pengangkutan dan Perhubungan awal

Pengangkutan Awal

1. Pengangkutan awal di Malaysia terbahagi kepada pengangkutan darat dan pengangkutan air.

2. Pengangkutan darat pada peringkat awal termasuklah denai, lorong kaki, dan jalan tidak berturap.

3. Alat pengangkutan yang digunakan ialah kereta lembu, kereta kerbau, kereta kuda, dan beca.

4. Pengangkutan air termasuklah pengangkutan sungai dan pengangkutan laut.

5. Alat pengangkutan sungai ialah rakit dan perahu. Manakala jong digunakan untuk pengangkutan laut.

Perhubungan Awal

1. Sistem perhubungan di Malaysia pada peringkat awal adalah menggunakan isyarat asap, beduk, laung, dan ketuk-ketuk.

2. Isyarat asap dihasilkan dengan menyalakan unggun api untuk menyampaikan maklumat.3. Beduk dan ketuk-ketuk dipukul untuk mengeluarkan bunyi. Setiap bunyi dan cara ketukan yang berlainan membawa isyarat atau maksud yang tertentu. Contohnya, isyarat keselamatan, kecemasan atau menjalankan aktiviti tertentu seperti gotong-royong dan permainan rakyat.

4. Laung diperbuat daripada buluh atau tanduk binatang. Laung ditiup dan menghasilkan bunyi untuk memberi isyarat tertentu.

Keperluan Pengangkutan dan Perhubungan Awal

Sebelum Penjajahan

1. Jalan darat digunakan untuk mencari hasil hutan seperti buah-buahan, pucuk-pucuk kayu, rotan, dan buluh.

2. Kereta lembu digunakan untuk mengangkut barangan dan penumpang. Kereta andu yang ditarik oleh kerbau digunakan untuk mengangkut padi, buah-buahan, kayu api, dan barang-barang berat.

3. Pengangkutan air digunakan untuk menghubungkan kawasan-kawasan lembah sungai dengan pinggir pantai. Perahu digunakan untuk mengangkut penumpang dan barangan.

4. Cara perhubungan awal di Malaysia ialah isyarat asap, beduk, ketuk-ketuk, dan laung untuk tujuan memberi isyarat dan keselamatan.

Semasa Penjajahan

1. Jalan raya yang awal dibina menghubungkan Kuala Lumpur dengan Port Swettenham (Pelabuhan Klang) untuk mengangkut getah dan bijih timah.

2. Jalan kereta api yang awal telah dibina untuk menghubungkan Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang) untuk mengangkut bijih timah. Contoh-contoh jalan kereta api yang lain ialah:

(a) Kuala Lumpur ke Port Swettenham (Pelabuhan Klang)

(b) Tapah ke Teluk Anson (Teluk Intan)

(c) Seremban ke Port Dickson

3. Jalan kereta api yang pertama di Sabah dibina dari JesseIton (Kota Kinabalu) ke Berufort dan seterusnya ke Tenom.

4. Tongkang dan kapal wap digunakan sebagai alat mengangkut barangan di sungai dan laut. Penggunaan tongkang dan kapal wap dapat mempercepatkan penghantaran barangan ke negara penjajah serta membawa buruh-buruh asing dari India dan China ke Malaysia.5. Perkhidmatan perhubungan seperti telegraf, telefon, dan pos diadakan sejak abad ke-19.

6. Talian telegraf dibina di sepanjang jalan kereta api untuk menjadi satu rangkaian telekomunikasi.

7. Talian telegraf yang pertama menghubungkan Kuala Kangsar dengan Taiping dan terus berkembang hingga Kamunting dan Bukit Gantang.

8. Pada tahun 1920-an, telegram diperkenalkan di Malaysia untuk penghantaran maklumat. Perkhidmatan telegram boleh didapati di balai polis dengan menggunakan radio polis.

9. Perkhidmatan pos mula-mula diperkenalkan oleh penjajah British pada tahun 1800. Pejabat pos yang pertama telah dibina di Pulau Pinang pada tahun 1826.

BAB 15 Perkembangan Sistem Pengangkutan

Perkembangan Sistem Pengangkutan di Malaysia

(a) Pengangkutan Darat

Jalan raya

1. Menjelang tahun 1960-an, rangkaian jalan raya persekutuan telah dibina di Semenanjung Malaysia, iaitu

(a) Jalan Persekutuan I (Changloon Kuala Lumpur - Johor Bahru),

(b) Jalan Persekutuan II (Pelabuhan Klang - Kuantan)

(c) Jalan Persekutuan III (Kuantan Kota Bharu)

2. Jaringan jalan raya ini akhirnya membentuk Lebuhraya Utara-Selatan yang menghubungkan Bukit Kayu Hitam di utara dengan Johor Bahru di Selatan.

3. Lebuhraya Timur-Barat telah dibina untuk menghubungkan Grik di Perak dengan Jeli di Kelantan.

4. Di Sarawak, jalan raya utama menghubungkan Bandaraya Kuching dengan Miri.

5. Di Sabah, jalan raya dibina di sepanjang pantai barat yang menghubungkan

(a) Kudat dengan Kota Kinabalu

(b) Papar dengan Sindumin

6. Lebuhraya Trans-Borneo telah menghubungkan Bandaraya Kuching dengan Kota Kinabalu melalui Sri Aman, Bintulu, dan Miri.

Jalan Kereta Api

1. Jalan kereta api yang dibina semasa penjajahan menghubungkan

(a) Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang)

(b) Kuala Lumpur dengan Pelabuhan Klang

(c) Kuala Lumpur dengan Ipoh

2. Jalan kereta api di pantai barat menghubungkan Padang Besar (Perlis) dengan Johor Bahru (Johor). Manakala jalan kereta api di pantai timur menghubungkan Tumpat (Kelantan) dengan Johor Bahru (Johor).

3. Gemas dijadikan sebagai stesen persimpangan landasan kereta api di antara pantai barat dengan pantai timur Semenanjung Malaysia.

4. Perkhidmatan kereta api di Malaysia diuruskan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

5. Jalan kereta api berkembar dan perkhidmatan komuter yang menggunakan kuasa elektrik juga dibina.6. Rel Transit Ringan (LRT) ialah sistem pengangkutan bandar yang dibina di Lembah Klang.

7. STAR dan PUTRA merupakan dua jenis perkhidmatan LRT yang sedia ada.

8. LRT STAR yang mula berkhidmat pada tahun 1996 menghubungkan Sri Petaling dengan Ampang dan Sentul.

9. LRT PUTRA yang mula berkhidmat pada tahun 1998 pula menghubungkan Kelana Jaya dengan Gombak.

10. Pada tahun 2002, ERL (Express Rail Link) atau Hubungan Keretapi Ekspres mula berkhidmat.

11. ERL menghubungkan KL Sentral dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

12. KL Sentral ialah terminal pengangkutan awam yang menyatukan perkhidmatan komuter KTMB dengan ERL, LRT PUTRA, monorel, bas, teksi, dan pejalan kaki.

13. Monorel ialah sistem rel ringan yang dibina di Bandaraya Kuala Lumpur(b) Pengangkutan Air

1. Jalan sungai merupakan pengangkutan penting di kawasan-kawasan terpencil di Sabah, Sarawak, Pahang, dan Terengganu.

2. Alat pengangkutan sungai yang utama pada masa kini ialah bot berenjin.

3. Pelabuhan lama seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Bintulu telah diperbesar dan dinaikkan taraf

4. Perkhidmatan feri dan bot disediakan untuk menghubungkan pulau-pulau dengan tanah besar seperti dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi dan dari Mersing ke Pulau Tioman.

5. Selain itu, pelabuhan kecil persisiran pantai menyediakan perkhidmatan antara pelabuhan. Contohnya, Pelabuhan Port Dickson, Pelabuhan Melaka, Pelabuhan Batu Pahat, dan Pelabuhan Muar.

(c) Pengangkutan Udara

1. Mulai tahun 1970, pengangkutan udara telah dikendalikan oleh Malaysian Airlines System (MAS).

2. Pada tahun 1998, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), telah dibina untuk

menampung keperluan pendaratan yang semakin meningkat.

3. Selain itu, Lapangan terbang seperti berikut juga dibina: Lapangan Terbang Labuan dan Lapangan m Terbang Kota Bharu telah dibina.

4. Selain MAS, perkhidmatan udara di Malaysia turut dikendalikan oleh Air Asia Sdn. Bhd.

Faktor-faktor yang Mempengaruhl Jaringan Pengangkutan

(a) Bentuk Muka Bumi

1. Jalan raya banyak tertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia kerana bentuk muka buminya yang rata dan luas.

2. Di pantai Timur Semenanjung Malaysia, jalan raya sukar dibina kerana bentuk muka buminya yang berbukit -bukau.

3. Di Sabah dan Sarawak pula, jaringan jalan jalan raya tertumpu di sepanjang pantai kerana bentuk muka buminya

rata dan luas.(b) Ekonomi

1. Faktor ekonomi amat mempengaruhi jaringan pengangkutan di Malaysia. teknologi yang moden dan canggih.

2. Jalan raya dan jalan kereta api telah dimajukan semasa penjajahan untuk mengangkut getah dan bijih timah. jalan raya dapat dijalankan dengan lancar.

3. Perkembangan ekonomi yang pesat menyebabkan jalan raya dan lebuh raya dibina.

4. Kegiatan ekonomi juga mewujudkan jaringan pengangkutan dari kawasan tertentu ke lapangan terbang dan pelabuhan.

(c) Dasar Kerajaan

1. Kerajaan telah menyediakan terhadap kegiatan ekonomi di negara peruntukan yang besar untuk memajukan sistem pengangkutan negara.

(d) Kemajuan teknologi

1. Kemajuan teknologin membolehkan pembinaan infrastruktur dijalankan dengan mudah dan cepat. digunakan

2. Penggunaan jentera dan mesin moden dapat mempercepat kerja-kerja pembinaan dijalankan.

Kepentingan Jaringan Pengangkutan di Malaysia

Ekonomi

1. Jaringan pengangkutan amat penting terhadap kegiatan ekonomi di negara Malaysia.

2. Jalan kereta api dan jalan raya telah memberikan sumbangan kepada perusahaan bijih timah dan getah sejak zaman penjajahan lagi.

3. Sekarang, jalan raya dan jalan kereta api juga digunakan untuk mengangkut pelbagai barangan pukal seperti bahan mentah atau barangan siap untuk ke kilang atau ke pasaran.

4. Pengangkutan sungai penting sebagai jalan pengangkutan yang utama di kawasan pedalaman. Sungai Rajang (Sarawak) dan Sungai Kinabatangan (Sabah) telah digunakan untuk mengangkut kayu balak dari kawasan pedalaman ke kilang di muara sungai.

5. Pengangkutan sungai juga penting untuk kegiatan ekopelancongan dalam negara. Misalnya, Sungai Tembeling dapat mengangkut pelancong ke Taman Negara di Pahang.6. Manakala pengangkutan laut amat penting di negara kita sejak dahulu lagi. Ini adalah kerana Selat Melaka menghubungkan Laut China Selatan di timur dengan Lautan Hindi di bahagian barat.

7. Pelabuhan adalah penting di Malaysia kerana lebih 90% daripada perdagangan antarabangsa Malaysia dikendalikan melalui pelabuhan.

8. Pengangkutan udara penting untuk mengangkut penumpang dan kargo di negara kita.

9. Perkembangan sistem jaringan pengangkutan udara di Malaysia dapat mengembangkan aktiviti ekonomi dalam negara.

Sosial

1. Jaringan pengangkutan dapat membantu dalam integrasi kawasan dalam negara, terutamanya antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar.

2. Perkhidmatan Keretapi Ekspress Rakyat dan Keretapi Sinaran Pagi dari Singapura melalui Johor Bahru, Kuala Lumpur ke Padang Besar dapat meningkatkan tahap ketersampaian dari satu tempat ke tempat lain. Pembinaan jalan raya dan lebuh raya juga mempercepatkan pembangunan sesuatu kawasan. Contohnya, kawasan perindustrian Nilai telah dibangunkan dengan adanya sistem pengangkutan yang menghubungkannya dengan kawasan lain.

3. Pelabuhan juga penting sebagai pusat persinggahan kapal layar untuk tujuan rekreasi. Contohnya,

(a) Pulau Langkawi

(b) Port Dickson

6. Di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, doktor udara menggunakan perkhidmatan udara untuk memberi rawatan kesihatan kepada penduduk di kawasan terpencil.

Politik

1. Jaringan pengangkutan yang maju juga dapat memastikan keselamatan negara.

2. Pelabuhan adalah penting untuk tujuan keselamatan negara. Contohnya, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah dibina di Lumut (Perak) dan Tanjung Pengelih (Johor).

3. Manakala Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggunakan perkhidmatan udara untuk mengawal keselamatan ruang udara di Malaysia.

Kepentingan Jaringan Pengangkutan di Kanada

1. Kanada mempunyai dua jalan kereta api yang penting, iaitu:

(a) Jalan Keretapi Pasifik Kanada - Menghubungkan timur dengan barat

(b) Jalan Keretapi Kebangsaan Kanada - Menghubungkan timur dengan barat

2. Kedua-dua jalan kereta api ini adalah penting untuk mengangkut penumpang dan barangan pukal seperti logam, kayu balak, bijirin, bahan api, dan bahan ternakan.

3. Kanada mempunyai jalan air yang terpanjang di dunia, iaitu 3 760 km.

4. Jalan Air Tasik-tasik Besar St. Lawrence menghubungkan Sungai St. Lawrence dengan Tasik Ontario, Tasik Erie, Tasik Huron, Tasik Michigan, dan Tasik Superior.5. Jalan air ini penting untuk membolehkan kapal besar dan tongkang belayar dari Lautan Atlantik hingga ke Tasik Superior.

6. Masalah-masalah seperti halangan jeram, air terjun, dan aras tasik yang tidak sama tinggi wujud dalam pengangkutan jalan air ini.

7. Terusan dan pintu air telah dibina untuk mengawal aras air.

8. Kemudahan Jalan Air Tasik Besar St. Lawrence telah membawa perkembangan bandar-bandar pelabuhan seperti Montreal, Quebec, Halifax, dan St. John.

9. Jalan air ini penting untuk mengangkut basil galian seperti arang batu, bijih besi, petroleum, gas asli, hasil pertanian seperti gandum, sayur-sayuran, buah-buahan, daging lembu, dan hasil keluaran kilang seperti bahan kimia.

10. Pengangkutan udara di Kanada sangat penting kerana negaranya luas.

11. Lapangan terbang yang penting di Kanada terdapat di Montreal, Quebec, Ottawa, Toronto, Edmonton, Winnipeg, Calgary, dan Vancouver.

12. Kepentingan pengangkutan udara di Kanada adalah untuk mengangkut penumpang, mengesan kebakaran hutan, menabur baja, dan memberi rawatan kesihatan.

Kesan terhadap Alam Sekitar

1. Pembinaan jalan kereta api seperti LRT, Monorel, dan ERL dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar di samping mengurangkan pencemaran udara.

2. Pembinaan teres-teres bukit, terowong, tanaman bunga, dan tanaman pokok-pokok tertentu di sepanjang lebuh raya telah mengubahkan landskap fizikal kepada landskap budaya.

3. Kenderaan yang semakin bertambah menyebabkan peningkatan kadar pencemaran.

4. Pembinaan jalan raya telah menebang banyak pokok hutan dan mengakibatkan kepupusan flora dan fauna.

5. Projek meratakan cerun untuk pembinaan jalan raya juga menyebabkan kejadian tanah runtuh.

6. Pemotongan tanah di kawasan tanah tinggi untuk pembinaan jalan kereta api telah menyebabkan struktur tanah menjadi longgar.

7. Perkembangan jalan air botch menyebabkan pencemaran air apabila berlaku tumpahan minyak oleh kapalkapal dagangan.

8. Pembinaan lapangan terbang boleh mengakibatkan pencemaran bunyi berlaku apabila kapal terbang mendarat dan berlepas.

9. Kesan-kesan negatif perkembangan jaringan pengangkutan dapat dikurangkan dengan pelaksanaan pembangunan mapan (pembangunan lestari).

10. Pembangunan mapan ialah pembangunan yang menggunakan sumber secara berterusan dan terkawal supaya kesan pembangunan terhadap alam sekitar dapat dikurangkan ke tahap minimum.

11. Langkah-langkah mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar:

(a) Menanam semula pokok-pokok di sepanjang lebuh raya untuk menggantikan pokok-pokok hutan yang telah ditebang.

(b) Membina tembok simen di lereng-lereng bukit untuk mencegah hakisan dan tanah runtuh.

(c) Membina saluran air untuk membolehkan air dari cerun-cerun mengalir dengan lancar.

(d) Pembinaan teres dan penanaman rumput di cerun-cerun dapat mengurangkan hakisan tanah.BAB 16 Perkembangan Sistem Perhubungan

Perkembangan Sistem Perhubungan Negara Malaysia

1. Sejak kemerdekaan, perkembangan pesat sistem perhubungan seperti radio, televisyen, satelit, telefon, dan sistem Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) telah berlaku dengan pesat.

2. Pada tahun 1969, bidang penyiaran terus berkembang dengan pembinaan stesen Angkasapuri.

3. Radio dan televisyen telah bergabung bawah Kementerian Penerangan.

4. Perkembangan bidang penyiaran radio terus berkembang pesat dengan kewujudan stesen radio swasta.

5. Pada tahun 1963, Perkhidmatan Televisyen Malaysia telah dilancarkan dan siaran televisyen pada ketika itu dalam bentuk hitam putih.

6. Pada tahun 1972, perkhidmatan Televisyen Pendidikan Malaysia diperkenalkan ke sekolah-sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan tujuan menyalurkan maklumat pendidikan.

7. Pada tahun 1978, siaran televisyen warna diperkenalkan dan masa siarannya telah ditambah.

8. Pada tahun 1984, stesen televisyen swasta pertama iaitu, TV3 diperkenalkan.

9. Pada tahun 1970, stesen satelit bumi pertama Malaysia dibina di Kuantan, menghubungkan Malaysia dengan negara luar melalui satelit di Lautan Pasifik.

10. Pada tahun 1980, stesen satelit kedua dibina di Melaka, menghubungkan negara luar di Lautan Hindi.

11. Stesen satelit juga telah dibina di Gunung Raya, Pulau Langkawi pada tahun 1988.

12. Pada tahun 1996, satelit pertama, iaitu MEASAT I dilancarkan pada bulan Januari manakala MEASAT II dilancarkan pada bulan Oktober 1996.

13. Pelancaran satelit-satelit ini menjadikan perkhidmatan penyiaran dalam negara lebih berkesan dan lancar.

18. Pelancaran MEASAT membolehkan televisyen satelit seperti ASTRO yang dikendalikan oleh MEASAT Broadcast Network System Sdn. Bhd. digunakan di Malaysia.

19. Pada tahun 2000 (bulan September), TiungSAT (satelit mikro) yang dihasilkan oleh teknologi tempatan telah dilancarkan.

20. Perhubungan telefon mengalami perkembangan selepas kemerdekaan.

21. Pada tahun 1959, rangkaian telefon gelombang mikro diperkenalkan. Stesen pertama didirikan di Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

22. Pada tahun 1963, ibu sawat telefon automatik yang pertama dibuka.

23. Manakala teleks automatik mula digunakan pada tahun 1975.

24. Pada tahun 1979, ibu sawat telefon elektronik pula dibuka. Ibu sawat ini mempunyai kemudahan perkhidmatan Antarabangsa Terus Dail (ISD).

25. Kabel dasar laut memudahkan penghantaran dan penerimaan maklumat secara serta merta dan mendekatkan hubungan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak dan juga negara lain.

26. Penggunaan Perkhidmatan Mesej Ringkas (SMS), mel suara, dan Aplikasi Protokal Tanpa Tali (WAP) diperkenalkan melalui telefon selular.

27. Pembinaan kabel gentian optik dasar Laut menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

28. Gentian optik di darat menghubungkan satu kawasan dengan kawasan lain di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.

29. Pada tahun 1996, Koridor Raya Multimedia (MSC) ditubuhkan untuk meningkatkan taraf ICT (Penggunaan Teknologi Komunikasi Maklumat) ke taraf dunia dan membangunkan bandar siber di Cyberjaya.

30. ICT digunakan dalam pelbagai sektor sama ada kerajaan atau swasta. Contohnya penggunaan e-mail, telesidang, e-perubatan, e-dagang, e-pembelajaran, e-kerajaan, dan sekolah bestari.

Kepentingan Perkembangan Sistem Perhubungan di Negara Malaysia dan Kanada

(a) Di Malaysia

1. Sistem perhubungan membantu proses pembangunan, integrasi nasional, dan perhubungan di antara Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.

2. ICT memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi, pendidikan, perubatan, dan lain-lain.

3. UNITAR dan Universiti Multimedia menggunakan tutorial atas talian (on-line).

4. ICT digunakan di sekolah-sekolah dalam proses pengajaran pembelajaran dan memajukan sekolah bestari.

5. ICT digunakan dalarn perubatan. Contohnya, di Hospital Selayang.

6. Koridor Raya Multimedia (MSC) dilancarkan antara Kuala Lumpur dengan KLIA untuk meningkatkan penggunaan ICT dalam bidang perkhidmatan, penyelidikan, kewangan, perbankan, perniagaan, dan perdagangan.

(b) Di Kanada

1. Kemudahan telekomunikasi dan membangunkan kawasan Kanada.

2. ICT memainkan peranan penting sama seperti Malaysia. Perniagaan dan perdagangan dijalankan secara meluas melalui e-dagang.

3. Banyak universiti di Kanada menggunakan e-pembelajaran.

4. ICT digunakan secara meluas dalam pendidikan dan memajukan sekolah seperti Grassroot Twin School.

5. Penggunaan ICT meluas dalam bidang perubatan.

6. Niagara International Telepot (NIT) meliputi kawasan bandar Erie di Kanada hingga ke Buffalo di Amerika Syarikat telah meluaskan penggunaan ICT dalam pelbagai sektor perkhidmatan, penyelidikan, kewangan, dan perdagangan.

Kesan Perkembangan Sistem Perhubungan

1. Perkembangan sistem komunikasi mendatangkan kesan positif dan kesan negatif.

2. Kesan-kesan positif perkembangan sistem telekomunikasi ialah:

(a) mempercepat proses pemasaran barangan melalui e-dagang

(b) mempercepat dan mempermudah penerimaan sesuatu maklumat dalam urusan pejabat

(c) mempermudah proses pengajaran dan pembelajaran (Contoh: penggunaan LCD, Laptop, CDRom)

(d) meningkatkan pengetahuan kesihatan penduduk, terutamanya warga tua melalui tele-kesihatan(e) membantu jentera pentadbiran kerajaan dalam melicinkan dan meningkatkan kecekapan urusan seharian

(f) satelit membantu memantau kebakaran hutan, jerebu, dan meramal cuaca3. Kesan-kesan negatif perkembangan sistem telekomunikasi ialah:

a) maklumat-maklumat negatif seperti maklumat hasutan boleh menjejaskan keharmonian negara dan ketenteraman awam

b) maklumat-maklumat yang berunsur kebudayaan kuning boleh mempengaruhi perkembangan individu dari segi rohani

4. Kerajaan negara Malaysia telah melaksanakan beberapa langkah intuk mengurangkan kesan negatif ini. Antaranya ialah memperkenalkan undang-undang siber.


Top Related