GARIS PANDUAN BAGI TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN, ELAUN MAKAN,
ELAUN HARIAN DAN BAYARAN SEWA HOTEL BAGI TUGAS RASMI &
KURSUS
1) Membuat permohonan kebenaran bertugas rasmi/kursus.
(Jika mahu kelulusan keluar sahaja (tidak menuntut) sila isi di sistem HR2U, jika
membuat tuntutan sila isi di sistem ITOS).
•• Untuk kursus, pastikan surat kelulusan diperolehi dari Pejabat Pentadbiran/
Canseleri terlebih dahulu.
2) Membuat permohonan kenderaan rasmi di sistem e-kenderaan.
(Jika tiada kenderaan rasmi disediakan, tuntutan elaun gantian tambang @
perbatuan boleh dibuat dan tertakluk kepada kelulusan Pegawai Pengawal (PR).
Untuk elaun perbatuan, pastikan surat kelulusan perbatuan diperolehi dari Pejabat
Pentadbiran).
3) Melengkapkan borang tuntutan perjalanan bertugas rasmi/berkursus.
(Sila kemukakan tuntutan perjalanan rasmi dan kursus pada bulan berkenaan di
dalam satu borang. Sertakan borang PB yang telah lengkap beserta salinan surat
kelulusan bertugas rasmi/kursus dari sistem HR2U/ITOS, surat kelulusan menghadiri
kursus dari Pejabat Pentadbiran/Canseleri (hanya perlu disertakan bagi yang
menghadiri kursus sahaja), surat kelulusan kenderaan rasmi, surat kelulusan
perbatuan dan resit tol/TNG (hanya perlu disertakan bagi yang menuntut elaun
perbatuan sahaja), resit kapal terbang dan teksi (hanya perlu disertakan bagi yang
menaiki kapal terbang sahaja) dan juga resit hotel beserta resit yuran penyertaan
(hanya perlu disertakan bagi yang menghadiri kursus sahaja). Pastikan resit asal
diperolehi dari penyedia perkhidmatan/penganjur sebaik sahaja bayaran dibuat
dan perlu dibuat pengesahan di atas resit oleh Ketua Bahagian masing-masing
sebelum dikemukakan ke Pejabat Pembayar.
4) Penghantaran borang tuntutan hendaklah dibuat secara bulanan, iaitu sebelum
10hb pada bulan berikutnya. (Contoh : tuntutan bulan Julai perlu dihantar ke
Pejabat Pembayar sebelum 10hb Ogos).
5) Jika borang tuntutan tidak dapat dikemukakan pada tarikh yang ditetapkan maka,
surat tunjuk sebab kelewatan perlu disertakan. Contoh : tuntutan bulan Julai tetapi
dihantar bulan September.
ELAUN PERJALANAN KENDERAAN
Jarak perbatuan adalah merujuk kepada jarak pada ‘Google Maps’.
Panduan :-
1) Pergi ke lama web http://maps.google.com.my
2) Klik pada ‘Get Direction’
3) Isi ruangan A dan B
A – nama tempat: dari mana
B – nama tempat : ke mana
4) Klik pada ‘Get Direction’ semula
5) Pilihan jalan akan dipaparkan
Elaun Perbatuan :-
Jarak perjalanan rasmi bagi tiap-tiap satu bulan Kelas (sen/km)
A B C D E
500 kilometer pertama 70 60 50 45 40
501-1,000 km 65 55 45 40 35
1,001-1,700 km 55 50 40 35 30
1,701 km dan seterusnya 50 45 35 30 25
Penentuan kelas adalah bergantung kepada kadar gaji atau sukatan silinder
(mengikut mana yang terendah)
Kelas dan sukatan silinder :-
Kelas Gaji Sukatan Silinder Kenderaan (s.s)
A Tidak kurang dari RM 2,323.41 sebulan 1400 s.s ke atas
B Tidak kurang dari RM 2,064.60 sebulan 1000 s.s ke atas
C Tidak kurang dari RM 1,611.28 sebulan Di bawah 1000 s.s
D Kurang dari RM 1,611.28 sebulan Tidak kurang 175 s.s
E Kurang dari RM 1,611.28 sebulan Di bawah 175 s.s
Tuntutan perbatuan perlu disertakan dengan resit asal atau salinan Touch & Go.
Tarikh dan masa mula dan tamat perjalanan tugas rasmi/berkursus perlu dicatatkan
setiap hari bertugas/berkursus.
Seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan atau
Penganjur semasa menjalankan tugas rasmi tidak layak menuntut Elaun Perjalanan
Kenderaan.
Jarak dikira dari ibu pejabat bertugas ke destinasi yang perlu dituju. (Bukan jarak dari
rumah).
ELAUN MAKAN
Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh
24 jam atau lebih yang dikira mulai dari waktu bertolak adalah layak menuntut Elaun
Makan mengikut kadar seperti berikut :-
Gred Semenanjung Malaysia (RM)
Sabah, Labuan dan Sarawak (RM)
Utama/Khas ‘A’ dan ke atas 115.00 165.00
Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ 100.00 130.00
53 dan 54 85.00 115.00
45 hingga 52 60.00 80.00
41 hingga 44 45.00 65.00
17 hingga 40 40.00 55.00
1 hingga 16 35.00 50.00
Catatan: Hilang Kelayakan Tuntutan Elaun Makan
1. Elaun makan tidak layak dituntut jika kemudahan makan disediakan oleh Kerajaan
atau Penganjur. Sekiranya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan,
pegawai hanya layak menuntut sebahagian makan yang tidak disediakan tertakluk
kepada kadar seperti berikut :-
a) Sarapan pagi – 20% daripada Elaun Makan
b) Makan tengah hari – 40 % daripada Elaun Makan
c) Makan malam – 40% daripada Elaun Makan
ELAUN HARIAN
Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar ibu Pejabatnya bagi tempoh
melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam adalah layak menuntut Elaun Harian.
Perkiraannya adalah : ½ daripada Elaun Makan
BAYARAN SEWA HOTEL
Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya dan perlu
menginap layak menuntut Bayaran Sewa Hotel disokong dengan resit tertakluk
kepada had maksimumnya atau Elaun Lojing mengikut kadar seperti berikut :-
a) Semenanjung Malaysia
Gred Sewa Hotel (Maksimum)
(RM) Elaun Lojing
(RM)
Utama/Khas ‘A’ dan ke atas Sebenar (Standard Suite) 80.00
Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ Sebenar (Bilik Superior) 75.00
53 dan 54 Sebenar (Bilik Biasa) 70.00
45 hingga 52 240.00 60.00
41 hingga 44 220.00 55.00
27 hingga 40 200.00 45.00
17 hingga 26 180.00 40.00
1 hingga 16 160.00 35.00
b) Sabah, Labuan dan Sarawak
Gred Sewa Hotel (Maksimum)
(RM) Elaun Lojing
(RM)
Utama/Khas ‘A’ dan ke atas Sebenar (Standard Suite) 85.00
Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ Sebenar (Bilik Superior) 80.00
53 dan 54 Sebenar (Bilik Biasa) 75.00
45 hingga 52 270.00 70.00
41 hingga 44 250.00 60.00
27 hingga 40 230.00 50.00
17 hingga 26 210.00 45.00
1 hingga 16 190.00 40.00
Catatan :
1. Seseorang pegawai tidak layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing jika
tempat penginapan disediakan oleh pihak Kerajaan atau Penganjur.
2. Jika seseorang pegawai memilih untuk menginap di bilik melebihi kadar kelayakan
beliau, maka beza tersebut perlu dijelaskan oleh pegawai tersebut.
KADAR ELAUN MAKAN, BAYARAN SEWA HOTEL DAN ELAUN LOJING
SEMASA BERKURSUS ( KECUALI KURSUS PRA PERKHIDMATAN) DI
DALAM NEGERI
a) Semenanjung Malaysia
Gred Elaun
Makan (RM)
Sewa Hotel (RM)
Lojing (RM)
Utama/Khas ‘A’ dan ke atas atau Yang Setaraf
90.00 Bilik Biasa 80.00
Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ atau Yang Setaraf 90.00 Bilik Biasa 75.00
53 dan 54 atau Yang Setaraf 70.00 Bilik Biasa 70.00
45 hingga 52 atau Yang Setaraf 60.00 145.00 60.00
41 hingga 44 atau Yang Setaraf 45.00 130.00 55.00
17 hingga 40 atau Yang Setaraf 40.00 80.00 35.00
1 hingga 16 atau Yang Setaraf 35.00 65.00 30.00
b) Sabah, Labuan dan Sarawak
Gred Elaun
Makan (RM)
Sewa Hotel (RM)
Lojing (RM)
Utama/Khas ‘A’ dan ke atas atau Yang Setaraf
120.00 Bilik Biasa 85.00
Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ atau Yang Setaraf 120.00 Bilik Biasa 80.00
53 dan 54 atau Yang Setaraf 90.00 Bilik Biasa 75.00
45 hingga 52 atau Yang Setaraf 80.00 160.00 70.00
41 hingga 44 atau Yang Setaraf 65.00 140.00 60.00
17 hingga 40 atau Yang Setaraf 55.00 100.00 40.00
1 hingga 16 atau Yang Setaraf 50.00 80.00 35.00
Contoh Borang Tuntutan Jika Bertugas Rasmi atau Berkursus:-
Contoh Borang Justifikasi Kelewatan Tuntutan:-
BORANG INI DIGUNAKAN JIKA PEGAWAI TIDAK MEMOHON PENDAHULUAN
PELBAGAI DAN TELAH MENGELUARKAN WANG SENDIRI UNTUK BELANJA
PELBAGAI BAGI PEMBELIAN BARANG-BARANG (BUKAN KATEGORI
INVENTORI/ASET) – JANGAN GUNA BORANG INI UNTUK TUNTUTAN YURAN
PENYERTAAN/SEMINAR.