Transcript
Page 1: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG
Page 2: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG
Page 3: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES

PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN

KAMPONG PASIR, TAMPOI, JOHOR BAHRU

NOOR ADLINA BINTI ABD KHADIR JALANI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 4: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG
Page 5: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

Dedikasi

Untuk yang disayangi dan dikasihi, Ayahanda & Bondaku

(Abd. Khadir Jalani Bin Mohamad)

&

(Noor Ain Binti Abd Muthallib)

serta

Ahli keluarga yang dikasihi yang memberi dorongan ke arah kejayaan ini

dan

Rakan seperjuangan yang banyak membantu serta menyokong selama ini

Page 6: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

PENGHARGAAN

Pada ruangan ini, penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak

terhingga kepada pensyarah Pembimbing Projek Sarjana Muda, En. Amirmuddin Bin

Udin atas bimbingan, dorongan, tunjuk ajar, perbincangan serta nasihat membina yang

diberikan dalam menjayakan projek ini. Beliau telah banyak meluangkan masa untuk

meneliti penulisan projek ini.

Kepada ibu bapa yang disayangi yang telah banyak menyokong serta memberi

nasihat kepada penyelidik untuk meneruskan perjuangan ini. Juga kepada pihak Sek.

Keb. Kampong Pasir, Tampoi, Johor Bahru yang telah memberikan kerjasama semasa

penyelidik sedang menjalankan kajian.

Penghargaan ikhlas juga ditujukan kepada staf-staf Pejabat Akademik yang

mengeluarkan surat-surat pengakuan untuk menjalankan kajian ini. Tidak ketinggalan

juga ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah dan staf dari Makmal Alam

Sekitar, Fakulti Alam Bina atas kerjasama yang telah diberikan dan mengizinkan

penyelidik meminjam peralatan dari fakulti berkenaan.

Kepada pelajar-pelajar perdana dari kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup) atas kerjasama yang diberi semasa peenyelidik

mengumpul data untuk projek ini.

Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak

yang telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau

tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Sekian, terima kasih.

Page 7: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan puratan bacaan paras bunyi dan

membandingkan paras bunyi di antara kelas yang berdekatan jalan raya (KD) dengan

kelas yang berjauhan jalan raya (KJ) di Sek. Keb. Kampong Pasir, Tampoi, Johor Bahru.

Sound Level Meter telah digunakan untuk mengukur paras bunyi dalam unit desibel A

(dBA). Data yang diperolehi diplot menjadi taburan paras bunyi (dBA) melawan masa

(minit) dan membandingkan dengan paras bunyi yang perlu dipatuhi iaitu tidak melebihi

55 dBA (Standard WHO). Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti

tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan raya terhadap penumpuan, komunikasi

antara murid dengan guru dan kecekapan melakukan kerja semasa proses pembelajaran.

Responden terdiri daripada murid-murid dari KD (62 orang) dan murid-murid dari KJ

(62 orang). Soal selidik digunakan untuk mengukur jawapan responden. Kajian rintis

telah dijalankan di Sek. Keb. Sri Skudai untuk memperoleh kebolehpercayaan soal

selidik. Data diproses menggunakan Program Statistical Package for Social Science

(SPSS) versi 13.0 untuk mendapatkan frekuensi, peratus dan nilai min. Hasil kajian

menunjukkan, purata paras bunyi bagi KD iaitu 62.5 dBA telah melebihi standard WHO

manakala KJ iaitu 54.3 dBA masih di bawah standard WHO. Hasil kajian juga

mendapati murid dari KD telah mengalami tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan

raya pada tahap yang tinggi terhadap penumpuan, komunikasi antara murid dengan guru

dan kecekapan melakukan kerja berbanding murid dari KJ.

Page 8: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

ABSTRACT

The purpose for this study is to measure the average sound level and to compare

sound level in each class that is located near to the traffic (KD) and those classes that is

away from the traffic (KJ) in Sek.Keb. Kampong Pasir, Tampoi, Johor Bahru. ‘Sound

Level Meter’ was used during the study in dB(A) unit. The collected data was then

plotted on sound level distribution (dBA) versus time (minutes) graph. Plotted data was

then being compared with WHO Standard of sound level, which is less then 55 dBA for

an effective learning process. Besides, it also identified how sound distraction may

interrupt students attention, communication between teachers and students, and students’

effectiveness during learning process. Respondents were divided into 2 categories, those

classes located near the traffic (consist of 62 students) and those classes away from it

(consist of 62 students). A questionnaire is used to measure the answers from our

respondents. Pilot test was done upon students in SRK Sri Skudai, Johor for questions

reliability. Statistical Package for Social Science (SPSS) version 13 was used to analyze

the data collected and presented in frequencies, percentages and means. Our finding

shows that the average in KD is 62.5 dBA and obviously against WHO Standard where

as the average in KJ is 54.3 dBA and still under WHO standard. The result also shows

the significant problems cause by noise distraction that interrupt student attention,

communication between teachers and students, and the effectiveness during learning

process for student in class that is located near to the traffic (KD).

Page 9: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

Page 10: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Kajian 11

1.8.1 Pencemaran bunyi bising 11

1.8.2 Paras Bunyi Bising WHO 12

1.8.3 Proses Pembelajaran 12

1.8.3.1 Tumpuan dalam bilik darjah 13

1.8.3.2 Komunikasi 13

1.8.3.3 Kecekapan melakukan kerja 14

1.8.4 Murid-murid 15

1.8.5 Kelas Berdekatan Jalan Raya (KD) 15

1.8.6 Kelas berjauhan Dengan Jalan Raya (KJ) 15

1.8.7 Waktu Persekolahan 16

1.9 Rumusan 16

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Bunyi 17

2.3 Bising 18

2.4 Punca Bunyi 20

2.4.1 Sumber kebisingan dari pengangkutan 20

2.3.1.1 Lalu lintas jalan raya 20

2.4.2 Sumber kebisingan dari manusia atau domestik 21

2.5 Kesan Bunyi Bising 22

2.5.1 Kesan kepada Proses Pembelajaran 23

2.5.1.1 Gangguan kepada penumpuan 23

2.5.1.2 Gangguan kepada komunikasi 24

2.5.1.3 Gangguan kepada kecekapan kerja 25

2.5.2 Kesan kepada Kesihatan 26

Page 11: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

2.5.2.1 Trauma akustik 27

2.5.2.2 Hilang Pendengaran Sementara 27

2.5.2.3 Kurang Pendengaran yang

kekal 27

2.5.3 Kesan kepada habitaliti 27

2.6 Alat Pengukuran Bunyi 28

2.6.1 Meter Paras Bunyi 28

2.7 Prosedur Mengukur Bunyi 29

2.8 Kawalan Bunyi Bising 30

2.8.1 Pembinaan tembok 31

2.8.2 Penanaman Pokok dan Kawasan Lapang 31

2.9 Standard Paras Bunyi WHO 34

2.10 Rumusan 34

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Rekabentuk Kajian dan Jenis Kajian 36

3.3 Populasi Kajian 36

3.4 Sampel Kajian 36

3.5 Lokasi Kajian 38

3.6 Instrumen Kajian 40

3.6.1 Alat Pengukuran 40

3.6.1.1 Cerapan Data 41

3.62 Borang Soal Selidik 42

3.7 Kajian Rintis 44

3.8 Prosedur Kajian 45

3.8.1 Mengukur bunyi 45

3.8.2 Gambar Mengukur Paras Bunyi 46

Page 12: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

3.8.2 Mengedar soal selidik 47

3.9 Analisis Data 48

3.10 Rumusan 50

IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 51

4.2 Bahagian A : Analisis data Bacaan Paras Bunyi 52

4.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1, 2, 3, & 4 53

4.2.1.1 Graf Taburan Hari Isnin 54

4.2.1.2 Graf Taburan Hari Selasa 57

4.2.1.3 Graf Taburan Hari Rabu 60

4.2.1.4 Graf Taburan Hari Khamis 63

4.2.2 Perbandingan Paras Bunyi Ketika Murid Ada

dan Murid Tiada Dalam Kelas 66

4.2.2.1 Bacaan Paras Bunyi (Selasa) 67

4.2.2.2 Bacaan Paras Bunyi (Rabu) 69

4.3 Bahagian B : Analisis Borang Soal Selidik 71

4.3.1 Analisis Latar Belakang Responden 71

4.3.2 Analisis Data Item-Item Mengikut Persoalan Kajian 73

4.3.2.1 Dapatan Persoalan Kajian 5 73

4.3.2.2 Dapatan Persoalan Kajian 6 78

4.3.2.3 Dapatan Persoalan Kajian 7 82

4.4 Rumusan 85

V PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 86

Page 13: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

5.2 Rumusan 86

5.3 Perbincangan 91

5.3.1 Perbincangan Analisis Data Bacaan paras Bunyi 91

5.3.1.1 Perbincangan Analisis Persoalan Kajian 1 92

5.3.1.2 Perbincangan Analisis Persoalan Kajian 2 93

5.3.1.3 Perbincangan Analisis Persoalan Kajian 3 95

5.3.1.4 Perbincangan Analisis Persoalan Kajian 4 96

5.3.2 Perbincangan Analisis Item-Item Mengikut

Persoalan Kajian 97

5.3.2.1 Perbincangan Analisis Data Latar Belakang

Responden 97

5.3.2.2 Perbincangan Analisis Persoalan Kajian 5 98

5.3.2.3 Perbincangan Analisis Persoalan Kajian 6 99

5.3.2.4 Perbincangan Analisis Persoalan Kajian 7 101

5.4 Perbincangan Bacaan paras Bunyi Ketika Murid Ada

dan Murid Tiada Dalam Kelas 102

5.5 Cadangan Kajian : Pengawalan Bunyi Bising 104

5.5.1 Pembinaan Halangan Fizikal 104

5.5.2 Penanaman Pokok 108

5.5.2.1 Ciri-ciri Pokok yang Sesuai 108

5.4.2.2 Cara Penanaman Pokok 109

5.6 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 109

5.7 Kesimpulan 110

BIBLIOGRAFI 111-115

LAMPIRAN 116-129

Lampiran A - I

Page 14: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk Muka Surat 1.1 Keputusan Perbandingan Pencemaran Bunyi di 4

Sekitar Sekolah di Johor Bahru.

1.2 Keputusan Bacaan Paras Bunyi Mengikut Zon Masa 4 2.1 Aras Bunyi dan Punca Bunyi Bising 22 2.2 Standard Paras Bunyi Oleh WHO 34 3.1 Masa Cerapan Data Bacaan Paras Bunyi 41 3.2 Item Bagi Latar Belakang Responden 42 3.3 Kedudukan Nombor Item Mengikut Persoalan Kajian 43 3.4 Skala Likert Lima Peringkat 43 3.5 Kaedah Analisis Data Tahap Bagi Setiap Min 50 4.1 Masa Pengambilan Bacaan Paras Bunyi Mengikut Sesi

Persekolahan 53

4.2 Purata Bacaan Paras Bunyi Mengikut Zon Masa bagi

KD dan KJ (Isnin) 55

4.3 Purata Bacaan Paras Bunyi Mengikut Zon Masa bagi

KD dan KJ (Selasa) 58

4.4 Purata Bacaan Paras Bunyi Mengikut Zon Masa bagi

KD dan KJ (Rabu) 61

Page 15: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

4.5 Purata Bacaan Paras Bunyi Mengikut Zon Masa bagi

KD dan KJ (Khamis) 64

4.6 Taburan Responden Mengikut Jantina 71 4.7 Taburan Responden Mengikut Keturunan 72 4.8 Taburan Responden Mengikut Agama 72 4.9 Apakah tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan raya

terhadap penumpuan murid-murid bagi kedua-dua buah kelas

tersebut ? 74

4.10 Apakah tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan raya

terhadap komunikasi antara murid-murid

dengan guru bagi kedua-dua buah kelas tersebut ? 78

4.11 Apakah tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan raya

terhadap kecekapan murid-murid melakukan kerja 82

5.1 Purata Bacaan Paras Bunyi Mengikut Hari 92

5.2 Masa Cerapan Data Bacaan Paras Bunyi 94

5.3 Jenis Penghadang dan Penyerap Gelombang Bunyi 105

Page 16: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

SENARAI RAJAH

No. Rajah Tajuk Muka Surat

1.1 Model Shanon dan Weaver 14 2.1 Sound Level Meter 28 2.2 Penapisan Bunyi Oleh Tumbuhan Hijau 31 2.3 Cynomere cauliflora (Pokok Num-Num) 32 2.4 Mesua ferrea (Penaga Lilin) 32 2.5 Pengurangan Bunyi Bising Melalui Tanah,

Tembok Penghadang dan Penanaman Pokok 33

3.1 Pelan Sekolah (Lokasi KD dan KJ) 39

3.2 Gambar Pengambilan Bacaan Paras Bunyi Bagi 47

Kelas Yang Berdekatan Jalan Raya (KD)

3.3 Gambar Pengambilan Bacaan Paras Bunyi Bagi 47

Kelas Yang Berjauhan Jalan Raya (KJ)

4.1 Taburan Bacaan Paras Bunyi Bagi KD dan KJ 54

Ketika Murid Berada Di Dalam Kelas (Isnin)

4.2 Taburan Bacaan Paras Bunyi Bagi KD dan KJ

Ketika Murid Berada Di Dalam Kelas (Selasa) 57

Page 17: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

4.3 Taburan Bacaan Paras Bunyi Bagi KD dan KJ

Ketika Murid Berada Di Dalam Kelas (Rabu) 60

4.4 Taburan Bacaan Paras Bunyi Bagi KD dan KJ

Ketika Murid Berada Di Dalam Kelas (Khamis) 63

4.5 Taburan Paras Bunyi Ketika Murid Ada dan

Murid Tiada Di Dalam Kelas Bagi KD (Selasa) 67

4.6 Taburan Paras Bunyi Ketika Murid Ada dan

Murid Tiada Di Dalam Kelas Bagi KJ (Selasa) 67

4.7 Taburan Paras Bunyi Ketika Murid Ada dan

Murid Tiada Di Dalam Kelas Bagi KD (Rabu) 69

4.8 Taburan Paras Bunyi Ketika Murid Ada dan

Murid Tiada Di Dalam Kelas Bagi KJ (Rabu) 69

5.1 Pemandengan Tingkap Dari Tingkat 3 dan Tingkat 2 106

5.2 Cadangan Pembinaan Tembok dan Penanaman Pokok 107

Page 18: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN

dBA - Desibel Wajaran ‘A’

WHO - Pertubuhan Kesihatan Dunia

JAS - Jabatan Alam Sekitar

KD - Kelas Yang Berdekatan Dengan Jalan Raya

KJ - Kelas Yang Berjauhan Dengan Jalan Raya

S - Setuju

SPSS - Statistical Package For Social Science

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

% - Peratus

f - frekuensi

Page 19: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 116

B Surat Kebenaran Dari Fakulti Pendidikan, UTM 121

C Surat Kebenaran Dari Kementrian Pelajaran Malaysia 122

D Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran Negeri, Johor 123

E Surat Kebenaran Membuat Tesis Melebihi 100 Muka Surat 124

F Pemohonan Meminjam Peralatan Fakulti (Makmal Alam Sekitar) 126

G Surat Pengakuan Pengendalian Alat 127

H Memohon Untuk Menyemak Kesahan Item Soal Selidik 128

I Surat Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian 129

Page 20: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam melakukan sesuatu pekerjaan, manusia memerlukan persekitaran yang

selamat dan selesa supaya dapat menghasilkan mutu kerja yang berkualiti tinggi.

Sebagai contoh dalam industri hal-hal kebajikan, keselamatan dan keselesaan pekerja

telah dijuruskan kepada satu bidang khas iaitu ergonomik untuk memastikan kecekapan

bekerja sentiasa terjamin. Menurut International Labour Organisation, ILO (1981)

ergonomik bermaksud penggunaan sains biologi manusia dengan mengaitkan sains

kejuruteraan untuk mencapai penyesuaian yang optima antara manusia dengan kerjanya.

Manfaatnya diukur dalam bentuk kecekapan, keselesaan dan keselamatan manusia

semasa bekerja. Keselesaan dan kesihatan pekerja dalam bidang industri juga

merupakan antara objektif utama dalam bidang ergonomik

Menurut Hywel (1986) terdapat tiga faktor yang boleh menyebabkan objektif

dalam bidang ergonomik tidak tercapai. Beliau menyatakan bahawa fakor ini boleh

memberi kesan terhadap kecekapan dan keselesaan manusia dalam melakukan sesuatu

pekerjaan. Faktor tersebut adalah reka bentuk, persekitaran dan organisasi.

Page 21: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

2

Faktor reka bentuk adalah seperti reka bentuk tempat duduk seperti kerusi.

Menurut Bala (2002), semasa melakukan kerja secara berpostur duduk, reka bentuk

kerusi yang sesuai diperlukan untuk memberi keselesaan dan pengurangan risiko kepada

para pekerja daripada mengalami masalah sakit belakang. Jika faktor reka bentuk ini

tidak dititikberatkan, pekerja akan cepat berasa letih dan seterusnya hilang tumpuan

terhadap kerja yang dilakukan. Selain reka bentuk tempat duduk, reka bentuk untuk

pergerakan kerja yang tersusun juga penting supaya perkerja tidak mengalami keletihan

dan kemalangan semasa bekerja.

Faktor yang kedua ialah faktor persekitaran seperti persekitaran kerja dalam

keadaan suhu yang terlalu panas atau sejuk, kebisingan, gegaran, habuk, kelembapan,

radiasi, mekanikal, letupan dan pencahayaan. Sebagai contoh pencahayaan haruslah

cukup semasa melakukan sesuatu pekerjaan. Menurut Karl (2001), sesebuah pejabat

haruslah menyediakan sistem pencahayaan yang baik kepada pekerjanya terutama ketika

melakukan kerja yang memerlukan pemerhatian yang teliti seperti kerja menaip. Ini

kerana, sekiranya pekerja tersebut berterusan melakukan kerja dalam suasana

pencahayaan yang tidak mencukupi, dia boleh mengalami ketegangan urat mata dan

mengakibatkan mutu kerjanya merosot.

Faktor ketiga ialah faktor organisasi seperti jadual waktu kerja, umur pekerja dan

lain-lain. Dalam satu kajian kes yang dijalankan oleh Ravindra, et al. (2001) ke atas

pemandu keretapi mengenai jadual kerja mereka, beliau mendapati pemandu keretapi

yang berkerja melebihi masa dan mempunyai waktu rehat yang singkat telah mengalami

kadar denyutan jantung yang sangat laju. Keadaan ini telah menyebabkan dia berasa

letih dan menyebabkan prestasi kerjanya merosot. Oleh itu, ergonomik adalah bidang

yang cuba memahami dan mencipta satu keadaan yang tidak merbahaya kepada manusia

serta akan mewujudkan persekitaran yang selesa kepada mereka.

Di dalam kajian ini, penyelidik lebih memfokuskan kepada faktor persekitaran

iaitu kebisingan. Penyelidik ingin melihat bagaimana kebisingan boleh mempengaruhi

Page 22: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

3

tahap kecekapan kerja seseorang apabila individu tersebut mengalami gangguan bunyi

bising. Menurut Yahya (1998), kebisingan atau hingar boleh menyebabkan seseorang

itu tidak dapat melaksanakan kerjanya dengan berkesan. Ia boleh menyebabkan

penghasilan mutu kerja tidak optimum dan produktiviti seseorang itu merosot. Dalam

kajian ini penyelidik telah memilih untuk menjalankan kajian ke atas kanak-kanak untuk

melihat bagaimanakah tindak balas mereka apabila mengalami gangguan bunyi bising.

Menurut Berndt (2004) di dalam kajian kes yang dijalankan ke atas murid-murid

sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah, beliau ingin melihat adakah peringkat

umur mempengaruhi tindak balas seseorang individu terhadap bunyi bising, Hasil

daripada kajiannya mendapati, murid-murid di sekolah rendah lebih mudah teralih

tumpuannya apabila diganggu oleh bunyi bising berbanding dengan pelajar di sekolah

menengah. Ini kerana pelajar di sekolah menengah sudah pandai menentukan bunyi

yang patut dihiraukan dan mereka juga tahu bagaimana untuk memberi perhatian yang

berkesan semasa belajar. Oleh itu penyelidik memilih untuk menjalankan kajian ke atas

murid-murid sekolah rendah kerana golongan ini mudah terpengaruh dengan bunyi

bising di sekeliling mereka.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam kajian yang dijalankan oleh Aida (2000), beliau telah membandingkan

pencemaran bunyi bising di sekitar sekolah-sekolah di Johor Bahru. Kajian beliau telah

dijalankan selama empat minggu berturut-turut dan hari yang dipilih ialah hari Rabu dan

Ahad. Terdapat empat buah sekolah telah dipilih iaitu Sekolah Kebangsaan (Sek. Keb.)

Kampong Pasir, Sekolah Kebangsaan Sri Skudai, Sekolah Kebangsaan Senai dan

Sekolah Menengah (Sek Men.)Vokasional (ERT) Azizah untuk dinilai tahap

pencemaran bunyi dan keputusannya adalah seperti berikut :

Page 23: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

4

Jadual 1.1 : Keputusan Perbandingan Pencemaran Bunyi Di Sekitar Sekolah

Di Johor Bahru

Aras Bunyi Maksimum (dBA)

Bil.

Nama Sekolah Rabu Ahad

1. Sek. Keb. Kampong Pasir, Tampoi 68.0 – 80.2 58.9 – 75.7

2. Sek. Keb. Sri Skudai 70.0 – 74.0 66.5 – 72.4

3. Sek. Keb. Senai 61.3 – 68.0 61.7 – 66.2

4. Sek. Men. Vokasional (ERT), Azizah 51.3 – 62.5 51.3 – 75.0

Berdasarkan Jadual 1.1, secara keseluruhannya Sek. Keb Kampong Pasir,

Tampoi mencatatkan bacaan paras bunyi yang tertinggi iaitu antara 68.0 dBA hingga

80.2 dBA pada hari Rabu dan 58.9 dBA hingga 75.7 dBA pada hari Ahad. Menurut

Aida (2000) lagi, pencemaran bunyi bising ini adalah berpunca dari jalan raya yang

bertentangan dengan sekolah tersebut iaitu Jalan Skudai-Johor Bahru. Keputusan

bacaan paras bunyi yang diperolehi adalah bacaan paras bunyi yang diambil di dalam

kawasan sekolah dan berjarak 25 meter dari jalan raya.

Hairul (2000) pula telah menjalankan kajian mengenai pencemaran bunyi bising

di sekitar Sek. Keb. Kampong Pasir, Tampoi sahaja. Beliau telah mengambil bacaan

paras bunyi di sekitar sekolah iaitu jaraknya 25 meter dari jalan raya selama empat

minggu berturut-turut dan memilih hari Rabu dan Ahad. Beliau juga telah mengelaskan

bacaan paras bunyi mengikut empat Zon Masa dan keputusannya adalah seperti berikut :

Jadual 1.2 : Keputusan Bacaan Paras Bunyi Mengikut Zon Masa

Zon Masa Waktu Julat Paras Bunyi (dBA)

I 7.40 pagi – 7.58 pagi 70.0 – 80.0

II 12.30 tgh – 12.48 tgh 75.0 – 90.0

III 4.30 ptg – 4.48 ptg 67.0 – 75.0

IV 6.30 ptg – 6.48 ptg 73.0 – 86.0

Page 24: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

5

Berdasarkan Jadual 1.2, secara keseluruhannya telah menunjukkan Sek. Keb.

Kampong Pasir, Tampoi mengalami pencemaran bunyi bising yang berpunca dari Jalan

Skudai-Johor Bahru. Bacaan yang tertinggi adalah pada Zon Masa II disebabkan oleh

penggunaan jalan raya untuk pertukaran sesi persekolahan dan waktu makan tengah hari

oleh pekerja pejabat (Hairul, 2000).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO (undated) telah mengesyorkan bahawa

paras bunyi bising yang perlu dipatuhi adalah tidak melebihi 55 dBA pada siang hari dan

45 dBA pada malam hari bagi kawasan-kawasan sensitif seperti tempat kediaman,

sekolah dan hospital. Menurut Schik (2000), paras bunyi yang melebihi had yang

ditetapkan boleh mengundang kesan-kesan yang memudaratkan kepada masyarakat

sekelilingnya terutama kepada golongan pelajar atau kanak-kanak. Dalam Laporan

Tahunan Jabatan Alam Sekitar, JAS (1995) pula ada menyatakan bahawa, paras bunyi

yang melebihi had yang sepatutnya iaitu 55 dBA boleh memberi kesan kepada proses

pembelajaran para pelajar.

Menurut Ahmad Latiff (1996), beliau menyatakan bahawa tempat belajar yang

senyap dan selesa dapat memberi hubungan yang rapat dan kuat dengan minda untuk

tumpuan dan kemajuan di dalam pelajaran. Penyataan beliau ini membawa maksud,

suasana yang senyap dan selesa dapat menghindari murid-murid daripada mengalami

tekanan semasa belajar akibat bunyi bising yang terdapat di sekolah mereka. Ini secara

tidak langsung dapat mempertingkatkan prestasi pelajaran bagi seseorang individu

tersebut khususnya di kalangan para pelajar.

Berndt (2004) pula ada menyebut dalam kajian kes yang dijalankan beliau ke

atas sebuah sekolah di Jerman bahawa, kerja yang melibatkan penggunaan mental sesuai

dilaksanakan dalam suasana paras bunyi di antara 30 hingga 45 dBA. Ini penting supaya

aktiviti seperti komunikasi dan mendengar, penumpuan, serta kecekapan melakukan

kerja dapat berjalan lancar di sepanjang tempoh proses pembelajaran.

Page 25: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

6

1.3 Penyataan Masalah

Oleh itu, penyelidik telah memilih Sek. Keb. Kampong Pasir, Tampoi sebagai

lokasi kajian kerana sekolah tersebut telah terbukti mengalami pencemaran bunyi bising

berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan oleh Aida (2000) dan Hairul (2000). Walau

bagaimanapun, bacaan paras bunyi dalam kajian terdahulu hanya diambil di sekitar

sekolah iaitu berjarak 25 meter dari jalan raya. Oleh itu, dalam kajian ini, penyelidik

akan mengambil bacaan paras bunyi di dalam bilik darjah yang terbahagi kepada dua

kategori iaitu kelas yang berdekatan jalan raya dan kelas yang berjauhan dengan jalan

raya.

Selain itu, sekolah tersebut juga telah melebihi paras bunyi yang telah ditetapkan

oleh WHO iaitu 55 dBA bagi melaksanakan proses pembelajaran yang berkesan. Oleh

yang demikian, di dalam kajian ini penyelidik ingin melihat sama ada bunyi bising ini

mengganggu proses pembelajaran murid-murid di sekolah tersebut. Penyelidik ingin

mengenal pasti tanda-tanda gangguan daripada pencemaran bunyi bising terhadap proses

pembelajaran di dalam kelas yang meliputi aspek penumpuan, komunikasi antara murid

dan guru serta kecekapan melakukan kerja.

Page 26: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian merupakan senarai maklumat atau tujuan bagi sesuatu kajian. Di

dalam kajian ini, objektif kajiannya adalah :

i. Mendapatkan purata bacaan bagi paras bunyi di dalam kelas yang berdekatan

jalan raya dan kelas yang berjauhan dengan jalan raya.

ii. Melakar taburan paras bunyi (dBA) melawan masa persekolahan (minit) pada

hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis bagi kedua-dua buah kelas tersebut.

iii. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan atau tiada bagi paras bunyi di antara

kedua-dua buah kelas tersebut berdasarkan taburan paras bunyi (dBA) melawan

masa persekolahan (minit).

iv. Mengenal pasti sama ada paras bunyi bagi kedua-dua buah kelas tersebut

melebihi atau tidak paras bunyi yang telah ditetapkan oleh WHO.

v. Mengenal pasti tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan raya yang paling

tinggi terhadap penumpuan murid-murid bagi kedua-dua buah kelas tersebut.

vi. Mengenal pasti tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan raya yang paling

tinggi terhadap komunikasi antara murid-murid dengan guru bagi kedua-dua

buah kelas tersebut.

vii. Mengenal pasti tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan raya yang paling

tinggi terhadap kecekapan murid-murid melakukan kerja bagi kedua-dua buah

kelas tersebut.

Page 27: GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPONG

8

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian merupakan senarai pernyataan yang lebih khusus tentang

apakah data atau maklumat yang ingin diperolehi berdasarkan objektif. Persoalan kajian

dalam kajian ini ialah :

i. Berapakah purata bacaan bagi paras bunyi di dalam kelas yang berdekatan jalan

raya dan kelas yang berjauhan dengan jalan raya ?

ii. Bagaimanakah bentuk taburan paras bunyi (dBA) melawan masa persekolahan

(minit) pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis bagi kedua-dua buah kelas

tersebut ?

iii. Adakah terdapat perbezaan bagi paras bunyi di antara kedua-dua buah kelas

tersebut berdasarkan taburan paras bunyi (dBA) melawan masa persekolahan

(minit) ?

iv. Adakah paras bunyi bagi kedua-dua buah kelas tersebut melebihi paras bunyi

yang telah ditetapkan oleh WHO ?

v. Apakah tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan raya yang paling tinggi

terhadap penumpuan murid-murid bagi kedua-dua buah kelas tersebut ?

vi. Apakah tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan raya yang paling tinggi

terhadap komunikasi antara murid-murid dengan guru bagi kedua-dua buah kelas

tersebut ?

vii. Apakah tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan raya yang paling tinggi

terhadap kecekapan murid-murid melakukan kerja bagi kedua-dua buah kelas

tersebut ?


Top Related